Salam Kamunting ( dedikasi khas buat mangsa dan ahli keluarga akta zalim ISA yang sedang merengkok di penjara Kem Kamunting. Semoga para pembaca tidak melupai mereka dengan doa dan pertolongan. Blog ini dimulakan semasa kekanda saya, Ustaz Nik Adli masih di sana ),
Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini. Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.
Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.
Maka iman adalah benar sebagaimana benar adalah iman. Iman adalah pembenaran dengan hati, pengucapan dengan lidah dan berkerja dengan anggota badan. Begitulah gambaran betapa mulianya sifat benar.
Oleh kerana benar adalah iman, maka bohong adalah nifaq. Orang beriman adalah pembenar kepada kebenaran, manakala kafir, juga munafik adalah pembohong yang menidakkan kebenaran (Lihat al ankabut:11). Justeru sifat benar sebenarnya adalah pembeza di antara iman dan nifaq. Nyatalah betapa penting dan berharganya bersifat dengan sifat benar dalam kehidupan orang beriman.
Maka benar adalah amanah iman, manakala bohong adalah khianat terhadap iman. Itu maksud sabda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Mencapai darjat tertinggi sifat benar adalah sukar. Hati sentiasa benar. Ia menjadi saksi diri sendiri. Jika ia beriman dengan Allah maka benarlah hatinya dalam imannya itu. Bila ia kufur dan mensyirikkan Allah, maka benarlah hatinya dalam kufur dan syiriknya itu. Hatinya benar dalam menidakkan kebenaran daripada Allah.
Peperangan dan perjuangan sifat ini bermula apabila ia menuju lidah dan perbuatan. Jika lidahnya berkata sebagaimana hatinya, maka dia melonjakkan sifat benar di dalam dirinya. Kemudian jika perbuatannya juga adalah selaras pernyataan hatinya, maka ia sebenarnya telah mencapai darjat tertinggi sifat benar.
Kerana kebesaran bersifat benar, maka manusia paling mulia selepas para rasul, Abu Bakar telah menerima darjat kebesaran utama daripada Allah iaitu gelaran ‘as siddiq’.
Ia satu perjuangan dalam kehidupan setiap muslim yang wajib memelihara imannya sepanjang hidupnya. Betapa sukar berlidah benar, betapalah lagi sukarnya berkerja dan bertindak benar. Lidah bercabang, menanam tebu di bibir mulut dan talam dua muka adalah sebahagian rencah kekejian amalan yang merosakkan kehidupan manusia dek hilang dan terhakisnya sifat benar.
Bagaimana menuju puncak sifat benar yang sukar itu? Mari bersama kita menangga menujunya.
Pertama, benar terhadap musuh. Ia bererti anda mempertegaskan kebenaran dan iman anda dengan berterangan menolak musuh. Musuh adalah kufur, syirik dan mereka yang mendukungnya.
Anda mengucapkan kalimah syahadah dengan berterangan. Anda mengeji kekufuran dan menjauhinya. anda menolak orang yang melawan Allah dan hukumNya. Anda menyeru manusia meninggalkan kekufuran dan kezaliman.
Ini adalah tanda sifat benar di dalam diri. Ia adalah tanda iman di dada. Jika anda gagal di sini, anda telah gagal di tahap yang pertama. Anda dikuasai sifat bohong dan nifaq. Anda mungkin telah menjadi munafiq.
Anda berkata iman hanya di depan orang beriman, tetapi sebaliknya di hadapan orang kafir. Anda memilih untuk tidak memihak, di atas pagar apabila berlaku pertembungan di atara iman dan kufur. Anda meredhai perbuatan maksiat. Anda menyokong orang yang menolak hukum Allah. Ini adalah tanda tiadanya sifat benar di dalam diri anda, bahkan sifat nifaq telah mengambil tempatnya.
Justeru orang yang benar imannya sentiasa menyokong perjuangan Islam yang di perjuangakan oleh PAS dan kumpulan Islam yang lain. Mereka pula menolak perjuangan sekular yang diperjuangakan oleh UMNO dan menentangnya habis – habisan. Adapun mereka yang dihinggapi nifaq, mereka menjadi sebaliknya. Mereka menentang perjuangan Islam dan mendukung perjuangan sekular.
Walaupun perisytiharan menentang musuh secara berterangan ini adalah hebat, tetapi ia adalah sifat benar di tahap pertama. Sifar benar di dalam diri yang disemai oleh iman menuntut anda menangga ke tahap yang lebih lagi.
Kedua, benar terhadap sesama muslim. Ia bererti anda berlaku benar di dalam menjaga amanah persaudaraan Islam. Menipu sesama muslim adalah khianat terhadap iman. Iman bererti anda aman dalam hubungan dengan Allah. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati Allah. Kemudian iman bererti anda aman dalam hubungan sesama sendiri, sesama muslim. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati muslim.
Justeru benar terhadap sesama muslim adalah amanah iman. Membohongi mereka adalah khianat terhadap iman.
Anda dipercayai setiap muslim kerana kalimah iman dan perlakuan iman anda. Kepercayaan yang anda perolehi itu memudahkan anda untuk menipu dan bohong terhadap mereka. Jika anda menipu, kepercayaan mereka menutup penipuan anda. Justeru menipu kawan lebih mudah daripada menipu musuh yang sentiasa tidak mempercayai anda. Maka setiap muslim terlalu mudah terdedah dengan penipuan sesama sendiri.
Ini jika anda gagal di dalam memelihara iman. Anda khianat di dalam menjaga iman.
Sebaliknya, jika anda benar di dalam iman, anda akan bersifat benar. Anda berusaha untuk benar dan tidak menipu dan mengkhianati sesama sendiri, sesama kita, sesama muslim. Maka amanlah kehidupan masyarakat muslim apabila tersebarnya sifat benar dalam kehidupan Islami.
Seorang pemimpin, contohnya Menteri Besar atau wakil rakyat, diberi kepercayaan untuk memimpin rakyatnya kerana perakuan iman dan amanah yang lahir dari lidahnya. Maka dia mudah untuk menipu rakyatnya kerana dia memiliki perisai kepercayaan tersebut. Malangnya, betapa ramai pemimpin seperti ini yang membohongi rakyatnya dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Lihatlah sukarnya benar sesama sendiri. Pemimpin menipu rakyat. Ketua menipu anak buah. Penjual menipu pembeli dan lain – lain. Semua ini kerana kepercayaan sesama sendiri yang telah dikhianati. Hilangnya sifar benar di jiwa muslim.
Adapun seorang muslim yang ingin menjaga imannya kekal bersih dan kukuh, maka dia terus bertahan dengan sifat benar di dalam muamalahnya sesama muslim. Dia boleh berbohong, tetapi sifat benarnya menghalangnya berbuat demikian. Dia berkhidmat dan menyumbang tenaga dan segenap kepunyaanya dengan iman yang dibenarkan oleh lidah dan perbuatannya.
Inilah darjat iman yang tinggi. Ia ditinggikan oleh sifat benarnya dalam kehidupan sesama muslim selepas dia telah benar di dalam menyatakan penolakannya terhadap kufur dan nifaq.
Jika anda orang PAS, perhatikan betapa gagah dan mudahnya anda melawan UMNO, tetapi betapa sukarnya anda untuk menjaga amanah dan kepercayaan sesama kita. Jika anda benar di dalam menjaga kepercayaan itu, bersyukurlah kepada Allah yang telah memahamkan dan melorongkan anda untuk menghayati makna iman. Jika sebaliknya, bersegeralah membaiki diri menuju kecemerlangan iman. Jika tidak, anda hanya mendahului musuh, tetapi ketinggalan jauh di belakang kawan sendiri. Jika musuh sempat, andalah mangsa mereka yang terawal.
Adapun tahap benar yang ketiga, maka ia adalah benar terhadap orang terdekat. Suami terhadap isteri dan begitulah sebaliknya. Ketua terhadap orang – orang kanannya dan begitulah sebaliknya. Mudahnya, pembantu yang benar.
Tiada yang paling patut saling mempercayai selain isteri atau suami. Apabila ikatan nikah bersimpul, kita saling bocor membocor, serah menyerah dan percaya mempercayai. Apabila berlaku pengkhianatan, maka ia adalah seburuk – buruk pengkhianatan. Tiada lagi makna kepercayaan dalam kehidupan insani.
Tetapi, dek kepercayaan yang tidak berbelah bagi, sifat bohong dan khianat mudah mengambil tempat. Betapa mudahnya menipu isteri atau suami. Perisai kepercayaan menutup kejahatan diri. Maka tunggulah sebuah tragedi kehancuran.
Sebaliknya, jika sifat benar menguntum di dalam hijauan iman, maka tersergamlah sebuah istana kehidupan yang cukup membahagiakan, bukan sekadar menghiasi tamannya, bahkan semerbaknya menggamit pengunjung yang tak akan hilang. Bahagia dan membahagiakan.
Itu, begitulah mereka yang bergelar pembantu. Kita tidak dilantik atau dipilih untuk menjadi pembantu kecuali kitalah orang yang paling dipercayainya. Rahsia di sisi orang bukan lagi rahsia di sisi kita para pembantu. Benar cerita pembantu, benarlah cerita yang dibantu. Bohong cerita kita, menjadi bohong dan rosaklah orang yang dibantu.
Dalam kehidupan Islami yang menuntut tumbuhnya nilai – nilai murni insani, sifat benar adalah baja yang paling menyuburkannya. Ia mesti lahir dalam kehidupan Islami kerana benar adalah iman. Iman tidak menumbuhkan kecuali sifat benar. Jika tidak, ia adalah iman yang berit dan terbantut tumbesarannya.
Jika anda membaca tulisan saya yang telah ‘mencetus kemarahan umum dan menggetus pujian khusus’ sebelum ini, anda dapat lihat dimanakah sasaran bedilan saya. Serangan saya adalah terarah, manakala serangan balas anda terlalu tersasar.
Orang yang kedudukannya tinggi sehingga diambil untuk menjadi pembantu kepada seorang yang mulia di sisi masyarakat seharusnya memiliki sifat benar ditahap ini. Bukar sekadar benar ketika melawan UMNO! Fahami ini jika anda ingin bertapak kejap di medan iman menuju Allah.
Sekarang mari menangga ke tahap tertinggi sifat benar.
Ia adalah benar terhadap diri sendiri. Buanglah manusia kafir jauh – jauh. Ketepikan rakyat dan keluarkanlah pembantu daripada sisi anda. Hilangkan semuanya dan biarkan anda berseorangan. Anda dan diri anda. Di situ anda segera rebah dan tiada upaya lagi. Upaya anda diragut Allah, tuhan yang menciptakan anda dan seluruh makhluk.
Benar terhadap diri sendiri bermaksud benar terhadap Allah di hadapan Allah.
Firman Allah, ” Wahai manusia, Kamu adalah para faqir kepada Allah, sedang Allahlah tuhan yang maha kaya dan terpuji.” Fathir:15
Di sini pencinta Allah menghisab dirinya. Mencari tempat dan masa untuk melarikan diri daripada makhluk lalu menuju Allah, Tuhan tempat tumpuan segala. Terus – terus mencela diri di hadapan tuhan atas penipuan terhadap dakwaan dan saksian iman di hati, lidah dan perbuatan. Menangisi diri kerana keterlanjuran dan kekurangan. Sujud menyembah memohon keampunan dan kebersihan diri.
