Salam Kamunting,
Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.
Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam. Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.
Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.
PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.
Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.
PRK N41 Manek Urai sedang berlangsung di Kelantan, negeri Universiti Politik Terbuka Malaysia. Kita terpaksa menuruti takdir dan ketentuanNya bahawa penggal ini adalah penggal pilihan raya kecil yang paling acap dan berentetan berlaku dari satu negeri ke satu negeri. BN gagal menurutinya apabila enggan bertarung di Penanti dengan alasan paling rapuh pernah dikemukakan oleh mana – mana parti politik tanah air.
Biarlah politik terus berkocak. Ia mengocak kepala rakyat untuk berfikir lebih ligat dan cerdik. Politik mematangkan kehidupan manusia untuk menambah ilmu dan bertanggung jawab atas diri dan sekeliling. Tiada rugi UMNO dan PAS terus bertarung. Rugi adalah apabila PAS dan UMNO saling bersatu di atas kesamaran dan kepalsuan.
Politik zalim walaupun tampak gagah tetap gagal kemudiannya. Politik bersih walaupun sukar tetap dikasihi dan disayangi kemudiannya.
Di sisi PAS, setiap langkah dan jejak di Manek Urai adalah jihad dan dakwah yang diberkati. Senang dan sakit di Manek Urai adalah amal soleh yang diharap timbangannya di neraca Allah. Satu undi yang kekal adalah istiqamah dalam perjuangan rakyat Manek Urai. Satu undi yang baru adalah langkah kanan ke jalan yang lurus. Satu undi yang berpaling tadah adalah jenayah terhadap agama yang ditakuti kemurkaanNya.
Justeru tiada yang lebih baik selain berkampung di PRK N41 Manek Urai. Semoga Allah memberkati perjuangan pendukung PAS. Ayuh sahabat pejuang, kita lawan UMNO sehabis – habisnya!
24 comments
Comments feed for this article
Julai 8, 2009 pada 6:45 pm
imammuda
tulisan ustaz memang menjadi kesukaan saya untuk membacanya…
seringkali banyak yang tersirat dalam tersuratnya tulisan enta..
apa2hal pun ustaz, ana yaqin bahawa umat Islam boleh menjadi gah dan bangkit setelah umat Islam bersatu dan berpadu…
selagi kita bercakaran dan tidak mahu kembali kepada fiqh tarbiyah yang benar.. selagi itu umat Islam tak mencapai matlamat..
Kepada Umat Islam, mari kita bersatu melawan musuh Islam, bersatu kita dalam meningkatkan iman dan amal..
Berbuat secara ikhlas dan tak mengharap apapun selain redha Allah.
Julai 15, 2009 pada 1:58 pm
John Tanaka
Salam.
PAS patut rasa bangga dengnan kemenangan di MU walaupun majoritinya 65 undi sahaja. Jentera UMNO dan BN yang datang ke MU bukan kecik anak cuma tak bawak Tun Dr Mahathir dan Pak Lah saja lagi. Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah masing masing takut untuk turun ke MU takut takde orang yang datang dengar ceramah diaorang. Seperti yang terjadi semasa by election di Perak dan Kedah sebelum ini. Tak perlu post mortem sangat kenapa PAS menang kecil, kerana jelas UMNO berhabisan menyerang MU kali ini. Cuma rakyat MU perlu mintak apa yang dijanjikan oleh PAS dan UMNO semasa kempen tempohari. Dan rakyat Kelantan khasnye dan rakyat jelata umumnye perlu menuntut hak kepada pemimpin negara supaya bayar cukai 5% kepada kerajaan negeri Kelantan. Tuntutan ini perlu dibuat secara besar besaran biar satu Malaysia tahu. Salahuddin Ayub, Nasa dll main kan lah peranan. Pakatan Rakyat perlu bersatu menuntut hak rakyat Kelantan ini. Petronas dianggap menceroboh negeri Kelantan jika rakyat Kelantan tidak menerima sesen pon dari cukai tersebut. Mana orang Petronas, kate nak buat penerangan tentang cukai 5% di MU.
Julai 8, 2009 pada 9:51 pm
cikgu din
Selamat kembali menulis,saya mengikuti tulisan Ustaz,apabila mula mengenali Ustaz melalui PRK P059.Saya menjadi pengerusi majlis di Dataran Tok Guru Nik Aziz,Jln Kuala Kangsar-Taiping.,Ustaz seorang penceramah masa itu.Tulisan Ustaz penuh menarik,sarat dengan ilmu.
