Salam Kamunting,
Anak – anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung – sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita – cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.
Justeru anak – anak yang soleh dan berjaya adalah kurniaan agung untuk hamba – hambaNya yang soleh. Para anbiya’ menikmati kurniaan ini di tangga yang pertama ( lihat Aali Imran: 34 ). Mereka dikurniakan zuriat yang sebahagiannya juga telah dilantik menjadi al rasul yang menyambung tugas mereka melakar cita – cita dakwah dan tauhid.
Anak – anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing – masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak – anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita yang tiada terperikan juga.
Mendidik anak – anak adalah kewajiban yang besar. Kerana tugas besar seorang al rasul, tugas mendidik mereka sedari kecil disandang sendiri oleh Allah daripada ibu bapa mereka ( lihat Taha:39-41 ). Maka bayangkan bagaimana setiap anak terlalu terkesan dan terbekas atas acuan pendidikan yang mereka terima. Jika baik, baiklah mereka. Jika gagal, gagallah mereka. Kita menentukan mati hidup mereka di dunia ini.
Ia adalah amanah yang sukar dan berat untuk ditanggung. Namun ia juga adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan.
Mari medidik anak – anak. Biar mereka tumbuh sesegarnya, lalu kemudiannya berbuah selebatnya dan dinikmati sesedapnya.
Mendidik tentunya sukar. Tetapi ia dimudahkan dengan qudwah dan petunjuk di hadapan daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wa sallam sendiri. Kemudian para sahabat dan mereka yang telah berjaya daripada kalangan hamba – hambaNya yang soleh. Pastinya, jika anda mengabaikan qudwah dan petunjuk ini, lalu meredah jalan sendiri, atau membiarkan mereka terheret ke laluan yang serong, anda sememangnya menempa kesusahan dan malapetaka yang besar.
Lahir anak – anak yang degil, derhaka, kurang ajar, lemah dan putus asa, lalu menjadi mangsa dadah dan sosial tak terubat. Saat itu, nikmat dan kurniaan bertukar menjadi kecelakaan yang tak terperi pula jadinya.
Semuanya kerana didikan yang salah. Didikan yang tak sempurna pun adalah salah. Didikan menuntut kesempurnaan pada segala ruang dan lingkupnya. Ia tiada galang gantinya.
Di Malaysia, seburuk – buruk pendidikan adalah pendidikan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kenapa?
Kerana seburuk – buruk ilmu adalah ilmu sekular. Pendidikan negara adalah sekular. Dunia untuk dunia. Akhirat nantinya di akhirat. Itu jika akhirat itu ada.
Terdidik di dalam didikan sekular adalah sebab terbesar meruntuhkan binaan diri anak -anak muslim menjadi rapuh, punah dan binasa.
Jika anda memberi harapan kepada j-QAF atau KAFA, anda adalah mangsa awal sekularisme dan mangsa kepada sebuah harapan bertulang rapuh sebelum anak – anak anda sendiri menjadi mangsa ke seterusnya ( hanyalah guru yang benar dan soleh sebagai penyelamat ).
Perhatikan, saat anak -anak mencecah umur 15 tahun, saat umur getir ini, saat persimpangan ini, kerajaan dan anda bersibuk untuk melihat jumlah dan peratus A yang tinggi dalam peperiksaan.
Di mana anda saat Allah mengumumkan peperikasaanNya yang pertama? ‘A’ kah solat lima waktu yang fardhu itu? Bukankah 15 tahun itu adalah persimpangan syurga dan neraka untuk anak – anak?
Ramai mana ibu bapa yang bergembira dengan kejayaan anak – anak memperolehi A, sedang ia disambut di serambi neraka? Anaknya tak pun solat. Ayahnya tak pun mengendahkan!
Anda tunggulah sampai kiamat untuk kerajaan BN – UMNO bertanya anda, adakah anak anda telah solat sempurna lima waktu? Tunggulah sampai kiamat!
Semoga Allah menjauhi kita daripada BN – UMNO yang penuh kejahatan dan penyakit. Semoga anak – anak kita terselamat daripada BN – UMNO yang penuh makar dan perancangan jahat.
48 comments
Comments feed for this article
April 3, 2009 pada 4:37 pm
the7
kena bg detail tu,mendidik anak oleh ibu bapa..bknnya salah satu jer…x larat kalu nak hrpkan ibu ajer kan kan kan..bapa pun kn take part jugaa..
