Salam Kamunting,
Beberapa akhbar harian hari ini melaporkan bahawa Puteri UMNO Selangor telah membuat laporan polis mengenai kenyataan menghina yang dilakukan di dalam sebuh laman web sosial terhadap bekas ketua Puteri UMNO bahagian Ampang, Allahyarham Haslinda Zerain yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung baru – baru ini.
Selepas menyokong tindakan membuat laporan polis tersebut, suka saya menitipkan beberapa perkara sebagai renungan bersama;
1) Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.
Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.
Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.
Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata – kata kesat. Jika ‘terpaksa’, hamburkannya ditempatnya. Biar mangsa itu terkambus sekali dengan kata – kata kesat itu.
Adakah si muslimah yang meninggal dunia dengan kalimah syahadah di dadanya berhak dikebumikan dengan kata – kata kotor? Agama kita, nabi kita tak pernah mengajar begitu.
2) Menghormati si mati adalah hak kemanusiaan. Di depannya adalah Allah, tiada lagi selainNya. Itu adalah pengakhiran dan kesudahan sebuah kehidupan yang maha dahsyat dan menginsafkan! Apa lagi yang lebih menginsafkan selain mati?
Apatah lagi jika dia saudara kita semuslim. Jika dia baik, pastikan kebaikannya bertambah – tambah dengan doa kita. Jika dia buruk, pastikan keburukannya diampuni dengan doa kita. Bukankah persaudaraan muslim itu suatu yang hak? Si mati telah tiada apa – apa selain tuhannya.
Jika tidak dapat tidak kerana kebencian yang meluap – luap, tutup mulut. Ikat jari atau potong saja daripada menulis yang hina dan membodohkan diri sendiri. Bagaimana jika anda menghina orang yan telah menikmati keampunan tuhan di kuburnya?
3) Menentang UMNO adalah tuntutan dakwah. Dakwah adalah tugas kerasulan. Wahyu yang mengganti al rasul yang telah pergi meninggalkan kita terus berkumandang berseru agar umat menolak pemikiran sekular dan syirik terhadap kedaulatan al Quran dan al Sunnah. UMNO, kerana terkurung di tempurung sekular, kita tentang dan kita dakwah.
Dakwah ertinya menarik ke syurga, bukan menghumban umat ke neraka.
Ketika seorang daripada kita sudah di ambangnya, berdoalah untuknya, bukan menghina dan membencinya.
Di ambang kubur, PAS dan UMNO adalah sama. Di depan adalah syurga dan neraka. PAS berdakwah ke syurga dan menahan umat dari murka dan nerakaNya.
4) Untuk Allahyarham Haslinda Zerain, bergembiralah kita jika Allah merahmati dan mengampuninya.. Ummati.. ummati..
21 comments
Comments feed for this article
Mac 3, 2010 pada 4:19 pm
saya
syukran ustaz atas peringatan ini- ‘tanggungjawab ketika menulis’. kalau baik tulisan kita, apabila mati kelak, mudah2an memberikan manfaat.
Mac 3, 2010 pada 4:40 pm
Firdaus Omar
Satu nasihat yang amat wajar kita semua patuhi.
Mac 3, 2010 pada 5:23 pm
anak bugis
Setiap kali tokoh umno meninggal dunia bukan main lagi akhbar menyiarkan kisah mereka sebagai satu kehilangan besar pada negara.. sebenarnya sapa yg berhak untuk diratapi dan disanjung terletak pada penilaian rakyat itu sendiri, masallah nya sekarang adakah org umno je yg berbakti pada negara..? bagaimana yg lain..??? sejarah membuktikan kepimpinan umno penuh dengan kejian dan rasuah.. kesimpulanya rakyat pembayar cukai berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing samada baik atau buruk, positif atau negatif.
Mac 3, 2010 pada 8:51 pm
mat
betul tu…pada rakan2..jaga sikit adab2..jangan kerana terlampau ghairah menulis sampai tergelincir jari menekan keyboard…hehehe..
Mac 5, 2010 pada 3:21 am
leokid
Bersetuju dengan pandangan ustaz Nik Abduh. Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis nabi,
“Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata baik atau diam…” (HR Mutafaqun ‘alih).
Kalau berkata baik, itu adalah sunnah dan baginya pahala, inshaAllah.
Kalau tak dapat berkata baik atau terasa ingin berkata jahat, tetapi ditahan lalu diam, maka itu juga adalah sunnah dan baginya pahala, inshaAllah.
Salam ziarah dari Nizhny Novgorod.
