Salam Kamunting,
Saya belum menulis pasal Syiah apa – apa pun. Hanya sekali saya sentuh, iaitu ketika perang Lubnan – Israel yang terakhir dulu. Saya sebut, usah hiraukan Sunni – Syiah. Mereka adalah tentera tauhid seperti kita tengah menentang sebesar – besar tentera kufur di muka bumi. Saya sebut apa yang disebut oleh Al Qaradhawi masa mengulas isu perang tersebut.
Seawal saya menulis di blog, saya terus diminta menulis mengenai Syiah dalam PAS. Saya katakan, nantilah. Saya tak minat dan saya tak suka campur perihal yang panas – panas, sedang ianya tidaklah sebesar tujuan dan matlamat saya menulis di blog ini. Blog saya adalah untuk PAS dan dakwahnya, selain untuk membaham Islam Hadhari sehingga sesatnya itu tidak lagi difahami secara sesat oleh umat Melayu di negara kita sehingga kedua – duanya jadi sesat.
AlhamduliLlah, saya fikir saya telah menyumbang sesuatu di blog ini. Saya memiliki peminat yang menjadikan blog saya sebagai bacaan tetapnya ketika berlayar di internet. Ada 10 orang pun cukup, inikan lebih berganda – ganda daripada itu.
Hari ini saya akan sentuh mengenai Syiah. Sentuhan, bukan tamparan. Bukan tamparan, tetapi sentuhan yang mengubati seperti si ibu mengusai rambut si anak yang kepanasan demam, atau sentuhan yang meredakan seperti pak imam lebai mengusap kepala si budak yatim yang kematian sandaran hidupnya.
Saya jadi semacam bila mendengar cerita sekumpulan peminat ( penganut mungkin? ) mazhab Syiah menggunakan nama PAS untuk mengadakan program yang turut mempromosi Syiah dan ajarannya di Kota Bharu baru – baru ini. Kemudian saya lihat ianya diulas pendek oleh timbalan bos saya, Ustaz Nasrudin Tantawi di dalam blognya yang turut meminta saya jangan tak ambil tahu. Ambil tahu dan bertindak.
Saya fikir sebelum saya bertindak, saya tulis dulu. Itu tanda ambil tahu dan tanda akan bertindak, insya Allah.
Syiah cerita lama. Selama cerita Ahlis Sunnah wal Jamaah lebih kurang. Tetapi di Malaysia, ia cerita baru. Ia tak datang ketika mazhab Ahlus Sunnah datang ke Tanah Melayu bersama penyebaran dakwah Islamiyah pada hari pertamanya dulu.
Maka di sisi masyarakat Melayu, ia tiada kesohoran langsung sehinggalah ianya menjadi tersohor mendadak – dadak dan begitu tiba – tiba sekali sebaik selepas revolusi Khomeini di Iran. Macam mudahnya Islam masuk Tanah Melayu dulu, nampaknya mudah juga mazhab Syiah bertapak di Malaysia. Bezanya, ia meresap mudah kepada segelintir umat Melayu, bukan semuanya.
Cumanya tak mudah sangatlah kali ini. Melayukan bangsa jenis mudah – mudah. Mudah berkira macam cerita Pulau Batu Putih. Kalah pun, kira win winlah. Mudah terima macam WPI. Tergadai tanah pun, terima sajalah demi pembangunan. Mudah lupa macam macam – macam dah yang Melayu telah lupa daripada sengsara dek kerakusan ahli politik mereka. Mudah memaaf dan mudah mengangguk. Paling jelas, mudah meniru. Jadi, apa pelik jika Syiah menjadi tersohor dengan begitu tiba – tiba.
Cumanya, kali ini nampaknya taklah mudah sangat. Syiah hanya meresap dan diterima segelintir yang sedikit sekali. Tetapi saya tak kata ia tak bahaya. Syiah bahaya sekali. Ia merosak dan memunahkan akidah suci yang dibawa oleh nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam untuk umatnya yang sederhana dan sempurna.
Justeru ia jadi sukar untuk masuk ke Malaysia. Sebab ia melibatkan akidah yang telah difahami lebih awal oleh para ulama dan tok – tok guru di negara kita. Ia sejarah lama. Maka bukan payah untuk mengenali Syiah dan ajarannya. Berlambak di dalam kitab – kitab turath yang lama – lama.
Ia tidak seperti fahaman – fahaman baru seperti sekularisme dan nasionalisme yang memang tidak dibincang panjang – panjang, malah kadang – kadang tak tersebut pun dalam kitab – kitab dahulu kala yang beratus – ratus tahun dulu. Maka ia mudah diterima masyarakat Melayu walaupun akidahnya, apa bezanya dengan Syiah. Sama – sama sesat dan salah. Semuanya jenis Ayah Pin juga.
Syiah payah masuk dan diterima sebab pertahanan telah lama dibina kitab – kitab dan para ulama. Sekularisme mudah masuk dan diterima sebab pertahanan baru dibina oleh kitab – kitab dan para ulama kita. Maka di negara kita, sesat kerana fahaman sekularisme jauh mendahului sesat kerana Syiah dan ajarannya.
Lebih malang, sesetengah yang melawan Syiah di negara kita hari ini mendukung sekularisme pula atau bersekongkol dengannya pula. Sunnah lawan Syiah tu ya. Sunnah lawan sekularisme pun ya. Sekularis lawan Syi’ie buat apa? Sesat lawan sesat bukan bawa hasil hidayah apa – apa pun.
Syiah menyalahi ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam perkara – perkara besar yang menyentuh akidah. Ia dimasukkan dalam kelompok ajaran – ajaran sesat yang pernah tumbuh melata dalam sejarah kehidupan umat Islam sepanjang zaman. Kebanyakan ajaran – ajaran sesat ini ghaib ditelan zaman. Setiap masa adalah Allah mengutuskan daripada kalangan hambanya yang beriman para ulama yang bermati -matian menentang kesesatan dan penyelewengan dalam beragama.
Islam agama suci. Ia dijaga tuhannya untuk manusia akhir zaman agar mereka tidak keliru untuk memperolehi hidayat dan petunjuk. Umat ini penuh pancaroba ujian hidupnya di akhir zaman. Justeru ia memerlukan cahaya yang terang bersuluh untuk memudahkannya menggapai petunjuk dalam kegelapan. Maka cahaya itu dijaga sebaiknya. Itulah Islam yang dijanji kesuciannya oleh Allah, tuhan Maha Penyayang.
Justeru apabila lahir ajaran – ajaran yang menyesatkan daripada kalangan umat sendiri, ia segera dilenyapkan. Itulah yang berlaku dalam sejarah. Ada yang datang sekejap dan ada yang lebih lama. Hari ini sekejapnya macam ajaran Ayah Pin. Lama sedikit macam ajaran al Arqam. Lama lagi macam ajaran sekularisme yang dipimpin Pak Lah hari ini. Adakah sekularisme takkan hilang? Tidak, ia akan hilang dilipatan sejarah yang menunggu. Tak sekular tak hilang di dunia. Saudaranya, komunisme dah pun luluh hancur.
Dalam banyak – banyak itu, ajaran Syiah boleh kira paling lama. Ia cukup liat dan sukar dilenyapkan. Ia menjadi nanah yang agak lama untuk disembuhkan daripada umat ini. Macam penyakit dalam tubuh, walau ada ubat, tetapi tak semuanya cepat dan sempat disebutkan, malah kadang – kadang membawa maut.
Mengapa Syiah sukar lenyap? Malah, tapaknya tampak kukuh kembali hari ini?
Jawabnya, kerana ia bersandar pada sandaran yang kukuh sekali dan tumbuh di semaian yang subur sekali.
Sandarannya cinta Ahlul Bait. Cinta ahli keluarga RasuliLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Tapak semaiannya adalah sejarah dan peristiwa penganiayaan terhadap mereka yang begitu menyayatkan hati setiap muslim. Ia tumbuh demi cinta dan pembelaan terhadap keluarga Rasulullah.
Apa anda tahu tentang cinta? Anda tahukan. Cinta itu buta dan cinta itu gila. Cinta itu suci dan cinta itu air mata. Cinta membakar keapian dan cinta menyiram salju kesyahduan.
Samada cinta itu suci atau terlarang, anda ternganga mendengarnya. Hati anda terbakar sekali atau hati anda jadi basah kesyahduan. Tak kiralah cinta nabi Allah Yaakob atau cinta Zulaikha pada nabi Allah Yusuf alaihimassalam. Kedua – dua kisahnya adalah epik kehidupan.
Begitulah Syiah. Daripada rasa cinta dan dendam mereka membina diri dan membakar kesucian. Ia buta dalam cinta. Dalam syiah ada cinta bertompok, kecewa melata, dendam kesumat, benci membara dan tuduh – menuduh. Semua terbakar menjadi akidah yang sia – sia.
Mazhab berdasarkan sentimen dan perasaan. pemujaan dan pentaqdisan. Mazhab yang pernah kerananya dulu pernah menjadikannya satu agama seperti Yahudi dan Nasrani. Tidakkah mereka mentaqdiskan Isa dan Musa juga selain keluarga mereka.
Begitulah bayangan ajaran Syiah. Ayat – ayat cinta terlarang, lalu bersujud mereka pada sejadah yang cemar dan jelek.
Mereka berkembang dalam sejarah menjejerkan rasa dan perasaan ini. Maka ia diterima demi cinta yang didakwa suci dan benar.
Iman boleh kerana sentimen, tetapi ia punah nantinya jika tiada ilmu yang benar dan hakiki.
Di negara kita, anda lihat bagaimana ia masuk. Tidakkah ia bermula dengan hangat revolusi, tetapi kini ia kembali kepada asalnya demi gendang dan paluan yang lebih kuat dan bergelombang. Ia kembali kepada nama – nama Ali, Fatimah, Hasan dan Husain serta nama – nama daripada sebuah keluarga paling suci dalam kehidupan manusia. Pastinya ia menggamit rasa penuh perasaan.
Ia pun tumbuh di negara kita. Hari ini ia adalah mazhab kecil. Mazhab sesat yang kerdil tetapi ia telah bertapak dan apabila ia bertapak ia akan jadi barah yang sukar diubati dan dihilangkan. Rasa cinta dan dendam menarik dengan kuat dan kejap sekali.
Ketika kita kuat, ia tak terhalang. Ketika kita lemah hari ini, bagaimana mudah untuk kita menghalangnya?
80 comments
Comments feed for this article
Mei 27, 2008 pada 10:02 pm
kebenaran_jelas
ustaz, adakah semua syiah itu sesat? Sebab sebelum ini saya mendengar bahawa ada sekelompok kecil syiah yang diiktiraf alhlul sunnah wal jamaah. Dan dari pembacaan saya di blog faisal tehrani, dia menyatakan syiah itu diiktiraf oleh universiti al-azhar, ada ditunjukkan salinan sijil. Apa pendapat ustaz?
Tetapi saya setuju musuh yang lebih besar ialah Zionis dan Hadhari
November 24, 2010 pada 1:56 pm
uzma kulaini
musuh yang besar adalah syiah,tak ada agama bagi orang yang tak bertaqiah..tehran dah memang syiah.bila tanya dia memang lah dia tak ngku.
Mei 28, 2008 pada 2:19 pm
Pembebel
aku dengar tohmahan yang tok guru nik aziz juga penganut syiah. siot betul tuduhan gitu. ish3.
Mei 29, 2008 pada 10:44 am
suhaimyarif
tuk pembebal, jgn kita mudah marah. Allah jadikan syaitan bukanya untuk sia-sia, pastinya ada yang akan bersifat sedemikian yang pasti tuan guru MB kelate adalah yang terbaik di malaysia dan di dunia ketika ini. orang kalu dan benci macam-macam la dia kata tapi bila dah jatuh hati semua nya OK. manusi bila dah biasa hidup dalam jahiliah, bila datang sesuatu yang bebeza, yang baik dari mereka pasti mereka akan kata mcam-macam…sifat orang yang beriman adalah bersabar, tekadkan dalam hati TOK Guru adalah yang terbaik dan terhebat tika ini.
Jun 2, 2008 pada 10:41 pm
farish
Sedih bila Tuan Guru yang saya kagumi menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang sesat lagi menyesatkan.
Jun 3, 2008 pada 12:20 pm
arwenmh
farish, apa pula nak sedih, bende terang lagi bersuluh perlu di khuatir dan diragui lagi? Memang UMNO sesat, sasaran untuk membela bangsa kini hanya tinggal untuk membela kroni? Yang masih percaya dengan UMNO lah yang sesat…kesian lah pada diri farish sendiri..masih kelam pandangan saudara.
Jun 3, 2008 pada 6:01 pm
Mamak Penang
Salam,
Mamak seronok juga baca komen anda tentang UMNO dan Islamnya!.jadi terpaksalah mamak singgah kejab!
