Salam Palestin,
Saya terlewat dua hari. Baru sekejap tadi jengok Malaysian Insider cari berita pasal Prof Dr Abdul Aziz Bari kritik Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang untuk ke sekian kalinya.
Tapi dah ada tiga berita rupanya. Kelmari dulu beliau kritik lalu semalam dikritik pula oleh para pemimpin PAS dan hari ini beliau datang lagi mempertahankan kritikannya itu. Ini saya tulis ini kira himpun yang tiga-tiga tu jadi satu.
Terima kasih Prof Aziz kerana kritik. Tahniah Dewan Pemuda PAS Wilayah kerana ‘mengamuk’ dan terima kasih sekali lagi kepada Prof Aziz kerana melarang mereka yang muda-muda itu daripada mengamuk. Antara pantang larang orang-orang akademik ialah tidak boleh mengamuk. Mengamuk tanda tidak akademik dan ilmuan. Nasib baik mereka dah habis belajar di universiti. Jika tidak Prof Aziz akan anggap mereka mahasiswa yang tidak akademik dan berilmu.
Di universiti sekarang, yang terlebih mengamuk ialah kumpulan pro pembangkang. Adapun mahasiswa yang pro kerajaan mereka tidak buat perangai mengamuk. Mereka pada sisi pandang Prof Aziz Bari adalah lebih akademik dan ilmuan. Inilah masalah pembangkang, asyik melahirkan penyokong yang mudah mengamuk. Tak puas hati sikit mengamuk. Dikritik sikit, mengamuk. Mengkritik pun mengamuk.
Tapi saya pula ucap tahniah pada rakan-rakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Bukan hanya kerana mempertahankan balik presiden mereka, tapi kerana mereka dianggap pengamuk oleh Prof Aziz. Saya tak fikir mereka rasa mereka sedang mengamuk semasa tindakan mempertahan itu berlaku. Hanya apabila Prof Aziz kata jangan mengamuk, baru mereka sedar tindakan mereka adalah amukan kepada Prof Aziz di mata Prof Aziz sendiri.
Jadi tindakan mereka cukup berkesan sehingga dianggap satu amukan oleh seorang bertaraf ilmuan dan akademik. Itu bukan calang-calang. Jadi saya fikir kena ucap tahniah kepada rakan-rakan saya itu. Saya sendiri memang tak boleh mengamuk dah. Dah dua hari terlewat. Mengamuk bukan boleh buat-buat, apatah main tangguh-tangguh.
Untuk pengetahuan, baru- baru ini saya tengok di TV ramai orang mengamuk di Mesir dan Tunisia. Hasilnya tumbanglah kedua-dua kerajaan yang sedia ada. Dengar kata, kerajaan tersebut sebelum itu tak suka rakyatnya mengamuk, malah menyekatnya. Nampaknya, mengamuk ini tidak disukai oleh orang-orang akademik seperti Prof Aziz Bari dan kerajaan yang zalim seperti Husni Mubarak.
Tetapi di sisi orang-orang berilmu di medan kehidupan dan perjuangan, oleh kerana sifat amuk itu berakar semulajadi dan tabie sifatnya, apatah di kalangan orang-orang Melayu mengikut kata orang putih, mereka telah menjadikannya satu aset penting memacu perjuangan dan kejayaan. Di Mesir tadi contohnya, amukan rakyat marhaen dan anak-anak muda itu telah disusun dan ditarsyidkan dengan sempurna oleh orang-orang berilmu yang berbakti di medan kehidupan dan perjuangan. Dikatakan, para ulama banyak memainkan peranan besar mengurus kerja-kerja tarsyid terhadap amukan rakyat tersebut sehingga membuahkan hasil yang diinginkan oleh semua termasuk Prof Aziz sendiri, iaitu kemenangan menumbangkan kezaliman. Para ulama tersebut walau bagaimanapun, sepertilah tuan guru presiden, biasanya dianggap lembap, kurang strategi dan terlalu ukhrawi dan kurang duniawi.
Mungkin kerana itulah saya gembira dengan ‘amukan’ pemuda Wilayah itu. Ini kerana mereka mengamuk mempertahankan ulama. Oleh kerana ulama ini kerja besarnya adalah tarsyid dan mengurus kebangkitan umat, maka saya yakin pemuda Wilayah, bahkan seluruh pemuda PAS akan sentiasalah amukan mereka itu terurus dengan baik kerana sentiasa diurus para ulama yang dipertanggung jawab oleh Allah untuk mengurus umat Islam sampai bila-bila selagi tak kiamat.
