Salam Kamunting,
Saya merujuk kepada tulisan YB Khalid Abdul Samad di dalam blognya ( sini ) yang menjemput sesiapa yang berminat untuk berhujjah secara ilmiah sepuas – puasnya mengenai ayat 61 dan 62 daripada surah al Anfal yang diselewengkan maksudnya demi mentabrirkan penyatuan PAS-UMNO.
Beliau menamakan beberapa orang bloggers dalam bentuk cabaran untuk respon dan berhujjah dengannya termasuk saudara Roslan SMS dan adindanya. Oleh kerana saya selalu disantuni saudara Roslan dengan gelaran adinda, maka rasanya tak salah kiranya saya merasakan diri saya termasuk dalam maksud YB Khalid Abdul Samad selain sahabat saya Ustaz Nasrudin Tantawi dan Ustaz Yusaini terutamanya.
Saya agak tergamam dengan jemputan itu tatkala melihat kesungguhan beliau memahamkan kita perihal ayat tersebut. Bukan pada salah dan tak bisanya hujjah beliau, tetapi pada ajakan beliau untuk kami menghujahnya balik dengan ayat yang sama dan selainnya demi menegakkan benang yang basah ke arah penyatuan UMNO-PAS! Juga membenarkan pengkhianatan terhadap pakatan bersama PKR dan DAP.
Saya bertanya diri sendiri, adakah Roslan SMS, Ustaz Nasrudin, Ustaz Yusaini dan saya difahami begitu oleh beliau? Jika itu bukan maksud beliau, saya yakin ramai pembaca akan memahaminya begitu sepertimana saya juga.
Oleh kerana Allah adalah saksi bahawa kami bukan begitu dan tidaklah layak kami disenaraikan sebagai jemputan yang boleh mendatangkan fitnah buruk ke atas kami, saya mencadangkan beberapa perkara kepada YB Khalid Abdul Samad dan menasihatinya dengan beberapa perkara. Ini semoga semua pihak dapat mengambil manfaat bersama, insya Allah. Saya juga berharap ianya disetujui oleh sahabat – sahabat yang ‘terkena penangan’ jemputan itu juga:
1) Demi tidak membatalkan jemputan debat siber tersebut ( permit pun tak perlu ), saya mencadangkan YB Khalid Samad menjemput imam yang berkhutbah tersebut untuk berdebat dengannya. Saya rasa imam tersebut tentu saja bersedia demi menjaga maruah dirinya selain mengeringkan benang basah tersebut.
2) Jika ada tajuk hendak dipaparkan, eloklah dicadangkan debat itu dengan nama ‘ Perang Siber 916: Profesional Haraki vs Imam Hadhari’. Saya fikir ini turut membantu telahan ‘sombong’ sesetengah ulama konservatif yang mendakwa hak eksklusif untuk mentafsirkan ayat – ayat al Quran. Saya yakin sepenuh – penuhnya dan sepuas – puasnya bahawa YB mampu.
Kemudian saya dengan rasa sedikit malu – malu mencuba – cuba untuk menasihati YB Khalid Abdul Samad dengan beberapa nasihat yang memberi guna, bukan guna- guna, insya Allah:
1) Sapulah daripada blog YB tu nama ‘adinda’ tu sebagai jemputan, juga Roslan SMS ( walau YB terpaksa menahan geram ). Sedih saya adalah teramatlah sangat.. ( menahan geram sebenarnya..)
2) Janganlah membina kefahaman diri di atas puingan salah faham ( misalnya yang tadilah ) terhadap sahabat – sahabat di dalam satu jamaah. Saya menjadi takut tulisan – tulisan YB yang lain dibina di atas landasan yang sama. Hujah YB akan jadi rapuhlah. Sekali jentik. Apatah ukhuwwah sesama kita.
