Salam Kamunting,
Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan – kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”
Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.
Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.
Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”
Cepat – cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”
Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”
Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.”
“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.
Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”
Senyap seketika. Saya perasan dia angguk – angguk geleng – geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.
Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.
Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).
Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.
122 comments
Comments feed for this article
Ogos 3, 2008 pada 2:31 am
Rusdi
Salaam Ustaz,
Harap2 bukan kawan Ustaz saja yang FAHAM apa yang di Kata/Maksudkan. Biar semua yang membaca entry Ustaz ini Faham, Fikir & Bertindak semampunya.
Rusdi Abu Bakar.
Ogos 3, 2008 pada 4:12 am
Snowflake
Assallamualaikum
Terharu juga saya baca perihal sahabat ustaz itu. Memang selalu kejadian, niat ikhlas kadang kadang menjadi sebaliknya pada pandangan mereka yang sudah “diambang kekecewaan”.
Tapi saya yakin, isu muqabalah ini akan berlalu dan akan hanya menjadi sejarah dikalangan orang orang PAS dan yang menyokongnya. Dan pada pendapat saya isu ini bagus juga terjadi, kerana ada hikmahnya. Ia akan membuat PAS lebih berhati hati apabila ada perlaksanaan yang ingin di implementasikan.
Saya juga pasti penyokong, orang orang PAS sendiri dan dikalangan pemimpin pemimpin PAS juga senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya kekeliruan ini dapat di selesaikan dengan seizinnya .
Wassallam
Ogos 3, 2008 pada 7:09 am
abu razeen 2
Harakah dan warga Harakah dlm Siasah perlu kaji balik “hubungan diplomatik” yg terjalin dgn mohd sayuti omar. Tiga tulisan terakhir mso dlm klpos.com tidak beradap kpd pimpinan tertinggi Pas. Tulisan terkini: “Ada usaha Pas pujuk Hadi Awang” has crossed the line even further dan kurang ajar sungguh dgn Murshidul Am.
Lutfi wajib baca setiap perkataan yg digunapakai oleh mso dan buat kenyataan terbuka sikap beliau terhadap tulisan mso ini.
Pelik sungguh setelah mso dedahkan hatiperutnya lama dulu melalui buku Kisah Tiga Abdul( yg hina Cikgu Rahim, Ustaz Halim dan besan Murshidul Am dan secara langsung atau tidak langsung perlekeh integriti Murshidul Am ) masih ada kalangan warga Pas yg tergamak “bermesra” dgn mso.
Nah!! Buktikan kasih antum kpd Murshidul Am dan Presiden dgn keluarkan statement terbuka kpd org yg ada ciri dolah bin ubai pdnya.
( Peringatan: jgn ada yg loyar buruk menuduh ana kata Presiden dan Murshidul Am itu maksum. Muhasabah dan malahan perbetul dgn pedang itu perlu jika diperlukan, APA yg jadi ISU disini adalah BAHASA yg diGUNAPAKAI dan CARA penulisan dan SINDIRAN dan INSINUATION yg biadap dan mala fide.)
Ogos 3, 2008 pada 11:56 am
Hjh Musalmah
Assalamualaikum,
Pada saya isu perbincangan itu perkara kedua, apa yang amat penting ialah isu pembohongan. Tidak mengaku adanya pertemuan di awal awal kemelot.
Kalau orang PAS sendiri telah terikut ikut dengan cara UMNO, maknanya tidak ada makna saya menyokong PAS.
Ogos 3, 2008 pada 3:55 pm
chepirate
salam…Muqabalah.!!!!
Aku rasa ramai lg akan masuk ‘tabligh’ dan yang nak masuk ‘DAP’ pun ada…… Betul dan stuju dgn ustaz….. “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”
Dan aku jgk bersetuju dengan pandangan (mungking PENDEDAHAN) MSO.sdr.abu razeen 2 jangan terlalu fanatik memuja seseorang betul kata mso,apa nk kalut pasal bahasa yang biadap kalau AGENDA ITU BETUL?….ITUlagi biadap kalau nak lemby sikit’tak ada adab ATAU kurang ajar lebih mudah…..
tolong jelaskan Ustaz maksud..’ ( unsur buruk dalam parti ).
Ogos 3, 2008 pada 4:16 pm
Roslan
Apa yang salah dengan tabligh.Adakah seseorang yang buat tabligh akan hilang kelayakan untuk menyokong mana-mana parti politik atau tidak dapat mengundi parti yang diyakininya dapat membela rakyat keseluruhannya. Kalau seseorang tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu aalah tidak adil / layak untuk seseorang itu member komen tentangnya.
Ogos 3, 2008 pada 6:36 pm
antiamno
sdr roslan,
Ust tak kata pun tabligh tu salah. Dia kata kalau masuk tabligh kerana benci politik tu yang salah. Tabligh yang suka politik itulah yang baik. mungkin hebat lg.. ke gitu rasanya ustaz? Ustaz nik bahasanya biasa, tapi kena cermat untuk faham..
Ogos 3, 2008 pada 10:31 pm
bumilangit
tabligh? bila? mana?
jom makan kambing dalam talam.. kah kah kah!
Ogos 10, 2010 pada 9:12 am
sarah89
Salam.saya setuju politik dalam islam juga penting.Rasulullah pun terbukti mengamalkan politik melalui penubuhan perlembagaan madinah, pengutusan wakil serta gabenor oleh khalifah2 selepas Baginda.
Dalam konteks kita di Malaysia pada masa sekarang memang amat penting untuk semua Muslim bersatu hati dalam berpolitik agar sebuah negara Islam yang benar2 mengamalkan sistem perundangan secara Islam dapat direalisasikan kerana sesungguhnya janji Allah kejayaan hanyalah dalam mentaati perintahnya.contohnya kalau undang2 islam dapat mula dilaksanakan, pesalah-pesalah zina serta kes buang bayi akan akan berkurang insyaAllah.tak perlu dengan idea2 perah otak nak buat sekolah untuk student hamil…bila manusia membelakangkan hukum Allah dan meggunakan akal untuk melaksanakan amal makruf…siapa mereka ini?tentulah kumpulan politik yang memipin negara.oleh itu perlu bersatu hati anggota-anggota dalam Pas serta tetap kepada matlamat asal iaitu untuk menegakkan amal makruf nahi mungkar.namun banyak sekarang ahli pas yang tidak bersatu hati, boleh mencaci sesama saudara seangkatan dan saya percaya, perjuangan sebegini lebih kepada merebutkan kuasa dan pangkat.
Satu lagi, saya rasa kalau dihalusi semula, dari konteks bangsa, Umno itu tidak ada salahnya.tujuan penubuhan Umno dahulu adalah untuk membela orang Melayu dan mereka ini ikhlas berjuang.cuma sekarang kebanyakan ahlinya semakin rakus mengejar kemewahan, harta dan pangkat dan darjat.kalau ahli pas yang bersifat sebegini, apa yang membezakan mereka dari golongan2 ini?namun masih ada segelintir ahli umno(veteran selalunya) yang masih ikhlas berjuang untuk bangsa dan kebanyakan mereka ini bukanlah golongan yang berada.saya kenal beberapa orang.tapi tu lah, pengetahuan agama mereka agak kurang.sepatutnya islam yang diperjuangkan.islam mengharamkan assabiyah.semua islam adalah bersaudara.
KEPADA BUMI LANGIT:apa salahnya makan kambing dalam talam?anda makan kambing dalam pinggan?memang orang tabligh makan dalam talam.itu berjemaah dan menurut antara sunnah yang pernah dilakukan oleh rasulullah.kenapa anda ketawa berdekah-dekah seperti itu?kalau untuk tujuan menghina mohonlah bertaubat.kerana anda menghina sunnah Baginda, Baginda sendiri seterusnya mengundang kemurkaan Allah.
Memang konsep tabligh tidak menekankan politik.tetapi tidak bermakna ahlinya tidak mengundi.banyak yang masih mengundi dan selalunya Pas yang menjadi pilihan insyaAllah kerana tujuan dan arah perjuangan adalah sama.menegakkan ISLAM di bumi Allah.hanya mereka tidak aktif berkempen kerana mereka mengamalkan usaha dakwah.dan banyak ustaz yang berkata, tiada yang salah dalam tabligh.mereka semua mengamalkan sunnah Rasulullah.kalau tak suka diam.kalau anda kutuk mereka, anda kutuk sunnah Rasulullah..lainlah kalau anda tidak pernah takutkan kemurkaan Allah.nauzubillah.
Maaf semua jika ada yang khilaf dalam comment saya.saya masih seorang pelajar yang mengimpikan keamanan dalam beribadah dan susana agama dalam kehidupan.saya suka konsep Pas, saya kagum dengan Nik Aziz dan banyak ulama’ nya.namun sedih, sekarang niat kebanyakan ahli seperti sudah terpesong.cinta dunia takut mati..nauzubillah.benar kata Ustaz, teruskanlah ikhlas dan bersabar dalam menegakkan kebenaran ISLAM.ALLAH tidak menerima sebarang amalan yang tidak ikhlas malah sifat sebegini menjerumus kepada syirik khafi..wallahualam.
Ogos 3, 2008 pada 11:13 pm
Nur Hakim
Tak salah masuk tabligh, jemaah pun ramai dalam tabligh, ana pun masuk tabligh juga, cuma biarlah kita mementingkan ilmu dahulu, agar kita faham bahawa, dakwah dan politik itu bergerak seiring. Cuma, dalam tabligh, tidak menolak politik, ia hanya sebagai adab dan ingin menjaga perhubungan sesama ahli yang terdiri daripada latarbelakang sahaja. Namun, ramai yang tidak faham.
Ogos 3, 2008 pada 11:54 pm
kaki gunung jerai
Salam
Terima kasih ustat, jawapan kepada kawan ustat tu yang dok cari, posting pendek macam ni pun tak pa, boleh lebih kerap. Nak panjang2 macam selalu ambik masa
Ogos 3, 2008 pada 11:55 pm
abu razeen 2
“apa nk kalut pasal bahasa yg biadap kalau agenda itu betul?”
Ustaz, tulisan ana bincang khusus tentang Murshidul Am dan Presiden. Dan ana tak nak buang masa LAYAN ORG YG TAK BERADAP hingga sanggup keluar statement diatas dikala khusus sentuh pimpinan yg ana kasihi.
Dan ana tak nak cari musuh baru; cukuplah iblis, umno dan teman sewaktunya.
Sekadar ulangi peringatan ana:
……..perbetul dgn pedang itu perlu jika diperlukan……..
jadi tak timbul isu ana memuja seseorang.
Sebagai muhasabah kpd ahli Pas yg baca ulasan ini dan ulasan ana yg asal, tarbiyyah yg sempurna tlh lengkapkan antum utk tahu adap berbicara dgn pemimpin. Kpd yg bukan ahli, saya ucapkan ………..
ulasan ini tidak melibatkan anda.
Ogos 4, 2008 pada 8:06 am
Top Posts « WordPress.com
[…] dah nak masuk tabligh dah.. Salam Kamunting, Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. […] […]
Ogos 4, 2008 pada 8:44 am
hj anuar
Tabligh ni jemaah yang tiada sempadan……………
Seluruh dunia ada jemaah yang sedang bergerak dikampung-kampung, padang pasir, gunung ganang , hutan belantara………….
Membawa kalimah Allah dan Menyeru manusia mengeluarkan yang selain Allah dari hati………….
Jadilah apa-apa – peniaga, kerja kerajaan, petani , pelbagai ras dan bangsa………..
tiada membenci sesama manusia….
Alangkah besarnya perbezaan dan jauhnya arah tuju……
Ogos 4, 2008 pada 10:17 am
Zam
Assalamualaikum w.b.t, janganlah kita ingat tabligh ni sebagai satu jemaah alternatif, barisan alternatif adalah. Janganlah kecewa dengan politik baru nak ingat tabligh. Kita adalah saudara didunia dan akhirat, lain le kalau ada pihak yang tak nak ngaku kita ni bersaudara. Selagi kita bertuhankan tuhan yang sama dan bernabikan nabi yang sama di bumi yang sama ini tugas kita adalah sama walupun pemahaman dan pendekatan berbeza. Kita punya rujukan yang sama cuma cara kita merujuk untuk mendapatkan kefahaman saja yang berbeza. Bermula amalan itu dengan niat. Buat rakan ustaz tu tak payahlah nak join tabligh sekadar nak lari dari politik, kalau jiwa memang dah sebati dengan politik teruskan je cuma perlu diingat apa yang kita buat adalah untuk rahmat seluruh alam. Ingatlah, hendaklah ada satu golongan mengajak kepada kebaikan…kalau masing2 fikir mereka digolongan yang membuat kebaikan dan menajak kepada kebaikan so apa ke maslahnya…kan baik gitu. Kalau salah nasihatkan…no harm kan?
Ogos 10, 2010 pada 9:16 am
sarah89
betul.tabligh bukan alternatif.tabligh bukan parit politik.tabligh tiada sempadan.tak salah masuk tabligh dan dalam masa yang sama sokong pas.tujuan dan niat serta arah tuju yang sama…sabar dan ikhlas itu yang penting dalam melaksanakan amar makruf nahi mugkar
Ogos 4, 2008 pada 1:34 pm
iswarahijau
ustaz,
mungkin berkhalwat dgn DAP/PKR adalah jalan lurus yg terbaik buat masa ini daripada dakwah kepada UMNO. nampaknya terpaksa senyapkan seketika perjuangan sebenar semata2 untuk kekalkan undi bukan Melayu sambil mengharapkan dlm PRU akan datang majoriti Melayu akan memangkah PAS, PAS akan menggantikan UMNO dan menjadi dominan dlm PR, barulah DAP/PKR terpaksa tunduk.
Ogos 4, 2008 pada 3:08 pm
Nazly
Assalamualaikum
Segala pujian hanya bagi ALlah, selawat dan salam kepada Nabi saw. Sekadar ingin berkongsi pendapat dengan ustaz, kawan ustaz tu, dan sahabat pembaca, supaya mungkin ALlah campakkan pemahaman kepada kita hasil keikhlasan dan keterbukaan semua dalam meninggikan kalimah ALlah dan meneruskan perjuangan Nabi saw dan sahabat.
Pada pandangan hamba, jalan dakwah adalah lebih meluas skopnya daripada jalan politik. Dalam jalan dakwah dan kegiatan tabligh Rasulullah saw yang universal, ada tersembunyi maslahah ummah dan politik sejagat, tapi dalam jalan politik tidak semestinya terselit unsur dakwah, bahkan mudah sekali tergelincir kepada kepentingan bersifat individu dan kepartian, sesuai dengan tiga aspek yang dikaitkan dengan dunia iaitu wanita, harta dan takhta/kuasa yang pernah ditawarkan Musyrikin Makkah tetapi ditolak Nabi saw semata2 ingin meneruskan jalan dakwahnya. Cuma tertanya mengapa Nabi saw tidak memilih tawaran politik sebagai ketua walhal ia dapat memudahkan dakwahnya? Dalam konteks Malaysia khususnya, medan seorang ahli politik adalah negaranya yang bersempadan, tapi seorang mubaligh medannya adalah umat seluruh alam tanpa sempadan. Sebagai contoh, seorang ahli politik PAS akan terhad, hampir pasti dakwahnya tidak diterima seteru dalam UMNO kerana wujud jurang perbezaaan politik, tapi seorang mubaligh akan bebas berdakwah dan diterima semua golongan PAS dan UMNO, hatta PKR dan DAP. Contoh kedua, dalam jalan politik, natijahnya lawan yang tewas hampir pasti akan terus jadi penentang / pembangkang, bagaimana mungkin dakwah berhasil daripada jalan politik untuk menyelamatkan mereka daripada terus menentang pelaksanaan Islam walaupun mereka muslim? Contoh lagi walaupun PAS menguasai negara dan menggubal undang2 Islam, mereka yang dalam UMNO hampir pasti jadi pembangkang, politik tak memungkinkan mereka menerima dakwah cara PAS. Berbeza dengan jalan dakwah atau tabligh, sasaran mubaligh bersifat lebih umum dan global, ingin menyelamatkan semua umat tanpa mengira latarbelakang, bahkan hingga kepada yang belum beriman. Sifat dan aspek politik dalam usaha dakwah dan tabligh adalah lebih halus dan hikmah, sepertimana jalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw dan sahabat, mereka berjaya memerintah sebahagian besar dunia bukan melalui perebutan kuasa daripada Musyrikin Makkah, Rom, dan Parsi, tapi kebanyakan musuh Islam akhirnya tunduk di bawah undang2 Islam melalui jalan dakwah dan tabligh, bukan sekadar limit 40 hari seperti disentuh artikel di atas, tapi pengorbanan berbulan-bulan tanpa jaminan pulang sahabat telah meninggalkan Makkah Madinah, anak isteri kampung halaman, bahkan berjauhan daripada Nabi saw sendiri untuk sempurnakan maksud agama.
