Salam Kamunting,
Saya perasan nombor plat kereta Honda Elysion saya semasa tiba di Kuala Terengganu pada hari penamaan calon 6 Januari lepas. PAS 17. Saya lantas tunjuk ‘eksen’ pada rakan – rakan, ” 17 Januari ini milik PAS, insya Allah.” Ego saya dengan cerianya disambut ramai – ramai dengan ulangan ucapan, “insya Allah.” Rasanya ada yang bertakbir, Allahu akbar.
Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Allahu akbar waliLlahil hamd. PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu pada hari ini 17 Januari 2009 dengan majoriti agak selesa.
Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.
” Perangilah mereka habis – habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan – tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” – at Taubah: 14-15.
( Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )
Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.
Ya, UMNO tetap harimau liar yang tercedera.
Tahniah untuk semua pejuang PAS yang telah berjuang behabisan dan bermatian di sana. Di hadapan kamulah diriku terasa kerdil.
Tahniah untuk semua penyokong PAS yang telah turut menyumbang demi kemenangan Islam di Malaysia. PAS menambah kerusi di Parlimen dengan merampas kerusi UMNO.
Tahniah untuk seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS. Undi anda besar tagangannya di hadapan Allah nanti insya Allah. Itulah saksi berani anda menolak jahiliyah dan menerima Islam.
Saya yakin, doa kita untuk Kuala Terengganu sentiasa beriringan doa kita untuk Palestin. Itulah lunaknya mengecapi kemenangan ini.
Ayuh berhimpun di Kota Bharu 23 Januari ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa akan berusaha mengumpulkan RM10 ribu untuk Palestin. Untuk kamu wahai saudaraku pejuang HAMAS..
Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..
Bersama titipkan tahniah anda untuk kemenangan di Kuala Terengganu di ruang komentar.
43 comments
Comments feed for this article
Januari 18, 2009 pada 12:21 am
the7
Assalamualaikum wbt
SubhanalLah AlhamdulilLah …sy ucapkan diatas kejayaan PAS Kuala Terengganu hari ini.
sekalung Tahniah juga sy titipkan kepada semua pejuang yg telah bertungkus lumus berpenat lelah berganding bahu demi memastikan kemenangan ini dicapai (dengan izinNya)
Sujudlah kepadaNya
sama sama kita doakan jua kemenangan saudara kita di Palestin.Amin
~ Aiii Tuan Haji…cam tau tau jer tuah PAS17 yer~
Takbir!
Januari 18, 2009 pada 12:34 am
otai
salam
siarkan no acount bank untuk kemudahan mereka yang x dapat hadir untuk menderma…
Januari 18, 2009 pada 1:50 am
akjohan
the glory belongs to Him and Him alone
Januari 18, 2009 pada 1:58 am
amir
Tahniah Untuk PAS…
Januari 18, 2009 pada 7:00 am
clever soul
Alhamdulillah..betul nasihat ayahanda tuan guru, mari kita buat sujud syukur.
Apalagi, jom berusaha utk menegakkan syiar Allah. saya, anda, kamu semua perlu memainkan peranan masing-masing. Hudud & qisas – dulu,kini,dan selamanya.
Owh..Palestine juga jgn dilupa. Tarbiyyah juga jangan melebihi politik. (Mcm pernah dgr kata2 ini, tapi di mana ya?).
Januari 18, 2009 pada 7:21 am
abu razeen 2
hidup! Hidup! Hidup Islaam!
Hancur! Hancur! Hancur umno!
Hancur! Hancur! Hancur shirk dan kufr!
(bukan mencerca……………….sekadar luahan harapan).
Januari 18, 2009 pada 4:53 pm
ezwan
salam ustaz,
salam perjuangan, alhamduLillah kita menang di KT, berkat kerja keras semua pihak dan juga atas kesedaran rakyat KT.
memang jelas dan ternyata kini, semangat permatang menjelma di kuala.
insyaAllah kita akan terus berjaya hingga ke puncak, demi meletakkan keagungan Islam ditempatnya, memajukan negara dengan penuh adil dan rakyat senantiasa terbela.
wassalam.
Januari 18, 2009 pada 5:44 pm
dpandanganmata
Subhanallah…Takbir….
Allahuakbar
Januari 18, 2009 pada 9:38 pm
jebat7
salam sahabat2 …..
tahniah & syukur buat semua
semoga mendpt keberkatan dan keredhaan …
perjuangan yg belum selesai …….
(menanti kemunculan Imam Mahdi – amir “jgn marah”)
Januari 19, 2009 pada 2:09 am
Farhan Azhar
salam perubahan ust, mabruk kepada semua jentera parti yg bertungkus lumus ustaz,salam kemenangan…doakan gaza…
Januari 19, 2009 pada 4:09 am
diaa
Barakahllahu lakum buat ustaz dan jentera PAS Kelantan & seluruh malaysia yang turut sama berjuang di KT tempohari.. Kami di KT terharu dgn sokongan dan kehadiran semua.. Kerjasama dan ukhuwah adalah tonggak…Kemenangan adalah bonus… untuk kejayaan lebih besar di Akhirat..Allahuakbar
Januari 19, 2009 pada 10:22 am
usen
salam ustaz, blh x ana tau kalau ada akaun untuk ana sumbangkan duit terus ke hamas? sebab ana kat kl ni, xtau nak salur kat mana, memandangkan ustaz nak kumpul, leh la bgtau ana kot2 ada akaun bank utk masuk terus..