3) Jauhilah sama sekali sangkaan seperti itu daripada YB Dato Presiden PAS. Saya berkata begitu kerana saya termasuk penyokong kuat presiden dalam menangani isu semasa tertentu. Bacalah beberapa artikel santai saya sebelum ini jika ianya boleh membantu membenarkan dakwaan saya ini. Kerana saya dah kena ‘penangan’ YB, takutlah juga terkena presiden juga! Kebimbangan saya terhadap kerosakan dalam jamaah mendahului kebimbangan saya terhadap kerosakan YB sendiri.
4) Fahamilah maksud pengkhianatan dalam Islam apabila menggunakan ayat – ayat Allah. Saya berkata begitu kerana kesungguhan YB memindahkan artikel ini ke blog mulia YB. Itu tulisan hampas dalam neraca ugama. Fahamilah..
5) Janganlah YB cuba melaga – lagakan di antara ayahanda Tuan Guru dan YB Tuan Guru Presiden. Lebih parah jika YB menjadikannya landasan puaka untuk ahli PAS menerima DSAI. Bukan salah DSAI. Yang salah adalah YB sendiri.
Ketika Allah menjadikan dua insan mulia ini diciumi dan dipeluk tubuh mereka oleh rakyat Malaysia demi cinta Islam dan perjuangannya, juga penyatuan ummah yang sedang bercempera, jangan pula YB mengambil jalan yang akan mencetuskan murka Allah.
Jika ahli PAS terpecah dua, tulisan – tulisan YB mungkin faktornya. Saya enggan mengesahkan. Daripada YB asyik dengan ayat 61 dan 62, lebih jitu saya mengesyorkan YB menyelami maksud ayat 63 dan 64 daripada surah yang sama. Ia lebih bermanfaat saat ini untuk dihayati.
Bertaqwalah sesaat saat YB mengkritik Presiden. Jika itu hak YB untuk mengkritik, bacalah pula hak seorang ketua. Dah lupa ke..?
Adapun saya, sila baca artikel saya, ‘hidangkanku secangkir kopi panas’. Ia begitu angkuh kerana keseronokan menyaksikan para ulama PAS bertaut membina kesatuan.
( Tulisan ini ada unsur – unsur melepas geram. No signature required. Apa yang ada hanyalah bulan Syawal. Mohon maaf dipinta, zahir dan batin. )
36 comments
Comments feed for this article
Oktober 6, 2008 pada 11:41 pm
Hasbullah Pit
Makin menarik
umpama baca buku sastera
Oktober 7, 2008 pada 3:49 am
Zorro Tua
Ana tak paham, bebelit2. Ikhlas nk tahu, walaupun saya telah cuba baca berkali2. Masih belum dpt point yg cuba disampaikan kecuali marah sgt kepada YB Khalid Samad sbb ‘menuduh’ anta dan sahabat2 ‘membasahkan’ benang tersebut. Minta tolong jelaskan pendirian anta dan sahabat2 berkenaan pergabungan PAS UMNO/BN dan juga kerjesama PR. Kalau jelas tak sei dgn UMNO, ana pasti YB Khalid tak gedebe sgt utk mintak maaf.
Mungkin sbb saya tak belajar sastera tinggi2 kot. Minta tolong jelaskan kalau ada kelapangan. Terima Kasih.
Oktober 7, 2008 pada 5:50 am
abah along
abah tak tau nak bahas……..hahahahahah
baca aje le……
Oktober 7, 2008 pada 8:36 am
Penduga Arus
A.ah..Setuju dengan respon Zorro Tua. Sepatutnya Ust menjelaskan pendirian ust berkenaan isu yang dikaitkan dengan oleh YB Khalid.. dalam artikel ini, ust tidak menjawab secara ilmiah. lebih kepada unsur-unsur melepas geram (meminjam ayat Ust). Mungkin juga YB Khalid terkena dengan ‘penangan’ ust dalam artikel-artikel ust yang panas 2..Maka YB Khalid ‘membalasnya’ dengan menyebut “Roslan SMS dan adinda2nya”. Apapun, YB Khalid tidak seharusnya menyebut ayat tersebut. Kurang elok dari sudut adab berjamaah.
