You are currently browsing the monthly archive for Jun 2007.

Jika kita mahu diiktiraf sebagai pejuang Islam yang benar, perhatikan tuntutan ini;

Anda dilihat sebagai penyatu umat, bukan penyatu kumpulan, apatah pemecah belah.

Dari syurga kita diturunkan untuk saling bermusuhan ( Al Baqarah:36 ). Perhatikan daripada sang semut yang kecil hingga sang gajah besar di alam ini, dapatkah dilihat makhluk yang lebih kuat permusuhan dan persengketaan mereka lebih daripada manusia? Habis makhluk merana hidup mereka kerana manusia!

Maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mampu bersatu.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mengenal hakikat diri.

Kenapa? Di jalan ini saja ada Allah yang memberitahu  dan memberi petunjuk.

Kenapa? Di jalan ini saja Allah mahu kita bersatu menujuNya.

Kenapa? Itu kehendakNya jua.

Anda tidak layak menjadi pejuang Pas (atau apa – apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Pas adalah kenderaan.

Hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan khilafah. Pemandunya khalifah yang dibai’ah.

Adakah kenderaan itu? tiada lagi.

Bilakah akan ada? Akan ada akan datang.  

Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang mana ada, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan ini. Ini sehinggalah datang kenderaan khalifah yang satu itu.

Ertinya, pastikan jalan dahulu sebelum naik kenderaan. Pastikan anda pejuang Islam dahulu sebelum jadi pejuang Pas.

Pas lenyap apabila datang kenderaan besar itu.

Islam adalah: 1) Jalan itu 2) kenderaan besar itu.

Jika sebaliknya,

Anda gembira ketika umat tidak gembira.

Anda melanggar kenderaan lain kerana anda mengira itu jalan anda saja. 

Anda dibenci kerana sifat kikir itu. Anda pula membalas dengan turut membenci.

Anda tak tahu pun bahawa anda diperlukan oleh jutaan umat, bukan sejuta umat. Anda dalam tempurung itu.

Maka, bukalah pintu diri..

Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam.. 

Apa itu siasah?

bahasa: Daripada perkataan sasa yasusu siasatan. iaitu qaama alal amri beerti 1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang. 2) menyuruh dan menegah 3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan.

istilah: 1) Asas atau seni mentadbir urusan awam 2) seni mentadbir masyarakat manusia. 3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani)

Adakah perkataan siasah wujud di dalam Al Quran, hadis dan perbendaharaan warisan Islam?

Di dalam Al Quran, tiada kalimah siasah disebut walaupun sekadar ambilan( isytiqaq ) dari perkataan sasa yasusu siasatan tersebut.

Sesetengah berhujah, ini dalil bahawa Islam tiada kaitan dengan politik! Betulkah?

Tidak. Banyak istilah yang diterima pakai dalam kamus penbendaharaan Islam yang tiada pun di sebut dalam Al Quran. Contohnya, kalimah akidah dan fadhilat. Kedua duanya tiada disebut di dalam Al Quran, tetapi diterima pakai penggunaannya di dalam ilmu – ilmu Islam.

Walaupun begitu, Al Quran menyebut perkataan – perkataan yang menunjukkan dan memberitakan perihal berkaitan politik, seperti kalimah al mulk yang beerti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan dalam urusan mereka. Ia datang dalam bentuk dan uslub yang berbeza – beza, antara pujian dan celaan. Ada disebut kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator.

Lihat an nisa’:54, yusuf:101, al baqarah:247, 251, an naml 32 dan sebagainya.

Ia menceritakan kerajaan daripada keluarga Ibrahim, yusuf, Thalut, Daud dan Sulaiman. Kerajaan syura oleh Raja perempuan Saba'( Balqis ). Begitu juga kerajaan zalim seperti Namrud dan Firaun yang memerangi Nabi Ibrahim dan Musa Alaihimas salam. Ada kerajaan yang kosong dari pujian atau celaan seperti raja Mesir di zaman Yusuf alaihis salam.

Semuanya memperihal politik tanpa menggunakan kalimah politik.

Selain kalimah al mulk, kalimah lain juga digunakan untuk memperihal politik di dalam Al Quran;

1) At tamkin ( kekuasaan ). Lihat Yusuf 56, Al Hajj 41, Al Qasas 5, 6.

2) Al istikhlaf ( menjadi khalifah ). Lihat An Nur 55, Al A’raf 129.

3) Al hukm ( hukum ). Lihat An Nisa’ 58, Al Maidah 44, 45, 47, 49, 50,

Di dalam hadis, terdapat kalimah siasah secara isytiqaq / ambilan disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Hadis mutttafaq alaihi daripada Abi Hurairah: “Bani Israil sebelum ini diperintah tadbir ( tasusu/siasah ) oleh para nabi. Setiap kali nabi wafat, ia diganti oleh nabi yang baru. Sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku. Maka akan terjadi kewujudan khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: Maka apa perintahmu? Nabi menjawab: bersetialah dengan bai’ah khalifah yang pertama dan begitulah seterusnya. Berikan mereka hak mereka (sebagai pemerintah) yang Allah berikan kepada mereka. Sesungguhnya Allah pasti menyoal mereka akan amanah yang diberikan.”

Penggunaan pertama kalimah siasah di dalam perbendaharaan warisan Islam.

Di dalam Ensiklopedia Fiqhiyyah Kuwaitiyyah menyebut: Boleh jadi nas paling lama penggunaan kalimah siasah yang memberi maksud hukum/tadbir adalah kata – kata Amru ibni al Ash kepada Abi Musa Al Asy’ari mengenai Muawiyah, ” Sesungguhnya aku melihatnya ( Muawiyah ) setia kepada Uthman, khalifah yang dizalimi, penuntut darahnya (qisas), ahli siasah yang baik ( al hasan as siasah ) dan ahli tadbir yang baik.” – Tarikh Thabari: 5/68 Dar al maarif.

Ini jika maksudnya adalah kalimah siasah dalam masdar/ kata terbitan. Adapun jika dalam bentuk fi’il ( perbuatan ), maka ia telah diucap oleh Rasulullah dalam hadis tadi.

saydina Umar dan Ali juga dinaqalkan pernah menggunakan kalimah siasah ( dalam bentuk fi’il ) dalam ucapannya.

Dari Al Mustadzil ibn Hushain: Umar Ibn Khattab berkhutbah kepada kami.. katanya, “Demi tuhan kaabah, telah aku tahu bilakah Arab akan menempah kehancuran.” Seorang lelaki muslim bangun lalu bertanya, “Bilakah mereka akan menempah kehancuran?” Umar menjawab, “Saat urusan mereka ditadbir siasah ( yasusu ) oleh orang yang tidak mendalami ( selok belok ) jahiliyyah dan tidak pun pernah bersama RasuluLlah.” – Al Musannaf li Ibn Abi Syaibah, Al Mustadrak lil Hakim: katanya, hadis sahih isnadnya.

Dari Al Mustadzil ibn Hushain; Berkata Saydina Ali, ” Wahai rakyat Kufah, Demi Allah, kamu mesti berkelahi dalam urusan Allah dan kamu mesti berperang demi ketaatan kepada Allah ataupun ( jika tidak ) kamu pasti ditadbir siasah ( la-yasusa-nnakum ) oleh puak yang kamu adalah lebih dekat kepada al haq berbanding mereka. ( Jika begitu ) Allah pasti menyeksa kamu, kemudian Allah pasti menyeksa mereka jua.” – Al Musannaf li Ibn Abi Syaibah, Al Musnab li Ibn al Ja’di.