Pada pandangan hamba juga, orang ikhlas tak mungkin akan terperangkap. Bukankah syaitan akan dapat menipu semua manusia kecuali mereka yang benar2 ikhlas, mungkin boleh rujuk beberapa ayat Quran dan potongan hadith untuk kepastian. Dalam apa2 isu pun, orang ikhlas tak akan ditipu dan terperangkap. Jelasnya, orang yang ikhlas akan dipandu hidayah daripada ALlah untuk memilih jalan yang lurus. Pada saya, cetusan hati kawan ustaz tu datang daripada ALlah, untuk memilih jalan dakwah yang lebih mirip kepada cara Rasulullah saw, lebih universal dan global merentas sempadan, yang mana fikrahnya lebih kepada kemaslahatan ummah tanpa sempadan, yang mana natijah akhirnya apabila semua umat bangun menggalas tugas2 tabligh, bukan hanya Malaysia, bahkan seluruh dunia akan tunduk kepada ketuhanan ALlah dan hukum2nya, hingga apabila seluruh umat Islam seluruh dunia bersatu dalam menyambung kerja tabligh Nabi saw tanpa mengira latarbelakang, bukan sahaja Malaysia sebagai negara Islam bahkan satu dunia akan kembali kepada kekhalifahan Islam, dan orang yang belum beriman akan berbondong2 datang kepada agama. Bukankah Nabi saw telah tunjukkan jalannya, ‘qul hazihi sabili ad’u ilALlah a’la basiratin ana wa manittaba’ni…’ ALlah telah beritahu Nabi saw dalam Al-Quran supaya katakanlah hanya ini sahaja jalanku, iaitu menyeru manusia kepada ALlah dengan keterangan jelas nyata, inilah jalanku dan sesiapa yang mengikut aku. Kesimpulannya, mungkin bagi kawan ustaz tu dan kawan2nya yang lain, inilah masanya memilih jalan yang lurus… wALlahualam.
Sekadar berkongsi pendapat,
Umat Nabi saw.
Disember 10, 2009 pada 3:11 pm
UCOP
Salam,
Kalau semua orang jadi tabligh, tak ada yang sokong politik sapa nok ngundi atau nok biarkan negara biar gitu jee sapa-sapa pun boleh memerintah…sebab masa hari ngundi semua jamaah tabligh keluar 40 hari ada yang gi ke india ade yang gi keluar dari tempat ngundi dan ada yang berfahaman tak payah ngundi, tenatlah kuasa pemerintahan nok pakai serban ala tabligh pun tak buleh, saudara kene faham lagilah perkara-perkara lain… ade sebab Rasulullah SAW tak terima tawaran tapi objektif untuk mencapai kuasa pemerintahan yang denganya tertegak segala petunjuk al-quran tetap menjadi suatu keutamaan.
Pernah keluar ke Sg. Petaling semasa di UPM dulu, kalu gi masjid india selipar kene letak sebelah ditempat lain, ramai warga pelik.
Ogos 4, 2008 pada 3:33 pm
muhammadhanif
Salam Perjuangan…
Saya sokong apa yang Zam katakan, Tabligh ni sebenarnya ada yang tidak pernah langsung mengundi dalam pilihan raya. Meraka mengatakan ; “Apa ini parti politik, kalau asyik nak mengata orang.”
Mungkin mereka ini tidak mendapat pemahaman yang mendalam tentang perkara ini. Tapi ada juga orang dakwah, tp jadi AJK Bahagian UMNO. Contohnya bahagian Rantau Panjang. Mungkin kita perlu lebih kerja kuat lagi untuk memahamkan mereka ini.
Kalau dari sudut kerja ajak mengajak orang untuk buat kebaikan / pergi ke masjid, kita tak dapat lawan orang tabligh ni. Itulah kelebihan mereka yang patut kita contohi.
Ogos 4, 2008 pada 4:43 pm
pongkok
nak wat dakwah konon..
diri sendiri pun cam pongkok ayam
Ogos 4, 2008 pada 4:45 pm
jamban
hi
Ogos 4, 2008 pada 5:26 pm
toyol90
Salam,
Maksud kawan ustaz adalah usaha dakwah. Bukankah dalam PAS, dakwah itu menjadi satu keutamaan. Jadi jika dia tak bersama PAS, dia berhasrat meneruskan dakwahnya melalui tabligh.
Dalam hal muzakarah dengan UMNO tu, berhati-hatilah. Tak kan tak biasa dengan Mr. Flip-flop ni, apa saja boleh berlaku.
Ogos 4, 2008 pada 7:27 pm
muazan
tulisan mso ada yang betul, tetapi ada juga yang menyimpang. Itu bukannya quran sebagai rujukan.
Ogos 4, 2008 pada 7:30 pm
muazan
sekarang ini , saya rasakan dalam parti kita macam ada 2 team bolasepak.Saya rasakan juga macam yang akan berlaku seperti di turki . Dulu ada parti refah aje, kemudian berpecah kpd 2, satu AKP dibawah erdogan, dan satu di bawah necmettin ( mili salamat ).Agak2 ustaz, mana satu pilihan kita nanti yer
Ogos 4, 2008 pada 10:34 pm
tamu pulau melaka
yth. ustaz.
mudahnyaaa sahabat kita tu mengalah dengan sedikit dugaan dan kecelaruan politik semasa/kini…nak lari ke tabligh (jemaah tabligh barangkali). di situkah tempat penamat larian sehingga membelakangi ulama yg diimami selama ini?
dalam/melalui /cara politik PAS (Party=Jamaah=Kumpulan Islam Se Malaysia) juga adalah satu cara tabligh. bukankah dua2 tok guru (TG Mursyidul’am & TG Presiden) dan lain2 ulama dalam PAS bertabligh setiap pagi jumaat di lokasi masing2 selain bersyarah. ceramah, forum dan khutbah kepada kita di samping mempersembahkan kitab2 tulisan mereka ke pembacaan kita?
bertabligh bukan saja keluar…ukhrijat linnas… bukan semata2 /semestinya /terpaksa ke sana-sini spt sesetengah yg digelar ‘org dakwah’. peranan dakwah adalah wajib bagi semua org yg beriman. seorang guru atau ustaz juga bertabligh di sekolah masing2. menggunakan media2 termasuk mengguna blog begini juga adalah bertabligh, menyampaikan risalah Allah.
berdakwah kena berhikmah selain siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. malah keempat2 sifat inilah dinamakan hikmahnya yg ada pada setiap rasul dan nabi -selawat dan salam ke atas mereka. dan Rasulullah s.a.w. adalah penganjur politik yg ideal. begitu juga beberapa orang rasul yg lain.
selain kita merujuk nas, kita kena rujuk dan ikuti juga pimpinan ulama yg mu’tabar (mungkin mereka ahli politik, saintis, pakar ekonomi, doktor perubatan, pakar kemasyarakatan selain kewarakan mereka) para sahabat Rasulullah dan para ulama tabi’iin adalah contoh terbaik bagi kita. bukankah para ulama itu pewaris para nabi?
maka mengapa kita mudah menukar haluan ketika kita berada pada kondisi yg sedikit mencemaskan, pada hal itulah dugaaan. dan mengapa mudah kita nak singkirkan kisah di Bukit Uhud dan kesan peristiwa di Hudaibiyah?
Ogos 5, 2008 pada 3:04 am
chepirate
AKU ….setuju dengan Muazan.!!!!!!!
MSO selalu menimbulkan ‘provok’tapi adakah ianya tak betul atau sebaliknya……
banyak yang aku lihat dan perhati bila MSO tulis nak jadi KENYATAAN.!!!! mesti ada yg bagitau……contoh macamana jocylene tan boleh tahu perihal mesyuarat pas pusat???…..mesti ada ‘BARUA’ kt dalam
kalau MSO tak cakap pun orang semua dah tahu…!!!!!!!
‘APAKAH KEPIMPINAN ULAMA’ AKAN LENYAP,HANYA SEJARAH SJA TERCATAT.
Ogos 5, 2008 pada 8:39 am
Aamanu
Assalamualaikum..
Nak masuk tabligh ok la kut.. satu platform yang bagus jgk.. tapi saye tak pasti pulak kalau masuk tabligh tu kene asingkan diri dari politik.. saye tak tau mendalam sgt pasal tabligh ni..
Sy tak setujulah kalau lari drpd masalah.. kalau masuk tabligh sebab keliru ngan PAS tu dah lain sebab.. takkan masuk PAS nak harap semuanya manis, kalau ade masalah pun tahap matematik darjah 1.. kalau susah sikit.. keliru.. pening2.. kemudian nak lari dari masalah..
Pejuang mesti menghadapi masalah di hadapan.. walau mcm mana rumit sekalipun.. sekrg ada masalah rumit.. mcm mana nak jadikan PAS tunjang dlm PR. Nak selamatkan perjuangan Islam jgn tenggelam. Nak selamatkan maruah Islam jgn dinjak-injak.. berdakwah bagi kekawan faham.. memang rumitla.. tapi jgn larilaa..
Ogos 5, 2008 pada 9:38 am
hafizaid jr el mohammady
ustaz. nak mitak kebenaran ustaz nak siarkan artikel ni kat TKO. nanti ana letak nama ustaz..
Ogos 5, 2008 pada 4:08 pm
abu tamim
cuba rujuk perkara ini kepada TGNA, tok guru sendiri mengaji di benua India, malah pernah melapangkan masa dengan kerja-kerja tabligh. malah ramai ustaz lulusan timur tengah, ahli PAS mahupun UMNO, bekas artis, ahli sukan, golongan professional, pensyarah, pegawai JAKIM malah bekas kaki maksiat sekalipun telah melibatkan diri. ini kerana tabligh bukanlah organisasi seperti PAS atau UMNO yg perlu isi borang masuk jadi ahli, namun tabligh ialah satu amal atau kerja setiap orang Islam. siapa sahaja mengucap syahadah dan mengaku umat kepada Rasulullah saw perlu memikul tanggungjawab kerja tabligh, walaupun dia pendosa dan hanya alim satu ayat sahaja. dakwah tabligh perlu dilakukan mengikut sunnah, atau setidak2nya hampir atau ke arah sunnah, barulah ada kesannya dan berunsur hikmah. cth dakwah melalui internet termasuk blog & comment ni, ceramah radio dan tv memang boleh tapi kurang hikmahnya jika dibanding bertemu muka hati ke hati, ditambah dgn mujahadah seperti Rasulullah saw lorong ke lorong, kabilah ke kabilah. pergerakan umat Islam mujahadah ke sana sini itulah asbab hidayat. kita juga perlu faham apakah siasah atau politik dalam Islam, adakah hanya melalui parti atau pilihanraya, dan adakah itu cara Islam? kita nak menegakkan Islam dgn cara peninggalan yahudi nasrani, mana mungkin kecuali hanya cara Nabi. kita anggap politik Islam hanyalah PAS dan amal kerja dakwah tabligh meninggalkan politik ekonomi dll, walhal dlm kerja peninggalan Nabi tersimpan siasah yg lebih besar drp dunia politik Malaysia. Parti Islam yang lahir hari ini hanyalah hasil pemikiran dan usaha sebahagian ulama yang berpendapat wajib berjuang dgn cara tersebut, namun siasah Islam bukan sekadar itu malah lebih luas. jgn sempitkan pemikiran kita dgn menganggap politik kepartian shj yg berada di jalan yg betul, dan apabila ada saudara Islam yg kembali kpd cara tabligh, kita tuduhnya terperangkap dgn iblis, UMNO dll, tuduh membelakangi kepimpinan ulama dll. kadangkala kita sibuk berkempen dan berjuang di Malaysia, namun kerja kenabian yg dihidupkan semula di akhir zaman ini telah menerjah ke seluruh pelusuk dunia menyelamat dan menyatukan umat, bukan hanya kepada khilafah yang satu, tapi yg lebih penting kepada Rabb yg satu. kita sibuk ‘berpolitik’ untuk satu wilayah sedang umat satu dunia hari-hari mati tanpa iman, rakyat muslim dlm wilayah tu pun kurang separuh yg solat, ceramah ‘politik’ puluh ribu dtg namun solat jemaah masjid berapa saf shj. saya pun pandai ckp menaip je, tak beramal pun dgn apa yg dikata. semoga Allah ampunkan kita dan pilih semua di kalangan umat ini utk sambung kerja tabligh cara Nabi.
Ogos 5, 2008 pada 5:59 pm
melayutara
Salam,
Pas mengambil jalan yang selamat dgn mengatakan Pas akan terus bermuzakarah dgn sesiapapun demi Islam dan perpaduan umat Islam (Melayu). Malangnya ketika ini, pendirian Pas ini tidak disukai oleh pengikut2 parti DAP dan PKR dengan melontarkan serangan berbentuk peribadi terhadap pemimpin2 Pas terlibat dalam pertemuan awal dgn UMNO.
Lebih menduka cita terdapat segolongan ahli Pas dan juga bloger’s Pas turut serta menyerang peribadi pemimpin tersebut. Seolah2 mereka ini cuba menjatuhkan karier politik pemimpin tersebut dimata ahli Pas lain demi menaikan pemimpin kesayangan mereka. Adakah mereka tidak sedar pertemuan mereka telah direstui oleh Majlis Syura atas dasar Perpaduan Umat Islam dan Melayu ataupun sengaja membutakan hati dan mata kerana amarah yang amat sangat terhadap UMNO atau demi kepentingan politik individu tertentu di dalam PAS.
Point yang diutarakan mereka adalah UMNO tidak kalah pada PRU12 lalu malahan hampir menang semua kerusi yang ditandingi UMNO. Persoalan mereka mengapa harus bimbang akan Keistemawaan Melayu dan Islam terhakis? Bagi kami ahli2 UMNO kemenangan besar DAP itulah sebagai bukti besar keistimawaan melayu dan islam boleh terhakis. Sudah cukup bukti bagaimana PAS mampu didiamkan demi menjaga hati rakan2 pakatan lain.
Anda boleh melihat sendiri bagaimana Ahli Kabinet Bayangan yang dicadangkan oleh salah seorang MP DAP diblognya. Sehingga Portfolia Agama dijabatan perdana menteri pun diambil oleh MP DAP. memang itu sekadar cadangan tetapi jelas menunjukkan niat meraka bagaimana mereka hendak menguasai pucuk pimpinan negara.
Persoalannnya mampukah memainkan peranan besar menerajui pucuk pimpinan negara atau sekadar gah digelangang sendiri sehingga keistimewaan melayu dan islam terhakis didepan mata sendiri!!
Ogos 5, 2008 pada 7:26 pm
cetusan
Assalamualaikum..
dah nak masuk tabligh dah..
Dalam PERJUANGAN perlu ada DAYA JUANG dan DAYA TAHAN…
Kalau tak ada, mulalah confius, mulalah nak melatah …
Kita kata Pemimpin cepat melatah.. Kita pun sama…
Ada masaalah sikit dah nak lari… baik tak payah berjuang …
Daya Juang .. Motivasi diri.. perlu sentiasa ada.. sentiasa diperbaharui ..
Daya Tahan.. Dilandas ilmu.. sentiasa tazqirah diri …
Kedua ini akan bergerak seiring ….
Tanpa Ilmu akan cepat hilang daya juang .. Mencari dan mendampingi ilmu
adalah sesuatu pekara yang berterusan …
Mana ada jalan senang dalam perjuang ..
Kalau nak hidup indah saja … Dakwah saja …
Negara dan pemerintahan nak biar saja ka?
Tak ubah macam kita mentadbir agama …
Kuasa dan pemerintahan … nak biar kominis, nak guna sekularis, nak bagi orang-orang munafik yang daulatkan …
Kenapa ? Dakwah dan AL-Quran tak bolehkah nak urus tadbir dan didaulatkan memerintah negara …
Dakwah perlulah dilihat secara syumul .. menyeluruh ..
tak boleh ambil suku buang suku …
Ambil kereta BMW … Pakai tayar kancil .. apa jadi, lu pikir lah sendiri ..
Tidak terfikir saya Pimpinan kita mencari Kuasa dan Jawatan ..
