You are currently browsing the category archive for the ‘palestin’ category.
Salam Palestin,
Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.
Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.
Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.
Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.
Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.
Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.
Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.
Jika anda pernah terkena semburan gas pemedih mata di anjung Masjid Negara, anda akan tahu bagaimana si pemberani akan menjadi ketagih untuk terus berdemo menentang kezaliman dan kebaculan.
Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!
Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.
Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada’ Malaysia ke syurga tuhan.
Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya’ sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.
Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.
Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.
Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?
Salam Kamunting,
Saya perasan nombor plat kereta Honda Elysion saya semasa tiba di Kuala Terengganu pada hari penamaan calon 6 Januari lepas. PAS 17. Saya lantas tunjuk ‘eksen’ pada rakan – rakan, ” 17 Januari ini milik PAS, insya Allah.” Ego saya dengan cerianya disambut ramai – ramai dengan ulangan ucapan, “insya Allah.” Rasanya ada yang bertakbir, Allahu akbar.
Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Allahu akbar waliLlahil hamd. PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu pada hari ini 17 Januari 2009 dengan majoriti agak selesa.
Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.
” Perangilah mereka habis – habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan – tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” – at Taubah: 14-15.
( Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )
Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.
Ya, UMNO tetap harimau liar yang tercedera.
Tahniah untuk semua pejuang PAS yang telah berjuang behabisan dan bermatian di sana. Di hadapan kamulah diriku terasa kerdil.
Tahniah untuk semua penyokong PAS yang telah turut menyumbang demi kemenangan Islam di Malaysia. PAS menambah kerusi di Parlimen dengan merampas kerusi UMNO.
Tahniah untuk seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS. Undi anda besar tagangannya di hadapan Allah nanti insya Allah. Itulah saksi berani anda menolak jahiliyah dan menerima Islam.
Saya yakin, doa kita untuk Kuala Terengganu sentiasa beriringan doa kita untuk Palestin. Itulah lunaknya mengecapi kemenangan ini.
Ayuh berhimpun di Kota Bharu 23 Januari ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa akan berusaha mengumpulkan RM10 ribu untuk Palestin. Untuk kamu wahai saudaraku pejuang HAMAS..
Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..
Bersama titipkan tahniah anda untuk kemenangan di Kuala Terengganu di ruang komentar.
Salam Kemunting,
Dalam tulisan saya yang lepas mengenai jihad di bumi Palestin, saya telah mengaitkannya dengan jihad pilihan raya kecil di bumi Malaysia yang sedang berlangsung di Parlimen Kuala Terengganu selepas selesai proses penamaan calon 2 hari lepas.
Walaupun ada yang agak pesimis dan kurang senang, saya sebenarnya sengaja dan agak ‘berbelanja besar’ untuk menonjolkannya dan menempatkannya bersama pembacaan dan keprihatinan kita terhadap isu Palestin yang lebih bersifat sejagat dan qat’ie.
Sememangnya kedua – duanya adalah berbeza. Semua melihat perbezaannya dengan jelas sehingga gagal mencari persamaan di antara kedua – duanya. Justeru saya memilih untuk mengaitkan dan menghubungkannya demi menonjolkan kesamaannya yang kurang jelas di sisi kebanyakan.
Kewajiban jihad di bumi Palestin adalah jelas dalil dan tuntutannya. Ia sarat dengan nas, hujah dan keterangan yang membantu menguatkannya. Hanya yang sentiasa keliru adalah umat Islam sendiri yang di atas pundak merekalah pelaksanaan kewajiban itu. Komentar terbaru daripada ‘amir’ contohnya adalah gambaran tragis bagaimana sukarnya kewajiban jihad ini difahami pelaksanaannya di bumi suci tersebut.
[ Jika kita yakin Allah itu hidup tak mati dan sentiasa bersama hambanya yang bertakwa, mengapa perlu menunggu Imam Mahadi yang belum pun hidup dan datang lagi untuk berjihad? Sejak bila pula Allah tidak akan mematikan hamba yang disayangiNya? Tidakkah mati itu hadiah yang dikejar oleh para mujahid? Mengapa disamakan kumpulan yang menghidupkan jihad dengan penuh rasa taqwa dengan kumpulan nasionalis spesis UMNO Palestin yang solat mereka pun belum sempurna, apatah untuk berani berjihad?
