Salam Kamunting,
Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!
Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! ) Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit – minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!
Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.
Bukan kata Malaysia, Perak pun boleh kalahkan Brazil. Israel guna bom, kita guna rasuah. Israel membunuh beribu – ribu manusia, kita menghidupkan beribu – ribu manusia dengan rasuah! Israel zalim, kita adil.
Anda sedih dengan apa berlaku di negeri Perak hari ini? Juga esok?
Ya, semua yang menyanggah perumpamaan di atas pasti akan sedih dengan apa yang menimpa negeri Perak.
Dalam politik Malaysia, SPR adalah pengadil. Apabila SPR menyebelahi parti politik kerajaan dan menolak parti pembangkang, anda tentu tahu SPR telah curang dalam kerja dan amanah negara keatasnya. Tiada yang menjadikan mereka curang selain rasuah. Rasuah jawatan, harta, wanita, persahabatan dan macam – macam.
Kalau ahli politik boleh makan rasuah, mengapa SPR tak boleh. Mereka semua manusia. Binatang tak makan rasuah sebab sunnah tuhan ke atas kehidupan liar mereka, tiada rasuah diistilahkan. Bila manusia makan rasuah, mereka bukanlah binatang. Mereka manusia binatang yang lebih liar dan lebih hina daripada binatang. Jika mereka mayat, mereka bertukar jadi zombi!
Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.
Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.
Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!
“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”
“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang – orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” – Akhir al Rum.
Jika anda menyokong pasukan Brazil, anda bersedihkah Brazil kalah dengan cara itu? Jika anda menyokong pasukan Malaysia, anda bergembirakah Malaysia menang cara itu? Tidakkan?
Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.
Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang – orang yang tidak yakin dengan janjiNya. ( rujuk ayat di atas. )
Jangan bersedih. Kesedihan melambatkan kerja kita. Kerja kita adalah dakwah ilaLlah.
47 comments
Comments feed for this article
Februari 4, 2009 pada 11:02 pm
cikli
salam ustaz,
betul kata ustaz dalam posting kuala trengganu – menuju al-aqsa’
“Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.”
memang itulah yang berlaku.
perasaan sekarang seperti malam pengiraan undi pru11 2004 bila 26 kerusi dun kelantan telah ditohmah hanyut.
La tahzan. Allahu akbar
Februari 4, 2009 pada 11:48 pm
ibnuabuakhi
Memang menang sebegini adalah cara yang sungguh tak bermaruah. Tapi ana fikir PAS Kelantan adalah satu contoh terbaik dengan hanya kelebihan 1 kerusi pada penghujung 2005, kerajaan masih bertahan lebih 2 tahun hingga PRU12 pada 2008 lalu. Anjuran La Tahzan tu suatu yg tepat, mudah2an ada hikmah di sebalik peristiwa ini.
Februari 5, 2009 pada 12:29 am
amir
Baca sampai habis tulisan saya dibawah ini, nanti akan dapat jawapan apa yang berlaku di Perak skrg..
Wahai orang2 PAS.. Sekarang pujilah sistem demokrasi yang anda katakan itu adalah alat untuk menegakkan ISlam… Pujilah wahai kawan2 PAS semua.. Kenapa ALlah tak turunkan bantuan ketika mana kerajaan PAS perak sedang tersepit? Kata perjuangan PAS sama seperti perjuangan Rasulullah, Kalau kita lihat sejarah nabi-nabi dan Rasul2… Bila dalam keadaan genting begini, Allah akan turunkan bantuan untuk membela Orang2Nya… Kenapa Allah tak bela PAS? kerana PAS bukan orang2Nya… Betul tak?
Bila kita dah termasuk dan terjerat dengan sistem yang salah ini, kita akan gunakan bermacam alasan untuk menghalalkanya.. Dulu PAS mengata UMNO tak betul bergabung dengan MCA dan MIC.. Tapi bila PAS nak bergabung dengan DAP, Ada sahaja hujah dari ulama2 PAS untuk menghalalkanya..
Masa Anwar nak tubuhkan kerajaan 16sept, bagitahu ada ramai AP BN nak lompat ke PR, masing2 bergembira menunggu tarikh itu.. Tapi bila ada anggota PR nak lompat ke BN, kenapa marah? kenapa bersedih? Bila Adun Bota lompat ke PKR, semua gembira dan rasakan itu satu kemenangan besar, tapi bila dia lompat semua ke BN, kenapa marah? kenapa sedih?
Yang sebenarnya, bila PAS masuk ke sistem yang salah, akhirnya PAS yang terjerat.. PAS terpaksa mengikut telunjuk musuh.. Bagaimana PAS nak dapat negara? bagaimana PAS nak menang? Sistem demokrasi ini tidak kira halal atau haram, sistem ini tidak kira baik atau jahat, sistem ini tidak kira adil atau tidak.. Siapa yang punya kuasa, siapa yang bermain cara jahat dan siapa yang rapat dengan yahudi dan barat, dialah akan berkuasa… Dan yang menggunakan ISlam untuk kepentingan hanya terliur sahaja melihat apa yang berlaku.. Akhirnya nanti mungkin PAS juga akan buat perkara yang salah kerana terpaksa.. PAS akan buat perkara yang tak adil juga kerana nakkkan kuasa, PAS juga akan buat perkara mcm UMNO kerana itulah yang perlu dilakukan oleh PAS untuk mencapai cita2…
Ketahuilah wahai Ummat ISlam, jika kita nak menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, kita kena ikut sistem Islam.. Barulah Allah akan bantu dan bela.. Jika kita ikut sistem musuh, kita takkan dapat kemenangan.. Maksud sistem Islam itu bukan berperang! Allah berkuasa setiap apa yang ada di alam ini, Allah berkuasa keatas tiap2 sesuatu.. Allah berkuasa keatas semua manusia.. Kalau Allah nak naikkan PAS, sekelip mata sahaja Allah boleh lakukan.. Dan kalau Allah nak jatuhkan PAS, sekelip mata juga Allah akan jatuhkan..