Kita mendapat kuasa kerana mandat yang diberikan …
Kita menerima mandat dan berazam kerana ini adalah amanah tuhan..
Keiklasan sebagai khalifah .. dalam mendaulatkan agama.
Buka pandangan, jangan sempitkan perjuangan dengan isu yang
dicipta dari mereka yang memamg sempit pemikiranya ..
Jawabnya kita juga sempit sebagai mana mereka …
Berlapang lah dada jika dijalan yang benar …
Jika kita bersama – sama alim ulamak berdampingan dan memimpin kita …
Kenapa perlu goyah istiqamah …
wassalam …..
Ogos 5, 2008 pada 10:51 pm
zahrah
salam…
betapa Allah sayang kita yg ‘duduk’ dlm perjuangan ni..Allah bagi ujian isu muqabalah ni…bak kata seorg pengkomen kita, dgn adanya isu ini PAS akan lebih berhati2 dan disinilah masanya ‘tapisan’ demi ‘tapisan’ akan dibuat bagi yg sblm ni ikut jemaah hanya atas dasar semangat bukannya atas dasar kefahaman…semoga kita tergolong dalam golongan2 ‘dagang’ krn Islam dtg juga dlm keadaan ‘dagang’…insyaAllah Allah sentiasa memelihara setiap kebenaran yang berperancangan..syabas buat ustaz di atas entry yg cukup2 mantap dan ana rasakan terjawab isu muqabalah ni serba sdikit especially buat penyokong dan pendokong PAS yg sangat2 kuat krn mungkin penyokong dan pendokong yang ‘kurang’ kuat(aktif) tak de masalah sebab mereka sentiasa yakin dan wala’ pada pimpinan, insyaAllah…wallahua’lam
Ogos 5, 2008 pada 11:22 pm
ex-student
salam…
sekadar pendapat…
kadang2 apabila bergelar manusia,bila kita menghadapi pelbagai dugaan,dtg masanya kita akan lemah dan mula memikirkan perkara yg tak sepatutnya…itu gunanya seorang sahabat,memberi nasihat apabila melihat sahabat mula lemah dan hilang keyakinan agar keyakinannya dtg kembali…selebihnya berdoalah kepada Allah agar sahabat kita menjadi kuat kembali…insyaAllah…
Ogos 5, 2008 pada 11:38 pm
kepok
Ikut tabligh ? pegi rumah ke rumah,bagi salam lepas tu kena marah,ade yang buat tak tahu,tapi jangan marah balik,beredar dengan sangkaan baik.hanya allah swt sahaja yang tahu perasaan orang yang buat,tak dapat duit,tak dapat jawatan tapi dapat maki hamun,kena marah, kena pulau,kena perli.mengadulah pada allah ditengah malam sebut nama orang yang kite jumpe ,lepas tu pegi rumah ke rumah lagi dan doa lagi.semoga allah swt bagi faham bagi yang buat
Ogos 6, 2008 pada 2:18 am
wargakijang
untuk mklumat dan berita kami sila ziarah
ke
……………http://dunkijang.blogspot.com
Ogos 6, 2008 pada 11:20 am
abu razeen
Pernah diberitakan pengasas apa yg dinamakan jemaah tabligh ini iaitu maulana Ilyas rahmatullahu’alaihi tak pernah suruh pengikutnya buat sebahagian amar ma’ruf dan tinggalkan nahyu al munkar.
Tapi pengikutnya sahaja yg berterusan berda’wah seperti yg la ni.
Sekadar makluman utk karkun yg dikasihi semua.
Ogos 6, 2008 pada 12:10 pm
abu tamim
Nahi mungkar tahap pertama, cegahlah maksiat dengan tangan;
Dua senario / cth:
1. mereka yg sedang berjudi kita tarik tangan mereka dan halang langsung mereka daripada meneruskan perjudian @ kuatkuasa undang2 tutup sita kedai judi @ hapuskan punca maksiat perjudian
2. mereka yg sedang berjudi kita approach dan pimpin tangan mereka ajak solat berjemaah di masjid dan duduk dalam majlis iman / amal / hadith
Kes pertama, mungkar akan berjaya dicegah, tapi si pelaku tak akan dpt tarbiyyah dgn hikmah walaupun dihukum, kerana umat hari ni belum ada isti’dat atau kesediaan utk menerima cara sedemikian, walaupun cara itu betul.
Kes kedua, mungkin secara mata kasar kemungkaran masih berterusan dan tak ada kesan langsung, tapi lama-kelamaan islah akan berlaku, perumpamaan utk hilangkan kegelapan bawalah cahaya. Indirectly, si daie juga menggunakan tangan / kuasa utk mencegah kemungkaran tersebut dgn cara membawa pelaku maksiat kepada amal kebaikan yg ternyata lebih hikmah dan mudah diterima masyarakat / orang awam dewasa ini.
Senario di atas bolehlah juga diaplikasi kepada lain2 kemungkaran seperti kezaliman pemimpin, sistem undang2 bercanggah hukum Islam, rasuah, mencuri, zina dsb.
Orang yg melakukan amar makruf pasti sekali dlm masa yg sama secara tak langsung dgn hikmah mencegah kemungkaran. batil akan hilang apabila perkara haq diamalkan sepertimana gelap hilang apabila cahaya dtg. Oleh itu tuduhan kepada seorang daie hanya buat amar makruf dan meninggalkan nahi mungkar dtg daripada ketidakfahaman yg jelas, malah ditakuti kita mencemuh sendiri cara baginda Nabi saw kerana baginda tak pernah musnahkan berhala sembahan musyrikin di kaabah walaupun itu mungkar paling besar, namun baginda mencegah mungkar dgn cara hikmah iaitu mendakwahkan kalimah ALlah dan membuang berhala indirectly drp hati2 manusia, kemudian apabila cahaya iman telah masuk, mereka sendiri memusnahkan berhala ciptaan mereka.
Saya melihat mereka yg libatkan diri dlm kerja tabligh telah sempurnakan sebahagian besar amar makruf nahi mungkar, malah turut berpolitik dlm konteks yg lebih luas (kita perlu faham siasah Islam yg sebenar cara Nabi, mmg benar dakwah dah cukup syumul, jd mengapa dibesarkan sgt hal undi & pilihanraya peninggalan penjajah, adakah kesan dakwah tak memungkinkan utk memerintah negara? sahabat/tabiin ikut cara Nabi pun boleh tadbir 2/3 dunia, anta pikir la sendiri!). Jadi tuduhan mereka tinggalkan politik semata-mata tak undi PAS dan tinggalkan nahi mungkar tidak berasas. Dalami dan fahamilah ilmu, sunnah dan sirah Nabi dan sahabat, jgn sempitkan cara berfikir, dan hanya taksub / taqlid buta kpd mana2 ulama. Kita sepatutnya jadi seperti pekerja2 tabligh daripada terus melihat keburukan / kelemahan individu yg berdakwah.
Ogos 6, 2008 pada 12:40 pm
DoWell
Assalamualaikum ustaz.
Iblis pernah jadi guru malaikat selama lebih kurang 70,000 tahun. Tak hairan lah kalau setakat nak sesatkan orang yang masih di maqam awwam. Bukan ana anti-tabligh tapi bagi ana yang pernah keluar 3 hari, buat mesyuarat harian bersama jemaah tabligh, buat ziarah, ghast dan mcm2 lagi lah, berasa bahawa method dakwah yang PAS (baca: gerakan Islam) perjuangkan adalah satu-satunya yang selari dengan method dakwah Nabi Muhammad SallallahuAlaihiWasallam. Bukan nama nya berjuang kalau tidak diuji.
Takbir…Allahuakbar.
Ogos 6, 2008 pada 12:43 pm
DoWell
Tarik balik. Ana bukan setakat ‘berasa’ malahan ‘yakin’ dengan sepenuh hati…huhu..
Ogos 6, 2008 pada 12:46 pm
Aamanu
Salam..
Saye secara pribadi tidak melihat PAS itu satu-satunya platform untuk perjuangan Islam.
Dan tak semua org yg masuk PAS itu menguntungkan PAS. Dgn kemasukannya kedalam PAS itu mungkin memberi masalah kpd PAS sehingga ke tahap memecahbelahkan PAS.
Ade org tak masuk PAS pun tapi menguntungkan PAS. Manfaat itu terjadi apabila dia di luar PAS.
Wallahua’lam
Ogos 6, 2008 pada 3:25 pm
ikan di laut
setuju dgn abu tamim….
politik dlm islam bknlah hanya skadar pilihan raya..
ia bknlah sesempit itu…
Ogos 6, 2008 pada 4:34 pm
Ali Abu Harith
Tanggungjawab untuk bangunkan agama adalah tanggungjawab setiap insan yang beriman. Semoga Allah bagi kita jalan/cara untuk bangunkan agama yang sempurna seperti cara baginda nabi saw dan sahabat r.a.
Ogos 7, 2008 pada 12:13 am
tamu pulau melaka
sdr2 yg dihormati,
mari kita kongsi ingatan / bandingkan dua situasi perjuangan murni Rasulullah s.a.w…
sewaktu di makkah dengan siddiq amanah tabligh fatanah baginda menanam aqidah islamiah sambil berdepan dengan kuffar quraish yg lebih kuat dan berpengaruh. perjuangan terus berlangsung hinggalah peristiwa hijrah.
di madinah, baginda dengan siddiq amanah tabligh fatanah juga telah diserah kepercayaan dan memperolehi kuasa bersama para sahabat>>>> tertubuhnya Negara Islam. bila perolehi kekuatan politik / kuasa, Islam kuat dan berupaya melebarkan dakwahnya ke marata kawasan.
sejarah memberitahu kepada kita kemantapan aqidah dan syariah juga taat kepada pimpinan adalah mangkin kepada kekuatan Islam hinggalah tersebar ke seluruh dunia.
di malaysia kita dihidangkan cara yg ada ini untuk mencapai kuasa politik , bukannya haram (sebab itulah para ulama kita guna-pakai cara yg ada ini). gunakanlah dengan nawaitu ikhlas bermatlamat dakwah, amar ma’aruf dan nahi munkar. gunakan dengan hikmah, pengajaran yg baik; jika perlu mujadalah, lakukanlah dengan ikhlas sabar dan tawakkal.
banyak cara utk melebarkan dakwah, mengukuhkan iman dan meneruskan perjuangan..dalam al-quran ada sebut sedikit sebanyak perjuangan 25 rasul; mereka berjuang dengan cara yg tidak sama kerana berdepan dengan taghut2, kekufuran dan kondisi yg berbeza pada zaman dan lokasi yang tidak serupa.
kita berada di malaysia dan era 2000>>>> ada cara yg mungkin berbeza namun nawaitu yang insya Allah sama dan jalan yang sama dengan perjuangan Rasulullah s.a.w , para sahabat dan para tabiiin. Moga rahmat Allah utk kita semua.
Ogos 7, 2008 pada 8:12 am
bulanmasa
Salam,
Mereka yg berkecimpung dalam Tabligh….tak kira apa pun org kata….adalah saudara seiman kita.
Idea ukhuwwah Islamiyyah yg dipupuknya…adalah baik dan suatu yg yg mulia.
Keengganan tabligh utk membicarakan perihal politik….inilah yg perlu diperbetulkan. Menghindari politik….seolah-olah mengiktiraf fahaman sekuler.
Mengabaikan politik….bererti kita mengabaikan suatu kewajiban didalam Islam dan ia suatu maksiat. Sabda Nabi, siapa yg pagi-pagi hanya fikir pasal kepentingan dirinya sahaja, maka Allah tak pandang dia dan siapa pagi-pagi tak fikir tentang keadaan kaum muslimin maka dia bukan dari kalangan kaum muslimin. Sabda Nabi, barang siapa di atas bahunya tiada bai’at kepada khalifah, maka matinya mati jahiliyah. Nabi sendiri berkecimpung dalam perjuangan politik sebelum tegaknya daulah dan seorg pemimpin politik semasa tegaknya daulah Islam di Madinah.
Memahami nas-nas di atas serta ratusan nas-nas yg lain…..maka kita akan takut utk mengabaikan kewajiban menegakkan daulah yg mana ianya adalah suatu perjuangan politik.
Kekecewaan yg dialami oleh hamba Allah ni dapat difahami…iaitu kekeliruan dan kecelaruan ideologi PAS dalam berpolitik. Sungguh pun PAS sebuah parti Islam, komited utk menegakkan Islam….akan tetapi idealisme PAS bercelaru dan kabur antara ideologi Islam dan Barat (kapitalisme / sosialisme).
Kecelaruan ideologi menghasilkan tindakan, cara dan keputusan yg bercelaru pula.
Akhirnya politik PAS hampir tiada bezanya politik UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC serta lain-lain parti sekuler.
Kerana itu suka PAS merasa “allergic” terhadap gerakan-gerakan Islam lain .
JIka kita menghayati aqidah & syariat Islam…..jelas demokrasi, HAM dan seumpamanya bertentangan dgn Islam. Yg diperlukan ummat adalah syariat Islam dan khilafah…..bukan demokrasi dan HAM. Selagi PAS tidak dapat memisahkan demokrasi dari perjuangannya…selama itulah kecelaruan demi kecelaruan akan terus timbul…..
PEMINAT MYKHILAFAH.COM
Ogos 7, 2008 pada 9:28 am
Insan Marhaen
Salaam Ustaz Nik.. dan rakan2..
Boleh Ustaz tolong tegur gambar bendera ada lambang Yahudi ni.. sebelum ada berlakunya fitnah nanti.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13972
Ogos 7, 2008 pada 2:48 pm
Zam
Apa-apa pun semua kita mengaku tabligh adalah sifat nabi dan sepatutnya ada pada setiap individu islam. Jika apa yang dilakukan oleh jemaah tabligh salah….tegurkan. bukankah agama itu nasihat. Tapi jika apa yang dilakukan oleh jemaah tabligh dilihat pada pandangan mata kita sebagai tidak selari dengan zaman padahal jemaah tabligh beramal berdasarkan hujjah yang sohih so mengapa perlu dipersoalkan? Bukankah itu akan merosakkan iman yang ada pada diri kita, sedangkan imanlah anugerah yang perlu kita pelihara dengan sungguh2. Jika PAS merasakan hanya dengan kuasa politik sahaja dapat mengembalikan kegemilangan islam….teruskan. Tapi perlu diingat, kerajaan itu milik ALlah s.w.t, dan hanya Allah saja yang berkuasa memberi kerajaan pada sesiapa yang dia suka. Andai kata kita adalah golongan yang Allah suka maka pastilah kerajaan itu milik kita. Tapi jika kita beramal untuk mendapat kesukaan manusia mana mungkin kita mendapat kesukaan Allah. Tidak sesiapa pun mempertikaikan keikhlasan seseorang kamu, dan seorang pun tidak punya hak untuk mempertikaikan keikhlasan seseorang itu. Tapi Nabi telah diutus untuk memberi tahu bagaimana untuk mendapatkan keikhlasan. Jika lari dari sunnah mana mungkin amalan itu ikhlas. bersangka baiklah sesama kita….cukuplah Allah dan rasul sebagai pembela
Ogos 8, 2008 pada 12:30 am
che'pirate
salam smua ……….utk Muqabalah..!!!!!!
Berdiri bulu roma aku baca Arkel ini………………….
apa nak jadi dengan PR.????
JANGAN DOK BINCANG LAGI PASAL TABLIGH,
Tolong baca jangan tak baca..!!!!!!!!!
http://chepirate.blogspot.com/
Ogos 8, 2008 pada 5:46 pm
melayutara
salam,
Bila bincang pasal demokrasi untuk menang dan memerintah mesti parti mampu memenangi hati rakyat. Walaupun kadang apa yang parti itu buat terpesong dari matlamat perjuangan asalnya atau pun terpaksa ditangguhkan demi menjaga hati pihak sepakatan. Parti itu juga boleh sudah lupa dimana tahapnya apabila menentang mungkar adakah pada hati, mulut atau perbuatan bila sudah jadi pemerintah.
Saya setuju bila dikatan amat sukar bila hendak mentabligh bila berada di dalam parti politik. Fikirkanlah
Ogos 9, 2008 pada 2:14 pm
Nahnu
Salaam..
Cuba fikirkan..
Perhimpunan untuk mempertahankan maruah Islam.. menentang agenda kuffar Bar Council.. hanya 500 org sahaja yg hadir.. kenduri kawin pun lagi ramai..
Fikirkan.. itulah bayangan jumlah mereka yg betul2 sedar akan perjuangan Islam yg tulen.