Begitulah orang mukmin. Dia ingin benarnya itu diperakukan Allah, bukan manusia. Manusia menipu dan Allah tidak menipu dalam jaminan dan kalamNya.
Apabila kita berjaya mengekalkan diri dalam muhasabah, maka sifat benar akan diukur. Kita akan melihat dengan mata hati yang bersinar tahap iman dan benar kita terhadap Allah. Menipu Allah bererti menipu diri sendiri. Kita takkan mampu menipu Tuhan yang Maha Melihat, Maha Memerhati dan Maha Mengetahui.
Bersama kita meneroka kebenaran dan menjunjunginya.
101 comments
Comments feed for this article
Mei 11, 2009 pada 1:57 pm
abu razeen
Allaahumma nsur ikhwaaninalmujaahideen fi falistin, wa fi chechaan, wa fi
kishmir, wa fi guantanamo bay, wa fi kamunting, wa fi arakan, wa fi
thailand, wa fi kelantan wa fi kulli makaan.
Mei 16, 2009 pada 1:19 pm
solehjuang
Asalamu’alaikum.
Tahniah atas statement ust Nik. Sekurangnya kita lihat dari sudut positif untuk kepentingan parti yang menjunjung Islam . Hasilnya semua pimpinan akan berhati-hati. Buktinya sekarang cetusan ust. Nik telah menjadi suatu isu yang meletup. Pastikan rangkaian musuh dalaman dapat dimusnahkan dan dipatahkan jika benar ada yang berniat sedemikian.
Wassalam.
Mei 11, 2009 pada 2:54 pm
muhakim
subhanallah.
sungguh berkesan di lubuk hati ini.
syukran ya ustaz.
mabruk alaik…
kebenaran akan pasti mengalahkan kebohongan.
Mei 14, 2009 pada 11:54 am
ILHAM
NIZAR BERKATA “konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.
NIZAR, MACAM MANA PULA DENGAN AGENDA LOMPAT SI-KATAK LOMPAT ANWAR IBRAHIM SEJURUS SELEPAS PRU12.
BERAPA BANYAK PULA TAWARAN WANG YANG DI-JANJIKAN ANWAR KEPADA AP/ADUN BN YANG NAK BERUBAH MENJADI “KATAK”.
KESIAN ANWAR SAMPAI HANTAR TIAN CHUA, ELIZABETH WONG DAN BEBERAPA ORANG LAGI KE TAIWAN UNTUK
MENANGKAP “KATAK-KATAK” INI. KESIAN, KESIAN, SUNGGUH KESIAN DAN SEDIH KERANA KECUNDANG ON THE FIRST ROUND BATTLE.
NIZAR, AWAK TU AHLI PAS, PAS KAN MEMPERJUANGKAN ISLAM, TAPI HAIRAN KENAPA PULA AWAK
CAKAP BOHONG. ADA KAH PAS MENGAJAR AHLI NYA BERCAKAP BOHONG DAN BERSEKONGKOL DENGAN MUNAFIKAN ANWAR IBRAHIM.
WAHAI NIZAR JAMALUDDIN DAN SEMUA AHLI PAS INSAF LAH DAN SEDAR LAH SESUNGGUH NYA ANWAR TELAH
MEMPERALATKAN NIZAR UNTUK BERKUASA DALAM PAS SECARA TIDAK LANGSUNG.
LIHAT BETAPA NIZAR DI-SANJUNG SEKARANG, DI-MANAKAH PENGARUH NIK AZIZ, HADI AWANG, NASARUDDIN MAT ISA DAN MEREKA MEREKA YANG BENAR BENAR BERJUANG UNTUK PAS. SEOLAH-OLAH NIK AZIZ DAN LAIN-LAIN PEJUANG PAS YANG TULEN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI.
MEREKA DENGAN SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH DI-TENGGELAMKAN OLEH KES NIZAR JAMALUDDIN KUDA TUNGGANGAN ANWAR DALAM PAS.
INSAF LAH DAN FAHAMKAN LAH, KEMBALILAH KEPADA ASAS PERJUANGAN PAS YANG MURNI. JANGAN KITA BIARKAN DIRI KITA DI-PERALATKAN OLEH ANWAR IBRAHIM “AGEN DN BARUA AMERIKA DAN KRONI YAHUDI ”
DI-MALAYISA.
SUATU HAL LAGI IALAH ANWAR AKAN DI-BICARAKAN PADA 01-24.07.2009 ATAS TUDUHAN MELIWAT SAIFUL.
APAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI KAH YANG NAK KITA ANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN MELAYU DAN ISLAM.?
SUNGGUH MEMALUKAN BANGSA MELAYU DAN MALAYSIA KALAU KITA MENGANKAT ANWAR SEBAGI PEMIMPIN.
Mei 14, 2009 pada 12:58 pm
globalmalau
Ilhamkan diri supaya tidak menaruh demdam dan fitnah yang keterlaluan kepada manusia lain…kita nie siapa bang…belum tentu kita dapat keredaannya…hanya dengar ditelinga kita mengesahkan perkara aib itu…biarlah berlalu ..usah dikenang perkara lepas…tahukah anda bahawa PKR akan mengawal malaysia selepas PRU13…anuarlah penggerak kepada keberkesanan pemerentahan dimalaysia…anda cuma dengar dari fitnah dari golongan anda…sampai bila anda akan kenyang dengan fitnah sedemekian…
salam sayang semua
Mei 18, 2009 pada 12:14 pm
ILHAM
“HATI ITU TAK PERNAH MENDUSTAKAN APA YANG DI-LIHAT ”
MULUT, TANGAN DAN LAIN-LAIN ANGGOTA BADA SEMUA NYA BERDUSTA.
MOHON USTADZ TOLONG PERJELASKAN MAKSUD KATA-KATA ITU
Mei 11, 2009 pada 3:16 pm
kabuspagi
Saudara.. Ustaz Nik..
saya terpanggil untuk memberi komen sepatah dua kata…
Bercakap Benar – kadang kala membuat orang lain marah. tetapi.. apa di pedulikan orang lain.. yang penting Allah yang maha mengetahui…
Bercakap Benar – memang dari hati, bukan dari mulut.. tetapi kadang-kadang dek kurangnya iman dan ilmu di dalam hati.. mulut menjadi mangsa… ilmu sepanjang hayat… bukan semua orang boleh mencapai tahap membersihkan hati lalu perkataan yang di keluarkan adalah benar.. tetapi usaha ke arah itu hendaklah di imarahkan.. di harapkan tahap iman dan ilmu di kalangan penasihat dan pemimpin PAS sudah tidak boleh di pertikai lagi.. dan sentiasa di harumkan…
di harap Ustaz terus memberikan ilmu sepanjang hayat ini..
Mei 11, 2009 pada 5:22 pm
su.amalpc
Sudah tidak adakah lagi pengunjung blog ini….
Tahniah atas tulisan yang sebegini.
Apa-apapun MB Nizar dihukumkan sebagai sah sebagai menteri Besar
Perak, Takbir Allahuakbar
Mei 11, 2009 pada 6:19 pm
perindusyahid
Salam juang ust..
Perkongsian yang menarik..
Sangat bermanfaat bg kita semua..
Semoga semua manusia khususnya yang mengaku diri mereka sbg pendokong agama Allah terdidik dgn sifat berlapang dada dan sentiasa bermuhasabah diri..
Smg Allah mudahkan segala urusan kita..
amin
Mei 11, 2009 pada 6:19 pm
Evelyn
When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer – and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
let us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.
Good day to all,
We would like to invite you to our blog “Misi Membebaskan Tahanan ISA” to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
“Blog Bebaskan Mereka”
We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.“Online Petition”
Justice for all.
salam perjuangan bro,
mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: “Blog Bebaskan Mereka”
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
“Online Petition”
JZK
Mei 11, 2009 pada 6:21 pm
Evelyn
salam perjuangan bro,
mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat:
“Blog Bebaskan Mereka”
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
“Online Petition”
JZK
Mei 12, 2009 pada 10:25 am
saya
evelyn,
bukankah BN suka kalau pimpinan PAS/PR letak jawatan???
Mei 11, 2009 pada 7:52 pm
ibnalias
Berani kerana benar
Takut kerana salah
Siapa makan ladi, dia terasa pedas.
Benar bawa ke syurga, nifaq bawa ke neraka.
Mei 11, 2009 pada 11:10 pm
IbnuQalil
Salam a’laik. Alhamdulillah, artikel yang ditunggu telah muncul. Syukran ustaz atas pencerahan ini. Sedari awal penulisan Ustaz bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam Pas” sewajarnya disambut dengan berlapang dada. Lebih-lebih lagi bagi orang seperti ana yang tidak ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pembantu ayahnda TGNA.
Teruskan usaha ustaz tanpa gusar dan dukacita. Insyaallah, doakan penulsan ustaz sentiasa dipandu dengan hidayah dr Allah.
Takziah dan tahniah atas kekalahan ustaz di Muktamar Pemuda Pas tempoh hari. Takziah kerna ustaz terlepas peluang untuk melipatgandakan sumbangan pada jemaah sbg KP dan tahniah sebab ustaz terlepas satu taklifan dan amanah yg cukup besar yg akn dihitung oleh Allah SWT kelak.
Ana mengenali ustaz Latiff dan ana juga dikenalinya. Seorang AJK Pemuda Pas Kuala Krai pernah berkata, jika Ustaz Teh fikir dan zikir sendirian, maka dia tidak akan menentang Ustaz Nik tapi disebabkan ada ‘golok-golok’ yang mengampu Ustaz Teh, maka ustaz Teh melawan Ustaz Nik. Rupanya, bukan ayahanda TGNA yang punya ‘pembantu’ yg sesat, Ustaz Teh juga ada. Ataupun mungkin ‘pembantu’ yang sesat ini adalah org yg sama. Allahua’lam.
Samalah kita berdoa agar Allah menilai dan menapis setiap hati2 yg berjuang di dalam Pas. Smg Allah membuka hati mereka utk bertaubat. Jika mereka tetap berdegil, smg Allah mengajtuhkan mereka dr kedudukan yg merosakkan jemaah.
Membangun Bersama Islam
Mei 11, 2009 pada 11:15 pm
Mohd
Assalamu’alaikum.Terima kasih di atas tulisan Ust,semoga pencerahan yg Ust berikan mampu utk memuhasabah diri saya juga sebagai seorang ahli gerakan.
