Salam Kamunting,
Mengapa kita sukar memperolehi jawaban yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga – pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?
Ramai ulama memberikan jawaban bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!
Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca . Anda hanya mengharap jawaban daripada angin yang lalu.
Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil.
Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca. Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.
Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat? Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak.
Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid?
Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.
Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca!
Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.
Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang – silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.
Apa yang anda baca hari ini?
Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!
Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.
Dalam surah yang sama ( al Alaq ), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”
Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?
Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.
Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.
RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.
Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.
Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku – buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku – buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.
Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.
Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.
Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua – dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu RasuluLlah, juga murid – muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.
Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi.
Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.
Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa – apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.
Perhatikan, orang menyokong mazhab UMNO yang sekular, kebangsaan dan liberal kerana kekuasaannya, keramaiannya, keduitannya atau mungkin keilmuannya. Jika mereka membaca dan memahami al Quran secara betul, mudah sahaja untuk menolak UMNO dengan kesesatannya. Tetapi, bagaimana mereka menbaca? Atau, adakah mereka membaca?
Perhatikan juga orang yang menyokong aliran yang menghina para sahabat RasuluLlah dan keluarganya. Mereka membaca sejarah tetapi mereka gagal menilai bahawa sejarah memerlukan fakta yang tepat. Sejarah adalah cerita dan sirah. Bayangkan sukarnya kita memfaktakan cerita dan khabar hari ini. Bagaimana dengan cerita dan khabar seribu tahun dulu??
Talian emas Islam menolak sekerasnya aliran yang membunuh karektor para sahabat al Rasul dengan tuduhan sebagai pengkhianat. Ia dibuktikan penuh dengan kebatilan, penipuan dan kekhayalan.
Tetapi dek membaca tanpa panduan yang dimestikan, anda mungkin seronok melihat perayaan Karbala yang penuh cerita batil semata – mata anda ingin menunjuk simpati dengan keluarga Al Rasul. Anda akhirnya menangisi cerita karut sebagaimana anda menangisi filem epik.
Manakan sama antara menangisi filem Hisdustan dan filem Gaza!? Fakta Karbala takkan boleh diadun dengan epik Karbala. Fahami ini jika anda ingin selamat dan diredhaiNya.
Saya nyatakan contoh yang sedikit sedangkan di hadapan kita kesalahan dan kegelinciran yang banyak dek kejahilan dan kecelaruan daripada sumber ilmu yang lemah dan lintang pukang.
Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku – buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawaban yang dibentangkan di hadapan.
27 comments
Comments feed for this article
Mac 2, 2009 pada 10:56 pm
topeng perak
Salam..
Ana tertarik dengan artikel kali ini…ia sgt memberi makna pada ana…mungkin beberapa perkara yg cuba enta sampaikan agak subjektif dan perlu difikirkan oleh pembaca..
Ana ingin bertanya pada enta..
Apakah pandangan enta tentang isu pertembungan golongan fahaman wahhabi dan golongan yg berfahaman Al-asyairah dan maturidiah/sufi..
Harap dapat pencerahan..
Mac 3, 2009 pada 2:47 am
clever soul
Tak semua orang UMNO jahat, tak semua orang PAS baik.
Tapi menolak hedonisme, sekular, liberal, rasuah adalah wajib.
Mac 3, 2009 pada 8:53 am
nor rizan
salam…sgt berterima kasih dgn artikal yg terang dan jelas ni..
menjadi jawapan,hujah dan rujukan kepada banyak persoalan tentang pencarian ilmu yang sebenar,yang diterima oleh Allah Yang Maha Esa..
semuga anda mendapat rahmat dan keampunan dariNya dan hanya DIA juga yg layak membalasnya..
di doakan anda lah pelapis dr ayahmu yang mulia…
Mac 3, 2009 pada 10:04 am
globalmalau
Terima kaseh saudara Nik Abduh…tulisan tuan kali ini telah menarik perhatian saya berkaitan jahil…ada sebahagian pahaman, puak jahiliah cuma ada masa zaman nabi sahaja…itu pahaman salah tetapi maseh ada yang berpikiran demekian…rupanya zaman jahiliah maseh ada ketika ini…
“Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya”.
salam dari saya
Mac 3, 2009 pada 2:10 pm
membaca
salam’alaik…
artikel yg berupaya megetuk pintu serebrum para pelajar..belajar bukan setakat hendak pass atau excel dlm exam shj..tp, ilmu yg dipelajari di institusi2 pendidikan harus dinilai kembali.