Oktober 7, 2008 pada 8:49 am
cikli
gulp… nak menyampok takut kena marah….
Oktober 7, 2008 pada 8:49 am
zorro muda
Dey zorro tua. Bacalah artikel ustaz yg lalu2. Apalah. Gunalah IQ sikit. Ni tidak, asyik nak menyorong bantalkan akal kita utk berfikir. Patutlah org selalu kata melayu lemah IQ. Kita sendiri yang sengaja melemahkan IQ kita.
Oktober 7, 2008 pada 11:31 am
beta
untuk zorro tua dan pendugaarus, buat apa ustaz nak jawab ilmiah. yb khalid tembak tak kena tempat. Buat habis peluru cari gaduh tak bertempat. Mana ustz sokong pas join BN dan tinggalkan pakatan rakyat. Bacalah artikel ustaz sebelum ini.
Ustaz menyeru kepada penyatuan saat krisis. mmg tgna nampak tak sama dengan tghh, tapi adakah redha mereka untuk kita pisah – pisahkan antara mereka. lihat lepas pertemuan tgna dan datuk pa, ada tgna komen keras lagi. takda krn tgna baru dapat maklumat baru dr cikgu pa.
mcm kata ustaz, kita kena sejukkan bukan jadi batu api. yb khalid smad mmg batu api. baca sendiri artikel di blognya. layan rakyat sampai gempita jamaah.pas mcm dah jadi parti politik dunia demokrasi jahiliyah, bukan lagi jamaah islam yang menjadi bahtera penyelamat seluruh manusia.
Oktober 7, 2008 pada 12:09 pm
ag
wahai beta, apa kamu cakap ni, apa masalah ust jawab yb khalid secara ilmiah?
kamu kata yb khalid batu api, soal nya siapakah pemimpin2 kita yg bagi huru hara dan keliru peringkat cawangan pas sana sini? yb khalid ke?
kami ahli PAS peingkat bawah ni amat kecewa dgn tingkah laku segelintir pemimpin PAS spt cikgu pa dan ust nasha yg mengelirukan, just because depa org lama, kita kena setuju ke? sedangkan di tempat ana golongan veteran PAS pun dah menyampah nak beli harakah pasal di salah gunakan dan bagi ahli sendiri keliru.
Oktober 7, 2008 pada 5:32 pm
Zorro Tua
maaf la saudara zorro muda, sbb ana dah tua la tak boleh nampak. mintak penjelasan, kalau dah jelas tak tanya lagi dah bleh terus buat conclusion. jgn la pulak marahkan kelemahan org lain walaupun rasa diri tu muda, hebat dan pandai! kita berhujah bukan utk mencari sapa betul sapa salah, yg dicari hanyalah KEBENARAN. kalau tersalah minta maaf, kalau betul kena byk istighfar supaya tidak lupa diri. yg penting nya kita kena ikhlas demi menegakkan dinul islam. rasanya itulah matlamat asal dan akhir kita semua (tak tau la pulak kalau ada niat2 lain), walaupun berbeza pendapat atas jln yg terbaik itu diambil. perbezaan pendapat adalah perkara biasa, cuma jemaah kita kena belajar utk tidak berhujah secara personal, belajar utk ‘agree to disagree’ atas perkara2 ranting dan dlm masa yg sama perkukuhkan matlamat perjuangan kita di tahah air sendiri – yg jauh berbeza dari pergerakkan islam di negara2 seperti pakistan, india, mesir, us mahupun uk.
Oktober 7, 2008 pada 6:11 pm
Budak Selangor
Ustaz saya ada dengar cerita.
