(Bahagian pertama menjelaskan kejahilan adalah faktor pertama mengapa akal manusia gagal berfungsi di dalam mengenal Allah)
Kedua, kesombongan. Maksud firman Allah: ‘Dan berkatalah orang-orang yang tidak yakin terhadap hari pertemuan dengan Kami (hari akhirat); ‘Kalaulah diturunkan para malaikat ke atas kami atau kami dapat melihat tuhan kami.’ Demi sesungguhnya mereka telah begitu sombong daripada dalam diri mereka dan mereka telah begitu melampau sekali. Pada hari mereka benar-benar melihat para malaikat (hari kiamat), tiadalah lagi berita gembira buat mereka yang melakukan jenayah.’ al Furqan; 21-22
Ayat ini juga menjelaskan mereka yang menuntut melihat Allah di dunia sebagai golongan yang tidak percaya kepada hari kiamat. Ini disebabkan kesombongan yang menguasai diri mereka sehingga menutup akal dan hati daripada melihat hakikat dunia yang terhijab daripada dunia malaikat. Apabila mereka benar-benar telah melihat malaikat di hari akhirat nanti, maka ia adalah berita buruk buat mereka. Itulah hari kiamat yang pernah mereka dustakan. Alangkah beruntungnya jika mereka membuang kesombongan..
Ketiga, penyelewengan. Maksud firman Allah: ‘Dan berkatalah Firaun; ‘Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi agar aku dapat sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit agar aku dapat melihat tuhan Musa. Dan sesungguhnya aku menganggapnya sebagai seorang pendusta.’ Demikianlah dihiasi untuk Firaun (agar memandang baik) keburukan amalannya dan dia telah disekat daripada jalan (yang benar). Dan tiadalah tipu daya Firaun selain membawa kerugian.’ al Ghafir; 36-37
Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa Firaun telah disekat dan diselewengkan daripada menemui jalan mengenali Allah disebabkan oleh kesalahannya sendiri di dalam menetapkan jalan untuk mencari dan mengenali Allah iaitu dengan berpandukan mata kasarnya dan kekuatan fizikal. Ini disebabkan Firaun telah tertipu dengan amalannya sendiri yang disangkanya benar belaka, sedangkan amalannya adalah buruk dan menyeleweng. Jikalah Firaun mendengar daripada pengajaran nabi Musa..
Keempat, kezaliman. Allah telah menceritakan tentang kaum Yahudi ketika mereka meminta daripada nabi Musa alaihissalam untuk melihat Allah sebagai syarat untuk beriman. Maksud firman Allah: ‘Dan ingatlah ketika kamu berkata; ‘Wahai Musa, kami tidak akan beriman denganmu sehinggalah kami dapat melihat Allah secara terang-terangan’, lalu kerana itu kamu telah disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya.’ al Baqarah;55
Dalam ayat lain Allah menjelaskan lagi maksudnya: ‘ Golongan ahli kitab telah meminta daripadamu (wahai Musa) agar kamu turunkan ke atas mereka sebuah kitab daripada langit. Maka sesungguhnya mereka sebelum itu telah meminta daripada Musa suatu yang lebih besar daripada itu. Mereka berkata,’Tunjukkan kepada kami Allah itu secara nyata.’ Maka (kerana itu) mereka telah disambar petir dengan sebab kezaliman mereka sendiri.’ al Nisa’ 153.
Hujung ayat di atas menjelaskan betapa permintaan mereka untuk melihat Allah itu sebenarnya bukanlah lahir daripada keinsafan dan keadilan, bahkan ianya lahir daripada kezaliman diri mereka terhadap kebenaran yang telah nyata di hadapan mereka. Jikalah mereka melayani rasul dan kebenaran itu dengan penuh keadilan..