Mei 12, 2009 pada 12:02 am
Salam Perdamaian
Assalamualaikum W.B.T,
Apa pun hulurkanlah salam perdamaian sesama Islam. Tak kira PAS, Erdogan, UMNO, PKR dan lain-lain. Ingatlah musuh di dalam dan di luar sana senantiasa menjengah mencari peluang. Adakah kita umat Islam ingin menjadi umpan sesama kita yang akhirnya semua kita ditelan dengan lahapnya. Bergaduh biar berpada-pada. Membantah biar berpada-pada. Membangkang biar berpada-pada. Demokrasi takkan ke mana. Hanya alat sementara. Cahaya sinar Islam yang abadi akan menjelma akhirnya. Anda semua ingat Islam akan bangkit dengan demokrasi? Renung-renungkanlah. Jadi berpada-padalah. Jangan taksub sangat dengan demokrasi. Wassalam
Mei 12, 2009 pada 2:58 am
mad
🙂 salam perdamain? bergaduh ke sebelom ni? ust nik xpenah bergado ngan orang pun sblm ni… bagus lah klu dah insaf:)
Mei 12, 2009 pada 2:21 am
afyan
Baru saya tahu kenapa blog Tuan Ustaz dimulai dengan “Salam kamunting”
🙂
Mei 12, 2009 pada 11:10 am
soklan
tlg jwp bg pihak ust.
sila rujuk balik artikel dolu2..
Mei 12, 2009 pada 5:43 am
senjata
Kini saya faham kenapa negeri ku kelantan kelihatan sakit dan semakin banyak cacat cela…….
suasananya sangat jauh beza di tahun-tahun awal kerajaan islam pas mentadbir di sana….
mungkinkah pemimpin sekadar bertungkus lumus utk menang pilihanraya ?
sedangkan ‘slow’ dalam mengisi kemenangannya ??
masyarakatnya kembali rosak dan meremehkan agama….
wanita kembali membuka tudung dan mendedahkan auratnya…..
anak muda merempit dan semakin ramai yg longlai dgn pil kuda…
nombor ekor dijual mudah di bengkel membaiki motor dan kereta….
kejadian curi kereta, curi duit termasuk di masjid yg tidak lagi terjamin keselamatannya…
berseluar pendek dikalangan lelakinya, berbaju ketat di kalangan pompuannya…..itu sudah semakin biasa…..
barangan dijual dgn harga yang berlipat ganda…melebihi harga di tempat lain di malaysia
suasana yang dulu sejuk kini ‘panas’ di mana-mana…
majlis ilmu semakin sust dan tidak lagi mendapat sambutan penduduknya…
hatta begitu banyak masjid yg sekadar tempat solat jemaah saja..
tidak menjadi tempat yang aktif menghidupkan syiar agama…
tak banyak beza dgn negeri yang diperintah UMNO…
kunjungi masjid ketika waktu solat utama…..
anda patut tanya kemana pergi anak-anak mudanya….
kerana yang tua-tua saja yg masih setia di sana….
jika begini suasananya….
apa perlu menang pilihanraya…
walau semakin gagah parti islam berkuasa…
tapi masyarakat yg dibentuknya…
semakin rendah kualitinya….
semakin merosot nilai islamiknya…
ustaz,
bersegera bersama kita merawat masyarakat kelate kito…
saya hiba sungguh melihatnya…
Mei 12, 2009 pada 11:49 am
chekamala
benar itu pahit, sepahit Majapahit.
sepahit daun hempedu ular atau hempedu bumi
Mei 12, 2009 pada 11:51 am
zmy
sdr,
saya amat lega dengan tulisan ini.ulasan sebegini perlu diperluas dfan ditambah selalu.amat baik sekali.saya nak tambah sikit bahawa benar dan nifaq/tipu adalah sentiasa seiringan.bahkan benar dan nifaq selalu berlumba2 mendatangi kita..semakin kuat kita cuba bersifat benar maka senakin ganas nifaq menerjah .maksud dimana ada benar disitu ada nifaq.sebab itu dalam kepercayaan itu manusia mudah menipu/ditipu.akhir sekali hanya Allah SWT saja yang menentukan segala2nya.
zmy
Mei 12, 2009 pada 12:44 pm
rejab tayib erdogan
seluruh warga Turki merafak tahniah di atas tulisan ini. us nik brkata bnr sehingga dibenci sbhgn ahli, ust nik brkata bnr shg di benci sbhgn pmpnn, ttp tdk jd masalah. krn yg us nik akn hadap diakhirat nnti ialah Allah Tuhan semesta alam. biarlah rakyat, ahli, pemimpi membenci.ttp Allah mengasihi dan meredhai ustaz Nik Abduh.
insya Allah saya akan terjemahkan tulisan ini ke dlm bhs Turki utk tatapan seluruh ahli AK Parti pimpinan Erdogan Turki. Allahuakbar..
Mei 12, 2009 pada 12:48 pm
Khaled masyal
saya mendengar kata2 ini, air mata saya menitis, sebak dada hampir satu jam. inilah kata2nya.
“Saya menulis di blog ini (nikabduh.wordpress) bertujuan untuk mengalihkan marah ahli kepada Presiden Us Hadi, kepada marah kepada saya(nik Abduh), dan Alhamdulillah saya telah berjaya,”
ucpn ustaz Nik di KB bbrp hri yg lalu.
Mei 12, 2009 pada 1:19 pm
Muhammad
Syukur pada Allah SWT kerana keluar hujah-hujah yang tidak dapat tidak menembusi kalbu nurani pecinta agama. Kebanyakan yang ada kini lebih menjurus kepada merebut kekuasaan dunia bukan kepada merebut kekuasaan hati nurani manusia. Tindak tanduk dan lisan yang dilabelkan sebagai para pembantu inilah yang lebih menjuruskan kepada urusan dunialah dikategorikan golongan professional yang dicanang-canangkan ketika ini. Golongan inilah yang lebih mengutamakan mengubah bentuk asal sesuatu perkara kepada bentuk yang lain samada dari bentuk fizikal atau rohani dengan tangan-tangan mereka. Teori dan amali adalah sesuatu yang mutlak tetapi berapa ramai yang suka berteori tetapi tidak dapat membuat amali apa yang diteorikan dan berapa ramai pula yang tahu beramali tetapi tidak tahu teorinya. Apa yang terkalam dalam al quran disusuli dengan hadith telah terjarak lebih 14 kurun mata tetapi berapa ramai yang dapat mengaplikasikan dalam kehidupan. Benar adalah sesuatu yang paling dekat dengan manusia tetapi berapa ramai manusia tidak menyedari bahawa manusia juga paling suka menjauhi kebenaran kecuali hamba.
Mei 12, 2009 pada 1:46 pm
Pemuda Sg. Petani
kesian Tok Guru, kena main dgn budak2.
Mei 12, 2009 pada 1:49 pm
Abu Ammar
Salam Ustaz,
Terima kasih atas coretan ustaz. Jarang saya dapat baca ulasan sebegini.
Saya percaya ianya ditulis dengan ilmu dan makrifat, petunjuk dan hidayah, kesedaran dan jiwa murabbi.
Semoga akan lahir ramai lagi ulul albab seperti ustaz.
Ya Allah satukan hati-2 ahli2 PAS, pejuang2 Islam semuanya.
Semoga akan banyak lagi bingkisan ilmu dari ustaz.
Wassalam
Mei 12, 2009 pada 7:23 pm
nabila
sependapat dengan khalid marsyal…….. nabila juga terharu dengan kata2 ustaz nik.. yang berbunyi;
“Saya menulis di blog ini (nikabduh.wordpress) bertujuan untuk mengalihkan marah ahli kepada Tuan guru Presiden , kepada marah kepada saya(nik Abduh), dan Alhamdulillah saya telah berjaya”
saya sungguh sayang dengan TGHH, tapi rupanya masih ada lagi yang lebih sayangkan TGHH sehingga sanggup jadi dirinya itu mangsa untuk dihina….Hanya allah sahaja yang boleh memberi kebaikkan kepada ustaz nik… teruskan perjuangan mu wahai ustaz nik….nabila dan keluarga akan sentiasa bersama2 dengan mu dalam perjuangan ini…..Buat dua tok guruku (TGNA & TGHH) ….jasamu dalam perjuangan akan dikenang sehingga keanak cucu………BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK.
Mei 12, 2009 pada 9:12 pm
mohdfahmi
Kebenaran di bimbangi hanya manis pada kata-kata tidak pada amalan,kebohongan berleluasa..yang pandai mengampu,menjilat dan membuat cerita itu yang di puja,di sanjung dan di agung..dunia sudah terbalik.bolehkah kitannnnnnnnnnnnnnnk nnnnnnn ,m……..,dengan kemampuan yang terhad tanpa hidayah Allah?menentang segala bentuk kebohongan?
Mei 12, 2009 pada 11:36 pm
anti musang
Salam ustaz…sekarang ni anwar pun dah nak bermuzakarah dgn umno…last2 keluar pula statement dr si musang yg bersetuju dgn muzakarah yg sebelum ini ditentang habis2 habisan…si musang ni ada berkata yg hala tuju pas masih samar2 kerana hubungan sulit diantara pas-umno…what the hell is going on here!!!!!please lah wahai si musang berbulu ayam ko ni memang tak layak memimpin krana tiada jati diri seolah2 macam lalang!!!!!ko melabel TGHH pelbagai gelaran seolah2 TGHH membuat satu pengkhianatan pada PAS….tapi sekarang dah jelas yg ko ni badan PAS tapi berjiwa PKR!!!!!….rasa korang si musang ni ada sifat munafik tak?????….
Mei 13, 2009 pada 8:48 am
zam
Walau siapa pun munafik, serahkan pada Allah. nak dimarah dia ngaku islam. kalau tak dimarah dia cela islam. Buang masa je layan si munafik. Allah dah janji ganjaran jahannam untuk munafikin. Yang penting, diri kita ini sentiasa berwaspada dari tipu daya syaitan. Perjuangan dan pengorbanan perlu dilakukan. Didalam membuat kebajikan, tiada istilah menunggu orang lain buat dulu.
Syabas Ust, menjadi orang dahulu didalam membuat kebaikan, dengan berkata benar. Biarlah makhluk marah, tetapi kesukaan Allah yang kita dapat. Masalah sekarang kita terlalu banyak bercakap. Kita diperintah untuk berhukum pada yang zahir. Apa yang zahir sekarang, terlalu ramai yang langgar perintah Allah, hatta yang asas pun mereka berani langgar. Apa yang telah kita lakukan untuk itu? Apa usaha kita? apa pengorbanan kita. Cukupkah sekadar menulis?Kita keluar rumah, tengok maksiat. Keluar masjid tengok maksiat.
Mei 13, 2009 pada 1:31 am
Kordofan
Tahniah Ustaz kerana berani menyatakan yang hak. Tapi ingin saya nukilkan. Bahawa benar itu bukan sekadar bercakap benar. Benar itu juga perlukan tindakan. Wahai ahli PAS dan UMNO serta seluruh umat Islam Malaysia! Anda semua Islam. Tanyalah diri. Adakah anda bertindak seperti yang Islam sarankan? Berfikir secara Islamkah anda? Berdebat secara Islamkah anda? Berkerja sebagai Islamkah anda?
Bagaimana kalau saya katakan Jepun, Eropah, Yahudi itu bertindak, berfikir dan bekerja (yang baik saja) secara lebih Islam daripada kita semua. Jadi mana Islam kita?