Cuba lihat contoh yang saya bagi ini, bagaimana jika Orang Islam terjerat dalam sistem yahudi dan barat:
Ada seorang artis perempuan, pergi mengerjakan Haji.. balik dari mengerjakan Ibadah Haji, dia terus umumkan yang dia nak berubah, nak tutup aurat sepenuhnya dan nak jaga syariat dalam hidupnya sehari2.. Tapi dia masih mahu berlakon filem dan drama kerana lakonan adalah sumber makan minum dia, sumber rezeki dia.. Bila dia terlibat dengan lakonan lagi, dia perlu mengikut skrip dan mengikut arahan pengarah.. Dan jika lakonan itu memerlukan dia buka aurat atau berpegang dengan lelaki bukan muhrim, dia terpaksa ikut.. Kalau dia tak ikut, orang tak mahu ambil dia berlakon.. Jadi dia terpaksa ikut kehendak skrip dan pengarah.. Dan akhirnya terpaksa buka aurat, terpaksa dedah aurat, terpaksa bergaul dengan yang bukan muhrim, pegang tangan dll.. Dia tak boleh elak sbb dah terjebak dengan sistem yahudi dan barat… Bukankah filem dan lakonan itu adalah agenda yahudi dan barat nak rosakkan ummat ISlam.. JAdi kalau nak selamat hanya ada satau jalan sahaja, tinggalkan terus dunia lakonan.. keluar terus dari sistem itu.. tapi jika tinggalkan terus dunia lakonan dan keluar dari dunia glamour itu, dia pulak susah nak cari duit makan minum.. JAdi kerana keperluan dunia lebih penting dari keperluan akhirat, dia teruskanlah dengan dunia lakonan… Dia tak sanggup susah kerana Iman dan syariat ISlam… Mula2 boleh la dia cakap yang dia nak berdakwah melalui lakonan atau dia juga akan cakap nak gunakan bidang lakonan untuk berdakwah, sebanarnya dia gunakan nama dakwah utk halalkan perbuatan2nya yang haram..
Nampak tak contoh diatas.. cuba faham betul2 contoh yang saya beri itu.. Ada persamaan dengan PAS.. PAS masuk dalam sistem yahudi dan barat.. Akhirnya apa jadi dengan PAS? Orang hanya nampak PAS sebuah parti yang gunakan nama Islam tapi hakikatnya sama sahaja seperti UMNO dan PKR.. PAS terpaksa banyak gadai perinsip bila berhadpan dengan DAP dan PKR.. BAgaimana nak berjuang dengan nama Allah begitu? bagaimana Allah nak beri kemenangan jika begitu?
PAS tidak langsung mencapat bantuan dari Allah.. Kalau PAS tak sedar, didalam PAS ada ‘hantu’ yang merosakkan PAS dari dalam.. mereka inilah yang mengkucar kacirkan PAS.. Mereka inilah yang berselindung atas nama PAS untuk merosakkan PAS dari dalam.. Kenapa jadi begitu? jadi begitu kerana PAS bukan jemaah Islam yang tulin, jadi musuh2 menyelinap didalam PAS.. dan akhirnya PAS takkan dapat kemenangan seperti yang diimpi2kan..
Siapa PKR? kalau kita sedar, PKR adalah serpihan dari UMNO.. mereka adalah UMNO, mereka Adalah orang2 UMNO.. Tapi bila Anwar ditendang dari UMNO, maka tertubuhla PKR.. Bagaimana PAS boleh bergabung dengan ‘UMNO’ celup ini? Kalau kita sedar, fahaman, dasar dan matlamat PKR sama sahaja mcm matlamat, dasar dan cara UMNO, cuma nama sahaja berubah.. sikap dan perangai oarangnya adalah sama… Akhirnya PAS terperangkap dengan kawanya sendiri secara dia tak sedar..
Cuba lihat APa yang berlaku di Perak, siapa yang membuatkan kerajaan campuran PR yang dipimpin PAS jatuh? bukankah 2org adun itu dari PKR dan sorg lagi DAP.. Itulah akibat PAS bergabung dengan mereka.. Yang PAS pula kenapa perlu bergabung dengan DAP dan PKR? kerana PAS mahukan kuasa dan jawatan, untuk capai cita-cita dan matlamatnya yang salah… PAS hancur kerana ikut sistem yahudi dan barat..
Kalau PAS berdiri sendiri tanpa perlu bergabung dengan DAP dan PKR, PAS pulak takkan dapat kuasa, takkan dapat negeri.. Kalau hanya semata2 PAS, PAS tiada ramai menyokong.. PAS tiada ramai pengundi.. Jadi mana kata orang dah mula sokong PAS? Orang undi PAS dan PR sebb dah bencikan UMNO dan BN.. itu sahaja..
Fikir2kanlah..
Februari 5, 2009 pada 1:16 am
clever soul
Alhamdulillah, org benci UMNO dan BN. Ada juga pencerahan disitu.
tak apalah amir. Tuhan pernah menguji Nabi Nuh AS yg diberi umur yg panjang, tapi sedikit pengikut. Malah anak dan isteri sendiri pun curang.
Mungkin Tuhan sedang menguji jemaah PAS. Jangan bersedih amir.
Ustaz kan dah cakap, kalau kita kalah pun, janji Allah itu benar. Nanti akan terbukti kebenarannya.
Amir bawa banyak-banyak bersabar.
La Tahzan
Februari 5, 2009 pada 1:41 am
aladin
Amir terus membengap.
Kata PAS tidak dapat pertolongan Allah saat genting begini.
1) Perjuangan style Amir tak genting ke? Islam sedunia dalam genting. Allah tak tolonglah gitu? Jika Amir tak rasa perjuangannya genting, sah pejuangan amir bukan untuk Islam sebab Islam itu genting di mana mana hari ini.
2) Ketika PAS menang saat genting di K Tganu, itu Allah tak tolong?
3) Kenapa PAS menang di KT walau DAP datang berduyun tolong PAS? Kenapa Allah tak kalahkan PAS sebab salah pilih alat?
4) PAS bertahan di Kelantan dengan 2 kerusi. Satunya Kota Lama yang 34 majoriti dari undi Cina. Kenapa tuhan tolong dengan undi Cina?
5) Amir kalah ke menang hari ini? Kalau menang mana negara khilafah amir? Kalau kalah, kenapa tuhan tak tolong amir?
6) Setan mana ajar amir bahawa kalah menang adalah neraca ridha dan tak ridha tuhan?
7) Nabi menang dan kalah macam di Uhud dan Hunain. Kalau kalah tanda tuhan tak tolong, itu dah ikut nabilah kerana tuhan pun tak tolong nabi masa nabi kalah. ini sifir begap amir..
8) Main bola bolos 4 gol belum kalahlah kalau di hujung kita balas 5 gol. Amir tak pernah tengok bola ke? Kalah dalam perjalanan bukan bererti kalah di destinasi. Perak bukan destinasi. Perak adalah perjalanan..
9) Macamlah nabi tak guna sistem jahiliyah asal masa di Mekah. Tengok bagaimana nabi menumpang pertolongan sistem perlindungan ala jahiliyah masa di Mekah walaupun sistem itu diguna juga untuk melindungi kezaliman. Amir buta mata sirah.. Nabi guna sistem yang tak salah di sisi Islam demi dakwah Islam.
10) nama lagi duduk dalam sistem jahiliyah. Kita masih di mekah amir, bukan di madinah.
Amir di mekah, tapi dalam rumah tanpa pintu da jendela kerana tak nak masuk sistem jahiliyah.
Apa pun, teruskan tabiat membengap amir demi membela nafsu yang keras dan jahat. Teruskan perjuangan dan kemuncupkan amir..