Jika anda meminta seseorang menunjukkan jalan menuju ke suatu destinasi, lalu anda ditunjukkan satu arah yang lurus yang tiada bengkang bengkoknya dan tanpa perlu mengendahkan simpang siur di sepanjang jalannya itu, maka tidakkah anda merasakan seolah – olah  anda sudah tiba ke destinasi tersebut pada masa itu juga? Diri terasa tenang dan yakin kerana mudahnya perjalanan yang akan ditempuh.

Allah memberitahu hambaNya di dunia bahawa jalan menuju ke arahNya adalah lurus dan betul tanpa bengkang bengkok dan simpang siur di sepanjang perjalanan. Adalah mudah untuk kita menelah bahawa Allah menghendaki untuk kita sebagai hambaNya satu kepastian yang tiada ragu – ragu padanya iaitu Dia mahu kita sampai kepadaNya dengan mudah, tenang dan penuh kegembiraan. Allah menyayangi kita. Jika tidak, pasti jalanNya itu digambarkan dengan penuh kesulitan yang menjauhkan.

Maha suci Allah, tuhan yang kesempurnaan mutlak adalah hakNya yang tiada digapai makhluk walau sedikit.

Soalnya, adakah manusia di dunia ini melihat dan mengakui jalan yang lurus itu? Adakah manusia melihat jalan itu sepertimana Allah menghendaki ia dilihat begitu? Hampir pasti jawabannya tidak. Kebanyakan manusia hari ini berjalan di semua jalan kecuali jalan  menuju Allah. Ertinya mereka tidak melihat jalan Allah itu kecuali dalam pandangan yang naïf dan penuh kesulitan.

Manusia tercipta untuk menyenangi dan menuruti jalan dan  perkara yang mudah diduga dan mudah dicapai. Apabila mereka memilih jalan – jalan selain jalan Allah, bayangkan bagaimana sukarnya jalan Allah di kotak pemikiran mereka.

Anda melihat pertentangan yang nyata di hadapan mata sendiri. Kita berhadapan kehidupan yang mengagungkan sistem dan cara hidup yang semakin hari semakin menghilang dari pandangan hidup Islam bahkan sudah tunggang terbalik. Mudah pada Allah adalah sukar pada mereka. Begitulah sebaliknya.

Kita semestinya kempunan untuk memperolehi satu ketenangan daripada jawaban yang merungkai persoalan tadi. Ketenangan adalah tuaian pertama yang ditawarkan Allah untuk manusia yang meyakini kekuasaanNya di dunia ini. Dimensi manakah yang memperagakan Islam sebagai satu – satunya  jalan yang lurus dan betul yang mesti dilalui demi mengelak kesesatan dalam perjalanan di dunia ini yang digenangi kebuntuan dalam menjawab pelbagai persoalan yang  menghimpit.

mengenali hakikat kelurusan 

Sekarang perhatikan bagaimana Allah memperkenalkan kepada kita kebenaran yang nyata dan tuah yang besar pada memilih jalanNya yang lurus itu.

Pertama, Dia memperakukan satu jalan sahaja sebagai jalan yang dibinaNya untuk manusia di dunia ini. Satu yang tiada dua tiganya. Adapun jalan – jalan lain, maka ia adalah jalan yang dibina syaitan, makhlukNya yang dilaknat dengan tujuan untuk menyesatkan manusia dalam perjalanannya.  Satu adalah jawaban sedang banyak adalah persoalan dan kekeliruan. Lihat, tiada lagi perlu berbahasan panjang pada memilih jalan yang lurus. Yang satu itulah.

Kedua, Dia memperakukan bahawa jalanNya yang lurus itulah yang  dilalui oleh manusia pertama di bumi ini. Ia adalah jalan  Nabi Adam alaihissalam, datuk pertama  manusia. Adamlah yang kemudiannya mengajar anak – anaknya mengenai kehidupan di dunia yang serba asing pada masa itu. Adapun jalan – jalan lain, maka ia mula dilalui oleh umat selepas Nabi Adam. Lihat, tiada lagi kekalutan pada memilih jalan yang lurus dan benar. Yang pertama yang dipilih Adam itulah.

Ketiga, Ia adalah jalan yang dilalui sambung – menyambung tanpa putus oleh manusia pada sepanjang zaman. Ia bermula daripada Nabi Adam sampailah sekarang oleh umat Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Umat Islam hari ini memiliki untaian sejarah penganutan ugama yang kejap dan tidak putus. Di dalam Al Quran, Allah menyambung rantaian sejarah manusia dan ugama yang sememangnya telah luput daripada ingatan manusia. Semua ini adalah demi membina keyakinan kepada manusia terhadap kebenaran jalanNya.

Adapun jalan – jalan lain, ia dicacati dengan sejarah yang diragui dan terputus – putus. Jalan hari ini adalah tiada pada hari lalu. Jalan hari lalu adalah telah berkubur pada hari ini. Lihat, tiada lagi kekeliruan pada memilih jalan yang lurus dan benar. Yang bersejarah seusia sejarah manusia itulah.

Keempat, Ia adalah jalan pilihan orang – orang yang terpilih dan terbaik daripada kalangan manusia sepanjang zaman. Ia adalah jalan pilihan para anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan manusia yang soleh dan baik. Manusia tercipta untuk menerima dan mengikuti mereka yang menjadi contoh yang baik di hadapan mereka. Apabila mereka mendapati manusia yang mereka cintai dan ikuti memilih jalan yang lurus ini, segalanya menjadi mudah buat mereka. Lihat, tiada lagi rasa malu dan bersalah pada memilih jalan yang lurus dan benar ini. Yang menjadi pilihan orang – orang baik itulah.

Kelima, ia adalah jalan yang telah bersebati dengan naluri semula jadi manusia dari awal kejadian dan kelahirannya. Fitrah manusia mengenali jalan ini dan telah melaluinya. Kalaulah tidak kerana didikan yang memesongkannya dari jalan lurus ini oleh kedua ibu bapa dan persekitaran yang mempengaruhinya di dunia ini, sudah pasti setiap manusia akan melorongkan dirinya dengan mudah dan tenang.

Jika pemesongan itu diperbetulkan kembali, maka ia akan kembali ke jalan lurus itu dengan semudahnya. Lihat, tiada lagi kepelikan pada memilih jalan yang lurus dan benar. Jalan fitrah semula jadi itulah.

Keenam, ia adalah jalan seluruh makhluk di alam ini. Kepada  Allah tunduk segala makhluk dan kepadaNyalah seluruh makhluk bergerak. Memasuki jalan yang lurus ini beerti menyertai perarakan agung seluruh makhluk menuju keredhaan Allah. Apabila manusia kufur dan menyeleweng daripada Islam, mereka sebenarnya menjadi dagang dan terasing daripada kehidupan di alam raya ini. Mereka hanya bertemakan syaitan iblis yang dilaknati Allah. Lihat, tiada lagi perasaan terpinggir dan kesunyian pada memilih jalan yang lurus dan benar ini. Jalan seluruh makhluk Allah itulah.

Ketujuh, Ia adalah jalan yang berpetanda di sepanjang laluannya. Lampu yang menerangi perjalanan. Had laju yang terpampang. Tinggi rendah yang diukur. Kesukaran yang ditanda awasnya. Kekeliruan yang dileraikan. Bahaya yang diberi ingatan. Dijamin sifar kemalangan jika beristiqamah pada laluannya. Petunjuk yang tidak pernah silap. Nah, tiada jalan seperti ini selain inilah.

Kelapan, Anda ditemani pembantu setia di sepanjang perjalanan. Malaikat bersama anda. Makhluk Allah bersama anda. Al Quran dan sunnah bersama anda. Manusia yang beriman bersama anda. Allah bersama anda. Nah, bayangkan keselesaan berjalan di jalan yang lurus ini.