April 3, 2009 pada 11:28 pm
rohul
ustaz ni keras sangat la.pendekatan tu kena berhikmah sikit..err banyak sebenarnya. tak semua umno tu jahat dan tak semua pas tuh baik.
tulisa ustaz kalau pasal penyucian jiwa dan tazkiyatun nafs memang menusuk kalbu, tapi kalau bab fikrah, enta macam terlalu emosi.
April 4, 2009 pada 11:06 am
nuriman
salam ustaz
Ada org kata kalau hantar anak ke sekolah tahfiz dan sekolah pondok merosakkan masa depan anak. susah nak dapat kerja dan sebagainya lagi. itu pandangan masing2..apa pandangan ustaz?
April 4, 2009 pada 4:34 pm
faqir
Tidak terlalu penting untuk mengatakan emosi atau tidak.Tetapi, apa yang paling penting ialah, Memahami apa yang difahami,, bukan kerana kepentingan diri sendiri dan keduniaan tapi kerana peranan seorang muslim kepada muslim yang lain untuk mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar-benarnya ISLAM.Walahualam
April 4, 2009 pada 6:29 pm
syaiful
Assalamualaikum Wr. Wbr.
salam kenal. pendatang baru dari Indonesia. salam ukhuwah dari saya sekeluarga.
April 5, 2009 pada 9:07 am
globalmalau
dari dalam perut ibu lagi baby akan mendapat ilmu dari kedua ibubapanya…itulah alam mereka…mendengar getaran bacaaan AlQuran adalah salah satunya…
Terima kaseh saudara Nik Abduh…
April 5, 2009 pada 9:17 pm
Rizal Radzi
saya sangat bersetuju dgn artikel ustaz mengenai pendidikan sekular tajaan UMNO-BN yg sangat merosakkan ini kerana saya adalah produk ‘kelahiran’ pendidikan sekular ini…jujurnya saya mmg rosak namun Allah Maha Pengasih sentiasa mengetuk pintu hati hamba-Nya kepada hidayah apa hamba-Nya mahu kepada hidayah.Jalan keluar sentiasa ada bagi yg mahu keluar.
dan yg paling jahat yg dilahirkan oleh pendidikan sekular BN-UMNO adalah fitnah akhir zaman seperti semut hitam yg merayap di malam yg hitam pekat…langsung menyebabkan penganut didikan sekular ini tidak tahu mana yg benar dan mana yg salah…tak tahu mana semut hitam,mana hitam gelap dek kegelapan malam dan mana torchlight…
April 6, 2009 pada 8:31 am
zam
Salam Ustaz, Semoga kita semua sentiasa didalam kerahimannya,
Mendidik anak2 adalah tanggungjawab yang perlu dititik beratkan. terima kasih kerana menyegarkan kembali amanah yang perlu dipikul ini. Satu hadis yang lebih kurang maksudnya ( ustaz lebih tahu matannya) ‘ anak2 itu bersih, ibubapa yang menjadikannya mereka majusi,nasrani atau yahudi’ bukankah begitu lebih kurang maksud hadis tu ye ustaz? Masalahnya sekarang ramai ibu bapa yang mendidik anak2 ikut kepala otak mereka sendiri…jadi ramaile anak2 yang kompom jadi majusi,nasrani atau yahudi. Jadi saya mohon pada ustaz supaya menerangkan lagi cara yang lebih terperinci cara baginda nabi s.a.w. mendidik anak2. jangan setakat nak bagi idea yang terlalu umum, sebab ramai ummat hari ini yang tak tahu sirah nabi. hari ini ramai ibu bapa yang meninggalkan ajaran sunnah dalam rumah tangga mereka. Hatta cara buang air kecil pun mereka tak ajar anak2 mereka…ishhhhh manakan dapat menguasai ilmu yang lebih besar untuk kemaslahatan ummat, ilmu untuk kebajikan diri sendiri pun tak dikuasai dan diamalkan. Mohon ajarkan kami ye ustaz….Politik ketepikan dulu, sebab undi pasti untuk islam yang disyukuri nikmatnya.