Tapi, Prof Aziz Bari tak boleh mengamuk. Pertama beliau tak suka orang mengamuk, maka mana boleh dia memgamuk? Kedua, jika beliau mengamuk tak ada ulama atau sesiapa pun boleh uruskan dia. Lihat saja dua tahun lepas, beliau telah mengamuk dan amukannya tak henti-henti sehingga datang mursyidul am PAS mengarahkan sebuah muktamar tergempar parti PAS untuk ‘menyelesaikan’ amukan Prof Aziz itu. Susah habis segala orang bila amukan tiada tarsyid berlaku.
Mungkin Prof Aziz Bari tak merasa pun dia mengamuk pada masa itu, tetapi saya dan ramai melihat dia telah mengamuk. Samalah seperti Prof Aziz anggap pemuda PAS Wilayah mengamuk hari ini sedangkan mereka tak rasa pun mereka sedang mengamuk.
Untuk pengetahuan, orang mengamuk secara umumnya memang tak sedar dia mengamuk. Kita hanya boleh melarang orang mengamuk selama mana kita sendiri tidak dalam dunia amukan.
Kemudian, Prof Aziz Bari nampaknya begitu bersyukur PAS kalah di Beting Maro, Sarawak dalam pilihan raya negeri itu baru-baru ini. Agak lama beliau tidak memiliki peluru buat membedil tuan guru presiden. Bayangkan jika PAS menang, peluru itu pasti bertukar menjadi peluru plastik. Prof Aziz akan bungkam atau jika dia mahu menembak juga dia akan berkata, sepatutnya PAS menang di dua atau tiga kerusi yang ditandinginya atau PAS sepatutnya bertanding di seluruh DUN majoriti Islam! Ha, keplastikan sangat peluru itukan. Maka mari bersyukur PAS kalah di Beting Maro..
Kemudian, Prof nampaknya terus mengagumi dan meratapi pemergian almarhum Dato Fadhil Nor. Seolah-olah beliau berkata, oh, kalaulah almarhum masih hidup, bla bla..
Saya pula lain. Bagi saya nasib baik beliau telah pergi menemui kekasihnya yang hakiki itu. Kerana ‘jikalah’ beliau hidup, siapa pula akan memimpin Pakatan Rakyat? Fadhil Nor atau Anwar? Saya naik bimbang pula bahawa Prof Aziz pada masa itu akan menghentam Anwar pula semacam RPK lakukan atau mencincang lumat almarhum Dato Fadhil Nor sambil berkata, “Kamu ni menyusahkan, sepatutnya kamu telah mati 10 tahun lepas lagi.” Bahasa orang mengamuk mana boleh agak?
Jadi, bagi saya, ketiadaan almarhum yang telah dipilih awal oleh Allah itu adalah kebaikan untuk semua. DSAI selesa memimpin PR dan Prof Aziz pula selesa melibas sana sini, wassana wassini.
Akhirnya, bagi saya, presiden PAS adalah liabiti jika;
Pertama, jika beliaulah yang telah mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak dalam PRN Sarawak baru-baru ini yang telah menyebabkab PBB memperolehi undi swing Melayu Melanau Islam di sana dengan mudah dan percuma yang menyebabkan PAS apatah PKR sendiri kehilangan banyak undi.
Kedua, jika beliaulah yang mendesak MB Kelantan agar mengekalkan
larangan premis jualan untuk judi loteri yang mencetuskan kemarahan DAP, MCA, kaki judi dan sebahagian non muslim lelaki (wanita mana suka suami berjudi?).
Ketiga, jika beliau tidak suka Prof Aziz Bari mengkritiknya.
Jika tidak, maka tidaklah. Jadi, nasihat saya, teruslah mengkritik dan teruslah mengamuk. Kedua-duanya adalah bukan liabiliti buat PAS dan para ulama rabbani.
56 comments
Comments feed for this article
April 21, 2011 pada 1:20 am
cucutoknor
artikel santai dan bermanfaat bersama bagi yg kaki amuk heee…jom mengamuk bagi merealisasikan revolusi.
Insyallah Malaysia bertambah maju dan makmur
April 21, 2011 pada 3:30 am
ghazali
Malaysiakini dan sinar harian alat propaganda golongan terdesak yang mahu berkuasa. Harap Abang Mat Sabu faham realiti ini. Jangan dok syok dengan sokongan yang dirancang tapi dibuang apabila dah terpakai. Perlu ramai lagi pemuda pas zahirkan amukan..tahniah ustaz, artikel yang sinis dan padat.
