Salam Kamunting,
1)
Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.
Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar – benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.
Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.
Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.
Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka – pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka – pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.
Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.
Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.
Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.
Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!
Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.
Sehingga saya tiba – tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda – landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah – tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.
Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.
Sekarang masanya saya menjelaskan..
2)
Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu – pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing – masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?
Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu – isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.
Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.
Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal – soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.
Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang – kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.
Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh – puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja – kerja bohong, bodoh dan jahat ini.
Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.
Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.
3)
Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.
Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata – mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.
4)
Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.
Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.
Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.
Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.
Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu – pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia – sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.
Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.
Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.
5)
Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik – sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja – kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?
Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?
Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.
371 comments
Comments feed for this article
April 28, 2009 pada 3:38 pm
soklan
Alhamdulillah..hanya itu yg mampu saya panjatkan kpd Allah. Allahuakbar!!
Mei 3, 2009 pada 5:09 pm
are-gie
Assalammualikum ustaz.,kini saya berasa lega dengan penerangan dan penjelasan yang tlh diberikan., maka tidaklah kusut benak saya., secara peribadi kagum dengan keterbukaan, keberanian dan kelansungan cara ustaz membahas dan mencanaikan isu yang hangat diperkatakan, hingga utusan dan bernama turut menjadi rencah dalam “memanaskan” isu ini.,saya bersetuju dengan ketegasan ustaz dalam menyatakan keberanian.,sedari saya.,saya bukanlah org dalam PAS tetapi memlih kepada kebenaran.,tidak dinafikan dalam hal kita menegakkan kebenaran Islam sebgai jalan hidup.,kita diserang oleh musuh yang datangnya dari kalangan orang Islam sendiri.,saya harap agar ustaz berdiri teguh dengan prinsip berlandaskan keimanan dan tawqa dalam memelihara kebenaran dari dipalit oleh tangan-tangan ‘pembantu2’ yang nyata ingin melagakan pemimpin yang kita senangi dan sayangi., saya juga ingin bertanya akan pendapat ustaz sendiri berkenaan dengan DSAI., adakah ustaz setuju dia menjadi pemimpin?secara peribadi saya menolak dia sebagai pemimpin.,kerana pada saya dia adalah penyebab kepada perpecahan umat Islam dan bangsa di negara kita.,saya lebih senang jika pemimpin dari pakatan itu dipegang oleh pemimpin2 yang datang dari golongan ulama dalam PAS dan bukan dari pihak endorgan..
April 28, 2009 pada 4:02 pm
abu abdillah
Ustaz,
Barakallahu laka, wa liwalidaika wa li ahlik, jazakumullah khairan jaza’ minal islam wal muslimin. Betul kata ustaz, perjuangan ini bukan mengikut arus, tapi menentu hala tuju arus. Benar seperti sabda Nabi, ” la takunu imma’ah…”
April 28, 2009 pada 4:06 pm
Ariffin - Ipoh
Assalamualaikum… sekali lagi saya mengucap ribuan tahniah serta terima kasih atas keberanian saudara. TAKBIR!!
Inilah yang dikatakan perjuangan untuk menegakkan Jemaah Islam. Tidak ada suatu gegaran atau rintangan dapat menjerat langkah-langkah Pahlawan Islam untuk memburaikan kebuntuan serta melibaskan semua angin angin perosak yang cuba hinggap keatas dokongan iman kita semua.
Seperti saya katakan sebelum ini, “wahai semua pendokong pendokong perjuangan islam”, jangan jadikan Tok Guru kita ini sebagai MAYAT HIDUP.
Tidak berupaya tetapi didokong kemana mana untuk kepentingan diri sendiri. Kita semua mahu melihat Tok Guru kita sebegitu ? Islam tidak mengajar begitu.
Kepada mereka-mereka yang cuba memberi komen tanpa sedar realiti perjuangan menentang musuh ALLAH di zaman serba maju ini..Hentikanlah…
Ambilah pengajaran serta hikmah dari tulisan Saudara Nik Abduh ini.
April 28, 2009 pada 4:07 pm
Ahli_biasa
Saya melihat titik pertemuan masih ada demi menyatukan seberapa ramai umat Islam, namun langkah berani dan murni demi Allah ini seringkali digagalkan oleh musuh-musuh yang sembunyi di sebalik kelembutan.
April 28, 2009 pada 4:12 pm
sha
salam perjuangan
alhamdulillah dengan perjelasan yg ustaz bagi..
semoga ngn perjelasan ini dpt merungkai segala kekusutan yg terdapat di kepala mereka2 yg jahil tntng nukilan yg ustaz tulis sebelum ini..
kpda shbt2 bcalah ngn jiwa yg tenang..
semoga ustaz terus diberi kekuatan oleh Allah agar ustaz trs menulis artikel2 yg boleh menjurus kpda kehancuran BN n pemuka2 yg ingin menjatuhkan Islam..
ana pemuda pas kelantan menyokong penuh kepimpinan ustz..
takbir3!!!
April 28, 2009 pada 4:14 pm
Zulfadhli Idris
Jazakallah khiran kathira..
Moga hikmah disebalik kekusutan ini sudah dijelaskan dengan sebaiknya, jangan ada yang ingin menangguk di air keruh, baca dan tulislah atas dasar tanggungjawap dan pedoman iman.
April 28, 2009 pada 4:14 pm
asr
Kekadang lebih senang bertulis “direct to the point” dgn menggunakan nama samaran sebagai sandaran dan kurangkan kiasan dan perumpamaan. Jikalau tidak banyak percepsi dan anggapan yang pelik, salah dan mencurigakan akan berlaku. Apabila berlaku sedemikian, akan berlakulah kekecohan, pergaduhan, persengketaan dan perpecahan. Seperti Ayahanda TGNA, ada masa ayahanda “direct to the point” dan adanya tidak mengikut keadaan.
Contohnya, cuba intepretasi ayat seterusnya,
Sebagai darah daging kepada TGNA, saudara secara sedar atau tidak membawa satu tanggungjawab yg besar (walaupun saya pasti bukannya saudara inginkan) kepada tanggapan dan penghalusan Parti Islam SeMalaysia terutamanya dari sudut politik. Musuh islam hanya menunggu kesempatan untuk mencurah minyak gas keatas api didalam berlukar. Disebalik pendapat kita, pastinya ada yang berpendapat berbeza. Bila informasi tidak disampaikan kepada orang ramai maka berkucar-kacirlah pendengar dan pembaca. Salah siapa kah itu? Sebagai pemimpin islam, tanggungjawab bukannya hanya di dalam masjid memimpin solat dan sebagainya tetapi juga untuk memastikan maklumat juga perlukan sampai secara tepat dan sahih. Jikalau tidak kepimpinan mereka bukan terserlah tetapi akan disanggah.
April 28, 2009 pada 4:15 pm
ummuhanah
segar…dan tenang membasahi lubuk hati. Saya yakin ramai yang sekian lama bergetir dalam perjuangan pas akan basah hati nya membaca tulisan ini…..
Kebenaran itu kuat sifatnya dan akan mencantas kebatilan dengan mudah sekali…..biarpun terasa banyak perkara yang terlindung dan mungkin tidak saya fahami, saya sungguh2 berdoa Allah memimpin saya bersama golongan yang menjulang tinggi kebenaran dari Ilahi, walau dipihak mana saya mungkin ‘pro’ nanti…
salam perjuangan ustaz,
Allah ada dan sangat dekat dengan kita …takbir !
April 28, 2009 pada 4:15 pm
syamil
ana sokong ustaz, tp bab Doktor mi celup tu biasalah, nak jd doktor sebenar kena belajar sekurang-kurangnya 6 tahun
April 29, 2009 pada 10:58 am
abu
nak jadi doktor, utk ubatkan orang atas dunia.. kurang2 6 tahun kena belajar.. nak jadi ulama’, nak ubatkan orang atas dunia membawa ke akhirat.. lagi la banyak kena belajar.. tak gitu??
April 28, 2009 pada 4:25 pm
nabila
alhamdulillah, kami bersama2 dengan ustaz dalam mempertahankan kepimpinan ulama…….kami sayang dua2 tok guru…….bila diaantara mereka dihina…..hati kami pun terguris…….bila dikatakan mereka bercakaran…. hati kami terseksa……tapi………….dengan penjelasan ustaz…..hati kami puas……..kenapa?………….kerna baru kami sedar, bahawa bukan hanya kami sekeluarga sahaja yang sayangkan tok2 guru kami……masih ramai sahabat diluar rupanya bersama dengan kami…….
masa zaman dato` asri yang menyelamatkan PAS adalah Tok guru nik aziz dan pimpinan ulama yang lain……..hinggalah……zaman ini , yang menyelamatkan kepimpinan ulama dan PAS juga datangnya dari keturunan tok guru nik aziz……yang berani bersuara walaupun dihina oleh musuh yang munafik……..kami bersama2 dengan ustaz………..takbir
April 28, 2009 pada 4:26 pm
Bertanya
maafkan saya ingin bertanya,
Apakah hukumnya jika kita memberi salam, dan ditambah Kamunting? dibenarkan? Apa maksudnya salam kamunting?
Nabi dulu ada bagi salam macam tu jugak ke?
Harap saudara dapat menjawabnya.
April 29, 2009 pada 7:04 am
ibnalias
salam sayang, salam rindu dll
itu ialah gaya bahasa.
apa hang bodoh sangat takleh pikir mende camni?
tak belajar BM ke? atau dah hanyut dalam PPSMI? BM ke mana, BI kelam kabut
April 30, 2009 pada 5:27 am
Bertanya
masya allah,
jikalau beginilah sikap semua umat islam, mestilah islam menjadi suatu yang buruk.
sekadar bertanya,terus dikatakan bodoh. memanglah pertanyaan itu kunci kepada kejahilan, tapi mencerca orang dengan dikatakan bodoh tidak diajar oleh islam.
saudara,ingatkan dengan menggunakan nama ibnalias menunjukkan saudara ni tahu agamaislam, rupanya tidaklah sebegtu.kenapa memaki orang yang tidak tahu?
orang bertanya, terus dicerca.
terus dikatakan bodoh dan bengap.
hebatnya anda dapat mengagak niat seseorang. lebih daripada hebatnya sahabat nabi. sedangkan nabi pun memarahi sahabat yang membunuh orang kafir, dengan bertanya, adakah kamu belah dada dia?(sehingga kamu tahu isi hatinya)
muhasabah ye.
April 30, 2009 pada 4:58 pm
laniaz
hurm? memalukan jemaah Islam bila ada orang seperti ini. Islam kah anta ibnualias? Islam itu sejahtera, aman, kasih sayang. Memaki hamun? itu Abu Jahal. Anta nak sama dengan dia ke?
April 29, 2009 pada 8:35 am
kerja kerja bodoh dalam pas..andalah seoarang drpd yang bodoh dan bengap tu
orang sibuk berbicara pasai benda yang besar tapi anda bertanya tentang salam kamunting…..anda nyata bukan ulama apatah lagi ulama mee celup..mungkin status maggi ja……salam apa pn xpa……salam bermaksud selamat…ingat SALAM=SELAMAT….
ustaz nik abduh kan pernah ditahan kt kem tahanan kamunting…segala macam kejahatan+kezaliman+penyiksaan kt sana…so pandai pandai pikiq la…semoga Allah membalas niat serong anda dengan segera.
Mei 1, 2009 pada 1:34 am
sulalongkong
sukar utk sy percaya yg saudara ini tinggi ilmu agama selepas membaca komen saudara ini.dan sukar utk sy percaya yg saudara berstatus ulama
yg ‘bertanya’ itu bertanya dgn penuh sopan dan berhemah, sekadar utk merungkaikan persoalan di dlm hati namun dituduh pula sbg seseorg yg berniat serong.
tak perlulah berburuk sangka.
Mei 3, 2009 pada 5:06 pm
Tudung Bawal
Nik Abduh tak pernah di tahan di Kamunting. Tetapi adiknya Nik Adli yang pernah ditahan dibawah Akta Zalim ISA. Kamunting. Sila maklum kesilapan itu
Mei 5, 2009 pada 2:58 pm
terongpipit
Adakah nik abduh kena ‘waterboarding’ mcm kat Guatanamo Bay…. semasa kat Kemunting?
Betoi ke? Atau nak fitnah aje kot?
Boleh bagi tau apa dia kejahatan+kezaliman+penyiksaan yang berada diKemunting? Cakap biaq terang!
April 29, 2009 pada 9:17 am
nasikerabupetro
sila rujuk posting-posting ustaz nik abduh terdahulu…
ada dijelaskan kenapa ditambah kamunting…
ada faham?
April 30, 2009 pada 5:00 pm
laniaz
Astaghfirullah, takpelah die bertanya, maybe ni pertama kali dia baca blog ustaz nik abduh. kamu ni, jangan cepat sangat condemn orang. siapa kita untuk condemn orang? Klu non muslim tanye kita pasal ISlam, dan cara mcm ni kita jawab die, agak2 Islam berkembang ke?
April 28, 2009 pada 4:28 pm
najamarine
jangan lupa juga….
BN durjana di sebabkan oleh orang2 yg wujud di dalam BN untuk menjatuhkan antara satu sama lain..
PAS juga durjana kah??
April 28, 2009 pada 4:29 pm
Musykil
salam,
saudara,
atas alasan apakah saudara melabelkan orang sebagai mee celup?
kalau begitu, saya mahu melabelkan saudara, mee yang cuba menumpang populariti mee sebelumnya.
Wajarkah?
April 28, 2009 pada 9:47 pm
Omar
Hehehe
Dah tak ada hujah ke? Baik pi makan mee udang lagi sedap. Punya panjang ulasan ustaz, mee jugak yang menjadi pujaan tuan?
April 29, 2009 pada 5:46 pm
perpo
betul tu…………. comfirm baca tanpa penghayatan.. nnt aku tapao mee sebungkus utk hang..
April 30, 2009 pada 1:24 am
deans
punya lan panjang ustaz menulis .. makan juga yang ko nampak.. buta hati betui ko ni… ko orang UMNO ka.. ingant nak makan… aje..
April 28, 2009 pada 4:42 pm
nasikerabupetro
Ana selaku pendokong/penyokong di belakang ustaz dan ulama’!
Bila kemenangan makin hampir, tak dapat tidak ujian dari dalam juga makin banyak… ana juga gembira “guru” yang ustaz maksudkan menyokong dan katanya ustaz bukanlah pemecah-belah jemaah.
Amiin…
April 28, 2009 pada 4:45 pm
AJK PAS SUBANG
Saya sokong Ustaz Nik Abduh, tahniah kerana mendedahkan reality dan hakikat.
Saya tengok yang bangkang ustaz, semuanya bukan orang yang terlibat dengan jemaah dan parti. Semua mereka ni ‘ulat-ulat’ tahi yang menyelinap di celah-celah kuih mencari berita.
Contohla… saya tengok yang banyak juga kutuk tulisan ustaz dan peribadi ustaz sendiri ialah pengomentar bernama ‘ahli pas subang’ dan ‘ahli pas selangor’.
Dia ni sebenarnya Wan Ji Al-Syaitani (asalnya Al-Bakistani). Dia ni tukang kacau dan tukang karut. Duk buat fitnah kat subang, war-warkan dalam blog dia.
Mentang-mentang dapat gaji daripada Anbakri, dah jadi perapu dan pembodek anbakri sekarang. Nama dia orang dah tak percaya dah, so, guna nama samaran pulak.
Kat Subang duk memusuhi ustaz-ustaz, sumpah sana, maki sana. Dia bukan terlibat dengan PAS pun.
Dalam blog pun, dialah pemain peranan utama mengapi-apikan dan menceritakan yang bukan-bukan dan karut marut.
Nampak sekarang duk karut sana karut sini bangkang tulisah Ustaz Nik Abduh.
Padahal dia tu SB. Semua kawan-kawan Pakistan dia sangkut masuk ISA, tapi dia sorang je selamat. Konfius, konfius. Jadi tak hairan lah dia berperanan melaga-lakan ahli-ahli dan pejuang-pejuang PAS.
Yang lain tu, saya tak nak dedah lagi. tapi nak dedah antara kepala-kepala iblis dulu.
April 28, 2009 pada 4:47 pm
AJK PAS SUBANG
Satu lagi saya tertinggal, blog-blog yang kutuk tulisan ustaz nik abduh, semuanya sekat saya punya komen yang berpoint. Termasuk penarik beca, tulang besi dan perakexpress.
Jahat betul la diorang ni.
April 29, 2009 pada 1:19 am
ibu panas
wei..kalo nak bagi komen pun sedare, jangan duk sebut nama orang. ko ni macam setan , nama je ajk pas. buat malu pas je !! ko tak tau ke ape akibat bukak keaiban orang?? kalo ko ade maslah peribadi dengan dia, ko p la semuka dengan dia. ape ko takde telor ke?????
nak sebut orang al syaitani, yang ko tu al iblisi ke ad dajali?? aku tak kenal sape korang tu, tapi aku xsuke main sebut2 direct sni..jaga sikit maruah orang..paham??!!
April 29, 2009 pada 3:12 am
laniaz
Setuju dengan ibu panas. alhmdulillah ade jugak orang yg nak lawan org2 yg suka tuduh2 dan dedahkan keaiban orang ni. Kalau xpuas hati, pi jumpa ustaz wan ji tu sendiri la.
April 29, 2009 pada 12:39 pm
pemuda
nak komen pn biarlah beradap……mcm orang x der ugama…..aper la…..
April 30, 2009 pada 8:23 am
aku
bodoh.. khalid samad mintak ust Nik Abduh sebut nama.. korang pulak kata tak yah sebut..
naper korang canggah pendapat boss korang??
April 29, 2009 pada 4:24 am
karen
ajek pas sumbang.. jangan buat lawak, dan madah berhelah,hujjah lemah gemalai ala Nik abduh.. takde sapa sekat hang punya komen…
Jangan perbodohkan diri dengan taktik cakap kosong terawang awnagan…
April 29, 2009 pada 9:53 am
Dungun and the geng
Sapa kata tak ada sapa yang sekat, aku tahu la komen aku tak keluar. So aku taruk kat sini.
April 29, 2009 pada 9:37 am
Shah Alam Group
ye laaa. bagus juga pendedahan pas subang tu. paling kurang kita tahu siapa background golongan yang buat kem dalam PAS yang hentam presiden, fitnah presiden, bagi berita salah kat TGNA, hentam pendedahan Nik Abduh.
Kalau tak dedah nama, kita duk rasa berita tu betul. Kalau kata-kata baik, tak perlu selidik sumbernya: “lihatlah apa yang diperkatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata”.
Tapi kalau benda tu buruk, negatif, fitnah hentam menghentam, kita kena kenal orangnya. Firman Allah swt: “Jika seseorang fasik datang kepada kamu, maka hendaklah kamu selidiki”. Termasuk selidiki sumbernya.
Sebab tu dalam hadis juga ada jurhu wa ta’dil.
Mana ada orang berani macam ustaz Nik Abduh? Semua pengomentar menyorok dengan nama samaran.
So bagus juga AJK subang dedahkan nama penyorok-penyorok yang bersembunyi di sebalik nama. So tak pelikla kalau ahli pas subang yang bernama wan ji duk hentam juga, coz dia ni bekerja dengan Anbakri.
April 29, 2009 pada 9:39 am
Dungun and the geng
Aku setuju dengan Shah Alam Group. Paling kurang kita kenal siapa sebenarnya penghentam-penghentam dan barua-barua serta parasit dalam PAS.
April 29, 2009 pada 11:28 am
amri
tapi belutllah, memang dua tiga blog ni, tak suka siar komen yang tak sehaluan dengan dia, lebih umno dari umno punya blog
April 29, 2009 pada 5:48 pm
perpo
itu semua blog lebih kuah pd sudu….
April 30, 2009 pada 10:41 am
pemanduteksi
AJK Pas Subang… Dia orang punya blog, dia org punya sukalah nak siar ke tak ko punya komen. Kalau ko tak puas hati nak komen jugak. ko buatlah blog ko sendiri. pastu ko nak maki ke, nak carut ke, ko punya pasallah. Takda saper nak amik pedulik.. Yang nak mengadu kat sini apa pasal.? Setiap orang memiliki pemikiran yang berbeza. Saya percaya mengutuk dengan megkiritik tak sama.
Mereka mungkin mengkritik cara penulisan Ustaz Nik Abduh dan bukan mengutuk,tapi bila pembaca yang tak reti bahasa macam AJK PAS Subang ni baca maka jadilah macam ni… Inilah punca2 ujudnya kerja2 bodoh dalam PAS bila ada org macam ni yg nak jadik batu api, bawak khabar buruk utk disebarkan ke blog orang lain.
April 28, 2009 pada 4:54 pm
Muhd Iraqi
Assalamualaikum Ustaz,
Ana ingat siri kedua tulisan ini Ustaz Nik Abduh akan menjawab cabaran bagi mendedahkan siapakah dia penasihat jahat TGNA yang telah melaga2 kan TGNA dengan TGHH.
Tapi malangnya, tulisan ini hanya panjang kandungannya, namun isinya kosong. Smapai ke sudah, tiada nama dan bukti yang diberikan. Tulisan ini napaknya tidak akan meleraikan kekusutan, tetapi hanya menambahkan fitnah di samping jelas ayat-ayat untuk memainkan emosi dan meraih simpati.
Sekali lagi, kalau ustaz Nik seorang yang bertanggungjawab dan bermaruah, cukuplah berselindung di sebalik ayat-ayat puitis, tetapi berikan bukti dan nama siapakah gerangan penasihat tersebut.
April 28, 2009 pada 9:51 pm
Amir
Syeikh, ini bukan siri terakhir. Relaks la. Selepas bom pertama dilontarkan, biarlah mereka yang cedera sempat bertemu jururawat.
April 29, 2009 pada 2:06 am
abu abdillah
Bagi saya tulisan nik abduh bukanlah bertujuan nak buruk-burukkan sesiapa, tapi sebagai peringatan pada yang buat kerja-kerja tak baik tu. Tak perlu dedahkan nama, dan kita yang tak terlibat tak perlu nak tau.Cukup mereka yang terasa pedas, segera insaf dan bertaubat. Yang dikatakan jadi fitnah, kalau kita yang tak terlibat, cuba-cuba nak teka sapa2. Tak perlu, yang penting ambil pengajaran daripada nasihat yang disampaikan.
April 29, 2009 pada 4:15 pm
bukitbesi
Komen muhd Iraqi ni cuba mencetuskan provokasi.Saudara tak perlu mengajar Ust Nik abduh dalam penulisannya.ternyata saudara hanya mahu cari salah orang lain..adakah patut tulisan sebegini panjang dan penuh kata-2 nasihat dikatannya kosong..hampeh..
April 30, 2009 pada 8:05 am
lapuria
yg makan cili tu sedang merasa pedasnya
April 30, 2009 pada 8:29 am
aku
tak sampai jahat seperti firaun lagi untuk sebut nama secara umum..
camna ni.. sebahagian penyokong korang suruh sebut nama… bila pengomentar sebut 1-2 nama dalam komen, geng-geng korang kata tak beradab pulok.. ni lah puak-puak ‘profesional’. yang mengikut pendapat dia je profesional… klu ust-ust buat camtu, dikatakan ust-ust jumud.
April 30, 2009 pada 10:33 am
Kawe n Demo
Jgn skali saudara bercakap spt x profesional plak.. Dr mana saudara belajar ilmu agama.. tepuk dada tanya diri.. Saya rasa dengan ustaz-ustaz..
Profesional ini satu benda yang subjektif.. banyak huraian nyer.. Harap bukak balik buku… kite jgn menentang sesuatu dengan emosi…
Dek kerana kiter penentang kiter menolak sepenuhnya.. jikalau sedara orng berilmu dan pandai berfikir saya rasa sedara sedar baik n buruknya…….
Kan di bagitau untuk tidak mengaibkan mana2 orang… Mungkin sedara xpaham bahasa kot.. Jikalau sedara d tempat USTAZ adakah saudara boleh melakukan apa yg USTAZ buat…
Manusia nie xkan lari dari membuat kesilapan.. Jd bagi lah peluang dahulu untuk orang tersebut berubah…
CERDIK tida semestinya PANDAI
PANDAI tidak semestinya CERDIK
Dalam hidup kita nie kena ader CERDIK dan PANDAI..
April 30, 2009 pada 10:50 am
pemanduteksi
ini lagi satu…membaca tanpa jiwa. Untuk apa tuan ingin mengetahui nama2 tersebut?? Hanya untuk menambah pasangka buruk ?? Rupa2nya tuan ni masih tak pandai membaca lagi. Tak faham maksud artikel ni ditulis oleh al-fadhil ustaz. Tulisan ini ibarat senapang patah yang menggunakan peluru penabur..!1 das tembakan tapi ramai yang terkena. Siapa yang kena dialah yg merasa sakitnya. Ada fahammmmmmmmm???????
Mei 3, 2009 pada 2:47 am
AnakMaharani
Apa natijahnya dari tembakan tersebut? Bukankah jamaah mempunyai saluran yang betul utk membincangkan perkara tersebut. Tuduhan tersebut berat sebenarnya dan ia menyemai perpecahan yang amat saya khuatiri akan memecahkan PAS kepada beberapa golongan, yang pro, yang kontra, yang keliru, yang berdiam diri, yang tak menyebelahi mana2. Sebagai pencinta perjuangan PAS dibawah naungan ulama, saya amat berharap isu tersebut dibahaskan dan diselesaikan semasa muktamar akan datang. Saya mohon ahli-ahli PAS yang tulen agar beradab dalam berhujjah. Jagalah akhlak kita agar terpelihara jemaah kita.
April 28, 2009 pada 4:55 pm
globalmalau
Salam pada tanah…salam pada air …salam pada api…salam pada angin…salam kepada semua anda yang terjadi dari unsur itu…kenali diri
kupaslah sebaik munkin…anda tahu segalanya…
globalmalau:
April 28, 2009 pada 4:59 pm
md jol
salam, saya bukan ahli mana2 parti politik, tetapi saya menyokong perjuangan ulama dan pejuang kebenaran, bangunlah wahai sekalian ulama! bangkitlah ISLAM berserta kebenaran, tebarkanlah sayap mu ke pulau kami di Borneo ini, kami amat dahagakan kasih sayang pejuang Islam dan Ulama.. kerana kami masih jauh tertinggal lantaran kejahilan yang mengelilingi dunia kami di sini..
April 28, 2009 pada 5:05 pm
Penyokong PAS
Terima kasih atas penjelasan ke-2 saudara. Tapi saya amat berharap agar saudara lebih berhati-hati dalam penulisan/percakapan. Ini kerana ISLAM bukannya hanya untuk Ulama, Islam adalah untuk semua; ulama, jurutera, pensyarah, guru, petani, nelayan, raja, melayu, cina, india, iban, arab dsb. Penulisan pertama saudara seolah-olah menggambarkan ISLAM/parti Islam hanya didokong, disokong oleh ulama, dan ini sedikit sebanyak menyebabkan golongan selain ulama berasa sedikit kecil hati, dan perkara ini bertambah buruk bila dimanipulasi oleh media UMNO.
Jadi berhati-hatilah dalam berbicara/menulis. Sekiranya penulisan/percakapan saudara banyak membawa kepada kemudharatan maka lebih baiklah diam, tapi kalau ianya memberikan manfaat kepada ummah maka teruskan. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita akan kembali.
April 28, 2009 pada 5:05 pm
kembara
salam ustaz…ustaz,saya kesian tengok ustaz setelah ustaz mendedahkan cerita ini..tengoklah gelagat pemimpin2 pas setelah pendedahan ustaz di buat…kenapa mereka perlu takut??tidak kurang yang menghentam ustaz???
kenapa ya???pelik2…apa2 pun,ustaz nik abduh pilihan saya..ustaz kene amik calon jadi yb dan perlu jadi ketua pemuda pas pusat..saya dah tak nampak orang lain yang lebih berani…ubah lah pas seblom terlambat..
April 28, 2009 pada 5:19 pm
bob
good and excellent job…alhamdulillah
April 28, 2009 pada 5:26 pm
wan ziarahsufi81
ustaz lebih memahami ayahanda ustaz..
jangan dihiraukan oleh yang berkem itu. Barang tok guru tahu apa yang mereka lakukan. Pembedaan pendapat mereka ada hikmah..
Jika TG haji Hadi nak masuk BN, itu pendapat orang bodoh.. Orang kenal TG Hj Hadi dari muda sampai sekarang akan menentang kedurjanaan UMNO-BN.
Jangan dibutakan akal kita kerana kita mempunyai kem tertentu.
wan
April 28, 2009 pada 5:30 pm
safwan
Salam. Ada yang tak faham-faham dan nak juga didedahkan siapa ‘pembantu-pembantu’ yang dimaksudkan. Persoalannya bukan siapa, tapi kenapa. Usahlah dicari siapa orangnya. Yang penting sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, marilah sama-sama betulkan keadaan.
April 30, 2009 pada 8:31 am
aku
betul.. aku sokong.. kalau cari pun, dan jumpa… apa yang ‘AJK PAS PUSAT’ di Shah Alam tu nak buat???
habis tak tu jer la…
April 28, 2009 pada 5:36 pm
husainibrahim
Alfu mubarak, Ustaz! Didoakan agar Ustaz terus istiqamah dalam perjuangan dan dedah-mendedahkan kerja-kerja bodoh yang merosakkan jemaah kita ini, Allaahuakbar!
April 28, 2009 pada 5:50 pm
syaikhan ubaid
salam mahabbah
ini la gaya penulis yg mahu
lihat respon org ramai ape yg diutarakan
ala kulli hal
kite terus menaruh wala` kepercayaan
pd 2 org tok guru
lgi 1 khilaf yg berlaku
harus la
x bawa pd perpecahan
jemaah PAS
sokongla kepimpinan ulamak
ulamak itu wakil nabi
xkan la nk ikut artis,
ikut n wala` pd ulamak
takbir
Allahuakbar
April 28, 2009 pada 6:07 pm
nizamtoha
Salam Jihad Ustaz,
” Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat. ”
Allahuakbar!
Hancur leburlah Perosak Anak didik Abdullah Bin Ubai dalam PAS…
April 28, 2009 pada 6:16 pm
PAS Wilayah
Alhamdulillah….sungguh tajam tulisan ustaz….sungguh indah …. sememangnya hujah adalah makanan ruji ustaz….
April 28, 2009 pada 6:21 pm
zuraimi
salam… pemuda
tuan… benarlah dgn ungkapan ini…
mata pena itu lebih tajam dari mata pedang… teruskan tuan….
semoga Allah memberkati peperangan yang tuan sedang alami….
April 28, 2009 pada 6:41 pm
Pemuda Kemahang 1
Penjelasan yang cukup mendamaikan. Setuju dengan Ustaz, PAS perlu diterajui Ulama’.
April 28, 2009 pada 6:56 pm
Kimi
Ana pun sokong ustaz, terutamanya bab ustaz tulis “Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin”….
Mi-celup kadang2… tengah lapar pun sedap jugakkan ustaz………
April 28, 2009 pada 7:09 pm
Abu Abdullah
Assalamualaikum..
Akhi al-Karim,
Alfun mabruk..Mudah2han Allah taala memuliakan akhi sebagai perantara bagi merapatkan saf perjuangan Islam..Amin
April 28, 2009 pada 7:16 pm
ummuabbas
Tahniah dan syabas atas penjelasan ini.
Selayang pandang mengenai didikan untuk dikongsi bersama pembaca.
Anak-anak yang ramai dari seibu sebapa macam-macam peelnya.
Ada yang tak perlu di suruh, dia dah datang tolong kita.
Ada yang dinasihati sekali, dia dah tinggalkan apa yang kita larang.
Ada yang perlu dipulaukan seketika, baru mendengar kata.
Ada yang perlu dirotan, baru tangkas menurut kata.
Hmmm… inikan pula ratusan ribu ahli jemaah berlainan ibu dan bapa.
Hukum Islam itu pun bermacam-macam kaedah dan pendekatannya.
Ada kesalahan yang perlu dikaunseling sahaja.
Ada kesalahan yang perlu di taazir, diqisas dan dihududkan…
Bergantung kepada tahap kesalahan dan keadaan individu.
Kesalahan tahap perlu ditaazir jika dijatuhkan hukuman hudud akan menjadi zalim.
Kesalahan tahap hudud jika disuruh bayar denda sahaja, jadilah seperti hari ini… jenayah merebak bagaikan penyakit AIDS yang tiada ubatnya.
Semua hukuman dalam peruntukan jenayah Islam berpayungkan objektif yang satu: li ta’dib- untuk mendidik dan bukannya menyiksa atau menyakiti.
Harapnya metodologi Ustaz memilih perkataan itu bertepatan dengan tujuan mendidik dan membanteras virus yang merosakkan jemaah.
Mereka yang tidak melakukannya tidak perlu terasa hati.
Saya ingin tahu apa justifikasi Ustaz memaparkan isu dalaman parti di ruang terbuka seperti blog Ustaz ini.
Semasa membaca posting awal Ustaz mengenai Kerja Bodoh dalam PAS ini, saya menganggap ia hanya sesuai dibaca di kalangan ahli sahaja.
Terima kasih.
ummuabbas
April 28, 2009 pada 7:41 pm
zaim
Mabruk alaik yaa Ustaz.. Siru ala Barakatillah..
April 28, 2009 pada 7:41 pm
Hilir sekali Sabok-PGajah
Tahniah ustaz Nik Abduh
harap akan dipilih KP Negeri nanti, InsyaAllah
Awas musuh dalaman masih ramai yang akan menangguk.
Saya percaya sesungguhnya cetusan ini tidak akan memecahkan ahli-ahli PAS yang cintakan Islam dan Ulamak
April 28, 2009 pada 7:46 pm
herman
terima kasih…islam adalah matlamat perjuangan kita…..takbir! kiasan kadang2 memberi tafsiran yang kurang jelas
April 28, 2009 pada 7:48 pm
Mukhtar
Salam….tak payah lah nak berbahasa sastera, tulis je bahasa mudah utk difahami. berbelit2 dan berliku2….yang jelas akui lah anda memang fraksi UMNO….sezaman dengan din tantawi dan roslan sms….nak nafi lagi
April 28, 2009 pada 8:22 pm
su.amalpc
gapo demo mengarut tak tentu pasal nih
April 28, 2009 pada 9:54 pm
Amir
hehehe…
tak guna otak ke ketika baca. Nasib baik tak kenalkan?
April 29, 2009 pada 2:12 am
abu abdillah
Kalau ustaz Nik Abduh dikata fraksi UMNO, ahli PAS biasa tu fraksi apa plk yer…Nama Mukhtar, last-last jadi mardud, bukan peribadi tapi sikap…Takutlah akan Allah..
April 29, 2009 pada 11:37 am
amri
Muktar, ko eja proksi pun tak pandai
April 29, 2009 pada 9:29 pm
Mukhtar
ngko yang bodoh..proksi (proxy) lain dgn fraksi (fraction) pi la balik ngaji….dah bodoh tak nak mengaji tapi nak belrkagak pandai
ptuiiiii
April 29, 2009 pada 3:48 pm
rast
Bahasa sastera indah, lembut, tidak keras… sesuai melembutkan keadaan yang panas… hanya org2 yg terasa cilinya sahaja akan terus panas..
April 30, 2009 pada 10:44 am
Kawe n Demo
Dari segi penulisan… saya boleh katakan anda fraksi PAS pulak.. Apa bezanya… Mungkin anda x sedar apa yg anda cakapkan…
Sebenarnya anda kolot untuk menerima… kalau anda orng cerdik pandai.. bak kata saudara sendiri…
Saudara rasa saudara boleh menjadi iman tatkala berjemaah… Tepuk dada tanya diri…
Cukupkah ilmu kiter d dada untuk bercakap.. hanya jari menaip otak berpikir logik akal….
Saudara x paham sastera jgn salahkan orang,,, saudara yang x pandai baca dan paham
Mei 1, 2009 pada 3:16 pm
nik
Sudahlah saudaraku sekalian..Jika kita mencintai Allah pasti Allah akan membalas cinta kita. Buat masa ini, Allah beri kita sedikit kemenangan kemudian Dia akan menapis kita dengan kekalahan dalam muktamar nanti. dan jika ada antara kita yang kalah lalu meninggalkan parti maka itulah bukti sebenar kerja buat kita selama ini. Jika kita terus mendokong Islam bersma Pas maka kemenangan nanti akan kita kecapi bersama manisnya Isla
April 28, 2009 pada 8:03 pm
Ronaldo BARU(NT LIV'POOL)
selama ini aku ingat diorang yang betul (pembantu-pembantu kemetot)…..alhamdullilah aku telah jelas-sejelasnya,tulisan Ustaz betul2 menyentuh jiwa bila ayahnda di perlakukan sebegini……tak sangka betul..!!
apakah orang-orang ini sedar dengan perangai mereka atau pura-pura….inilah dia ABDULLAH BIN UBAI moden,betul tak Ustaz
Ya Allah hancurkanlah pakatan mereka,pecah belahkan perancangan mereka…….takbir..takbir…TAKBIR.!!!!
(TULIS LAGI USTAZ,BIA KEBENARAN MENJELMA,).
April 28, 2009 pada 8:05 pm
budak kecil
seorang sahabat berbangsa Cina pernah memberi komen begini kepada seorang pimpinan Pas ‘si polan itu orang Pas berjiwa Umno’ yang pasti bukan Nik Abduh yang dia tujukan… Sir Ala BarakatiLlah
April 28, 2009 pada 8:36 pm
Syukri Nazar
Mengingatkan saya kepada penghujung pesanan Saidina ‘Ali kepada Qumail bin Ziyad Radiaalahu’anhuma;
” ………..ولكن الأرض لن تخلو من قائم لله بحجة ، كي لا تبطل آيات الله وبيناته “
April 28, 2009 pada 8:44 pm
ADAM AMIN
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT YANG DIHORMATI
Saya cabar saudara supaya berterus terang.
1. Adakah dengan penyatuan PAS dan UMNO akan melemahkan kemuliaan Islam?
2. Adakah musuh sebenar muslim PAS adalah manusia yang bernama ahli-ahli UMNO di mana mereka juga masih berpegang kuat kepada Al-Quran dan Sunah nabi serta tidak dapat dinafikan segelintir di antara mereka mempunyai iman yang terlalu lemah tetapi mereka masih mengaku kebenaran Islam?
3. Adakah siasah kini menurut acuan ajaran Islam yang tulen mengikut Sunah Nabi dan para Sahabah?
ADAM AMIN
Kg Jerlun,
Kedah
April 29, 2009 pada 1:35 am
jefri
1. ya
soalan tambahan: adakah kerajaan UMNO kini mengamalkan islam sebenar.