Julai 8, 2009 pada 10:49 pm
jebat
salam perjuangan …
semoga pejuang2 ISLAM dimudahkan dan mendpt kemenangan serta diberkatiNYA.
jika UMNO terima ISLAM masalah murtad tetap ada tapi sekurang2nya Tan Sri Harussani bleh jadi PM MALAYSIA ke 4 @ 5 kot …..
maaf diatas kekasaran bahasa & sembah durhaka ini kerana kurang ilmu dlm bicara.
wallahu alam
Julai 9, 2009 pada 12:48 am
SmallBro
MCA…Gerakan…DAP dok kepung dan jerut UMNO yg lemah sampai runtuh satu2 dasar membantu Melayu (Islam)…tapi PAS nak jugak jerut jugak UMNO….cuma menang tapi kampung tergadai. Lagi UMNO kalah lagi lah UMNO akan bergantung kepada rakan2 bkn Melayu yg lain. Lagilah depa ni demand yg pelik2…lagilah habis satu2 lagi dasar utk membantu Melayu. Tak nampak lagi ke?
Adakah dasar Islam PAS akan berjalan dgn kemenangan PR? Cakap nak laksana ISlam tu depan org Melayu ke, depan PKR ke atau depan DAP juga? Jangan lah kerana digula2kan dengan umpan….lupa mata kail kat dalam.
Apakah salahnya mencari jalan perdamaian di kala musuh dalam kelemahan. Musuh seagama dan sebangsa pulak tu. Apa beza PAS dgn UMNO skrg?
Jgnlah pandang PRU13 saja…tgk gak PRU20.
Julai 9, 2009 pada 8:24 am
najamarine
salam tuan..
pernahkah tuan mengikuti setiap ceramah berkempen pihak PR,lihat saje gelagat pemimpin2 yg hanya keluar keburukan dari mulut busuk mereka tanpa ada satu cadangan pembangunan di kawasan yg di tandingi…
adakah di dalam islam memberi keburukan untuk memperolehi sokongan di benarkan??mengapa kerajaan yg menyampaikan pembangunan wajib di tolak??saya sangat2 yakin tuan amat arif bab ini,fardhu kifayah dan juga fardhu ain..
saya akui masih terdapat manusia di dalam kerajaan BN yg tidak pakar di dalam perundangan islam,tetapi mereka sehabis baik menyalurkan pembangunan kepada umat islam di samping umat agama lain tidak terabai.
adakah di dalam islam,pemimpin hanya wajib mendalami ilmu agama sahaja yg sesuai menjadi pemimpin walaupun ketokohan kepimpinan mereka tiada langsung??adakah membiarkan rakyat melarat hidup susah dan mendengar ceramah politik adalah di galakkan di dalam islam???
kerajaan telah membina sekolah2 aliran sains agama bagi mengimbangi ketidakstabilan ini..selagi kerajaan (bukan perseorangan) belum berhenti melahirkan idea2 bagi pembangunan ummah dan melaksanakannya selagi itu saya menganggap kerajaan sekarang masih relevan memerintah…
kami sangat2 berterima kasih kerana masih ramai ahli dan pemimpin PAS tidak terikut2 mainan ANWARIBRAHIM yg gemar menghuru harakan masyarakat untuk kepentingan sendiri,saya masih boleh melihat orang PAS dan UMNO hanya bercakaran ketika menjelang pilihanraya dan kembali bersaudara selepas pilihanraya tamat..
terakhir….
kerajaan PAS hanya memberi keburukan(memburukkan calon dan juga pemimpin kerajaan) untuk memperolehi sokongan tetapi kerajaan UMNO/BN memberi kebaikan pembangunan rakyat untuk memperolehi sokongan..itu yg paling jelas kami yg bukan ahli mana2 parti politik nampak.
wallahualam..
Julai 9, 2009 pada 8:34 am
sot
Islam itu di atas. Islam adalah framework perjuangan maka jika lain dari itu maka conflict akan wujud jua. Manik Urai mestilah memberi mesej jelas bahwa Islam itulah yg kita mau. Bak kata ahli Umno Sdra Ezam “rasuah itu datang kerana kuasa tidak kira Umno atau Pas”, maka kita tanya balik – betulkah PAS mengamalkan rasuah? Jika tidak maka Manik Urai perlu sangatlah kuburkan Umno untuk kebaikan bersama.