Mac 5, 2010 pada 11:41 am
camcoy
Sesetengah penulis blog seolah-olah merasakan mereka ‘Tuhan’.
mereka menghukum si fulan bin si fulan ibarat mereka lah penentu pengakhiran si fulan tersebut.
Ingatlah penulis blog sekalian…
Blog bukan satu lesen untuk merasa diri anda sebagai ‘Tuhan’.
– Tidak suka anda beri cop neraka!
– Suka anda beri cop syurga!
Mac 5, 2010 pada 3:47 pm
nuriman
Salam ustaz…syukran atas nasihat ini…….
Doa dari saya semoga Tok Guru cepat sembuh …
dari anak kelate …
Mac 6, 2010 pada 12:45 am
Cikgu Azemi
Sebelum melihat orang, lihatlah diri sendiri dahulu.
Mac 6, 2010 pada 2:41 pm
shamil_robin
buke umno sajo hak kena tentang…
paling utama jahil, jumud, niat tak betul, hati busuk…
dale pas pun belana kokna lagi
Mac 7, 2010 pada 3:01 am
spsb
kalau ilmu dituntut hanya untuk bercakap saja, tak di amalkan pastinya akan nampak kecacatannya sebab semua yang terpancar dari dalam diri hanya kepura-puraan saja..
Mac 7, 2010 pada 7:58 am
khairuummah77
Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/
Mac 9, 2010 pada 1:03 pm
izaiyah
Emmm…kadang2 teman tgk terutama anak2 muda nie terlampau lampau pulak sehingga melanggar garis adab2 dan hukum dalam islam semasa berpolitik. Yang salah wajib ditegur dan yang ditegur diharap dapat terima dgn hati terbuka. Apapun ini satu peringatan untuk diri teman dan rakan2 yang lain. Terima Kasih Ustaz….
Mac 10, 2010 pada 10:42 am
abu razeen
bukan semua orang yg berjuang sokong hudud itu hatinya bersih….
tapi semua…. sy ulang…..SEMUA orang yg berjuang menentang hudud itu confirm jahiliyah, jumud, niat tak betul dan hati busuk.
takda kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati.
hanya statement aqidah salafussoleh.
ps: sokong artikel ustaz 100%.
Mac 11, 2010 pada 11:29 am
Redzha
Politik ni untuk kekuasaan dunia. kalau dah politik tu politiklah jugak.
Pakai serban ke jubah ke atau gelaran ustaz ke ulamak ke. Tetap juga namanya ahli politik. tak yah dok kata ape same aje…
Syukur aku bukan orang politik…
Mac 11, 2010 pada 12:26 pm
DoWell
Btol tu ustaz. Bkn kite yg kta, tp nabi kata mcm tu jgk. Sape2 yg masa hidup b’juang untk lwn Islam sbnrnye menuju ke neraka. Nabi ckp mcm tu kn. Tp ble dh mati, sbb die pnh ucap kalimah syahadah, kite doakan kite dan die pun sm2 slamat lh. (refer pd sape2 yg terase)
That’s why jgn cari pasal dgn hukum/perlembagaan Allah.
Kalo nk gn hukum sendiri jgk, buat lah bumi sendiri, matahari sendiri, udara sendiri. Wassalam.
Mac 13, 2010 pada 7:00 pm
dmpsa
http://dmpsa.blogspot.com/
JEMPUT LAWAT
Mac 14, 2010 pada 4:18 am
Syahmie
Sungguh cantik titpan ustaz… Moga2 yang lain jangan pula melanggar adab dalam menulis dan menaip…
Mac 14, 2010 pada 9:45 pm
haqifa24
salam kembara.
Ahaksss! saya paling suka pandangan shamil_robin.
eh3, bukan nak mengata mana2~ tp, pandang la dari sudut ‘keadilan’.
Tak faham? ikut la camne nak faham.
paper pun, setuju jugak dgn pandangn ustaz. 🙂
di situlah indahnya Islam.
Mac 16, 2010 pada 11:24 pm
Azridul
Syukran Ustaz. Peringatan buat yang sering terlajak.
Mac 17, 2010 pada 5:32 pm
syed
salam ustaz …
sindiran tepat kepada kickdefella je… maaf jika anggapan saya salah ?? tapi begitu yang terdetik di hati saya … maaf sekali lagi.
Mac 23, 2010 pada 3:13 am
fikri kolam
terima kasih dan bertambah semangat untuk menulis yang terbaik demi ISLAM…insyaAllah