Islam itu bukan hanya pada kata-kata dan laungan seruan kepada itu dan ini. Wallahualam
Mei 13, 2009 pada 4:31 am
senjata
salam ustaz,
Harap kita tidak mengambil sikap mencela kembali atau ‘memadan muka’ sesiapa dalam menyusuri isu ini…
Cukup Allah yang meneguhkan kaki dan jiwa utk masih menjunjung kebenaranNya…
kata saidina Ali r.a “Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan ‘dosa’, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal ”
Rasanya Allah sedang menghilangkan keletihan anda berhadapan dgn penista….bila Allah sendiri yang ‘menjawab’ kepada mereka segala apa yg mereka nistakan.
tidakkah kita perhatikan….mereka terpaksa menelan apa yang mereka muntahkan.
Mei 13, 2009 pada 5:39 am
Kral
Thanks
Mei 13, 2009 pada 6:55 am
erdoganu
assalamualaikum ustaz, baiklah ustaz menulis dalam konteks mengomen mengapa ustaz tewas ketua pemuda pas kelantan.
kami dahagakan tulisan yang bersifat eksklusif daripada ustaz. ketika ayahanda ustaz ada di mekah, bukan main keberanian ditonjolkan tetapi mengapa sekarang nampak dah lemah?… kalau benar perjuangan demi kebenaran, mengapa itu jadinya.
saya ingin membaca komen ustaz pasal kekalahan itu dan kesudahan cerita ulama mee celup
Mei 22, 2009 pada 11:34 am
abuadil
ustaz nik abduh tewas kerana majoriti perwakilan pemuda pas kelantan tak faham tentang kaedah syarak dalam amal islami. dlam kata lain mentaliti perjuangan mereka tidak dibina atas kaedah syarak!
Mei 13, 2009 pada 8:44 am
musang berjanggut
kalau nak tahu sifat sebenar tu, layarilah blok baru MSO yg secara khusus meriwayatkan kisah..
http://diarymaya.wordpress.com/
Mei 13, 2009 pada 11:19 am
Mohd.Rizal
Assalam wbt
Kaedah ustaz memberi nasihat secara begini adalah cara terbaik untuk tidak melukai mana2 pihak secara terang2an…..al-maklumlah ramai yg mudah terasa dan melatah di dalam PAS sekarang. Ramai yg sudah tidak boleh ditegur dan dinasihati……..semuanya merasakan hanya diri mereka benar dan kuat – semuanya kerana keadaan PAS yg dilihat sudah selesa dan enak kini. Awas . Pepatah ada berkata : Mengharapkan panas hingga ke petang rupa2nya……….Wallahu’alam.
Cara ini bagi siapa yg makan cilinya dialah yg rasa pedasnya. ” Clear & Clean” Tahniah ustaz. Wassalam.
Mei 13, 2009 pada 2:23 pm
muhamed
keburukan jemaah Pas sepatutya di lindungi dari di ketahui oleh umum. Kerana demo ingin mempertahankan individu TGHH, maka anda telah membakar jemaah anda. Bijaksana ke lagu ni.
Kalau betul pn cerita demo, bukan begini caranya utk nasihat dan perbetulkan keadaan. La…demo kan ustaz,…ada ilmu spt TGNA ckp dlm paper..xkan demo pilih jalan perang terbuka di blog..kamon la bro..demo g la jumpa direct puak2 pembantu yang demo katakan sesat tu.Bersemuka dan jelaskan hujah2 anda.Takkan dlm Pas nak main gini jugak. Mau weih, ngaku jemaah Islam, ilmu tinggi melangit tp wak kijo cam budak2 tadika..layan wonderpet lagi baik…
Mei 13, 2009 pada 4:18 pm
bangkang nik abduh
khaled masyal tertipu dengan kelembutan kepimpinan hipokrit.
orang kalah yang ingin menutup aib setelah kalah dengan anak buah sendiri.
orang yang tak tahu malu, memang perangai untuk menutup malu serta tutup kesalahan dengan mengadakan kenyataan demi untuk orang lain melihat dia tidak bersalah.
kekalahan yang memakan diri sendiri…
baru rasa….betapa tidak semestinya anak tok guru menjadi tok guru sama seperti tok guru…
anak MB tidak semestinya akan menjadi MB…..
sedarlah wahai ummah…………
Mei 14, 2009 pada 12:50 pm
Khaled masyal
woi bangkang.. aku guna bhs lembut, kau bekasar,, skrg kita sama2 kasar.. kepala hotak bengong apa yg kau kata tak semestinya anak tok guru jd tok guru, anak mb jd mb. bila masa nik abduh kata nak jd MB.. di calonkan bertanding adun pun dia tolak.. kau ni memang bodoh, pekak, tuli… apa perasaan kau bila aku hina mcm ni? huhys…
kau kata aku trtipu dgn klmbutan pmmpin hipokrik yg nk tutup kekalahan dgn ank buah sendiri..
ni satu lagi kebodohan kamu, nik abduh dh kata, dia rela kalah, rela dibenci, dibuang krn berkata bnr.. peduli apa dgn jwtn ttp takut brkata bnr… bengong betull…
sekali lg nak tanya, apa perasaan kau bila aku kata bengong, bodoh? apa perasaan? marah tak? kalau mrh, rasakan pedihnya…
Mei 18, 2009 pada 12:08 pm
ILHAM
BETUL TU BANG,
POLITIK WANG DALAM PAS
===================
PAS TELAH DI-CEMARI DAN DI-NODAI OLEH ANWAR IBRAHIM “BAPAK SEGALA MUNGKARAN “ DAN KHAIRY JAMALUDDIN DALM HAL DI-ATAS.
SAYA SYORKAN DAN SOKONG AWAK TERUSKAN PERJUANGANG MU NIK ABDUH, HAPUSKAN DAN BONKAR SEGALA AGENDA LICIK OLEH ORANG-ORANG TERTENTU DARI DALAM DAN LUAR PAS.
SEMOGA USAHA SUCI MU ITU BERJAYA MENYELAMATKAN PAS.
RENUNGKAN DAN FAHAMKAN KATA-KATA INI,
” GREAT LEADERS ARE NEVER LOVED ”
INSYALLAH, SAYA DOA KAN SEMOGA SUATU HARI NANTI AWAK AKAN MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK.
Mei 14, 2009 pada 1:02 pm
globalmalau
ada hikmah disebalik itu…tak usah main buat spekulasi macam tuh…trend UMNO nampak
Mei 13, 2009 pada 4:35 pm
Evelyn
salam perjuangan bro,
mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: “Blog Bebaskan Mereka”
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
“Online Petition”
JZK
strateegi, kerugiaan, justifikasi telah dijelaskan segalanya dlm blog kami. mohon ziarah dan sokongan tuan puan…
Mei 13, 2009 pada 5:53 pm
anak pak da alor melaka
sokong lah pas kerana perjuangannya..bukan kerana TGNA..bukan kerana TGHH..bukan kerana ust nik abduh..dan bukan kerana sesiapa….TGNA sendiri pernah berkata.kalau la kamu sokong pas kerana aku.baik jangan sokong..sokong lah pas kerana perjuangannya. dan dasarnya..
mereka hanya pelaksana(khalifah)..dasar itu yang penting…..ulamak dan profesional sudah lama dalam pas..mengapa baru sekarang ust rasa ianya membebankan.mengapa sekarang baru timbul istilah2 untuk sesetengah ahli didalam pas.
PAS, Erdogan hanyalah anggapan..
(dan saya juga ingin tahu dari ustaz mengenai sekolah agama yang diasaskan oleh ayahanda ustaz?yuran dinaikkan n pelajar diberi pilihan untuk ke sekolah agama lain jika tidak mampu.ape penjelasan ustaz?)
email saya.khairul_anuar123@yahoo.com
Mei 13, 2009 pada 7:07 pm
Pemuda Sg. Petani
Kenapa mesti ulama jadi pemimpin?.. Ulama pun ada kepentingan diri juga… Dia org pun berebut jawatan jugak…Muawiyah yg sekular pun boleh jadi Khalifah…, takkan Husam tak boleh?
Mei 14, 2009 pada 8:11 am
ahmad sungai pinang
bila masa pulak muawiyah sekular..tak baik fitnah..tak tau buat cara tak tau..kan free2 dapat dosa kering..sekadar menegur jangan terasa atau nak marah…
Mei 15, 2009 pada 10:33 am
zam
Oiiii saudara…kamu tahu ke tak apa yang telah kamu tuliskan? Sory kasar sikit bahasa. Siapa kamu nak mencela muawiyah? Kamu tahu kah siapa dia muawiyah disisi nabi dan disisi Allah? Kita ni islam, islamnya kita berasaskan aqidah. Aqidah rosak menjadi asbab kita ahli neraka. Jangan nak tunjuk bijak tapi kebodohan yang nampak.
Mei 17, 2009 pada 3:04 am
mhamaiku
bahaya betul nta ni
muawwiyah adalah shbt nabi yg dijamin masuk syurga
nta fitnah dia sekular?
TARIK BALIK AYAT TU! DAN SEGERALAH BERTAUBAT!!!
Mei 14, 2009 pada 3:25 am
afyan
Ceramah Umum
YB Mahfuz Omar (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat)
YB Amiruddin Shaari (Adun Batu Caves)
YBhg Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak)
Pada:
14 Mei 2009, Khamis
9.30 malam
Bertempat:
Dewan JKKK Kg Melayu
(berhampiran padang bola sepak Batu Caves)
Semua Dijemput Hadir
Mei 14, 2009 pada 11:07 am
nadrah
Salam ustaz
Kaedah menapis kot ni… Saya sokong, biarlah kita ahli sikit tapi hala tuju clear.
Mei 14, 2009 pada 12:00 pm
greenismycolour
Saya bukan orang yang berilmu tinggi. Kadangkala agak sukar untuk memahami tulisan Ust jika membaca sepintas lalu. Namun begitu, hati saya sering tersentuh dengan keindahan dan kebenaran kata-kata Ust. Entah mengapa, tulisan Ustaz menenangkan hati….
p/s Rasanya Ustaz pernah berceramah di Kuala Kangsar di rumah individu, betul?
Mei 14, 2009 pada 4:15 pm
syaikhan ubaid
salam mahabbah
Tahniah & syukur
Alhamdulillah ust Nik Abduh
dilantik anggota dewan Ulamak PAS Kelantan
ini satu pengiktirafan dewan Ulamak
mengakui serta melantik ust Nik Abduh sebagai
ulamak muda @ ulamak pelapis PAS
ALLAH yg maha HIKMAH
setiap qada` & qadarNYA
dari syaikhan ubaid(anak buah Usrahmu)
sentiasa menyokong ust sejak dari MADA dulu
hingga akhir hayat
Mei 14, 2009 pada 4:29 pm
kamal
pemuda sg. petani said:
Kenapa mesti ulama jadi pemimpin?.. Ulama pun ada kepentingan diri juga… Dia org pun berebut jawatan jugak…Muawiyah yg sekular pun boleh jadi Khalifah…, takkan Husam tak boleh?
Ana say :
Lebih baik anta bertaubat dgn menuduh muawiyah sekular….beliau adalah sahabat nabi…Astaghfirullah!!!
Mei 15, 2009 pada 10:38 am
zam
AKu setuju ngan anta punya saranan. Tapi kalau aku lah, aku tampar dulu mulut si jahil ni. Ikut sedap mulut je kutuk sahabat.
