Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam – macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat – syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua – duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan – jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah – mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah – istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!
313 comments
Comments feed for this article
April 24, 2009 pada 2:28 pm
wan dppnt
artikel yang cukup bernas. merungkai segala kecelaruan yang berserabut dalam kepala ahli pas selama ini. sememangnya TGNA dan TGHH bagai aur dan tebing, bagai isi dan kuku. mereka saling lengkap melengkapkan antara satu sama lain yang cukup hebat mewarnai tarbiyyah islamiyyah di malaysia ini. celakalah!! mereka yang suka melaga-lagakan antara kedua dua mutiara ummat islam ini, bertaubatlah wahai pencacai, pengampu, pengadu domba dan macam macam pen pen lagi. Semuga keduanya terus dipanjangkan usia untuk memimpin ummah di malaysia ini. ALLah akbar !!! kalaulah artikel ini datang lebih awal………….
April 25, 2009 pada 11:49 am
Pemerhati Kita
PERSOALANNYA…
1- Mengapa TGNA tidak bertanya direct kpd TGHH sblm beri sebarang komen berhubung isu ini
2- Mengapa tidak diadakan TAKLIMAT KHAS tentang cadangan ini kpd semua peringkat kepimpinan sblm ianya dihebahkan
KESIMPULANNYA…
Semua peringkat kepimpinan seharusnya :-
1- Berhati-hati dalam mencetuskan idea
(sebaiknya diadakan ruang perbincangan di peringkat tertentu kepimpinan)
2- Berhati-hati juga ketika mengulas idea baru
(sebaiknya diselidik terlebih dahulu butiran isu yg akan dikomen-ketepatan sumber maklumat perlu diambilkira)
TERIMA KASIH…JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…,
Kepada Ust Nik Abduh atas penjelasan ini.
April 26, 2009 pada 1:36 pm
muttaqin_165
salam, moleknya ustaz yg jd penasihat tok guru. nisatu lagi, pimpinan pas ni perlula selalu berhubung bagi elak perbezaan pndapat dan slh faham
April 24, 2009 pada 2:45 pm
Faizal
Alhamdulillah, komen yang cukup baik dan bernas dari Ustaz. Membersihkan sangkaan-sangkan yang boleh merosakkan jamaah.
Terima kasih ustaz.
April 24, 2009 pada 2:55 pm
albanna
salamun’alaik. ustaz, siapa pembantu-pembantu TGNA yang sanggup melaga-lagakan antara ulama’ kesayangan kami ni?
April 24, 2009 pada 3:18 pm
kanot
memang betul lah apa yg terpendam dlm benak kepala otak aku ni. mmg ada virus2 jahanam yg selalu bg info salah pada TGNA. tapi satu benda yg still kompius, TGNA tak kan tak sedar ttg virus2 ni? kalo tahu, kenapa still nak pecaya kepada kata2 virus ni??
April 30, 2009 pada 9:37 am
ubeee
Jawapannya ialah:
Ustaz Nik Abduh Wrote:
“Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’
( bersangka baik )dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.”
Mei 5, 2009 pada 10:31 pm
narumihayashida
Assalamualaikum
Biarpun agak terlewat membaca dan memberi komen, alhamdulillah..Artikel Ustaz Nik Abduh mengesahkan wujudnya ‘munafik alaf baru’ yang cuba menangguk di air keruh, melaga-lagakan hubungan erat antara Ayoh Chik dan TG Nik Aziz. Semoga ALLAH membalas perbuatan mereka dan ana juga suka untuk mengisytiharkan perang buat golongan ini!
April 24, 2009 pada 3:20 pm
stonefaces
salam…terima kasih kerana ustaz dah melegakan otak saya yg selama ini konfius melihat ketegangan di antara kedua2 TG ini…bermula dr isu muzakarah dan unity goverment..rupa2 nya ini ialah kerja golongan yg kononnya ingin membawa pembaharuan dalam pas,lebih bijak berpolitik kononnya…tapi semua tu hanya kerana NAFSU DAH MENGUASAI golongan2 nakal ini…mereka sanggup melaga2kan TGNA & TGHH hanya kerana ingin mendapat jawatan yg diingini…semoga Allah melaknati usaha golongan ini…..
April 24, 2009 pada 3:30 pm
soklan
Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
April 24, 2009 pada 3:38 pm
pinot
kanot,
Bukan takat tok guru, ramai ahli pas termakan hasutan puak – puak ni. Tok Guru seperti kata ustaz nik melihat semua orang membantunya, bukan menipunya. Moga ahli PAS pilih ulama di kepimpinan atas. Ulama lebih malu dan takut memohon jawatan berbanding golongan bukan ulama.
April 24, 2009 pada 3:41 pm
Sejarah
Salam perjuangan..sekian lama ustaz mendiamkan diri..rupanye sedang memerhati..tahniah ustaz..
kepada penghasut-penghasut,jgn bermain dengan api,kelak membakar diri,
jangan cuba berhasad dengki,kerana ianya kebencian ILAHI,
jangan kau khianati gerakan ini,kerana kami sanggup mati,
mempertahankan dustur ilahi,
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين.-الأية
April 24, 2009 pada 3:45 pm
ummuhanah
salam,
Ini sebahagian dari proses tapisan Allah….pas sendiri melalui proses penapisan pejuang2nya’ dalam mendokong cita-cita murni memartabatkan Islam yang suci.
Pas sekadar nama…ia dicipta manusia dan boleh jadi apa-apa saja nama yang dipilih dan dikehendaki oleh manusia. tapi isi perjuangan pas adalah dari Allah , kehendak Allah, tuntutan Allah yang disoroti pendokongnya dari hasrat agama yang suci. Sesiapa saja boleh menikam dan menjahanamkan nama pas, memecahbelahkan ahli pas dan melaga-lagakan kepimpinan pas…. tapi mustahil mereka boleh menjahanamkan apa yang diperjuangkan pas. Mustahil mereka boleh menguburkan kemurnian cita yang diperjuangkan pas . Mereka akan digagalkan oleh jaminan serta pembelaan Allah terhadap kesinambungan perjuangan membela agamaNya dan pembelaan terhadap sesiapa saja yang ikhlas berjuang di jalanNya.
Rasa -rasanya , sepahit-pahit perjuangan yang dirasai oleh pas bukanlah perjuangan menentang dan menghadapi musuh tradisinya UMNo dan Barisan nasional, tapi yg paling pahit adalah penentangan dalam bentuk macam-macam ahlinya yang menghadapi kecewa dan lemah jiwanya lantas berpaling utk memusuhi pas pula…..bukan sedikit yang sudah keluar dari pas untuk bersama kelompok lain bagi berperang dgn pas, menentang dan mengecam macam-macam. Atas nama ‘muhasabah dan rasa persaudaraan’ mereka sebenarnya bertindak menyaingi pas….bahkan mereka sebenarnya lebih dasyat dari UMNO dalam persaingan ini.
Dari cerita saya mendengar, ada kalangan yang pernah kecewa dan sudah bertalak dgn kita, kebelakangan ini datang semula bekerja untuk sama’ memperbaiki’ cacat kurangnya kita di mana-mana. tidak pasti apa agenda, tapi aliran pemikirannya bermacam-macam warna….mereka ini masih datang membawa rasa kecewa yang lama.
mungkin silap pandangan mata saya atau silap juga cetusan rasa dihati saya…..pada amatannya, orang yang banyak rasa kecewa sahaja yang bernafsu suka melaga-laga…
hmmm…banyak benar yang kecewa dalam dunia fana ini, kerana memang dunia tempat utk berasa kecewa….rasa lega cuma di syurga.
Anak buah kecewa dgn pemimpin, isteri kecewa dgn suami, guru kecewa dengan murid, anak kecewa pada bapanya, gadis kecewa dgn teruna….macam-macam kecewa yang ada….maka bukan penting lagi rasa kecewa kerana ia mmg lumrah rasa yang ada pada manusia…..tapi apa yang penting ialah bagaimana menghadapi rasa kecewa….jangan tersilap melunaskan rasa kecewa, kelak diri sendiri yang binasa berhadapan dengan murka Allah yg esa.
April 24, 2009 pada 5:02 pm
fff
SubhanaALlah… ana mmg tersgt tak percaya yg kedua2 tok guru yg sgt kita cintai ni ade mslh diantara mereka. Tapi lepas baca artikel dr Ust. Nik, keyakinn ana smakin mantap.
Semoga ALlah memakbulkn doa2 Ust. Nik keatas gol. yg terus mencuba utk melaga2kn kedua2 insan ulung ni.
April 24, 2009 pada 5:04 pm
Zainulfaqar
Salam kemunting Ustaz.
Ustaz jangan pula dilaga2 orang agama dengan bukan agama dengan istilah me celup dll. Ia akan menjauhkan ulama’ dari golongan2 yg sudah lama pun mahukan PAS dipimpin Ulama yang profesional semacam ayahanda TGNA dan ayahanda TGAH. Agama bukannya diperjuangkan oleh kaum ulama’ sahaja, tapi oleh setiap kaum manusia yang mahu melihat Allah dari segenap kehidupannya. Salam ukhwah dan salam perjuangan. Sekadar berkongsian.
April 24, 2009 pada 5:28 pm
zam
Salam ustaz, semoga hidayah dan taufik sentiasa Allah kurniakan kepada kita. Syabas, kerana berani mengaku ada pengadu domba didalam PAS sendiri. Jadi ahli2 PAS janganle terlalu taksub. Kesian TGNA dan TGHH, tak pasal2 kita dapat dosa kering. Lain kali pi tanya sendiri kat mereka. Ahli2 yang munafik memang tak dapat dielakkan. tapi takpe jika ikhlas le niat kita, pasti Allah akan bongkarkan rancangan jahat mereka.
April 24, 2009 pada 5:41 pm
Abdul Hadi
Tulisan yg baik & bagus…tp ada juga org yg kata Ustaz macam merendah2kan ayahanda Ustaz …dgn membelakangkan ilmu & pengalamannya dlm politik..setelah TGNA menjadi nuetral dlm isu2 ini setelah brtemu dgn Presiden..kenapa mereka ni tak paham2..mengaku ahli PAS, komited…tp suka lihat pertembungan 2 tokoh ni..tp bila kedua mereka ada persefahaman, tak nak ikut pulak….
April 24, 2009 pada 5:50 pm
perisik
zainulfaqar baca betul2 makna mee celup tu. bukan maksud melaga2.. tapi mengaku ulama sedangkan bukan ulama, bukan fakeh. jadi memandai2 buat hukum sendiri. buat ijtihad sendiri. tolak kesepakatan majlis syura supaya teruskan muzakarah @muqabalah krn di benarkan Islam. fhm betul2. bkn krn idea pmbaharuan kamu, semua yg lama di tukar dengan yg baru…
April 24, 2009 pada 5:53 pm
haikal
saya menangis membaca tulisan ustaz..
kenapa sesetengah Ahli Pas dikalangan cerdik pandai sudah bersikap membelakangkan pimpinan dengan menegur secara kasar dato’seri tuan guru presiden ??
Kita memberi keprcayaan kepada tok guru presiden , yang master dalam SIASAH SYARIAH . agaknya berape orang lah master dalam bidang tu ??
April 24, 2009 pada 5:58 pm
Rosidihussain.blogspot.com
Terima kasih Ustaz….
Ulamak Haraki dan Professional Haraki adalah pendokong perjuangan Islam yang mendasari dalam PAS… Terdapat juga dari kedua-dua kelompok ini yang tak memahami konsep `amal jamie.. Amal Jamaie dan amal ijtimaie ada bezanya.. Apabila tak memahami konsep Al Fahmu spt digariskan Imam Al Banna dalam Rukun Baiah.. Maka macam2lah berlaku dalam PAS ni..
Syakhsiah PAS adalah Jemaah Islam dan parti politik… Kita memerlukan kuasa untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.. Tetapi perlu diingat pabila kita hampir dengan kuasa maka kita semakin hampir dengan rasuah… kita semakin hampir dengan wujudnya puak-puak dan klik-klik tertentu.. orang aku dan orang kau… kempen yang keterlaluan… tak mustahil `bela` wartawan macam UMNO pun mungkin dah wujud dalam PAS untuk memenangkan seseorang dalam pemilihan parti nanti… Semua ini adalah ujian dan dugaan drpd Allah…
Hanya Ulamak dan kepemimpinan Ulamak sahajalah yang mempunyai akhlah terbaik.. tidak berkontrovesi.. ikhlas…yang berdiri di atas tapak `taqwa` sahajalah yang dapat membanteras virus merbahaya seperti ini dalam PAS… .
Sebenarnya Ustazlah pembantu sebenar ayahanda/Tok Guru..
April 24, 2009 pada 6:01 pm
syaikhan ubaid
salam ukhuwah & salam mahabbah
secara x langsung & hikmah Allah
ianya menguji pejuang-pejuang Islam
samada Ikhlas atau ade kepentingan
dlm berjuang parti….
Tok guru Nik Aziz ibarat Saidina Abu bakar
Tok Guru Hadi Awang ibarat saidina Umar
mereka saling lengkap melengkapi
Hujah 2 org Tok guru cukup2 x disengani
oleh musuh politik kerana ketegasan
dlm pelbagai isu.
kite jgn mudah dipengaruhi oleh mulut
jahat musuh politik Islam..
sokonglah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz & Tok guru hadi Awang
hidup Tok Guru
hidup PAS
hidup ISLAM
takbirr
Allahuakbar
April 24, 2009 pada 6:07 pm
ibnalias
Politik kotor dalam PAS tidak lebih tidak kurang dengan UMNO. perlu dihapuskan segera.
April 24, 2009 pada 6:22 pm
muhaiminsulam
Sheikh, jangan tulis kerja-kerja bodoh. kurang tepat. Kerja jahat. Boleh tak?
April 24, 2009 pada 6:36 pm
wan
tok guru2 kita lebih tahu daripada kita. tetapi kita anggap kita yang lebih tahu daripada tok guru2 kita.
artikel ini mendedahkan sesetengah pihak bertuhankan nafsu dalam PAS. Ustaz berada dalam rumah TG Nik Aziz. Ustaz lebih tahu tentang hati nurani tok guru.
saya berkeyakinan ulasan ustaz sesuai untuk kondisi sekarang.
wan
ziarahsufi81.blogspot
April 24, 2009 pada 7:36 pm
pemuda_berani
Takbir!!…sebuah tanda tanya telah dirungkai dengan ilmu yg baik.
ana harap,ustaz akan selalu menulis dan melontarkan idea2 yg bernas bagi kesejahteraan antara ahhli jemaah kita yg semakin hari ana lihat semakin kusut.
syukran ya ustaz.
April 24, 2009 pada 8:09 pm
Muslim
Salaam,
Allahuakbar,
saya sentiasa bersangka baik dengan TGNA walaupun sememang jelas pengaruh kumpulan itu. ginila.. sy minta pejuang2 dalam PAS terutamanya Ust cuba menangani isu ini dgn baik, sebab benda ini baru a tip of iceberg kata org putih.. ada banyak benda lagi sebenarnya perlu ditangani pejuang2 Islam dalam PAS.. kita memang ada isu besar sebenarnya dalam Malaysia nih. semoga Allah memberikan kita kemenangan akhirnya.
dgn UMNO carilah unsur2 yg serupa bawak2 berbincang. nak develope ni kena unsur2 sama. kalau rasa susoh sangat, teruk sgt le UMNO tu, unsur2 yg seakan-akan sama la.. bukakla hijab kebencian nih. Carik rahmat Allah InsyaAllah.
April 24, 2009 pada 8:12 pm
theswordofAllah
AlhamduliLlah…mujurlah Allah menunjukkan artikel ini…mengapalah selalu sahaja ada semut dalam gula…semoga Allah menyingkirkan semut2 yang tidak membawa kebaikan dalam perjuangan Islam ini…
April 24, 2009 pada 8:37 pm
muhakim
teringat pesanan tuan guru haji hadi bilamana diajukan soalan semasa konvensyen di kubang lembik, terengganu. 2008
soalan : tuan guru, kita dengar ramai memperkatakan bahawa adanya anai-anai dalam pas. boleh tuan guru komen?
jawapan oleh tuan guru dengan nada yang tegas dan yakin :
pas ini ialah parti Allah. Hizbu Allah. Ianya milik Allah. Nescaya Allah akan peliharanya partinya dari sebarang anasir yang cuba merosakannya.
(bergenang air mata ana mendengarnya… subhanallah. indahnya perjuangan yang dipimpin oleh ulama’)
takbir~
April 24, 2009 pada 8:59 pm
hamba82
salam perjuangan..
pertamanya saya bersyukur kepada Allah kerana tanggapan saya selama ni betul yakni hubungan baik di antara kedua Tok Guru..
kedua terima kasih kepada Ustaz di atas penjelasan yang diberikan..
ketiga mohon kepada semua umat Islam yang menyokong perjuangan Islam yg dibawa oleh PAS supaya solat Hajat mohon kepada Pencipta Alam ini membersihkan PAS dari golongan yang berniat jahat..
Hanya Allah sahaja yang layak menghukum golongan yang ingin mengkhianati Jamaah Islam..
Allahu akbar 3x
April 24, 2009 pada 9:21 pm
abu razeen 2
sebelum ustaz dedahkan siapa ‘pembantu2 TGNA’ elok ustaz perhati juga
‘pembantu2’ TGHH yg hampir sama sifat dan af’al mereka.
Ingat tak kisah ustaz hampir dilagakan dgn Hj Khalid Samad dulu. Alhamdulillaah ana sempat minta ustaz duduk muzakarah dlm ukkhuwwah Islamiyyah.
begitu juga kisah Dr Mariah dilanyak dan diganyang atau dibukakan jalan agar diganyang.
Alhamdulillaah ana rasa sejak ana isi borang Pas depan Nakhaie ( ketika masih ustaz dan masih NAib Presiden lah) tiada seorang pun ahli atau pemimpin Pas ada dedahkan masalah dalaman Pas spt yg ustaz tlh dedahkan………..pedih, menggusarkan dan bakal gempakkan muktamar nanti……tapi cukup kritikal dan berjasa dlm menyelamatkan jemaah dari dikhianati.
sebenarnya bukan susah kenal blogger, ahli atau penulis yg ikhlas sokong Pas atau tidak. Klu umno dikritik atas dasar hukum ia melenting dan tuduh kita suka mencerca dan jahil…..klu pemimpin Pas dikritik tanpa hujah bahkan dicerca, ia galak mengapi2kan atau bisu membiarkan.
Teruskan usaha ustaz memelihara jemaah tercinta ini. Allaahu ma’aka wa ana ma’ak.
April 24, 2009 pada 9:31 pm
ADAM AMIN
Syukur Alhamdulillah.
Mudah-mudahan umat Islam disatukan dalam ikatan Shahadah yang suci.
Bukan dalam ideologi yang beremosi dan taksub.
Kerjasama PAS dan UMNO.
Amat-amat diperlukan demi kekuatan umat.
Sayang bangsa bererti sayang Islam kerana Islam itu bersaudara.
ADAM AMIN
Kg Jerlun
Kedah.
April 24, 2009 pada 9:48 pm
perindusyahid
salam ziarah n juang ust..
akhirnya ust bersuara..
semoga Allah bongkarkan lagi niat2 jahat dalam jemaah kita sebelum muktamar berlangsung..
semoga Allah memudahkan segala urusan kita..
amin..
April 24, 2009 pada 9:56 pm
eisen
segala puji bagi allah selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w kelurga dan sekalian sahabatnya
salam ustaz terima kasih dia tas penerangan ustaz..tulisan yang cukup hebat dari anak seorang ulama yang kami hormati…terima kasih atas penjelasan
tulisan yang cukup berkhikmah dan berhemah
sungguh tinggi keperebadian ustaz
ustaz..semoga allah memberi kemuliaan dunia akhirat buat ustaz
April 24, 2009 pada 9:57 pm
mendongak
Salam ustaz,
terima kasih di atas penjelasan ni. saya rasa nak menitis air mata bila baca tulisan ni, dah lama jiwa rasa gelora bila lihat macam ada yg tak kena antara TGNA & TGHH, dua ulamak yg saya kasihi.
Alhamdulillah, tulisan ni mengubat perasaan saya.
Sy juga bersama-sama ustaz, mendoakan agar Allah memporak perandakan pula musuh-musuh Islam yg cuba melaga-lagakan kepimpinan Islam ini.
April 24, 2009 pada 10:43 pm
ciplos
ayuh!!!! kita pastikan pencacai2 bodoh & jahat serta lanun ini tersingkir dari memimpin pas pada Jun 09 nanti…. kerana merekalah yg akan merosakan masa depan pas……… kami tetap bersama TGNA & TGHH
April 24, 2009 pada 10:50 pm
imtiyaz
terima kasih ust, dgn tulisan ust ini jelaslah betapa kotornya mereka2 yg berniat jahat terhadap presiden pimpinan TGHH…. mereka nak berhadapan dgn TGHH tak berani maka mereka perguna mursyidul am TGNA dgn harapan mereka berjaya memburuk2an TGHH tapi yg zahirnya jelaslah mereka adalah si munafiq dlm pas yg perlu dixxxxx
April 24, 2009 pada 11:07 pm
pasbaru
Salam Perjuangan,
Ana rasa dah tiba masanya ust menasihati ayahanda tok guru berehat daripada memegang jawatan politik/parti, lebih-lebih lagi dgn tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik. Dengan cara itulah ayahanda tokk guru akan terpelihara daripada anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha mempengaruhi beliau untuk menghancurkan jamaah.
Tumpukan usaha menubuhkan Yayasan/Madrasah Tok Guru yang akan melahirkan lebih ramai tok-tok guru yang berilmu dan berkeperibadian seperti beliau dimasa hadapan.
April 30, 2009 pada 9:58 am
ubeee
Kita Mahukan Keberkatan,dari itu Pemimpin yang jelas kefahaman jadi pilihan dan mesti dikekalkan,sehingga hujung NYAWA!
Akhi pasbaru mesti teringat kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin,kan?
Mereka terus memimpin sehingga akhir hayat mereka( walaupun syahid dibunuh sebenarnya ).Kerana ketika para Ulama Mujtahidin memilih mereka ke atas,tiada yang lebih layak selain mereka dan ianya kekal sedemikian.Ia lebih merupakan tanda kesantunan oleh Para Ulama lainnya.
Dan ingat!Kita tidak sepatutnya redha memilih golongan PROFESIONAL mendahului Ulama di dalam Hierarki Kepimpinan.AWAS!
April 24, 2009 pada 11:08 pm
asmaa
alhamdulillah, saya sungguh bersyukur membaca penjelasan ustaz. selama ini saya selalu mendengar soalan2 dan kenyataan yang mengatakan bahawa TGNA memusuhi TGHH. Rupanya ini adalah permainan gunting yang bersembunyi dalam lipatan.
Ustaz, saya mendoakan kesejahteraan PAS dari penyakit mazmumah. amen~
April 24, 2009 pada 11:48 pm
Tulang Besi
Saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa hujjah yang dilayangkan oleh beliau semoga semua pembaca mendapat penilaian yang seimbang dalam isu ini. Dan semoga kita dapat menilai isu ini dengan akal yang rational.
Nik Abduh (NA) berkata:
”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan – jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Apa yang Nik Abduh tak faham dari jawapan ayahandanya adalah jangan haraplah UMNO akan ”bermain bersih” walaupun Kerajaan Nasional(Perpaduan berjaya ditubuhkan.
Apa yang UMNO akan buat ialah mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Kementrian2 yang strategik dan penting di masa yang sama parti2 lain akan memegang portfolio yang kurang strategik. Kalau tidak mereka tidak akan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan ini.
Bila masa yang sesuai, UMNO akan menggunakan kekuasan fizikal mereka untuk menghancurkan kita. Itu pasti dan itulah hujjah utama di belakang jawapan Ayahanda kamu seperti diatas yang kamu tidak mampu memahami lagi.
Mampukah Nik Abduh Memberi Jaminan?
Apakah beliau lupa ayahandanya ada semasa UMNO menikam PAS dari belakang. Ayahanda beliau lebih kenal UMNO ini berbanding dengan beliau. Bak kata orang terkilas ikan di air, tau jantan betinanya. Begitulah dalam pengetahuan berkenaan UMNO yang terkandung dalam minda Tok Guru Nik Aziz. Pendek kata, segala ”trick” UMNO itu ada dalam poket Tok Guru Nik Aziz.
Yang lagi baik, bolehkah Nik Abduh memberi jaminan bahawa di dalam Kerajaan Nasional (Perpaduan) ini, UMNO tidak akan menipu? Kerana dahulu semasa PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional PAS telah ditipu hidup2 walaupun sebelum itu UMNO telah menjanjikan berbagai-bagai perkara.
Apa makenisme yang boleh menghalang PAS dari ditipu dalam kerajaan perpaduan tersebut? Mahkamah? Polis? Tentera? SPRM? Bomoh?
Tidak ada.. kerana UMNO akan memastikan semua alat kekuasaan kekal di dalam tangan mereka walaupun sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan.
Dalam kes Perak kita lihat bagaimana Istana, Mahkamah, SPR, Polis, Tentera dan PEKIDA digunakan dengan jayanya untuk mengkhianati PAS. Ertinya, tiada yang haram bagi UMNO. Segalanya halal dan mereka tidak ada belas ehsan didalam menghancurkan musuh mereka.
Jangan merendah-rendahkan taraf pemikiran Tok Guru Nik Aziz
Nik Abduh menulis:
”Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”
TGNA mempunyai sifat kepimpinan dan kepintaran di dalam politik yang amat tinggi. Dan penasihat-penasihat TGNA tidak akan mampu untuk menipu TGNA dengan memberikan nasihat-nasihat yang bertaraf rendah. Mustahil Tok Guru Nik Aziz menyalah-fahami konsep sebenar Kerajan Perpaduan ini kerana ayahanda kamu ini seorang yang teliti dan mampu membuat penilaian yang baik.
Dengan membuat kenyataan di atas, Nik Abduh seperti berkata bapanya seorang dunggu yang tidak mampu berfikir sendiri. Mudah menerima cakap penasihat-penasihat beliau tanpa usul periksa.
Apa Nik Abduh ni hebat sangat ke sampai lupa bahawa TGNA telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 4 penggal berturut2. Tiga Presiden UMNO telah berlalu namun TGNA masih kekal sebagai MB Kelantan.
Juga, TGNA adalah tokoh nasional yang paling popular sekarang ini melebihi Dr.Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi ataupun Najib Tun Razak?
Adakah tokoh seperti ini boleh dikatakan dunggu sehingga tidak mampu membezakan antara nasihat yang baik dengan nasihat yang tidak baik?
Berhentilah menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Kalau hujjah kamu kuat dan padat nescaya ayahanda kamu akan mendengar nasihat kamu.
Nik Abduh Nak Suruh Kerjasama Dengan Kerajaan Zalim?
Nik Abduh menulis lagi:
”Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua – duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.”
Di sini saya berani kata Nik Abduh ni ”naive”.Kenapa saya kata begini? Walaupun kedua-dua kerajaan ini dipandang bukan kerajaan Islam, tapi satu kerajaan ni zalim dan satu tidak.
Bukti kezaliman BN ini terlalu banyak. Suka saya ambil contoh satu sahaja yang melibatkan abang saudara, Nik Adli.
Kerajaan Malaysia telah menahan beliau dibawah ISA atas arahan Amerika dengan alasan untuk menentang keganasan. Padahal, dosa Nik Adli hanyalah kerana beliau pernah berjihad di Afghanistan sewaktu CIA menyokong serta membekal senjata kepada Mujahiddin Afghanistan.
Pada waktu yang sama, Najib Tun Razak telah pergi ke Amerika dan berucap di Heritage Foundation di mana beliau dengan bangga menyenaraikan kesemua bantuan dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Amerika.
Antara ucapan beliau adalah:
“Some 62 terrorists and militias with global and regional links have been arrested under our Internal Security Act, and more are currently being hunted down.”
Beliau begitu berbangga dengan penangkapan tersebut. Dah lah tangkap tu sendiri zalim, boleh berbangga dan menunjuk kepada Amerika pula tu.
Beliau dilaporkan sehingga berkata:
” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.” (Amerika mempunyai capaian yang amat baik kepada maklumat perisikan Malaysia).
Begitu komitednya Malaysia kepada Peperangan Terhadap Keganasan anjuran Amerika dan Bush.
Menahan orang yang tidak berdosa seperti Nik Adli adalah terlalu kecil berbanding dengan senarai kerjasama yang diberikan oleh UMNO/BN kepada Amerika. Bacalah ucapan Najib Tun Razak itu di sini dan buat penilaian sendiri.
Dengan kata lain, walaupun kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak ”islamik” tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat tidak zalim, tidak pernah mengkhianati PAS hatta DAP dan tidak korup.
Ertinya, Islam lebih terjaga dan terpelihara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Begitu dangkal sekalikah tahap penilaian Ustaz Nik Abduh dalam perkara ini?
Siapa Sebenarnya Yang Bodoh?
Saudara/ri pembaca buatlah penilaian sendiri. Cumanya saya nak dedahkan bahawa Ustaz Nik Abduh adalah antara yang terlibat dalam perjumpaan yang saya laporkan tempohari dalam artikel saya bertajuk “Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!
Nasihat saya, siapa yang teringin nak masuk UMNO, silalah masuk UMNO. Jangan bawa PAS bersama.
April 25, 2009 pada 1:53 pm
Otak kemetot
tulisan yang dibuat oleh Tulang Besi ni banyak merapu…………cuba nak berlagak pandai…tetapi otak kosong. piiirahhhhh….!!!!
April 27, 2009 pada 2:36 am
jihad fi sabilillah
salam… ni mesti komen daripada penyokong je ni, bukan pendokong. Kalau ko bukan orang yang terlibat secara langsung dalam gerak kerja jemaah PAS ni, tak payah la nak komen gila2 ustaz nik abduh sebab kami lebih faham intonasi bahasa dan maksudnya. jangan merapu tak tentu hala yang lebih menampakkan ketidak bijakan saudara.
walaupun saya bukan orang yang rapat dengan ustaz, tapi orang yang berjuang sahaja faham berkenaan liku2 perjuangan ini. walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih tentang komen saudara yang berjela tu. namun ianya tidak memberi maksud sebenar tentang perbincangan ini.
semoga Allah berikan pencerahan kepada kita semua untuk membimbing dan membawa panji Islam sehingga dijanjikan kemenangan di dunia atau syahid fi sabi lillah
TAKBIR!!!
April 27, 2009 pada 11:51 pm
we dasan
Balas le balik hujjah tu otak kemetot
macam TG Nik Aziz cakap Islam ni datang dengan burhan (hujjah) jangan kata orang merapu yg sebenarnya merapu ialah otak kemetot
Mei 1, 2009 pada 2:01 am
bob la
sokong otak kemetot
Mei 2, 2009 pada 11:14 am
MindA CERGAS
Otak kemetot,
Kalu dah kemetot otaknya, buat apa baca tulisan yang tinggi ilmunya. Kan dah susah sendiri!
MINDA CERGAS!!!
April 30, 2009 pada 10:43 am
Ruby_Rubian
Salam,Tulang Belulang
KOMEN Dr KANAK-KANAK SUBANG Yang TAK ke SEKOLAH?
“Apa yang Nik Abduh tak faham dari jawapan ayahandanya adalah jangan haraplah UMNO akan ”bermain bersih” walaupun Kerajaan Nasional(Perpaduan berjaya ditubuhkan.
Apa yang UMNO akan buat ialah mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Kementrian2 yang strategik dan penting di masa yang sama parti2 lain akan memegang portfolio yang kurang strategik. Kalau tidak mereka tidak akan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan ini.
Bila masa yang sesuai, UMNO akan menggunakan kekuasan fizikal mereka untuk menghancurkan kita. Itu pasti dan itulah hujjah utama di belakang jawapan Ayahanda kamu seperti diatas yang kamu tidak mampu memahami lagi.”
PATUT TULANG BESI (Tulang REPUT ) PERHATIKAN Quoted perkataan TUAN GURU DI BAWAH!!!
JIKA – 1st Pharagraph
APA YANG PENTING – Second Last Pharagraph
Kesimpulan : ( Barulah ) Kita boleh Bersama. .
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan – jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Bila Kita sebut BINCANG,ia adalah Muzakarah!!
Nape Susah Sangat nak Paham?
Nak je aku sepak makhluk Takde Tamadun nih!( Gempak skit.he he.
Jgn Perasan,Tulang Dua Kilo. Ko kan dah jadi bahan sejarah.Ko bukan makhluk takde tamadun.Ko ialah Tulang. . ).
April 30, 2009 pada 12:18 pm
Pencinta Alim Ulama
Ini PERBANDINGAN :
Tulang Adu Domba Kata :
Mustahil Tok Guru Nik Aziz menyalah-fahami
konsep sebenar Kerajan Perpaduan ini kerana ayahanda kamu ini
seorang yang teliti dan mampu membuat penilaian yang baik.
Hmm . .Kenyataan yang amat meragukan.Habis,kamu tahu ke apa yang
dibisikkan ke telinga Tuan Guru N. Aziz,sewaktu diberitahu mengenai
definisi Kerajaan Perpaduan?MUSTAHIL KAMU TAHU!!PEMBOHONG!!
Kita boleh andaikan ada dua definisi mengenai Kerajaan Perpaduan.
Katakan yang pertama berbunyi :
1)Kerajaan Perpaduan ialah kerajaan yang bergabung didalamnya
Parti pemerintah dan parti-parti Pembangkang.Parti Pemerintah
mendapat kelebihan memegang kerusi Ketua Negara, portfolio
penting kerajaan seperti Kementerian Kewangan,Kementerian
Pendidikan dan seumpamanya,sedang parti-parti pembangkang
hanya memegang portfolio yang kecil peranannya.
Dan yang kedua berbunyi :
2)Kerajaan Perpaduan ialah kerajaan yang bergabung didalamnya
Parti pemerintah dan parti-parti Pembangkang.parti-parti
Pembangkang mendapat kelebihan memegang portfolio penting
kerajaan seperti Kementerian Kewangan,Kementerian Pendidikan
dan seumpamanya,walaupun kerusi ketua Negara dipegang
Parti Pemerintah.
Katakan,Para pencacai menguarkan kepada Tuan Guru N. Aziz maksud
Perpaduan dengan maksud yang pertama,tidak mustahil Tuan Guru N. Aziz
akan serta-merta menolak.Ketika itu,tidak mustahil para pencacai akan
menyandarkan pendapat itu hanya sebagai pendapat pimpinan parti,
tanpa perlu menyebut nama Tuan Guru H. Hadi.Maka,tidak timbul
Tuan Guru N. Aziz menolak pendapat Tuan Guru H.Hadi.
Dan sekiranya disebut juga,boleh jadi Tuan Guru N .Aziz tidak bersetuju
berdasarkan Hujjah.Perselisihan dengan Hujjah tidak dicela,harap
ianya jelas.
Fikir-fikirlah Tulang,tiada yang mustahil bila manusia mahu kesenangan.
Tiada Mustahil juga bila ana bawakan,Tuan Guru N Aziz tidak ditipu
dan terpedaya,tetapi kenyataannya dimanipulasikan dan dipermainkan.
UNTUK TAMBAH PANAS!!
Ustaz Nik Abduh Kata :
*Rumusannya.Harap ada yang betulkan kalau melampau.:)
Pencacai di sisi Tuan Guru N. Aziz berniat tidak elok
dengan memberi maksud Kerajaan Perpaduan yang palsu yang
tidak sebagai yang diingini Tuan guru H.Hadi.
Jadi Tuan Guru N .Aziz akan dilaga dengan Tuan Guru H. Hadi
( iaitu Dilihat diperlagakan pendapat berdasarkan Ilmu,
oleh masyarakat ilmu sebenarnya.
Dan dilihat diperlagakan pendapat berdasarkan nafsu,
oleh yang buta kayu buta hati macam Tulang Besi Karat.)
Hakikatnya :
Tidak ada istilah terpedaya dalam mengeluarkan pendapat
berdasar Ilmu cik Abang Tulang Oi!