Januari 19, 2009 pada 12:14 pm
amirkma
Allahhuakbar……. 3x
Tahniah kepada PAS….
Tahniah kepada petugas2 parti yg datang dari seluruh negara..semoga Allah membalas segala penat lelah yang telah kita curahkan
Januari 19, 2009 pada 3:54 pm
globalmalau
tahniah PAS…
Januari 19, 2009 pada 8:30 pm
pockids
good luck untuk semua
Januari 20, 2009 pada 12:13 am
herbaqu
Trik memasarkan web yang banyak diabaikan ora
Januari 20, 2009 pada 12:14 am
herbaqu
hello saya dari indonesia, lihat blog ku yang cantik sekali, ada artikel menarik sekali, lihat saja di http://www.herbaqu.co.cc/
Januari 20, 2009 pada 9:49 am
hasanul
Salam perjuangan,
Tahniah PAS, semoga kemenangan yang selesa ini membuahkan semangat untuk berdakwah melalui jalan politik. Dengan kemenangan ini, inshaAllah pejuang-pejuang PAS akan terus berusaha memperkukuh tarbiah dikalangan ahli dan masyarakat.
Amin…
Januari 21, 2009 pada 12:46 pm
VW buruk
mahal tu elysion…
he he he
Januari 21, 2009 pada 3:58 pm
amir
Kalau benar2 PAS mahu bantu Palestin dan nak tunjukkan rasa marah kepada Yahudi dan barat, Suruh Nik Aziz dan Hadi Awang buat arahan kepada semua ahli2 PAS dan pengundi2 yg nak megundi PAS, Berhenti hisap rokok segera. Sesiapa yang merokok, tidak boleh jadi Ahli PAS dan tidak boleh mengundi PAS. Jika PAS benar2 PArti Islam, nak tegakkan ISlam dan ada perinsip dan Maruah, keluarkan arahan itu segera, biar kalah pilihanraya, tapi menang disisi Allah. Buktikan yg PAS bukan gila kuasa dan cinta dunia, buktikan PAS benar2 parti Islam dan nak tegakkan Islam. Jika Nik Aziz sanggup keluarkan arahan itu, maka benarlah Nik Aziz pemimpin ISlam tulin.. Sedarkah kamu semua bahawa setiap jenis rokok itu adalah kepunyaan barat dan yahudi, mereka mendapat untung yg sgt banya dari rokok, sebulan je berjuta2 RM.. dengan duit rokok itu, mereka beli senjata dan peluru, mereka bom dan hancurkan Palestin.. Memang sudah jelas Yahudi yg dibelakang semua rokok2 didunia ini. Untung rokok memang sangat banyak, jadi duit itulah yg mereka gunakan utk beli senjata dan hancurkan negara2 ISlam.. Kalau kita faham, sebenarnya ahli PAS byk sumbang duit kepada yahudi dan barat untuk mereka beli senjata dan serang ummat Islam di Palestin. Ramai ahli PAS dan pengundi PAS hisap rokok.. Tak perlulah buat demontrasi, tak perlu bakar bendera, tak perlu terjerit terpekik, tak perlu berhimpun kat mana2.. Pemimpin PAS hanya perlu keluarkan arahan supaya tidak boleh jadi ahli PAS jika hisap rokok dan tak boleh undi PAS jika Hisap rokok.. Sebenarnya ahli PAS dan pengundi2 PAS juga byk bagi saham dalam membunuh ummat Islam di Palestin.. Betul tak? terimalah hakikat itu.. Tak payahla cakap banyak nak bela Palestin, nak bantu Palestin.. itu semua pura2 politik je.. Kalau PAS Islam yg sebenar dan betul2 nak bela saudara di palestin, buatlah syarat begitu pada ahli.. Setiap bulan Berjuta RM ahli PAS beri duit kepada Yahudi, Israil dan barat untuk mereka beli senjata dan bunuh ummat islam.. tak nampak lagikah? PAS hanya bermain politik juga dgn isu Palestin.. Bukan betul2 nak bantu Palestin.. Sbb itu sy cakap sebelum ini, politik bukan jalan nak tegakkan Islam. Cara itu tak betul.. itu bukan cara Islam.. PAS sama je dgn UMNO dan parti politik lain.. PAS hanya pandai bermain politik… KALAU BETUL2 PAS PARTI ISLAM, NAK TEGAKKAN ISLAM, DAN PAS ADALAH PARTI YG BERPERINSIP, KELUARKAN ARAHAN KEPADA SEMUA AHLI PAS DAN SEMUA PENGUNDI, SESIAPA YG HISAP ROKOK TAK BOLEH JADI AHLI PAS DAN TAK BOLEH UNDI PAS, KERANA DARI DUIT2 ROKOK ITULAH YAHUDI, ISRAIL DAN BARAT BELI SENJATA DAN PELURU UTK MEMBUNUH UMMAT ISLAM DI PALESTIN. SEMUA ROKOK DIDUNIA INI ADLAAH SAHAM YAHUDI, ISRAIL DAN BARAT.. KALAU PAS TAK BERANI KELUARKAN ARAHAN INI, PAS BUKANLAH PARTI ISLAM YANG TULIN, PAS SAMA SAHAJA MACAM UMNO DAN PARTI2 POLITIK LAIN.. HANYA GUNAKAN POLITIK UTK KUASA, JAWATAN, KEKAYAAN, CINTA DUNIA DAN PENGARUH. KALAU BETUL2 BUAT KERANA ALLAH DAN DEMI ISLAM, SANGGUP TEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN HILANG AHLI DAN HILANG UNDI.. BETUL TAK???
minta ulas/komen sikit boleh??