MP PAS yang ditawarkan sebegai menteri apabila Dato’ Seri Anuar Ibrahim berjaya menduduki kerusi empuk di Putrajaya ialah :
YB. Dato’ Kamarudin Jaafar (Kelantan)
YB. Dato’ Wan Rahim Abdullah (Kelantan)
YB. Khalid Samad (Selangor)
YB. Mujahid Yusoff (Perak)
YB. Dr. Lo’Lo bt. Ghazali (Wilayah)
YB Dari Kedah (tak comfirm lagi. Tapi YB Mahfuz nampaknya tidak tersenarai pendek)
Manakala Timbalan Perdana Menteri dari DAP (yang Melayu berjawatan sebagai naib Presiden DAP yang baru joint ttemphari) Beliau akan dtabalkan Senator terlebih dahulu.
Ustaz saya ada terdengar lagi.
Selepas peralihan kuasa ini, MB Kelantan bertukar kepda YB Dato’ Paduka Hj. Husam Musa yang menggantikan Ayanda Tok Guru. Dan lagi pada tahun 2009 Menteri Besar Kelantan yang baru ini akan ditawarkan sebagai Presiden PAS.
PAS memerlukan tenaga profesional dan teknokrat untuk membangunkan sebuah negara yang berkebajikan.
Oktober 7, 2008 pada 7:00 pm
iswarahijau
cerita sahih ke cerita maudhu tu Budak Selangor………….
anyway,syabas ustaz kerana mempertahankan yg hak. apapun tak kira permainan politik ke, strategi politik ke mesti berpandukan quran dan hadis, bukannya jawapan dari akal dan nafsu sendiri sahaja..
syabas..harap saf2 pimpinan pas rapatkan silaturrahim sesama sendiri. tak perlu diluahkan di dlm blog.
Oktober 7, 2008 pada 8:11 pm
Cempaka Alam
Salam Putrajaya buat Zorro Tua dan Penduga Arus.
Itulah antara gaya pebulisan Ustaz Nik Abduh. Semakin lama dibaca semakin menarik. Laksana minyak urut, Kulit luar tak terasa panas, tetapi khasiatnya sampai ke urat saraf dan memang terasa.
Mambaca tulisan Khalid Samad macamlah minyak angin, Kulit rasa panas, hilang bau, hilanglah rasa panasnya.
Selain daripada membaca komentar ini, Tuan kena juga baca tulisan Ustaz Abduh 2-3 bulan yang lepas dalam blognya. Baru bercambah fikiran. Bukan setakat makan kemudian berak. Makan lagi berak lagi.
Sedangkan kerana silap makanlah menyebabkan kita mudah ditimpa penyakit. Penyakit kerana makan. E.g Macam penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout dan sebagainya. Selain daripada makan dan berak, segala khasiat dari makanan itulah menyebabkan kita sihat wal afiat.
Oktober 7, 2008 pada 9:13 pm
maan
tazkirah yang baik walau nampak banyak perli. ilmiah apa kalau dibina atas tuduhan?
Oktober 8, 2008 pada 12:33 am
Pemuda Perlis
Salam Kekanda Ustaz Nik Abduh,…syabas atas tulisan ini…tulisan khalid samad hanya menambah parah luka dalam saf perjuangan PAS bukannya menambah ubat. Saya risau dia ni menjadi ajen pihak2 tertentu dan berjaya dipengaruhi oleh saraf UMNO untuk menambah kusut yg telag terugkai muktamar lalu. Tulisan KS penuh tuduhan dan niat jahat terhadap Presiden PAS. Lansung takdak bukti. TGHH telah nyatakan komitmen bersama PR untuk jatuhkan BN. Hanya syaratnya agar ISLAM terus terpelihara. Takkan nak gadai kepentingan ISLAM kerana nak jatuhkan BN kot?? Boleh percaya pada orang kafir ker?..nanti kalau kita bacakan ayat larangan berkasih sayang dengan kafir dia kata kita cenderong nak masuk UMNo pulak…sedangkan TGHH tentulah tiada niat untu mengkhianati perjuangan yang dilagang sebelum Khalid Samad kenak PAS lagi. Bahkan Khalid kenal PAS pun kerana TGHH….kenang lah jasa org terdahulu…itulah kesyukuran kepada Allah.