April 6, 2009 pada 12:04 pm
mu-alaf baru
Mengapa begitu jahat sekali tomahan anda kepada kerajaan BN dan secara tak langsung kpd warga pendidik KPM. Keyataan anda seumpama ‘tazkirah kedai kopi’ yang buta mata dan buta hati nurani.Anda menganggap org lain yg bukan drp puak anda tidak buat apa2pun usaha utk membina kebaikan. Sebenarnya anda mempunyai hati yang telah dijana menjadi jahat akibat drp perjuangan yang berasaskan agenda jahat yahudi utk membinasakan umat Muhamad s.a.w. Agenda perjuangan politik demokrasi ciptaan dan dokongan yahudi adalah satu agenda tersirat yg menampakan keadilan/telus dsbnya tetapi tersembunyi
kedurjanaan. Anda dan puak2 anda dan sesiapa sahaja yang menganut fahaman ini secara sedar atau tidak telah disemai dengan benih kebencian kpd sesiapa sahaja yg tidak sebulu/sekepala/sekefahaman dengan anda.Bila kebencian dapat dizahirkan maka itulah kenikmatan dalam perjuangan ini. Dia tidak mengenal sesiapa samada yg berserban/berkupiah /berjubah/yg hitam dahinya….semakin tinggi sifat kebencian yg ada semakin hebatlah org itu dalam perjuangan dokongan ciptaan yahudi ini sehinggalah umat yang satu ini dipecah belahkan selumat2nya.siapa yg melumatkannya ?merekalah pejuang2 agama yg menganut fahaman politik demokrasi yahudi, tunjukkan saya di mana dalam dunia ini drp dahulu hingga sekarang pejuang2 Islam yg telah berjaya membentuk negara pemerintahan melalui politik demokrasi…tunjukan…tunjukan…sila tunjukan…yg dapat cuma kebencian, iri hati, dengki, kianat, tamak…sehinggalah Allah sendiri yg memdatangkan hukuman lalu org Islam telah disembelih, dibunuh, diperkosa, dihina dsbnya. Kenapa ? kerana kita sendiri yg telah menyembelih umat ini, bukan org lain. org kafir hanya mengerat2 dan melumat2kan sahaja umat ini yg telah menjadi mayat……….pertimbangkan lah percakapan dan tulisan anda
April 8, 2009 pada 8:21 am
Al-Ghanimah
السلام عليكم
Ustaz memang emosi dalam bab fikrah nie.. ini membuatkan saya pon nak beremosi jugak la.. sistem pembelajaran di Malaysia secara Asasnya adalah sistem Sekular.. dalam pemikiran mereka sekiranya mempelajari ilmu Agama, maka akan menyebabkan anak-anak tidak mendapat kerja pada masa depan.. Anak2 yang mendapat kurang ‘A’ dalam ujian disisihkan…ini adalah pandangan yang lahir dari pemikiran Sekular…
Rezeki adalah dari Allah…yang penting Anak2 mestilah di didik menjadi Anak soleh…kerana hanya anak soleh sahaja yang mendoakan ibubapa…Apa guna berjuta ‘A’ sekali pon kalau sembahyang pon tak tau..inikan pula nak berdoa kpd Allah utk ibubapa samada yang hidup atau pon yg telah meniggal dunia…Fikirkanlah…
Wallahua’lam..
April 8, 2009 pada 8:40 am
Antum
Salam,
tak perlulah nak menyalahkan Kementerian itu dan ini, sedangkan PAS itu bukan tunjang pun dalam PR. kalau PR menang pru 13 pun PAS takda suara, pendidikan tetap akan sekular atau lebih sekular.
PAS kini pun hanya mampu tarbiyah dengan kebencian..
April 8, 2009 pada 10:42 am
Zulfadhli Idris
Asslamualaikum Wbt
Ustaz,
Adakah faktor keturunan itu mempengaruhi perangai dan sifat seseorang? Ada dalil tentang perkara ini?
jika kita lihat, ramai orang yang hebat dalam apa bidang sekalipun mewarisi kelebihan daripada jalur keturunannya. Bagaimana dengan akhlak, adakah sedikit sebanyak diwarisi? Sebagaimana dalam Islam, melahirkan zuriat berkualiti adalah bermula dengan memilih calon (suami dan isteri).
Jzkk
April 8, 2009 pada 2:20 pm
Eda
Pendidikan di malaysia mmg bagus. Bgs sbb sememangnya malaysia adalah negara sekular.. Jd pendidikan pun sekular…
Sepatutnya umur 7thn-14thn adalah waktu utk kita mendidik adab dan disiplin kepada anak2 kita. Waktu ini patut kita bg cukup2 ilmu keagamaan kpd anak2 kita, spy memudahkan mereka memilih jalan yg btl di usia remaja mrk. Ttp pendidikan sekular tidak menekankan kerohani diperingkat sek ren. Hasilnya adalah remaja2 yg bermasalah… Allahualam
April 9, 2009 pada 8:57 am
haikal
Nik Abduh kata,
Di Malaysia, seburuk – buruk pendidikan adalah pendidikan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komen:
Pemimpin PAS pun hantar anak kat sekolah dan universiti kerajaan.