Tuan Guru N. Aziz tidak boleh dikatakan terpedaya,
dungu dan sebagainya,kerana beliau hanya menyatakan
pendapat berdasarkan Ilmu dan Hujah!!
Sentiasa benar setiap kata-kata,itulah Ulama sebenar!!
Buktinya:
Dengan maklumat dari pencacai,Tuan Guru N.Aziz Tak Setuju.
Dengan Muzakarah bersama Tuan Guru H.Hadi,Tuan Guru N.Aziz
BOLEH SETUJU.
WAHAI Cik Tulang ,apa bukti anda Tuan Guru N. Aziz masih belum setuju
dengan pendapat Tuan Guru H. Hadi?
Ana yakin,membuktikannya adalah sukar.Adalah lebih parah,jika anda
meng quote kata-katanya,tanpa merujuk kenyataan Tuan Guru N Aziz
yang terkini. .
Sekian,Selamat Menghirup sup tulang
April 30, 2009 pada 7:44 pm
HAR
kata2 seorang endorgan…
Julai 22, 2011 pada 7:12 pm
Al Insani
As-salam,
Ini satu lagi contoh umat manusia yang suka memburuk burukan manusia yang lain.Tidak bolehkah kamu bersangka baik?Tidak kira kepada siapa,kita harus hormat dan cermat dalam menuturkan kata kata,agar tidak menguris perasaan saudara saudara kita.
Manusia sering menzalimi diri sendiri tanpa mereka sedari.
April 24, 2009 pada 11:53 pm
Tulang Besi
Bagaimana pula pembantu2 Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang? Adakah mereka tidak bersalah sama sekali?
Mereka tahu sejak dari mula, idea muzakarah/muqabalah/kerajaan perpaduan akan memecahkan perpaduan parti.
Lebih2 lagi ianya berlawanan dengan keputusan Muktamar PAS Pusat.
Saya cabar Nik Abduh supaya menamakan siapa dia penasihat Tok Guru yang dikatakan sebagai “penghasut” ini. Saya cabar.
Ustaz Nik Abduh adalah antara yang terlibat dalam konspirasi muzakarah seperti yang saya dedahkan dalam artikel di bawah:
“http://www.malaysiawaves.com/2008/10/roslan-sms-harus-nafi-cerita-ini.html”
April 25, 2009 pada 1:58 pm
Otak kemetot
Tulang besi ni…kalu nak jawab perihal tulisan dalam blog ini, jawab lah dalam blog anda sendiri. lagi pun siapa lah yang berminat nak baca cerita dalam blog anda..??? telah banyak kali saya perasan anda cuba promosikan tulisan anda dalam laman Tranung Kite…tapi sayang, sampai kini hati pembaca masih tak terbuka nak menjengok blog anda….sebabnya ialah …otak anda adalah kemetot…
April 25, 2009 pada 12:02 am
ahli PAS Subang
Apabila berjumpa dengan UMNO dalam gelap tanpa pengetahuan Mursyidul Am ataupun AJK PAS Pusat. Adakah itu melambangkan akhlak Islam?
Kemudian apabila ditanya terus menerus dinafikan perjumpaan berlaku dengan UMNO sehingga didedahkan oleh Pak Lah.
Kemudian menjual nama Syura kononnya Syura menyokong tindakan tersebut, padahal Pengerusi Syura sendiri, yakni Mursyidul Am tidak mengetahui apa-apa pasal perjumpaan tersebut?
Selepas tu bila Mursyidul Am marah, tuduh pula penasihat Mursyidul Am menghasut Mursyidul Am.
Ni apa punya cerita ni?
April 25, 2009 pada 7:57 am
ahli PAS sri indah
wan xxxx memang bodoh dan akan sentiasa bodoh dan selama-lamanya bodoh…tak tahu bila akan cerdik dan takkan sentiasa cerdik dan selama-lamanya takcerdik
April 25, 2009 pada 12:36 am
abd basir
Saya dari awal-awal lagi berkenaan isu yang hangat diperkatakan tidak percaya dua pemimpin utama bertentangan pendapat. Kalau pun benar berlaku perselisihan pendapat, saya pasti penasihat utama parti telah diberikan gambaran salah oleh orang yang telah di kuasai hati mereka oleh iblis. semoga kalian faham maksud saya lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuiti perkembangan semasa dalam harakah Islam.
April 25, 2009 pada 12:39 am
abd basir
Walau apa pun, kepimpinan ulama’ mesti dipertahankan dalam muktamar akan datang. Ulama’ warasatul ambiya’ akan sentiasa membawa pengikut dalam jamaah ke jalan yang diredhai Allah. Hasanah fi al-dunya. Hasanah fi al-Akhirah
April 25, 2009 pada 1:34 am
Syam
artikel yg ringkas dan padat.. menyuluh kesamaran yang melata dikal. ahli bawahan… Semoga Allah membals dan melaknat kehidupan mrk yg melagakan 2 org mutiara dlm PAS nie…
TAkbIR!!!!
April 25, 2009 pada 1:36 am
Kcp
Salam kpd semua..
Alhamdulilah buat permulaan..
Disaat membaca artikel ini,gigi menggertap menahan amarah puak2 celaka..Kemudian ia berubah kpd bunga pengharapan dan akhirnya entah kenapa kolam air mata ini tidak mampu dibendung lg shg akhirnya pecah mengalir jua..Mgkn kerana merasakan lega yg teramat sgt dgn penjelasan ‘permata’ tuan guru serta semangat dr pejuang2 disini..
Pas adalah gerakan Islam..Lantas pandangan samada ahli atau pimpinan atau sesiapa shj bhwa Pas adalah parti politik semata2 adalah satu pandangan yg dangkal lg jauh dr pemahaman..Maka hasil dr kedangkalan inilah menyebabkan hati2 mereka dijangkiti penyakit dengki,kekuasaan,ego..Lalu nilai muslim yg digelar utk diri tidak kemana melainkan ianya hanyalah gelaran..Mulut dgn penuh lantang mengatakan Islam tetapi hati dan tindak tanduk menidakkan sama sekali ucapan itu..Mereka gemar kpd pepecahan,mereka melagakan ulama yg pd hakikatnya ia tdk memberi sbrg kesan pd ulama..Tetapi menggoyahkan kaki2 golongan yg kurang kefahaman,ahli2 biasa..Dan sesungguhnya kelakuan mereka itu adalah dgn kehendak hati yg busuk lagi mengharapkan sesuatu yg boleh memuaskan kehendaknya..
Kpd pejuang2 pas,teguhkan kaki kalian dr termakan fitnah hasutan,beradablah dgn pimpinan sbg mana beradabnya para shbt dgn Nabi Saw,dokongilah kepimpinan ulama ini,telitilah setiap perkara sblm menghukum,pelajarilah Islam dgn kesyumulannya supaya kalian tetap teguh dgn perjuangan,tidak kalah diserang musuh dalaman dan luaran,lalu perjuangan ini berjaya dipacu dgn baik utk sampai ke destinasi..
Ingatlah,kita berjuang kerana kebenaran itu yg utama,lalu kemenangan itu akan datang apabila kita menepati syarat2nya..
Moga Allah memberi balasan dan keinsafan kpd golongan penghasut..Dan menjauhkan kita dr api fitnah..
Sayangilah ulama kerana mereka adalah pewaris Nabi Saw..
Saya bukanlah seorang pejuang kerana jauhnya kelayakan..Namun selalu mengharap dapat bersama kalian..
Siiru ‘ala barakatillah..
April 25, 2009 pada 1:38 am
ssz
assalamualaikum ust dan para jamaah…
saya mmg meyakini apa yg berlaku adalah disebabkan oleh salah faham dan salah maklumat…
saya rasa syukur kerana ust telah merungkai kan ikatan yg tersimpul dlm fikiran para jamaah… alhamdullilah…
cuma disini saya nak minta izin ust utk copy entri ini utk dikongsikan dlm FB bersama sahabat2…
harap tiada halangan dari ust, dan semoga kita akan terus kukuh dan menghampiri kemenangan dgn penuh rasa rendah diri dan taqwa pada Allah azza wajalla…
wassalamualikum ust dan para jamaah
April 25, 2009 pada 1:42 am
Syam
Kpd tulang besi dan ahli PAS Subang… ana harap antum jgn mengeruh lagi keadaan… ana tahu sapa enta berdua… sekarang isu nya tok guru gagal dpt maklumat yg jelas dr pembantu yg dipercayai. kerana pembantu itu daa gila kuasa dan pangkat…
Satu lagi ana harap antum berdua kena byk bc suku sains politik dlm memahami konsep unity goverment.. bukan main hentap melulu… kaji laa..
keputusan mmg tetap kptsn tapi melontarkn idea tak salah utk dibincgkn… saudara berdua ana tgk terlalu naif dlm memahami adab berjemaah…
maaf andai terkasar bhs tapi kdg2 bhs yg kasar shj mampu memberikn penjelasan….
April 25, 2009 pada 3:23 pm
makteh padang kala
Syam,
Artikel nik abduh ini seperti nak melaga-lagakan jemaah je.
Bahasa pun kasar. Ada ke dikatanya bodoh. Tiada adab langsung.
Apa komen pasal perjumpaan dalam gelap oleh TGHH dan membelakangi keputusan Muktamar ? Tidakkah ini memecah-belahkan parti ?
Kemudian nak lontarkan idea separuh masak dan sembunyi tangan. Tak payah la lontar. Discuss la dahulu sesama sendiri.
Ni tidak, terhegeh2 tak malu nak sorong pipi dan punggung kepada UMNO apa ke faedahnya.
Pipi tak ramping, Punngung tak mancung.. Ada hati.. Ingat UMNO nak sangat ke unity government ni ?
Tak payah la…
April 27, 2009 pada 2:38 am
soklan
mak teh, perkataan apa lg yg sesuai utk menggambarkan kerja2 jahat yg mereka lakukan, sbb penulis artikel ini ust nik abduh maka beliau menggunakan perkataan BODOH, kalau saya yg tulis sudah pasti @#$%%^& yg keluar. banyakkan membaca ye mak teh, smg mak teh tahu apa maksud UNITY GOVERNMENT tu.
April 27, 2009 pada 11:58 pm
we dasan
salam
isk isk naif sangat TGNA dah perintah Kelantan 20 tahun masih gagal membaca rentak politik Malaysia sampai dipengaruhi oleh penasihat yang “bodoh”, cuma nak bagitahu antum semua puak2 pro muqabalah dah sampai peringkat nak singkirkan TGNA dari kepimpinan PAS sbb TGNA dah macam khalid alwalid.
keduanya tak boleh ke gunakan perkataan yg lebih manis selain dari bodoh, abis selama ini yg memerintah kelantan bersama tok guru Nik Aziz adalah dari golongan yg bodoh, ah kacau kome ni.
April 25, 2009 pada 2:11 am
Kcp
Saudara tulang besi seolah2 menafikan kebijaksanaan TGHH..Sdgkan kebanyakan kita thiqah pd kedua2 TGNA dan TGHH..Jangan kerana emosi saudara megulas shg hilangnya neraca keadilan dlm diri dan jangan menampakkan seolah2 saudara tergolong dlm golongan INTIMAK SYAKHSI..Thiqah dan beradablah dgn pimpinan..Janganlah kita berkata2 seolah2 hanya kita yg sayangkan Pas sekaligus menafikan penat jerih pimpinan yg berkorban siang malam..Adakah sayang kita melebihi sayang mereka?Adakah ikhlas kita melebihi ikhlas mereka?Adakah hasrat kita lbh tinggi,hebat dan besar dr hasrat mereka?Tepuk dada tanya iman..
Ingat,thiqah dan beradab dgn pimpinan..
April 25, 2009 pada 2:31 am
ummuhanah
hmmmm…..akhirnya saya jumpa semut dalam gula dan anai-anai dalam pas…..tulang besi tulisan kamu sinis bersalut sengketa. Kamu cuba berkata benar tapi bahasa kamu cemar belaka . Jangan membawa andaian mengguna akal semata-mata kerana dalam kerja islam sahsiah dan adab juga di ambil kira ….. tak pasti samada kamu pernah disuap dgn tarbiyah berjemaah atau kamu berjemaah secara ‘tak sengaja’ atau kebetulan sahaja…..kamu mungkin bijak berkata-kata tapi belum tentu isinya harum penuh mulia.Dari tulisan kamu jelas, kamu sungguh lebih bernafsu untuk bertarung dan bermusuhan dan bencikan penjernihan… dari sudut mana pun kamu cuba membawa cabaran, kamu tetap akan mengecapi ketewasan….harap kita masih boleh beristighfar dgn rasa keinsafan, kerana kalaupun kita nampak hebat di mata orang, bukan lah kerana memang ada kehebatan, tapi kerana Allah tutupkan semua KITA PUNYA KEAIBAN dan masih memberi pakaian kemuliaan. jangan pula kita sengaja nak melondehkan…
April 25, 2009 pada 3:03 am
orang UK
tulang besi tak faham2 lagi beza antara kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan..itulah dah lama tak join usrah kot?
ustaz nasha pernah dihubungi oleh pak lah utk berjumpa selepas sidang parlimen..masa tu ustaz nasha contact tok guru hadi dan tok guru harun din untuk mintak kebenaran..tok guru nik aziz masa tu tak dapat di hubungi.
selepas PR 8 mac..sebahagian pimpinan ditugas untuk explore hubungan dengan keadilan dan dap..
adapun sebahagian lain di tugas untuk explore hubungan dengan BN.
apa masalahnya untuk mengkaji?
keputusan akhirnya terletak pada mesyuarat dan muktamar juga..
yang tak faham tu memang sengaja buat tak faham.
April 25, 2009 pada 4:26 am
Erti,Kefahaman,Hujah : ‘Kerajaan Perpaduan’ « :: I S L A M I S T H E W A Y O F L I F E ::
[…] baca seterusnya […]
April 25, 2009 pada 4:59 am
Dr Ahmad
Salam,
ana bersama ustaz dalam memerangi musuh Islam..
Semoga ustaz dan golongan ulama senantiasa dibwh rahmat dan jagaan Ilahi
April 25, 2009 pada 5:37 am
Damietta Mesir
Moga2 Allah memelihara dan membantu org2 yg sentiasa membantu agamanya.. Dan moga2 Allah hancur leburkan org2 yg cuba pecah belahkan pasukan ISLAM di muka buminya ini..
April 25, 2009 pada 5:48 am
puteramanjungperak
salam perjuangan..
TGNA tidak menghadiri mesyuarat Pas Pusat, hanya mendapat berita daripada orang di sekeliling yang pergi mesyuarat tu..
TGHH melaksanakan apa yang diputuskan oleh syura..kan itu adat berjamaah.
Terima kasih kerana menjadi penasihat yang baik ..jangan jadi pengampu!!!
Tapi biasanya yang melawan arus tidak popular dan akan jatuh…
Tapi tak apa biar manusia tidak suka jangan Allah tidak reda..
Siru ala barakatillah!!!
April 25, 2009 pada 6:40 am
imtiyaz
ustaz..teruskan lagi penerangan & pendedahan maklumat2 yg sebenar & jelas.. moga2 penipuan & niat jahat si munafiq tu terbongkar sejelas2nya… kami akan menyokong ustaz…. jangan huraukan kata2 Tulang Besi tu.. dia pun si munafiq lagifasiq yg dimaksudkan oleh ustaz…tk
April 25, 2009 pada 8:09 am
insaf
Salam perjuangan untuk ustaz Nik Abduh.moga ustaz diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menempuhi cabaran2 yg mendatang,,,,,,,,
Kepada (tulang besi dan ahli pas subang) anda berdua tak layak nak jadi ahli PAS.insaf dan bertaubatlah terhadap apa yang telah anda berdua tulis sebelum malaikat maut datang menjemput anda berdua.
Minta ampun dengan Allah SWT dan Kalau anda berdua berani, mohon maaflah kepada ustaz Nik Abduh,TGNA dan TGHH di atas kesilapan anda berdua selagimana pintu taubat masih terbuka.
wassalam.
April 25, 2009 pada 8:31 am
Tulang Besi
Syam kata:
“Kpd tulang besi dan ahli PAS Subang… ana harap antum jgn mengeruh lagi keadaan… ana tahu sapa enta berdua… sekarang isu nya tok guru gagal dpt maklumat yg jelas dr pembantu yg dipercayai. kerana pembantu itu daa gila kuasa dan pangkat… ”
Baik sekarang saya cabar Syam untuk buktikan pernyataan saudara di atas. Jgn buat kiasan rambang sebegini. Sila bawa bukti.
Saya tengok selepas perbincangan di JKR10, Tok Guru masih menyerang idea Muzakarah terutamanya sewaktu Muktamar di Ipoh.
Please, please, berentilah buat cerita mengarut mcm ni
April 25, 2009 pada 8:35 am
Tulang Besi
Kcp kata:
“Saudara tulang besi seolah2 menafikan kebijaksanaan TGHH..Sdgkan kebanyakan kita thiqah pd kedua2 TGNA dan TGHH.”
Nik Abduh sendiri menafikan kebijaksanaan ayahandanya sendiri dlm artikel diatas.
Masakan TGNA boleh dihasut penasihat-penasihat beliau dengan begitu mudah? Apakah TGNA ini seorang yang dunggu.
Apa yang berlaku, pihak yang pro muqabalah/kerajaan perpaduan tidak mampu membawa hujjah yang jitu untuk meyakinkan TGNA.
Tak payahlah nak salahkan sapa, hakikatnya idea kerajaan perpaduan ini idea yang takda asas dan merugikan PAS.
April 25, 2009 pada 8:39 am
Ahli PAS Subang
Tak habis habis merendah-rendahkan tahap pemikiran Tok Guru Nik Aziz.
putermanjungperak kata:
“salam perjuangan..
TGNA tidak menghadiri mesyuarat Pas Pusat, hanya mendapat berita daripada orang di sekeliling yang pergi mesyuarat tu..
TGHH melaksanakan apa yang diputuskan oleh syura..kan itu adat berjamaah.”
Bukan Tok Guru Nik Aziz boleh mendapat maklumat dari sumber lain. Bukankah sekarang ini zaman sains dan teknologi?
LAgi sekali, siapa pun yang menasihati Tok Guru, bukankah Tok Guru mampu membiuat penilaian sendiri?
Adakah Tok Guru Nik Aziz ni seorang dunggu sehingga tak mampu mendapat maklumat yang sahih?
April 25, 2009 pada 8:39 am
ridwanto
Salam Ustaz,
Ya, jasa dan kelilmuan dua tuan guru ini tiada siapa boleh pertikai
Moga mereka di redhai Allah
April 25, 2009 pada 8:43 am
Tulang Besi
orang UK kata:
“tulang besi tak faham2 lagi beza antara kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan..itulah dah lama tak join usrah kot?
ustaz nasha pernah dihubungi oleh pak lah utk berjumpa selepas sidang parlimen..masa tu ustaz nasha contact tok guru hadi dan tok guru harun din untuk mintak kebenaran..tok guru nik aziz masa tu tak dapat di hubungi.”
Saya nak tanya org UK apa bukti saya tak faham perbezaan antara kerajaan nasional dgn kerajaan koalisi?
Lagi pula, pelawaan besar dari Pak Lah itu mengapa tak dirujuk pada Majlis Syura atau AJK PAS Pusat terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya AJK Harian PAS Pusat?
Mengapa pegi jumpa dalam gelap. Tiga kali pulak tu.
Kali pertama mungkin ada alasan la, tapi sampai 3 kali?
Kena fikir cara kritikal sikit la
April 25, 2009 pada 9:24 am
hanya sampaikan
Sila kelik tajok berikut:
Aku tidak suka orang bongkak
April 25, 2009 pada 9:32 am
Rosidihussain.blogspot.com
Kenape nie.. Tulang Besi.. Beremosi nampak… Yang lepas tu lepaslah … Jangan diungkitkan lagi.. Malulah kita kepada Allah `Azzawajalla… Nabi bersabda… Idza Lam Tastahi Fasna` Ma shik ta.. Sekiranya kmu tak malu wahai tulang besi … Buatlah apa yang kamu suka ..
Jangan digunakan isu perjumpaan rahsia.. isu muzakarah.. isu muqabalah… isu kerajaan campuran yang anda sendiri pun tak faham… Bagi saya .. jangan isu isu ini dijadikan sebagai stepping stone atau batu loncatan untuk menafikan kewibawaan TGHH dan Ustaz Nasa atau lebih jauh lagi untuk menjatuhkan maruah kepemimpinan ulamak yang kita dokong… dan menaikkan kumpulan2 tertentu
Cukuplah wahai Tulang Besi dan juga Tulang kayu sekalipun … Wala`lah kepada pimpinan .. Apa yang TGNA kata .. tiada kumpulan TGNA dan tiada kumpulan Presiden.. kita ikutlah .. kita bukan UMNO yang sedang semput dan tenat kerana UMNO kini bernafas dengan hidung yang tersumbat.. rujuk blog saya… Jangan dibawa budaya UMNO dalam PAS… Kita mempunyai identiti dan syakhsiah yang tersendiri….
Kalau beginilah keadaannya… sekiranya dibiar berterusan … ia akan menjadi parah dan barah dalam PAS… Tulang besi terlalu mengikut perasaan.. Orang Utara kata peghongoih sangat macam tu.. Sifat macam ni sifat mazmumah.. Janganlah. berpecah.. beza pendapat tu biasalah.. OK .. Tak dinafikan pemimpin kita pun ada yang buat silap.. ada lemah sana sini..
Pembantu TGNA dan pembantu TGHH tak dinafikan mungkin wujud… dan memang wujud pun.. kesemuanya menjadi think tank kepada ketua masing-masing.. Cuma amat diharapkan janganlah kita terlampau bersuuzzan sesama kita sehingga kita menafikan kelebihan seseorang yang lain…. Masing2 berperanan… kepada TGNA.. rajin2lah attend meeting Syura… barulah mendapat maklumat first hand… kepada TGHH .. dalam situasi sekarang ini.. bersikap tegaslah dalam memimpin.. dan kepada pendokong PAS .. janganlah bersikap menjadi `nasi tambah` lagi kepada kekeruhan seperti ni lagi.
Mungkin masalah yang timbul adalah kerana kita KURANG ZIKIR DAN KURANG FIKIR… Zikir dan fikir bukan semata mata keluar dari mulut atau aqal fikiran sahaja.. tetapi sepatutnya zikir dan fikir keluar dari lubuk hati yang paling dalam.. from our deepest heart …
Ada pula di antara kita beranggapan dalam politik ni tak boleh betoi bendoi sangat.. kena bengkok bengkok sikit… nanti kena pijak kepala.. kena bela wartawan… kena cakap bohong sikit.. kena bijak politiking sana sini… kena ada campaign manager… kena main duit sikit2.. kena join kumpulan2 tertentu .. kalau tidak susah nak naik.. nanti ada orang cantas…. Ini pun satu gejala tak sihat.. Bagi saya mereka ini adalah kumpulan Al Isti`jal… Kumpulan tak sabar .. kumpulan kalut .. gopoh gapah sangat.. Al`Ajalah minassyaitan..
Apa pun kekeruhan yang berlaku dalam berjamaah adalah lebih baik daripada kejernihan berjuang seorang diri… Jadi berubahlah kita semua.. bermuktamarlah dengan wawasan yang jauh bukannya bertujuan menjatuhkan maruah orang lain…
Wallahu a`lam…
April 25, 2009 pada 9:43 am
abuadil
maaf ye tulang besi!
“Lagi pula, pelawaan besar dari Pak Lah itu mengapa tak dirujuk pada Majlis Syura ….”
spt yang us dr harun din perjelaskan dalam muktamar ipoh tahun lepas, rentetan2 peristiwa tersebut asalnya sebuah kertas majlis syura berkaitan pas dan pasca pru12. cubalah cari rakaman ucapan dr harun din dan tghh dalam muktamar ipoh dalam perkara berkaitan.
masalah dalam gelap pula, tanpa pengetahuan ahli, itu perkara biasa dalam harokah Islam dan kafir berkaitan strategi.
mungkin jika andea bersama sof Islam terawal diMekah, anda pasti tak bersetuju jika terbongkar rahsia rasulullah berjumpa rombongan haji madinah sedangkan yang menemani baginda ialah abbas yang masih kafir.
barangkali anda juga akan menentang baginda dalam soal perjanjian hudaibiah.
janganlah kita ambil peluang dari perselisihan ijtihadi, sedangkan kita tak faham ilmi berkaitan.
wallahu a’lam.
April 25, 2009 pada 9:51 am
kcp
tulang besi:
bukankah orang yg bermacam feel itu boleh hidup disekeliling TGNA??ini yg dinyatakan ustaz nik abduh…malah TGNA seorang yg suka berhusnu zhon..
saudara sendiri bersuuk zhon dgn TGHH..menafikan langsung pandangannya..tak memahami pun hasrat tujuan TGHH..
kami tidak memihak pada salah seorang tuan guru..tetapi kami memihak kepada kedua-duanya..kami memahami hasrat kedua-duanya Tuan guru..
TGNA ada pandangan di sudutnya..
TGHH ada pandangan di sudutnya…
sebaliknya anda yg tidak berpuas hati dgn pandangan TGHH…
elok anda bersua dgn ustaz nik abduh bg mendapat penjelasan..adakah beliau merendahkan ayahnya??sesungguhnya beliau lebih memahami ayahnya dan ayahnya lebih memahami beliau dari anda..
jangan merasakan penilaian anda betul2 tepat hanya berdasarkan pada zahir ayat..jangn serkap jarang..
anda bermasalah!!
ahli pas subang..siapa pula yg merendahkan TGNA…sebaliknya saudara yg merendahkan TGHH…jangan kita apabila cenderung pada seseorang lalu kita menjatuhkan yg lain..anda dikira tak beradab jika begitu..
kami tegaskan di sini..kami ahli yg THIQAH pada TGNA dan TGHH…
anda berdua yg tak boleh mengawal sikap..
saya nasihatkan byk membaca tentang politik dunia..anda tak memahami konsep kerajaan perpaduan..baca shg faham,jgn buat2 tak faham..
buangkan sikap saling tidak mempercayai dan hanya merasakan diri sendiri betul..
agak2nya..apa masalah anda berdua??
tak bolehkah kamu THIQAH pada kedua-dua tok guru sekali gus..??
boleh ke tidak??
April 25, 2009 pada 10:12 am
syam
kpd tulang besi….
pepatah melayu ada mengatakn siapa yg makan cili dia yg terasa pedasnya..
tak perlu ana buktikn krn biarlh wazir (pembantu) yg ‘dirasuk’ nafsu itu insaf dgn apa yg telah dibentangkn olh ust nik abduh ini.
ringkasnya… kita semua jelas sapa tulang besi yg sebenarnya…
Berlapik dgn nama TGNA… berlapik ketokohan TGNA….
tulang besi sedarla… kita jauh dr keilmuan dan ketokohan TGHA… naqib nya sewaktu di mesir adlh Said Hawwa..
master dlm siasah syariah… enta???
seluruh hidup diserahkn pd Islam… enta???
hafiz quran… enta???
enta terlalu menyerang peribadi… biarlh ana menyerahkn badan dan nama ana utk dicela dan dimaki hamun tapi tidak kpd ulama spt TGHA dan TGNA…
maaf andai terkasar bhs tapi kdg2 bhs yg kasar shj mampu memberikn penjelasan….
April 25, 2009 pada 11:57 am
mawaddah ibnatuddin
assalamualaikum. trima kasih a.duh ats kenyataan yg membuka mata hati ni. fitnah kepada ulama yang dicipta hanya menampakkan kebodohan sediri.
salam perjuangan dr rus.
April 25, 2009 pada 1:05 pm
am
Apa yang tulang besi dan tuan-tuan nya mahu adalah jelas iaitu menjatuhkan TGHA sebagai hukuman kepada pertemuan dengan umno yang tidak direstui oleh tuan-tuan nya.
Sebaliknya, tidak pula timbul soal ‘kem’ TGHA hendak menjatuhkan TGNA. Yang nak dibuang ialah penasihat-penasihat palsu yang merupakan tuan-tuan kepada pencacai seperti tulang besi. Sepatutnya in return mereka ini ikut strategi yg fair and square go for the pembantu TGHA head, but no, tulang besi dan tuan-tuannya are going for the TGHA head dengan menggunakan kekuatan TGNA. Kalau nak bertarung dengan pembantu TGHA, buat apa guna TGNA, sungguh tak adil, tapi mmg jelas mereka mahu buang jauh2 TGHA. Silap2 lepas sembahyang doa supaya TGHA mati cepat! begitulah ‘hukuman’nya bertemu umno.
Kerana dengan hukuman ini, mudahlah tuan-tuan tulang besi si pencacai ini menjawat jawatan-jawatan yang mereka impikan hatta presiden PAS sekalipun. Kalau ada rezeki pakatan rakyat menang, sudah tentu quota menteri-menteri melayu banyak diperolehi PAS berbanding dengan unity government, dimana quota menteri melayu terpaksa dikongsi dengan umno. Jadi peluang untuk jadi menteri bagi tuan-tuan tulang besi ini lebih cerah jika pakatan menang berbanding unity government. Masa itu boleh lah tulang besi pulang untuk menerima habuannya.
April 25, 2009 pada 1:13 pm
Mengurai Kekeliruan 2 « jangan mengalah…
[…] yang lurus” di https://nikabduh.wordpress.com/ di bawah tajuk “Kerja-kerja bodoh dalam PAS” https://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/ dengan […]
April 25, 2009 pada 1:22 pm
Proton Wira
Assalamualaikum,
Macam ni lah Ustaz Nik, bila dah masuk perjuangan dengan platform politik tu. Betul juga orang mat saleh ni kata politik ni persepsi. Tindakan Ustaz adalah pada hakikatnya mulia, Ustaz berhasrat untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PAS yg dilakukan oleh kumpulan tertentu. Tetapi dah tentu Ustaz akan dapat tentangan daripada kumpulan yang mempunyai irodah politik tertentu ini. Hakikatnya, pada mereka Ustaz telah menentang mereka. Pertentangan dua iradah politik seperti ini biasanya berakhir dengan penyembelihan. Vote saya untuk Ustaz (Tapi dalam platform ni voting bukan permainannya, strategi kena atur ya, pejuang2 kini fiqh strategi kena mantap).
Saya lihat ini bukan isu siapa lebih bijaksana atau menafikan kebijaksanaan seseorang. Nabi SAW pun akur dengan pandangan Salman Farisi yang lebih advance dalam strategi peperangan, sekiranya tiada wahyu atau petunjuk diturunkan.
Dalam penghakiman, Nabi SAW juga memberi amaran, baginda hanya memutuskan penghakiman berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang bertelagah. Adalah kewajipan pihak-pihak berkenaan untuk memberikan bukti yang benar. Sekiranya keterangan dan bukti yang dikemukakan tidak benar dan penghakiman diasaskan kepada benda2 yang tidak benar itu, ianya bukan salah Nabi tapi orang yang memberi info yang salah itu!! Yang beri keterangan salah itu dapat bahagian penghakiman di dunia saja tapi di akhirat dapat api neraka.
Nabi SAW yang maksum pun mengakui tertakluk juga dengan kemungkinan-kemungkinan kesilapan itu, walaupun hakikatnya perkara itu dijaga oleh Allah dimana kedua-dua pihak itu pun berdamai sebab tak berani nak bagi apa-apa keterangan.
April 25, 2009 pada 2:07 pm
Ashcroftstylus Az
salam ustaz,
trima kasih krn merungkaikan rahdsia ini,
slama ni ana amat2 rungsin krn dua pemimpin tertinggi ada masalah, tp beberapa artikel yang memujuk hati ana,
ia brtkata-kata:
1.stiap org ada pendapat masing2, lebih2 lagi ulama yang faqih
2.kita slalu melihat percanggahan antara dua tokoh ini sdgkan yang dipersetujui amat2 banyk
wsalam
April 25, 2009 pada 2:58 pm
senyum
Dua pendapat berbeza antara ulama bukanlah satu ketidakbijaksanaan. Pemikiran kita sebenarnya telah terdidik bahawa perbezaan seolah-olah di atas padang permainan, ada yang menang dan kalah.
Ulama bukan begitu. Ulama didasari taqwa. Tiada yang saya nampak tulisan ini didasari untuk menilai taqwa. Berbeza dan berlainan pendapat dilihat rahmat di sisi ulama dan dilihat kegelisahan di sisi selain ulama.
Sangat malang apabila, ulama tidak dihormati. Kita dapat menyaksikan sejarah, keruntuhan dan kebejatan bermula dengan mengenepikan pandangan ulama. Ulama ditegur seolah-olah kita tiada akhlak. Tiada beza ulama, pemimpin, ibu, bapa, anak dan kawan pada diri kita.
Saat itulah kita dapat mengenali kawan dan lawan. Siapa yang mempertahan ulama, kita akui adalah sangat sedikit bilangannya. Siapa yang merendahkan ulama, kita akan dapat melihat perkataan
“”ULAMA TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN””
pun, kata NISTA CERCA juga tidak ketinggalan di mulut mereka terhadap ulama.
Lihatlah ulama yang kita kenali. imam Abu hanifah, malik, syafie dan ahmad, mereka semua tidak lepas dari fitnah dan mehnah. Maka beruntunglah pada hati mereka yang mencintai ulama….
April 25, 2009 pada 3:53 pm
Kenyataan pedas anak Nik Aziz bidas geng Erdogan « Pedang Alif Ba Ta
[…] https://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/ 0 Comments No Comments so far Leave a comment RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment Click here to cancel reply. Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> […]
April 25, 2009 pada 4:02 pm
Anti-pencacai PAS
Hei TULANG BELULANG BESI KARAT n AHLI Pas SUMBANG..
jgn jadi munafiq yg fasiq..! sedangkan NABI SAW sendiri tak mahu dedahkn nama2 munafiq demi keutuhan umat Islam yg lain, tentulah Nik Abduh tak nk terang dedahkn nama mrk. Paham2 sendiri la oii…orang mcm kamu ni ah pencacai yang merosakkn ruh Islam sebenarnya..snggup menjadi munafiq dn masuk dlm Pas demi mencapai agenda lain kamu tu. pembaharuan la konon2nya. tunggulah balasan dan celaan dari ALLAH akan perbuatan kamu ni. aku akan tuggu saatny tu..HIDUP ISLAM TULEN..! TOLAK MUNAFIQ DAN PENCACAI PAS!
April 25, 2009 pada 4:09 pm
anakjawa
Assalamu’alaikum.
Lega perasaan. Sebelum ini, hati selalu tertanya2…apa hal yg terjadi antara 2 pemimpin ini?
Sama2 la kita berdoa…semoga Allah pelihara kita semua daripada terjerumus ke lembah hina.
Kepada semua ahli2 PAS…jalankan tanggungjawab anda kepada agama dengan seikhlas2nya.
Jangan mudah leka dengan kemenangan yg sedikit ini.
Perjuangan kita masih jauh.
Rapatkan silaturahim sesama kita.
Takbir..takbir..takbir…
Moga ALLAH berkati kita semua.
Amin.
April 25, 2009 pada 5:33 pm
abe-adik
apa pun tak usah lah kita bertengkar dalam perkara yang sudah ditarik balik oleh tok guru haji ab hadi..sikap tok guru hj hadi yang merndah diri patut kita contohi..nak jaga jamaah lebih dari segala-gala nyo..saya mintak kita semua berdoa semoga allah bagi kekuatan kepada kedua2 tok guru kita meminpin pas dengan hidayah dan pertolongan dari allah..
April 25, 2009 pada 6:24 pm
Malaysian
this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in Facebook. Thank you.
“The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent “unnecessary” elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what’s stated in Article 48(1) of the Federal Constitution.”
http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way
April 25, 2009 pada 7:43 pm
aby
saya permerhati luar saja bukan ahli pas, bukan ahli umno atau ahlis pkr. Saya perhatikan pertelingkahan antara dua pihak didalam pas adalah biasa kerana ini melibatkan soal siasah sahaja. Tetapi saya berharap puak-puak yang paham agama ini tahu batas-batas untuk dibahaskan. Masing-masing dengan hujah bernas untuk mempertahankan pegangan politik. Tetapi mendoakan orang yang tak sependapat dgn kita agar diterima padah dari Allah, saya rasa tidak patut. contohnya “Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan”. Ini hanyalah soal politik bukannya soal akidah pun. Berdoalah kpd kebaikan, dan tak payah tuduh orang fasik atau sesat.