Februari 5, 2009 pada 1:49 am
amir
Baru beli toyota Camry.. akhirnya BN yang dapat naik Camry tu. mesti kerajaan BN Perak yang baru akan kata, untung kami..hehehehe…
Sepatutnya bila dah dapat negeri, utamakan perkara yang lebih utama iaitu bangunkan Iman rakyat Islam di Perak, selamatkan Iman manusia, Ajak rakyat Perak kenal Allah, cintakan Allah dan Takutkan Allah.. Kemudian tekankan perlaksanaan Syariat Islam yang sebenar.. Utamakan perkara2 yang lebih utama dahulu.. Yang paling utama adalah Hubungan Manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.. DAh dapat negeri kenapa tak buat? nak tunggu dapat negara pula? Bila nak dapat negara? akhirnya sampai bila2 pun tak buat.. sibuk nak uruskan hal dunia..
Pemimpin Islam tak perlulah sibuk nak uruskan hal2 dunia.. dunia ini kecil sahaja.. Tak payah orang Islam, orang kafir pun pandai uruskan dunia.. Ini dapat negeri, sibuk nak keretalah, rumahla.. itu samalah mcm UMNO.. Tak nampak langsung wibawa pemimpin Islam.. Tak nampak beza pemimpin Islam..
Tapi bila kereta diutamakan, bila hal2 dunia dan perkara2 dunia diutamakan.. maka inilah akibat dan balasan dari Allah.. Sepatutnya, bila dah dapat tubuhkan kerajaan.. pemimpin2 PAS dan PKR perak makin merendah diri dan tawadhuk.. Rasanya kalau pemimpin PAS guna kereta buruk pun rakyat pasti akan lebih sayang.. barulah nampak beza antara PAS dan UMNO.. Ini bila PAS pun bersikap sama mcm UMNO.. akhirnya dunia yang dikejar jatuh berciciran.. akhirat hanya Allah lah yang tahu dapat atau tak.. kesian..
Kalau UMNO yang buat begitu takpelah, UMNO punkan perjuangkan Islam.. Tapi jika PAS buat begitu, nampak sangat PAS adalah bukan berjuang untuk ISlam.. PAS juga sibuk dengan hal2 dunia, sibuk dengan hal2 kereta… kesian..
Bila ikut sistem yahudi dan barat, PAS terpaksa mengikut apa yang telah diatur oleh Yahudi dan barat.. PAS terpaksa buat begitu sbb kuasa, jawatan dan pengaruh.. JAdi mana yang dikatakan PAS berjuang untuk Islam? PAS bukan parti Islam yang tulin..
Februari 5, 2009 pada 2:08 am
amir
Saya peminat bola dan faham sangat ttg bola ini.. NAnti nak ajak team Nik Abduh lawan bola dengan team saya, baru betul! perlawanan persahabatan, bagaimana?
untuk yang cerdik pandai diatas..
Saya yakin PAS tak dapat bantuan Allah.. Kemenangan yang PAS dapat bukan mesti kerana bantuan Allah.. Orang kafir pun menang, DAP pun menang.. jadi itu kerana apa? jika dapat kemenangan bukan kerana bantuan Allah, itu namanya istidraj.. Orang kafir pun kaya-raya.. itu namanya istidraj… Tuhan beri juga tapi dengan kemurkaan Tuhan.. PAS dapat kemenangan di Kuala tganu, siapa kata itu bantuan Allah? hanya orang PAS je yang cakap begitu, Orang Islam sebenar tak cakap begitu.. Jadi PAS menang di Kuala terengganu kerana Istidraj.. Allah beri kemenangan dengan kemurkaan Allah..
Bila Amerika menang perang, adakah itu kerana bantuan Allah, tidak.. Itu adalah kerana istidraj, Allah beri tapi dengan kemurkaanya.. Jadi bila PAS menang, itu bukan kerana bantuan Allah.. Jangan tak malu nak mengaku dapat bantuan Allah.. Orang yang dpat bantuan Allah hanyalah orang yang ikhlas buat kerana Allah dan agamaNya.. tanpa ada apa2 kepentingan dunia..
Aladin,
aladin silap baca sejarah Islam, tak tahu fakta dan falsafah sejaran Islam.. Nabi kita tak pernah kalah dalam perang.. Mungkin aladi baca sejarah Islam yang ditulis oleh Yahudi.. Nabi tak kalau, yang sekali tu bukan kalah.. cuba kaji balik sejarah.. Tanya ulama2 yang sebenar.. jangan tanya ulama2 PAS dan ulama2 UMNO.. itupun peristiwa yang berlaku menjadi pengajaran pada ummat Islam. Supaya taat pada pemimpin.. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bukan kalah..
Dalam PAS pula, siapa Pemimpin PAS?? Nak ikut Nik Aziz ke Hadi Awang? byk kelompok dalam PAS.. Setengah fanatik pada Nik Aziz, setengah fanatik pada Hadi Awang.. Dalam kepimpinan Islam, pemimpin ada 1 sahaja…
Februari 5, 2009 pada 2:22 am
amir
Diwaktu ini PAS jangan salahkan sesiapa.. Jangan salahkan UMNO.. Memang dalam sistem Yahudi an barat menghalalkan perbuatan lompat-lompat ini..
Jangan salahkan PKR dan DAP kerana Adun PKR dan DAP yang keluar dari PR.. PAS jangan salahkan Mereka..
PAS kena salahkan diri sendiri.. Silap PASlah kerana bergabung dengan DAP dan PKR untuk kepentingan2 tertentu, untuk kuasa, jawatan dan cinta dunia..
Silap PAS lah kerana masuk dan ikut sistem yang diatur dan dicontrol pleh Yahudi dan barat..
Sebenarnya PAS sama sahaja dengan PKR, DAP, UMNO, MCA adn MIC.
Belum terlambat untuk PAS berubah.. Kalau PAS berubah, saya sendiri akan masuk PAS dan berjuang untuk PAS.. Biar hilang undi, biar tak dapat kuasa dan jawatan.. Yang penting tak tergadai perinsip, yang penting buat sungguh2 kerana Allah dan AgamaNya.. Yang penting tiada sebarang kepentingan.. Biarlah tak dapat kuasa dan jawatan.. Buat apa dapat dunia tak dapat akhirat… Saya yakin, jika PAS buat betul2 kerana Allah, sekelip mata sahaja Allah boleh naikkan PAS dan muliakan PAS.. Allah boleh buat dalam sekelip mata.. Allah maha berkuasa. Jangan kita gunakan akal kita, gunakan hati.. Allah berkuasa menaikkan seseorang dan berkuasa menurunkan seseorang..
Februari 5, 2009 pada 3:58 am
MAIL TGILING
amir………..Aku naik mmusing/pening dgn budak sekor ni,
malas nk layan lah.!!!
‘OOOooiiiii…..orang-orang kampung semua mari tengok budak AMIR..!!!!”