Atau katakan, ia adalah jalan ilmu. Ilmu adalah teman di sepanjang jalan yang lurus ini. Semakin berilmu semakin serasi manusia di jalan ini.

Kesembilan, Ia adalah jalan yang penamatnya jelas. Hujung jatuhnya syurga atau neraka. Balasannya baik atau buruk. Pahala atau dosa. Kebahagiaan selamanya atau kecelakaan selamanya. Undi jalan lurus ini atau anda celaka selama – lamanya. Lihat, tiada lagi kekaburan pada memilih jalan yang lurus dan benar ini.

Kesepuluh, Allah menentukan perjalanan anda di dunia ini. Dia yang menunjuki dan Dialah yang menyesatkan. Tiada daya dan tiada upaya oleh syaitan atau kita sendiri. Kita menagih dariNya. Apabila Allah mewajibkan kita berjalan di jalan yang lurus ini, bersatulah pengharapan kita dengan kehendakNya. Doa dan pendambaan kepadaNya adalah senjata awal dan akhir kehidupan di dunia ini. Nah, anda dijamin jika anda mahukannya.Asalkan anda mahu.

Apabila anda menghayati pernyataan – pernyataan di atas yang telah diperincikan oleh Al Quran dan sunnah nabi, anda telah mampu memahami maksud Islam sebagai jalan yang lurus. Ia lurus dan mudah dilalui kerana ia adalah jalan tanpa kekusutan, kekeliruan, kepelikan, kekaburan, rasa malu, rasa bersalah dan rasa kesepian. Bahkan ia adalah jawaban dan kegembiraan yang dicari -cari dan diimpikan.

Bagaimana pula dengan manusia yang tidak mampu melihat kebenaran yang nyata ini?

mengapa jalan lurus dilihat bengkok 

Sekarang perhatikan pula bagaimana Allah menjelaskan kepada kita bagaimana manusia sebaliknya melihat jalan yang lurus ini sebagai bengkok, bersimpang siur, sukar, menakutkan dan membosankan. Akhirnya mereka hidup dalam kesesatan yang nyata.

Pertama, manusia sendiri tidak tahu matlamat hidup dan arah tujunya di dunia ini. Orang yang tiada arah tuju bagaimana diharap sampai ke destinasi? Penagih dadah dan mat rempit misalnya, bagaimana diharap mereka memilih jalan Islam yang lurus. Mereka hanya fikir dadah dan merempit dalam kehidupan.

Bagaimana pula diharap daripada orang yang langsung enggan berfikir tentang ugama? Manusia jenis ini lebih suka memilih atau mencipta jalan sendiri tanpa bersedia melihat jalan Allah yang lurus.

Kedua, manusia lebih cepat mahu tiba ke destinasinya mengatasi jarak perjalanan yang dirancang tuhannya sendiri. Jalan Islam pada pandangan mereka adalah jauh walaupun lurus. Mereka memilih untuk mencuba jalan – jalan pintas yang mereka sangka lebih dekat dan senang tiba ke destinasi . Sebahagian mereka menempuhnya dengan berani dan penuh keyakinan, manakala sebahagian lagi terus menempuh walaupun teragak – agak.

Malangnya, mereka hanya bersandarkan pada sangkaan dan tekaan dalam perjalanan itu, sedangkan sangkaan dan tekaan tidak mampu menepis kebenaran dan kenyataan yang terang. Mereka memilih agama yang menawarkan keringanan dan kemudahan pada tangung jawab serta kesegeraan pada menghapus dosa. Mereka memilih jalan kebangsaan, kedaerahan, warna kulit dan sebagainya yang nyata tidak menghasilkan pulangan sebagaimana didakwa.

Ketiga, Manusia merajakan nafsu mereka yang menyeru kepada keseronokan segera. Pandangan mata mereka hanya tertumpu kepada keseronokan duniawi yang sementara. Mereka mengejar kekayaan, pangkat dan kuasa tanpa pertimbangan. Mereka menjamu nafsu perut dan seks yang melampau.

Manusia seperti ini tidak terpesona hati mereka dengan tambunan pahala yang dijanjikan tuhan, tidak meleleh liur mereka pada lambaian syurga dan bidadari yang menanti. Bahkan, tidak berdetak sedikit pun hati mereka pada ugutan dosa dan neraka. Semua ini adalah kerana mereka hanya melihat pada yang dekat dan tidak mengendahkan pada janji dan amaran yang tak terjangkau oleh penglihatan zahir.

Keempat, manusia selesa untuk menurut dan hidup di atas jalan yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Mereka tidak bersedia untuk menolak tradisi dan warisan lampau walaupun ianya tidak memberi sebarang faedah bahkan nyata menyesatkan. Oleh kerana mereka susah untuk berubah kepada yang baru dan lebih baik, mereka menghiasi cara hidup mereka yang lama dengan kecantikan – kecantikan palsu yang tambah menyesatkan.

Lihat sahaja pada logik ugama menyembah berhala. Walau pun mereka sedar berhala itu buatan tangan mereka dan mereka tidak menganggapnya sebagai tuhan sebenar, tetapi mereka sukar untuk menerima hakikat kepalsuan ugama mereka kerana itulah kepercayaan turun temurun yang diwarisi. Akhirnya mereka terpaksa berhias pada hujahan yang dangkal dan sifar daripada fakta yang gagah.

Kelima, manusia sememangnya degil. Sifat buruk manusia ialah enggan lalu melawan walaupun di hadapan kebenaran. Mereka malu untuk mengakui kesilapan dan kesalahan. Mereka angkuh dan takabbur demi menonjolkan kehebatan diri yang hanya berpaut pada dahan yang rapuh.

Lihatlah pada kisah Namrud dan Firaun yang dikepungi kebenaran dakwah nabi Ibrahim dan Musa alaihimas salam. Mereka degil dan melawan. Bagaimana diharap kesedaran daripada manusia seperti itu untuk tunduk pada kebenaran?

Yang bengkok adalah manusia

Sekarang kita telah melihat bagaimana kesalahan adalah terpikul di atas bahu manusia sendiri kerana menolak jalan yang lurus yang disediakan oleh Allah untuk menuju kepadanya. Yang bengkok adalah manusia bukan jalanNya yang begitu lurus dan betul.

Seburuk – buruk tindakan manusia ialah penganut ugama Yahudi dan Nasrani yang sengaja menukar petunjuk nabi – nabi mereka kepada kemurkaan Allah dan kesesatan. Allah menempelak kedua – dua golongan ini yang secara terang – terang menjadi penentang jalan Allah semenjak perutusan Nabi Muhammad yang membawa ajaran Islam yang telah diperkenalkan oleh para nabi sebelumnya kepada umat masing – masing.

Sejahil – jahil ugama adalah ugama berhala. Mereka meninggalkan ilmu dan logik  akal semata – mata untuk berpegang pada ugama nenek moyang terdahulu yang berteguh pada hujah yang rapuh.

Segila – gila ideologi adalah faham komunisme yang menafikan kewujudan pencipta dan membingungkan pemikiran manusia dengan teori semula jadi tanpa sebab.

Umat Islam mestilah menerima jalan Islam yang telah ditunjukkan oleh RasuluLlah dengan sempurna. Ia adalah lurus pada akidah dan syariatnya, akhlak dan dakwahnya. RasululuLlah meninggalka ugama ini dalam keadaan  terang benderang seperti mentari yang menyinar.