Januari 21, 2009 pada 4:01 pm
amir
Cuba jelaskan, siapa sebenar2nya pemimpin PAS skrg? Maksud disini, semua ahli2 PAS akan taat pada seorg Pemimpin itu shj? pemimpin2 lain dalam PAS semua akan tunduk dan taat padanya? Apa yg Nik aziz kata tu betul, jika UMNO terima Islam dan keadilanya, PAS akan bubar dengan sendirinya. Rasanya itu hanya pendapat Nik Aziz sorg, adakah pemimpin2 PAS lain nak ikut begitu? Mereka sanggup PAS dibubar dan dan mereka sanggup tiada jawatan dan kuasa? Andai betul PAS akan bubar, adakah semua pemimpin dan ahli PAS boleh terima mcm Nik Aziz? Kalau Nik Aziz sudah tiada nanti, adakah penggantinya juga begitu? Rasanya dalam PAS byk kepala sendiri, berpuak2 dan byk yg fanatik pada pemimpin2 tertentu.. Adakah itu satu jemaah ISlam yg sbenar2nya seperti yg dikendaki oleh Allah? Kalau Nik Aziz nak bubarkan PASm bukahkah itu akan membawa perpecahan kepada PAS, akan tumbuh byk lagi parti2 politik serpihan PAS yg menggunakan nama Islam…
1 perkara lagi, Minta supaya PAS jgn politikkan isu Hudud. Hudud adalah hukum Allah. Hukum Allah mana boleh dipoltikkan, mana boleh dibahaskan, mana boleh digunakan sebagai alat utk meraih undi. Hudud itu adalah hukum Allah, tidak perlu didebatkan dgn UMNO. disebabkan PAS selalu polimikkan isu hudud, akhirnya DAP juga merasakan hudud itu adalah isu politik, jadi mereka pun turut mengulas dan mempermain2kan hukum Allah itu. Mungkin DAP ingat isu hudud ini sama macam isu politik2 lain seperti isu ISA, isu rumah setinggan nak roboh, isu kroni dan projek. HUDUH ADALAH HUKUM ALLAH!!!! DAP bukan tahu apa, jadi mereka ingat itu juga isu politik. Patutnya hukum Allah itu tak boleh dibincang2 secara main2. Sy rasa PAS berdosa besar dan kena bertanggungjawab dihadapan Allah kelak kerana mempolitikkan hukum Hudud.
ini satu lagi komen sy yg belum ada ulasan, pendapat atau jawapan… moga2 ada penjelasan supaya tak timbul bermacam2 persoalan..
Januari 21, 2009 pada 4:31 pm
tamupulaumelaka
yang mustahaknya:
– syukur ke hadhrat Allah. Alhamdulillah atas kemenangan kita.
– berjaya merampas kerusi parlimen P36 dari milik bnumno.
– suara wakil kita bertambah di dewan parlimen.
– ketara RMjuta2 tak semestinya boleh menang.
– ketara beberapa kebejatan pihak bnumno sepanjang hari2 kempen.
– jelas mereka ada penyakit dalaman yg kronik.
– kita boleh perkukuh perjuang, tarbiah dan dakwah.
– jelas ada golongan yg aba wastakbara….
– insyaAllah kebenaran akan terserlah walaupun sukar.
ALLAHU AKBAR…WALILLAHILHAMD.
Januari 22, 2009 pada 8:31 am
Mujahidun
Ganyang Israel..
hapuskan zionis..
perang atas kuffar dan sekutu-sekutu mereka..!!!
Hancur kuffar.. !!!
Laknatullah ala Zionis..!!!
Allahumansurna alaihim..!!
taniah kepada pemenang P036
Januari 23, 2009 pada 4:02 pm
Rock
hidup! Hidup! Hidup Islaam!
Hancur! Hancur! Hancur DAP!
Hancur! Hancur! Hancur sekular!
Hancur! Hancur! Hancur agama liberalisme!
Hancur! Hancur! Hancur zionisme!
Tahniah kepada PAS kerana menang di KT.
Januari 23, 2009 pada 4:15 pm
Haji Gu
macam orang UMNO je nih siap nombor pun booking PAS 17 … dunia jah belako tuh … kereta napok mewaoh jugok tuh … duit ngecit Ketua Whip MPKB ko?
Loya Nordin
Januari 23, 2009 pada 4:24 pm
Sewarkah surat
Perhatian kepada ahli-ahli PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, sila jalankan dakwah kepada DSAI supaya tidak bersekongkol dengan Amerika dan yahudi, tindakannya menandatangani Annapolis Summit bagi mengiktiraf pembentukan negara Israel adalah amat merungsingkan.