April 21, 2011 pada 4:55 pm
Abu Abdillah
Jazakallah ust, kadang kala golongan akademik kena juga diberi teguran supaya ‘membumikan akademik’ mereka. Bercakap atas title dan bercakap atas realiti kadangkala ada bezanya. Mudah-mudahan artikel ini adalah satu sentuhan buat para akademik yang cintakan kemenangan rakyat untuk bercakap di atas realiti bukan atas permainan individu-individu tertentu. Hati saya kembali membunga bila adanya pembelaan terhadap ulamak rabbani seperti TGHA..
April 21, 2011 pada 10:10 pm
hafizan
Tahniah ust..
Tulisan yang ringkas dan padat untuk semua orang berfikir..
April 21, 2011 pada 10:16 pm
khairi
aziz bari menyuarakan rintihan akar umbi ahli pas.. terima kasih kepada aziz bari. kalau ada perubahan pemilihan tahun ini, aziz bari adalah pencetus.
adapun tantawi ,nik abduh dan senagkatan dengannya.. semoga akan insaf .
April 21, 2011 pada 10:19 pm
hasan changkat ibol
alah bisa tegar biasa.
apa yang saya nampak , banyak benar kejahilan prof aziz tentang perkara dalaman Pas dan apa sebenarnya yang diperjuangkan Pas.
dia tak faham (kot) Tg Hj Hadi lebih mahukan kemenangan ummah di sisi Allah berbanding disisi manusia
Tg Hj Hadi mahukan kemenangan di akhirat lebih berbanding di dunia
April 22, 2011 pada 11:46 am
Ahli PAS
prof aziz jahil bla bla… bila dia kritik semua melompat dan seolah apa yg prof tu buat selama ini yg menyokong semua di tolak.
belajar dari ustaz Tuan Ibrahim cara berdiskusi
April 22, 2011 pada 12:11 pm
Mohd Mokhtar Suleiman
Ust, saya tak berapa faham ayat dibawah dalam tulisan Ust, boleh jelaskanlagi tak?
Kedua, jika beliaulah yang mendesak MB Kelantan agar mengekalkan
larangan premis jualan untuk judi loteri yang mencetuskan kemarahan DAP, MCA, kaki judi dan sebahagian non muslim lelaki (wanita mana suka suami berjudi?).
Wassalam
April 22, 2011 pada 2:31 pm
nikabduh
Sinis saya tu. Jika tghh yang berkeras, pasti mereka kata beliau adalah liabiliti sebab tak mesra non muslim/ kaki judi. Tapi oleh kerana yang berkeras tu tgna, tak siapa berani kata tgna sebagai liabiliti. Projek memisahkan dua orang tok guru ini bermula beberapa tahun lepas dan saya tlah ingtkan dulu. Saya dijengkeli tapi alhamdulillah pendukung parti memahami dengan baik. Prof Aziz walaupun beliau nafi, hakikatnya beliau seiring.. dia ada bukti, saya pun ada.. be prof n pro
April 22, 2011 pada 4:58 pm
mobydick
Salam ziarah,inilah akibat kalau selalu meludah kelangit,rumput tak akan basah dek ludahan tapi muka tercalit kahak….
April 22, 2011 pada 6:13 pm
khairi
nik abduh… kereta mahal nampak…. saudara jangan bertanding mana2 jawatan, kerana akan merosakkan jamaah.. saudara jadi penyokong ahli pas yg setia jee.. sauadara nak pakai ferari ke nak kawin 4 ke . nak rumah besar ke.. takda hal punya..
April 22, 2011 pada 8:50 pm
ahli PAS jugak
semalam petang naik firefly flight 2066 ek..,rasa nak tegur tapi takut ustaz terkezut tengok rupa dan style ahli PAS modern macam saya.Jadi ustaz fikiran ustaz kena ikut peredaran masa juga.jangan terlalu orthodox dan centrix minded.malula ustaz,kami sini cuba dakwah non muslim dan muslim umno supaya terima islam dengan cara kami tapi kadang kala cara pemimpim PAS spt ustaz menjauhkan mereka dari kenali PAS dan islam.
at the end of the day..kita kena tanya diri kita sendiri,apa itu dakwah..
April 23, 2011 pada 11:43 pm
abu hamzah
cakap guna la akal….lain org, lain sasaran dakwah sheikh…klu nta nak tumpu non muslim silakan…jgn pelekeh kerja org lain..