Jom kita ke http://chepirate.blogspot.com/
***AKU SUKA NENGOK GAMBO JE YOP..!!!!!
Februari 5, 2009 pada 5:10 am
laniaz
Salam dari United Kingdom ustaz nik abduh,
Setelah banyak sangat membaca komen dari akhi Amir, saya berharap sangat agar komen beliau terus tidak dilayan. Akhi amir tiada hujah pun, sekadar mengulang-ulang isi sama yang semuanya sudah kita jawab. Tiada maknanya melayan akhi amir ini. “Apabila orang tidak berilmu berhujah, kita katakan sejahter”
Apabila pelawat-pelawat lain menjawab semua hujahnya, tiada pula jawapan balas darinya. Ulangan benda sama sahaja yang dipaparkan. Mungkin beliau dari hizbuttahrir yang terkenal dengan kekerasannya atau mungkin juga dia hanya musuh yang dihantar untuk mengelirukan dan memporak-perandakan blog utaz.
Semoga ustaz terus istiqamah menulis walaupun penuh dengan cabaran.
p/s Amir, internet, Google dan blog ini ciptaan US, kalau mengikut pendapat kamu, maka haramlah kamu menggunakan ruangan komen ini untuk menyampaikan pendapat kamu. Ingat, internet ini ciptaan tentera US! Haram bagi kamu untuk guna!
kamu, haram
Februari 5, 2009 pada 5:14 am
laniaz
*Pembetulan tatabahasa
Salam dari United Kingdom ustaz nik abduh,
Setelah banyak sangat membaca komen dari akhi Amir, saya berharap sangat agar komen beliau terus tidak dilayan. Akhi amir tiada hujah pun, sekadar mengulang-ulang isi sama yang semuanya sudah kita jawab. Tiada maknanya melayan akhi amir ini. “Apabila orang tidak berilmu berhujah, kita katakan sejahtera”
Apabila pelawat-pelawat lain menjawab semua hujahnya, tiada pula jawapan balas darinya.Sebaliknya, dia terus mengulang hujah sama. (Itupun kalau boleh dipanggil hujah sebab ia lebih kepada provokasi untuk memjatuhkan kredibiliti PAS) Mungkin beliau dari hizbuttahrir yang terkenal dengan kekerasannya atau mungkin juga dia hanya musuh yang dihantar untuk mengelirukan dan memporak-perandakan blog utaz.
Semoga ustaz terus istiqamah menulis walaupun penuh dengan cabaran.
p/s Akhi Amir, internet, Google dan blog ini ciptaan US, kalau mengikut pendapat kamu, maka haramlah kamu menggunakan ruangan komen ini untuk menyampaikan pendapat kamu. Ingat, internet ini ciptaan tentera US! Haram bagi kamu untuk guna! Lepas ni kamu dah tak boleh pakai dah. Sekali lagi saya nyatakan , ia haram bagi kamu.
Februari 5, 2009 pada 5:18 am
najmi of dublin
alhamdulillah semua berlaku, pasti ada hikmah..
Terbukti ahli PKR dan DAP khianat.. so,jangan duk cakap besaq lagi lepas ni.. Snap election nanti, PAS wajib diberi kerusi terbanyak dan menjadi teras kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang baru.. baru selamat negeri..
La ni, saya jamin,semua dah serik dengan calon PKR dan DAP..
p/s: Amir ni tahun berapa kat uni?
Februari 5, 2009 pada 8:41 am
aladin
amir terus membengat.
1) Kata PAS menang tu istidraj. Pas kalah tanda tuhan tak tolong. Amir yang berjuang pun tidak tu tak istidraj k? Dok asyik kondem hamas, pas dan semua gerakan islam tu tak istidraj ke? Hamas menang pun salah, hamas kalah pun salah. Amir, mana kemenangan kamu tanda tuhan tolong kamu? Jika tuhan tak tolong, sah kamu pun tak betul. tak yah tuduh paslh..
2) Kamu terus cakap orang tak ikhlas berjuang. Kamu ikhlaskah dengan tuduh orang tak ikhlas?
3) Tahupun kamu nabi tak kalah. Kalau pas kata dia tak kalah, tak boleh pula? Amir, pas tak kalah lagi di Perak. Misi nabi untuk umrah terbantut di tahun hudaibiyah. Itu tak kalahkan? So, apasal misi pas terbantut di perak kamu kata kalah?
4) Itu aku bawa sifir kamu tu. Tak baca ke? Kamu yang jadikan menang kalah itu neraca ridha tuhan. Setan mana ajar kamu?
5) Aku tak baca kitab yahudi. Aku baca quranlah. Kamu tak baca ayat – ayat pasal Uhud dan Hunain? Bukankah Allah mencela sahabat yang menjadi sebab kekalahan awal di perang itu? Kalau terus menang, mengapa ada cela dari tuhan? Dalam Islam, kekalahan adalah perjalanan. Kesalahan adalah ibrah. Bagi kamu kekalahan adalah tanda batil. Kau memang bengap!
6) Amir, kau jadikan faham anti demokrasi kau tu sebagai akidah kau sampai kau sesatkan umat islam demi anti dmkrasi kau tu. Kalau kau tuhu itu hanya khilaf ulama, tentu kau tak sebengap ini.
7) amir, confirm nabi tak guna alat jahiliyah masa nabi di mekah? ke kau butakan mata macam yahudi baca sejarah nabi?
teruskan membengap amir.. mungkin dengan bengap kau tu ramai yang sokong pas dan perjuangan islam. aku suka kau bengap..
Februari 5, 2009 pada 8:44 am
IbnuNafis
Itulah, ikut sangat mazhab Islam liberal Anwar tu, kan semua kijang-kijang dah bertukar jadi katak-katak.
PAS sepatutnya berusaha menjadi tunjang, memimpin dan bukan dipimpin. PAS yang tunjukkan jalan, bukannya imam mazhab liberal yang tunjukkan jalan. Usaha dakwah sepatutnya diutamakan, jalan berhikmah perlu diambil, bukannya membuta tuli ikut Anwar tu. Kalau nak macam tu bubar saja PAS dan semua masuk PKR, dah tentu bahagia dunia dan dot3.
Februari 5, 2009 pada 9:00 am
aladin
Amir bengap,
1) Jika nabi betul, sekelip mata Allah menangkan nabi. 23 tahun tu sekelip mata ke? Bengap! Nabi Nuh tu sekelip mata ke bengap?
2) Jika PAs betul sekelip mata Allah menangkan PAS! Baik, bila imam Mahdi datang sekelip mata ke Allah menangkan nabi? Baca hadis nabi pasal imam Mahdi? Ada perjuangan sekelip mata? Bengap!
3) Orang PAS tahulah masa perintah negeri, lompat mungkin berlaku. Itu politiklah amir. Kamu yang tolak politik, apatah politiking bercakap pasal politik tu tak bengap ke? Alas, ingat PAS kena tipu. PAs dah siap sedia 50 tahun dulu lagi. Tengok apa us nik abduh kata, relaks. Allah bersama dengan orang yag bersamanya. Bila pulak pas lari dai tuhan amir bengap?