No 2 dan tiga nanti ustaz jawap
April 29, 2009 pada 10:08 am
aljufri
1-ya
2- adakah menyokong orang yang x suke kpada hukum allah dan berdalih2 nk lksanakan islam boleh dlam islam???adakan apbla kita solat,zakat,hj..dah dikira islam sepenuhnya???bkn islam tu sifatnya menyeluruh??way of life..klu dah mngaku kbnran islam skg jer la prjuangan islam y sebenar…buat per sokong org y berpura2 dlm melksnkn islam..
3-tu yang kita perlu gbungkn islam dlm politik…biar agama y memandu politik..jgn pshkn agma dn politik…jk kita mhu cucikn bju perlu disertakan sabun supaya bju y kotor tu bersih sebershnya….islam tu ibarat sabun..politik tu ibarat baju y kotor tu..klu asgkn sabun ngan baju ktor, tu ble bju tu nk bersih???jwb le sndri..
April 29, 2009 pada 1:55 pm
che may
sesungguhnya penggabungan umno n pas tidak akan menjejaskan islam sekiranya islam y diutumakan…
namun sekiranya penggabungan berdasarkan politik maka dikhuatiri akan berlaku perebutan kuasa..
xkan pemimpin pas nk tengk umno yang tidak islamic y perintah dan xkn pula pula umno nk tngk saje kuasa y dipegang selama ini diberikan kpd orng ln…
jesteru itu kalau mahu penggabungan ikut saje seperti cadangn TGNA, bubar pas n umno bt parti baru berkonsepkan islam, maka tidak ada lagi perebutan kuasa, kuasa siapa y patut pegangn menteri itu dan ini…
jgn sayang kpd parti, sayang lah pada agama islam
“islam diatas dan tidak ada lagi yang diatas melaikan islam”
sekian…wassalam
April 29, 2009 pada 2:49 pm
chuping
2. tolak hudud sama la tolak kebenaran Al-Quran, amalkan sistem pentadbiran riba samala dengan tolak kebenaran Al-Quran. tang mana yagn dia mengaku kebenaran Islam?? Islam ni menyeluruh, tak bleh main tolak satu dari kebenaran islam
April 30, 2009 pada 10:58 am
pemanduteksi
Jawapan mudah:
1. Penyatuan PAS dan UMNO bukan saja melemahkankan kemuliaan Islam itu malah akan menjadikan Islam itu lebih terhina sekiranya UMNO yang mengetuai PAS.
2. Penyatuan PAS dan UMNO akan meningkatkan kemuliaan Islam itu sekiranya PAS yang mengetuai UMNO atau lebih tepat sekali UMNO itu dibubarkan dan hanya PAS saja yg menjadi wadah perjuangan.
April 28, 2009 pada 8:53 pm
Nik Bahrum
You go for it. Tak baik berhenti di tengah jalan. Cuma berhati-hati takut tersangkut duri… I will be with you for this…..
April 28, 2009 pada 9:19 pm
abu razeen 2
“sebelum ustaz dedahkan siapa ‘pembantu2 TGNA’ elok ustaz perhati juga
‘pembantu2′ TGHH yg hampir sama sifat dan af’al mereka.”
mungkin Ustaz ambil masa utk ulas statement ana di atas tempoh hari.
ahli sejarah telah merakamkan khalifah ‘uthman pun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ‘pembantu2′nya sehingga beberapa keputusan beliau dianggap bukan terbaik dlm menanggapi kamelut ummah pada masa itu.
Dan beliau termasuk khulafa arrasyidin bahkan termasuk ‘asyarah mubasysyarah.
TGNA dan TGHH bukanlah sahabat arRasul; ‘pembantu2′ mereka lagilah jauh dibandingkan dgn mereka yg berada di inner circle khalifah.
ada dua isu yg berbangkit dari tulisan ustaz.
1a. TGNA berbeda pendapat dgn TGHH.
1b. kemudian Ustaz memberitahu TGNA menerima pendapat TGHH.
Kedua2nya 1a dan 1b tidak datangkan masalah kpd pemimpin yg berjiwa besar spt TGNA dan TGHH. Adap berjamaah haruskan perbedaan pendapat asalkan persoalan pokok spt aqidah……sama. Kedua2 TGNA TGHH beraqidah ahlussunnah wal jama’ah bukan satu ahlussunnah wal jama’ah dan satu lagi ahlussunnah al ‘ashaariyyah.
Hanya mungkin pada ana, husnudzan TGNA kpd ‘pembantu2′ nya sepatutnya TIDAK melebihi tahap husnudzannya kpd TGHH terutama apabila, spt ustaz cuba gambarkan ‘pembantu2′nya telah melaporkan dgn laporan yg salah.
dan ana yakin komen asal TGNA terhadap lontaran idea TGHH tidaklah sekeras hingga terkeluar dr jalinan kasihsayang filLaah antara tok guru berdua. Tegas….mungkin. Tetapi macai2 umno atau juhalaa’ dr kalangan ahli Pas ( bukan ustaz guna kalimah ‘bodoh’?) yg suka tafsir, faham dan tulis seolah2 kedua2 tok guru ‘ berperang’!!
2a. pembantu2 TGNA.
2b. pembantu2 TGHH ( ini ana tambah ).
” pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”
klu benarlah mrk seronok melaga2kan antara TGNA dan TGHH ana rasa ustaz wajib dedahkan kpd jk disiplin atau syura Pas. klu tidak ustaz bertanggungjawab membiarkan musuh dlm selimut berkeliaran dlm PAS.
tapi klu mereka sangka mereka lakukan kebaikan tapi mrk tersilap laporan , tanpa mala fide, mrk perlu diperbetulkan dan ditarbiyyah .
sama juga dgn ‘ pembantu2′ TGHH yg tersilap faham sikap ikhwah dan akhawwat Pas hingga tulis yg bukan2 ( atau buka laluan macai2 umno utk tulis yg bukan2) terhadap Khalid Samad dan Dr Mariah hatta pemimpin PR spt mp Kelana Jaya dan lain2nya………..
klu niat utk kebaikan, tapi silap tulis maka perlu diperbetulkan dan diterbiyyah ‘pembantu2 ini. Tak perlu lah dibuang sbg ydp kawasan, su akhbar, su politik atau apa2 jawatan yg disandang.
April 28, 2009 pada 10:33 pm
PERISAI WAJA
Salam perisai,
pertama skali ana ingin menyatakan sokongan penuh kpd abu razeen diatas hujah beliau..wlupun ana adalah ahli PAS yg tidak memiliki ilmu agama yg tinggi,tp ana bkn lah sejahil pemimpin2 bacul yg hanya tamakkan kuasa sehingga lupa utk mengkaji kesan sesuatu tindakan..hujah ustaz abduh mmg ditunggu..tp klu tidak menjadi satu beban,harap ustaz abduh cuba utk menerangkan sesuatu hujah dgn ayat2 mudah dan senang difahami oleh semua..kasihankanlah kepada ahli2 @ penyokong perjuangan islam yg baru nk berjinak2 dgn kaedah pembacaan secara online..mgkn ustaz anggap ini remeh tp ana mintak ustaz renung2kanlah sejenak apa yg ana katakan td..wassalam
April 29, 2009 pada 8:43 am
zam
Inilah gunanya ulamak yang sejati. kalau ulamak mee celup sure tak dapat nak terangkan. Tugas kita yang kurang pengetahuan agama, jika ada masalah dalam pemahaman agama kena ada usaha dari diri kita sendiri pergi jumpa ulamak. Takkan le nak tunggu mereka yang dimuliakan tu datang menjenguk kita untuk mengajar. Walaubagaimanapun, memberitahu siapakah pembantu-pembantu dengan lebih terperinci adalah salah. Dikhuatiri mereka akan lebih terjerumus ke lembah kehancuran asbab kecil hati. Sama2lah kita jaga hati sesama kita. Tapi tak perlu le nak berlembut je setiap masa. Alaaa…ulamak tahule apa yang mereka nak buat. Kalau salah tegur, tapi dengan hujjah le. kalau tak lebih baik dengar dan taat.
April 29, 2009 pada 2:17 am
abu abdillah
Sesungguhnya Ustaz Nik Abduh menjalankan peranan sebagai anak yang soleh, menjaga hubungannya dengan semua sahabat-sahabat ayahnya…Dialah jambatan yang menghubungkan semua antara ayahnya dan teman-teman seperjuangan yang lain. Barakallahu fika ya akhil karim, wa ibn karim
April 28, 2009 pada 9:57 pm
Amir
Abu Razeen, pi main jauh2 la. Kalau nak berdebat, lain medannya.
April 28, 2009 pada 10:05 pm
perindusyahid
salam juang..
smg Allah mudahkan segala urusan kita semua..
smg kite terus thabat dalam perjuangan ini..
amin
April 28, 2009 pada 10:07 pm
deba
kawe ingatkan tulisan kali ni nak minta maaf sebab menyiarkan artikel mengarut berbaur fitnah tempoh hari.. bahkan memarakkan lagi permasaalahan.
Artikel begini sepatutnya cepat dipadamkan daripada dibiarkan terus tersebar menebarkan buruk ssangka sesama pejuang islam dan dijadikan senjata runcing oleh musuh durjana.. sedarlah wahai saudara.
wallahua’lam
April 29, 2009 pada 2:21 am
abu abdillah
Tulisan ini bukan mengajak orang untuk berburuk sangka, tak perlu berburuk sangka. Tulisan ini ditujukan kepada mereka yang melakukan ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’. Kalau mereka itu bukan anda, untuk apa anda terasa hati? Dan kalau itu bukan anda, tak perlu sibukkan diri mencari siapa mereka itu. Min husnil mar’i tarku mala yaknih..
April 28, 2009 pada 10:23 pm
jat
assalamualaikkum ustaz teruskan perjuangan ustaz teruskanlah berkata yg haq. memang ada golongan yg ingin memecahbelahkan pas
April 28, 2009 pada 10:35 pm
abu ammar
Salam Ustaz,
Terima kasih atas penjelasan.
Rupanya bukan ana sorang yang terasa tak selesa
dengan ucapan TGNA…. berkenaan unity govern…..rupanya
ada yang tak kena…ye lah kita kenal siapa Tok Guru.
Jika lain macam tu maknanya ada lah tu yg tak kena.
Tahniah ustaz kerana mengambil langkah berani
untuk membetulkan keadaan. Tahniah kepada TGNA kerana
berjaya mendidik anak2 yang berani atas kebenaran
Allahuakbar!
April 28, 2009 pada 10:52 pm
pemuda kaherah
tahniah ust nik..kami sokong keberanian ust nik..kami sentiasa doa spy ust teruskan keberanian spt ini…siiruu ala barakatillah..
April 28, 2009 pada 10:54 pm
pakcik
salam,
setelah membaca 2 artikel sdr, saya ternanti-nanti apakah penyelesaiannya terhadap ‘kemelut’ yang berlaku, tetapi hampa!
persis sdr menembak peluru kapur ke arah sekumpulan burung yang terbang dan berharap seekor dua menyembah bumi..
sbetulnya juga saya agak terkejut dengan ayat :
‘” pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara TGNA dan TGHH.Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”
Apakah tidak terpancar sedikit pun husnuzzan di sini?. prasangka sdr telah menghitamkan segala kebaikan mereka selama ini. atas alasan apakah saudara pantas menghukum mereka sesat disisi tuhan?.-kecualilah sdr sudah ke peringkat ‘kasyafilqalbi’?
Bukankah harus kita sedar bahwa segala ‘usaha’ oleh ‘segala mereka yang sesat di sisi tuhan’ itu adalah dari af’al-Nya juga? Segalanya telah tertulis sejak azali dan mungkin satu ujian Rabbul Alamin untuk menguji keimanan hamba-hamba-Nya?
Harus segera muhasabah diri dan jangan pantas menyalahkan orang lain.
Saya tercium sedikit bau takbur dari bait2 ayat ini:
“Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat. ”
Siapapun sdr, siapapun ayahanda sdr, dan sesiapa saja kecuali nabi-nabi dan rasul-rasul,tidaklah terlepas dari sifat maksum itu, dan harus diingat, syaitan hanya tidak boleh mengganggu mereka yang mukhlisin.
Jadi hati-hati gangguan dan tipudaya syaitan!
wallahua’lam
April 30, 2009 pada 5:45 am
Musykil
Saya sokong dengan pakcik.
Atas sebab apakah dihukum sesat?
Cuba Nik Abduh terangkan. Mungkin mereka hanya berbeza pendapat, yang mana pendapat mereka berlainan dengan saudara?
juga, saya tidak pasti tentang takbur itu.
bukanlah bermakna, saudara adalah anak kepada TG membuktikan anda tahu segala isi hati TG. kenapa nada saudara seolah-olah saudara tahu semua benda?tahu juga jati-hati manusia yang lain?seakan-akan saudara sahaja yang tahu untuk berdebat.
April 28, 2009 pada 11:00 pm
Nasrudin hassan at Tantawi
Saudara pembaca juga boleh ikuti ulasan berkait kenyataan ustaz Nik Mohd Abduh ini di blog saya
April 28, 2009 pada 11:05 pm
ummuhanah
salam,
Tak perlu di lebih-lebihkan dengan penjelasan kerana dikalangan kami ramai yang dah rasa terang dan faham…
kalau dilayan semua pertanyaan samada yang berniat ikhlas dan berniat sumbang…ustaz akan tercungap keletihan…. terancam stamina utk urusan2 lain yang lebih berkeutamaan.
Saya rasa ramai komentator di sini merasakan tulisan ini ada kekuatan, dan mampu memberi kami sebuah penjernihan….ibarat cerita Tuan Guru tentang ‘kemuncup’ dalam perjuangan, biarpun ia memang menjadi halangan tapi mudah dibuang dan dibersihkan….
saya rasa ustaz boleh teruskan perjalanan…..saya nampak signal ‘line clear’….. so jalan ajer….. macam biasa….
April 28, 2009 pada 11:12 pm
keyman
apa sudah jadi dengan PAS? Kalau macam ni PAS = UMNO lah gamaknya….
April 28, 2009 pada 11:23 pm
wansaifullah
Assalamualaikum W.B.T
Tulisan ustaz cukup kontrovesi. Bagaimanapun saya rasa terisi setelah membacanya. Memang hujah-hujah makanan ustaz. Harap hujah-hujah ini sedikit sebanyak mendamaikan suasana tegang ketika ini. Saya menyokong ustaz.
Tetapi saya sedikit bengang dengan tulisan komentar. Sejak dari artikel pertama lagi tentang perkara ini, saya menyampah membaca komen-komen pedas tidak berakhlak.
Yang baik dan setuju tue bagusla, tetapi yang menjadi masalahnya adalah penghentam yang tak beradab. Kalau tak setuju sekalipun dengan tulisan ustaz, tulislah baik-baik. Mintak penjelasan elok-elok.
Anda menulis di sini ataupun di mana-mana, bukan orang yang akan persoal. Mungkin ada, tapi tidak semua. Tak ramai. Tapi Allah akan tanya ANDA tulis nie kenapa? Nampak macam sombong jee bila membidas.
Berakhlakla sikit ketika mengulas…
Saya tidak kisah ANDA ahli PAS ke, SB ke, malah BN sekalipun. Tapi saya mintak kepada semua, cuba jauhkan NIAT BUSUK ketika berkomentar.
Wallahu’allam.
April 28, 2009 pada 11:30 pm
jibam
ustaz nik abduh
malu lah sikit
jangan dok mengarut
cukup2 lah dengan kata2 berlagak pandai konon
paling aku tak tahan nak guna nama malaikat…adoii..cukuplah
gi blog adukataruna.blogspot.com untuk tengok tahap pemikiran orang melayu
April 30, 2009 pada 10:52 am
Kawe n Demo
Kita x nak perjuangan melayu…. Kita mahukan perjuangan islam… Sedara cuba lah sedar.. melayu x semestinya ISLAM…
Adakah saudara menolak ISLAM?…
April 28, 2009 pada 11:41 pm
jibam
tulisan karen dalam perakexpress
hang baca sendiri
# karen on April 28th, 2009 at 17:01:
Aku dah baca artikel dia sejak tahun lepas… bukan aku tak faham, Sirah Nabi dan sirah Islam.. Dalil AlQuran dan Hadis nabi.. semuanya aku faham.. tapi kenapa nak berlagak pandai,.. tapi bila dah menyesatkan orang dan jemaah lain hanya kerana unity Gov, itu buat aku marah.. aku marah n!! aku tak sangka orang beragama macam dia kata orang macam tu.. sekarang suruh dia habaq sapa dia org keliling tok guru..boleh org tu pertahan diri atau minta maaf? sapa? kalau serkap jarang.. tak ke nahas.. macam kalau org kata orang keliling MB Perak merosakkan MB.. Ok sapa yg terasa? Misbah oleh jadi.. Nga & Ngeh boleh jadi.. Anuar Hashim boleh jadi..ust taliba boleh jadi dan bloggerpun boleh jadi.. baik dia cakap dengan terang sapa.. dia rasa dia alim?
Kalau korang yg sokong abduh tak puas hati baca artikel sebelum tu.. korang tahu otak dia ada masalah, ayat dia cakap dan Perli DAP KAFIR seolah olah Umno takdak MIC & MCA!! seolah olah jatuhnya kerajaan terengganu dan PAs Perak oleh kerana berkerjasama dengan DAP & PKR!! pii tengokk artikel sebelum tu.. untuk menguatkan hujjah dia ni otak pusinng..
Dia boleh diletakkan sebaris Dr Asri bekas mufti perlis yg siuka membiddahkan orang.. kalau bab kutuk kerjasama dgn Dap & PKR tu otak dia sama dengan Mufti Perak!!
brasa dirii alim.. bongkak.. sombong.. ni nak habaq mai banyak lagi cerita dia aku tau!! member aku belajaq sana, aku siasat dulu dah sapa abduh ni.. peribadi dia.. cuma tak mau serang abduh sampailah artikel bodoh dia yang baru tu keluar.. jangan dok ingat dia perati tok guru.. orang pun dok perati dia..
PII TANYA DIA.. ORANG GUNA TOK GURU PROMOSI PRODUK JUS TOK GURU TU.. ORG TU NAK KATA APA?? NAK KATA MACAM MANA? PI Laman Produk jus tok guru..
jaja nama tok guru.. lepas tu buat macam macam testemoni yang adakala nya sampai tak logik.. guna kan Quran dan hadis sebagai pelaris.. sampai gunakan tok guru.. pi tanya Abduh.. agak agak nya kalau untuk Poket sendiri…pergunakan tok guru,hadis & Quran takpa kut no…
cukuplah umno tipu melayu….jangan hang pun nak tipu gak
April 29, 2009 pada 8:51 am
zam
Orang sebeginilah yang lebih memburukkan lagi keadaan. Kenapa diri sendiri tak gi jumpa ust. jumpalah, bercakap dan berhujjahlah dengan bijaksana. Apa yang lebih zahir adalah, hujjah orang2 seperti karen hanya hujjah yang berasaskan hukum logik semata-mata.
April 29, 2009 pada 4:00 pm
rast
Brader, Ust bukan dia kata dia sokong unity gov… baca betul2.. dia hanya menentang org yg cuba melaga2kan kedua2 Tok Guru (Ulama)… yg cuba memecahkan jemaah… hello brader… baca betul2 lain kali
April 29, 2009 pada 10:21 pm
Abg Jibam
ko ni bodoh lah jibam…baca lh betul2 dan fahamkan…dah tua2 nak mampus pun x phm2 mana isi mana kulit…
April 28, 2009 pada 11:43 pm
Beca Penang
Hebat…hebat.. Ulamak Kontemporari…Beginilah yang dikatakan Ulamak yang sebenar yang mempunyai kekuatan berhujah…hebat…hebat… “`Qul hadzihi sabili … Ad`uu ilallah `ala basirah…
Selepas ini ustaz kena turun ke kawasan-kawasan kerana ustaz adalah bakal Presiden PAS dalam masa 10 tahun… Jangan malu malu lagi ustaz…
Berbanggalah ayahandamu ..mempunyai putera pembela Islam seperti ustaz…
Ulamak tidak ketandusan pelapis…
April 28, 2009 pada 11:52 pm
Zainulfaqar
Salam ukhwah dan salam kemunting!
Ana cadangkan Ustaz Nik Abduh laporkan hal ini kepada lembaga Hizbah PAS jika benar2 ikhlas mahu membuktikan kebenaran yang Ustaz pegang kerana pembaca sekarang kritis dan tahu jarah dan ta’dil bloggers juga.
Dalam PC di Tingkat 5 Pej. Agong PAS petang tadi, klu x salah alFadhil Ustaz Ahmad Awang sarankan Ustaz sebutkan siapa ‘pembantu-pembantu’ TGNA tersebut. Tidak perlulah dimajhul2kan.
PAS adalah jamaah Islam dan di dalamnya ada sistem hizbah. Saya yakin sistem Hizbah PAS tidak daif dalam mencari kebenaran antara telahaan2 yang Ustaz Nik Abduh berikan dengan pihak2 berwajib tersebut.
Saya berharap Ustaz boleh menjawab secara objektif dan terang (tidak kias2) tentang telahan2 yang diberikan oleh blogger Tulang Besi. Maybe dengan berbuat demikian, lebih mudah pembaca faham. [Saya pun tidaklah berkerud2 dahi cari dalil2 sahih ustaz. hehehe]
Kalau boleh tulis satu 3rd post tentang isu ini dan respon juga komentar saya yang ‘kecil’ ini ya.
Teruskan usaha sebab individu semacam Ustaz memeriahkan gerakan Islam di Malaysia. Sekian. Salam ukhwah!
ZAINULFAQAR HJ. YAACOB
April 28, 2009 pada 11:53 pm
Ikhsan Omar
Ulama perlu terus terajui PAS. PAS perlu terajui rakyat Malaysia. Dah banyak gejala yang semakin memusnahkan orang Islam di Malaysia. Beratus tahun Inggeris perintah Malaysia, tiada kedengaran masalah murtad. 50 UMNO/BN perintah Malaysia dan PAS wujud sebagai parti politik, bercambah masalah murtad.
Masalah seks bebas pelajar/remaja, gejala rogol, buang anak, dadah, rasuah, tidak laksana rukun Islam spt solat dll. Aduh pening kepala.
Ulama PAS perlu lebih agresif untuk bina ahli PAS supaya jadi cerminan muslim sejati. Jangan sampai masalah tabiat rokok pun tak boleh selesai. Kata anti Yahudi, tapi mesyuarat cawangan/bahagian, berkepul asap rokok.
April 28, 2009 pada 11:58 pm
Abu Omar
Apa tafsiran Ulama ? Dalam PAS hanya ada tiga orang Ulama shj iaitu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi dan Dato Haron Din. Sebab mereka bertiga ini banyak mengarang dan menulis kitab. Yang lain-lain, tak tahulah. Lebih politik daripada menjadi ulama. Jangan jadi ular dalam semak sudahlah.
April 29, 2009 pada 3:22 am
laniaz
salam sheikh, anta ni betul ke? sape cakap dalam PAS 3 org je ulama? anta x tau ke ulama-ulama PAS ramai, tapi x tonjolkan diri. ahli dewan ulama tu bukan ulama ke sheikh?
April 29, 2009 pada 12:14 am
abg piee
assalamualaikum, ust mcm anak pada saya,saya mula kenal pas tahun 1967,saya mula buat kerja untuk pas pada pilihanraya 1969,masa tu saya mula kenal pimpinan pas seperti dato asri,ustaz abu bakar umar,dato hasan aDLI,ustaz abu bakar hamzah,ustaz amaludin darus dan ramai lagi,mereka lah pendukung2 pas sewaktu ustaz belum lahir di dunia ini,selepas itu berlaku satu krisis yg opada saya terlalu besar dalam pimpinan pas,sewaktu golongan dalam pas yg di terajui oleh beberapa kepimpinan yg mula cuba menjatuhkan dato asri dan pendukung2nya,walau pun ramai org pas bersorak gembira di waktu kejayaan di satu pihak yg mana berjaya menyingkirkan golongan2 pendukung dato asri,, dan aSRI SENDIRI MERAJUK ,saya pun rasa gembira kerana kemenangan pihak2 yg nak yg kunonnya nak bawak pembaharuan dalam pas,ok dan betul memang pas sekarang dah ada pembaharuan,sekarang dalam ada golongan ulama yg menentukan arah perjuangan pas agar berada DI LANDAsan ISLAM YG SEBENAR,dan mutakhir ini ramai pula golongan yg bukan berpendidikan ugama tapi mempunyai kecintaan terhadap islam,cantik tu ,gabungan pelbagai cerdik pandai ini mudah2an dapat memberi kekuatan pada islam,oleh itu kalau ada kekeruhan selesaikan lah dgn penuh kasih sayang mcm suami isteri yg berkasih sayang dan tak perlu di heboh2kan pada org luar,jgn beri kesempatan pada org menjumpai ruang untuk memecahbelahkan kita,maaf ye ust,saya sayang pas walau pun saya setakat ahli biasa saje,
April 29, 2009 pada 12:14 am
karen
Teguran _
Saudara Anduh.. berhentilah menulis danberbicara mengaitkan ayah kamu dan qaul yang tak boleh dihujjah..
memberi frasa kata kata yang diluahkan bapa dan ibu membuatkan Hujjah kamu seperti kebuddak budakkan..
cubalah berhujjah tidak bersandarkan kata ayah dan Ibu.. dengan memberi Alasan Ibu merungut ketidak kecekapan pembantu hanya seperti anda cuba mengheret masalah peribadi anda..
membaca tulisan Abduh ni.. teringat saya kepada bekas Mufti Perlis Dr Asri, dia selalu meletakkan dialoq perbvualannya dengan sifula dan sufulan untuk dijadikan sandaran hujjah, lalu dikeritik lah orang yang dikenali sebagai sifulan dan sifulan,membiddahkan orang, menyesatkkan orang, menimbulkan konflik berkaitan agama, menghina Ulama dan guru Pondok, inikah cara orang agama?
seharusnya anda harus berani mempertikaikan kata kata yang dikira Fakta, atau diambil dari keratan akhbar dan mana mana ucapan rasmi, bukan soal perbicaraan peribadi kamu dengan Ayah dan Ibu.. dan diatambah dialoq dialoq yang kita tidak tahu dengan bahasa kiasan yang bertambah pening manusia.. bukan semua ahli Mantiq dan boleh memahami kata kata kamu itu..
Untuk pengetahuan tiada siapa yang memopertikai kedua Ulama’ ini, samaada TGHH ataupun ayahda kamu TGNA,
Sikap kamu mengigatkan saya kepada MB Haram Perak.. ingin berhujjah dan mahukan Mahkamah berhujjah dalam soal yang bukan menjadi pertikaian.. Zambry membawa kes mahu mengisytiharkan Sultan punyai kuasa.. dan mesti dihormati, teptapi dia tidak sedar tiada siapa mempertikaikan Kuasa Sultan.. yang dipertikai tindakan salahguna kuasa..
begitulah Abduh.. bercakap soal benda yang tak berlaku, tiada siapa Hina Ulama’ tiada siapa,tiada siapa yang mahu mereka berdua bertelagah, dan pada pandangan saya tidak adapun pertelagahan..
kerana tulisan kamulah, media perdana Umno yang kamu sayang sebagai rakan Dakwah memutar belitkan dan menggunakan senjata yang kamu beri.. berhentikanlah merasakan diri itu Alim, tidak perlu mengangkat dirim menggelar org Bodoh dan sesat.. lalu menggelar orang sebagai Ulama’ Celup,berhentilah menggunakan ayat kiasan dan pertuduhan rambang ..
andai penyokong PAS yang berkelulusan SPMM dan hanya mengangtung Poster membantu Pas pun kita harus hargai, inikan kepada pemimpin yang selama ini berganding bahu membawa PAS kini diterima bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi Bukan Islam..
Anda seharusnya memberi cadangan begaimana mengangkat PAS dengan pelbagai idea dan pendekatan tetapi bukannya dengan mencari salah orang dan menyandarkan semua hujjah kepada ayah kamu, seperti mana Zambry Mb Haram berselindung di belakang SUltan.. kalau diajak berhujjash dia dikata hina Sultan, begitulah kamu.. berhentilah menggunakan dialoq peribadi sebagai hujjah..
Janganlah jadi jaguh Ulama’.. jangann memerli orang, dan jangan menyindir orang yang sama sama berjuang. anda boleh beersetuju dan anda juga boleh tidak bersetuju, tetapi jangan sesekali merendahkan dan menghina sesama jemaah. saya tahu peribadi dan sikap kamu di Mahhad.. tapi apakah itu soal peribadi yang saya mahu jadikan Hujjah.?
Jangan memalukan Orang agama…
April 29, 2009 pada 2:27 am
abu abdillah
karen,
Tersindirkah anda? terperlikah anda?Siapa anda dalam mereka-mereka yang melakukan kerja-kerja bodoh dalam PAS?Ahli atau bukan?-mereka yang faham dengan soalan ini pasti tidak akan menjawab…
April 29, 2009 pada 2:34 pm
karen
takde trasa apa pun.. ibarat,macam tengok ade budak tak pasai pasai kena tumbuk dengan seorang mamat ni.. habih aku tak boleh nak marah? mesti aku saound jugak ape ke bodoh buat kerja macam tu.. budak tu bukan ade buat apa pun salah dengan kamu..bagi.. cuma mamat ni bagi tau, aku tau la dia bapak aku..
cuma bapak dia percayakan budak tu dan bagi dia kerja.. pasai bapak dia tahu kalau bagi kerja kat mamat ni anak dia lah.. ni jenis panas baran.. budak sekolahpun dia nak pelangkup ..nak jerkah..bukti tak bagi..
kalau lambat faham.. ini perumapamaan sesuai la..
April 29, 2009 pada 4:32 pm
bukitbesi
tidakkah wujudkah dikalangan kita yg sifatnya bersifat seperti munafiq..tiada keikhlasan dalam berjuang..yg dikejarnya adalah dunia semata..?saya yakin .ianya wujud..saya telah alaminya sendiri…
April 29, 2009 pada 6:39 pm
cikgu Fauzi
termakan cili kot….
April 30, 2009 pada 6:36 pm
abu abdillah
karen, ko ni buta atau pekak?minta maaf kalau aku cakap kasar.ko kenal ke sapa nik abduh ni?ke ko tak penah tengok dan tak pernah jumpa?nik abduh ngan nik adli ko boleh beza tak?bila kena kat batang hidung terus jadi buta dan pekak sampai tak kenal sapa yang ko duk tenyeh?nak minta maaf bukan senang karen.kalau ustaz nik abduh tak maaf fitnah ko ni macam mana?ko balik kenal dulu sapa nik abduh dan sapa nik adli, ok..
April 29, 2009 pada 12:19 am
misslollypop
slm ukhwah buat us sekeluarga, Alhamdulillah,terima kasih di atas penjelasan lanjut dr us.nahh…sudah terang lagi kan bersuluh..bg yg tidak berapa faham,bukalah hati dn celikkan minda untk memahami maksud us tu. Bukannya susah pun 🙂 x usahlah percaya sgt ngn paper tu..wartawan tu pun pakai copy paste jer dr blog us nik.
April 29, 2009 pada 12:44 am
boss
Slm Ramai yang seronok nak tahu siapa ‘pembantu-pembantu’ yg dimaksudkan tu ? Bagi ana,x perlulah us nik abduh dedahkan.Itu bkn main point artikel us nik abduh. Semoga Allah terus berkati perjuangan us nik abduh./amin
April 29, 2009 pada 1:16 am
sebal
Ni gue copy paste dari blog lain..carisendirilah baca ajelah utk tambah faham
Assalamualaikum, Mohon saudara Wan Johari siarkan jerit hati saya ini. Saya tidak mempunyai blog untuk mempostingkannya. Saya harap saudara sedia menyiarkannya walaupun pahit. Isu Nik Abduh “menggomol” pembantu-pembantu Tok Guru Nik Aziz sudah menjadi isu nasional. Bukan isu antara beliau dengan pembantu-pembantu itu lagi. Ianya sudah terpalit kepada parti dan Presiden. Jadi, jerit hati saya ini saya mohon disiarkannya. Oleh kerana blog saudara “Jiwo Kelate” maka jiwa saya juga adalah “jiwo kelate”
DUA TOK GURU KINI “DIBELAGAKAN” OLEH NIK ABDUH
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ..dulunya bukanlah seorang yang tersohor. Akan tetapi kini beliau sudah berdiri sebagai “orang-orang yang sudah dikenali” seperti terkenalnya Manohara Odelio Pinot, Tengku Ampuan Kelantan itu. Tulisan Nik Abduh telah tersergam di blog-blog dan terhias di dada-dada akhbar. Bukan senang untuk seminggu berada di helaian akhbar arus perdana Malaysia kecuali bagi orang-orang yang tersohor.
HEBATNYA Nik Abduh adalah kerana keberanian beliau mendedahkan suatu rahsia yang ada dalam “kain” parti. TAHNIAH! kerana jarang orang atau ustaz yang berani “menyelak kain” saudara mara sahabat handai sejamaahnya kecuali NIK ABDUH.
Katalah, benar semua dakwaan Nik Abduh bahawa “pembantu-pembantu ayahandanya adalah orang-orang jahat”, yang memberi nasihat salah tentang “Kerajaan Perpaduan” maka perlukah beliau dedahkan kepada orang luar dari lingkungan ayahandanya?. Kenapa beliau tidak memaklumkan kepada ayahandanya sendiri? Atau beliau sebenarnya mempunyai agenda lain?
Kita tidak merasa hairan sekiranya orang yang jahil dan bukan ustaz atau ulama yang menyelak dan mendedahkan “aurat” ini. Tetapi bila Nik Abduh yang “menyelak” serta mendedahkannya, maka timbullah tanda tanya BEGINIKAH ADAT BERJAMAAH DALAM ISLAM? Di mana letak duduk ilmu berjamaah dalam diri Nik Abduh?
SEKARANG ini isu yang “diselak” oleh Nik Abduh sudah menjadi isu nasional. Seluruh media sudah “membogelkan” ayahandanya. Apa perasaan Nik Abduh? Keceluparan tangan dan pemikiran beliau telah diguna sepenuhnya oleh media massa jahat untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Beliau telah memberi saham yang besar kepada media pengfitnah untuk meneruskan kerja-kerja beliau sendiri. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana kerja-kerja beliau sudah di ambil alih oleh media munafik itu. MAKA kini, siapa yang melagakan siapa sebenar?
BERTAHNIAHLAH Nasaruddin Tantawi dan Roslan SMS di atas keberanian Nik Abduh “menyelak kain” ayahanda dan jamaahnya. Inilah pemimpin masa depan parti!. Inilah para Da’i muda PAS. Bagi mereka,hanya mereka sahaja yang berjuang untuk PAS. Hanya amalan mereka sahaja yang layak Allah terima. Kita yang jahil dan hanya sekadar berpeluang untuk menaikkan bendera serta menampalkan poster ini bagi mereka mungkin patut berada di pinggir syurga sahaja!
NIK ABDUH jangan ingat apa yang ada di dalam kain beliau orang lain tidak tahu. Jangan sampai orang lain juga tidak segan silu untuk mendedahkan di sini. Perfectkah hubungan kita dengan keluarga kita? Bersih sangatkah kita sehingga sesenpun kita tidak makan duit dari hasil balak dari mana-mana orang? Tidak pernahkah kita walaupun sepatah menggunakan nama ayahanda kita untuk berunding pasal balak? Harta-harta yang ada disekeliling pinggang kita itu adakah semuanya suci bersih? Tidak pernahkah kita mempengaruhi ayahanda kita untuk memilih calon pilihan raya si anu dan si anu?. AYAH ANA cukup sinonim dengan anta!
ITU SEMUA adalah tazkirah untuk kamu! Jangan seronok dibuai sokongan padu dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang kamu. Apabila orang jahil mula “menyelak”, maka sudah tentu mereka lagi tiada batasan dan disiplin untuk melakukannya. Jangan salahkan mereka sekiranya ini terjadi, kerana sebenarnya kamu yang mengajar mereka begitu.Sekiranya kamu bersedia untuk ditelanjangi keluarga kamu, silakan!
NIK ABDUH! Berhentilah dari kerja-kerja bodoh yang boleh melemahkan jamaah. Pemimpin boleh datang dan pergi akan tetapi jamaah perlu berdiri tegap dan kukuh. Kini kamu sedang meruntuhkan kekuatan jamaah. Kamu telah menghulurkan pisau kepada musuh kita, Umno-BN. Mereka sedang menghunus pisau yang kamu beri itu ke dada ayahanda kamu dan jamaah. Apakah kamu gembira melihatnya?
Sebenarnya, kamu juga mempunyai “pembantu-pembantu yang sesat dan angkuh sombong”. Sekiranya tidak angkuh sombong sudah pasti tidak celaru biru kampong halaman yang mereka diami. Tiket pendidikan agama yang kamu warisi sepatutnya bukan untuk disalah gunakan. Apakah apabila bernama ustaz maka sesenang itu kamu melempar segala tomahan dan kata-kata kesat?
INGATLAH NIK ABDUH! Sekiranya kamu boleh bersikap kasar dengan mereka (pembantu-pembantu ayahanda yang kamu kata sesat itu), apa jaminan mereka juga tidak akan berkata begitu kepada kamu. Jadi, dimana uslub dakwah yang kamu pelajari itu – bil hikmah? Orang seperti kamu inikah yang akan menjadi pemimpin masa depan PAS?
Apa yang penting, JANGAN kamu seret perbalahan peribadi kamu ke dalam jamaah. Kamu boleh berbalah dengan mereka tetapi jangan guna platform parti. Parti bukan hak kamu. Kami yang tidak ada apa masalah dengan kamu turut terpalit dan menjadi mangsa sindiran musuh akibat dari keceluparan tangan kamu.
AYUHAI PIMPINAN PAS! Apakah kamu tidak mampu menghentikan kerja-kerja bodoh ini?
April 29, 2009 pada 2:30 am
abu abdillah
Ada bezanya orang yang menyelak kain untuk mengubat luka atau kudis dan orang yang menyelak kain untuk ditayangkan ‘anunya’ tanpa malu. Fahami dan mengertilah apa yang tersirat dari penulisan ustaz Nik Abduh pasti anda dapat bezakan.
April 29, 2009 pada 1:48 am
ahmad taufiq
ahmad taufiq
salam ustadz,
KEPADA SEMUA SAHABAT2 YANG SUDAH MEMBACA HATI NURANI DALAM BENAK USTADZ ABDUH..IA ADALAH BENAR SAMA SEKALI..
