Salam Palestin,
Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.
Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.
Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.
Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.
Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.
Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.
Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.
Jika anda pernah terkena semburan gas pemedih mata di anjung Masjid Negara, anda akan tahu bagaimana si pemberani akan menjadi ketagih untuk terus berdemo menentang kezaliman dan kebaculan.
Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!
Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.
Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada’ Malaysia ke syurga tuhan.
Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya’ sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.
Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.
Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.
Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?
7 comments
Comments feed for this article
Jun 3, 2010 pada 11:17 pm
hakima
“Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita”
kita akan mengoreksi diri dengan lebih proaktif, kita akan menebus kembali kesilapan lalu..terus yakin dengan janji-Nya hasil usaha keras kita… insyaAllah..
Allahuakbar!!!
Jun 4, 2010 pada 1:00 am
AMAL MALAYSIA
Alhamdulillah, satu kupasan yang menarik dan mendorong kami dari AMAL MAlaysia meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu umat Gaza, Palestin. Selain dari doa, kata-kata, wang ringgit, darah dan nyawa juga adalah pembuka kepada laluan ke baitulmaqdis.
Sesungguhnya janji Allah, pasti akan kita raih bersama-sama .
Jun 4, 2010 pada 2:04 pm
mujahidahsydney
tersentuh baca mutiara2 ilmu dan perkongsian dr ustaz..
izinkan sy untuk bmemetik sebaris dua, kata2 ustaz untuk di sharekan kpd shbt shbiah sy di ini=)
Jun 6, 2010 pada 11:46 am
armadrafar
semoga umat islam bersatu padu menentang musuh….
http://www.rm20segera.com/?r=chearmad
Jun 13, 2010 pada 7:31 am
tebangtebas
Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah baca di
http://tebangtebas.wordpress.com/
Jun 22, 2010 pada 10:00 am
DoWell
Yahudi memang jahat. Boikot barang yahudi. Stop smoking guys!!!
Julai 22, 2010 pada 1:23 pm
sanggura
salam,
misi freedom flotilla membuka mata saya ttg org2 yahudi. freedom flotilla adalah atas inisiatif pertubuhan Free Gaza, organisasi keamanan yg menentang zionis. zionis adalah kejahatan yg asli bagi saya. mrk menggunakan tentera, kekerasan malah pembunuhan, plot jahat, malah apa sahaja utk menakluki dunia. tp bagi saya yahudi dn zionis adalah berlainan. ada kumpulan yahudi yg tidak bersetuju dgn zionis. yahudi orthodoks sangat anti dengan zionis. mereka sy lihat seperti umat kita, mereka mengenakan pakaian mereka kot hitam serta topi seperti kita umat islam mengenakan jubah dn semutar. mereka bencikn keganasan dn menyeru pada kebaikan.. saya rasa kurang tepat utk menyatakan perkataan “yahudi” bagi keganasan di israel. paling tepat ialah “rejim zionis”. kerana zionis adalah gerakan politik SEKULAR, bukan gerakan AGAMA yahudi.
Free Gaza diasaskn oleh ramai org yg berbilang bangsa dn agama. Antara mereka beragama islam, kristian dan juga yahudi. Mereka memulakan organisasi ini sejak 2005 lagi sedangkn di Malaysia pada waktu itu kebanyakan kita masih acuh tak acuh ttg pergolakan palestin-israel sana. Jgnlh tentang keganasan ini atas nama “Yahudi” kerana ada ramai Yahudi tentang zionis..
PS: bukan semua zionis adalah yahudi. bukan semua yahudi adalah zionis. ada umat islam juga yg menyokong zionis. bersama kita menentang keganasan zionis. selamatknlh palestin.. amin ya rabbal alamin..
terima kasih