Dalam abad 20 ini salah-satu tanggapan dan konsep yang mengelirukan bagi orang Islam ialah tentang “Negara Islam”!.Yang mengaku negara kita Malaysia negara Islam ialah bukan Mamak ini yang bodoh tapi mamak yang satu lagi yang bijak dan pandai pada tahun 2001 dan Dato’Najb Razak yang mengesahkan July 2007.Komuniti Muslim juga celaru tentang ini kerana kalau ikutkan negara Islam ialah negara yang mempraktikan undang-undang Al-Quran dan Sunnah!.Tapi di negara ini yang dikatakan Negara Islam cuma ada undang-undang rata-rata mengikut Undang-undang yang digubal oleh manusia dan sedikit elemen KeIslaman dan selebihnya dicampur adukan dengan undang-undang barat yang penuh dengan kekafiran!.Makin lama makin permasalahan dengan ugama dan keturunan terjadi-jadi di negara ini dan prepsi tanggapan negara Islam jauh lari dari landasan sebenarnya:
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Semua manusia asalnya dari Adam dan Hawa,Seorang Berbangsa Arab tidak lebih Mulia dari Bukan Arab ataupun seorang bukan Arab lebih mulia dari orang Arab;Dan seorang berkulit putih tidak lebih mulia dari orang berkulit Hitam atau pun orang berkulit hitam itu lebih mulia dari yang berkulit hitam kecuali Imannya!.
UMNO ini hanya parti taghut dan hipokrit dan hanya berdakwah pada Orang Melayu Hanya Hak Istimewa dan ketuanan dan menjaga kepentingan keturunan …. kenapa?.Cuma memperbodohkan orang Melayu dan hanya bagi syok je!.Kenapa mereka takut dengan Islam yang sebenar?.Tapi apakah mereka telah selama 50 tahun ini telah berjaya dan dapat majukan sepenuhnya Orang Melayu Islam..ada.. dah pun orang Melayu dah gi Angkasa Lepas!.Tapi meriam,kapal terbang masih beli kat orang kafir!.Buat kereta pun belum betul!.Kejayaan kita 50 tahun cumalah peredaran zaman bukan lebih dari itu.Apa kah keadaan Islam di negara ini telah di majukan…Ya ada Islam hadhari!Tapi negar Islam yang baru seperti Iran,Pakistan dah ada kuasa Nukeliar!Amerika nak serang pun fikir dua kali..Ini dengan Singapore pun dah kecut!!!.Mana Allah nak bantu kita dekat Allah pun kalau boleh jenis ini nak suap rasuah!!!Nauzubillah!Astagarifullah Azim.
Surah Al-Israa’ ayat 53 & 54
‘Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku(yang beriman),supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik(kepada orang-orang yang menentang kebenaran)sesungguhnya syaitan itu sengaja menghasut di antara mereka (mukmin dan kafir)sesungguhNya syaitan itu adalah musuh yang amat Nyata bagi Manusia.
surah Al-Mumtahanah :ayat 8
‘Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu) dan tidak mengusir kamu dari kampung-kampung halaman kamu;Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku Adil’.
Adilkah pemerintahan UMNO 50 tahun yang cuma membarakan Api permusuhan antara kaum di Negara ini?.Saja buat ajenda yang baru apabila kuasa semakin goncang!Orang melayu Islam diletakanya dalam keadaan sentiasa resah dan takut.Boleh kah kita maju dengan perasaan sentiasa begini?.Inikah pengajaran Islam yang sebenar…Dalam 50 tahun Negara Islam dikatakan berapa peratus rakyat bukan Islam memeluk Agama Islam!dan berapa peratus keluar dari agama Islam dan masuk Agama mereka kembali?..Yang masuk Islam kebanyakanya cuma nak Kahwin!.Mali kita kat Allah!.Kalau Majoritinya kita dapat Islamkan seperti Rasullah bukankah dah aman!.Di mana perginya cinta Islam dan Cintakan Nabi dan Allah!.Cuba fikirkan ….!.Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu snediri ingin nak ubah!!!!.Mamak minta maaf sekurang-kurang Mamak luahkan perasaan Mamak di sini.Terima Kasih.Wasalam.
Jun 4, 2008 pada 2:12 pm
ANTI SYIAH
syiah sangat bahaya!!!
faisal tehrani sengaja menipu rakyat kita dengan ceritera penglipur lara nya..
apabila kita bercakap tentang syiah kita bercakap tentang syiah yang paling stabil dan popular iaitu syiah rafidhah.yang telah pun bertapak di iran sehingga sekarang.mereka mengkafirkan kesemua sahabat nabi malah mencela sahabat2 rasul kecuali beberapa orang sahaja.selain itu mereka kata allah ni bersifat BODOH sebab tak lantik ALI jadi nabi. Malaikat tersilap sebab wahyu tu patut pada ALI. dan tidak beriman seorang syiah sekiranya tidak bertaqiyah(munafik)..lihatlah nak jadi syiah mesti jadi munafik kalau tidak bukan syiah namanya..
paling best lihatlah kisah sahabat nabi tsalabah..beliau adalah ahli badar.telah dijanjikan syurga pada ahli badar.bagaimana cerita tsalabah masuk neraka sebab tak bayar zakat bleh tersebar kalau bukan keje si puak2 syiah..
berhati2lah anda sekalian dengan syiah..
mengkafirkan sahabat nabi itu isunya BESAR,mengatakan ALLAH itu bodoh juga BESAR dosanya..APAKAH TIDAK KAFIR ORANG YANG MENGUNGKAPKAN PERKATAAN ITU?
WALLAHUALAM
Januari 15, 2011 pada 5:25 pm
Sulaiman Yusof.
Saudara Anti Shiah. Jangan lah membenci Shiah seteruk itu. Apa yang saya tau, di Iran Shiahnya bukan Shiah Rafidhah tetapi Jaafari, malah Shiah Iran,Iraq dan Shiah2 Jaafari pun tidak mengaku Rafidhah ini sebagi betul. Anda telah membuat fitnah yang besar.Saya cuba untuk mengenali Shiah secara ilmiah dan adil, saya belum berjumpa lagi yang mengatakan Shiah Jaafari berkeyakinan bahawa wahyu itu sepatutnya ditujukankpd Ali bukan kpd Muhammad.Ini satu fitnah lagi.Saya tidak tahu buku rujukan mana yang anda teliti, jika pengarang buku2 itu dari kalangan pembenci Syiah semestinya itulah yang anda dapat. Ini tidak adil. Bolehkah kita menuduh jika katalah di sekitar kediaman kita ada sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga. Kita tidak pernah bertegur sapa dan mendampingi mereka tetapi kita selalu mendengar hiruk pikuk dalam rumah itu, atau bunyi2 pergaduhan, lantas kita beritahu orang bahawa penghuni rumah itu selalu bergaduh, rumahtangga bergolak dan berbagai2 lagi cerita. Munkin yang anda dengar itu adalah suara dari tanyangan TV/Radio atau pun mereka berlatih berlakun.Lansung anda prejudis dan terus prejudis. Adil kah itu? Dalam mencari kebenaran dan pengukuhan Tauhid dan akidah kita janganlah hendak nya berburuk sangka tanpa bukti yang qati’. Membenci secara semborono pun dilarang oleh Allah walaupun kepada orang kafir kerana mereka makhluk Allah juga. Kitab2 dari ulamak2 Muqtabar ASWJ yang terdauhulu pun tidak menolak Shiah Jaafari, malah hentaman ini kian membiaj apabila ada fahamana baru yang di pelupuri oleh Wahabi.
Januari 4, 2013 pada 12:33 am
Baina
ini bukan masalah nama rafidah atau jaafariyah atau alawiyat. yg penting kita mesti benci dan sedar bahaya mereka yg mengkafirkan sahabat dan menghalalkan darah sunni, halal harta benda sunni. kekejaman syiah di syria bukti sgt bahaya kerana dendam kesumat terhadap sunni.
bukan kerana namanya, tp kerana ajarannya.
Jun 4, 2008 pada 2:52 pm
Chekgu Yeop
Salam….
Sekarang kita bertarung dengan banyak kesesatan. Antaranya Syiah yang didukung oleh Zaini et al. dan Faisal Tehrani…
Sekarang kita akan masuk gelanggang lawan habis-habisan syiah..Orang seni yang kurang faham agama kena tutup mulut..kerja anda berseni. Jangan lupa untuk kita melawan sekularisme dan banyak lagi ideologi sesat lain..Perlawanan serampang 10 mata…Serangan pertama kita adalah Faisal Tehrani!
Jun 7, 2008 pada 12:30 pm
kaki gunung jerai
Salam Ustaz
Apa komen ustaz bila ada yang kata kami bukannya syiah sangat, kami cuma kagum apa yang ada di iran, budaya ibadah rakyatnya, kezuhudan presidennya hinggalah kepada kebersihan negaranya.
Mungkin yg pernah ke sana dapat merasai perasaan kagum itu, dari jauh kita boleh lihat mahmud ahmadinejad perlu dikagumi.
Pernah berjumpa golongan seperti ini yg cari sendiri syiah setelah dengar cerita hebat dari iran.
Cuma satu kalau boleh ustaz jelaskan apa yang baik dari unsur syiah itu yang mungkin boleh dicontohi bukan dimani.
Jun 8, 2008 pada 6:12 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Kebenaran jelas,
Ada. Syiah yang tak sesat ialah Syiah yang ajarannya diterima ulama Sunnah sebagai khilaf yang tidak memasuki ruang akidah. Ada, tetapi adakah itu yang dibawa kepada kita di Malaysia? Jawabannya tidak. Selagi sahabat dihina, selagi itulah kesesatan menghancurkan akidah Syiah.
pembebel,
Mereka bertongkat pada kekuatan demi ‘justify’ akidah sesat mereka. Apa nak dikato..
farish,
Seperti kata arwenmh, kasihanilah diri sendiri.. kasihan anda tak membawa ke syurga apa-apa..
Mamak Penang,
Jangan panjang sangat komen tu. Nanti orang kerat – kerat bila baca. Rugi la.. 🙂 Terima kasih kerana membenci UMNO. UMNO untuk dibenci di jalan Allah.
anti syiah, chekgu yeop
Terima kasih atas komentar tambahan.. dan jangan lupa lawan UMNO selalu.
Faisal Tehrani galak sangat membaca sampai lupa baca Al Quran untuk menjadikan hatinya lebih takut. Doakan dia dapat berpatah balik dengan berani.. Siapa dapat membantunya. Betulkah dia belum kahwin? Atau saya tersilap maklumat..
kaki gunung jerai,
kagum itu biasalah. Kelebihan orang jangan disembunyikan. Dalam mengkagumi jihad sami di Burma dan Tibet, jangan lupa mereka itu kafir. Begitulah Syiah..
Saya akan tulis sedikit lagi, insya Allah.
Jun 9, 2008 pada 6:32 pm
IAT
tak sangka dalam parti seperti PAS yang berteraskan islam pun boleh kata syiah sesat. disaat ini kita sepatutnya bicara soal penyatuan bukan anasiryang boleh memecahbelahkan kita. di dlam dunia syiah sekarang ini sya tak pernah dengar ulama mereka meniupkan api perpecahan antara sunni dan syiah. tak sangka seorang tokoh dari parti PAS boleh keluarkan kenyataan yang sya kira dangkal. saya minta ustaz nik abduh bawakan bukti perbahasan di dalam kitab syiah yang mentakdiskan para imam secara berlebihan.
kepada anti syiah saya cabar sdra bawakan bukti dari kitab syiah mengatakan Allah itu bodoh kerana tidak melantik ali as itu nabi. jika tidak saudara saya anggap sebagai seorang yang menyebarkan fitnah dan sya tuntut dia akhirat kelak.
saya juga mencabar pihak PAS untuk menjemput ULAMA syiah (Ayatullah) bagi memberi penjelasan tentang mazhab mereka. tidak adil sekiranya kita melihat sesuatu mazhab dengan kaca mata ASWJ, kitab ASWJ dan komentar ulama ASWJ, kita perlu lihat dari kitab dan ulama syiah jika kita ingin mengenali mazhab syiah. beri peluang kepada syiah menerangkan ajaran mereka. tidakkah PAS juga menuntut ruang seluaskan bagi menerangkan agendanya ? jangan double standard dan menghukum tanpa mendengar penjelasan dari ahlinya. tidakkah itu yang di perjuangkan PAS selama ini?
isu ISA, PAS kehadapan dalam memperjuangkan hak mereka yang di tahan di bawah ISA hanya kerana tahanan ISA tidak di beri peluang membela diri. selama sya hidup di bumi malaysia ini belum pernah lagi sya di pertontonkan secara life seorang ulama syiah memberi penjelasan tentang ajaran mereka. Mengapa begitu? adilkah kita bila menuduh mereka (syiah) sesat (seperti tulisan ustaz) dan tuduhan itu keluar dari pelbagai media sedangkan dalam masa yang sama rakyat atau masyarakat islam TIDAK PERNAH di beri peluang untuk mendengar penjelasan dari ulama syiah di dalam media. hatta buku-buku mereka juga di kekang dari sampai kepada masyarakat.
syiah di fatwa sesat tanpa masyarakat mendengar penjelasan dari mereka. sedangkan pengikut mazhab mereka ada di seluruh pelusuk dunia.
hizbullah satu gerakan yang membenam MUSUH UTAMA islam dan MENYELAMATKAN MARUAH ISLAM iaitu zionist israel itu siapa ? siapa pemimpin hizbullah? tidakkah mereka itu syiah? gerakan hizbullah hanya di tubuhkan selama 23 tahun sudah mampu menggoncang musuh islam dan menguasai Lebanon (Punyai kuasa veto) walaupun mereka tak punya kerusi majoriti di lubnan. nah lihat bandingkan dengan gerakan lain versi sunni, tak payah pergi jauh PAS sendiri sudah hampir 50 tahun penubuhannya, hanya menang ketika musuh melakukan kesilapan atau berada dalam keadaaan lemah. Ideologinya masih belum dapat diterima oleh masyarakat seluruhnya. orang melayu khususnya ,asih percayakan UMNO (hanya 2% sahaja undi melayu memihak pembangkang) apa sudah jadi, PAS tidak KUAT dengan ideologinya. PRU 12 orang cina dan india marah kepada kerajaan bukan sokong kerana IDEOLOGI PAS. Bandingkan dengan Hizbullah yang mendapat sokongan hatta dari bukan islam di lubnan kerana jasa dan kaedah gerakan mereka.
syiah tidak berbicara tentang CINTA BUTA tetapi fakta yang berada dalam catatan hatta kitab ASWJ. PELIKNYA dalam ASWJ fakta-fakta tesebut disorokan malah tak pernah di ajar dan di bahaskan dalam pengajian kita. cuba tanya rakyat malaysia kita yang majoriti ASWJ sejauh mana mereka kenal akan ahlul Bait Rasul SAAW?
wassalam
Januari 15, 2011 pada 5:50 pm
Sulaiman Yusof.