Bandingkan dengan jumlah hadirin yg datang untuk mendewakan DSAI. Yg perjuangan entah apa-apa ntah..
Ogos 10, 2008 pada 3:12 pm
abu razeen 2
Ustaz, takkan habis hal Tabligh ni klu anta tak buka topik lain.
Antara Pas dgn Tabligh mana ana pilih?
Atau…. antara Pas dan tabligh dan IRC dan Jim dan Keadilan dgn umno mana ana pilih?
Sudah tentu ana pilih Pas dan tabligh dan IRC dan Jim utk ber’tahalluf siasi’ dgn Keadilan dan DAP semuanya bersatu melawan umno.
Ada yg tanya kenapa ana marah sengoti pd umno nu? Umno umno ni gapo dio? Tokleh ko kito masuk umno de bejue dari dale?
Ana jawab seperti yg ana pernah ulas.
.
Islaam tetap akan menang samada tokoh tertentu dlm perjuangan ini istiqamah atas manhaj rabbaniy atau tokoh itu menyimpang.
Begitu juga ahli atau jundi biasa. Klu kita tak berjuangpun Islaam pasti menang tapi diatas bahu org lain.
“dan hanyasanyalah kemenangan itu dari sisi Allaah”.
Kemenangan hakiki perjuangan Islaam ini hanya dengan landasan syariat yg jelas “‘ala baseeratin” tanpa bercampur dengan ma’siat apatahlagi diatas landasan syirik yg bernama umno.
Apakah kita rasa tanpa kita atau tanpa dia atau siapa sahaja, Islaam tidakkan menang?
“wahai org yg beriman barangsiapa yg berpaling atau murtad dari agamanya, Allaah akan datangkan satu kaum yg Allaah kasihkan mereka dan mereka kasihkanNya, mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut dgn celaan org yg mencela….”
Umno dipercepatkan reputnya dgn korban syuhada di Memali.
Kelantan jatuh ke pangkuan Pas dan APU ketika mereka yg dikatakan berimej Islam berada disekitar kemuncak pengaruh mereka dalam umno. Tetapi rakyat Kelantan termasuk bangsa Cina lebih yakin dgn manhaj dan uslub da”wah Tok Guru berbanding dgn keyakinan ustaz Pas sendiri?
Tiada dua dlm aqidah perjuangan ini. Iman tak sama dgn kufr; Islaam takkan bersama jahiliyyah.
Tahalluf siasi dgn apa saja kumpulan yg mahu tegakkan “keadilan universal” tak mungkin sama berjuang dalam dan diatas parti sekular dan syirik.
Apa ada jaminan org itu tidak mati dlm keadaan dia bersama dgn parti yg menentang uluhiyyah Allaah?
Ketika dia diambang kejatuhannya dlm umno sehingga dilaporkan dia confide dgn Ustaz Abimnya yg telahpun bersama Pas :”ustaz, ana nak kena sembelih dah” seorang sahabatnya beritahu ana :
“hanya dengan rahmat Allah dia boleh jadi PM” ana perbetulkan:
“hanya dgn kehendak Allaah bukan rahmatNya sebab Allaah takkan rahmati perjuangannya dlm umno”.
Ogos 11, 2008 pada 8:53 am
Aamanu
Salaam..
UMNO itu makhluk.. sudah tentu ada tempohnya..
Yg lain pun makhluk juga..
Tapi janganlah kita bercakap seolah-olah kita control rahmat Allah. Warid dari sunnah, Nabi mengajar kita memahami bahawa Allah memperbuat sekehendaknya, tidak tertakluk kepada satu apa pun. Jika kita hendakkan rahmatnya hendaklah kita memohon. Tentang rahmat Allah nak turun kat siapa itu hak Tuhan. Dalam Quran cuba perhatikan golongan yg dakwa dia control rahmat Allah ni.
Terbukti di Turki, parti dikatakan sekular pun boleh memperjuangkan Islam. Tokohnya dah jadi pemimpin negara dah pun.
Allah lebih mengetahui samada dia layak jadi PM atau tidak. Sekiranya betul jadi PM pun, presiden ke, belum tentu ianya rahmat. Boleh jadi bala kepada semua..
Menuduh orang lain menentang uluhiyah Allah, bagi saya tuduhan yg berat. Sama berat dengan orang yang mengkafirkan harbikan sesama Islam. Sesama Islam pun sanggup dituduhnya kafir harbi, pada masa yang sama berserongkol dengan kafir harbi yang sebenar dan golongan munafik untuk akhirnya memenangkan perjuangan kafir harbi dan munafik itu tadi. Di situ saja ada “kemungkinan” kita dapat bala.
Wallahua’lam
Ogos 11, 2008 pada 11:23 am
globalmalau
banyak nya abu…tak per…sememangnya banyak cara boleh kita berfikir dan menulis…salam pada gang pungkok…dah ada irama yang boleh dimain bersama…kalau nak best cuba pergi melawat kat gang kita kat amterdam nie…orang melayu beb yang dah advance…jangan kita jadi pencerca padahal kita tak tau apabenda pun
http://www.fungkurfm.org
Ogos 11, 2008 pada 2:15 pm
abu razeen
“Tahniah Presiden” …………..umno…..menolak al Quran dan hadith.
“Hidanganku secangkir kopi panas” ……..” umno” memijak Al Quran.
Kepada ahli Pas sila baca komen ana tentang berjuang dlm umno dan baca dari huruf ke huruf tulisan ustaz di atas.
Kepada bukan ahli Pas , seperti ustaz saya bezakan umno dgn ahli umno.
Sekarang saya tanya anda – anda ni umno atau ahli umno??
Ogos 11, 2008 pada 3:52 pm
Aamanu
Salaam..
Ya Aba Razeen..
Sy bermaksudkan perkara yg khusus. Sebagaimana yg telah dijelaskan. Sekiranya tuan tidak bersetuju itu hak tuan. Bagi saya tanggungjawab memperingatkan.
Kebenaran itu bukanlah dikenali dengan siapa yg memperkatakannya. Ahli UMNO ke, PKR ke, PAS ke. Kebenaran itu dikenali melalui apa yg diperkatakan.
Berhati-hatilah memutuskan dan menggunakan perkataan.
Ogos 11, 2008 pada 5:28 pm
abu razeen
Salaam…..Sdr Aamanu
Tk atas peringatan dan sudi hulurkan salam persahabatan.
Katakan…… ada org kata kumpulan U itu kata hudud tak sesuai ; saya kata itu kufur, berasaskan hukum Islaam.
Contoh lain…….org itu kata kumpulan B itu kata ada hukum lain yg lebih tinggi dr hukum Allaah ; saya kata itu syirik.
Sekarang ustaz kata umno tolak al Quran dan hadith.
Dan umno memijak al Quran.
Apa sdr ada ta’wil yg lain selain apa yg sdr rasa kefahaman saya terhadap hukum Islaam ( keatas dua perbuatan tersebut)?
Saya sudahi dgn mengulangi:
Seperti ustaz saya bezakan umno dgn ahli umno.
Ogos 11, 2008 pada 6:43 pm
Aamanu
Salaam..
Tafsiran.. berdasarkan persepsi semasa.. boleh berubah apabila berubahnya persepsi itu.
Sy maklum dengan isu “pemandu” dan “kereta” ini. Platform. Ini pandangan masing2lah. Sy faham pendirian tuan dan kebanyakan PAS mengenai isu ini dan sy taknak kacau.
Umno dan ahli Umno pun samalah isunya. Ahli2nya tu kan ramai. Macam2 jenis. Tapi apa betul tidak ada improvement dalam isu hudud ni? Sy ingat “kenyataan” itu. Lama dulu dah. Sekrg sudah lain. Bagi yg peka lah. Ada kalangan PAS sudah sedar hal ini. Tu sebab adanya muqabalah dan muzakarah.
Sebenarnya PAS sudah mempunyai peluang untuk “mentarbiyah” UMNO. Cuma teragak2. Mungkin ada unsur lain dalam PAS yg menyebabkan teragak2 itu. Peluang yg terbuka tidak diambil. Ini bukan soal jawatan dan pangkat. Sy tak suruh PAS masuk BN untuk buat dakwah itu, mcm berjuang dari dalam. Tapi soalnya peluang melakukan dakwah apabila bertemu itu.
Ogos 11, 2008 pada 9:47 pm
Kodok naik Junjung
Salam Untuk Ustaz Nik Abduh.
Lama dah baca topik ni. Macam-macam ulasan dah diberi oleh komentator yang tidak diundang.
Mungkin boleh ulasan tentang adik ipar dan ayahda disiasat oleh BPR.
Ogos 12, 2008 pada 8:54 am
abu razeen
Salaam…
Kiranya kita semakin hampir ke titik persatuan.
Syabas atas keterbukaan dan seperti kata ustaz, “politik damai’ sdr.
Ogos 12, 2008 pada 11:28 am
melayutara
Salam,
Berkenaan isu ingin melaksanakan hudud dan syariah islamiah di Malaysia ini, saya meletakkan kesimpulan bahawa PAS dan UMNO sama dalam menjaga hati rakan pakatan lain iaitu DAP, PKR, MCA dan MIC.
PAS seperti juga UMNO tahu sekiranya hudud ingin dilaksanakan dilaksanakan di nagara Malaysia yang demokratik ini sudah pasti PAS dan UMNO kehilangan sokongan dari pengundi bukan Melayu. Ini adalah hakikat yang harus diterima oleh seluruh umat islam di nagara ini.
Memang jelas salah sekiranya hudud dihina dan ditolak secara terang2an oleh pemimpin UMNO, tetapi mengatakan hudud harus mendapat persetujuan masyarakat bukan melayu melalui parti MCA,PKR, MCA dan DAP sebelum dilaksanakan adalah sesuatu yang boleh diterima. Malahan PAS sendiri mengunakan cara ini untuk menjaga kenpitang politik PAS.
PAS tidak pernah memuji UMNO dalam memperkasa system Perbankkan Islam , Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), Takaful, Wasiat Islam dll. Ketika di era pemerintahan Pak Lah juga lulusan lepasan ijazah dari timur tengah di beri pengiktirafan melalui program J-Qaf begitulah juga pengambil alihan sekolah agama kebawah kementerian.
Adakah kerana isu penangguhan hudud sahaja yang menjadi isu besar kepada PAS sehingga pernah satu ketika mengkhafirkan ahli2 UMNO dan solat diimamkan 2 imam. UMNO tidak seperti PAS, yang majoriti ahli boleh dikenalpasti melalui penampilan keislaman yang jelas. tetapi percayalah UMNO dan ahli2 tetap akan mempertahan syariah islam selagi mana mampu dalam konteks negara berdemokrasi. Apa gunanya kita begitu lantang ingin melaksanakan syariah Islam yang begitu sensetive kepada bukan melayu seperti HUDUD sehingga sokongan mereka terhadap kita hilang sebagaimana hilang undi yang menjadi orang Melayu memegang kuasa politik di nagara ini.
PAS sentiasa beranggapan mereka mampu mengubah pendirian DAP dalam menerima syiar Islam. Dalam usaha PAS berdakwah kepada bukan melayu, meraka pula yang mempertikaikan keistimewaan Islam sperti yang dilakukan oleh BAr Councils. Kaji dimana tahap kejayan dakwah PAS mentarbiah rakyat bukan Islam dinegara ini. Kaji kerana apakah sokongan yang diberikan oleh org bukan melayu kepada PAS.
Semoga tidak terlewat dlam mempertahan maruah Islam dan Melayu. Fikirkanlah.
Ogos 12, 2008 pada 11:38 pm
PERMATANG PAUH
Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh
http://www.p99ampang.com
klik ke Permatang Pauh ataupun
http://www.p44.p99ampang.com
Ogos 13, 2008 pada 8:56 am
Mat
A’kum,
Maruah dan kedudukan Islam di tanah ini memang terancam. Belum pun berkuasa lagi, kafirun-kafiiun PKR dok mula bincang sapa pemimpin pengganti kepada Anwar. Depa jelas ada perancangan yang tersendiri.
Apa boleh ka melayu PKR mempertahankan kuasa Islam dalam PKR.
Ogos 13, 2008 pada 11:18 am
sepol utusan
salam,
minta ust komen sket psl isu UiTM dicadang buka 10% utk kaum lain dan juga isu BAR COUNCIL
Ogos 13, 2008 pada 4:04 pm
toyol90
Salam,
Apa komen ustaz mengenai Forum Bar Council – Memeluk Islam?
Saya juga tertunggu-tunggu komen/reaksi ahli PAS mengenai usul mengenakan tindakan disiplin terhadap Ustaz Salehuddin Ayub.
Ogos 14, 2008 pada 11:26 am
AbuFAZA
assalamu’alaikum…
Ogos 15, 2008 pada 10:58 am
azharjaafar
Mana boleh MASUK tabligh?
KELUAR ikut jemaah tabligh boleh la…
Ogos 15, 2008 pada 11:39 am
Abu Munzir
Salam Ustaz,
TIMBALAN PRESIDEN PAS TIDAK MENGEMUKAKAN SOALAN PARLIMEN
Saya telah membaca dan meneliti semua soalan parlimen akan datang dari 18 Ogos sehingga 11 Disember 2008 [1392 soalan semuanya]. Malangnya, dan amat mengejutkan apabila saya tidak menemui satu soalan pun sama ada lisan atau bukan lisan yang dikemukakan oleh MP Bachok merangkap Timbalan Presiden PAS tidak mengemukakan satu soalan pun. Apa yang sudah berlaku??? Adakah beliau terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menanyakan soalan kepada Kerajaan. Sidang kali ini panjang selama 41 hari.Takkanlah satu soalan pun tiada.
Saya harap ustaz salah seorang tokoh penting dalam saf pimpinan pemuda di Kelantan dan Pusat dapat bertanyakan perkara ini kepada beliau. Tiada tolak ansur dalam perkara ini.Walaupun pimpinan tertinggi namun setiap kesalahan atau kelalaian perlu ditegur. Mungkin tugas untuk mengemukakan 15 soalan dirasakan tidak penting atau tidak sepenting rundingan muzakarah/muqabalah dengan UMNO namun sebagai rakyat Malaysia saya merasakan ini satu tugas yang penting. Ini merupakan amanah dari rakyat kawasan Bachok khususnya dan Malaysia umumnya supaya beliau dapat menyuarakan segala permasalahan rakyat di kawasan yang diwakili. Kalau dahulu soalan atau cabaran atau pandangan yang dibuat kita sewaktu di luar Dewan Rakyat tidak perlu dilayan oleh Kerajaan tetapi hari ini menjadi tanggungjawab Kerajaan secara “mandatory dan obligatori” untuk menjawab soalan-soalan wakil rakyat PAS tanpa gagal. Justeru saya merasakan peluang dan ruang yang telah diperuntukkan oleh undang-undang seharusnya digunakan sepenuhnya untuk mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya.
Kedua, saya harap ustaz dapat memberikan pandangan atau teguran atau “constructive criticism’ kepada semua wakil rakyat PAS samada di DUN atau Parlimen. Saya melihat dan membaca hansard parlimen hampir setiap hari. Saya salute kepada wakil rakyat dari Kuala Selangor,Kubang Kerian,Titiwangsa, Kota Raja dan Pokok Sena yang mampu berhujah dan berbahas dengan baik. Malahan point-point yang diberikan semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja sangat “substantive” dan membanggakan saya. Ini menunjukkan bahawa mereka ada membuat homework sebelum masuk ke dewan. Seharusnya amalan ini diteruskan. Saya ingin menarik perhatian kepada wakil rakyat Batu Gajah dan Machang yang rajin study dan membuat research di perpustakaan parlimen ketika parlimen break. Ini merupakan practice yang baik oleh ahli parlimen. Tidak hairanlah sekiranya hujah-hujah mereka padat dan sarat dengan fakta-fakta dan ’findings’ yang amat mengkagumkan. Justeru, wakil rakyat PAS perlu menggunakan segala kemudahan yang ada untuk membantu rakyat dan memperbetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem pentadbiran Kerajaan. Barulah peranan wakil rakyat tadi akan menjadi lebih ‘berkesan dan terkesan’ di hati rakyat dalam masa yang sama merupakan catalyse kepada check and balance di Malaysia.