Antaranya anak Allahyarham Fadhil Nor- Anaknya dihantar ke UIA dan oversea. Menantunya pun lulusan undang-undang sekular UIA.
Hasan Syukri pun hantar anak ke UIA dan oversea untuk belajar ilmu sekular di sana.
Haron Din pun hantar anak kat oversea untuk belajar ilmu sekular kat sana.
Datuk Seri Nizar pun hantar anak kat sekolah dan universiti kerajaan yg sekular.
Apa cerita nie?…
Oktober 21, 2009 pada 10:29 am
nh
bodoh la ko ni,,dorang blajar kt tmpt sekular tp akhlak dorang baik xpela,,ko 2 sbyg ckup ke,,nk ckp2 psai ank menantu para ulama ni,,klu kite xdgr ckp ulama,,nk dgr ckp sape,,,pak lah,,najib,,mahathir,,,ade dorg ni sruh ko sbyg 5waktu,,ble nk merdeka bru nk bg ucapan,,,ble nk puasa ade dorg bg ucapan sruh puasa pnuh,,kluarkn zakat,,ade!
April 9, 2009 pada 5:51 pm
mari mendidik anak - anak @ anakkusoleh.1com.my
[…] : https://nikabduh.wordpress.com […]
April 10, 2009 pada 9:57 am
aminchehassan
Ust ana mohon kebenaran buat salinan di blog ana http://anakkusoleh.1com.my/?p=14#more-14.
April 14, 2009 pada 12:02 am
darahmuda pas
Assalamualaikum,
Mintak YB./Saudara/ Abang,
mengambil masa untuk membaca column ini untuk cadangan kepada pas. No related dengan tajuk ini.
http://rausyanfikir.com/2009/04/kempen-taubatmalaysia.html
sekian terima kasih.
April 14, 2009 pada 9:36 am
chekamala
orang cakap pasal akhirat, ramai lagi utamakan dunia.
kalau dah tak mampu melabur di akhirat, jangan marahkan orang yg tak utamakan pelaburan dunia sahaja.
fikiran jika sudah berkiblatkan dunia, amat sukar menerima teguran, tak kira selembut mana pun teguran itu.
April 14, 2009 pada 11:25 am
Mohdabdulaziz
Tulisan ini sangat baik “Mari medidik anak – anak. Biar mereka tumbuh sesegarnya, lalu kemudiannya berbuah selebatnya dan dinikmati sesedapnya”…….Ya Allah Kurniakan Kami (yang membaca artikel ini saja) anak-anak yang soleh dan zuriat yang baik, jangan dok pentingkan A’ jeee…tapi saya guru jcof ada terasa hati jgak lah…tapi memang betul pun.
April 14, 2009 pada 3:55 pm
perisik
ustaz, ada blog kempen ustaz pres KAFA!!!!
KAFA: Annuar Musa Pergi, Nik Abduh Mari.. pantainews.blogspot.com
April 14, 2009 pada 8:53 pm
rohul
lu apahal Haikal. Lu kalau tak nak belajar sains dan matematik, jangan haraplah nak kalahkan Israel.
Lain kali kalau sakit, jangan cari doktor. Duduk rumah baca Yassin sampai mati.
April 14, 2009 pada 8:54 pm
rohul
Cakap tak guna akal, tafsir ikut suka hati mak bapak sendiri. Lu pikir sendiri la woi.
Akal tak subur langsung. Harap nama saja subur (haikal)
April 15, 2009 pada 12:45 pm
globalmalau
itulah ilmu…kalau tak cukup ilmu jadi macam inilah…tak boleh nak sabar..semua orang salah…kita jer betul…itu sebab kurang ilmu…kalau berilmu kebanyakan ilmuan diam jer…kurang cakap…
April 17, 2009 pada 9:03 am
haikal
Dah tu Rohul, yang hang tu jadi macm lembu kena cucuk hidung pasai apa?
April 17, 2009 pada 3:19 pm
Muslim
Salam,
setuju dengan Mu-alaf baru, Ust Nik perlu bermuhasabah diri. Ust mempunyai orang2 yang akan mengikut Ust secara taklid tanpa soal siasat lagi.