Saya sokong cadangan anda diatas. Pemimpin PAS sepatutnya berlapang dada dan membanarkan satu wacana ilmu dengan berhujjah. Saya telah membaca buku “PENSHAWAR NIGHTS” dimana sekitar tahun 1345 Hijriah pada bulan Rejab dimana diadakan dialog terbuka dan disiarkan melalui siaran lansung radio dan akhbar Pakistan secara “verbetim” diantara ulamak terkemuka Syiah Sultan Al Waezeen Aqai Syed Mohammad Shirazee dengan beberapa ulamak terkemuka Sunni di Pakistan. Dialoq itu berjalan secara ilmiah dan tertib ilmu. Tidak menjadi masalah. Ulamak ASWJ boleh meminta hanya menggunakan pakai buku2 rujukan ulamak muktabar ASWJ dalam berhujjah seperti mana yang dilakukan dalam dialoq “PENSHAWAR NIGHTS” itu. Jangan terkejut jika ulamak Shiah seumpama Sultan Al Wazeen dapat berhujjah dan mengeluarkan kekeliaruan ulamak2 kita ASWJ. Demi kemurnian Islam..mengapa tidak. Kita sama sama mencari kebenaran yang hakiki demi Allah dan Muhammad. Saya suka membuat perbandingan diantara ulamak Shiah dan Ulamal ASWJ ini seperti ulama PAS dengan Ulamak UMNO. Ulamak PAS banyak juga kitab nya diatas meja malah ada yang dah kekuningan2 (kitab lama) tetapi ulamak UMNO hanya beberapa buah kitab yan diguna pakai masa di Universiti nak lulus pereksa je. Kalau nak check hadis pakai buku hadis yang sudah disaring semula. Itu pengamatan saya.
Jun 9, 2008 pada 10:31 pm
abu mujahid
Assalamualaikum
Kalau boleh Ustaz tengok-tengoklah sikit blog Faizal Tehrani
Kalau boleh minta buat diskusi dengan dia
Apamacam
Ana cukup risau dari komen-komen dalam blog dia yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan fahaman syiah ni
pasal kadang-kadang dia guna pendekatan Ilmiah
Jun 10, 2008 pada 11:12 am
IAT
chek gu yeop. chek gu yeop. hebat anda nak lawan habis habisan anasir sesat antaranya sekularisme TAPI dlam masa yang sama anda mengangkat seorang pemimpin yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan amerika dan zionist dan pernah keluar dalam juruselam post dgn di beri pujian dan dikatakan sebagai bakal perdana menteri malaysia. pemimpin tersebut juga rpat bebenor dengan pelaksana agenda bush. takkan lupa dengan surah al mujadalah ayat 22.
“tiada kamu dapati KAUM yang beriman kepada Allah dan hari KEMUDIAN BERKASIH SAYANG dengan orang yang melawan Allah dan Rasulnya, biarpun orang itu BAPAK mereka, ANAK, SAUDARA ataupun KAUM KELUARGA mereka sendiri. itlah orang2 yang di tuliskan Allah keimanan dalam hati mereka ……”
hanyut pula dengan cadangan beliau hatta preident sendiri mengalu-alukan LOMPAT parti. KORUPSI MORAL. kalau berani letak jawatan dan bertanding semula atas parti baru bukan LOMPAT dan ,mengkhiati rakyat yang memilih. Ooo kalau kita nak menang maka itu di halalkan. begitu ke caranya. anda masih ingat semasa pru11 yang lepas apabila kedudukan kelantan bagaikan di hjung tanduk? nah katalah masa tu ADUN dari parti PAS lompat masuk UMNO… apa RASA KITA? saya yakin ADUN yang lompat parti tu akan di kecam habis-habisan dan UMNO akn di label sebagai TIDAK BERMORAL. SEKARANG bila kita di ambang kemenangan maka maka kita nak halalkan perkara itu? beginikah cara POLITIK ISLAM?
Ustaz, minta jagan samakan pejuang jihad di tibet dengan SYIAH. cubalah dengar ucapan president Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad, ucapan tauhid yang di lontarkan untuk rakyat iran agar terus tegar menentang musuh utama ISLAM iaitu Amerika dan zionist. nah kaum syiah di iran dan lubnan clear dengan siapa musuh mereka yang sebenar, di iran mana ada duta amerika, mereka tidak ada menjalinkan hubungan politik dengan musuh-musuh islam sesuai dengan perintah Allah dalam surah al mujadalah.
sya juga tidak pernah lupa dgn ucapan Tg Nik Aziz semasa beliau mengupas surah Muhammad ayat 38 pada 2 baris terakhir siap dengan hadis sekali. bagaimana ustaz nik abduh boleh mengatakan kaum salman al farisi itu SESAT sedangkan kenyataan ustaz bertentangan dengan tafsir AL QURAN surah muhammad ayat 38? apakah mereka kaum yang sesat apabila dalam surah muhammad 38, dua baris terakhir yang membawa maksud “Kalau kamu membelakangi (tiada mempedulikan), Dia (Allah) akan menukar kamu dgn kaum yang lain, kemudian mereka tiada serupa kamu”
SESATKAH mereka itu?
wassalam
Jun 10, 2008 pada 3:37 pm
globalmalau
saya tidak suka mengatakan syiah itu sesat…sama juga dimana mana…Islam tu penting…walaupun syiah(gelaran dicipta yahudi untuk memcahbelahkan sokongan khalifah Ali)
semuanya sama…yang nak laga laga syiah dengan sunnah adalah yahudi…yang itu kena paham
tahukah anda maseh ada ramai lagi diIran keturunan rasullullah…
Januari 4, 2013 pada 12:41 am
Baina
kesian anda…. syiah bunuh umat islam lebih ramai dari israel bunuh. kekejaman syiah jauh lebih teruk dr yahudi terhadap islam.
kalau pun syiah tk sesat tapi syiah amat jahat kejam zalim dan penjenayah kemanusiaan yg terang dan biadap. suka hatilah tk angap syiah sesat tp kekejaman syiah terhadap Islam sunni dipupuk oleh ajaran agama mereka, bukan politik semata2.
Jun 11, 2008 pada 3:57 am
ALI HAIDAR
Salam…
Menyesatkan Syi’ah adalah jelas merupakan agenda musuh-musuh Islam. Saya semacam tak percaya Ust Nik Abduh akan menyambutnya. Ust kan pernah belajar lama di luar negeri? Takkan belum cukup masanya untuk Ust lebih bersikap terbuka dalam isu mazhab? Kenapa Ust sanggup mengikut rentak puak-puak Wahabi yang tak akan tidur lena selagi belum menyesat dan mengkafirkan Syi’ah? Cuba Ust buat kajian peribadi tentang mazhab Ahlul Bait . Jangan berselindung di sebalik jubah dan serban Ust tu? Tirulah ayahanda Ust, seorang yang sentiasa berfikiran terbuka dalam isu mazhab. Ana prihatin dengan saranan-saranan IAT. Akhirnya, cuba Ust kaji, fikir dan jawab persoalan-persoalan berikut :
1- Dalam al-Quran, tak pernah disebut tentang AHLUS SUNNAH tetapi al-Quran berbicara dengan jelas sekali tentang AHLUL BAIT dalam surah al-Ahzab, ayat 33.
2- Tak ada dalil dalam al-Quran dan al-Hadis yang mewajibkan kita mengikut mazhab AHLUS SUNNAH tetapi dalam al-Quran ada dalil yang MEWAJIBKAN kita MENYINTAI AHLUL BAIT NABI (saw) iaitu surah asy-Syura, ayat 23. Menyintai tentulah tidak memadai melainkan perlu disertai dengan MENTA’ATI. Sebelum itu Allah (swt) memerintah supaya kita mencari satu jalan untuk menuju diriNYA iaitu dalam surah a-Furqan,ayat 57. Perbahasan tentang 2 ayat ini amat penting!!!
3- Hadis Tsaqalain yang menyebut tentang 2 wasiat peninggalan penting dari Rasulullah (saw) itu tidak pernah disebut nama AL-QURAN DAN AL-HADIS dalam semua kitab-kitab hadis Sunan Sittah termasuk Bukhari dan Muslim kecuali dalam kitab-kitab di luar Sunan Sittah tetapi dalam HADIS SAHIH MUSLIM menyebutkan dengan jelas sekali tentang KEWAJIBAN kita mengikuti AL-QURAN DAN AHLUL BAIT. Kenapa orang ‘alim seperti Ust cuba menyembunyikan KEBENARAN yang terang lagi bersuluh ini?
4- Dalam HADIS SAHIH BUKHARI DAN MUSLIM menyebut dengan jelas beberapa riwayat tentang IMAM 12 ORANG yang merujuk kepada diimani dan diyakini oleh mazhab AHLUL BAIT. Ust tak nampak lagi? Insaflah terhadap KEBENARAN yang begitu nyata ini!!!…ALI HAIDAR…
November 24, 2010 pada 2:00 pm
uzma kulaini
dah nam pun ali haidar sah2 la ko tu syiah,nasib bukan aki hadhari.kui3
Januari 4, 2013 pada 12:38 am
Baina
syiah bukan mazhab… syiah agama lain.. bukan aku ckp.. ulamak2 besar yg ckp.
sunni tk pernah pun hari2 memaki hamun firaun atau abu jahal… walaupun jelas mereka musuh Nabi saw. mereka tu dh mengadap Tuhan, buat apa buang masa mengutuk siang mlm…….mcm yg syiah kutuk sahabat2 rdh siang malam.
memang satu ajaran yg dungu dan berniat jahat kalau sentiasa mengutuk sahabat2 rdh yg telah meninggal dunia kalaupun mereka bersalah.tujuan mengutuk sahabat rdh yg telah tiada itu ialah supaya membenci sama org yg memuji menyanjung mereka iaitu umat Islam sendiri. so kebencian terhadap sahabat itu disalur dgn membunuh menyiksa umat Islam.
nampak tak halusnya kerja iblis dan dajjal yg menganjur syiah ini?
Jun 12, 2008 pada 8:46 am
msrizal
Syabas Ustaz.
Artikel ini benar-benar telah memukul gendang hakikat kebenaran.
Cacing Syiah mula kepanasan.
Apabila JAKIM telah mengharamkan Syiah, maka PAS lah tempat mereka berlindung.
PAS perlu dibersihkan daripada SYiah Imammiyah.
Tajdid.
Januari 4, 2013 pada 12:45 am
Baina
mat sabu mesti dipulihkan dr terus menyanjung khomeini dan hezbossyaitan.
tergamak dia melawat kerajaan syria yg berlumuran darah umat islam itu sedangkan Ketua Ulamak Sham sedang dtg ke Malaysia menerangkan kekejaman binatang Bashar dan syiah2nya.
mat sabu jgn rosakkan PAS. jgn tahu politk aje, mengkajilah bab syiah sama. jgn kerana anda PAS dibelasah umno. dengarlah ckp ulamak2 kita, jgn degil la mat sabu.
Jun 12, 2008 pada 11:03 am
Karung
Salam,
Janganlah mudah bagi kita menyesatkan muslim yang lain sebelum kita selami akidah mereka dan membuat kajian tentang ajaran mereka,itu tidak adil namanya…seperti menuduh seseorng itu mencuri tapi tidak mendatangkan saksi.
