Salam Kamunting,
1- Cerita olok – olok tanpa ubah suai:
Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..
“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising – bising di luar.” royat seorang jong kako.
“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.
“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.
“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising – bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.
“Ayah, replika tu?” Aku tersengih – sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..
“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.
“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..
“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak – pacak kat mana – mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih – lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..
“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!
( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok – olok. )
2) Cerita benar dengan ubah suai:
Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:
“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit – jerit bising – bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tuke kipah.
“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas – luas tanda sedar, tak tidur.
“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tuke kipah.
“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”
“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba – tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. “Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..
“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja – puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” Jampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..
“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghairihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!
Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!
( Malam ni free sikit. Asah bakat berkarat. Skrip ni lulus tak untuk IKIM.FM? )
24 comments
Comments feed for this article
Oktober 9, 2008 pada 7:29 am
Abuiman
Sesekali Ust Nik Abduh wat citer santai merapu… (tapi tak merepek) cam pelik… tapi seronok gak… bebudak sekarang kata layan rock… hehehe
Oktober 9, 2008 pada 10:37 am
zam
Sejahtera atas ustaz, satu lagi nak tambah moral cerita. Inilah hasil jika nak tunjuk diri tu hero agama padahal amal agama pun tak sempurna. bukan nak kata ustaz, tapi nak kata kat Pak Dollah yang memandai memperkenalkan islam hadhari. Apa UMNO tak sedar ke inilah hasilnya jika islam tu diamal ikut selera sendiri. Maka orang bukan islam pun hormat kita ikut selera mereka la. Nak salahkan siapa? Sendiri salah sendiri tanggung le. Cuma pesan, pintu taubat masih terbuka selagi nyawa belum sampai di kerongkongan. Taubat le cepat wahai pendosa, tak kira le saya ke, UMNO ke PAS ke…sapa2 le.
Oktober 9, 2008 pada 2:08 pm
krasi
hehe saya sokong Abuiman 100%, sesekali ustaz berselorah, memang layannnn…:p
Oktober 9, 2008 pada 4:11 pm
chekamala
best…..boleh sebar ye chief?
Oktober 9, 2008 pada 5:00 pm
doc transz
Salam aidulfitri. boleh menang oscar skrip ni.
Oktober 9, 2008 pada 9:15 pm
che'pirate
BOLEH LA…..Ingat ye..ye je citerr..!!!!!!!(olok-olok rupanye…..)
jangan bawa citer MILO & OVALTINE DAH LA……
Oktober 9, 2008 pada 11:12 pm
abuhanaan
Jerry Bruckheimer mintak no. phone Ust
Oktober 10, 2008 pada 2:52 am
che'pirate
Jerry Bruckheimer ……SAPE???
LOYER,MAJISTRIT,AHLI MUZIK ATAu yang nak jadi menteri kabinet kerajaan mat jenin?……ka..ka..ka!!!
atau yang buat ‘REPLICA’kat batu cave kot???
Oktober 11, 2008 pada 1:08 am
kepalaangin
jadi ustaz ni,kena reti loyar buruk gak.Kekadang nak bagi paham mesej kene ngan buat loyar buruk.he he…
Oktober 12, 2008 pada 12:27 am
Sarip Dol
power giler la ust nik abduh..mmg santai..tapi mencucuk-cucuk punggung ‘tukang pasang’ replika tu..tapi skali skala prlu juga kita bri pnrgn pd mrk..skurg2nya shbt2 Keadilan kwn dgn pas blh juga fhm islam..btul tak ust nik? -Sarip Dol Kg Dusun.
Oktober 12, 2008 pada 4:24 pm
salman Faris
budaya kito,budayo orang, agama kito, agama orang…di situ terletak hikmah dalam berdakwah! PAS bukan Tabligh, PAS untuk semua….
Pegang surah al-kafirun, Islam untuk semua bangsa cina,india, siam….
uztaz orang muda, layan rock untuk golongan muda…
Oktober 12, 2008 pada 4:26 pm
pok we
lepas ustz sokong ustz asri…
ustz asri tu dah naik sheh (aku ada penyokong)…
nak buat dewan ulama dalam umno…
hak2…
alahai, nak kate baru balik malaysia, lama dah…
Oktober 12, 2008 pada 10:25 pm
camcoy
bagusla satira ni…sangat halus dalam ‘menarik telinga’ budak-budak yang tak berapa faham tapi buat salah dan ‘menampar’ budak-budak yang faham tapi degil dan buat salah.