Proses penapisan ilmu melalui tapisan iman amat penting…
p/s:ana minta copy artikel ni utk dikongsi bersama rakan2 ya.
Mac 3, 2009 pada 4:34 pm
juwida bainchi
insuran untuk perlindungan hayat dan simpanan dimasa tua
Mac 4, 2009 pada 11:17 am
syukri
Salam….
Antara artikel yang terbaik yang pernah saya baca yang dihasilkan oleh ust nik abduh…syabas ust…teruskan usaha anda
Mac 4, 2009 pada 9:01 pm
diaa
Salam ustaz,
Syukran jazilan….
Minat membaca timbul bila apa yang kita baca dapat difahami dan dihayati.. Sebaliknya Alquran kita baca hanya setakat baca untuk dapat pahala…Baca Surah Yaasin sebaca-bacanya mlm jumaat.. Peristiwa dlmnya tidak kita ketahui… tu yang jadi tak minat tambahan pahala pun tak nampak dek mata…Yang minat dengar pun kerana sedap suara ustaz2 , qari2,tok2 imam membacanya….
Andai “Buku” yang Amat Benar (Tiada keraguan padanya) dan penuh dengan “Petunjuk” ini tidak kita fahami..mana mungkin hati kita boleh menilai yang haq dgn yang batil..
Lalu kita membaca buku-buku yang lain tanpa bimbingan yang alim……nescaya sesat sesesatnya..wallahua’lam
Mac 5, 2009 pada 1:13 pm
amirul
Lawan kepada jahil, alim. Biasanya org mudah mengaku dirinya jahil sedangkan gelaran alim diberi kpd org lain…..inilah sifat rendah diri tapi sekarang….. ramai org bersikap ‘ana khairunminhu’ ini sifat Azazil…dengan sifat ini ia tercela….sedangkan asalnya ia seorg mualim…..jadi berhati2lah……sesungguhnya tiada neraca untuk mengukur kejahilan atau kealiman seseorg. Setahu saya org jahil ialah org yg meletakkan akal fikiran dan kehendak nafsu melebihi kehendak Allah dan rasul. Sahabat nabi org yg tak tau mambaca menulis, tiada kitab utk dibaca, tiada sekolah tetapi mereka boleh menjadi org yg alim lagi takwa kenapa ? dalam umat hari ini cuba perhatikan berapa ramai yang bertindak dengan betul, bertindak mengikut kehendak Allah dan RAsul melebihi drp segala2nya.Bila azan dilaungkan berapa persen yg dtg….mereka yg selalu melaung2kan pejuangan Islam pun tak datang……bejuang apa lagu ni…….
Org dulu bila azan dilaungkan 100% dtg mengimarahkan masjid…kerana itu Allah swt tuhan pemerintah sekelian alam memberi mereka pemerintahan(khalifah) 2/3 dunia……ni ..dok..sembahyang dianggap perkara kecil……sebenarnya inilah penyakit seluruh umat….penyakit ini tak boleh sembuh dgn logik pemerintahan…….ianya dengan tugas dakwah yg mesti diteruskan samaada sudah ada pemerintahan atau belum ada pemerintahan……..Wahai saudaraku umat Rasul yg kita kasihi baginda Muhamad saw bagunlah dengan kerja ini pasti kita akan dimuliakan kalau tidak….tunggulah…..mungkin nasib kita sebagaimana yg Allah cerita dlm Quran yg menimpa umat2 dahulu………
Mac 5, 2009 pada 10:31 pm
camcoy
Salam Ustaz.
Saya dah agak lama mengikuti blog Ustaz. Saya pun kerap copy artikel2 dari blog Ustaz dan post ke ruangan2 sosial.
Cuma di sini saya nak mohon secara rasmi dari Ustaz untuk mengambil petikan2 tulisan Ustaz.
Mohon maaf kerana agak lambat memaklumkan. Semoga Ustaz terus diberi kekuatan dalam memberikan ilmu kepada umat Malaysia yang daagakan ilmu.