April 24, 2011 pada 2:41 pm
ahli PAS jugak
so makapa nanya kamu guna akal dan saya tidak? saya sarankan kamu baca betul2 saya tulis dan kemudian baca apa yg kamu tulis,dan buat kesimpulan balik saipa yg tidak guna akal bila menulis
Julai 8, 2011 pada 5:46 pm
Usamah
Salam wahai insan mulia Abu Hamzah,jangan mudah EMO….
April 22, 2011 pada 10:52 pm
Asran
Tahniah sinis yang bagus tapi ada kurangnya….
PAS bukan untuk PAS sahaja tapi PAS untuk semua pendokong / pencinta kepada ISLAM. bagi saya tidak salah sesiapa nak komen siapa janji ILMIAH dan Berfakta. Siapa sebenarnya hendak lagakan TGHH dan TGNA? Adakah Kerusi Presiden PAS tidak boleh ditandingi? Pertandingan merebut jawatan Presiden PAS lebih mulia daripada berusaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO!!! Saya minta maaf sekiranya saya anak murid ustaz yang sedikit tidak memahami fikrah ustaz?
April 25, 2011 pada 11:33 am
Adam
sehingga saat ini ketika membaca komen dari Asran, saya pening tertanya-tanya kenapa masih ramai yg tidak faham makna kerajaan perpaduan (PAS dan UMNO?????)?
– Kerajaan Perpaduan
– Kerajaan Campuran
– Kerajaan Katak Lompat 169
Asran, sila belajar dgn Aziz Bari maksud sebenar perbezaan ketiga-tiga kerajaan di atas. Terima kasih.
April 27, 2011 pada 11:28 am
Asran
Terima kasih
April 22, 2011 pada 11:48 pm
ummuhanah
kepada ahli pas jugak…..kena tanya diri kita….apa itu dakwah, memperkenalkan islam itu adalah dakwah, maka kenalkan non muslim kepada Islam dgn cara yg diajar islam….bukan dgn cara “kami’ atau cara ‘pemimpin pas’,
nasihat saya, anda dekatkan non muslim kepada Islam, maka Islam akan membawa non muslim dekat kepada Pas …
April 23, 2011 pada 9:36 am
ahli PAS jugak
so what made you think that saya tidak tahu atau anda lebih tahu?itula masalah sebenar dengan sesetengah ahli dan pemimpin PAS.org lain tidak tahu hanya mereka yg tahu.buangkan sikap angkuh itu sheikh..
“ubahla” pemikiran yg hanya kerana lebih sedikit “belajar” sudah pandai dan org lain yg tak sama kurang betul.
saya nak tanya mana lebih baik..1) seorang ustaz yg hanya berlegar sekeliling penyokong2,peminat2 atau golongan yg sama tapi tidak berjaya mengislamkan walaupun seorang pun ATAU seorg biasa tetapi berjaya mengislamkan atau membuat ramai non muslim tertarik dan peluk islam?
saya tidak bermaksud untuk merendahkan mana2 golongan tapi pengalaman saya di luar dan dalam negeri menginsafkan saya pada realiti umat islam.
April 25, 2011 pada 11:53 pm
kem aman
syeikh… dalam kita minta orang lain untuk berubah supaya pandangan kita diterima, pernahkah kita terfikir yang kita juga perlu buang ego bahawa kita terlebih pengalaman dan lebih ilmiah kononnya. jangan mengharap kita tidak akan diperlekeh jika kita asyik memperlekeh org lain.
April 23, 2011 pada 7:04 am
Ahmad
Aziz Bari memang macam tu…
kerja mengkritik untuk meruntuh bukan mengritik untuk membina…
dia penyokong kuat Anuar Ibrahim, sebab itu dia selalu puji Anuar Ibrahim dan mengkritik TGHHA…
April 23, 2011 pada 9:38 am
mohd
kalau anda ahli PAS,amat malang sungguh.kurang bermaklumat.ana sarankan anta luaskan bacaan dan stop baca dan tengok media perdana
April 23, 2011 pada 9:58 am
khairi
malas aku nak melayan blog ni.. pemiliknya hanya pandai mengarang karangan. tapi takut untuk berhujah…
April 23, 2011 pada 9:10 pm
huzay
kau nampak bodohla khairi….dhla masuk umah org xbg salam…pastu kacau umah org…org tak layan komen ko marah2 plak….nk komen pun bagila yg membina skit bkan ikut sedap kepala otak kau jer…
ust nik abduh nak pakai kreta baru ke besar ke yg ko duk sibuk nak komen apsal…
xkan nak suruh sumen pemimpin pas nak pegi berjuang mane2 naik keta lembu jer…cube kau pakai otak sket….dh dia bjuang spenuh masa dlm pas klu dia tak berniaga ust nak makan aper???kau nak bagi makan ker???
kau lepas ni tak yah kmen blog orgla….wat orgnmpak kau bodoh jer….langsung tak membina….
wasalam…
April 24, 2011 pada 6:28 am
bekas umno
ko x d jemput pun tuk mgomen lam blog ni..