KALAU ANDA INGINKAN BUKTI..BUKALAH LINK BAWAH INI DAN LIHATLAH BAGAIMANA MEREKA2 INI MERANCANG DALAM MENJATUHKAN PERANAN DAN KUASA ULAMA’ PAS..
SEMOGA KITA DIHINDARI DARI GOLONGAN TERSEBUT!
http://erdoganmalaya.wordpress.com/misi-strategi/#comment-9
Balas
April 29, 2009 pada 1:45 pm
karen
Ni nak habaq maii.. laman tu laman Cyber trooper UMNO.. takkan tu pun tak kenai, belajar la sikir art dalam politik, jangan jadi lurus bendull.. kalau laman Budak Umno buat tu korang boleh percaya.. padan lah NIk Abduh pun percaya khabar angin.. hear say.. atau labun penasihat dia sendiri… dia kata penasihat orang pi tanya penasihat dia sendiri.. tu sebab orang suruh pi duduk kat luar, tengah masayrakat.. takde la ibarat kitab jawi dikata Quran.. kalau laman betui ngan laman perang saraf Umno pun tak kenai..
awat padam feedback aku pagi tadi… takut ke tuan penasihat?? batu apii?? entah ko yg buat laman tu.. sama jee pakai tapak wordpress..??
April 29, 2009 pada 7:34 pm
Wim
Mungkin juga grup dalam PAS yg sengaja buat blok tu seolah-olah Cyber trooper UMNO. Lagik org tertipu.
April 30, 2009 pada 9:17 am
karen
mungkin yang buat tu penasihat nik abduh. geng2 wahhabi agaknya.. pnyesat orang..
April 29, 2009 pada 1:50 am
ahmad taufiq
KEPADA SAHABAT YANG TELAH MENGUTUK USTADZ AL-BAKISTANI..DIHARAP SAUDARA MEMBERSIHKAN HATI SENDIRI SEBAB USTADZ AL-BAKISTANI AMAT MENYANGJUNGI TGNA DAN TGHH..X PERCAYA BUKA LINK INI..
http://g-82.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2010-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=50
April 29, 2009 pada 9:35 am
karen
biar betull.. tu laman Cyber trooper UMNO.. itu kerja blogger uMNO dalam perang saraff.. tu la orang suruh duduk dunia luar.. duduk kat Pondok ,dok kat tempat orang yang jumud tak tahu benda apa..
esok orang bawak kitab jawi dikata Quran walaupun tulisan samaa.. respon pada yang tak kena.. mungkin abduh dok baca laman Umno kut.. tu tak tau apa latu.. salah penasihat dia la..
April 29, 2009 pada 2:52 am
stonefaces
salam buat ustaz….jika dilihat pada komen2 ternyata mereka yg mengutuk ustaz adalah MEREKA YG TAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN BHW TGNA BOLEH BERSETUJU DGN TGHH SLEPAS PERTEMUAN DI ANTARA MEREKA…SEBOLEH2 NYA BIAR LAH TGNA TERUS BERPERANG DGN TGHH BAGI MEWAKILI HASRAT SUCI GOLONGAN2 SESAT INI…TERNYATA GOLONGAN SESAT INI DAH MACAM CACING KEPANASAN..MELATAH TAK TENTU PASAL MAKLUMLAH ILMU CETEK TAPI BELAGAK SEMUA TAU!!!!!ISTILAH POLITIK PUN TAK TAU!!!!!!
April 29, 2009 pada 3:04 am
Syeikh Al-Hafiz
“Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.”
Blog anta ana tidak lupa.
Dalam pada itu kukuhkanlah perpaduan sesama saudara seagama andai BN bukan durjana.
April 29, 2009 pada 3:06 am
Hiz al-Basri
Assalamualaikum.
Alhamdullillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, wali-wali Allah, ulama-ulama, para pemimpin dan sekian muslimin muslimat.
Tahniah kepada al-Fadhil Ustaz Nik Abduh kerana berani memperkatakan tentang sesuatu yang mungkin dipandang luar biasa bagi sesetengah orang. Tahniah juga kerana telah menghuraikah permasalahan yang telah ditimbulkan.
Sebagai seorang yang ilmuwan bab-bab agama, adalah penting untuk menjaga tatasusila dari segi percakapan, perbuatan dan pemikiran. Masyarakat yang kritis suka menilai seseorang ilmuwan itu kerana bagi mereka seorang ilmuwan menjadi teladan bagi seluruh manusai sekarang dan generasi yang akan datang. Bagi masyarakat yang kurang menilai, mereka juga ingin melihat seorang ilmuwan itu boleh memberi sesuatu yang positif dan membawa kebahagiaan.
Sebagai ilmuwan, adalah amat tidak baik untuk mendoakan supaya seseorang itu mendapat musibah dan kecelakaan. Cuba bayangkan jika diri sendiri ataupun kaum keluarga dan para sahabat kita didoakan untuk mendapat musibah dan kecelakaan. Pasti hati kita tidak tenang dan tersentak malah mungkin kita akan menangis kerana tidak tahan mendengar doa yang bermaksud tidak baik itu. Sebab itu, ada kisah pada suatu masa dahulu, seorang guru sufi yang amat makhbul doanya (Syaikh Makruf al-Karhkhi) dan anak muridnya sedang berjalan di suatu tempat, maka terlihat oleh mereka akan sekumpulan anak muda yang sedang bersuka-ria dan lalai. Lalu si anak murid memohon kepada si guru agar mendoakan akan kumpulan anak muda itu agar ditimpakan musibah oleh Allah di dunia ini supaya kumpulan anak muda itu insaf. Lantas si guru pun berdoa kepada Allah dengan doa yang baik yakni agar kumpulan anak muda itu diberi kebahagiaan di akhirat. Si anak murid pun berasa hairan dengan doa yang dipohon oleh si guru tersebut. Secara tidak semenanya, kumpulan anak muda itu bagaikan ‘dicurahkan air keimanan yang memadam api nafsu di dalam hati’, landsung kumpulan anak muda terbabit bertaubat dan menyerahkan diri sebulatnya kepada Allah. Itulah contoh perwatakan seorang ilmuwan yang mana tidak berhasad dengki sesama manusia,jelas di mata, jelas di telinga, jelas di hati bahawa kejahilan tidaklah patut dibalas dengan kejahilan.
Sebagai ilmuwan, jangalnlah berasa diri telah berada di tahap yang hebat dan tinggi kerana itu bakal membawa ke lembah takabbur dan riya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Islam Imam al-Ghazali rahimahumullah di dalam kitabnya, bidayatul hidayah, ada sepuluh penyakit hati di antaranya ialah riya dan takabbur. Pemimpin yang riya dan takabbur tidak akan kekal lama kerana Allah pasti akan memberi azab ke atas mereka. Tetapi ingatlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jadi jika ditimpa penyakit, bolehlah mencari penawarnya. Maka ubatnya ialah penyucian jiwa. Oleh itu, jika kita melihat kekufuran dan kemungkaran, adalah menjadi tanngungjawab kita untuk menegur dan prinsip menegur itu telah ditentukan oleh syarak. Cara yang paling lemah di dalam prinsip menegur ialah dengan hati setelah berbagai cara telah dilakukan umpama memberi nasihat dan menggunakan tangan. Jadi gunakan hati untuk memohon kepada Allah agar dikurniakan petunjuk kepada orang yang terbabit di dalam kelalaian dan kemungkaran. Buangkan rasa hasad dan dengki dari hati agar doa menjadi ikhlas dan diterima oleh Allah.
Menggunakan hikmah di dalam menyampaikan dakwah dan menegur seseorang merupakan cara yang terbaik agar tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan anggota masyarakat. Janganlah kita mengorbankan prinsip agama di dalam menjalankan tugas da’i dan menasihati orang lain. Umpamanya, untuk mengajak kanak-kanak melakukan solat, kita memberi gambaran bahawa orang yang solat akan mendapat balasan yang menggembirakan sama ada di dunia mahupu di akhirat manakala orang yang meninggalkan solat akan menerima azab Allah yang amat pedih dan menakutkan sama ada di dunai mahupu akhirat. Jadi, di dalam konteks orang dewasa, mungkin ada cara yang lebih efektif dan berguna agar nasihat dan dakwah secara hikmah itu dapat memberi impak yang positif.
Hubungan sesama manusia perlulah dijaga dengan baik. Juga di dalam menjaga hubungan baik sesama manusai janganlah pula mengorbankan hubungan baik dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud “setiap mukmin itu adalah bersaudara”. Justeru, perlulah atas kita untuk menjadi tali persaudaraan sesama muslim. Jangalah ada yang dituduh sesat, dituduh kejam, bahkan dituduh kafir. Sebagai hamba Allah yang beriman kepadaNya, setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah adalah mukmin. Yang menentukan tahap keimanan dan ketaqwaan ialah amalan seseorang, yang mana kita tidaklah boleh menilai seseorang itu hanya berdasarkan luaran semata-mata. Umpamanya, seseorang itu mungkin dilihat rajin melakukan amalan-amalan tertentu, tetapi di dalam hatinya penuh dengan hasad, dengki, riya, takabbur dan sebagainya. Maka asasnya ialah kita sebagai makhluk Allah dan pengikut Rasul SAW, mesti menjalinkan hubungan yang mesra sepertimana yang dikehendaki oleh syarak. Perlulah diingat bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, hanya para nabi dan rasul yang maksum.
Akhir kata, teruskan perjuangan menegakkan yang hak dan memusnahkan kebatilan. Gunakan perkataan yang baik dan tidak mengguris hati manusia yang lain. Gunakan pendekatan secara hikmah dan lembut.
Semua yang baik daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Semua yang kurang baik itu jua daripada Allah tetapi disandarkan ke atas diriku yang hina lagi fakir.
Mohon kemaafan jika tersalah kata dan mohon nasihat untuk memperbetulkan diri ini.
Semoga semua umat Islam bersatu di bawah kepimpinan ulama dan melaksanakan hukum hakam Islam demi keredhaan Allah.
Alhamdullillah.
Assalamualaikum.
April 29, 2009 pada 9:10 am
dhuat
Berkasar pun hikmah juga kalau kena dengan cara.
Hikmah bukanlah bererti berlembut semata-mata.
Hikmah itu bijaksana.
April 29, 2009 pada 9:42 am
karen
satu artikel yang baik.. beginilah cara pemimpin berbicara.. bukan mendokan kan keburukan mnusia.. menyesat dan membodohkan orang.. mereka bukan abu lahab.. mereka bukannya Firaun.. itu dah kira laknat..
itu sebab pemimpin dinilai dari perbicaraannya.. saya lihat artikel kedua nik abduh tidak ada rasa bersalah dan usaha meminta maaf atas kertelanjuran dia mengutuk dan berdoa keburukan orang.. malah mempertahankan tindakan dengan mengheret keluarga , sirah dan hadis nabi.. tiada rasa rendah dirii..
betullah kata imam ghazali.. salah satu penyakit jiwa..
April 29, 2009 pada 3:55 am
Bro brotherhood
As-Salam Tuan Punya Blog & pembaca2 skalian,..heheh,.. apo nak dikato,..
Tahniah saya ucapkan atas keberanian Saudara Abduh,.. mungkin ada hikmahnya saudara berbuat begini. Komentar SEBAL post komen dari bro yg ‘berjiwa kelate’ pada pukul 1.16am.. ingatkan nak kato berjiwa Islam,..hehehbro, we agree to disagree’ heheh,..apa pun tidak trlintaskah di kepala kita mungkin Bro Abduh di dh cuba cara lain tetapi menemui jalan mati dan tidak mungkinkah Bro Abduh membuat solat Istiqarah dan mendapat petunjuk dari Allah SWT untuk menulis article ini?? Sebelum gue kena balun/hentam gue nak kata bahawa memang gue bukan ahli PAS atau UMNO or mana2 parti politik dalam Malaysia,.. saya brfahaman trbuka mengenai Pentadbiran Negara, selagi negara aman dan makmur Alhamdulillah. Biar lah masa menentukan,. kalo otak slow cam saya ni pun trlintas munkin bro Abduh buat ni atas sbb2 tertentu,.. mind games le katakan.. dan cara ini saja lah cara untuk ‘kacau daun’ strategy yg di atur oleh puak Erdogan( Bro AnWar) wallahualam.. kalo saudara2/bros nak tau siapa kah kemunkinan nya yg dimaksudkan senang saja,..buat le research skit tengok siapa yg join Pas semasa bro AnWar menghadi problem dlm UMNO dan sesudah dia dipecat.. nama2 golongan professional yg dikaitkan dlm banyak blog sebagai org2 bro AnWar adalah pemimpin2 yg katakan golongan Erdogan disebabkan pembawakan Erdogan brfahaman sekular dan yg memerintah Turki dgn cara ulamak,.(in reality Erdogan has a secret agenda wth NWO, pandai2 le Google info ni) bro AnWar yg dikaitkan dgn CIA & NWO ni macam Erdogan le..heheh..tidak dia lari ke Embassy Turki wat pe,..wakaka.. apa pun kita ni cuma boleh rumus aje sbb kita bkan ada dlm kelumpuk org brkenaan..(IFC dibawa masuk oleh Bro AnWar) Bro Abduh ni yg paling dekat dgn TGNA sbb ikatan pertalian darah yg ada dlm badan nya.. Bro Abduh, I wud have done d same if I were to b in ur position,..if thr is no othr means and blogging is d best way,.. kekadang camna kita cuba untuk tidak membawa masaalah pada Jemaah pun kalo nampak jalan buntu memang kita trpaksa mengambil pendekatan yg tidak popular dan gue tabik lu bro sebab lu pentingkan rakyat yg majoriti nya Islam dlm Malaysia.. Pada yg taksub pada PAS tetapi tidak pada perjuangan asal PARTI PAS celik lah mata dan kaji lah senario sekarang.. Cina dan India dh brsatu untuk apa?? adakah untuk PAS atau untuk bro AnWar yg mengamalkan Islam For All(nama Allah boleh di gunakan dlm Gereja??) tidakkah saudara2 sedar betapa agungnya nama ALLAH itu…!!! berbalik lah kita pada landasan asal di bawah Rumpun Melayu, bersatulah kembali bila musuh dh berada dalam Parti,.. musuh di luar senang kita tangani tapi musuh didalam siapa yg tahu jd camna nak tangani,.. sorii arr kalo trlajak cakap, tapi cuba baca tujuan asal PAS zaman dulu.. di Malaysia ni UMNO yg perlu brkuasa dan Pas sebagai pemimpin tangan UMNO untuk mentadbir negara tercinta ini,.. inilah kelebihan Malaysia,..kalo Pas tak ada UMNO akan lupa diri dan hancur… kalo UMNO tak ada Pas tidak akan sekali2 boleh mentadbir negara atas sbb negara kita negara Muhibbah bebas beragama tetapi berpaksi pada Islam sebagai Ugama rasmi negara, thus d islamic country walaupun tiada praktis hukum hudud.. uish,..heheh…panjang lebar gue merapu nih ekk,..heheh,..bukan apa cuma kalo boleh ikhlas sebagai seorg saudara deislam nak bagi Melayu ni brsatu jangan jadi cam arab asyik nak brgaduh je,.. 😉 so bros selamat brpikiaq la yg marah kat bro Abduh ni,.. biaq la ayahnda dia yg marah kalo dia silap,..tp gue rasa dia betul bros,.. bro AnWar is a Master of Strategies n a Master of Deception,.. masa keluaq penjara dulu dia dah plan baik punya,.. dia dah ada kengkawan dia yg dia letak dalam parti parti lain,.. yg India dlm MIC yg Cina dlm MCA & Gerakan, dlm DAP pun ada dia punya agen dari golongan cina & melayu,.. depa ni masing2 mengharapkan pada bro AnWar intuk brkuasa dan Pas hanya digunakan saja,..celik lah mata wahai bros, Unity Govt. buat masa ini sgt mustahak untuk menjaga kepentingan Melayu juga..wallahualam.. apo nak dikato,..heheh..(“,)
JonHafiz
p.s. minta maap bebanyak le Saudara Abduh dan pembaca ahli Pas kalo ada yg saya cakap ni menyinggung perasaan atau brunsur hasutan, niat di hati ikhlas untuk saudara seislam saya,.. tapi kalo ada yg masih nak marah apa boleh saya buat melainkan serah pada Allah SWT aje,moga Allah Ta’ala apun dosa saya,..heheh,..apo nak dikato,..(,”) err..bro, kalo lu tak nak publish komen gue pun gue paham,..
April 29, 2009 pada 4:20 am
karen
Nik Abduh nak jadi anak bapak ketiga… Selepas Khairy, lepas tu mukhriz.. sekarang Nik Abduh,
Saya Masih sanjuang Ayah kamu sebagai Ulama’.. berhentilah merasakan diri itu pandai, alim dan terhindar dari Dosa, boleh jadi rasa diri sendiri maksum..
apabila saya bersembang dengan kawan kawan malam tadi, ramai yang marah dan rasa terhina, ada yang profesional mula berjinak jinak dengan Pas mereka terasa hati dengan tulisan kamu.. walaupun ucapan mee celup tu ditujukan kepada pembantu yang entah siapa.. yang menjadi bahan dan sindiran seluruh pejuang Parti, lepas ni boleh lah Umno mengambil Qaul yang kukuh berdasarkan sanad Tuan Sheikh Abduh tengtang takrifan Ulama’ Mee Celup.. agaknya TV3, RTM sedang bersiap sedia membuat dokumentari Ulama’ Mee Celup menjelang Mukatamar..
apa kata lepas ni ada orang buat gelaran kepada Ulama’ Ulama sombong ni pulak? apakah Ulama’ lain tidak terasa?
April 29, 2009 pada 5:26 am
Adik
Kebanyakan komen yg negatif menyerang peribadi ustaz abduh…tolong laa pham ape ustaz tulis..saya yg muda ni pon pham ape ustaz tulis..ade orng yg cuba melagakan TGNA dgn TGHH..tu je. dan pengajaran dr ustaz abduh supaya pembantu2 ini insaf di atas perbuatan mereka. bukan susah pn nk pham..des~
April 29, 2009 pada 6:18 am
Basya Abbas
Assalamualaikum…
Hah!!..kantoi.. melalui komen2 ni pon kita dah tau siape yang buat kerja bodoh dlm PAS nie… tu belum yang kat luar PAS lagi.. steady la ust Nik Abduh..
April 29, 2009 pada 11:16 am
kiran
Salam semua..
Komen daripada “karen dan yang sewaktu dengannya” sebenarnya boleh mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin saudara suka sangat makan “mee celup” lalu sendawakan “angin celupAR”.
Cuba hayati masalah yang didedahkan dan cari penyelesaian bukan cari point untuk hentam Ustaz Abduh.
April 29, 2009 pada 8:06 am
ummu nabhan
tahniah di atas tulisan saudara. inilah yang kita mahukan. yang benar tetap terbukti kebenarannya walau mengambil masa yang panjang. kekadang roh gerakan islam seperti hilang dari ahli pas dengan sedikit ujian kuasa dan kemenangan. kekadang apa yang dibuat kurang tak lebih seperti orang yang tak faham islam.
salam perjuangan.
April 29, 2009 pada 8:34 am
Nik Abduh membelasah lagi geng Erdogan dalam PAS kali ke-II !! « Pedang Alif Ba Ta
[…] https://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/ 0 Comments No Comments so far Leave a comment RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment Click here to cancel reply. Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> […]
April 29, 2009 pada 8:41 am
Orang Baru
Salam Ustaz,
Saya difahamkan dalam mesyuarat PAS Pusat telah memutuskan untuk tidak bercakap lagi soal UG. Mengapa ustaz tiba-tiba membangkitkan isu ini dan membelakangkan keputusan mesyuarat?
Saya mengharapkan tulisan kedua ini akan mendedahkan secara jelas nama orang yang melakukan kerja-kerja bodoh tersebut namun itu tidak berlaku. Sebaliknya sekadar tulisan panjang yang menyebarkuaskan lagi fitnah. Mengapa ini terus dibiarkan berlaku?
Nampaknya semua orang PAS sedang sibuk melayan isu yang telah dicetuskan oleh ustaz dan tiada pun yang berminat dengan isu akidah anak-anak yang ibu-bapanya memeluk Islam seperti yang diputuskan oleh kabinet baru-baru ini. Tahniah ustaz.
Jika dahulu apabila timbul isu berkaitan akidah Pemuda akan terus bangkit mengadakan demonstrasi, tapi sekarang semuanya lesu. Hanya Mahfuz yang memberi kenyataan berkaitan isu ini.
Rupa-rupanya ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ lebih penting berbanding isu akidah umat Melayu Islam. Teruslah menulis isu ini ustaz. Biarlah ahli-ahli PAS sibuk berpencak dan bertempur sesama sendiri.
Tahniah sekali lagi.
April 30, 2009 pada 10:59 am
IbnuQalil
Ini bukan Pemuda ke?
http://dppwp.wordpress.com/2009/04/29/kes-agama-anak-himpunan-rakyat-desak-kabinet-tarik-balik-keputusan-diadakan-jumaat-ini/
Jgn serkap jarang jer. Jangan salahkan ustaz Nik Abduh kalau pemuda lesu dsbg. Persoalannya, betulke pemuda lesu? Jgn pulak nta x turun demo tu.
April 29, 2009 pada 8:53 am
niexam
Salam.
Saudara,
Saya blogger mee celup cuma saya nak kata bila saya baca blog saudara itu saya teringat kepada Azazil, bekas penghulu malaikat AKA Iblis Laknaktullah
Dah beratus ribu tahun dia beribadat dengan tekun dan taat bro sehingga tinggi nya darjat dia dari malaikat lain.
Sehingga malaikat lain pun mintak dia doakan kepada Allah supaya mereka tidak disesatkan.
Pada langit lapis pertama , dia dipanggil Aabid bermakna ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah
Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah.
Di langit lapis ke tiga, ia berjuluk Saajid atau ahli sujud,
Di langit ke empat ia dijuluki Khaasyi karena selalu merendah dan takluk kepada Allah,
Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Karena ketaatannya kepada Allah,
Di langit keenam Gelar Mujtahid, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.
Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.
Tapi hari ini…. dimana kedudukan dia saudara?
Cuma satu saja kesalahan dia saudara, dia tak mahu tunduk pada Adam alaihisalam lantaran rasa diri lebih baik.
Sia-sia saja amalan yang beratus ribu tahun hanya sebab fikir ‘aku lebih baik dari Adam’.
‘…Aku lebih baik…’
‘…Aku lebih baik…’
‘…Aku lebih mulia…’
Kalau ayat diatas boleh menyebabkan Azazil yang dipuji di setiap langit kerana ibadah nya yang tekun selama beratus ribu tahun , tapi sekarang ini dilaknat di setiap lapisan langit.
Ambik la pengajaran saudara.
Terima kasih.
NOTA AMARAN: Tazkirah ini datangnya dari blogger mee celup.
April 30, 2009 pada 12:56 am
Amir
Rasanya awak yang kena ambik pengajaran…tak pasai2 nak nasihat orang. Dah tahu mee celup, duk diam lah. Pi tambah ilmu ke biar jadi mee kuning
Mei 2, 2009 pada 11:24 pm
Musykil
amir2,
kesian saya bila melihat komen amir yang lebih ditunjangi emosi berbanding akal.
apa salahnya mee celup menasihatkan orang.
sedangkan nabi pun perlu ditegur, inikan pula seorang muslim biasa yang diberi gelaran ustaz oleh sesetengah pihak.
April 29, 2009 pada 9:12 am
quezzo
Bhai..
Gua setuju ngan pandangan lu. Memang sekarang nie terlalu banyak musuh dalam selimut dalam PAS. Masing-masing nak tunjuk belang diorang sampai ada yang dah jauh dengan Fasal 5 Perlembagaan PAS.
Malah… gua berani cakap bahawa diorang nie…. boleh diklasifikasikan sesat lagi menyesatkan.
salam dari gua…
April 29, 2009 pada 9:29 am
karen
macam mana korang boleh faham dengan komen Ni Abduh ni.. aku tengok dia ni memeningkan orang..
tak habihh habih gunal dalil qaul ayah dan ibu dia.. dialoq yang dipetik entah dari mana, maka dialoq itu yang dijadikan hujjah..
korang pun tak faham faham lagi belit nik Abduh ni..
senang je.. kalau korang nak faham, kalau dari segi ilmu Mantiqnya.. orang yang mengatakan orang selairannya.. maka orang itu berasa alim lebih dari yang lainnya.. bongkak.. dan sombong.. cuma dikaitkkan dengan sirah dan qaul dan perbicaraan peribadi bagi mempertahankan diri..
sekarang keluar dari kepompong keluarga.. bawa arus politik sendiri.. tentukan apa hala tuju Parti yang pada fikirannya elok dan lebih Islam dari orang lain.. jangan menghina jemaah lain.. jangan jadikan keluarga sebagai dinding kamu.. tonkjolkan diri ditengah rakyat dengan idea dan fikrah sendiri.. jangan dok menyorok kat pulau Melaka.. mengatakan orang ni tak betui.. kalau yee pun ada orang tak setuju muqabalah.. Dosa Besar ke sampai sesatkan orang? selagi abduh menggunakan keluarga sebagai benteng samalah Umno menggunakan Sultan bagi mempertahan kan diri.. kalau dok rasa hujjah orang seperti habuk diawangan.. sekarang keluar ditengah masyarakat atas kekuatan fikrah sendiri.. bina empayar dan gerakan sendiri.. jangan dok menyesatkan orang..
saya ingat Nik Abduh ni elok dok KL ke..Ipoh ke.. baru dia kenal erti bermasyarakat.. kalau dok kat situ dok rasa alim.. orang ni cium tangan ..orang sanjung sana sini.. takde sapa berani tegor.. macam ketua ajaran sesatlah..macamm je.. bila dok kat Pekan dok kat kota metropolitan baru rasa betapa rendahnya taraf kita hatta dengan bangsa Cina yang membentuk identiti bangsanya, yang menyumbang kepada pergerakan dan pertubuhannya… disitu dia boleh tengok wajah Islam, wajah Umno sebenar dan wajah masyarakat..
April 30, 2009 pada 12:57 am
Amir
Karen ni orang upahan mee celup ke? Rajin menjawab hehehehe
Duk diam aje lah. Tak payah nak jadi hero. Takut duit tak masuk?
April 30, 2009 pada 8:41 am
iam.khufu
Kalau rasa tak tahu lebih baik diam
April 29, 2009 pada 9:58 am
ParpuKari
ASSALAMUALAIKUM TUAN,
SAYA SUDAH BERKALI NYATAKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA, BAHAWA TERDAPAT GOLONGAN YANG INGIN MEMECAH-BELAHKAN PARTI PAS DARI DALAM, ALHAMDULILLAH KERANA TUAN TELAH MENYEDARINYA!
TAHUKAH TUAN, BILA SAJA SAYA MEMBACA LUAHAN HATI TUAN, IANYA TERUS MENUSUK KE KE DALAM JIWA SAYA, MASYA’ALLAH, MASIH ADA LAGI YANG MENYAYANGI DAN INGIN MEMPERJUANGKAN GOLONGAN ULAMAK DALAM PAS!
SAYA ADALAAH SEORANG BLOGGER YANG PRO BN TUAN, SAYA BANYAK UTARAKAN ISU-ISU PANAS SELALU, CARA PENYAMPAIAN SAYA TIDAK SEHEBAT TUAN, TAPI MESEJ SAYA JELAS, SAYA TAK SUKAKAN GOLONGAN MUDA DALAM PAS YANG TERPENGARUH DENGAN SEORANG PEMBOHONG DAN PEMFITNAH TERBESAR DALAM DUNIA!
SELAMATKANLAH PAS WAHAI TUAN YANG SAYA HORMATI, ANTA KENA SELAMATKAN DARI DAJJAL YANG INGIN MEMUSNAHKAN PAS! DAN DAJJAL BERMATA BIRU INI AMATLAH MERBAHAYA!
SEHINGGA JUMPA LAGI!
PARPUKARI
Mei 3, 2009 pada 12:33 am
Cumit Tg Batu
“SAYA ADALAAH SEORANG BLOGGER YANG PRO BN TUAN, SAYA BANYAK UTARAKAN ISU-ISU PANAS SELALU, CARA PENYAMPAIAN SAYA TIDAK SEHEBAT TUAN, …. kerana saya suka maki dan carut orang.”
Daey! Parpukari beghat mu ni. Jika sekadar syak wasangka saja tak payah la bagi cap ‘SEORANG PEMBOHONG DAN PEMFITNAH TERBESAR DALAM DUNIA! dan ‘dajjal’ pada sesama manusia. Apa buktinya dakwaan-dakwaan berat yang mu bawa tu.
April 29, 2009 pada 10:00 am
sebal
salam n selamat pagi semua, gue ingat niat utz NA baik and tak baik sebab..sekarang masa muktamar pemilihan parti..jadi utk popular kenalah citer sdg makan d dapur..makan mee celop kot masa tuu..
Tapi oklah juga tu…ni semua pelajaran utk NA yang baru berpolitik…
sebab lani kecoh satu malaya and UMNO pun guna ujah dia utk entam pas semua…kan setelah kalah d BG…and BS…UMNO +BN tak ada issue…
JADI NA bagi issuelah serangan 1 peluru utk 3 musuh..erdogan, pembantu, promote dirilah tu…tak apa NA…ni semua jadi makan utk NA…supaya..bertambah matang dlm berpolitik…lepas ni suruh geng utz benaran ajelah pimpin PAS, org fofessonal jadi tempal poster aje and tukang sapu jalan ajelah…ini pemdapat analah…utk timbalan eloklah bagi kan orang lain..utz nasa ni pada ana..orang yang bekerja and senang d arah bekerja and tak sesuai utk mimpin…. sebab dia pun muda lagi belum lama berpolitik dah d angkat ke tempat no 2… ni silap pimpinan pAS and ahli pas juga…and ana dlm hal ni salah kan UTZ Haron din sebab dia yang tak mau tanding dulu…dia aku ingat sesuai duduk jadi no 2 d majlis syura aje..so, sapa org dua pilihan ana….1. Utz Azizan, 2. Husam, 3. Mat Sabu, 4. mustafa ali…5. Hasan Ali 6. Utz Halim abd Rahman.
semua ni pelajaran utk anak mmuda pas supaya lebih matang dlm politik..sebab 3 ke 10 tahun dari sekarang lapis tua tu dah habis dah…
saran ana..TGNA perlulah letak jawatan…berehat and bagi org muda pulak.. kesian dia …maassalamah
April 29, 2009 pada 10:14 am
awanbiru
Nik Abduh …kami nak jawapan jelas tidak bermain dengan ayat-ayat penglipurlara. siapa yang anda tuduh kerana ramai terasa dengan ayat biadap anda . atau kalau anda tersalah tangan mohon maaf secara terbuka atau keaiban anda akan terbuka disini. itu sahaja.
April 30, 2009 pada 12:58 am
Amir
Kalau tahu kenapa? Nak pukul pembantu tu ke? Atau just nak lepas emosi?
April 30, 2009 pada 4:33 pm
amar
Aku tengok si amir ni yg lebih2 depend. Amir ni jadi pencacai gamaknya. Pandangan dia ngan ustaz jer yg betul bila org bagi pandangan dia kutuk2 cam dia ni bagus sangat
April 29, 2009 pada 10:22 am
Mohd.Rizal
Assalam wbt.
Tahniah diucapkan atas tindakan ustaz memberanikan diri mencelah aliran politik PAS dan menjentik serta me’manas’kan ‘virus2’ yg semakin menular di dalam PAS. Keserabutan dan kekalutan PAS gara2 ‘anasir2 ini’ sebenarnya sudah dirasai sejak PR ke-11 lagi manakala PR ke-12 semakin menampakkan belangnya.
Tindakan ustaz bertepatan dengan masa dan keadaan. Diketika pemilihan kepimpinan PAS sudah kian menjelma dan dalam suasana ‘konflik pendapat’ 2 pemimpin ulung parti disemarakkan dan diadu-dombakan. Sebagai seorang rakyat yang melihat dan mengikuti perkembangan politik negara, tercetus juga untuk saya menyatakan pendapat saya kepada perjuangan PAS melalui laman blog saya iaitu http://www.citramind.blogspot.com. Ini hanya pendapat peribadi saya……
Kepada ‘anasir2’ yg telah ditegur oleh ustaz itu dipohonkan agar insaflah dan bertaubatlah agar dosa2 anda tidak akan membawa kemusnahan dan kebinasaan kepada Islam dan umatnya gara-gara ter’fitnah’nya PAS oleh tindakan kalian semua.
Wassalam.
April 29, 2009 pada 10:40 am
editor
Untuk pengetahuan Nik Abduh, Karen dan lain-lain, Umno sudah guna apa yang Nik Abduh dok tulis, Bagus,bagus, bagus
Dulu Ulamak PAS kata Ulamak Umno Ulamak dalam semak, dan diikuti oleh penyokong pas pula kata ulamak umno ulamak pitis.
Sekarang pula Nik Abduh kata ulama ‘mi celup’ ada dalam Pas. Sedih betul dengan tuduhan Nik Abduh. Harap Allah ampunlah.
UMNO setuju wujud ulama ‘mi celup’ dalam Pas (Sinar Harian Selangor/KL)
SHAH ALAM – Pemimpin UMNO negeri bersetuju wujudnya golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas sehingga berlakunya perubahan dalam perjuangan asal parti itu yang dulunya diterajui golongan ulama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus (gambar) berkata, jumlah golongan ulama yang semakin berkurangan dalam parti tersebut menjadi faktor mengapa parti itu kini tersasar dari perjuangan Islam.
“Saya setuju terdapat golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas kerana dahulu memang Pas berlandaskan kepimpinan ulama namun sekarang golongan berkenaan makin berkurangan dan menjadikannya jauh tersasar daripada perjuangan Islam yang dibawa.
“Golongan berkenaan lebih mementingkan kuasa dan bukanya agama, saya tidak hairan jika Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian kerana ia telah lama berlaku dalam kepimpinan Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz terdapat golongan ulama ‘mi celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan.
Abdul Shukur berkata, kenyataan Nik Abduh itu merupakan satu pengajaran kepada Pas kerana ditempelak oleh ahli parti sendiri yang mendedahkan kepincangan dalam parti.
Katanya, pemimpin Pas kini juga dilihat gemar mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ bagi mendapat sokongan dan populariti dalam kala-ngan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
“Kebelakangan ini Pas dilihat mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ dengan mengizinkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan bagi mendapatkan sokongan.
“Contohnya seperti berlaku di Bukit Gantang di mana mereka menganggap orang bukan Islam yang membaca ayat al-Quran dengan tidak betul sebutannya sebagai perkara yang baik untuk menarik golongan ini memeluk Islam sedangkan itu bukanlah caranya,” katanya.
Menurutnya, pemimpin Pas kini juga pandai mengaburi mata masyarakat melalui cara mereka berpakaian dan perwatakan ulama yang dibawa.
Katanya, golongan berkenaan juga gemar menunjuk-nunjuk kepada masyarakat bahawa mereka merupakan pemimpin Islam sedangkan sikap dan percakapan mereka jauh lebih kasar berbanding pemimpin UMNO.
“Orang Islam jangan tertipu dengan cara pakaian mereka yang berjubah dan berserban putih, hanya menghafal satu dua ayat al-Quran dalam ceramah yang diadakan sudah dianggap sebagai ulama.
“Kita tidak berpakaian sebegitu dan tidak menunjuk-nunjuk dengan mengadakan sembahyang hajat di padang mahupun stadium sedangkan terdapat masjid yang besar mampu memuatkan beribu-ribu orang, tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka lebih Islam,” katanya.
April 30, 2009 pada 11:02 am
Kawe n Demo
Saudara cuba cari satu masjid kat malaysia nie boleh menempatkan satu stadium penuh umat islam untuk bersembahyang hajat… kita boleh baca n pikir apa akhbar tulis… Selepas baca kita pikir la…
Saya rasa saudara x pernah hadir sembahyang hajat yang PAS anjurkan… Kalau stadium bukat jalil pun belum tentu dapat menampung…..
Kalau ada masjid yang boleh menampung saya rasa TGNA pun tau yg mana lagi baik…
April 29, 2009 pada 10:46 am
hantunikabduh
Anak bapak@anakmak ,anakbapak pandai berhujah cara yang disuruh nabi dan malaikat . patik nak tanya cara macamana nabi suruh cari rezki
dan cara bagaimana nabi suruh kita muamalah dengan keluarga masyarakat dan hubungan adik beradik . jawab dua soklan ni dulu ye..jangan berbelit2 belit patik kenal benar dengan keluarga adik beradik anakbapak dan macam-macam lah.
bila bapak tanya kawasan mana anak bapak nak tanding..wahhhh patik rasa macam ada yang tak kena.
balak ditebang sana sini ,burung-burung semua pakat lari , lori-lori berlari-lari , broker balak senang hati.
April 29, 2009 pada 5:24 pm
jutaones
hantu nikabduh dah mai..jom kita baca ayat kursi
April 30, 2009 pada 4:54 pm
sokongabduh
kenapa hang dok maghah sangat kat nik abduh tu, mesti hang ni yang dikatakan ulama’ mee celup atau pembantu tok guru, keh3.
April 29, 2009 pada 11:09 am
perisik
zainulfaqar tolong faham. ustaz nik abduh tidak dedahkan lebih baik. dia bg umum supaya orang berkenaan bertaubat. kalau sebut nama ia mengaibkan dan menyebabkan buruk nama mereka. tak leh pikir ke?
April 30, 2009 pada 2:43 pm
Zainulfaqar
Cadangan saya beliau laporkan dalam Unit Hizbah dan biar unit itu siasat penama itu secara telus, tertutup dan bebas.
Dalam islam, apabila seseorang menuduh, wajib baginya membawa bukti atau saksi.
Satu lagi, saya juga tidak suka seorang pemimpin masa depan PAS mengingguh hal2 ini di sini, tp guna lah cara yang lebih beradab – iaitu dibicarakan secara tertutup kerana baik yang menuduh dan yang dituduh masih belum dibuktikan bersalah.
Buka Qawa’id fiqqiyyah: al-Aslu fi bara’ati az-zimmah.
Dalam jatuhan hukuman, patut Hizbah PAS buat hukuman terbuka yg munasabah supaya pelaku dan kita semua boleh ambil pengajaran.
Sdr. perisik pun perlu fikir, bukan ikut pemikiran sahaja, tp ikut neraca Islam. Sekadar perkongsian.