Oktober 8, 2008 pada 2:02 am
Jiwamahutenang
Assalamualaikum ust dan sahabat2..
Teruskanlah usaha2 sebegini, jiwa ini amat kehausan dengan NurNya dan akalku amat kontang dengan IlmuNya. Lisan dan tulisan adalah senjata, manakala amal pula jadi pakaiannya. Seronoknya berada dalam geluk air yang sejuk, suci lagi menyucikan.. . belum lagi padaku,tp,nampaknya ada di sana.. Mudah2an Allah panjangkan umurku dalam limpah kebaikan saudara2 yang tetap pada tali2Nya.. TGNA & TGHH ibarat Abu Bakar dan Umar. Lain kelaku tetapi tetap istimewa disisiku, pandangan ke akhirat yang mendamaikan, tetapi dunia selalu menggelincirkanku.. SETUJU & IKRARku akan kutacapkan dalam hatiku pada ULAMA’2 dan SYURAnya.. Selagi sesiapa yang akhirat tujuannya, akan ku cuba turuti walaupun dalam payah, walaupun dengan ekor mataku, walaupun aku terjatuh, selagi ada nyawa,kerana tidak mahu jadi orang yang menyesal dan rugi.. sedangkan saudara2 dimenangkan Allah di dunia dan akhirat.. Allah akan tetap menangkan mereka dan ku akan cuba menuruti kamu sedaya upayaku, walaupun payah.. kerana diwaktu2 gelap seperti inilah kunampak cahaya yang jauh… Kepada jiwa2 yang bergelumang sepertiku, MARILAH KITA SAMA2 KEMBALI KEPADA AL-QURAN & ASSUNNAH yang tercermin dalam diri mereka yang bertaqwa ini… subhanalla, wal hamdulillah,wallahuAKBAR!!! Syukurillah dan syukran diatas usaha-usaha saudara, moga dipanjangkan umur dan mudah2an dipertemukan lagi..
Oktober 8, 2008 pada 9:13 am
abuhanaan
kok ye pun berbeza pendapat tak payahlah bubuh tulisan yang mengandaikan tuan guru presiden bergelumang tahi lah, terpalit tahi lah…
Oktober 8, 2008 pada 9:27 am
penoreh getah
klu ilmiah sangat ambo tak faham. dakwah yang baik ringkas dan mudah fahe ustaz belajar lah dengan ayahanda TG ambo jeliro dengar TG ngajar
Oktober 8, 2008 pada 9:53 am
Pinkturtle
[…] https://nikabduh.wordpress.com […]
Oktober 8, 2008 pada 10:50 am
Pemuda Perlis
Kalau tak gambarkan TG Pres terpalit tahi…nak gambarkan mcmana lagi???..payah guna bahasa kiasan yg sampai org tak faham….dah memang khalid samad cuba palit tahi pd TGHH….
Oktober 8, 2008 pada 11:31 am
khairolazli
salam ustaz,
tulisan ustas sudah terang lagi bersuluh. cuma tinggal utk balik baca dan bukak balik tafsir surah al-anfal ayat 61 – 64. kalau malas nasib la. takkan ustaz nak sua semua ke dlm mulut. org dulu sanggup belayar nak cari ilmu. org sekarang pegi surau tadah kitab pun malas.
teringat kisah sy umar al-khattab yg selalu lantang mengkritik keputusan rasulullah. tapi kritikan beliau secara anak jantan dan berdepan. tp ada pula yg kecoh mengkritik di belakang di media arus perdana persis abdullah bin ubai bin salul.
mungkin 2 individu dan personaliti ni akan sentiasa wujud dlm gerakan islam sepanjang zaman?
mungkin ustaz ada jawapan terbaik utk soalan tersebut.
sekali lagi tahniah ustaz.
waLlahu a’lam
Oktober 8, 2008 pada 2:01 pm
abu razeen
Assalaamu’alaikum ustaz dan sdr Khalid.
Ana dah ikuti perjuangan sdr Khalid sekitar 20 tahun tempoh masanya yg zahirnya tampak iltizam dan keikhlasan bersama PAS.