April 27, 2009 pada 12:28 pm
am
tanya lah kepada yang lebih arif seperti ustaz nik abduh 🙂
April 25, 2009 pada 8:06 pm
aby
satu lagi saya nak tanya orang yg handal dlm Ilmu islam ni, apakah pandangan Islam tentang hukum ke atau dari adabnya ke, sebelum pilihanraya kita perpakat dgn puak lain. Dgn izin Allah para penyokong puak lain ini pun pangkahlah parti kita dlm pilihanraya. Lepas itu dgn izin Allah juga pakatan puak-puak ini memang besar juga la. Tapi dlm senyap-senyap puak kita ini hendak menganiaya puak yang kita pakat sebelum ini dgn bekerjasama dgn musuh politik. Adakah serendah ini politik Islam yg hendak diketengahkan kepasa rakyat. Sila bagi jawapan tanpa melabelkan saya ini geng sesat ke, geng umno ke, ilmu tak ada ke. sekian.
April 26, 2009 pada 10:51 am
Abu Nuha
Sdra Aby, soal amal jama’ie, soal amal haraki, soal strategi tidak boleh dibincang dalam forum sebegini. Mudah saja, soal2 dalaman jamaah hanya perlu dijawab dalam sesi2 dalaman jamaah, bukan untuk musuh2 tahu. Jadi kalau nak sangat jawapannya, terlibatlah sendiri dalam jamaah, tanyalah saf pimpinan tertinggi. Ada jawapannya insyaAllah.
Cara hentam-menghentam kromo dalam forum sebegini adalah cara pihak musuh memecahbelahkan kita. Jangan kita terikut-ikut dengan rentak mereka. Lagipun pimpinan jamaah tidak akan melayan soalan2 sebegini dalam forum2 terbuka, apatah lagi yg melibatkan soal strategi dan dalaman parti. Wallahu’alam.
April 25, 2009 pada 9:53 pm
kimi
saya baru dengar ulangan kuliah jumaat tok guru 4 lima tahun yang lepas. Tok guru kata lebih kurang, Orang yang merendah2kan kepimpinan Tok Guru Haji Hadi adalah orang yang dangkal ilmunya. Tok Guru cerita tentang kehebatan ilmu Tok Guru Haji Hadi pada masa kuliahnya tur… contohnya Tok Guru Haji hadi pernah bermimpi di mana dalam mimpi tu ada suara mengatakan buatlah kerja mu mengikut gerak hati mu….. lebih gitu la mimpinya Tok Guru Haji Hadi. Tok Guru menghormati ilmu yang ada pada tok guru Haji Hadi ni…..
Ingatlah saudara2 ku…. siapa kita untuk mempertikaikan tok guru2 yang tinggi ilmunya. Dalam Malaysia ni saya bagi contoh 4 tok guru yng mempumyai ilmu yang tinggi. Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin. Ramai lagi tok guru2 pondok yang kita tak kenali kerana mereka tidak menonjol dalam pengelibatan politik tetapi mereka adalah pendokong perjuangan PAS. Jangan memperlekeh tok guru2 ni……
SIAPA KITA NAK PERTIKAIKAN ILMU MEREKA??????????
April 26, 2009 pada 12:24 am
Ibnurashid
Setelah membaca kritikan, komentar, sekali sekala menghina, menuduh dan merendahkan satu terhadap yang lain, ianya telah memanggil saya memberikan sepatah dua ulasan di sini.
Umumnya, wujudnya 3 kumpulan dalam komen atau perbincangan hangat tersebut: bersetuju dan berterima kasih kasih dengan penerangan Ust. Nik Abduh, membantah, mengeji, seumpamanya dan tidak berpihak di mana-mana pihak. Saya termasuk dalam kumpulan pertama.
Pernahkah saudara-saudara mendengar mengenai teknik penulisan ‘minda perasaan’?. Ya, teknik inilah yang cuba digunapakai oleh Ust. Nik Abduh. Iaitu beliau menulis berasaskan kepada perasaan yang beliau sendiri mengalamai/menghayati (kehidupan ayahandanya yang tercinta, Tok Guru Nik Aziz), pengamatan, keserasian suasana, dan ilmu.
Ya, sekiranya saudara-saudara berada di pihak (posisi) Ust. Nik Abdul, barangkali saudara juga akan menulis sedemikian, tetapi sudah tentu dengan gaya bahasa, kreativiti, olahan yang agak berbeza.
Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah mesej yang cuba disampaikan oleh Ust. Nik Abdul adalah tidak lebih daripada untuk menguraikan benak kepala (ahli/rakyat yang cintakan agama Islam) yang sedang kusut, berserabut…apakan tidak, terpaparnya berita/tomahan/ (berunsur fitnah) bahawa kedua tokoh Tuan Guru tersohor, TGHH dan TGNA tidak sehaluan, berpecah….
Jadi, berasaskan pemikiran yang positif, saya mengalua-alukan penerangan/ ulasan yang telah dibuat oleh Ust. Nik Abduh. Sekurang-kurang ramai orang yang beroleh manfaat daripadanya. Ramai yang dahulunya was-was, pening, sekarang jelas..
Saya tak mahu mengulas lanjut..
Cukup-cukup lah..wahai pejuang! janganlah berdebat/ bertelagah terhadap perkara yang sedikitpun tidak memberi manfaat kepada perjuangan kita, menegakkan agama Allah S.W.T di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Tumpukan perhatian saudara-saudara (saya) kepada pembangunan sahsiah diri, akhlak, muhasabah dan bertindaklah untuk memartabatkan/ meninggikan syiar Agama Islam, bukan memburukkan keadaan..memecah-belahkan hati-hati pejuang agama Allah..
Semoga mendapat manfaat!
April 26, 2009 pada 1:26 am
Kempen Manager TP
Ada juga sesekali sesekala TGNA membaca skrip orang lain. Untuk membicarakan sesuatu isu yang kadang-kadang meletup di pasaran politik.
Tapi aku percaya TGHH yang banyak bergelumbang dengan gerakan / Jamaah Islam di seluruh dunia mempunyai idea yang menarik untuk di kongsi bersama.
Aku biasa mendengar seorang (Ex UMNO) tetapi dah kaya sejak joint PAS, hentam TGHH dengan bahasa yang cukup celupar dan tiada akhlak, kerana menyokong seseorang yang digilai untuk diangkat menjadi TP.
Aku percaya antara ramai anak-anak TGNA, Nik Abduh lah teman rapat yang mampu berbicara dan berbahas mengenai politik di Malaysia khususnya. Anak-anak yang lain (hatta Nik Adli) kurang mampu membicarakan sesuatu isu politik yangmembara di persada politik tanah air hari ini.
Tetapi Nik Abduh dan Nik Aziz masih mampu membicarakan dengan lunaknya setiap isu yang ditimbulkan. Saya percaya Tulang Besitidak serapat Nik Abduh dan Nik Aziz.
April 26, 2009 pada 1:36 am
Abu Nuha
Salam ayyuhal ikhwatul kiram,
Penulisan Ustaz Nik Abduh adalah baik. Sangat cantik dan memberi munafaat kepada kita semua, alhmdulillah.
Perbezaan pendapat, hatta dikalangan para ulama & pemimpin adalah suatu yg biasa, moga dirahmati Allah. Ini adalah proses pemantapan pemikiran seperti yg berlaku dizaman Rasulullah dan para sahabat. Begitu juga telah wujud golongan munafiqin diwaktu itu yg begitu ghairah memecahbelahkan dan mencelarukan ummat pada ketika itu. Itu juga lumrah perjuangan.
Kini..dikalangan kita dalam jamaah PAS, pastinya terlalu ramai yg mirip dan berakhlak seperti munafiqin. Terlalu ramai, termasuklah SB2 yg ditugas khas untuk menyelinap masuk ke dalam saf pimpinan kita, dengan niat menghancurkan perjuangan yg suci ini. Berwaspadalah!
Sdra2 seperjuangan,
Hentikan kata2 yg kurang sopan terhadap sesama sahabat, kerana itu salah satu tanda akhlak yg bukan warisan para pejuang mukmin. Itu lebih kepada emosi dan lebih condong kepada akhlak munafiqin, na’uzubillah.
Hiasilah diri kita dgn kata2 yg lebih sopan, terutama dalam forum kita, sesama kita. Janganlah diri kita diselaputi akhlak atau perangai/kata2 yg bukan akhlak mukmin.
TGHH, TGNA dan pemimpin2 lain adalah manusia biasa. Mereka juga ada kelemahan, ada kekurangan, disamping ketaqwaan & kemuliaan mereka yg semua kita akui. Jadi, kiranya mereka ada tersilap langkah, tersilap perkiraan, walaupun sepatutnya tak silap, itu adalah sesuatu yg patut kita terima secara husnuzhan, dan secara rasa rendah diri. Sebab itu kita semua kena selalu muhasabah diri masing2, tingkatkan ketaqwaan kita kepadaNya. Ada ramai diantara kita yg semangat juangnya amat tinggi, tapi amal ibadahnya terlalu sedikit, hubungan dengan Allah terlalu jauh, solat lima waktu pun selalu terlewat, apalagi dengan tahajjud, entah biasa buat entah tidak, malah ada yg selalu buat maksiat/fasik… itulah hakikat sebenar ahli2 dalam jamaah kita…bezanya bagaikan langit dengan bumi, terlalu berbeza dalam banyak segi, minda dan ketaqwaan.
Apapun, teruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan. Tingkatkan ilmu, amal, dan ketaqwaan kita kepadaNya. Usah berputus asa, sekalipun ianya terasa amat payah, amat jauh sasaran yg dituju itu.
Kepada sdra2 tulang besi, yg dari subang dll, usah rasa terkilan dik cemuhan rakan2 dalam forum ini. Kita punya tahap minda yg terlalu berbeza, cuma jagalah akhlak kita masing2. Semua kita, terutama saya sendiri, begitu jahil dalam banyak perkara. Janganlah sebab perkara itu kita tak tahu, atau lebih tahu, maka kita serang mereka yg kita rasa/syak yg bukan2. Ingat, syaitan terlalu gembira untuk menghancurkan ukhuwwah & saf antara kita. Syaitanlah musuh utama kita. Bukan sahabat2 kita.
Kepada para munafiqin, dimana sahaja mereka berada, kembalilah ke jalan yg Allah redai. Sebab api neraka itu terlalu amat pedih! Usahlah membuang masa, menambah dosa, menghampiri neraka jahannam, kelak anda akan pasti menyesal!
Takbir!
Salam perjuangan buat TGNA, TGHH dan semua para pejuang Islam!
April 26, 2009 pada 2:31 am
alqedahi
Salam..
Kata Saidina Umar al-Khattab: Kita adalah kumpulan yang dimuliakan Allah dengan agama Islam…Jadi, Tatkala kita cari kemuliaan selainnya, maka akan dapat penghinaan dari Allah.
Survival ulama rabbani
April 26, 2009 pada 3:25 am
hasanhusaini
salam..
akh wa akhawat sekalian..
matlamat kita semua jelas, meruntuhkan jahilyh, mnegkkn syriah n khlfh..berpgg dgn alqrn n snnh..jom, kta bersatu ke arah itu..murnikn sgla y keruh..bn ketenangan..
lunkkan ht kita dgn kalimh ini ” khilaf antara umtku adlah rahmat”…
April 26, 2009 pada 5:43 pm
soklan
salam.
en. hasan, ni bukan masalah khilaf, apa yg ust. nik abduh tulis ialah masalah pembantu, pengampu, pencacai yg ada dlm PAS yg melaga2kan 2 org tok guru
April 26, 2009 pada 3:28 am
hasanhusaini
nun diluar sna, musuh kita bertepuk tgn mliht kt brckrn ssama sndiri…mslh kelmbu, kt selsaikn dlm klmbu..jgn dibncngkn di kdai kopi..mlu..
April 26, 2009 pada 5:47 pm
soklan
bukan bercakaran, nk bg peringatan supaya pejuang PAS juga tidak termasuk perangkap manusia bersifat munafik yg ada dlm jemaah. ini bukan masalah dalam kelambu lg dah, malah akan jadi barah jika tidak diubati segera. sini pun bukan kedai kopi!!
April 26, 2009 pada 6:46 am
Ahz
Aslm..saya rasa ingin menangis lepas baca artikel n komen dari antum…(sambil2 dgr surah al-baqaroh)
Wahai umat kini..fahamilah…Islam amat menekan segala2 dari kecil hingga ke besar…Renungi lah diri kita semua..Cubalah kita bangun malam,solat tahajjud..then cuba lah menanggis sepuas-puasnya..Mampukah kita menanggis dlm mengenangkan dosa2 yg telah kita lakukan selama ini?Dosa pada Allah..Baginda..dan paling jelas kedua ibu bapa?
Sesungguhnya kita ini hanya pandai berkata-kata..Tetapi tidak mampu melakukannya..kenapa????
Kerana kita jahil dalam memahami kata-kata yg kita lafazkan.rupa2nya kita sedang mengatakan diri kita seorang bodoh..kita x pandang cermin sebelum berkata…kita xpernah nak fikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata2 tersebut..
Terimalah tarbiyah nafsi sebelum melangkah jauh….
Syukran atas artikel yg menarik..
Allahu ghoyatuna…
April 26, 2009 pada 8:12 am
Top Posts « WordPress.com
[…] kerja – kerja bodoh dalam pas Salam Kamunting, Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari […] […]
April 26, 2009 pada 11:05 am
ahmad kamal
semoga kita dilindungi Allah daripada kejahatan. Amiiin.
April 26, 2009 pada 11:41 am
ahmad effendy
salam saudara, bernas pandangan saudara. semoga saudar tidak menjadi ‘ahli mesyuarat tingkap”. harap tradisi penasihat ala-ala KJ & Pak Lah tidak menular dalam PAS. fikirlah perjuangan PAS dahulu dan sekarang. Hikmah ALLAH swt memberi kemenangan PAS melalui PAKATAN RAKYAT bukan sewaktu perjuangan sendirian. ‘Mee Segera’ walaupun selalu dihina tetapi sedap dimakan dan disukai ramai. rezeki besar diwaktu kesusahan. sekian. from Ulama ISA..
April 26, 2009 pada 11:57 am
najamarine
salamz…
pandangan ikhlas saya sebagai masyarakat pertengahan..bukan ahli UMNO juga bukan ahli PAS.
masalah dalaman parti PAS dan UMNO adalah lebih kurang..selagi ada ahli2 yg mempunyai kepentingan peribadi di dalam parti itu,selagi itulah semua ini tidak akan berakhir..
sekarang kita dapat lihat keikhlasan DS najib menuyusun org2 yg sepatutnya berada dalam kabinetnya..walaupun ada segelintir jawatan yg tidak kita fahami mengapa masih di isi oleh org yg terang2 bermasalah.mungkin ada hikmahnya..
di dalam PAS juga saya lihat telah wujud golongan2 yg merosakkan pemikiran ulama’ PAS yg sentiasa di sanjung ahli dan juga bukan ahli pas.selalu dapat kita lihat persoalan atau isu yg berlaku..jika persoalan di tanya direct dengan TGNik Aziz,akan keluarlah jawapannya sebagai seorang ulama dengan ulasan kukuh daripada hadis atau ayat Al-Quran..tetapi selepas TGNik Aziz di tanye kali ke-2,jawapan nye sudah di pengaruhi oleh2 org lain yg lebih kepada jawapan politik..maksud saya seperti ada org yg telah mengajar TGNik Aziz menggunakan jawapan untuk memihak kepada politik PR.
saya sangat hormat TGNik Aziz sebagai org yg mempunyai ketinggian Ilmu Agama dan org yg sangat sederhana dalam segala hal…
selalu saya berdoa supaya PM malaysia akan datang bersifat seperti TG NIk Aziz..tetapi tidak terlalu emosi jika ujian melanda..aminn
April 26, 2009 pada 12:22 pm
abu razeen 2
“sebelum ustaz dedahkan siapa ‘pembantu2 TGNA’ elok ustaz perhati juga
‘pembantu2′ TGHH yg hampir sama sifat dan af’al mereka.”
mungkin Ustaz ambil masa utk ulas statement ana di atas tempoh hari.
ahli sejarah telah merakamkan khalifah ‘uthman pun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ‘pembantu2’nya sehingga beberapa keputusan beliau dianggap bukan terbaik dlm menanggapi kamelut ummah pada masa itu.
Dan beliau termasuk khulafa arrasyidin bahkan termasuk ‘asyarah mubasysyarah.
TGNA dan TGHH bukanlah sahabat arRasul; ‘pembantu2’ mereka lagilah jauh dibandingkan dgn mereka yg berada di inner circle khalifah.
ada dua isu yg berbangkit dari tulisan ustaz.
1a. TGNA berbeda pendapat dgn TGHH.
1b. kemudian Ustaz memberitahu TGNA menerima pendapat TGHH.
Kedua2nya 1a dan 1b tidak datangkan masalah kpd pemimpin yg berjiwa besar spt TGNA dan TGHH. Adap berjamaah haruskan perbedaan pendapat asalkan persoalan pokok spt aqidah……sama. Kedua2 TGNA TGHH beraqidah ahlussunnah wal jama’ah bukan satu ahlussunnah wal jama’ah dan satu lagi ahlussunnah al ‘ashaariyyah.
Hanya mungkin pada ana, husnudzan TGNA kpd ‘pembantu2’ nya sepatutnya TIDAK melebihi tahap husnudzannya kpd TGHH terutama apabila, spt ustaz cuba gambarkan ‘pembantu2’nya telah melaporkan dgn laporan yg salah.
dan ana yakin komen asal TGNA terhadap lontaran idea TGHH tidaklah sekeras hingga terkeluar dr jalinan kasihsayang filLaah antara tok guru berdua. Tegas….mungkin. Tetapi macai2 umno atau juhalaa’ dr kalangan ahli Pas ( bukan ustaz guna kalimah ‘bodoh’?) yg suka tafsir, faham dan tulis seolah2 kedua2 tok guru ‘ berperang’!!
2a. pembantu2 TGNA.
2b. pembantu2 TGHH ( ini ana tambah ).
” pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”
klu benarlah mrk seronok melaga2kan antara TGNA dan TGHH ana rasa ustaz wajib dedahkan kpd jk disiplin atau syura Pas. klu tidak ustaz bertanggungjawab membiarkan musuh dlm selimut berkeliaran dlm PAS.
tapi klu mereka sangka mereka lakukan kebaikan tapi mrk tersilap laporan , tanpa mala fide, mrk perlu diperbetulkan dan ditarbiyyah .
sama juga dgn ‘ pembantu2’ TGHH yg tersilap faham sikap ikhwah dan akhawwat Pas hingga tulis yg bukan2 ( atau buka laluan macai2 umno utk tulis yg bukan2) terhadap Khalid Samad dan Dr Mariah hatta pemimpin PR spt mp Kelana Jaya dan lain2nya………..
klu niat utk kebaikan, tapi silap tulis maka perlu diperbetulkan dan diterbiyyah ‘pembantu2 ini. Tak perlu lah dibuang sbg ydp kawasan, su akhbar, su politik atau apa2 jawatan yg disandang.
April 26, 2009 pada 12:28 pm
editor
Tulisan Nik Abduh, saya nampak lagi terserlah pecehbelahnya.
Nik Abduh tulis: “Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!”
Nik abduh juga lupa tulis (barangkali) Presiden juga ada pembantu-pembantu.
Nik Abduh hanya tulis pembantu ayahandanya saja. Rasa saya Ayahanda Nik Abduh ni hebat orangnya dan ayahanda tak perlu kepada pembantu-pembantu.
Jika perlu kepada pembantu-pembantu, tak hebatlah ayahanda!
Semacam sudah ada dalam kepala Nik Abduh siapa pembantu-pembatu ayahanda? Tapi siapa? Harap Nik Abduh dedahkanlah. Jika tidak, fitnah akan bertambah-tambah.
Tidak dedah susah, Dedahpun susah.
Apapun Nik Abduh sudah buka medan api perbalahan nampaknya.
Belajarlah sejarah Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah itu.
Jangan lupa! Semuanya ada Pembantu-pembantu. Pembantu Nik abduh belum tentu semuanya baik. Banyak juga orang tahu Pembantu-pembantu Nik Abduh. Jangan sampai pecah tembelang sudah la.
Jangan juga lupa keburukan itu boleh diserlahkan di Hati dan dikepala. Lebih baik bersangka Baik daripada bersangka buruk.
Lebih baik lawan musuh daripada lawan kawan-kawan sendiri kalau tidak bersahabatpun.
April 26, 2009 pada 12:39 pm
editor
Aku baca juga tulis Rahim Kassim dalam “Aku tidak suka orang bongkak” dalam ni: http://rahimkassim.blogspot.com/2009/04/aku-tidak-suka-orang-bongkak.html
April 26, 2009 pada 2:29 pm
Ok
Jaga-jaga ulasan dalam isu inijuga ada yang berniat jahat , so berlindunglahpada Allah SWT.
April 26, 2009 pada 2:32 pm
Selampit
Penjelasan hal “Unity Government” telah dijelaskan, sila ikuti http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020418&Itemid=115
Dan,
Saya juga menyokong dengan pendapat Ustaz Nik Abduh, yang ‘Pembantu-pembantu’ ini tidak mengambil peranan secara langsung untuk menjelaskan apa sebenarnya telah berlaku, sehingga bergelak ketawa apabila Tok Guru Nik Aziz melenting dan tidak bersetuju kepada TGHH.
Hal muzakarah&Mukabalah telah selesai, apabila Tok Guru Nik Aziz mendapat penjelasan daripada TGHH. Cuma ada beberapa suara yang masih lagi tidak reti bahasa, dan masih mengungkit-ungkit lagi kisah ini.
Mengenai hal “Unity Government”, suka saya quotekan statement TGHH,
“USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang ‘Unity Government’ termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik. ”
Kekalutan ini berpunca daripada salah faham sahaja, secara asas ialah “pembantu-pembantu” ini tidak berperanan sepertimana ditugaskan.
Cadangan saya ialah:
Tuan Guru Nik Aziz sepatut memberi penjelasan pada muktamar nanti tentang dua perkara ini,
a) Muzakarah & Mukabalah
b) Unity Government
Saya tidak mencadangkan TGHH memberi penjelasan akan hal tersebut, kerana ia tidak memberikan impak yang semaksimum yang mungkin.
Kerana, ramai orang berkiblatkan pendapat Tuan Guru Nik Aziz. Sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk merungkaikan segalanya. Bukan untuk menjadikan satu usul untuk diluluskan, akan tetapi sekadar beri penjelasan.
“Pembantu-pembantu?” – Mereka lebih sesuai dipanggi ‘Syaitan Bisu’ untuk sementara waktu ini.
April 27, 2009 pada 2:33 am
soklan
saya sokong cadangan Selampit, sbg org yg paling rapat dgn TGNA saya juga berharap ust. nik abduh boleh menyarankan kpd TGNA memberi penjelasan berkenaan 2 perkara tsbt sms muktamar nanti.
saya baca di ruang komen ini terlalu banyak tomahan yg dilemparkan oleh mereka yg dimaksudkan. ust. nik abduh tidak menyebut sesiapa pun, tapi nampaknya mereka2 itu yg merasakan diri mereka sendiri sbg ‘pembantu2 yg sesat pekerjaan mereka (atau syaitan bisu)’ mula terasa panas.
Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
April 27, 2009 pada 11:38 pm
we dasan
syaitan bisu kalau ikut hadis, tu siapa sedara???
April 27, 2009 pada 11:40 pm
we dasan
Fatwa??? Haji hadi tu dah ditarik balik kerr sedara
http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi
“
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
”
April 27, 2009 pada 11:41 pm
we dasan
oppss Amanat, sori
April 26, 2009 pada 3:12 pm
Affuan
Ulama mini? Hik3.
April 26, 2009 pada 4:10 pm
hisham
Assalamualaikum,
Ustaz, terima kasih atas penerangan tersebut, saya pun kecewa dalam perkara tersebut, seolah-olah virus umno telah mula meresapi dalam PAS. Sejak akhir-akhir ini saya lihat telah ramai ahli atau penyokong PAS nak berebut jawatan, tidak seperti sebelum pilihanraya tahun 2004, masing-masing tidak sanggup mmemikul tanggungjawab sebagai ketua atau ajk atau pemimpin tetapi hanya ingin berkhidmat sahaja, tetapi sekarang ini lain jadinya, boleh dikatakan sesetengahnya semakin sombong, sama seperti UMNO
April 26, 2009 pada 4:12 pm
Panglima Melayu Perak
sudah terbukti…..akibat terlalu menyelak kain orang lain…akhirnya kain sendiri yang terlondeh…….
ingat…ini adalah pengajaran bagi orang yang hidupnye senantiasa melihat kesalahan orang lain tanpa memberi ia sebagai pengajaran dan inititive to change…..
ingat saudara…..taqwa bukan milik ulama sahaja…tapi milik semua umat manusia…..nampaknya anda tidak mampu mengolah kehidupan manusia yang beragama……
akibat dari bekerjasama dengan orang yang memperjudi maruah bangsa dan agama…maka PAS akan melalui jalan kehancuran hanya kerana kegilaan POLITIK SEMPIT…….
saya secara jujur…tidak berapa berkenan dengan NIK AZIZ……kenyataan beliau yang mengguris kepercayaan rakyat malaysia….
saya mencadangkan agar nik aziz tidak lagi berpolitik….kerana dia tidak layak untuk berpolitik dalam menyentuh sensitivity agama……
sanggup menggadai agama….tanpa menyelidiki agenda musuh2 ISLAM untuk menghancurkan ISLAM….
apa2 pun LU PIKIR LA SENDIRI
saya akan senantiasa bermusuh dengan PAS selagi pas tidak membuat perubahan.
Sekian……
Salam…….
April 29, 2009 pada 2:36 am
laniaz
huhu.. dah fikir sendiri dah.. dah fikir orang macam kamu ni x bleh layan.
April 26, 2009 pada 4:20 pm
IbnuQalil
Salam a’laik,
Salam ukhwah dan perjuangan buat Ustaz Nik Abduh. Tahniah dan terima kasih atas penulisan yang bermakna ini.
Pertama, saya cukup pasti bahawa Ustaz Nik Abduh bukan suka-suka melontarkan dan memberikan pandangan sebigini tetapi dengan penuh teliti dan kesabaran dengan harapan agar merencatkan usaha lain dalam memanipulasi TGNA.
Tahniah atas keberanian ustaz. Ia seakan satu signal buat golongan-golongan yg cuba mengeruhkan jemaah PAS. Kulil haq wala ka na murran. Berakatalah benar walaupun ianya pahit. Atas faktor keilmuan dan juga keperibadian yg ustaz ada, ana rase kita jgn ada sedikit pun perasaan menaruh syak wasangka di atas penulisan ini.
Ustaz, ana menyokong ustaz dan akan sentiasa berdiri dibelakang ulama’ yg bertaqwa di dlm jemaah kita. Wassalam
April 26, 2009 pada 5:08 pm
tahaluf
Unity Government, adalah suatu gagasan untuk seluruh rakyat Malaysia. TGHA nyata berpandangan jauh dan luas, pandangan bukan untk PAS atau PR sahaja, atau umat Islam sahaja.
Kalau PAS boleh bertahaluf dengan PKR dan DAP, mengapa tidak diperluas dengan pihak-pihak lain?
Kita tidak mendengar sebarang tomahan dari DAP dan PKR mengenai isu ini, tetapi yang lantang sangat ialah puak yang mengelar dirinya pro PK dalam PAS.
April 26, 2009 pada 5:51 pm
rantingkayu
akhirnya kita tau sape puak erdogan dan sape tulangbesi 😀
April 26, 2009 pada 6:12 pm
hanguk2
kalau ketua ulamak begitu mudah disesatkn apalah harapn puak2 gurka kt bwh… rupenye pemimpin pas hidup zaman batu lagi. isu sekicik nie pon kecoh satu donia… tepon ada, tenet ada. x clear call jer laaa. bodo….
April 26, 2009 pada 6:17 pm
cikgu PAS
Salam Perjuangan menuju akhirat.
Moga Allah menganugerahkan Hidayah & menunjukkan jalan yg benar bagi insan yg mencari kebenaran. Yakinilah bahawa kedua2 Tok Guru yg merupakan “khazanah Ilmu & amal yg praktikal” pasti dilindungi Allah. Kita sebagai pengikut biasa jgnlah mgambil kesempatan utk melaga2kan 2 mutiara anugerah Allah disebabkan ada agenda masing-masing. Selamatkah kita di akhirat yg sanggup menjual dunia. Moga Allah akan menyatukan hati kita nanti. Yang teruskan agenda peribadi tunggulah pembalasan Allah yg kekal abadi.
April 26, 2009 pada 6:55 pm
keyleedaud
Insyaallah PAS akan menjadi pembimbing islam di malaysia
April 26, 2009 pada 8:06 pm
Syeikh Al-Hafiz
Sebab itulah Allah mengajak umat Islam bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Bermuzakarah dengan UMNO tidak merugikan Islam barang sedikit pun.
Wallahu’alam.
April 26, 2009 pada 8:11 pm
budak kecil
Salam, tidak mahu kata apa cuma gembira sebab ramai rupanya yang berpandangan serupa ambo, tidak mahu mengambil ‘side’ mana-mana tok guru, sebaliknya mahu bersama kedua-dua tok guru. Takbir!
April 26, 2009 pada 8:28 pm
Hari ini Kawan Esok Musuh, Hari ni Musuh esok Kawan « jiwo kelate
[…] Tok guru kerja – kerja bodoh dalam pasmendidik anak – anak (2)mari mendidik anak – anakadakah esok untuk umno?di sebalik banyak buku yang […]
April 26, 2009 pada 9:10 pm
nazmi
ni lah bahana puak2 IRC atau la ni JIM bila bawak sama fikrah depa masuk PAS!!! PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA’!!! HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM!!! HANYA ULAMA’ YANG KENAL ULAMA’!!! BUKAN ENGINEER BUKAN DOKTOR…MASING2 ADA PERANANNYA perjuangan Islam bukan utk kejar jawatan,tapi redha Allah!!! penggantung poster lagi mulia jika berjuang dengan IKHLAS berbanding dengan naib presiden atau ajk pusat yang gila jawatan tak ketahuan keluloi!!!
April 27, 2009 pada 2:47 am
Pendokong Kesatuan Ummah
Assalamu’alaikum Nazmi,
Beristighfarlah kepada Allah s.w.t. kerana tidak semena-mena, anda telah mendapat dosa besar kerana menuduh dan memfitnah orang atau organisasi lain.
Mengapa perlu difitnahkan dengan orang atau organisasi lain yang tidak terlibat langsung?
Bertaubatlah kepada Allah, sebelum esok atau lusa Allah s.w.t. menarik nyawa anda, dalam keadaan anda tidak mendapat kemaafan dari orang atau organisasi yang anda tuduh itu.
Wassalam
Pendokong Kesatuan Ummah
April 27, 2009 pada 7:16 am
Nik Abduh Cuba Cipta Musuh Baru « Muhammad Hanif
[…] Sinar Harian mungkin dipetik daripada tulisan bertajuk “kerja-kerja bodoh dalam pas” dalam […]
April 27, 2009 pada 9:26 am
hussin abdaziz
salam.
“Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”
bukan main hebat lagi ustaz muda kita ini. syabas! cuma sebagai peringatan, jauh lagi untuk mencapai tahap keilmuan ayahanda!
mereka yang ustaz maksudkan, jika ada, berhak memberi pandangan kepada ayahanda, sebagaimana berhaknya mereka yang memberi nasihat kepada tg presiden!
jika kepada yang memberi nasihat kepada ayahanda dianggap “Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan.”, bagaimana pula mereka yang memveri nasihat kepada tg presiden? jika ustaz boleh menjatuhkan hukuman, orang lain juga boleh.
apakah ustaz tidak boleh digolongkan dari kalangan “Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. ”
saya amat terkilan kerana ustaz memilih untuk bersama golongan yang mengenepikan perlembagaan parti! ustaz memilih untuk membenarkan kesilapan! bila masa perkara muzakarah di bincang serta diperhalusi oleh ajk pas pusat? bagaimana sesuatu yang tidak melepasi ajk pas pusat alihalih diluluskan oleh majlis syura ulama? bukankah majlis syura hanya berkuasa untuk menimbang serta memberi kelulusan kepada perkara yang dibincang diperhalusi dan diperkenankan terlebih dahulu oleh ajk pas pusat? dengan erti lain, perkara muzakarah itu telah dikemukakan oleh ajk pas pusat setelah membuat keputusan untuk kelulusan majlis syura? ini perkara pokok, janganlah mengenepikannya.
keadaan berserabut ini bermula dengan majlis syura memutuskan sesuatu keputusan sedangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh ajk pas pusat untuk di kemukakan kepada majlis syura? ramai dari kalangan kita cuba mengelak dari memperkatakan ini sehingga wujud keadaan seolaholah tidak ada persefahaman di antara dua tok guru? kenapa perkara ini berbangkit? kemungkinan besar kerana adanya di kalangan penasihat keduadua tok guru “Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. ”
ada sesuatu dibenak kepala saya yang hanya ustaz serta mereka yang setikar dengan ustaz boleh menjawabya. ini berkaitan konsesi balak yang di antara pemunya nama ialah ustaz sendiri…berita yang sampai kepada saya bahawa konsesi tersebut telah digadaikan kepada cina singapura, benarkah ustaz? jika benar, saya mohon maaf, bukanlah tujuan saya untuk menuduh yang bukanbukan, cuma sekadar peringatan bahawa tidak ada siapa yang sempurna kecuali nabi. jika ia tidak benar, saya juga mohon maaf, bukanlah tujuan saya nak menimbulkan keraguan, cuma sebagai ikhtiar untuk membersihkan nama ustaz.
Allah itu Maha Kaya, Dia memberi maklumat kepada siapa yang dikehendakiNya, sesungguhnya milikNyalah segala apa yang di langit, segala apa yang dibumi dan segala apa yang ada di antara keduanya!
wallahu’alam
April 27, 2009 pada 10:05 am
mza
menyokong kalam saudara nazmi: (ni lah bahana puak2 IRC atau la ni JIM bila bawak sama fikrah depa masuk PAS!!! PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA’!!! HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM!!! HANYA ULAMA’ YANG KENAL ULAMA’!!! BUKAN ENGINEER BUKAN DOKTOR…MASING2 ADA PERANANNYA perjuangan Islam bukan utk kejar jawatan,tapi redha Allah!!! penggantung poster lagi mulia jika berjuang dengan IKHLAS berbanding dengan naib presiden atau ajk pusat yang gila jawatan tak ketahuan keluloi!!! )
yang penting sentiasa ikhlaskan niat menjadi pejuangan agama Allah bukan mejadi perosak kepada gerakan islam…
April 27, 2009 pada 11:33 pm
we dasan
salam
sedap kutuk sahabat seperjuangan
yang dok naikan konsep kepimpinan Ulama tu sape sedare, jawab sikit tengok
April 27, 2009 pada 10:45 am
Abi Muslih
1. Sokongan padu kepada Ust Nik Abduh atas penjelasan bermakna ini. Harap selepas ini lebih segera berbincang dengan ayahanda–jangan tunggu ‘penasihat2’ tu menguasai.
2. Harap bantu rapatkan komunikasi ayahnda dengan Presiden. Sebenarnya tak perlu tunggu Prsiden ke Kelantan utk buat penjelasan– LAMBAT. Jika ragu dengan apa2 statement Presiden, harap Ust Nik Abdul dapat bantu komunikasi ini.
3. Nak tahu: orang2 keliling ayahanda seperti SU Politik, Akhbar dll ikut USRAH tak? Pernah ikut TAMRIN tak?
April 27, 2009 pada 10:52 am
whoisemi
begitu jujur nikabduh bercerita..
ya ustaz,
Persoalannya, cerita tadi, jika ingin sama mentadbir di negara bukan islam.