Islam Hadhari adalah contoh keengganan umat menerima kesempurnaan Islam. Ia contoh nyata keegoan manusia untuk menerima keaslian ugama Islam. Ia juga contoh terpenjaranya manusia di dalam perangkap tradisi yang diwarisi yang menghalang diri untuk berubah. Ia adalah usaha membengkokkan jalan Allah sedangkan yang bengkoknya adalah diri mereka sendiri. Ia adalah menifestasi kejahilan umat terhadap ugamanya sendiri.

Tuhanku, tunjuki diriku jalanMu yang lurus, iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat. Bukannya jalan mereka yang telah engkau murkai dan jalan mereka yang sesat.

Salam Kamunting,

Saya sambung lagi taaruf diri saya seperti saya janjikan. Ini kategori borak – borak ( depan hari kita main Tora Bora. Ingat Tora Bora? Tak tahu, tanyalah abang saya, Nik Adli ). Dalam majlis usrah, tak kiralah usrah Pas ke, Jim ke, Abim ke, sesi taaruf cukup menyeronokkan. Naqib yang berjaya pasti menggunakan sesi ini untuk pegang anak buah untuk terus istiqamah dan merasa bangga dengan usrahnya. 

Jadi, saya perkenalkan diri saya dulu sebelum saya terus menulis dan menulis. Saudara akan membaca tulisan – tulisan saya seakan – akan saya tengah berborak – borak dengan saudara atau sedang berceramah serius di depan saudara. Membaca tulisan penulis yang kita kenali adalah lebih tuntas dan lebih cerap berbanding penulis yang kita tidak kenali.

Bila saya tahu sikit – sikit pasal tugas ayahanda yang pelik itu, saya kenalah tukar cita – cita. Sekarang saya mahu jadi doktor pula. Bila saya dapat cemerlang dalam penilaian darjah lima, saya cukup berangan – angan untuk masuk sekolah asrama penuh. MRSM atau sekolah sains. Itulah motivasi guru – guru saya masa tu. Belajar sekolah berasrama dapat makan free. Jadi doktor dapat gaji besar, kereta besar. Masa tu kalimah keramat profesional tak timbul lagi. Rasanya cikgu saya pun tak tahu apa benda profesional nih.

Hari ini, trio ungkapan profesional, ustaz dan protaz dah menjadi ancaman yang mengganggu kesuntukan masa perbahasan ahli di dalam muktamar  Pas.

Tapi angan – angan itu berkubur begitu sahaja. Ayahanda masukkan saya ke madrasah Darul Anuar, sekolah yang diasaskan oleh datuk saya sendiri, Tuan Guru Hj Nik Mat Alim. Buruknya tak boleh nak sebut. Buruk sungguh. Cita – cita nak jadi doktor pun memburuk di situ. 

Semua sekolah ugama rakyat masa tu buruk – buruk. Kalau pondok – pondok pengajian ugama lagilah buruk. Saya tiada motivasi dan arah tuju belajar masa tu. Ayahanda otak lain, guru otak lain. Saya jadi otak – otak. Yang ada hanyalah peperiksaan. Saya hanya berlumba untuk dapat nombor satu dalam kelas dan dari dulu, saya tak pernah dapat kecuali nombor satu.

Sehinggalah saya berpindah ke Maahad Muhammadi di bandar Kota Bharu. Sekolah yang cantik dan hebat. Saya mula di kelilingi suasana persaingan yang hebat. Saya jadi takut bila nombor satu terlepas dari tangan dan saya ketinggalan. Saya tertekan dan menyesal pindah sekolah.

Di Maahad, saya mengenali kawan baik saya, Us Mohd Zahiruddin Mohd ( kini beliau adalah Timbalan Ketua DPPK Pengkalan Chepa. Timbalan saya ). Dengan bantuannya saya mengenal kekuatan diri. Saya kembali bersaing dalam kelompok terbaik. Saya mula seronok bersaing dan belajar. Saya cemerlang lagi dalam SRP ( kini PMR ). Bau hospital sekali lagi menusuk hidung. Aku mahu jadi doktor. Aku mahu ke sekolah asrama penuh.

Sekali lagi ayahanda buat tak tahu. Saya kekal di Maahad Muhammadi. Pintu hospital tertutup sudah. Dumm! Saya melihat diri.. Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.. Saya selalu bertanya, untuk apa kecemerlangan? Ke mana kecemerlangan mahu membawa saya?

Saya tak pernah tahu masa itu bahawa jawabannya ada di depan saya. Di depan saya sejak kecil lagi. Tiada siapa memberitahu saya bahawa ayahandalah jawabannya. Kecemerlangan adalah untuk membina insan. Insan itu adalah ayahanda sendiri. 

Dalam duka itu, Allah memberi jawaban. Saya dirapati abang – abang kelas atas. Dari tingkatan dua lagi saya mengikuti program badan dakwah sekolah. Qiamullail. Kemudian rehlah. Kemudian usrah. Saat ini, saya mengingati seseorang yang di bahunyalah  tanggung jawab inqaz dan menyelamat.

Ustaz Zulkifli Ismail. Kami memanggilnya Ustaz Zul Melaka. Semasa tiba di Mesir, saya dengar orang memanggilnya Ustaz Zul Akhlaq! Hari ini beliau kecintaan Pas Melaka. Beliau sinar di dalam Dewan Ulama Pusat. Beliau naqib saya sepanjang zaman. Peliknya, beliau selalu menyebut saya sebagai gurunya. Patutlah kawan – kawan memanggilnya Zul Akhlaq. 

Tingkatan empat saya beranjak. Anjakan Paradigma. Cahaya datang berlapis – lapis. Rupa – rupanya, di sebalik rupa buruk wajah bangunan sekolah ugama ada kecantikan yang tiada bandingannya. Tahun itu saya berkata, aku adalah untuk ugamaku. Seperti ayahandaku.

Demikianlah program usrah mengubah hidupku.

Apa itu ad din/ugama?

Bahasa: 1- menunduk, menyuruh, mentadbir, membalas. 2- tunduk, taat. 3- menjadikannya sebagai jalan, mazhab dan kebiasaan. Ketiganya disatukan dalam maksud; Pihak pertama menunduk dan menyuruh, lalu pihak kedua tunduk dan patuh, lalu terjadilah jalan dan peraturan yang menghubungkan antara keduanya.

Maka ugama dalam penggunaannya bermaksud: sejumlah peraturan yang dianuti sesuatu umat samada dalam bentuk kepercayaan atau amalan.

Istilah: Pelbagai. Yang termasyur di kalangan para ulama: Satu peraturan/undang-undang ilahi yang mendorong manusia yang memiliki akal yang sejahtera, dengan pilihan sendiri, ke arah kebaikan masa kini ( dunia ) dan kejayaan pada hari kembali ( akhirat ). ( Syeikh At Tahanuwi, ulama agung India )

Ringkasan pilihan: Satu peraturan/undang – undang ilahi yang menunjuki ke arah al haq di dalam i’tiqad/kepercayaan dan ke arah kebaikan di dalam suluk ( amalan termasuk ibadat ) dan muamalat. ( Syeikh Muhammad Abdullah Darraz )

Pengistilahan ad din/ugama di kalangan para sarjana barat juga tidak jauh bezanya dengan para ulama Islam. Contoh: 1 – Ikatan yang menghubungkan insan dengan Allah. ( Sir Sisrone? ) 2 – Sejumlah kewajiban makhluk terhadap penciptanya; kewajiban manusia terhadap Allah, kewajiban mereka terhadap sesama sendiri dan kewajiban terhadap diri sendiri. ( Al Ab/Father Shatel? )

Maksud kalimah Ad din di dalam Al Quran: Mengandungi pelbagai maksud mengikut siaq/jalan ayat. 1 – Pembalasan ( al Fatihah:4 ) 2 – Ketaatan ( An NIsa’:164 ) 3 – Dasar ugama dan akidahnya ( Asy Syura:13 ) 4 – Ugama Islam sahaja ( Ali Imran:83 ) 5 – Akidah yang diimani sesuatu kaum walaupun ianya batil ( Al Kafirun:6 )

Maka ( berdasarkan ayat Al Kafirun:6, At Taubah:33, Al Fath:28, As Shaf:9), sebutan ad din tidak hanya bermaksud ugama yang benar sahaja, bahkan ianya juga membawa maksud semua ugama yang dianuti manusia samada ianya benar ( Islam ) atau batil ( semua ugama lain ). Salah sekali dakwaan bahawa dikhususkan kalimah ad din/ugama itu kepada agama yang benar sahaja.