Mei 19, 2009 pada 9:07 pm
abuadil
untuk pengetahuan tuan, muawiyyah adalah seorang ulama besar, penulis wahyu. Allahyarham syeikh ghotban menulis tentang muawiyyah, cukup bagus dibaca. tolong jangan perlekeh sahabat,, please,,,,
Mei 14, 2009 pada 4:30 pm
anas
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]
Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
OBJEKTIF :
* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.
TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H
TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR :
1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
(Talaqqi kitab/Pembentangan/)
TENTATIF PROGRAM
Sabtu (23/05/2009)
7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (1).
4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (2).
6:00 petang : Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
10:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (24/05/2009)
4:00 pagi : Qiamullail
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
…MOHON SEBARAN…
‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’
” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ”
http://pondokhabib.wordpress.com
Mei 14, 2009 pada 5:41 pm
khairi ali
Assalam wbt, Jadi PAS kini berada dalam keadaan yang sama dengan UMNO! Adanya golongan penting diri sendiri. Berita pula ada sebut tentang beli undi untuk muktamar Jun ini.
Habis Ust tak terasa bersekongkol ke? Lainlah jika Ust fikir ini adalah lumrah jalanan politik, walau pun politik itu ialah politik Islam.
Mei 15, 2009 pada 12:44 pm
Demokrasi
Lumrah politik demokrasi. Rakyat mesti tahu. Sebab rakyat yang memilih. Jangan perbodohkan rakyat. Tapi ingat. Jangan fitnah. Semoga Ustaz Nik Abduh hanya melebarkan sayap kebenaran. Supaya jangan rakyat tertipu dalam putar-belit demokrasi. Hanya dengan kebenaran demokrasi akan terhapus akhirnya. Dan rakyat boleh hidup aman. Tanpa perlu memikirkan masalah pimpinan.
Mei 14, 2009 pada 10:38 pm
salim
sungguh indah bahase.dulu ustaz belajar sastera ke.PAS sememangnya perlukan ulamak bukan ahli politik.Kerana bila bergelar ahli politik hati dan mulut jarang sekali seiring.
Mei 15, 2009 pada 9:37 am
abeme
Salam,
Saya rasa ini ulasan yg tidak tepat dan mengelirukan…….Pas perlukan ulamak bukan ahli politik……..
Sepatutnya Pas perlukan seseorg samada ulamak atau pun bukan yg faham Islam sekaligus seorg politician yg bijak.
Islam adalah agama kerohanian sekaligus ideologi politik. Dgn demikian, seseorg yg faham Islam…akan memiliki kesedaran politik yg tinggi. Oleh itu para ulamaklah yg paling terkedepan dalam politik umat Islam kerana ketinggian ilmu dan kefahaman politiknya. Kalau ulamak tsbt benci politik…jelas ada yg tak kena pd ulamak berkenaan.
Nabi saw, Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab, Uthman affan dan Ali bin Abi Thalib adlh org yg paling faham islam dan sekaligus negarawan yg tiada tolok bandingnya.
Di zaman kemunduran islam….ramai ulamak yg diperbodohkan oleh pemerintah serta penjajah kerana buta politik. Gerakan Wahabi yg menentang khilafah Utsmaniyah salah satu contoh terbaik bagaimana golongan ulamak diperbodohkan kaum penjajah lantaran buta dan bodoh politik. Akhirnya negara Islam runtuh dan sehingga kini negara Islam tidak tertegak. Dan kebodohan politik mereka berterusan dgn membabi buta menyokong dan mempertahankan kerajaan sekuler yg menegakkan hukum kufur @ mempertahankan kerajaan yg memerangi hukum Allah dan RasulNya.
Yg kita perlu saat ini adalah pedoman hidup….atau lebih tepat FIKRAH ISLAM YG JELAS DAN MANTAP @ alfikrul al mustanir @ mabda’ Islam. Jika tidak, kita semua teraba-raba. Ketika rakyat mula menyokong Pas…..kita tiba-tiba bingung….kita patut bagaimana ?
Benarlah apa yg diungkapkan oleh Sheikh Taqiyuddin an Nabhani dalam kitabnya at Takattul Hizbiy kira-kira 50 tahun yg lalu…..4 sebab utama kegagalan gerakan Islam ;
(1) Parti berkenaan tidak memiliki fikrah islam yg jelas, menyeluruh dan mendalam. Idealisme Islam yg diperjuangkan terlalu umum dan kabur.
(2) Parti berkenaan tidak memahami bagaimana thariqah utk menerapkan / menjalankan fikrah Islam ditengah-tengah masyarakat. Maksudnya di sini, parti berkenaan masih kabur ttg bagaimana konsep dan bentuk negara Islam. Lebih teruk..parti berkenaan membayangkan bentuk negara Islam tidak lain adlh negara demokrasi itu sendiri.
(3) Ikatan yg mengikat dikalangan anggota / ahli Parti berkenaan bukan ikatan ideologi tetapi lebih kepada ikatan keahlian. Isi borang…..maka dia ahli gerakan Islam…..bukan kerana kefahamannya ttg Islam dan kefahamannya itulah yg telah melarutkannya ke dalam parti dan menjadi sebahagian daripada tubuh parti.
(4) Parti berkenaan dianggotai oleh para ahli yg belum benar-benar ikhlas. tidak kurang yg masuk parti kerana ada kepentingan. Hal ini hanya menambah masalah kepada parti, padahal beban ummat yg dipikul parti telah cukup berat.
Akhir kata dari saya….Pas perlu menggali fikrah Islam sehingga Islam yg mahu diperjuangkan dan dilaksanakan oleh Pas benar-benar jelas.
Pas tidak membebaskan diri daripada pemikiran kufur dan ideologi sekuler seperti nasionalisme, demokrasi, kebebasan individu dan sebagainya.
Pas tidak perlu takut dgn kehilangan sokongan golongan kuffur dan munafik. Apalah ertinya sokongan berkenaan jika hanya mengundang kemurkaan Allah swt….sokong yg membawa rebah.
Wallahulam.
Mei 15, 2009 pada 1:12 pm
Demokrasi
Tahniah. Tiada apa yang boleh saya katakan dengan komen saudara. Setuju. Fikrah PAS belum jelas. PAS ingin mengapai pucuk tapi akar belum digenggam. Berbeza dengan UMNO, akar sudah digenggam. Tapi jalan ke pucuk bukan sandaran. Akhirnya, gemalai di dahan-dahan. Jangan akar ke mana. Pucuk ke mana. Yang terbaik adalah kombinasi antara PAS dan UMNO. Lengkap. Jika tidak. Kita umat Islam Malaysia. Tidak ke mana. Hanya layak jadi bahan tertawaan.
Mei 15, 2009 pada 11:59 am
nuwlie
ulama juga ada kepentingan diri, ikut catatan saudara dari sg petani. mmg benar ulama bukan maksom. namun, harapan org awam spt saya adalah spy ulama dpt mbimbing bukan meruncing. saya org awam tak pandai agama, xpandai mencari salah silap ustaz / ulama. krn ilmu kami sedikt benar. begitu tinggi phormatn kami pd ulama. klu ini diambil kesmptn oleh pemuda pas, apa daya lg. mungkin itu khdk allah. diasingkn mereka yg benar dr yg batil. di dunia lagi tlh diasingkan.
umno dan pas sama sj rupa2nya. msg2 ada jasa dan msg2 bw bahana pd rakyat jelata.
Mei 15, 2009 pada 12:59 pm
Demokrasi
Tak perlu anda nak samakan PAS dan UMNO. Yang penting anda nilaikan kebenaran. Kebenaran biasanya datang dengan keperitan. Anda baca komen saya tentang demokrasi. Ini adalah lumrah demokrasi. Rakyat berhak tahu. Jika tidak jangan bercakap soal demokrasi.
Mei 20, 2009 pada 1:35 pm
abuadil
telah berkata guruku, syeikh abdul hadi awang, “barang siapa yang menyamakan pas dengan umno, bererti dia sedang mengidapi demam panas, tak tahu membezakan antara garam dan gula”
Mei 15, 2009 pada 1:05 pm
ILHAM
BERITA TERKINI
==============
Next Perak MB: Will Nizar make way for Tunku Aziz from DAP?
———————————————————–
DESAS DESUS SANA SINI MENGATAKAN, JIKA DI-ADAKAN PILIHAN RAYA NEGERI PERAK DAP AKAN MELETAKAN CALON MELAYU. DAP MERAMALKAN AKAN MENDAPAT MAJORITY UNDI DAN ADUN.
DENGAN MAJORITY ADUN DAP, DAP AKAN MENGUSULKAN PADA BAGINDA SULTAN UNTUK MELANTIK ADUN MELAYU DARI DAP SEBAGAI MB PERAK YANG BARU.
PERSOALAN NYA APA AKAN JADI PADA NIZAR JAMALUDDIN DARI PAS PULAK ?
NAMPAK GAYA SEMUA KENA MAIN DENGAN LIM KIT SIANG KALAU PERKARA INI BENAR-BENAR TERJADI.
SAYA MOHON JAWAPAN DARI PAS ATAU DARI NIZAR SENDIRI ATAU DARI ANWAR IBRAHIM.
NAMAPAK GAYA PARTI ISLAM NAK KENA TIPU DENGAN DAP (PARTI MAJUSI ), SUATU RAMPASAN KUASA CARA HALUS DAN LICIK DARI DAP.
Mei 15, 2009 pada 3:12 pm
dakwah
salam…….sya tgk dari komen kat atas org islam berada dalam masalah yang besar……..tak boleh bersatu….macam mana allah nak bantu kalau org islam tak dapat berdsatu. Kita org islam sepatutnya bersatu…berkasih syang…..yang pandai agama dakwah pada org yang jauh agama….sekali, dua kali, tiga kali…..kena dakwah sampai dia berubah…..bukan suruh hukum dia munafik terus……marah….dendam…..apa nak jadi. pada semua tgk la sirah rasullah dan sahabat……baru tau jalan yang benar…..ingat akhir zaman ada 72 golongan hanya 1 golongan ja yang selamat……tu la demokrasi dibawa org barat membawa pada perpecahan berbanding konsep syura dibawa rasullulah dan sahabat membawa kejayaan dan penyatuan…….selagi demokrasi selagi itulah islam berpecah……tgk la dunia luar apa jadi…….yakin la dgn Allah bukan manusia…..dunia sementara akhirat kekal abadi…….politikla sampai lupa apa maksud kita dihantar oleh Allah di muka bumi ini………..pada yang dok asyik politik….muhasabahla berapa banyak baca al -quran, zikir, isteri, anak, ibu, adik perempuan dah tutup aurat ka, jiran sebelah umah semayang ka…..dalam kampung/tmn semua ibadat pada allah ka……muamalat muasyarat dah jadi sebati ke…….oleh itu marilah kita dengan penuh rasa kesian pada umat ini membawa mereka pada jalan Allah.