Di MAlaysia;
PM sekarang adalah Islam. Menteri kewangan juga Islam. Menteri Pelajaran juga Islam. Adakah tok guru menidakkan keislaman Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran?? Atau adakah kerajaan BN itu kerajaan syirik? Sedangkan Kerajaan BN juga menitikberatkan agama Islam. Dan mereka juga bersembahyang di rumah Allah.
Adakah mata jahil ustaz abduh susah untuk menilai sedalamnya keislaman seseorang itu.
Atau adakah Kerajaan Islam itu wajib semua menteri, timbalan menteri, setiausaha2 dan perlu diisi oleh orang Islam. Bagaimana dengan rakyat agama lain? Tidakkah di Negeri yang ditadbir oleh PAS contohnya Kedah, exconya ada juga yang bukan Islam. Adakah negeri kedah juga akan dilabelkan Kerajaan Syirik kerana tidak semua ahli pemerintah (EXCO) adalah Islam?
Atau adakah cadangan tokguru itu, untuk mendapatkan Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran dari Kerajaan DAP? (jika DAP jadi kerajaan) kerana DAP saya pasti bukan kerajaan Islam.
Kenapa tidak tokguru mencadangkan jika bergabung, lebih baik tokguru ambil Menteri Agama Islam. Itu lebih baik kerana kita boleh pelbagai program untuk meng’islam’kan rakyat.
Yang baik datang dari Allah…
April 27, 2009 pada 12:46 pm
am
Ini dtg dari mana term ‘kerajaan syirik’ ni? I miss earlier discussion on it la. Siapa yg memulakan lontaran idea kerajaan syirik ni? Kalau ikut definition you ni, Unity Government pun kerajaan syirik lah yg dicadangkan Presiden PAS. Nak tau juga Ulama mana yang mendefinasikan sesebuah kerajaan itu kerajaan syrik atau tidak?
April 27, 2009 pada 10:54 am
perisik
TULANG BESI jahil, takkanlah ustaz Nik Abduh nak kata bapa sendiri tak cerdik? logik ke?kedua, mana lebih faham kata2 nik aziz, sama ada us nik abduh atau tulang besi. nik abduh hari2 duk dengan bapanya? tulang besi? jd nik abduh lbih fhm kata2 bapanya. tulang besi hanya buat persepsi. nik abduh dengar dengan telinga sendiri.
ke tulang besi sanggup kata bapa sendiri tak cerdik?taktaulah.harap2 tidak..
April 27, 2009 pada 10:59 am
perisik
APA kata kalau saya katakan TULANG BESI jahat! sebab setiap yg TGHH cakap dia bersangka buruk. sedangkan bukan setiap kata2 TGNA Nik Abduh tidak setuju.mlh lbih byk stuju drp tdk stuju.
kedua, komen2 yg menyokong tulisan nik abduh ini, tidak seorg pun menyerang, mengutuk TGNA. mereka sokong, simpati dengan TGHH dan nyatakan syg pd TGNA. TULANG BESI dia tak setuju tulisan ni, dia kata sokong TGNA dan dia bantai dan cerca TGHH, Us Nasha dan Us Nik Abduh. jd dia sudah set dlm kepalanya persepsi jahat.
Jadi mungkin boleh saya katakan Tulang Besi lakukan kerja2 jahat dalam Pas? atau pun saya akan katakan TULANG BESI jahat!
April 27, 2009 pada 11:13 am
nazri
Saya menyokong ustaz, dalam hal ini. Sekarang ini kita tengok dalam PAS pakat2 dok ligan jawatan dah. Mereka dah nampak bukit emas daripada mencari keredhaan Allah. Bagi saya golongan yang menentang muzakarah/muqabalah yang di cadangkan oleh TGHH adalah golongan yang tidak menggambil iktibar dari peringatan Allah di dalam al Quran yang bermaksud ” Jika mereka cenderung kepada perdamaian maka kamu cenderunglah kepadanya di samping bertawakallah kepada Allah…….”
Jika kita lihat akhir2 ini timbul macam satu gelombang penentangan di antara satu sama lain di dalam PAS, satu golongan memberi hujuh begini dan satu golongan lagi memberi hujah begini. Bagi saya apa yang di suarakan oleh TGHH adalah saranan yang amat bagus untuk kepentingan agama Islam, TGHH tidak bercakap menggunakan nafsu jahat tetapi berdasarkan kepada ajaran islam yang sebenarnya.
Saya bukanlah anti golongan Profesional di dalam PAS tetapi mereka ini perlu sedar adakah mereka mampu bertahan jika diuji dengan kepayahan satu ketika nanti. Jika kita melihat sejarah golongan ulama yang ikhlas berjuang dalam PAS mereka mereka mampu bertahan dengan segala mehnah dan tribulasi yang berbangkit.
Ustaz,
Keberanian ustaz mendedahakan perkara ini patut amat di alu-alukan. Ini kerana ia dapat melindungi Jemaah dari mengangkat golongan2 yang tidak sepatutnya di angkat menjadi pemimpin. teruskan usaha ustaz membongkarkan kejahatan mereka…… wassalam
April 27, 2009 pada 11:24 am
nuruddean
kepada whoisemi…
kelakar la komen adanda ttg keislaman seseorg…
wahai saudara… kalau itu jadi pengukuran tahap pemikiran anda cuba anda renung apakah bezanya antara puak taliban dan puak hamid karzai?, apa pula bezanya puak janjaweed dgn kaum kulit hitam darfur? dan apa pula bezanya bangsa Arab yang bertakhtakan amerika dgn puak palastien? adakah salah satu dari mereka itu kafir? kesemuanya mengaku ISlam so mana yang kafir? jawapannya tidak ada yang mengaku kafir tetapi perlakuan,pandangan,hawa nafsu,keimanan dan ketakwaan yang menjadi beza disini…
ya mmg menteri menteri yg saudara maksudkan itu beragama Islam tiada sesiapa yang tidak akui… tetapi apakah yang mereka lakukan untuk Islam ketika mereka memegang jawatan? apa yang umat Islam rasai? jgn lupa apay ang mereka perjuangkan adalah BANGSA dan jangan samakan bangsa dengan ISLAM… seorang melayu belum tentu seorang Islam. oleh itu renung-renungkanlah…
April 27, 2009 pada 4:59 pm
saadon
Salam,
Islam & bangsa Arab,
Islam & bangsa Melayu,
Islam & bangsa Cina,
Islam & bangsa India,
Islam Turki,
Islam Arab Saudi,
Islam Palestine,
Islam Iran,
Islam Iraq.
D manakah kita?
Wslm.
PEMUDA
April 28, 2009 pada 8:36 am
whoisemi
nuruddean.. anda lagi la kelakar..
apakah perbezaan antara puak2 yang di jelaskan oleh anda?
anda sendiri pun tahu tidak jelas kerana semua mengaku islam tetapi hanya AllAh yang maha mengetahui tahap iman seseorang…
kalau anda mengaku anda islam, adakah anda punya perlakuan, pandangan, hawa nafsu, keimanan dan ketakwaan tidak pernah langsung terpesong.. erm… mungkin anda sejak lahir dah jadi AHLI SYURGA…huhu
Bila dalam ‘syurga’ anda sudah boleh menilai keislaman manusia dan menjadi pembantu untuk menterjemahkan islamnya seseorang makhluk tuhan itu…
Cerita untuk orang yang ‘dol’ macam anda..
Semua puak yang wujud di muka bumi ni mengatakan mereka lah orang Islam yang sebenarnya…dorg pun kata anda tu bukan real ISlam sebab duduk kat malaysia…
Anda ingat Islam ni orang melayu jer ker?
abis islam di Perancis
Islam di Eropah…
DOL betul..huhu
April 27, 2009 pada 11:26 am
Muhammad
Assalamualaikum,
Inilah lumrah hidup dalam politik yang terlibat dalam urustadbir umat Islam. Apabila diangkat sebagai ketua sudah tentu ada pembantu-pembantu dan anggota bawahan yang mempunyai pelbagai hawa nafsu dan pemikiran sebagai manusia. Hanya ketua yang bijak akan menilai kepelbagai ragam pemikiran dan hawa nafsu yang perlu dilayani dengan penuh hikmah. Api fitnah akan sentiasa ditiup bagi menuntut karenah hawa nafsu daripada memikirkan keperluan dan kehendak agama. Pengekangan terhadap tuntutan hawa nafsu adalah jalan yang selamat bagi mengawal api fitnah terus merebak membakar dada-dada umat islam.
April 27, 2009 pada 11:27 am
Razibanna
🙂
April 27, 2009 pada 11:28 am
Razibanna
Sokong kepimpinan ulama’… tolak JIM
April 27, 2009 pada 11:29 am
AJK PAS SUBANG
Aku nak komen ahli PAS subang, atau nama sebenarnya Wan Ji yang gelarannya ialah As-Syaitani (modified daripada Al Bakistani).
Dia suka kerja provok, cagi glamer dan pecahkan parti pas dari akar umbi.
Mulutnya jahat, sumpah seranah maki hamun macam asam garam dalam hidupnya.
Tengok faktanya:
1. Dalam blog ni cuba tegak benang basah. Ustaz Nik Abduh dah jelas dah dia punya fakta. Setakat As-Syaitani ni baik ngan ANwar Bakri, makan gaji ngan AnBakri, fikiran dah gila macam anbakri. Cuba takwil benda jelas sebab meyakini maklumat Anbakri.
2. Apasal As-Syaitani berwajah ‘ahli PAS subang’ ni duk sibuk kata presiden bincang dengan UMNO dalam gelap. Ni semua maklumat jahat Anbakri. Pahtu dia ni pulak jadi barua jaja sana jaja sini. Takkan pergerakan dalam PAS nak maklumkan kat Wan JI, siapa dia? berangan hebat la tu sebab masuk radio IKIM. aku menyampah masa dia kuliah kat surau di gombak coz duk sibuk cerita dia m asuk radio ikim. Bangga pulak tu masa cerita ‘ana masuk ikim’, masa ana masuk radio ikim’, ‘bukan sembarangan masuk radio ikim dan ‘ikim bla… blaa..blaa.’ Perasan hebat betul la dia ni.
3. Jahat satu lagi, fitnah Ustaz Zaharudin Mat Said tarik diri drpd YDP subang sebab takut kalah. kemudian kaitkan dengan dengan konon-kononnya orang tolak ustaz zaharudin sebab tolak pro muzakarah, justeru beliau menantu presiden. Ni pun point nak pecahkan parti. Cuba wujudkan pro-pro tertentu dalam parti. padahal mana ada sebenarnya.
4. Duk kat subang pulak, duk laga orang tu, laga orang ni. Sampai subang tak aman.
5. Dia buat semua ni sebab sebenarnya dia ni memang SB, sebab tu suka pecah belahkan parti. Kawan-kawan Pakistan dia semua dah pulau dia. Apa taknya, kawan2 dia yang balik daripada pakistan flight direct Malaysia semuanya kena ISA. Tup2 dia sorang saja lepas. Dah tu, hidup mewah pulak. Fuh, pelik aku.
April 27, 2009 pada 11:30 pm
we dasan
salam
wah ini kah ahklak ahli Jemaah PAS menuduh sahabat seperjuangan sebagai syaitan bertaubat lerr sedare, kembali lah kpd quran dan sunnah
April 27, 2009 pada 11:42 am
ayozzhero
Salamullahi alaik,
Ustaz, penjelasan demo ni memang dinanti-nanti oleh seluruh warga Malaysia, tidak kira apa parti juga bangsa, setelah berhari-hari disajikan berita akhbar perdana.
Wujudnya pembantu-pembantu berhati busuk ni, tidaklah menghairankan bagi ambo Ustaz. Rasulullah (saw) dulu pon ada dikelilingi oleh orang-orang munafiq. Terlalu penting puak-puak munafiq ni dari kedudukan politik dan sosial, sampaikan Rasulullah tidak bersetuju bila Umar nak gi kerat tengkuk demo nih. Apakah mungkin kedudukan TGNA juga terhimpit begini?
Ambo yakin benar, pendapat TGNA atas sesuatu perkara adalah didasari hujah. Pun begitu, peristiwa-peristiwa yg terjadi menunjukkan pada kito bahawa masih banyak lompong dan lubang yang perlu ditutup dan diperkemaskan dalam PAS, terutamanya sistem komunikasi dan taklimat dalaman, agar setiap patah perkataan pemimpin yang keluar bunyinya seia dan sekata.
Kawe ucap tahniah ko demo Ustaz atas keberanian ni, pastinya sedikit sebanyak akan ada risiko. Dan terimo kasih kerana banyak membantu meringankan bebanan otak rakyat Malaysia.
April 27, 2009 pada 11:42 am
Muhammad
Siapa yang mula-mula mencetuskan ilham ‘unity government’? Adakah ilham ini hanya disalurkan melalui Presiden? Cukuplah dengan kemenangan yang Allah SWT anugerahkan pada PR12 lepas sebagai ujian bagi pejuang Islam! Tidakkah nikmat yang Allah anugerahkan perlu disyukuri daripada memikirkan dan memenuhi tuntutan hawa nafsu yang inginkan kekuasaan yang lebih besar lagi? Sesungguh hanya Allah yang Maha Mengetahui dengan kemenangan yang dianugerhkan. Muktamar PAS yang akan berlangsung pada Jun ini perlu dijalankan mengikut acuan yang telah dibuat pada zaman-zaman kegemilangan Islam bukan medan untuk merebut kekuasaan. Kekuasaan akan dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah inginkan dan mencabut dari sesiapa yang diinginkan. Iman terhadap Qada dan Qadar lebih utama daripada merebut kekuasaan.
April 27, 2009 pada 12:01 pm
amir_rash
kenapa komen aku kena delete!!!!!!
sebab aku buat komen jahat ke??/
April 27, 2009 pada 4:13 pm
XmenWOLVERINE
Salam..
Nik Abduh sbgai TKP negeri..ana rasa tak sepatutnya bertindak melulu keluar kan statement menyatakan ‘pembantu2 TG’ yang terlibat. . Setahu ana, Pembantu2 yang bersama2 TG sekarang ini adalah orang yang sama yang berusaha membangun dan menjadikan Kelantan sebagai negeri yang kini disegani oleh pihak lawan mahupun kawan dari segi politik Islam dsbgnya. Kalau dikira logik…apa motif mereka utk melakukan kejahatan sebegitu…
Pesanan bagi Nik Abduh..Mesti ingat tahun ini tahun pemilihan…jangan sampaikan mengatakan dulang paku serpih.. harap sedar yang mana penyokong2 dan juga penggerak2 politik Kelantan ini…majoritinya adalah orang yang celik dan sukar untuk diperbodohkan. Kami amat2 tahu yang mana intan dan yang mana berlian. Kita sama2 jatuh bangun bersama Pas di negeri bertuah ini sejak sekian lama…amat2 pakar dlm menentukan
siapa yg jahat dan siapa yang baik serta pakar dlm pengurusan hal2 negeri dan juga parti.
Ana sudah membuat persediaan untuk bawa hal ni ke muktamar DPPNK.. akan disuruh Nik Abduh buktikan atau sebut siapa Pembantu2 yang di maksudkan. Kalau itu nik Abduh tak boleh selesaikan…alamatnya kempunanlah Jawatan Ketua Pemuda Negeri yang telah lama diidam2kan itu. Ana serta banyak lagi kawasan2 yang terlibat dlm perwakilan nanti…menunggu dan sedang memerhati apakah mainan politik Nik Abduh seterusnya. Jika di tunjuk contoh serta daya kepimpinan yang baik kepada kami sebagai penyokong Pas tegar..keputusan mgkn akan berpihak kpd Nik Abduh sbg KP 2009-2011, jika sebaliknya..jawapannya HANCUR lah karier politik Nik Abduh. Kita tak mahu makhluk perosak terus bersandiwara dlm PAS yang kita sayangi ini.
Wallahuallam.
April 27, 2009 pada 1:27 pm
jeghi
bo bo la duk baloh sini, malu laa…bakpo la duk debat bendo takdok pekdoh..bukan nok tulung bui mantap jemaah kito pun..TGNA & TGHH dua2 kita pakat sayang..umuah!!!
April 27, 2009 pada 1:35 pm
sollier ibrahim
Salam Ustaz Nik Abduh,
Pertama sekali ucapan syukur ke hadrad Allah diatas penjelasan ustaz. Ini adalah kerana kekusutan yang melanda diri ini sejak kesekian lamanya telah terurai. Sesungguhnya, berlinang juga airmata ini apabila mengetahui cerita disebalik apa yang telah berlaku antara 2 tok guru yang tersohor ini.
Pergeseran antara mereka dibesarkan dan dihebohkan didalam internet, surat khabar , etc seolah akan berlaku pertembungan dua team dalam muktamar yang akan datang. Team TGNA yang kununnya Pro Pakatan vs TGHH yang Pro Muzakarah. Inilah ungkapan yang sebenarnya menakutkan saya dan keluarga yang menjadi ahli PAS sejak era 1982, Era Kepimpinan Ulamak berteraskan 3 Tok Guru yang kini tinggal 2 setelah kemangkatan Almarhum Tuan Guru ustaz Fadhil Noor.
Mudah-mudahan PAS kembali diperkuatkan dengan Ulama berada dipersada pimpinan tertinggi parti. Semoga perwakilan dimuktamar nanti hanya memilih mereka yang terbaik untuk bergandingan dengan TGNA dan TGHH…..umpamanya TG Haron Din, TG Ibrahim Tuan Man, Ustaz Azizan Razak disamping Ustaz Nasha sendiri.
Sesungguhnya, Ulama itu adalah pewaris Nabi-nabi terdahulu. Takbir !!
April 27, 2009 pada 1:45 pm
am
Keputusan muktamar di perak lebih kurang – perkukuh pakatan rakyat dan dalam masa yang sama berdialog dengan sesiapa yang mahu dialog.
Kalau tulang besi dan tuan-tuannya yang terdiri daripada orang-orang Anwar Ibrahim dalam PAS marah sangat pasal jumpa umno tapi tak bagi tahu setiap anggota PAS, sebelum Muktamar tersebut boleh la diterima. Siapa la yang suka kat Umno? Tapi selepas muktamar itupun api kemarahan tu nampak tak reda langsung. Jadi nampak macam ada sesuatu disana.
Mungkin semasa pimpinan membuat keputusan yang selari dengan matlamat PAS, seperti sanggup bersekemuka dengan siapa sahaja yang ingin bersemuka, orang-orang Anwar Ibrahim dalam PAS ni sibuk merancang benda lain bersama ketua mereka yang sebenarnya, Anwar Ibrahim. Tak dapat tidak, keputusan antara pimpinan PAS dan orang-orang Anwar Ibrahim ini bercanggah, dan sampai sekarang mereka tak maaf Presiden PAS kerana tidak wala’ kepada mereka dan Anwar Ibrahim!
Unity Goverment ni menguntungkan/merugikan siapa?
Secara umumnya rakyat untung sebab perbalahan berakhir dengan baik, boleh fokus kepada ekonomi. Islam juga untung sebab PAS akan bawa agenda Islam.
Ruginya mungkin dari sudut demokrasi, check and balance lebih baik kalau ada kerajaan dan pembangkang. Kalau semua dalam kerajaan bagaimana proses hendak membangkang tersebut masih berkesan?
Secara khususnya yang untung:
1. Semua parti dalam pakatan rakyat kerana beroleh kuasa untuk melaksanakan agenda pakatan rakyat.
2. Pakatan rakyat itu sendiri melangkah setapak kehadapan, kerana sebelumnya pakatan pembngkang, tapi dalam unity goverment mereka bergerak sebagai kerajaan.
Yang rugi:
1. BN – kerana hilang separuh kuasa, tapi sanggupkah mereka ambil risiko hilang kesemuanya pada pilihanraya akan datang?
2. Pakatan Rakyat kerana lepaskan peluang untuk kaut semuanya dalam PRU13, tapi sanggupkah kita meletakkan rakyat dalam keadaan resah selama 3 tahun lagi?
3. Watak-watak politik:
– Sesetengah menteri BN hilang jawatan
– Anwar Ibrahim belum tentu PM
– orang-orang Anwar Ibrahim dalam PAS kurang peluang jadi menteri sebab benci sangat kat umno, mcm mana nak duduk semeja.
Agenda PAS ialah Islam. Apa untungnya Islam dalam keadaan politik negara yang tidak menentu yang meresahkan semua org terutama org Islam? Mungkin Presiden rasa enough is enough, tapi xdelah pulak mengalah sampai kata silalah lah umno terus memerintah, kita ambik jawatn mufti sahaja. Belum bincang lagi bentuk kerajaan mcm mana, kabinet mcm mana, exit term, dsbgnya, Baru lontaran idea, yg marah sgt apesal? Kalau ianya menguntungkan Islam tapi tak menguntungkan Anwar Ibrahim, adakah patut Presiden PAS mengutamakan Anwar Ibrahim. Presiden PAS bekerja untuk Islam bukan untuk Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat bukan milik Anwar Ibrahim, ianya milik semua pendokong Pakatan Rakyat. Sudah tentu ada keuntungan di sana untuk DAP dan PKR dalam Unity Goverment, tapi mungkin rugi bagi sesetengah watak politik!
Presiden PAS, presiden parti terbesar dalam Pakatan Rakyat, kena hormat dia kalau dia nak lontar idea. Kalau jadi Unity Goverment, kita masuk sebagai satu Pakatan Rakyat, dan begitu juga jika keluar, kita keluar sebagai satu Pakatan Rakyat. Bagaimana lontaran idea Unity Government ini boleh menjejaskan Pakatan Rakyat lantas menolak keputusan muktamar? Melainkan Pakatan Rakyat tidak mahu opsyen lain melainkan menghantar BN to the abyss pada pru13 tapi mengapa? Mengapa begitu benci sekali, adakah lepas menang nanti kita akan sisihkan orang-orang umno sepertimana mereka sisihkan kita sekarang? Adakah akhirnya nanti kita sama sahaja macam umno. Afterall orang-orang Anwar Ibrahim dalam PAS ini pun asalnya umno!
April 27, 2009 pada 1:56 pm
sadra
Sudahlaj Nik Abduh.
Mu memang suka PAS masuk dalam BN sebab mu nak jawatan dalam BN. Mu nak jawatan dalam kerajaan persekutuan. Mu la antara perancang idea kerajaan perpaduan.
April 29, 2009 pada 2:49 am
laniaz
Astaghfirullah.. anta ni sheikh. jangan tuduh2 ustaz macam tu je. Fitnah tu! Macam makan daging sedara sendiri. Ya Allah ampunkan kami.
April 27, 2009 pada 2:20 pm
Lan jolok
Razibanna, apa kaitan dengan JIM lak…sesama kita bercanggah pendapat, kita kaitkan dengan orang luar…tak faham betui pemikiran macam ni..
April 27, 2009 pada 2:31 pm
Md fuad
….????
April 27, 2009 pada 3:01 pm
saadon
Salam perjuangan,
Wahai para sahabat,adilkah kita memperkatakan Islam berlandaskan parti? Wajarkah kita menghukum, mengkafirkan insan lain, mengandaikan setiap perjuangan itu salah? Pemerintahan yang bagaimanakah yang boleh dikatakan Islam? Bukankah ianya dari diri insan itu sendiri?
Cadangan muzakarah adalah yang terbaik! Islam itu sendiri menggalakkan perbincangan daripada andaian pemikiran sendiri!.
Eloklah juga diperkata & dipertimbangkan kehidupan kita sebagai umat Islam serta tujuan kita di dunia menuju jalan akhirat.
Kita di Malaysia dengan masyarakat yang berbilang kaum, agama, budaya & keunikan perpaduan yang wujud. Ini semua hasil perbincangan, muzakarah!.
Islam tetap agama rasmi di Malaysia, malahan kalau diperhatikan tidak salah dikatakan hukum-hukum Islam semakin diketengahkan. Hukuman sebat/ rotan makin diketengahkan bagi isu-isu Syariah.
Kita umat Islam di Malaysia, sewajarnya menampil dan menonjolkan lagi nilai-nilai Islam.
Panjang untuk diperkatakan isu ini. Jesteru itu, adalah kita sesuatu yang perlu untuk mengambil iktibar ke atas segala yang berlaku.
Adakah dendam & kepentingan peribadi yang menjurus ke arah perbezaan?
Memikir, berbincang & memutus itu lebih baik tetapi haruslah menjurus ke arah kebaikan. Hasilnya tentu lebih baik dan indah.
Yang lemah itu sesungguhnya hadir dari manusia, yang baik itu datangnya daripada Allah SWT.
Wasalam.
PEMUDA
April 27, 2009 pada 3:09 pm
Pengganti
Salam..
Saya setuju dengan kenyataan ustaz nik abduh, walaupun sebagai anak, tetapi bukan mudah untk berbincang soal2 begini dgn seorg ayah yg bergelar ulama dan pemimpin, lebih2 lagi ada orang yang lebih dulu menyampaikan yg dikenali sbagai penasihat dsamping sibuk dgn jadual tgasan masing2. Saya percaya nik abduh memerlukan masa dan waktu yg sesuai serta peluang utk brbincang dgn ayahandanya. Ini soal peribadi antara kedua mereka. Kehidupan ulama penuh dgn disiplin, dan bukan mudah untuk nik abduh berseloroh dgn ayahandanya. Sebagai seorg yg padat dgn tugasan, berita yg di sampaikan penasihat adalah yg pertama diterima. adakalanya diutamakan. Shggalah ia dbongkarkan nik abduh sbagai nasihat yg cuba melaga2kan pemimpin utama slepas mngharungi jalan panjang. Tahniah Nik Abduh.
April 27, 2009 pada 3:14 pm
faizal
salam,
apa hak saudara menyatakan pemimpin PAS lain sebagai MEE CELUP? memang diakui bukan semua golongan dalam PAS berlatarbelakang AGAMA.. tapi tidak seharusnya mereka dilabel sedemikian.. Saudara perlu terima hakikat bahawa mereka adalah golongan yang lebih “cerdik” dan berwibawa .. jika dibandingkan dengan saudara..
apa hak saudara menyatakan menyatakan informasi dari golongan lain dlm PAS sebagai salah? siapakah saudara untuk menyatakan sebegitu?
apa hak saudara mengatakan pemimpin PAS lain telah membuat kerja-kerja bodoh?… sila cermin muka sendiri, saudara baca sendiri aktikel saudara dan cermin sendiri betapa bodohnya apa yang saudara tulis ini… saudara mengaibkan PAS.. sewajarnya saudara gunakan saluran yang betul..
terakhir..
saudara jangan fikir saudara anak kepada TGNA saudara boleh bicara sesukahati saudara? mungkin ayahanda saudara saya amat kagumi tetapi saudara langsung tidak mewarisi “kredibiliti” ayahanda saudara..
dan mohon saudara tidak lagi terus menjadi agen pembakar api prasangka dalam PAS..
terima kasih…
April 27, 2009 pada 5:43 pm
saadon
Salam,
Wahai para sahabat,
Membicarakan isu yang difikirkan perlu adalah tuntutan & hak. Perkara atau isu pertelagahan, gila besi & sebagainya lumrah tidak kira siapa kita atau di mana kita berada.
Mereka yang salah, sering mengelak berbicara isu yang benar.
Ini bukanlah menjatuhkan kredibiliti atau maruah sesiapa tetapi menerangkan kedudukan sesuatu itu.
Andai tidak dibicarakan soal parti sekalipun, perkara atau situasi gila besi tetap berlaku.
Tunggu & lihat.
PEMUDA
April 27, 2009 pada 3:45 pm
anas
Majlis Ilmu Di MAsjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara
Dipersilakan muslimin & Muslimat ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, malam ini, 27 April 2009 mulai Maghrib.
Tazkirah oleh Habib Abdul Rahman Al-habsyi & Habib Omar Abdul Aziz dari Jakarta.
Harap dapat bersama-sama hadir,
Syukran
http://pondokhabib.wordpress.com
April 27, 2009 pada 4:17 pm
XmenWOLVERINE
Nik abduh…tak payah buat statement katakan dari ayahanda. Biar Ayahanda sendiri yg buat statement…TG kan bagus, mana ada cakap lepas2 mcm anak dia ni.
April 27, 2009 pada 5:14 pm
sadra
Kepada Anas
Tak habis-habis nak promote geng Habib. Macam geng Habib aje yang boleh jadi ulamak dalam Islam. Sedangkan majoriti Ulamak Islam bukan di kalangan Ahl Bait
April 28, 2009 pada 12:20 am
paktuan
Salam,
Suadara tau ke siapa sebenarnya gerangan Ahl Bait ni?
April 28, 2009 pada 12:36 am
husainibrahim
Hehe..sadra, promo-promo untuk program ni habib-habib ni kat mana-mana pun ada. Diorang pandai, agak-agak nampak sesuatu post itu rating tinggi dalam dashboard WP, diorang pun masukkanlah dalam ruangan komen untuk mempromosikan program habib diorang nih. Apa-apapun, saya setuju dengan sadra, “Macam geng Habib aje yang boleh jadi ulamak dalam Islam. Sedangkan majoriti Ulamak Islam bukan di kalangan Ahl Bait”
Mei 12, 2009 pada 2:23 pm
Ahmad
Salam buat En. Husaini Ibrahim dan En. Sadra.
Sgl puji kpd ALLAH Tuhan Sekalian Alam. Selawat dn salam buat Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. dan juga semoga limpahan kasih dn rahmat ALLAH sentiasa memayungi saudara sekalian.
Hampir mengalir air mata sy mmbaca komen saudara berdua ttg para habaib. jgn prejudis saudara. tak kenal maka tak cinta. nasab para habaib bersambung sehingga ke Rasulullah wahai saudaraku. Walau siapa dn bagaimanapn mrk, darah Rasulullah masih tetap mengalir dlm badan mereka.
Sabda Rasulullah SAW, “tidak beriman seseorg drpd kamu sehinggalah aku lebih kamu cintai drpd diri kamu sendiri”…maka pernahkah kita merenung, bagaimanakah keadaan hati2 kita pada mencintai Rasulullah SAW? Ketahuilah, cinta itu ada petandanya, kasih itu ada dalilnya…kalau benar kita sgt cinta pd Rasulullah, pasti takkan terucap kata2 sebegitu kpd para keturunan Rasulullah SAW…
tidakkah kita pernah berusaha utk mencapai sehingga ke tahap cinta yg seperti itu, menyayangi Rasulullah SAW mlebihi kecintaan kita pd diri sendiri? dn pernahkah kita memperhalusi dn memikirkn kenapa Rasulullah SAW mengatakn bhw keimanan yg sempurna akan dpt tercapai dgn kita mencintai Baginda mlebihi kecintaan kita kpd diri sendiri?
ini kerana…kalau benar kita cinta, pasti kita akan sentiasa cuba berusaha utk melakukan setiap perkara yg disuruh oleh sang kekasih…utk setiap masa berakhlak dgn akhlak sang kekasih…dn pastinya juga kita akan sentiasa cuba utk mengelakkan diri dari melakukan apa yg ditegah sang kekasih…
dari situlah kita akan dpt merasai manisnya iman krn stiap perkara itu
kita lakukan krn cinta, bukan krn disuruh, terpaksa atau sekadar mengikut-ngikut…dn natijahnya, dptlah kita menjadi seorg mukmin yg benar…inilah hebatnya kuasa cinta…
Jd bagaimana akhlak dn adab Rasulullah, itulah sepatutnya akhlak dn adab kita…Rasulullah sgt melarang kita mengumpat, mencaci, mengutuk dn bersangka buruk…antara ajaran Rasulullah adalah Baginda mengajar kita supaya bersangka baik, hormat menghormati dn berlemah lembut sesama Islam…jd marilah kita sama2 lestarikn akhlak Baginda yg mulia dlm khidupn kita seharian…apatah lg di ruangan perbincangan terbuka seperti ini….
“Ya ALLAH…jadikanlah Rasulullah itu sentiasa di hati kami…jadikanlah kami dpt berakhlak dgn akhlaknya yg mulia…aamiiin…aamiiin…yaa Robbal ‘Aalamiiin…”
Marilah kita semua mencintai Rasulullah SAW dgn byk memperingati Baginda, berselawat ke atasnya, membaca sirahnya, mengetahui cerita, sifat2 dan akhlak Baginda serta mengetahui keistimewaan2 dan mukjizat2 Baginda…inilah keadaan sifat2 diri sang pencinta…mengertilah, perkara yg dituntut dlm mencintai Rasulullah SAW adalah keberhubungan kita dgn Rasulullah pada setiap masa dgn mengikuti akhlak, ajaran dan sunnah2 Baginda…
Mei 14, 2009 pada 2:12 am
hasan
kpd sadra,
Sabda Nabi SAW: “……maka mereka (Ahlul Bait Nabi SAW) adalah keturunanku, diciptakan oleh (ALLAH) dari darah dagingku, dan dikurniakan kpd mereka ilmu dn pengetahuanku. Celakalah org dr kalangan umatku yg mendustakan keutamaan mereka dn memutuskan hubunganku dgn mereka. Org2 seperti itu tidak akan diturunkan syafa’atky (pertolonganku di hari akhirat)” – HR Imam Thabrani & Al-Hakim
April 27, 2009 pada 5:19 pm
Pengkalan Chepa's Man
Nik Abduh memang terkenal sebagai seorang yang cinta sangat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sebab itu beliau mempromote idea kerajaan perpaduan. Semua ni dilakukan agar beliau mendapat tempat di dalam kerajaaan baru kelak.
April 27, 2009 pada 5:21 pm
Pengkalan Chepa's Man
Mana komen aku kena delete ni. Apa ni Nik Abduh. Takkan penakut sangat sampai delete komen orang. Ko mengata orang lain tak pe pulak. Orang lain nak jawab tak buleh. Kalau mu jadi kerajaan, mesti mu sekat semua surat khabar yang tak sehaluan dengan mu nanti.
April 27, 2009 pada 6:13 pm
IbnuQalil
Salam a’laik,
Saudara Faizal, xperlu saudara beremosi sebegitu rupa. Gambrkanlah ayat dan akhlak yg baik. Emosi sangat. Baca dengan hati terbuka dan berlapang dada. Jika tidak setuju, nyatakan hujah ilmiah saudara. Bukan mendabik dada dengan kejahilan sendiri.
Teruskan menulis ustaz Nik. Smg tangan-tangan jahat yang ingin memecahbelahkan PAS dijatuhkan oleh Allah satu persatu. Ameen.
April 27, 2009 pada 7:29 pm
Md fuad
harapnye ustaz nik dll tidak salah faham maksud saya …???? maksud saya sudah2, mcmn wujud 2kump erdogan dsbgnya sape arah wujudkannya, kalau wujud sekalipun sepatutnya menyokong kepimpinan ulama, semoga kita,tuan guru nik, TGNA dan TGHH mendapat rahmat drpNya dan dielakkan drp salah faham dan tipu daya musuh dan syaitan
web info islam boleh lawati:
http://www.deeninfo.blogspot.com/
masing2 punya peranan demi tertegaknya Islam di negara tercinta
April 27, 2009 pada 8:21 pm
pemudakelantan
azhar sattar, ruzli, antara pembantu ust yang banyak merosakkan ustaz, sebagaimana ustaz katakan kepada pembantu2 ayahanda ustaz yang merosakkan ayahanda ustaz, ustaz sedar ke ?
Bagaimana pula dengan abe jak dan anak abe jak ? ustaz tak sedar ke mereka ini juga merosakkan ustaz.
Ana minat ustaz, ana sayang pd ustaz…tp…amat2 mengecewakan kerana ustaz telah dipengaruhi oleh pembantu2 ustaz ini
Ustaz mempersoalkan adab ?
di mana adab ustaz dalam berjemaah bila mendedahkan perkara ini secara terbuka di blog. Ini adab dan displin dalam jemaah ke ?
April 27, 2009 pada 8:42 pm
sha
salam perjuangan
ustaz teruskan ngn tulisan bernas anta utk hapuskan pemuka2 Islam
ana mengenali sape dri ustaz n insyallah tulisan anta akan dirahmati oleh Allah..
ana pemuda pas kelantan menyokong ana..
takbir3!!!
