Salam Kamunting,
Tahniah bola!
Huh, ingatkan Kelantan dah jadi juara, namun payah juga Manchester City nak lawan MU nih, walau besar sakan duit habis beli pemain besar – besar macam Ronaldo dan Indra Putra Mahyudin..
Tahniah untuk pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya ke saingan final Piala FA walaupun kalah kepada pasukan yang sememangnya lebih handal, Selangor. Tahniah juga untuk pasukan bolasepak Selangor yang menjuarai piala FA buat ke sekian kalinya.
Pecah suara saya menjerit bila Kelantan berjaya memecah kebuntuan. Suasana di ‘stadium Purnama’, bawah bangunan PAS Pengkalan Chepa yang dipasang ‘big screen’ itu gegak gempita dengan telatah anak – anak muda yang turut sama ‘bercokoh arah’ menyaksikan perlawanan akhir bola sepak negara yang disertai Kelantan buat pertama kalinya selepas puluhan tahun. Tapi apa boleh buat, budak Amri Yahya itu betul – betul buat aku marah!
Nampaknya kenalah saya belanja Ustaz Sallehin Mukhyi dan DPP Selangor kali ni. Ustaz Norazli Musa Taliban yang memimpin pasukan bola sepak Perak dah lama tabik kat saya. Memang dah kena belanja saya makan ‘mee banjir udang’ kat Kuala Sepetang. Sehari dua ni nampaknya saya ‘allergic’ dengan mi celup!
Bola. Bola. Bola. Anak bongsu saya, Nik Ahmad Saif Mudzaffar yang tengah menunggu kelahiran adiknya yang baru dan bakal menceriakan hidup kami ( insya Allah ), kalimah pertama yang paling petah disebutnya adalah ‘bula’. Sampaikan datuknya ( tok guru ) bila melihatnya, segera akan bertanya dalam pelat keanakan, “Mana bola?” Maka segeralah dia mengulang – ngulang kalimah itu. Semuanya gara – gara dia sering melihat saya menonton bola di tv!
Bola adalah sukan terbaik untuk menyatukan ramai. Pertama, ia melibatkan ramai pemain. Maka ramailah jaguh yang diminati. Kedua, ia menggabungkan skil individu dan berpasukan. Maka ia cukup seronok ditonton. Ketiga, ia menarik ramai peminat. Masuk stadium, hilanglah hal – hal berserabut di luar, walau untuk sementara. Keempat, kelima, keenam anda yang minat bola ulaslah sendiri. Yang tak minat, jangan masuk campur..
Masa kecil, ada empat yang saya gila. Cerita hantu, cerita Hindustan, gusti dan bola. AlhamduliLlah, bila saya belajar di India, Allah menghilangkan kebodohan saya itu bila melihat sendiri kehidupan rakyatnya di India. Saya langsung dah tak nak tengok lagi bila balik belajar.
Cerita hantu pula, saya dah tak takut hantu lagi dah macam zaman budak – budak dulu. Bila dah berani, hantu pula jadi tak berani nak berlakon lagi. Gusti pun dah ghaib dari ingatan saya..
Adapun bola, minatnya masih tak hilang. Saya ada masa, saya riadhah main bola walaupun saya taklah macam Micheal Owen. EPL kegemaran saya. Saya sedari kecil minat Liverpool. Ramailah musuh saya sebab ramai yang minat MUsuh! Satu lagi adalah Newcastle United. Masalahnya, satu di dua teratas, satu lagi di dua terbawah. Atas bawah saya rimas ni..
Apa pun, tahniah Dato Sri Anuar Musa kerana kejayaannya memimpin pasukan bola sepak Kelantan. Ini baru betul.. Biarkan anak – anak muda Kelantan terus membangun bersama Islam.