Ana mula serius ikuti perjuangan ustaz tika anta tegur Dinsman dlm Harakah agar lebih bersopan kpd ulama dlm mencari ilmu atau hukum berkaitan hiburan dan drama.
spt mana pernah ana tulis, TGNA beruntung dpt seorang anak mujahid yg mencari syahid di medan jihad qital dan seorang lagi ilmuan haraki yg teguh bersama PAS utk tegakkan uluhiyyah Allah di Msia.
Tapi kedua2 anta dan sdr Khalid ada kelemahan di celah kekuatan masing2. Dan samada kekuatan atau kelemahan itu disana mungkin terdapat perbedaan pandangan.
Setakat ini ana gagal memahami bagaimana kedua2 anta atau salah seorang, boleh dikira tidak beradap atau tidak kasih pd TGNA dan TGHH hatta PAS sekalipun( spt mana yg cuba dikiaskan oleh setengah puak ) sbb memang anta berdua TIDAK BEGITU!
Oleh itu ana cadangkan anta berdua duduk semuka cari titik pertemuan secara ilmiah dan hubb filLaah.
Cadangan ini khusus utk anta berdua.
Oktober 8, 2008 pada 3:44 pm
ibnuabbas
memang sedap berhujjah melalui website atau blog. kita mempunyai masa yg cukup utk memikirkan hujjah. jawapan boleh dibaiki, didelete, ditambah dsbnya.
Yang buruknya, kekadang kita tidak sedar kita keluarkan butiran2 yg tak sepatutnya keluar utk umum. ana terbaca artikel yang didakwa karangan khalid abdul samad sendiri yang menceritakan agak ‘detail’ rentetan pertemuan muzakarah antara pas umno. Ini amat mengecewakan. Sepatutnya muktamar baru2 ini sudah jelas bahawa bukan semua orang boleh bercakap apa sahaja sama ada kepada wartawan mahupun orang awam.
Oktober 8, 2008 pada 3:54 pm
blues untuk rakyat
pandangan ABU RAZEEN tu BAGUS….
sama dengan pandangan aku…..
sebb ustaz dengan khalid tu… dua2 aku hormati….
perbezaan pandangan dan pendapat depa berdua bagi aku…. bagus la….
ho…ho…ho…ho…
Oktober 8, 2008 pada 10:46 pm
Wak On The Roof
Salam
Wak,
Setuju sangat dengan pandangan Abu Razeen & Ibnuabbas.
Bagi Wak : “Kedua-duanya bodoh sombong”
Ini pandangan dan malas nak ulas kenapa.
Maafkan saya.
Oktober 8, 2008 pada 11:15 pm
almaranjie
Ikut syura…wala’ketua…sabda nabi”laa tajtamiu ummati alaa khotoin”dlm rwyat lain”alaa dholaalah.Tahniah ustaz semoga ALLAH bersamamu.
Oktober 9, 2008 pada 2:25 pm
alraji
Tulisan yang cukup bermakna yang sama sekali tidak menjawab berulang kali hujah yang dilontarkan, tetapi lebih untuk menarik kembali simpulan tali yang kian longgar agar ikatan ukhuwah dan adab berjemaah kembali mengukuhkan perjuangan Islam.
Ust cukup halus dalam memberi teguran, ana dapat rasakan teguran ini hanya dapat difahami sepenuhnya oleh YB Khalid Samad. Tidak perlu hujah ilmiah, hanya perlu peringatan, tazkirah dan tazkiah seperti yang disarankan dalam berdakwah, berhikmah, peringatan yang baik dan akhirnya dengan cara berdebat ilmiah. Cumanya bagi yang tidak faham lenggok bahasa yang disampaikan, akan membuatkan orang lain beranggapan ust berkrisis dengan YB Khalid Samad sehingga wujud kumpulan-kumpulan dalam PAS.