Ad din dan Al Islam :

Penting untuk kami tekankan bahawa kalimah ad din/ugama adalah tidak sama maksudnya dengan kalimah Al Islam sebagai mana yang difahami kebanyakan pengarang buku kini.

Ya, jika sekiranya ia ( din ) disandarkan ( idhafah ) kepada Islam ( dinul Islami ) atau kepada Allah ( din Allahi ) atau dirujuk kepada Nabi Muhammad ( sallaLlahu alaihi wasallam ) atau kitabnya, maka ad din di sini memang bermaksud Al Islam.

Tetapi jika ad din itu bersendirian ( tanpa idhafah atau disifatkan ), maka ia lebih sempit maknanya berbanding kalimah Al Islam. Ad din pada hakikatnya adalah satu juzu’ ( sebahagian ) daripada Al Islam.

Kerana itu, misalnya, ulama membahagikan perkara dharuriyyat ( kemestian ) dalam maslahat syariat Islam kepada 5 perkara, satunya ialah ad din ( selainnya adalah nyawa, keturunan, akal, harta dan tambahan ke enam, maruah ). Ertinya ad din adalah satu juzu’ daripada Islam yang lebih luas maksudnya. Maka salah satu tujuan utama syariat Islam ialah mendiri dan menjaga ad din yang merupakan rahsia penciptaan manusia.

Oleh itu, Ad din bererti perkara yang menentukan hubungan di antara Allah dengan makhluknya; makrifat mengenaiNya dan tauhid, iman yang sahih tanpa syirik, juga mengesakannya di dalam ibadat.

Lihatlah bagaimana Al Islam lebih luas maksudnya daripada ad din. Kita berkata: Islam adalah agama dan dunia, akidah dan syariat, ibadat dan muamalat, dakwah dan daulah, akhlak dan kekuatan.

Juga doa RasuluLlah: “Ya Allah, perelokkan untuk kami ugama kami yang menjadi penjaga urusan kami. Perelokkan untuk kami dunia kami yang menjadi tempat hidup kami. Perelokkan untuk kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami.” Ketiga – tiga itu terkandung di dalam Al Islam.

Salam Kamunting,

Saya berhasrat menambah nilai blog ini dengan mengajak saudara membaca intisari buku Al Qardhawi, ‘Ad din wa As siasah’. Saya selalu membaca buku – buku beliau melalui laman webnya, ‘ Qaradawi.net’. Sambil menyelam sambil kutip mutiara untuk saya dan saudara. Saat saya baca, intisarinya saya terjemahkan, lalu masukkan ke blog ini. Maka, saudara akan mengikutinya secara bersiri mengikut pembacaan dan keluasan masa saya.

Siri ini penting kerana kita akan masuk dalam dunia politik Islam secara ilmiah sebelum amaliah. Ia akan lebih membawa ketenangan dan pencerahan yang hebat. Dunia politik itu kotor. Jika saudara tidak bersedia, saudara akan dikotorinya. Saudara tidak boleh lari daripadanya kerana Allah memaksa kita berpolitik dalam melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah. Lari daripadanya bererti saudara lari daripada tugas terpenting RasuluLlah sallaLlahu alaihi wa sallam di dalam mendirikan ugama Allah di dunia ini.

Bacalah dengan teliti. Ia terlalu ringkas. 2 minit sahaja. Jika ada ulasan sendiri, saya titip di setiap akhirnya.

Salam Kamunting, 

Belum habis tempoh bulan madunya ( cinta hadhari ), Pak Lah dah marah – marah pada pengkritik Islam Hadhari ( Lihat The Star Online 13/6/07 ). Dah dijaja seluruh dunia. Dah diterima seluruh dunia. Ia pendekatan, bukan ugama baru.  

Sempurna. Orang mukmin, cinta dan marahnya kerana Allah. Pak Lah, cinta dan marahnya kerana Islam Hadhari. Setiap manusia mendukung apa yang diimaninya. Setiap kita di akhirat, memikul apa yang kita pikul di dunia. Di timbangan mana Islam Hadhari?

Pendekatan hadhari menuju Allah? Pendekatan hadhari menuju akhirat? Setiap perjalanan/pendekatan menuju Allah dan akhirat adalah dengan wahyu. Tanpa wahyu, nabi tak boleh berjalan dan melangkah. Pak Lah terima wahyu juga?

Ayah Pin dakwa terima wahyu untuk mendekatkan pengikutnya kepada tuhan. Pak Lah tanpa wahyu bawa Umno menuju Allah.

Siapa lebih hebat, Ayah Pin ke Pak Lah? Setakat tulisan ini ditulis, Pak Lah jauh lebih hebat. Pasti Ayah Pin sedang rangka pendekatan baru mengatasi Pak Lah. Ingat Pak Lah, asah ISA kamu tu.

Berperanglah kamu dengan Ayah Pin. Biarkan aku berperang di jalan Allah. Menentang kedua – duanya.

Tulisan saya dalam Harakah dua bulan lepas, saya titipkan. Ayahanda suka tulisan ini. Dia ulang isinya dalam beberapa kuliahnya. Isinya juga sebelum ia jadi isi saya.

JENAYAHKAN ISLAM HADHARI

Tiada ahli Pas, mahupun ahli Umno yang mahukan keburukan dan kecelakaan di dunia ini, apatah memilih azab dan neraka di akhirat nanti. Yang membezakan antara keduanya ialah jalan menuju ke arahnya.

Pas memilih jalan Islam dengan bersetia dengannya, manakala Umno memilih jalan sekular dengan bersetia dengannya. Oleh kerana sekular itu nampak kabur keakhiratannya dan pekat sangat keduniaannya, maka diterjemahkan sekular itu dalam bahasa akhirat Umno sebagai Islam Hadhari.

Islam dan Islam Hadhari adalah berbeza. Jika keduanya sama, pasti Pas tidak menolak Islam Hadhari. Jika keduanya sama, tidak perlulah  Umno pula bersusah payah menamakan Islamnya sebagai Islam Hadhari. Oleh kerana Pas menolak Islam Hadhari dan Umno pula berusaha membezakan Islamnya dengan Islam Pas, maka tiada lagi daya dan upaya berhujah bahawa keduanya adalah sama.

Seruan Profesor Dr Mahmud Zuhdi contohnya, agar Pas menerima Islam Hadhari Umno itu nampaknya agak janggal dan pelik sehinggalah beliau mampu meyakinkan keduanya bahawa putih dan hitam adalah sama. Jika anda mahu pakai baju hitam, pakai sajalah baju putih kerana putih itu hitam juga!?

Jadi, soalannya apakah Islam Pas? Boleh sahaja anda menjawab, Islam Al qur’an dan Al hadis. Sebabnya itu saja yang ada pada nama dan maksud Islam dari awal kedatangannya lagi. Tiada ahli Pas, penyokong dan masyarakat awam yang gagal memahami maksud Islam yang dibawa Pas. Itulah Islam dan itulah seruan Pas yang tak berubah – ubah.

