Salam Kamunting,
AlhamduliLlah, saya telah dikurniakan cahaya mata yang kelapan beberapa hari yang lepas. Tiada selepas Allah yang maha agung selain isteri sayalah tempat saya menghambur rasa dan kata syukur di atas pengorbanan dan kemulusannya menghiasi mahligai kehidupan kami dengan anak – anak yang menyejukkan mata.
Nik Sana Imani adalah anak perempuan kami yang ketiga. Saya terpaksa tundakan majlis jamuan aqiqah dan berpada dulu dengan sunnah bercukur yang disempurnakan oleh ayahanda Tuan Guru di Klinik al Nisa’, Kota Bharu. Bayi comel kami terpaksa diletakkan balik di bawah jagaan doktor selepas dilihat demam kuning dan alhamduliLlah, kini sembuh sepenuhnya.
Anak – anak adalah penghias kebahagiaan dan kehidupan. Mereka adalah anugerah dan mereka juga adalah ujian. Selepas iman dan perjuangan yang istiqamah di dunia ini, nabi – nabi dikurniakan dengan zuriat yang solehah dan menjadi talian hayat yang paling gagah buat menyambung perjuangan tauhid.
Pada musim haji yang sedang menyinsing ini, kita mengingati sejarah agung nabi Ibrahim dan penyambung perjuangannya, nabi Ismail alaihimassalam. Kedua – dua mereka adalah cerita anugerah dan cerita ujian yang agung dalam memahami sunnah Allah terhadap hamba – hambaNya.
Janganlah lupa menoleh kepada orang yang tidak mungkin dilupakan, seorang ibu yang kental, Siti Hajar yang agung. Ceritanya menjadikan cerita kedua – duanya hidup dan bernafas sepanjang zaman untuk menjadi pedoman dan cahaya buat setiap mahligai muslim yang terbina.
Terima kasih buat isteri tersayang. Pengorbananmu menghijau rimbun kehidupanku. Tiada wajah seikhlas wajahmu.
Buat anak – anak tersayang, kamulah perhiasan menyinari istana bahagia. Kamulah sebenar – benar cahaya mata ayah dan ibu yang menyejukkan jiwa dan sanubari. Semoga kamu diciptakan untuk menjadi ahli syurga Allah yang kekal abadi.
Anak – anak kami; Nik Ahmad Shah Waliyullah, Nik Mus’ab ‘Umairi, Nik Nurana Nazeehah, Nik Izzuddin Qassam, Nik Zati Maisuri, Nik Abdul Mun’im, Nik Ahmad Saif Mudzaffar dan Nik Sana Imani.
Selamat datang adik Sana
Wajah ibu mawar menguntum
Tangismu seindah kicauan burung
Wajah ayah secantik ibu
Dengarlah azan sambutlah iqamah
Abangmu biarlah jadi pak imam
Tidurlah lena di awal malam
Kakakmu asyik mahu ketawa
Marilah kita menghias bersama
Rumah kita bertandang bahagia
19 comments
Comments feed for this article
Oktober 20, 2009 pada 5:14 pm
zai
tahniah ustaz!
Oktober 21, 2009 pada 9:30 pm
mr_al
congratulation..:)
Oktober 20, 2009 pada 5:22 pm
fahmi
tahniah ustaz, semoga kita semua mendapat berkat dari kelahiran ini…
Oktober 20, 2009 pada 5:31 pm
Wan Mohd Sukri
Assalamualaikum..
Tahniah Ustaz… Semoga di murahkan rezeki dan dilapangkan di dalam urusan menegakkan syiar Islam… Semoga Allah merahmati diri Ustaz sekeluarga…
Oktober 20, 2009 pada 5:49 pm
aladin
mabruk ustaz. Rezeki anak insya Allah pada perjuangan, termasuk produk alternatif SIM nanti. Pakat baca http://duniakhianat.blogspot.com . Semoga rezeki melimpah untuk seluruh pejuang yang ikhlas.
Oktober 20, 2009 pada 11:19 pm
DoWell
Tahniah ustaz.
Moga terus bertambah ansarullah.