April 27, 2009 pada 9:22 pm
Yahya
Hairan dengan kenyataan saudara.
Rasanya sebab itulah juga kenapa saudara tidak begitu disukai oleh rata-rata masyarakat, tidak seperti ayah saudara. =)
Saudara tidak boleh dengan hanya menyebut pembantu-pembantu, kerana ia akan mengundang fitnah yang lagi besar. Orang ramai mula membuat spekulasi, khabar angin menjadi lebih sensasi, itukah yang saudara inginkan?
Saudara juga perlulah adil dalam menyiarkan komen-komen yang diterima. Janganlah saudara hanya menyiarkan komen yang memuji saudara, dan sebaliknya membuang komen memberi teguran yang membina.
Mungkin saudara beranggapan, saudara adalah anak seorang ulama, dan saudara juga dipanggil ustaz, maka saudara berfikiran saudara tidak layak ditegur oleh golongan mee celup ini. Malangnya saudara, Naib Presiden Pas juga turut memberi komen, dan dia juga diiktiraf sebagai ulama’. Saudara masih mahu berdalih lagikah?
April 27, 2009 pada 9:29 pm
Md fuad
Kita sokong ust. nik & kepimpinan ulama TGNA and TGHH teruskan perjuangan …
April 27, 2009 pada 9:42 pm
pakwan
alamak.. dah jadi isu org bn la plak… jom terjun dalam tong…
April 27, 2009 pada 9:53 pm
Anak Orang Pas
Salam
Saya mahu kepastian tentang peranan DSAI di dalam PAS sekarang. Ini kerana semenjak pembebasan DSAI dari penjara sehingga sekarang, ternampak seolah-olah PAS begitu mengikut telunjuk DSAI.
Mengapa kita terlalu mengagungkan beliau? Adakah kita sudah tiada pemimpin Islam yang lebih mulia akhlaknya dari beliau?
Di dalam barisan kepimpinan PAS sekarang begitu ramai yang menunjukkan kekaguman kepada DSAI. Terkadang terlintas juga di hati kecil ini, adakah mereka-mereka ini orang yang diseludup masuk ke dalam PAS untuk menghancurkan parti kesayangan kita ini.
Harap dijauhkan Allah dari bencana tersebut. Amin
April 27, 2009 pada 9:57 pm
pakwan
isu ni rasenye dah sejuk dah… emmm… aku takde org hasut aku pun… tapi kalu PAS masuk bn… aku tak kan ngundi pas+bn dah… aku cari calon bebas yang akan kuar dari PAS untuk aku pangkah… kalu PAS masuk bn, PAS akan jadi la anwar yang dulu.. last sekali kita same ngan nuar, masuk lubang t**k, pastu kita tubik balik dalam keadaan punah ranah (mcm nuar sakit tulang belakang).. pastu nuar pun royak dalam hati, bodo nyoh puok puok PAS ni, aku ingat aku sorg je yang bodo…
April 27, 2009 pada 10:05 pm
pakwan
owh… ader kaitan ngan jim ker razibanna?
April 27, 2009 pada 10:26 pm
Pengkalan Chepa's Man
Mana komen aku ni? Kenapa delete pulok. Amenda ni Nik Abduh. Ulamak apa ni delete komen orang yang tak sebulu dengan dia.
April 27, 2009 pada 10:48 pm
bakap
Apa yang paling merisaukan ahli PAS semua ialah Nik Abduh menggunakan kedudukan sebagai anak TGNA utk mereka2 cerita. SAYA 90% TAK PERCAYA APA YG DITULIS ITU.
Nik Abduh kurang matang dan tak faham dunia politik yg meraikan perbezaan pendapat dan pandangan. Apa salahnya TGHA dan TGNA berbeza pendapat? kita patut raikan demi jemaah.
Harap Nik Abduh mencermin diri sendiri dan jgn menuduh org lain. TGNA bukan lah maksum dan semua ucapannya benar belaka.
bagi ahli PAS keseluruhanya menyatakan bahawa kami tidak akan benarkan PAS berkerjasama dgn musuh kita UMNO. Nik abduh patut tahu mana “dark side”
April 27, 2009 pada 10:54 pm
abejaPM
salam, mereka yang inginkan kuasa di dunia ini akan hanyut meninggalkan perjuangan. INGT!!! TGNA dan TGHH adalah dua tokoh ulama yang dikagumi dan disegani. jangan pula ada ahli pas yang menjadi pemecah belah dan berpuak-puak macam UMNO.Itu bukan budaya PAs. salah satu budaya yang tidak sihat adalah dengan meminta untuk dicalonkan jawatan tertentu. Ingatlah wahai pemimpin…jangan kamu minta jawatan tapi kamu terimalah jika dipilih dengan penuh tanggungjawab dan amanah..hanya yang mengerti dalam perjuangan sahaja tahu maksud itu.
Syabas Ustaz. saya kagumi ustaz, sbgai penghujah yang baik dengan ayahanda ustz yang merupakan idola masyarakat malaysia.
April 27, 2009 pada 11:18 pm
soklan
ust nik abduh, sudah keluar semua wajah2 pengadu domba di dalam jemaah, smg Allah melindungi ahli jemaah yg benar2 ikhlas. saya percaya pengadu domba yg berada dlm PAS mmg tidak berpuas hati dgn pendedahan ustaz. mereka suka melihat 2 tok guru bertelingkah. kerja2 syaitan yg mereka lakukan telah terbongkar sbb itu mereka mula bertindak menyerang peribadi ustaz.
April 28, 2009 pada 1:20 am
tok pendita
mana boleh bincang nak join coalition lain semasa kita berada dalam coalition yang lain? menang di atas coalition A tetapi selepas itu nak join coalition B. Keadaan akan menjadi amat parah jika Pas bekerjasama dgn BN. Orang bukan melayu akan menolak BN secara total, manakala sebahagian besar penyokong Pas tetap akan menyokong Pakatan Rakyat. Saya rasa PKR dan DAP akan gembira jika Pas berkerjasama dengan Umno. Ini kerana, arus anti-Umno akan memastikan rakyat tidak akan mengikuti Pas, tetapi akan menyokong parti lain yang melawan BN. Cuba fikir… bilangan mereka yang berfikiran seperti ustaz (lebih baik perasuah yang “Islam”, lebih baik penzalim yang “Islam”, lebih baik pencabul sistem keadilan negara yang “islam” berbanding orang bukan Islam) adalah sangat kecil dalam dunia hari ini. Saya tak nak mengulas isu ini kerana ia akan menjadi panjang.. cukup kalau saya katakan bahawa agama itu apabila korup akan bertukar menjadi ras (kaum) dan bukannya cara hidup (addeen). perkara ini telah berlaku kepada ajaran nabi-nabi terdahulu akibat kerja golongan mereka yang seperti ustaz lah (rahib, ustaz, imam, paderi dan sebagainya)
Mei 4, 2009 pada 10:38 am
saadon
Salam perjuangan,
Salam balas,
Dinilai, diulas petikan saudara tok pendita. \
Andai para sahabat ada membaca artikel tentang pemilikan hartanah/ aset bumiputra yakni termasuklah kaum Melayu itu sendiri terutama di Kuala Lumpur hanya lebih kurang 15% sahaja.
Wajarkah kita yang berada di bawah 1 kalimah ini terus bertelagah, membiarkan mereka-mereka yang gembira dengan pergeseran kita sesama kita. Mahukah kita seperti Palestin, Iraq & sebagainya atau contoh paling hampir Singapura & Pulau Pinang itu sendiri, di manakah kita sebagai bangsa Melayu (Islam)?. Kita merempat di negara kita sendiri!. Islam itu sendiri menggalakkan kita mencari kebahagiaan di dunia & akhirat.
Bukanlah niat mengagungkan dunia, tapi ianya turut di nilai Allah SWT, sumbangan kita ke arah kemajuan umat Islam itu sendiri.
Berita terkini tapi rasanya tidaklah baru, Palestin sendiri menyuarakan mahukan perpaduan umat dilakukan di sana. Fatah & Hamas perlu bersatu menentang mereka yang bencikan kedamaian, kemakmuran & keindahan hidup berharmoni. Seindah nilai-nilai Islam dalam diri umat itu sendiri.
Bersama kita bersatu, hapuskan pejuang-pejuang yang berlindung disebalik nama Islam.
Berpadu kita umat, dalam suasana Islam.
Satu Malaysia, Satu Bangsa.
Allah Maha Besar
Insyaallah
April 28, 2009 pada 1:25 am
karen
teguran :
Beradablah dari berbicara dan menulis,,
apakah mereka yg digelarkan sesat dan bodoh itu mensyirikkan Allah?
Menyokogg dasar nasionalis UMNO? mereka hanya tidak setuju Unity Gov apakah itu perbuatan syirik yg membolehkan kita menyesatkan org? sesama jemaah pulak tu?
samaada setuju atau tidak siapapu boleh bagi hujah dan dalil.. tetapi tidak perlu sesat dan bodohkan orang? yg bodoh dan menyesatkkan org dengan gelaran biddah adalah dari kalangan wahhabi.. saya minta jangan Nik Abduh pandu PAS seperti gerakan Taliban..
Apakah Nizar( Ulama mee Celup?) dia inginier? apakah salah dia berdakwah.. jangan mengatakan org bodoh kerana ia hanya menggambarkan anda mengatakan anda alim dan tahu segalanya..
Belajar lah beradab.. tidak pernah saya tengok tg Nik Aziz menggelarkan org jemaah sendiri walaupun pada Ibrahim ali yg mengkhianatinya.. apa yg TG Nik Aziz cuma murka dengan dasar nasionalis dan sekular UMNO..
Belajrlah beradab.. renunglah diri sendiri wahhai ABduh..
jangan ada hasad dan bongkak diri.. apa pula hukum yg layak bagi orang yg menyesattkan org lain?
mungkin Abduh patut keluar dari Kelantan dan pondok pengajian merenung masalah diluar.. duduk dalam pondok memang tak tahu apa.. rasa macam semua manusia alim.. jadi eloklah melihat gelagat manusia diluar sana,, baru tahu nilai politik sebenar..
April 28, 2009 pada 10:32 am
keris panjang
salam,
mmg wajar ustaz brkata begitu..biar direct to the point..skg byk minda yg dh terbuka..musang berbulu ayam ni perlu didedahkan..apakah mereka dari group erdogan?
April 28, 2009 pada 1:55 am
dhuat79
Kesemua ini berpunca daripada masalah komunikasi.
Komunikasi tidak berjaya.
Kenapa?
Sama-samalah kita bermula dari tempat bermula.
Keadaan sekarang sudah meleret.
Tidak sihat.
Kita telusuri ke situasi sebelum masalah ini bermula.
Kita bermula dari sana.
April 28, 2009 pada 2:00 am
matogra
heheehe…skrg sudah jelas org yg suka tgk TGNA & TGHH berperang…mereka sudah menonjolkan diri mereka tanpa mereka sedari..point utama golongan sesat ni tak lain tak bkn pasal hal muzakarah & unity goverment…takkan TGHH tu bodoh nak masukkan PAS dalam UMNO…kalau puak2 sesat mgkinlah..LAIN KALI KALAU GHAIRAH SANGAT NAK BERPOLITIK TU BELAJARLAH DULU JANGAN JADI BODOH SOMBONG…TAK TAU TAPI BERLAGAK SEMUA TAU….MALU NYER AKU DGN SPECIES MACAM NI!!!!!.tunjukkan lagi emosi anda wahai golongan2 yg sesat supaya kita boleh menilai yang mana kaca @ permata….
April 28, 2009 pada 3:27 am
deba
artikel ini tidak matang, mengelirukan dan berunsur buruk sangka dan fitnah, tak sepatutnya dipublishkan. Jgan terlalu menunjukkan kita bongkak dan sombong.
April 28, 2009 pada 5:31 am
dariana
Salam Pulau Melaka.
1. Selagi kiita memiliki TGNA dan TGHH kurniaan Allah itu kepada ummah, hormatilah mereka itu dan bersyukurlah kepada Allah.
2. Cerita unitigov tu tutuplah kisahnya.
3. Kesempatan menadapat anugerah kemenangan setakat ini jangan menjadikan kita berbalah hingga meninggalkan ‘Jabal Uhud’.
4. Kerja usaha ikhlas kita hanya Allah yang tahu, teruskan bersama zikrullah…haiya ‘alal falah!
5. Kalaulah anda semua mengingati pesan ‘ demi masa sungguh manusia dalam kerugian melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran; alangkah lebih baiknya dari terus bertelagah.
6. Jika kita sama2 ingati ‘ sekira kamu bertelagah pada apa jua perkara maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya’ alangkah mujarabnya ia mengubati penyakit mazmumah kita kini.
7. Sirah dan tawarikh Rasul, para sahabat dan tabiin jadikanlah teladan dan sempadan.
8. Sejarah kejayaan dan kelemahan jemaah kita di bumi Malaysia juga jadikan panduan dan semapada.
9. Ingatlah musuh Islam dan musuh jemaah kita sentiasa giat siang malam untuk memusnah ikatan jemaah kita, melaga2kan sesama kita, mengacau perpaduan kita dan mencari kelemahan kita dari segenap jihat baik secara langsung, secara senyap, secara ‘baik’ dan tentunya secara jahat mereka.
10. Jika kita berasa kita baik,jangan mudah mengira orang lain baik juga macam kita. Begitu juga jika kita berasa tersalah, jangan mudah kita meganggap orang lain juga berbuat salah macam kita.
8.
April 28, 2009 pada 5:57 am
Kesian
Kesian rasanya kepada Saudara.
Rasanya, ramai yang memuji saudara dan berikrar untuk berjuang bersama-sama saudara adalah mereka yang tidak lahir di kelantan, mengangumi saudara sebagau anakanda Tuan Guru. dan saudara tidak lebih dari itu.
Betullah, iman tidak dapat diwarisi, sedikit sebanyak populariti mungkin boleh. saudara perlu berhijrah, pertama, majoriti rakyat kelantan tidak sukakan saudara.kedua, barulah terbuka sedikit minda saudara dalam melaksanakan pelbagai konsep dakwah.
setuju dengan nasihat2 supaya saudara jangan terlalu bongkak, tidak menggunakan perkataan yang kurang sopan terhadap golongan yang tidak sepatutnya.kalau saudara rasakan mereka adalah golongan mee celup, apa jenis mee pula saudara ya? generasi mee baru yang cuba menumpang populariti mee yang lampau? walhal, mee yang baru ini, tidaklah sesedap mana…
fikir-fikirkanlah.
April 28, 2009 pada 8:50 am
fauzi
memang semua kerja bodoh kecuali beriman dan beramal soleh kan, kerana hanya itu yang bakal menemani diri masa sendirian bermula semasa dalam kuburan. selagi kita tidak meletakkan semua kerja kita dengan dipandu Al-Qur’an dan petunjuk Baginda Rasul SAW, semua tu akan jadi bodoh. penilaian semasa yang dibuat manusia berbeza-beza mengikut biah yang melatari dan membesarinya, lalu sabarlah untuk menerima kuatnya mementum bola yang kita lemparkan pada tembok!
April 28, 2009 pada 9:11 am
Ikhsan Omar
Setialah pada yang satu. Pakatan Rakyat hadir memberikan harapan perubahan untuk rakyat. Berilah masa untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Jangan kecewakan rakyat golongan terbanyak dengan cakap-cakap kerajaan perpaduan ini.
Selepas habis tenaga dan suara dihalakan untuk meruntuhkan UMNO/BN, Lebih 50 tahun, penceramah PAS berceramah seluruh pelusuk negara mendedahkan keburukan dan salah laku pimpinan UMNO/BN. Tiba-tiba, apabila rakyat menghulurkan sokongan. PAS tanpa segan silu mengumandangkan idea kerajaan perpaduan.
Sukar dipercayai. Jangan jadikan rakyat keliru sebagaimana kelirunya orang Melayu dengan istilah hukum hudud dan negara Islam. PAS wajar gunakan ruang waktu dan peluang memerintah lima negeri ini sebagai pelantar melatih lebih ramai pendokong yang berkebolehan untuk bekerja untuk rakyat dan negara demi Allah. Nabi Yusuf diterima kerana ilmu dan kebijaksanaan yang ada padanya. Kita harap dengan pengalaman memerintah negeri-negeri ini akan membuahkan pengalaman pentadbiran yang mencukupi apabila PAS bersama rakan2 Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kelak.
Kepada si munafik dan juak-juak yang berkepentingan. Insaflah dan kembalikan kepada Allah SWT. PAS tidak perlukan anda. Rakyat akan memusuhi anda kerana sikap munafik anda semua.
Mei 4, 2009 pada 11:10 am
saadon
Salam,
Cerita episod politik Malaysia berkisar tentang rakyat kaum Melayu beragama Islam, kaum Cina, kaum India & sebagainya.
Perhatikan apa sumbangan PKR kepada agama, bangsa, & negara. Kekacauan, perpecahan kaum & penindasan yang bakal berlaku.
Usahlah terlalu diagung-agungkan perihal yang tidak pasti.
Janganlah menang sorak, kampung tergadai.
Gilakan kuasa, tanahair jadi taruhan.
Ke mana hala kita bangsa Melayu Islam di dalam negara kita sendiri?!.
Islam & kehidupan dunia akhirat perlu diperjuangkan.
Kita di Malaysia perjuangkan Islam & tanahair.
Tidak perlu contoh lagi. Terpampang di dada akhbar kesusahan umat Islam lain di luar Malaysia.
Jangan hingga nanti, kita umat bangsa Melayu Islam Malaysia menagih tempat tinggal di tanahair sendiri.
Rizab-rizab Melayu kita jangan sampai tergadai.
Pertahankan hak kita!. Hak tanahair, hak Islam. Jangan lupakan kaum lain yang sama perjuang untuk hidup. Jangan ketepikan mereka tetapi jangan biarkan mereka mengatasi hingga memijak kita, Bumiputra.
Hidup Malaysia, hidup Islam, hidup bangsa Malaysia.
April 28, 2009 pada 9:35 am
mercedes
“Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang telah beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir pelindung-pelindung mereka adalah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka didalamnya kekal.”
“Janganlah orang-orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barang siapa berbuat demikian, niscaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah kecuali kerana menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari meraka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri Nya dan kepada Allah tempat kembali”
Ali Imran ayat 29.
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.”
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat”
Al Baqarah 6-7.
Mungkin ini agaknya yang di fikirkan oleh TGHH mengapa muqabalah atau muzakarah dengan Umno patut dilakukan kerana masih ada Iman di hati meraka jika dibandingkan mudharat dari pesan ALLAH jika bersatu dan ridha dengan DAP. Saya tetap berpegang kepada ayat ALLAH sebagai hujah dan mustahil TGNA tidak tahu akan ayat-ayat ini. Dan saya rasa sebagai anak, Nik Abduh bertanggungjawab untuk bertanya dan berhujah dan menyatakan dan berbincang dengan ayahandanya. Mungkin persekitaran yang membuat anakanda sedar akan situasi sebenarnya. Sudah tentulah anakanda akan lebih mengenali ayahandanya.
Wasalam
April 28, 2009 pada 9:35 am
samudra
salam..apa faedahnya pendedahan Nik Abduh kepada parti dan ahli pas ? apa kebaikannya ? siapa Nik Abduh ? Dia bukan Nik Aziz , dia bukan maksum , dia tak berhak mengutuk ahli pas dengan perkataan sesat dan mendoakan kejahatan terhadap ahli pas , saya kenal nik abduh , dan saya tak mahu membuka aib orang lain dalam blogs . jangan pecahkan belahkan parti wahai nik abduh ..insaflah diri geng-geng kamu telah d bersihkan sewaktu pemilihan lepas..kamu dalam pemuda pun atas ikhsan parti..amati tulisan kamu..sememangnya kamu tak layak digelar ustaz dan ulama.
April 28, 2009 pada 9:45 am
Zainulfaqar
Salam Kemunting Ustaz Nik Abduh.
Jom sama2 kita baca tulisan Ustaz WanG [http://g-82.blogspot.com/2009/04/bagaimana-pula-ulama-tahap-mee-celup.html].
Saya secara peribadi lebih tidak semak hati dengan konotasi Ulama ‘Mee Celup’ yang disinggungkan oleh beliau. Orang2 awam seperti saya maybe lebih tidak terguris hati dengan nasihat-nasihat baik oleh beliau.
Alangkah baiknya klu post ini dipaparkan ketika ayahanda TGNA ada di Malaysia. Tentu, beliau lebih mampu menyenangkan hati umat ‘mee celup’ yang mahu bersama PAS seperti saya. Salam ukhwah dan salam perubahan!
April 28, 2009 pada 10:31 am
pakdi
ramai sungguh melatah dgn pendedahan ustaz nik abduh kita ni …
April 28, 2009 pada 10:51 am
Hilir sekali Sabok-PGajah
hanya ustaz Abduh yang mengetahui dan merasai ceritanya.. pembaca dan pemerhati blog ini hanya boleh bagi pandangan dan rungkaian dan tak perlu marah-marah ataupun sebut nama orang tu dan orang ni… siapa pembantu TGNA? saya lah pembantunya…. saya membantu TG memenangi pilihanraya nagi DUN beliau, menyampaikan risalah beliau untuk memartabatkan Islam.
Kami di Pengkalan Chepa cukup kenal dengan pimpinan di sini dari YDP, AJK Kawasan, DUN Pemuda dan Muslimat.. mereka sesungguhnya ikhlas dalam menjaga jamaah.. dan PAS Pengkalan Chepa merupakan Kawasan yang terbaik dalam lain-lain kawasan… mana ada pertandingan 4-5 penjuru, kami boleh berbalah pendapat dan minum-minum bersama. Disebabkan inilah saya rasa sudah masanya kita membuat sedikit perubahan, melebarkan kaedah PAS Pengkalan Chepa untuk semua kawasan. contohi kami, kaedah kami, gerak kerja kami dan ketaatan kami pada pimpinan… dan ingat PAS Pengkalan Chepa telah menunjukkan rekod yang cemerlang
Kata-kata Pengkalan Chepa’s Man bukan menggambarkan pemuda PAS Pengkalan Chepa tapi mungkin pemuda UMno.
April 28, 2009 pada 10:53 am
magn
TANIAH NIK ABDUH ANDA SUDAH BERJAYA!!
Membaca artikel Ustaz Nik Abduh bertajuk ‘ kerja – kerja bodoh didalam Pas ‘ amat memualkan .
Tulisan yang penuh sangkaan buruk dan penuh dendam . Setelah keberangkatan TGNA melakukan umrah puteranya meluah amarah . Kononnya ayahanda TGNA mangsa ‘ penasihat – penasihat yang sesat pekerjaan disisi Tuhan .
Nik Abduh berkata ;
Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Nik Abduh berkata lagi ;
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
OOHH..rupa – rupanya Nik Abduh menyalahkan penasihat TGNA kerana berbohong tentang maksud unity goverment .Beliau mendakwa kenyataan TGHH telah dimanipulasi oleh pihak tertentu .
Kita bertanya kepada putera TGNA ini, apakah begitu lemah MB Kelantan hingga mudah diperbodohkan oleh ‘penasihat ‘ beliau. Apakah putera TGNA mahu menjelaskan secara berselindung bahawa ayahandanya sudah dibonekakan ?
Nik Abduh menyerang lagi ;
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah – istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.
wahh..bukan main lagi hebatnya putera TGNA ini sudah berani memberikan peluru kepada musuh . Dulu kisah erdogan,Prolib dan pelbagai lagi .Apakah niat beliau mahu melihat Pas benar – benar berpecah belah ?.
Kini muncul pula gelaran ‘ mi celup ‘ , ulama mini , kita katakan baguslah jika keturunan putera TGNA adalah agamawan semuanya .
Tetapi janganlah sampai merendahkan sumbangan orang lain ! .Buangkanlah hasad dengki .
http://www.telokbakong.com
April 28, 2009 pada 11:02 am
ahli baru
Assalamualaikum sahabat-sahabat ku….
mengapa perlu berbalah sesama sendiri. sanggup ker kita melihat perpecahan didalam jemaah kiter. puak2 umno kat luar sana bersorak gembira nengok kite camni. beristighfar ler banyak2.
April 28, 2009 pada 11:08 am
izzac
sy tak setuju dgn pandang utz nik abduh.. klo utz mau cari popular ketika masa muktamar and mau bertanding jawatan lebih tinggi..jangan guna cara ini utk popular…masa semua penasihat d kira mi celop..sy merasakan TGNA eloklah berhenti jadi MB and tumpukan masa yang tersisa dgn jadi MA aje..and jaga kesehatan..bagilah peluang dekat org muda utk perintah kelantan..tak kan d kelatan dah tak ada yang sesuai ganti TGNA…lekeh sangat ke org kelantan…selama 20an TGNA jadi MB..takan takada penganti kot..sy tak mau sentuh pasal mukabalah, unity gov..sebab..dah lepas dah perkara tu..yang sy fikir..eloklah tgna bagi orang lain jadi MB..
klo mau professional HUSAM, klo mau UTZ NIK Amar…klo tak jadi haru lah PAS kelantan…pada sy..baik HUSAM ke NIK AMar insyaAllah semuanye mau PAS jadi baik and PAS for ALL…erdogan pun bukan nye ustz bro…
April 28, 2009 pada 11:19 am
shafifah
Jadual kunjungan Habib Umar Ke Malaysia
JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH
KE MALAYSIA
.
1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG – 10 MLM :
JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR
.
2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:
JILSAH DI MASJID SELAT ,
PULAU MELAKA, MELAKA
.
3) RABU , 13 MEI , 6PTG – 10 MLM :
JILSAH DI MASJID WILAYAH,
JALAN DUTA, KL\
http://pondokhabib.wordpress.com
April 28, 2009 pada 11:27 am
haikal
Salam,
Ikhwan semua nampaknya banyak bersembang dari mengemukakan fakta yg tepat. Ana yakin Tuan Guru Nik Abdul Aziz jauh lebih arif dari Nik Abduh. Bagi ana, menerima idea unity government adalah lebih baik. Ianya akan melebarkan lagi sayap dakwah.
Kalau dgn DAp kita boleh berkawan dengan mengemukakan berbagai teori tahaluf siasi khususnya dari al-Mawardi. Apa salahnya kita bertahaluf siasi dgn UMNO dan Barisan Nasional. Hanya ustaz me celup sahaja yg menolak konsep unity government. Oleh sebab Tuan Guru Nik Aziz adalah ulama tulen, maka dia telah memilih untuk menerima unity government.
Janganlah kita memandai-mandai mentafsir itu dan ini, sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa. Walaupun anta adalah anak Tuan Guru, tapi anta harus akur bahawa iman itu pukan harta pusaka yg dapat diwarisi begitu sahaja.
Ana rasa dalam hal ini, me celup tersebut adalah anta!!!! Ayahanda anta adalah ulama tulen…
Ana harap rakan-rakan lain tidak terpengaruh dengan anta yg terang-terang cuba menunjuk pandai dengan menentang pandangan Mursyidul Am. Saiapalah NIk Abduh berbanding Tuan Guru Nik Abdul Aziz ulama yg tulen itu.
Sudah terang lagi bersuluh, antalah yg sebenarnya me celup yug cuba memesongkan pandangan jauh dan bernas Mursyidul Am.
Kalau anta rasa, anta tu…, pandai sangat!! anta sajalah yg jadi Mursyidul Am!!!
April 28, 2009 pada 11:31 am
kukurkelapa
wala’ lah kalian penyokong PAS pada pimpinan… hentikan tuduhan… bersama kita berjuang… mendaulatkan Islam…
April 28, 2009 pada 11:38 am
al-hasnan
Salam Nik Abduh..
Penjelasan yang NA bagi cukup melegakan penyokong PAS dalam meleraikan kekusutan yang melanda pimpinan parti setiap kali menjelang muktamar.
Apakah kali ini pencacai parti mengambil langkah yang agerisif untuk melagakan pimpinan lagi???
Di sebalik kebaikan penjelasan oleh NA ini, seharusnyalah NA berfikir seribu kali untuk melemparkan tuduhan kepada mereka yang berada di sekililing TGNA dan TGHA ini, kerana ia akan mendedahkan bahawa kesetiaan dan kepatuhan segelintir insan akan terguris dan tercemar dek tulisan NA ini.
Saya berharap,NA akan membuat penjelasan melalui sidang media akan maksud yang tersirat disebalik lemparan tuduhan yang kesat kepada mereka yg berada di sekeliling pimpinan ini.
Lihatlah kini media arus perdana sudah menjadikan tulisan NA sebagai umpan untuk memancing di kolam muktamar PAS dan mereka ini akan memburu pimpinan parti untuk mengambil ulasan dan diputar belitkan.
Saya juga berharap semua pimpinan parti agar mengambil sikap kunci mulut daripada mengulas tulisan NA ini.
Biarkan media arus perdana mencanang tanpa hala tuju yg sebenar….
Untuk NA pula..janganlah jadikan blog anda untuk menghentam pejuang parti dan seolah-olah untuk melobi diri sendiri dalam pemlilhan parti ini.
NA…jangan harapkan lontaran dalam blog ini mendapat simpati dan memberi laluan kepada anda dalam pimpinan parti…
April 28, 2009 pada 3:04 pm
inksensei
salam, rsanya ayat terakhir sdr tu agak tidak beradab…
NA melontarkan sesuatu utk kbaikan kita semua di dlm jemaah,
bukankah kita kena berkata benar sekalipun pahit?
mgkin sdr yg trlalu taksub dgn sesiapa shingga meluahkan kata2 yg bersifat direct, peribadi & tuduhan spt itu, klu kita btul2 fhm, NA memberikan komen yg umum & utk difikirkan oleh semua..
maafkan saya, kerana saya hanya menegur apa yg saya rasa x betul
saya percaya sdr juga sygkan islam
wallahualam.
April 28, 2009 pada 12:12 pm
adijagat
Bagi kawe rakyat marhaen yg bukan ulamak ni….tak perlu berbangkit langsung pasal “kerajaan campuran” atau “kerajaan perpaduan” dengan UMNO BN KERANA banyak keburukan & kebusukan yg telah dilakukan oleh kerAjaan BN selama 50 tahun yg lepas…menghina Nabi, alimulamak, raja2…menghapuskan BM dlm pengajaran Mat Sains…rasuah…dll….takkanlah kita tambah2 parti Islam nak pergi bersekongkol dalam tong najis bersama mereka…FIKIR2KANLAH WAHAI TEMAN tindakan YAB TGNA sebelum ini memang betul! …..hargailah kepercayaan & harapan rakyat yg mahu melihat Pakatan sebagai pemerintah baru Malaysia bukannnya bergabung dengan mereka!
April 28, 2009 pada 12:34 pm
Ariffin - Ipoh
TAHNIAH!! Bukan kepada kejayaan Kelantan dan Selangor dalam final bolasepak FA, tetapi keberanian saudara untuk berhujah dan memberi komen keatas kemelut yang berlaku kini. InsaAllah, semua pemimpinan serat pembantu pembantu ayahanda akan sedar serta melihat kepada rasionalnya hujah saudara.
Bagi saya, kiata semua ingin melihat kepada kejayaan ISLAM itu sendiri bukan kepada percakaran dalam saf-saf kepimpinan PAS. Hidup diatas mukabumi ini hanyalah kepadaNYA maka semua haruslah berwaspada kepada musuh-musuh serta pendajal-pendajal di sekeliling kita.
Marilah sama-sama kita mejaga perbuatan kita, jangan sampai kita membuat TGNA atau TGHH sebagai MAYAT HIDUP.
April 28, 2009 pada 1:25 pm
madani
Salam,
Komen dari saya anak muda,
Kalau BN benar2 ikhlas beri jawatan sperti yg di ungkapkan oleh Nik Abduh kepada wakil pas, Apa kata beri kepada PAS (Intelligence2 pas ) sebagai pembuka laluan kerjasama kita tengok apa perubahan yg boleh agen2 ini lakukan, saya meragui kekuatan iman manusia (manusia biasa macam kita bukan Nabi) apabila dilimpahi harta & wang ringgit, pangkat dan darjat takut2 Intelligence2 ini pun Croup jugak.
Dan sangat malang lah bagi PAS(UMAT ISLAM) jika pada waktu itu telah bergabung dengan golongan sikularisma ini, Saya sememangnya sangat takut kepada fitnah2 Dajjal.
Pada saya, muda mudi sekarang ini perlukan pendidikan kejuruteraan, kedoktoran dll yg berteraskan ISLAM, pada bayaran yg murah, amat lah elok kalau bijak pandai d kalangan PAS ini memikirkan cara bagaimana merealisasikan impian ini. Daripada bercakaran dalam politik.
Mana datangnya pemimpin yg faham ISLAM kalau dok ngaji dalam fahaman sikular, Orang Islam kalau dah terdidik elok dalam fahaman ISLAM dia akan ingat Mati lebih dari hidup di Dunia, kalau dia buat sesuatu mesti nak dapatkan pahala utk mati, dia tak akan membuat sesuatu yg dia tahu akan mendatangkan mudarat(dosa), tolong lah berfikir utk golongan muda-mudi seperti saya ini jangan kami di bebankan dgn kesilapan anda yg berumur, saya lebih rela Fakir dari berharta (tapi susah diakhirat kelak), Fikirkanlah jiwa anak2 muda yg terlalu mengejar hidup mewah-glamour-malas menuntut ilmu, supaya mereka berjiwa fakir.
Masa depan ISLAM Malaysia adalah d tangan anak2 muda masa kini, anda boleh ramalkan apa yg akan terjadi pd masa hadapan melalui pemerhatian anak2 muda sekarang (malas solat, malas mangaji, buka aurat tanpa malu, malas bersedekah, sukakan muzik, dll)
“FIKIRLAH CARA YANG TERBAIK SEBELUM BERTINDAK DAN BERTINDAK LAH SEBAIKNYA SELEPAS BERFKIR DI IRINGI DENGAN TAWAKKAL”
April 28, 2009 pada 1:52 pm
mohd
amat malang sebagai anak tok guru yg kami semua sayangi, kamu telah memalukan PAS, elok kamu mengajar di sekolah atau poundok asjalah, jgn join politik.sedih saya…
April 29, 2009 pada 3:04 am
laniaz
amat malang PAS ada orang seperti kamu, menuduh orang memalukan jemaah? siapa anta untuk adili niat ustaz nik abduh
April 28, 2009 pada 1:59 pm
izzac
salam, semua, sy setuju iklan kan program habib-habib dlm mana-mana blog yang panas.. sy cinta dekat para habib dan cinta juga dekat para ulama yang bukan habib..tapi kecintaan sy ke para habib lebih sikit lah..sebab depa ni keturunan Nabi Muhammad SAW….katakan tiba-tiba ulama tu jadi giler atau sasau maka habislah talian dia dgn kita…sebab terhenti ilmu dia utk d ajar ke kita…tapi..klo habib tu jd giler..n dia masih lagi ada hubungan dgn Nabi SAW…jadi bila kita cinta habib mcam kita cinta rasullah…klo salah..UTZ NA kena betul kan ana..sebab hendak tanya utz lain takut terkena utz me celop…eee..anyway….sy suka..baca ulasan dlm blog.. terutama pasal tulisan NA…sebab dia menambahkan kematangan ahli pas..supaya tak jumud and lebih faham sikit pasal politik n dah sah dlm pas ni ada banyak geng…mambo, rock, ulik mayang, geng and macam-macam geng..tapi semuanye…dgn satu tujuan utk memdaulatkan islam ,,,itu menunjuk kemajmukan PAS…ok PAS for ALL…berlumba-lumba utk buat kebaikan..sebab klo d lihat para pimpinan PAS terutama d kelantan..walaupun majoriti tipis masih lagi berjaya memgekalan GOV..so, kena tabik dekat utz benaran and utz me celop d kelantan ni…itu baru taraf utz mi celop…klo utz benaran macam NA tentu…satu msie…kita tawan…betul tak…eeee
April 28, 2009 pada 2:36 pm
alqassam
Askum Tulang Besi… Sudahlah….. tindakan kau cuba menyebelahi satu pihak buruk akibatnya.. kita menyanjung kedua2 ulamak ini.. mereka cuma manusia yang allah kurniakan ilmu agama serta istiqamah yang hebat.. tetapi mereka tidak maksum.. boleh buat silap. maksum hanya Rasulullah.. jangan sebab kau PAS jadi dia team.. kaulah pendosa besar kalau ia betul terjadi..