Tidakkah Amir melihat betapa kumpulan nasionalis Fatahlah yang sentiasa menjadi talibarut Israel untuk menghapuskan pemimpin HAMAS dan mewujudkan fitnah sesama sendiri? Taqwa jenis mana lagi yang dituntut melebihi taqwa yang dihiasi cinta menemui tuhan melalui sebaik – baik kematian?
Palestin bukan soal hidup atau mati umat Islam. Ia soal hidup mati ugama Islam. Sesiapa yang mati kerana menghidupkan agama, jahillah mereka yang menganggapnya mati! Sungguh dia tidak membaca al Quran. Tiada yang paling bergembira hari ini selain asy syahid Dr Nizar Rayyan yang menjengah syurga tuhannya bersama keluarga besarnya serentak.. Keraslah hati mereka yang tiada menitis air mata ‘kegembiraan’ saat mendengar berita agung kesyahidannya. ]
Adapun pilihan raya, ia tidak sejelas cerita jihad di Palestin. Tiada nas yang qat’ie untuk memutuskan ia adalah jihad yang pasti. Justeru ia adalah medan pertikaian. Tidak semua sepakat menerimanya sebagai satu cabang jihad menegakkan ugama, walaupun ia hampir diterima kebanyakan golongan ‘al murabithun’ yang berada di medan perjuangan menegakkan ugama samada di medan siasah atau jihad bersenjata termasuk di Palestin.
HAMAS memasuki pilihan raya untuk berlawan dengan nasionalis UMNO Palestin. HAMAS mengangkat senjata untuk memelihara bumi Palestin daripada penaklukan Israel. Dengan pilihan raya ia menguasai Genting Gaza dan dengan senjata ia mempertahan Genting Gaza.
PAS menerima pilihanraya sebagai satu cabang jihad di bumi Malaysia. PAS menolak jihad bersenjata di bumi Malaysia. Asasnya adalah Malaysia dikuasai dan diperintah oleh umat Islam. Adalah jelas bahawa agama mengharamkan mengangkat senjata sesama muslimin walaupun terhadap penguasa yang zalim dan munafik. Justeru seruan jihad, amar makruf nahi mungkar, dakwah dan nasihat hendaklah secara aman yang tidak menumpahkan darah sesama muslimin.
Jihad dan dakwah terhadap penguasa yang zalim hendaklah dengan dua tujuan. Pertama, dengan tujuan agar mereka berubah dan bertukar menjadi kerajaan yang adil. Kedua, dengan tujuan mereka dijatuhkan dan ditukar dengan penguasa dan kerajaan baru yang adil. Ini jika mereka enggan dan menolak yang pertama.
Kedua – dua tujuan tersebut mestilah dengan cara, wasilah dan jalan yang aman tanpa senjata dan pertumpahan darah. Samada ianya secara lembut atau keras ( ghilzah ), ia adalah betul dan dalam makna hikmah. Keras tidak semakna dengan senjata secara mutlak. Lihat surah at Taubah:73, juga at Tahrim:9.
Pilihan raya adalah aman. Itu konsep dan tuntutan demokrasi. Kerajaan terbentuk dan terbubar mengikut perlembagaan yang dirangka sistem demokrasi negara. Oleh kerana ianya tidak bertentangan dengan Islam bahawa setiap kita berhak memilih pemimpin yag kita mahu, maka PAS menerima sistem pililhan raya sebagai wasilah dakwah secara aman di dalam menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Apabila keadilan paling utama adalah tauhid dan memenangkan ugama dan kezaliman paling utama adalah syirik dan menolak ketuanan ugama, manakala kerajaan BN pula sedang bergerak sebaliknya, lantas ia tidak menjalankan tugas khilafah yang dituntut, maka tugas PAS adalah menyeru kepada keinsafan agar pemerintah kembali kepada Islam atau jika enggan, mereka hendaklah ditukar dan diganti dengan pemerintahan baru yang menerima agama dan khilafah yang menjamin keadilan Islam.
Apabila PAS memasuki pilihan raya, ia tidak bererti PAS semata – mata mahu kerajaan BN tumbang. Pilihan raya sama ada memberi tekanan agar BN berubah menerima keadilan cara Islam atau BN runtuh kerana kebenaran dan keadilan mengasaknya ke tepi untuk diganti dengan pemerintahan yang adil mengikut konsep Islam.