Sebagai orng yang pernah menetap selama lebih 3 thn di Tehran atas urusan pekerjaan dibwh bumbung syarikat multinasionl baru saya lihat satu kekuatan pada bangsa Parsi ini selain tamadun yang lebih2 awal drpd kita atau agama mereka
Bila orang kata di Iran tiada Masjid sunni atau sunni di tindas sila bawa bukti kerana sepanjang di sana saya bebas untuk solat di Masjid2 sunni tiada gangguan,Ilmu agama hidup subur baik syiah mahupun sunninya tapi oleh kerana majority penduduk syiah maka syiah lah yang timbul,jika nak lihat solah subuh berjamaah dan solah waktu yang lain macam tengok bolasepak di UK antara MU dan Liverpool datangla ke Iran lebih2 lagi di kota Ilmu Qumm oiiii ramainya…kalah drpd di saudi
Bila kita lihat isu umat islam antarabangsa kaum ini la yang paling kedepan berbanding bangsa Arab sendiri lihat la sendiri di Lebanon dan Palestine sokongan moral,persenjataan dan kewangan tidak ternilai banyaknya sehingga Hizbullah dapat kuasa veto walau tiada majority di parlimen…Hamas pula lupakah kita peristiwa kepungan Israel pada awal tahun ni sehingga warga palestine dibunuh oleh tentera mesir hanya kerana menyeberangi sempadan utk membeli makanan….Iran shaja sandaran mereka,umat islam lain hampeh lagi2 OIC cuma jadi penonton
Selain kekuatan ketenteraan Iran yg paling ana kagum ialah mereka membangunkan negara mereka tanpa duit asing…ternyata mereka kaya lebih kaya drpd malaysia dan singapore…kalau tak Iran beli kereta Proton buat taksi,lama dah Proton tu masuk karung…Polis peronda dia bawak Merz E320…tapi Presiden dia naik peugeot 70an aje dan sering menyapu sampah pada malam hari di bandaraya Tehran
Ni la sedikit komen tentang Iran yang hukum hudud ditegakkan di sana dpd pengalaman sendiri dan jangan saja kita mudah menghina bangsa yang tercatat izzah mereka dlm Al Quran dan hadith tanpa usul periksa
Allahu a’lam
Jun 12, 2008 pada 11:16 am
IAT
msrizal…, apakah JAKIM itu kayu ukur kebenaran? dan dalam waktu yang sama PAS juga acapkali bertelagah dengan JAKIM sendiri.
hakikat kebenaran? jawab dulu persoalan di atas yang di kemukakan oleh ali haidar dan argumentasi dari IAT. baru boleh cerita HAKIKAT KEBENARAN.
persoalan paling BESAR yang perlu dijawab IALAH KENYATAAN DI BAWAH:
(“sya juga tidak pernah lupa dgn ucapan TG NIK AZIZ semasa beliau mengupas surah Muhammad ayat 38 pada 2 baris terakhir siap dengan hadis sekali. bagaimana ustaz nik abduh boleh mengatakan kaum salman al farisi itu SESAT sedangkan kenyataan ustaz bertentangan dengan tafsir AL QURAN surah muhammad ayat 38? apakah mereka kaum yang sesat apabila dalam surah muhammad 38, dua baris terakhir yang membawa maksud “Kalau kamu membelakangi (tiada mempedulikan), Dia (Allah) akan menukar kamu dgn kaum yang lain, kemudian mereka tiada serupa kamu”)
Jun 12, 2008 pada 3:16 pm
ALI HAIDAR
Salam..
Sdr msrizal amat keliru dalam meletakkan kayu ukur kebenaran. JAKIM pun anta sanggup jadikan sebagai penentu kebenaran? Sebahagian orang PAS memang oportunis. Yang mana boleh dia ambil untuk kepentingannya, dia akan bedal aje. Tapi bila tiba masa dia bedal Islam ala BN, dia akan hentam habis-habisan terutama JAKIM. Hello kawan! Anta belajar kat mana kaedah ni semua? Kami pengikut mazhab AHLUL BAIT tak perlukan sama sekali PAS sebagai tempat bergantung. Cara berpolitik kami bukan macam politik PAS yang sempit tu. Politik kami adalah cara berpolitik HIZBULLAH di Lebanon, Imam Khomeini di Iran. Sebab tu, dalam sejarah dunia, hanya GERAKAN SYIAH sahaja yang MAMPU MENGALAHKAN ZIONIS ISRAEL di Lebanon dan USA di Iran. Anta wajib kaji semua ini. Cari rahsianya. Jangan fanatik! ALI HAIDAR…
Jun 12, 2008 pada 3:42 pm
globalmalau
Dari dulu lagi sampai sekarang maseh ada lagi umat yang mencari kebenaran…tetapi kebenaran yang dicari tidak dapat mengawal diri untuk islam…asyik asyik Team dia saja yang bagus…sebenarnya kita nie khalifah dimukabumi ini…untuk melawan jin syaithan iblis yang ndak menghancurkan diri…bukan kita melawan sesamalah islam bang oooi…lawan iblis dihati tu…Yang itu telah menjadi raja sekian lama…Dia sudah lama bertapak di istana Khonggo IHrab sebab kita gagal melawannya kita terpesong dengan sendirinya…rasanya tok ketua perlu prepare yang ini dulu…lawan yang ada dalam hati barulah boleh berjaya zahirnya…kata orang tua tua…Allah dihadapan
Jun 12, 2008 pada 5:03 pm
Jerang
Salam,
Hairan…hairan orang selalu berkata kembali kepada Al Quran…kembali kepada Al Quran tapi bila dah ikut Al Quran dituduh sesat pulak..!!!!
Umat Islam sepatut nya berfikiran terbuka dan matang bukan main sondol aje…bertaddaburlah dgn Al Quran…kan ada hadith “Berfikir sejenak lebih baik daripada beramal seribu tahun”
Syiah jugakan bertuhan kan Allah,bernabikan Muhammad saaw, cuma ada lebih sikit iatu berimam dgn Ahlul Bait nabi….seperti terdapat dlm Q:S ma’idah 12
Allahu a’lam
Jun 12, 2008 pada 11:43 pm
Umar Khattab
Assalamualaikum
syiah mengkafirkan sahabat r.anhum, kecuali 4 orang sahabat.selain dari 4 orang ni semua dia kata kapir. seorang ulama syiah mengatakan semua penduduk mekah dan madinah telah menjadi murtad selepas kewafatan nabi s,a,w kerana menerima saidina abu bakr r.anhu sebagai khalifah kecuali 4 orang sahabat (Ali, abu zar,salman al farisi dan sorang lagi aku dah lupa.)
syiah tak pakai kitab hadis sahih bukhari, muslim, dan kitab sunan sittah dan etc. sebab hadis2 yang ada dalam kitab tu diriwayatkan dari orang2 yang dah kapir..kata mereka. mereka berpegang kepada hadis2 rekaan yang dibuat oleh 12 orang imam keturunan saidina Ali r.anhu) yang mereka anggap semuanya maksum. inilah pegangan aqidah syiah rafidhah di iran.
mereka juga punya rukun iman dan rukun islam, tapi ianya berbeza dari apa yang kita yakini.
Syiah adalah agama palsu yang dianuti oleh jutaan manusia pada hari ini. Di era modern ini, dimana internet menjadi medium yang pantas untuk menyebarkan isme2, maka syiah menggunakan sepenuhnya-penuhnya kesempatan ini.
Sesungguhnya Kerjaan Parsi yang dilenyapkan oleh Umar alkhattab menjadi satu dendam yang amat membara dijiwa pembesar2 Parsi pada waktu itu. Dan hari ini dendam itu masih berseri dijiwa penganut syiah di Iran. Hari ini di Iran tarikh terbunuhnya saidina Umar Alkhattab di tangan seorang majusi Abu lu’luah diingati dengan perayaan melawati tugu Abu lu;luah yang dibina seperti sebuah taman yang agong untuk mengingati perwira mereka yang telah berjaya membunuh seorang sahabat nabi s.a.w yang kita kasihi.
Dari itu ..Awasilah diri kita, keluarga dan sanak saudara kita dari terpengaruh dengan ajaran syiah yang penuh dengan emosi dan air mata.
berlindunglah dengan Allah dari fitnah syiah.
wassalam
Jun 13, 2008 pada 3:40 pm
IAT
EnUmar Khattab, pertama sekali sya mengucapkan TERIMA KASIH kerana menguatkan lagi hujjah syiah bahawa syiah menjadikan ahlul bait sebagai panutan dalam beragama. Dalam seronok berhujjah membantai syiah saudara sendiri telah MENGESAHKAN dakwaan syiah bahawa mereka mengikuti, mentaati dan mencintai ahlul bait. Di bawah aalah petikan kenyataan sdra :
“syiah tak pakai kitab hadis sahih bukhari, muslim, dan kitab sunan sittah dan etc. sebab hadis2 yang ada dalam kitab tu diriwayatkan dari orang2 yang dah kapir..kata mereka. mereka berpegang kepada hadis2 rekaan yang dibuat oleh 12 orang imam keturunan saidina Ali r.anhu) yang mereka anggap semuanya maksum. inilah pegangan aqidah syiah rafidhah di iran”
Tidakkah Imam Ali as dan keturunannya itu adalah AHLUL BAIT Rasulullah SAAW?
Benar syiah tidak berpegang dengan kitab shahih bukhari dan muslim tetapi menjadikan kitab ini sebagai hujjah balas kepada mereka yang beriman dan berpegang kepada kitab shahihain ini. PERTAMA sekali syiah tidak berpegang dengan kitab ini kerana adanya dalil yang jelas dari sumber al quran dan al hadith yamg mewajibkan kita supaya berpegang kepada al quran dan ahlul bait.
Sila rujuk kitab Rhiadus Shalihin MS 299,300 & 301, jilid satu, hadith dari yazid bin hayyan diriwayatkan oleh muslim. (Rasul SAAW tinggalkan 2 perkara berat) sila rujuk.
Sumber al quran sila rujuk surah al maidah 67, al imam al wahidi dalam kitabnya asbabun nuzul, bahawa abu said al khudri berkata : bahawa ayat ini turun pada hari ghadir khum berkenaan khutbah Rasul SAAW berkenaan Ali as juga di riwayatkan oleh ats tsa’labi dalam tafsirnya dengan dua sanad. Dan di riwayat juga oleh al hamwini asy syafiin dalam kitabnya al faraid dengan beberapa sanad dari abu hurairah secara marfu. Abu nuaim dalam kitabnya Nuzulul Quran dgn 2 sanad , dari abu Rafi dan al A;masy dar attiyah.
Lagi dari sumber al quran tentang ahlul bait sebagai wali : surah al maidah 55-56. an nasai menyebut melalui riwayat dari abdullah bin salam bahawa ayat ini turun pada peristiwa Ali as yang rukuk sambil bersedekah.. al qausyaji dalam kitabnya sharhut tajrid membahaskan ayat ini turun berkenaan peristiwa Ali as yang rukuk sambil bersedekah. Tsa’labi dalam tafsirnya al kabir juga membahas perkara yang sama iaitu :
“SESUNGGUHNYA PEMIMPIN (WALI) KAMU HANYALAH ALLAH DAN RASULNYA. SERTA ORANG2 BERIMAN YANG MENDIRIKAN SHOLAT DAN MENUNAIKAN ZAKAT KETIKA RUKUK, DAN BARANG SIAPA YANG MENJADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN ORANG BERIMAN SEBAGAI PEMIMPINNYA, MAKA SESUNGGUHYA PENGIKUT( HIZB) ALLAH ITULAH YANG PASTI MENANG”
Apapun En Umar Khatab sila jawab kenyataan ini di bawah ini :
(”sya juga tidak pernah lupa dgn ucapan TG NIK AZIZ semasa beliau mengupas surah Muhammad ayat 38 pada 2 baris terakhir siap dengan hadis sekali. bagaimana ustaz nik abduh boleh mengatakan kaum salman al farisi itu SESAT sedangkan kenyataan ustaz bertentangan dengan tafsir AL QURAN surah muhammad ayat 38? apakah mereka kaum yang sesat apabila dalam surah muhammad 38, dua baris terakhir yang membawa maksud “Kalau kamu membelakangi (tiada mempedulikan), Dia (Allah) akan menukar kamu dgn kaum yang lain, kemudian mereka tiada serupa kamu”)
atau sdra ingin saya bawa bukti dari kitab tafsir sdra sendiri berhubung ayat ini (surah Muhammad 38)
Jun 13, 2008 pada 11:09 pm
Xx-Dervish-xX
assalamualaikum kepada semua. Dalam mencari KEBENARAN inginlah saya mendapatkan kepastian tentang persoalan dibawah:
adakah ini semua tokoh dan sumber rujukan yg dikatakan syiah? Ya@tidak…
-Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub
Al-Kulaini
-Husain bin Muhammad
At-Taqi An-Nuri Ath-Thabrisi
-Khomeini
>Ikhtiyar Ma’rifatir Rijal
>Al-Kaafi
>Biharul Anwar
adakah dibenarkan Mutaah?