Mengamati tulisan sebelum ini, dan pandangan beberapa pimpinan ulama’ dalam isu muzakarah, muqabalah, tahalluf siyasi dan apa lagi yang disebut langkah perdamaian (muwajahah silmiyah), menunjukkan sebenarnya PAS sebenarnya sebuah parti berprinsip dan mesti berdiri dengan sendiri.
Kita tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk menguatkan kita. Tetapi kita menggunakan peluang yang ada untuk menguatkan kita. Kita tidak boleh hanya mengharapkan PKR membawa masuk beberapa orang ahli parlimen untuk bersama pakatan rakyat, bahkan PAS sebagai sebuah organisasi dakwah dan siasah lebih berhak kerana ini adalah ajaran Islam. Bezanya, PAS menyebarluaskan dakwahnya kepada semua, termasuklah UMNO dan BN.
Cuma isu yang timbul hanyalah kerana PAS ingin berdakwah kepada UMNO dan BN, mempengaruhi mereka agar mereka menerima Islam yang dibawa oleh PAS. Apakah ini bermaksud PAS ingin menyertai BN? PAS adalah parti yang berprinsip dan mesti berdiri sendiri. Kenapa mesti ada yang marahkan PAS apabila berunding untuk menyampaikan dakwah Islam dengan melemparkan pelbagai tuduhan kotor sedangkan dalam masa yang sama PKR juga berunding dengan anggota parlimen dari BN?
Bagaimana seorang anak tidak beradab apabila dengan bapa sendiri dituduhnya macam-macam? Andai benar bapanya tidak betul, apakah sudah tidak ada kesopanan dalam menegur? Apakah mempertikaikan keputusan bapa di depan orang lain tidak beradab? Janganlah jadi anak yang kurang ajar.
Itu baru dari sudut rumah tangga, seorang anak yang mesti ada adab dengan bapanya. Lebih lagi menghormati dan menyayangi bapanya. Bukankah banyak hadis yang menyentuh soal-soal ini? Inikan pula dalam berjemaah. Sesuatu keputusan yang diputuskan pimpinan tidak harus dipertikaikan. Lebih-lebih lagi keputusan itu dibuat secara syura, ruh yang ditiupkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Kita semua tahu syura itu ada keberkatannya, untuk apa kita pertikaikannya? Apakah kita sudah cukup berani untuk melanggari apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW?
Andai kata kita menyentuh soal ini dengan alasan ini hanya pandangan peribadi, kami tidak mempertikai tetapi memberi pandangan. Apakah status kita semasa kita mengkritik, menegur dan memberi pandangan, sehingga melukakan hati seorang bapa, kita tidak mengaku sebagai anak? Apakah status kita kalau bukan anak? Nak jadi anak apa ini? Anak derhaka?
Oktober 9, 2008 pada 4:12 pm
chekamala
batu gunung berapi dah kembali sejuk dah tu…..
tolonglah bersih debu2 yg tinggal bersama2….
Oktober 9, 2008 pada 7:42 pm
MURUGAN
PAK LAH DAH BEGITAU TAK MAU JADI PM MULAI MAC 2009.
SEKARANG ORANG PAS MAU LAWAN DENGAN UMNO ATAS ISU ISLAM APA PULAK?
APA UNTUNGNYA PAS JIKA PAK LAH DAH BERHENTI?
PILIHAN RAYA KE-13 ORANG TAK UNDI PAS BUKAN KERANA BENCI DAN TIDAK BERSETUJU DENGAN ISU 3M. TETAPI BAKAL PRESIDEN BARU UMNO YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTAERI BARU AKAN MENDAPAT UNDI BONOS. SEBAB NAJIB LEBIH BERKEMAMPUAN BERBANDING ABDULAH BADAWI.