Keempat-keempat faktor di atas adalah penyakit yang melanda manusia. Ia menyebabkan manusia gagal mengoptimumkan penggunaan akal yang begitu perkasa itu untuk melihat kewujudan Allah dengan begitu mudah. Jahil, takabbur, seleweng dan zalim terhadap kebenaran telah menghalang akal daripada berkerja untuk tuannya sebagaimana fungsi asalnya. Apabila seseorang itu ditimpa penyakit, maka banyak perkara menjadi terkandas dan gagal. Segala keputusan dan hukumannya sering kali salah dan merugikan.
Justeru apabila manusia menolak untuk memperakui kewujudan tuhan yang satu yang menciptakan segala-galanya, maka ia bukan bermula daripada kegagalan akal yang disediakan oleh al khaliq untuk setiap anak Adam, bahkan ia disebabkan penyakit yang perlu diubati daripada terus membantutkan peranan akal. Adalah teramat malang untuk menolak wujud bakteria yang begitu halus itu semata-mata kerana kegagalan mata untuk melihatnya sebagaimana malangnya menolak kebesaran matahari berbanding bumi semata-mata kerana mata melihatnya lebih kecil.
Begitulah Allah. Dia terlalu agung dan tinggi (al Azim, al Aliy) untuk diukur oleh mata dan terlalu halus dan seni (al Latif) untuk dikuasai mata dan seluruh panca indera. Segala pengenalan terhadapNya hendaklah dengan akal.
Sebagai contoh, cuba lihat televisyen di hadapan anda. Kemudian letakkan jari menyentuh kelopak mata anda. Bukankah mata anda melihat jari itu lebih besar daripada televisyen tersebut? Tetapi anda berkeras dan yakin bahawa televisyen itulah yang lebih besar. Sekarang anda menolak pandangan mata anda. Kenapa? Kerana anda lebih meyakini akal dan anda bersedia sepenuhnya untuk melihat dan berhukum dengan akal.
Kalau dalam kehidupan seharian pun kita secara mudah menolak hukum panca indera, mengapa manusia terus berkeras menggunakannya untuk melihat Allah? Begitulah Allah mempertegaskan kepada kita bahawa penyakitlah punca keengganan itu.
Sekarang kita perlu menetapkan satu jalan yang benar menuju Allah agar kita boleh berjalan dengan penuh keseronokan dan tidak lagi terkeluar daripada landasan yang akan menyesatkan.
Ketahuilah bahawa Allah telah menjadikan tanda-tanda kebesanNy yang bertebaran di dalam kehidupan ini sebagai satu-satunya jalan mengenaliNya. Tanda-tanda itu disebut sebagai ‘al aayaat’. Kemudian untuk mengesannya, tiada cara dan alatan lain selain akal, fikir dan ilmu. Itulah syarat yang utama.
Ini kerana manusia akan mengesan tanda-tanda tersebut dengan akalnya. Dengan akal terus berfikir dan memerhati, manusia akan mengenal tuan yang mencetuskan tanda-tanda tersebut. Kemudian jika tanpa ilmu, manusia akan gagal mengesan kewujudan tanda-tanda tersebut, apatah mengenal tuannya. Jadi segala-galanya menuntut akal untuk berfungsi; menuntut ilmu, melihat tanda dan seterusnya memerhati dan merumuskan.
Allah mencabar manusia (lihat al Ahqaf;4), setelah mempertegaskan penciptaanNya, agar mereka membawakan kitab terdahulu atau walau sedikit daripada peninggalan ilmu manusia yang menunjukkan bahawa ada zat selainNya yang telah menciptakan bumi ini. Cabaran ini pasti sekali tidak mungkin mampu dijawab oleh manusia. Kenapa? Kerana selagi manusia menambah ilmu, selagi itulah Allah muncul sebagai tuhan yang menciptakan alam ini.
Begitu ilmu membantu akal untuk berfikir dan berkerja mengesan tanda-tanda kekuasaan Allah taala di alam ciptaanNya ini.