Oktober 21, 2009 pada 3:24 am
zikr
salam ustaz,
tahinah, moga bertambah barokah dalam hidup enta.
ustaz, doakan ana bertemu zaujah solehah yang penuh ilmu agama.
Oktober 21, 2009 pada 11:21 am
ust muaz,kg baru.kl
tahniah cucu terbaru Y,A.B TUAN GURU
Oktober 21, 2009 pada 11:22 am
ust muaz,kg baru.kl
boikot !!!! jenama tok guru !!!!!!!!!
duniakhianat.blogspot.com
Saturday, October 17, 2009
Khianat Produk Tok Guru
Para pembaca sekelian bolehlah memerhati beberapa fakta di bawah yang diperolehi daripada sumber dalaman dan buatlah kesimpulan yang betul mengenai salah laku serius oleh pihak pengurusan yang mengeluarkan produk berjenama tokguru. Kami susun mengikut galur sejarah produk ini supaya lebih jelas.
1) Lebih kurang 5 tahun lepas, En Wan Hasnol telah mempertemukan Utaz Nik Abduh dengan Encik ahmad Fauzi hashim atau Che Mat dan isterinya, Puan Hamizah untuk berbincang mengenai penubuhan syarikat perniagaan bersama. Hasilnya, tiga orang lagi dipertemukan, iaitu Ustaz Edrus, Encik Nazri dan Encik Zaidi.
2) 7 orang dengan latar belakang berbeza ini akhirnya telah sepakat untuk menubuhkan satu perniagaan dengan konsep mengumpulkan dana untuk sekolah ugama. Ustaz Nik Abduh telah disepakati untuk memimpin projek besar ini dan dilantik sebagai penaung dan pemegang amanah kepada dana tersebut.
3) Oleh kerana idea ini datang daripada Encik Wan Hasnol dan Ustaz Nik Abduh yang merupakan kenalan rapat, mereka sebulat suara menjadikan Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka yang Ustaz Nik Abduh merupakan mudirnya sebagai sekolah ugana yang dimaksudkan. Ini juga disebabkan kekuatan nama Maahad Tahfiz yang dinaungi Tok Guru Nik Abul Aziz akan membantu memperkenalkan syarikat untuk diterima konsep perniagaannya oleh masyarakat.
4) Produk pertama yang dibincang dan diterima adalah produk rawatan melalui air as syifa’ dan tulisan pinggan putih yang merupakan tradisi perubatan Islam. Encik Fauzi dan isteriya meyakinkan bahawa ianya akan diterima ramai memandangkan kepakaran dan pengalamannya dalam perniagaan ini semasa bersama syarikat ‘MusOffa’ sebelum dikhianati oleh syarikat mengikut dakwaan mereka.(sebenarnya disebaliknya MEREKA YG BUAT KHIANAT- siapa tahan dgn perangai HAMIZAH HUSSIN tu..kuat penipu)
5) Ustaz Idrus pula ditugaskan sebagai penulis doa pinggan putih, manakala Encik Hasnol, Nazri dan Zaidi terlibat dlam kajian air dan pengilangannya dan juga produk – produk lain yang akan diperkenalkan.
6) Oleh kerana asas utama produk ialah bunga Za’faran, maka Encik Wan Hasnol telah mencadangkan nama syarikat didaftarkan atas nama Saffron Integrated Marketing (SIM)dan akhirnya diluluskan atas nama Encik Fauzi@che mat yang akan menguruskan syarikat terutama pemasaran.
7) Pada awalnya kesemua 7 orang memiliki hak masing – masing dalam syarikat, tetapi Encik Fauzi telah menyarankan supaya masing masing dengan tugas masing – masing dan dia memiliki syarikat supaya tidak berlaku masalah selepas itu. Krisis awal ini akhirnya tamat apabila semua bersetuju dengan cadangan Encik Fauzi.
Keputusannya, Ustaz Nik Abduh diberi komisyen khas ke atas jualan produk sebagaimana sekolah diatas peranannya sebagai tunjang konsep perniagaan dan pemangkin kemajuan. Ustaz Edrus menerima bahagian berdasarkan tugasnya, manakala yang lain sebegai pembekal.
