Salam Kamunting,
Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.
Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.
Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.


29 comments
Comments feed for this article
Oktober 26, 2009 pada 6:20 pm
nmabduh
Salam!
Saya panjangkan artikel Ustaz ini dalam blog nikhassanazmi.blogspot.com/
tk
Oktober 26, 2009 pada 6:23 pm
NikHassan Azmi
… silap teknikal di atas name & email.
Oktober 26, 2009 pada 6:24 pm
soklan
salam ustaz nik abduh,
sblm ini kita berbangga dgn media baru (blog) dlm membantu kita mmberi penerangan kpd masyarakat, tanpa kita sedari media baru ini juga memporak porandakan jemaah..
terima kasih kerana artikel ini kembali menenangkan hati kami yg gundah gulana.
Allah selamatkan jemaah PAS!
Oktober 26, 2009 pada 6:28 pm
Farid Albariti
Syukran Ustaz.. semoga dapat diamnfaatkan pesanan ini..
Oktober 26, 2009 pada 8:13 pm
nawi
Ya benar.. setuju sangat dgn ust.. kito hok duk akar umbi dan faham sikit2.. banyok2 la lagi menuntut ilmu.. mogor2 kito buleh hidayah dan lebih berilmu/berpengalaman dan mampu mengapplikasikan ilmu dan pengalaman..
Salam utk ust sekeluarga.. harap2 boleh tlg tgk2 kan etek oghe2 mudo hok tok cukuk ditarbiyyah dgn KEIKHLASAN.. tlg lah..
Oktober 26, 2009 pada 9:08 pm
Muktamar Khas? « jangan mengalah…
[...] [...]
Oktober 26, 2009 pada 11:12 pm
albakri
alhamdulillah. rasa tenang baca ulasan ust. harapan saya semoga blogger yang mengaku sebagai ahli jamaah supaya mentauladani ust. menenangkan gelora menjernihkan kekeruhan
semoga ust sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Jalla wa Azza.
Oktober 26, 2009 pada 11:28 pm
abu abdillah
Kata-kata sebeginilah yang kami harapkan pada waktu ini.Semoga Allah merahmati ustaz…Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami…
Oktober 27, 2009 pada 6:44 am
alberangque
Insya Allah akan selesai selagi merujuk kepada Al Quraan dan Sunnah seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Hanya kita yang agak jahil sedikit tentang dua perkara ini kena dengar penerangan daripada mereka yang ariff, mereka yang bergelora di hati tetapi sejuk di kepala, mereka yang banyak istighfarnya dan banyak taubatnya..
Jangan berpandu kepada yang cepat melenting tanpa usul periksa.
Oktober 27, 2009 pada 9:04 am
zuraimi
salam
dari pekara2 sebegini kita boleh melihat macam mana sesetengah blog
yang kita rasa bersama parti islam… dan penulis blog itu ibarat
orang yang paham islam….
rupa2nya jenis yang jahil dengan pekara2 perselisihan
antara ulama…..
mereka menghentam umpa merekalah orang2 atau penulis
yg adil tidak kira siapa mereka akan tegur… sehinggakan
kata2 kutukan, makian yg tidak patut ditulis pun menjadi
senjata yang kononnya menampakkan keadilan penulis2 ini…
inilah masanya untuk kita menilai blog2 yg munafik… jahil… dan
menulis mengikut perasaan hati yang telah rosak…. yg kononnya
berwajah islam… dan suka kepada keadilan dan kebebasan bersuara
tanpa batasan yg mengikut batasan islam…
ustaz semoga PAS yg menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai
panduan dapat melalui proses kematangan perjuangan akhir zaman
ini dengan bijaksana atas pertolongan dan panduan dari Allah maha
merancang dan menentukan segalanya…. amin….
Oktober 27, 2009 pada 11:43 am
nurulwafa
dlm blog internet ni sesape buleh nyamar…tu yg bahaya…
tahniah ustaz…sy melihat ustaz sbg pemimpin masa depan kelantan
Oktober 27, 2009 pada 1:52 pm
egm « farish 'audad's WordPress.com
[...] Salam Kamunting, Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat. Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan. Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti. Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan. Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah? Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya. Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero. Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog! Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana. Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar. Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia. Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman. Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman. Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat. Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan. “Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23 Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria. http://nikabduh.wordpress.com/2009/10/26/egm/ [...]
Oktober 27, 2009 pada 7:03 pm
yang gambi
Salam Sdr, adalah benar setiap patah perkataan yang tuan tulis, bukan hanya sekadar tulisan malah dalam ucapan juga mereka lebih banyak berdusta dan membawa fitnah yang boleh memecahkan ummah…..
Kawan hurmati pendapat Tuan, semoga segalanya berubah agar PAS sentiasa dihurmati walau pun bukan sebagai pemerintah…
Oktober 27, 2009 pada 8:43 pm
sebal
Salam, alhamdullilah..bila baca blog utz ni jadi sejuk pulak gue ..klo d blog penarik beca kelmarin..gue udah saran mau isi borang umno…sebab bosan dgn politiking dlm pAS ni…baru d uji kemenang sikit udah haru biru..asek-asek UG, IRC, JIm..dulu masa gue aktif dlm PAS issue nilah yang d mainkan olih pAS tulin..Khalid IRC, MUJAHID IRC, anak TGNA (anta) pun IRC atau yang seangkatan dgn nye..pendeknye..semua pelajar agama, non agama yang aktif dlm usrah lain dari PAS semuanye..IRC, JIM dll.