Ketiga, dalam kesibukan kita bermuktamar dan melayani isu muzakarah ini peranan wakil rakyat PAS perlu diperkasakan lagi. Saya lihat tidak ramai wakil PAS yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh mengenai pindaan undang-undang dan penggubalan akta. Sesetengah akta dan pindaan itu sangat teknikal dan seharusnya macam saya katakana tadi homework perlu dibuat oleh semua MP supaya peranan kita di Parlimen akan lebih berkesan dan bermakna. Mungkin cadangan dan teguran kita berkenaan beberapa seksyen yang dicadangkan dipinda boleh menyebabkan sesuatu rang undang-undang itu ditangguhkan oleh Kerajaan bagi membolehkan mereka membuat semakan semula secara menyeluruh. Ini pernah dilakukan oleh Lim Kit Siang suatu ketika dahulu bila mana beliau menegur cadangan peruntukan dalam Rang Undang-undang yang mempunyai kesilapan yang tidak disedari oleh Kerajaan.
Apa pun saya berharap, mudah-mudahan dalam usaha kita untuk mendaulatkan Islam di Malaysia, perkara-perkara seperti ini diambil perhatian serius. Jika amalan dan tugas yang diamanahkan tidak dibuat mengikut kehendak Islam maka jatuhlah imej Islam di mata rakyat.
ABU MUNZIR
Seri Kembangan
Ogos 15, 2008 pada 1:00 pm
abisya
salam ustaz…
sebenarnya kita semua telah diperbodohkan oleh UMNO BN.
ana tidak melihat isu muzakarah@muqabalah satu penyelesaian antara dua parti dalam malaysia kini.
kalau betul UMNO BN nak berbincang dengan PAS untuk menyelesaikan masalah yang semakin meruncing dalam negra, dari dahulu lagi mungkin UMNO berbuat demikian.
isu muzakarah hanya bertujuan untuk menutup pekong najib yang sudah hampir tersasar “ALTANTUYA”. bila media memainkan peranan dalam membangkitkan isu MUZAKARAH, maka isu “NAJIB ALTANTUYA” akan tenggelam buat sementara waktu.
jadi senanglah kepada najib untuk mengepalai angkatan jenteranya untuk menentang DS anuar di permatang pauh.
ISU NAK MASUK TABLIGH pulak, masuk lah…tapi kita kena ingat, boleh dikatakan 99% jemaah tabligh yang tidak keluar mengundi sb tabligh merasakan bahawa politik ini kotor.
masalah tak akan pernah selesai selagi jasad dan nyawa masih bersama… kita lah yang boleh menyelesaikan masalah yang timbul dengan akal serta kemampuan yang dikurniakan oleh Allah. lari dari masalah@isu bukan satu jalan penyelesaian…
Ogos 16, 2008 pada 6:06 am
atapaje
Kirim salam kat bapa saudara ustaz yang duk kat pahang tu. yang pernah keluar bertabligh setahun. Ustaz bila lagi nak keluar sama2? Insya ALLAH.
dari kawan nik thalhah..
Ogos 18, 2008 pada 9:50 pm
hilmi_unitamal
sokong penuh kenyataan Ust nik abduh tentang kita perlu bermuzakarah dan politik damai..dengan umno…Untuk berdakwah dan mudah2an kita semu87a dapat menyelamatkan Islam yang sama2 kita cintai ini…Jika kita leka,sesiapa sahaja akan merosakkan Islam dan hanya pas yang boleh mempertahankan Islam dengan pimpinaan dari ulama yang ikhlas…Dakwahlah kepada semua….mudah2an Islam lebih kuat menjelang 16 september ini..
Ogos 18, 2008 pada 11:05 pm
Afira
Salam ustaz,
Salam rakan rakan..
pertamanya.. sy tersenyum melihat tajuk ulasan terbaru ustaz..
bila ustaz nk keluar bertabligh..? InsyaAllah ustaz..;)
sebenarnya sy pun keluar bertabligh.. bila ada masa terluang, ramai kawan kawan sy tabligh..
tapi sy tidak tingglkan perjuangan dlm PAS.. wlupun ader yg mencemuh sy bergiat dlm PAS, lebih lebih lg semasa PRU 12 baru ini.. namun pegangan sy apa jua yg melibatkan perjuangan ISLAM harus kita sokong dan jayakannya.. kerana kita adalah DA’IE
tapi betullah kata2 abisya tu, ramai juga dlm jemaah tabligh yg beranggapan begitu.. POLITIK KOTOR.. bahkan ader juga diantara mereka dikawasan sy,
menjadi penyokong kuat UMNO dgn meletakkan sepanduk BN – Beri Nikmat..
sy pun tak paham.. kerja dan usaha dlm Tabligh bagus tapi ianya akn sumbang klu ader fahaman sebegitu.. dah lari apa yg dibawa dlm TABLIGH..
coz Dlm Tabligh kita bawa ISLAM dlm PAS pun kita bawa ISLAM..
tapi ramai juga org2 PAS yg keluar bertabligh.. dan bg sy bagus begitu..
kedua dua ini merupakan tonggak atau tulang belakang agama..
Dakwah adalah tulang belakang agama… betul tak ustaz..?
akan lengkap dan teratur lah langkah klu kedua dua nya dibawa seiring..
semoga suatu hari nanti akan hilang jurang diantara dua pergerakan ini..
InsyaAllah..
Ogos 18, 2008 pada 11:17 pm
Afira
ISU MUQABALAH usahlah kita pertikaikan lgi..
bg sy, sy tetap dgn ulasan sy yg dulu…
dan bertepatan dgn harapan Timbalan Mursyidul Am PAS..
“YAkin lah dgn keputusan Presiden dan Majlis Syura..
jgn bimbang apa yg akan berlaku selepas MUQABALAH..”
mengapa lah susah sangat nk ikut yg ni.. sedangkan yg lain kita ikut tanpa banyak soal..
Ogos 19, 2008 pada 11:16 am
pemuda kelaboran
kenali kami di
1. dppktumpat.blogspot.com
2. dunkelaboran.blogspot.com
3. pemudakelaboran.blogspot.com
Ogos 20, 2008 pada 9:45 am
ciklee
Assalamualaikum Ustaz. Saya ada bagi award kat blog ustaz ini. Silalah jengah blog saya untuk collect award Ustaz. Jazakallah.
Ogos 21, 2008 pada 2:57 pm
hani
Allahuakbar….
PAS…. pasti dihatiku.
Ogos 21, 2008 pada 7:15 pm
hilmi_unitamal
marilah berjuang demi mendaulatkan Islam…Ajaklah seramai mungkin semua pihak mendokong Islam…Seperti zaman rasul SAW….akhirnya puak2 umno mekah,umno thoif dan ramai lagi mendokong dan memeluk Islam…bukalah ruang dakwah seluas2nya…
Ogos 21, 2008 pada 8:33 pm
suteramalaya
Dimulakan Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sebab tu dalam jemaah tabligh tidak digalakkan bercakap fasal fahaman politik. Kecoh jadinya. Tapi maksudnya bukan tak boleh berpolitik. Walaupun anta tahap ustaz, jangan mudah memutuskan orang lain sesat! Please.! tak pernah pulak saya dengar Alim Ulama dalam tabligh pekena kat orang lain, kata mereka selain jemaah tabligh tu sesat. Itu kelebihan tabligh. Sentiasa berfikir sebelum bercakap. Bersangka baik. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah
Kalau anta pergi mana-mana negara dalam dunia ini InsyaAllah akan jumpa jemaah tabligh, Nak jumpa parti PAS kat German, Italy, Belanda, Sri Lanka? Tak ada kut…tapi tabligh ada.
Kepada para pelawat blog ini, tabligh bukanlah tempat pelarian orang kecewa dalam politik. Ia lebih besar dan hebat daripada itu.
Ogos 23, 2008 pada 1:53 am
hikmahgumelar
boleh kenalankan artikel anda bagus2
Ogos 24, 2008 pada 10:07 pm
dhuat
Bila Ustaz Nik Abduh nak update? Pembaca setia.
Ogos 26, 2008 pada 7:19 am
Kotornya politik ni… « Everyone Lies
[…] post Ustaz Nik Abduh. Betul juga, masuk tabligh pasti […]
Ogos 27, 2008 pada 4:39 pm
globalmalau
Salam untuk pembaca…
Sebenarnya kita tak banyak info tentang tabligh…mereka bergerak keseluruh dunia beramal mengikuti contoh paling baik rasulullah…tak perlu masuk keluar …joint jerrr
tahulah hikmahnya…bagi saya kalau mahu sujud dahi kebumi
tiap tiap hari tidak menjadi masalah orang itu untuk hidup
kerana Allah yang mengawasinya perlakuan nya perkataannya
penglihatanya pendengarannya…dengan sendirinya kita menjadi orang beriman…sungguh sunguh beriman…kita tidak sanggup menulis dengan hati munafik…kita menulis secara pemahaman…
Ogos 27, 2008 pada 6:48 pm
abe bie
salam,
mana ustaz ‘menghilang’?
bila nak update?..rindu nak baca cerita terbaru..
Ogos 27, 2008 pada 7:42 pm
greenmoon
kalu aku, jangan masuk tabligh. Baik dok beruzlah je kat gua. Itu baru bersih dan tak ada kotor. Bila tak ada manusia, tak ada kotor. Selagi ada manusia, ada kotor. Paling tidak, dia kentut senyap2 dan tak mengaku. Ustaz, macamana nak tarbiah org PAs ni? sama 2 kita pun ramai perangai tak betul. Depan kawan, belakang tikam. Ada antara kita macam perangai UMNO. Ustaz kena lakukan sesuatu. Good luck to you, ustaz muda.
Ogos 29, 2008 pada 2:53 am
che'pirate
makluman……..
ADALAH DI MAKLUMKAN BAHAWA PENULIS TELAH KELUAR IKUT TABLIGH SELAMA 40 HARI………………….
Ogos 29, 2008 pada 8:15 am
Zam
Alhamdulillah, semoga bertebaranlah hidayah seluruh alam. Tapi jika berita ini hanya untuk sensasi tanggung sendiri la.
September 1, 2008 pada 3:21 pm
auto
Auto
September 8, 2008 pada 3:04 pm
Rizky
Alhamdulillah ,sama- sama selamat berpuasa ya mohon maaf lahir batin sambut ramadhan dengan hati nan suci
April 18, 2009 pada 10:48 pm
kepala gong
Saya tak puas hati dengan tabligh…seolah-olang mengagap politik kotor dan membawa perpecahan, tidak mahu mendengar kuliah agama dari orang lain. suka membaca kitab fadilat,
‘ada kawan saya yang suka tabligh berkata’ kalu ada imam seringan kapas orang itu boleh berjalan atas air, jadi hampir sumer orang masuk neraka la macam… tu…
April 20, 2009 pada 11:26 pm
min's
salam….ustaz,tlong terangkan dgn lebih lanjut tntg pergerakan tabligh di dunia ini,,,dan terangkan sifat2 suatu jemaah yang d tetapkan oleh rasullah….agar saudara kita yang menyertai tabligh tahu arah tujuh suatu jemaah..
Mei 3, 2009 pada 9:05 pm
saudagar
Jemaah tabligh bergerak di seluruh negara utk umat ISlam tidak mewakili mana2 parti politik, bangsa, sempadan dan ras. Takde imbalan pangkat, kedudukan dan harta. takde borang mendaftar masuk.
Luangkan sedikit masa utk taip “karkuzari jemaah” di google/yahoo.. baca sekejap berkenaan laporan2 jemaah yang telah keluar di serata dunia. InsyaAllah.
Julai 14, 2009 pada 7:40 am
salam
pasal tabligh pun nak bincang panjang lebar…. bincang la masalah yang lebih relevan.. pasal tabligh semua parti ada dlm tu… kat ijtimak hr tu,byk org palkai baju, ” undilah PAS”, “undilah BN” ,yg peliknya mereka pakai baju berunsur politik di ijtimak dgnn selamber nye.. sebab tau xde maulana2 atau ustaz atau tok guru2 yg nak menegah… ikut atas diri sendiri la,bukan semua org tabligh x mengundi,jgn menilai keseluruhan krn sebhagian,.. macam org tabligh xde ilmu,ustaz2 pondok yg join tabligh pun kira xde ilmu jugak lah????
Oktober 4, 2009 pada 12:07 pm
naqiyuddin
Ust slalu x gi sri ptaling. Nnt kalau ust gi sane ust tolong jadi pembimbing sy sy ni raseny baru je dapat sinar daripada ramadhan yg aru lepas nie. Hrp ust dpt menolong
Oktober 11, 2009 pada 8:20 pm
karkun84
sebenarnya politik rasulullah adalah dalam kerja agama. setiap hari rasulullah akan hantar jemaah ke seluruh dunia utk sebarkan agama. kalau nak kate politik ni, jemaah tabligh mempunyai rangkaian di seluruh dunia. sebab islam tu utk semua manusia. kite kene pikir camne sluruh umat islam hari ni dpt amalkn agama. dan cmne nak ajak org2 kafir kpd islam. ini lah pikir nabi shingga nabi menangis setiap mlm krn pkr cmne nk slamatkn sluruh umat baginda shingga bayi trakhir sblm kiamat dpt slmt dr azab api neraka.
November 12, 2009 pada 6:04 pm
umat nabi
Assalamualaikum..
Lihatkan komen dari penyokong tegar PAS memang menakutkan macam masa Piala Malaysia baru-baru ini.
Ana pasti TGNA tak pernah kondem usaha atas iman ini; TGNA pun belajar kat India dan ramai maulana yg aktif buat usaha agama kat sana member2 kamcing dia…TGNA pun pernah sebut kelebihan orang buat dakwah. tabligh dalam ceramah dia…untuk makluman adik TGNA pun buat usaha ni pun orang alim juga..cuma tak keluar kat Harakah je.
Apa tuan2 ni lebih hebat sangat dari TGNA; apasal masa pemilihan hari tu tak lawan TGHH ke ;sapa ke..
Pengikut fahaman sempit macam tuan2 ( yang berkenaan sahaja) bukan sahaja orang bukan Islam jauh dari hidayat.. tapi sesama Islam pun tok seh ; dok berahi cara demo…demo la ni tak serupo mulo….
Apa2 pun fikir2 kanlah kalau 200,000 orang kali 3(1 keluarga 3 orang yg layak mengundi) bermakna ade 600,000 pengundi…kalu hang dok terus lagu ni…pikir kan la sendiri….Apa pun jangan yakin dengan majoriti,minoriti kerana kejayaan kita hanya sanya dalam mentaati perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad s.a.w….
* apabila kita caci mencaci antara satu sama lain maka gugurlah pandangan rahmat Allah*
ana cuba sangka baik mereka yg komen bukan2 pada usaha agama mungkin ejen Yahudi/Nasara….dah la balik gi surau zikir,dakwah…ikram majlis Yassin lagi bagus….semoga Allah bagi hidayat pada saya dan seluruh umat….
November 30, 2009 pada 6:49 pm
Peace
Saudara saudara dari jemaah tabligh perlu memperluaskan konsep nahi mungkar kepada ahli jemaah sendiri. Dari segi amar maaruf, saya memang tabik dengan golongan tabligh ini. Tetapi bahagian nahi mungkar kurang sikit.
Ada di kalangan jemaah tabligh yang masih main nombor ekor, tapi dibiarkan saja. Anak sendiri pegang2, usung anak perempuan orang lain dia tak kisah. Ayah pergi berdakwah kepada orang, tetapi anak sendiri macam tak belajar agama.
Sedikit nasihat saya kepada diri sendiri dan semua sahabat, mulakan dakwah kepada yang terdekat dengan kita dahulu, selepas itu bolehlah dikembangkan ke pelosok dunia. Kita mungkin dah berdakwah ke merata tempat, orang tak perasan yang tu, tapi kalau kita buat tak baik, perangai tak senonoh, memang kena caci. Dakwah mesti terus, tapi keluarga jangan dilupa.
Disember 8, 2009 pada 4:15 am
aki
salam,
sebenarnya yg ladang-kandang kita nampak tak kira dalam PAS atau TABLIGH adalah masalah terpinggir tp kita jadikan contoh yg mewakili jemaah berkenaan. sebenarnya itu tidak adil. contohilah Rasulullah dan Sahabat. dalam dunia ni yang penting keikhlasan. setinggi mana ilmu klu tak ikhlas tak guna. manusia akan masuk syurga semata-mata dengan rahmat Allah sahaja.