Di mana tanda-tanda ini dapat dilihat? Ya, Allah telah menempatkannya di dalam tiga tempat; Pertama, di alam raya ini. Kedua, di dalam kitab al Quran sendiri. Ketiga, di dalam mukjizat para nabi dan karamah para aulia’.
Anda memerhatikan keagungan pelbagai ciptaan di bumi dan langit dan bagaimana ia bergerak dan hidup. Kekaguman terhadap keunikan ciptaan itu akan memperlihatkan kepada anda tanda-tanda yang meyakinkan bahawa ia telah terhasil daripada ciptaan tuhan yang maha berkuasa. Kemudian apabila anda membaca al Quran dan kebenaran segala isinya yang menerangkan pelbagai dan sungguh berbisa itu, anda akan terus terpanar dan fana di hadapan zatNya yang maha agung.
Begitu juga Allah mempermudahkan untuk manusia melihat kekuasanNya dengan memperagakan pelbagai mukjizat dan karamah para nabi dan aulia’Nya yang terhasil melalui carikan adat, sebab dan kebiasaan yang menunjukkan bahawa ia tidak mungkin berlaku kecuali Allahlah penyebabnya yang tidak dapat dilihat.
Justeru ketika manusia hari ini begitu beriman dan taasub dengan kehebatan akal dan ilmu yang ada di sisi mereka, maka tiada uzur lagi buat manusia mengenepikan peranan akalnya itu untuk mencari dan menemui penciptanya yang maha agung.
(Artikel ini adalah untuk kolum ‘agama dan kehidupan’ akhbar Siasah)
9 comments
Comments feed for this article
Februari 23, 2011 pada 9:03 am
maw
shukran shukran amatlah mantap isi penulisan ini.berharap sangat tidak jemu menghidangkanya.kesemua artikle tuan nik saya simpan sebagai bahan rujukan pengajian saya.kalaulah boleh memohon diemailkan kepada saya.
Februari 23, 2011 pada 11:12 am
ezmanshah
Apabila saya meminta bukti Tun Mahathir menghalang hudud, ini jawapan kamu, “Aik, tanyalah DS Najib, Anwar, Muhyiden, Sammy Vellu dan seluruh politikius Malaysia. Adakah saudara baru sangat dalam hal politik ni sampai matahari terang pun nakkan bukti. Tak ingatkah amaran gila Tun Mahathir dulu tu?” Dan juga, “Jika saudara ditahap ini, jawaban saya nungkin tidak akan memuaskan saudara untuk tempoh yang panjang. Belajarlah politik lebih lama dah jangan datang kepadanya denagn amarah. Ini nasihat yang baik.
Mungkin Surat Tun Dr Mahathir kepada MB Kelantan pada 8 Jun 1994 berkaitan PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN boleh kamu baca dan fahami. Sila baca di http://ustazmoden.wordpress.com/2009/01/30/surat-tun-m-kepada-mb-kelantan-menjelaskan-kenapa-hudud-sukar-dilaksana-di-malaysia/ atau mungkin kamu boleh memintanya daripada MB Kelantan.
Ingat, fitnah itu lebih buruk daripada membunuh. Jangan terlalu seronok berkata-kata.
‘Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri…’
Februari 23, 2011 pada 12:53 pm
nikabduh
Ezmanshah,
Cantik. Saudara menyaran saya memahami surat Tun tersebut. Baik, Apa yang tidak kena? Baca perenggan akhir, apakah kamu tak faham bahasa PM bahawa Kerajaan akan bertindak; Ingat, kisah mageran di Kelantan dulu? Bukankah kerajaan pusat ada kuasa untuk membatalkan hak demokrasi rakyat? Itulah sebabnya dunia politik masa awal 90 an bersetuju bahawa Tun M akan bertindak di luar batas demokrasi. Kemudian,
1) Khalayak yang membaca surat tersebut akan mudah sangat memahami bahawa Tun Mahathir jelas menolak pelaksanaan hudud di Kelantan.