Nota: Heboh di akhbar ex-MB Umno ada banglo RM24 juta. MB Pas ada banglo berapa juta agaknya? Jawablah sendiri.
Julai 9, 2009 pada 12:50 pm
Hamba Allah
Assalamualaikum,
Baik sahabat atau musuh, marilah kita berdoa agar Allah memberi hidayah pada kita seluruhnya. Yang tenggelam jangan dibiar karam, yang terapung moga menjadi penanda. Semoga Allah mengikhlaskan kasih sesama muslim, selagi kalimah masih nyata. InsyaAllah. Selamat berjuang!
Julai 9, 2009 pada 1:33 pm
zuraimi
Allahuakhbar !!!!!
Julai 10, 2009 pada 2:21 am
soul survivor
jazakumullah another good writings.keep guiding yr audiences to look at things on a BIGGER picture…….Allah AzzaWajalla,akhirat,siapa kita,haq and bathil,mati,the politics of Rasulullah SAW,the day of qiamat!muslim ummah have been too long living under the spell of nationalistic secularism,practiced by umno,to the extent of we are not able to understand the root reasons that bring about the confrontation between Pas and umno today!it goes beyond ‘perbezaan pandangan politik’…if that were the understanding(well,that is what afterall the umno leaders want the people to believe into)….no wonder whatever good and deep writings u may churn out,still there will be out there ‘schooled-type comments’ disapproving yr simple,clear message!
Julai 10, 2009 pada 3:45 pm
antipas
biarlah Pas dgn caranya dan UMNO dgn cara UMNO. Yg penting jangan lari matlamat perjuangan. Kalau nak Islam buat betul betul utk Islam.jgn ujudkan kecelaruan dimana sesama Islam dimusuhi sedangkan org kafir didakap
Julai 12, 2009 pada 1:34 pm
nawi
kahkaaaa… saloh haponyo dakap oghe kafir? setagho Salahuddin Al-Ayyubi pon bleh gi atar doktor dio gi rawat Raja Baldwin.. pelik ko dakap ngar oghe kafir..
basso tok ngaji!
Julai 16, 2009 pada 5:03 pm
abuadil
ade ke sapa2 orang islam pernah dakap altantuya? kesalahan pertama menurut antipas kerana altantuya kapir. kesalahan kedua kerana lelaki islam tak boleh dakap perempuan bukan mahram, kapir pulak tu. kesalahan ketika jangan sampai selepas didakap, dibunuh pula!!
Julai 10, 2009 pada 9:24 pm
Mohd.Rizal
Assalam wbt.
Saya tidak kisah sebenarnya pilihanraya di Manik Urai ini kerana saya masih berfikiran kolot. Selagi wakilnya mengucap 2 kalimah syahadah, saya tidak kisah……tetapi kita cuma perlu pilih yg kita kenal hati-budinya, kenal imannya kat mana dan kenal kebolehannya bekerja untuk kita. Yang jadi masalahnya jika ada calon tak ucap 2 kalimah ini lwn calon yg ucapkan syahadatain ini….Disebabkan saya ini kolot, maka saya tetap pilih calon yg ucap syahadatain……Wallahu’alam.
Julai 11, 2009 pada 10:18 am
nawi
Alhamdulillah, tulisan yang mudah difahami dan tidak floating. Tidak khayal dan membuai-buai.
Terima kasih..
Julai 12, 2009 pada 2:02 pm
bidukberlalu
KAUM MUDA LEBIH TAK SUKA PAKAI PERBEZAA ANTARA MAZHAB.. KATA MENYUSAHKAN .. LU PI TANYA GURU PONDOK TERUTAMA PONDOK PASIR TUMBUH YANG SANGAT ANTI KAUM MUDA YANG TERSASAR JAUH.. LAGIPUN DATOK YAB PERNAH DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENONJOLKAN PAHAMANNYA TERHADAP KAUM MUDA.. RAMAI ORANG PAS TAK TAHU NI.
CUMA ANA NAK MINTA SAUDARA ANAKNDA DATOK YAB SENDIRI JELASKAN PERIHAL FAHAMAN KAUM MUDA YANG TELAH LAMA MENIMBULKAN KONFLIK.. BAHKAN MUNGKIN PAS KELUAR DARI UMNO DULU KERANA MASALAH FAHAMAN INI??? JAWAB NIK,,,, AKU KENAL KAU .. KAU SERING JUGA JUMPA GURU ANA DI
BESUT…….
