Salam Kamunting,
Berkata Ibnu Khaldun, “Apabila sesebuah negara telah mencapai umur tua, ia tidak akan bangkit lagi.”
Kata – kata pemikir besar Islam ini mudah difahami. Tua adalah sakit yang tiada ubatnya. Ia bererti tiada lagi di hadapan selain ajal yang menutup segala harapan. Ia melanda manusia, haiwan, pokok tumbuhan dan semua makhluk tuhan.
Dunia ini pun sudah cukup tua. Ia seperti wanita tua bongkok sebagaimana digambarkan kepada al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada malam Isra’ dan Mikraj. Sampai masanya dunia ini akan mati. Kiamat adalah kematian bagi dunia ini sebagaimana disebut bahawa kematian setiap diri adalah kiamat kecil untuknya.
Tua mengakibatkan lemah jasmani, bahkan rohaninya juga. Ia tidak mampu lagi sebagaimana kudrat masa mudanya. Apabila ia lemah, penyakit datang dengan mudah dan susah pula dirawati. Ia akan menarik kematian dengan lebih segera.
Justeru kebangunan sesebuah negara dan keruntuhannya diikat oleh hukum alam ( sunnah Allah ) ini. Ia akan terhenti pada umur tuanya. Jika tiada faktor awal lain melandanya, maka ia akan diasak oleh faktor umurnya. Tiada negara yang berjaya dalam tamadunnya kecuali ia akan berakhir juga dengan sebab ketuaannya.
Ibnu Khaldun semasa menulis dan memutuskan kaedah dan sunnah ini sudah pasti melihat dengan jelas sejarah ketamadunan manusia yang terdahulu. Jika anda membaca dan memahami al Quran, terdapat beberapa lagi faktor atau sunnah tuhan yang menyentuh mengenai kejayaan dan kegagalan tamadun manusia.
Pada menetapkan sunnahNya, Allah menegaskan, ” Dan engkau tidak akan dapati sebarang penukaran lagi terhadap sunnah Allah dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan lagi terhadap sunnah Allah.” ( Fathir:43)
Negara kita selepas merdeka, melalui sistem demokrasi barat, telah diterajui oleh pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Kini, ia telah mencapai umur lebih 50 tahun. Jika dikira umur sebuah tamadun, ia masih terlalu muda. Tetapi dalam sistem demokrasi hari ini yang memberi kuasa dan kebebasan kepada rakyat untuk melantik dan menukar parti yang memerintah, maka pemerintahan BN dikira sudah cukup tua.
Ia sudah lemah dan tak bermaya lagi.
Anda boleh melihat di dunia hari ini, dalam tempoh 50 tahun, negara – negara yang mengamalkan demokrasi telah mengalami pertukaran dan perubahan kerajaan lebih daripada sekali. Bermula di Amerika, England, India sehinggalah ke negara – negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Jepun, sesetengah perubahan yang berlaku adalah kerana faktor ketuaan yang mengakibatkan kelemahan dalam pemerintahan.
Kerana itu, pendapat ramai penganalisis politik negara yang melihat faktor UMNO dan BN yang telah mencapai umur tua sebagai petanda kejatuhan UMNO dan kerajaan BN bukanlah suatu telahan yang kosong atau sekadar analisis murahan.
Selepas UMNO dilihat memuncak di zaman Tun Mahathir, kemudian mula lemah di hujung pemerintahannya, ia berusaha untuk bangkit di zaman Pak Lah. Kejutan kebangkitan berlaku. Tetapi ia sekadar untuk beberapa tempoh yang pendek sekali. Ia sekadar panadol penahan sakit. Ia diasak oleh penyakit yang mula berakar di zaman Tun Mahathir. Pak Lah yang gagal sering dilihat dan dijadikan mangsa oleh UMNO dan Tun Mahathir sendiri seolah – olah beliau mampu membaiki dan membina kembali apa yang dulu diruntuhkannya sendiri.