Mei 6, 2011 pada 11:15 am
Mali Tkawang
KHAIRI ni bkn si khairi jamaludin KJ AMENO alsan sona ker…..?
April 23, 2011 pada 3:26 pm
anas
khairi, malas layan, takyah layan…
bacalah blog sendiri, puas hati…
April 24, 2011 pada 11:58 am
khairi
pakai kereta alza nak ke kota baru ke johor baru tak boleh sampai ke? kenapa nak buang duit membazir bagi duit tu kat bank? rumah anak yatim kan banyak, kenapa tak bagi? imam ghazali kata makan 2 kali sehari da kira membazir,, inikan 2000 bagi duit kat bank?
oraNG yang nak dikatakan pemimpin islam boleh membazir ke?
nik abduh… minta awak siarkan komen saya yang awak delete tu. itu da kira menyembunyikan ilmu..
ومن يكتمها فأنه اثم قلبه
April 24, 2011 pada 12:09 pm
nikabduh
Tuan Khairi, saya tak ingat mana satu yang saya delete. Tetapi, perhatikan bahwa saya pernah sebut jika ianya membabitkan perlecehan ayahanda, maka itu kewajiban saya mendeletenya. tuan boleh guna blog lain untuk itu. Begitu jika jika ia bersifatkan melaga2kan atau seumpamanya. Hantar sekali lagi jika tuan tidak menulis demikian..
April 24, 2011 pada 1:10 pm
Abu Abdillah
La Khairi, kenapa cakap naik alza, jalan kaki pun sampai. Nabi s.a.w pergi perang pun naik kenderaan yang terbaik, kenapa tak jalan kaki je. Kan lebih banyak pahala?
April 27, 2011 pada 11:33 am
Asran
saya setuju abu abdillah…….tentera yang berjalan kaki lebih banyak daripada yang naik unta dan kuda
April 24, 2011 pada 12:40 pm
khairi
president pas= ustaz ahmad awang
timbalan president pas = ustaz azizan abdul razak.
insya allah kemenangan akan muncul..
sheikh.. anta nak fitnah ana kata ana lecehkan bapak anta?
mAsa bila ana lecehkan bapak anta sheikh..?
April 24, 2011 pada 1:05 pm
aburazeen2
husam dah ulas pncalonan bkt bintang dan dah tegaskan masa mesy kaw Batu.
Amat besar jiwanya.
Tantawi wajib belajar dr husam.
April 24, 2011 pada 9:42 pm
kapit sarawak
Assalamualaikum,
kalau setakat nak mengkritik rezeki yang tuhan bagi baik xpyh, kita tak boleh kritik dia nak pakai kereta apa sebab itu kemampuan dia, kita tidak tahu berapa banyak dia bersedekah dan berapa banyak pahala yang dia buat,jd kepada khairi yang suka berhujah dengan emosi tu minta slow ckit nada hujahan anda,minta maaf kerana menegur..plan menaikkan pemimpin lain dalam PAS?boleh, tetapi seharusnya anda kena mencadangkan apa yang perlu TGHA perlu buat dan tidak perlu buat,untuk menukar seseorang pemimpin bukannya senang,tambahan lagi beliau dah memang terbukti hebat dalam memperjuangkan syiar Islam
April 24, 2011 pada 10:24 pm
ummuhanah
khairi, anda sukar paham rasanya sedang saya mudah saja menangkap maksud ustaz nik abduh. Yg didelete jika komen tidak baik berkaitan dgn tok guru, jika tidak sedemikian maka komen akan dibenarkan…..kata mudahnya, komen anda tidak patut ‘didelete’ jika tidak memburukkan tok guru maka anda dipelawa send semula komen anda itu….kerana mungkin ada teknikal problem di situ. Harap kefahaman saya ini membantu.