Sebelum itu telah berlaku krisis awal di antara Encik Wan Hasnol dan encik Fauzi perihal perjalanan syarikat yang berakhir dengan pengunduran Wan Hasnol daripada perniagaan ini. Ustaz Nik Abduh mencadangkan bahagian Wan Hasnol dikekalkan kerana beliau merupakan orang pertama yang mempertemukan ketujuh – tujuh perintis projek tersebut. Encik Fauzi yang agak tegang dengan Wan Hasnol pada mulanya kurang bersetuju, tetapi Ustaz Nik Abduh berkeras. Akhirnya bahagian Wan Hasnol dikecilkan dan dikekalkan dan Ustaz Nik Abduh pemegang amanahnya.
9) Pada mulanya, Ustaz Nik Abduh dan Nazri adalah antara penyumbang utama suntikan modal, sedangkan yang lain termasuk Encik Fauzi hanya mengerah kudrat dan pengalaman kerjanya. Enciik Fauzi datang kosong dan ’sebatang kara’ selepas jatuh dalam perniagaan dengan syarikat ‘Musoffa’ didakwanya mengkhianatinya. Sumbangan tersebut bersifat hutang dan sebahagiannya adalah pelaburan.
10) Perjalanan syarikat pada awalnya agak lembab disebabkan dua perkara utama. Pertama modal terhad untuk iklan dan promosi. Keduanya, keyakinan masyarakat terhadap kebenaran konsep perniagaan dana sekolah ini.
11) Ustaz Nik Abduh telah memainkan peranan belakang tabir yang besar didalam memberi penjelasan dan keyakinan kepada masyarakat terutama kawan – kawan seperjuangan. Manakala Encik Fauzi, isteri dan kumpulan pemasarannya telah benar – benar bertungkus lumus memasarkan produk. Encik Zaidi dan Nazri pula berusaha mengekalkan pengeluaran produk mengikut jadual walaupun dengan bayaran tertangguh oleh syarikat SIM.
12) Kelembapan syarikat akhirnya mencetuskan pertikaian dalaman di antara Encik Fauzi (SIM) dan Encik Nazri (kilang). Walaupun pada awalnya Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Idrus yang bertindak sebagai orang tengah berjaya meredakan keadaan, tetapi keadaan syarikat yang dipenuhi hutang telah menajamkan lagi pertikaian di antara kedua- duanya.
13) Encik Fauzi mengancam untuk menutup syarikat jika hutang terus menekannya. Ustaz Nik Abduh menolak dan menegaskan perniagaan mesti diteruskan kerana beliau melihat kegagalan syarikat akan memberi kesan buruk kepada konsep perniagaan yang beliau perkenalkan bersama dan dukunginya.
14) Keputusan dibuat dengan Usaz Nik Abduh, demi kelangsungan syarikat bersetuju mengurangkan hak dan royalti sekolahnya dan dirinya. Hak sekolah yang semakin mengecil ini pula boleh dibayar bertangguh sehingga syarikat kembali pulih.
15) Encik Nazri mengambil keputusan berhenti daripada bersama dengan janji syarikat SIM akan melangsaikan hutang perniagaannya mengikut jadual. Sampai saat ini, perniagaan dikemudikan oleh 5 orang selepas dua orang meningalkannya!
16) Sokongan Ustaz Nik Abduh serta kesungguhan dan kebijaksanaan Encik Fauzi menguruskan iklan dan promosi di seluruh negara akhirnya mula menampakkan hasil apabila jualan syarikat mula menunjukkan peningkatan yang semakin baik.
17) Ustaz Nik Abduh mencadangkan untuk membuka komisyen/dana sekolah kepada sekolah – sekolah ugama SAR yang lain demi kejayaan dan keyakinan ramai terhadap syarikat. Ia telah disetujui sebulat suara. Beliau berjanji memotong sebahagian daripada bahagian Maahad Tahfiz Nikmatillah yang merupakan pemilik asal dana.