Jika pula anda ditanya, apakah Islam Umno? Kenalah anda tambahkan sebutan hadhari di depan Islam, Islam Hadhari. Sebabnya kalimah hadhari itu pastinya meruntun persoalan  dan tafsiran baru  bersamanya.

Ia tak boleh sama dengan Islam yang dianuti Pas. Jika Islam Hadhari itu Al qur’an dan Al hadis juga, maka semestinya Pas dan Umno mudah bertemu kerana rujukan perbalahan dan perselisihan mereka adalah kepada kedua kitab tersebut. Tetapi ternyata Umno sukar menerima ajakan itu kerana Umno ada rujukan lain yang lebih dihormati dan diagungkannya iaitu perlembagaan sekular Negara.

Jadi anda pasti ditanya lagi, apakah pula Islam Hadhari? Jawablah, Islam Pak Lah. Islam Umno adalah Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah Islam Pak Lah. Mengapa Pak Lah pula? Sebab Tun Mahathir nyata menolak Islam Hadhari anjuran Pak Lah. Jika al marhum Tunku masih hidup dan ditanya hal Islam Hadhari, siapa berani kata Tunku setuju?        

Jika Al marhum Tun Razak setuju, pasti anaknya, Datuk Seri Najib tidak pelat untuk menyebut Islam Hadhari. Tapi beliau nampaknya keras lidah menyebutnya. Lidahnya lancar pula mem‘bla – bla’kan Melayu glokal. Jika Datuk Seri Najib ditakdir jadi PM, pastinya Islam Umno jadi Islam Glokal atau muslim glokal! Tak percaya?

Mungkin jugalah al marhum Tun Husin Onn boleh terima Islam Hadhari. Jika tidak, masakan Datuk Hisyamudin boleh angguk – angguk geleng – geleng depan Khairy Jamaludin, the Malaysian first menantu itu. Entah..

Dalam Umno, Islam berubah – ubah. Yang tak berubah ialah dasar nasionalismenya. Tiada Nasionalisme Hadhari. Kebangsaan Umno hari  ini adalah kebangsaan Umno zaman Dato Onn Jaafar dulu. Songkok hari ini adalah songkok hari itu juga. Keris yang dihunus hari itu hanya hilang sarungnya saja hari ini. Semakin ganas tikamannya. Setianya pada nasionalisme terpancar abadi pada ciumannya pada keris itu.

Adapun Islam, ia bertukar – tukar daripada penjajaan faham ekstrim politik suku ugama suku tajaan barat yang bermula di zaman Tunku, kemudian bertukar kepada zaman penerapan nilai – nilai Islam yang menayangkan Islam celupan sekular di zaman islamisasi Umno, kemudian di ‘up-grade’ kepada renjisan haruman mayarakat madani, kemudian lagi ditukar kepada Islam tafsiran semula Al Qur’an dan berakhir kini dengan Islam Hadhari Pak Lah. Oleh kerana pemahaman Islam Hadhari masih tak jelas – jelas lagi di kalangan ahli Umno sendiri, maka tentunya pengevolusian Islam Umno boleh dijangkakan lagi di hari depan.

Di mana letak Al qur’an dan Al hadis dalam Umno? Tun Mahathir mahukan penafsiran semula Al Qur’an supaya sesuai dengan kehendaknya masa itu. Masa itu tafsiran Al Qur’an kena dengan keinginan Pas. Pas mahu kehendaknya kena dengan kehendak Al Qur’an. Maka Pas hanya ikut Al Qur’an selamanya. Maka di zaman Tun Mahathir, jadilah Al Qur’an terkandang di dalam nafsu beliau.

Di zaman Tunku sebelumnya, dimanalah kedua – dua kitab mulia itu jika tidak diISAkan dalam almari lama yang dilepaskan setahun sekali di majlis musabaqah untuk menghirup udara segar di luar. Dikhabarkan bahawa minuman syaitan  masih menjadi hidangan di sidang parlimen masa itu. Kini ahli parlimen tak boleh lagi minum arak kecuali di puncak raya bersama MAS.    

Pak Lah pula mengambil inisiatif proaktif sesuai dengan era penjenamaan semula produk – produk mega di zamannya. Islam dijenamakan semula selepas 1400 tahun yang dilihat semakin lesu dan berkulat. Beliau mencari  Asy Syafi’ie dan Al Ghazali untuk membantu. Malangnya mereka berdua tidak memberi kerja sama. Tanpa Asy Syafi’ie, tanpa Al Ghazali dan tanpa sesiapa, beliau mengembangkan faham Islam Hadhari.

Pak Lah, apabila beliau menjenamakan semula Islam, sebenarnya beliau telah memakhlukkan Al qur’an yang menjadi sebahagian sifat Allah yang disucikan dari kerendahan dan kekurangan. Sebab itulah, mana beliau kisah anak perempuannya boleh bersama kumpulan yang meliberalkan Al qur’an dengan menjadikannya jamuan santapan tafsiran, huraian dan komentar otak – otak gila panganut Islam liberal.

Pak Lah mengembangkan ajaran baru ini ke serata dunia dengan penuh semangat dan azam agar dunia Islam bangkit kembali daripada kehinaan yang menimpa. Jikalah Abuya Al Arqam tidak diISAkan, bolehlah dibayangkan betapa kalut ributnya dunia Islam menerima kunjungan kedua – dua mujaddid zaman dari Malaysia ini. Dalam sesat ini, barulah biru hijau bersatu!

Kini Islam Umno adalah Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah Islam Pak Lah. Islam Pak Lah adalah Islam sendiri – sendiri. Kini, jadilah Al Qur’an kitab yang terpaksa mengikut nafsu Pak Lah selepas dipaksa ikut nafsu Tun Mahathir sebelumnya dan selepas dikurung oleh Tunku Abdur Rahman yang langsung tak bernafsu dengan Al qur’an. Sesiapa yang kenal nafsu Pak Lah maka tahulah dia di lubuk mana Islam diberambuskan!

Arak menjadi halal jika diterbangkan ke udara di ruang MAS. Arak di darat dibenarkan dan halal hasilnya demi jihad ekonomi negara. Judi di Genting perlu dihalalkan demi menjaga nama baik Islam di kaca mata non muslim dan negara asing. Riba adalah riba sekiranya ia menghancurkan ekonomi Negara. Jika ia memberi faedah, maka ia adalah riba halal yang diberkati. Namakannya riba hadhari.

Pergaulan bebas dibolehkan atas maslahat awam demi memupuk budaya kasih sayang dan toleransi dalam masyarakat. Budaya berhibur dan budaya popular perlu dibenarkan agar anak – anak remaja dapat  release, ceria dan tidak terkongkong.

Berjabat tangan walau dengan bukan mahram adalah antara sopan santun budaya kita. Menutup kepala wanita adalah melampau jika menakutkan rakan – rakan non muslim atau merimaskan kepala yang boleh membawa kepada lemah berfikir.

Zina adalah terkeji lagi terkutuk jika melahirkan zuriat haram. Ia menjadi makruh jika melalui jalan amalan seks bebas. Ia bertukar menjadi harus jika diamalkan secara sihat dengan menggunakan kondom. Sunat jika dilakukan sulit – sulit dan bertujuan mengekalkan monogami dan keharmonian rumah tangga pertama. Jika darurat dan demi menyelamatkan anak – anak dari kelaparan, zina menjadi rukhsah bahkan wajib untuk meraih nafkah halal. Jangan lupa, melindungi zina dan maksiat pemimpin  adalah jihad demi menjaga integriti Negara Islam Hadhari!