Alakah baiknya jika saya memperolehi jawapan kepada persoalan diatas daripada saudara sekalian demi mencari kebenaran……
Jun 13, 2008 pada 11:58 pm
daulah khilafah
salam kpd semua p’baca.. di ingatkn kpd semua bahawa dgn adanya daulah khilafah akan tertegak nya sistem islam… sekarang.. pas @ umno atau mne2 parti tdk menerapkn sistem islam.. whi pas.. bkn kah kamu sdh mndpt kerusi di parlimen??. ttp mngapakah masih ada sisitem kafir..
dn parlimen.. mcm neraka… tmpt org menggubal undg2 dgn tangan yg hina lg mnjijikkn .. iu semua sistem kafir.. mahkamah syariah.. betapa besarnya dosa yg menggubal hukuman dan x ikut hukuman yg allah berikn.. whi rakyat semua!! negara kte bkn negara islam!! tp hakikatnya negara kafir!! wlupun agama rasmi ialah islam.. namun.. itu adlh taktik kafir utk menutup pndgn umat islam bahawa islam blh di pijak2 laksan taik merata2.. betapa hina nya islam skrg di pndgn org kafir.. mereka tersenyum puas melihat malaysia ada undg2 kafir.. tok2 alim pon dungu semcm ttg islam.. x terapkn islam.. mreka semua tergelak2 melihat org islam sndri minum arak.. haha.. kafir sgt puas!!
dn apa kh cara utk m’elesaikn semua ini???!!
DGN TERTEGAK NYA DAULAH KHILAFAH!!! SEMUA PASTI DPT DISELESAIKN!!
ayuh sama2lh kte menegkkn hukum allah serta ajaran sebnr2 nya!…
sila layari..
http://www.mykhilafah.com
Jun 14, 2008 pada 12:41 am
Umar Khattab
Sebagaimana saya telah menguatkan hujjah syiah dengan pegangan ahlul baitnya. begitu juga en IAT juga telah mengakui bahawa syiah telah menolak semua hadis dari shabat2 r.anhum kerana kemurtadan mereka (kata syiah),kecuali hadis 2 sahihain dan sebagainya digunakan untuk memerangkap,mengelirukan dan merosakkan fahaman ahli sunnah wal jamaah bukannya digunakan sebagai panduan aqidah dan syariah
sebagaimana golongan ahlussunah waljammah.
Syiah menjadikan cerita dongeng sebagai sumber aqidah mereka
Ali mengendarai awan
Al Majlisi menyebutkan dalam riwayat kisah yang panjang: bahwa Ali mengisyaratkan tangannya pada dua awan, tiba-tiba kedua awan tersebut berubah menjadi seperti karpet, Ali menaiki sebuah awan sendirian, sementara beberapa sahabatnya seperti Salman dan Miqdad –seperti disebutkan dalam riwayat-menaiki karpet satu lagi. Ali mengatakan sambil duduk di awan: Aku adalah mata Allah di bumi, aku adalah lidah Allah yang berbicara pada makhlukNya, Aku adalah cahaya Allah yang tidak pernah padam, aku adalah pintu menuju Allah, dan hujjahNya atas seluruh makhlukNya [Biharul Anwar, jilid 34 hal 27]
Mukjizat Para Imam Syi’ah
Para Imam konon memiliki mukjizat yang banyak, tapi sayangnya mukjizat itu hanya untuk dipertontonkan, tidak pernah digunakan melawan musuh,
Kitab-kitab syi’ah memuat ratusan riwayat yang menyatakan bahwa para imam memiliki kekuatan luar biasa [baca mu’jizat], sehinggakan dinyatakan bahwa seluruh alam semesta tunduk pada para imam.
Kepada saudara Xx-Dervish-xX dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat dengan lebih jelas lagi tentang kesesatan syiah ini….sila lawati
http://www.hakekat.com/
http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/pemurnian_aqidah.htm
Dari itu ..Awasilah diri kita, keluarga dan sanak saudara kita dari terpengaruh dengan ajaran syiah yang penuh dengan emosi dan air mata.
berlindunglah dengan Allah dari fitnah syiah.
Jun 14, 2008 pada 1:47 am
Faisal Tehrani
“Faisal Tehrani galak sangat membaca sampai lupa baca Al Quran untuk menjadikan hatinya lebih takut. Doakan dia dapat berpatah balik dengan berani.. Siapa dapat membantunya. Betulkah dia belum kahwin? Atau saya tersilap maklumat..”
Salam Ustaz yang ana hormati
Lama ana memikirkan apa yang harus ana tulis untuk ‘membersihkan’ nama ana dari ‘ayat berat’ ustaz di atas, termasuk ‘jarum prasangka’ yang ustaz suntik. Ana harap ustaz tak berniat busuk. Masakanlah begitu, ustazkan dibesarkan dalam lingkungan pondok dan anak kepada mursyidul am saya juga. Lama ana berfikir nak menjawab. Ibu ana (muslimat veteran PAS) meninjau dari belakang dan berkata, “Tak apalah bapa dia pun tok guru. Akhlak ustaz ni sangat mulia dan luhur sekali. Tambah-tambah ketika dia buat kenyataan begini kau di tanah suci.”
Ana akui kata ibu ana tersebut, ana ingin ucapkan terima kasih ustaz. Itu sahajalah agaknya. Doa ustaz ana hargai.
Wassalam.
Jun 14, 2008 pada 11:13 pm
Umar Khattab
Orang Muslim beriman terdiri dari semua mazhab yang 4, termasuk salafi/wahabi kepada kewajiban mencintai sahabat-sahabat Rasullullah saw., keluarga beliau, keutamaan mereka atas kaum Mukminin dan kaum Muslimin yang lain, dan bahwa ketinggian derajat mereka ditentukan oleh siapa di antara mereka yang paling dahulu masuk Islam.
Sahabat-sahabat Rasulullah saw. yang paling utama ialah para khulafaur rasyidin, yaitu Abu Bakar, Umar bin Khatthab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib. Kemudian disusul sepuluh orang yang dijamin masuk surga, yaitu keempat khulafaur rasyidin, Thalhah bin Ubaidillah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqash, Sa’id bin Zaid, Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarrah, Abdurrahman bin Auf. Disusul para sahabat yang ikut perang Badar, kemudian disusul orang-orang yang dijamin masuk surga selain sepuluh orang di atas, misalnya Fathimah Az-Zahra’, Hasan bin Ali, Husain bin Ali, Tsabit bin Qais, Bilal bin Rabah, dan lain sebagainya. Kemudian disusul para sahabat yang ikut menghadiri Baiat Ar-Ridwan yang berjumlah seribu empat ratus sahabat Radhiyallahu Anhum.
Beriman kepada keutamaan mereka atas kaum Mukminin, dan kaum Muslimin yang lain, karena firman Allah Ta’ala dalam pujian kepada mereka, “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Tentang sifat mereka, Allah Ta’ala berfirman, “Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al-Fath: 29).
Sebenarnya banyak lagi firman2 Allah s.w.t didalam AlQuran yang mulia yang menunjukkan keredhaan Allah terhadap sahabat2 r.anhum.
antara Hadis2 sahih yang menjelaskan keutamaan mencintai sahabat r.anhum………
Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kalian mencaci-maki sahabat-sahabatku, karena jika salah seorang dari kalian berinfak dengan emas sebesar gunung Uhud, maka infaknya tersebut tidak mencapai satu mud (6 ons) mereka atau setengahnya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dan Abu Daud).
Berpendapat bahwa Abu Bakar adalah sahabat Rasulullah saw. yang paling mulia dibandingkan sahabat-sahabat lainnya, kemudian disusul Umar bin Khatthab, kemudian Utsman bin Affan, kemudian Ali bin Abi Thalib, karena dalil-dalil berikut:
Sabda Rasulullah saw., “Jika aku mengambil kekasih dari umatku, aku pasti mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, namun ia adalah saudaraku, dan sahabatku.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang terbaik umat ini setelah nabinya ialah Abu Bakar, kemudian Umar bin Khaththab. Jika aku mau, aku sebutkan orang ketiga yaitu Utsman bin Affan.” (Diriwayatkan Al-Bukhari
“cukuplah kamu menjelaskan kekufuranmu dengan membenci golongan yang termulia dalam agama kami ,apatah lagi dengan menyatakan bahawa mereka telah murtad sewaktu rasulullah wafat …Nauzubillahiminzaalik…(sahabat r.anhum).Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami..”
Jun 15, 2008 pada 2:25 am
stbd
Salam.
Terima kasih .. ya sheikh Umar.. atas penjelasan dan pembelaan atas dasar kebenaran…
Takut rasanya… bila baca comment sebelum ni terlalu ramai seperti berideologi Syiah…
Jun 16, 2008 pada 9:18 am
qisti zahra
Salam NMA dan Pencinta Kebenaran,
SIAPAKAH SYIAH?
Tiada bukti langsung FT syiah. FT pun takkan mengaku dia syiah. Sebabnya, dia memang bukan syiah. Saya yakin sepenuh-penuhnya, dia pun sedar diri dia siapa. Orang syiah pun takkan nak iktiraf FT sebagai syiah.
Dalam sebuah kitab tafsir Ahlis Sunnah, berjodol Ad-Durrul Manthur karya Imam Suyuti ada diterangkan siapakah syiah. Terjemahannya seperti berikut:
“Dari Ibni Asakir, dari Jabir Bin Abdullah ra berkata,’Kami sedang bersama Nabi saaw. Datanglah ‘Ali kw. Nabi pun bersabda,’Demi nyawaku di tanganNYA. Inilah dia [merujuk kepada Saiyidina ‘Ali kw] dan syiahnya. Merekalah orang-orang yang berjaya di hari Qiamat.’ Maka turunlah ayat,’Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka itulah sebaik-baik manusia [Surah Al-Baiyinah : Ayat 7].’ Dengan itu bila saja sahabat-sahabat Nabi saaw bertemu ‘Ali kw, mereka akan berkata,’Telah datang sebaik-baik manusia.'”
Perawi Hadis ni adalah Abdullah Bin Jabir ra. Tahukah anda siapa Abdullah Bin Jabir Bin An-Nukman? Beliau adalah ketua angkatan pemanah tentera Islam dalam peperangan Uhud. Beliau syahid di Bukit Uhud kerana mempertahankan dan istiqamah dengan perintah Nabi saaw agar jangan ditinggalkan Bukit Uhud biar apa pun terjadi. Bak kata orang Melayu,”Biar halilitar membelah bumi sekalipun, jangan sekali-kali kau tinggalkan Bukit Uhud.”
Perawi hadis ini mati syahid di bulan Syawwal di medan Uhud. Masa kita beraya sakan di bulan Syawwal, kita lupakan Abdullah Bin Jabir ra. Memang ustaz-ustaz kitapun tak pernah suruh kita ingat pengorbanan Syuhadak Uhud di bulan Syawwal. Mufti Perlis pun tak pernah ingatkan kita. Kita bergembira, sedangkan mereka menderita. Kita ketawa, sedangkan mereka menitiskan darah dan airmata.
Berasaskan Hadis di atas, syiah adalah pengikut sebaik-baik manusia selepas Nabi saaw. Oleh kerana mereka mengikut sebaik-baik manusia, Nabi saaw pun mengiktiraf mereka dalam golongan sebaik-baik manusia. Syiah adalah ahli syurga.
Takkan FT adalah sebaik-baik manusia? Dia yakinkan orang lain lain supaya mengikut perangai sebaik-baik manusia. Dari Nabi saaw, Nabi-nabi as, Ahlil Bait Nabi saaw dan syiah ‘Ali kw. Tapi dia bukan syiah.
Mustahillah FT seorang syiah. Sebab hebat sangat syiah tu kalau ikut Hadis di atas. Kalau ikut Hadis di atas, menjadi syiah semacam idaman setiap insan yang beriman.
Tapi kalau Nabi saaw di langit sana mendoakan demikian, untunglah FT. Sebab doa Nabi saaw, tiadalah siapa yang dapat menghalang doa itu dari sampai ke hadrat ILAHI lalu DIA memakbulkannya.
Salawat
Jun 16, 2008 pada 11:54 am
Hamizul AH (U-HAH)
Salam,
Sdr NANA, maafkan ana mungkin komentar ini agak lewat. Apa-apa pun, ana agak terkejut apabila membaca posting sdr mengenai syiah.
Jujurnya, dahulu ana begitu memusuhi syiah. Ana bahkan pernah mendengar, kononnya ada hadis yang menyatakan: Sesiapa yang membunuh orang sunni, masuk syurga!
Namun, kedewasaan sedikit tidak banyak mengajar ana erti keterbukaan. Tidak taksub dan taklid buta. Dunia yang semakin tidak bersempadan dengan kepelbagaian sumber ilmu dan maklumat ini, memungkin kita jadi lebih bijaksana.
Ana tidak bermaksud mengatakan kita semua silap, kerana ada pengunjung blog sdr yang begitu semberono mengentam syiah. Mungkin mereka jadi begitu lantaran suasana. Ya, kita adalah di mana kita. Sebab itu nabi menyeru kita memilih suasana yang baik, samalah pentingnya kita memilih kawan dan sahabat.
Ana tak bermaksud berdebat panjang, namun cukuplah kita meniupkan api mazhab di sini. Cukuplah kita bertelagah kerana Ali. Ana hanya mengharapkan perdamaian. Kita wajar meniru Faisal Tehrani yang lebih rasional dalam berhujah. Memberikan dapatan ilmiah…manakan kita dapat mereka-reka fakta, sudah namanya fakta. Ana suka pendekatan sedemikian, daripada segelintir kita yang bersifat ‘kebodohan’ kerana menghentam tanpa sandaran.