18) Faktor terbesar yang membawa kepada peninkatan ini ialah apabila minuman jus kesihatan yang berasaskan produk sunnah diperkenalkan atas jenama baru iaitu ‘tok guru’.
19) Ustaz Nik Abduh pada mulanya agak keberatan untuk memberi kebenaran penggunaan jenama ‘tok guru’ atas alasan ia akan dilihat sebagai satu eksploitasi melampau. Tetapi selepas beberapa bulan dan alasan encik Fauzi bahawa syarikat seharusnya mendahului oaramg lain yang mungkin akan menggunakan jenama ‘tok guru’ untk syarikat mereka, akhirnya beliau mengizinkan. Encik Fauzi berjaya meyakinkan beliau bahawa syarikat SIM lebih berhak menggunakan jenama ini berbanding orang lain yang tidak berkonsepkan derma kepada sekolah.
20) Walaupun produk ‘tok guru’ mula menampakkan sambutan baik, tetapi ramai yang tidak berpuas hati dengan pengunaan nama tersebut. Untuk menunjukkan tiada unsur penipuan, syarikat telah mencadangkan plancaran prodduk tok guru oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ustaz Nik Abdul bersetuju dan telah mendapatkan persetujuannya ayahnya.
21) Pelancaran oleh tok guru Nik Aziz akhirnya telah berjaya melonjakkan jualan produk tok guru dengan hebat sekali. Kemudian diikuti oleh pelancaran oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kedua – dua mereka telah menulis ayat – ayat assyifa’ di pinggan putih. Gambar itu digunakan sepenuhnya oleh syarikat untuk meyakinkan masyarakat mengenai syarikat.
22) Hasilnya, syarikat telah membayar komisyen yang dijanjikan kepada sekolah sedikit demi sedikit walaupun tidak sepenuhnya. Encik Fauzi berjanji untuk melangsaikan komisyen tersebut setelah urusan pentadbirandan audit selesai. Ustaz Nik Abduh dan rakan – rakan yang lain bersetuju.
23) Dengan keuntungan jualan yang besar, Encik Fauzi telah menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk terus melonjakkan pasaran produk tok guru. Dengan usahanya, beliau berjaya memasuki promosi di majalah majalah2 selain Harakah, di radio IKIM.com dan kemuncaknya di iklan di television.
24) Lonjakan demi lonjakan berlaku dan SIM masih gagal menjelaskan bayarannya kepada sekolah secara penuh. Sedikit demi sedikit tunggakan telah meningkat. Ustaz Nik Abduh dan rakan – rakan seperjuangan dalam syarikat telah mengingatkan Encik Fauzi agar segera melunaskan bayaran dan mengelak peristiwa lama berulang dengan hutang melampau. Encik terus berjanji dan terus membayar dalam jumlah tidak penuh dengan alasan mengukuhkan syarikat dan menyelesaikan audit kewangan.
25) Mengikut cerita dari dalam, keadaan tidak berubah dan Ustaz Nik Abduh mula mempertikaikan cara dan iklan yang memakan belanja besar tetapi bayaran yang tidak menepati kuantiti jualan yang semakin bertambah. Beliau meminta iklan dijadualkan balik demi menyeimbangkan kewangan. Saranan beliau diterima oleh rakan – rakan yang lain.
26) Malangnya Encik Fauzi seperti ‘kemaruk’ dan naik tocang, bahkan mula masuk tv bersama isteri untuk memperkenalkan produk tok guru dengan lebih agresif. Beliau juga tanpa persetujuan Ustaz Nik Abduh telah mengambil Ustaz Fauzi Mustafa sebagai duta produk dengan byaran ribuan ringgit setiap bulan.
27) Mengikut laporan, keadaan mula menjadi panas apabila Encik Fauzi mencadangkan tunggakan komisyen dipotong, bahkan mencadangkan bahagian sekolah dikurangkan dengan alasan belanja iklan meningkat dan mereka akan gagal melunaskan janji, jika tidak syarikat akan lingkup.