April 24, 2011 pada 11:00 pm
khairi
satu penyakit bila pakai kereta besar ni ada lah takabur.
nak tanya tuan sheikh nik abduh ni yg hebat mengkritik propeser aziz bari..
Tuan sheikh bila memandu kereta dijalan raya ada rasa tawaduk tak? atau anta da rasa takabur? kalau anta ada rasa tawaduk, minta maaf la kerana suk zan dengan anta…
penyakit pertama membazir. penyakit kedua takabur..
ana nak dengar anta kritik aziz bari lagi.boleh ana tegur anta perkara lain..
April 25, 2011 pada 1:07 am
Abu Abdillah
Pakai keta besar tak semestinya takabbur. Tapi buruk sangka dengan orang yang pakai keta besar takabbur confirm dosa…Cakap dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih. Banyak lagi pimpinan PAS pakai keta besar, salah ke? Nik Aziz naik kancil ke? Hadi Awang naik kelisa ke? Tuan Ibrahim Tuan Man naik motosikal ke? Datuk Seri Nizar naik vespa ke? Azizan Razak yang dicalonkan tu naik volksagen ke? Hm..Cakap macam orang sasau je. Kenapa Ust Nik Abduh jugak ko nak bantai? Ke ko ada apa2 Khairi? Cakap jela. Ust Nik Abduh, ana mohon maaf sebut nama TGNA sbg contoh nak bagi faham orang macam dia.
April 25, 2011 pada 11:00 am
khairi
pemimpin pas yg pakai kereta besar perlu diturunkan kecuali kereta yang dia pakai tu kereta kerajaan.
April 25, 2011 pada 4:23 pm
nikabduh
Tuan Khairi,
untuk pengetahuan khairi, ayah saya pakai motosikal ketika ramai pakai basikal. pakai kereta ketika ramai pakai motor.pakai merc ketika ramai pakai kereta. rumah besar ketika ramai rumah kecil. Itu sejarah ayahanda yang saya ingat dari kecil. Apa komen tuan? Takabbur?
Jangan tipu pasal apa yang saya delete.. saya telah ingat. Bukan satu
April 27, 2011 pada 11:37 am
Asran
Khairi guna transport gapo? selagi halal pakai lah kapal selam pun xapa
April 25, 2011 pada 11:14 am
khairi
kapit serawak… nak cadang pada ustaz hadi tetntang apa? kalau ana sebut komen ana kena delete pulak..
pas perlukan perubahan untuk menang.
ustaz ahmad awang president pas
ustaz azizan abd razak timbalan perisedent pas.
insha allah kemenangan akan muncul..
April 25, 2011 pada 11:41 am
ingat mati
salam..dalam setiap tindakan kita x kira la kata2, perbuatan kita perlu diingat ada kaitan dengan dosa dan pahala. fikir dulu sebelum mengeluarkan pendapat. berlapang dada jika berlainan pendapat. jika suka membidas orang perlu juga berlapang dada sekiranya dibidas. hormati sahabat seperjuangan kerana mereka inilah yg bersama-sama berjuang tegakkan islam. bukannya musuh kita. perlu diingat pesan nabi, ulama’ pewaris nabi. panduan dan bimbingan mereka penting lagi2 dalam kerja islam. hassan al banna berpesan, kurangkan perdebatan banyakkan amal. fahami keperluan perdebatan. apatah lagi sesama sahabat perjuangan. dan ingatlah pengakhiran seorang manusia adalah kematian. nak buat apa pn buatlah. nak kutuk, propaganda, nak maki, sindir, silakan. tapi ingat akhir sekali kita akan mati dan sume perkara 2 akan disoal di akhirat kelak. fikirkanlah wahai sahabat seperjuangan…~banyak lagi kerja kita
April 25, 2011 pada 2:47 pm
khairi
kena delete lagi komen aku…
April 25, 2011 pada 2:49 pm
khairi
nasib baik tak kena delete
April 25, 2011 pada 6:03 pm
khairi
nik abduh… bapak anta duduk rumah besar ke? saya tak pernah pergi ke kampung anta. tapi apa yang saya tahu rumah bapak anta selalu di banding2kan dengan rumah pemimpin umno.
mungkin media pas menipu untuk menmcari populority murahan??
mungkin juga saya ditipu oleh media pas tentang kezuhudun ustaz nik aziz?
sama ada bapak anta ada rumah besar dan kereta besar itu hak dia. tapi adakah bapak anta mampu untuk menafikan perlunya kita pejuang islam hidup zuhud didunia ini seperti rasullulah, para sahabat,tabien,tabik tabien, salafusaleh.para ulamak yg terdahulu????
