Salam Kamunting,
Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.
Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.
Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.
Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.
Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.
Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?
Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
*****
PAS adalah wadah perjuangan Islam.
Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.
Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.
Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua.
Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.
Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ‘al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.
Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.
Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah.
Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.
Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.
Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.
Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.
Ayuh, patuh dan cekal berjuang!
19 comments
Comments feed for this article
Februari 9, 2010 pada 8:40 pm
Pejuang Pas Atau Pejuang Islam : Aku Hairan? « madsha_88
[…] kita pejuang pas […]
Februari 9, 2010 pada 9:32 pm
puterimadrasah
Allahuakbar!!
Februari 9, 2010 pada 11:21 pm
Farid Azhari
“Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.”
Amat berat sebenanrnya jika tiada kekuatan ‘asas’…
Terima kasih ustaz.
Februari 10, 2010 pada 1:24 am
Musa Mohamad
apa yang nak hairannya…dah PAS bawa islam kita perjuangkan pas sama je perjuangan Islam..yang 2 pun nak hairan…ish23
Februari 10, 2010 pada 1:34 am
syaikhan ubaid
salam perjuangan
disiplin : wala`
pertikai kptsn j/k disiplin : bara`
p/s: teguran buat tim.pj Pahang :
kalo sayangkan PAS maka mesti patuh kptsn j/k disiplin
kalo sayangkan PAS tetapi pertikai kptsn j/k disiplin itu BARA`
1 lgi….
saya sungguh2 kecewa bagaimana ust Wan Ji dijemput ceramah di Putik
sedangkankan DIA MENGHINA TOK GURU HARON DIN ULAMAK KEPALA LUTUT….
Februari 10, 2010 pada 8:21 am
Hamba Allah
terima kasih datang ke kuantan tempoh hari. Moga ilmu bermanafaat dapat ustaz curahkan sentiasa. amin Allahuakbar.
Februari 10, 2010 pada 12:10 pm
shafifah
SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c
JADUAL MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X
Program Bulan Kelahiran Rasulullah di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR : http://wp.me/piAx4-17R
JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD : http://wp.me/piAx4-17E
Majlis Maulid Kubro Nabi Muhammad ke -8 di Yayasan al-Jenderami : http://wp.me/piAx4-17l
MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179
Februari 10, 2010 pada 6:00 pm
Tok Batin
ayuh rapatkan kembali saf perjuangan, kalau longgar dan ada lompang, memang mudah dimasuki musuh dan syaitan.
hentikanlah kerja yang tak bermanfaat kepada jamaah.
Februari 11, 2010 pada 4:44 pm
zuraimi baharum
sehingga tahap kita menjadi asing… diakhir zaman…
Februari 12, 2010 pada 3:37 pm
idnef
salam ustaz,
Saya ingin bertanya, bagaimana jika ingin menjemput ustaz untuk program ceramah bulanan di syarikat tempat saya berkerja.
Harap, dapat jawaban daripada ustaz.
fendi
Keramat, Kuala Lumpur
Februari 13, 2010 pada 6:40 pm
klate
Ramuan islam didalam product pas dapat menarik orang-melayu, tapi akhir-akhir ramuan islam dalam pas nampaknya tidak bagitu mujarab lagi telah banyak bercampur adok dengan barang-barang lain , indah khabar dari rupa
Februari 15, 2010 pada 10:26 pm
KiTa PeJuaNG PAS « :: GrEaTTer TheN BeFoRe ::
[…] sumber:laman blog Ust.Nik Abduh […]
Februari 15, 2010 pada 11:21 pm
ibnalias
Displin itu yang makin kurang sekarang
Februari 17, 2010 pada 10:45 am
MamatMisai
Pejuang-pejuang Pas juga, tapi jgn rembat rembat duait macam UMNO.
Februari 17, 2010 pada 11:31 am
afira
Salam,
taqarrub memang penting,tapi ramai yg mencari taqarrub dan tinggal perjuangan, ibarat terjumpa makanan baru..cth nya ade juge mereka yang dalam perjuangan mengambil aliran tariqat teruskan tinggal perjuangan
dan banyakjuge aliran tariqat yang tidak menyokong perjuangan..
ibarat handpone yang dicas tapi tak digunakan…
Februari 18, 2010 pada 12:53 am
annasru
Ana baru saja minggu lepas siap kertas kerja untuk program Mukhayyam PAS Kawasan Kota Bharu. Telah dibentang kepada ketua Urusan Ulama Kawasan. Setuju! 5 Muhadhoroh meliputi 10 rukun baiah!! Harapnya bukan dianggap terkesan kepada entry ini!! Yarh!!
Februari 18, 2010 pada 1:12 pm
Normizah Hassan
Salam ustaz….Kepimpinan melalui teladan, sy adalah antara org yg x pernah mis dlm kuliah Tok Guru, x bleh tinggal… tp kuliah Tok Guru tu hanya utk org kebanyakan saja ke? anak isteri guna pakai tak? sebab apa yg terserlah sekarng, empayar Tok Guru semakin menghimpit jalan2 kg…x nampak spt amal jariah, sedekah spt Tok Guru ajar…kesian la kat org kg.. umum kenal keluarga anta org dihormati tp org2 kg setempat amat2 pasti ttg lenggok pembawaan keluarga anta, jika bukan kerana Tok Guru masih ada, nescaya x ada org lg yg akan mghormati kamu semua….
Mac 1, 2010 pada 1:03 pm
nawi
Salam.. bercakap manis tapi hati seperti serigala..
setelah tidak mampu saya menelaah seluruh kitab Al-Quranul Kareem dan kitab2 hadith.. saya seringkali lemas dan akhirannya 4 Qul saya jadikan pintu sendal yg diharap menyelamatkan saya dari golongan2 yang timbul tenggelam..
Ustaz boleh saja bicara apa saja kata seindah suria atau apa saja yang indah, tapi ia tidak akan dapat menutup kebobrokan diri sendiri dan sesiapa saja disekeliling kita.. percayalah, terkadang kita merasa kita benar tapi kita sebenarnya mungkin tersilap langkah.
Kita masih bicara soal yang sama, tarbiyyah & tarbiyyah.. macamlah kita tidak ada mekanisma dalam menapis pendokong2 & pemimpin2 baru dalam jemaah.. Apakah setelah sekian lama kita masih belum ada satu kaedah utk mendapatkan pasukan gerakkerja parti yg benar2 komited & penuh profesional serta SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATHONAH..?
Apa lupakah kita ( atau memang kita tidak mengaji sirah selepas 4khalifah hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniyyah turki..?
Apa lupakah kita tarikh pembukaan konstantinople oleh Sultan Mohammed Al-Fateh adalah sangat berdekatan dengan tarikh jatuhnya Melaka kepada Portugis??
Dan sudah sekianlama masih lagi kita mahu bicara soal tarbiyyah? soalnya adakah kita sudah kecukupan tarbiyyah hingga memandang cerlung kepada org lain sebagai tidak cukup tarbiyyah..
Ingatlah Amru Al-Aas adalah pembuka tanah mesir, beliau hanya memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyyah.. begitu juga Khaled Al-Waleed..
Kita mahu bicara soal tarbiyyah, tapi kita sendiri tidak ada buku biografi sejarah parti & malaysia yg boleh dijadikan rujukan sesiapa yang mencari kebenaran agar kita tahu dimana kita berdiri.. HAK & BATIL.. dimana duduk bangunnya?
Mac 1, 2010 pada 4:59 pm
cucu wan
pejuang PAS tidak mewah.hartanya untuk PAS. PAS17