ZAINULFAQAR HJ. YAACOB
April 29, 2009 pada 11:18 am
Anti Fraksi
Saya membaca artikel terbaru Nik Abduh bertajuk “kerja-kerja bodoh dalam PAS (2)”. Dan saya mendapati lagi sekali Nik Abduh tidak memberitahu semua kita siapa yang beliau maksudkan sebagai penghasut kepada ayahandanya.
Adakah ini tindakan liar Nik Abduh yang membuat tuduhan tidak berasas untuk kepentingan politik pribadi beliau? Ataupun ianya hanyalah satu “political theatrics” (sandiwara politik) dengan tujuan menghalang beberapa pihak tertentu dari menjawat jawatan yang tinggi dalam PAS?
Saya tak faham perangai Nik Abduh. Orang lain kalau bapa mereka jahat pun, mereka tak dedah kelemahan bapa mereka. Nik Abduh dengan terang dan jelas mengatakan ayahandanya seperti orang dunggu mudah diperkotak-katikan oleh sekumpulan kecil penasihat-penasihat ayahandanya.
Sudahlah Nik Abduh ni baru setahun jagung dalam politik, dan dia seperti hendak mengajar ayahandanya bagaimana hendak berpolitik. Sedangkan ayahandanya ini jagoaan dalam politik.
Di dalam menulis balasan kepada artikel2 Nik Abduh ini, saya telah membuat satu penemuan berkaitan dengan ayahanda Nik Abduh. Saya dengan yakin dan percaya bahawa TOk Guru Nik Aziz adalah seorang pemimpin Islam dari rantau Melayu yang menghampiri taraf Saidini Umar Abdul Aziz. Saya mcm tak percaya bila saya menulis ini tapi saya keras berpegang dengan konklusi saya ini.
Sepatutnya Nik Abduh kena menadah kitab dengan ayahandanya dalam ilmu politik. Apa dia ingat dia kenal UMNO mcm ayahandanya kenal?
Jauh panggang dari api. Malahan ayahandanya lebih tahu kesan negatif di sebalik idea Kerajaan Perpaduan ini kepada PAS dan Islam di Malaysia.
Saya sendiri telah menggunakan pengetahuan saya dalam ekonomi dan mendapati tidak ada rationalnya cadangan ini sekiranya ianya bertujuan untuk menghalang kemelesetan ekonomi.
Hanya PAS yang mencadangkan idea ini sedangkan pakar2 ekonomi seluruh Malaysia tidak pun pernah menyatakan cadangan ini.
Jadi, cadangan ini tidak ada asas rational dan tidak hairanlah ianya ditolak oleh AJK PAS Pusat.
Berhentilah mengarut wahai Nik Abduh. Lebih baik awak pergi mengaji ilmu politik dari ayahanda awak tu. Ramai orang kat luar ni menjadikan idea politik ayahanda awak sebagai “reference”.
Berhentilah…
April 30, 2009 pada 6:50 pm
abu abdillah
pelik yer..orang yang kata dirinya tak faham apa tindakan nik abduh ni..tapi masih lagi nak komen..kan lebih baik jumpa nik abduh tanya pastu bar ubagi komen..kalau tak faham kan lebih baik tanya..
April 29, 2009 pada 11:24 am
perisik
ADA DUA kebaikan tulisan ini.
1. Sblm ustaz tulis, saya sudah meramal hal sedemikian.krn sy tdk boleh terima, knp begitu marah sekali TGNA pd TGHH.keduanya kmrhnnya disebabkan TGHH nak gabungkan Pas dgn Umno.apa yg saya fhm,bukan kerajaan cmpuran untuk gabungkan Pas dgn Umno. Unity Goment berbeza. tp knp TGNA kata nak gabung dgn Umno.tentu ada tgn2 ghaib yg khabarkan maksud yg salah. itu sy sudah baca.bkn nk pnjgkn. ttpi hmpir setiap hari menangis mengenangkan knp TGNA serang TGHH.padahal boleh telifon shj TGHH minta pnjlsn. jadi sedari awal sy merasakan mesti adayg tidak kena. krn ahli di bawah sygkn dua2 tok guru. jd bila ustaz tulis, ia merungkaikan masalah ini. bkn tujuan utama ustz nk dedahkan siapakah tangan2 kotor tersebut?tetapi tujuan besarnya nak dedahkan bhw tdk ada perbalahan, perpecahan diantara dua Tok Guru. ini mesej paling besar yg perlu difahami zainul faqar.
2. ada komen yg mengatakan ustaz punya istilah mee celup telah mengecilkan hati gol profesional yg berjinak dengan Pas. seolah2 ustaz nik hanya menganggap ulama shj yg pjuangkan Pas. sy trcari2 di mana ustaz nik menghina profesional. dia katakan mee celup kepada orang yang tidak faqeh, tidak mendalam ilmu agamanya tetapi bertindak seperti dia seorang ulama. mengaku mereka juga ulama. ni yg di sebut.
keduanya saya juga seorang profesional. kawan2 saya ramai juga profesional, ada doktor, lawyer, jurnalis, profesor dan jurutera. mereka juga ahli pas. sesetengahnya pemimpin pas prgkt negeri dan kawasan. saya dan mereka tidak pula terasa kecil hati dengan tulisan ustaz nik abduh. padahal kami juga profesional. jadi mungkin yg terasa ini kerana mereka memakan cili. mereka terasa pedas.
apapun saya doakan ustaz nik abduh diberi kekuatan utuk terus cari reda Allah. Jika seluruh penjengok blog ini beri komentar negatif sekali pun, ustaz perlu teruskan tulis selagi ada hujah. jika seluruh ahli Pas marahkan ustaz pun, ustaz perlu terus menulis kerana yang dicari ialah reda Allah.
Biar kita ditolak rakyat, ditolak ahli2 dan kawan2 tetapi Allah terima kita. jangan kita diterima rakyat, diterima ahli2 tetapi ditolak Allah. ini mendukacitakan…
April 30, 2009 pada 2:55 pm
Zainulfaqar
Salam ukhwah Perisik…
Klu kawan2 Sdr. tidak berkecil hati, cukuplah kita mengucapkan Alhamdulillah.
Saya berbincang tentang mereka yang kecil hati dengan kenyataan pemimpin tersebut. Takkanlah kita nak ucap juga Alhamdulillah atau buat tak tahu je sedangkan kita diikat dalam ikatan akidah dan ukhwah.
Sepatutnya perlu muhasabah sebab PAS ini parti dakwah yang boleh berkongsi perasaan dan emosi. ‘Ala kulli hal, apa pun orang yang terasa ditohmah oleh pihak terbabit langsung tidak berkecil hati sebab mereka berada dalam PAS kerana wala’ kepada Allah-Rasulullah serta itba’ pemimpin yang jujur membawa harakah Islam PAS sehingga tahapan ini.
Syukur PAS ada TGHH dan TGNA yang senantiasa mendekar pandangan ahli2 marhaen PAS. Mabruk…
Bagi saya, selagi tidak ke medan hizbah secara tertutup, bebas dan objektif, selagi itu kaum pembaca perlu skeptik dengan telahan2 di atas.
Saya yakin, Unit Hizbah PAS tidak daif dalam mencari kebenaran antara Nik Abduh dan individu-individu yang diperkatakannya. InsyaAllah.
Bawalah ke pintu Hizbah, di sana kita akan temui kebenaran dan kejujuran pihak yang mahu melihat PAS itu diletakkan di tempat selayaknya di Malaysia. Sekadar pandangan.
ZAINULFAQAR HJ. YAACOB
April 29, 2009 pada 11:25 am
ParpuKari
APASAL KORANG HENTAM SAUDARA NIK ABDUH NI?
SEPATUTNYA APABILA DI TEGUR, KITA KENA MUHASABAH DIRI KITA, YANG MENEGUR KAMU SEMUA BUKAN ORANG LAIN PUN, DIANYA ADALAH ANAK KEPADA TUAN GURU KAMU SENDIRI!
KENAPA KAMU SEMUA JADI MACAM NI YA? INI LAH WABAK SI PELIWAT YANG SEDANG MENULAR DALAM PAS, BANGUNLAH WAHAI SAUDARAKU, AKU MEMARAHI KAMU SEMUA SELAMA INI BUKAN KERANA AKU MEMBENCI!
AKU NAK KAMU SEMUA SEDARLAH DIRI, JANGANLAH DI TIPU OLEH SI DAJJAL BERNAMA ANWAR! KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN, SELAMA INI AKU PUN KUAT MENGUTUK TUAN GURU, KERANA AKU TAK FAHAM SITUASI YANG SEBENAR TETAPI SELEPAS AKU MEMBACA PENJELASAN DARI SUDARA NIK ABDUH NI, BARULAH KU FAHAMI KESELURUHAN CERITA INI!
SAUDARAKU NIK ABDUH, INGIN KU POHON MAAF KEPADA TUAN GURU KERANA SAYA TELAH MENGATAKAN DIA TAK BETUL, BARU KU FAHAMI INI ADALAH PERMAINAN ANWAR DAN PEYOKONG TEGARNYA DARI GROUP ERDOGAN DALAM PAS!
MAAFKAN SAYA TUAN! SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA, SAYA AKAN TERUSKAN PERJUANGAN SAYA!
April 30, 2009 pada 5:13 pm
laniaz
anta ni sheikh, awat dok kata orang peliwat ni? hang tengok ka dia buat menda alah tu? x yah gaduh2 kita tengok muktamar nanti, kalau semua setuju nak tahaluf, kita ikut la. kalau semua tak setuju sebab risiko, kita ikut jugak la. apa nak gaduh? Dua-dua pandangan ada hujah. kita tengok la yang mana dipersetujui. pas kan demokrasi.
April 29, 2009 pada 12:15 pm
Asr
Tahniah Saudara, anda telah memulakan satu wabak yang mungkin tidak dapat diubati…dengan mempergunakan ayahanda TGNA sebagi platform penghantaran permahaman (kontek) saudara, pemecahan didalam gerakan Islam ini mungkin telah bermula. SYABAS SAUDARA!!!.
April 29, 2009 pada 12:25 pm
pokwi cabe 4
salam kemuncup..
tahniah kpd saudara nik Abduh kerana “kebenarannya” tulisannya.. saudara hanyalah tumpang bayang dalam PAS..mengapa tidak mendedahkan bahwa pembantu2 ayanda TGNA? bukan rahsai besar kalau saudara dedahkan bahawa DATO HJ HUSAM antara yg dimaksudkan…semua org tahu sekian lama saudara mendendami DATO HJ HUSAM…Ketika hayat TGNA masih ada saudara bebaslah utk bercakap…sebaliknya kemudian hari jgn harap nak menang untuk kerusi ketua PAS cwgan..meminjam kata2 gemulah Ayahanda Hj Saufi ‘bayang tak kekal lama’…renung2kan..selamat beramal
April 29, 2009 pada 12:53 pm
achok sabah
kpd penyokong2 nik abduh..jawab je la soalan yg ditimbulkan disini,bukanya nak memuji sesuka hati..
persoalan 1.
siapa pembantu2 sesat itu????
sudahkah nik abduh berjumpa dengan mereka untuk menasihati mereka????
sudah kah nik abduh melaporkan kepada pimpinan???
sudah kah nik abduh membawanya ke mesyuarat pas pemuda,kawasan,negeri???
kenapa perlu di selongkar di blog2 seperti ini????tidak kah ni abduh fikir ini seperti membuka aib jemaah kepada media BN UMNO????
kalaupun nik abduh nak menegur seseorang, begini kah cara menegur ahli jemaah yg dipelajari nik abduh di pondok2 sehingga mendapat gelaran ulama tulen bukan ulama mee celup???
April 29, 2009 pada 1:09 pm
soklan
senang sj kalau nk tahu siapa yg buat kerja bodoh tu, tgk komen2 yg diberi antaranya:
1. komen yg menghina tanpa adap (sbb terasa pedas)
2. komen yg menuduh ust fraksi umno (konar baring)
3. komen yg suruh ust dedahkan siapa (takut kot dia yg dimaksudkan)
4. komen yg serang peribadi (konar baring atau akibat ppsmi, xpaham bm)
April 29, 2009 pada 1:26 pm
TokJanggutTok
Sesiapa pun berhak untuk mengeluarkan pendapat pribadinya, namun pendapat dikeluarkan boleh diterima atau ditolak.
Sebagai manusia yang bebas, Nik Abduh berhak untuk mengeluarkan pendapat beliau mengenai parti PAS. Namun pendapat yang dikeluarkan beliau menjadi perhatian ramai, ini disebabkan hubungan nasab beliau dengan bapanya, Tuan Guru Nik Ab. Aziz (TGNA) yg mana secara kebetulan merupakan mursyid am Pas. Kenyataan yang Nik Abduh keluarkan sepatutnya tidak diperdebatkan atas dasar hubungan nasab beliau dgn TGNA. Sebaliknya perdebatan mestilah berkisar atas asas kepentingan jemaah dan masa depan Parti Islam SeMalaysia. Dalam parti, Nik Abduh hanya merupakan seorang naib ketua pemuda Pas Kelantan.
Nik Abduh mendakwa bahawa terdapat diantara pembantu-pembantu TGNA yang memberi nasihat yang tidak betul dan mempunyai niat untuk melaga-lagakan TGNA dengan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH). Namun tuduhan ini berkemungkinan benar dan berkemungkinan adalah tuduhan palsu.
Kalau tuduhan yg dibuat adalah benar, maka Nik Abduh mestilah bertindak bijak dan bertanggungjawab dgn menggunakan jawatan dalam parti yang diamanahkan kepada beliau. Kalau tuduhan beliau adalah palsu, maka ada sesuatu yang perlu beliau perbaiki, kerana beliau bukan tergolong sebagai penulis blog yang tak bertanggungjawab.
Pada pendapat saya,
1- Tuduhan yang dibuat berkemungkinan adalah benar, kerana TGNA memerlukan penasihat untuk menasihati dan membantu beliau dalam urusan parti dan pentadbiran. Keadaan ini merupakan fitrah kepada mana-mana pemimpin kerana mustahil seorang pemimpin boleh menguruskan semuanya seorang diri. Penasihat yang dilantik beliau mestilah seorang yg rapat dan dipercayai beliau. Namun tidak semua yang rapat dengan TGNA merupakan mereka yg ikhlas dan jujur, bahkan ada yg berkepentingan dan bersedia untuk mengambil kesempatan.
Sebenarnya kebanyakan dari kepimpinan parti dan kerajaan Pas Kelantan kini terdiri daripada jenerasi selepas 90 (tahun pas menawan kelantan 1990). Jenerasi yg tidak pernah merasai pahit maun perjuangan Islam dan perit pedihnya menjadi seorang pejuang PAS. Mereka bermula dengan lagak ahli politik dan budaya politik keUMNOan. Hilang fokus kepada perjuangan PAS utk menegak dan mendaulatkan agama. Setelah Pas berkali-kali menang diKelantan, semakin jauh mereka dari falasafah dan matlamat perjuangan PAS, dalam masa yang sama mereka semakin hari semakin dekat dengan pejuangan UMNO dan falasafah kebendaan.
Semua ini bukan suatu dakwaan dan tuduhan yg liar. Bagi sesiapa yang menghampiri politik Pas Kelantan mereka akan terkedu dan tunduk malu dgn kelompok ini. Masjid dan surau tidak lagi menjadi asas penting dan tempat bernaung kepada parti Pas. Segala gerak kerja dan tugas memakmurkan masjid tidak lagi menjadi tanggungjawab parti, bahkan menjadi hak peribadi. Bila tiba pilhanraya, perebutan untuk menjadi wakil Rakyat menjadi perkara biasa, lobi-melobi, jatuh menjatuh, pulau memulau berlaku secara terang-terangan. Tender dan kemewahan orang atasan parti adalah sesuatu yang agak terang dan jelas.
Jika golongan ini bertanggungjawab dan diberi peluang untuk menjadi penasihat, maka nasihat yang diterima tidak mustahil boleh menjuruskan parti kepada kehancuran.
2- Tuduhan yang dibuat kemungkinan adalah tidak benar. Jika telahan ini betul, timbul persoalan “Kanapa Nik Abduh mengaipkan Mursyid Am dan apa motifnya?”
Kalau diperhatikan kepada pendapat-pendapat beliau sebelum ini, kita akan dapati beliau merupakan seorang yang mempunyai kecederungan utk menyokong kelompok ulamak dalam PAS. Sesuatu yang hebat dan teramat kurang dalam kepimpinan semasa Pas Kelantan. Kenyataan ini adalah suatu tidak balas dan mempertahankan diri daripada kelompok yang dirasakan cuba meminggirkan politik ulamak yang menjadi tunjang dalam Pas. Suara yang keluar daripada beliau adalah suara dewan ulamak yang kebanyakannya berpaksi diTerengganu. Tambahan pula terdapat golongan tertentu yang cuba menggugat peranan ulamak dalam Pas dgn mencalunkan individu tertentu untuk jawatan tertinggi dalam PAS. Perasaan takut Nik Abduh terhadap kenyataan TGNA yg sering dilihat menyokong golongan ini telah melahirkan syak bahawa TGNA telah termakan nasihat kelompok ini. Kerana pada pekiraan beliau ayahandanya mustahil begitu berani menentang cadangan Presiden parti yang disokong dewan ulamak.
Selain daripada itu, Nik Abduh juga seperti insan biasa yang memerlukan perhatian daripada orang ramai sebagai salah anak kepada Mursyid Am Pas. Kenyataan ini sedikit sebanyak akan membuka mata pihak tertentu dalam PAS Kelantan supaya memberi perhatian kepada beliau. Begitu juga selama ini beliau telah gagal untuk menarik pembaca utk mengunjungi blognya, sebaliknya selepas kenyataan beliau keadaan telah berubah.
April 29, 2009 pada 1:26 pm
Md
Dahla tu, harapnye komen2 balas para penulis tulislah dengan berakhlak dan beradab…sokong kepimpinan ulama…
…dunia dah nak qiamat ?
lawati : http://www.deeninfo.blogspot.com
April 29, 2009 pada 1:32 pm
Md
Lupa pula sokong kepimpinan ulama dan profesional…
April 29, 2009 pada 1:54 pm
ummuhanah
bro brotherhood….
saya faham apa yang cuba anda sampaikan kerana saya dah lama turut merasakan…
orang pas, orang mengaku pas dan orang yang kata sayang kat pas tapi emosi menghentam tulisan ustaz nik cuma ada satu wajah….. wajah bertopeng pas…
selama saya kenal profesional pas yang pure ….mereka tinggi adab dan akhlak dalam berselisih pendapat…..tidak sama sekali berbahasa sampah.
unity govermnt hanya ‘menggagalkan hasrat’ mengangkat Anwar sebagai PM dgn menggunakan pas….tu yang sakan sangat depa bantah….
April 29, 2009 pada 2:23 pm
manggoie
aslk.slmt petang.cukupla hentam ust nik abduh. Kalau kita hentam dia pun, samala kita hentam TGNA.ingat tak hadis nabi.”Fatimah adalah belahan jiwaku, barangsiapa yang menyayangainya sesungguhnya dia telah menyayangi ku, barangsiapa yang membencinya, sesungguhnya dia telah membenci ku” rujuk buku teks pendidikan Islam sekolah menengah.tajuk saidatina Fatimah..sudahlaa,cukuplaaa.jangan ‘terasa’ sangat apae yang diutarakan ustaz nik abduh..ingat la pepatah melayu,sapa makam cili dia yang rasa pedasnya..saya mohon, bagi la pandangan yang berbentuk ilmiah sikit.jangan emosi sangat.bahaya Bang oi.malu kat anak-anak kita.
April 29, 2009 pada 2:34 pm
mohd asri hj abdul ghaffar
salam. bagi ana pok nik pun janganlah selalu cepat melatah. kita ahli pas yang marhain ni pun boleh berfikir takkan tok guru tak boleh. apa yang payah sangat nak talifon TGHH atau siapa2 juga yang berkaitan untuk minta penjelasan sesuatu isu itu. mengapa mengguna kan saluran media untuk berbuat demikian.ana harap tok guru boleh membaiki kelemahan ini. takbir!
April 29, 2009 pada 2:41 pm
FAR EAST
Assalamualaikum.
Salam ukhwah fillah. saya sangat setuju dengan pandangan Ustaz Nik. Ulama’ perlu dipertahan dan diperkukuhkan untuk terus memimpin PAS.
Namun begitu, ada satu persoalan yang bermain dibenak fikiran saya. iaitu kenapa ulama’ pas kurang menonjol, di mana, penonjolan dikuasai oleh golongan yang selain dari itu.
Kita selalu sebut mengenai sayangnya kita kepada ulama’. Kepimpinan ulama’ memberikan keberkatan kepada jemaah. Hari ini, ulama’ dikuasai bukan ulama’ menguasai. kenapa berlaku demikian? saya sayangkan ulama’. Banyak perkara perlu kita muhasabahkan.
April 29, 2009 pada 3:00 pm
mustakim
masalohnya bakpo TGHH kluar statement lagu tu. statement x habih! x ado penerangan detail!!! usahkan TGNA, nih pejuang2 pas, pekerja2 bawahan pas yang 24 kluar peluh nak menangkan Islam pun keliru!!! tertanya-tanya!!! apa yang TGHH nak sebenarnya. dalam muktamar lain diputuskan. di luar lain pulok. TGHH buleh keluar idea lagu tu tapi bagi la penerangan pada kami2 hok di bowoh patak kuali nih. jangan buak lagu nih. apa kami nih xdok nilai ko disisi pemimpin pas! time kerja kerah kudrat kami. time mcm kluar isu macam ni x pikir kan kami ko??? bukan senang nak bina pas sampai jadik macam lo ni. sudah selaut air mata dititis, sudah selaut keringat diperah.. pas dibangunkan dengan titisan darah, air mata, keringat. kami x nak pemimpin2 yang kami sayang kluarkan statement tanpa butiran yang jelas!!! BERIKAN PENERANGAN!!!. walau tinggi ilmu di dada, walau bergunung kitab di baca, walau selaut tinta di titip… jangan biar angkuh bersarang dalam diri. azab dariNya entah bila kan tiba.
ustaz kini menembak tapi sasaranya?
entahlah…
mungkin inilah nasib pendokong pas bawah-bawahan.
kami tetap setia ustaz!!!
April 29, 2009 pada 3:01 pm
madkri
Tahniah Ustaz memang apa yang dikatakan berlaku dalam PAS sekarang.
Kepada komen2 yang pro ustaz tu mereka memahami dan kepada komen2 yang kontra itu sengaja tidak mahu memahami kerana menurutkan hati mereka.(Hanya Allah yang mampu mengubah hati manusia).
Dalam hal ini usah ustaz berkecil hati kerana Islam itu sendiripun telah berpecah kepada mazhab2 semuanya kerana mengikut pandangan atau ulasan masing2.
Jadi pandangan saya kepada penyokong2 PAS janganlah kita dilalaikan dengan isu2 yang remeh temeh seperti pandangan komen2 diatas untuk menyeru kepada ustaz mendedahkan siapa golongan “mee celup” tersebut.Kepada golongan sasaran tersebut harap dapat berubah jika merasakan diri anda yang melakukan kesilapan.
Teruskan perjuangan ustaz.
April 29, 2009 pada 3:14 pm
hazrazmi
trima kasih kpd akhbar harian msia krn mempromote blog ini…sblum nya sya x bgitu ambil ksah.tp stlah di war2 kan…mgkin rmai yg akn ambil kisah…mmg btul ustaz..skrg ni ada pemimpin yg majhul atau masyhur yg mjadi tgn2 hitam d sbalik perjuangan pas ini…bgitu jgak dgn pemimpin yg berkempentingan dunia..sampai terlupa amanah haqiqi mreka…semoga dgn tguran umum ustaz ini mberi ksedaran pd yg trasa pedas dgn cili yg ustaz sajikan…kita amat brharap angin islam yg ada di dada rakyat tidak berubah krn wujudnya angkara yg melemahkan parti…takbirr
April 29, 2009 pada 3:24 pm
abu dujanah
hok jd masaalohnya tok wokil pas la ni dok sbuk kayakan diri dgn anok branok..trun pdg jare2..jupo smasa piliharayo v salam..lps piliharayo v blake…kato ko bn rasuah..kroni..tu mmg kijo bn..mmg pesen dia..tp hok dok kecek ugama pn wat jgak lgu mano nih..paka hukum mana…klu nok jelas tnya ustat abe tah bt tuku..pasal ldg rakyat..yo ko dak hok ambo oyat…byk lg la wey bnda2 hok punah ko pati dale pas la ni..slain masaalah pembantu ngarut tok guru supo hok ustat dok oyat…klu ada ore x trpaka gini dale pas..tggu lah msa jtuhnya..nok ko kito lgu tu..jd supo bn..kambe pn x caya ko pmimpin umno la ni..
April 29, 2009 pada 4:46 pm
Mee Rebus
Cubalah rasa resepi Mi Celup Khalid Samad
April 29, 2009 pada 4:52 pm
Pemuda Batu
Salam,
saudara Karen…
Kenapa anda asyik mempertikaikan isu mee celup.
Bkn kah ianya hanya sekadar perkara furu’ dalam artikel ini.
Yang lebih utama adalah apa yg cuba disampaikan.
Saya tidak pasti akan setakat mana golongan professional terasa hati dengan artikel ini, tetapi saya sebagai kelulusan jurusan kejuruteraan sikit pun tidak terasa hati. Begitu juga dengan sahabat2 seangkatan dgn saya. sebab kami faham akan artikel ini ditujukan kepada sapa.
Mungkin siapa makan cili die yang akan terasa pedasnya.
Kepada ustaz nik abduh, Pemuda Pas kawasan Batu yakin kepada kepimpinan ustaz.
April 29, 2009 pada 4:59 pm
jusoh pelekat
Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding?–wajarkah dan layak kah saudara?kereta org byr…kita pakai..best kan..
April 29, 2009 pada 5:10 pm
ali mohd
bacala blog ini, mudah di fahami dan jelas dr ahli yg sudah veteran.
http://www.khalidsamad.com
oh ya, ana ahli PAS di selangor dan ana tidak setuju cara nik abduh berhujah, ana juga kenal ramai ustaz pas yg pandang lekeh pada org yg kurang ilmu macam ana ini.tapi atas dasar perlembagaan pas dan suasana politik hari ini, ramai kami yg mahukan pas tetapi tidak spt nik abduh and the geng.we got no prob wt ust mujahid, ust ahmad awang,ustaz ghani samsudin dll
April 29, 2009 pada 5:16 pm
ahads
Taniah saudara ustaz Nik Abduh!Akhirnya orang yang di tunggu mampu bersuara di dalam Pas telah muncul.
saya mengakui diri saya orang umno.namun saya menyukai Pas yang dahulu di bawah ustaz fadhil.TGHH pun boleh di banggakan dalam usaha menyatukan ummah.sekeras mana pun pemimpin Umno kalau di izinkan Allah lembut jua hatinya untuk bekerjasama dgn Pas demi islam tercinta.
namun apabila adanya duri dalam daging setiap kali ada usaha ingin menyatukan ummah antara Pas dan Umno di lakukan sampai bila kita sebagai umat islam harus berpecah di malaysia.jangan jadi macam di Palastin,Hamas bertempur dengan Fatah maka yahudi mengambil kesempatan.halal membunuh darah seagama sebangsa tp marah bila yahudi merobek perut saudara islamnya sendiri.
di tempat saya siapa itu pas dan siapa itu pkr cukup susah dibezakan.kalau umno senang la org kenal pasal pakai baju cap dacing.ahli pas berbaju pkr cukup bermasalah di tempat saya.sampai satu masa ajk pas melarang pkr mengambil ahli di zon mereka.org pas dah jarang bertakbir tetapi lebih terikut dgn jeritan makal sakti.
bukan membatu api.tetapi inilah realitinya yang berlaku di dalam pas.sekiranya kita betul-betul mengaku sebagai umat islam mengapa sukar menerima salam perpaduan dari saudara kita sendiri sebangsa seagama.haruskah Hasan Din dan HaRUN Din serta Sharil Samad dan Khalid Samad memutuskan tali persaudara di sebabkan perbezaan politik.
baguslah Nik Abduh dah bersuara.semoga umat islam dapat di satukan di malaysia di bawah satu pemimpin berjiwa islam.insyaAllah.amin.
April 29, 2009 pada 5:25 pm
rejab tayyib erdogan
sebagai PM Turki, saya harap ustaz tdk trtkn dgn desakan supaya dedahkan siapa ‘pembantu2 ayahanda’ tersebut. tetapkn diri dgn tujuan asal ustaz iaitu utk beritahu khalayak bhw TGHH dan TGNA tdk berbalah atau bertelagah.
Insya Allah majoriti rakyat Turki baik dari kumpulan saya sebagai Erdogan mahupun Ayahanda saya Dr Erbakan bersama dengan ustaz. org2 yg mendesak ustaz ini sebenarnya mereka termakan cili, jd mereka terasa kepedasannya atau pun mereka rapat dgn pemakan cili. abaikan saja. atau pun mereka SB yg sengaja nk pch belahkan Pas. bila ustaz dedah, maka akan dicanai media BN. ada masa jemput ke Turki…
April 29, 2009 pada 5:33 pm
Anwar berahim
Anwar pecah belahkan Pas. 16 september gagal dan bohong. tp dia jaja kpd rkn2nya termasuk pmpnn Pas, kegagalan disebabkan TGHH tidak tandatangan perjanjian bentuk kerajaan. dia bgtau seorg YB Pas TGHH punca kegagalan. bila jumpa pmpnn tertinggi Pas dan di minta senarai nama yg hndak lompat, tidak diberi. kemudian bila didesak dia bagi 1 nama. bila pimpinan d parlimen jumpa YB tersebut, dia katakan anwar bohong.saya tdk mahu lompat.
tak caya lagi. fuad zarkasyi dedahkan agen anwar bernama dr rahim ghuose jumpa dia pujuk kata anwar perlukan sangat fuad. tetapi fuad tidak mahu.kerjanya gagal.dia salahkan org. kit siang dan karpal keluar kenyataan sebelum 16 september menyatakan dia tidak senang dengan budaya lompat parti. ttp tdk kecoh pun. ttp pelik, ada bbrp pmpnn Pas percaya dengan anwar
April 29, 2009 pada 5:39 pm
haikal
Nik Abduh kata:
“Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana”
KOMEN:
1.Tuan Guru tak pernah sebut BN Durjana.
2. Sewaktu nabi s.a.w. dilempar dgn batu dan najis di Thaif, baginda mendoakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t.
3.Hanya me celup yg sanggup menggunakan perkataan durjana kepada mad’unya.
April 29, 2009 pada 6:22 pm
kelab penyokong PAS
aduh
Gerombolan Umno berjaya memecahkan PAS
April 29, 2009 pada 10:40 pm
Hidup UMNO!!!
salam,
ramainya orang UMNO sokong artikel Nik Abduh ni…bagus sangat…
makin mudah PAS berpadu dgn UMNO..HIdup PAS!!! Hidup UMNO!!!
Kita hancurkan DAP & PKR…mereka kafir!!!! PAS & UMNO je ISLAM!!!
cayalah….
TAHNIAH N ABDUH!!!!
Lagu baru PASUMNO
Bersatulah Wahai PAS & UMNO
dgn semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai PAS & UMNO
walau susah melawan erdogan
Bersatu kita bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
sekali lagi….tahniah N abduh
April 29, 2009 pada 6:26 pm
otam
“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.”
QS Al Hajj [22.46]
Alhamdulillah..hanya itu yg mampu saya panjatkan kpd Allah.
Allahuakbar!!.Allahuakbar!!.Allahuakbar!!
Barakallahu laka Fi ha
Segala puji bagi Allah
Assalamualaikum…Ustaz
Moga usaha Ustaz , Al Fadil Tuan guru Nik Aziz dan Al Fadil Tuan Guru Haji Hadi mendapat wajah Allah dan keredhaanya dan limpahan senyum daripada Rasuluallah & serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.
Mohon pihak Ustaz teruskan usaha murni ini.
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
(QS. Asy Syams, 91 : 1-10)
Bagi mereka yang berniat menjatuhkan SIlam saya mendoakan mereka kembali kepada Allah dan dengan izin Allah. mana-mana niat yang jahat ini dihancurkan oleh Allah s.w.t kepada golongan yang menjual Islam lantaran cinta kepada dunia.
Sekian
Wassalam
Otam67.blogspot.com
April 29, 2009 pada 6:40 pm
Muhammad
Allahuakhbar! Walillahilhamd!
Perang!Perang!Perang!Selagi roh dan jasad masih menuruti hawa nafsu selagi itu wajib diperangi tidak kira manusia itu dari mana-mana parti politik. Kerana tuntutan hawa nafsulah yang akan menghasilkan percikan-percikan api yang akan menyambar jiwa manusia yang tidak tenang dan keluh kesah. Sambaran percikan api inilah akan membakar hati-hati umat manusia menerusi bermacam instrument dan mekanisme yang ada di muka bumi ini. Hanya jaringan antara hati-hati yang bersih dari noda dan dosa di kalangan umat manusia akan menjadikan Islam terbenteng dari terkena marak api fitnah. Mari sama-sama membina benteng di keliling kepimpinan ulama agar ianya tidak terkena bahang panas walaupun dari percikan-percikan api kerana sesungguhnya api itu adalah kejadian syaitan dan sesungguhnya syaitan itu musuh manusia yang nyata.
April 29, 2009 pada 6:41 pm
kelab penyokong PAS
Selamat menang pencalonan kepada nik abduh <<< dah jadik sebijik macam dalam perebutan jawatan dalam gerombolan Umno la plak… hehehee
April 29, 2009 pada 6:52 pm
sidangfaqir
Saya sangat bersetuju dgn al fadhil ustaz nik abduh bahawa Perjuangan Islam bukannnya perjuangan mengikut arus perdana yang belum tentu kebenaran dan keabadiannya….
Kuasa rakyat…Makhal sakti….atau apapun jenama seruan yang digunakan belum tentu terlepas dari segala macam bentuk kenafsuan manusia yang berbagai rupa dan ragamnya serta kecelaruan matlamat perjuangannya….
Nabi s.a.w dalam hadithnya telah dengan jelasnya meminta ummatnya sekiranya mahu mengelakkan kesesatan maka Al Quran dan As Sunnah hendaklah dijadikan panduan dan ikutan…dan inilah ARUS yang wajib kita imani , ikuti dan perjuangkan didalamnya….Inilah ARUS yang menjadi kayu ukur dan penentu dalam setiap gerak kerlipan mata dan hembusan keluar masuknya nafas kita sebagai seorang yang muslim dan mukmin.
Inilah ARUS keabadian di dunia dan akhirat….Apabila kita menyeru kepada ARUS keabadian ini yang malang dan mengelirukan pula maka akan bertempik lah segelintir golongan pimpinan profesyenal PAS yang duduk diatas singgahsana meminta kita jangan terlalu ber-rethorika dengan perjuangan ISLAM…..apakah Islam itu satu rhetorika !…..apakah isu ISLAM itu sebagai satu rhetorika yang tidak objektif , tidak saintifik yang tidak mungkin dicapai di alam kenyataan manusia….
Sekiranya kita lihat hal keadaan perang Badar umpamanya…bagaimanakah mungkin 313 orang para sahabat boleh mengalahkan 1000 tentera musyirkin Makkah pada waktu itu……bagaimana mungkin 100.000 tentera Islam dapat menghadapi 300,000 tentera kafir romawi dalam peperangan HUNAIN sekiranya Islam itu satu rhetorika…. dimanakah objektif dan saintifiknya tentera Islam boleh mengalahkan tentara kafir yang jauh lebih banyak jumlahnya dari mereka ?….Apakah mereka tidak terbaca disana kalamullah menyebutkan berapa banyak golongan yang sedikit itu dapat mengalahkan golongan yang banyak…..inilah ARUS iman yang sewajib ada bagi setiap dari kita yang memperjuangkan Islam…
Inilah masalahnya apabila puak-puak yang merasakan diri mereka ini tahu serba serbi menjadi ” pembantu pembantu para ulamak ” kita. Aqal mereka mengatasi keabadian wahyu…..wahyu sekadar satu nilai tetapi bukan agenda tuntutan yang utama….Tiada lagi keluar dari mulut mereka tentang NEGARA ISLAM….Tentang HUDUD dan seumpamanya..malah ada dikalangan mereka menggunapakai hujah bodoh golongan munafikun bahawa tak perlu dibincangkan pasal hudud lagi..hudud hanya 0.001 % sahaja dalam Al Quran….” isu Hudud lah punca Trengganu jatuh ditangan BN “….betapa kufurnya mereka dengan aqal serta pemikran sesat mereka ini…..dan jadilah ulamak yang sepatutnya dirujuk sebagai pewaris para nabi dijadikan juga sekadar satu nilai sahaja…..” value added item ”
Perjuangan Islam seharusnya diterajui oleh para ulamak tetapi bukan dikalangan mereka yang menjadi ” mee celup ” berlagak ulamak serba tahu dalam keprofesyenalan mereka….mereka inilah yang akan merosakkan perjuangan Islam….mereka inilah yang apabila bermuktamar berjumpa di bilik-bilik hotel untuk mencaturkan siasah nafsiyyah mereka untuk menaikkan dan menurunkan pimpinan yang mereka rasakan kononnya sesuai dengan ” mainstream ” politik arus perdana….bagi ulamak yang berprinsip yang jelas thiqah dan syaksiah mereka….ini bukan menjadi pilihan mereka…..mereka ini pula walaupun berada dalam jamaah tetapi lebih meraikan pimpinan di luar jamaah….penulis sehingga pernah mendengar penyokong golongan ini mengeluarkan kata-kata ” saya berwala’ bukan kepada TGHH tetapi syeikh makhal sakti….”
Apabila ” syeikh makhal sakti ini ” memberikan buah fikiran dan pandangan ..mereka akan mendengar dengan penuh perhatian dan penuh tumpuan seolah-olah kata-kata dari syeikh makhal sakti ini kata-kata keramat yang mesti di fahami dan tidak boleh dibantah…..hala tuju politik mereka adalah mengikut telunjuk ” syeikh makhal sakti ini “…mereka seolah-olahnya berwala’ dengan syeikh makhal sakti ini…maka akan hancurlah binaan jamaah…kekuatan jamaah…prinsip jamaah…halatuju perjuangan jamaah….sekiranya pimpinan profesyenal yang duduk disingahsana ini menjadikan jamaah sebagai sekadar lonjatan batu untuk agenda politik syeikh makhal sakti yang sangat2 mereka kagumi ini……berlainan apabila kepimpinan ulamak kita memberikan pandangan dan hujah …..mereka seolah-olahnya merasakan hujah dan pandangan kepimpinan ulamak itu ketinggalan zaman dan ” absurd ” dalam suasana yang ada….hal demikian disebabkan mereka ini beriman dengan ARUS yang ada sehingga hilang pergantungan mereka dengan Allah swt….