29 comments
Comments feed for this article
April 27, 2009 pada 2:21 pm
Park Chue
Salam ustaz…
rupenya peminat team liverpool jgk la nie….kire satu team la ngan ana, ana x sabar nk tunggu liverpool rampai piala EPL tu..huhu…kalau ada kesempatan ana ingin sangat berjumpa ngan ustaz…aritu masa perasmian Muktamar Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian ana x tahu, Cikgu Nuri pun x bagitau tarikh muktamar tu, maklum lah ana nie dok di perantauan..huhu..ape pun teruskan perjuangan Ustaz…
Seorang yang amat ana segani….wassalam
April 29, 2009 pada 1:41 pm
Jhon Tanaka
Assalamua’laikom.
Kaau di Jepang mainan bola ini no. 2 dibawah bola lisut. Tapi mungkin cara manejemennya lebih praktikal. Ukur fisikal kita sama saja orang Timur, mungkin orang Jepang sedikit besarnya kerana makanan ruji telah ditukar kepada pasta(roti,soba,udon,spageti etc). Manejemen maksud saya ialah makro dan mikro. Secara mikronya bola di tanah pulau Jepang ini lebih mementingkan daya tahan, displin,skill, teamwork dll yang mungkin saya sendiri perlu perlajarinya. Makronya pula Japan League itu tersendiri. Mana mungkin Jepang melepasi Supermokh(doa muslimin untuk anak anaknya di Malasia) ditahun 70-han.
April 27, 2009 pada 2:29 pm
luqiem
Hidup Bola!!!!… makan bola, tidor bola…. tahniah selangor n tahniah juga kelantan…. sama2 sengit… walaupun aku tak tengok perlawanan tu kat stadium mahupun kat rumah… time baca laporan akhbar… aku rasa macam lain jer… macam ada satu hikmah disebalik perlawanan ini… tapi bisalah… dah bola, tetap juga bola… bulat, tak leper tak berkotak… ditendang kesana kesini… kawasan gol juga yang jadi sasaran…
April 27, 2009 pada 2:44 pm
mawaddah ibnatuddin
assalamualaikum. huh semangat jugak a.duh ni psl bola!!! apa2 pun tahniah diucapkan pada pasukan bola klate (Newcastle United… bez2!!)
xdpt komen byk..
Islam xmenghalang sukan… maju sukan untuk islam.. takbir!!! =)
April 27, 2009 pada 3:03 pm
ummu najiyya
salam, ustaz..sampaikan salam saya buat k farah. saya juniornya di mmp. semoga dipermudahkan urusan
April 27, 2009 pada 3:09 pm
muhamed
hehe..sama la bro..wa minat lverpool gak…anyway…tahniah gak bt Kelantan..kalah xpe..yg ptgnya game cantik..laju dan skilfull…..kir2nya menghampiri game cantik yg saya impikan bt bolasaepak kelantan amya…
April 27, 2009 pada 3:22 pm
anas
Majlis Ilmu Di MAsjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara
Dipersilakan muslimin & Muslimat ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, malam ini, 27 April 2009 mulai Maghrib.
Tazkirah oleh Habib Abdul Rahman Al-habsyi & Habib Omar Abdul Aziz dari Jakarta.
Harap dapat bersama-sama hadir,
Syukran
http://pondokhabib.wordpress.com
April 27, 2009 pada 8:22 pm
Mail Ronaldo
yo..yo………..Ganah demo weh,minat ko Liverpool,…….pasukan yang kuat berangan tk abih2…..M.U pasukaN YANG ‘mantop’ dengan klasnya tersendiri….
Apa pun aku tabik gak buat kelantan dan bangga dengan corak permainan kelantan yang baik dan tidak malu dpt masuk final F,A Cup kerana kelantan memang LAYAK berada di situ………TAKBIR.!!!