Mac 6, 2009 pada 7:57 am
zam
Aku setuju ngan amirul, ummat hari terutamanya yang aktif berpolitik mengganggap solat seolah2 perkara kecil ( itu apa yang ternampak pada zahirnya). Walaupun semua mengakui solat adalah tiang agama tak kira le yang alim ke atau yang jahil. Bagaimanakah kita nak tegakkan syiar islam? Percayalah jika setiap kita mementingkan solat dan mengajak setiap saudara seislam kita akan kepentingan solat insyaallah segala permasaalahan akan dapat diselesaikan. Solat…Solat…solat…apa yang telah kita lakukan?
Mac 7, 2009 pada 2:31 am
fabregas
saya nak minta tolong ustaz untuk dapatkan penjelasan berhubung kenyataan ayahanda tok guru berkenaan penggunaan kalimah Allah.saya dapati terdapat beberapa blog yang mempersoalkan kenyataan tok guru dan tidak kurang juga yang mencerca tok guru kononnya mahu mengambil hati rakan2 dalam PR.Yang menyedihkan golongan ini juga merupakan sebahagian penyokong2 pas.Oleh itu,saya minta kerjasam ustaz untuk menjelaskan perkara yang sebenar agar cercaan dan tomahan terhadap tok guru ini dapat dihentikan.
Mac 7, 2009 pada 5:39 am
alfaqir
ya ambo setuju hanya dengan akidah yang benar , Al-quran dan al Sunnah di samping buku – buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya kita dapat mempelajari seluruh fenomena kehidupan dan membawa pemikiran untuk mendapatkan kebenaran dan memberikan jawapan dan alasan yang tepat dengan penuh kesedaran dengan urutan yang tersusun.ian tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi mencakupi keseluruhan bagi semua persoalan
Mac 7, 2009 pada 10:11 am
Rashid
Terima kasih atas artikel yang saya rasa jarang dapat ditulis oleh orang-orang melayu iaitu yang bersifat ilmiah.
Cuma di sini saya rasa membaca sahaja tidak cukup tetapi harus ada perbincangan tentang ide-ide yang dibaca.Juga perlu ada panduan.
Saya rasa saranan membaca amat perlu terutama pada ahli-ahli Pas dan juga Umno yang terlalu mengikut emosi ketika berbahas.Tiada tanda yang menunjukkan bahawa orang-orang melayu yang berugama Islam itu beradap.
Pada orang-orang PAS mereka lah yang terbaik sehingga menganggap orang-orang Umno sebagai perasuah,perosak dan ahli maksiat.Ini adalah satu andaian yang terlalu mudah dibuat.Saya tahu sebab apabila adik saya masuk PAS tiba-tiba dia menjadi paranoid.Semua kesilapan yang berlaku adalah disebabkan oleh PAS.Dia mengajar anaknya untuk membunuh kalau boleh Dr Mahathir dan saya tahu dia tidak banyak membaca.
Pada penceramah-penceramah haruslah sedar bahawa mungkin untuk menambah rasa beberapa fakta perlu ditambah dengan cerita sensai yang mungkin tidak benar.Maka banyaklah penceramah-penceramah yang menjadi masyhur kerana cerita sensasi nya atau cerita tak benarnya tapi sedap didengar.
Akhir kata sekali lagi terima kasih kerana menambah lagi satu blog yang berkualiti dari orang melayu.
Sekian terima kasih
Mac 7, 2009 pada 4:33 pm
diaa
amirul tulis
“Sahabat nabi org yg tak tau mambaca menulis, tiada kitab utk dibaca, tiada sekolah tetapi mereka boleh menjadi org yg alim lagi takwa kenapa ? ”
Maaf tuan, kenyataan tuan sahabat nabi tak tau membaca menulis adalah salah… mungkin maksud tuan “terdapat segelintir sahabat nabi”..