April 25, 2011 pada 11:05 pm
nikabduh
Tuan Khairi, zuhud al Rasul tidak menyebabkan baginda menolak memilih unta terbaik, rumah yang lapang dan keluarga yang mencukupi ekonominya. Masalah tuan adalah gagal memahami maksud zuhud pada maknanya yang benar. Jika tuan membaca sirah kekayaan ramai para sahabat, tuan akan melihat betapa mereka zuhud dalam kekayaan. Zuhud orang kaya adalah lebih tinggi dari zuhud orang miskin. Abu Bakar telah teriktiraf. Tuan Khairi, elakkan menulis dalam panas sepanjang masa. Jika tuan marahkan saya mengkritik Prf AB, marahkan dia juga krn kritik TGHH. Jika tuan tak faham kritikan saya, dalami maksudnya di dlam artikel kedua saya, pas; eksklusif atau inklusif. Apapun, teruskan mengkritik jika tuan yakin keikslasan tuan. Hati-hatilah bila terlampau marah, geram atau benci. Itu senjata syaitan..
April 26, 2011 pada 11:06 pm
kem aman
nampak sangat cakap pakai hentam promo… katanya pandai sangat berhujah dan hanya nak dengar sesuatu dengan hujah.. tapi yang keluar dari Khairi hanya ‘rasa-rasa’ sampai rumah Tok Guru Nik Aziz pun tak tau besar kecik…
kata banyak buat research tapi gaya tulisan lebih banyak merapu.
April 26, 2011 pada 6:16 am
ummuhanah
saya tersenyum sendiri, hal kereta nikabduh pun ada org nak hilang ketenteraman hati…..pakai le alza ke alphad ke, as long as bukan kereta curi dan duit dari usaha sendiri. ….takkan itu pun kita nak jadikan isu di sini, Membazir itu jika ada kereta mahal/elok tapi simpan dalam peti sejuk……kalau dipakai utk ke merata ceruk, tu kira memang patut dan tak wajar la kita kutuk.
asal ustaz aje nak suruh naik kereta buruk…..tak patut…tak patut…..
April 26, 2011 pada 9:32 am
khairi
abi abdillah… kereta kerajaan yang pemimpin pas tu pakai kereta apa? perdana… perdana mahal ke??
tuan shiekh nik abduh… ana mengenali anta, dan semua orang mengenali anta. dikenali kerana anak seorang pemimpin islam. anta tak mengenali ana, tapi kita sebenarnya pernah menimba ilmu di satu tempat bangunan yang sama.
bangunan, sijil, doktor, semuanya sama agaknya. tapi kita berbeza dalam memahami tentang konsop zuhuh yang sebenar… diantara 2 berbeza misti ada 1 benar. sapa yang benar???
April 26, 2011 pada 11:07 pm
kem aman
Khairi sendiri pun tahu tak apa dia zuhud?
April 27, 2011 pada 7:42 am
Abu Abdillah
Khairi, perdana mahalla..Kan ada wira, naik jela wira. Kancil pun ada. Buatan nasional jugak. Kenapa tak naik? Sampai je naik kancil ke Johor pun kalau dari kedah.hehe..Kenapa tak percaya, cubala bawa kancil dari kedah ke kelantan ke johor. Bes wo..Nizar siap tempah camry lagi untuk exco. Salah Nizar tu, patut dia tukar dari kereta kerajaan perdana, pakai kancil je semua exco. Kereta kerajaan lagila tak patut mahal pasal duit rakyat, kalau kereta dia sendiri punya pasalla nak pakai apa. (Tolong baca ikut logik akal ye, jangan jadi lurus bendul bila baca komen ni). Ust Azizan pun sama, tolak jela ke tepi kereta perdana exco tu, minyak mahal wo pakai perdana.. Sekali full tank paling cikai pun RM 120. Kalau pakai toyota corolla yang petak tu, baru 30 hengget. Tukar,tukar semua kereta keraja an negeri. Paling kurang pun dapat jimat paling kurang separauh duit minyak duit rakyat, maintanance pun takla mahal..kui kui kui.. Biar exco semua merasai kesusahan masyarakat marhaein naik kancil kelisa wira dan lain-lain..orang kalau gaji takat 2K sebulan tak berani pakai perdana.. Nak mampus, sekali gearbox rosak, paling tak gaji sebulan hilang..Khairi2..Cukup2la….Nampak sangat belajar tasawuf tak habis..Ko kenal ke tak ust Nik Abduh ko punya pasal..Ko tak puas hati dia pakai keta lawa dari keta ko, aku
pun tak kesah..Banyak lagi orang yang lebih kenal dia dari ko, tok guru nik aziz ayah dia mesti lebih kenal dia dari ko kenal
dia..Takkanla tok guru buat diam je kalau dia buat benda tak
betul..Ke ko nak kutuk TGNA senyap2..Macam orang kutuk sahabat-sahabat Nabi..Dia tak sedar dia kutuk Nabi dalam senyap2 macam
Nabi tak pandai pilih sahabat? TGNA tak pandai didik anak macam dia ka?