Adalah keWAJIBan kepada ahli-ahli PAS untuk melakukan dakwah dan penerangan kepada saudara seIslam yang terlupa atau tersilap langkah dalam perjuangan.
Sila juga pastikan unsur-unsur Islam liberal dalam PKR dapat dibendung seterusnya dihapuskan terus.
Segala usaha-usaha dakwah yang pihak tuan jalankan didahului dengan ribuan terima kasih.
Januari 24, 2009 pada 10:14 am
clever soul
sabar amir. awak ni mcm bau syia’h jer. Tahan sikit semangat jihad tuh. Jom pergi Palestine ikut saya. Ada berani ka?
Saya sebenarnya mgharapkan agar encik amir yg berjuang utk hudud. sebab encik amir asyik lagha jer, itulah tertubuhnya PAS utk memperjuangkan hudud. Owh ya, lagi satu hudud bukan utk PAS, tapi utk ummat Islam.
Saya pun tgh pening ni.Dah 50 tahun merdeka, tak juge KERAjaan buat hudud. Mcm terasa je duduk negara org kafir. Jom la buat hudud. Ada berani ka?
Ok la, jom berdakwah. Ada berani ka?
Silakan.
Januari 25, 2009 pada 1:31 am
jebat7
[surah At Taubah; ayat 44-45]
“Kamu hendak mengkritik SAYYAF, HEKMATIYAR, RABBANI dan KHALIS …….
Cubalah bersabar dgn sebahagian saja dari kesabaran mereka, baru kemudian bicaralah!!!
Jika kamu tidak mampu melakukan, maka sikap yg jantan adalah merasa malu jika memang masih ada iman dan ihsan dlm hatimu.” Dr Abdullah Azzam.
menanti bendera hitam …….
Januari 25, 2009 pada 2:44 am
MARLBORO 20
TAH APE..APE SI AMIR NI……………DIA TANYA ,DIA JAWAB..!!!!!!!
Januari 25, 2009 pada 3:55 pm
globalmalau
banyak nya wadah dam pendapat terutama Amir yang banyak bertanya…banyak meminta …banyak mencadangkan…bagus dan teruskan mengkritis setakat mana boleh…tak jadi masalah punya…tuan punya blog pun boleh menerima…syabas
Januari 25, 2009 pada 10:24 pm
Azzam
Salam ….tahniah kpd parti saya PAS ,tahniah kpd pengundi K’GANU,tahniah kpd HAMAS dan tahniah warga GAZA
Januari 26, 2009 pada 6:22 pm
abu razeen 2
rangkaian zionis memang bersifat global
didokong oleh kalangan pembesar atau al malaa’ atau disifatkAN SEBAGAI mala’un oleh setengah pihak
al malaa’ ini pula dikipas oleh sudu2 yg terlebih bising dari mangkuk
tak hairanlah bila ustaz kaitkan yahudi dgn realiti setempat…..
dirasakan macam mencerca dan suka salahkan orang.
Januari 26, 2009 pada 10:37 pm
amir
thanks semua..hehehe, kelakar baca komen2 org lain terhadap saya..hehehe.. tunggu juga komen dari tuan punya blog kalau2 sudi nak jawab dan ulas komen2 saya..hehehe
clever soul jgn risau, saya tahu ttg syia’h dan wahabi.. saya tahu tentang kesesatan syia’h dan wahabi, IsnyaAllah saya tidak termasuk dalam golongan Syia’h dan wahabi, saya pun pilih-pilih guru juga dalam belajar.. saya bukanlah tergolong dalam golongan2 syia’h atau wahabi.. saya dah pernah pergi Palestine semasa saya belajar di jordan dulu, jadi rasanya tak perlu lah ajak saya lagi, kamulah pergi dulu, lagipun saya tidak mahu mati sia2 dalam membela orang palestin yang rasanya mereka itu sedang ditimpa bala oleh Tuhan.. Tuhan yang menjadikan semua manusia, Rasanya Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya.. Ingatlah mcmana Bosnia dulu, mereka sudah lupakan Tuhan, jadi Tuhan datangkan Musuh menghancurkan mereka.. Cuba pergi Turki sekarang, Orang Islam di Turki ada 98%, tapi kehidupan sosial dan budaya orang turki mcm orng barat, dah tak nampak Islam. Mereka dah lupakan Tuhan.. Adakah nak tunggu Tuhan datangkan musuh hancurkan Turki baru orang turki nak sedar yang mereka itu agama Islam?? Turki pernah jadi empayar Islam satu ketika dahulu, skrg Turki sudah tidak mcm negara Islam.. Adakah umat Islam nampak hal ini? Guru saya bagitahu- kita sedih, kesian dan risau bila lihat orang tak makan, tak minum, hidup susah, tak cukup makan,miskin dll, tapi kita tak sedih, tak kesian dan tak risau bila ada org islam miskin iman, tak ada iman, tak kenal Allah, tak sembahyang.. Mana lebih besar dan penting, miskin kehidupan ke miskin iman? biar hidup miskin, susah makan minum dan susah kehidupan asalkan jangan miskin iman, tak kenal Allah dan tak sembahyang… Fikirlah, apa hikmahnya Allah jadikan begitu pada ummat Islam di Palestin hari ini? cuba kaji balik sejarah ummat Islam di Palestin sebelum diserang Israel dulu?- clever soul, inilah dakwah saya.. saya tak takut..
