You are currently browsing the monthly archive for Ogos 2008.

Salam Kamunting,

Kepada semua pembaca budiman, saya mohon banyak kemaafan atas kelewatan untuk up date blog ini. Ya, hampir sebulan dan rasanya tempoh rehat terpanjang selama berblog. Antara sengaja dan tidak, dua – dua betul.

Tak sengaja kerana sibuk yang menghalang saya mengurus masa untuk jengok internet. Dah sekitar dua minggu tak berlayar jauh di laptop, hanya kekadang bermain di pesisir hand set. Satni baru approve lebih 30 komentar pembaca. Maaf ya. Sengaja pula kerana agak terkejut blog santai saya ni tiba – tiba meletup – letup. Kalau ada yang tak terkejut dengan letupan, sah dia tuli tu!

Semuanya gara – gara kebelakangan ini saya komen jauh pasal politik. Ini jarang saya lakukan, walaupun saya orang politik. Biasanya saya selang – selikan dengan isu – isu ugama yang lain. Semuanya agar blog saya terus santai – santai saja macam santap petai cicah budu. Almarhumah nenek saya pernah pesan, kalau makan ulam cicah budu, jangan bising – bising. Kenapa, itu pantang larang orang tua – tua katanya. Tak ada nas apa pun.. bukan bid’ah apa? 

Rupa – rupanya isu muzakarah memanaskan. Jadi, saya kena sejukkan. Ayahanda pada tahun DSAI difitnah Tun Mahathir dengan isu liwat versi pertama dulu pernah dengan penuh sugul menasihatkan rakyat Malaysia agar menghindari fitnah buruk itu di bulan Ramadhan tahun tersebut. Ramadhan terlalu buruk untuk disambung cerita fitnah di dalamnya.

Rasanya sekarang blog saya dah kembali sejuk dan normal. Taklah sehingga pernah mencecah 3 ribu hitnya sehari. Hari ini dah tak sampai seribu dah. Kalau masuk tabligh pun, dah bukan kerana kecewa dengan politik dah. Masuk tabligh secara normal yang macam dulu – dulu. Cuci jiwa yang berdosa, bukan cuci jiwa daripada kemelut politik. Politik adalah medan jihad yang tetap.

Saya baru balik dari Mesir. Keluar 7 hari cara PAS. Moga dapat pahala macam keluar cara Tablighi Jamaat. AlhamduliLlah, kami pulang bersama 2 orang qari Mesir yang akan bersama rakyat Kelantan berterawih di dataran stadium di ‘Qaryah Ramadhan’ anjuran MPKB-BRI sempena kedatangan Ramadhan al Mubarak tahun ini, juga sempena tahun melawat Kelantan 2008. Ramadhan adalah bulan kesembilan kalendar hijriyyah. 1 September adalah 1 Ramadhan, insya Allah. Sejuk hati menyaksikan mukjizat tuhan mengatur perjalanan bulan dan matahari. SubhanaLlah..

Kepada semua pembaca budiman, saya ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini adalah terbaik untuk kita daripadaNya. Lawatilah laman – laman yang menghormati Ramadhan dan bacalah tulisan – tulisan yang bergugusan pahalanya. Insya allah, saya akan terus menulis di bulan mulia ini.

Oh ya, takut terlupa.. Selamat Hari Raya Idil Fitri. Advance sikit.. he he

Isteri saya dah berleter dah, baju raya tak pergi potong lagi. Ooo perempuan..

Salam Kamunting,

Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan – kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”

Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.

Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.

Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”

Cepat – cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”

Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”

Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.” 

“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.

Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”

Senyap seketika. Saya perasan dia angguk – angguk geleng – geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.

Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.

Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).

Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.

email saya

nikabduh@pas.org.my

taqwim hijri

Ogos 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • Tiada
nuffnang_bid = "c431ebbac3805eca201f54b84f1026e1";

pengunjung semasa