April 28, 2009 pada 2:48 pm
kelantanese
salam ust..
ape nk jadi dengan ust. ni!!!!
memang xcaye langsung yang ust akan tulis camni kt blog..memang hilang abes rspect kat ust..tak patut ust tulis camni dalam situasi yang tegang ni..ust dh pikir banyak kali k nak tulis ni
klu tok guru tahu mesti die rasa sedih sangat dengan tindakan anak nya :(:(:(
(aku xpercaye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
April 28, 2009 pada 3:10 pm
johan
Jangan cepat percaya dengan apa yang ditulis oleh Nik Abdu itu sebab.
1. Dia tulis ikut nafsi marahnya kerana melebelkan orang yang berada disekeliling TGNA orang yang tak reti ugama ( Mee Celup). Apakah dia tu alim sangatke? .
2. Nik Abduh hukum orang yang tak sependapat dengannya sebagai sesat. Ini tuduhan nik abduh tanpa hujjah.
3. Nik abduh tak dapat nyatakan apakah maklumat yang tak betul yang dilapurkan oleh orang disekeliling TGNA
Peringatan:
Nik Abduh masih budak lagi. Masih belum matang berpolitik. Belum masak dengan sepak terajang dalam politik. Dia kena belajar banyak lagi ilmu politik di samping ilmu agama sebelum menulis dan jadi pemimpim kepada jemaah islam.
Yang pasti Nik Abduh mesti bertanggungjawab dengan Allah tentang tulisannya yang telah dipergunakan oleh Surat Khabar untuk melagakan pejuang islam.
Perbezaan pendapat perkara biasa. Kalau kumpulan nak kerjasama dengan BN menang kita terima. Kalau kumpulan nak kerjasama dengan Barisan Rakyat menang kita terima. Tak payah bergaduh wahai Nik Abduh.
April 28, 2009 pada 3:15 pm
melayu islam
salam untuk semua sahabatku.
ni nak komen sikit.
dahlah tu, cukup2lah. kita sama2 cari silap kita dan perkuatkan islam.
silap sahabat tu kita tutup2kan lah semoga Allah menutup aib kita. amin.
April 28, 2009 pada 3:27 pm
khalif13
Guna istilah mee celup, ramai yang melenting yer?
Tak der point nak balas lah tu. Kenapa nak hairan bila timbul istilah mee celup, sedangkan dahulu bila Tuan Guru berdua keluar istilah “berkawan dengan syaitan, tuhan samseng, amanat TGHH” kita sama-sama pakat kata tak salah.
Korang semua ni tak ada hujah, tak pandai baca maksud Nik Abduh.
Teruskan menulis Ustaz Nik Abduh, memang anda di pihak minoriti tapi anda di antara yang tahu di mana silap dan benarnya.
April 28, 2009 pada 4:41 pm
nak_tahi
siapakah gerangan pembantu2 tersebut?? ++S++ ke??
April 28, 2009 pada 4:42 pm
nak_tahu
silap tu..bukan nak tahi..tapi nak tahu..masalah teknikal..maap..
April 29, 2009 pada 9:06 am
shafifah
Majlis Haul & Peringatan Tokoh-tokoh Ulama
Tempat : Ribath Ba’Alawi & Masjid Kg. Kuala Tekal, Temerloh Pahang
Tarikh : 2 Mei 2009 (SABTU)
Masa : 5pm – 10.00pm
ATURCARA MAJLIS:
5.00PM Kehadiran tetamu
Bacaan Yasin & Tahlil bimbangan Habib Ali bin Abu Bakar
Ceramah 1 Maulana Jauhari
Ceramah 2 Kiyai Syafie
7.20PM Solat maghrib
Mualid Dhia Lamik – Pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
Bacaan Manaqib Tokoh2 peringatan Ulama
9.00PM Solat Isyak
Ceramah 3 Habib Naqib bin Syeikh Abu Bakar
Qasaid
Ceramah Utama
Kehadiran Tuan/puan amatlah dihargai
http://pondokhabib.wordpress.com
April 29, 2009 pada 11:31 am
abu solah
bukan masanya nak ber bicara pasal kerajaan perpaduan ( uni,gov) perpaduan dalam pakatan rakyat pun tak beres lagi ….
April 29, 2009 pada 11:31 am
jemm
Haikal,
mu gilo ko nok suruh nik abduh ni hadi mursyidul am. tokser aku eh
abduh weh,
kalu demo kato oghe laen bodo, demo tu ‘gapo pulok ?
kalu demo kato oghe laen mee celup, demo tu mee ‘gapo ?
apa faedahnya cerita mu ni ko parti, selain cuba pecah-belah ? modal media umno ?
jange lah rendah2kan sumbange oghe laen
oghe kelate to sir eh ko mu tuh…
jange dok agah sangat gak. ‘ngaji ‘banyok lagi biar terbuka ‘palo otak. pindah gi KL ko… Ni dok terperap situ berlumut berdaki palo mu..
manggok teh… ‘kecek pun celupar..
liability to party mu nih nik abduh…
April 29, 2009 pada 12:50 pm
pokwi cabe 4
saudara abduh dikelilingi penasihat2 yang telah memunah reputasinya diketuai oleh Abe Jak Rata Panje..Azhar MPKB..Apa yg anda boleh tumpang dr Abe JAk?? syafaat Syurga @ Balak?
April 29, 2009 pada 2:09 pm
Mujahid Siber
Slm Ust.
ini adalah masalah dalaman yang tidak perlu di warwan dalam media bebas seperti blog, mgkin mklumat ini adalah untuk kefahaman ahli PAS sahaja dan ada alternatif lain untuk menyampaikan mklumat ini.
jika di warwarkan dalam media bebas ini akan mendatangkan fitnah n salah fhm terhadap parti, pemimpin n kpd si penulis…
April 29, 2009 pada 4:28 pm
waseem
Assalamualaikum wbt.
kali pertama saya mendengar suara nik abduh ialah semasa saya datang ke kb untuk mendengar kuliyyah TGNA di dewan zulkifli, pada masa itu nik abduh mengangtikan TGNA, kerana TGNA kurang sihat kalau tak silap saya, masa tu malaysia sibuk2 dengan 16 Sept. agenga DSAI, alhamdulillah pada malam 10 April 2009 saya berjumpa secara kebetulan dekat LTSIP P. Chepa dan sempat bersalam dengannya……
April 29, 2009 pada 6:29 pm
Abdul Ghani
THis is my first time visit to your blog. OMG!!!, why everybody calling themselves ana and calling others anta? Is this Saudi Arabia?. And, the way every comments were posted, i have no idea why PAS supporters keep on harping on how holy the party is and how infidels UMNO are when both are Muslims????. Tepuk dahi.
Mei 14, 2009 pada 5:20 pm
TimurLane
saudara pun cakap Inggeris, i u. Biarlah orang nak cakap ana anta.
April 30, 2009 pada 12:14 am
Cintailah_Ahlul_Bait
Salam buat semua…
Kembalilah kepada wasiat sebenar Rasulullah (saw) iaitu berpegang dengan Al-Quran dan Ahlul Bait Rasul (saw)…..
Mei 2, 2009 pada 11:52 am
MindA CERGAS
Cintailah_ahlul_bait,
Inilah yang wajib digerakkan oleh sekalian mukmin…..pada zaman akhir ini yang mana manusia terlalu bijak sehingga alam ghaib langsung tidak diendahkan…..termasuk menolak Ahlul Bait Rasul (saw)…..
Namun Allah sedang menjalankan perancangan besarNYA!……
Minda Cergas!
p/s…Abdul Ghani…….muslims?…..mukmin!…..there is marked difference between this 2 words…….TQ
April 30, 2009 pada 2:18 am
Budu
Pening kepala ana baca…. Janganlah menjatuhkan reputasi anta dengan kenyataan macam ni… Anta tak kenal UMNO dan BN dengan lebih dekat lagi, sebab tu boleh komen camtu…
Untuk makluman: seorang anak tidak semestinya mengenali ibubapanya dengan lebih dekat dan ibubapa juga tidak semestinya mengenali anaknya dengan lebih dekat. Personaliti bila bersama keluarga dan tanpa keluarga selalunya berlainan. Jadi dalam kes ini, tidak semestinya Nik Abduh lebih memahami bapanya. Terkadang kenalan lebih menyelami sikap dan pendirian seseorang.
Mei 4, 2009 pada 5:45 pm
saadon
Salam,
Mungkin PEMUDA kini yang bersifat lebih terbuka.
Dunia ini bukanlah diwarisi daripada ibu & ayah kita tetapi adalah amanah serta pinjaman daripada Allah untuk kita pertahankan demi generasi yang akan datang.
PEMUDA merasakan adalah perlu umat Islam Bumiputra Malaysia mempertahankan hak kita daripada terus jatuh & dijajah oleh BUKAN BUMIPUTRA.
Fikir-fikirkanlah kerana perpaduan Islam itu tidak semestinya tidak boleh berlaku disebabkan perbezaan parti politik.
Wslm.
April 30, 2009 pada 2:20 am
wan
salam ukhuwwah
pendedahan ini bukan satu keberanian tetapi satu kesilapan.
April 30, 2009 pada 2:27 am
Arif
Bukankah Pas sekarang dibawah gabungan Pakatan Rakyat masih lagi dan tengah “struggle” di medan peperangan menentang kebatilan UMNO dan Barisan Nasional?
Bukan korang semua tak tahu pun yang UMNO/BN ni dah berkali-kali diajak berunding, bermuzakarah dan lain2 lagi atas nama Islam?
Dan didalam peperangan kali ini, PAS masih lagi “struggle” dan belum menang lagi pun. Ramai lagi askar-askar kita yg masih dalam tawanan musuh. Belum ada tanda-tanda pun yang musuh kita mahu berdamai malah tanah jajahan kita pun dirampas mentah-mentah oleh musuh ini.
Yang kita ni dah elok-elok dalam satu pasukan yang dilihat begitu ampuh dan berpengaruh dikalangan rakyat jelata, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Apa kes ini??
Memang laa, kita sebagai parti Islam mesti menunjukkan sikap keterbukaan dalam berpolitik. Kita berjaya menerima dan berpakat dengan PKR dan DAP atas kepentingan Islam pun adalah berasas dari keterbukaan ini lah. Itu yang kita sepakati dan kita anggap yang terbaik untuk agama buat ketika ini. Kalau nak tunjuk keterbukaan pun, mesti bertempat la.
Dan bagi saya kita perlu dilihat konsisten dan tegas dengan pendirian kita selagi tidak timbul apa-apa masalah atau fitnah dalam gabungan pakatan ini.
Mei 4, 2009 pada 3:44 pm
saadon
Salam,
Kalau sesama umat di bawah satu kalimah kita masih bertelagah, apa yang diharap dengan bersatu dengan mereka yang bukan sekalimah?
Klu Islam Malaysia, majoriti tentunya orang Melayu. Kalau orang Melayu Islam sendiri suka untuk menyaksikan kejatuhan kaum sendiri, pada siapa lagi kita perlu berharap? Pada Allah SWT sudah tentu, tetapi kepimpinan kaum itu sendiri memastikan jayanya agama, bangsa & tanahairnya sendiri.
Beb! Klu bole wat statement tu pk dlu! Klu U bkn Melayu, sila berambus dari tanah Melayu!!..
Ingat kita di sini memperjuangkan agama, bangsa & tanahair kita sendri.
Mahu lihat kita merempat di tanahair sendri ke????…..
Pikir la dol!!!!!……
Hebohkan kuasa, kampung tergadai watpe!
Cari & tengok statistik pegangan hartanah/ aset kepunyaan org Melayu!!!…
Kaji! Jangan dok leka bergaduh sesama Melayu Islam!!!!…
April 30, 2009 pada 2:46 am
wan
salam ukhuwwah
nak ke orang umno buat Unity Government secara ikhlas? Unity Government umpan..umpan….umpan umno. tak faham lagi ke perangai umno. umno sesama mereka pun sanggup buat apa saja . inikan pula kita orang pas. orang pas bagi mereka adalah manusia yang lurus macam senduk. orang mukmin tidak akan dipatuk oleh ular pada lubang yang sama. ingat…. kita dah kena patuk dah.
April 30, 2009 pada 8:03 am
haikal
Teruk sangatke Tok Guru tu..sampai kena main dgn pembantunya?.. Entah-entah anda yg mereka-reka cerita…untuk kepentingan politik peribadi anda. Maklumlah…muktamarkan dah dekat.
April 30, 2009 pada 10:24 am
Mannar
salam,
Saya mengucapkan terima kasih yang banyak kepada ustaz yang sudi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu terkini mengenai Tok guru dan Tok guru haji hadi. Sebenarnya ustazlah orang yang paling rapat dengan Tok guru dan paling tahu mengenai pandangan Tok guru. Jadi apa yang ustaz jelaskan itu patut diterima oleh semua pihak dan orang yang cuba menghampiri Tok guru dengan tujuan yang tidak baik ana rasa ustaz dan adik beradik yang lain boleh menangkis interpretasi tidak sihat pihak yang dimaksudkan itu.
Namun begitu apa yang berlaku ini haruslah kita menanganinya dengan baik kerana masalah kepimpinan ini ia berkaitan dengan orang ramai. Akan timbul persepsi yang berbagai-bagai nanti apabila ia ditangani dengan cara yang tidak rasional dan bijak.
Akhir sekali saya ucapkan syabas kepada ustaz diatas penjelasan yang ustaz sampaikan. Semoga apa yang dilakukan itu beroleh keberkatan.
April 30, 2009 pada 11:34 am
lan
perpaduan utk kesejahteraan org melayu dan malaysia
April 30, 2009 pada 11:54 am
shafifah
Majlis Haul & Peringatan Tokoh-tokoh Ulama
Tempat : Ribath Ba’Alawi & Masjid Kg. Kuala Tekal, Temerloh Pahang
Tarikh : 2 Mei 2009 (SABTU)
Masa : 5pm – 10.00pm
ATURCARA MAJLIS:
5.00PM Kehadiran tetamu
Bacaan Yasin & Tahlil bimbangan Habib Ali bin Abu Bakar
Ceramah 1 Maulana Jauhari
Ceramah 2 Kiyai Syafie
7.20PM Solat maghrib
Mualid Dhia Lamik – Pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
Bacaan Manaqib Tokoh2 peringatan Ulama
9.00PM Solat Isyak
Ceramah 3 Habib Naqib bin Syeikh Abu Bakar
Qasaid
Ceramah Utama
Kehadiran Tuan/puan amatlah dihargai
Semua di jemput hadir
http://pondokhabib.wordpress.com
April 30, 2009 pada 12:26 pm
Nik Abduh dipanggil beri penjelasan « jiwo kelate
[…] Tok guru kerja – kerja bodoh dalam pas (2)tahniah!kerja – kerja bodoh dalam pasmendidik anak – anak (2)mari mendidik anak – […]
April 30, 2009 pada 4:55 pm
ultraman pr
Ini kali pertama sy membaca blog ustaz.Setelah dok heboh dlm paper pro umno saya tak amik peduli sgt.Kenyataan ustaz juga dipergunakan oleh bloger2 pencacai negara sbg modal mrk menghentam pas.Bila saya terbaca akhbar sinar yg neutral skit sifatnya,satu kenyataan dr AP shah alam yg meminta ustaz menjelaskan kekeliruan ini,saya terpanggil utk mengenali tulisan.Dulu pun sy prnh dgr ceramah ustaz di kg medan.Drpd kurang dikenali skrg nama ustaz tiba2 jd tersohor.Ustaz berani meluahkan pandangan.Tegur menegur amalan yg baik.Tapi saya mahu ustaz jelaskan secara terbuka kpd media,misalnya dlm harakah dll termasuklah dlm ceramah bg menjelaskan kekeliruan antara ahli pas.Apapun saya menyokong kepimpinan ulama dan bagi yg bkn bertaraf ustaz atau ulama tu tak payahlah tawarkan diri utk bertanding jwtn tertinggi dlm pas..hidup pas
April 30, 2009 pada 6:02 pm
dimanakahserbanpas?
Askum.
Nasihat ana kepada pucuk pimpinan PAS,
1. PAS tidak perlu kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional
2. PAS perlu kukuh sebagai parti Islam yang bebas daripada pengaruh PR atau BN.
3. PAS perlu fokus kepada Islam dengan membuat amal ma’aruf dan nahi mungkar.
4. PAS perlu kembali kepada asal perjuangannya untuk membina daulah Islamiyyah.
5. PAS perlu menasihati ahli-ahli yang semakin liberal supaya kembali kepada asas perjuangan berdasarkan kepimpinan ulama.
6. PAS hanya perlu seorang pemimpin sahaja sepertimana yang diketahui umum tidak boleh ada dua nakhoda di dalam satu kapal, dan orang itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
April 30, 2009 pada 7:43 pm
HAR
cepat sgt kita melenting, Nik abduh baru keluar ngan hujah2nye kalian semua dah perkatakan macam2 terhadapnye.. siapa kalian nk persoalkan nik abduh? sudah berapa lama kalian hidup bersama dgn TGNA sepanjang masa? rata2 semuanye berpaksikan kepada islam, tp manakah nilai islamnye? kita sudah jauh terpesong. jauh dari landasan sebenar.. kita dulu selalu menegakkan islam,cuba membangun bersama islam, tp la kita masih menegakkan islam tapi hanya untuk berpolitik meraih kuasa..
syabas ust. nik abduh atas pendedahan ini, wajarkah kita menolaknya?
April 30, 2009 pada 9:04 pm
mohd
slm…
sungguh pelbagai pendapat manusia…
jelas sungguh, penyokong artikel ini sungguh beradab dalam berbicara, walaupun dicerca teruk oleh pembangkang kepada artikel ini…
maafkan kami ya ALLAH.
Mei 1, 2009 pada 12:14 am
Pok Nik Klate
Salam Sdr Nik…
Satu tulisan yang baik dan membuka mata dan minda. Namun begitu harus barang diingat puak2 ni telah terlalu jauh kedepan..maknanya tindakan balas mereka selepas ini akan amat2 memeranjatkan…maka bersedialah menghadapi percaturan mereka2 ini yang masih muda belia…
Hari ini exco kanan bila ditanya pemberita supaya komen tulisan sdr..jawapan mudah ialah tak ada masa nak baca blog sebab sibuk bekerja… maka berhati2lah.. Sesungguhnya perancangan mereka amat rapi dan licik sekali…
Salam…
Mei 1, 2009 pada 1:48 am
pemimpinpastakpakaikupiah
1. Dulu ana hairan kenapa Husam Musa ‘cover’ aksi jilat dan tunjuk bontot kumpulan rock Carburetor Dung.
2. Sekarang dah tak hairan… sebab ada udang di sebalik ‘mee celup’…
3. Siapa letak cili kat ‘mee celup’ sendiri rasalah pedasnya…
Mei 1, 2009 pada 11:01 am
paskutidakberkupiah
1. Pemimpin PAS ini cuba cover golongan pemuzik tidak berakhlaq
2. Sedangkan orang bukan Islam sendiri pernah mengatakan ‘beyond sad and humiliation’.
3. Ingatlah kembali insiden ini telah mengaibkan PAS, tetapi pemimpin PAS ini pula cuba cover aksi buruk itu,
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa: Jangan Salahkan Carburetor Dung
Wednesday, 09 July 2008 12:43
KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.
“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.
Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.
Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.
“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”
Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.
“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.
Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.
Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat
Mei 1, 2009 pada 11:55 am
hasanbasree
rasional vs emosional
Mei 1, 2009 pada 4:42 pm
hasanbasree
Assalamu`alaikum warahmatullah
PESANAN PERJUANGAN UNTUK USTAZ NIK ABDUH
Saya jarang membaca tulisan saudara dalam blog. Namun, saya membaca tulisan saudara bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS” bertarikh 24 April dengan penuh minat dan ingin memahami objektif tulisan tersebut.
Saya adalah ahli Pas sejak lebih 25 tahun; mengikuti perkembangan parti secara umum dan membantu sekadar yang boleh; yang selebihnya saya terlibat dalam profesion dan berusaha menyebarkan Islam dalam industri dan komuniti di mana terlibat. Berusaha dengan kemampuan yang ada, walaupun saya bukan ulama.
Oleh kerana “addin itu nasihat” seperti mana maksud satu hadith sahih, sukar untuk saya mengelak daripada membaca dan tidak memberi pendapat terhadap tulisan Ustaz Nik Abduh yang meletup di akhbar ekoran tulisan saudara dalam blog.
Ahli PAS seharusnya bersyukur kerana terdapat di kalangan pelapis perjuangan orang seperti Ustaz Nik Abduh; prihatin terhadap hala tuju perjuangan; mendokong perjuangan secara sedar dan tidak sekadar ikutan; mempunyai ilmu diin yang baik untuk menjadi asas kepada amal; dan memiliki beberapa ciri kepemimpinan yang baik selain banyak lagi yang perlu dibentuk. Tahniah.
Orang yang faham pada perjuangan akan mempastikan perjuangan sentiasa tetap dan teguh di atas landasan biar apapun cabaran dan zaman berubah. Dia tidak akan ambil ringan atau kata orang “taking things for granted” jika ada tanda-tanda yang hala tuju utama perjuangan mahu menyimpang. Sebaliknya, dia akan segera memperingatkan dan menarik para pemimpin dan pendokong perjuangan atas kemungkinan tersebut.
Persimpangan kepada matlamat perjuangan adalah isu serius. Jika ada pihak mahu melencungkan halatuju perjuangan yang telah ditetapkan, dia tidak seharusnya dibiarkan melainkan ditangani dengan cara yang bijak dan berkesan apatah lagi jika dia adalah di kalangan pemimpin. Tidaklah mustahil, apabila seorang itu telah diambil oleh dunia, dia tewas dan boleh menjualbeli perjuangan.
Namun, dalam perjuangan Islam, mencapai matlamat dan bagaimana melakukannya adalah sama-sama penting. Kedua-dua – destinasi dan perjalanan – adalah ibadah dan oleh itu hendaklah dipastikan ia berlandaskan syarak dan menghormati adab-adab perhubungan sesama Muslim apatah lagi sesama ahli parti yang mendokong matlamat perjuangan yang sama.
Dari aspek ini, saya fikir, saudara seharusnya lebih matang untuk memanfaatkan pengalaman dan ilmu untuk membuat keputusan yang bijaksana.
Saudara seharusnya dapat membezakan yang mana perkara yang boleh di kongsikan dengan orang ramai melalui blog dan yang mana pula masalah parti yang mesti diselesaikan menurut saluran yang telah ditetapkan parti.
Tulisan saudara di blog tersebut tidakpun dapat menghuraikan segala-galanya kerana saudara sendiri sedar saudara tidak boleh memperincikan dan menamakan orang-orang yang terlibat kerana ia mengundang banyak masalah. Oleh itu, jika kita tidak dapat menjelaskan sesuatu kes dengan jelas melalui penulisan umum sehingga ia boleh mengelirukan, jalan terbaik ialah tidak langsung membuka cerita tersebut. Kenyataan yang tergantung dan mencetuskan spekulasi langsung tidak memberi banyak makna malahan lebih banyak mengundang polemik, salah faham dan merugikan parti.
Kebiasaannya, penulis blog atau kolumnis media cetak yang berwibawa sama ada ahli politik, pakar bidang atau pemimpin komuniti akan memberi pandangan umum dan membantu menyelesaikan masalah berasaskan prinsip. Dia akan mengongsikan data, maklumat, ilmu dan hikmah dengan orang ramai yang akan merangsang minda pembaca untuk membuat keputusan dan tindakan yang baik berdasarkan prinsip umum yang dia tulis tadi.
Jikapun seorang penulis terdesak atau diminta menjawab isu peribadi atau bersabit masalah dalaman parti, penulis yang berwibawa akan menterjemahkan ilmu, pengalaman dan kepakaran yang dia milikinya dengan memberi jawapan dengan hikmah; yang memberi harapan; yang membantu menyelesaikan masalah; tidak merendah-rendahkan pihak lain; hormat dalam perkara yang dia tidak setujui dan jauh sekali mengaibkan mana-mana pihak secara terbuka.
Oleh itu, pada saya, dakwaan bahawa wujud pembantu-pembantu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA) yang melaga-lagakan TGNA dengan Tuan Guru Dato Abdul Hadi Awang (TGHH) adalah dakwaan tidak wajar dikemukakan secara terbuka. Saya fikir saudara sepatutnya mencari saluran parti yang sesuai untuk melaporkan hal ini dengan membawa bukti.
Dakwaan bahawa pembantu-pembantu ini adalah sesat dan doa supaya Allah membalasi mereka dengan kejahatan adalah amat tidak wajar dan tidak sesuai dibuat secara terbuka. Mendoakan agar Allah melaga-laga mereka (pembantu-pembantu TGNA) di dunia mengingatkan saya kepada doa umat Islam supaya Allah melaga-lagakan golongan musyrikin dan menghancurkan mereka melalui strategi mereka sendiri. Sudahkah kita tiba ke tahap seorang ahli Pas mengungkapkan doa ini kepada ahli Pas yang lain?
Tulisan saudara kali memberi fokus kepada isu ulama dan bukan ulama tatkala parti mengerakkan agenda perpaduan dalam parti demi tugas kita yang banyak menanti kita. Mengapakah masih timbul isu golongan bukan agama dan golongan ulama dalam PAS? Isu ini patut ditamatkan segera kerana ia sudah terlalu lama berlarutan dan boleh merosakkan. Tidakkah agenda kita ialah merapatkan dan menyatukan ahli dan kesemua penyokong Pas sesuai dengan slogan ”PAS untuk Semua”?
Saya tidak memahami di mana rasionalnya Ustaz Nik Abduh kali ini melainkan mungkin kerana sesuatu yang terdesak sehingga beliau mengeluarkan kenyataan bahwa terdapat golongan yang belajar agama sekadar ”mi celup”. Pada saya, kenyataan umum ini terdapat unsur-unsur merendah-rendahkan orang lain dan tidak menunjukkan perasaan hormat-menghormati sesama kita para ahli Pas, tidak kiralah ulama atau bukan ulama. Malahan, tidakkah telah lama peranan kedua-dua golongan, ulama atau bukan ulama diiktiraf oleh kepemimpinan parti.
Kenyataan bahawa golongan bukan ulama hanya menghafal istilah agama tetapi tidak faqih mengenainya, adalah langsung tidak sesuai dan tidak ada objektiviti dalam konteks PAS pada masa ini. Memang benar penguasaan golongan bukan ulama terhadap ilmu diin amat berkurangan kerana mereka mungkin tidak berpeluang untuk mengikuti pendidikan agama secara formal sebelum ini. Tetapi hakikatnya mereka harus digalakkan untuk terus belajar tentang diin dan berusaha membawa Islam dan hujahnya ke dalam kehidupan keluarga, politik atau kerjaya mereka walaupun mereka mungkin tidak sefaqih ulama. Semangat inilah yang kita mahukan dan semangat inilah yang sepatut lebih dikemukakan dan didorong daripada kenyataan berbau sinis bahawa ada ahli Pas yang tidak faqih atau lemah ilmu agamanya.
Kesan yang lain daripada pembongkaran seperti tulisan Ustaz Nik Abduh ialah terjejasnya kewibawaan kepemimpinan PAS yang seolah-olah gagal menangani krisis dalaman. Selain itu, ia juga menghantar mesej yang salah kepada masyarakat seolah-olah parti tidak menyediakan saluran yang berkesan, selamat, menyakinkan dan mencukupi kepada ahli untuk mengemukakan aduan dan bantahan sehingga ahli mengongsikan hal rumahtangga parti melalui blog.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar peraturan khas diciptakan oleh PAS bagi menghadapi ahli-ahli yang sengaja membawa masalah parti ke luar parti apatah lagi di dada akhbar atau laman blog yang terdedah kepada salah faham masyarakat tentang situasi parti. Keburukan yang diakibatkan oleh tindakan seperti ini adalah lebih besar daripada manfaat daripada pembongkaran tersebut.
Ramai lagi ahli PAS dan pendokong perjungan yang biasa seperti saya, tidak memiliki jawatan dan apa-apa kepentingan dalam parti melainkan sama-sama berusaha dan berdoa agar parti ini dengan sokongan berbagai institusi dan rakyat Malaysia berjaya dalam misi untuk menegakkan syariah Islam di Malaysia.
Terlalu sedikit nilai dunia ini untuk kita tangisi, rebuti dan kejari melainkan kemenangan di akhirat melalui ladang dunia yang seharusnya kita sama-sama kerjakan untuk bekal kehidupan akhirat, tanpa mengira pemuda atau veteran, orang lama atau baru, ulama dan bukan ulama. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kemuliaan melalui dakwah dan perjuangan Islam yang kita dokongi.
Saya pohon maaf jika terdapat perkataan saya yang kurang sesuai dan hormat dalam tulisan ini.
Salam Perjuangan
hasanbasree
Mei 3, 2009 pada 10:37 pm
LittleMalays75
Salam saudaraku hasanbasree,
komen saudara seolah-olah tidak dapat menerima keadaan yang berlaku didalam perjuangan parti PAS sendiri. Teguran yang dibuat nescaya akan ditolak jika mengikut saluran yang betul yakni didalam parti sendiri. Pendirian setengah ahli PAS mengenai isu ini bercampur-campur dan bersedia untuk menolak jika merasakan kepentingan setengah pihak terancam didalam parti PAS sendiri. Bagi pendapat saya, pendirian ustaz nik abduh mengenai isu ini harus disokong dan diperjelaskan kembali. Adakah perkara ini boleh menjahanamkan parti PAS jika isu tersebut diketahui oleh orang luar?.. Mengapakah terdapat pendekatan penentangan saudara ini dirasakan telah menyebabkan kreadebiliti parti PAS terancam dan mungkin dimusnahkan? Insyallah tidak, PAS sebenar-benarnya dihormati didalam perjuangannya namun dengan perbezaan ideologi diantara parti telah memungkin sebarang serangan berbentuk politik dilakukan. Saya fikir parti PAS juga telah memberikan serangan politik didalam bentuk yang sama terhadap parti lawankan?.. Jadi jika pekung didalam PAS dibongkarkan sedikit demi sedikit insyallah permulaan barah itu dapat diubati secara beransur-ansur. Terimalah keadaan bahawa kini PAS juga mempunyai masalah yang sama didalam perebutan jawatan tertinggi didalam parti PAS yang bakal diadakan di Stadium Melawati Selangor nanti. Ahli pas bukanlah ahli yang boleh bebas melakukan perkara yang mungkar juga oleh kerana mereka juga manusia..
Mei 1, 2009 pada 9:16 pm
nadrah
Assalamualaikum w.r.t
Sebahagian manusia membaca dengan mata kasar, tidak membaca dengan mata hati. Justeru itu, jika dia ni pengikut ustad, dia akan sokong ustad habis2an, walaupun ustad silap. Kalau dia ni pengikut ustad mee celup, dia akan membangkang pendapat ustad. Jadi sekiranya ustad mendapat sokongan atau pujian dalam komentar, saya rasa ia bukan 100%, ia mungkin cuma dia tu pengikut ustad. Sebaliknya, yg membangkang sbb dia tu pengikut mee celup. Takkan lah saya yang rapat dengan ustad mee celup nak sokong tulisan ustad, walaupun ustad betul. Mesti lah saya backing juga ustad mee celup saya…. AKhir sekali, saya sokong ustad dan saya harap ustad gunakan proses yg lebih molek untuk menyelesaikan isu ini…. majlis syura, tak boleh berbuat apa2 ker……
Mei 2, 2009 pada 1:18 am
abu
saya sokong kenyataan ust nik, masalah hari ini adalah golongan anai-anai dalam pas, yang mejadi duri dalam daging. kerana itu kami cadang supaya pimpinan pas pusat mestilah dikalangan mereka yang telah melepasi tarbiyah, jangan pakai tangkap muat sebagai pimpinan. sekarang lihat anai-anai ni dah makan jemaah…berwalakan pimpinan mereka ketika masih mengaku ahli dan lain-lain
Mei 2, 2009 pada 1:32 am
HambaAllah
Salam,
Kita sesama dlm berjemaah usah cepat tuduh pembantu TGNA sebagai jahat..tanpa usul periksa..usah cepat mendoakan meeka yg tidak baik
Padahal perbedaan pendapat itu rahmat.
Jgn tunjuk amarah dlm menulis dan menuduh yg bukan bukan terhadap pembantu TGNA..ramaitu
wallahu a’lam
Ahli biasa
Mei 3, 2009 pada 10:23 pm
LittleMalays75
Salam saudara hamba Allah,
Sya fikirkan bahawa ustaz nik abduh telah menyiasat dan menyelidik perkara ini. Jangan dek kerana sesama jemaah tiada perkara salah boleh dibangkitkan. Kenapa harus ditutup demi menjaga kepentingan setengah pihak. Namun jika melibatkan parti lawan mengapa diboleh membukakan aib mereka sehinggakan boleh menjejaskan agama islam sendiri.
Mei 2, 2009 pada 8:53 am
aicik
Mcm ni aje la. Sdr Nik Abduh ni cuma anak kpd TGNA, Tak lebeh dari itu. Kalau org lain mi celup, dia mi maggi(2 minit). Kalau dia bukan anak TGNA, dia belum tentu duduk di saf kepimpinan Pemuda. Itu realiti. Dan semua kena terima hakikat ini.
Populariti bapa sudah menjadi satu platform politik bagi anak2 mereka untuk menerjah kedudukan dalam parti. Tidak ada bezanya Sdr Nik Abduh dengan NAjib,Hishamuddin, Mukriz maupun Nurul Izah dan Kak Wan. So, jadi lah ahli politik ‘mi maggi'(2 minit). Marah?. Tak salah berbeza pendapatkan?.
Mei 2, 2009 pada 7:15 pm
ahazeman
kebenaran tidak semestinya dari ulama berjubah labuh (isbal)… nik abduh telah menyatakan kebenaran… su’ul dzon sentiasa ada di hati hati mereka melihat secara jangka pendek. slogan menyamakan situasi biul dengan situasi keikhlasan sentiasa bermain di hati mereka…
“Populariti bapa sudah menjadi satu platform politik bagi anak2 mereka untuk menerjah kedudukan dalam parti”
tamsilan :
“apa beza jualbeli dengan riba… sama-sama mengambil untung dari perkhidmatan yang diberikan”
Mei 2, 2009 pada 7:20 pm
ahazeman
contohi kaedah rasullullah dalam merahsiakan golongan munafiq dalam pendekatan da’i. jamaa’ah.. supaya mereka bertaubat…. kerana di hati mereka ada penyakit… semoga dengan itu… Belas Kasihan Allah mereka akan bertaubat.
Mei 2, 2009 pada 7:27 pm
ahazeman
pendekatan Nik abduh terlalu emosi dan salah…. ikuti pendekatan rasullullah sebaik baik panduan…
Mei 3, 2009 pada 4:38 am
Arif
Orang macam Husam, Nizar, Mat Sabu.. ni kira permata2 yang jarang ditemui… jangan disia-siakan beb..
Mei 3, 2009 pada 11:44 am
bunyemen
Assalamualaikum..sanggup anda semua duduk di bawah parti yang memperjuangkan agama Islam yang ketuanya bukan dikalangan ulama’ (oran yang cetek dalam hal² hukam-hakam agama Islam)?.. runung²kan lah wahai orag islam!!!!