Cukuplah. Ini masanya kita berdamai. Ini masanya kita memastikan Islam duduk di tempat yang teratas. Bukan mazhab yang kita agung-agungkan.
Wallahua’lam.
Jun 16, 2008 pada 4:52 pm
IAT
En Umar Khatab ayat ni cam ner plak
“dan ketika merekamelihat perniagaan dan permainan. mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau (muhammad saaw) sedang berdiri (membaca khutbah). katakan : apa yang ada di sisi allah itu lebih baik dari permainan dan perniagaan. dan allah itu paling pandai memberi rezeki”
al jumaah 11
carilah dalam kitab tafsir kalu nak tau siapa yang lari meninggalkan nabi yang sedang berkhutbah.. dan tinggal hnya tinggal beberapa orang sja yang kekal mendengar. GENERASI siapa tu ?
surah at taubah ayat 100, jelas terdapat petunjuk iradah tasyr’iyah iaitu :
“orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka….”
terdapat syarat untuk mendapat ridha Allah iaitu “ikut mereka dengan baik” ayat ini menunjukan barang siapa yang tidak menepati syarat maka Allah tidak akan meridhai mereka.
baca jgn tak baca kat bawah ni :
Khalifah Umar al Khattab adalah perencana utama dalam cubaan membakar rumah Fatimah (sekalipun fatimah. hassan, hussein dan Ali berada di dalamnya), kerana memaksa Ali supaya memberi baiah kepada Syd Abu Bakar, umar berkata “aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar unruk memberi baiah kepad abu bakar” SILA RUJUK :Tarikh Al tabari Jilid III
Al Mustadrak as sohihien jilid III, Al muttaqi Al Hindi kanzul ummal jilid VII : sabda Baginda SAAW : “Sesungguhnya Allah marah dengan kemarahanmu Fatimah dan redha dengan keredhaan mu”
Ibnu Qutaibah, al imamah wa al siyasah Jilid I ; Khalifah Umar dan Abu Bakar adalah di antara orang yang di marahi oleh Fatmah dan beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya.
Ibn Al- Athir, Usd al ghabah jilid V, shahih al bukhari jilid VI dan Ibn abd al birr, al isti’ab jilid II : Fatimah berwasiat agar beliau di kebumikan di waktu malam dan tidak membenarkan seorangpun daripada mereka (Abu bakar dan umar) menyembahyangkan jenazahnya.
Erm…baiknya mereka sesudah ketiadaan Rasulullah SAAW.
semua rujukan berada di dalam kitab ASWJ rajin-rajin buat kajian
wassalam
Jun 16, 2008 pada 5:13 pm
IAT
en Umar, baca bebetul tulisan sya syiah tak pegang dengan 2 kitab shahih tersebut SEBAB :
“PERTAMA sekali syiah tidak berpegang dengan kitab ini kerana adanya dalil yang jelas dari sumber al quran dan al hadith yamg mewajibkan kita supaya berpegang kepada al quran dan ahlul bait.”
kenyataan di atas yg sya minta sdra bagi komentar. Bukhari dan Muslim bukan ahlul bait. dah jelas dalam al quran dan hadis kena IKUT AHLUL BAIT. ASWJ ikut ahlul bait ke? mana bukti dia? wahabi la yang paling bermasalah dalam bab ini. jadikan 2 kitab shahih itu sebagai rujukan bukan dalil yang qatei kebenaran. nah kat bawah ada satu hadis menarik dalam kitab shahih bukhari :
dari abu hurairah katanya : pada satu hari, malaikat maut di utus Allah kepada NABI MUSA as. ketika ia telah bertemu dengan musa lalu DITAMPARNYA malaikat maut itu dan buta matanya. malaikat kembali kepada tuhannyadan berkata : ” engkau kirimkan aku kepada seorang hamba yang TIDAK INGIN MATI “. kemudian Allah mengembalikan penglihatannya……(panjang lagi)”
shahih Bukhari jilid II, ms 86, hadis no 694
banyak lagi kalu nak di siarkan mcam2, kata NABI SAAW KENCING BERDIRI pun ada. bapa Nabi saaw dalam neraka pun ada. macam-macam.
dekat makam imam syafie tertera “sekiranya kalian mengatakan aku rafidhi kerana mencintai rasulullah dan ahlul baitnya, maka ketahuilah jin dan manusia bahawa aku adalah rafidhi.”
ish-ish imam syafie sendiri cakap dia rafidhi.
Jun 22, 2008 pada 5:31 am
Umar Khattab
Benarkah sahabat Nabi berkhianat dan menyalahi wasiat Nabi?
Apakah Allah tidak menyedari dari awal jika para sahabat benar-benar bersifat munafik?
Jika kita menyatakan bahwa Allah tahu, Allah telah mendiamkan para sahabat yang berada di sekitar Nabi, bahkan Allah sendiri yang memilih para sahabat untuk menemani perjuangan Nabi serta memuji mereka pada beberapa puluh ayat dalam Al Qur’an, ayat-ayat itu menjadi bukti keimanan dan keutamaan para sahabat.
Jika Allah tidak tahu maka hal itu mengurangi ketuhanan Allah –Allah pasti tahu-
Jika Allah tahu bahwa sahabat Nabi adalah orang-orang munafik lalu tidak memberitahukan kepada Nabi padahal Allah tahu bagaimana kualiti iman mereka, berarti Allah memang menginginkan NabiNya dikelilingi dan dikuasai oleh kelompok munafik, maka tugas dan fungsi kenabian belum tercapai.
Allah berfirman:
(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 4:165)
atau mungkin juga orang syiah berpendapat Allah mengetahui keimanan para sahabat tetapi mereka kelak akan kembali murtad dan mengkhianati wasiat, tetapi Allah hanya diam saja dan tidak memberitahu Nabi tentang apa yang akan terjadi, yaitu para sahabat akan murtad dan menkhianati wasiat, tetapi yang terjadi adalah Allah memuji mereka begitu juga Nabi, Nabi tidak memperingatkan umat akan pengkhianatan para sahabat. Ini adalah sebuah tuduhan pada Allah, bahwa Allah lah penyebab terjadinya pengkhianatan para sahabat.
Wahai umat syiah!! pohonlah ampunan Allah untuk segala prasangka di atas, Sesungguhnya akal pikiran syi’ah yang dikepung oleh riwayat-riwayat palsu dari segala arah.
Sekiranya kita menggunakan akal yang sihat dan ilmu yang benar pasti kita akan bertemu dengan kebenaran.
firman Allah Ta’ala dalam pujian kepada sahabat2, “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
wahai ummat imam 12
Adakah kamu sudah tidak mempercayai AlQuran lagi….
Firman Allah s.w.t: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu (al-Maidah: 3).
Ini keputusan Allah s.w.t. Keputusan yang muktamad bahawaTidak akan ada lagi penambahan dalam agama ini .
Tidak ada lagi manusia maksum. Imam 12 yang maksum adalah dongengan yang paling menjadi dalam sejarah manusia.
Juga tidak ada hadis lagi selepas kewafatan Muhammad s.a.w. Hadis dari imam 12 adalah rekaan dan khayalan manusia biasa belaka.
Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir, tidak akan ada nabi sesudahnya kerana agama Islam telah cukup sempurna buat seluruh manusia diatas muka bumi sampai hari qiamat.
wahai ummat imam 12
Adakah kamu sudah tidak mempercayai AlQuran lagi….
Sesungguhnya Kerajaan Parsi yang dilenyapkan oleh Umar alkhattab menjadi satu dendam yang amat membara dijiwa pembesar2 Parsi
dari dulu kini dan selamanya dan dendam yang merah membara ini bertukar menuruti masa dan dan zaman akhirnya kita umat akhir zaman ini dapat menyaksikan satu kesesatan ghulu yang membelakangi akal ..Awasilah diri kita, keluarga dan sanak saudara kita dari terpengaruh dengan ajaran syiah yang penuh dengan emosi dan air mata.
berlindunglah dengan Allah dari fitnah syiah.
Cukuplah kata2ini menegaskan tentang kesesatan umat syiah.
Jun 22, 2008 pada 6:43 am
Umar Khattab
Kita semua amat terbiasa dengan peristiwa perang Uhud. Dimana segelintir sahabat2 nabi s.a.w telah engkar dengan arahan untuk terus berada di posisi diatas bukit bagi menghalang kemaraan pasukan Quraish.
Lima puluh orang diarahkan Nabi menjaga bukit dari belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, walau apa yang terjadi.
Walaubagaimanapun umat islam telah mengalami kekalahan , akibat tidak mematuhi perintah Nabi saw. Ada Ulama mengatakan terjadinya salah faham dimana mereka menyangka perperangan telah tamat dan kemenangan telah berpihak kepada umat islam, inilah yang menyebabkan sebahagian sahabat2 telah meninggalkan posisi mereka.
Akibatnya umat islam mengalami kekalahan yang menyedihkan dimana lebih 70 orang telah syahid.( Saya tidak pasti samada umat syiah menerima kesyahidan para sahabat r.anhum dipeperangan badar, uhud dan lainnya.)
Namun ternyata Allah s.w.t menyikapi mereka dengan penuh kebaikan.
Allah memulihkan kepercayaan diri mereka dengan firman-Nya, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman,” (QS Ali Imran:139).
Secara sikologi orang kalah tak memerlukan kritikan, tapi hiburan. Psikologi inilah yang diberlakukan Allah atas kaum Muslimin pasca perang Uhud. Untuk menghibur kekalahan itu Allah menurunkan firman-Nya
“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(QS Ali Imran: 140).
Kesimpulannya tiada yang maksum kecuali Nabi s.a.w.
Golongan sahabat adalah manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan.
encik IAT mengutarakan ayat dibawah ini untuk menolak para shabat.
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Aljumaah ayat 11)
Hanya orang yang pada asasnya mempunyai prasangka atau sentiasa cenderung memerhatikan keburukan , apabila menatap ayat,ini maka jari telunjuknya terus menuding kepada sahabt r.anhum bahawa mereka semua telah mengingkari nabi s.a.w ketika Nabi s.a.w masih hidup lagi dan lari meninggalkan khutbahnya. Apatah lagi apabila Nabi yang mengongkong itu telah wafat. Tentulah mereka2 ini akan menjadi kufur dengan lebih nyata lagi.
Namun ternyata Allah s.w.t menyikapi para sahabat yang melakukan kesalahan yang amat besar di medan uhud dengan penuh kebaikan dan hemah.
Jelasnya disini fahaman syiah sentiasa dan selalu bertentangan dengan AlQuran cumanya mereka belum lagi sampai ketahap total mengaku bhw AlQuran yang ada pada kita pada hari ini sudah tertolak sepenuhnya. Lalu merekalah punya AlQuran yang benar yang mungkin diwahyukan kepada kepada imam 12 mereka namun lambat diterbitkan. Mungkin lagi 100 atau 1000 tahun baru mereka akan keluarkan Alquran mereka sendiri. Kerena mereka sebenarnya mampu sebagaimana mampunya mereka menerima hadis2 rekaan dari imam 12 mereka yang maksum , yang punya mukjizat. juga sebagaimana mampu dan sampainya hati mereka mengkafirkan sahabat2 yang berjuang , yang memberi seluruh kehidupan untuk meninggikan agama, dengan darah dan airmata membela Agama Allah bersama nabi tercinta.
Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami.
Jun 25, 2008 pada 2:07 am
mat_piah
memang orang syiah syok sendiri. punya la pelik pegangan orang syiah…tapi bertambah pelik sebab ada orang ikut….huhu
Jun 25, 2008 pada 4:56 am
mAN_deSA
SEPINTAS LALU TENTANG ULAMA ZAMAN AWAL SYIAH YANG MENYAMAR SEBAGAI SUNNI
IBNU ISHAQ : PEROSAK SEJARAH AWAL ISLAM
Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.
Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.
Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra
Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:
a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.
b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.
c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari . Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.
d) Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.
e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.
Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :
”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” – Imam Malik
“Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” – Ali Ibnu Al-Madini
” Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi
“Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” – Yahya bin Said al-Qatthan
Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.
Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.
Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total. Wallahua’lam
Jun 26, 2008 pada 1:04 pm
Kurshid
FT jawab secara indirect:
Dipetik dari jawapancinta.blogspot.com
Ulasan saya: Entah di mana saya pernah bertemu inilah juga inti kata al-Marhum Ustaz Wan Saghir – yang ikhlas membawa umat kepada agamalah yang benar.
Ikhlas ya, tapi ikhlas itukan sukar diuji. Kalau saya, akan saya tambah sedikit pada frasa ‘Mereka yang berpegang kepada kebenaran, itulah ulama sebenar’, bahawa: Kebenaran itu diukur pula dengan dua ayat dan dua hadis (paling minimum) ini:
Dua ayat al Quran ini sangat berhubungan (perhatikan pada tulisan yang dihitamkan) –
al-Waqi’ah: 77-79
“Sesungguhnya ia adalah al-Quran yang mulia. Tersimpan kemas pada kitab yang terpelihara (luh mahfuz). Tidak menyentuhnya (memahaminya) melainkan orang-orang yang disucikan.”