Hari ini, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan UMNO dengan laungan perubahan menyeluruh dalam parti kebangsaan itu, ramai yang memberi harapan untuk kebangkitan UMNO kembali. Setiap presiden baru tuahnya pasti ada.
Untuk mengamati benar atau batilnya harapan itu, anda perlulah dahulu melihat dan memerhatikan benar atau batilnya dakwaan bahawa UMNO memang telah disumpah sunnah ‘tua’.
Saya cuba gariskan beberapa fenomena yang mungkin mencetus jawaban yang mujarab untuk memastikan kebenaran dakwaan bahawa UMNO telah tua dan tiada ubat untuknya lagi. Saya adalah anatara yang beriman dengan dakwaan ini.
1) Saya tiada jawaban untuk mengeluarkan UMNO daripada dimamah faktor yang telah menumbangkan rakan – rakannya daripada kalangan pemerintahan tua negara – negara jiran Malaysia. Satu – satunya negara terdekat yang masih selamat ialah Singapura. Adakah anda melihat UMNO sehebat parti pemerintah negara itu?
2) Saya tiada keyakinan langsung untuk mengatakan Datuk Seri Najib mampu membawa perubahan besar dalam UMNO. Pertama, beliau sendiri dipalit dakwaan buruk yang sukar dibersihkan. Mr dirty menggantikan Mr clean. Bolehkah saya meyakini bahawa pakaian kotor adalah lebih memikat berbanding pakaian bersih?
Kedua, UMNO terlalu memerlukan perubahan besar. Perubahan kecil – kecilan, singgul – singgulan, tempel – tempelan adalah membazirkan masa, wang dan harapan. Jiwa kecil Datuk Seri Najib tidak mungkin melakukan yang besar dalam pelan perubahan canangannya.
3) Rasuah adalah barah yang membunuh. Ia membunuh negara sebagaimana dadah membunuh manusia. Saya melihat pelan membasmi rasuah dalam UMNO lebih teruk daripada pelan membasmi dadah dalam negara. Jika UMNO sendiri membawa virus rasuah, bagaimana ia mampu menyelamatkan negara daripada rasuah?
Bagi saya, UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.
4) Saya tidak melihat pelapis dalam UMNO yang dikagumi. UMNO meninggalkan generasi lemah yang ditakuti masa depannya. Bapa yang meninggalkan anak – anak yang lemah pasti menyaksikan kematian keturunannya. Pertikaian dan kejayaan kumpulan yang dipalit rasuah dalam sayap pemuda UMNO baru – baru ini adalah menakutkan. Adakah anda mampu menyalahi saya di dalam tidak meletakkan harapan kepada generasi pelapis UMNO?
5) Rakyat telah dihidangkan dengan alternatif pemerintahan baru oleh Pakatan Rakyat. Bahkan, cara hidup tawaran Islam yang terbukti berjaya oleh PAS. Rakyat kini boleh menilai dan membezakan. Penutup mata telah dirungkai dan cahaya di hadapan sudah cukup terang.
Adakah anda boleh memberi keyakinan bahawa Kelantan adalah gagal? Anda perlu tahu bahawa tiada yang lebih berani menghukum kegagalan politik melebihi rakyat Kelantan. Mengapa mereka tidak menghukum PAS di Kelantan?
Lima fenomena yang saya sebutkan di atas cukup untuk menjadi sandaran di dalam menentukan kebenaran bahawa UMNO telah mencapai umur tua yang tidak akan menyaksikan kebangkitan lagi. Anda bolehlah merenung lama. Tiada cela berfikir lama untuk masa depan negara. Itu ibadah yang besar.
Ia adalah sebagaimana kata Maulana Abul Hasan Ali an Nadawi dalam komentarnya terhadap hikmah Ibnu Khaldun di atas, ” Justeru tiada lagi faedah di dalam menghabiskan masa dan tenaga untuk mengislah dan menguatkan negara ‘tua’ itu. Sayugia sekali disediakan satu kumpulan yang mampu melakukan inqilab Islami, lalu membentuk sebuah negara Islam yang baru di atas asas agama dan ilmu yang baru.” ( Rujuk kata pengantar oleh Sayyid Sabiq untuk buku ‘HujjatuLlah al Balighah’ oleh al Imam al Dahlawy )
Mengislah UMNO adalah membuang masa menghabis tenaga. Semoga rakyat tahu. Semoga rakyat berani berubah.