Disember 12, 2009 pada 11:48 am
maulana
dalam tabligh takde keji mengeji… macam Pas dan Umno …
bila masing masing kutuk mengutuk.. macam mana rahmat Allah swt nak turun…
ramai yg duk ingat depa ni ALIM… tapi sebenarnya ditipu syaitan..
kesian !!
kah kah kah kah
Disember 12, 2009 pada 2:21 pm
Peace
Bagaimana nak dapat rahmat Allah jika berbuat maksiat? Bagaimana nak selamat dari neraka kalau tak bertaubat. Wallahulalam. Jangan pinggirkan masalah-masalah ini walaupun dikatakan SEDIKIT. Kita contohi Rasullulah dan semua ahli keluarga beramal soleh.
Disember 25, 2009 pada 2:29 am
aki
saya nampak saudara cenderung kepada PAS. Saya pernah melihat orang berkopiah yang aktif dalam jemaah PAS minum arak. adakah itu bukan maksiat. itulah sebenarnya ibu segala maksiat. oleh itu lebih baik kita berbaik sangka pada setiap jemaah yang niatnya ikhlas menegakkan islam. saling membantu kerana matlamatnya adalah sama. wsalam
Januari 10, 2010 pada 1:45 am
Peace
Untuk makluman saudara aki, saya tak cenderung pada mana-mana parti atau jemaah. Saya berkawan dengan semua tak kira parti atau jemaah, non muslim pun kawan.
Saya bukanlah orang alim, dan bukan sengaja mencari kesalahan atau kekurangan orang lain. Saya cuma menulis berdasarkan pengalaman saya. Perkara berlaku depan mata. Bukannya saya pergi terjah cari orang buat maksiat.
Pernah seorang rakan tabligh beritahu saya, jangan tengok taik idung (kesalahan) orang, kiranya buat-buat tak nampak la tu.
Bagi saya, kita sesama Islam perlulah menutup aib saudara kita. Kiranya perkara kecil seperti minum/makan berdiri mungkin boleh dianggap taik idung. Tetapi jika perkara seperti yang dinyatakan aki, minum arak ibu maksiat, bukan taik idung lagi, kategori najis berat tu. Perlu ditegur dan cuba tegah. Kalau tak dapat jugak, tegur dalam hati dan ingatlah itu adalah selemah-lemah iman(saya dalam kategori ini). Di ruangan sebegini sajalah dapat ditulis.
Saya bukannya saja2 nak menghebohkan kesalahan orang lain dengan tujuan memburukkan parti atau mana-mana jemaah (umno, pas, tabligh dll). Kalau boleh jadikan iktibar supaya dapat diperbetul mana yang salah serta memelihara nama baik Islam pada pandangan umum. Sanggupkah kita tergelak melihat diri kita, keluarga, dan saudara sesama Islam bergelumang dengan maksiat dan sifat mazmumah?
Saya tak reti menyusun ayat yang molek2 untuk menegur/menasihati, saya berharap tulisan saya ini dapat membantu membuka mata saudara semua dan tidak memandang remeh pada kemungkaran. Semoga kita semua dijauhi dari berbuat dosa dan lalai mengingati Allah.
Kalau ayat saya ni bersifat ‘menyerang’ , jutaan maaf dipinta. Saya belajar tak tinggi.
Januari 31, 2010 pada 10:57 am
zali
terpanggil untuk saya berkata sepatah dua…..
orang kristian pon ada pendawah dan ahli politik !!
tapi mereka tidak mencerca dan membuat berbagai tohmahan antara mereka…..
sebalik nya sokong menyokong antara mereka…..
sifat ini tak der pada umat islam ketika ini….
kalau si A tidak bersama si B dan si B tidak bersama si A…….
jangan laa ada paksa memaksa…tetapi bersangka baik laa kita…
janji kita buat untuk mendapatkan keredhoaan Allah… dan bukan untuk keredhoaan manusia
tak perlu lah cakap….. i am better then you
semoga Allah beri petunjuk dan amponkan dosa saya
semoga Allah juga memberi kefahaman agama dalam diri saya
aminn
Februari 11, 2010 pada 11:34 am
uztaz baru start
saya rasa anta perlu istigfar. cara yg terbaik adalah Rasulullah. pada pandangan mata ada lg yg terbaik selaian dari islam, silap2 malaikat declair catatan amal kita syirik…kerana dalam Al-Quran sebut “lakad kana lakum fi Rasulillahi uswatun hasanah”..cari terbaik nidan patut di contohi hanya nabi..selain dari ti semua gagal baik dunia mau pun akhirat…wallahualam…
Februari 11, 2010 pada 11:20 am
uztaz baru start
tak payalah berdebat…jom usha iman dan amal. lpas tu bwk diri dan kluarga taat pada printah ALLAH. lpas tu bagi masa jumpa org yg di luar klurga kita ajak pd ALLAH. lapas tu bg lgi masa keluar ke luar sempadan kampung. ajak lagi manusia pada ALLAH. lpas tu bagi lg masa anda keluar sempadan negara kenalkan ALLAH pd manusia..bila istiqamah, baru ALLAH bentuk negara Islam…JADI LA NEGARA ISLAM TANAPA SEMPADAN.usha lgi..bentukan kesefahaman antara muslimin agar bersatu hati.bila hati da bersatu, tiadak akan wujudnya nama2 politik lg.kerana semua bersatu pada bendera islam…POLITIK RASULULLAH ADALAH MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB ALLAH
asas pada negara islam adalah korban. korban apa? korban masa harta dan jiwa. cara korban mcmana? luangkan masa berdakwah. dakwah mcmana? cara Nabi. dakwah nabi mcmana? ada 5. apadia 5 tu?
1)Jaulah (gast) 2) dakwah istimae 3)dakwah khususi 4) dakwah umumi 5)dakwah infiradi.
selain dakwah daripada itu adalah tidak pernah dilakukan oleh Nabi.bila kita istihar selain daripada ini adalah dakwah akal logik kita. bole pakai ka dakwah mcm tu? boleh…..tp kesan, tak sama..kerna dakwah dari nasyid, dapat wang. dakwah dari comic dapat wang. dakwah dr tv dapat wang dan glamer. dari intenet dapat wang juga……dakwa apa pun boleh.pakai la.tiada larangan pun..tp, original resepi 5 dakwah tu.(SUNNAH).
ini kerana tiada perkara yg paling ALLAH s.w.t suka melainkan apa yg nabi s.a.w lakukan.kerana itu adalah yg dicintai oleh ALLAH azzawajala..
nak praktik? sila la keluar khuruj dengan jemaah yg korang kutuk tu…jemaah tabligh yg tak tau sapa bg nama tabligh tu bukan kumpulan pun..tu kerja dan sifat nabi
senyum…huhuhuhu
Februari 11, 2010 pada 4:31 pm
ustaz baru start
adey….sapa delete text aku ha? tak profesional btl
Februari 11, 2010 pada 4:33 pm
ustaz baru start
sampai bila nak lurus…org bagi pandangan tak ambik. kau punya suka la….dunia2
“AKHIRAT PURI ZENDEGI, DUNIA TORA-TORA”
Februari 26, 2010 pada 4:37 am
Baba Syarif
so lagi ko sdaro ambo set tabligh ni…ambo pun pernah keluar juga,tapi nak gi dakwah tu ado syarat kena wat dulu..syarat dakwah hok wajib,gopo tu ??ilmu!!!, fardhu ain, fqah, tasauf,tauhid…pah gi la nak dakwah puncak gunung pun, benda molek…jange dok ralik nak smaye buka kitab fadilat tengok berapo pahalo dulu…gula kan fadilah dia dah manis,tak payoh kito niat;manis manis manis….wat ibadat tu jangan besarkan pahalo berapo berapo…molek fardhu ain demo tu dulu, kalau dah betul.molek,fadilah mari sediri, ni nak manis, gula tak se mano, ore dakwah gi kg ambo, bayan dia suruh budak sekat ore jange bui tubik masjid nak oyat hok dia, pah ustaz ngajah fardhu ain..iak..pah tubik isap rokok set dia ni…nak dakwah gapo rima ni???keno ko dok?? gi pondok ngaji dulu biar alim..pah gi la dakwah tu…
baco fiqhud dakdah tu dulu gapo syarat dakwah….maafla ambo kalu ngepek keno, sungguh amil hok gi kg ambo pun lari.
Mac 6, 2010 pada 11:33 am
azharjaafar
Pengalaman Bersama Ustaz PAS
Sekitar tahun 1994, pihak pengurusan pejabat tempat aku bekerja mengarahkan aku memerhatikan perjalanan Kursus Khas Untuk Nelayan,di satu tempat di Kuala Terengganu. Satu syarikat di pilih untuk mengendalikan kursus berkenaan. Bila aku sampai di Pusat Latihan berkenaan barulah aku tahu bahawa kursus berkenaan dikendalikan oleh syarikat milik seorang ustaz yang memang terkenal di Lembah Kelang sebagai seorang Penceramah Bebas. Pada ketika itu beliau menyandang Yang DiPertua PAS di satu daerah di Lembah Kelang. Kedatangan aku di sambut baik oleh ustaz beserta beberapa orang temannya yang juga sebagai fasalitator kursus berkenaan. Aku amat memahami kerana ramai teman-teman di pejabat aku adalah penyokong kuat Parti Pas selain itu sebahagian ahli keluarga aku di Kedah pun sememangnya orang kuat parti berkenaan.
Sepanjang perjalanan kursus berkenaan, peserta diterapkan dengan aktiviti kerohanian. Malah setiap peserta diwajibkan untuk solat 5 waktu. Setiap habis Solat Maghrib dan Suboh akan diisi dengan kuliah agama.Sesudah solat akan di isi dengan zikir munajat yang sememangnya terkenal waktu itu. Aku juga tidak ketinggalan diberi beberapa tugas mengendalikan beberapa program yang bersesuaian. Aku melaksanakanya dengan baik alhamdulillah. Sebagaimana biasa aku menjaga amalan infradi dan istimai’ aku di sepanjang masa berada di sana. Setiap petang aku akan berada di satu bangku di tepi padang menghabis zikir petang aku sambil biji tasbih aku sembunyikan di dalam baju. Bukannya apa kadang-kadang segan juga dengan ustaz tu dan teman-temannya. Selepas Suboh sebelum sarapan aku akan menyempurnakan Solat Israq dan pada waktu rehat jam 10.00 pagi aku akan Solat Dhuha. Selepas Solat Insya apabila habis aktiviti kursus aku akan habiskan bacaan quran aku. Besoknya pula jam 4.30 pagi aku dah bangun dan menghabiskan sedikit masa di dalam surau di Pusat Latihan berkenaan. Amalan itu sememangnya di ajar semejak keluar 3 hari pertama aku bersama Jemaah Tabligh sewaktu dibangku sekolah lagi
Sebahagian masa malamnya kekadang ustaz dan teman-temannya akan membawa aku minum di warong di sekitar Kuala Terengganu. Di dalam perjalanan ke warong, di dalam kereta biasanya akan dipasang kaset-kaset ceramah Ustaz Haji Abd.Hadi dan kekadang Tuan Guru Nik Aziz yang memangnya pun aku suka dengan ceramah mereka. Ketika berada di warong, macam biasa cerita yang sering keluar di dalam berbualan adalah berkaitan politik semasa. Aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Cuma sesekali akan bercerita itu pun kakuzari (laporan ) pengalaman ketika keluar dan hal ehwal semasa Jemaah Tabligh. Bila aku bercerita, mereka semua ambil perhatian serta rasa hurmat terhadap aku. Tidak ada seorang pun yang bangkang malah semuanya menyetujui apabila aku bercerita termasuklah ustaz tersebut.
Rupanya tindak tanduk aku sepanjang perjalan kursus berkenaan diperhatikan oleh mereka. Setiap amalan yang aku buat rupanya mereka ambil perhatian lebih-lebih lagi bangun di awal pagi ke surau. Pernah ustaz bertanya kepada aku, “ macamana anta boleh istiqamah Solat Tahajud ? soalnya lembut sewaktu keluar dari surau. “Biasa je ustaz, kadang-kadang tertinggal juga. Bukannya kuat sangat ana ni”, jawab aku dengan sikit tawadhuk menghurmati dia sebagai ustaz.”Tapi ana ni lagi le lemah jarang sangat boleh buat Tahajud, kekadang suboh berjemaah pun terlepas semedang”, katanya lagi. Aku diam je tak jawab apa.apa.
Bila tamat kursus dan mahu pulang ke Kuala Lumpur, rupanya penerbangan aku dari Lapangan Terbang Kuala Terangganu ke KLIA sama dengan ustaz berkenaan. Kami bersama-sama dan confirmkan tiket pun sama dan tempat duduk kami pun sebelah menyebelah. Ketika di lapangan terbang sewaktu minum dengan beliau, beliau menceritakan kisah beliau macamana beliau boleh terlibat dengan Parti PAS. Ceritanya bagaimana beliau mula mendapat hidayat yang sebelum itu beliau seorang yang terlalu jauh dari agama sehingga beliau menagis terisak-isak menahan sebak. Aku pun turut sedih mendengar ceritanya. Katanya pada aku,”Anta alhamdulillah dapat hidayat awal, tidak seperti ana yang lewat dapat hidayat.” Sewaktu di dalan pesawat dia menyambung lagi ceritanya dan kemudian ia menggenggam tangan aku seraya berkata” Wallahi syeikh usaha Tabligh yang anta buat adalah usaha yang benar, anta teruskan. Ana ni jiwa kasar sedikit mungkin sebab tu ana duduk di dalam Jemaah PAS.” Bila aku dengar kalimat ini yang keluar dari bibirnya beserta pula bersumpah dengan nama Allah airmata aku tak tertahan lagi mencurah keluar dari klopak mata aku. Rasa hiba betul, seorang ustaz yang kuat dengan Jemaah PAS mengeluarkan kata-kata sedemikian.
Selang beberapa hari kemudian, beliau datang ke pejabat aku hanya semata-mata ingin bertemu dengan aku. Setelah berjumpa kami berpelukan dan kedatangannya berjumpa aku semata-mata ingin memastikan hadith yang pernah aku cerita semasa kat Kuala Terengganu tempoh hari. Selepas 12 tahun pertemuan aku dengan ustaz tersebut, sewaktu tinggal di Seremban teman marhalah aku yang nak keluar 40 hari ke Sabah, transit keluar 3 hari di satu masjid di Kuala Lumpur, katanya ustaz berkenaan sewaktu selesai memberi kuliah Maghrib di situ duduk dan makan bersama jemaah sambil menasihati jemaah untuk istiqamah dalam usaha Jemaah Tabligh.
Moral dari cerita ini.
Banyak ustaz-ustaz yang aktif di dalam Jemaah Islam sebenarnya suka dengan Jemaah Tabligh. Ada dikalangan mereka amat-amat menyokong usaha yang mulia ini. Sebagai contoh keluarga Syeikh Nuruddin Marbu Al Makki Al Banjari kebanyakannya adalah karkun kuat di Indonesia. Sewaktu Penulis berada di Jakarta penulis sempat bertemu dengan adek beliau Ustaz Suffian yang kini berada di Yaman.Selain itu pengasas Jemaah ABIM Ustaz Ghazali Bangi pun telah keluar beberapa kali 40 hari bersama Jemaah Tabligh. Bila salah seorang orang kuat ABIM Senawang bertanya,”sebab apa ustaz keluar Tabligh?” Katanya,” saya ingin betulkan amal di dalam Jemaah Tabligh”. Yang bertanya itu pun telah keluar beberapa kali 3 hari bersama-sama dengan penulis
Kalau ada ustaz-ustaz yang mengkritik, anggaplah mereka belum mendapat maklumat yang jelas tentang usaha ini. Mungkin juga sikap sesetengah kita yang tak pandai mengambil hati ditambah lagi dengan akhlak burok sesetengah karkun.
Wallahua’lam
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/pengelama-bersama-ustaz-pas.html
Mac 6, 2010 pada 11:52 am
azharjaafar
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap…adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!”
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.
Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??”
Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“I can’t go..sorry!”
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!”
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),””no prob.,anytime kami
ready!”
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja…
Orang tabligh,
Seluruh dunia…naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje…
Ikhlas,..no sponsor….no subsidy…..
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja…
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru…
sama seperti balik dari fardhu haji…….. ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak…rotan digantungkan. …..sunnah nabi…
bukan untuk mendera…speed limit sahaja…
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut…kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye…
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…
tak buat dakwahlah Nabi….tak sampailah Islam ke M’sia ni…
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can’t blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah…Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah…if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M’sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. …
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)
April 15, 2010 pada 4:18 pm
Pilih yg 1 dari 73
Asslkum…saudara2ku
Saya telah mengenali jemaah tabligh ini dlm sekitar pada tahun 2000 .