moga semua kita diperbaiki akhlak…
Oktober 13, 2008 pada 4:40 pm
Pok Nik Chica,K.Kerian
Sdr Nik Abduh..guano tender2/sebutharga/kerja2 kecil MPKB? Tok leh tupe sekaki ko? Kawe dengar demo biso benar bab2 lagu ni..Saing ambo ore PAS jugo hok ghoyak..hehehe Kalu dio belawok ambo pon belawok la jugok..belan2 minum petang dgn anak2..rasa nak komen ghetek sambil2 tunggu bini tok balik lagi dari pejabat SUK…
Oktober 14, 2008 pada 8:15 am
zam
Salman Faris kalau PAS bukan tabligh, macam mana nak buat dakwah? Kenapela sempit sangat pemikiran kamu ni. Tok guru mana yang ajar kamu? Perselisihan pendapat adalah perkara yang harus dalam islam. Tapi itu tidak membenarkan kita untuk mengasingkan kita dari golongan yang tidak sependapat dengan kita. Kalau kita mengatakan islam untuk semua, so kemana perginya pendirian itu? Melayu islam kat dalam UMNO pun saudara kita tau. Kalau mereka salah, tanggungjawab PAS untuk dakwahkan sebab PAS selalu mengatakan PAS memperjuangkan islam. Bayangkanlah kalau nabi musa a.s pun Allah pesan buat dakwah kat Firaun dengan lembut inikan pulak kita sesama islam. Lainlah kalau ada ajaran dalam PAS yang mengatakan ada lagi manusia lebih jahat dari firaun. Tapi saya tak fikir PAS punya ulamak yang sebegitu, saya yakin PAS banyak golongan yang alim. Jangan le asbab keceluparan dari semangat yang berkobar2 yang tidak punya panduan yang sohih akan menimbulkan fitnah didalam memperjuangkan islam. Ketahuilah, apa yang manusia lain yang tidak punya iman atau punya iman yang rosak mahu dari islam adalah kebaikannya, jika kita buat sesuatu tindakan yang penuh dengan kekasaran maka dikhuatiri tidak akan nampak kebaikan islam yang kita bawa walaupun niat kita adalah untuk kebaikan. Sam-samalah kita bersabar didalam melaksanakan kebaikan.
Oktober 14, 2008 pada 12:22 pm
globalmalau
Ya perbaikan akhlak…saya setuju
Oktober 14, 2008 pada 9:27 pm
madusolo
Pok Nik Chica K. Kerian,
Geger tender MPKB guano pulok sini??
Orang dok bice hal sapo nak pimpin negara lepah ni, ore dok bice bakpo rakyat marah ke Puakpuak Pok Loh, Puak najib.
Demo dok bice nak kembong perut demo. Kalau nak joint sekali. Demo kena masuk tender jugok. Bukan masuk blog. Masa tender MPKB buka masuk. Kawe raso kalu hargo munasabah dan ada razeki insyaAllah buleh.
Oktober 15, 2008 pada 1:35 pm
semutar merah
sdr. paknik chica k.krian
kalau paknik ni kroni atau pemberi sedekah ada harapan.
tengok komen ambo dalam ‘ Yb Khalid Samad, ini adinda’
Oktober 15, 2008 pada 5:15 pm
moontime
Assalamualaikum.
Dalam Harakah yg kira terkini, terpampang penjelasan org kuat HINDRAF. Nampaknya tidak hanya parti sosialis yg diberi ruang mempropagandakan ideologi parti mereka dalam harakah, HINDRAF pun boleh. Yalah…..kita kena buat baik dgn semua org, sebab tu PAS berbaik sangka, suka dan mengalu-alukan kelompok org musyrik dan kafir seperti parti sosialis dan HINDRAF di dalam Harakah.
Apa yg ada pd Hindraf yek?……kelompok “HARAM” Hindu…… PAS tak takut ke bersahabat dgn Hindraf…kelompok Haram ? ….eh Haram apa pulak…..kerajaan yg kata Haram…pedulikan kerajaan….agaknya itulah pendirian PAS atau Harakah.
Agak-agaknya adakah PAS bersikap dan berpendirian sama terhadap gerakan-gerakan Islam yg lain seperti Tabligh, Salafi, Hizbut Tahrir dan lain-lain ?
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya, segolongan ahli PAS cenderung prejudis dan ada sampai ke tahap membenci terhadap muslim dari kelompok atau gerakan Islam yg lain. Saya fikir, sikap seperti ini masih wujud dan terus wujud utk masa mendatang selagi tiada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yg berusaha mengubahnya.