Mei 3, 2009 pada 10:18 pm
LittleMalays75
Salam Ustaz, Jika inilah harapan yang diperlukan oleh ustaz dan kepimpinan ulama didalam parti PAS, insyallah berjaya. Pada pengamatan dan permahaman oleh saya serba kekurangan ini, mungkin para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional akan meneliti perkara ini secara mendalam. Permintaan untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan mungkin akan menjadi agenda buat UMNO demi menjaga kepentingan Agaman Islam yang semakin tercabar dan dipersoalkan oleh rakan-rakan yang bukan islam. Semoga Ustaz menjadi penasihat yang terbaik buat ayahanda ustaz. Cubaan untuk melagakan kedua-dua pemimpin PAS yang sebenarnya dihormati oleh pihak rakan lawan telah mencetus ketidakpuashati diantara hati-hati yang pada zahirnya menentang perjuangan parti PAS, namum dengan rasa hormat semoga ustaz dapat menperjelaskan kepada ayahanda ustaz TGNA supaya memberikan komen mengenai beberapa isu yang boleh mengelirukan umat melayu / islam sendiri dimalaysia. Sebagai contoh YB Nga membaca Ayat Al Quran dan telah ditegur oleh Mufti Perak dan Mufti Johor mengenai isu ini. Pendekatan yag berlawanan ini akan memberikan impak yang besar didalam permahaman Agama Islam oleh umat islam malaysia yang mungkin cetek pengetahuan..
Mei 3, 2009 pada 10:26 pm
razmijelutong
takbirrrrrrrrrrr. pas 4 semua..
Mei 4, 2009 pada 4:36 pm
Pemuda Sg. Petani
Semoga Allah sentiasa memelihara pejuang2 yg benar. Persoalan yg memenuhi benak kami telah diurai oleh Ust. Jazakallah khairon jaza’ kpd Ust.
Mei 4, 2009 pada 8:31 pm
Blog Tok Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz | Air Travel Channel Guides
[…] son, Nik Abduh also has his own blog. His recent article “kerja – kerja bodoh dalam pas” received much attention from mainstream media for obvious reasons, to portray some negative […]
Mei 5, 2009 pada 11:08 am
dimanakahserbanpas?
Nasihat ana,
1. Fahaman “ketuanan rakyat” adalah merosakkan aqidah, yang betul adalah “ketuanan Islam”.
2. Inilah pemahaman liberal yang semakin merebak di dalam PAS.
3. Ustaz Nik Abduh cuba menghalang pemahaman ini daripada menular di dalam PAS, semata-mata untuk mengangkat darjat ulama di mata ummat.
4. Jika hal tidak dibendung atau dicantas, kelak akan menjadi barah yang akan memusnahkan PAS sendiri.
5. Ana tanya, adakah anta semua mahu PAS dipimpin oleh golongan wahhabi (anti-serban), syi’ah (anti-sahabat) atau liberal (anti-ulama), denagn secara sedar atau tidak telah meminggirkan pimpinan para-para ulama yang benar di sisi Allah swt?
6. Jika anta mahu perkara itu berlaku, buatlah. Allah swt tidak berhajat kepada sesuatu apa pun.
Mei 6, 2009 pada 2:10 am
bekas ajk UMNO
penyakit umno dah berjangkit kedalam PAS…penyakit Melayu
Mei 7, 2009 pada 9:06 pm
Musalman
Salam,
Posting digunakan utk menyampai nasihat agama..utk menguatkan iman dan keyakinan.. bukan utk berprasangka kpd org lain..mencari salah org lain memang syok ya….salah sendiri selalunya tak nampak
Bukankah baik berdoa utk kebaikan kpd org lain..ini tidak berdoa utk kejahatan sesama ahli jamaah..ini bukan cara yg diredai Allah
Ust ke tak ust..tapi jalan sudah salah..tetap salah juga
Allah yg memberi petunjuk kita kejalan yg lurus..bukan Nik Abduh
Mei 9, 2009 pada 2:07 pm
atas pagar
bila aku membaca posting dari kedua2 belah pihak…otak aku mula berpikir…hurmmm
Mei 10, 2009 pada 9:44 am
2batunisan
salam ustaz..
takziah atas kekalahan ustaz…….terkilan menyksikan pertembungan antra 2 anak tok guru spertimana kata mso.. itulah padahnya kerja-kerja bodoh dalam pas
Mei 10, 2009 pada 3:45 pm
dimanakahserbanpas?
Assalamu’alaikum.
Pas perlu mengembalikan ulama kepada jalan Islam yang sebenar, dan menjauhkan diri daripada terikut-ikut kepada perjuangan PR yang jelas menyasarkan PAS daripada landasan yang asal, iaitu negara Islam dan kepimpinan ulama.
Bagaimana Nik Abdul Aziz mengatakan PAS perlu kepada ulama professional? Ia amat mengelirukan kerana hakikatnya ulama tidak berhajat kepada golongan profesional, tetapi golongan profesional perlukan ulama.
Ana mengemukakan contoh daripada ceramah “Ketuanan Rakyat” oleh Anwar yang tersasar daripada aqidah Islam,
Sedutan ceramah
=============
Anwar menyebut, “Ketuanan rakyat yang kita maksudkan adalah demokrasi yang matang di bawah naungan raja beperlembagaan. Demokrasi yang matang adalah demokrasi dimana rakyatnya perkasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar, tindakannya dipandu oleh prinsip moral dan idealisme. Demokrasi inilah yang kita perjuangkan. Pohon demokrasi ini akan kita suburkan dengan pembinaan institusi-institusi masyarakat madani, media yang bebas serta bertanggjung jawab dan perlaksanaan undang-udang dengan seadilnya.”
Persoalan
=========
Adakah Islam disebut untuk pembentukan negara yang diidam-idamkan beliau? Jawabnya tidak ada. Sedangkan Allah swt berfirman,
“Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam.” *(Ali-Imran:19).
Tafsir al Azhar oleh Dr Hamka,
Kata ad-din ialah biasa kita artikan ke dalam bahasa kita dengan agama. Sedang arti ad-din itu menurut asli Arabnya ialah tha’at tunduk dan juga balasan. Sebab itu maka yaumud-din, berarti hari pembalasan. Maka di dalam ta’rif syariat segala perintah yang dipikulkan oleh syara’ kepada hamba yang telah baligh tapi berakal (mukallaf), itulah agama dia. Kadang-kadang disebut juga dengan kata lain, yaitu mullah, yang berarti agama juga. Dengan memakai kata millah atau millat, maka cakupan ad-din itu menjadi meluas lagi, mencakup sekalian peraturan hidup, bukan saja ibadat, bahkan juga mengatur negara.
Sedutan ceramah
=============
Anwar menyebut, “Justeru itu kita mahukan demokrasi yang matang, dan, manakala terdapat kebuntuan dan krisis berlarutan seperti yang berlaku di Perak, kewajarannya ialah untuk kembali kepada rakyat.”
Persoalan
=========
Anwar menyeru kita kembali agar kepada rakyat, dan tidak kepada Allah. Dimanakah aqidah beliau? Allah swt berfirman,
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Hud:88)
Sedutan ceramah
=============
Anwar menyebut, “Kini tibalah masanya kita merebut kembali erti perjuangan kemerdekaan; perjuangan yang bertunjangkan Ketuanan Rakyat.”
Persoalan
=========
Anwar mengajak ummat untuk berjuang bertunjangkan rakyat, sedangkan Allah swt dengan jelas menyuruh kita berjuang untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi sebagaimana definisi perjuangan Islam di dalam shari’ah hanya boleh membawa satu makna iaitu “menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya”.
Kesimpulan
==========
Pemikiran-pemikiran sebegini dikenali sebagai pemikiran Islam Liberal. Ia telah menyelinap ke dalam PAS dan ia akan pasti menjadi barah jika tidak dicantas.
Jaringan Islam Liberal
———————-
Ana kemukakan tiga daripada agenda Islam Liberal daripada tulisan dari Luthfi AsySyaukani, salah seorang penggagas JIL yang juga dosen di Universitas Paramadina Mulya,
1. mengangkat kehidupan antara agama. Menurutnya perlu pencarian teologi pluralisme mengingat semakin majemuknya kehidupan bermasyarakat di negeri-negeri Islam.
2. mengangkat kesamaan di antara wanita dan lelaki, dan
3. kebebasan berpendapat (secara mutlak).
Sementara dari sumber lain, Greg Bertan, Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Pustaka Antara Paramadina 1999: XXI) kita dapatkan empat agenda mereka adalah
1. pentingnya konstekstualisasi ijtihad
2. komitmen terhadap rasionalitas dan pembaruan
3. penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama
4. permisahan agama dari partai politik dan adanya posisi non-sektarian negara
Bahaya Firqah Liberal
———————
1. Mereka tidak memiliki ulama dan tidak percaya kepada ilmu ulama. Mereka lebih percaya kepada diri mereka sendiri, sebab mereka mengaku sebagai “pembaharu” bahkan “super pembaharu” yaitu neo modernis.
2. Mereka beriman kepada sebagian kandungan al-Qur’an dan menyembunyikan sebagian yang lain, supaya penolakan mereka terkesan sopan dan ilmiyah mereka menciptakan “jalan baru” dalam menafsiri al-Qur’an.
3. Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, yaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam. Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahwa Amerika tidak akan rela sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.
4. Orang-orang yang seperti inilah yang merusak agama ini. Mereka mengklaim diri mereka sebagai pembaharu Islam padahal merekalah perusak Islam, kononmya mereka mengajak kepada kepada Al-Qur’an padahal merekalah yang mencampakkan Al-Qur’an. Mengapa demikian ? Karena mereka bodoh terhadap sunnah. (Lihat Ahmad Thn Umar al-Mahmashani: 388-389)
5. Mereka berbahaya sebab mereka itu “sederhana” tidak memiliki landasan keilmuwan yang kuat dan tidak memiliki aqidah yang mapan. (lihat Ustadz Hartono Ahmad Jaiz, Bahaya Islam Liberal: 40, 64-65)
Mei 11, 2009 pada 4:31 am
mss
jgn dibuang pelita lama jika bermimpi fajar menyingsing..kenapa kita perlu merosakkan kerajaan skarang dari kita cube memulihkannya..jika pas benar2 sygkan islam..betulkan lh BN dari dalam..dan bukan membinasakannya,,,jika pimpinan PR xmampu memimpin malaysia lebih baek dari skarang.anak cucu kita akan salahkan ulama2 pas yg ade skarang..saya harap ade pimpinan pas yg membacanya..
komenlah saya smula jika berminat…liverpool360@yahoo.com
Mei 11, 2009 pada 10:12 pm
saifulislam
salam ustaz..
tahniah n trima kasih kpda ustaz krn sdikit sbnyk kkliruan yg mula btumbuh di atas tapak iman hati ini akhirnya trungkai..baik tgna ataupun tghh kdua2nya adlh insan yg cukup terpuji,brtaqwa n pastinye di kagumi serta di hormati oleh stiap pjuang islam yg “imannye brmula dr hati”..tidak perlulah dragukn lg akan kehebatan mreka dlm mghadapi sgla mcm ujian n rintangan sperti ini..membaca stiap ptah pktaan tulisan ustaz dlm blog ini ckup myenangkn hati sy,mesej yg cbe dsmpaikn ckup jelas,(tp ade lg yg xphm??)brani,berseni n cukup “bersih”,sbersih wajah ustaz ktika ustaz mnjadi mudir smu(a) darul anwar pulau melaka dlu,dmna sy smpt bljr dsana bbrpa thun wktu itu hehe..
oleh itu syabas ustaz..truskn usaha murni ini,smoga ape yg ustaz ingin “buktikn” ini dpt difahami oleh mrk yg ‘berkenaan”..kami sntisa bsama2 ustaz..
TAKBIRRRRR….!!
Mei 12, 2009 pada 5:39 am
The Kuala Lumpur Traveler » Blog Tok Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz
[…] son, Nik Abduh also has his own blog. His recent article “kerja – kerja bodoh dalam pas” received much attention from mainstream media for obvious reasons, to portray some negative […]
Mei 12, 2009 pada 11:03 am
Pegawai Risikan
salam pada sdr.Ustaz Nik,
Terkilan rasa dihati setelah saya membaca dan memahami apa isi yang tersirat oleh ustaz sebagai satu luahan hati walaupun banyak melalui kefahaman maksud yang dibentuk dalam bahasa kiasan,
secara umumnya ramai yang mengetahui pergolakan didalam parti PAS ..kehairanan saya disini adalah mengapa keadaan sedemikian itu wujud adakah sengaja diciptakan sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan pemimpin yang bertaraf Ulama untuk digantikan dgn pemimpin yang berstatus profesional ..Didalam perebutan pangkat dan darjat untuk menjadi pucuk pimpinan Parti terus terang saya mengatakan bahawa parti anda tidak selamat selagi ada diantara kamu(anasir² ) jahat yang sering menghampiri untuk cuba memporak perandakan parti…
Cuba kita renungkan sejenak PRU 13 hanya 2 tahun lagi akan diadakan selama masa 2 tahun bermacam macam perkara yang akan berlaku,kenapa kita asyik duk bertelagah tanpa mempersoalkan hak² & kepentingan rakyat yang dipimpin bukan hanya sekadar kita mahu menjaga kepentingan diri kita sendiri..INGAT siapa lah kamu tanpa pengundi yang kuat menyokong kamu..jangan sampai mereka itu lari meninggalkan kamu tanpa prejudis beralih arah ..dan ketika itu kamu menyesal kerana ketaksuban dan ketidak bertanggungjawab menjaga kebajikkan mereka maka penyesalan kamu itu tidak ada makna lagi…sudah tentu ia milik parti yang satu lagi….
” kawe anok kelate ake berdiri teguh belake TGNA & agama Islam ”
Seruan saya pada semua pembaca marilah kita buat satu penilaian hok mace dikatokan KPI ( key perfomace Index ) mari kito pepakat nilai sejauh mano pemimpin kito hok bergelar ahli ulama panda bicara soal agama adakah beliau ini betul betul meperjuangkan agama islam atau pun sekadar ingin menunjukkan idealisme masing²…
selepas penilaian dibuat mari kito buat pendekatan penyelesaian masalah dgn menggunakkan sistem yang mudah seperti 8D sistem iaitu kito mencari root cause ( punca ) mengapa ia berlaku dan cara atasi serta perlaksanaan jika ia telah disetujui selepas tue pemantauan adakah ia benar benar suksess…
itu sahaja ,sekian
wassalam
Mei 12, 2009 pada 2:08 pm
PKR JE
apalah hidup kau orang ni, asyik nak gaduh aje.cakap aje ak ada sangka buruk tapi……..itulah yang membuat anda hidup sentiasa keresahan dan rasa tak puas hati,bila masa nak hidup tenang
Mei 14, 2009 pada 4:24 pm
BukanUMNO
Assalamualaikum ustaz, ujian Allah semakin hebat gara-gara selepas PRU12 yang tidak pernah kita alami sebelum ini di mana PAS berada dikemuncak dan akan solid lagi pada PRU13 seterusnya cerah untuk sama2 menerajui pemerintahan bersama PR. Disebabkan itulah ada orang yg cuba mengambil kesempatan demi kepentingan diri jawatan atau agenda tersendiri. Mereka ini seperti api dalam sekam. Memang sakit kepala juga tapi bila memikirkan ilmu aku, jauh ketinggalan dengan ilmu tok guru hanya iman yang menjaga diri. Kita tak boleh cepat melatah. Pemikiran politik ulama’ sebenarnya adalah lebih tinggi dari orang kebanyakan. Mereka memikirkan keuntungan pada Islam bukan pada manusia. Konflik yg berlaku disebabkan ramai yg belum reti politik Islam. Banyak kerana terpengaruh kepada hawa nafsu. Setakat ini, kesetiaan tanpa berbelah bagi pada TGNA & TGHH walau apa jua keadaan.
Mei 19, 2009 pada 10:02 pm
Abdraziq
dakwatuna.com – “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mempergunjingkan sebagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12)
Betapa damainya Dinul Islam. Sungguh, Islam diturunkan Allah untuk menebar damai dan kasih sayang. Kepada siapa pun. Termasuk bagi mereka yang belum bersedia memeluk sejuknya sentuhan Islam.
Seorang muslim sejati akan senantiasa mempunyai warna yang sama dengan warna Islam nan sejuk dan damai. Hatinya begitu damai. Lembut dan bersih. Tak ada keluh kesah. Tak ada marah, kecuali pada sesuatu yang dibenci Allah. Bahkan, tak secuil prasangka pun yang bisa hinggap. Semuanya terkikis habis dengan lantunan zikir.
Maha Benar Allah atas firmanNya dalam surah Ar-Ra’d ayat 28. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.”
Damai dan tenteramnya hidup tanpa prasangka telah diperlihatkan di semua sisi kehidupan Baginda Rasulullah saw. Kepada siapa pun. Walaupun terhadap orang yang teramat baru menyatakan diri sebagai seorang muslim.
Beliau saw pernah marah dengan seorang sahabat. Pasalnya, pada sebuah pertempuran, sahabat ini membunuh anggota pasukan kafir yang tiba-tiba mengucapkan dua kalimat syahadat. Sahabat ini berkilah, “Orang kafir itu hanya bersiasat agar tidak dibunuh.” Dengan tenang, Rasulullah saw meluruskan ucapan sahabat tersebut, sudahkah Anda bedah tubuh orang itu dan mendapatkan kenyataan bahwa hatinya memang dusta?
Lahirnya prasangka dalam hati seorang hamba Allah sebenarnya memperlihatkan kelemahan hamba itu sendiri. Karena racun prasangka bisa merusak nalar seseorang sehingga tidak mampu berpikir objektif, apa adanya. Hati dan pikirannya selalu dibayang-bayangi curiga.
Ada beberapa hal yang menjadikan seseorang terjebak dalam kubangan prasangka. Pertama, lemahnya pendekatan diri ke pada Allah. Jauhdekatnya seorang hamba Allah sangat berpengaruh pada kesuburan dan kesegaran hati sang hamba. Kesegaran itu kian menguatkan hamba Allah dalam mawas diri. Ia akan mencermati benalu-benalu hati yang mungkin tumbuh. Dan mencabutnya dengan penuh teliti.
Sebaliknya, jika menjauh dari Allah, hati hamba itu akan ditumbuhi karat. Dan bayang-bayang cermin hatinya pun menjadi keruh. Hati seperti ini tak lagi mampu memantulkan cahaya Allah yang telah bersinar ke seluruh alam. Sebaliknya, pantulan hati ini begitu redup. Suram. Bahkan, menakutkan.
Maha Suci Allah Yang telah mengajarkan hamba-hambaNya tentang penjagaan hati. “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan supaya mereka jangan seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepada mereka kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadiid: 16)
Kedua, pengalaman masa lalu. Pengalaman masa lalu kadang punya bekas yang begitu kuat. Ia bisa lahir dari rutinitas kehidupan masa kecil. Anak yang dibiasakan hidup tertutup akan cenderung tumbuh sebagai manusia dewasa yang egois. Dan anak yang dibiasakan hidup di bawah tekanan akan tumbuh sebagai manusia dewasa yang mudah putus asa. Begitu pun dengan prasangka. Anak yang hidup dalam bayang-bayang ketidakpercayaan orang tua akan tumbuh menjadi manusia curiga dan penuh prasangka.
Sedemikian kuatnya pengaruh orangtua, Rasulullah saw pernah mengatakan, “Tiap bayi lahir dalam keadaan suci. Orangtuanyalah yang akan membentuk sang bayi, apakah menjadi yahudi, nasrani, atau majusi.”
Adakalanya, pengalaman besar yang tidak mengenakkan mampu melahirkan prasangka permanen. Seorang calon pegawai yang pernah ditipu jutaan rupiah akan menyisakan prasangka berkelanjutan. Atau, seseorang yang merasa dibodohi oleh pemimpin politiknya, akan menebar prasangka pada partai politik mana pun. Begitulah seterusnya.
Ketiga, pengaruh lingkungan. Lingkungan kerap menjadi guru kedua setelah sekolah. Tak jarang, terjadi tarik-menarik pada diri seseorang murid antara pengaruh pendidikan sekolah dengan perilaku lingkungan. Lingkungan membentuk seseorang menjadi sosok baru yang identik dengan lingkungannya.
Sering terjadi, sebuah lingkungan yang teramat jarang melakukan tegur sapa antara sesama anggota warganya, akan penuh curiga mencermati orang ramah nan penuh sapa. Sapaan ramah itu justru dibalas dengan curiga. “Jangan-jangan orang ini punya niat busuk,” begitu kira-kira reaksi masyarakat sekitar.
Semua itu, mungkin berawal dari pola pandang yang salah dengan dunia sekitar. Semua orang berperilaku buruk, kecuali telah terbukti menghasilkan kebaikan. Dan kesalahan ini akan sangat berakibat fatal jika diberlakukan kepada Yang Maha Pencipta, Pemberi rezeki, dan Penentu takdir. “dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang musyrik laki-laki dan perempuan yang berprasangka buruk terhadap Allah…” (Al-Fat-h: 6)
Prasangka terhadap Allah tidak tertutup kemungkinan terjadi pada seorang mukmin. Sebuah keputusan yang begitu bijaksana dari Yang Maha Bijaksana bisa disalahartikan. Kebodohan manusia kerap membuahkan prasangka kepada Yang Maha Bijaksana. Begitulah yang pernah terjadi di masa Rasulullah saw. Kenyataannya, ada sebagian mukmin yang enggan berperang. Mereka menilai bahwa keputusan itu kurang tepat. Karena perang identik dengan kekerasan. Surah Al-Anfal ayat 5 menggambar hal itu, “Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, dan sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman tidak menyukainya.”
Sungguh, kebodohan manusia kerap menjebak manusia pada prasangka, kepada sesama mukmin atau kepada Allah. Kebodohan seperti itu tak ubahnya seperti anak kecil yang buruk sangka pada obat. Karena si anak kecil hanya tahu kalau obat itu pahit.
Seorang mukmin sejati tak akan pernah lelah merawat hati. Ia senantiasa menyiram tanaman hati itu dengan air ruhani yang bermineral tinggi, menebar pupuk amal yang tak pernah henti. Dan, juga mencabut segala benalu prasangka dan dengki.
Seperti itulah seorang mukmin. Hatinya segar dalam zikir, seraya lidahnya memanjatkan doa, “…Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian (bersemi) dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman: Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr: 10)
Mei 26, 2009 pada 10:14 pm
din
Sudah sedekad rangkaian PKR atau pengaruh anwar berada dalam PAS. Kini kekuatan nya semakin terserlah. Kita sekarang dalam proses di PKR kan. Orang-orang kanannya hampir menguasai kepimpinan tertinggi. Mengapa kita masih berdiam diri serta membiarkan minda kita dikuasai & dikotori oleh ideologi politik mereka. Jangan terikut2 sangat dengan politik retorik mereka sehingga akhirnya rakyat tidak mempercayai kita. Kita perlu bangkit dari sekarang & kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Nilaikanlah perjuangan kita dahulu dengan perjuangan kita sekarang. Sejak kita bersama Pakatan Rakyat, perjuangan kita semakin menyimpang jauh. Kita bersekongkol dengan musuh yang nyata. Yang rugi adalah umat Islam sendiri. Perpaduan antara umat Islam semakin longgar. Atas kelemahan inilah memberi kekuatan kepada musuh2 Islam. Kalau dahulu kita menempelak orang2 Arab kerana tidak bersatu. Tetapi kini apa yang berlaku di sana, berlaku juga di sini. Lihat lah antara Hamas & Fatah. Kegagalan mereka adalah berpunca daripada keegoan & kebodohan mereka sendiri. Oleh itu saya harap ia dijadikan satu iktibar bagi kita di sini. Cuba fikir-fikirkanlah.
Jun 19, 2009 pada 12:15 pm
mzaidi.com
TAHNIAH USTAZ MEMBERI KUPASAN
Jun 23, 2009 pada 5:29 pm
Penyokong PAS Azali
Kebaikan dan keburukan pada sebilah pedang itu terletak pada benda yang sama..ketajamannya..jadi perlakukanlah ia dengan selayak dan sebaiknya..Saidina Ali R.H benar bila menghentikan perang tatkala memandang kitab suci di hujung mata pedang tapi wakilnya kalah dalam perbincangan lantaran kejujuran..qadak dan qadar Allah pasti berlaku..namun bukankah sarang labah-labah pernah menjadi alat penyelamat Rasulullah S.A.W..? Tenang dan sejukanlah wahai hati-hati yang sedang membara..
Jun 29, 2009 pada 1:01 am
muhariz
Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.
“Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh,” kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.
Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.
Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.
Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.
Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.
Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.
“Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu,” katanya.
Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.
Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.
Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
“Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan,” kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.
Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.
“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.
Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
“Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan,” kata beliau.
Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.
“Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai,” katanya.
Ogos 20, 2009 pada 11:45 am
Abdullah
MERCU TANDA KERAJAAN PAS KELANTAN
Begitu lama saya tidak ke kelantan mungkin lebih 15 tahun. memang teringin melihat sendiri negeri yg di gelarkan serambi mekah dan negeri tadahan wahyu. kemajuan di kelantan nampaknya agak sederhana, tidak kelihatan panggung wayang di sekitar kota baru malahan kebanyakkan wanita islam bertudung Alhamdulillah. menurut cerita orang tempatan bila musim cuti sekolah hotel penuh dengan pelancong . Dari tinjauan rambang pengusaha hotel juga banyak dimiliki orang islam dalam hati saya berkata disinilah satu2 kekuatan penguasaan ekonomi org islam yang boleh dibanggakan berbanding lain2 negeri.
semasa di hotel Ridel saya membelek2 majalah, mula2 saya belek2 majalah Astro kemudian satu lagi majalah “QIADAH” keluaran pejabat menteri besar kelantan. mula2 saya buka majalah saya tengok banyak artikel dari kerajaan kelantan dan tok guru Nik Aziz, boleh tahan juga pemikiran tok guru. setelah separuh saya selak saya terkejut besar melihat banyak gambar patung, ada patung baring, patung duduk dan patung berdiri serta yg lain2 seolah2 sedang mempromosikan malah dengan banganya disebut terbesar di Asia Tengara.
semasa orang tempatan(pemandu pelancong) membawa saya bersiar2 ke pantai irama perjalanan dari kota baru melalui bachok saya terlihat binaan patung tinggi melebihi ketinggian pokok2 berhampiran saya kata inilah patung yang terdapat dalam majalah kerajaan negeri QIADAH. saya tanya kepada pemandu pelancong semasa bila patung berdiri ini dibina dia kata yang ini agak baru berbanding yang baring. saya tanya lagi zaman pemerintahan sebelum Nik Aziz atau semasa Nik Aziz memerintah, dia kata yg baring tu dah lama rasanya sebelum Nik Aziz memerintah manakala yang berdiri kalau tak silap katanya semasa zaman pemerintahan Nik Aziz.
Saya terfikir bolehkah seorang pemerintah mempunyai kuasa mengaku beriman kepada Allah membenarkan perkara batil/sirik/maksiat meluluskan pembinaan sedemikian?
mempromosikan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum?
atau adakah tindakannya itu di benarkan dalam Islam?
marilah kita bincang sama-sama
sebagai bukti klik link ini. pejabat menteri besar kelantan
bagi org2 bn memang dah sedia maklum mereka berjuang bukan atas tiket agama 100% kalau mereka tak betul dan melangar agama memang begitulah caranya, cakap mcmanapun begitulah keadaannya. bagi pas meletakkan agama kononnya 100% maka mana2 perkara melangar batasan agama sudah tentu di persoalkan.
adakah anda setuju kerajaan Islam Nik Aziz mempromosikan bahan bakar api neraka dalam majalah kerajaan negeri?
adakah anda setuju kerajaan Islam pas kelantan membenarkan pembinaan patung sangat besar lebih banyak lagi di merata-rata tempat?
adakah anda setuju Islam mengikut corak pas?
adakah pas mengikut cara Islam seperti mana yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.?
salah satu persamaan bn mempromosikan perayaan sirik spt di batu cave dll dalam media masa tv, surat khabar dll.
pas mempromosikan tokong, patung berdiri, patung duduk, patung baring dll di muat dalam majalah kerajaan Islam ala pas kelantan “QIADAH” dan juga di internet.
ORANG KAFIR TERBAHAGI 2
1. KAFIR ZIMMI
2. KAFIR HARBI
orang kafir di negeri kelantan di bawah pemerintahan Islam tergolong yg mana satu?
tahap mana batasan yg dibolehkan untuk kafir zimmi?
jika mereka berada dalam kelompok kafir harbi maka perangilah…
SELEMAH-LEMAH IMAN BENCI DALAM HATI.
MENGAMBIL GAMBAR BAHAN BAKAR API NERAKA IATU PATUNG2, TOKONG DLL KEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM MAJALAH KERAJAAN ISLAM ALA PAS NEGERI KELANTAN UNTUK DIMASHURKAN, DIHEBAHKAN, DIPERTONTONKAN, DIPERKENALKAN, DIUMUMKAN DENGAN BANGGANYA TERBESAR DI ASIA TENGARA APA MAKNANYA?
TIDAK NAMPAK CIRI BENCI DALAM HATI MALAH SEOLAH2 SERONOK, BANGGA, BERSEKOGKOL, BERSUBAHAT DAN MEREKA2 YANG SETUJU SERTA MEMPERTAHANKAN TINDAKAN ITU ADALAH TERGOLONG BERSSUBAHAT JUGA.
STANDARD IMAN APAKAH INI?
MASIH ADA IMAN LAGIKAH?
STANDARD ISLAM APAKAH MANUSIA INI?
MASIH ISLAM LAGIKAH MANUSIA INI?
PERNAHKAH RASULULLAH S.A.W. BERTINDAK SEDEMIKIAN JIKA ADA KISAH DARI RASULULLAH S.A.W. ATAU SAHABAT2 ATAU NABI2 SEBELUMNYA SILA BERIKAN?
jika anda setuju tindakan kerajaan negeri kelantan Islam ala pas mengambil gambar dan memaparkan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum samalah maknanya anda ambil gambar dari majalah QIADAH gambar tokong2, patung2 tampal di rumah anda, dalam bilik tidur, ruang tamu, buat pembalut buku untuk anak2 anda bila di bawa ke sekolah nanti rakan2 terutama dari yg bukan islam akan memuji bahawa anda adalah seorang yg sangat perihatin dan menyangjung tinggi agamanya.
Patung berdiri di bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta. Ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat. Patung standing budha ini di sebut sebagai pasti akan menjadi tarikan terbaru pelancong ke kelantan pada tahun 2009 ini. Dalam patung ini ada lif untuk kemudahan pelancong. Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa untuk menyambut pelawat.
Sah pembinaan berhala ini zaman pemerintahan PAS PR(Parti Rosak). Siapa lagi yg benarkan pembinaan ini kalau bukan Parti Rosak. Tambah iklan lagi tu. Bukan nak memberi penjelasan itu tempat sirik yg di benci Allah.
Siapa yg sokong dan undi parti rosak kamu jawablah nanti di hadapan Allah.
SYIRIK ATAU TIDAK? Atau masih hendak menegakkan benang yang basah…
”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.al-Maidah ayat 2
adakah dengan menolong mempromosikan patung yang menjadi lambang kemusyrikan itu adalah merupakan satu perbuatan yang ma’ruf?
Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya): ”Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat ma’ruf serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. Jika sesebuah kerajaan gagal menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasul-Nya kehendaki.
Dulu kerajaan pas Trengganu musnahkan patung penyu tabik la jugak. kerajaan pas kelantan benarkan bina berhala la pulak
masa PAS amik alih kelantan tahun 90 dulu suma patung binatang dimusnahkan seperti patung kijang yg ada di bulatan dekat jambatan sultan yahya..
kalu pusing habis 1 kelantan xkan jumpa patung binatang yg kerajaan PAS jadikan perhiasan..
ok dah tang tu..tapi bab patung budha yg jadi promosi tu x tau nak cakap la..sendiri fikir..nak lagi best tanya TGNA sendiri apa justifikasi dia buat begitu..
Hai orang-orang beriman janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan pemimpin pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Surah At taubah ayat 23
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. surah Ali Imran ayat 28
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. surah Al Baqarah 120.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh diantara kamu, bahawa Dia bersungguh-sungguh akan MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DIMUKA BUMI,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.Dan sungguh Dia akan mengukuhkan bagi mereka agama(Islam) yang diredhaiNya bagi mereka.Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah dalam ketakutan menjadi aman tenteram. Mereka tetap mengibadahi Aku tanpa memperskutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa tetap ingkar setelah (mengetahui janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik’. (an-nur 55)
Soalan penting untuk tuan2 jawab.
Adakah anda bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan PAS kelantan membenarkan pembinaan berhala besar(terbesar di asia Tengara) dan seterusnya menjadikan tempat itu sebagai tarikan pelancong(pas hanya menyatakan pelancong) serta mempromosikannya kepada umum?
Dalam kerajaan yang dikuasai dan diperintah oleh orang Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH dan RasulNya, jika ada permintaan untuk mendirikan berhala besar oleh rakyat yang belum beriman kepada ALLAH, mana lebih disukai/diredai ALLAH tindakan dilakukan oleh pemerintah Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH?
A. Meluluskan dan membenarkan permohonan tersebut serta tumpang sekaki untuk dijadikan daya tarikan pelancongan.
B. Tidak membenarkan dan tidak meluluskan permohonan tersebut, sebaliknya menyeru dakwah agar mereka beriman kepada ALLAH semoga mereka kembali ke jalan yang benar.
surah maryam:
[42]
Ketika ia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
[43]
” Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
[44]
” Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
[45]
” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka”.
cuba hayati dan fikirkan surah maryam ini. ada nabi Ibrahim membiarkan ayahnya menyembah berhala? ada nabi ibrahim memberi kebenaran agar berhala itu dibina lebih besar. malah mengikut ceritanya nabi ibrahim memecahkan semua berhala dan ditinggalkan 1 berhala serta dikalungkan kapak ke leher berhala besar yg tinggal. bila kaumnya bertanya kepada nabi Ibrahim siapakah yang telah memecahkan berhala berhalala ini nabi Ibrahim memberitahu siapa yg ada kapak dialah yg memecahkannya. kaumnya berkata mustahil patung yang tidak bernyawa boleh memecahkannya. lalu nabi ibrahim berkata sesengguhnya berhala itu tidak memberi manafaat kepada kamu oleh itu sembahlah Allah.(lebih kuranglah kisahnya saya ingat2 lupa tk pandai nak susun cerita)
surah taha 99
Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.
Oktober 8, 2009 pada 10:25 am
Sepatutnya SETPOL ini sudah lama digugurkan… « Pinkturtle
[…] melebihi pengaruhnya. Selain dari salah seorang Exco, dialah yang Ustaz Nik Abduh gelarkan sebagai pembantu ayahandanya yang sesat di dalam blognya dulu. Siapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam penguasaan totalnya ke atas Tok […]
Oktober 23, 2009 pada 8:19 pm
mohd said zakaria
Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai. Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.
Oktober 24, 2009 pada 11:48 pm
seijiseimura84
Salam….
walaupun UMNO dan PAS jauh berbeza, namun ada persamaan yg boleh diusahakan, persamaan ini adalah merujuk kepada pebasmian arak, judi, dan seumpamanya.
Setiap org ada peranan masing2,
kita jgn mengatakan kepada ulama; jadilah kamu seorang doktor
dan jgn katakan kepada seorang doktor; jadilah kamu seorang pendakwah
sebaliknya katakan jadilah org yg bermanfaat utk islam sesuai utk bidang kamu.
Nabi muhammad saw pun membahagi2 tugas2 sahabat antara berikut :
Ubay adalah org paling baik bacaanya
Muadz org paling baik mengajar halal dan haram
Ali paling baik dlm keputusan antara mereka
zaid yg paling baik dlm urusan farai’d
Al Baqarah : 60
“Sungguh, tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya (masing)
Kesimpulan yg saya ingin buat, biarlah tanggungjawab itu dilaksanakan bersesuain dgn peranan mereka
Ini saya ambil dari buku karya Dr ‘Aidh Abdullah Al Qarni
Salam
Ulama mempunyai kedudukan penting dlm komuniti umat islam sebagai rujukan org islam dlm pelbagai bentuk nasihat dan memberi fatwa. Saya bimbang cmpurtangan ulama dlm urusan politik hanya merosakkan kedudukan ulama dalam kaca mata masyarakat. Apabila sumber rujukan umat islam sudah rosak, kepada siapa masyarakat mahu merujuk?