Penulis percaya ” syeikh makhal sakti ” sangat licik permainan politik yang dimainkannya seolah-olahnya dia membaling batu sembunyi tangan…dialah sebenarnya tokoh utama yang menggerakkan dan mempergunakan ” pembantu-pembantu nya ” dalam PAS untuk agenda melaga-lagakan kepimpinan ulamak yang ada….bagi TGNA cukup lah syeikh katak lompat di pasir mas membelit dengan permainan politiknya…hati-hati la juga dengan ” syeikh makhal sakti ” yang lebih kemas belitan nya…….
April 29, 2009 pada 6:56 pm
Max
Teruskan perjuangan ustaz..
Innallah ma’ak..
Allahuakbar!!
April 29, 2009 pada 7:07 pm
sejadahburuk
salam ustaz..
kito xbrapa stuju kenyataan ustaz,
mmg kito tau dlm pas pun ramai opportunist tp kawe rasa tguran ustaz ni mcm xkena,kalu pasal baik ngan umno ni lupakan ajela.baik kito jd parti xdak saing lg senang kito nak berdakwah.
ustaz pun nk cari publisiti utk muktamar jgk ko atau betul2 nk bersihkan pas??tp pendapat xsama bg setiap manusia ustaz.xsuma ustaz pikir tu betul.kdg2 ustaz pun terpengaruh ngan kumpulan ustaz sendiri.
smoga Allah tunjukkan jalan kepada kito semua.bersihkan tok wakil kito hok kaki cari pitih tu dulu..semak balik kat keterh dsb.
April 29, 2009 pada 7:56 pm
Hanif
Salam,
Lembut tulisan ustaz kali ni..
Tak apa la…..dalam islam berbeza pendapat ni perkara biasa…..Sama aja boring jugak….tak da variasi.
Cuma, saya sedih sikit perkataan ustaz sebelum ni, perkataan “menyumpah seranah” dan beberapa lagi perkataan lain yg kurang manis. Sebab ustaz menujukan perkara ni secara umum, saya pasti ramai yang berkecil hari ustaz. Tanpa menyatakan nama, pasti akan ada orang terasa hati. Pasti.
Gunakan bahasa yang sesuai ustaz. Saya faham ustaz mahu melindungi TGNA. Tapi jangan tembak menabur sampai semua kena. Nak tembak seorang, fokus dekat seorang jer ustaz. Simpan peluru yang seterusnya untuk musuh yang utama.
Dalam Islam, orang yang menuduh mesti ada bukti, diikuti dengan tertuduh mesti ada alibi. Maaf kalau saya salah.
Jangan dengar kata orang.
Saya rasa saya kalah kalau nak berhujah dengan ustaz.
Moga semuanya selesai…….
April 29, 2009 pada 9:00 pm
anonymousoftruth88
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta salam junjungan ke atas baginda Rasulullah terhadap usaha agama yang tiada penat lelah.Saya berharap kalam ini diberi bimbingan Allah dan jauh dari nafsu keji supaya menjadi manfaat pada semua.
Salam ustaz…
Moga sentiasa tenang dan kukuh di bawah lembayung rahmat Allah.Saya sangat tertarik dengan penulisan ustaz dalam beberapa hari ini yang telah mencetuskan pelbagai senario dan mendapat liputan dan maklum balas semua pihak.Sebenarnya saya juga telah melihat perkara ini (idea melagakan ulama) akan timbul melihat kepada suasana politik yang kian tegang.Ini sememangnya bukan sahaja kerja bodoh sebagaimana yang diperjelaskan ustaz dengan panjang lebar malah telah sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada MUSUH untuk menjadikan ia sebagai idea untuk memburukkan PAS terutamanya media massa.
Saya juga sangat sedih membaca komen ahli jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad yang mengatakan penulisan ustaz sebagai tidak bertanggungjawab dan kurang matang.Saya merasakan kita seharusnya melihat penulisan ustaz sebagai sesuatu yang serius kerana isu melagakan ulama ini sememangnya tampak jelas dan mendapat liputan yang hangat oleh media massa.Ini bukanlah penulisan yang menurut nafsu keji namun adalah untuk mengelakkan arus pada ummah itu tidak diganggu dan dibiarkan berlalu tenang.
Saya juga memahami segala yang berlaku dalam tempoh beberapa ketika ini termasuklah isu ‘unity government’ yang telah menyebabkan ahli2 jamaah membuat tafsiran pelbagai dan bersifat peribadi yang dikhuatiri menggoyah iman dan pendirian terhadap kepimpinan ulama dan jamaah.Ini kerana pendirian dan pendapat setiap ulama dan kepimpinan berkaitan isu2 ini telah digunakan dan dimanipulasikan pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui keadaan yang sedang melanda kita dan marilah kita kembali semula kepada jalan yang telah kita turuti sebagaimana yang terkandung dalam surah al-Fatihah.
Moga Allah lindungi kita dari usaha jahat ini dan sentiasa berada dalam petunjukNya.Kepada ustaz,sentiasalah menulis dengan taufikNya dan ingatlah perjuangan yang dilalui sentiasa penuh dengan ujianNya dalam memperoleh redhaNYa yang hakiki.Tulisan saya ini bukanlah untuk diterima atau ditolah sebulat hati tetapi untuk dinilai pada kebenaran dan maksud di sebaliknya.Maaf jika menyinggung sesiapa dan moga Allah jadikan kita sentiasa tsabat dalam perjuangan yang menuju redhaNya.Salam.
April 29, 2009 pada 9:16 pm
ADAM AMIN
assalamualaikum sahabat yang telah menerangi jalan yang gelap gelita
SAYA SOKONG NIK ABDUH.
ENGKAULAH WIRA YANG ADA DAYA TAHAN.
HUJAH KAMU YANG TEPAT LAGI BENAR, ANDA BUKAN JENIS PENGAMPU DAN PENGIPAS.
HATI MU LEBIH MULIA DARIPADA MANUSIA YANG SUKA MENYERANG PERPADUAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM.
TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENYATUPADUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
HARAPAN SAYA IDEOLOGI PAS BOLEH MERESAP MASUK KE DALAM UMNO. MAKA UMNO DAN PAS ADALAH BERSAUDARA.
TAKBIR
TAKBIR
TAKBIR
Adam Amin
Kg Jerlun,
Kedah
April 29, 2009 pada 9:36 pm
sollier ibrahim
salam semua……sudahlah…tak perlulah nak memperpanjangkan kalam ini lagi…..saya yakin dan percaya maksudnya sudah jelas….bagi saya, ustaz hanya menjelaskan kekeruhan dari apa yang berlaku sesama ahli PAS dan bertindak dengan pastas memperbetulkannya….pada saya, siapalah yang paling rapat dan mengenali ayahandanya, melainkan beliau sendiri….justeru, tak salah beliau memperbetulkan keadaan…..beliau hanya inginkan yang kedua Tok Guru didamaikan khasnya….dan seluruhnya ahli PAS amnya….bermuktamarlah dengan baik dengan menggunapakai adab-adab yang dibenarkan oleh islam….tukarlah pimpinan dengan adab yang dibenarkan oleh islam……yang penting, ulama terus memerintah bukannya diperintah dan ingatlah islam perlu dinobatkan dan bukannya dikesampingkan…takbir !!
April 29, 2009 pada 9:47 pm
stonefaces
khalid samad tu tulis macam tu sebab dia di antara org yg paling kuat menyerang TGHH…terasa ler beb maklumlah pekung dah keluar tu yg tak boleh terima hakikat tu…..dia igt TGHH baru setahun berpolitik ke?….kalau dia nak masuk UMNO aku percaya….
April 29, 2009 pada 10:34 pm
sokong nik abduh
assalammualaikum….
kutuk aje orang2 yang jahat camtu.saya memang da lama geram dengan kritikan orang2 pada kedua2 tok guru kita ni.bukan nak taksub tp seakan mereka tak da adab bila kritik kedua2 tok guru ni….selain tu nampak sangat kegoyahan iman pendokong2 islam dalam pas ni.seolah2 tak de lg kepercayaan dan wala pada tok guru kita…lg2 yang baru kenal ngan pas seolah2 mereka la hero dalam pas sedangkan baru setahun jagung dalam perjuangan dah lebih2 nak kritik…tok guru yang da lama berjuang tu sentiasa istiqamah dalam perjuangan cam tak da rasa bersalah diorang bila bab kritik tok guru…lg2 la TGHH kesian saya nengok semenjak dua menjak ni asyik2 dia je yang kena kritik berlebihan2.kalau BN yang kritik maklum la kita.ni orang pas sendiri berlebih2 cam dia lebih alim dan faqeh dari TGHH.mentang2 la dalam pas dokong demokrasi so diaorang naik toncang la.senang cite cantas je orang2 cam ni dalam pas pasal buat menyemak je….
pejuang yang sayang kedua2 tok guru…
takbir….allahuakbar.
April 29, 2009 pada 10:57 pm
senyum
Salam… bahasa kiasan ustaz cukup mendalam. Kadang kita perlukan bahasa sebegini untuk memberi penerangan.
Ikhtilaf antara ahli ilmu adalah satu kerahmatan, dan kepada orang awam mereka seolah-olah melihat perkara khilaf itu akan menyebabkan permusuhan. tq
April 29, 2009 pada 10:58 pm
ahmad
Salam ustaz. Saya kagum dengan keberanian dan kejujuran ustaz didalam perkara ini. Tidak ramai orang yang mahu mengaku dan berterus terang apabila sesuatu tidak kena didalam parti terutama parti yang mengaku memperjuangkan agama Islam. Ayahanda ustaz amat dikagumi dan dihormati walaupun dikalangan penyokong BN sebelum ini diatas ketetapan Tuan Guru didalam hal-hal berkenaan agama. Tetapi akhir-akhir ini keputusan-keputusan Tuan Guru dilihat lebih mementingkan politik dari agama, mungkin disebabkan oleh feedback yang tidak betul yang telah diberikan oleh pembantu-pembantu beliau. Keputusan dan komen yang dibuat Tuan Guru semacam boleh diagak, apabila ianya mengenai rakan didalam Pakatan Rakyat samada PKR atau DAP tentu memihak kepada mereka walaupun perbuatan mereka seakan-akan mempermainkan Islam, umpamanya cara Nga Kor Ming menggunakan ayat-ayat quran untuk kepentingan politik. Cara beliau membaca ayat-ayat al-quran itu sendiri begitu angkuh dan tidak ikhlas, ditambah dengan gelak ketawa para hadirin yang termasuk ramai ahli PAS. Dan apabila ianya dari BN sudah tentu ditolak walaupun ianya untuk menyatukan umat Islam. Moga-moga Allah akan menguatkan lagi semangat dan hati ustaz agar kebenaran tetap dibela dan dibenarkan walaupun ianya datang dari BN dan ketidakbenaran dan kemungkaran tetap ditentang walaupun ianya dari Pakatan Rakyat.
April 29, 2009 pada 11:10 pm
sebal
salam semua, terutama NA…yang telah berjaya buat NA mania satu msie..gue tak setuju sikitlah dgn sidang fakir yang entam and tuduh pimpinan pas berwalakan sheikh makal shati..dah pimpinan pas tentulah berwala kan pimpinan kito…jangan tuduh aje…ke pimpinan kito bila kito tak sependapat dgn mereka..pada gue semua pimpinan pas baik and betul belaka..biasalah beza pendpt..tapi bila dah d putus dlm mesyuarat kena ikutlah…masalah tgna ni yang selalu ketinggal info baru..mungkin keuzuran TG sendiri yang dah uzur..jadi saran gue..bagi aje dekat org lain jdi MB..Tg jadi MA aje…n ..su, su tg kenalah selalu berhubung dgn su TGHH….and satu lagi SU agong PAS kenalah banyak n cepat bagi info pasal hal parti ke semua ajk and barulah tak canggah and beza pendapat..
klo lihat cara tgna jawab ke wartawan pasal ug..ingat dah perang besar dah tgna dgn tghh…rumahnye salah info aje..maka tu semua su-su kena kerja cepat n tepat n betul, atau emang ada yang tak betul and beres dlm pas ni..walaupun dah p motivasi adn kem d langkawi..anyway gue masih lagi sebal dgn kato-kato yang ksar dari na..tapi nak buat macamana..dia mungkin lagi marah sebab tgna ayahanda nye d beri salah info…..tapi pada gue salah tgna jugalah sebab terus aje makan bila d suap olih pembantu dia ,,,walaupun makan tu tak sedap..patut tanyalah dulu dgn tghh..tgna tak pakai hp ke?? gue terkilan sungguh ni dgn tgna,,,sebab dia berjaya d keletong olih pembantu dia..yelah dah manusia biasa tentu ada kelemahan nye … nak buat macamana..tapi gue lagi marah n respectlah dgn tukang kelentong tgna..sebab berjaya kelentong TGNA ..tapi gue tak lah sampai kata me celop..sebab sapa gue..hanya na aje yang bisa berkata begitu…habis kecoh satu malaya..na lu kena terus terang aje..sapa org nye atau lu kena cek juga dgn pembantu lu…mana tau …lu pun kena kelentong….anyway maaf gue pinta ke TGNA kerana tulis merapu sikit niii..bukan apa..sebab sayang and cinta dekat tgna aje..semoga TGNA sehat d makah sana,,,n insyaALLAH akan ada perjumpaan dgn teman-teman yang belajar n bekerja d makah dgn TGNA pada 30 april ni d alaiyam istirehat kakia mekah..ok maasalam,,,
April 29, 2009 pada 11:54 pm
kelatekito
Sebenarnya, orang yang melaga-lagakan TGNZ dengan President PAS adalah kerana mereka sedang menunggu nak ganti tempat President. Biar sama taraf dia dengan DSAI.
PAS adalah parti Islam. Cuba kita lihat sejarah islam, Adakah, dengan kita nak naik pangkat President atau Timbalan Presiden , caranya melaga-lagakan orang. Ini adalah wasilah atau cara tidak islamik.
Di Kelantan, telah gagal usaha nak jadi MB kelantan nak ganti TGNA ,kemudian mencuba nasib ke Pusat pulak.
Modus Operandinya sama. pembantu-pembantu TGNA inilah yang meracuni dan memfitnah orang-orang lama dalam PAS supaya jatuh, jangan jadi calon ADUN atau jangan menjadi EXCO.
Panjang pulak ulasannya, cukuplah..
April 30, 2009 pada 12:40 am
Ahmad Abu
Salam,
Bahasa Ustaz penuh berkias, berbunga bunga, penuh tersirat. Pada hemat saya yang kerdil ini melihat kepada hasilnya. Apakah ianya telah memberikan banyak kebaikan atau kemudharatan kepada jemaah. Apa guna menanam padi kalau lalang jua yang tumbuh. Kegagalan imam melihat kepada makmumnya pun telah di perjelaskan Rasullallah dengan jelas dan nyata, jangan lah kita pula berbeli belit memutar kata. Persoalan ini yang perlu di jawab dan di pertanggungjawabkan:
1. Mengapakah mencari permasalahan yang membawa perpecahan.
2. Adakah dengan terbentuknya permasalahan tersebut maka terserlah lah keindahan islam.
Bukankah Islam itu mudah dan bukan nya di permudahkan. Cukuplah … Sekiranya tutur kata kita lebih membawa kemudharatan, hentikan lah kerana kurangkan bercakap itu lebih baik untuk semua.
April 30, 2009 pada 12:49 am
Hamba Allah Maluri
Teruskan perjuangan tuan,
Tegurlah semua pimpinan Pas. tidak semestinya kita jadi pimpinan baru boleh tegur. jadi ahli biasa pun boleh tegur. Mujurnya tuan sedikit terkenal berbanding ahli biasa. maka, ramai lah yang terkesan dengan tulisan tuan. pada saya, matlamat yang jelas, tuan telah menjernihkan kekeruhan yang terjadi ekoran kenyataan Negara Perpaduan oleh TGNA. Yang saya x berapa suka, ada sesetengah Pimpinan Pas yang ego. dah lama jadi pemimpin. sifat kerendahan pun dah pudar. bila ditegur, terus melenting. teruskan tuan. biar hilang ego dalam diri sesetengah yang dah bergelar Pimpinan Pas.
amin.
April 30, 2009 pada 1:07 am
ibnalias
ustaz, ayuh melangkah. sudah masa kita kurangkan provokasi dan konfrantasi.
presiden, kami di belakang kamu wahai tok guru.
April 30, 2009 pada 1:19 am
panglimalimadua
perkara ini akan cuba diulangi… dgn itu waspadalah… pada mereka yg terdiri dari yg pernah bersalah anggap, ingat dan jadikan pengajaran, setiap ketika, fikir dgn sehabis bijak sebelum melontarkan pandangan… pada mereka yg sememangnya berniat jahat, kalau tak cukup, terus lah mencuba… jgn sampai diri anda dimusnahkan dari arah yg tak disangka2.
izinkan saya ustaz dan para jemaah yg sgt2 dihormati, utk memberi pandangan saya disini. perjuangan kita masih diperingkat permulaan. dgn itu ingat akan matlamat jangka pendek dan jangka panjang kita. apa saja yg buruk itu kemungkinan besar dtgnya dari musuh yg sedang menggeruni kedatangan kita bersama2 kemenangan…
Allahuakhbar!
April 30, 2009 pada 1:24 am
wan
salam ukhuwwah
ust Nik dalam berjemaah ni kita kena tahu dan faham mengenai keterbukaan dan kerahsian dalam berjemaah, adab berjemaah, adab sesama islam, kita sangka perbuatan kita baik, takut-takut disisi Allah tidak begitu. muhasabahlah diri masing-masing. sekarang ini umno telah berjaya memecah belahkan kita. Umno sudah berjaya.
April 30, 2009 pada 1:36 am
wan
salam ukhuwwah
Dulu kita menapikan kita berpecah, sekarang kita mengiyakan. Khairi Jamaluddin dan kawan-kawannya telah berjaya.
April 30, 2009 pada 1:36 am
Hasbullah Pit
Ulasan saya di sini.
Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?
Ulasan terdahulu di sini
April 30, 2009 pada 2:51 am
hary
salamun alaikum bimaa sobartum..
kupanjatkan doa semoga segala kesesatan dan kejelekan dalaman segera dirungkaikan dengan hikmah. namun kita sendiri tak tahu hikmatnya sehingga allah tunjukkan. ohon petunjuknya.
April 30, 2009 pada 2:54 am
hary
aku mahu tahu pembantu nik aziz tu husamkan? kalau tergabunglah pas dengan BN, misalnya dialah calon menteri kewangan atau salahuddin ayubi. jadikan dua mereka ini panas papan punggung
April 30, 2009 pada 2:58 am
office boi suk
salm ustaz……
Ana rasa cukup selesa dengan penjelasan ustaz nik,jelas terang lagi bersuloh,
Soalan saya….
apakah yang di maksudkan itu Setiausaha politik ayahnda sendir yang jadi ‘pembantu yang sesat’ dan kunco yang lain akan di tanya kemudaian.
ini kerana setpo lah YANG SELALU MEMBERI NASIHAT POLITIK KEPADA MB…
April 30, 2009 pada 7:47 am
WWE
salam perpaduan…
antara kerja bodoh dalam PAS adalah melaga2kan antara golongan Ulama’ dan golongan profesional.. yang terbaru adalah melaga2kan antara ulama’ sendiri…bila tengok yang pertama tak berjaya..dia cuba buat yang kedua..dgn melaga2kan Ulama’.. yang kedua ni yang paling bodoh sekali..ulama’ kalau khilaf pun ada batasnya ada manhajnya sendiri..bukannya nak menyerang tak tentu pasal…bila dekat muktamar saje mulalah buat mulut supaya kepimpinan ulama’ perlu dikaji semulalah, ulama’ tak boleh diharaplah, macam2 lagi.. nie semua adalah perancangan2 bodoh yang nak merosakkan PAS..kita tak tau puncanya samada dari dalam atau dari luar..maka sesudahnya diberitahu pula oleh ust nik bahawa yg buat kerja2 bodoh ini adalah orang dekat dengan TGNA.. justeru mana yang terasa cepatlah bertaubat ..sebelum ajal datang menjemput kembali kerahmatullah….wassalam…
April 30, 2009 pada 9:15 am
MoSE
Assalamualaikum…
Tak usah lah kita dalam jemaah menuduh atau menaruh syak kpd sesiapa yg melakukan kerja-kerja bodoh itu. Serahkan kpd Ust Nik supaya disudahkan oleh beliau sendiri.
Tak penting mununding jari dan mencari siapa susuk tubuh yg melakukan kerja2 bodoh tersebut. Renungan dan teladan drpd tulisan Ust lebih penting berbanding mencari barua2 tersebut. Beri mereka masa untuk muhasabah dan perbetulkan diri. Ini bukanlah masa untuk menghukum tetapi bertaubat dan pulang kpd jalan kebenaran.
Tidaklah enak jika terus menghukum… sedangkan jalan taubat masih terbuka luas bagi mereka.
Wassalam
April 30, 2009 pada 9:25 am
Tenang
Sesuatu yang perlu kita halusi dan kita renungi. Alhamdulillah ini lah penjelasan yang di nukilkan oleh Nik Abduh selepas mendapat tunjuk ajak ayahandanya dan bimbingan yang utama dari Allah S.W.T. Contohi lah mereka yang sentiasa menyerahkan diri kepada NYA tuhan yang Maha Esa.
Saya minta ahli jemaah bila ingin melakukan sesuatu, hadapkan diri dahulu kepada Allah S.W.T. Jangan jadikan amalan berusaha dahulu kemudian berdoa, tapi berdoa dahulu dan berusaha dengan bantuan nya dan akhir sekali berdoa kembali agar segala yang diberi menjadi kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini lah yang umat Islam lupa dan termasuk segelintir dalam jemaah kita ini.
Kita kembalikan ingatan kita bila Tuan Guru Nik Aziz menyokong saudara Anwar dahulu ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan itu pada mula nya. Tapi apa kah kesudahan nya….Pilihan Raya 1999 banyak yang menerima PAS. Termasuk lah saya….Saya belum pernah bertemu berhadapan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi tapi dari air muka mereka terpancar sifat kehambaan yang tinggi kepada yang Maha Esa. Saya amat yakin bahawa setiap yang di lakukan oleh kedua Tuan Guru ini kepastian keputusan terlebih dahulu mereka rujuk kepada Allah S.W.T.
Saudara Nik Abduh biarkan mereka memanggil anda “MI CELUP” tapi mi celup yang tidak di najisi oleh najis berat……Teruskan tulisan anda dengan bimbingan Allah S.W.T. tanpa diracuni sifat nafsu dengki dan irihati…Wassalam
April 30, 2009 pada 9:42 am
nabila
teruskanlah ustaz …menyuarakan kebenaran yang sedang terhakis…. kami bersama2 denganmu……kepimpinan ulamak menjadi teras perjuangan…..teras pada parti siyasah..tarbiyah..dan..dakwah……. apa ada pada kemenangan siyasah semata2 tapi tarbiyah dan dakwah terabai……islam itu tegak dan kekal kerna tarbiyah dan dakwah……islam boleh juga tegak dan jatuh kerna politik siyasah…..kemenangan politik boleh dicapai oleh mana2 peringkat …ulamak …profesional …nelayan. ..petani …….. TAPI……. kejayaan tarbiyah dan dakwah memerlukan panduan dari ulama yang amanah….
kami sayang dua2 tok guru kami…..kami juga sayang pada mereka yang membela tok2 guru kami….tapi kami akan lawan mereka yang memecahbelahkan tautan antara dua tok guru ini….kerna kami kenal siapa tok2 guru kami dan kami juga kenal siapa musuh diantara dua mereka………
April 30, 2009 pada 9:47 am
mohamad
saya sudah amat keliru dgn ini semua especially dgn nik abduh.
saya rasa cukup setakat ini saya berjuang dalam PAS, selama ini saya berasa aman sejak jadi ahli PAS sejak tahun 1999.berusrah dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti PAS dan berjuang semaksima untuk memenangkan PAS dan pakatan rakyat.
dengan keluarnya artikel nik abduh (kawan bagitau suruh masuk web ini) dan saya juga melayari web web yg lain berkenaan topik ini.saya dan pastinya ramai kawan kawan sealiran dgn saya(golongan bukan ustaz tapi letak islam paling atas) akan cuma jadi ahli PAS biasa saja.no more aktif spt sebelum ini.
maaf nik abduh dan kawan kawan sealiran dgn nya,awak telah berjaya melemahkan semangat saya.
pendapat saya, kamu harus keluar dr kepompong, pergi di luar sana, kenalli lebih ramai org bukan jemaah surau/masjid saja.
saya pernah tanya ramai mualaf yg masuk islam bukan kerana kahwin dan tanya siapa ajak kamu masuk islam…golongan mana agak nya?
April 30, 2009 pada 10:10 am
Hilir sekali Sabok-PGajah
sejak tahun 99 anda jadi ahli PAS apa sumbangan anda kepada Jamaah adakah hanya menjadi pengundi PAS dalam PRU sahaja? itu masih belum cukup.. anda kena memahami dasar dan pokok dalam PAS barulah anda boleh berapa lama dan sayang dengan PAS.
Kalau hanya dengan isu kecil ini anda sudah merajuk dengan PAS anda silap, ini adalah asam garam kearah memantapkan lagi perpaduan dalam parti serta menguatkan lagi parti anda fahami apa yang tersirat ia adalah asam garam…
Adakah pimpinan dulu tidak bertembung fikrah dalam perkara ini… sila rujuk sejarah apa jadi PAS sekarang… bertambah kuat kan…
jadi batalkan dulu niat anda nak keluar PAS selagi dasar PAS masih meletakkan Islam ditempat paling atas . TGNA, TGHA dan NA bukan mempunyai PAS tetapi mereka dan kita semua dipunyai oleh PAS.
April 30, 2009 pada 10:41 am
mohamad
kepada hilir sekali sabok-pgajah
haa.. itu dia masalah org2 spt kamu dan seangkatan… mula2 tanya saya apa sumbangan saya dalam parti. kemudian suruh saya batalkan niat saya keluar parti..kamu tidak fokus langsung.
pertamanya bila saya kata nak keluar parti? saya amat sayang dengan jemaah PAS kerana dasar islam kedua nya saya adalah bekas ketua pemuda caw, timbalan ketua caw, ketua upu,2 penggal ajk kaw, pengarah mtd selama 4 tahun.buka 2 caw pas di tempat saya dll.cukup tak? kalau nak panjang lagi bagi email anta biar ana email secara peribadi,takut jatuh riak pulak disini.
oh ya.caw saya dapat pelbagai anugerah dr kaw sebab paling aktif dgn ahli, usrah dan aktiviti lain.and u know what..pengundi melayu dun saya cuma 52% tapi pas menang dgn lebih 3000 undi, 60% melayu undi melayu dan 65% undi bukan melayu,cari la kat keputusan pr12 kat laman web spr atau mana2 cari dun mana,jangan malas..
maaf, saya tak pandai menulis dan berretorik, bukan bidang saya
April 30, 2009 pada 4:02 pm
Hilir sekali Sabok-PGajah
habis tu hak kata ni apa saya rasa cukup setakat ini saya berjuang dalam PAS. sama la lebih kurang keluar parti…
jangan dok megah sangat dengan jawatan2 saudara tu kerana tindakan komen saudara tu tidak meletakkan saudara sama tarafnya dengan jawatan yang pernah dipegang.. rasanya orang yang berjawatan banyak macam tu lebih matang dalam parti, ini tidak sikit punya hal dah merajuk.. sikap ini sebenarnya yang melemahkan parti bukannya sikap nik abduh yang melemahkan parti
last respon
April 30, 2009 pada 7:06 pm
abu abdillah
sebab apa anda nak lemah semangat? tulisan ni sikit pun tak berkaitan dengan anda…pelik bin ajaib bila tulisan ini dikatakan melemahkan anda. Siapa anda sebenarnya dalam tulisan ini?
April 30, 2009 pada 9:48 am
shafifah
Majlis Haul Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani di Melaka
Assalamualaikum…
Pengumuman & Jemputan Khas
Buat Tuan-Tuan & Puan-Puan, Muslimin & Muslimat Yang di DiRahmati Alllah
Ke
Majlis Haul
Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani Rodhiallaahu Ta’aala ‘Anhu
Tarikh :
3 Mei 2009 (Ahad)
Jam :
10 Pagi
Tempat :
Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka
Tetamu Khas :
Syeikh Afifuddin Al-Jilani
Keturunan ke 36 Syeikh Abd Qadir Al Jilani
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Kamarul
012-6393481
Terima kasih, Wasalam.
http://pondokhabib.wordpress.com
April 30, 2009 pada 11:09 am
zam
aikkk..ada jugak majlis haul untuk sheikh2 ya. Haul untuk baginda nabi s.a.w. takde ke?
April 30, 2009 pada 10:12 am
PISANG
SUDAHLAH NIK ABDUH..RIAK BETUL ANDA DENGAN PUJIAN ORANG…
Mei 3, 2009 pada 4:27 am
laniaz
bila pulak utaz nik abduh riak x tau la.. adeh. suka2 hati ko aje nk tuduh2.
April 30, 2009 pada 10:18 am
chekamala
akhirnya, makin ramai manusia yg tergerak utk menggunakan akal fikiran yg sebelum ini hanya bergantung kpd org lain utk tlg pk…..
April 30, 2009 pada 10:34 am
syamil
salam ustaz,
ana dah agak lepas ni kuncu kuncu edrogen akan hantam ustaz apabila ustaz buka pekung bosnya…. di kedai-kedai kopi kuncu-kuncunya dah mula hemtam ustaz, tapi ustaz jangan cepat melatah dan teruskan menegak kebenaran, syabas kerana ustaz tidak mudah mengalah.
satu yang ana dok tengah fikir, apabila ana dok kedai kopi ada yang membincangkan tulisan ustaz dan ada seorang pensyarah menutarakan persoalan kepada tukang kebun,
1. siapakan pembantu Tok Guru yang boleh memberi nasihat ? tak kan abang lah drebar? sekurang-kurang taraf setiausaha, atau bekas setiausaha atau Exco atau bekas exco, atau orang yang Tok Guru percayai?
2.Semua orang tahu ustaz adalah anak yang diharap-harap dapat menyambung tugasan politk tok guru, tak mungkin ustaz tak tahu pembantu Tok Guru yang mana? atau ustaz tak nak sebut edrogan yang mana satu atau kepala edrogan?
Jawab tukang kebun, Encik tak tahu? Semua “ore klate” dah tahu, kalu Encik nak tahu, Encik gi Pejabat SUK, atau Kantin SUK atau kedai kopi belakang SUK.
Oooo gitu, jawab pensyarah,
April 30, 2009 pada 10:45 am
nabila
tahniah sekali lagi ustaz….kerna tulisan anda memang sungguh2 berjaya……berjaya melemahkan mereka yang berjuang tanpa berwala`kan pimpinan tertinggi….mereka yang berjuang atas logo PAS JADIAN……
sesungguhnya perjuangan PAS pasca 1999 adalah perjuangan yang penuh dengan fitnah……fitnah pada perjuangan yang tulen dan fitnah pada pimpinan…..perjuangan hanya untuk kemenangan politik individu semata2….. kemenangan dan terus menang……mereka takut berhadapan dengan kekalahan……..kerna dunia menjadi habuan…….
PAS TULEN berjuang kalah dan menang…..ia datang silih berganti…..ada menang ada kalah……tapi perjuangan mereka tetap diteruskan …. istilah jemu…kecewa…malas…tiada dalam poket istilah…..yang ada hanyalah istiqamah…..istiqamah dalam perjuangan…..dan istiqamah dalam berwala`kan pimpinan…….
ayuh…semua ….bersikap adillah kita…..adillah pada jemaah dan pada pimpinan…..2003 PAS kalah…..TGHH jadi mangsa…..beliau difitnah dan dicerca tanpa adab……dari musuh luaran dan juga MUSUH DALAMAN….
2008…PAS menang…..yang disanjung dan dipuja bukan pimpinan…dan juga bukan TGHH…..sedangkan dia presiden…..bila kalah dia dihentam…. bila menang dia juga disisih……ADIL dan AMANAH kah kita?….
dulu…..WALA…..WALA……biasa didengari……kerna usrah biasa didampingi…..dan ulama biasa didedekati …..TAPI…sekarang….WALA…WALA…. sudah dilupai….apa lagi untuk difahami dan diamali…..yang lebih malang….ahli parti BERWALA`kan pimpinan parti satu lagi…….berbaju PAS berbadan SETAN…… inilah dia PAS JADIAN…..
ayuh…semua….kembalilah kalian …pada perjuangan PAS yang asal….kemenangan yang dicapai bukan kemenangan `mee celup` dan juga bukan kemenangan yang sementara….selagi ISLAM tidak dapat ditinggikan dan ditegakkan….itu bukanlah kemenangan yang haqiqi….
rapatkanlah saf pimpinan…dan wala` lah pada pemimpin…..pasti kamu akan rasa kemanisan perjuangan yang tulen……… HIDUP KEPIMPINAN ULAMA……TGNA…TGHH….. dan mereka yang bersama dengan kamu…kami tetap bersama dengan kalian……TAKBIR..
April 30, 2009 pada 10:55 am
Kecewa
kisah seorang budak yang duka nestapa kerana nak jadi KP….
kasihan sungguh dia sanggup calarkan muka ayahndanya sendiri demi untuk mendapatkan pangkat….
kepala otaknya akan jadi mering setiap dua tahun sekali…..
hidung tak mancung, pipi yang kau sorong….
diri seorang ulamak, tetapi apabila tiba musim pemilihan…ulamak pada dirinya sudah tidak ada…yang ada hanyalah semak….
tuduh orang gila kuasa….tetapi diri sendiri syaitan beraja….
ingat!!! dahulu budak ini pernah berfirman…..ambo tidak akan bertanding selagi TOK GURU ada….tetapi loni….demo loni tok supo mulo……….
ingat!!! TOK GURU tidak akan campur tangan walaupun budak ini anak dia….
sebab TOK GURU tahu tahap kemampuan budak ini setakat mana….
Pujilah selagi masa yang ada ni belum berakhir…..
kalau nak tahu selanjutnya sila tel: 6 6 4 4 tekan-tekan tak dapat
April 30, 2009 pada 11:26 am
penebas lalang
apa hal kamu ni Kecewa? kalau tak sihat, rehatlah. kalau demam pergilah kedai beli panadol. orang tak sihat tak elok meraban tak tentu pasal.
Mei 3, 2009 pada 4:29 am
laniaz
huhu. kesian enta. x pasal2 dapat dosa tuduh2 orang. haih. ni ke sikap pejuang Islam?
April 30, 2009 pada 11:03 am
Peniaga Mee Celup (Mamee Slrp!!! lagi sedap)
Seorang yang bergelar pemimpin hendaklah mengucapkan sesuatu (tulisan atau lisan) dalam bahasa yang jelas kepada masyarakat umum. Supaya ia dapat mengelak timbulnya kekeliruan, bila ada kekeliruan, maka adalah spekulasi.
Bila spekulasi berlaku, maka berlakulah polemik yang berpanjangan sehinggakan melahirkan persepsi yang negatif. Bila persepsi negatif menguasai masyarakat atau ahli, maka timbullah pula krisis keyakinan yang mana natijahnya ditolak ahli dan masyarakat.
mudahnya,
Bahasa tidak jelas —-> keliru —-> fitnah —> polemik —-> persepsi negatif —-> krisis keyakinan —-> Ditolak ahli/masyarakat
Solusi,
1. Bahasa hendaklah difahami oleh semua lapisan masyarakat (dari petani, nelayan, peniaga hinggalah ke intelektual)
2. Mesej mesti jelas dan senang difahami sekaligus diterima.
3. Bila ada kekeliruan, mesti dipadamkan dengan seberapa segera. Jangan lebih dari tiga (3) hari.
“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)
Mesej ikhlas dari;
Ikatan Peniaga Mee Celup Bersatu (I-Celup)
April 30, 2009 pada 11:04 am
Datuk Lela
SALAM SEMUA,
SILA BACA PENJELASAN KHALID SAMAD DI DETIKDAILY..
April 30, 2009 pada 11:08 am
berek
Oiii pisang, ko nie memang sial la…
x baik cakp ustaz cam tu..
April 30, 2009 pada 11:12 am
minta pandangan
salam
April 30, 2009 pada 11:14 am
Orang Baru
Kesimpulan daripada komen-komen di sini adalah;
1. Yang tak terlibat dengan jemaah/organisasi dan tidak faham adab-adab berjemaah akan menyokong Nik Abduh.
2.Muslimat / perempuan akan menyokong Nik Abduh atas faktor emosi dan terpesona dengan lenggok bahasa ayat-ayat Nik Abduh yang memang indah tapi tiada bermakna.
3.Golongan Ustaz jumud yang tak habis-habis memperkatakan kepimpinan ulama sedangkan tidak faham pun susur galur organisasi dalam pas akan menyokong Nik Abduh.
4.Golongan Ustaz Mee Sanggul akan mempertahankan pernyataan Nik Abduh yang berbelit-belit ini.
5.Orang yang faham akhlak berjemaah dan siyasah syarieyyah tidak akan menyetujui artikel-artikel Nik Abduh.
April 30, 2009 pada 11:16 am
minta pandangan
Oleh Khalid Samad
Saya diminta memberikan pendapat oleh beberapa orang berhubung tuduhan serius yang dilemparkan oleh anakanda Nik Abduh dalam blognya. Saya jarang mengunjung blog beliau dan oleh itu tertanya-tanya apakah tuduhan serius ini? Hari ini, diberikan kesempatan dan ruang masa oleh Allah, maka saya membaca postingnya yang bertajuk ‘kerja-kerja bodoh dalam pas’. Setelah selesai membacanya, saya memahami mengapa ada yang meminta saya mengulas.
Walaupun saya bukan ulama’ dan tidak pernah mengaku diri saya seorang ulama’ namun oleh kerana tulisannya menyentuh parti yang telah saya habiskan lebih separuh dari hidup saya di dalamnya, saya rasa saya berhak untuk memberi komen. Walaupun saya ini mungkinlah dianggap olehnya sebagai di antara ‘mi celup’ tersebut.
Untuk memudahkan semua, khususnya untuk mereka yang mi celup seperti saya, pendapat saya akan dikemukakan dalam bentuk point seperti di bawah.