April 28, 2011 pada 9:18 am
abd rahman hj omar
Saudara2 sekelian apa pun usah lari dari perkara yg dibaincang. Persoalannya kenapa setiap kali ada Pemilihan Parti , Pro Aziz akan hentam TGHH dan Ust Nasa.
Sampai sekarang masih tak puas hati ke atas kegagalan Lompat 169 tu?
Semua orang maklum, siapa saja boleh bertanding, kira Prof Aziz rasa nak bertanding, bertandinglah apa jawatan sekali pun ..tapi jadi ahli PAS dulu (kalau belum).
Tuan Khairy usah jadikan ruangan ini sebagai medan untuk luahan fikiran yg gagal menyentuh isu dibahaskan, cuma cemburu pada sipemilik kereta besar.
April 28, 2011 pada 11:58 am
khairi
ustaz ahmad awang. bekas prisident persatuan ulamak. tiada orang panggil dia tuan guru atau tok guru. tapi dia ketua pada para ulamak.
Mei 3, 2011 pada 1:32 am
Amir Muttakin Bin Ab Ghani
Assalamu’alaikum wrt. wbt.
Salam Perjuangan buat seluruh Mujahid!
Buat teman yang sedang melayari dan membaca komentar ana, ana pohon jutaan kemaafan sekiranya ada tersalah bicara dan tersalah kata. Moga Allah mengampunkan dosa kita yang serba dhaif ini.
Mengikuti perbahasan sahabat dan komentar semua blogger yang hebat, kerdil rasanya diri ini menyampuk di penghujung cerita. Namun, moga Allah memberikan keampunan kepada taubat kita.
Ust. Nik Abduh, sebagai seorang pejuang dan ahli politik Islam…ana sekadar memberi cadangan agar adil dalam perbahasan dan delete sahaja segala tohmah dan mehnah ataupun ulasan yang langsung tidak memberi manfaat. Jangan biarkan sahabat yang lain terpaksa terjerumus dalam fitnah dan dosa kepada hamba, ibarat “biarkan Si Luncai terjun dengan Labu-Labuya…”.
Buat sahabat yang lain, terutamanya Khairi…. Sedarilah wahai temanku. Api nereaka menanti siapa sahaja yang sudi menjadi pembakarnya. Baginda SAW pernah bersabda…mafhumnya, Barangsiapa Yang Tidak Mengasihi Saudaranya…Maka Dia bukanlah dari kalanganKU” Nauzubillah!
Segala penulisan dan percakapkan kita yang melampau..bukan mencerminkan kita hebat..kadang-kadang, ianya menjelaskan lagi segala kebodohan dan kedhaifan kita terhadap ilmu yang kita miliki. Apalah gunanya hingga mengkaji dan mengaji hingga ke tahap Ph.D andainya kita terus memberi komentar seperti kebudak budakan.
Biarlah iman dan taqwa terus menguasai diri bukan akal dan nafsu yang tidak menjiwai Tuhanmu Yang Agung! Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran dan kebiadapan. Moga Allah mengampuni dosa kita. Wallahu’alam.
Sekian.
Amir Muttakin.
Seri Kembangan.
Mei 3, 2011 pada 6:32 pm
khairi
adakah amirulmukminin yang dipilih oleh para sahabat sebarangan orang? saidina abu bakr.. lepas tu saidina omar.. bukan calang orang, ditangan saidina omar jatuhnya parsi dan rom. sampai sekarang bangsa parsi yang syiah itu berdendam dengan saidina omar.
kita membincangkan hala tuju dakwah. dengan hujah apa dakwak yang diperjuangkan ini tidak mahu menang? perang uhud kalah. bagaimana rasullulah mentarbiah para sahabat dengan kekalahan ini.
kemenangan dakwah islam dimalaysia ini perlulah dipimpim dengan orang yang bukan calang2 juga..