2) Draf surat tersebut jelas berlapik dengan mengatakan itu hudud PAS, bukan hudud Islam. Itu bagus untuk mengelak PM daripada secara terangan menolak hukum Allah. Tetapi, dunia kemunafikan warna warninya adalah ujian Allah keatas setiap mukmin agar tidak tertipu oleh mereka. Lihat ucapan2 Tun yang lain, lidah bercabang kadang2 tak terkawal semjanya.
3) Siapa mengatakan itu hudud pas dan hudud politik? Tunkan? Hujahnya? Ya, pandangan sarjana Islam, mengikut surat tersebut.
Soalnya, mengapa pandangan ulama tersebut tidak dibahas agar kebenaran terserlah. Mengapa hanya berpandu kepada satu saranan
yang diragui (kerana jelas tiada rujukan), sedang umum mengetahui
kerajaan Kelantan habis ratusan ribu rm untuk menderafkan
enakmen hudud itu? Senangnya mengatakan itu hudud Pas?! Minta
dibahas, takut..
4) Contoh2 yang diberi mengenai kelemahan enakmen itu jelas kabur. Ia tidak lebih selain menggambarkan penyelewengan fakta dan hujah. Anda tentunya tidak mengikuti dengan sempurna jawaban2 Pas sewaktu isu ini panas dahulu.
5) Pas konsisten untuk melaksanakan hudud dan hukum Allah. Yang menghalang hanyalah kerajaan pusat yang tidak membenarkan Kelantan berbuat demikian. Apabila Kelantan menganjurkan hari hudud setiap tahun memahamkan rakyatnya, juga rakyat Malaysia mengenai hudud, adakah orang menjangka itu hanya gimik politik??
6) Surat itu jelas membuktikan Tun kekal mempertahan keadilan undang2 sedia ada yang langsung bukan undang 2 Islam berbanding undang2 hudud yang dikemukakan PAS. Ia juga langsung tiada menunjukkan tun berusaha ke arah undang 2 Islam. Bukankah itu satu perbandingan dari hati yang busuk?
6) Saya punya bukti di sisi menunjukkan Pusat bersedia
membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, tetapi syaratnya…. Maksud saya pusatlah yang berpolitik walaupun terpaksa memijak hak Allah ke atas manusia.
Februari 23, 2011 pada 2:55 pm
ezmanshah
Kata kamu, “Siapa mengatakan itu hudud pas dan hudud politik? Tunkan? Hujahnya? Ya, pandangan sarjana Islam, mengikut surat tersebut”.
Jika benar “Pas konsisten untuk melaksanakan hudud dan hukum Allah” mengapa PAS ‘memeram’ dan ‘menyepikan’ perjuangan tersebut? Bagaimana pula pekikan dan laungan hudud yang sudah tidak lagi kedengaran? Sikap bekas MB Perak daripada PAS berkaitan perjuangan PAS melaksanakan hudud? Kalau dahulu PAS hanya menguasai Kelantan, tetapi kini di Kedah. Hudud cuba dilaksanakan di Kedah? Tun juga yang menolak?
Lebih molek sekiranya PAS ‘KINI’ melaksanakan dahulu beberapa contoh ‘Hudud Pas’ (yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan) terhadap pemimpin PAS sendiri. Supaya rakyat dan masyarakat lebih faham. Pemimpin PAS yang melanggar syariat Islam, melanggar ‘Hudud PAS’, ‘wajib’ dikenakan tindakan.
PAS sebenarnya ‘tidak sesuai’ bercakap tentang Islam kerana bukan sedikit ucapan atau kata-kata pemimpin PAS yang bercanggah dengan saranan Rasulullah S.A.W. dan firman-firman Allah S.W.T.
Apakah PAS mengikut saranan Rasulullah S.A.W. melalui hadis ini? “Tidak beriman di antara kamu sehingga kamu tidak mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai diri sendiri” (HR Anas bin Malik).