15 comments
Comments feed for this article
April 1, 2009 pada 8:52 am
saupiazran
Salam…
Dekat sebulan menunggu tulisan Ustaz Nik…
April 1, 2009 pada 9:43 am
greenismycolour
Ahli dan pimpinan UMNO tiada niat untuk mengislahkan UMNO, cuma sekadar lip service sahaja. Mereka dah biasa dengan cara hidup mereka selama ini. Yang ingin mengislahkan UMNO ialah golongan yang memang namanya pun ‘islah’. Mereka ada di mana saja, menyamar, malah di dalam PAS juga. Tak tahu bagaimana rasional mereka – jemaah Islam ingin mereka ‘islah’kan dari dalam supaya lebih ‘profesional’ hingga jauh dari landasan sebenar, tapi dengan parti yang kotor, mereka ingin berpadu pula…..Mungkin mereka begitu hebat hinggakan sekadar berpadu dengan mereka sahaja, yang kotor akan menjadi bersih.
April 1, 2009 pada 4:30 pm
che'pirate
Eleehhhhhhhhh……sama saja.!!!
Najib lagi terok,guna barang ‘recycle’ untuk pulihkan AMENO….TAKDAK yang lain ke selain MAHATHIR?………….brahim ali guano ustaz
mahathir kata budak tingkat 4,DIA tingkat berapa pulak??????
April 1, 2009 pada 9:52 pm
jebat7
salam perjuangan …..
tiada UMNO tiada MERDEKA
tiada UMNO tiada SULTAN
tiada UMNO tiada 13 Mei
tiada UMNO tiada KLCC
tiada UMNO tiada KEADILAN
tiada Pak Lah tiada Najib
ada Najib tiadalah UMNO …..
takbir …….
September 23, 2009 pada 8:32 pm
MeLaYu JoHoR
ADA UMNO~Hilang kuasa raja-raja
ADA UMNO~Singapura terjual
ADA UMNO~Rasuah berleluasa
ADA UMNO~Hukum islam dipandang remeh
ADA UMNO~Mahkamah dicabuli
ADA UMNO~Orang melayu lebih miskin dari bangsa lain
ADA UMNO~Arak dijul dengan bebas
ADA UMNO~Taukey judi senang hati
ADA UMNO~Hukuman zalim(ISA) boleh dijalankan
Dulu kini selamanya aku akan sokong UMNO walau pun dia sememangnya
sah tak telus..Pasal aku dah sebati dengan UMNO, walau UMNO mempermainkan hukum islam..( contohnya: kes Kartika, walaupun dah jatuh hukuman sebat pasal minum arak ..tetapi ada pula ketua wanita yang tak tau hukum cuba menghalang.. Aku tetap sokong UMNO..
HIDUP UMNO!!!
April 2, 2009 pada 12:13 pm
nawi
Assalamualaikum wbt..
Jauhnya jurang tahap manusia.. hingga jelas antara yang benar dan yang tidak benar.. hak & batil..
Untuk renungan semua.. Allah SWT sememangnya telah memberi isyarat jelas kepada kita umat muslimin, muslimat, mukminin, mukminat.. KENAPA SURAH AL-KAFIRUN LEBIH PENDEK DAN SINGKAT BERBANDING SURAH AL-MUNAFIQUUN…??
usahlah bercerita panjang.. carilah jalan yang benar.. kenali AL-FATIHAH.. kelak anda kenal diri anda..
April 9, 2009 pada 9:03 am
haikal
PKR dan DAP nak Islam ke?