Janganlah sampai apa yang kita fikirkan itu perjuangan, sebenarnya bukan perjuangan, tetapi arus yang direka oleh musuh Islam yang mengambil kesempatan kelemahan yang ada pada hati-hati umat Islam malah pejuang Islam sendiri, iaitu kebencian.
Islam itu ditegakkan dengan fitrahnya manakala kebencian pula TIDAK PERNAH MENJADI HAKIKATNYA.
Cinta itu pula hakikat dari rahmatnya dan mendahului. Dimanakah parti Islam yang berasaskan cinta ini?
April 17, 2009 pada 10:55 pm
baratha06
salam..:)
ramai guru j-qaf & kafa yang menyokong pas dan mengajar agama kerana Allah. setengah org pas tu tak tahulah.;
April 18, 2009 pada 9:52 am
haikal
Setuju dgn mualaf_baru,
Komen Nik Abduh berbaur perasangka buruk, dendam kesumat dan hasad dengki yg menjijikkan. Bukalah mata, telinga dan hati anda…dan hentikan menyemai kebencian sesama Islam.
April 20, 2009 pada 5:07 pm
zam
mua’alaf baru dan haikal bukalah mata dan bukalah hati. Sama2lah kita berdoa semoga Allah melembutkan hati kita dan sentiasa mendapat petunjuknya. Memang betul apa yang dituliskan oleh ust nik abduh. Bukalah mata kamu seluas-luasnya. lihatlah apa yang telah terjadi kepada anak2 malaysia yang punya ibubapa yang terlalu longgar pegangan agamanya. Kasihanilah mereka dan anak2 mereka, asbab sistem pendidikan negara yang terlalu…entahlah apa ayat yang sesuai nak digunakan telah menjadikan anak2 tersebut terus jauh dari agama. Mereka terlalu nakal sehingga sanggup mempelekehkan agama. Salah mereka kah? ya memang salah mereka sebab mereka yang melakukannya tetapi tidak tahukah kita siapa yang lebih layak untuk dipesalahkan sehingga menjadikan mereka seperti itu? Mengapalah pemimpin BN terlalu sombong? Tidak tahukah mereka anak2 itu adalah anak2 kami juga. Kami tidak mahu anak2 kami dirosakkan oleh mereka2 yang terlalu cintakan dunia.
Kamu pergilah kesekolah2 agama kerajaan, apakah subjek yang diutamakan? Bahasa…bahasa apakah yang lebih diutamakan? Ini baru sekolah agama…belum lagi sekolah kebangsaan. Bayangkanlah jika sekolah agama pun mereka sanggup meletakkan agama bukan keutamaan, apatah lagi sekolah kebangsaan.
Oktober 21, 2009 pada 10:37 am
nh
saya setuju,,slh satu hasil dr pndidikan ng adlh diri sy,,walaupun sy d skolah ag,,tp msih blm ckup utk sy amalkn ape yg sy blajar,,ruangan ini byk bg sy ksedaran,,t’utama mndidik ank2,,zmn makin mncabar,,dan mncabar juga utk sy didik ank saya,,,org spt pndpt haikal 2,,bagaikn org yg xdpt terima kesilapan sndiri,,dan xbersdia utk berubah,,klu kite perhatikan siswa-siswi kite pun dh mula ade ksedaran utk mngubah krajaan kite,,,AllahuAkbar!
April 21, 2009 pada 5:43 pm
Khairul Hafiz
kenapa kata dapat banyak A dalam periksa tak bagos pulak. kekawan saya dan saya yg dapat banyak a dalam spm bebaru nih tengok bagus je. Tak semestinya kalau belajar pandai tu maknanya tak solat. Tak kena mengena langsung. Kawan saya yang dapat 10a tuh pentingkan solat ape……..
Lagi satu, kite tak boleh cakap kita tak boleh belajar benda keduniaan pulak, kalau manusia tak boleh belja, silap2 komputer yg kite guna sekarang pun tak wujud. Napa pulak kate pendidikan di malaysia tak guna?? Bukan ke kat sekolah ade ajar agama islam, cara bersolat, bace Quran. Kawan2 saya yang hebat bahasa inggeris, dorang pandai ngaji jugak, solat tak tinggal pun?? Memang ade orang yang pandai sesangat belaja tuh, tapi solat tak, tapi tak ramai yang macam nih. Orang macam nih tak majoriti. Majoriti orang yang pandai masa belaja, dorang jaga solat dorang.