Mei 15, 2009 pada 9:30 pm
abuadil
anggaplah kita semua memberi komen dengan benar kerana kita semua warga harokah islamiyyah dan bersifat benar.
menyambung komen ilham, terpaksalah kita mengaku selepas pru12 terdapat usaha gigih dsai agar MP2 bn melompat kedalam PR dan PR akan berjaya menubuhkan kerajaan pusat. usaha2 dsai disokong secara terbuka oleh kalangan tertentu MP2 PAS walaupun pendapat kedua (cikgu PA dan rakan2nya) tidak bersetuju. ramai yang berpendapat bahawa pendapat c Pa adalah pendapat TGHH. lebih parah lagi TGNA bersama pendapat DSAI. kita terpaksa akui, pimpinan bn tidak berdiam diri dan membuat counter attack. itulah politik. apa yang berlaku di perak adalah episod2 pertembungan ini yang kita tak tahu bila akan berakhir.
soalnya adakah strategi DSAI itu berdasarkan istinbat(deduksi) strategi yakni melihat melalui kefahaman kaedah syarak serta proses membuat keputusan melalui proses istinbat? kemudian berlaku pula usul undi tak percaya terhadap pak lah. apakah menurut syarak najib lebih baik dari pah lah? kezaliman tidak boleh diganti dengan kezaliman!
disinilah kelemahan strategi dsai bersama kumpulan yang dilebelkan sebagai erdogan.
berbanding strategi berdasar syarak. sebagai menangguh komen awal suka ambe menyebut hanya ulama mampu merangka strategi yang mapan kerana ianya bersifat syumuliy, manhaji, ta’siliy, syar’i. kalangan intelek bukan ulama berperanan menjelaskan dari segi fiqh alwaqi’. dan
mustahil syara’ tidak memberi panduan dalam membina perjuangan.
Mei 15, 2009 pada 10:36 pm
abuadil
ekoran pandangan globalmalau terhadap ilham, anggaplah globalmalau bersifat benar.
perkara terpenting mesti ada pada setiap pemimpin harokah islamiyyah samada ulama atau bukan ulama ialah mentaliti fiqhi/syar’i yang memelihara sesaorang dari terseleweng dari jalan dakwah.
ambil contoh dari tulisan ILHAM ie AGENDA LOMPAT SI-KATAK LOMPAT ANWAR IBRAHIM.
apakah puak erdogan mengambil pendekatan syarak semasa bersungguh2 menyokong dsai?
antara pendekatan syarak ialah zaraa’ik iaitu melihat kepada hasil atau akibat (maaal). ulama mengambil pendekatan ini berdasarkan nusus samada alquran atau assunnah. misalnya alquran tidak membenarkan kita menghina tuhan2(berhala) orang bukan Islam kerana bimbang mereka menghina Allah sedang mereka tidak mengetahui.
tak terfikirkah kita, AGENDA LOMPAT SI-KATAK LOMPAT ANWAR IBRAHIM akan mengakibatkan(maaal) tindakan yang sama malah lebih ganas dari BN yang kerajaan pusat serta jentera kerajaan bersama mereka? bila cikgu Pa cuba break, puak erdogan mengamok hingga YB Khalid Samad menggesa tindakan disiplin terhadap Cikgu PA.
ambe hanya penebar roti canai, terpulanglah kepada anda semua untuk appreciate(menghayati) pemikiran strategik berdasarkan syarak atau berdasarkan pemikiran politik barat.
hanya harapan agar kita semua cubalah menghargai kekuatan warisan keilmuan Islam yang berada ditangan kita.
Mei 15, 2009 pada 10:42 pm
SET REPEK
ok tutup crita…buang yg kruh…amik yg jernih…mai kito ramei2 pakat p ngaji…p dengar ceramah…p surau masjid…sebab kita ni baka mati…jom jom jom….TAKBIRRR
Mei 16, 2009 pada 4:10 am
Samdol Al-Kajangi
PELIK SUNGGUH! Kenapa segelintir ulama PAS suka sangat mengeluarkan kenyataan yang samar-samar dan berbau fitnah. Dulu tidaklah sampai sebegini jadinya. Setiap kenyataan yang dikeluarkan sekarang ini sentiasa sahaja menjadi kontroversi dan dipertikaikan oleh orang lain. Apa yang sebenarnya mereka mahukan?
Apakah sudah tertutup lubang-lubang di dalam PAS untuk diselesaikan secara dalaman sehingga perlu di laporkan kepada akhbar? Akhbar-akhbar arus perdana yang KAMU kutuk dan boikot suatu masa dahulu itulah, sekarang ini yang KAMU terhegeh-hegeh memanggil mereka untuk dibuat kenyataan. Apakah sebenarnya pendirian KAMU?
Banyak lagi isu yang Ulama PAS perlu memberi tumpuan. Semenjak Pakatan Rakyat memerintah di beberapa negeri, sudah berapa kali KAMU menziarahi dan berjumpa dan berbincang dengan para pimpinan kerajaan negeri tersebut? Isu mengekalkan anak yang belum cukup umur dalam agama asal ibubapa mereka, di mana KAMU sebenarnya? Isu murtad, masalah sosial hatta isu orang bukan Islam membaca ayat Al-Quranpun KAMU mendiamkan diri. Hanya Tok Guru Nik Abdul Aziz sahaja yang bertungkus lumus mempertahankannya. Di mana KAMU sebenarnya?
Sekarang ini isu orang Bukan Islam mahu menjadi ahli PAS, macamana dengan pandangan KAMU? Inipun tak boleh diselesaikan. Tetapi kalau isu menghentam sesama sendiri cepat pula KAMU sensitifnya.
Akhir-akhir ini dilihat seolah-olah KAMU mengambil alih kerja-kerja orang jahil – mengfitnah dan mengeluarkan kenyataan yang kabur dan samar. Kerja ULAMAkah ini? Syuk u”zhan(sangka buruk) lebih banyak dari bersangka baik.
INGAT! Dewan Ulama bukan kerana individu tetapi kerana institusinya. Jangan sampai rakyat tidak lagi menghormati KAMU kerana kerja-kerja bodoh KAMU. Di dalam muktamar yang lalu pernah KAMU dedahkan kerja-kerja pilihanraya yang bersifat strategi kepada umum. Sekarang KAMU dedahkan pula kononnya ada unsur politik wang dan rasuah politik. Inilah kerja-kerja bodoh sebenarnya.
Sekarang kita cabar, sila laporkan kepada SPRM sekiranya dakwaan KAMU benar. Silakannnnn….. Jangan membuat tuduhan sehinggakan parti menjadi kelam kabut dengan kenyataan bodoh KAMU. Kalau nak berhenti, berhenti sahajalah jangan menyusahkan ahli dan parti PAS dengan sikap tidak keharuan KAMU itu.
PAS ada tempatnya untuk meluahkan apa yang dirasakan perlu diambil tindakan. Takkanlah KAMU sebagai seorang pemimpin tertinggi parti tidak tahu peraturan itu.
INGATLAH! PAS bukan hak KAMU seorang sehingga sewenang-wenangnya KAMU memecah belahkan pengikutnya. Jangan sampai ada lagi sejarah hitam yang orang akan ingat sampai bila-bila bahawa ULAMA PASLAH YANG MENGHANCURKAN PARTI INI.
Mei 16, 2009 pada 9:50 am
saud said
Saya sangat tertarik dgn komen-komen yang diberi, ianya memberi kita pendedahan kepada cara-cara orang lain berfikir, melihat kerisauan mereka dan mengintai dari bucu mana mereka baca artikel Ust,
Saya juga risau sebagaimana salah seorang yang telah memberi komen, tentang layunya kegiatan nahi mungkar di Kelantan, terutamanya di Kota Bharu; kita saban hari melihat anak-anak muda yang berpakaian pelek, pada hari sabtu pula melihat anak-anak remaja bercouple-couple, kehidupan remaja sudah terancam dari landasan kebenaran sekiranya kita semua, terutama pihak berwenang, seperti MPKB Banadraraya Islam tidak mengambil langkah-langkah agar hidup berdasarkan kebenaran dibugarkan.
Sekiranya kita bandingkan tahap kebersihan Kota Bharu dgn bandar-bandar di pantai Timur (K.Treangganu dan Kuatan), dengan rasa insaf kita terpaksa mengaku yang Kota Bharu lebih kotor. Sistem longkangnya entah bagaimana diselenggarakan. Bukankah sekiranya pihak MPKB Bandaraya Islam mempunyai daya pentadbiran yang kreatif dan cakna sekitar, mereka akan dapat mengurus Kota Bharu dengan lebih mesra alam?. Janganlah jadikan keterbatasan sumber sebagai dalih untuk tidak berfungsi seoptima mungkin, bukankah ada manafaatkannya kalu kita terapkan pendekatan ‘Demand Management” di Kota Bharu?. Biralah piahk berwenang MPKB Bandaraya Islam menjalankan tanggung-jawab secara benar.
Pokok hijau yang hidup diganti dengan pokok palm plastik dan pokok renek plastik. (Dekat round-about Tuan Padang). Pokok-pokok yang tidak benar telah menganti pokok-pokok yang benar, agaknya dgn dalih pokok-pokok yang tidak benar ini lebih mudah maintanence.
Kemudian ada big screen, ceritanya hanya banyak berkisar tentang aktiviti istana, agaknya besar manafaatnya juga sekiranya disiarkan juga kehidupan rakyat di kawasan pendalaman, kawasan-kawasan visita yang menarik yang terdapat dalam negeri, kerja kraf-tangan rakyat jelata.Kerana nilah gambaran yang lebih benar tentang Kota Bharu dan Kelantan.
Marilah kita hidup berdasarkan kebenaran, membersih hati, lidah dan tulisan kita daripada hama-hama takabbur dan penyakit yang lainnya. Alangkah cantiknya bidalan orang tua-tua:
Ikutlah resam padi, semakin berisi semakin tunduk
jangan dikut resam lalang, semakin hampa semakin berdiri.
Kita harapkan al-Fadil Ustaz berserta YB Dato Taqiyuddin dan sahabat-sahabat sefahaman yang mempunyai tugasan di MPKB Bandaraya Islam akan mempamirkan kebenaran dan keindahan ajaran Islam secara yang tangible kepada kita rakyat biasa; bukan setakat slogan,papan-tanda dan retorik politik kepuakan yang dicelupkan warna agama. Lisanu al-Hal afsoh .
Akhirnya, saya kagum melihat apa yang ditulis oleh al-fadil Ust, hanya saya agak keliru dalam bagaimana kita orang biasa hendak fahami seorang yang begitu kommited pada kehidupan akhirat, sibuk dgn memperjuangkan kebenaran seperti al-fadil Ust masih berkesempatan mempunyai hobi berat ,yang orang kebanyakan pun tidak terikut, umpama mengikuti dengan penuh minat pasukan bola liga England dari zaman berzaman, atau meminati no plate kereta. Apakah itu juga makna kebijaksanaan dalam mengadukan kecenderungan kepada kebenaran dan usaha menegakkannya? Kami orang biasa agak nya dah terbiasa sangat dengan gambaran lebai kampong yang secara zahir kecenderungannya dalam mengadakan maulid, majlis tahlil, kenduri arwah, jadi image al-Fadil agak sedikit sophiscated..barangkali
Mei 16, 2009 pada 11:25 am
ILHAM
BERITA TERKINI
==============
Saturday, May 16, 2009
Syndrome Khairy Infecting Islamic Party
Members of Malaysia Islamic Party (PAS) have been found to have been infected by Corrupt But Deny Syndrome (CBDS) or recently known as Syndrome Khairy (formerly known as money politics). The incident was confirmed by Ketua Dewan Ulama Pas Pusat himself, Datuk Muhammad Daud Iraqi.