April 16, 2009 pada 7:38 pm
myprinciple
Saya tertarik dgn blog ini. Matlamat kita Islam. Sinonimnya orang melayu itu Islam & bersaudara. Tiada guna bersengketa. Scenario politik sudah berubah. Parti Melayu-Islam terbesar adalah pas-umno. Sama gagah, sama kuat. Wajarkah penentu kemenangan kita sandarkan pada tangan bukan Islam?. Maka kita wajib berdamai dan bersatu. Lupakanlah sengketa demi untuk Islam.
April 17, 2009 pada 9:05 am
haikal
aku setuju dgn hang myprinciple.
April 19, 2009 pada 12:24 am
zulkiflee allani
UMNO Melayu PAS Melayu
PAS Islam UMNO Islam
Sama memperjuangkan kepentingan islam dan melayu. Pemimpin UMNO PAS carilah jalan tengah ketepikan ego kepentingan diri lihatlah masa depan agama, bangsa dan negara yang tercinta bernama MALAYSIA.
April 25, 2009 pada 1:24 am
Rizq
salam kite nak ptahan kan hukum Allah..kalo setakat islam mmgla ramai…sume org org blh ckp die tu islam…&btape ramai org islam kat mesia nie..jd mereka2 yg faham kena terangkan la pd mereka yg xfaham…xde jalan lain dah..terapkan plaksaan islam dlm pemerintahan..jd sokongla mereka2 yg mgikut al-quran dan sunnah…hormati glongan ulama..taat pmimpin…(tp kite nak pmimpin yg faham islam&mgamal kan islam)same2 la kite pk2 la sdri..
April 25, 2009 pada 1:33 am
amar husaini ismail
kalau semua bersatu atas nama islam,semua akan jadi mudah..:)
April 28, 2009 pada 3:16 pm
sue alif
Saya setuju dengan tulisan-tulisan Ustaz mengenai pentingnya umat Islam di negara ini bersatu di atas satu perjuangan iaitu menegakkan negara Islam.
Saya berkesempatan mengenai pemimpin2 daripada golongan ulama terutama Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu saya berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Utusan Malaysia.
Malah saya pernah bekerja di Kelantan dan sering menghadiri kuliah-kuliah agama yang dikendalikan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Tulisan saya juga sempat disaman dan saya turun naik mahkamah selama tujuh tahun bersama-sama tertuduh pertama, Datuk Paduka Husam Musa (akhbar/saya tertuduh kedua) hanya saya yakin Tok Guru berada di pihak yang benar ketika itu.
Namun, sebagai wartawan ketika itu hingga akhir tahun 2007 saya tidak berminat untuk memasuki mana-mana parti kerana falsafah saya antara Pas dan UMNO masing2 ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Yang menjengjeklkan saya adalah penyokong2 dan ahli-ahli fanatik kedua-dua parti terbesar yang mewakili orang Islam dan Melayu di negara ini sama-sama ego dan tidak mahu menerima hakikat bahawa di antara mereka patut bersatu jika mahu melihat Islam dan Melayu terus menerajui negara ini.
Jangan sampai sudah terlambat baru kita mahu sedar. Namun saya yakin Pas dengan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang masih ada peluang untuk Pas dan UMNO bersatu. UMNO kalau degil sangat, macam sedegilnya Tun Hasmah Ali, T Rafidah Aziz dan Datin Seri Rosmah MENUTUP RAMBUT…maka bersiap-siaplah menyembah bumi.