4) Amir, macamlah Islam tak pernah terlibat dengan politik. Nabi tak pernah terlibat politik. Jika kamu buang politik daripada kehidupan nabi, sah kamu sesat dan setan adalah penyesat kamu.
Februari 5, 2009 pada 10:44 am
globalmalau
sikit sikit dah la amir…banyak banyak tulis sapa nak baca…kalau hamba, artikel bagus bolehlah tumpang baca ilmu orang…tapi bila masuk rumah orang kena ikut oranglah…jangan buat macam umah sendiri…banyak kita tulis orang pun meluat…itu yang jelas..buktinya saya sendiri…nampak artikel amir panjang berjela…sekilas saya keblog lain..hehehehe..malas baca…jadi spam
Februari 5, 2009 pada 11:04 am
balqis
salam, entry yang menarik ustaz…saya nak komen dengan perilaku en amir, saya setuju dengan aladin, lagi satu amir ni suka mengulang persoalan yang sama, dan ustaz telah pon habis jwb dengan artikel2 sblm ni, mungkin dia ni tak baca habis kot karya ustaz, menuduh membuta tuli…mmg beginilah sikap hizbut tahrir…jadi toksah la dilayan…mungkin akan mengundang amarah buat kalian…
Februari 5, 2009 pada 11:15 am
afira
Bila Allah nak jatuhkn sesuatu kerajaan maka Allah akan buat camni lah..
kadang kadang kiter tak nampak..
mungkin kerana hati kite telah dihijab..
BN ambik orang yg BADRECORD yg ader tuduhan rasuah dan belum dibicara masuk dalam partinya.. RAKYAT SEDANG MEMERHATI.. RAKYAT BUKAN BODOH.. Tgu mase jer BN Akan jatuh..
Allah nak aibkan satu kerajaan tu senang senang jer..
aper yg terjadi di Perak adalah asbab kepada kejatuhan kerajaan Taghut dan kesatuan utuh dalam PR..
Dr Mahathir said: “Two people are accused of corruption. If you bring in corrupt people before they are found not guilty that is not going to improve the quality of the party. You want to accept people who want to jump into your party you need to know the quality of the person also.”
tggu mase dan ketika jer..
janji Allah adalah benar.
Wallahualam
Allahuakbar!
Februari 5, 2009 pada 11:30 am
afira
Ni lah perangkap yg Allah S.W.T buat khas utk BN laknatullah.
Februari 5, 2009 pada 11:37 am
afira
Najib hanya nampak nak rampas PERAK, tapi PAS nampak Nun disana MAlaYSIA negara Khilafah sedang bergerak ke mari..
Februari 5, 2009 pada 11:48 am
afira
Amir,
kami tak macm hang.. salahkan orang sane sini..
org ni tak ihklas orang tu tak ikhlas, orang ni salah orng tu salah.
kami ader tuhan. Tuhan kami Allah. kami yakin aper yg Allah buat ader sebab musabab. tak perlu tunding jari.. bukan orang yg rancang semua ni utk kiter salahkan orang, utk kiter tunding jari. tapi Allah yg rancang.. so takkan nk salahkan Allah. Allah is Perfect bro.. Allah sempurna.. so..
paham dok lagih..?
”They plot and plan and Allah too plan But Allah is the best Planner” – Surah Al Anfal
Februari 5, 2009 pada 12:43 pm
pokleh
aku sokong kau aladin,nate amir tu memang bengap,bengap sebengap bengapnya,mula2 dulu aku mint jg baca dia punya komen ingat dia btul2 nak penjelasan,tp bla aku ikut punya ikut dan aku dpt buat kesimpulam memng budak amir ni memang bengap,sebab bukan sorang yang memperjelskn apa yang dia tanya tu,tp ramai namun seramai tu pun dok hurai kat dia tak faham2 jgk…memang sah dia bengap,benagp dan bengap…..wooooiiii budak amir tu bengap mengarut ja layan dia
Februari 5, 2009 pada 3:02 pm
zam
salam, sabar semua ye. Sudah le tu amir. yang kamu marah dan condong sangat nak hentam PAS ni apa ke hal? kalau tak puas hati pergi jumpa pemimpin2 PAS le yang betul2 sebagai pembuat keputusan didalam jemaah PAS. Jangan le di hebahkan dalam blog ni. Dalam blog ni kita sekadar bertukar pendapat walaupun berbeza bukannya bermati-matian menegakkan hujjah kita. Jika di alam siber inipun kita sukar untuk berlaku ihsan terhadap saudara kita bayangkanlah kalau kita berbincang secara bersemuka. mahu penumbuk yang diacukan…dan itu bukanlah sunnah nabi.
Februari 5, 2009 pada 4:02 pm
KaWeAmIr
Nak tunggu juga komentar Hang Lekir kepada Saudara Amir hafidzahuLLah. Komen yang last sekali yang diberi beliau dalam posting Nik Abduh yang lalu semakin menjelaskan kefahamannya yang amat jauh dari hakikat kefahaman yang sepatutnya dia pegang. Hang Lekir masih tidak dapat membezakan di antara MATLAMAT AGAMA ISLAM dan NILAI-NILAI ATAU UNSUR-INSUR YANG ADA DALAM AGAMA. Sila buat kajian dan bertafakkur sedikit. InsyaAllah dibuka jalan olehNya.
Hang Lekir sebenarnya mempunyai pandangan yang agak sekular terhadap Agama dan ramai ahli PAS sebenarnya begitu juga. Tapi mereka tak sedar.
Beginilah supaya enta-enta lebih menggunakan akal enta-enta sekalian. Cuba bayangkan jika demokrasi ni tak ada. Macam di zaman Nabi SAW. Yang ada hanyalah Al-Qur’an dan As-Sunnah. Apakah cara yang akan dipraktik oleh enta-enta untuk menegakkan Islam ?. Enta-enta dalam PAS ni nampak begitu ketagihan dengan demokrasi. Boleh tak bayangkan enta-enta dah lupakan najis demokrasi ni sekejap. Bayangkan apakah yang enta-enta akan buat jika najis demokrasi ni tak ada. Sila kongsikan dengan Amir dan KaWeAmIr ni. Nak tahu perasaan enta-enta sekalian terutamanya Nik Abduh and Hang Lekir.
Demokrasi berpilihanraya dan bertuhankan majoriti ni jelas-jelas bertentangan dengan sebahagian Ayat 7 Surah Az-Zumar; “No bearer Of Burdens Can Bear The Burden Of Another”. (Tiada Penanggung Yang Sepatutnya Menanggung Beban Manusia Yang Lain).
Dalam demokrasi kita lihat banyak manusia yang terpaksa menanggung beban orang lain kerana kezalimannya dalam memutuskan atau melaksanakan sesuatu. Dakwah juga tidak berjalan dengan sepenuhnya. Ramai orang yang dinafikan untuk mendapat seruan dakwah semat-mata kerana demokrasi.