Hudud untuk semua ummat Islam, tapi kenapa PAS politikkan isu hudud? skrg isu Hudud dah jadi mcm isu politik, kenapa? akhirnya DAP pun dok sibuk mengulas isu hudud.. Hudud adalah hukum Islam, bukan boleh dibincang2 mcm isu tanah, isu wang ehsan atau isu rasuah.. tapi PAS buat hukum hudud mcm isu politik, mcm isu rasuah, mcm isu perkauman.. Dalam kes hudud ni, sialapnya adalah kepada PAS.. Sepatutnya ia dibincang secara baik dan terhormat.. Saya menyokong hudud sepenuhnya kerana ia hukum Allah, bukan kerana PAS. Tapi saya tak menyokong cara PAS ketengahkan Hukum Hudud.. Saya rasa ramai orng PAS tak faham maksud sebenar Hudud dan falsafahnya.. APakah yg dimaksudkan dgn Hudud? bagaimana perlaksanaan Hudu yang sebenarnya? tahukan anda? jangan berani nak menyebut dan jadikan isu politik saja.. Kalau kita tahu betapa besarnya hukum hudu itu, kita tak berani nak mempermain2kan hukum Tuhan itu.. jgnlah gunakan hukum Hudud itu utk kepentingan politik.. fikir-fikirkanlah…
Januari 26, 2009 pada 10:57 pm
amir
1 lagi, kalau nak tahu ttg orang dan masayarakat Iraq, sebelum Perang dulu, mereka sangat kaya kerana Iraq antara negara pengeluar minyak terbesar didunia.. Ketika Iraq kaya dulu, masyarakatnya sangat somobong, hidup mewah, berfoya2 dan suka membazir. Mereka seolah2 sudah lupakan Tuhan. Jadi bila Tuhan dantangkan ujian kepada mereka, mereka kena sedar, insaf dan bertaubatlah.. Sebelum perang dulu, Iraq sangat angkuh, sangat kaya dan sangat sombong. Tuhan tak sukur hambanya yang tak bersyukur.. Jadi rasanya dgn kuasa dan kehendak Tuhan jualah apa yg berlaku sekarang ini. Tuhan hantar musuh hancurkan Iraq. Di Iraq juga banyak pengaruh Syia’h yg sesat itu.. Jadi nampak tak hikmah disebalik perang? Kalau mereka beriman dan berTaqwa, Tuhan akan bela mereka. Bukankah semua yg ada ini ciptaan Tuhan, Tuhan yang jadikan manusia ini, jadi Tuhanlah yang berkuasa terhadap sesuatu. Kenapa Allah seolah2 membiarkan Ummat islam akhir zaman ini dihina, ditindas dan dizalimi, kerana Ummat Islam dizaman ini sudah tidak kenal Allah yang menciptakan mereka, mereka tidak bersyukur atas nikmat Allah, sudah ramai yang tidak sembahyang.. Lihat masyarakat Islam di malaysia pun cukuplah, cuba lihat muda mudi zaman ini di tengah bandar kuala lumpur ketika musim cuti, ketika malam sambut merdeka, ketika malam sambut tahub baru.. Seolah2 rakyat di Malaysia mcm bukan Islam, maksiat berleluasa. Jgn erkejutlah jika satu hari nanti Malaysia juga Tuhan datangkan bala mcm yg telah berlaku di Iraq, Palestin dan Afganistan.
Saya tidak menentang, tidak menghalang dan tidak mempertikai pun jika sesiapa nak membantu, nak menyumbang dan nak memberi bantuan kepada Palestin, Iraq dll. Elok sangatlah kita menghulurkan bantuan dan sumbangan pada manusia lain, lagi2 mereka yg menghadapi kesusahan. Islam memang menggalakkan kita membantu orang lain, bahkan kalau nak bantu orang kafir pun dibenarkan… Tapi saya tak setuju mengatakan yang di Palestin itu adalah Jihad kejalan Allah. Apa erti Jihad yang sebenar? Adakah jihad di Palestin itu benar2 jihad seperti yang dikehendaki Allah? Jihad juga ada syarat sah dan batalnya.. bagaimana yang dikatakan sah jihad? jgn mudah2 nak memperkatakan ttg jihad sedangkan tak tahu maksudnya yg sebenar, tak tahu cara perlaksanaan yang sebenar.. elok org PAS ramai2 pergi belajar dulu dgn Nik Aziz dan Hj hadi..