Oktober 11, 2008 pada 2:22 am
che'pirate
KHALID NI siapa???
macam pernah nampak ,tapi di mana ye???
jgn layan sangat la di ni…………………
buat abih ‘prepaid’ je
Oktober 12, 2008 pada 1:08 pm
ibnuabbas
Hati2 ketika berjadal, takut diheret nafsu. Nabi s.a.w. pernah bersabda, ” Ma dholla qoumun ba’da huda kaanu alaihi, illa uutul jadal.” Kita sama2 dalam hidayah Allah dalam konteks berada dalam gerakan ini. Ustaz pun ye, khalid samad pun ye……Ana pun menyebelahi TGHH. Tetapi polemik ini menjadi lebih besar dan buruk apabila semuanya di’terbuka’kan dalam blog tanpa batasan. Seluruh dunia boleh melayarinya.
Lebih baik berdiam diri daripada layan Pakcik Khalid Samad. InsyaALLAH nanti dia sedar. Kita doakan sama2. sabda Nabi s.a.w. lagi, “Man kaana yu’minu billahi wal yaumil aakhir. fal qaqul khaira, au liyasmut.” bermaksud, “Barangsiapa yang beriman dengan ALLAH dan Hari aKHIRAT, MAKA katakanlah yang baik2, atau diam sahaja.”
kalau boleh PNC/email kat PAKCIK KHALID lagi bagus. tak payah kecoh2.
Oktober 12, 2008 pada 1:10 pm
ibnuabbas
tersilap eja fal yaqul khaira (bukan qaqul). maaf.
hadis pertama tu lupa pulak letak makna. ustaz memangsudah tahu, tapi mungkin utk tatapan pembaca lain kot.. Ustaz terjemah je lah
Oktober 12, 2008 pada 4:20 pm
pok we
kepada murungan…
sebanrnya kite lawan pok2 umno nih bukan atas isu islam hadhari..
kite lawan pok2 nih sebab umno nih tak nak tegakkan islam yang sebenar… kita lawan sampai agama islam benar2 tertegak…
kepada khalid, dah la berbaloh nyo… muktamar kan dah perjelas isu, n kes ni dah tutup dah…
kepada che’pirate… khalid merupakan adik shahrir
Oktober 13, 2008 pada 10:04 pm
semutar merah
salam ustaz
saya ingin mengutarakan masalah MPKB menagani gerai-gerai tanpa izin tidak sesuai dengan konsep islam kerana tidak berlaku adil. ustaz sebagai ahli majlis tidak tahukah perkara ini. sebagai contoh dibulatan kg. Chempaka gerai yang dibina tanpa izin dan tanpa lesen boleh gah sampai kehari ini tetepi orang lain seperti saya ditegah oleh MPKB. Baru-baru ini ahli majlis daerah diPerak ada menerima sedekah sek takkan ahli majlis MPKB ada menerima sedekah demikian. Kalau tak ada sedekah dari gerai dikecualikan dari tindakan mungkin kroni.
Kalau begini caranya 2 x 5 sahaja.
Oktober 14, 2008 pada 11:43 am
Islam For All
Kami Pemuda Pas Shah Alam akan pastikan Khalid Samad tidak lagi memegang MP ini akan datang, dan sebarang jawatan dalam PAS.Sesungguhnya YB dah melampau.Baru sepenggal pegang jawatan negeri,dah mula hura-hara akar umbi.
November 1, 2008 pada 1:56 pm
pak dei
salam
sedih bila melihat ada ahli pas yg tlh bergelar mp mengeluarkan artikel sebegitu. taat lah kepada kepimpinan kita. jgn melaga2 kan dan memeningkan ahli bwh..xsalah berbeza pendapat…tp jggn lah guna kan laman siber ini utk maksud tersebut. kan kte blh buat perbincgn yg lbh murni.. ops lupe..kite dah buat muktamar kan…kita ikut lah resolusi muktamar tu..kalau xblh ikut jge kita kena action ckit dgn pak khalid kitani..bahaya utk pas..
saya syg pas..
wassalam
Disember 4, 2008 pada 7:57 am
siputuda
hmm.teruskanlah berangan dan pasang impian untuk menubuhkan kerajaan..impian yg tidak akan berjaya..insyaallah..