Fikir-fikirkan
Februari 5, 2009 pada 4:26 pm
mawi
geli aku membaca polar pemikiran otak2 cetek pendukung2 pas ni.
asah 4 adun tu masuk ke BN dikatakan rasuah, zalim, laknatullah,…. tapi bayangkan bila 4 org adun ni masuk semula ke BA,…. jadi khalifah , mendapat petunjuk, bersih-sebersihnya….. baru 10 hari org2 pas bertakbir menjulang adun umno masuk pas, alih2 hari ni kutuk dia gila2……. kau tak tau perancangan Allah SWT tu nak sedarkan puak2 pas&pkr yg bodo sombong, menyokong membabi buta…
heh……….
Februari 5, 2009 pada 6:40 pm
KaWeAmIr
Ini satu lagi hal yang menyedihkan dan malang bagi wadah yang mengaku sebagai jemaah para daie. Nik Abduh dah ada bukti yang jelas kah tentang rasuah-rasuah ni atau terbawa-bawa dengan gelojoh puak Anwar. Periksa balik kitab-kitab yang Nik pernah baca masa belajr dulu. Boleh ke bercakap atau menulis sebegini tanpa bukti yang nyata. Kalau ada sungguh buktipun bukan ini caranya jika wadah Nik adalah wadah yang sebenar-benar berpaksikan Agama. Ini kerja orang yang suka mensensasikan khabar, memberi semangat benci-membenci yang palsu, mencetuskan fitnah dsbnya tanpa asas Agama untuk syok sendiri dan mengulit pengikut-pengikut untuk berlaku tidak adil. Ini prinsip perjuangan PAS ke ?
Memang sah demokrasi telah merosakkan banyak manusia termasuk mereka yang bergelar ulama.
Cara sebegini mirip cara kebencian ala-Syiah dan ala-Khawarij. Jaga-jaga Nik. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan perbuatan anda akan dipertanggungjawapkan !!!.
Ingat; “No bearer Of Burdens Can Bear The Burden Of Another”
KaWeAmIr
Februari 5, 2009 pada 7:02 pm
amir
heheheh..
Masing2 akui betul apa yang saya tulis tu.. tak ada sapa berani komen sbb betul, terutama berkaitan DAP dan PKR..hehehe
PKR itu adalah serpihan UMNO, PKR ditubuhkan lepas Anwar dipecat dari UMNO. Orang PKR adalah orng UMNO, Pemimpin PKR adalah bekas pemimpin UMNO.. So.. Sikap, tingkah laku, amalan dan matlamat mereka adalah sama mcm UMNO.. Lepas Anwar kena tendang dari UMNO dulu, Kenapa Anwar tak masuk je dalam PAS?? Apa perlu Anwar buar PKR pula?? Sbb Anwar pun bukan boleh ikut PAS.. Anwar hanya bergabung dengan PAs untuk gunakan PAS sahaja, begitu juga dengan PAS.. APa perlu bergabung dengan PKR? sbb PAS nak gunakan PKR je… Kesian, masing2 ditipu oleh yahudi dan barat.. Sekarang ini Yahudi dan barat sedang bergembira dan bersorak melihat kebodohan ummat Islam yang mengikut sistem mereka..
Untuk Laniaz, Internet, google dll ini bukan sistem hidup atau sistem kehidupan manusia.. Kepimpinan, pemerintahan itu adalah sistem hidup manusia.. Internet, google dll ni tak ada hubung kait dengan Tuhan, ia adalah benda yang tiada perasaan dan tidak melibatkan cara hidup manusia.. Kita bercakap ttg Sistem, cara.. Kereta itu benda mati, rumah itu benda mati.. Rugi je mak u hantar u belajar sampai UK, rupa2nya pemikiran mcm belajar kat UiTM je..hehehe
Sapa yang minat bacalah, tapi yang tak minat tak payah la baca.. bukan saya paksa baca pun.. heheh..
Februari 5, 2009 pada 7:27 pm
alfakir kurt_kubin
apa yang berlaku pada malaysia hari ini Meningatkan ambo pada satu syair arab yang di tulis oleh abul’ Al-ma’rri
kalau si gendut perut menuduh “at-taie” seorang kedekut,
seorang penanam sayur mengata”qis” pelat bahasanya,
bintang suha berkata kepada matahari; anda samar-samar,
waktu senja berkata kepada pagi yang bening;cahaya mu gelap;
bumi berbadi tinggi dengan langit kerana kebodohanya;
cirit bintang berbangga kepada batu-batu hasa dan jandal;
maka wahai maut datanglah segera kerana kehidupan telah menjadi begitu cela;
wahai insan bersikap seriuslah anda.zaman mu sekarang bersikap lucu
Semoga Allah sentiasa memberikan pertolongan kepada pas
Februari 5, 2009 pada 7:35 pm
amir
buat aladin…
releks..hehehe.. jgn marah2.. jgn emosi.. tenang… jgn maki hamun.. PAS dah jatuh di Perak, kamu marah2 pun bukan dapat apa..hehehe
PAS dah 50thn berjuang, tak nampak langsung bantuan Allah.. Mana kemenangan PAS? Nabi dulu berjuang selama 23thn penuh dengan bantuan Allah.. PAS dah berjuang selama 50thn sentiasa ditipu oleh yahudi dan barat.. ditipu oleh pakatan politiknya,hehehe.. mana bantuan Allah?
Dan sini makin terbongkar dan teserlah, rupanya bukan PAS yang menjadi tunjang.. Bagaimana PAS tak menjadi tunjang? kenapa PAS sampai terpaksa ikut orang lain?? akhirnya apa yang berlaku di Perak itulah bantuan Allah katanya..hehhehe
Mimpila PAS akan dapat negara.. PAS Ingat mudah2 Yahudi dan barat nak benarkan PAS dapat negara.. Kalau dapat pun negeri je, itu pun dah dicontrol oleh yahudi dan barat..
Afira,
Mungkin betul Allah dah nak jatuhkan kerajaan BN yang sudah rosak.. Tapi yang pasti dan memang pasti PAS sudah jatuh.. kerajaan PAS sudah Jatuh, UMNO memang akan jatuh.. tapi entah bila.. PAS dah jatuh pun..hehehe Yang pasti kalau UMNO jatuh pun bukan sbb PAS nak naik.. Kalau PAS naik dan memerintah samalah mcm UMNO dan BN, sbb PAS, PKR dan DAP samalah mcm BN..
Februari 5, 2009 pada 9:33 pm
zam
Salam, buat rais…hati2 bila berkata. Apa maksudmu mengaitkan muawiyah b. abu sufian dengan UMNO? Apakah hak kamu bercakap tentang orang2 terdahulu dari kita? jangan jadi macam Syiah yang begitu ego seolah-olah mereka hidup sezaman dengan para sahabat. Semoga sentiasa menerima taubat kita.