Lagi satu, tindakan menentang kerajaan sendiri ialah tindakan bodoh. Rakyat kena patuh dengan kerajaan, kalau tak sampai bila2 pun negara tak maju, n akan kena tindas. Kalau ada yang rasa tak bersyukur tinggal dekat dalam malaysia nih, pergi aje la dekat negara lain….
Oktober 21, 2009 pada 10:42 am
nh
baiklah sy nak certakan satu cerita:
seorang pegawai polis yg tinggi pangkat nya,,diajak belajar agama,,tp dia xnak,,dia ckp saya dh belajar mase kt sekolah dulu,,pafa dpt A lag,,errmm dia nak bandingkan belajar agama mse SPM dgn cabaran dia mnjadi pegawai polis,,lagi tggi kdudukan dia lag tggi cabaran utk dia hadapi,,contoh nya rasuah,,tidak amanah dsb,,klu nk hrp ilmu agama tgktn 5 ckup ke utk hadapi cabaran cm 2,,so pikir kan lah,,ilmu agama ini adlh b’terusan,,makin updated sistem komputer ni makin la kite kena update ilmu agama,,sbb 2 la ade yg suke tgk bnda lucah dlm komputer,,sbb xde iman,,
April 22, 2009 pada 7:39 am
Khairul Hafiz
‘BAHASA’ is a powerful tool that is used to deliver n understanding messages. Since we have already mastered Bahasa Melayu sendiri, no need for us to focus on it more. Is learning english means forgetting our own language???, or forgetting our religion Islam??? I don’t think so…since languages are tools, very useful tools, knowledge cannot be teached or be understood if our language skill is BAD. It’s not harmful learning english, and study ‘pendidikan sekular yang dimaksudkan tuh’, they have benefits n for our own good.
Islam haven’t told us that we cannot study ‘ilmu keduniaan’. Besides, Islam tak sepatutnya digunakan untuk meraih undian dlm party.
IF there is someone who hates ilmu keduniaan, stop using any tecnologies,…. computer ke, microphone ke, n jangan sesekali jumpe doktor.
We should not aspect the best from others, that or this, n why don t we ask ourselves, are we perfect??? We should proud of our own country, Malaysia. Jangan tak bersyukur. Ibu bapa tu(bukan semua) cari salah sendiri, bukan cari salah pendidikan kt sekolah…Sampai bila pon masalah tak selesai kalau salahkan pihak lain
April 22, 2009 pada 10:47 am
zam
salam khairul hafiz, semoga diri sebagus namamu.
tak ada siapa pun dari kita mengatakan menguasai bahasa english itu adalah salah apatah lagi berdosa bahkan digalakkan. Tetapi ilmu mengajar kita mengetahui mana satu yang batil dan mana satu yang hak. mana satu yang patut diutamakan dan mana satu patut dikemudiankan. Takde larangan dalam islam untuk ummatnya untuk menguasai ilmu dunia ( ada ke ilmu dunia?) tetapi disamping itu terdapat larangan untuk keterlaluan. Kalau kamu nak dunia go ahead.
Apa yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa perlu diutamakan bahasa english disekolah agama dan sekolah kebangsaan? Tak salah bahasa english, tetapi mengapa perlu diutamakan bahasa english dari bahasa arab dan bahasa melayu. Kalau nama sekolah dah nama sekolah agama sudah semestinya tanggapan kita sekolah tersebut mengutamakan bidang agama dan bahasanya bahasa arab, dan jika sekolah kebangsaan sudah semestinya tanggapan kita bahasa pengantarnya bahasa melayu. kalau sekolah cina bahasa cina le pengantarnya.
Yang menjadi mangsa didalam sistem sekarang ini adalah BAHASA. padahal mempelajari dan menguasai bahasa Arab, english, melayu dll adalah tidak salah bahkan digalakkan.
Dua orang melayu, kalau mereka pergi tempat org english kena berbahasa english, kalau pergi tanah arab kena berbahasa arab…tak berapa elok le kalau teruskan berbahasa melayu sedangkan dikeliling mereka ada orang tak faham apa mereka cakap, nanti timbul fitnah pulak. Itulah pentingnya menguasai bahasa lain. tetapi adakah patut dua orang melayu tersebut bercakap english atau arab ditempat dia sendiri yang penuh dengan orang faham berbahasa melayu terutamanya kat kampung kat rumah nenek dia. Nanti menyampah pulak orang di sekeliling.