Januari 26, 2009 pada 11:23 pm
amir
Begitu juga dengan Aceh yang dikatakan sebagai serambi Mekah, Aceh dulu sebelum Tsunami, masyarakatnya suka berperang sesama mereka. GAM(Gerakan Aceh Merdeka) berperang dgn TNI(tentera indonesia).. Berperang sebab nak tuntut merdeka, berperang sbb nak rebut kuasa.. Perang sesama Islam, saling berbunuh2, masing2 pertahankan ego dan mengatakan mereka betul..Akhirnya Allah datangkan Tsunami, lepas tsunami terus berhenti Perang sampai sekarang. Sekarang Aceh sudah tak ada perang2 lagi, sudah aman dan tak ada pun sibuk2 nak tuntut merdeka. Jadi sekarang nampak tak hikmah kenapa Tuhan datangkan ujian Tsunami kepada Aceh? Tuhan matikan beratus ribu orang di Aceh demi nak hentikan perang saudara disana. Agaknya kalau bukan sebab tsunami, Aceh masih berperang lagi sekarang ini.. JAdi setiap Apa yang Tuhan buat itu ada hikmah dan pengajaran. Soal gempa bumi dasar laut dan akhirnya mengakibatkan air laut melimpah ke darat itu hanya sebab musabab yang Tuhan juga yang jadikan. Gempa Bumi juga Tuhan yang jadikan dgn kuasanya, air laut naik ke daratan yg mengakibatkan ratusan ribu nyawa mati juga adalah kuasa Tuhan.. Tapi kenapa sehingga begitu Dahsyat sekali Tuhan datangkan Ujian kepad masyarakat Islam di Aceh sedangkan mereka itu hampir kesemuanya ISlam.. Cuba kita fikir, kita renungkan.. Kenapa Tuhan datangkan ujian yg dahsyat kepada mereka, sedangkan mereka hampir semua Islam dan disana juga adalah serambi mekah sama mcm Kelantan.. Sebenarnya mereka berperang sampai Lupakan Allah, mereka bergaduh merebut kuasa sampai tak ingat kepada Allah yg meminjamkan sekejap sahaja kuasa itu. Akhirnya Allah datangkan tsunami supaya Umat islam di Aceh sedar dan insaf.. Alhamdulillah, lepas sahaja tsunami terus berhenti Perang.. JAdi renungkanlah bagaimana pula dgn Palastine, dgn Iraq dan Afganistan dan Bosnia.. Janganlah Islam hanya pada nama, tapi biarlah Islam pada hati, pada amalan, tindakan, sikap dan berbuatan.. Saya cabar semua pembaca pergi ke Turki sekarang dan lihat bagaimana masyarakat Turki yg 98% adalah beragama Islam tapi cara hidup mereka seperti orang barat. sosialnya sangat teruk. Jgn sampai Tuhan datangkan bala dan ujian baru nak sedar, jgn sampai diserang oleh musuh baru nak sedar.. Iran pula amat kuat dgn Fahaman Syia’h yg amat menyesatkan… Jadi mana negara Islam nak dapat pembelaan dari Allah? waktu dah diserang oleh musuh baru nak berjihad sedangkan waktu belum diserang adakah mereka mengamalkan Islam yg sebenar? sebelum perang adakah mereka bersyukur? sebelum perang adakah mereka kenal Allah dan mereka sembahyang?.. kalau dah sampai Allah datangkan bala, itu sudah terlambat.. Kalau sesiapa reti berbahasa arab, carilah kawan org Palestine, berkawan rapatlah dgn mereka utk masa yg lama sedikit, nanti kamu semua akan kenal sikap dan watak sebenar org Palestine.. waktu itu barulah kamu semua akan sedar apa hikmah Allah datangkan ujian pada mereka. waktu itu barulah kamu sedar kenapa Allah hantar org yahudi bom negara mereka.. saya bercakap berdasarkan ilmu, fakta dan pengalaman… fikir-fikirkanlah…
Januari 27, 2009 pada 12:00 am
amir
Minta maaf semua, saya terpaksa berterus terang demi agama Islam. Bila clever soul kata tertegaknya PAS hanya utk tegakkan Hukum Hudud, saya tak percaya. Apa yang saya nampak PAS gunakan Hudud untuk kepentingan Politik semata2. Hudud dijadikan isu politik, untuk tarik undi, untuk menampakkan PAS memang perjuangkan Islam. Sembahyang adalah amalam Islam yang paling utama, kenapa PAS tak perjuangkan Sembahyang mcmana PAS perjuangkan hudud? Sedangkan Sembahyang adalah yang paling utama, kalau kita pergi ke Kelantan, time waktu sembahyang sama je.. MAsjid kosong juga mcm negeri2 lain. cuba bezanya kalau kita pergi ke wakaf che yeh, time azan dan waktu sembahyang tak boleh menjual beli, ada group memantau. Tapi group yg memantau tu tak sembahyang juga, diorg dok meronda pusing pasar tu time org sembahyang. penjual tak boleh jual barang2, tapi duduk diam2 je, pembeli pun sama tak boleh beli barang, boleh pusing2 dan tengok2 je barang tu. penjual takut nak jual, sbb takut dgn kumpulan yg meronda dan memantau tu, diorg tak jual bukan sbb takut kat Allah, tapi takut kat group memantau tu. Adakah itu cara Islam yg sebenar? tak pulak diajak semua pergi sembahyang, bahkan yg memantau tu pun tak sembahyang.. Tak ada usaha dan ikhtiar secara jelas