April 27, 2009 pada 9:08 pm
ahli pas selangor
wah rilek nampak, lepas dah tembak bagi kami peringkat ni berbalah.habis lari pemuda pas yg baru nak berjinak dgn pas kalau ikut stail ustaz and the geng
April 27, 2009 pada 9:51 pm
ummuhanah
alamak…Aston Vila tak masuk senarai ker….ngeh..ngeh..
sedari tadi sudah tiga kali saya ulang baca tulisan ustaz ni…saya perasan ada yang hilang di sini…..ia tentang minat ustaz yang satu lagi….tak sempat saya nak lancar serangan ianya sudah terpadam dan hilang sama sekali di sini…
ustaz bernasib baik kali ini……
kelantan main cukup cantik malam tadi…..
tapi dalam bola ni main cantik pun tak cukup utk menang kalau tak de ‘tuah’….
April 27, 2009 pada 10:24 pm
Rizal Radzi
http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1317-haramkan-sahaja-perlawanan-bola-sepak-ashobiyyah
April 27, 2009 pada 11:30 pm
Omar
Salam.
Ustaz, calit sikit, saya pun menyampah dengan MUsuh kita. Tak habis-habis nak membodohkan kita, ingat kita tak ada can ke nak juara. Saya mimpi pergi jerat malam tadi. Ustaz mimpi toreh ke?
hihihihihihi
Ustaz, U will never walk alone…to disclose the truth!
From Puchong with ukhuwwah
April 28, 2009 pada 12:11 am
muslim_da
assalamualaikum ust..berdasarkan pengakuan ust:
‘AlhamduliLlah, bila saya belajar di India, Allah menghilangkan kebodohan saya itu bila melihat sendiri kehidupan rakyatnya di India. Saya langsung dah tak nak tengok lagi bila balik belajar.’
ble ust cerita bagaimana kehidupan mereka yang sebenarnya…benar-benar mau tahu ust..sy kadang2 tgk jgk filem hindustan,jd sy mahu jd seperti ust.terus hilang minat tonton filem hindustan.
April 28, 2009 pada 1:15 am
theswordofAllah
ado jg persmaan antra kito…walaupun ambo xterlalu minat bola,tapi dulu sapa loni ambo minat Owen..10..liverpool…n sbb Owen dok newcastle,ambo mnt newcastle plk,tpi liverpool mnt lgi…apo2 pn,smg mnt kito ni xmlupakan kita kepada Allah..semoga Allah melimpahkan rasa sayang kita kepadaNya dlm jiwa kita…
April 28, 2009 pada 6:47 am
zal.kidal
salam us…
saya anak murid us ketika di darul anwar.. selalu baca info kat blog us ni.. apa2 pun.. teringin sekali nak buh komen.. what ever.. sy penyokonh M.U .. mmg geram tengok kena belasah 1-4 aritu ngan liverpol.. tp.. rentak liverpol main.. mmg bagus.. serang selagi masa x habis.. begitulah yg kita inginkan untuk semua pejuang islam.. selagi hayat dikandung badan.. terus berjuang demi menegakkan islam..
April 28, 2009 pada 8:02 am
Iman
Salam alaik…dulupun saya juga suka tengok bola..sapa kata pompuan tak suka tengok bola…sy jugak suka tengok gambaq hindustan…bila heroin menangis kitapun turut gila mengeluarkan air mata..tetapi sekarang alhamdulillah kerana semua itu sudah berlalu…rasanya semenjak ada keluarga pintu hati saya sudah tertutup hendak melihat cerita hindustan yang rasanya tidak ada faedah langsung…buang masa kerana berjam2 di depan tv..asyik hidang benda yang sama seksi seksa..bergaduh dll…
tahniah kerana bakal mendapat anak baru…
April 28, 2009 pada 9:06 am
chekamala
yess…YNWA
April 28, 2009 pada 11:43 am
kukurkelapa
Hantu bola jugok Ustaz Nik…
hi..hi..hi..hi….