Februari 6, 2009 pada 6:44 am
najmi of dublin
menang tanda tuhan terima? menang tanda perjuangan ikhlas.. camtu tak ikhlas la nabi nuh..nabi lut? berapa kerat ja terima..
amerika menang sekarang..takkan dia ikhlas.. yahudi bom gaza..takkan dia ikhlas..
pas baru 50 tahun,nabi nuh 950..berjuang kena istiqamah bukan kira menang..
tipikal samdol.. hujah ni,budak2 form 3 reti jawab..
Februari 6, 2009 pada 8:10 am
Perak Kini Mempunyai Dua MB… Terima Kasih Pada Semua « Pinkturtle
[…] https://nikabduh.wordpress.com […]
Februari 6, 2009 pada 8:33 am
zam
ish…tak habis-habis lagi perihal si amir ni. kalau nak hentam dia pun bagilah hujjah yang betul2 konkrit biar berbenjol kepala akal dia tu. barule berkesan sikit. Sikit je.
AMIR….keikhlasan bukan kerja kita untuk menilainya. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita. Kerja kita dengar dan taat saja. PAS ikhlas atau tidak terpulang pada Allah menentukannya. Bukan hak kamu untuk menentukan perjuangan PAS betul atau tidak berdasarkan ketidakikhlasan mereka berpandukan pandangan kamu. Yang penting jika PAS salah dalam memilih jalan yang betul nasihatkannya….sebagai seorang yang mengaku berilmu takkan cara hendak menasihati pun perlu diajar. Bukan dalam blog ini untuk menasihati PAS. Saya rasa pemimpin yang paling senang dijumpai adalah MB kelantan. Jumpa dia….kalau memang betul pejuang islam yang sejati le.
Lagi satu, buat ahli PAS…kalau nak buat perbandingan tu fikir le panjang sikit. Ni nak samakan perjuangan nabi Lut, nabi nuh dengan PAS mana mungkin diterima oleh amir. kalau orang macam saya mungkin boleh kot. Apa2 pun semua kita pakat desak amir supaya berdepan secara hati ke hati dengan Ust Nik abduh. Banyak lagi hal yang lebih menguntungkan ummat untuk dibicarakan.
Februari 6, 2009 pada 4:00 pm
laniaz
Seems like amir read my comment. Never thought of that. Huhu. Nevertheless, he keeps spinning his argument. Well, I’m not bothered at all with what he replied to me. The more he wrote, the clearer his clouded thinking appeared. Well, when someone without knowledge said something, just say peace upon him.
“Internet, google dll ni tak ada hubung kait dengan Tuhan, ia adalah benda yang tiada perasaan dan tidak melibatkan cara hidup manusia..”
One sentence tell us all how closed his mind can be. Especially the part when he said internet or google have no relation with Allah swt and the part when he says it does not involve human way of life..
sigh..
By the way amir, don’t bother replying to me anymore. Open your own blog or website and you can pour your heart out there. Nobody will be angry or mad at you. But stop ruining ustaz nik abduh’s blog. If you are
still not satisfied with his fikrah, go and meet him yourself. Discuss with him until forever. Don’t hide behind the anonymousity of the name Amir. Everybody can throw a stone but then hide behind a wall. You make me wanna throw up.
Salam perjuangan.
Februari 6, 2009 pada 4:08 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Saya delete balik 2 komen ‘rais’ yang menghina seorang sahabat baginda sallaLlahu alaihi wasallam. Semoga Allah memaafkan kesilapan membuka ruang dan terima kasih atas nasihat ‘zam’.
Februari 6, 2009 pada 8:26 pm
aladin
Amir bengap!
1) Aik, kau kata aku marah? Aku tak marah pun. Aku kata kau bengap sebab kau memang bengap. Kalau aku marah, aku akan kata kau cerdik la. Hoi sang cerdik!! gituh..
2) Lagi nak tambah pasal bengap kau ni. Orng buta hati macam kau amir mana nak nampak bantuan Allah. Hamas kalahkan israel pun bukan bantuan Allah. Istidraaajjj, kata kau. Waa, amir bengap lulusan jordan..
3) Yalah bengap. Takkan yahudi nak bagi pas negara islam pulak. Yahudi mana nak bagi madinah kepada nabi? Bengap betul kau amir. Nabi susah, apa pelik pas pun susah. Sunnah perjuangan la bengap. Bukan sunnah jenis kau hai bengap!!
4) Aku rasa kau bukan setakat bengap. Buta bengap. Kelantan pun di lihat sama macam negeri2 Umno lain. Ketika semua orang celik kata tak sama, kau kata sama. Sapa setuju dengan kau, sah dia buta sebab orang buta tak nampak kau buta benagp!
5) Oh kau tak mahu pas berbaik dengan dap dan pkr ye bengap? Tu, rasulullah berikat dengan arab jailiyah sekitar madinah tu apa bengap? Demi mengelak sokongan mereka terhadap quraisy mekah, nabi sallaLahualaihi wasallam menjalin hubungan degan musyrikin arab, bahkan yahudi di madinah.
Pas ikut nabilah bengap! Kau saja yang jadikan nafsu jahil dan setan setia kau tu sebagai nabi kau!
6) Ini pula bengap amir paling buta. Kau kata pas sokong demokrasi. Hoi bengap, kalu pas sokong demokrasi, pas dah jadi pkr dap lah. Bukankah pas berkrisis dengan dap pasal pas tolak demokrasi? Pas nak tonjolkan Islam ganti demokrasi dalam perjuagannya.
Faham? Bengap!!
Aku tak lah doa kau jadi bengap amir. Tapi dah kau memang bengap, apa boleh buat. Aku sukalah kau jadi bengap. Terus membengap amir..
Februari 7, 2009 pada 4:11 am
my dublin
salam..
klu dineutralkan fikiran, betol je ape si amir tu cakap.
tp bab2 bantuan Allah tu xleh comment r.. ye la kan, Allah memberikan hidayah dan bantuankepada semua org inshaallah. cuma faktor masa yg berbeza. pastu, kite kene usehe gak… jadi, xleh le cakap cm tu amir…
tp mg 80% dr ape yg amir cakap tu btol je. aku stuju je ha…
pkr mg sampah, dap lg r sampah… umno sekor pon xleh harap. pas cm dah xtau nk wat ape… doa je la korang..
Februari 7, 2009 pada 5:37 pm
ummuhanah
memang boleh tersenyum membaca komen di sini….lagi tersenyum membaca berbalas komen antara amir dan Aladin…cuma harap kita boleh jaga bahasa kerana bahasa juga lambang kepada jiwa. Sabar, sekalipun ketika sangat-sangat marah dan menyampah.
saya suka ‘kekuatan makna’ dalam komen aladin, cuma saya tak berapa suka ia dilontarkan dalam emosi yang terbakar….apatah lagi sahabat kita amir memang menginginkan ianya berlangsung begitu….