Inilah amalan yang berlaku. Ini hukum fiqh hadhari. Anda tidak menemuinya dalam fiqh Islami. Anda menemuinya dalam cakap – cakap Umno dan anda tidak akan menemuinya selama – lamanya dalam Pas.

ISA sah aniaya. Para ugamawan hadhari bertungkus lumus menghalalkannya. Jika Pak Lah  memansuhkannya, para ugamawan tadi pasti melakukan aksi u-turn yang mempesonakan para mat rempit jalanan.

OSA sah zalim. Para ugamawan hadhari berjihadan mensiasah syar’iahkannya. Jika Pak Lah memansuhkannya, anda akan terkejut melihat aksi undur ala stunt Hollywood yang mengkagumkan daripada mereka.

Akta cetak sah gila. Para ugamawan hadhari beriktikafan membaca mentera meniup jampi mewaraskannya. Jika Pak Lah memansuhkannya, berundurlah segera jika melihat mereka tiba – tiba menjadi tukang sihir yang meniup – niup pada untaian tali untuk kembali menggilakan akta tadi.

Pak Lah adalah imam. Para ugamawan adalah makmum jahil yang tunduk khusyu’ di belakang. Jika Pak Lah terkentut, mereka tersapa haruman hadhari yang menambah kesucian wudhu yang mengkhusyu’kan solat. Sah lagi mengsahkan.

Sepanjang mana anda menjelakan pencapaian Pak Lah dalam pelaksanaan kemajuan negara, sepanjang itulah anda menyaksikan titik – titik noda yang menjauhkan beliau daripada Islam yang dibawa dan dijulang oleh Pas.

Islam adalah hak Allah. Bila ia diturunkan, kita memeluknya, memasukkan diri di dalamnya dan menghiasi diri dengannya. Pak Lah memeluknya dan mengubahnya. Wahyu mana membenarkan?

Islam adalah nama yang dipilih Allah untuk ugamanya. Nama Islam kekal solo dari zaman Nabi Adam alaihis salam hinggalah rasul terakhir. Nama itu menjadi hakNya. Pak Lah datang menukarnya. Jibril mana datang menemui Pak Lah membawa warta izin dari langit lapis tujuh?

Fatimah itu nama anak Rasulullah ( sallallahu alaihi wasallam ) yang dinamakan oleh baginda sendiri. Az Zahra’ ditambah kemudiannya oleh baginda sendiri. Fatimah Az Zahra’ seindah – indah tambahan sifat pada seindah – indah nama daripada sehebat – hebat bapa.

Apabila Pak Lah menambah sifat hadhari pada Islam Allah, di pertapaan gua Hira’ mana Pak Lah menerima kebenaran tuhan? Siapa berani mengatakan ia adalah seindah – indah tambahan sifat pada seindah – indah nama? Rasulullah hanya berupaya menjenamakan si anak gadis jelitanya, sedangkan Pak Lah berani saja menjenamakan nama hak milik tuhannya.

Jika anda ada anak bernama Abdullah, sudikah anda mengizinkan orang gaji anda menamakannya Abdullah Hadhari atau Badawi tanpa izin anda?

Siapakah yang boleh memberitahu Khairy Jamaludin untuk meminta isterinya agar membuat satu titah nasihat selembut kalam al marhumah Datin Seri Endon pada Pak Lah bahawa Allah adalah Al Khaliq yang maha perkasa sedang Pak lah adalah makhluknya yang tiada lebih mulia daripada sebarang makhluk yang lain kecuali dengan mahuNya jua.

Islam adalah rukunnya yang lima. Islam adalah syahadatain, solat, zakat, puasa dan haji. Maka anda berhak bertanya, apakah solat hadhari? Apakah puasa hadhari? Islam adalah iman. Tanya, apakah iman hadhari? Apakah pula Ihsan hadhari?

Jika ini berubah, maka berubahlah Islam. Jika ini tidak berubah, maka ia mungkin  berubah di tempat lain. Jika ia berubah di tempat lain, bolehkah Islam berubah – ubah atau ditambah kurangkan? Jika Islam itu tak berubah langsung daripada Islam Hadhari, maka gila apa Pak Lah berhabisan wang dan keringat menjaja Islam Hadhari ke seluruh dunia semata – mata untuk memperkenalkan nama baru?

Islam hidup dalam keasliannya. Ia asli pada namanya, isinya, hidayatnya, jalannya dan manhajnya. Akidahnya asli pada tauhidnya. Akhlaknya asli pada ketinggian pekerti rasulnya. Dakwahnya asli di layar sirah rasulnya yang agung manakala syariatnya asli dalam keanjalan dan pengembangannya yang penuh disiplin.

Islam Hadhari adalah virus yang menyerang Islam. Ia adalah pakaian baru faham sekularisme yang menyesatkan yang dipakai Pak Lah di hari pertabalannya sebagai ketua negara  yang baru. Bahkan ialah sebenarnya intipati sekularisme. Pak Lah menyebarnya dengan penuh tekun. Jika perang itu jenayah, maka Islam Hadhari adalah jenayah terhadap Islam. Ia menyerang Islam. Jenayahkan Islam Hadhari.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Tim. Pengerusi Lajnah Tarbiyah

Dewan Pemuda Pas Pusat

10/03/07

Salam Kamunting (dedikasi sepanjang masa buat mangsa dan keluarga mangsa akta ISA yang kejam) ,

Terima kasih buat teman yang menghantar epal dan limau yang manis – manis untuk saya. John Terry siap hantar sup gear box. Masakan Kelate setengahnya rasa memang begitu. Terima kasih. Rakan rakan janganlah sampai saran agar saya jadi macam bloger lain. Saya dah kata, saya tak tahu masa mana saya boleh tekun depan laptop ni..

Biarkan saya bercakap pasal saya dulu. Taaruf. Saya menulis dan hati saya berkata, tulislah wahai pejuang. Semoga kamu, tidak sia – sia amal kamu di sisi tuhan. Saya berjuang kerana saya telah berada di jalan yang lurus ini dan saya teruja berjalan di laluan yang lurus ini. Bagaimana saya bermula?

Saya anak seorang tok guru tersohor lagi tersayang. Kerana bin tok guru, saya dapat undi terbanyak dalam muktamar DPPP dua minggu lepas. Sapa berani berjudi nak kalahkan Ustaz Ridhuan Md Nor, panglima muda Pas itu. Tapi bin punya tuah, saya menang dua undi. Walau tak berjudi, Us Ridhuan kenalah belanja anak tok guru ni sokmo – sokmo di KL.

Saya tahu itu sebabnya tapi mana saya tahu mengapa saya jadi anak tok guru. Tahu – tahu jadi anak tok guru. Suka ke tak suka jadi anak tok guru samalah dengan soalan suka ke tak suka jadi anak MB. Sebelum saya jawab, pergilah tanya Mukhriz ke, Najib ke, Pak Lah ke.Suka ke jadi anak PM atau tok guru? Tanya Khairi pun boleh. Suka ke jadi menantu PM? Kalau tak berani tanya, tanyalah diri sendiri, suka ke aku jadi anak ayah aku?? anak ibu aku??

Jawaban kalian adalah jawaban saya.