Yang tak aktif usrah and hanya usrah d kg-kg pAS tulin macam Salahuddin ayub.. hangpa tak tau..salah seorang naqib usrah salahuddin tu ABIM dulu tau..and salahuddin lah salah seorang yang jadi penaja abim d kg gue..
jadi semua pimpinan pas..bukan pas tulin eeeee….
Semoga issue EGM ni selesai dgn sejuk
Oktober 27, 2009 pada 9:21 pm
aburedza
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Pesanan yang baik untuk ahli PAS saya titipkan di blog saya.
Oktober 27, 2009 pada 11:20 pm
Jo
Saya banyak kali menegur beberap blog..seperti alhusin. Sorban besar bakul…yg. memang kita kenal di Sg. Rokam Perak tu, Umie..dll. walaupun saya bukan nya ahli PAs tapi pangkah PAS , sekarang saya naik meluat denga cara percakapan & fitnah ..pembohongan dlm. blog mereka… saya tegur kerana allah yang. dapat last sekali dijemkan artikal saya..Bila kita tegur mereka ..katanya..orang UMNO…jangan le jadi bebal. Saya amat menyokong teguran Us. nik Abduh.
Oktober 27, 2009 pada 11:45 pm
ummuabbas
Kita bebas memilih untuk membaca pendapat mana-mana pimpinan/ blogger. Sejak isu Kerajaan Perpaduan dulu, sambil membaca saya survey, penulisan yang mendamaikan dan yang memanaskan. Saya kenal pasti dan saya hanya pilih yang menenangkan jiwa (tidak semestinya sependapat dengan saya tapi adil dalam menilai). Jarang-jarang sekali, jenguk juga blog-blog panas sekadar melihat pandangan dari pelbagai sudut. Fitrah manusia tidak suka berpanas-panas, biasanya sekejap sahaja singgah di blog panas. Kemudian cari blog ‘aircond’ la pula.
Oktober 28, 2009 pada 12:19 am
ceriterahamba
penutup yang sangat damai dan menenangkan ya ustaz…
hamba sungguh terkesan dengan tulisan ustaz ini: “Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.”
syukran ya ustaz
Oktober 28, 2009 pada 10:04 am
nimi
salam..moga ust n semua para daei ALLAH yg benar berada di bwh lndungan NYA selalu…amiiin…
ana tere apa yg ust tulis…moga2 puak-puak tue dapat hdayah ALLAH …dpat petnjuk
Oktober 28, 2009 pada 11:37 am
nawi
InsyaAllah… Akan ada sinar selepas ini.. apa2 pon yang berlaku, kalao benar keputusan yang sebaik2nya adalah menempatkan kepentingan Islam dan kesatuan/kesepaduan jemaahnya berada diatas.. maka amat perlu kita sama2 berdoa dan berpegang teguh pada nasihat Ust Nik Abduh..
seperti kata najib 1malaysia.. kita bukan saja perlu nampak baik, perlu juga dilihat baik..
Kita jemaah Islam dididik supaya beriman dengan sebenarnya kepada 6 rukun iman.. dan hidup & mati kita hanyalah untukNya.. Pencipta 7lautan
Oktober 28, 2009 pada 10:40 pm
uwais
barakallah ya ustaz!
moga Allah selamatkan kami
dgn keteguhan hati bersama kebenaran
kehikmahan tindak dn keputusan bersama jamaah dn kepimpinan Islam
sehingga mati kami dgn syahid yg mendamaikan!
Oktober 28, 2009 pada 10:45 pm
aizuddin
barakallahufik
Oktober 29, 2009 pada 11:54 pm
Selagi Mustafa Ali tidak digugurkan masalah tidak akan selesai… « Dewan Pemuda PAS Sarawak
[...] Sekali yang sanggup datang Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sudah cukup untuk meletuskan debat kontroversi didunia blog politik tempatan terutamanya dikalangan mereka yang Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz perikan didalam tulisan beliau disini! [...]
Oktober 30, 2009 pada 5:49 pm
Nasharudin nafi beliau pemimpin Pas bermasalah « Dewan Pemuda PAS Sarawak
[...] Sekali yang sanggup datang Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sudah cukup untuk meletuskan debat kontroversi didunia blog politik tempatan terutamanya dikalangan mereka yang Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz perikan didalam tulisan beliau disini! [...]
November 2, 2009 pada 12:10 pm
Ya Allah… Janganlah Ia Menghancurkan Keimanan Kami! « Muhtar Suhaili As-Sarawaki
[...] Tertarik dengan peringatan Ustaz Nik Abduh kepada para bloggers: “Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga [...]
November 6, 2009 pada 10:06 am
hanafirazali
syukran ustaz di atas perkongsian ilmiah yg saya rasa dpt menenangkan kita semua dan yg paling penting… muhasabah di mana perjuangan kita? apa niat dan matlamat perjuanagan kita? Lumrah manusia akan melakukan kekhilafan dan perselisihan tetapi setelah kembali kpd sumber asas AlQuran dan Sunnah, yakinlah, Allah akan mempertautkan hati2 kita semula di atas jalan yg benar lagi diredhaiNya…
November 10, 2009 pada 8:05 am
camcoy
Assalamualaikum Ustaz yang dikasihi…
ayat suci yang Ustaz jadikan sbg penutup sgt menenangkan…
semoga semua pembaca beroleh manfaat.dan kepada Ustaz,saya doakan sentiasa istiqamah dalam menyampaikan ilmu dan nasihat.
November 11, 2009 pada 1:13 pm
mattblacqkk
guano adik ipar demo tak berapo betul jalan nun…..
Acu tengok2 gakkk…
November 18, 2009 pada 9:12 pm
waf
Alhamdulillah…
saya lebih menyukai tulisan ustaz gaya sejuk dan tidak terlalu membuka pekung…