dibuat utk ajak org sembahyang.. Cuba lihat dibandar kota bharu sendiri, apa usaha dan ikhtiar dibuat secara jelas untuk ajak orang sembahyang.. Masa time waktu sembahyang di Kota Bharu sama sahaja mcm negeri2 lain, org dok sibuk menguruskan urusan dunia.. Jadi tak ada beza Kelantan dgn negeri2 lain.. Mana beza negeri ISlam? Yg dok bising dan semangat nak buat adalah Hudud.. KENAPA RAMAI UMAT ISLAM TAK SEMBAHYANG HARI INI PAS TAK JADIKAN ISU PULA? cuba PAS bising2kan isu orang Islam ramai tak sembahyang mcmana PAS bising2kan isu hudud tu.. Lepas PAS dapat tawan tganu pada 1999 dulu, saya pun pergi ke Tganu atas urusan kerja. Sy solat disebuah masjid, saya tanya pada org masjid tu, adakah beza lepas PAS dapat ambil alih Tganu dgn sebelum? org masjid tu kata tak ada beza, jumlah org yg solat jemaah kat masjid pun tak ada beza.. maksudnya kalau PAS memerintah pun org tetap tak sembahyang juga sbb PAS bukan perjuangkan Islam yg sebenar! Dok sibuk bercakap ttg hukum Hudud, besarkan2 isu hukum hudud sampai DAP dan MCA pun sibuk2 nak bercakap pasal hukum hudud.. Tapi ttg Sembahyang yg lebih utama kenapa senyap je? kenapa org tak bertambah ramai sembahyang di Masjid lepas PAS dapat tawan satu2 tempat itu?? Kalau PAS parti Islam yg sebenar, mesti PAS sgt perjuangkan sembahyang.. Nampak tak ada sapa peduli ttg ramainya umat islam hari ini yg tak sembahyang, tak kira di tempat PAS kah atau tempat UMNO.. Mungkin PAS anggap sembahyang tak penting kot, hudud lagi penting ye? lagipun hudud boleh digunakan untuk tarik pengundi Islam yg tak tahu apa itu hudud.. mereka pun dah keliru.. disebabkan PAS, org ISlam ingat hudud itu isu politik mcm wang ehsan, mcm isu tanah, isu lembu, isu perkauman, isu rasuah.. saya ulang kali yg ke 50, HUUDUD ITU HUKUM ALLAH, JADI JANGAN JADIKAN IANYA ISU POLITIK, TAK PERLU DIBINCANGKAN SECARA TERBUKA DAN DIPOLIMIKKAN!
Januari 27, 2009 pada 1:03 am
jebat7
utk mu AMIR yg segagah nama …..
sorong papan tarik papan
buah keranji dlm perahu …
tepuk dada tanya selera …
gendang gendut tali kecapi …
buah cempedak diluar pagar
ambil galah tlg jolokan …..
(nasib pantun belum ke BI lagi)
Januari 28, 2009 pada 1:17 pm
nawi
Hhhhhmmm…. good writing… HONDA ELSYION?? gappo dio tuuu.. ambo harak2… kalu nok paka “KUDA” hok gagoh & comer skali pong.. tulong la jangae sapa tahap bazir & takbur diri…
kalu ado pitih lebih… ingat2 la ko oghe kapung hok hiduk basak nok mapuh.. ingak2lah.. jangae duk sedak sangak.. rezeki kito tuh ado bahagian oghe laing jugok… wi padae2 la iduk nih…
apo2 pong… JOM SAMA2 BERJIHAD… JIHAD MELAWAN NAFSU…
Januari 29, 2009 pada 12:55 pm
rizanskywalker
tahniah kepada yg menang pilihanraya demokrasi akar umbi anjuran kafir laknatullah……
kita kena kenal sape sebenarnya musuh kita…..siapa musuh Islam….
demi pilihanraya…ungkapan “Undi Pas adalah wajib”……inilah salah inilah salah satu ungkapan, hasil daripada perjuangan Islam yang menggunakan landasan demokrasi akar umbi KAFIR LAKNATULLAH…..saya harap ungkapan ini tak jatuh SYIRIK (ataupun dah jatuh syirik???)…..Pas mengeluarkan ungkapan ini bertujuan supaya orang ramai menyokong mengundi Pas yg terang-terangan memperjuangkan Islam…..parti2 lain juga akan bertindak demikian dengan cara tersendiri utk meraih undi…..malangnya….parti2 lain….ada juga yang memperjuangkan Islam secara berselindung dan juga merupakan ORANG ISLAM……apabila masing2 cuba meraih undi untuk MENANG dalam pilihanraya saluran KAFIR…..pertelingkahan mulut, umpat mengumpat, keji mengeji, FITNAH MEMFITNAH, permainan emosi, sabotaj mensabotaj tak dapat dielakkan, hanya disebabkan utk meraih UNDI orang ramai. Ini hanya mengundang PERSENGKETAAN sesama sendiri dan lebih malang lagi, persengkataan ini adalah diantara ORANG ISLAM bukan melayu dan melayu. Masing2 Islam dan memperjuangkan Islam……tetapi apa yg berlaku adalah PERSENGKETAAN SESAMA ISLAM………inilah apa yg kita nampak berlaku di Malaysia……dan ini jugalah yg berlaku di PALESTINE antara hamas dan fatah…..dan dikebanyakan negara2 Islam yang lain juga…….lihatlah betapa JAYANYA KAFIR KUCAR-KACIRKAN ISLAM…
Pas menang….Umno kalah…..Pas gembira….Umno sedih…..sedangkan dua2 pihak adalah Islam….kalaupun Pas menang dan berjaya memerintah….adakah betul2 Pas akan memerintah sedangkan Malaysia masih mengamalkan sistem demokrasi akar umbi anjuran KAFIR LAKNATULLAH yang telah menjajah kita dulu sebagai syarat utk kita merdeka???