It was previously believed by many microbiologists that PAS members were immune to the disease since the movement was carrying religious tag line which would act as a perfect barrier to the disease. However it has become a surprise to many scientists that the disease now knows political boundary.
If my dear viewers google the wikipedia, information on CBDS is not yet available. However thorough investigation conducted by Piggy Singh with cooperation with CDC has somehow solved the mystery of as Syndrome Khairy.
Carriers of CBDS should be punished severely!
It is found that the culprit causing Syndrome Khairy is a type of virus known as GK (gila kuasa)spreading wild in the 90s among UMNO members. Amazingly our virologists had successfully traced its purported origin. GK is thought to have originated from a single carrier known as Anwar Ibrahim. The first pattern of infection was recognized in the 90s within the UMNO circle while Anwar was busy funding the UMNO members in exchange for power.
However there are yet TWO puzzling questions need to be answered?
In the recently concluded UMNO election the virus reappeared and severely infected the Gang 304. Who was the carrier since Anwar no longer connected to UMNO?
The trend of infection was initially only among the UMNO circle. Who brought the virus to PAS members?
To answer the first question, it is believed that the GK virus was transmitted from Anwar to Khairy when the latter come to close proximity with Anwar during passport delivery.
Could Husam Musa be the carrier of CBDS in PAS?
In regard to the second question, Anwar lately has been in close contact with many high ranking PAS members including Husam Musa. So could the virus be infecting PAS members thorugh Husam Musa as the carrier?
Posted by Piggy Singh at Saturday, May 16, 2009
Labels: Gang 304, Husam Musa, Khairy
PAS TELAH DI-CEMARI DAN DI-NODAI OLEH ANWAR IBRAHIM “BAPAK SEGALA MUNGKARAN “
Mei 20, 2009 pada 1:30 pm
abuadil
komen tentang husam kena berhati2 kerana dia saudara kita dalam jamaah islamiyyah.
tentang dsai lantak kau, pasal dia dah awal2 menolak untuk bersama dengan perjuangan islam.
jangan lupa pkr adalah parti ….., kita hanya bertahaaluf dengan mereka, jangan sampai memberi wala’ seperti pas kota bharu jemput khalid ibrahim meresmikan mesyuarat agong. apakah ulama juga nak diperlekehkan?
Mei 16, 2009 pada 2:50 pm
Bdk Sik
Selamat Hari Guru Buat semua guru. Buat guru-guru sekolah kebangsan chepir , sik , kedah dari tahun 1980 hingga 1985 terutama cikgu mustafa ( cikgu pa ) buat guru-guru sekolah menengah sik tahun 1986 hingga 1990 terutama cikgu yahya ( sekarang YB.ADUN Jeneri , Sik ) .
Mei 16, 2009 pada 6:46 pm
Turkian
Salaam,
Ingin tau dr Ustaz,
kalau ditakdirkan pada masa akan datang kumpulan erdo ini dapat menguasai PAS, adakah PAS masa itu adalah PAS yang sebenar-benarnya PAS?
Mei 16, 2009 pada 7:59 pm
Doc T
Hikmah penting dalam perjuangan.
Apa-apa bab pun, nak tegur sapa sekali pun, molek dibuat secara bertentang mata/empat mata.
Tulis dalam blog sampai semua orang buleh baca itu merbahaya.
Rahsia dalaman jadi terbuka. Jadi buah mulut, musuh mula mengata.
Mei 17, 2009 pada 8:58 am
romeli sharif
Saya boleh setuju dgn komen Saud.
Ustaz tulis berdegar-degar, seolah-olah kalau ada orang yang tak setuju dgn ustaz, maka orang tu orang tak pakai kerja, lembab dan sampai dikatakan sesat pekerjaan di sisi Tuhan.
Loni Tuhan dah beri Ustaz dan sahabat-sahabat Ustaz pakat tadbir Kota Bharu, masyarakat nak tenguk lagumana selepas mengisytihar Kota Bharu Bandaraya Islam, Ustaz dan sahabat-sahabat Ustaz nak buat ga’po. Kalau serupa dgn sebelum isytihar Bandaraya Islam dulu, baik Ustaz tak tak sah nampak orang lain lembab, sesat pekerjaan, otak tak betul, ustaz kena tanya bakpo yang ustaz sendiri jadi begitu.
Loni masyarakat nampak Bandaraya Islam (macam hak ada di bandar timur tengah?) hanya :
1-di kubah dan arches bangunan, yang sekadar tampalan, bukan load-bearing structures macam dalam bangunan klassik.
2-di pohon-pohon tamar yang dibawa masuk dari Siam (siapa supplier?) yang ditanam di sana-sini.
3-dan ada papan tanda besar pusat tarian gelek (belly dance) seumpama hak di hujung blok bangunan KPKB di Paya Rambai, di tempat lain mungkin ada lagi. (Tapi untuk prempuan exercise jah)
Masyarakat seluruh negara tahu dalam pada Kota Bharu ada kuliah-kuliah agama, Kota Bharu jugalah tempat pengedaran dadah. Lagu mana hak ustaz dan sahabat ustaz buat doh nak tangani kes ni?, Di Kelantan ni, kes HIV pun antara yang tertinggi di Malaysia.
Kalau Ustaz dan sahabat Ustaz boleh tujuk contoh yang baik kepada masyarakat, yang Kota Bharu didibawah selian geng ulama muda ada improvement, rakyat boleh tarik nafas lega, Kota Bharu ada plan environmental management yang comprehensive, Kota Bharu ada plan solid waste management sendiri yang akan disandarkan dalam rundingan dgn Perbadanan Sisa Pepejal Negara. Kota Bharu ada plan untuk address isu-isu kemanusian dan kebajikan umum warganya, Koata Bharu menjadi bandarya yang family-friendly, seolah-olah Kota Bharu kembali mekar senagai Tanah Rendah Sekebun Bunga!.
Kalau Ustaz boleh tolong selia untuk buat semua ni, masyarakat akan tabik kepada ulama, ulama serupa nilah patut memimpin. kalau setakat nak kata huduh ko orang lain , hak tidak ulama pun lebih cerdik. Ko guano gamok?
Mei 17, 2009 pada 2:16 pm
abe
alhamdulillah.. hanya jiwa2 yang suci mampu menggali makna ke dasar.
menggali dalam disebalik kalimah benar.
benar-benar gaya bahasa Tok Guru..
Mei 18, 2009 pada 7:09 am
farah
askum
ust harus menerima tamparan ini iaitu tamparan kekalahan ust,kerana masyarakat sekarang lebih memilih calon yang berketerampilan dan berkepimpinan.ust ada hebah namun iainya datang dari ayahanda tuan guru nik aziz dan bukan dari ust.saya hormati ust,cuma terus terang saya katakan ust harus berjuang dan selamanya dibawah.kerana sudah lama ayah ust diatas,apa salahnya anaknya dibawah..apakah ust mahu memenangi jawatan disebabkan tuan guru bukannya ust kendiri.ust kena berdikari…
Mei 20, 2009 pada 1:23 pm
abuadil
aku melihat us nik abduh haibah bukan kerana ayahandanya, tetapi beliau berjaya memecah persoalan besar dalam pas ie mesti membuat analisis politik dan keadaan semasa serta proses membuat keputusan berdasarkan manhaj syar’i, syumuli, ta’sili, waaqi’i.
tetapi kejahilan orang pas tentang wajib bertindak dan bergerak berdasarkan syarak berjaya diambil peluang oleh puak erdogan(sekadar penamaan) menampakkan kehebatan mereka.
…dan erdoganlah yang membenarkan amerika menggunakan bumi turki untuk menyerang Iroq!!!!!
Mei 18, 2009 pada 5:59 pm
Mohd Taib
As-Salamualaikum.
Tuan,
Se Moga Allah memuliakan tuan dan seluruh umat Islam tanpa mengira keturunan.
Tuan, sekiranya pendapat tuan ahli umno lebih teruk dari firaun dan Tuan lebih mulia dari Nabi Isa dan Nabi Musa, teruskan tulisan tuan ini. Sekiranya tidak, tuan fikirlah sendiri.
Mohd Taib
Mei 20, 2009 pada 1:24 pm
abuadil
janganlah kita membandingkan kita dengan para nabi yang maksum. wa’iazubillah.
Mei 18, 2009 pada 11:58 pm
adibeta
salam ustaz…
1. Tulisan ustaz fasal ISLAM dan kebenaran saya sokong 100%. tapi…
2. Apa akan jadi kepada pemimpin dan ahli UMNO yang berjuta-juta itu…
kena mengucap semula ke ? ….yang dah meninggal dunia…. yang tidak memperjuangkan PAS……
3. Apa nak jadi dengan pemipin-pemimpin PAS yang terang-terang bersekongkol dengan PKR dan DAP yang tidak pernah berniat untuk mendaulatkan ISLAM…merekapun kena mengucap semula ke…..
4. Dan apa pula akan terjadi kepada MB Kedah yg masih tidak mampu HARAMKAN judi dan arak….YB YB PAS di Selangor yang takut untuk berkata akan tutup kilang arak terbesar di Malaysia……
Seperti kata sahabat kita, HEMPEDU itu pahit…tapi kena terimala sebab ianya HEMPEDU….
Mei 19, 2009 pada 12:42 am
akuHanyaHamba Allah
salama ustz..
ana nak timbulkan persoalan..
selepas bermatian-matian menolak Presiden PAS dll yang ingin bermuzakarah dengan UMNO / BN…
kenapa ada pulak pimpinan tertinggi PAS ( yg diaktakan bersungguh-sungguh menolak Muzakarah ini )yang tersongeh-songeh bertemu pimpinan BN/UMNO..katanya atas dasar itu lah..ini lah..
bagi ana..
betullah yang ust bongkarkan selama ini..
ramai yang dah mula sedar..dan ramai pulak yang rasa dia yang makan cili..
kholasohnya..
tahniah buat ust…hidup mulia dengan keilmuan yang diamalkan ..walau seluruh manusia menghina…
tahniah !!
Mei 19, 2009 pada 7:47 am
nuwlie
saya hormati pendpat saudara romeli sharif dan saudara saud said. saya kira mereka berdua adlh anak klatan atau paling tidak menetap di kltn. ikut penglman saya yg lalu, sangat sukar utk berjmpa dgn org kltn yg secara tbuka memberi pendpt (komen) mgenai klntn. yg sering sy dgr hanya pujian ttg klntn, malah dr hj nik aziz sendiri pun. hanya pujian.
alhmdllh. ini saya kira perkembgn yg sihat. saya berdoa klntn terutamanya PAS kembali pulih dan terus memperjuangkn islam.