1. Tuduhan Yang Dibuat
Saya sebenarnya terkejut dengan tuduhan yang dibuat. Pembantu-pembantu TGNA melagakan TGNA dengan TGHH? Kalau betul, kenapa tidak Nik Abduh beritahu perkara ini kepada ayahandanya sahaja? Apa? TGNA tak akan percaya? Hmmm… Kalau TGNA tak percaya, kenapa pula kita nak percaya? Semestinya TGNA lebih tahu samada tuduhan itu tepat atau sebaliknya. Apakah TGNA tak mampu memahami hujjah-hujjah yang dikemukakan yang begitu lantang mendoakan pembantu-pembantunya dibalas Allah atas kejahatan mereka? Samada TGNA tak mampu memahami atau ada hujjah disebaliknya yang tidak mampu Nik Abduh sendiri memahami? Saya rasa yang kedua adalah lebih tepat.
Kalau nak menuduh pun, bukan ini caranya. Takkan tuduh secara borong! Adakah semua pembantu-pembantu TGNAA yang jahat? Saya rasa kalau ditanya, ramai, mungkin separuh dari rakyat Kelantan, akan mengakui mereka pembantunya! Yang dimaksudkan sebagai pembantu ini pula pembantu yang macam mana? Yang pegawai kerajaan ke, yang pegawai parti ke, yang pemimpin parti ke? Yang kawan rapat ke? Dato’ Husam ke? Anual Bakri ke? Nik Amar ke? Yang mana satu? Atau kesemua mereka?
Tuduhan semberono macam ini bagi saya tidak bertanggung jawab dan mengundang fitnah. Hasil dari tuduhan ini akan wujud suasana syak wasangka dan saling tuduh menuduh di antara pembantu-pembantu yang entah mana satu. Itu kalau orang tak matang. Tetapi saya harap ahli PAS yang telah matang akan mampu melihat tuduhan ini sebagai tuduhan kosong yang tidak layak diberikan layanan. Tiada bukti yang dikemukakan kecuali andaian.
Sepatutnya, kalau nak tuduh, sebut siapa dan kemukakan bukti. Kalau belum ada bukti, usahakan cari. Sabar, bila ada bukti barulah kemukakan. Jangan buat kenyataan yang kurang matang yang mengundang fitnah.
Sebenarnya saya sendiri khuatir Nik Abduh yang diperalatkan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam PAS, khususnya yang di negeri Kelantan. Cuba lihat kenyataannya, “Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH”.
Nik Abduh diberitahu. Bukan dia dengar sendiri. ‘Sumber’ yang dia rasa boleh dipercayai tidak semestinya orang yang boleh dipercayai. Kalau nak bandingkan TGNA dan Nik Abduh, sudah jelas siapa yang lebih berpengalaman dengan tipu-helah manusia. TGNA lebih mampu memilih orang kepercayaan yang boleh dipercayai berbanding Nik Abduh. Adakah kita diminta menolak orang kepercayaan TGNA supaya berpegang kepada orang kepercayaan Nik Abduh? Saya rasa bukan orang kepercayaan TGNA yang memperalatkan TGNA tetapi orang kepercayaan Nik Abduh yang memperalatkan Nik Abduh. Itu saya rasa jauh lebih mudah untuk dilakukan.
Lagipun, tengok sahaja kepada maklumat yang diberikan kepada Nik Abduh. “Menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH”. Ini memang maklumat batu api. Saya rasa anakanda Nik Abduh kena matang sikit bila menerima maklumat supaya tidak mudah di permainkan orang.
April 30, 2009 pada 3:17 pm
abglong
salam..
agak2 nya lah, siapa yg minta YB Khalid Samad ulas tulisan Nik Abduh nih?? dan kenapa mereka minta YB Khalid yg ulaskan?? knp x minta org lain yg ulaskan?? tidak pandai mengulaskah org2 lain?? ataupun ada udang di sebalik “mee celup”??
bukan ke tujuan tulisan dari Nik Abduh ni ialah untuk meleraikan kekusutan yg melibatkan ketegangan yg sengaja di war-warkan antara TGNA dan TGHH??
ape2 pun, semoga dengan keberanian Nik Abduh ni akan menghentikan golongan yg cuba menjatuhkan ulama, insyaAllah.
siiru ‘ala barakatillah..
“you’ll never walk alone”
wssalam..
April 30, 2009 pada 4:06 pm
Hilir sekali Sabok-PGajah
sapa khalid samad ni?
April 30, 2009 pada 11:38 am
globalmalau
tahniah ustad…ramai yang menjengk blog ustad…
mereka dah promosi semuanya tanpa diminta…rezeki jugak tu
yang ada perassan hasad tu slow slow lah kritik…kita kena ingat esok sama…
salam …
April 30, 2009 pada 11:38 am
Khalid sumat
Bila sekali cuit pembantu2 nik aziz semua gelabah. tp bila kamu mengumpat TGHH depan Anwar, kamu hina TGHH dlm mesyuarat bersama Anwar, kamu sindir TGHH di khalayak, kamu puji Anwar melangit, tk jd masalah?
semua keputusan yg Pas nak buat mesti dpt persetujuan Anwar dulu? apa cerita? Kamu yg lebih veteran tulis dlm blog kritik TGHH terang2gn tk dak masalah. lawan ustaz Taib Azamudin di Parlimen? Sokong org kafir guna nama Allah? ini tdk mengapa? sbb nk jg undi, bkn jaga agama…
April 30, 2009 pada 11:43 am
imam samudera
Alhamdulillah. ustaz sudah menjelaskan kekeliruan. yg penting bkn pembantu2 tu. yg penting umum mengetahui dua2 tok guru hakikatnya tidak bermasalah. Teruskan bersuara dlm apa saja hal. kerana hari ini ramai pemimpin takut bersuara semata2 nak jaga survival nak jaga undi. wpun brtntgn dgn khndk Allah.
kita jaga Allah, taat pd Allah, Allah akn buka pintu hati pgundi bersama kita…
April 30, 2009 pada 11:46 am
Cek Mek
sy memang suka cara ustaz sejak sy kenal ustaz masa di MMP dulu..
masa tu thn 1997..sy tingkatan 5..ustaz ngaja sy subjek PQS..
apapon sy tsentuh bila baca tulisan2 ustaz..sama mcm ustaz ngaja kitorg dlm kelas 5-2 dulu..bernas & tajam & senang phm..
April 30, 2009 pada 11:50 am
ambe
mantop!
April 30, 2009 pada 11:55 am
kakeroo
manusia cuma dapat menilai dr apa yang dizahirkan sahaja…. kepelbagaian kebijaksanaan manusia menyebabkan cara pemahaman berbeza… niat manusia adalah suatu ghaib.. kita akan dapat menilai cuma dr apa yg kita lihat dan dengar shj. wallahua’lam….
April 30, 2009 pada 12:18 pm
pg2u
`Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?…..`
Ayat di atas tu saya sokong seratus peratus.Kesian pada doktor susah nak cari makan…heheh..funny
April 30, 2009 pada 12:25 pm
kirana
slm……tulisan ustaz memang nampak bijak dan bernas tetapi ada kurang bijaknya……kita kena ingat sepandai2 seseorang itu ada juga sedikit kebodohannya.ianya akan membuat seolah2 tok guru sama seperti paklah yang konon menerima nasihat dari tingkat 4.Orang akan pandang tok guru tidak pandai atau membuat keputusan setiap benda mengikut telunjuk orang lain.
April 30, 2009 pada 12:27 pm
pg2u
..lihatlah berapa banyakkah harta dan wang yang mereka himpun semenjak menjadi orang politik…politik itu wang…wang itu politik..tergeliat otakku untuk memikirkannya…..waduhhhh…PEACE
April 30, 2009 pada 12:36 pm
kangkong
as…..rasa ada elok kalau enta tanya kat m.b apa nak buat dengan menantu dia yang kat pmbk ……orang luar dak mula meluat kat dia tu….nasihatkanlah mb tukar sahaja orang berbakat dalam koperat dari di serah amanah pada oarng yang bukan haknya.Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.
April 30, 2009 pada 12:55 pm
chekamala
lembu kalo nak makan rumput, kenelah turun ke padang ragut, kalo p kedai kopi, makan nasilemak, mmglah tak kene dgn jiwa lembu…
April 30, 2009 pada 1:02 pm
asr
Masaalahnya siapakah Nik Abduh….adakah ia seorang pemimpin yang dikenali dan disanjungi kerana kepimpinan dia atau menumpang mengunakan nama ayahanda TGNA untuk melontarkan pendapatnya… kena ingat Nik Abduh ni hanya famous kat kampung dia (kelantan) macam beberapa org lain kat sana, tapi kat luar, org tak kenal. Kena ingat juga ini cerita sudah nasional level bukannya dekat kelantan aje, so every accusation tu perlukan bukti tanpa bukti tak payah nak leparkan tuduhan…kat kelantan selalu ada cerita …dulu nya tiga abdul lepas tu bujang lapuk lepas tu ali baba …macam macam tulah suka tengk cerita P.Ramli…ish..ish..ish(disclaimer : teman dilahirkkan disana, isteri teman org sana, dan teman penyokong pasukan kelantan pasei depa ganas…baru seronok tengok bola malaysia…ada action sikit…so tolong jgn khabaq teman anti-kelantan pulak)
Dizaman “babarian” China dahulu, depa punya undang2 adalah “guilty until proven innocent” lepas tu bila mat saleh masuk melalui hong kong depa kata salah tu kena ikut “innocent until proven guilty”…yang itu cara islam depa cedok…tapi pusing sini pusing sana ….aik gejala “guilty until proven innocent” yang bukan cara islam dah kembali…ingatkan ameno aje pakai tu rupa-rupanya tahap “ustaz” pun dah masuk sekali dan di iyakan oleh ramai pulak just becozzz mungkin nama dia ada seiras dgn ayahanda TGNA…ini lah yang teman marah…cisss….
Bukannya teman sokong sesiapa pun secara MUTLAK tapi kalau tak mahu bagi bukti atau tak mahu buat lapuran kepada pihak-pihak yang sepatutnya secara official …tak payah le nak buat kecoh… kalau nak kata budaya melayu tak boleh nak tuduh-tuduh macam tu kat muka depa direct…apakehalnya pi buat cara kurang berani tulis kat blog…
Untuk teman, apa group pun boleh selagi Islam no 1 and mesti ada cara check and balance…kalau bagi group professional aje lama-lama kita nak buat aje tanpa fikir panjang and kalau bagi kat group ustaz2 kat malaysia ni nanti kita tahu pasei theory aje. Kan sejarah dah banyak bukti kan. So dua2 perlu. So apa halnya nak kecoh2 tuduh-tuduh ni.
Group ustaz ni nak rapat sikit dgn ameno, and group prof ni kata tak mahu (dua2 ada pendapat masing2) ..alih alih group ustaz ni dituduh nak jawatan (ialah pi discuss sembunyi2 apakehalnya) group prof ni pulak dituduh geng DSAI..nak sedap kan cerita pi panggil group erdogan. Lama2 ada lah org opportunistic dari pihak musuh secara terang atau sembunyi letak garam, gula, tempoyak, budu, kicap, asam jawa, belacan and cuka…..nah ambik …apa rasanya. tak habis cerita pulak tu…tiba2 ada kumpulan yang sepatutnya menjadi pendamai jadi pencacai, pi tulis kat blog sini blog sana….
Yang saya pasti kalau ada kumpulan yang nak bersengkokol dengan ameno dengan apa cara alasan pun, pasti suara-suara keramat (jgn pi tuduh aku org nuar pulak) rakyat yang violent akan bergema dan menempelak depa2 ni tak kasih mereka yang claim depa prof ke ustaz ke, org perak ke, kelantan ke, terengganu ke, Yahudi ke, selangor ke,…..Itu saya PASTI.
Untuk saya selagi TGNA dan TGHA tidak bersuara selagi itulah tidak payah kita nak menyiakan dan mengaguk-ngaguk tuduhan2 yang dibawa oleh Nik Abduh. Kita bukan ameno so janganlah nak mengaguk-ngaguk macam depa yop. Oh ya, ajal tu bukan applied to depa yang dituduh aje tapi yang menuduh, percaya kepada tuduhan, joint menuduh, sama2 menuduh, asyik menuduh, suka menuduh, best menuduh, hobi menuduh, seronok menuduh… LAST-LAST SEMUA DITUDUH dimakamah Agung ilahi…
April 30, 2009 pada 1:10 pm
madkri
Kalau rasa tak bersalah mengapa Khalid Samad nak melenting.Setahu saya ramai pembantu2 TGNA diseluruh Malaysia.Saya juga pembantu TGNA kerana bersama jemaah PAS cuma jawatan saya penyokong ajelah.
Komen Khalid Samad nie samalah macam penyokong UMNO bila mereka mengatakan kenapa PAS mahu menentang UMNO sedangkan kami orang Melayu Islam juga.
Jadi apakah jawapan anda sebagai ahli PAS untuk menerangkan kepada ahli UMNO tersebut.
Jika anda mampu menerangkannya maka anda juga mampu untuk menentukan orang2 seperti Khalid Samad ini.
April 30, 2009 pada 1:27 pm
cikung
Ada 3 kelompok yang bagi komen di sini,
1) Kelompok yang bersetuju dan menerima isi tulisan Nik Abduh (menurut Nik Abduh, ianya bukan tuduhan, malahan boleh dibuktikan).
2) Kelompok yang tidak bersetuju dan tidak menerima isi tulisan Nik Abduh (yang ni besar kemungkinan sama-sama makan cili, tu sebab rasa pedas).
3) Agen-agen UMNO yang hadir untuk mengeruhkan lagi suasana.
Anda dikelompok yang mana?
April 30, 2009 pada 1:42 pm
Muhammad
Assalamualaikum,
Ha!Ha!Ha!Siapa yang dah terkena memang dah jadi macam cacing kepanasan. Cepat-cepat cari tanah untuk meloloskan diri dari belenggu kepanasan api. Begitulah resam manusia selalu alpa dengan dunia yang fana justeru peringatan dari Ustaz Nik Abduh telah menyuluhi apa yang terpendam di dalam lubuk hari sanubari para pembantu-pembantu dua tok guru tersohor. Bagi mereka yang dah menghasilkan percikan-percikan api fitnah di dalam jemaah perlu segera dipadamkan agar ianya segera terpadam dari menyambar para jemaah. Jika benteng/tembok Khaibar mampu roboh dengan kehendak Allah melalui Syaidina Ali Karramallahuwajhah takkan benteng kekebalan istana BN tidak boleh dirobohkan oleh salah seorang pejuang Islam masa kini. Robohnya tembok/benteng istana BN akan dapat merungkai penyatuan yang dilaung-laungkan. Adakah pemimpin tertinggi jemaah Islam yang dihantar menemui Sultan Perak bagi merungkai permasaalah tersebut? Biarpun komen ini tersasar dari tajuk yang dibincangkan tetapi pertembungan yang timbul adalah berpunca dari merebut kekuasaan PR di Perak. Saya menyeru agar ulama tertinggi perlu memohon mengadap sultan agar kemelut dapat dirungkai. Tidakkah benteng keangkuhan pangkat dan kuasa perlu dirobohkan terlebih dahulu sebelum menanam benih penyatuan. Misi dahwah perlu didahulukan daripada misi merebut kuasa kerana kekuasaan akan datang denganizin Allah SWT. Setakat ini tidak disiarkan atau ada maklumat yang menyatakan ada ulama tertinggi yang merendah diri mengadap umaraq’ dalam menyelesaikan masaalah umat. Memang sudah tersasar dari topik yang dibincangkan tapi realiti sebenar yang berlaku sebagaimana yang disaksikan pada hari ini terpampang di depan mata melalui instrument dan mekanism maklumat. Atau adakah jadual yang ketat menyebabkan kesukaran untuk melakukan banyak pertemuan dakwah dengan para pemuka-pemukan negara. Sirah Nabi telah terpampang di dalam lembaran sejarah tetapi adakah sirah yang ada diambil untuk dijadikan contoh teladan. Usaha-usaha misi dahwah kepada para pemuka-pemuka negara perlu diperkerapkan agar benteng keangkuhan dapat dirobohkan. Kebanyakan misi dahwah yang dilaksanakan ketika ini adalah kepada kalangan ahli-ahli dan para penyokong PR. Sepatutnya alim ulama PAS perlu meneruskan misi mendakwah pemuka-pemuka BN kerana itulah sebenarnya lawan mereka bukannya rakyat bawahan. Pertemuan ketika di parlimen sahaja tidak mencukupi tetapi misi-misi dakwah di luar parlimen itu amat penting. Pemuka dengan pemuka, rakyat dengan rakyat itulah perlawanan yang bakal kita akan saksikan selepas ini…..
April 30, 2009 pada 2:39 pm
idolaku HUSAM
ni lah kita…yg ni dok kata puak sana…sama lah jugak puak sana dok kata puak sini!!baru bagi kuasa lebih sikit sama2 dok nak tunjuk taring/hero/bagus…aku naik frust lah gini rupa timbul…xpayah umno dok melaga2 puak pas…org2 dalam pas sndiri yg melaga2 kan sesama sendir…aku xsalah kan pengomen2…biasa lah ader isu….komen pro & kontra kluar…benda2 ni biasa lah!!yg stuju ngan ustaz…ramai gak xstuju!!
kekadang tu pembaca dok melebihkan kiasan ustaz berbanding isu utama nya…mee celop lah mee goreng lah….ntah apa2 ntah org pas ni!!yg puak2 atas pas…cam xderk meeting yg leh bincang benda2 cam ni….
udah lah gaduh2…bersatu lahhh….
MSO kata dlm pas ada puak erdogan kita pon turut akui nyaaa…kita kena sangkal benda tu!
apa2 pon aku sokong HUSAM jadi Timb. presiden
April 30, 2009 pada 2:49 pm
FARID
Assalamualaikum ,
Sebenarnya saya adalah ahli UMNO yang selama ini sering mengikuti perkembangan politik tanah air . Bukan nya tepat tapi sekadar cukup untuk saya memperbandingkan antara parti politik Malaysia . PAS adalah parti pembangkang yang cukup saya hormat kerana sekurang kurangnya ada mesej islam yang diperjuangkan .
Ybhg Ustaz ,
Mengapa ustaz melabelkan BN sebagai ‘Durjana’ ? Apa salah BN kepada Ustaz sehingga dilabelkan sedemikian rupa ? Adakah kerana kerajaan BN menyumbat ustaz dalam tahanan ISA menyebabkan ustaz melemparkan kata – kata begitu . Buruk sangat ke perangai BN . Tiada perkara yang baik ke BN buat untuk rakyat dan negara .
Cuba ustaz renungkan , dapat hidup di dalam negara yang aman , makmur , tiada kematian akibat kebuluran , tiada sekatan mengerjakan ibadah pada setiap agama .
Pada pandangan peribadi saya , setiap parti politik bukanlah seikhlas – ikhlasnya hendak memperjuangkan hak rakyat . Setiap daripada ahli politik itu juga adalah manusia yang bukan ‘maksum’ . Tidak kira yang memperjuangkan hudud , makkal sakti atau ‘1Malaysia’ mereka adalah manusia . Maka itu , kalau kita hendak menegur biarlah secara berhemah bermaksud teguran yang membina bukan teguran yang membawa kebinasaan pada orang lain walaupun dia adalah rakan politik mahupun seteru politik .
Percayalah , dengan kebijaksanaan TGNA dan DSHA yang memimpin PAS , sebesar mana usaha jahat itu , kalau ditangani secara baik akan menghasilkan yang baik .
Pada saya , ustaz sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dalam agama , mohon jauhkan perbuatan cerca mencerca seperti kebanyakan ahli politik . Sekian , segala yang baik itu adalah anugerah Allah dan yang buruk itu adalah kesilapan saya sebagai manusia sepanjang komen ini diberikan .
Wassalam .
April 30, 2009 pada 2:59 pm
Azman
Jazakallah Ustaz. Alhamdulillah, lega, reda & nyaman..mungkin itu gambaran sanubari kebanyakan para ahli kini termasuk saya sendiri.
Mohon berteduh di bawah lembayung tarbiyah khusus di bawah kepimpinan pemuda bermula dari mengagah, merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari, semuanya memerlukan bimbingan dari Allah, pewaris Nabi sebagai tempat rujukan.
Sekali ustaz, jazakallah, moga Allah berkati & rahmati.
April 30, 2009 pada 3:12 pm
Saya juga Ulama’ Mi Celup-Khalid Samad « Web Rasmi Kumpulan Erdogan-Pas
[…] Selesai sahaja menulis, saya dimaklumkan bahawa terdapat susulan dari artikel tersebut yang belum lagi sempat lagi saya baca. Tengoklah dulu, jika ada keperluan dan […]
April 30, 2009 pada 3:13 pm
achok sabah
kerajaan perpaduan malaysia melawan kegawatan ekonomi
pm= najib (tuduhan mengenai altantuya,kapal selam)
tpm =muhyidin (jual tanah sama singapore)
menteri agama =(NIK ABDUH)
Menteri pendidikan =(roslan sms)
menteri kewangan =(dr samsuri)
menteri sukan =(khairi)skandal skomi dll
menteri mentor = maha**r (memali,nak makan sup tangan ke klantan,Ops
lalang, zmn nabi xde pisu cukur, hina janggut
nabi,ISA,halang hudud,tindas pas kelantan
terengganu,tarik royaliti dan banyak lagi)
menteri pgangkutan = chua soi lek (skandal seks)
menteri kesihatan = samy vellu (kuku besi india)
menteri dalam negeri = muhammad taib (skandal bawa lari duit juta dan
anak raja)
April 30, 2009 pada 3:42 pm
usin kuba bala
ambo stuju dgn pandange abu dujanah..rmai pmbatu tok guru dan tok wokil pas la ni prangai supo umeno..jnis ngarut..jnis ngapu..jnis plago ramai bnar lo ni dale pas..intai klih dan cuba tgur atek la wey ustat..njas v brat skit demo ni..jnis x tpakai ni x leh v muko..so lg psal ladang rakyat tu ambo dgr utk ore susah..tp hok dok buleh nya hok dok skaki dgn yb abe tah bt tuku sajo…guano nih…punah pati klu ore dok kecek kito ada x wokil prihatin kroni supo abe tah ni…tok besan tok guru lg…malu kok re umeno klu prangai lagu nih..jd bhn crito kdai kopi tuh..
April 30, 2009 pada 4:01 pm
ooo i see
panass…ada yg kepanasan setelah mmbaca ulasan ustaz..kpd sdr khalid samad…tanpa bukti pun sudah ada yg boleh mengagak ….dunia hari ini bukan 30 thun lps..rmai yg dpt buat penilaian logik.lgipun jika tanpa sebab x kan pokok akan bergoyang..bgitu jga kpd org baru.dan kuncu2..terasa kot..atau anda dlm team perosak..tanpa adanya penjelasan ustaz..pas akn membusuk drp dalam…lbih baik buang yg busuk tu…agar pas akn sembuhh..takbirrrrr
April 30, 2009 pada 4:05 pm
ikhwan al muslimin
KEMBALI LAH PADA AL QURAN DAN HADIS…IJMAK DAN QIAS….SELAMATKAN DIRI ANDA DRP SEGALA FITNAH DAN KEBENCIAN..SATUKAN HATI ANDA DGN KEIMANAN DAN TAQWA….
April 30, 2009 pada 4:07 pm
Kay
PETIKAN DARI BLOG : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com
Hampir 25 minit kami berbual. panggilan yang gap terima daripada seorang pimpinan pas pusat yang pro muzakarah telah menceritakan segalanya.
amukan timbalan ketua pemuda pas kelantan, nik abduh akhirnya terjawap. tuduhan mengenai wazir yang bermain kelong (kayu tiga) dan selama ini telah bejaya merosakkan perhubungan diantara mursidul am nik aziz dan presiden pas akhirnya telah gap ketahui.
kerja wazir (pembantu) ini tidak lain hanyalah menjadi mata dan telinga kepada anwar ibrahim. segala urusan dan hala tuju politik politik pas telah diracun dengan sebegitu halus oleh wazir ini.
nik ajis telah banyak terbabas, adakalanya terpesong dan memesongkan. kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sejak kebelakangan ini banyak mengundang kontradiksi, kontra daripada perjuangan asal pas.
bicara nik aziz mengenai elizabeth wong jugak mengundang kontroversi. salahnya pada isu ‘bersekedudukan’ dengan helmy langsung tiada disentuh. kenyataan yang keluar dari mulut beliau hanyalah simpati. persoalan moral,akhlak dan hukum di tolak ketepi. zulkifli nordin dan pimpinan pas negeri selangor membantah berkali-kali, tetapi nik ajis menutup telinganya sendiri.
ramai yang tersentak dengan komen nik ajis ini. KALAU KES ELIZ TERJADI KEPADA UMNO, SUDAH PASTI NIK AJIS TAJI BERTUBI-TUBI.tetapi bila kena kepada rakan sendiri, kita cerita lain kali.. rrrupa-rupanya, dibelakang tabir nik ajis ada seorang penasihat peribadi. tugasnya melaporkan semua yang berlaku kepada anwar attaturki. bila nik ajis berdehem, satu panggilan di beri. “salam tok guru, ente sihat ke.” ..kata anwar kepada nik ajisi.
budak tingkat 1 pejabat mb cukup hebat lakonannya. ini belum masuk bisikan-bisikan syaitan merosakkan hubungan nik ajis dan guru hadi. bila mesyuarat bermula, guru hadi membuka cerita. perpaduan melayu dan keselamatan islam harus kita tunjangi. umno sudah calling-calling untuk duduk minum kopi. tak kisah dimana pun, kita harus depani…
tatkala nik ajis mengangguk tanda setuju, wazir tadi sudah menghubungi anwar attaturki.. ‘may day may day..nik ajis dan guru hadi mahu selamatkan islam dan politik melayu..ini bahaya kepada masa depan kita nanti.” kata wazir sang penghasut kepada anwar attaturki .
‘ apa, perpaduan’. jerit anwar… ‘apa selamatkan islam.’ jerit saifudin… tak boleh tak boleh… cina dan india sudah buat jalan untuk kita ke putrajaya. takkan kita nak tarik balik hand brake. ayuh kita jumpa nik ajis, nasihati tok guru tolak ini cadangan muzakarahi.
begitulah game politik sundal wazir tingkat 1 dan anwar. nak tahu lebih jelas, maka perhatikanlah insiden elizabeth wong pakai tudung datang ke kelantan mencuci dosa di kota baharu, yang sebenarnya ‘memberi nyawa’ kepada anwar dan pkr.
nik abduh sudah tidak tertahan lagi melihatkan ayahanda nya dibodohi berulang-kali. satu pukulan maut telah diberi, BAPAK AKU NIK AJIS DIBODOHKAN OLEH WAZIRNYA SENDIRI !
11 bulan nik abduh memerhatikan perjalanan pas, sudah banyak terbabas dan kerap kali terpesong. dipesongkan oleh 3 jahanam, anwar, saifudin dan wazir di tingkat 1.
maka bergentayangan lah suara-suara membela diri. ada yang kontradiksi menyokong nik abduh tetapi ada juga yang menyokong penuh kenyataan beliau. PAS HARUS KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL, BUKANNYA MENURUT KATA ANWAR DAN DAP !
maka diselidiki lah oleh gap siapa gerangan budak tingkat 1 ini. rrupa-rrupanya dia adalah setiausaha politik nik ajis sendiri, namanya khairul anual bakri. rambutnya kerinting badan kurus macam lidi. otaknya ligat memusing fakta demi kepentingan anwarun attatruki.
muslihatnya tidak terperi, surat tahniah kepada petra dikarang sendiri sebagai tanda mencipta persepi. nik ajis menyokong fitnah petra tanpa sebarang bukti.
maka aku gali dan gali…hhaaa bertemu lagi satu bukti sensasi. rrupa-rupanya anual bakri ini pernah bertugas sebagai PTD , BAHAGIAN BELANJAWAN KEMENTERIAN KEWANGAN ! di kala anwarun attaturki menjawat jawatan menteri !
oohh..rupa-rupanya cinta telah lama bersemi, antara anwar dan anual bakri ! patutlah segala rahasia sulit dan selit pas dibocori tanpa pimpinan pas sedari..
aduhai pas, mengapa begitu mudah dipermainkan begini. ayuh sedarlah seluruh penyokong pas, anwar sedang mencipta strategi untuk menghancurkan pas sekali lagi ! CATASTROPHI SUDAH MEJALAR LAJU DALAM PAS , AYUH SELURUH PENYOKONG PAS YANG SINGGULAR DAN PLURAL SELAMATKAN DIRI DARIPADA DILIWATI !
April 30, 2009 pada 4:07 pm
ikhwan al muslimin
IKHLASKAN DIRI DAN KEMASKAN HIZBI..ELAKAN PERPECAHAN…SEMOGA ALLAH MEYATUKAN HATI ORG2 MUKMIN YG IKHLAS…
April 30, 2009 pada 4:17 pm
soklan
Sungguh kelakar melihat kebodohan tukang2 komen yg bodoh melakukan kerja-kerja bodoh mereka disini. Terima kasih ustaz nik abduh, akhirnya keluar sudah ‘pembantu2 tok guru’ yg melakukan kerja-kerja bodoh tersebut di blog2 mereka.
April 30, 2009 pada 4:52 pm
NAJIB
Salam..
ana berpandangan positif segala apa yg dinyatakan oleh Ustaz Nik Abduh… kalau berpandangan negatif.. contoh byk di atas… ana sanggup kalah atau sanggup melihat PAS tiada kuasa atau kerajaan sekiranya ahli2 jemaahnya terdiri daripada golongan yg tidak berkualiti dan tidak boleh di tegur… apa gunanya ramai seperti buih di lauatan tetapi tidak boleh menerima kritikan dengan pandangan yg positif… jangan kita menyerupai org2 yg tidak ditarbiyah.. kecualilah kita joint PAS tapi x pernah ikut Usrah dan Tamrin…
April 30, 2009 pada 5:09 pm
Penjelasan Ustaz Nik Abduh « Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
[…] Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini : https://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/ […]
April 30, 2009 pada 5:22 pm
Zahar
SUBHANALLAH…
YA ALLAH KURNIAKAN KEILMUAN YANG XTERHINGGA KEPADA HAMBAMU INI KERANA KEBERANIAN BELIAU MENENTANG PERKARA MUNGKAR DALAM JEMAAH INI. KURNIAKANLAH KEIMANAN YANG KENTAL UNTUK BELIAU HARUNGI BERSAMA-SAMA USIA DAN KERINGAT BELIAU.
SEMOGA ALLAH BERSAMA-SAMA DENGAN PERJUANGAN BELIAU INI, AMIN.
PERCAYALAH,TUHAN AKAN MENOLONG HAMBANYA YANG IKHLAS KERANA SEMUA PERANCANGAN TERMAKLUM DALAM ILMU ALLAH JUA.DIA AKAN MENGGAGALKAN USAHA YANG TIDAK BAIK YANG MENGHALANG PERJUANGAN SUCI INI.MEREKA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG. ALLAHLAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN.
ALLAHUAKBAR!
-ZAHAR-
April 30, 2009 pada 5:35 pm
penyokong_ustaz_nik abduh
tak payah bising2 la..tunggu tokguru balik…
April 30, 2009 pada 6:12 pm
ahmad taufiq
10 SEBAB KENAPA ULAMA’ kena menerajui PARTI..
KAMI tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama’. KAMI ada alasan dan hujah.
Satu – Semangat Kepimpinan Ulama’.Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.
Dua – Timbalan Presiden Adalah Presiden.Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.
Tiga – Kemampuan Ilmu Syarak.Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.
Empat – Pas Adalah Gerakan Islam.Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.
Lima – Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.
Enam – Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.
Tujuh – Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.
Lapan – Kita Bakal Mundur Ke Belakang.Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?
Sembilan – Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?
Sepuluh – Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama’ perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.
April 30, 2009 pada 9:50 pm
abglong
AHMAD TAUFIQ…
abglong sokong 200 peratus!!! kepimpinan ulama wajib kita pertahankan!!!
tapi yg masalahnya, kepimpinan akan di pilih melalui proses pengundian di Muktamar nanti, jika kesedaran para perwakilan tiada tentang betapa perlunya kepimpinan ulama di pertahankan, ini bakal menyumbang kepada pertukaran besar-besaran di dalam kepimpinan PAS untuk sesi akan datang.
budaya lobi-melobi untuk naikkan golongan2 tertentu tidak mustahil akan berlaku, di antara caranya ialah menonjolkan diri di media-media massa dan cuba melakukan kebajikan serta menabur budi semampu mungkin terhadap perwakilan2 yg akan mewakili kawasan masing di dalam muktamar akan datang.
apa tindakan yg perlu di ambil luar dari blog ni, untuk menyelamatkan kepimpinan ulama? sama2 fikirkan..
BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA
“you’ll never walk alone”
April 30, 2009 pada 6:16 pm
zuraimi
salam.. tuan…
ustaz nampaknya…. betullah kita diakhir zaman…
masa zaman nabi bila berlaku perpecahan mungkin lambat tersebar…
puak2 munafik pun sukar utk kita tahu siapa gerangan…
tapi bila zaman moden berinternet ni….
bila ustaz tulis pekara sebegini… macam2 komen dari pelbagai blok ambil bahagian…
perumpamaan ulama mi celup menjadi tajuk hangat…
sedih ada .. kesian ada… pelik ada… sedih pun ada….. biar lah kita digelar me celup pun… apa masalah…. nak sangat digelar ulama tulin ke…..
mmmmmmmm….. benda macam ni pun nak berpecah belah…… apalah umat islam zamn ni…..
tak nampak kah kamu…. para pemuka dan para munafik sudah mula menonjolkan diri untuk melaga-lagakan kita… didalam jemaah….
muhasabah diri…. mi celup ke… me goreng ke…. gelaran je….. Allah sahaja yg akan menentukan tahap kita sebagai hamba…..
bangkit lahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
April 30, 2009 pada 11:37 pm
abu umar
ambo raso, nik abduh maksudke denge mee celup ko maggi ko, kalu kito mengaku panda mace ulama. buke masalah ilmu cetek. ilmu kalu sikit tapi buat mace sikit tak dak masalah. kalu semuo ore hak ilmu sikit tu dikiro mee celup, habis sero hati tok-tok lebai. tapi mereka dipandang tinggi masyarakat setempat. ni kalu pakai mace tok wali, bercakap suara ulama tapi hati penuh aspirasi, mungkin itulah ulama mee celup.
April 30, 2009 pada 6:20 pm
mat
Salam
jika benar pembantu2 disebutkan buat kerja tidak disyariatkan Islam secara niat dan perbuatan, Allah akan membalas setimpal dengan niat masing2. Jika benar niat menyimpang dari syariatNya, memang benar kata ustaz nik, manusia jd lebih rendah drp binatang…,
Teringat kata2 Dr. mahathir melayu mudah ‘ingat’,
mungkin tambahan satu lagi penyakit melayu, melayu suka buat kerja2 ‘pandai’, mungkin sstgh mrk anggap melayu ramai yg ‘pandai2’ maklumlah rata2 rakyat ‘celik’ huruf. Kalau benar kerja mrk ini tidak disyariatkan memang ini kerja orang ‘tanjung mempelam’.
ralat: kenyataan ini benar jika mrk berkenaan menyimpang dr tujuan syariat.
April 30, 2009 pada 6:50 pm
peminat pas dari jauh
Salam ustaz..
semoga penjelasan ustaz dlm penulisan blog ini dapat menyedarkan mana2 insan yg telah melakukan kesalahan dan memperbetulkan semula niat mereka dlm wadah perjuangan pas yakni menegakan agama Islam.bgi ana,tulisan ustaz ini sekadar menegur..so sape2 yg terasa tu cpt2laa muhasabah diri dan iAllah masih belum lewat utk kembali pada jalan yg lurus.
April 30, 2009 pada 7:09 pm
Anafakir
Salam buat semua…
Saya turut terpanggil untuk sama-sama menuruni lembah politik yang sedang hangat dibicarakan saati ini..isu kerja-kerja bodoh yang diutarakan oleh Nik Abduh berkaitan cubaan melaga-lagakan ayahandanya TGNA dengan TGHA.
Pada saya;
1. Siapa yang paling mengenali TGNA selain ahli keluarga terdekat TGNA?Jawapan mudah..ibu bapa tok guru, isteri tok guru dan anak-anak tok guru..tanpa menduakan hakikat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui itu tidak dapat dinafikan.Cuma sebagai hambaNya maka mereka yang disebutkan tadi adalah yang seafdalnya lebih mengenali dan memahami akan batang tubuh TGNA. Dalam hal ini, tindakan Nik Abduh untuk menyanggah sesiapa juga yang cuba menganiaya ayahandanya walaupun TGNA adalah seorang mursyidul Am PAS dan MB Kelantan namun TGNA adalah bapa kepada Nik Abduh justeru jika beliau melihat ada unsur-unsur yang mungkin dari sumber-sumber yang boleh dipercayai walaupun sumber itu mungkin ada udang di sebalik batu namun melalui didikan, dengan air tangan seorang tok guru yang mendidik anaknya, dengan doa dan munajat seorang hamba yang cukup-cukup sederhana dalam hidupanya yang bergelar tok guru pasti Nik Abduh telah dapat membaca sendiri riak-riak negatif yang telah melingkungi kerja-kerja ayahandanya sebagai seorang MB dan mursyidul Am PAS.Walaupun ada sumber-sumber yang menyalurkan maklumat tetapi sudah pasti Nik Abduh menneliti dan mengkaji secara ilmiah untuk mengemukakan C4nya untuk meletupkan kemelut yang sedang membuak-buak untuk melaga-lagakan antara 2 pemimpin utama PAS tersebut.
2. Kalau benar memang ada mereka yang dimaksudkan melakukan kerja-kerja bodoh tersebut maka mereka itu sebenarnya telah TIDAK amanah dengan kerja dan tugas yang diberikan oleh TGNA kepada mereka Kalau mereka membaca tulisan saya ini, mereka sepatutnya memohon maaf kepada TGNA atau meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan amanah. Amanah untuk bersama seorang tok guru, amanah bersama seorang menteri besar, amanah bersama seorang mursyidul sebuah parti politik, amanah bersama seorang pemimpin dan amanah untuk bersama membangunkan Islam dicabul maka sewajarnya mereka itu menyerahkan amanah tersebut kepada orang lain. Walaupun MB, Tok Guru, dan Mursyidul sebuah parti adalah orang yang sama tetapi pembahagian amanah di atas adalah boleh disifatkan berpecah kepada 3 individu berasingan. Justeru tahap kebersalahannya itu adalah besar kerana ia telah bersalah kepada 3 jawatan yang berasingan walaupun dipikul oleh orang yang sama.