wallahua’lam
Mac 8, 2009 pada 10:14 am
globalmalau
betul tu zam…tiap tiap hari kita letakkan dahi ketanah…untuk meneutralkan jiwa kita jadi O…kalau kita tidak letakkan dahi ketanah…jiwa kita tidak neutral…turumbang ambing jadinya…salam dar hamba
Mac 10, 2009 pada 8:33 am
amirul
Salam Ustaz, Agak lama saya menunggu jawapan sebegini dari Ustaz terutamanya ayat fakta karbala dan epik karbala, mungkin Ustaz telah membaca buku Karbala nukilan Faisal Tehrani, bagi saya yang telah membacanya, amat mengharapkan jawapa dari Ustaz kerana faktanya telah bercampur dan amat mengelirukan.. Terima Kasih.. ( Bukan sedikit penghinaan terhadap para sahabat atas nama kecintaan pada ahlul bait dalam buku-buku karangan FT )
Mac 10, 2009 pada 12:37 pm
afira
Salam ustaz dan rakan2..
Alhamdulillah.. kiter masih diberi nikmat hidup, nikmat iman dan islam, nikmat memperjuangkan agama Allah..
Alhamdulillah dengan berlangsungnya Mesyuarat Agong PAS Kawasan Dungun dengan jayanya di tempat yang baik dan selesa, Allah begitu menyanjung anak anak muda yg berjuang ini..
makin ramai yg m’postkan diri dalam blog ustaz ni.. dok tahulah ustaz terbaca atau dok comment saya..
Kadang2 kiter tenggelam didalam ramai..
dek kerana ramai ni terasa kerdil diri kite..
begitulah yg terjadi kelmarin..
tepat 8.30 saya sampai di Dewan perpustakaan Dungun. sebagai perwakilan dari cawangan Ketengah Jaya dalam Dun Paka..
terus pergi mendaftar di meja pendaftran dengan saudara saya Nirman.
diberi buku usul mesyuarat. TERPAMPANG gambar ustaz dan Yb Salahudin Ayub juga Azman Shapawi.. tersengih dihati melihat gambar otai..
datang seorang saudara menyampuk.. ” Anak Tok Guru datang hari ni..”
Terkejut saya.. “Biar betul..?” tu je mampu terkeluar dari mulut.
tak tahu pula saya ustaz nak datang kelmarin. tahu tahu pun pagi kelmarin lah. saya jadi terlalu excited.
mane tak excited.. selame ni saya duk selalu masuk blog n baca tulisan jer.. pastu tengok v.klip kuliah jumaat yg lama tu.. ni Live depan mata..
Sepanjang ustaz berucap semalam saya tak lepas pen.. tangan bergerak mata tak lepas tengok ustaz.. kalau boleh tak nak miss tengok ustaz.. sebab lepas ni susah nak jumper.. klu orang UMNO, die kate fanatik..
sebenarnyer takder istilah fanatik dalam agama.. buat lebih dapat lebih..
banyak yg saya dapat kelmarin..
bila sampai masa ustaz nak balik, saya terus menggelabah nak pergi tegur atau dok? nak salam saje ke? nak tanyer saudara amir dah jumper ustaz ker? atau nak tanye ape.. tengah pikir2 orang dah ramai beratur menunggu kat bawah.. saya terus berlari menuju ke pintu duduk betul betul menyandar kat pintu cermin tu tunggu ustaz.. saya salam ngan ustaz tapi ustaz tengok saya sekejap jer.. sebab masih ramai menunggu..
takpun mungkin sebab saya pakai baju kaler biru.. ( TAK BERNIAT )
tapi tulah terasa kerdil saya..
bila bersalam teras jauhnya kiter.. terasa hina nya kiter..kerdilnye..
tu belum lagi ngan tok guru, dengan Nabi? lagi jauh..
kiter dgan Allah.. Wallahualam? teramat lah kerdil..
Ribuan terima kasih dan penghargaan kerana sudi bertandang menjenguk kami pemuda PAS Dungun ni.. kehadiran ustaz menjadi inspirasi buat kami..
syahid mati kami Allah Matlamat kami.. Allahuakbar
Mac 11, 2009 pada 4:08 pm
hanafirazali
ana setuju dan sokong dgn artikel ustaz… diharap ustaz dpt meneruskan utk kita sama2 bermuhasabah diri… jgn kita ingatbila ilmu dh tinggi kita rase sumer org salah… kite je yg betul… jgn rase care kite ni yg paling betul menurut sunnah Rasulullah SAW… takut2 nanti kita terjerumus dlm istidraj… nauzubillah… same2 lah kita menggembeling tenaga utk menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ni…
Mac 12, 2009 pada 11:00 am
afira
Salam,
Rashid,
dah memang umno terlibat rasuah..
dah memang umno mentadbir negara dgn promote maksiat
dah memang umno perosak agama.