Apa yg saya ungkapkan disini sekadar utk memuhasabah, kalau -kalau ada yg mahu mendengarnya.
Demokrasi oh demokrasi
kau seperti metanol
sesiapa yg meneguknya
kan jadi buta
Oktober 16, 2008 pada 12:22 pm
globalmalau
den pun nak tumpang sikit pasal puak puak nih…bila sebut puak macam iraq lah…tapi itu nama saja puak puak ..boleh kita kata team la…mana mana team pun sama ja…cuma pendekatan ahli team tsb samada beramal atau tidak…sebab pas umno tu dunia sahaja…yang penting islam dulu..beramal dan memperhambakan diri…ikutan kita rasullullah…contoh paling baik…Yang lain dunia sahaja…sebab rasulullah lembut budibicaranya…
Oktober 18, 2008 pada 12:36 am
RIRK
Rasulullah tu lembut bicaranya
Tapi keras dan tegas pendiriannya
tiada dia kompromi dgn kekufuran
bila ditawar berkongsi kuasa dgn kuasa kufur
dgn tegas dia tolak
biar matahari dan bulan di tanganku
biar aku hancur luluh kerananya
aku tidak akan berhenti dari berdakwah
katanya lagi
aku di utus utk memerangi seluruh manusia
sehingga semuanya tunduk pd ugama Allah
sungguh lembut beiacarnya
sungguh keras pendiriannya
Oktober 27, 2008 pada 10:18 pm
hamdy
salam ust,
[maaf kalau ada multiple sending, ada connectn problem]
org hindraf tidak akan lakukan demikian pada tok guru kerana bila mereka nak jumpa n bincang, for sure tok guru sedia menerima.
kenapa kita tak tengok yg org hindraf dah cuba minta jumpa, tulis surat etc tapi PM tak layan atau KDN tak layan. Maka layaklah open hse PM itu diserbu, supaya mereka boleh menyampai hasrat mereka. Rasanya org hindraf tau juga beradab. Cikgu Norlaila juga merempuh program PM di satu felda setelah gagal berjumpa walau diminta. Maka kurang ajarkah cikgu norlaila.
Satira ustaz tu memang cantik, cuma ia memberi gambaran yang salah. Dan ustaz terlibat dalam memberi gambaran yang salah itu.
jzkk.
April 27, 2009 pada 11:47 am
Dally Eusoff
Amboi sedap sungguh Ustazk Nik kalau dah merapu, teringat kat mesir dulu, sesekali Ustaz Nik melawak boleh pecah perut. Nak hantar ke IKIM.fm bukan susah, Ustaz Zamri tu kan kawan baik Ustaz Nik. Hai tak kan tak betul citer kata jumpa Ustaz Zamri kat Mekah bukan main mesra lagi. Nilah tokoh-tokoh ulama’ muda yang ada link satu sama lain tetapi masa belum mengizinkan mereka menzahirkannya, betul tak? Amboih aku dah gossip la plakkkk. Wassalammmmmm.
Mei 1, 2009 pada 1:33 pm
Mr Zakaria
Wahai ummah, kaum Muslimin di Pattani Darussalam ditindas akidah dan nyawa
mereka dengan begitu dahsyat sekali. Bantulah mereka dengan berperang Fi
Sabilillah. Jadilah pelindung dan penolong paling berani untuk mereka.
Mengapa kamu tidak berperang membela orang yang lemah baik lelaki,
perempuan mahupun anak-anak yang berdoa, Ya tuhan kami, keluarkanlah kami
dari negeri ini yang zalim penduduknya. Berilah kami pelindung dari sisimu, dan
berilah kami penolong dari sisimu. (Surah An-Nisa’ ayat 75)
Insyaallah dengan berperang di jalan-Nya, kemenangan, syurga dan keredaan
daripada Allah, pasti menjadi milikmu:
Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di Jalan Allah dengan harta
dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orangorang
yang memperoleh kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan
memberikan rahmat, keredaan dan syurga. Mereka memperoleh kesenangan
yang kekal didalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sungguh,
disisi Allah terdapat pahala yang besar. (surah At-Taubah ayat 20-22)
Ya Allah,
Berilah kemenangan kepada Mujahidin.
Teguhkan tapak kaki mereka.
Tepatkan bidikan peluru mereka.
Satukan hati-hati mereka.
Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri.
Hanya kepada Engkau kami kembali.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!…….APE KOMEN TUAN…