3. Ada yang memperlekehkan Nik Abduh kerana menganggap tidak secetek itu ilmu TGNA untuk menelan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh para pembantunya. Di sinilah berlaku kekeliruan, kenapa dikatakan demikian? Jawabnya : Tok Guru masih seorang manusia yang bersifat lalai dan lupa, justeru ada masa-masanya tok guru mungkin terlepas pandang dalam hal-hal yang diberi nasihat oleh orang-orang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian tidak mustahil tok guru boleh menerima pandangan yang seolah-olah boleh digunapakai, logik, dan sesuai sedangkan dalam waktu yang sama mungkin sudah ada “niat” untuk bersikap telunjuk lurus kelingkin berkait dengan tok guru dalam urusan nasihat ini?Apa salahnya sebagai seorang anak, beliau cuba meluruskan perjuangan seorang ayah untuk memimpin rakyat?Siapa lagi yang boleh diharapkan sebagi benteng terakhir untuk bertahan dari segala serangan musuh kalau bukan ahli keluarga sendiri. Sedangkan dalam waktu yang sama ada mereka yang disifatkan “bertalam 2 muka”..siapa makan lada dialah yang merasa pedas. Tidak mungkin Nik Abduh nak mengambilalih tugas para pembantu tok guru dalam hal menasihat beliau sedangkan segala amanah yang cuba diserah oleh tok guru kepada Nik Abduh telah “dimohon derhaka” berulang kali . Kenapa ini berlaku? Jawabnya, dengan cara mohon derhaka itulah, Nik Abdul akan dapat mengekori setiap gerak geri ayahandanya dalam mentadbir negeri dan parti, di samping dapat mengesan sebarang pergerakan negatif yang cuba dimainkan oleh mereka yang dianggap telah membuat kerja bodoh yang dimaksudkan.Kalau bersama dengan ayahandanya..riak-riak untuk mereka yang melakukan kerja-kerja bodoh itu sukar untuk dikesan. Apa pun cara Nik Abduh membela Tok Guru betul..sebab dia bangkit sebarang seorang anak, bangkit sebagai seorang yang menjunjung amanah, bangkit sebagai seorang yang ingin melihat 2 tok guru tidak dipermain-mainkan dek alunan nasihat yang saling bertentangan.
4. Kepada semua pencinta kedamaian dan Islam, kita bukan menyertai jamaah kerana seseorang tetapi kita menyertai jamaah kerana Islam. Bila ada sedikit perselisihan jangan lah ada yang merajuk, ingin membuang diri dari parti, tidak mahu lagi bergiat dengan parti. Kita kena ikhlas dalam perjuangan,bukan kerana tok guru, tetapi kerana Allah.Usahlah kita kecewa kerana dek sedikit isu…siapa kita untuk mengatakan dah kecewa bila melihat apa yang berlaku dan merajuk.Pejuang kah itu?Kalau takut dilambung ombak, usah cakap tentang perjuangan. Duduk je la kat rumah, pelihara lembu dan kambing..masa mengundi datang undi.Lepas itu balik rumah.Masuk waktu solat, kita solat.Mudah.Tak ada nak kecewa-kecewa dah.
5. Saya menyakini bahawa TGHA tidak sewenang-wenangnya akan bersetuju untuk bersama memimpin negara jika acuan yang disyaratkan tidak dipatuhi.Sempadan agama mesti menjadi taruhan sebelum kata putus dibuat. Sekadar berbincang belum bermaksud sudah setuju untuk bersatu dan berpadu. Berbincang cuma untuk menilai rentak tari pihak yang mengajak untuk bersama. Dan tak mungkin dengan tahap ilmu agama yang ada, dengan hidayah melalui istikharah,mudah-mudah je TGHA nak menerima huluran salam perpaduan, masih jauh lagi.Justeru persepakatan antara tok-tok guru dalam PAS akan tetap diambil secara syura oleh TGHA sebelum menerima pelawaan tersebut. Cuma dalam proses untuk “melihat” kesucian pelawaan itulah ada “tangan-tangan” bodoh yang telah memberi “gula-gula” palsu kepada TGNA sehingga wujud semacam krisis kepimpinan siapa yang lebih berkuasa, lebih arif dan lebih layak. Cuma sedikit kesilapan mungkin antara 2 tok guru ini iaitu mereka tidak bertemu empat mata terlebih dahulu (mungkin ) sebelum TGHA bercakap soal kerajaan perpaduan ini sehingga ada pihak telah mengambil kesempatan membaling batu sembunyi tangan.Akhirnya telah menampakkan semacam ada kekalutan yang berlaku. Saya masih menyakini bahawa TGNA dan TGHA bukan manusia yang mudah dipermain-mainkan kerana setiap tindakan mereka adalah melalui petunjuk istikharah bila melibatkan soal-soal kepimpinan negara dan kebajikan rakyat.Justeru mereka lebih arif dalam soal-soal politik kerana mereka “makan garam” lebih dahulu berbanding generasi yang berada di sekitarnya.
6. Ada yang mengatakan kenapa Nik Abduh tidak mengunakan saluran ikut tertib untuk menyanggah…jawabnya, ada perkara perlu ikut tertib tetapi ada perkara tidak perlu menggunakan saluran seperti biasa kerana kerja politik ini kerja berseni. Seninya perlu halus dan pelbagai ,semuga ular yang dipalu sekadar tersentak, sakit-sakit sahaja, dan pemalunya tidak patah. Sebab pemalu itu akan digunakan semula kalau ular yang dipalu itu masih menyusur secara salah…paluan kedua pasti lebih kuat.
7. Dalam apa isu kita utarakan sekalipun jangan seperti [ kalau benar ] Umpama Hassan Basri yang mencampak sejadah ke atas air dan mengajak Rabiatul Adawiyah solat bersama, atau seperti Rabiatul Adawiyah lontarkan sejadahnya ke udara, dan menjemput Hassan Basri naik bersama…fikir-fikirlah sendiri.
Sekian,
Menanti Al-Mahdi….
April 30, 2009 pada 7:25 pm
sarjan
salam.
cuba fikir kalau isu ni bagus tentu masuk harakah. ini tidak, yang masuk dalam utusan. renung-renungkanlah
April 30, 2009 pada 11:24 pm
abu umar
harakah sape punya? bukan gang erdogan?
April 30, 2009 pada 7:26 pm
sarjan
saya sokong ini
5.Orang yang faham akhlak berjemaah dan siyasah syarieyyah tidak akan menyetujui artikel-artikel Nik Abduh.
April 30, 2009 pada 10:25 pm
abglong
yang ni SARJAN setuju tak?? : pembantu2 TGNA yg sengaja ingin melaga-lagakan TGNA dan TGHH adalah org yg sengaja buat2 tak faham dengan akhlak Islam dan tidak amanah terhadap tanggungjawab mereka sebagai penjawat jawatan di dalam jemaah Islam.
“BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA”
April 30, 2009 pada 11:29 pm
abu umar
adakah siasah syariyyah membenarkan ‘kerja bodoh’, pejuang nafsu, lagakan ulama?
April 30, 2009 pada 7:32 pm
fifi
Oooi sarjan ,,,,
mana kau tahu
April 30, 2009 pada 8:41 pm
abg piee
ust ni tak fikir ke yg tulisan ust ni akan menghancurkan jamaah pas tu sendiri,pas bukan ust punya, jgn sombong sebagai anak tok guru ust tak le maksum, ingat kalau berlaku pecahbelah, uts akan di soal di aklhirat nanti,tak kira le siape ustaz,
April 30, 2009 pada 8:54 pm
karen
Itu sebab aku sokong kalau Mat Sabu jadi Timbalan.. aku tak sokongpun Husam jadi Timbalan, Mat Sabu tahu bagaimana caranya memartabatkan Ulama’ dan isititusi Ulama’.. kita nak orang buat kerja dalam Parti, boleh dekat dengan Ulama’.. boleh dekat dengan Profesional, boleh dekat dengan pemimpin bukan Islam, boleh dekat dengan anak muda dan juga boleh dekat dengan Rakyat..
Yang ada jawatan.. macam husam ke.. Azizan ke.. tak payah lah..
buat kerja sendiri..
apa yang penting kena fikir macam mana nak kembalikan sokongan Melayu, DAP dan PKR dah buat kerja depa tarik pengundi Bukan Melayu.. sebenarnya pengundi Melayu adalah amanah besar untuk PAS.
minta jagan lah ada pengacau yang mengacau usaha ini.. jangan ada yang merasakan diri mereka betul dan betul.. aim dan lebih alim.. apa yang perlu apa perancangan dan usaha kita.
aku kadang kadang sedih tengook Ulama’ macam TG Haji Hadi dan TGNA martabatnya sama macam ahli politik biasa, sedang kan ULAMA’ darjatnya besar dari seorang Sultan sekalipun.. cakapnya itu Fatwa.. aku rasa org Pas sekarang banyak yang dengar ceramah Politik dari dengar kuliah agama tok guru, sedangkan Ilmu itulah cahaya … teringat aku masa zaman sekolah dulu, orang berebut dengarr kuliah.. sekarang berebut dengan ceramah..
Aku tak suka orang terlalu profesional .. dan aku juga tak suka orang berlagak alim sampai tak tahu dia berada dimedan dakwah mana..
MAT Sabu orang yang layak kembalikan martabat Ulama’.. penghormatan keaatas Ulama; harus dikembalikan..
Yang pasti aku tak suka cara Nik Abduh.. Menyesat dan membodohkan sesama jemaah.. kalau dah tersilap, rendahkan diri, mintalah maaf atas kekasaran bahasa.. muslim yang kuat orang yang berani mengaku kesalahan.. tetapi dia mempertahankan tindakan dengan menggunakan dalil Quran dan Hadis.. yang rosakknya ISLAM!! malu lah sikit..
aku marah bukan kerana orang erdogan.. dan bukan orang unity.. aku dari kelangan reformis
April 30, 2009 pada 10:11 pm
Amat
Salam, tahniah buat Us. Nik. apabila membaca artikal tuan, saya rasa macam nampak cahaya di hujung terowong…kata peribahasa. Kita walupon di dalam PAS dan nampak ramai orang berugama tetapi menidakan yang orang parti lain tu Islam juga. Di dalam jemaah yang mengaku perjuangkan islam ..ada antaranya yang ambil mana yang ngam dengan diri dan perasaan mereka sahaja..Sedangkan PAS ini bukan perjuangan kuasa asasnya tetapi dakwah dan tarbiah..bukan maki hamun..orang akan lihat kita sebagai orang keji.Ikutlah apa yang nabi dah ajar..jangan ambil yang kita seronok je..
April 30, 2009 pada 11:12 pm
abu umar
Tok Guru MB Klate boleh berbangga dengan keberanian anaknya yang ini. Ketokohan tidak kemana tanpa keberanian dan ketepatan memilih masa yang sesuai mendedahkan kepincangan. ‘Pejuang nafsu’ atau ‘muhajir ummu hani’ seperti tafsiran hadis sayyidina Umar pasti takut pendedahan sebegini sekali pun memek muka mereka sangat profesional menyembunyikan ketakutan tersebut. Satu ayat dalam surah al-Taubah ada menyentuh tentang satu golongan bersama Rasulullah yang risau jika akan turun satu surah mendedahkan tembelang rupa paras mereka yang sebenar.
Adakah PAS akan hancur kerana pendedahan ini? Penyokong setia tak kemana. Hidup mati kami bersama Islam dan perjuangan Islam. Bila PAS memikul amanah perjuangan menegakkan Islam, maka kamilah prebet dan jundi-nya.
Kami penyokong bawahan sangat terkedu bila kepimpinan atasan boleh teruja untuk melontarkan isu kerajaan pakatan dengan UMNO. Maka istilahnya pun di make up cantik dengan nama kerajaan perpaduan. Kenapa begitu execited dengan kemenangan palasi sedang kemenangan hakiki sedang laju mendatangi anda wahai saf kepimpinan. ketika isme-isme moden sangat pasti bakal menyembah bumi, anda pula dengan lagak sang hero begitu yakin menghulurkan tangan menyelamatkan mereka. hairan seribu kali hairan.
Wahai penyokong PAS; Kita berhujah kepada masyarakat awam undi anda dipersoalkan di hadapan Allah. sekarang hujah yang sama patut kita gunakan kepada diri kita sendiri ketika memilih AJK kerja cawangan, kawasan dan pusat. Kita bertanggungjawab memillih mereka yang ikhlas berjuang kerana Islam bukan pangkat dan kedudukan.
Alasan untuk mengharuskan kerajaan perpaduan sangat mudah ditakwilkan. atas nama siasah syariyyah, semua jadi harus.
Mercu tanda Islam tegak di atas menghapuskan kebatilan. Sedang PAS pula apakah mercu tanda perjuangannya selama ini? Tanpa mercu tanda ini, hilanglah punca perjuangan PAS sekali pun masih mengenakan pakaian perjuangan Islam.
semoga Allah memberikan ustaz kemuliaan di atas keberanian ini.
Mei 1, 2009 pada 12:38 am
abemeghe
salam ustaz,
ambo musykil sikit. semua “permasaalahan” ini timbul menjelang pemilihan pada muktamar akan datang. adakah Team Erdogan atau Team TGHH “sedang memancing undi” dengan isu “Kerajaan Perpaduan” ? atau adakah Team Ulama atau Team TGNA “sedang memancing undi” dengan isu “pembantu2 Tok Guru Nik Aziz” ?
tidak kah Islam itu dakwah ? tidak kah PAS sepatutnya ‘lebih berdakwah” daripada “berpolitik kepartian” ?
Mei 1, 2009 pada 12:40 am
tokjanggut78
Assalamualaikum,tok ni bukan apa cuma ingin ‘join the club’ aja la katakan…cuma disini ingin ler tok memberi sedikit pandangan mungkin boleh ler jugak dikatakan nasihat, tapi bila tok renung-renungkan balik siapa lah tok ini nak berikan pandangan/nasihat… NAMUN begitu jika elok buat ler TAULADAN TAPI kalau tak elok tu jadikan ler ia SEMPADAN…..bagi tok, kita semua ini dalam jemaah hendak ler saling MEMBERI PANDANGAN YANG MEMBINA BUKANNYA PANDANGAN YANG BOLEH DIJADIKAN ‘PELURU’ PERCUMA KEPADA MUSUH-MUSUH ISLAM YANG MENYERANG BALIK DENGAN ‘PELURU’ YANG KITA BERIKAN KEPADA MEREKA..BUKANKAH ITU KERJA BODOH NAMANYA….mereka-mereka ini(musuh-musuh Islam) ada di-mana-mana hatta dikalangan kita sendiri tanpa kita sedari,ini lagi BAHAYA.Mereka cuma mencari peluang dimana kelemahan kita dan disitu ler mereka akan menyusup masuk tanpa kita sedari sehinggakan APA SAJA YANG MEREKA KATAKAN/SYORKAN SEMUA NYA KITA RASA BENAR SEBENARNYA SEDANGKAN ITU LER RACUN YANG PALING BERBISA SEKALI YANG MEROSAKKAN JEMAAH….Justeru itu BERHATI-HATI LER TERUTAMANYA ORANG-ORANG DIKALANGAN KITA SENDIRI KERANA MEREKA MEMPERGUNAKAN KITA KERANA MEREKA TAHU KITA BOLEH DIPERGUNAKAN…..ALANGKAH BODOHNYA KITA !…..Dari itu BERINGAT LAH JANGAN SAMPAI KITA DIPERGUNAKAN !!!!….
Mei 1, 2009 pada 12:43 am
paduka
salam perjuangan Ustaz, ana bersama-sama dgn kepemimpinan Ulama.
TAhniah krn brjaya merungkai bbrapa persoalan yg sbnarnya mnjadi imej kpd perjuangan islam pada Masa kini… sedar atau tidak,sekarang Allah telah memberikan bnyak kekuatan kpd pAs.. perjuangan kita sudah diterima rakyat…namun hr ini bgtu ramai para pengecut dan pelahap harta ghanimah keluar dr tmpat persmbunyian untuk mengutip jwtan2 dlm pas…mereka lupa kpd kepemimpnan ulama sehingga ingin menghapuskan kepemimpinan ulama dr terus memegang tampuk kepimpinan pas,,mereka mahu golongan profosinal mnjadi tulang blakang pas..adakah mereka lupa bhwa ulama lah profesional yg diiktiraf oleh Allah..ulama itu profesional namun profesional belum tentu ulama.. cmne nk pimpin Islam jk tdk faqih dlm agama..apa beza dgn UMNO?? mereka lupa pas adalah sebuah gerakan islam yang mengambil poltik sebagai wasilah kpd perjjuangan mnegakkan panji Islam…Wahai shbat2 semua,jgn sesekali lupa dan mnyeleweng dr matlamat Asal kita…
jgn kerana gila tahallulsiyasi kita lupa wala kita pada pimpinanan… jgn krn gila kuasa kita lupa pd kuasa Allah…
ana setuju dgn ustaz,.. bertaubatlah jk anda salah seorang yg terlibat tdk kira smda anda adalah pmpnan d prgkat pusat,kawasan atau mhsswa.. marilah kita mohon Agar Allah pecah belahkan golongan2 munafik yg berada didalam PAS.. Perteguhkankanlah tarbiyyah,,jgn duk gila sgt nak perteguh siasah…namun siasah jg penting..namun jgnlah julang ia hngga lupa pada tarbiyyah
Mei 1, 2009 pada 12:49 am
Mr Zakaria
Wahai ummah, kaum Muslimin di Pattani Darussalam ditindas akidah dan nyawa
mereka dengan begitu dahsyat sekali. Bantulah mereka dengan berperang Fi
Sabilillah. Jadilah pelindung dan penolong paling berani untuk mereka.
Mengapa kamu tidak berperang membela orang yang lemah baik lelaki,
perempuan mahupun anak-anak yang berdoa, Ya tuhan kami, keluarkanlah kami
dari negeri ini yang zalim penduduknya. Berilah kami pelindung dari sisimu, dan
berilah kami penolong dari sisimu. (Surah An-Nisa’ ayat 75)
Insyaallah dengan berperang di jalan-Nya, kemenangan, syurga dan keredaan
daripada Allah, pasti menjadi milikmu:
Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di Jalan Allah dengan harta
dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orangorang
yang memperoleh kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan
memberikan rahmat, keredaan dan syurga. Mereka memperoleh kesenangan
yang kekal didalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sungguh,
disisi Allah terdapat pahala yang besar. (surah At-Taubah ayat 20-22)
Ya Allah,
Berilah kemenangan kepada Mujahidin.
Teguhkan tapak kaki mereka.
Tepatkan bidikan peluru mereka.
Satukan hati-hati mereka.
Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri.
Hanya kepada Engkau kami kembali.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!…….APE KOMEN TUAN…
Mei 1, 2009 pada 1:27 am
sayap helang putih
sememangnya ujian kemenangan lebih besar impaknya dari kekalahan..
sehinggakan wujud golongan2 yg laparkan pangkat dan jawatan (“pembantu-pembantu ayahanda”) seperti mana kata-kata Ustaz Nik Abduh..golongan inilah yg memecah belahkan kesatuan jemaah yg sebelum ini sangat utuh dan padu..tindakan melaga-lagakan kedua-dua Tok Guru yg kita sayangi dan kagumi ini bukan sekadar boleh di klasifikasikan sebagai “bodoh” semata-mata malahan secara tepatnya adalah JAHAT dan SONGSANG!
saya pada awalnya sedikit terpengaruh dengan polemik yg mengatakan wujudnya “perang dingin” di antara TGNA dan TGHH berkaitan dgn unity government dan muzakarah PAS-BN..tapi setelah membaca pendedahan Ustaz Nik Abduh alhamduLillah akhirnya kekusutan dan kekeliruan saya terungkai dan berpenghujung.
Sememangnya kita di dalam jemaah Islam mesti dan pasti melalui “tapisan keikhlasan” yg di sukat timbang oleh Allah swt dan sekiranya kita ikhlas maka hasilnya adalah kejayaan dan keberkatan…tetapi jika sebaliknya maka teserlahlah kebatilan dan pekung di dada yg selama ini tersembunyi di sebalik perwatakan mulia…
saya bukanlah seorang yg tinggi ilmu agama malah saya akui masih jahil agama..jangan katakan nak jadi ulama’..nak jadi ulama’ “mee celup” pun masih tak termampu dek saya..sekadar ahli marhein di dlm organisasi pemuda PAS yg penuh semangat dan keinginan bersama pencinta2 islam dlm memartabatkan Daulah Islamiyyah…yg sentiasa tunduk dan patuh kpd pimpinan selagimana ianya tidak tergelincir dari landasan Al-Quran dan As-Sunnah…teringat saya akan firman Allah yg di terangkan oleh Naqib Usrah saya di Kuantan..
[60]
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”
[61]
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
[62]
“Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman”
Surah Al-Anfal ayat 60~62
Tahniah buat Ustaz Nik Abduh..saya tetap berdiri bersama kebenaran yg di bawa..InsyaAllah…wassalam…jazakallah…TAKBIR!
Mei 1, 2009 pada 1:36 am
xlapar kuasa
Alhamdulillah..
Teruskan Ustaz..pedulikan luahan hati cacing2 yg sedang kepanasan tu..
kami boleh menilai, kami boleh berfikir..
bertindak sebelum terlambat..
Takbir!!!
Mei 1, 2009 pada 11:29 am
amboo weh
ok aloo lah…bakpo jadi lagu ni pulak weh??
tergaru pulak kepala..PAS kan dah masuk umur matang dah sebagai jemaah Islam (ehemm) merangkap parti politik yg memperjuangkan Islam (uhuk..uhuk). Hebat dan gah tarbiyahnya, siasahnya, ceramahnya, kepimpinannya dibawah Kepimpinan Ulama….tapi kenapa pula timbul cerita2 gini yer? Siapa mursyidul am yg mengepalai tarbiyah pengikut niii??? Mungkin tak sempat dah nak tarbiyah kut…habis tu ramai2 lg Ustaz2 yg bijaksana mcm Ustaz N Abduh kita niii…tokleh tolong tarbiyahh kerr sampai kena tembak secara terbuka nii. Bakpo ada pulak puok erdogan nii..demo ni tak ikut tarbiyah ker…sapo laa mursyid yg bijaksana yg pilih puok2 ni jd pimpinan, dipilih atas proses tarbiyah yg panjang atau puok2 pentarbiyah juga makan ampu..hahaa..kesiaaaann dia. Sama2 buta..pengikut buta, pemimpin buta…pakat jatuh lubang la jadinya.
Wahai Ulama’2 (yg di anggap oleh org ramai sebagai Ulama’) janganlah mencemarkan imej Ulama Pewaris Nabi. Kalu dalam UMNO tu ulama’ suuk (jahat), jangelah pulak dlm Jemaah Islam PAS nii jd ulama ‘mi celup’ muahaahaaa. Mengata dulang paku serpih.
Ya Allah kuburkan lah semua kebatilan…UMNO/PAS…Timbulkanlah PAS yang sebenarr.
Mei 1, 2009 pada 3:42 pm
kopitiam bang nan « Dewan Pemuda PAS Sarawak
[…] juga telah membaca tulisan susulan Nik Abduh… kerja – kerja bodoh dalam pas (2) . Nadanya lembut sikit tapi isinya lebih kurang itu jugalah. Terlalu banyak bunga2 bahasa tetapi […]
Mei 1, 2009 pada 3:59 pm
insan
insyaAllah…
bukan pas dan umno sahaja..tetapi semua umat islam agar dihindari dan dilindungi dari kerja-kerja bodoh yang menyesatkan kita semua
Mei 1, 2009 pada 4:29 pm
tok iskandar
Iman x dapat diwarisi daripada seorang ayah yang bertakwa.
Tok kecewa dengan kritikan terbuka Ustaz Nik Abduh yang secara tak langsung membuatkan musuh-musuh politik PAS bertepuk tangan melihat wujudnya fraksi di dalam PAS.
Tok ingin bertanya mengapa ustaz berani mengkritik terang-terangan ketika TG Nik Aziz berada di Arab Saudi mengerjakan umrah.
TG Nik Aziz seorang yang bijaksana dan tidak mudah diperalatkan oleh sesiapapun.
Ketika PAS ditendang keluar BN,hanya seorang sahaja MP PAS ketika itu iaitu TG Nik Aziz.Tak salah tok MP Pengkalan Chepa.jika salah boleh diperbetulkan.Tok rela kerana tok bukannya mencari kelemahan seseorang atau membuka aibnya untuk didedahkan kepada umum.lebih baik kita bersemuka dan berhujah di depannya daripada mendapatkan sokongan moral daripada orang ramai yang tidak tahu punca sebenar berlakunya perkara ini.
TG Nik Aziz sudah mahir dengan sepak terajang politik UMNO dan kebijaksanaannya itu bukan dengan hanya mendengar pandangan penasihatnya.
Ulama atau golongan profesional semuanya hamba Allah
Memang ulama pewaris nabi tapi apakah ustaz berani menggolongkan diri ustaz dalam golongan ulama.
Sedar atau tidak kenyataan ustaz ini sedikit sebanyak akan mewujudkan fraksi dalam PAS dan inilah yang dinanti-nantikan oleh UMNO yang melabel mereka ini sebagai puak Erdogan.
Ahli-ahli parti ketika berkempen siang dan malam untuk PAS tiada bertanya sesama mereka apakah mereka dari kalangan puak ulama atau profesional.
Jangan dibiarkan rasa riak menguasai diri dan mula memandang rendah orang lain.
Perjalanan kita masih jauh.Setelah PAS berjaya memerintah Perak,Kedah dan Kelantan baru timbul isu fraksi.
Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum bubur menjadi basi eloklah segala perselisihan diselesaikan secara matang dan berlapang dada.
Mendedahkan kelemahan parti atau aib seseorang depan khalayak ramai bukanlah sesuatu tindakan yang matang.
Mei 1, 2009 pada 4:58 pm
ore kapong
pertama,saya setuju apa yang ustaz nik abduh buat.
kedua,bagi yang tak setuju,saya nak tanya.kalau memang betullah ada orang yang buat kerja bodoh dalam pas ni(biasanya memang ada la),apa yang perlu di buat?biasanya kita lebih cenderung membiarkan saja,takut nak tegur,takut terasa hati,harap satu hari nanti dia akan berubah dan macam2 lagi alasan.lepas tu kita mengumpat kat belakang.betul tak?apa yang dapat?si pekerja bodoh tu tak berubah,parti makin sakit dan kita dapat dosa free kerana mengumpat.jadi bukankah lagi baik ada orang yang berani tegur seperti ustaz nik abduh?Kita jangan lupa,Allah memantau benda ni,takkan Dia tak marah kat orang yang cuba merosakkan parti ni,kat orang yang tahu benda ni berlaku tapi tak tegur?!tu pun kira bagus sebab ustaz tegur secara berlapik,bukan secara direct.cuba anda berada pada keadaan ustaz nik,tahu sesuatu masalah dalam pas,masalah tu sentiasa bermain dalam kepala,terbawa ke dalam tidur,takkan nak biar saja.Kalau dia biarkan saja,tak berdosakah dia?patutnya kita terima kasih banyak2 kepada ustaz nik abduh kerana berani menegur,ni bukan kata terima kasih,kondem lagi.kalau nak harap kita tegur,tak tau bilalah.anak isteri kita pun tak berani nak tegur,inikan pula kepimpinan pas.
ketiga,saya dah jangka memang akan panjang cerita bila ada isu sebegini.sebabnya,budaya tegur menegur sudah hampir pupus dalam diri kita.sekali kena tegur,riuh sekampung.macam kita la,kalau kita kena tegur perangai tak elok,kita bukan nak perbaiki perangai tu,tapi yang biasa berlaku kita akan bermasam muka dan bersangka buruk dengan si penegur tu.sedangkan sipenegur tu dah pikir abis dah,serba salah tak tau nak kata.tak tegur,nanti dapat dosa,perangai kita tak berubah.bila tegur,jadi macam ni la.
keempat,jangan dipikir sangat hal ni menjadi peluru bagi amno.hukum islam pun dia hina main2 je,inikan pulak hal macam ni.yang penting pastikan parti kita segar dan subur
Mei 1, 2009 pada 5:03 pm
achok
ulama????setahu aku ulama hanyalah org yg takut pada Allah..boleh ke kita katakan seseorang itu ulama kalau
1 menuduh saudaranya tanpa bukti???bukan kah ini fitnah??
2. berjumpa dengan UMNO yg zalim dan membohongi rakyat,kata takde perjumpaan??
3. menghina org lain sebagai pejuang nafsu??sesat tanpa bukti??
4. mendedahkan aib jemaah islam kepada musuh di blog2…mana dia adab berjemaah yg dilaung laungkan????
ini kah ulama pada pandangan nik abduh???
Mei 1, 2009 pada 11:48 pm
hasanbasree
Assalamu`alaikum warahmatullah
PESANAN PERJUANGAN UNTUK USTAZ NIK ABDUH
Saya jarang membaca tulisan saudara dalam blog. Namun, saya membaca tulisan saudara bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS” bertarikh 24 April dengan penuh minat dan ingin memahami objektif tulisan tersebut.
Saya adalah ahli Pas sejak lebih 25 tahun; mengikuti perkembangan parti secara umum dan membantu sekadar yang boleh; selain itu saya terlibat dalam profesion dan berusaha menyebarkan Islam dalam industri dan komuniti di mana terlibat. Berusaha dengan kemampuan yang ada, walaupun saya bukan ulama.
Oleh kerana “addin itu nasihat” seperti mana maksud satu hadith sahih, sukar untuk saya mengelak daripada membaca dan tidak memberi pendapat terhadap tulisan Ustaz Nik Abduh yang meletup di akhbar ekoran tulisan saudara dalam blog.
Ahli PAS seharusnya bersyukur kerana terdapat di kalangan pelapis perjuangan orang seperti Ustaz Nik Abduh; prihatin terhadap hala tuju perjuangan; mendokong perjuangan secara sedar dan tidak sekadar ikutan; mempunyai ilmu diin yang baik untuk menjadi asas kepada amal; dan memiliki beberapa ciri kepemimpinan yang baik selain banyak lagi yang perlu dibentuk. Tahniah.
Orang yang faham pada perjuangan akan mempastikan perjuangan sentiasa tetap dan teguh di atas landasan biar apapun cabaran dan zaman berubah. Dia tidak akan ambil ringan atau kata orang “taking things for granted” jika ada tanda-tanda yang hala tuju utama perjuangan mahu menyimpang. Sebaliknya, dia akan segera memperingatkan dan menarik para pemimpin dan pendokong perjuangan atas kemungkinan tersebut.
Persimpangan kepada matlamat perjuangan adalah isu serius. Jika ada pihak mahu melencungkan halatuju perjuangan yang telah ditetapkan, dia tidak seharusnya dibiarkan melainkan ditangani dengan cara yang bijak dan berkesan apatah lagi jika dia adalah di kalangan pemimpin. Tidaklah mustahil, apabila seorang itu telah diambil oleh dunia, dia tewas dan boleh menjualbeli perjuangan.
Namun, dalam perjuangan Islam, mencapai matlamat dan bagaimana melakukannya adalah sama-sama penting. Kedua-dua – destinasi dan perjalanan – adalah ibadah dan oleh itu hendaklah dipastikan ia berlandaskan syarak dan menghormati adab-adab perhubungan sesama Muslim apatah lagi sesama ahli parti yang mendokong matlamat perjuangan yang sama.
Dari aspek ini, saya fikir, saudara seharusnya lebih matang untuk memanfaatkan pengalaman dan ilmu untuk membuat keputusan yang bijaksana.
Saudara seharusnya dapat membezakan yang mana perkara yang boleh di kongsikan dengan orang ramai melalui blog dan yang mana pula masalah parti yang mesti diselesaikan menurut saluran yang telah ditetapkan parti.
Tulisan saudara di blog tersebut tidakpun dapat menghuraikan segala-galanya kerana saudara sendiri sedar saudara tidak boleh memperincikan dan menamakan orang-orang yang terlibat kerana ia mengundang banyak masalah. Oleh itu, jika kita tidak dapat menjelaskan sesuatu kes dengan jelas melalui penulisan umum sehingga ia boleh mengelirukan, jalan terbaik ialah tidak langsung membuka cerita tersebut. Kenyataan yang tergantung dan mencetuskan spekulasi langsung tidak memberi banyak makna malahan lebih banyak mengundang polemik, salah faham dan merugikan parti.
Kebiasaannya, penulis blog atau kolumnis media cetak yang berwibawa sama ada ahli politik, pakar bidang atau pemimpin komuniti akan memberi pandangan umum dan membantu menyelesaikan masalah berasaskan prinsip. Dia akan mengongsikan data, maklumat, ilmu dan hikmah dengan orang ramai yang akan merangsang minda pembaca untuk membuat keputusan dan tindakan yang baik berdasarkan prinsip umum yang dia tulis tadi.
Jikapun seorang penulis terdesak atau diminta menjawab isu peribadi atau bersabit masalah dalaman parti, penulis yang berwibawa akan menterjemahkan ilmu, pengalaman dan kepakaran yang dia milikinya dengan memberi jawapan dengan hikmah; yang memberi harapan; yang membantu menyelesaikan masalah; tidak merendah-rendahkan pihak lain; hormat dalam perkara yang dia tidak setujui dan jauh sekali mengaibkan mana-mana pihak secara terbuka.
Oleh itu, pada saya, dakwaan bahawa wujud pembantu-pembantu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA) yang melaga-lagakan TGNA dengan Tuan Guru Dato Abdul Hadi Awang (TGHH) adalah dakwaan tidak wajar dikemukakan secara terbuka. Saya fikir saudara sepatutnya mencari saluran parti yang sesuai untuk melaporkan hal ini dengan membawa bukti.
Dakwaan bahawa pembantu-pembantu ini adalah sesat dan doa supaya Allah membalasi mereka dengan kejahatan adalah amat tidak wajar dan tidak sesuai dibuat secara terbuka. Mendoakan agar Allah melaga-laga mereka (pembantu-pembantu TGNA) di dunia mengingatkan saya kepada doa umat Islam supaya Allah melaga-lagakan golongan musyrikin dan menghancurkan mereka melalui strategi mereka sendiri. Sudahkah kita tiba ke tahap seorang ahli Pas mengungkapkan doa ini kepada ahli Pas yang lain?
Tulisan saudara kali memberi fokus kepada isu ulama dan bukan ulama tatkala parti mengerakkan agenda perpaduan dalam parti demi tugas kita yang banyak menanti kita. Mengapakah masih timbul isu golongan bukan agama dan golongan ulama dalam PAS? Isu ini patut ditamatkan segera kerana ia sudah terlalu lama berlarutan dan boleh merosakkan. Tidakkah agenda kita ialah merapatkan dan menyatukan ahli dan kesemua penyokong Pas sesuai dengan slogan ”PAS untuk Semua”?
Saya tidak memahami di mana rasionalnya Ustaz Nik Abduh kali ini melainkan mungkin kerana sesuatu yang terdesak sehingga beliau mengeluarkan kenyataan bahwa terdapat golongan yang belajar agama sekadar ”mi celup”. Pada saya, kenyataan umum ini terdapat unsur-unsur merendah-rendahkan orang lain dan tidak menunjukkan perasaan hormat-menghormati sesama kita para ahli Pas, tidak kiralah ulama atau bukan ulama. Malahan, tidakkah telah lama peranan kedua-dua golongan, ulama atau bukan ulama diiktiraf oleh kepemimpinan parti.
Kenyataan bahawa golongan bukan ulama hanya menghafal istilah agama tetapi tidak faqih mengenainya, adalah langsung tidak sesuai dan tidak ada objektiviti dalam konteks PAS pada masa ini. Memang benar penguasaan golongan bukan ulama terhadap ilmu diin amat berkurangan kerana mereka mungkin tidak berpeluang untuk mengikuti pendidikan agama secara formal sebelum ini. Tetapi hakikatnya mereka harus digalakkan untuk terus belajar tentang diin dan berusaha membawa Islam dan hujahnya ke dalam kehidupan keluarga, politik atau kerjaya mereka walaupun mereka mungkin tidak sefaqih ulama. Semangat inilah yang kita mahukan dan semangat inilah yang sepatut lebih dikemukakan dan didorong daripada kenyataan berbau sinis bahawa ada ahli Pas yang tidak faqih atau lemah ilmu agamanya.
Kesan yang lain daripada pembongkaran seperti tulisan Ustaz Nik Abduh ialah terjejasnya kewibawaan kepemimpinan PAS yang seolah-olah gagal menangani krisis dalaman. Selain itu, ia juga menghantar mesej yang salah kepada masyarakat seolah-olah parti tidak menyediakan saluran yang berkesan, selamat, menyakinkan dan mencukupi kepada ahli untuk mengemukakan aduan dan bantahan sehingga ahli mengongsikan hal rumahtangga parti melalui blog.
Namun sekali lagi tahniah atas keberanian menarik perhatian banyak pihak terhadap krisis dalaman PAS yang serius meskipun kaedah pembongkaran melalui blog pada saya amat tidak wajar. Ia tidak menunjukan disiplin ahli atau pendokong jamaah dan parti.
Tentang adab dan perkataan yang digunakan telah banyak disebut orang. Mungkin demikian semangat orang muda yang berkobar-kobar.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar peraturan khas diciptakan oleh PAS bagi menghadapi ahli-ahli yang sengaja membawa masalah parti ke luar parti apatah lagi di dada akhbar atau laman blog yang terdedah kepada salah faham masyarakat tentang situasi parti. Keburukan yang diakibatkan oleh tindakan seperti ini adalah besar.
Ramai lagi ahli biasa PAS dan pendokong perjungan yang membantu tanpa apa-apa kepentingan dalam parti melainkan sama-sama berusaha dan berdoa agar parti ini berjaya dalam misi untuk menegakkan syariah Islam di Malaysia dengan sokongan berbagai institusi dan rakyat Malaysia.
Terlalu sedikit nilai dunia ini untuk kita tangisi, rebuti dan kejari melainkan kemenangan di akhirat melalui ladang dunia yang seharusnya kita sama-sama kerjakan untuk bekal kehidupan akhirat, tanpa mengira pemuda atau veteran, orang lama atau baru, ulama dan bukan ulama. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kemuliaan melalui dakwah dan perjuangan Islam yang kita dokongi.