Rashid belum tahu lagi ke..?
please update.. ni negara awak..
saya rasa budak tadika sekarang pun tahu umno terlibat rasuah.
tiba tiba awk tak tahu.. hu..hu..
Mac 12, 2009 pada 9:24 pm
Zaharah
Salam.
Saya tengah berfikir, saya dalam kategori mana. Hmmm…..
Mac 15, 2009 pada 9:31 am
abu razeen 2
makin banyak ilmu makin tahu kita serba kurang ilmu.
disangka org lain tak tahu apa, rupa2nya diri itu yg jahil
disangka org lain suka mencerca rupa2nya diri itu yg kotor dan suka mencerca.
semoga kita lebih berhati2 dan tawadhu’.
Mac 17, 2009 pada 9:12 am
shahiran shahid zahri
assalamualaikum..
saya pernah berada dalam keadaan yang jahil. cukup ilmu duniawi, jahil ilmu sebenar. saya akui, memang sukar untuk keluar dari kejahilan, susah sehingga saya amat sayangkan keadaan yang tidak jahil lagi kini. ketika berada dalam kejahilan dan kesesatan dahulu, berbagai usaha dilakukan, kekuatan hati dan jiwa sentiasa tercabar dan dirobek oleh nafsu serakah. beberapa kali menghampiri pintu keluar, tetapi tergelincir juga kembali. akhirnya kekuatan terbina dan alhamdullilah perlahan-lahan saya mendaki menuju arah keluar dari kesesatan dan kejahilan. ianya bermula apabila saya meletakkan kepala di atas sejadah mengadap Ilahi, tunduk dan sujud padanya dan ketika itu saya sedari sambil mengalirkan air mata yang tak tertahan ketika itu, saya menyedari, tanpa berbuat demikian (solat) tiada maknanya bernafas, melihat dan mendengar (hidup) di atas mukabumi ini. sebelumnya saya fikir perlu belajar dahulu untuk bermula keluar dari kejahilan saya ketika itu. tapi sebenarnya, tunduk dan sujud dengan penuh tawaduk dan keinsafan pada Allah taala. dari situ kita akan di pandu olehnya. kekuatan juga wujud dengan cara demikian.
insyaAllah, saya juga berminat untuk berkongsi tulisan ustaz ini dengan rakan-rakan.
Mac 17, 2009 pada 2:33 pm
globalmalau
saya terpikir jugak bagaimana en rashid kita memberi perumpamaaan…contoh yang dia sendiri lihat…sebelum selepas…ada munasabahnya…kekeliruan ini memang tidak disedari…sebenarnya ada banyak contoh untuk kita ungkitkan
kelemahan satu satu parti…tak ada bezanya…ada jurangnya yang jauh sekali…apa yang perlu ditekankan adalah adab apabila kita berugama…atau mengamalkan islam kita tidak perlu merujuk kepada PAS atau UMNO atau pada parti parti mana²kerana Islam ada rujukan…Yang bezakannya adalah cara ikutan melayu islam terhadap parti parti…ramai yang mengikut pemimpin parti…dan tidak ramai yang mengikut pemimpin sekelian alam…pemimpin yang benar amanah seperti termaktub dalam “buku cerita benar”…kabarkan kepada semua Pas, UMNO ,hanya Parti bukan manusia…manusialah yang diadili…salam dari globalmalau
Mac 21, 2009 pada 6:45 pm
Rashid
Salam Afira
Terima Kasih atas komen saudara atau saudari.
Mintak maaflah kerana saya tak tau budak tadika pun tahu.Cuma saya rasa saya tak ada kata pasal Umno.
Saya cuma sarankan supaya jangan terlalu emotional.
Mac 23, 2009 pada 12:07 am
fia_rindui
salam,bagus elok dikerapkan posting…maklumlah diluar sana tu gersang yang panjang….
April 26, 2009 pada 12:55 am
seangkatan
assalamualaikum….
minta izin utk copy artikel ustaz.yg amat menarik ini………..syukran bebanyak