April 23, 2009 pada 3:07 pm
ainohikari
bismillah
“kenapa kata dapat banyak A dalam periksa tak bagos pulak. kekawan saya dan saya yg dapat banyak a dalam spm bebaru nih tengok bagus je.”
owh, rupa-rupanya Khairul Hafiz ini baru lepasan SPM. Patutlah meracau semacam.
dan terima kasih menghadirkan diri kesan orang lain boleh nampak terus kesan pendidikan sekular di sini. v(“o”)
Tenangkan diri dan cuba memahami betul-betul tulisan Ustaz Nik Abduh dan komen abang-abang yang lain yer dik.
JazakAllahhukhaer.
April 23, 2009 pada 4:49 pm
Khairul Hafiz
tak guna lagi berdebat… tak guna salah2kan pihak lain,sekolah ke. Saya dah baca laman ni ada mengumpat-umpat nama2 orang lain…omo 18 taun memang meracau pun… tapi kadang2 ade juga betulnya apa yg saya cakap….assalamualaikum
April 23, 2009 pada 5:01 pm
Khairul Hafiz
ainohikari!!!, aku nak anta virus ngan spyware dekat alamat emel ko. Tengok lah. Sape suruh kate aku meracau.
April 24, 2009 pada 10:33 pm
Ngah n Ngeh
Pada pendapat ana, kita tak boleh salahkan satu pihak… pendidikan awal bermula dirumah… jika mak n ayah solat berjemaah… anak2 yang berumur 3 tahun akan ikut sama… percaya lah… anak2 ini tak kan kacau kita solat malahan dia akan ikut dari segi perbuatan… tetapi jika bapa tak ambik peduli… kenapa nak salahkan pemerintah?…
ana rasa terlalu rigid tuduhan tuan tersebut… tuan perlu lihat bagaimana pendidikan di johor… sebelah pagi pendidikan dunia.. sebelah petang pendidikan akhirat…. adakah ini juga tuan menganggap “…. BN – UMNO yang penuh kejahatan dan penyakit. Semoga anak – anak kita terselamat daripada BN – UMNO yang penuh makar dan perancangan jahat.” Sedangkan johor di perintah oleh UMNO-BN…
Pihak kerajaan persekutuan ada mencadangkan sekolah satu sessi… tetapi kerajaan johor telah menolak cadangan tersebut sebab pendidikan agama perlu untuk dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus bukan cacamarba….
atau tuan tak pernah melihat sistem pendidikan negeri johor lagi…
April 27, 2009 pada 8:11 am
muhamed
jgn dok baloh la blako…ust nik bagi pendpat dia..pastu dia bagii hujah…so sape2 yg tak stju pun…bleh la bagi hujah atek…
perbahsan ilmiah mengenai sesuatu topik itu hruslah di dasarkan dgn hujah..
April 28, 2009 pada 3:05 pm
alqassam
Askum.. apelah antum semua ni.. memang silibus kementerian tak bagus ape.. patutnya diajar agama dahulu .. baru ilmu dunia.. itu yang betul.. dah fakih agama .. enta bagilah ilmu apa pun anak2 kita .. insyaallah boleh di nilai ilmu itu buruk baiknya…. kalau tak.. jadilah profesional yang rasuah, engineer buat kira2 main2.. jimat kos .. jambatan runtuh .. doktor jual ubat tido, ubat batuk sebab nak cepat kaya… jadi ustat yang mengajar agama tapi sebab nak duit.. imam dan bilal yang datang masjid kalau dapat elaun.. sebab tarbiyah awal mereka salah.. mengikut kajian umur 1-7 adalah paling kritikal.. di usia itu kalau kita ajar betul2 insyaallah lekat sampai ke mati…
Kepada antum semua .. jika membaca tulisan sebegini.. jangan cepat melenting.. selami dulu maksudnya… setiap penulis ada gaya bahasanya tersendiri.. dan apa yang ditulis adalah dari ilmu serta pengalamannya yang terbatas.. Kita berhak bagi komen tapi mesti disertakan dengan hujah yang membina bukan dari awal lagi dah nak hentam orang.. berlapang dadalah dalam berbeza pendapat..