Istilah muthoharrun dalam ayat di atas adalah isim maf’ul (orang yang kena suci) jadi ‘bukan orang yang bersuci’. Siapa orang yang disucikan kalau begitu? Kaitkan dengan ayat di bawah ini.
al-Ahzab: 33
“Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai ahlul bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya.”
dan hadis –
Daripada Abu Said al-Khudri, sabda Nabi saw:
Sesungguhnya akan hampir aku dijemput pulang dan aku pasti menyahutnya. Sesungguhnya aku meninggalkan buat kamu dua perkara yang amat berat (berharga): Pertama adalah kitab Allah tali yang terentang dari langit ke bumi. (Dan yang kedua) ialah keluargaku iaitu ahlul baitku. Sesungguhnya yang maha mengetahui, mengkhabarkan kepadaku bahawa keduanya tidakkan terpisah hingga ia kembali kepadaku di telaga al-Haudh. Lihatlah bagaimana kamu memperlakukan terhadap keduanya.
juga hadis –
Tirmidzi meriwayatkan daripada Umar bin Abi Salamah telah berkata: Setelah turun ayat Tathir (ayat 33 surah al Ahzab) kepada Nabi di rumah Ummu Salamah, baginda terus memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husin lalu menyerkup mereka dengan kain seterusnya bersabda: ‘Ya Allah mereka ini adalah ahlul baitku dan prang-orang khususku. Hilangkanlah daripada mereka noda dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya.’
Setelah itu Ummu Salamah berkata: ‘Dan aku bersama mereka?’
Nabi menjawab: ‘Kamu berada di dalam kebaikan.’
Dan ustaz, kalau saya beri hujah begini sebagai tambahan kepada ayat ringkas ustaz itu akan ada orang marah, dan tuduh saya macam-macam kerana mereka tak mahu berfikir, menggunakan akal. Allah ada mengatakan orang begini dalam ayat 10 surah al Mulk:
‘Dan mereka (penghuni neraka) berkata: Kalaulah dahulu (semasa di dunia) kami mendengar atau menggunakan akal pastilah kami bukan tergolong sebagai penghuni neraka Saiir.’
Julai 5, 2008 pada 6:53 pm
sipolan
memang laa kurshid ooiii
ko ingat ko dan puak syiah ko je ke yang cinta ahlul bait kat atas dunia ni..
kami juga mencintai ahlul bait tapi tak laa nak heboh2 macam puak kamu…
dan kami mencintai ahlul bait tapi tidak sekali-kali kami mengkafirkan sahabat2 r.anhum macam puak kamu..
Julai 5, 2008 pada 9:45 pm
Man_Desa
cinta itu buta…
Julai 17, 2008 pada 1:19 pm
sara
Dari komen2 yg ana baca diatas, memang jelas syiah sesat lagi menyesatkan.
Puak syiah cinta membuta tuli sama macam banyaknya orang melayu beramal secara taklid buta.
Julai 18, 2008 pada 12:26 pm
anak murid anta
salam semua…. yusuf al-qardhawi mengiktiraf lima mazhab termaksuk imam jaafari…. kenape kter tegar mengkafirkan syiah??? sy akui terdapat segelintir pengikut syiah yg menyesatkan, tapi kenapa kter menghukum KESEMUANYA???? andai pengikut syiah mengatakan AHLI SUNNAH sesat kerana ayah pin sesat…. SETUJU KAH KITA???? kebanyakan ulama mengiktiraf syiah di IRAN tapi x setuju syiah di pakistan…. SEBENARNYA KITA DI MOMOK KAN BAHAWA SYIAH ITU SESAT DARI AWAL LAGI… SYA PUN BERAGGAPAN BERGITU… USTAZ YG MENGAJAR DALAM KELAS PUN CKP SYIAH TU SESAT… TAPI SELEPAS SAYA BLJR SIKIT DEMI SEDIKIT, SAYA MENYESAL X SUDAH KERANA PERNAH MENGKAFIRKAN SYIAH SBLUM NI…
NASIHAT SAYA JANGAN KTER MENGHUKUM SAMA ADA SYIAH ATAU SUNNAH ITU SESAT SELAGI KTER X DPT DALIL YG QOTE;I…… PERBAIKI DIRI SENDIRI… MUHASABAH DIRI…. X PUAS HATI NGN SAYA BLEH EMEL xmbskool@yahoo.co.uk
Julai 28, 2008 pada 11:07 pm
AkuShah
Selamat Sejahtera semuanya dIatas sifatmu
Keseasatan berada dimana2 didlm sunah dan juga didlm syiah.Seawal agama mengenali Allah .Dahului Allah dlm membuat apa2 perkara.Biarlah kata2 Allah berkata bukannya kata2 drpd insan yg tiada apa2.
Oktober 7, 2008 pada 8:13 am
zam
AkuShah, Apa ke bende yang kau cakapkan. Kau sendiri faham ke apa yang kau cakapkan, atau sekadar tersangat berminat dengat susunan ayat yang berbelit-belit yang telah pun dibelit oleh sang pembelit. Sesatnya seseorang itu adalah bila mana tidak mengamalkan sunnah, kalau sunnah yang zahir pun tak nak amal inikan pulak yang batinnya. Sedangkan kita berhukum pada yang zahir. Yang batin tu urusan kita dengan Allah. tak yah nak diheboh-hebohkan. Tapi apa yang jelas selagi Syiah menghina sahabat maka mereka juga telah menghina Rasul s.a.w.
Oktober 8, 2008 pada 3:11 am
koder
akushah..ko ni membebel apa…
dalam sunnah mana ada kesesatan. dalam sunnah hanya ada kejayaan dan perlindungan dari Allah s.w.t.
Ko ni mesti dari geng “tak kenal diri tak kenal Allah”..kan?
Januari 24, 2009 pada 2:50 pm
clever soul
hehe…melayu oh melayu. masih tak hilang panas baran kamu. Lalu Barat meletakkan “amuk” sebagai wajah melayu, utk menghancurkan melayu.
kenapa bincang syiah? kerana anasir mereka bahaya. Bukan semua syiah sesat seperti yg ustaz kata. dan bukan semua yahudi itu zionis. Adeh.. ade org menyokong syiah, saya lebih rela menyokong Ali. Itulah beza.
Cuma menarik juga ade org hurai tafsir waqiah ayat 79. Itu tafsir yg di gunakan utk menentukan hukum pegang al qur’an tanpa wudhu’. menarik ya.
“syiah takkan mati”. Itu yg pasti. di luar Malaysia, syiahnya versi hasan al banna dan sayyib qutb. lalu peminat fanatik mendewa-dewakan mereka sehingga lupa Nabi sebagai pemberi syafaat dan Allah pemberi rahmat.
Di Malaysia pun, “syiahnya” versi mazhab syafie. fanatik dgn syafie bagaikan die pemberi syafaat.
Yg salaf pun “bersyiah” dgn Imam Tamiyyah dan Ibu Qayyim.
Yg khalaf “bersyiah” dgn Hasan al Basri.
Ades..syiah belaka kamu. Padahal mereka2 di atas dari Ali hinggalah Sayyid qutb adalah pejuang Islam yg menegakkan agama Allah. mendambakan syurga Allah.
Hello brader. lu jgn taksub sgt brader. Minta syafaat dgn Nabi bukan dgn Ali, Syafie, atau pun hasan al banna. Kamu yg melabel.
Tapi kamu jgn risau. Saya juga syiah. Syiah versi Einstein. Taksub. Begitu taksub dgn kegeniusan Einstein yg umpama digelar Dewa Fizik. Tapi saya mmg benci Einstein. bukan kerana dia Yahudi. Kerana die terlalu genius. Adess..kamu tolong saya ya..
Keluarkan saya dari kalangan syiah2 ini belaka. Mereka bukan maksum.
Bukan semua Yahudi itu Zionis, bukan semua Zionis itu Yahudi. Bukan semua Syiah itu sesat, bukan semua sesat itu Syiah. Ayah pin sesat juge.
Hello brader. Ade akal pakai la. Bukan senang mcm Einstien’s relativity theory of physics.
April 12, 2009 pada 2:58 am
bihaarul anwar
salam, IAT mohon kontek saya di 0135635326 saya dah lama mengakui dan menganut ahlul bait dari kajian saya, namun saya tak tau di mana tempatnya di malaysia ini untuk belajar secara mendalam Ahlul bait.
tak guna berdebat pada mereka yg buta hati mereka. lebih baik banyakkan zikir didalam hati seperti mana kata imam jaafar ” Hati itu mahligai Allah, oleh itu janganlah diisi selain dari Allah
berdebat dengan mereka melalaikan hati kita sahaja…
terima kasih
Jun 13, 2009 pada 2:18 am
orangkuat
Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah (1)
Jun 13, 2009 pada 2:19 am
orangkuat
Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah (2)
Jun 13, 2009 pada 2:20 am
orangkuat
Hati-hati Dengan Syiah Di Malaysia
Jun 13, 2009 pada 2:22 am
orangkuat
Petikan ucapan Zaini (Syiah) di Seminar Isu Antarabangsa: Bantahan Pendudukan 60 Tahun Israel Di Bumi Palestine. Disertakan jawapan pelbagai dakwaan karut Zaini.
Golongan Syiah telah memperalat PAS untuk menganjurkan seminar ini.
Jun 14, 2009 pada 2:58 pm
Afira
Salam Ustaz dan rakan seperjuangan,
Alhamdulillah, dengan keizinanNya kita masih lagi mampu berBlog..
masih lagi mampu berfikir masih lagi mampu mengenal dan membezakan hak dan bathil, nikmat yg amat besar..
Faisal Tehrani, Ali haidar & IAT,
habis semua anda bangkitkan.. cuba anda baca balik komen2 anda yg lepas.. mcm ni rupanya org Syiah..
ustaz dari ASWJ hanya menerangkan tentang tidak betul fahaman Syiah kepada ahli2 ASWJ. Ini negara ASWJ, kamu pun tahu sebelum ni fahaman Syiah tak sama fahaman ASWJ.
Dari golongan kamu juga bukan tidak pernah menerangkan kpd ahli kamu sendiri tentang apa yg kamu semua anggap ASWJ tidak betul.
kalau kamu betul2 nak perjuang ISLAM dalam negara fahaman ASWJ, berjuanglah dengan tidak menyebarkan fahaman kamu.
Kami kagum IBU anta Muslimat veteran PAS, tapi kami tidak kagum dengan fahaman yg KAMU bawa.
Jgn pertikai apa yg orang kata kpd kamu, tapi pertikai apa yg kamu dah buat dan bawa dalam negara ni..
Salam,
Jun 18, 2009 pada 9:37 pm
orangkuat
Kemelut yang melanda PAS Terengganu juga adalah dipercayai akibat daripada sebaran fitnah golongan Syiah dalam PAS Terengganu. Puak Syiah dalam PAS Terengganu telah menyebarkan fitnah dan mempengaruhi pimpinan tertinggi PAS Terengganu untuk menentang keputusan Majlis Syura PAS dan AJK Pusat PAS.
Kesannya, PAS Terengganu sekarang berperang dengan Mursyidul Am PAS. Sedangkan sebagai Ahlul Sunnah kita wajib patuh kepada keputusan Majlis Syura yang dianggotai oleh Ulama Mu’tabar (di Malaysia spt. : Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Harun Din). Hanya puak Syiah sahaja yang berani menentang keputusan Majlis Syura kerana memang sifat Syiah suka menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Semoga Allah melindungi PAS dan Jemaah Islam di Malaysia daripada fitnah golongan Syiah yang telah terkeluar dari landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Amin.
Wallahualam
Jun 21, 2009 pada 9:05 pm
MD
kembara lihat kalimah Allah dan kembara maya ke rumah sahabat
http://www.copemuda.blogspot.com/
Jun 24, 2009 pada 5:52 pm
Hafiz
Salam semua, menarik juga fakta mengenai Syiah yang sesat ni. Tapi saya nak tanya, ada sebilangan tokoh dan sarjana besar islam berfahaman Syiah, tapi kita pada hari ini mengagungkan mereka. Misalnya, Ibnu Sina, al-Khawarizmi, al-Tusi, dan Jamaluddin al-Afghani. Sumbangan mereka amat besar dalam dunia Islam. Apakah pendapat kalian? Satu lagi soalan, apakah pandangan kalian mengenai tokoh ini, Sayyid Qutb dan Sheikh Muhammad Abdul Wahab? Dalam banyak fakta yang saya baca, banyak yang mengaitkan pemikiran Sayyid Qutb sebagai radikal dan digelar pengganas? (Cuba rujuk Wikipedia mengenainya) Bagaimana pula dengan Muhammad Abdul Wahab yang pada masa kini heboh tentang fahaman Wahabinya yang sesat? Bolehkah mereka diiktiraf sebagai tokoh Sunni? Saya juga kurang faham mengenai Ibnu Hisyam. Bolehkah kalian menjelaskannya?