28) Ustaz Nik Abduh dikatakan naik berang dalam mesyuarat terakhir dan memberi amaran supaya bahagian sekolah tidak diganggu lagi memandangkan syarikat telah utuh. Tambahan pula, ia adalah janji syarikat secara bersama dengan Allah dan masyarakat. Beliau hanyalah pemegang amanah yang tak boleh berkompromi atau menyebelahi syarikat.
29) Keadaan semakin dingin apabila Encik Fauzi terus tidak membayar selama beberapa bulan dan tidak membuat sebarang laporan. Bahkan satu sumber dalaman memberitahu bahawa Encik Fauzi dengan nada sinis bertanya, bila pula Ustaz Nik Abduh nak keluar (sebagaimana rakan rapatnya)? Tidak diketahui adakah kata – kata ini sampai ke telinga Ustaz Nik Abduh.
30) Akhirnya, Ustaz Nik Abduh mengambil kepputusan keluar daripada SIM. Setelah tindakan ini mula dihidu oleh mereka yang mengikuti perkembangan SIM dan mula tersebar di internet, Ustaz Nik Abduh mengumumkan secara rasmi tindakannya keluar daripada SIM tanpa menyatakan sebab musabab.
31) Tindakan beliau telah menggoncangkan SIM dengan serangan bertalu- talu oleh yang terutamanya ahli PAS yang berforum di beberapa ruang internet. Seruan khianat dan boikot produk tok guru berkumandang.
32) Tindakan Encik Fauzi menyiarkan tindakan keluar Ustaz Nik Abduh dan mempertahankan integriti SIM dalam Harakah telah disambut Ustaz Nik Abduh dengan tulisan sinis dalam blognya bertajuk ‘khianat dalam perniagaan’. Umum dapat meneka bahawa SIM adalah sasaran utama Ustaz Nik Abduh. Beliau menyifatkan SIM telah khianat kepada Allah dan masyarakat dan merosakkan tujuan asal syarikat. Tulisan beliau cukup tajam.
33) Walaupun Ustaz Nik Abduh memperakui menerima lebih RM100 ribu bayaran daripada SIM, tersebar berita bahawa tunggakan sebenar adalah melebihi setengah juta. Bahkan mengikut seorang kenalan rapat, Ustaz Nik Abduh pernah menyatakan bahawa beliau berhenti kerana tidak sanggup menjadi peminta sedekah menuntut amanah. Beliau juga memberitahu rakannya bahawa jika beliau tidak berhenti Ogos lalu, beliau menjangkakan tunggakan mungkin telah meningkat mencecah sejuta. Ini berdasarkan prestasi syarikat yang sedang memucak dan maklumat kilang pengeluaran.
34) Kesimpuln:
1- Walaupun Ustaz Nik Abduh dinamakan sebagai penaung dan pemegang amanah wang dana sekolah, beliau merupakan pemain utama yang menggerakkan syarikat di peringkat awal dan pertengahannya. Sesuai dengan tugasnya, beliau telah kurang berperanan apabila syarikat telah berkembang maju.
2- Antara bukti berkesannya peranan Ustaz Nik Abduh ialah:
1- Beliau berjaya menyatukan syarikat walaupun berlaku krisis yang menyebabkan keluarnya perancang utama iaitu kawan rapatnya sendiri, Encik Wan Hasnol.
2- Beliau menyuntik oksigen baru ketika pertikaian Fauzi-Nazri memuncak dimana salah seorang bertindak keluar, manakala Fauzi hampir menarik diri disebabkan masalah bebanan hutang dan kerugian syarikat.
3- Apabila Ustaz Nik Abduh meluluskan penggunaan nama ‘tok guru’ sebagai jenama baru syarikat, ia menggambarkan tahap penghormatan dan kuasa Ustaz Nik Abduh di dalam syarikat yang didengari dan diakuri.
4- Tindakan beliau meluluskan penggunaan jenama ‘tok guru’ adalah keberanian yang akhirnya memberi kejayaan besar kepada syarikat.
5- Usaha Ustaz Nik Abduh mendapatkan persetujuan kedua -dua tuan guru juga adalah kejayaan inisiatif beliau meyakinkan mereka dengan hala tuju syarikat.