Mei 19, 2009 pada 3:12 pm
hanafirazali
salam… ustaz… jgn pedulikan ape org lain kate… teruskan usaha dn smgt jihad utk menegakkan Islam di malaysia… AllahuAkbar…
Mei 19, 2009 pada 5:06 pm
Umar al-Faruqy
Salam alaik.. alhamdulillah wa syukurillah.
1. Ust… sabarlah ustaz. InsyaAllah kalau orang kita(PAS) benar-benar faham tentang Islam, dia akan berpegang teguh pada Agama Allah yang satu ini.
2. Dimana pun kita berada, hanya ada dua jalan, Syurga dan Neraka..
3. Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak sedar tentang kejahilan dirinya… belajarlah dari ulama-ulama, supaya keluar dari kejahilan. kerana dengan kejahilan kita akan tersesat masuk neraka.
4. Apapun yang anda lakukan untuk menghancurkan perjuangan Islam… Bagi orang-orang alim, mereka tidak pelik dan tidak terkejut dengan apa yang berlaku.. kerana mereka tahu apa yang akan terjadi. kerana peristiwa yang terjadi pada hari ini telah terjadi di zaman Rasulullah, hanya nama watak sahaja yang berubah.. perwatakan tetap sama.
5. Bertaubatlah kepada sesiapa yang ingin menghancurkan perjuangan Islam. Pintu taubat masih terbuka… bertaubatlah sebelum tiga perkara :
a) Nyawa berada di halkum.
b) Matahari terbit dari barat.
kita tak tahu bila kita akan mati.. ntah-ntah selepas baca tulisan ini pun kita akan mati, siapa tahu???
bertaubatlah…
wassalam.
Mei 19, 2009 pada 5:15 pm
Umar al-Faruqy
Assalamualaikum..
1. Kepada sesiapa yang ingin komen tulisan ust. Nik… Saya ingin berpesan supaya beradablah sedikit..
2. Kita orang awwam jangan kata apa selagi kita tak faham perkataan ulama, kita tanya dulu. kita belajar dulu jangan terus attack..
3. Belajarlah Islam dulu.. apa itu Islam, Apa itu Iman, Apa itu Ihsan…
Mei 19, 2009 pada 10:40 pm
ummuhanah
salam ustaz,
semoga diteguhkan Allah diatas kebenaran dengan jalan kesabaran.Hanya islam yang dapat membentuk jiwa yang sempurna yang terpancar dari iman yang mendalam, pendirian yang kukuh, pengorbanan yang besar dan sanggup menanggung kesukaran. Perjalanan dakwah rasulullah dan para sahabat menceritakan kepada kita mereka tidak bernafas di atas pujian dan sanjungan. Sebaliknya Rasul yang mulia itu turut dinista dan dikeji kerana kebenaran yang di bawa baginda . maka apalah kita selaku hamba yang hina dan terdedah kepada dosa merasa terluka jika dicemuh dan dicerca ??
Allah berfirman dalam surah fathir” diantara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah para ulama'”
Jesteru ulama’ adalah orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah.
Berdiri teguhlah di atas jalan dakwah sebagai ulama’ kerana Islam menyamakan darah ulama seperti syuhada’.
seperti kata imam hasan al banna
Kita tidak meminta dari manusia
kita tidak meminta harta mereka
kita tidak mengharap sanjungan mereka
kita tidak mengharap balasan dan terima kasih mereka
balasan kita dalam berdakwah hanyalah pada allah yang menjadikan kita
‘Cukup bagi kita Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita.
hanya Allah tempat perlindungan yang tunggal, tempat meminta tolong, Allah memberi taufik kepada jalan yang tepat. Di tanganNya teraju dan kunci yang dapat membuka pintu hati.
siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah maka tiada siapa yang dapat memberikan petunjuk kepadanya dan Allah tempat tumpuan harapan kita, paling nikmat tempat kita berserah. Tidakkah Allah melindungi hambaNya ?
Allah berfirman dalam surah Hujurat ” malah Allah lah yang mengurniakan nikmat kepadamu dgn memimpin kamu kepada keimanan seandainya kamu orang yang benar.
salam perjuangan untuk ustaz
Mei 20, 2009 pada 5:37 pm
mohd
sokong umar, teruskan perjuangan demi keredhaanNya
Birthday anda dan petanda di langit
http://www.copemuda.blogspot.com/
Mei 23, 2009 pada 1:07 am
Afandi
Salam,
Dalam beberapa siri tahanan ISA dilepaskan PM, kenapa mereka yang lebih lama di tahan bersama Ustaz Nik Adli dulu, masih tidak dilepaskan?
Teruskan perjuangan ustaz!
Mei 24, 2009 pada 12:38 am
soul survivor
to my humble being,whatever forums,discourses,topics…as long as we as humans,as long as we can breathe,as long as we can afford to create imaginations and creativeness..one will pen down his or her thoughts based on combinations of one experiences,exposures,readings so on and so forth and not to forget INTENTIONS! to all my brothers whom have faithfully committed our body and souls in this path of daei’ and islam,the enemy of Allah will and always will,day and night,come out with all kinds af ways,in form and in subtance,to create confusions and further confusions,to create issues out of non-issues until the islamic movement fell trapped in its own making sub-contiously!!…we are all actors in our own mini-dramas.God knows who are the reals and those who are PRETENDERS!we can pretend in the eyes of humans but surely not in the eyes of GOD ALMIGHTY.God is watching us.while we play our game,God has His game too.we don’t have to prove our whatever points,but only to ourselves.if we believe our points are sincere and we believe that others need to share,just pour it out coz we are believers!….but if we are damn liars and hypocrites,and we want others to share hypocritical thoughts,and then laugh all the way thinking how idiot others falling into yr trap…well again just pen down yr thoughts..coz u are still breathing!!!whatever dramas we are in,God’s plan in nearing its END!islam,faith and truth belongs to ALLAH alone…it is either we follow His game or out…….when the TIME COMES!
Mei 24, 2009 pada 7:47 pm
Nik
Salam Ustaz,
Ustaz ni mempunyai pemikiran yang mendalam dan kritis serta teliti. Say kagum dengan itu
Apakata kalau Ustaz berhenti membicarakan soal2 falsafah ini sebaliknya menggunakan akal Ustaz yang tajam dan kedudukan Ustaz untuk betul2 menggerakkan usha2 untuk mengisi kemenangan PAS di Kelantan.
Maksud saya, tak perlula duk bertekak pasal Erdogan ke pejuang nafsu ke apa tapi cuba atasi masalah berikut:
1. Mat rempit/samseng jalanan yang semakin berleluasa di Kelantan
2. Penagihan dadah tahap makin kronik terutama di daerah2 sempadan
3. Keselamatan penduduk kampung semakin terancam kerana ada sokmo pecah masuk
4. Istitusi masyarakat di kampung bercelaru. Tiada pimpinan, ada ketua kampung tapi macam tunggul kayu. Orang kampung semua sokong Islam tapi bila ada perselisihan faham tak ingat hukum Islam dah.
5. Kebersihan Bandar Islam yang memalukan Islam.
6. Kedai2 yang menjual baju2 yang mempunyai kata2 dan imej yang tak senonoh tiada siapa peduli. Malah, di tempat kuliah Jumaat TGNA pun dijual benda2 macam ni.
7. Ramai org2 yang bersemangat Islam dan menyokong PAS serat bangga menonjolkan imej sebegitu tapi perangai2 dlm pergaulan masyarkat dan berurusan jauh dari Islam. Cth : Ustaz hisap rokok, Ustaz bercakap lucah, Ustaz membelit dlam jual beli tanah dll.
Mei 24, 2009 pada 10:01 pm
Nik
saya nak membetulkan ayat saya di atas, saya tak patut mengusulkan Ustaz berhenti daripada melakukan apa yg sedang dibuat, sebaliknya meneruskan apa yg sedang dibuat disamping mengambil berat masalah2 yag sy bangkitkan itu. wslm.
Mei 25, 2009 pada 4:02 pm
isa abdullah
salam, sy sokong saranan NIK, elok juga utz bergiat dlm NGO PEMADAM,PENGAKAP< BULAN SABIT MERAH,, apa-apalah yang sesuai utk
jadi medan dakwah dan membimbing org muda jantan and betino d kelantan tu..jangan biarkan puak umno aje bergiat dlm badan yang macam tu…
Mei 26, 2009 pada 2:00 am
nazmi
satu komen sial yg dibuat oleh husam hari ini 25.5.2009 dlm tv3 apabila melabelkan individu tertentu pro umno …
ada plak liberal tak liberalnya…tiada istilah liberal atau konservatif dalam pas.
yang ada dalam pas ialah islam!!!
pasai tu mamat sial ni sepatutnya jgn bertanding timbalan…tak sedaq diri!!!!
Mei 26, 2009 pada 2:30 am
soul survivor
ust nik,just keep on with yr writing,coz the truth belongs to Allah alone.seems yr blog received a lot hits and comments,its shows that yr writing did/does carry significant weight!..and of course,the umno think tanks will be crowding this blog too.as i said before,these enemies will put their best to divert yr points by creating confusions after confusions.they will use all their ‘reverse psychology’ writing skills to the most…they look like in line with u but behind the lines,they just try to kill yr arguments.they will spread yr points as much as possible,until readers will be clouded by grey points.even during the Prophet saw days,the enemies of Allah will,day and night,try to destroy islamic movement,either thru within the movements or without (outside),are we not surprised,if they could have infiltrated within Pas!since,the last bastion of any islamic movement,is the ulama,this institution will the foremost sought after.they will try to kill off the ulama institution in the most subtle,quiet ways….and this effort has been started within Pas,for the past few years!Allah has His game plan too and for us tiny little actors in this vast universe of God….knowing Allah the most Powerful,most Knowledgeable,making me realize how small the enemies are.like us,they are just a speck of dust,trying to challenge Allah AzzaWajalla!be firm and Allah be with us!!!
Mei 26, 2009 pada 1:05 pm
naim
membenarkan yang benar itu kadang2 lebih berat daripada membenarkan yang bathil…
Jun 1, 2009 pada 9:54 am
madad
salam…
berani buat berani tanggung. dh kata org tu pembantu sesat, pejuang nafsu habis kenapa tk sebut perabis nama org itu?
belajar tk habis kot?
Jun 7, 2009 pada 9:30 am
afyan
Salam ust,
Teruskan usaha ustzaz.
Ramai di luar sana yang meadang kerana tektik mereka terbongkar.
Mereka merancang untuk menjatuhkan kepimpinan ulama di dalam PAS.
Daripada UMNO dan PKR.
kedua-duanya dengkikan PAS kerana ahli PAS mampu mempunyai ketahan yang kuat mendepani cabaran.
Tidak seperti Adun-adun PKR yang tidak tahan diuji dan dirasuah, lalu melompat parti dan ada yang terpaksa meletak jawata.
Begitu juga Umno yang jahat, tidak habis-habis usaha mereka untuk melagakan PR dan merasuah.
Alhamdulillahj PAS berjaya bertahan tetapi tidak bagi PKR.
Mereka tewas.
====
Perlu diingat, ADUN PKR yang melompat parti adalah calon MB PKR atas proposal Anwar.
Mujurlah dia tidak dilantik MB.
Allah maha pengatur atas segalanya!