Jun 25, 2009 pada 12:07 pm
bidukberlalu
aku dengar tuan guru kita tu ada fahaman kaum muda. tapi demi politik, beliau pinggirkan fahaman tersebut sementara kerana takut kurang sokongan. sebab tulah belaiu tak bersehaluan dengan pondok pasir tumbuh yang sangat anti kaummuda… benarkah itu semua… dan dikatakan harun taib juga termasuk dalam kumpulan kaum muda….
sebabt itu beliaukalah dalam perebutan dalam dewan ulama pas pusat….
Julai 2, 2009 pada 2:34 pm
AntiVirus
ASSALAAMUALAIKUM.
Ingin tahu mengenai Kaum Muda,Wahabi dan Salafi, apakah persamaan dan perbezaan antara mereka? Adakah merke juga sesat ?
Harap saudara NIK ABDUH boleh beri penjelasan secara ilmiah.
Julai 3, 2009 pada 12:48 pm
bidukberlalu
aku dengar tuan guru kita tu ada fahaman kaum muda. tapi demi politik, beliau pinggirkan fahaman tersebut sementara kerana takut kurang sokongan. sebab tulah belaiu tak bersehaluan dengan pondok pasir tumbuh yang sangat anti kaummuda… benarkah itu semua… dan dikatakan harun taib juga termasuk dalam kumpulan kaum muda….
sebabt itu beliaukalah dalam perebutan dalam dewan ulama pas pusat
pelik benar. puak puak kaum muda begitu besar dalam pas terutama a big chief from kelantan
Julai 5, 2009 pada 2:04 am
21tahun
assalamualaikum
….minta ustaz dan pihak pas menganjurkan seminar kepada orang awam terutama sekali orang2 kampung tentang bahaya SYIAH semoga ia tidak terus menular………
“saya cinta kan ahlul bait tetapi saya bukan SYIAH,”
“saya cinta kan nabi Isa a.s tetapi saya bukan KRISTIAN”
beberapa soalan berpandukan logik akal yang mentah ini
-jika benar saidina Abu Bakar ra bersalah mengapa saidina Ali k.w tidak mnentang saidina Abu Bakar ra secara terang-terangan sewaktu beliau masih hidup???….bukankah amar ma’ruf nahi munkar itu wajib??…….mengapa Saidina Ali k.w mmbiarkan jasad Saidina Abu Bakar ra dikebumikan di sebelah makam Rasullillah s.a.w?????….mengapa saidina Ali membiarkan jasad Saidina Umar ra dimakamkan di sebelah makam Rasullullah????……..mengapa sewaktu beliau menjadi khalifah beliau tidak pernah memerangi golongan sunni????
minta penjelasan dr puak syiah
“yang cintakan ahlul bait bukan syiah”
“yang cintakan nabi Isa a.s bukan kristian”
may god bless all sahaba and ahlul bait
“Saya Ahlul sunnah wal jamaah”
Julai 31, 2009 pada 1:28 am
hilmy
asslmlkm wbt
saya sebagai salah seorang islam meminta maaf kepada semua jemaah syiah… lupakanlah dendam antara pengikut Ali ra dengan penyokong sunni… biarlah ia menjadi lipatan sejarah…cerita orang tua dulu katakan… kita generasi baru ni marilah bersatu semula dalam satu jamaah… Islam tetap Islam dan tidak ada nama lain lagi selepasnya Allahhuakbar….
Tidak kira budaya,bangsa keturunan,fesyen pakaian dan agama… kita semua bersatu dalam islam tanpa Mazhab insya Allah
Ogos 1, 2009 pada 2:47 am
BIDUKBERLALU
AKTA MESTI IKUT KESESUAIAN MASA, AKU SOKONG KAJI SEMULA BIDANG KUASA TERTENTU. SEMUA PENYOKONG GMI USAHAKAN UNIT EKONOMI DAN GERAKKAN. ITU LAGI BERFAEDAH. SEGALA USAHA MENUNJUKKAN KEPADA DUNIA PEMIMPIN MELAYU DIBODOHKAN OLEH SESAMA MEREKA. MANAKALA BUKAN MELAYU BERTEPUK TANGAN. TAK PERCAYA? TENGOKLAH TEO PUNYA KES. MATI, HABIS GELABAH .. TAPI KALAU MELAYU MATI, MANA ADA ENKUES, MANA SURUHANJAYA DIRAJA?
SEDARLAH SIKIT USTAZ. KERANA KADANG KALA KITA BUAT SALAH, KITA SENDIRTAK SEDAR. KALAU ORANG MACAM ANA TEGUR, BARU KESEDARAN KOT.
Oktober 8, 2009 pada 1:49 pm
cucuadam
salam buat semua saudara seagamaku.. yang sujud kepada SATU – ALLAH s.w.t.
banyak yang dirungkaikan…. apa syiah..apa sunni…. matlamat tetap satu mengESAkan ALLAH…..
cuma satu aje nak minta dihuraikan….oleh saudaraku semua….
1. Mengapa cara solat syiah n sunni berbeza….??
2. Kedapatan saudara dan sahabat yg syiah berpendapat dan mengamalkan cara atau kaedah solat yg dilewatkan atau mempertikaikan waktu solat dan jua sering atau acapkali dijamakkan…?? mengapa…??
3. Kenapa kedapatan jua seagamaku yg berbeza pandangan disini (syiah tidak mahu berimamkan sunni begitu jua sebaliknya) bukankah solat kita hanya sujud kepada Allah..kan sama keduaduanya..??
4. Mengapa kahwin mut’ah masih di amalkan dalam fahaman syiah…? bukankah itu akan mengakibatkan berleluasanya hilang nasab keturunan.. atau memungkinkan maslahah yg lebih besar akan timbul di kemudian hari…?
5. Mengapa syiah dan sunni tidak boleh bersama….. bukankah kita dalam agama yg sama beriktiqad Allh itu tuhan kita dan Nabi Muhammad Rasul kita……?
6. Mengapa kita semua tidak mahu memelihara keamanan kesejahteraan dan persaudaraan… serta mewujudkan konfantasi yg di ciptakan oleh musuh Islam yg sebenar….. kan lebih baik jika berlaku konflik kita bermusyawarah atau bermuzakarah cari titik persamaan.. itu yg terbaik kan…..
maaf yer…cucuadam ni jahil disisi allah…. mohon tunjuk ajar ari ustaz nik…. serta ahli yg lain…
bersama kita berdoa agar kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang serta maghfirah darinya…jua diberi hidayah utk kita semua…yg penting akhir kalam kita……LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH…….
salam hormat buat semua….
November 26, 2009 pada 3:06 pm
Abu Haseef
Komen yg paling sy berminat adalah pasal Syiah dlam PAS…kalau bole teruslah menulis..
Abu Haseef
http://www.mufakkir-islami.blogspot.com
Disember 29, 2010 pada 10:33 pm
Ali Muntadzar
sebaik baiknya ust panggilah tanya khabar….. betul x betul kena tanya tuan hak punya badan.
Januari 9, 2011 pada 12:58 pm
jimi
kan kebangkitan PAS di malaysia selepas zaman dato asri tu berpandukan kebangkitan penyokong ayatollah khomeni (puak syiah di iran) yang gulingkan shah iran .. PAS pun tiru syiah masa tu
Januari 9, 2011 pada 3:37 pm
Utusan Malaysia tidak sedar Siapa Faisal Tehrani ? « Ustaz Moden’s Weblog
[…] Top Clicks 3.bp.blogspot.com/_Rq48uJ…azlishukri.blogspot.com/2…jihadwahabi.blogspot.com/…mistisfiles.blogspot.com/…tehranifaisal.blogspot.co…jihadwahabi.blogspot.com/…nikabduh.wordpress.com/20…tehranifaisal.blogspot.co…jihadwahabi.blogspot.com/…al-fanshuri.blogspot.com/…pondoktampin.blogspot.com…jihadwahabi.blogspot.com/… […]
Januari 24, 2011 pada 3:28 pm
Ahli PAS perlu Baca Artikel Ini – Jamaluddin Al-Afghani & Muhammad Abduh Tokoh Pembaharuan Tajaan Freemason di Dunia Islam ! « Ustaz Moden’s Weblog
[…] Top Clicks ohartis.com/2009/12/panas…nikabduh.wordpress.com/20…utusan.com.my/utusan/info…theforbiddenknowledge.com…syiah.blogspot.com/2005/0…al-bakriah.com.my/index.p…mufakkir-islami.blogspot.…theforbiddenknowledge.com…al-ghari.blogspot.com/201…tamanulama.blogspot.com/2…azlishukri.blogspot.com/2…kickdefella.wordpress.com… […]
Mac 22, 2012 pada 12:44 pm
ah chong ramasamy
like
Mac 29, 2012 pada 4:03 pm
Pemerhati
‘..Lansung anda prejudis dan terus prejudis. Adil kah itu? Dalam mencari kebenaran dan pengukuhan Tauhid dan akidah kita janganlah hendak nya berburuk sangka tanpa bukti yang qati’. Membenci secara semborono pun dilarang oleh Allah walaupun kepada orang kafir kerana mereka makhluk Allah juga. Kitab2 dari ulamak2 Muqtabar ASWJ yang terdauhulu pun tidak menolak Shiah Jaafari, malah hentaman ini kian membiaj apabila ada fahamana baru yang di pelupuri oleh Wahabi…’
Saudara..petikan di atas sy ambil dari coretan saudara tentang pernytaan balas saudara terhadap ajaran Syiah..peliknya di sini saudara begitu berhemah dan bersusila dlm mempertahankan org kafir dan Syiah..
Akan tetapi saudara begitu menyokong 100% bila memperkatakan saudara Islam dan MELAYU sendiri KAFIR iaitu UMNO..yg nyata mereka juga sembahyang 5 waktu dan m’punyai dasar akidah yg sama. Saya kembalikan penyataan saudara ini kepada anda sendiri untuk menilai dan memikirkannya kembali.
Julai 3, 2012 pada 3:21 am
Umar Kedah
harap2 penyokong syiah yg nak berhujjah kat sini tolong jangan menggunakan hadis dari ahlu sunnah untuk menguatkan dakwah kamu..Tak yah la dok petik riwayat bukhari ke muslim ke dsbgainya sebab korang tak layak. memang korang tak layak pun :
1. dah terang lagi bersuluh org syiah memang tidak beriman dgn semua kitab sunan sittah dan sewaktu dengannya..maksudnya mereka tidak percaya langsung dengan hadis2 yang depa bawak sebagai dalil untuk menyerang aqidah ahlusunnah ……walaupun aku tak percaya langsung dengan hadis bukhori kau ni ..tapi aku nak kau percaya hadis ni…hadis ni kata kau sebenarnya dipihak yang salah…hadis ni kata…tapi aku tak percaya dengan hadis ni..tapi kau kena pecaya…logik ke…peluru M16 , senapang AK47..bukan sekadar tak leh menembak…penembaknya tu yang nampak serabut dan semak.
2. KOrang dah kafirkan sahabat r.a. sedangkan hadis2 sunan sittah adalah berakar dari sahabat r.a yang melihat dan belajar dari rasululah s.a.w. Sudah tentu riwayat2 yang datang dari orang kafir (disisi syiah) tertolak, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai hujjah dalam aqidah.
kau tau tak kenapa aku tak percaya hadis ni…sebab sahabat yang meriwayatkan hadis ni dah kafir ..tapi aku nak kau percaya hadis ni..sebab .hadis ni kata kau sebenarnya dipihak yang salah…hadis ni kata…tapi aku tak percaya dengan hadis ni..tapi kau kena pecaya…logik ke….peluru M16 , senapang AK47..bukan sekadar tak leh menembak…penembaknya tu yang nampak serabut dan semak.
3. korang memang tak layak…sebab dayus dan pembelit…
nasihat saya , kalau nak dakwah orang masuk syiah, jangan guna hadis2 kami…kami benci dan meluat orang bertalam2 hatinya..
4. cuba bawak mai sikit hadis2 imam 12 kamu..gunakan sebagai hujjah untuk menyatakan kebenaran kamu…kalau guna AK47 gunalah peluru AK47…jangan guna peluru M16 kang meletup kat depan mata tak pasal jadi buta…
September 27, 2012 pada 3:54 am
razaksaad
adakah ini bermakna anda menolak hadis anda sendiri dan takut dgn kebenaran yg dibawa oleh imam hadith anda? mungkin juga anda sebenarnya cetek ilmu dan bertindak atas kejahilan? Almarhum Ahmad Deedat sewaku berbahas dengan Kristian tentang kebenaran Islam, menggunakan hujah dari kitab Injil… anda tahu mengapa?
November 8, 2012 pada 3:38 am
Umar Kedah
Pelik sangat ke? Almarhum Ahmad Deedat kan orang sunnah so menggunakan hujjah dari kitab injil tu takde salahnya .kan rukun iman sunnah wajib percaya kepada kitab2..(termasuk injil)…Injil juga termasuk wahyu dr Allah s.w.t..cuma umat terakhir ini tidak dibenarkan beramal dengan kitab Injil sebab sudah dimansuhkan dengan turunnya AlQuran sebagai wahyu…Dalam aqidah syiah ..ada tak beriman dengan Hadis sahih sunan sittah?..kalau takde…reti2 la nak malu…