April 29, 2009 pada 3:41 pm
abu dujanah
akan ada umno utk hari esok kalau pemimpin pas sudah memiliki sifat2 pmimpin umno.1.tamak2.takbur.3.mementingkan diri atau puak.3.meletakkan agama hnya pd lidah dan pakaian.5.membelakangi ketua dan saf.6.hilang sifat amanah yg di berikan.7.kedekut dgn nikmat.8.merendah2kan lawan dan awam.9.pilih kasih.10.berparti utk jawatan..dan byk lagi..perbaikilah sebelum terlambat….ingatlah wahai pemimpin pas..10sen yg dimkn oleh kamu dgn cara yg batil lbih truk drp 1juta yg dimkn oleh pemimpin umno..krn kamu berjuang atas dasar agama..yg krn ksilapan kamu ..perjuangan agama akn tercalar.ttp jika umno yg mlakukan itu tiada siapa yg akn peduli krn ia adalah perjuangan berasaskan mata benda…
April 30, 2009 pada 2:43 pm
sukaiti ko la
come on la.. pas dan geng pr bukan dah menang lama.. korang baru je menang dan tak sampai setahun. bukan dah 2 atau 3 pru korang ni menang.. so tak payah nak riak diri dan dengan senang mengkelaskan parti lain sudah tua.
mungkin umno mmg dah lama.. adakah pas masih baru?.. ingat la pas ada semenjak dulu lagi. jangan buta hati sehingga mata pon jadi buta. mmg pas dan pr lain banyak menang dalam pru yg lepas.. semua tahu tiada apa yg salah pada bn selain dari pak lah.. kerakusan dia la menyebabkan rakyat nak mengajar bn.. cuba la pikir kalau takde faktor pak lah dan menantunya kj tu?… apa yg pas dan pr ada?.. apa yg mereka bawa?..
semasa pru12 juak2 pr ni hanya tahu memburukkan kerajaan bn atas dasar perangai pak lah yg buruk.. menantu yg rakus menjilat kekayaan negara ini.. cuba bagitau apa isu lain yg boleh membuatkan rakyat beralih arah?.. ingat.. even kelantan pon pada pru 11 hampir2 hilang kekuatan dlm dun.. since then apa yg pas dan pr ada buat sehingga bn boleh kalah dalam pri12?… jawapan nya hanya la mencaci pak lah.. masih lagi saya ingat bagaimana pas dan pr membawa isu bantal, bahu dan menantu rakus dlm pru12.. tiada satu pon yg dibawa oleh pas kecuali memburukkan org lain. pas dan pr tiada kekuatan lain selain kekuatan memburukkan org dan membuat cerita palsu atau fitnah!.
rata2 rakyat mmg benci pada pak lah.. termasuk la saya. tapi pas dan pr hanya mengambil kesempatan dan sekarang telah berpeluang menang besar.. tapi ingat.. jangan terlalu bongkak.. pasal rakyat beralih kepada pas dan pr bukan kerana kekuatan yg ada pada pas dan pr.. tetapi hanya hendak mengajar unmo untuk tidak terlalu mengikut ketuanya yg songsang…
sekarang umno telah sedar.. ketua yg songsang harus di tendang.. tiada apa yg dibawa paklah pada negara.. hanya memporakperandakan umno jua la keje nya. kini giliran najib pula menjadi ketua.. tapi belum apa2 lagi najib telah diburukkan oleh anwar.. anwar tahu bila timbul soal keburukkan org2 pas akan melompat lompat menyambung cerita.. tidak kira la sama ada betul atau tidak.. ahli2 pas yg mengaku islam membawa cerita anwar ni dari bandar ke kampung.. ustaz2 pon sama menyebarkan cerita anwar ni dengan lantang dalam ceramah2 mereka.. tak ke mereka tahu cerita anwar ni satu fitnah?.. dapat pahala ke org2 pas membawa fitnah ini dari bandar ke kampung?.. dapat pahala ke ustaz2 pas berceramah sambil mengeluarkan fitnah2 ini? dapat pahala ke nik abduh selitkan fitnah ke atas najib ni dalam blog ini?…
bukan kah cerita2 itu menjadi fitnah sehingga dia dapati benar?.. dapat kah nik abduh sendiri buktikan yg najib mmg bersalah?.. isteri beliau juga bersalah hanya berdasarkan dari cerita2?..
sanggup org2 pas, ustaz2 pas dan nik abduh sendiri menanggung dosa membawa fitnah ke atas seseorang.. astagfirullah.. ini kah parti yg mendukung islam?..