Ana bukanlah pandai sangat.. cuma sekadar memberi pandangan dari sekelumit ilmu pinjaman…
(Cadangan : cuba kita balik semak semula silibus kementerian pendidikan..
masa tadika/tabika apa yang diajar , 7-12 tahun apa yang diajar, 13-17 tahun tengok apa yang di ajar.. Semua mengaku panduan kita dunia akhirat adalah quran dan sunnah.. apakah silibus itu menepati kehendak quran dan sunnah.. hidup kita ada dua pilihan sahaja sahabat2… syurga atau neraka.. tiada siapa akan duduk titian sirat itu selama-lamanya.. mesti akan ke syurga atau jatuh dalam neraka… nak syurga ikut quran dan sunnah.. nak neraka ikutlah toghut.. wallahua’lam.
April 28, 2009 pada 10:12 pm
Khairul Hafiz
Saya setuju dengan Ngah n ngeh. Mungkin sy ade melenting seblum ini, maafkan saya… Assalamualaikum
April 30, 2009 pada 9:38 pm
abdullah
Elok ikut kerajaan negeri Johor..saya adalah hasil dari sekolah di johor..belajor ugama petang sampai darjah khas..quraan, fekah, muamalat, munakahat , tafsir, bahasa arab..semua ok..tak ada pon masalah sekular pon..anak pulak sekarang semua belajar agama dan sekular….nampaknya ok je..setakat ibadat khusus nampaknya tak tingal..cuma tak pakai jilbab je..
April 30, 2009 pada 9:58 pm
Amat
Sebenarnya didalam mendidik anak-anak ini ibubapalah yang bertanggung jawab mencaturkan anak-anaknya.Apa yang saya lihat memang ada ibubapa yang ambil ringan tentang pendidikan anak-anak. Seperti di Perak, anak-anak tidak diwajibkan mengikuti kelas agama, tak macam di Johor tu.Ikut kata kawan saya tu, kalu tak pergi kelas petang kena lempang.. Begitu juga di negeri-negeri lain seperti di kelantan, terengganu dll. Cuma baru-baru ini sajalah baru nampak. Sya memang respek kawan-kawan dari Johor memang awal-awal lagi mereka mahir membaca quraan, tajuid dsb.Doa yang berjela-jela pon ramai yang pandai. amalan dan menghayati agama pula itu adalah bawan masing-masing setelah ilmu diajarkan.
April 25, 2010 pada 10:26 pm
liza
assalamualaikum…
saya ingin sangat nak tau lebih lanjut mengenai maadad tahfiz NikmatiLlah. saya sebenarnya sedang mencari tahfiz kelolaan Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka Kelantan.tq n wassalam..
Mei 4, 2010 pada 8:02 pm
salam
assalamualaikum,
Salam sayang untuk semua umat Nabi Muhammad, semoga kita sama2 saling tegur menegur untuk kebaikan umat keseluruhannya. Sama2 kita cermin diri kita, semoga Allah jadikan kita untuk berikan manfaat kepada semua makhluk.
terima kasih che abdullah(johor)
Mei 9, 2010 pada 9:59 am
NORDIN
PAS PUN BUKAN SEBAIK MANA PUN …SEKARANG NI HANYA DIBAWAH TELUNJUK PKR DAN DAP. DENGAN SISTEM PENDIDIKAN SEKULAR INI LAH RAMAI PEMIMPIN PAS BERNAUNG …..BUKANKAH UMNO JUGA MENGUJUDKAN SEKOLAH AGAMA, SEKOLAH PONDOK MALAH DIBERI BANTUAN KEWANGAN JUGA. LULUSAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA JUGA DIBERI PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE SEKOLAH TINGGI. PAS HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN NYA.
November 27, 2012 pada 7:04 pm
anbz
sekolah pondok bagus ke? taklid buta baguske? kalau bagus , tentulah banyak pakar hadits lahir di nusantara , tapi dr zaman parameswara , kita org melayu tak pernah pun ada pakar, untuk soalan ni jgn nak bohong , kedua , dr zaman parameswara …tahun 80an baru org pompuan muda nak pakai tudung …lambat sangat, pasal yg belajar “agama” dan menyampaikannya pun lemah… 2 persoalan ni kau tak dapat jawab sampai matipun
November 27, 2012 pada 7:08 pm
anbz
semua aqidah yg umno pegang pas pun pegang, cara shalat sama, puasa, ibadah , bid’ah yg umno buat pun pas buat juga … 2 x 5 , beginilah Allah swt melaga2kan golongan2 yg tak faham Al-Quran dan hadits. Oops time shalat …org umno byk pergi masjid ke pas masa shalat fardhu? …asmkm, ta ta