kalu ustaz lead pasukan kelantan silap2 boleh jadi juara kito…
April 28, 2009 pada 12:36 pm
shafifah
Majlis Haul & Peringatan Tokoh-tokoh Ulama
Tempat : Ribath Ba’Alawi & Masjid Kg. Kuala Tekal, Temerloh Pahang
Tarikh : 2 Mei 2009 (SABTU)
Masa : 5pm – 10.00pm
ATURCARA MAJLIS:
5.00PM Kehadiran tetamu
Bacaan Yasin & Tahlil bimbangan Habib Ali bin Abu Bakar
Ceramah 1 Maulana Jauhari
Ceramah 2 Kiyai Syafie
7.20PM Solat maghrib
Mualid Dhia Lamik – Pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
Bacaan Manaqib Tokoh2 peringatan Ulama
9.00PM Solat Isyak
Ceramah 3 Habib Naqib bin Syeikh Abu Bakar
Qasaid
Ceramah Utama
Kehadiran Tuan/puan amatlah dihargai
http://pondokhabib.wordpress.com
April 28, 2009 pada 1:16 pm
ruslan
bagus tulisan saudara. dapatlah saya ketaui rupanya dalam pas dan orang di sekeliling ayahanda Nik Aziz pun teruk-teruk juga perangainya yang buat kerja-kerja bodoh itu.
April 29, 2009 pada 1:11 am
jefri
asalamualaikum ustaz, tahniah teruskan perjuangan……. sokong ulama sokmo.
April 29, 2009 pada 10:51 am
abu
assalamualaikum..!!
yang bagusnya..kat bawah tu tak lupa jugak ucap tahniah kat nuar musa..
tak macam ustaz latif..’lorat’ buat kenyataan suruh kawe tu letak jawatan slaluh bila brlaku rusuhan hari tu..
April 30, 2009 pada 3:07 pm
zainal
Ustaz
Mohon penjelasan sy keliru ttg kerjasama didalam pemerintahan yang tidak melaksana Islam …ada setengah pendapat kata tak boleh yakni tertolak mungkin hujah itu betul …ustaz boleh tak terengkan kaidah ushul “Dimana ada hukum syara’ disitu ada kemaslahatan…”
insan keliru…
April 30, 2009 pada 4:02 pm
frommace
Teruskan perjuangan..ttp waspadan ngan musuh2 pas yg sentiasa mengintai peluang utk menerkam.bak kata pepatah ‘berhati2 menarik rambut dlm tepung agar rambut tak putus,tepung pula tak berselerak’
TAKBIR…ALLAHUAKBAR
Mei 1, 2009 pada 11:36 am
aizuddin
saya antara penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bkt Jalil hari itu.
seorang rakan SMS pada saya, “bro, aku dah sampai kat Stadium Nasional Darul Naim la”
saya balas balik, ” bro silap stadim lah…Stadium Nasional Sultan Muhammad ke-4 la”
Kelantan kembali meriahkan bola sepak kita!
TAHNIAH!
Mei 2, 2009 pada 3:22 pm
erdoganu
baguslah peminat bola … jangan pas jadi macam bola udah le… disepak ke sana ke mari … kesian.
Mei 2, 2009 pada 10:47 pm
Amat
Betol..jangan PAS jadi bola anwar ibrahim dah le..Bola-bola juga..apasal pemain kelantan tak tutup aurat??..dan kita pulak sokong gila-gila??/..x dosa ke???
Mei 6, 2009 pada 11:30 am
Perbezaan 2 Merah… « BUDAK IPOH TIMOR
[…] Cenangau & Nik Abduh, kalau sudi temankan aku menonton perlawanan akhir CL di Rome, Italia nanti. Kita naik ketapi jek g […]
Mei 17, 2009 pada 6:48 pm
afnan
slm ustaz…sory lah…tahun ni takde rezeki utk liverpool nk mbk EPL…Man U dah kompem champion EPL…nk tungu 1 lg Champion League…Glory Man United….Glory PAS….hhehe