Masa kecil sangat, saya hanya ingat ayahanda saya berserban. dulu sampai loni. Naik kereta sebelah petang pergi mengajar ugama. Naik sebelah pagi saya tak tahu ke mana dia pergi. Kadang – kadang dia bawa kami adik – beradik lelaki ke masjid dia kuliah.  Paling seronok dapat ke Masjid Muhammadi Kota Bharu. Tengah  ayahanda mengajar tafsir lepas maghrib, kami adik – beradik menyusup ke kedai Cina sebelah masjid tengok tv. Cerita Mat Saleh. Cerita apa saya tak tahulah. Kecil lagi. Tapi seronoknya dapat tengok tv. Rumah saya masa tu mana ada tv. Letrik pun tak ada. Takkanlah nak cucuh pelita pasang tv.

Bila besar sikit, saya kena ikut ayahanda solat jumaat di merata – rata masjid. Boringnya. Belum lagi ayahanda berkhutbah, saya dah angguk – angguk. Bila sedar, geleng – geleng. Mengantuknya. Panasnya. Cuma setiap jumaat, bonda bekalkan kami sepuluh sen seorang. Sudah solat jumaat, kami berebut – rebut cari tin tabung derma. Ting.. sepuluh sen kali sepuluh. Dapat pahala seringgit. Seronok dapat pahala. Macam – macam saya khayal dapat duit banyak dalam syurga tuhan kelak.

Satu hari, seorang guru perempuan datang. Dia menepuk – nepuk bahu saya. “Tahniah, ayah menang. Kita kalah ya.” Saya tersengih tak tahu apa -apa. Lama – lama baru saya tahu, Pas kalah rupa – rupanya di Kelantan. Patutlah masa tu banyak sangat poster dacing dan bulan. Ingatkan tampal suka – suka saja macam main wau bulan lepas menuai. Pilihan raya rupanya. Saya perasan bila ayahanda tidak lagi berkuliah di Masjid Muhammadi.  Kerajaan baru tak beri permit. Kuliah tafsir mingguan berpindah ke Pejabat Pas Kota Bharu. Dulu sampai loni.

Teringat dulu masa darjah tiga tak silap, guru bertanya rakan – rakan sekelas pasal cita – cita. Ada jawab nak jadi guru, polis, askar, doktor dan paling hilir, jadi jurutera. Saya tak faham. Bila tiba giliran saya, saya selamba menjawab, “mahu jadi wakil rakyat.” Guruku tersengih tersenyum. “Aha, awak kena jadi macam ayah awak.” Bangga saya waktu tu. Manalah saya tahu wakil rakyat tu kena mengundi dulu, jadi calon pilihan raya dulu dan kena lawan Umno pulak tu. Ingatkan bila masuk U boleh ambil jurusan wakil  rakyat! Cerdiknya aku..

Itulah persekitaran paling ringkas mengenai masa kecil saya. Saya berayahkan seorang yang berserban adalah pakaiannya. Berkuliah dan berceramah adalah tidur bangunnya. Wakil rakyat adalah pengenalannya. Bangun awal pagi adalah kebiasaannya. Melayani semua orang adalah kehidupannya.

Bila dah besar saya pun tahu. Bila dah akil baligh saya pun sedar. Saya anak seorang yang bukan kecil gahnya di sisi masyarakat. Saya membesar di bawah kawalan ketat seorang bapa yang merancang agenda suci untuk saya dan adik beradik. Dalam ketegasannya, dalam kebengisannya dan dalam doanya dia mendidik saya.

Ada masa saya sambung taaruf diri ( taaruf ayahanda pada kaca mata seorang anak ) lagi,

Saya mulakan bicara dengan nama Allah tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Apabila beberapa kenalan menyaran agar saya turut menulis dalam blog sendiri, saya teruja juga di awalnya. Tetapi memikirkan bilah masa yang saya fikir sukar saya luangkan untuk menulis secara kerap, saya jadi teragak – agak.

Saya pernah menerima sms daripada rakan penuntut di Kaherah meminta saya memberitahu seorang bloger, juga seorang ahli politik terkenal agar sentiasa up date tulisannya yang diminati. Katanya ramai yang dah marah – marah kerana sia – sia saja melayari ke blognya yang dah usang.

Kerana itu, saya susah hati untuk memulakan blog sendiri. Nanti saya pula merosakkan masa berharga orang lain lalu didengusnya hidung menyampahi saya. Lain tujuan lain pula jadinya. Masa berlalu sehinggalah saya berkesempatan berbual panjang di restoran mamak Thaqwa ( apa pula gerangan mamak ni, taqwa dieja thaqwa. B Melayu salah. B Arab pun salah. B Urdu mamak pun salah) dekat Markaz Pas Taman Melewar dengan seorang penulis terkenal, Penarik Beca dan Waejo, seorang bloger kelate. Mereka menjawab beberapa persoalan dan menyuntik beberapa galakan yang mencergaskan saya untuk turut joint kumpulan bloggers yang lain. 

Jadi, kira jadilah ni..

Masanya memilih jalan yang lurus. Saya pilih ungkapan ini untuk memperkenalkan blog saya dan pandangan saya dengan tujuan yang bukan satu, tetapi matlamatnya satu.

Pertama, saya menulis kerana saya mengajak kepada jalan Allah yang lurus. Saya terlalu  bangga menjadi seorang muslim yang mengabdi diri pada tuhan yang kesempurnaan mutlaq adalah milikNya.

Kedua, saya menulis bagi memberi pilihan terbaik di hadapan pelbagai pilihan lain yang saya fikir seperti hanya menyuluh ke lorong mati atau menyuluh tanpa cahaya atau mendorong ke arah yang lebih gelap.   

Ketiga, saya menulis untuk membaiki ke arah yang lebih baik terutama perihal Parti Islam Semalaysia ( PAS ) yang saya dukungi. Saya menyiram dan saya mungkin membakar di sini. Abu itu boleh jadi baja yang baik.

Keempat, Saya ingin terus menulis dan menulis untuk menghentam Islam Hadhari yang tambah menyesatkan aqidah umat Islam yang telah sedia rapuh dan tercela. Saya terlalu kecewa campur teramat murka bagaimana anak kepada seorang ayah yang digelar masyarakat sebagai tok guru ( macam ayah saya juga) boleh bersenang – lenang menjadi pembawa ajaran sesat yang nombor satu di Malaysia. Sampai bila? Sampai setiap umat Islam sedar Islam Hadhari itu ajaran sesat sesesat ajaran sesat yang lain.

Kelima, saya menulis untuk mengupas dan menjawab persoalan – persoalan semasa yang dinantikan jawabannya dari sudut pandangan Islam. Mungkin saya lebih menumpu kepada persekitaran politik Islam tanah air dan antara bangsa.

Keenam, saya menulis untuk menanti komentar yang baik – baik dan mungkin pedas panas untuk membantu meningkatkan ilmu dan pandangan hidup saya. Saya fikir, para pelawat akan  bawa buah epal dan limau untuk saya, walaupun saya tidak berada di hospital. Kalau bawa sup gear box, lagilah saya seronok.

Itu tujuan saya menulis.

Adapun matlamatnya, Saya mengharap keredhaan Allah untuk saya dan saya diiktiraf Allah sebagai tokoh yang membawa manusia kepada keredhaanNya. Itulah impian saya.

Saya akan menulis bila masa kosong hadir di sisi dan saya cergas. Alangkah baiknya masa itu fikiran saya tepu dengan jawaban dan pandangan yang mampu dikongsi bersama para penggemar laman ini.

Terima kasih. Semoga Allah merahmati setiap penjunjung kebenaran dengan hidayat dan keberkatannya.

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

BismiLlahir rahmanir rahim. Wassolatu wassalamu ‘ala rasuliLlah.

Saya mulakan..

email saya

nikabduh@pas.org.my

taqwim hijri

Jun 2007
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Top Clicks

  • Tiada
nuffnang_bid = "c431ebbac3805eca201f54b84f1026e1";

pengunjung semasa