Februari 8, 2009 pada 8:34 am
Sepak Leret
Ikuti lah akhlakh Rasulullah …” lambat marah cepat maaf..’, bagaiamanapun dalam soal kerakusan BN merampas dan merompak maruah uat islam, ana gagal dalam mencontohi nya…………moga si Najib bersikap zionist ini menerima padah didunia lagi agar umat lain menjadikanya teladan
Februari 8, 2009 pada 12:23 pm
globalmalau
hehehe…saudara amir memang begitu ummuhannah…suka bagi gang tak puas hati…geram …cam cam…yang sebenarnya dia baru dapat ekses internet…baru dapat masuk blog…baru dapat menulis…tengah karan tuh…tak usah dok fikir tentang dia sangat…lama lama dia hentilah menulis…dia paham ramai tak suka dia…jadi dia buat perangai camtulah…tulis ikut hati tanpa matlamat…itulah salah seorang manusia yang ada atas mukabumi ini…dan jangan lupa diri kita sendiri…sudahkan dicuci hatinya agar diri sendiri mendapt keredaan darNYA…
Februari 9, 2009 pada 9:29 pm
zahrah
salam…
KHAS BUAT AMIR!!
Ya Allah….malunya rasa kalau saya jadi amir nih!!dia menampakkan sifat ‘kebodohan’ nya secara terang-terangan…sudah-sudahlah wahai adikku….malu sikit pada ustaz Nik Abduh, orang berilmu tidak mudah melatah!! janganlah gunakan ruangan komen ustaz Nik Abduh ni untuk menunjuk ‘pandai’ kerana org yang menunjuk ‘pandai’ tu sah2 dia BODOH!!maaf yer…geram gak asyik tengok amir ni jer punya komen(malu sikit pada ustaz….sampai terpaksa buat n3 khas utk adik!!)
nasihat seorang kakak:
BELAJARLAH UNTUK BERLAPANG DADA DAN SEBELUM TIDUR, MAAFKAN SEMUA ORANG DISEKELILING…INSYAALLAH HATI TENANG…
Sebenarnya jiwa adik ‘kacau’ ni..jgn mudah terpedaya pujukan SYAITAN LAKNATULLAH yer…..setiap saat dan tika adik dan kita semua di’pujuk’ oleh syaitan utk melakukan kejahatan dan sewaktu dengannya…wallahua’lam.
org perak yang tabah!!
KEBENARAN PASTI TERSERLAH ALLAHUAKBARR!!!!!
Februari 10, 2009 pada 5:19 pm
Rais
Buat semua..
Lantikan anggota EXCO Perak yg baru (5 muslim, 1 non-muslim) lebih menggambarkan kuasa politik Islam berbanding sebelumnya dimana Dato Seri Nizar dilihat tidak lebih sebagai boneka DAP.
Februari 10, 2009 pada 11:28 pm
Kcp
Salam rais..Dah la kata kat sahabat nabi saw..Hang memang teruk,manusia jenis apa ni!Mengaku Islam,tapi dlm masyaallah punya lunyai..Puak2 yg naik 2 mengaku ja nak Islam,tp sbnrnya xmau pun.Depa nk duit byk2,bleh simpan n harap2 dpt bwak masuk kubur skali..Ahak2..Kalu nak Islam,dah lama dah malaysia ni Islamik..Depa pnya perangai sebijik mcm hang..Islam dah byk dihina oleh golnngan bn,umano…Moga dpt kesedaran dan kembali ke landasan Islam yg syumul.
Februari 11, 2009 pada 3:09 pm
Rais
KCP
Mana hang tau depa tak ikhlas? Hang tau tak penceramah PAS kat tempat aku pun dapat persen daripada kutipan derma JIHAD. Untuk maklumat hang yg berceramah tu naik Camry, tapi yang menderma tu naik basikal buruk aje…ikhlas ka macam nie..
Hang tau dak kat Kelantan pun ada masalah penyelewengan balak dan ada exco yg buat rumah sampai berbelas bilik. Hang tau dak PAS buat apa? PAS tak buat apa-apa pun…
Mac 8, 2009 pada 7:56 pm
nawi
Assalamualaikum wbt..
Komen saudara saudari, abang2, kakak2 dan adik2 sekelian..
Sesungguhnya SIRAH RASULULLAH adalah lorong2 halimunan yang membantu sesiapa yang mendalaminya.. Setiap “langkah” dalam kehidupan akan dapat dapat diteruskan dengan ( InsyaAllah ) jelas dengannya… Sirah Khalifah juga wajar diikuti, agar kita mengerti tentang suatu yang kita tidak mengerti.. Bergurulah kepada yang BENAR.. kenali KEBENARAN.. kelak kita akan KENAL PENDOKONG & PENYOKONGNYA..
Al-QURAN & HADITH adalah penuntun jalan kehidupan.. cahaya yang menyinari JALAN YANG LURUS.. usah berkomplikasi dgn idiom dan kata2 yang bombastik.. kenali FEKAH, TASAWWUF DAN TAUHID…
INGATLAH.. BUKAN HAK KITA UNTUK MENGHUKUM TENTANG BANTUAN ALLAH SWT.. KENALI BANTUAN ALLAH SWT.. KELAK KITA AKAN KENAL ORG YANG DIKURNIAKAN BANTUAN ITU…
Manusia boleh saja mendurhakai sesiapa saja termasuk ALLAH SWT, jika ia merasakan ia boleh lari dari HISAB & HARI PEMBALASAN.. sila kan lah.. jangan risau.. fikirkan saja ALLAH SWT sedang tidur dan tidak melihat mu berkata2 tentang apa saja.. samaada baik atau buruk..
Terima Kasih semua kerana dalam setiap posting anda semua, banyak menyedarkan aku ini.. seorang yang masih tidak berilmu dan terlalu dangkal dalam berfikir.. terima kasih..
beyeh..
Mac 10, 2009 pada 11:31 am
haikal
NIK ABDUH KATA
Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.
KOMEN
PAKATAN RAKYAT JUGA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH RAKYAT. JIKA MASALAH RASUAH DALAM PR TIDAK DIATASI DALAM MASA TERDEKAT, MEREKA JUGA AKAN DIHUKUM OLEH RAKYAT.
Mac 18, 2009 pada 4:53 pm
madkri
Baru pertama kali menjenguk blog ini rasa2nya hampir sama sahaja dengan yang lain.Satu pihak akan menghentam satu pihak yang lain yang tidak sealiran dengan pendapatnya.Masalah duniawi ini tidak akan selesai sehinggalah kepada tibanya hari kiamat.Jika PAS menuduh BN gagal melaksanakan Islam begitulah juga UMNO menuduh PAS Menggunakan Islam untuk kelirukan masyarakat.Masing2 ada hujahnya tersendiri.
Begitulah apa yang telah berlaku didalam Islam itu sendiri apabila kita telah berpecah kepada mazhab2 kerana masing2 ada hujah tersendiri.
Bagi perjuangan politik di Malaysia gunalah akal yang Allah anugerahkan kepada kita untuk membuat pemilihan dalam melantik pemimpin.Kerana diakhirat nanti hanya dua sahaja iaitu Syurga dan Neraka.