Julai 12, 2009 pada 2:32 pm
Budak Ipoh Timor
Salam Ustz… Teruja lihat ustz dah mula minat ngan MU. Harap² penyokong LiverFOOL x marah ngan ustz…
Owen dah masuk MU, tunggu ustz lak join kami. Jgn lambat sangat. Pintu perpindahan dah nak tutup nih. Hik hik
Julai 13, 2009 pada 9:31 am
mamat
wah byk nya penyokong umno dan sb memberi pujian kpd ustaz.
Julai 14, 2009 pada 11:56 am
Shuk
Saya mempunyai rasa hati yang kuat mengatakan bahawa tujuan utama PAS berjuang dalam politik adalah untuk menumbangkan kerajaan UMNO. Demi mencapai matlamat mereka itu, mereka sanggup untuk berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun dengan musuh nombor satu Islam.
Persoalan saya, kenapakah begitu kuat benar iltizam mereka untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO yang dimiliki oleh orang yang seagama dengan mereka? Adakah UMNO ini sebuah kerajaan yang teramat zalim yang langsung tidak mempedulikan Allah dan Rasulnya pada pandangan PAS.
Jika begitu besar matlamat dan iltizam PAS untuk menumbangkan UMNO, adakah mereka pernah terfikir apakah yang bakal terjadi jika sekiranya mereka berjaya dengan cita-cita besar mereka itu dalam PRU13 nanti. Tidak mereka pernah gusar dengan kawan-kawan mereka yang ada antaranya merupakan musuh Allah dan Rasul yang nyata.
Julai 14, 2009 pada 4:07 pm
shafifah
Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),
Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
Tarikh : 14 JULAI 2009 (SELASA – MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.
http://pondokhabib.wordpress. com
Julai 15, 2009 pada 4:44 pm
Pertentangan Sengit Di Manek Urai « AMIN AL-KALANTANI
[…] manek urai: pertentangan pas – umno sentiasa sengit […]
Julai 15, 2009 pada 10:46 pm
samada
http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/07/10/bila-anak-melayu-dirawat-di-gereja/
Julai 16, 2009 pada 11:53 am
zmy
sdr
saya pun menumpang kegembiraan dengan kemangan walau tipis kerana halangannya amat bayak.syukur alhamdulillah.tentang perpaduan UMNO-PAS,mestilah tulin bukan dibuat2.mesti kerana islam.masalahnya um,no tak mahu islam.YB tok gur dah sebut kalau umno buat islam pas akan dibubarkan.semua masuk umno.maka kenapa pas masih ada lagi sampai kini kerana umno tolak islam itu saja.kalau setakat nak perpaduan kerana survival melayu tak payah kerana umno dah jaga melayu sejak 50 tahun lagi.awat umno dah tak larat jaga melayu.kononnya pas boleh terima dap dan tolak umno.kenapa umno lebih baik dari DAP.bagi saya Allah SWT akan tetap menolong hambanya yang ADIL/Saksama tanpa kira islam atau tidak islam.dan tuhan juga akan memusuhi meraka yang zalim walau islam.so mana lebih baik umno dan DAP dari segi keadilan dsb.fikirlah ramai2.
zmy
Ogos 1, 2009 pada 6:03 am
maw
setelah membaca beberapa tulisan dan buku tgna serta nmabduh,barulah saya faham islam itu indah dan nyaman dijiwa.selama ini anggapan hanya islam itu bagi penganut yang dilahirkan islam sahaja,sedangkan yang esa amat penyayang bagi yang menyengutukanya dan amat pengasih bagi yang mengesakanya.pemikiran dari ilmu berteraskan pada kejayaan dan kemajuan tanpa rohnya telah banyak mempengharuhi intelektual dan budaya hidup pelajar pelajar dulu sekarang dan yang akan datang,saya adalah kelahiran era ini.pastinya pengaruh menolak hidup secara islam bagi kelahiran islam telah berlaku atau saperti jinak2 merpati[dipanggil mari didakwah lari],bagi yang bukan islam tentunya hi! hi! bye! bye!.teringgat pada madah seorang tua”islamtu bagaikan air dicincang tak akan putus,disekat ketat akan bergelora mendidih geledaknya tak akan mengenal sempadan dan tak akan tergharap oleh akal”ingatan ini membuat hatiku memohon maaf kepada pejuang islam ,tgna kerana ilmuku adalah tanpa rohnya.