Tambahan pulak, saya rasa tuan atau ayahanda tuan perlu memberi penjelasan kepada org islam akan keselematan umat islam dlm negara yg akan ditadbir oleh majoriti nonmuslim sekiranya pakatan rakyat menang menjadi kerajaan. Saya fikir itulah punca kerisauan rakyat masa kini, dan ramai rakyat berasa kurang senang, lebih2 lagi di bawah pimpinan majoriti bukan islam. Pemimpin PAS harus mencari atau membuat statement yg dapat mengurangkan kebimbangan ini. Saya harap itu dapat membantu dlm mengurangkan kerisauan masa kini
Oktober 31, 2009 pada 1:02 am
khairil
salam..saya menyokong ust.dalam pendedahan yg ust tulis ini..moga Allah membalas kerja jahat mereka..
November 16, 2009 pada 4:42 pm
nawi
Ustaz… jumaat lepas ambo sor flight dgn rombongan Darul Anwar ko Acheh.. hekhkeheeee… itar2 ustaz.. takdok napok…
Daghi lakkung saghi nae nih.. ambo jaddi memikirkan banyak cantuman kejadiae… adokoh Ustaz sendiri telah memendam rasa dengan keadaae “sekeliling”… maemae susoh dih maing nga menasio nih…
November 20, 2009 pada 9:51 am
Abuya
Ustaz,
Sedap la tulis keja2 Bodoh dlm PAS ni. Tulis lah sama pasal CEO PBMK sama baru kira betul2 kritis. Kami rakyat marhaen nak tau apa sebenarnya dgn CEO ni biag org taja hj TGNA samapai RM65,000 betulka? atau TGNA difitnah ka? Kesian TGNA ayah ust sendiri di ganayang sedemikian rupa, apakah ni juga keja orang bodoh dlm PAS ka?
Disember 1, 2009 pada 9:17 am
tumpang jah
“ISLAM AGAMA YANG MUDAH” yang jadi payahnya apabila penganutnya “kalah dan lemah dengan pengaruh nafsu masing masing”. Tak kiralah apa level pendiikan dan jawatan anda dalam parti dan sebagainya..nafsu tak kenal siapa…makin tinggi level pendidikan dan ilmu, makin tinggi jugalah level iblis yang ditugaskan untuk “test” imannya. Yang ALLAH akui Nabi Muhammad saja yang perfect..lepas tu kena ikut cara hidup nabi lah baru betul . Tapi nabi pesan jugok..Al Quran dan Sunnah saja yang betul puak2 kito ikut je la dua perkara ni. Pakat dok berbalah nak bela manusia apahal..satu lagi IKHLAS dalam ibadah.. sama sama kita check pada diri masing masing dengan tulusnya..sejauhmana ikhlasnya kita dalam ibadah seharian…perkara ikhlas ni setan takut. Kalau ilmu tinggi, pangkat tinggi , rumah tinggi..setan tok takut weeeee…….Rasa rasanya agama Islam tak payah sangat. Kita je yang gagal dan lemah “mentadbir DIRI”. Ko lagu mano..
Disember 1, 2009 pada 9:45 am
ubikayu
Gini ja la..kalau nak jugak berhujah di blog gini. sapa2 yang tak senang dengan tok guru. coba try tengok solat subuh sendiri dulu…agak2 stabil juga koo. he he heee
Disember 7, 2009 pada 11:31 pm
ubikayu
Apa kata kita pakat pakat jaga solat kito masing masing…solat anak anak kito…keluarga kita belako. Jago dari aspek disiplin nya dan kualitinya bagi ore dewasa. Lepah tu………..rajin2 berdoa. dalam apa jua hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan akhirat.
Kalau dah okey……….doh. Tengok apa raso di hati. Nok sokong sapo.
Januari 8, 2010 pada 2:12 am
Ana
Subhanallah..
Januari 23, 2010 pada 4:45 pm
amzchemie_mujahid
mungkin orang yang xfaham erti sebenar perjuangan PAS ni, bezanya dengan UMNO, akan terus cuba untuk tidak memahaminya…sebanyak manapun hujah dan dalil yang diberikan, akan terus dia bangkang walaupun kadangkala hujahnya seperti keanak-anakan yang hanya bermain dengan imaginasi yang lahir dari nafsu yang tak terkawal lagi…
ape pun, bersama kita untuk perbaiki segala kelemahan…
Mac 5, 2010 pada 9:21 am
Hanafi bin Ismail
Asslamu’alaikum.
Saya amat menggemari ceramah & tulisan ust, tapi bila ust memperlekehkan org lain khasnya sesama sahabat dlm perjuangan Islam saya amat bimbang takut perkara tersebut akan menyebabkan persepsi rakyat akan jadi negatif terhadap perjuangan PAS khususnya terhadap pribadi TGNA sendiri. Walaupun bukan tujuan ust untuk mewujudkan persepsi negatif, tapi berdasarkan apa yang ust tulis org akan membuat tanggapan bhw betapa lemah dan bodonya TGNA kerana begitu mudah terpengaruh dgn penasihat-penasihatnya yg ‘jahat’. Betulkah mereka semua jahat? Atau tidakkah mungkin ust yang jahat sangka terhadap mereka? Agaknya itukah cara yg dianjurkan oleh nabi ? Tdak adakan cara yg lebih lunak?
Mac 5, 2010 pada 9:53 am
Hanafi bin Ismail
Mengenai ‘Unity Government’, rasanya pendapat TGNA adalah lebih tepat dalam konteks dakwah. Hanya mereka yang tidak mengenali pribadi TGNA secara dekat & tak pernah mengikuti kuliah beliau shj yang menganggap TGNA menolak konsep perpaduan sesama Islam dan teramat benci kpd org-org umno.
Di sini saya ingin paparkan beberapa pandangan yg telah saya kirimkan kpd beberapa pimpinan PAS peringkat pusat dlm bulan oktober tahun 2009 yg lepas;
“KEARAH MEWUJUDKAN PERSEPSI POSITIF DI KALANGAN RAKYAT TERHADAP PERJUANGAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT”
Assalamu’alaikum
1. Saya gembira dengan ketegasan Tok Guru dan kepimpinan tertinggi PAS terutamanya dalam hal menolak konsep ‘kerajaan perpaduan’. Konsep ini hanya akan menjadi talian hayat kepada UMNO dan menyebabkan UMNO akan terus sesat dan tidak akan berubah kepada perjuangan Islam. Yang ruginya adalah gerakan Islam kerana konsep tersebut akan membantutkan usaha kearah melaksanakan syariat Islam.
2. Dalan tahun awal 80-an dahulu, bertempat di Dewan Zulkifli dalam satu program anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan Tuan Guru menasihati kami (Pemuda PAS ketika itu) bahawa kita wajib sayang kepada orang-orang UMNO, kerana mereka adalah adik-beradik kita, ibubapa kita, anak-anak kita, mak saudara dan pak saudara kita, kerana dalam keluarga kita ada PAS dan ada UMNO.
3. Tok Guru bertanya, bagaimana cara kita nak tunjukkan sayang kita kepada mereka? Dan Tok Guru sendiri menjelaskannya; UMNO mengamalkan dasar pragmatik, iaitu dasar hanyut mengikut arus. Bila ramai rakyat hendakkan nasionalis maka mereka akan jadi nasionalis. Bila ramai rakyat hendakkan sosialis mereka akan berubah kepada sosialis. Mereka akan berubah mengikut sentimen rakyat untuk menjamin sebahagian besar rakyat mengundi mereka dan mereka akan terus berkuasa di Malaysia.
4. Tok Guru menjelaskan lagi bahawa kita mesti menggunakan peluang pragmatiknya umno ini untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan melaksanakan syariat Islam dengan cara kita melawan UMNO habis-habisan dan serentak dengan itu kita juga mesti menyampaikan seruan dakwah kita kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa syariat Islam adalah syariat yang terbaik dan sempurna kerana ianya ciptaan Allah swt untuk manusia mengamalkanya di dunia ini bagi mencapai kesejahteraan hidup dan keredhaanNYA.
5. Tok Guru kata, usaha dakwah kita hendaklah berterusan sehingga dapat membentuk sentimen dikalangan sebahagian besar rakyat yang inginkan sebuah pemerintahan Islam. Dan ketika itu UMNO akan tertekan. Mereka akan dapat merasakan bahawa mereka akan mengalami kekalahan dalam pilihanraya sekiranya mereka tidak mengubah dasar parti mereka kepada Islam. Insya Allah pada ketika itu mereka akan berubah kepada perjuangan Islam. Walaupun mereka berubah untuk menjamin kesinambungan pemerintahan mereka, namun oleh kerana mereka telah mengubah dasar mereka kepada Islam, maka kita akan bersatu bersama mereka untuk menyokong dan mendokong usaha membentuk sebuah kerajaan Islam yang mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
6. Saya yakin apa yang Tok Guru nyatakan itu bukan sekadar teori semata-mata, tetapi merupakan suatu kaedah yang terbaik dalam sistem demokrasi dan dibenarkan oleh Islam untuk mencapai kemenangan. Insya Allah Islam akan tetap mencapai kemenangan.
7. Dalam perkara memperbetulkan persepsi rakyat terhadap PAS, kita perlu mengkaji dahulu kenapakah mereka berpersepsi sedemikian. Mengikut pemerhatian saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan wujudnya keadaan sedemikian:
a. Kewibawaan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedikit terjejas apabila beliau mencadangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama BN dan mendakwa PKR dan DAP sudah bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan tersebut. Lebih menjejaskan lagi kewibawaannya apabila Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa Haji Hadi perlu jawab bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi perlu jawab juga kepada Tuhan.
b. UMNO telah berjaya mengeksploitasi isu Kerajaan Perpaduan bagi mengaut simpati dan sentimen rakyat untuk kembali menyokong perjuangan UMNO. Pemimpin UMNO berterusan menjemput pimpinan PAS untuk berunding dan bermusyuwarah dengan mereka bagi mewujudkan perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam, manakala PAS pula berterusan menolaknya tanpa hujah yang kuat yang boleh diterima rakyat. Bagi orang-orang PAS yang sering mengikuti kuliah dan laman blog Tok Guru dan kepimpinan PAS yang lain tidak menjadi masalah untuk mereka memahaminya. Tetapi bagi golongan yang tak pernah mengikuti kuliah pemimpin PAS dan tak pernah menjengok laman blognya tentunya sukar bagi mereka untuk memahaminya. Jika Dr. Asri (bekas mufti) yang terlibat dengan perjuangan Islampun tak faham kenapa PAS menolak dan menutup pintu rundingan dengan UMNO demi perpaduan sesama umat Islam, bayangkanlah bagaimana sebahagian besar rakyat Malaysia yang tak terlibat dengan perjuangan Islam akan dapat memahaminya. Dr. Asri bertanya (dalam blognya); apakah kerana mendendami kezaliman UMNO yang lalu?
c. Saya pohon maaf kepada Tok Guru kerana berpendapat tulisan Tok Guru dalam laman blog yang mencadangkan diadakan EGM bagi menyingkirkan beberapa pemimpin utama PAS juga menyebabkan bertambahnya lagi persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap PAS. Kepimpinan PAS kelihatan seolah-olah tak berdisiplin dan tak berperaturan.
d. PAS agak ’senyek’ dalam memperkatakan matlamat perjuangannya untuk melaksanakan syariat Islam sejak bersama Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apa sudah jadi dengan matlamat perjuangan PAS? Jika matlamat untuk memperjuangkan syariat Islam telah digugurkan, apa lagi yang membezakan PAS dengan UMNO?
e. Isu bai’ah. Adakah pimpinan PAS hanya berbai’ah untuk setia kepada parti dan tidak berbai’ah dalam hal menyimpan rahsia parti?
f. Program-program tarbiah di peringkat cawangan agak lesu terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.
8. Dalam hal menutup pintu rundingan dengan UMNO, pada pandangan saya ianya hendaklah dinyatakan bersama dengan hujah-hujah yang konkrit dan syar’ie. Jika hujah tak kuat, simpati dan ’mood’ rakyat terutama yang di atas pagar akan berpindah kepada UMNO kerana UMNO kelihatan lebih terbuka dan inginkan perdamaian. Rasanya PAS perlu meletakkan syarat kepada UMNO supaya menunjukkan komitmennya dalam pelaksanaan syariat Islam (termasuk hudud) di Malaysia untuk berunding dengan PAS. Lebih elok lagi kalau pehak PAS yang mencadangkan kepada UMNO untuk menganjurkan seminar dengan tajuk ”Kearah Perlaksanaan Syariat Islam Yang Syumul Di Malaysia”.
9. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tok Guru bahawa perjuangan UMNO tidak akan membawa rakyatnya ke syurga. Bagaimanapun rakyat perlu diberitahu dengan nas dan dalil yang lengkap betapa sesatnya perjuangan UMNO. Rasanya tidak cukup sekadar mengatakan UMNO sesat kerana mereka berpendirian ’agama suku dan politik suku’, kerana mereka telah kalih dengan hujah ini. Kebanyakan golongan muda tidak memahaminya. Mereka menganggap Islam mereka telah sempurna dengan mengamalkan lima rukun Islam serta beriman dengan enam rukun Iman. Ulama’ UMNO yang mengajar mereka begitu. Rakyat perlu diberitahu dengan tegas bahawa berjuang untuk melaksanakan hukum Allah (hudud) adalah wajib dan berdosa kalau mengabaikannya. Rakyat juga mesti diperingatkan sekali lagi (terutama golongan muda) bahawa apa sahaja usaha untuk menghalang golongan yang berusaha hendak melaksanakan hukum Allah boleh membawa kepada murtad.
10. Rakyat juga perlu bukti bahawa ’PAS FOR ALL’ bukan sekadar slogan PAS. PAS perlu menterjemahkan slogan tersebut menjadi suatu program yang dirangka khas sebagai ’Pelan Perpaduan Ummah Yang syumul’ dan tersendiri yang bukan sahaja berupaya menyatu-padukan umat Islam di Malaysia sekadar di dunia, bahkan Insya Allah akan membawa mereka ke syurga di akhirat nanti. Pelan Perpaduan Ummah anjuran PAS bukan sahaja untuk umat Islam, tetapi melibatkan juga semua kaum di Malaysia. Rakyat perlu diyakini bahawa kita menentang UMNO bukan kerana kita membenci mereka, bahkan kita menentang mereka kerana kita sayangkan mereka dan ingin membawa mereka ke pangkal jalan yang sebenar yang diredhai Allah swt. Apapun yang kita lakukan adalah demi kasih sayang kita kepada mereka. Insya Allah simpati rakyat akan bersama kita. Tetapi yang lebih penting ialah keredhaan Allah swt. Kepada perjuangan kita.
11. Solat hajat perdana di seluruh negara hendaklah diadakan untuk memohon agar Allah swt membuka pintu hati pimpinan UMNO bukan sahaja supaya membayar wang royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan, tetapi turut juga membuka pintu hati mereka untuk menerima dan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya.
12. Saya masih ingat dan amat kagum dengan jawapan Tok Guru kepada wartawan yang bertanyakan pendirian Tok Guru mengenai usaha YM Tengku Razaleigh menjemput DAP untuk bersama Angkatan Perpaduan Ummah menentang BN dalam pilihanraya umum tahun 1990 dahulu. Tok Guru jawab: Alhamdulillah, saya amat bersetuju dan merasa gembira dengan perkembangan ini. PAS memperjuangkan syariat Islam, manakala DAP pula menentang pelaksanaan syariat Islam tentunya mustahil PAS dan DAP boleh duduk bersama. Alhamdulillah dengan adanya Semangat 46, PAS & DAP akan dapat duduk bersama dan PAS akan menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan tentang Islam yang sebenar kepada mereka. DAP menentang Islam kerana mereka tak faham akibat sabotaj daripada pimpinan UMNO sendiri yang menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam dengan syariat Islam. Inilah jenayah terbesar yang dilakukan oleh pimpinan UMNO kepada perjuangan Islam. Sudah lebih setengah abad UMNO berkongsi kuasa dengan kaum bukan Islam tapi tak pernah pimpinan UMNO menerangkan ’Konsep Perjuanagan Islan’ atau ’Konsep Keadilan Dalam Syariat Islam’ kepada mereka. Sebaliknya pimpinan UMNO telah mengada-adakan berbagai alasan yang boleh menakutkan orang-orang bukan Islam untuk menerima syariat Islam.
13. Alhamdulillah, tak sampaipun 20 tahun DAP berkawan dengan PAS walaupun kadang-kala hubungan itu berlangsung dalam keadaan tegang dan pernah putus dan kemudian bertaut kembali, Alhamdulillah kefahaman mengenai kebaikan syariat Islam di kalangan orang-orang bukan Islam semakin baik. Bahkan kebanyakan pimpinan DAP telah menyatakan persetujuan mereka kalau syariat Islam dilaksanakan untuk umat Islam di Malaysia. Yang menentangnya hanyalah Karpal Sing dan beberapa orang sahaja lagi. Inilah hakikat yang perlu di warwarkan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia.
14. Rasanya sudah sampai masa yang sesuai bagi PAS untuk kesekian kalinya sekali lagi mencadangkan kepada UMNO secara rasmi untuk berbincang atau berseminar untuk merangka ’Pelan Tindakan’ atau ’Blue Print’ bagi melaksanakan syariat Islam sepenuhnya di malaysia. Kalau program Wawasan 2020 boleh dirangka untuk mencapai hasrat menjadi negara maju, apakah alasannya lagi bagi UMNO untuk menolak cadangan PAS merangka ’Pelan Strategik’ bagi melaksanakan syariat Islam untuk mencapai keredhaan Allah? Kalau sebahagian besar orang-orang Cina dan India telah bersetuju agar syariat Islam dilaksanakan untuk masyarakat Islam, adakah orang-orang Meleyu UMNO masih ada hujah untuk menolaknya? Kalau UMNO terima Alhamdulillah. Kalau UMNO tolakpun Alhamdulillah juga kerana kita akan mendapat pahala serta Insya Allah simpati dan ’mood’ rakyat yang mempunyai roh Islam akan bersama kita.
15. Lajnah Penerangan, Lajnah Tarbiah serta Lajnah Perang saraf bagi semua Dewan (Ulamak, Pemuda, Muslimat & Kelab Penyokong PAS) hendaklah duduk semeja berbincang untuk menubuhkan satu pasukan bagi mengkaji dan menjawab sebarang unsur negatif terhadap PAS yang disebarkan oleh semua media massa yang pro-UMNO dalam forum-forum yang disiarkan secara langsung oleh RTM, TV3 & ASTRO serta laman-laman blog yang bertebaran sekarang ini. Seeloknya komen atau soalan hendaklah dibuat secara langsung juga. Pasukan ini juga perlu ditubuh dan diaktifkan di peringkat Kawasan dan cawangan. Ini akan menghidupkan lagi perbincangan dan para penonton TV para pengunjung laman-laman blog akan mendapat jawapan sebenar dalam isu-isu yang dibangkitkan. Apabila sebahagian besar penonton TV dan pengunjung laman blog membuat komen-komen positif tentang parti PAS, ini akan memupuk sentimen dan ’mood’ dikalangan rakyat untuk menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Akhbar-akhbar parti Pakatan Rakyat seperti Harakah dendaklah menyediakan satu kolum untuk Lajnah Penerangan menjawab isu-isu tersebut secara ringkas dan tepat.
16. Dulu (awal 80-an) Ust. Halim selalu menyebut ’Menyerang adalah merupakan teknik mempertahankan diri yang terbaik’. Jadi dalam situasi sekarang kita jangan sahaja leka menjawab tohmahan dan fitnah yang direka UMNO, kita juga mesti menyerang UMNO dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang benar dalam segala aspek baik syariat maupun perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah.
17. Lajnah Kebajikan di peringkat kawasan dan cawangan hendaklah diaktifkan lagi bagi mengumpulkan segala permasaalahan rakyat setempat. ’Jawapan’ kepada segala permasaalahan tersebut akan menjadi pemangkin untuk rakyat memberikan sokongan (undi) kepada perjuangan kita.
18. Pakatan Rakyat sedang merangka cadangan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat secara rasmi sebagai satu organisasi dengan menggunakan satu lambang. Perkara yang amat penting untuk dimasukkan dalam objektif penubuhannya ialah pelaksanaan Syariat Islam walaupun hanya untuk orang-orang Islam sahaja. Jika perkara ini dapat dilakukan, Insya Allah PAS akan dapat memulihkan keyakinan umat Islam bahawa PAS memang benar-benar berjuang untuk melaksanakan syariat Islam.
19. Wala’ dikalanagan sesetengah ahli dan pimpinan PAS samada di peringkat Cawangan, Kawasan dan Negeri terhadap kepimpinan yang lebih tinggi dari kedudukan masing-masing agak longgar. Mereka suka mengkritik kepimpinan parti secara terbuka. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ust Idris Ahmad bahawa semua pimpinan PAS hendaklah menjadi jurucakap PAS sahaja. Adapun pendapat pribadi hendaklah dikemukakan dalam majlis-majlis mesyuarat tertutup sesama pimpinan.
20. Dalam hal tarbiah, saya mencadangkan agar pimpinan tertinggi PAS di peringkat pusat mengarahkan semua ahli PAS terutamanya yang memegang jawatan, samada di peringkat kawasan atau cawangan supaya masing-masing menempatkan diri dalam dua keadaan; samada ’mengajar’ (memberi kuliah) atau ’mengaji’ (mendengar kuliah) secara aktif sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau mereka tak mampu mengajar, maka mereka wajib mengaji. Ahli-ahli PAS juga perlu digalakkan berpuasa pada setiap hari isnin dan khamis. Sekali-sekala adakan majlis ’Penerangan & Berbuka Puasa’ bersama kepimpinan PAS. Kalau bukan kepimpinan PAS yang merancang program untuk mendidik dan mentarbiah ahli-ahli PAS, maka kepada siapakah lagi yang hendak kita harapkan? Kalau perkara ini dapat dilaksanakan, Insya Allah perkembangan PAS akan menjadi lebih pesat lagi dan masyarakat akan dapat menilai betapa baiknya menjadi ahli PAS. Simpati dan ’mood’ rakyat juga akan bersama PAS.
21. Pimpinan PAS peringkat negeri juga perlu menyusun Jadual Tahunan untuk turun ke Medan Kuliah di semua kawasan sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menyampaikan perkembangan terkini parti. Jadual Lawatan Pimpinan Negeri ke kawasan hendaklah disebarkan ke semua cawangan dan AJK peringkat cawangan, pemuda dan muslimat hendaklah diwajibkan hadir kemajlis tersebut. Jika perkara ini dapat dilakukan, Insya Allah akan wujudlah keselarasan dan kesatuan fikrah di kalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS.
22. PAS hendaklah merancang program-program hiburan yang diharuskan dalam Islam untuk dilaksanakan secara berkala di seluruh negara sebagaimana yang pernah dilaksanakan di Kelantan. Setiap program hendahlah dimulakan dengan solat maghrib, solat isyak dan solat hajat secara berjamaah. Tempat duduk penonton hendaklah diasingkan di antara penonton lelaki dengan penonton perempuan dan yang berkeluarga.
23. Dalam perlawanan-perlawanan bola sepak yang diadakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sebaik-baiknya dianjurkan solat maghrib dan solat hajat secara berjamaah serta tazkirah kepada para penonton agar jangan mengabaikan solat fardhu walau dalam keadaan bagaimana sekalipun serta menjaga adab-adab kesopanan sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Imam sebaiknya hendaklah di kalangan pimpinan PAS negeri atau sesiapa sahaja yang layak dan sesuai. Perkara ini hendaklah dipelopori oleh Pemuda PAS sendiri sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat secara langsung bukan sahaja dalan siasah tetapi juga mencakupi bidang tarbiah. Biasanya program-program tarbiah yang dianjurkan hanyalah melibatkan jawatankuasa PAS sahaja. Jadi sudah sampai masanya sekarang pihak PAS khususnya Dewan Pemuda PAS merancang program-program yang melibatkan semua golongan tanpa batasan politik. Dalam keadaan beginilah, di mana terhimpunnya segala ’spesis’ manusia dari segenap ceruk negeri datang untuk menyaksikan pertandingan sukan yang mereka gemari. Rugilah kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah demi membentuk akhlak mereka. Rasanya Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan boleh menjadi peneraju dalam perkara ini.
Sekadar itulah sahaja pandangan saya. Dipohonkan berbanyak kemaafan daripada Tok Guru, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan kepimpinan PAS yang lain. Saya berkeyakinan bahawa semua pimpinan PAS yang ada pada hari ini adalah merupakan saf pimpinan yang terbaik untuk menggerakkan jentera parti kearah mencapai matlamat perjuangan yang diredhai Allah. Semoga Allah swt menganugerahkan kesihatan dan kesejahteraan kepada Tok Guru dan semua pimpinan PAS dalam melaksanakan amanah perjuangan.
Diharap catatan saya ini akan dapat membantu penyokong2 PAS memahami serba sedikit dari sudut yg berbeza dlm perjuangan PAS.
Sekian, saya pohonkan berbanyak kemaafan drp ust. Wassalam.
Mac 10, 2010 pada 2:32 am
GHURABA
SIRAH YG PASTI BERULANG,
Ketahuilah sekelian bahawa kehadiran para munafik pasti ada dalam mana-mana jemaah yg memperjuangkan Islam. Kehadiran para munafik pada ketika sirah perjuangan nabi amat jelas, inikan pula pada ketika kita ini yang sedang bernafas di penghujung zaman.
Hakikat yang mesti ditelan sekalipun pahit. Umno itu musuh yang nyata tapi apa pula tindakan kita memerangi para munafik ini? Bagaimana perlu dirapatkan saf agar para munafik akan duduk terbelakang…?
April 19, 2010 pada 7:18 pm
shahil
Assalaamualaikum.
Saya hanya ingin menambah sedikit sahaja berkenaan memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah ini…
Setiap tahun ILHAM mengeluarkan beratus-ratus kadernya. Maka saya mencadangkan kader-kader ini diberi peluang memberikan tazkirah menurut kemampuan dan akdar pengetahuan mereka di markas-markas PAS.
Amatlah rugi jika mereka yang PAS sendiri latih tetapi tidak diberikan peluang di barisan hadapan.
Wassalam
Ogos 17, 2010 pada 9:32 am
doc transz
betui ka Najib bg Pejabat Rasmi utk Rosmah dalam pentadbiran negara? cuba siasat http://goo.gl/plSZ
Oktober 20, 2010 pada 4:23 am
Pengali kubur
Dok hujah sana hujah sini macam tu juga jadinya Dah 50 tahun dah PAS ni berjuang Islam.Pemimpin datang dan pergi tok guru bertukar ganti,ketua dan pimpinan tukar setiap kali pemilihan.Telalu banyak politiking dalam PAS ni.Masing masing ada hujah itu dan ini.masing masing ada persepsi itu dan ini.lagi banyak ustaz lagi banyak hujah lagi banyak keliru lagi banyak buruk sangka.Lagi banyak ustaz dan intelektual lagi kuat dok nak rebut jawatan dalam parti.Semua tunjuk pandai hujah lah sana sini.Sokongan rakyat Melayu pada PAS hakikatnya macam tu juga 30 % saja.Faktanya dalam keputusan piliharaya PRU 10,11,dan 12.Bermakna tugas PAS sebagai pendakwah dah jadikan pimpinan PAS political Over Dose .Antara pemimpin PAS politiking tak habis habis Sejak perginya Al Marhom Ustaz Fadzil.Saya yakin yang dok bagi berbagai hujah tu kebanyakannya aktif dalam PAS selepas kematian Ustaz Fadzil.Sebab saya yakin kalau buka balik segala ucapan Al marhom Ustaz fadil munkin segala hujah di atas tak akan belaku..Rakyat undi PAS dalam PRU 12 bukan sebab mereka setuju dengan Dasar dan Matlamat PAS.Sebab rakyat meluat dengan UMNO/BN.Kenapa tok tok guru PAS tak kaji benda ni.Apa yang kita mahu ialah Rakyat meyokong PAS sebab Dasar dan Matlamat Parti ia itu islam.Islam hanya boleh disampaikan melalui jalan para nabi dan Rasul ia itu ,Dakwah.Tugas kita untuk menyampaikan menang atau kalah itu kerja Allah(SWT)Dakwah misti di dahului dengan aklak.Kalau pemimpin tak ada aklak sebagai pimpinan Parti mana munkin Rakyat akan terima dakwah yang di sampaikan.Merpertikaikan sebarang keputusan yang di buat oleh Mursidul Am atau Syura atau Muktatamar ini merupakan salah satu aklak parti yang di dakwahkan pada rakyat.Alih alih bila menang sikit tiba tiba terserlah aklak hudoh pemimpin ter tonjol keluar oleh pemimpin PAS itu sendiri.Tegok lah apa yang sedang di buat Hasan Ali sejak kebelakangan ini.Racun serta jarum UG sedang di hidupkan semula.Adakah ini yang Islam mahu cara beginikah kita memimpin jemaah.Kalau saya seorang bukan Islam orang yang macam pemimpin PAS sekarang ini datang dakwah pada saya bab islam lepas tu dapat kuasa cari habuan jawatan dan Kuasa akhirnya kaut elaun masuk poket…lepas tu Parti kemana…Islam Kemana…Macam Azizan MB Kedah tu.Saya tak kata semua pimpinan PAS tapi dikalangan pimpinan PAS dah mola buat peragai begini sebijik macam UMNO Ini yang meyebabkan PAS kerap kali tidak konsistan dalam mendapat keyakinan rakyat khususnya orang bukan Islam.Akhirnya siapa yang rugi bila dah kalah ada hujah pulak dari yang ada ilmu ugama ni padahal tugas sebenar sebagai daie tidak dilaksanakan itu yang sebenarnya.Saya seorang sunni tapi saya mula tertarik pada IRAN apabila mereka mematuhi keputusan IMAN yang satu.Ulamak mereka sama ada suka atau tidak apabila Iman buat keputusan maka itu lah yang wajib di patuhi tanpa ada apa apa lagi persepsi yang bukan bukan lepas tu .Atas dasar IMAM mereka telah menjadi kuat hingga mampu mencabar kuasa besar Yahudi dan Barat.Yang kita sunni dok bertekak dgn macam macam hujah musuh Islam dok ketawa kan kita aje sikit pun mereka tak gerun dengan PAS ni.Sebab dalam PAS ramai yang MUNAFIK>
Mei 3, 2011 pada 6:40 pm
usdin
Salam..ana duduk Kelantan selam 11 tahun macam2 perangai orang Pas yang ana jumpa.Menyebabkan ana menyisih diri dari mereka kerana ana ingat semua orang Pas Kelantan perangai macam tu.Rupanya fikrah ustaz sama dengan ana,sayangnya kita berjumpa sekali saja pada 2004 di Muktamar Pemuda River View Hotel,tapi ana hanya denar keburukan ustaz dari perwakilan Kuala Krai tika itu,.Ana dapat tarbiah Pemuda Perak.Moto kami Pemuda Tarbiah Ummah Terarah.Ana cuba terap tarbiah ini pada orang Pas K Krai, kemudian Gua Musang,sayang mereka tak dapat terima,ana tegur cara mereka buat mesyuarat 5 cawangan sekali mesyuarat,lepas Che Hashim berucap,SU kawasan berucap”Tuan saya dah siapkan minit mesyarat,tuan2 marai sign sajo”Ini menipu,beleh rosakkan Parti,mereka marah ana…Akhirnya ana berkuliah di masjid n surau sajo,dan ditukarke Jeli..cuba bantu sekeja.Sekarang ana duk kat Langkawi plak…Allahu Akbar..Jumpa lagi
Mei 4, 2011 pada 11:07 pm
Suara Bloggers
Assalammualaikum Ustaz Nik,
Saya ada 1 persoalan kepada TGNA. Diharap Ustaz dapat memanjangkan persoalan saya ini kepada TGNA yang tercinta.
Berkenaan isu liwat 2 yg sedang menunggu keputusan di Mahkamah, acapkali saya lihat TGNA sentiasa yakin bahawa DSAI adalah bukan peliwat. Nak saya terangkan di sini, dalam Islam demi mencari kebenaran, kita seharusnya mendegar dari kedua belah pihak. Saya percaya, TGNA musti telah mendapat penerangan panjang lebar dari DSAI yang beliau telah dikonspirasi oleh kerajaan yang Maha Zalim ini. Tetapi bukankah di dalam Islam juga dianjurkan mendengar kedua belah pihak itu lebih afdhal dalam mencari kebenaran yang hakiki? Apakah boleh TGNA datang berjumpa Saiful dan keluarga Saiful dengan mendengar sendiri penjelasan dan keterangan dari orang yg mengaku diliwat oleh DSAI ini semata-mata untuk berlaku adil dalam mencari kebenaran seperti mana yang dianjurkan dalam Islam? Kerana saya agak keliru apabila acapkali Solat Hajat dan Doa yang diimamkan oleh TGHH dan TGNA pun ada bersama sedangkan TGNA belum pun lagi memenuhi tanggungjawab dalam Islam untuk mendengar sendiri dari kedua-dua belah pihak sebelum membuat kenyataan yang berpihak kepada DSAI. Saya harap persoalan yang bermain di benak saya ini dapat Ustaz unjurkan kepada TGNA agar TGNA bersedia untuk mendengar sendiri penjelasan dari sebelah pihak yang mengaku dirinya diliwat dan teraniaya agar proses kebenaran dapat dilihat sendiri oleh TGNA bilamana cerita dan keterangan dari kedua-dua belah pihak telah dapat didengari oleh TGNA yg tercinta ini.
Wasalam.
November 2, 2011 pada 8:57 pm
Zubir
Salam
Benarkah ini komen dari nik abduh?sy dulunya ahli pas tp bila melihat kecelaruan dlm pas d peringkat bawahan d mana ketabsuban melulu,tidak mengamalkan prinsip2 islam dlm bermasyarakat maka sy mula menjauhkn diri.lagi pun segala cada gan sy spt truskan permuafakatn dgn umno,hentikan cara kekerasan semasa beehujah,tidak melebelkan seseorg dgn makna2 yg mengaibkan dbalas dgn cemuhan & sindiran.jadi sy mengambil sikap mendiamkan diri skrg.cara nik amat membanggakn krn berani membuka kisah dalaman parti.jgn bimbang pasal populariti pas krn pasti akan ada yg benar2 ikhlas dlm mmperjuangkan islam d dlm pas. Cuma sy amat berharap muslim d msia bersatu & cepat sedar sebelom tiba waktu kita akan tidak ada guna lg utk menyesal
Februari 16, 2012 pada 10:02 am
Huzir Sulaiman
Salam Sahabatku Nik Abduh,
Ana berharap isu dalaman seperti ini tidak dibahaskan atau dibentangkan kepada umum kerana ia boleh digunakan oleh musuh-musuh kita. Kita kena memahami bahawa ramai yang cintakan PAS kerana cinta kita kepada Allah dan Rasulnya. Ramai yang telah berjuang dan mati kerana gerakan ini. Jangan kita lupa semua pengorbanan itu.
Jangan lakukan sesuatu yang boleh menjejaskan gerakan ini walaupun ana tahu niat anta baik. Semua kekusutan boleh diselesaikan secara dalaman.
Kepada YB Khalid Samad, pesanan dan peringatan yang sama.
Ana hanyalah ahli biasa PAS, sudah lebih 15 tahun bersama PAS. Pernah digantung pengajian kerana tindakan ana menganjurkan demonstrasi anti-kriket Israel, mendedahkan isu Black Metal termasuk mendedahkan isu Homoseksual/Gay di kalangan pelajar IPT satu ketika dahulu.
Ana hormati anta berdua sebagai pimpinan tetapi bilamana ada perkara-perkara yang boleh menjejaskan gerakan kita ini, ana terpaksa bersuara.
Ayuh kita fokuskan tenaga kerja kita untuk menawan Putrajaya. Ana pohon maaf jika ada salah silap dari teguran ana ini.
Sekian. Salam Perjuangan
Februari 21, 2012 pada 6:49 pm
ir nakhaie
assalamualikum sahabat2. saya baru sempat membaca,dapat belajar banyak benda…tahniah ust nik abduh.