6- Semasa berlaku krisis SIM dengan Ustaz Nik RAzi yang turut mengeluarkan produk atas jenama tok guru, Ustaz Nik Abduh telah berperanan meminta Ustaz Nik Razi tidak lagi menggunakan jenama tok guru yang dianggap SIM mengelirukan ramai selain jusnya sahaja. Ia adalah kejayaan yang disifatkan paling adil. SIM berkeras enggan menerimanya sehingga timbul isu saman menyaman.
7- Ustaz Nik Abduh memperolehi pendapatan mencecah 5 angka daripada syarikat. Tindakan keluar beliau tanpa menghiraukan kerugian yang bakal menimpa sudah cukup menggambarkan sikap integriti beliau di dalam menjaga amanah.
35) Adalah nyata SIM telah mungkir janji dan khianat.
Ustaz Nik Abduh mengumumkan untuk mengeluarkan produk baru melalui syarikat baru demi meneruskan kelangsungan cita – cita awalnya yang murni. Beliau mendakwa melalui blognya mendapat sokongan kawan – kawannya. Siapa? Itu masih menjadi tanda tanya. Apakah ini akan menjadi ‘turning point’ kepada kejatuhan SIM yang disifatkan khianat oleh beliau? Itu masih menjadi tanda tanya.
INILAH DUNIA PERNIAGAAN. RASULULLAH MENYEBUT BAHAWA PENIAGA YANG AMANAH AKAN BERSAMA MALAIKAT ‘KIRAMIN BARARAH’. BAGAIMANA DENGAN YANG KHIANAT? SIM SEMESTINYA SEDAR DIRI!!
Oktober 21, 2009 pada 11:50 am
bonzaibonzai
Tahniah, Ustaz!
Oktober 21, 2009 pada 5:27 pm
yusnizan
tahniah!!!ustaz atas kelahiran chyamta ke-8
ank rmai mmg bes meriah dsmpg meramaikan umt nabi Muhammad s.a.w
tp dgn kos hdp skrg sya jd tkt nk tmbh anak ni tmbahan di bndar bsr yg mak ayahnya brpndaptan sederhana btl x ustaz?
Oktober 22, 2009 pada 11:32 am
wan
salam,ramainye anak ustaz,tahniah…
doakan saya yang lalai n munafik dlm agama ni…
harap bg tazkirah atau panduan untuk saya meneruskan hidup dgn berpandukan agama…
yang mharap;jiwa kosong..
Oktober 22, 2009 pada 3:40 pm
ummuabbas
Tahniah ustaz! Moga bertambah pejuang Islam di Malaysia.
Oktober 22, 2009 pada 6:27 pm
aladin
sila tuan ke http://pasakgeraham.blogspot.com ada kritik kepada prof aziz bari yangbbaru dan Hanipa. Pandangan tuan/
Oktober 22, 2009 pada 10:29 pm
nuriman
Salam alaik ..tahniah atas kelahiran cahaya mata…..
Oktober 22, 2009 pada 11:56 pm
Ibnumuhammad
Tahniah Ustaz…Insya Allah akan lahirlah lagi umat yang amanah.
Oktober 23, 2009 pada 11:32 am
saqr
cantik nama..sana?? apa makna?
Oktober 25, 2009 pada 5:26 am
cucutoknor
salam,tahniah buat ustaz!!!
anda telah berjaya menyahut serua Allah untuk meramaikan khalifah di muka bumi ini….
November 25, 2009 pada 2:52 pm
material admixture
salam. sy ada baca jwpn balas org ptn SIM tempoh hari tp sy tak paham duduk perkara. loni baru paham, gitu criternya. apakah boleh dikatakan org itu sbg “kaduk naik junjung?/ gelap mata ?/ gelap hati ?/ munafik?/ tak sedar dek untung? atau apa2 je lah yg semaksud dgnnya.
Ingat org kuat SIM, anda merancang, Allah lagilah MAHA MERANCANG dan perancangan Allah MAHA HEBAT. T A K T A K U T K E? Hei…..nauzubillah……………………..