Pada fahaman saya usaha jemaah2 tabligh ini adalah satu2nya usaha yang hampir mirip usaha2 kesinambungan usaha para sahabat dari Nabi Muhammad s.a.w. yang telah lama terputus akibat kelemahan dan berlakunya perkara2 bid’ah yang terlalu dikalangan umat islam suatu masa dahulu.
Kerisauan saya adalah mengenai segelintir dari umat islam yang masih tidak dapat membayangi apa itu isipati usaha tabligh sebenarnya kerana masalah2 keraguan seseorang itu untuk mendekati dan memahaminya. Saranan saya janganlah kita hanya mengambil pendekatan hanya tunggu dan lihat.
Secara kesimpulan untuk kefahaman kita umat islam bersama, kesinambungan usaha ini adalah salah satu usaha kerahmatan yang Allah S.W.T. berikan untuk mengerakkan kembali menyatukan keimanan dan kafahaman seluruh umat akhir zaman yang telah jauh terpesong dengan pelbagai fahamannya , maka amat perlulah kita sama2 kembali kepangkal jalan supaya kita dapat bongkar semula kelemahan2 kita.
bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk berlajar ke Al-azhar atau tidak mampu menjadi hafiz semasa awal umurnya, maka inilah jalan2 dorongan yg lebih baik untuk mendampingi para alim dan ulama kita.
insyaAllah…..
April 20, 2010 pada 8:36 pm
SYABAB
assalamualaikuum.. ana adalah ahli minat dan senantiasa mengikuti isu2 terbaru PAS. Pemikiran ana berfikir cara PAS. ana juga pernah masuk ke dalam tabligh.. tetapi x pernah jumpa apa yg dijumpa di dalam PAS ni.. di dalam tabligh tidak pernah nak memaki hamun walaupun orang itu menzalimi kita atau memaki kita.. mereka hanya sabar dan membalas dengan senyuman manis sambil meminta maaf lagi.. di dalam PAS, ustas2nya memaki hamun org2 UMNO seakan2 lupa bahawa apakah kaedah itu mampu menginsafkan UMNO dan kembali ke jalan yang benar..
Menggunakan politik sungguh2.. tapi mengapa kaedah pendekatan jemaah lain ditolak.. memanglah ikut waqi’ tapi Nabi juga berdakwah dan dalam pelbagai kaedah bukan politik sahaja..
Apa yg dilakukan oleh pimpinan2 PAS untuk berdakwah kepada pimpinan2 UMNO? DAP? dan PKR? sekarang ni nampak gaya mcm PKR bakal jadi perdana menteri, DAP bakal jadi tim. perdana menteri dan PAS buat apa??
nak memaki hamun org PAS lah yg terbaik, bukaklah youtube dan banyak2 video dan yang paling hebat adalh mereka yg dari kelantan.. apa kes dakwah cara panggil org UMNO bodoh, tolol, bengong, khinzir.. yg cakap tu ustaz pulak bukan org lain… pernahkah Nabi S.A.W memaki hamun org2 kafir kuraish..
Ingat yg sekarang ni UMNO.. yg zaman Nabi tu kafir laknat.. yg tu pun Nabi x hina.. ada yg sampai yahudi pun Nabi jaga bagi makan walaupun dia selalu maki hamun pada Nabi… Apa ni.. apa yg PAS ni… kata tabligh salah, ISMA salah, hizbutt tahrir salah. JIM SALAH.. MANA TAU SALAH.. org2 PAS dah confirm masuk syurga ka??
saya memang dah tak puas hati dengan org2 PAS ni.. selama saya duduk dalam PAS ni x pernah dengar cerita seorang pun org bukan ISLAM masuk ISLAM atas usaha dakwah PAS ni.. hang pa betui ka buat dakwah.. nak kata saya futur ka pa ka.. tertakluk la.. yg saya tau dakwah ada pelbagai kaedah bukan politik sahaja dan SIAPA kita ni nak kata Jemaah lain salah!!!
Siapa Nik Aziz!! Siapa Haji Hadi!! Siapa?? mengapa tarbiyah PAS x dapat dirasai oleh ahli2nya.. mcm mana nak raqasa kalau dok maki org.. sikit2 demonstrasi.. daripada demonstrasi baik pimpinan PAS pegi jumpa pimpinan UMNO dan berbincang.. nak perang pun dak, nak bincang pun dak.. dok buat demonstrasi.. rosakkan harta benda awam.. MEMANG UMNO JAHIL ILMU.. tapi semua ka.. semua x boleh nak terima dakwah ka.. ada try jumpa dan berdakwah dengan dorg depan2?? ada cuba!!!! x buat pun!!! masuk masjid maki2…
wei!!! bodohlah kalau mcm tu!! cuba tengok.. rakyat akan ramai bila pergi ke program2 yg berisu sahaja.. klu kuliah2, prgm tarbiyah hancur!!! apa dakwah mcm ni ni!!!
Tau x berapa ramai yg dah berjaya diislamkan bila bersama tabligh dan jemaah2 lain.. setakat ada kelab penyokong PAS tapi x dakwah org2nya baik x payah… apa guna buka kelab penyokong PAS tapi x nak dakwah..
Memanglah x buat rasuah, x buat zina, x buat judi, tapi kalau mcm tu kenapa ustaz2 pas ni masih lagi payah nak paham apa yang Nabi bawa.. Gunalah kaedah Nabi S.A.W.. Nabi dakwah semua org, jumpa direct dan ada juga menghantar utusan bersama surat.. ada ke pernah buat mcm tu kat Najib!! Ada ke!!! ada ke!! tau nak maki!!!
makin tulis.. makin marah rasanhya.. apalah kamu ni semua.. berdakwahlah wei.. janganah dok masuk masjid maki.. bila bab2 maki ramai yang pegi.. bila bab tarbiyyah ramai lari… mana dia ahli PAS.. mana dia pendokong ni… saya selalu dok kaunter semua org ttg kebaikan PAS selama ni.. tapi lama kelamaan saya semakin pening dan menjadi senyap pasal apa yg sedang terjadi dengan PAS kini… tau tak yg PAS tu dah ada imej politik.. sepatutnya PAS perlu ada imej syumul.. bukan politik semata2..
tolonglah.. saya memang sayang lagi pada PAS.. saya x nak hati saya ni berubah.. ubah lah PAS ni.. dah teruk sangat dah sekarang ni.. kaedah isi boranh lah ape lah.. ape ni.. Nabi x pernah buat mcm ni.. dok maki2 musuh.. sikit2 isu.. sikit2 isu.. kalau benar niat dan perjuangan pasti akan dipermudahkan… ha!! 1 lagi.. sebab mengapa PAS payah diterima org adalah kerana KEBODOHAN sikap segilintir rakyat kelantan itu sendiri.. disebabkab sifat “kekelantanan” @ “kenegerian” mereka ni menyebabkan dakwah PAS terbantut.. bila susah baru nak cari org dari negeri lain.. apa ni.. kamu semua bawak imej PAS la.. dok assobiyah sgt.. memang lah payah PAS nak diterima masyarakay.. bila keluar dari kelantan dorg ni lah yg paling menjadi syaitan sekali.. kalah budak2 selangor ke.. penang ke.. johor ka.. melaka ke.. macam x de tarbiyyah.. perangai mcm binatang pun ada.. baik lelaki mahupun perempuan..
dalam tempat yg saya bertugas ni kebanyakkan yang perangai mcm syaitan adalah daripada kelantan.. yg negeri lain pun ada, tapi x leh seteruk mcm merka ni.. boleh sembang bab kemaluan lelaki, bab disko, kemaluan wanita tanpa segan silu.. buka youtube la.. video lucah paling ada pun org kelantan yang buat…
mcm mana ni Tok Guru.. tolonglah.. saya merayu.. semasa saya menulis article ni saya hampir2 nak meenangis sbb saya x percaya yang sehingga ke tahap ni saya boleh menulis.. mungkin ini membuka pekung di dada tapi saya sanggup keraqna saya mahukan perubahan di dalam PAS..
PKR tu pun mcm UNMO jugak.. selidik lah pasal Anwar tu.. jangan terjadi seperti kisah mustafa kamal artartuk baru nak sedar,… tau2 Anwar tu agen Yahudi (naudzubillah) baru nak terhantuk kepala.. Saya dengan sekeras kerasnya membantah tahalluf bersama PKR dan DAP.. x pa!! biar susah berdakwah tapi ISLAM dibawa perlahan-lahan.. jangan kita terken a virus nak cepat mencapai kemenangan… buruk padahnya..
tolonglah… saya harap.. PAS dapat membawa perubahan ke pada ISLAM dan mintaklah semua ustaz2 PAS berhenti memaki hamun musuh.. mereka adalah mad’u.. kita dakwahlah mereka.. janganlah memaki mereka, mereka pun nak ISLAM.. kalau lah ada yang kata sudah pasti syaitan2 ni x nak ISLAM. WOI!!!! MANA KAU TAU!! KAU TUHAN KE!!! JANGAN BERLANDASKAN PEMIKIRAN BIADAP DAN MENJADI BATU APAI DALAM NAK BERDAKWAH KEPADA ORG LAIN!!! SEPATUTNYA ORG YANG MENGATAKAN BEGITU PERLU DIPANGGIL SYAITAN KERANA MENGHALANG USAHA DAKWAH!!!
saya rasa setakat itu sahaja…. dan saya masih lagi mengalirkan air mata dalam menulis article ini.. saya harap agar apa yang saya utarakan ini dapatlah dilihat walaupun sedikit.. saya sayangkan PAS… saya sayangkan Tok Guru tapi mungkin inilah sahaja caranya untuk saya menyampaikan perkara ini pada pimpinan PAS dan pada masyarakat umum…
saya jahil.. saya hina.. saya bodoh.. apunkalah dosaku ya ALLAH.. aku cuma mahukan pentadbiran ISLAM yang terbaik dan menyelamatkan pemimpin2 ku daripada azab api nerakamu…. ampunkan lah dosa ku Ya ALLAH..
yang benar
-umar shah
Mei 2, 2010 pada 7:54 pm
dinorwave
salam .. saya kat sini mungkin adalah orang yang paling muda dan kurang berpengalaman, harap beri tunjuk ajar..
Apa yang saya perhatikan sebagai orang muda dan kurang berpengalaman melihat bahawa kita nih seolah-olah taksub dengan politik yang ada dan politik menentukan seseorang itu kafir atau islam.. membuatkan saya sebagai orang muda sukar untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk ..
Julai 21, 2010 pada 11:09 pm
muhammad_efendie
assalamualaikum,mungkin kepada para penyokong pas kena kaji balik kegiatan politik yang dipelopori oleh guru-guru kepada tok guru nik aziz di deoband,india..contohnya maulana maududi…dan pengertian politik dlam islam oleh syah waliyullah dehlawi rahmatullahi alaih,dan saya sedih melihat di dalam parti ini banyak kebaikan orang islam2 yang lain dibuka,jadi islam nampak buruk disebabkan perbuatan kita sendiri wlaupun,kita berjuang atas dasar islam,cara perlaksanaan itu perlu dikaji semua,kalaulah Nabi S.A.W dan para Sahabat R.Anhum masih hidup melihat keadaan kita sekarang,alangkah sedihnya..
jangan kata orang tabligh menolak politik,kerana politik yang diperjuangkan pas adalah mengikut sistem barat,tidak mengikut sistem islam yang sbenar,
jadi,jangan sekali-kali menuduh jemaah tabligh benci politik,cuma cara berpolitik yang tidak mengikut syariat,sebab itulah ditolak..dan politik ada disebut di dalam quran,jadi menolak bererti tidak percaya pada quran..
satu cadangan,mungkin pas perlu belajar sikap bersangka baik dan menutup aib saudara muslim yang lain,dan belajar hindarkan perpecahan ummat islam..bersatu atas islam,bukan atas dasar kepartian..kepartian perkara ke 2,islam di atas..
Ogos 15, 2010 pada 4:18 pm
faqirdhoif
Pada 2004 khuruj 4 Bulan jumpa pak saudara ustaz di pakistan. Dia keluar setahun masa tu. Beliau tinggal di jerantut tak silap saya.
Isu ni bincang tak habis2. Tak perlu di timbulkan pun.
Islam dgn munafik pun dah bermusuh…..
Bergabung dgn kafir….itu aku tak setuju… Islam yang munafiq itu dah musuh…. bagaimana dengan KAFIR?…
Kadang2 manusia suka berkiblatkan LOGIK…
perjuangan islam bukan majoriti/minoriti……. bukan semata2 hasil nampak…
Ada nabi 83 org yg ikut….
Ada nabi tak ada pengikut…
Orang ikut, tak ikut, ramai yang ikut Rasul…….. semua berjaya di sisi Allah.
September 14, 2010 pada 3:15 pm
Ummatan Waahida
Salam Ustaz,
Moga dirahmati dengan perjuangan Islam yang ikhlas.
Walaupun apa lemparan kata kepada jemaah yang mengusahakan dakwah tabligh, tetap mengasihi ustaz sebagai org berilmu. Ingin saya kisahkan sedikit perjalanan dakwah yang penuh dengan keperitan dicemuh, dimaki dan dikatakan ‘bersengkongkol’ dengan parti politik yang tidak sealiran dengan perjuangan ‘suci murni’ PAS; sedangkan apakah bukti jelas terhadap kenyataan itu?. Paling menyayat hati saya apabila rakan saya, seorang peneroka sedang keluar jemaah di salah sebuah masjid di kawasan RAUB meninggal di ketika berwuduk untuk menunaikan sembahyang asar. Tanpa dipedulikan oleh para jemaah masjid (kerana keghulu’kannya dengan penyampaian ‘ilmu’ ustaz dari kalangan PAS’) kerana dimomokkan dengan ‘kesesatan’ jemaah ini kerana tidak bersama2 perjuangan mereka (hanya segilintir bersimpati). Sedang mayat di dalam masjid menunggu kehadiran ahli jemaah, masih mengutuk para jemaah yang sdg khuruj di jalan Allah. Ahli2 jemaah masih duduk mendengar ceramah ‘ustaz’ tersebut dan bersabar. Adakah tahap kesabaran sdra2 sekelian sehingga ke tahap ini. Hanya kebanyakan org dakwah tabligh boleh melakukannya dan mendoakan kebaikan ‘ustaz’ tersebut agar dicucuri hidayat.
‘Ya Allah, kepada siapakah kami dihantar….kepada mereka yang kami sanjungi sebagai saudara seagama tetapi menghina kami dengan ketiadaan kemampuan kami menghadapinya. Ampunilah mereka. Amin’.
Salam ukhwah
Mac 6, 2012 pada 8:59 am
Abdullah
Musalman dil saf hona chaahiye. Ghebaat na karo. Shikayat nahin.
Dil ko bugh se saf karlo. Jo neechay banaya hain. Koi bat, sabr Allah buland karta.