Dan Firman Allah S.W.T. Surah Al-Hujurat (49:10) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Apakah PAS mengamalkan beberapa kerat ajaran Islam dan ‘mencampakkan’ ajaran Islam yang lain?
PAS juga tidak pernah konsisten untuk melaksanakan hukum sebenar Allah S.W.T. tetapi lebih kepada mencari keuntungan politik. Manakan tidak, dahulu mendabik dada memperjuangkan Islam tetapi kini membuat ‘pooSINGHan 360 darjah’ untuk memperjuangkan Melayu!
Dan apa jawapan kamu,
“PAS ‘berkiblatkan’ seorang manusia yang memperjuangkan pluralisme yang terang dan nyata menyamaratakan Islam dengan agama lain?”
Februari 28, 2011 pada 8:15 am
ezmanshah
Cantik. Jika Tun Mahathir menolak hudud, mengapa PAS tidak menunjukkan contoh ‘HUDUD’nya terhadap Mat Sabu’n yang menuduh Anwar meliwat tanpa membawa 4 orang saksi?
Februari 28, 2011 pada 9:35 am
nikabduh
ezmanshah, Ini pun contoh kebodohan kamu. Dah tahu Tun halang, kamu suruh pas melaksanakan hudud. Kamu ikat orang, kamu suruh dia berenang. Bila dia tak boleh, kamu kata dia bohong panai berenang.
Hudud dikalangan ahli Pas? Ni ezman belajar kat mana ni bhw hudud boleh dilaksanakan dalam pas dulu. Tak malukah berhujah begini? Dah ambil SPM kah?
Kamu kata pas memusuhi umno? La, umno tak memusuhi paskah? Sampai benci hi gga tembak orang pas kat Memali. tangkap ISA. Buang, pecat, Halang itu dan ini. Paling tinggi, orang pas hanya hentam umno dengan mulut. Siapa lebih memusuhi sekafang?
Nak tegur pas, dia buat tak apa.
Apa lagi ezman? Saya layan kamu..
Februari 25, 2011 pada 2:45 pm
Arie Haan
Bolehkah akal mengenal Allah ?
Februari 28, 2011 pada 5:09 pm
ezmanshah
Jangan terlalu bongkak dan takbur tuan…
Dan jangan terlalu banyak memfitnah…
Saya minta tuan yang bijaksana ini menjawab persoalan saya mengapa semasa Mat Sabu’n mendakwa Anwar meliwat, persoalan 4 orang saksi tidak ‘dipopularkan’?
Tuan sebenarnya faham dan tahu maksud saya “Lebih molek sekiranya PAS ‘KINI’ melaksanakan dahulu beberapa contoh ‘Hudud Pas’ (yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan) terhadap pemimpin PAS sendiri. Supaya rakyat dan masyarakat lebih faham. Pemimpin PAS yang melanggar syariat Islam, melanggar ‘Hudud PAS’, ‘wajib’ dikenakan tindakan”.
Saya tahu, ada segelintir pemimpin kabilah tuan yang juga ‘membuat dosa besar’ tetapi seperti dosanya ‘dicuci’.
Tidak malukah tuan berkata, “Tak malukah berhujah begini? Dah ambil SPM kah”? Atau tuan yang bijaksana ini memang suka memandang rendah kepada sesiapa yang tidak menyokong pendirian atau pendapat tuan?
Dan tidak malu juga saya yang BODOH ini masih mahu jawapan tuan berkaitan “Dan apa jawapan kamu,
PAS ‘berkiblatkan’ seorang manusia yang memperjuangkan pluralisme yang terang dan nyata menyamaratakan Islam dengan agama lain?”
Jun 13, 2012 pada 6:25 pm
insan
jangan lah kerana politik kita sesama islam bermusuh,lebih baik kita bersama-sama menentang ziyonis