Sekarang Umno berkuasa….Pas-Pkr buat hal…..nanti bila Pas-Pkr berkuasa….Umno pulak akan buat hal…..bende ni akan berlarutan….pi mai pi mai tang tu….makin lama makin mendalam hasad antara kedua2 pihak…..sedangkan dua2 pihak ORANG ISLAM…..benda takkan habis2 sampai mati pun….inilah akibat jika kita terus mengamalkan sistem demokrasi akar umbi anjuran KAFIR yang memecahbelahkan umat Islam….musuh kita sebenarnya adalah sistem yg kita amalkan ini…..musuh orang Pas bukan Umno….musuh Umno bukannya Pas…..sesama Islam kenapa bermusuhan???….musuh kita sebenarnya ialah sistem undi…..jadi…ORANG ISLAM PERLU KUAT……utk menghapuskan sistem ini….dan mengamalkan sepenuhnya sistem ISLAM yang sebenar2nya….kalau kita kuat….orang bukan Islam (Kafir) tak boleh nak mengganggu gugat orang Islam……
Kalah menang bukan matlamat…..yang penting umat Islam perlu kuat…..BERSATULAH UMAT ISLAM……utk hapuskan sistem yang memecahbelahkan kekuatan kita……
Januari 30, 2009 pada 3:17 am
Kcp
Slm kpd semua..Saya tak faham dgn saudara amir..Begitu kuat kritikan seolah hanya dia shj yg sygkn Islam..Cuba amir ckp sikit,apakah cara terbaik kita terangkan hudud kpd masyarakat?Bercakap dalam keadaan kita tdk ada pentas?Knp tdk shj saudara amir yg memperjuangkan hudud?Knp hanya tahu komen semata2 yg pas telah salah dlm hal ini?Lg satu,jgn terlalu mudah menghukum..Kita menggunakan demokrasi tak bermaksud kita redho dgn sistem tersebut,tetapi kita mengambil peluang atas suasana yg ada..Sbg mana yg dilakukan Abu bakar sewaktu beliau hendak berhijrah ke habsyh..Dan tdk kah perkara ini telah diputuskan oleh syura ulama2 seduoia sbg jalan yg boleh diguna pakai?..Dan jgn katakan yg apa yg berlaku di palestin itu sbg balasan kpd sikap mereka yg buruk.Bknkah Allah sentiasa menguji hambanya utk melihat sejauh mana keimanan mereka?Apa yg berlaku di aceh,iraq dn sbgnya..Itu ialah ujian. Dan sbg teguran kpd silap mereka supaya kembali kpd Allah..Dan palestin yg sentiasa bergolak,juga tanah suci umat islam seluruhnya,adakah tdk dikira jihad kita mempertahankannya?Adakah mendntang kezaliman walaupun dari glngn yg mengatakan bhw mereka juga Islam,tdk betul?Sdgkan mereka tdk pernah belas ihsan pd kita..Ulama2 telah mengatakan yg palestin adalah bumi jihad..Tetapi rupanya saudara lebih hebat dr yg lain..Berkawan dgn seorang palestin bkn penghukum kpd semua umatnya..Dan sering menekankan yg kita perlu perbaiki Islam dlm masyarakat,tidakkah usaha pas menuju kearah itu.Soal kejayaan terserah pd Allah,yg penting kita usaha dbn jalankan amanah..Jgn hidup dgn pandangn kita semata2,dhn diri kita semata2,jika tdk,kita pasti sesat…’alaikum bil jamaah..
Januari 30, 2009 pada 3:42 am
Kcp
Tanpa kuasa bermaksud kita tdk ada autoriti dlm melaksanakan hudud..Hudud itu dari Islam,dan Islam adalah rahmat kpd sekalian alam..Dalam menuntut kearah perlaksanaannya pas tdk pernah mengabaikan yg lain..Malah semua ini tanggungjawab setiap muslim…Solat itu tiang agama..Perkara ini tdk pernah diabaikan oleh pas di setiap peringkat..Tdk kah pemimpin2 pas sentiasa memberi pengajaran tentang Islam kpd masyarakat?Tdk glngn2 muda,tua,berpangkat dan tidak dlm pas sentiasa melakukannya?Kecacatan yg timbul adalah terpulang pd individu itu tersendiri..Kita yg tdk buat,knp nk salahkan org lain..Wallahua’lam.
Februari 5, 2009 pada 6:52 pm
saril
Perak apa macam tuan..?
Komenlah sikit. Tapi janganlah salahkan orang lain. Bila PAS menang, dia kata dia kuat, bila PAS kalah dia kata orang lain main ngelat..
Februari 7, 2009 pada 10:38 pm
hamdy
salam ustaz,
>>kereta Honda Elysion
bukan ke keter ni harga 300ribu kalau baru…kalau tak silap jiran saya pakai nii…beli hampir cash ..
terror ustaz…. sure biznes baik nii …