November 5, 2010 pada 5:56 pm
Ayop Saidon
Sistem Demokrasi yang diamalkan oleh berbagai parti politik diseluruh dunia hari ini adalah sistem ciptaan dari Barat. Bagaimana pula ada pihak terutama yang mengaku berjuang dijalan Islam sendiri boleh mengatakan bahawa Nabi SAW pun mengamalkan politik (demokrasi) ini didalam sistem pemerintahan Baginda? Kalau kita rujuk kembali kepada fakta2 sejarah Islam dizaman Baginda SAW dan Para Khulafa Rasyidin dahulu tiada satu dalil pun yang membuktikan mereka pernah menggunakan sistem pemerintahan demokrasi seperti yang diamalkan oleh negara2 Islam pada hari ini. Corak pemerintahan Islam dahulu amat jauh berbeza dan bertentangan dengan corak pemerintahan ala demokrasi Barat yang diamalkan hari ini. Selagi umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan berpandu kepada Sunnah Rasul SAW dan mencotohi bagaimana perjuangan dan cara hidup (mentaliti dan amalan) para Sahabat RAA maka jangan haraplah umat Islam diakhir zaman ini akan dapat mencapai tahap sebagai umat Islam yang dihormati, digeruni dan berjaya menegakan sebuah negara Islam dimuka bumi Allah ini. Jika kita hanya bergerak kesana kemari melaungkan hukum Islam tanpa diri sendiri beramal dengan amalan yang soleh, menidakan gerakan dakwah Islamiah, tidak menghiraukan saudara2 seagama yang menderita jiwa mereka kerana tersesat dijalan maksiat, menafikan hak2 jiran tetangga hanya kerana berlainan fahaman politik (politik ala barat) maka bagaimanakah berkat dan rahmat Allah hendak sampai kemuka bumi ini? Apakah kita boleh berbangga hanya dengan gelaran sebuah Negara Islam yang menegakan undang2 Islam (Hudud) sedangkan amalan harian sebahagian besar rakyatnya penuh dengan kejahilan tanpa menyedari betapa amalan Sunnah Baginda SAW itu adalah yang paling utama untuk diamalkan didalam kehidupan seharian? Boleh dikatakan sehingga kini dikalangan umat Islam sendiri ramai yang beranggapan Amalan Sunnah Nabi SAW itu hanya amalan sunat sahaja sedangkan tidakkah mereka tahu betapa Para Sahabat RAA sentiasa menitik beratkan amalan Sunnah ini didalam seluruh amalan harian kehidupan mereka kerana mereka sentiasa berkeyakinan hanya melalui amalan Sunnah Nabi SAW sahaja akan ada segala kejayaan sama ada didunia mahu pun di akhirat. Selagi umat Islam ini masih bersandar kepada cara dan corak perjuangan kufar Barat sebagai panduan dan jalan untuk menuju kemenangan MAKA jangan haraplah umat ini akan berjaya. Sesungguhnya kafirin Barat telah berjaya mengongkong segala pejuang2 Islam dihari ini selagi umat Islam ini terus berpaut dengan segala sistem politik yang telah mereka cipta. Dengan segala keadaan yang menimpa dan menekan Umat Islam sekarang, adalah amat perlu umat ini kembali bersatu dijalan Allah tanpa berpandu kepada mana2 fahaman politik pun. Kita perlu bersatu diseluruh dunia, tanpa sempadan negara dan benua. Umat Islam perlu balik kepada ajaran dan corak perjuangan Islam sebagaimana dizaman Sahabat RAA dan bukannya hanya dilingkungi fahaman politik sempit parti politik kerdil yang hanya bertapak di negara masing2. Kafirin Barat hanya tersenyum melihat umat ini bertelagah sesama sendiri hanya dikeranakan bercanggah pendapat dialiran fahaman politik yang telah mereka cipta dan akhirnya diagung2kan oleh umat Islam kononya sebagai satu cara untuk menyatu dan membangunkan Islam sedangkan hakikatnya sampai bila2 pun umat ini akan terkial-kial menepis dan menjerit akibat kebodohan dan kebebalan umat Islam itu sendiri. Wasalam !
April 25, 2011 pada 9:18 pm
hadoww
salam..
aku kagum dgn brader2 tabligh, panjang2 dorang tulis utk usaha supaya Allah bg kefahaman kepada orang yg dok maki, kutuk usaha da’wah ni.. Ada kata tertipu dgn perangkap Iblis la..syaitan la, UMNO la.. istighfar la tuan nik abduh.. jgn suka2 menghukum..kaji dulu sblum cakap.. takyah kejar sgt politik akal korang tu.. aku sokong Pas sbb dlu korang mcm Islamik..tp kalo dok kutuk usaha Nabi Saw, kutuk sana sini, sorry la brader2 Pas.. gua tak respect orang mcm ni, walaupon lu belajar tinggi ke langit,lu orang tak amal.. tabligh tak join politik kepartian, dorang belasah je dakwah orang2 UMNO, PAS, Asli, Amereka,seluruh dunia.. PAS dok cite pasal Negara Islam Malaysia pah ceroh.. Islam bukan utk Malaysia je bai..seluruh alam..Sahabat Nabi buat dakwah sampai hujung dunia, 2/3 dunia bawah tapak kaki dorang.. apetah lagi korang orang yg berilmu, buat usaha da’wah, join jemaah tabligh(bukan kutuk2), tak mustahil Islam boleh kuasai dunia, bukan setakat Malaysia kecik ni je.. aku tulis panjang2 pon, kalo korang still dgn pemikiran ” Jemaah tabligh ni sesat..” atau “aku tak peduli korang ckp ape, aku gak yang betul”, tak kemana punya.. Wallahualam cuba la lapang dada,fikir sket je..tak rugi pon.semoga Allah bg kefahaman kat kita semua.InsyaAllah
April 25, 2011 pada 11:10 pm
nikabduh
Tuan Hadoww, Fahami elok2 ayat saya. Cara tuan menulis menampakkan, maaf, tuan kurang membaca, lalu kurang memahami maksud penulis. Saya bermaksud memuji jamaah tabligh kerana kawan saya ingin menjadikan tabligh sebagi tempat menyelamat diri dari kekeliruan siasi. Saya menasihatinya janganlah begitu kerana penyucian diri bukan dengan meninggalkan politik, tetapi politik yang kotor. Masuklah tabligh bukan kerana lari dari politik, tetapi masuk tabligh kerana menguatkan diri. Jika kita mahukan ketinggian darjat, pergilah ke medan depan iaitu jihad menentang musuh ugama. Tidakkah tuan melihat kejahatan ahli politik yang merosakkan sistem hidup umat Islam. Jadi, hadapilah musuh itu, jangan pulang..
Januari 3, 2012 pada 4:13 pm
isa
mana ada masuk tabligh.
tapi yang ada keluar tabligh…………….. keluar 3 h, 40h, 4 bulan, masturat, 2 bulan jalan kaki, 40h negara jiran, 4b negara jauh, keluar setahun ulamak………….dan macam2 keluarlah……..barulah ada mujahadah iman..
tapi aku baru keluar 3h je tapi azam untuk keluar 4bulan setiap tahun. doakan.
Januari 15, 2012 pada 7:45 am
md azizul
Dakwah dan Tabligh ini merupakan usaha Nabi Saw Dan usaha para sahabat yang bertebaran ke seluruh alam untuk menyampaikan kalimah’Lailahaillah Muhammadarrasulullah’.Maka sesiapa yang memburukan tabligh maka dia memburukan Nabi saw dan sesiapa yang memburukan Nabi Saw maka dia juga telah memburukan Allah Taala.Nauzubillahminzalik…Tuan/Puan kita lihat padi beras sangat penting untuk kita makan tetapi usaha atas menanam,membaja padi beras sangat lagi penting.Begitu juga Agama…Agama sangat penting tetapi usaha agama sangat lebih penting.Dalam usaha dakwah Tabligh ini kita usahakan atas iman dan amal kita yang mana kata Nabi Saw yang kita bawa mati nanti cuma Iman Dan Amal.Jadi kalau kita ingin tahu lagi dan lagi maka mari kita buat pengorbanan untuk agama keluar 3 hari Setiap Bulan,40 hari setiap Tahun,dan 4 Bulan seumur hidup.Usaha ini seperti kita membaling bola ke dinding dan kita akan mendapat hasilnya kembali di akherat kelak.
April 4, 2012 pada 2:46 pm
Mohd Nor Hafiz
i like usaha dakwah & tabligh. POLITIK!!! politik cara Rasullullah its the best. Politik zaman sekarang!? Worst!! Pas, Umno & PKR yang rata2 org Islam caci mencari antara mereka, yg ikhlas berjuang pun terkena palitnya. Bace ini:
Petikan maksud firman Allah swt dari Quran ~ Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin.
Firman Allah ta”ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : ” Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji ”
So, terang & jelas. PAS, UMNO & PKR ke & wat ever NGO Islam. Fikir2kanlah. Kenbali-lah saudara ku ke jalan Islam & kasih sayang.
Orang kufar tepuk tangan tgk org Islam khususnya politiking bercakaran mcm anak-anak kecil.
Julai 11, 2012 pada 2:26 pm
Hamba Allah
Assalammualaikum, minta maaf kerana mencelah, di sini saya ceritakan betapa makbuliatnya (benarnya) usaha tabligh ini, sama-sama kita fikirkan…. p/s : usaha islam yang lain sy x tolak….
-Penyambung usaha dakwah (tabligh) ialah Maulana Ilyas Rah, beliau adalah dari keturunan Abu Bakar As Siddiq dan keluarganya adalah keturunan alim ulama besar yang amat dihormati di negara India.
– Penulis Kitab Fadilat amal, Shaikul Hadith Maulana Zakaria RAH dikebumikan di perkuburan yakeb (sahabat), dikebumikan ditengah2, diantara kubur Imam Ahmad bin Hambal (Mazhab hambali) dan seorang sahabat Nabi SAW, bukan calang-calang orang dpt kebumi di sana.
-Usaha dakwah ini telah melebihi 80 tahun, ada di seluruh dunia hatta negara-negara dan pulau yang tiada dalam peta pun x terkecuali, turun je kapal terbang, insyAllah ada orang yang sambut anda. Ada yang tanya. Siapa yang jaga usaha hebat ini, jwbnya “Allah SWT yang jaga”.
-Abdul Rahman Sudais (Imam Mekah) sendiri amat menyokong usaha ini dan pernah khuruj selama 40hr. Ia pernah brth “kamulah satu jemaah yang telah membawa kebaikan yang begitu besar kepada umat ini”. Pernah satu ketika ia bermimpi berjumpa Rasulullah SAW, dlm mimpinya Rasulullah SAW sdg menunggu sesuatu, ia bertanya apa yang ditunggu, Rasulullah SAW brth ia sdg menunggu jenazah umar palampuri dari benua hind, Abdul Rahman sudais tidak mengenalinya. beliau telah bertanya shbt2nya siapakah umar palampuri ini. stlh diselidiki daptlah ia ketahui bahawa umar palampuri ini adalah ulama tabligh yang tersohor dari india yang baru sahaja meninggal dunia. Beliau telah mengutus sepucuk surat ke markas nizamuddin dan menceritakan mimpi yang beliau alami.
-Masjid sri petaling (Markas Malaysia) adlh satu-satunya masjid yang tiada pintu dan tiada tabung di Malaysia (rasa-rasanyalah), ada madrasah hafiz & alim di dalamnya, hidup amal agama 24 jam. Bole muat ribu-ribu orang sekali sembahyang. Begitulah keadaan markas di seluruh dunia. Sape kata orang tabligh x suka pada ilmu.
-Di pulau pinang, Pihak berkuasa polis telah membuat kajian dan telah bentangkan laporannya, didapati usaha dakwah ini telah byk kurangkan kadar jenayah di sana. banyak kg2 yang hidup dengan usaha dakwah kadar jenayahnya telah amat berkurangan, gengster2 yang joint tabligh tlh berubah menjadi baik sepenuhnya. SB bukit aman pun brth perkara yang sama.
-3 orang Pemimpin tabligh dunia skrg ni, 2 dari India dan 1 dari Pakistan. Dari india ialah Maulana Zubir adalah keturunan Nabi Muhammad SAW manakala Maulana Saad adalah keturunan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Dari Pakistan Bhai Wahab (Umur hampir 100 tahun)
-Salah seorang Ahli Fatwa Mekah iaitu Mufti Zainal Abidin Rah (Bekas Mufti Pakistan) adalah seorang penggerak kerja ini di Pakistan.
-Sheikh Nuruddin AL Banjari, ulama yang tersohor dari Indonesia (selalu dtg ke malaysia dan sering masuk tv) adalah penyokong kuat usaha ini dimana sebahagian keluarganya adalah pengikut usaha ini.
-Perhimpunan di tonggi setiap tahun adalah perhimpunan ke2 terbesar di dunia selepas haji dan dihadiri dari jemaah seluruh dunia. Yang hadir tahun 2012 ialah 2 hg ke 3 juta orang dan hampai 40 ribu jemaah yang datang dari negara-negara arab.
-Markas Nizamuddin di India tlh mengaturkan perjalanan ratusan hg ribuan orang setiap hari untuk dihantar dakwah ke seluruh dunia, walaupun tanpa organisasi yang canggih tp bila Allah SWT yang jaga usaha ini, semua jadi mudah. Makan jemaah dari luar negara pun percuma di sini.
-Org Islam Sri Lanka (7 hg 8% shj) sgh2 buat usaha ini, stlh 30 tahun ini keadaannya :
1) Hampir setiap hari ada orang kafir masuk islam
2) Org kafir disana amat menghormati orang islam
3) Hampir sebahagian besar masjid yang s’yang berjemaah melebihi 60 hg 70% orang dewasa di satu-satu tempat dan beberapa masjid yang 100% org s’yang berjemaah.
4) Perniagaan dan ekonomi orang islam yang pegang.
5) Bila tiba waktu s’yang kedai ditinggalkan tanpa perlu ditutup (sama sprt zaman shbt)
6) fenomena bdk2 berbondon2 pergi s’yang dhuha di masjid pada awal pagi adalah lumrah.
7) lelaki memakai jubah dan perempuan memakai purdah di merata-rata tmpat sehinggakan pelancong yang datang ingatkan negara islam.
8) Setiap tahun beribu- ribu orang dihantar ke luar negara untuk sambung usaha nabi.
-Apa cite dgn Negara israel;
1) Di dalam negara israel sendiri ada beberapa markas tabligh, setiap mlm markas, ribuan yang iktikaf di masjid.
2) Al- kisahnya, satu ketika jemaah sdg buat ghast di israel, askar israel hendak menembak jemaah ttp peluru x keluar, ttp dihala ke tmpat lain baru keluar. perk ini di bawa ke peringkat tertinggi dan mereka mula mengkaji siapakah gerangan jemaah ini, dan slps kajian dijalankan, pendeta mereka tlh keluarkan memo kepada semua askar supaya jgn diganggu jemaah yang buat usaha ini kerana mereka meyakini jemaah ini adalah utusan yang benar dari Allah. mereka percaya jk mereka ganggu jemaah ini Allah SWT akan hancurkan negara mereka. Sehinggakan Askar mereka sendiri yang menjaga jemaah ini ketika buat usaha di sana. Itulah sbbnya mereka hanya serang negara yang tiada usaha dakwah.
3) Jemaah singapore yg berjanggut tlh masuk ke israel dan memberitahu ingin buat dakwah, mereka ditanya bbrp soalan ttg usaha dakwah dan dibenarkan masuk. mereka hairan krn israel membenarkan begitu mudah utk mereka masuk sdgkan mereka begitu anti dgn org islam. bila ditanya kpd mereka, mereka jwb ” kami tahu mana kamu utusan yang benar dan askar kami akan jaga kamu disini”.
4) Sblm usaha dakwah sampai di palestin, orang palestin dibuli sewenang-wenangnya oleh askar israel. kini stlh usaha dibenarkan di palestin, askar israel tidak berani lagi bertindak melulu malahan mereka seperti ketakutan bila bertembung dgn jemaah malahan wanita-wanita yang memakai purdah tdk berani disentuh oleh mereka, pandang pun tidak. Seorang jemaah palestin yang pernah dtg ke malaysia brth mereka skrg punyai kekuatan luarbiasa dan tdk lagi takut untuk keluar dari rumah berhadapan dgn tentera israel. mereka yakin Allah SWT bersama mereka, inilah natijahnya bila keluar di jalan Allah, dapat iman sempurna.
-Ramai sgt-sgt orang yang buat kerja ni Tuhan mudahkan ucap kalimah di akhir hayat dan mati dalam keadaan husnul khatimah. Ada yang senyum, tak reput, bercahaya, bau wangi dan macam-macam lagi. saya sendiri dah lihat depan mata jemaah yang mati dalam keadaan sebegini. InsyAllah tn tak akan jumpa seorang pun yang sehingga akhir hayatnya korbankan harta, diri dan masa di jalan Allah mati dalam keadaan yang tidak baik.
-Jadi, tn 2 yang dimuliakan oleh Allah SWT, banyak lagi perk2 utk gambarkan betapa benarnya dan makbuliatnya usaha ini, kalau nak tahu tn kena keluar di jalan Allah, hanya 3 hr, insyAllah diberi kefahaman.
P/S : Cube tn2 lapangkan dada dan s’yang istikharah, minta petunjuk daripada Allah SWT, dah ramai ustaz-ustaz dan orang alim yang diberi petunjuk ttg usaha ini bila mereka doa sgh2 di malam hari, ada yang doa depan kaabah lagi, ttp tetap ditunjuki inilah jalanNya. Antara doa2 mereka “Ya Allah jk usaha dakwah ini benar, Engkau ambiklah aku dalam kerja ini dan majukan usaha ini di seluruh dunia, jika usaha ini terpesong Engkau jauhkan aku dengannya dan hancurkanlah usaha ini sehancur-hancurnya” insyAllah tn akan dapat jawapan yang benar dariNya. Allahuakbar…….. Sy pun orang baru bljar, maafkan jika ada salah dan silap, moga Allah ampuni saya. tn doakan sy kekal dalm usaha ini sampai akhir hayat ye…..