Itulah PAS. Tidakkah anda dalam tahu bahawa Tuan Guru ayahanda selalu berkata, jika UMNO terima Islam dan keadilannya, PAS bubar dengan sendirinya.
Saya meringkaskan hujahan bagaimana asas penerimaan sistem pilihan raya sebagai cara pelaksanaan jihad menegakkan ugama oleh ulama berlaku. Jika anda mengikuti penghujahan mereka secara lebih detail, anda akan melihat bagaimana kaedah -kaedah fiqhiah dan pengistidlalan telah diguna pakai secara harmoni dan kemas sekali.
Anda mungkin boleh merujuk kepada tulisan saya sebelum ini yang lebih detail walaupun ianya juga adalah sebuah khulasah yang tidak sedetailnya. Sila klik di sini, sini, sini dan di sini. Nak panjang lagi, baca buku..
Jihad di Palestin adalah untuk menegakkan ketuanan ugama Islam dan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi yang kufur. Jihad di Malaysia adalah untuk menegakkan ketuanan Islam dan membebaskan umat daripada kongkongan fahaman nasionalisme dan sekularisme BN yang syirik.
Jihad bersenjata di bumi Palestin adalah syar’ie dn qat’ie dalilnya. Penentangan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap Yahudi adalah ibarat matahari yang menyinari perjalanan umat Islam menuju al Aqsa. Jihad pilihan raya secara aman di Malaysia adalah ijtihad yang disepakati hampir keseluruhan ulama ‘al murabithun’ yang berjuang di medan siasah dan juga medan bersenjata. Ia jalan aman paling mendekati kuasa untuk Islam.
Ia dua padang yang berbeza dengan permainan yang berbeza tetapi dengan tujuan yang sama. Darah bersimbah di bumi Palestin sebagaimana ianya telah lama bersimbah dan mengalir semenjak jihad RasuluLlah menentang Yahudi di Madinah dan diluarnya. Kita aman di Malaysia sebagaimana RasuluLlah aman berhadapan munafikin Madinah yang sentiasa melakukan makar dan tipudaya memerangi baginda dan Islam. Jika darah mengalir di Malaysia, ia adalah di bumi Memali. Memali bukan angkara kita dan kita tidak pernah bertindak balas selain sabar dan bertahan. Memali adalah angkara pemerintah yang zalim.
Begitulah sunnah sepanjang zaman berjuang menentang kezaliman pemerintahan umat Islam yang zalim.
Adapun bukti – bukti kezaliman pemerintahan BN selepas najis sekularisme, anda bolehlah berlayar dan hinggap di mana – mana akhbar dan blog politik yang begitu berperanan menjelaskan bukti. Tahniah untuk anda para bloggers politik dan Islam.
Adapun hujahan mereka yang menolak pilihan raya sebagai wasilah jihad dan dakwah, nantilah. Saya akan menulisnya kemudian, insya Allah.
Selamat berjihad di bumi Malaysia. Selamat ribath di Kuala Terengganu. Allahu akbar wa liLlahil hamd..
Salam Kamunting,
Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham – faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..
Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.
Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.
Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing – masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga – tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.
Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.
Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan – angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak – anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.
Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.
Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.
Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.
Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.
Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.
Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.
Jangan harapkan negara – negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.
Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?
Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.
Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.
Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.
RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.
Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.
Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.
100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.
Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.
Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.
Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing – masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.
Bukan negara – negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih – buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.
Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.
Membebaskan diri daripada cengkaman pemerintahan nasionalis Melayu di negara kita juga adalah sebahagian perjuangan jangka panjang membebaskan bumi Palestin. Sudahkah anda membilang wang di saku untuk dihantar kepada pejuangan Islam di dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu?
Kata – kata ini adalah benar. Jangan ada yang mentakzibkannya..
Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan untuk membebaskan Malaysia daripada benteng yang memisahkan umat Islam daripada Islam yang sebenar. benteng itu perlu dirobohkan dan benteng itu adalah UMNO.
Apabila UMNO runtuh dan Islam kembali, Palestin adalah di mata negara Malaysia yang kaya, insya Allah.
Komen Terbaru