Saya pohon maaf jika terdapat perkataan saya yang kurang sesuai.
hasanbasree
Mei 2, 2009 pada 12:29 pm
anamuslim
salam
ana bersetuju sgt dgn tulisan tuan hasanbasree. harap ustaz nik abduh pun sama2 kaji dan fikir balik…
kita semua ni sama shja disisi-Nya…apa yg mmbezakn…? -rasanya ustaz lebih arif-
waallahualam…
Mei 2, 2009 pada 1:21 am
ultraman pr
Salam semua…
Saya tak mahu ulas panjang2.Apa yg penting walau apa perbezaan pendapat dlm berhujah,ya kita blh berhujah,berinteraksi,bergaduhke sesama sendiri itu bagus utk parti.Tapi apabila diserang musuh kita mesti bersatu kembali,rapatkan barisan kerana kita memperjuangkan agama allah.Masalah kita hanya kecil jika nak dibandingkan dgn umno.Jangan biarkan musuh mengambil peluang.Sayangilah parti kita yg telah sekian lama diperjuangkan.
Mei 2, 2009 pada 9:31 am
HambaAllah
Salam,
Ust, berpadalah dlm menulis jgn ikutkan hati mudamu..usahlah cepat nak menuduh pembantu TGNA tanpa usul periksa..usah cepat mendoakan mereka yg tidak baik..maafkanlah mereka.
Malah sebaik cara Ust adalah dgn berjumpa dan berbincang dgn mereka..tanyakanlah apakah dan bagaimanakah yg mereka maksudkan..usahlah tuduh melulu dgn mendengar hanya sebelah pehak.
Perbedaan pendapat itu juga adalah rahmat.
Jgn tunjuk amarahmu dlm menulis dan menuduh yg bukan bukan terhadap pembantu TGNA..ramai yg menjadi pembantu TGNA
wallahu a’lam
Ahli biasa Pas Rantau Panjang Klang
(pernah makan bersama Ust selepas Ust berceramah)
Mei 2, 2009 pada 4:40 pm
tok iskandar
Kematangan diperolehi melalui perjalanan hidup yang panjang dan berliku.
Menghina dan menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh juga bukan ajaran Islam
Rasa rendah diri dan takwa jadi amalan kita sehari-harian
Mengapa tidak diminta nasihat daripada TG Nik Aziz sebelum menulis sesuatu yang belum tentu ada manfaatnya.Malah cacian dan umpatan yang diperolehi.
Profesional atau Ulama sama-sama berganding bahu menguatkan parti.
Apa perasaan mereka yang menyertai parti kerana yakin PAS wadah yang sesuai tapi dari kalangan profesional.
Tulisan ustaz saya sifatkan dilakukan ketika terdesak dan lebih kepada emosi semata-mata
Mei 2, 2009 pada 6:37 pm
pemerhati
yaa..we hv to pull the ‘evilness’ out right from the root..hancur pencacai!!
ustaz, do ur best
we are always with ulama’
Mei 2, 2009 pada 7:31 pm
ahazeman
ustaz Nik Abduh…. Belajarlah cara Rasullullah menghadapi pencacai pengampu yang cuba merosakkan Islam dari dalam…. Istikharah dalam setiap tindakan… sesungguhnya tiada panduan sebaik baik panduan dari Allah… akal fikiran idea sendiri… tidak akan setanding petunjuk dari Allah…. seikhlas mana pun kita dalam berpandangan.
Mei 2, 2009 pada 8:24 pm
aicik
Tidak ada orang yg mempertikaikan kemampuan ulamak memerintah dan sesungguhnya itulah sebaik-baiknya. Namun ulamak juga manusia biasa dan seorang ulamak yg zuhud adalah ulamak yg tidak meninggi diri.
Setahu saya, memanggil atau melabelkan seseorang dengan panggilan yang mengaibkan seperti mi celup, ubat tamat tempoh atau apa saja di larang dalam Islam. Lebeh-lebeh lagi berniat untuk mengaib atau merendahkan martabat seseorang individu.
Dan sdr Nik Abduh juga menulis tidak secara terus terang yang mana tulisan beliau boleh juga menimbulkan fitnah atau memecahbelahkan jemaah. Dan ini juga di larang dalam Islam. Masih ramai ahli-ahli PAS khususnya yang tidak mendapat maklumat yang benar-benar telus dan akibat dari tulisan sdr Nik Abduh maka kebanyakan dari ahli-ahli PAS berada dalam situasi yang serba salah dan juga berbalah.
Dan ada yang tergamak mengelar sesiapa yang menghalang atau tidak bersetuju dengan muzakarah bersama UMNO sebagai munafik!. Siapa yang munafik?. Yang berceramah di atas pentas menghentam UMNO dan di beri bermacam-macam gelaran yang mengaibkan tapi di keesokan harinya duduk semeja berbincang untuk berkongsi kuasa!.
Saya amat yakin tidak ada sesiapa pun yang ingin mengenepikan ulamak sebagai pemimpin PAS. Tapi tidak layakkah bagi golongan professional atau selain dari itu untuk menjadi pemimpin dalam PAS?. Bukankah slogan PAS, ‘PAS FOR ALL’?. Bukankah PAS selama ini begitu berbangga dengan kemasukan golongan professional dan korporat-korporat ke dalam PAS tapi bila golongan ini tiba-tiba menjadi pilihan sebilangan ahli, maka golongan ulamak merasakan mereka bakal di ketepikan?.
Siapakah yang mula-mula mencetuskan isu ada dua puak dalam PAS?. Siapakah yang memlabelkan ‘puak erdogan’ dan ‘puak pro muzakarah’?. Cuba perjelaskan punca kepada situasi ini. Dan juga ingin saya tanya ikhlaskah PAS dalam Pakatan Rakyat?. Ikhlaskah PAS dengan PKR mau pun DAP?. Ikhlaskah?. Adakah PAS merasakan bahawa kemenangan PAS yang besar dalam PRU12 baru-baru ini semata-mata undi ahli PAS?. Berkata benarlah walau pun pahit!. Kenapa persoalan ini saya lontarkan kepada PAS tidak kepada PKR atau DAP?. Ini kerana perlembagaan PAS adalah yang terbaik dan PAS membawa satu imej yang islamik berbanding dengan parti-parti yang lain. Dan dengan imej tersebut sepatutnya PAS menjadi contoh untuk di lihat oleh orang-orang lain bahawa Islam itu indah dan adil.
Mei 3, 2009 pada 12:09 am
Aiwan
saya sokong cara tulisan Nik Abduh yang boleh dianggap sebagai ” penguatkuasa ” PAS. Cuba renung ceramah Akil Hayy berkenaan penguatkuasa JAWI sebagai analoginya..
kalau ada ahli atau penyokong PAS yang tidak setuju dengan maksud tulisan Nik Abduh ni, saya sarankan agar anda semua keluar daripada PAS dan tubuhkan parti Islam sendiri kemudian laga-lagakan pemimpin anda sendiri hingga terlondeh seluar dalam sendiri kemudian sama-sama ketawakan kebodohan diri sendiri !
saya tak akan memohon maaf atas kenyataan saya ini.
Mei 3, 2009 pada 3:59 am
Arif
Oklah.. tak perlu cerita panjang lagi.. saya bersetuju dengan hasanbasree.
Mei 3, 2009 pada 4:30 am
Arif
Korang2 yang duk komen pasal husam ni apa kes!! …Pada saya la, nasib baik la ada orang macam Husam ni.. boleh la jugak ditonjolkan kepimpinan muda PAS yang lebih bijak, lantang dan pragmatis. Kena bersyukur la sikit… kecuali la dia ada buat salah besar kat parti. Takkan sebab dia popular, kita nak hentam dia pulak. Takkan nak tiru macam UMNO kot. Ada yang berkaliber dan berpengaruh skit, nak ditendang. Masalah ni beb…
Mei 3, 2009 pada 8:31 am
Arif Ipoh
Betul..menuduh orang tanpa bukti dan fitnah nerakalah tempatnya..contohnya tulisan-tulisan yang diatas menuduh mana ulamak yang tak sehaluan ..dipanggil Ulamak suk (jahat)..
Adakah anta rasa syurga dah didalam gengaman ke..?Hanya Ulamak yang ada chop PAS sahaja yang akan dimasukan syurga.?…mana-mana yang tidak sependapat masuk neraka..spt. Mufti dsb…
Juga kalu diteliti dari penulisan dan komen-komen extream diatas..1/2 daripada orang yang mengelarkan ulamak PAs akan ke Neraka.. tak takut ke..disini aku orang biasa tarbiah anda supaya bertaubat..politik-politik juga..kuasa bukan objektif bagi yang benar-benar dapat memahami siapa ulamak….mereka yang bukan ulamak atau ulamak mi celup ni kuasa adalah yang utama…dan mengikut kaedah “machiveli”..kaedah menghalalkan cara..asal dapat..wassalam.
Mei 3, 2009 pada 12:40 pm
waksirbesut
Saya setuju dengan pendapat saudara Arif dari Ipoh. Benar bagai dikata: “KALAU KITA BERPOLITIK JANGAN SAMPAI CEDERA PERPADUAN, CEDERA AKIDAH”…”JANGAN TERLALU TAKSUB DAN DUNGU KELAK HANYA MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI” Wassalam..
Mei 3, 2009 pada 11:10 am
RadioAtok
Tuan-Tuan Semua,
Tulisan Nik Abduh adalah berasas dan memang terbaik selepas merdeka. Dia menulis apa yang terjadi dan apa yang patut PAS berubah. PAS memandang orang bukan ahli PAS macam tak ada pedoman. Jangan hentam top managment PAS sangat, kita kena lihat penyokong PAS yang di bawahan pun ada yang tak berapa boleh pakai. Orang melayu perlu bersatu bukan bergaduh dengan fakta-fakta tak realistik. Sekian terima kasih wassalm.
Main blog : http://www.funtoosurf.com
Mei 3, 2009 pada 11:52 am
Wan Sham
Salam hurmat, saudara Nik;
Saya amat bangga dengan tulisan dan luahan jujur saudara. Saya bersyukur kerana masih ada ramai orang PAS yang waras dan sentiasa berfikir demi keamanan Negara dan perpaduan Rakyat yang berbilang bangsa ini. Demi Agama, bangsa dan Negara maka saya sentiasa berdoa dan berharap agar niat kita demi perpaduan ini di restui Allah SWT.
Mei 3, 2009 pada 12:06 pm
hidup melayu.
salam.takbir.jus tok guru memang bagus.
Mei 3, 2009 pada 12:36 pm
waksirbesut
Apa yang dijelaskan oleh Ustaz Nik Abduh adalah berani dan benar. Sebagai orang Islam yang beriman beliau telah melakukan sesuatu yang haq. Seperti juga ahli-ahli politik yang lain, beberapa pemimpin politik dalam PAS hanya manusia biasa yang banyak kepentingan diri yang disembunyikan. Depan cakap ugama belakang penuh dengan dosa. Dosa kepada seasama umat, dosa sesama manusia dan dosa kepada Allah dan Rasul. Mereka menjadi “hantu” perjuangan politik bukan pejuangan di jalan Allah. Saya sokong kepimpinan ulamak dikekalkan. Jika tidak PAS akan musnah dan menjadi fasik seperti parti-parti lain yang bergabung dengan PAS dalam sebuah pakatan antara Islam dan munafik. Hidup Ustaz Abduh. Pemimpin Islam sebenar.
Mei 3, 2009 pada 1:23 pm
paktuan
Salam Takzim,
Saya melihat pendekatan yg saudara lakukan dalam memberi penerangan kpd rakyat semua parti di Malaysia kelihatan lebih disiplin, tertib, berstrategi, berakhlak dan bakal menarik perhatian lebih ramai rakyat yg selama ini disogokkan dgn ceramah2 berbau maki hamun dan blog2 hujah yg dicemari dgn fitnah terlampau. Seolah2 sebaik sahaja menjadi ahli PAS, maka syurgalah tempatnya… setelah yakin mereka2 ini sudah diiktiraf sbg “ahli syurga”, maka berperananlah golongan “ulama mi celup’ aka mi segera ini berdegar2 bersyarah kpd yg bukan ahli yg meraka anggap dan gelar sbg “ahli neraka jahanam”.
Rakyat atas pagar meluat dan mual sebenarnya melalui pendekatan yg ekstrim dan lebih menjurus kpd tarbiah menjadikan mereka rakyat yg terkurang ajar, biadab, rendah akhlak atau lebih spesifik lebih teruk dari sifat pemimpin BN yg dilaknati selama ini oleh orang2 PAS.
Cara saudara lebih kpd mengajak rakyat bersama2 menyelami permasalahan realiti sebenarnya yg berlaku dan perlahan2 rakyat yg sebelum ini tidak pernah mengenal saudara mula menjadi peminat tersembunyi secara peribadi atas hasil penulisan saudara. Dari situ peranan menarik rambut dari dalam tepung dapat dilakukan secara berhati2 dan hasilnya pasti berjaya, insyaallah.
Inilah gaya pemikiran orang muda yg dimahukan oleh rakyat, yg memberitahu hal sebenar dan tidak hipokrit umpama menyembunyikan keburukan dalaman sendiri sambil menembak keburukkan orang lain bak “sweep the rubbish under the carpet”. Tidaklah saya hendak menyamakan keberanian saudara sehingga setaraf dgn Saidina Hamzah pahlawan terbilang di zaman Rasullullah s.a.w., tetapi ciri2 sifat beliau sememangnya ada pada saudara.
Tahniah! Teruskan stail penyampaian dengan gaya saudara, bukan bermakna kita membuka pekung bertujuan mengaibkan sesiapapun tetapi sekadar menyedarkan mereka2 yg berlagak alim tetapi “mulut berbau najis”. perbetulkan diri sendiri dulu baru boleh melangkah sebagai idola yg akan dicontohi oleh rakyat semuanya.
Dalam hal ini, gaya pemikiran dan ilmu saudara nampaknya lebih “advance” dari “ulama-ulama” yg berserban besar di atas kepala tetapi isinya sekadar mesin fotostat semata2! Diusung ke hulu ke hilir berlapikkan ayat2 suci yg dihafal dan dilacurkan sesuka hati.
Seikhlasnya, saya mula mengkagumi keperibadian saudara dan keluarga saudara walaupun hati ini masih membentak dan tetap tak bersetuju dgn ulasan celupar ayahnda saudara mengenai “Allah Gedebe”, “Allah Samseng”, “Allah Mencarut” (walaupun itu adalah stail biasa dialek fahaman rakyat Kelantan) dan mengenai “Nabi juga mengamalkan Kroni” ketika mempertahankan biras saudara sedikit masa lalu.
Teruskan berhujah dan insyaallah saya akan mengikuti setiap tulisan saudara dengan penuh keinsafan. Memang pahit dan perit apabila bercakap mengenai kebenaran dan kita akan disanjung apabila kita bercakap bohong.
Pelik sungguh!
Mei 3, 2009 pada 1:34 pm
Md fuad
Sokong jawatan no.1 dan 2 dikalangan ulama kerana apa2 terjadi antara 2nya saling menampung dan menjadi kepala kpd umat. Zaman Rasulullah SAW yg paling kanan ialah sy. abu bakar,omar,…Selepas ketiadaan nabi siapa yg pimpin..? Lain2nye jwtn naib P n dll gbgn ulama n profesional…
sokong kepimpinan ulama dan profesional….
Mei 3, 2009 pada 2:11 pm
AJK UMNO Selayang
sombong & bodoh sombong.
angkuh.
biadab.
tiada adab.
pemecah-belah parti.
mendatangkan masalah kepada kawan2 sesama parti.
menimbulkan syak yang tiada faedah.
memberi peluru free kepada musuh.
tidak matang.
manggok.
itulah nik abduh.
macamana jadi timbalan ketua pemuda pun tak tau lah…
Mei 3, 2009 pada 3:20 pm
tok iskandar
Sedap mulut kau aiwan nak suruh kami keluar PAS.Melihat butiran tulisan aiwan ni…..iras-iras cybertroopers umno.media totok umno sekarang sedang giat berusaha melaga-lagakan PAS agar jadi lemah.
Isu ulamak atau profesional jadi pemimpin PAS dijadikan sensasi.
Ulama atau profesional,kedua-dua golongan ini pernah menjadi Presiden PAS.
Tok tertarik dengan Shah Alam yang memilih Presidennya dari kalangan ulama dan timbalannya dari kalangan profesional.manakala 2 naib presiden adalah golongan ulama dan satu dari kalangan profesional.
Dalam Islam kita tak boleh menghina orang lain apatah lagi menuduh orang tanpa bukti.
Terpulanglah kepada ustaz nik abduh nak meminta maaf atau tidak.
Mei 3, 2009 pada 3:28 pm
tok iskandar
UMNO sekarang makin lemah,goyah dan menunggu masa naj rebah.
Pemimpin UMNO takut PAS menjadi pilihan kaum Melayu menggantikan UMNO.
Profesional atau Ulama,kedua-dua golongan ini sama-sama menguatkan PAS
Jadi untuk melemahkan PAS,dilaga-lagakan kedua golongan ini.
Gandingan 2 M,Mahathir dan Muhyiddin bakal menghancurkan kepimpinan Najib yang pernah dianggap lemah oleh mahathir satu ketika dulu.
Jika pakatan dan kompromi mereka menjadi,Mukhriz akan jadi PM selepas Muhyiddin.Kalau menunggu najib letak jawatan PM,sudah tentu penggantinya selepas itu adalah sepupunya sendiri Hishamuddin.
Spekulasi ini bertiup kencang di kalangan ahli UMNO sendiri dan kelantangan mahathir bersuara menidakkan kata-kata najib menguatkan lagi spekulasi ini
Mei 3, 2009 pada 3:54 pm
tok iskandar
Sekadar renungan semua
Mustafa Mashhour menjadi Murshidul Am Ikhwan Muslimin pada tahun 1996 sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Kekasihnya Yang Maha Berbelas Kasihan pada bulan November 2002. Beliau berumur 81 tahun ketika itu.
Pada tahun 1943, beliau mendapat ijazah sarjana muda sains dan pernah berkerja di Jabatan Meteorologi Mesir.
Perjuangannya menegakkan Islam menyebabkan beliau masuk keluar penjara. Pada tahun 1948, beliau dipenjarakan hingga tahun 1952. Pada tahun 1954 beliau dijatuhkan penjara 10 tahun. Pada tahun 1965, sekali lagi beliau dipenjarakan hingga tahun 1971.
Mei 3, 2009 pada 3:56 pm
tok iskandar
Adakah sesiapa yang berani menggelarkan mustafa mashour ulama mee celup?Sumbangan beliau terhadap ikhwanul muslimin juga besar.
Mei 3, 2009 pada 4:00 pm
tok iskandar
tok ambik petikan tu daripada blog penarik beca dan ini keseluruhannya
Di Pakistan, Qazi Hussain Ahmad (gambar di sebelah ketika beliau ditangkap polis Pakistan) menjadi Ameer Jamaat-e-Islami dari tahun 1987 sehinggalah 31 Mac lalu apabila beliau enggan dipilih lagi sebagai ketua atas sebab-sebab kesihatan. Ketika beliau menjadi Ameer Jamaat-e-Islami, kempen keanggotaanya berjaya menambah sehingga 4.5 juta ahli baru dan Jamaat-e-Islami semakin merakyat.
Sama seperti pejuang Islam lain, beliau juga berkali-kali ditahan oleh kerajaan Pakistan kerana perjuangannya. Beliau diharamkan masuk ke Mesir pada tahun 2007. Sebelum itu, pada tahun 2004, beliau diharamkan masuk ke 25 negara Eropah.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang geografi dari Universiti Peshawar.
Pengganti Qazi Hussain sebagai Ameer Jamaat-e-Islami ialah Syed Munawar Hasan. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang sosiologi dan pengajian Islam dari Universiti Karachi. Beliau juga bukan seorang ulama.
Sebelum menyertai Jamaat-e-Islami, beliau pernah menjadi presiden National Students Federation (NSF), sebuah badan pelajar berhaluan kiri.
Pagi ini saya memutuskan bahawa Ikhwan dan Jamaat bukan parti Islam kerana pernah berketuakan bukan ulama. Jika kedua-duanya parti atau gerakan Islam, Presiden dan timbalannya mestilah seorang ulama
Mei 3, 2009 pada 5:52 pm
Tudung Bawal
Entah lah………………
Kepimpinan Ulamak dalam PAS perlu dipertahankan. Segala kekurangan Insyaallah akan boleh di tambah.
Mei 3, 2009 pada 8:44 pm
bangjoe
salam.
tahniah Nik Abduh kerana berani menyatakan kebenaran.Pengaruh Anwar telah menular dalam PAS.Kini giliran Pas pula akan digoncang setelah UMNO di harubirukan oleh AI.Dua-dua lemah …………senang lah kerja DIA nak jadi apa pun………
Mei 3, 2009 pada 10:52 pm
abu ammar
Salam…
Isu ini begitu menarik….masih pans lagi….
Apa pun isu pokoknya – telah berjalan usaha untuk memusnahkan kepimpinan ulama’ dalam PAS. Sama ada dilakukan oleh orang PAS sendiri atau pihak luar yang memperalatkan orang Pas.
Sebagai pemerhati..sebahagian usaha telah mencapai hasil
1. Presiden Pas TGHH mula dilihat tidak berwibawa…
2. Kepimpiann presiden tidak mendapat sokongan semua AJK PAS…
3. Dua Tok Guru dilagakan…bidasan tajam kepada TGNA kpd TGHH amat jelas sebagai bukti kejayaan awal ….
4. Lojiknya amat mudah..untuk memusnahkan PAS…pemimpin utamanya mesti dimusnahkan reputasinya seperti pembangkang buat kat Pak Lah atau Najib. Modus operandi yang sama digunakan. Menang licik.
5. Daripada respond semasa…nampaknya isu utama tidak difahami tetapi lebih kepada perbahasan isu cabang.
Apapun ustaz dan penyokong PAS..kita akan lihat PAS akan dilemahkan dari masa ke semasa….dan musuh2 PAS tahu PAS hanya boleh dilemahkan melalui ahli2nya bukan oleh pihak luar.
Menariknya..usaha itu masih berjalan dan terus berjalan…
Mei 3, 2009 pada 11:20 pm
aiekelate
Salam dari anak kelantan..
Kenapa berbicara pasal individu yang memimpin? Kenapa tak berbicara pasal idea untuk memimpin dan bagaimana untuk melaksanakan idea yang dibawa oleh pemimpin? Peliklah aku dengan masyarakat sekarang. Individu boleh mati. Takkan kekal. Kebanyakan yang diperbincangkan adelah yang bersangkut dengan peribadi dan hal-hal berkaitan pemimpin. Itukah perjuangan kita? Kenapa kita tidak bersatu padu untuk mengangkat dan melaksanakan idea pemimpin ini dalam satu saf dan memperjuangkannya mengikut rentak kita sendiri melalui acuan idea dan amalan dari Rasulullah itu sendiri? Mungkin kita terlalu pokus kepada nak mengukur iman masing-masing sampai kita terlupa bahawa bagaimana nak mengukur halatuju perjuangan sampaikan kita selalu bergaduh sesama diri. Kau kata aku, aku kata kau balik..ade yang sampai tidak berkata-kata..Sifat manusia yang buruk inilah yang akan merosakkan perjuangan parti yang tulen. Nilai ukuran iman itu biarlah Allah yang tentukan. Yang penting sekarang adalah laksanakan idea yang dibawa oleh pemimpin. Itu saja bukannya susah sampai nk bercakaran sesama sendiri kerana kelemahan manusia itu yang tidak dapat dibendung. Sekuatnya eloklah kita elak dari berbicara soal individu kerana ia boleh membawa fitnah.
Sememangnya kawe sokong Nik Abduh kerana idea dan pendapatnya bukan kerana diri dia. Ideanya baik untuk sekalian penyokong PAS dan diri kawe. Tetapi janganlah serang dia dengan kata bodoh atau apa-apa kerana itu takkan membawa apa-apa kebaikan kerana kita hanya perlu menilai sahaja. Bukannya sampai menyerang diri dia. Kita bercakap soal idea dan pendapat, bukannya nak mengata dia. Yang buruk kita buang yang elok kita ambil dari pendapat dan idea dari Nik Abduh. Bagaimanalah nak mengangkat martabat Islam kalo pandangan hanya tepu pada keburukan sahaja. Jangan ingat semua perkara atas dunia ni takda keburukan. Itu sahaja.
Mei 4, 2009 pada 7:33 am
Anak Muda PAS
Ini publisiti murahan nik abduh….akhir2 ini ramai golongan profesional islam mendekati PAS. Golongan ini bukan saja mendapat tempat di hati pengundi dalam masa sama menjadi idola kepada ahli PAS. Golongan ustaz muda yang mengelar diri ulamak merasa tertekan/iri hati dengan perkembangan ini. Justeru melempar pelbagai tuduhan tak berasas kepada golongan profesional muda dalam PAS. Soalnya;
1. Siapa yang hendak runtuhkan kepimpinan ulamak? Kita ada musyidul am, dewan ulama….
2. Siapa yang terdesak publisiti perkara ini?……buka masalah untuk tatapan umum
Saya risau kesan mendatang…..ahli muda profesional yang baru mendekati PAS mendapati parti ini sama seperti UMNO-berpuak, ada kepentingan pribadi, ada ulama mee celup, mee goreng……kelak mereka akan jauh hatti untuk bersama PAS……..jadilah PAS seperti tahun era 70an ddan 80an…..parti PAK LEBAI…..orang kampung.
Harap pimpinan PAS bijak buat keputusan……jadilah ulamak yang dapat berdakwah serta mendekati golongan muda kepada perjuangan islam…..
Mei 4, 2009 pada 2:21 pm
SET REPEK
bakal mursyidul am pas era baru…TRUSKAN USTAZ ABDUH…KAMI MEYOKONG MU…
Mei 4, 2009 pada 2:45 pm
akhi
minta semua yang nak komen baca posting ust nik abduh dari mula sampai akhir, hayati dulu jangan terus komen ikut sedap rasa… yang diharapkan kesatuan jemaah dan pendokong pas pada asas Islam, bukan kerana arus semasa yang memihak pas… bila datang arus lain terikut- ikut dengan arus itu pula… sahabat2 ameno kalau tak reti perjuangan islam tak yah gatal nak komplen… menampakkan kebodohan anda saje… mapuh lah ameno….. takbir…
Mei 4, 2009 pada 2:48 pm
sokongabduh
Salam, Ust Nik Abduh,
Pedulikan dia org yg tak paham2 tu… PAS tak memerlukan org seperti mereka. Buat saja perkara yg ust rasa betul mengikut gerak hati ustadz.
Mei 4, 2009 pada 3:11 pm
zids
“Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat. ”
“Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata.”
Maaf ustaz, sukar untuk saya katakan tiada unsur keangkuhan dalam ayat-ayat di atas.
Kita semuanya ada kelemahan. Dan kelemahan itu, jika betul-betul ada, elok ditangani secara berlemah lembut. Melalui saluran yang betul.
Jika kelemahan itu api, lawanlah dengan air. Bukan melawan api dengan api.
Jangan biarkan musuh kita bertepuk sorak kerana kita melabelkan orang lain dalam jemaah kita itu dan ini.
Ke mana perginya menerima pendapat dan kritikan dengan berlapang dada?
Ke mana perginya ungkapan “yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri?”
Mei 4, 2009 pada 6:05 pm
rez
Salam saudara …
soalan pendek dari saya …
1) saudara mengatakan mendapat cerita dari org yg diyakini. Benarkah berita2 itu? Kalo setakat dengar dari org lain, mungkin saudara pun sudah ditipu oleh pembantu2 saudara …
2) saudara yg menuduh pembantu ayahanda saudara berang. Jadi, beban utk mengemukakan bukti adalah dari saudara, bukannya mereka yg dituduh …
Mei 4, 2009 pada 11:57 pm
Aku
sheikh makkal sakti tu sape? brader mata lebam ke? kalo fikir2 boleh jadi jugak sebab sbb 2 penghalang dia nak jadi pm…..UMNO dan PAS.. hancurkan dua2 ni senang dia nak jadi pM
Mei 5, 2009 pada 12:23 am
xlaparkuasa
golongan professional UMNO pn bule fikir, inikan pula golongan professional PAS..PAS berjuang kerana dasar Islam, PAS berjuang bkn kerana takut kalah..menang itu penting, tp prinsip itu 1st.
isu golongan professional jd takut xtimbul..yg takut tu hanya org yg gila kuasa sahaja atau org professional yg xprofessional sahaja..
Mei 5, 2009 pada 3:25 pm
sokongabduh
Zids n Rez,
Kalau kamu berdua tidak yakin dgn ustadz tak ape… no problem, org lain yakin dgn ustadz… Siapalah antum berdua, hendak berhujah dgn ustadz..?
Eloklah cermin diri dahulu….
Wassalam
Mei 7, 2009 pada 10:31 pm
zids
sokongabduh,
Jadi apa2 yang dikatakan ustaz nik abduh itu semuanya semestinya betul, begitukah?
Orang yang tidak bersetuju dengan caranya tiada hak mengkritiknya, begitukah?
Saya ulangi soalan saya,
Ke mana perginya menerima pendapat dan kritikan dengan berlapang dada?
Ke mana perginya ungkapan “yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri?”
Mei 5, 2009 pada 6:03 pm
ahmadhadeed
Assalamualaikum
Pertamanya saya ingin mendoakan agar saudara akan di kurniakan Allah s.w.t dengan ilmu yang berlempah ruah dan hidayat yang berterusan. Saya juga medoakan agar setiap fikrah saudara di dalam blog dan ucapan umum diterima oleh Allah sebagai ibadah dan sudah tentu anda akan di soal di hadapan Allah swt nanti dengan setiap fikiran yang anda lontarkan. Namun jangan takut mengharungi perjuangan menegakkan kebenaran kerana kebenaran Islam itu ada unsur fitrah insan yang boleh di terima oleh semua insan bertaqwa. Katakan lah kebenaran walaupun ia pahit. Saya ingin memetik kata kata ulama yang hebat imam Ahmad ibn Hambal yang mengatakan apabila fitnah sudah jatuh keatas ummat Islam saperti jatuhnya hujan dari langit.”Kalau aku tidak mengatakan yang benar, siapakah lagi yang akan mengatakannya”. Diharap ini jua pegangan anda selain Quran dan Hadeeth.
Mei 5, 2009 pada 9:56 pm
acin
Salam kebenaran.
daripada apoa yang saya lihat,masih ramai pengkritik yang belum dapat memahami mesej yang nak disampaikan oleh al-fadhil ustaz.mungkin ada sesetengah pengkritik hanya membaca artikel ini sahaja.sebab tu tak berapa nak kenal dengan ustaz nik abduh.Lihat lah idea-idea yang dilontarkan oleh ni ustaz dalam artikel yang lalu sebelum mengkritik.saya rasa tak berapa kena kalau kritik membuta tuli tanpa ada neraca.walaupun saya tak pernah bersua dan mengenali secara dekat,namun sedikit sebanyak saya dapat kenal ustaz melalui tulisan beliau yang saya ikuti hampir setahun lalu.
Wallahua’lam
Mei 6, 2009 pada 12:16 am
Melawan Arus
Kata Ustadz Nik Abduh:
“Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.
Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.”
Jika kamu terus berbicara disini kamu hanya bermain dengan arus. Carilah punca arus tersebut dan bertanyalah sebenar benarnya……..kamu akan bertemu dengan apa yang kamu inginkan…..
Mei 6, 2009 pada 11:07 am
anas
JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN MEI 2009
Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
Tarikh: 15 Jumadilawal 1430H/ 10 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Kitab: Hashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Najmuddin al-Khered
Kitab: Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
http://pondokhabib.wordpress.com
Mei 6, 2009 pada 2:25 pm
samwan
Manusia yang menggunakan akal fikiran sudah tentu dapat mengeluarkan pendapat yang bernas dan bukan pendapat yang sia-sia.
Adakala, diam bukan bererti setuju atau takut, dan bising bukan bererti benar atau takbur.
Pandangan dan pendapat setiap manusia berbeza-beza, itu la keindahan makhluk ciptaan Allah yang bernama manusia.
Namun, jalan yang benar cuma satu. Sama-sama la kita mencari dan membetul diri kepada jalan yang satu ini.
Tegakkan hukum Allah. Selagi itu tidak dipenuhi maka banyak lagi azab atau bala bakal menimpa dikemudian hari.
Mei 6, 2009 pada 2:52 pm
kerja - kerja bodoh dalam pas « jangan mengalah…
[…] sumber ; blog Ust Nik Abduh […]
Mei 7, 2009 pada 9:42 am
PANGKAH PAS
Salam saya sgt setuju dgn tulisan NIk Abduh tu.. dah lama dah saya dok perhati dari luar ni.. nampak gayanya memang PAS memang sedang cuba diliberalkan oleh sesetengah pihak, yg di dalangi sebenarnya oleh musuh2 islam dan mereka yg munafik. Mereka ini cuma mementingkan kuasa daripada memikirkan tentang kesatuan ummah. Saya nak ckp direct la dato husam tu saya tgk muka pun saya dah boleh agak dah org yg mcm i memang gila kuasa.. berselindung disebalik TGNA. Dato husam ni sebenarnya terpengaruh dgn DSAI yg memang sah liberal pemahamanya yg dia pun dulu GENG UMNO DAN BN JUGAK.. Org yg mcm ni kita nak lantik jadi pemimpin PAS. Sorry la saya kalau Dato Husam jadi peminpin pas saya takkan pangkah pas lagi.. sebab saya tahu dia ni cuma akan ikut ckp anuar ibrahim bg menjamin tempat dia kalau PR menang. Nak kata pandai sgt tak la juga. Pandai cakap adalah…kata pakar ekonomi apalah dgn org kampung boleh la gebang… saya ingat kalau dpt jadi menteri pun tak kemana. Sorry la saya cuma nak nyatakan pendapat saya. saya tetap akan memoertahankan kepimpinan ulama’ dalam pas. Ulama’ sebenarnya mempunyai pemikiran yg lebih terbuka dan sangat lemah lembut, yg mana ini akan membuatkan org bkn islam lebih tertarik kepada pas.
Mei 7, 2009 pada 9:54 am
PANGKAH PAS
say syorkan dato husam baik masuk parti keadilan lepas tu p lan join dgn MIC, MCA dan DAP tu kalau UMNO nak masuk ajak diorang sekali buat la kerajaan 16 SEPTEMBER tu.. Dah lah melanggar etika dan prinsip islam, menghalalkan cara pulak tu. ada ke nak di belinya ahli2 parlimen BN, tapi sebelum tu kat ahli parlimen BN munafik la , kafir la lepas tu nak ajak masuk parti pulak.. ape kebendanya tu.. PAS ni bukan parti biasa mcm UMNO dan yg lain2 tu kita ada prinsip. AGAMA ISLAM teras dan rujukkan kita, kalau nak berpolitik kena berpandukan ajaran ISLAM bukannya berpandukan kehendak dan ARUS masa kini. MAjoriti tak semestinya betul kena ingat tu. Kalau MAJORITI nak tolak syariat islam ditegakkan di negara ni takkan kita nak sokong jgk atas alasan nak berkuasa. Ambil la contoh TGHH beliau saya lihat sgt matang dlm berpoltik. dan politik beliau bkn politik nak jadi MENTERI. TAPI POLITIK menyatukkan ummat islam di negar ini, itu pun puak2 dato husam ni tak paham bahasa, dok fikir dunia je….
Mei 7, 2009 pada 10:06 am
PANGKAH PAS
LAGI SATU PAS NI BUKAN UNTUK ORG KELANTAN JE… BUKAN UNTUK ORG KUAL KRAI, ORG KOTA BHARU ATAUPUN ORG BACHOK JE.. PAS NI UNTUK SEMUA.. JADI JGN LA DOK BERPOLITIK KENEGERIAN ATAUPUN LEBIH DIKENALI DGN POLITIK ASSOBIYAH NI. KALAU KELANTAN JE PAS TAK BOLEH NAK MERINTAH NEGARA NI.. KALAU NAK JADI TIMBALAN PRESIDEN ( NAK LAWAN PRSIDEN TAKUT KALAH) KEMPEN KENEGERIAN MACAMANA NAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI NANTI.. APA ORG KEDAH KATA NANTI TPM ASYIK KECEK KELATE JO.. KITA DALAM PAS NI KENA LEBIH TERBUKA DAN MERENTASI SEMANGAT KENEGERIAN.. BARU LAH BOLEH BERJAYA… KALAU NAK IKUT KENEGERIAN ORG KEDAH PUN NAK JADI PRESIDEN PAS… TAPI KITA MESTILAH MEMILIH TOKOH YG BENAR2 LAYAK. DAN TOKOH ITU MESTILAH SEORANG YG TINGGI ILMU DAN PERLAKSANAAN AGAMA ISLAMNYA, KERANA ISLAM SAHAJA YG MAMPU BERLAKU ADIL SEADILNYA.
Mei 7, 2009 pada 11:38 pm
BUDAK IPOH TIMOR
[…] Tulisan ini seharusnya berligar pada permulaan isu yang dicetuskan oleh Nik Abduh dalam blognya di sini dan disambungnya di sini. […]
Mei 8, 2009 pada 3:25 pm
ibnuhusain
Salam
Ustaz..
Mohon maaf jika su’u dzan ana ini lemah dan silap…
Ana merasakan ustaz telah sedikit terjamah umpan media rasmi umno..
ismahli..
Mei 10, 2009 pada 10:02 am
apai mogong anak jinggat
Tahniah kepada Ustaz Nik Abduh di atas pendedahan tersebut. Jangan hanya suka mendedahkan pekung orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan pekung. Jangan kata orang lain tamak, berebut-rebut sedangkan diri sendiri sama sahaja. Jangan kata orang lain munafaik sedangkan diri sendiri lebih munafik. Jangan kata UMNO berkawan dengan MCA berkawan dengan kafir sedangkan diri sendiri berkawan dengan DAP yang lebih kafir (Karpal = Langkah mayat saya dulu sebelum tubuhkan negara Islam), jangan kata orang UMNO masuk neraka orang PAS masuk syurga sedangkan Allah tidak pernah menjanjikan UMNO masuk neraka PAS masuk syurga, jangan kata orang lain tak hormat kepada orang alim (Ulama) sedangkan diri sendiri menghina Ulama sendiri yang dulu disanjung dan dipuja dan jangan kata orang lain dengan kata menghina sedangkan diri sendiri belum tentu mulia.
Kesedaran oleh Ustaz Nik Abduh sepatutnya disokong bukan dicerca. Jika yang dikata Ustaz Nik Abduh fitnah semata kenapa ramai yang melenting. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas. Semoga Ustaz Nik Abduh berada dilandasan yang betul dan menepati kehendak Islam, tegur yang buruk dan salah walaupun menyakitkan.
Wassalam.
Mei 10, 2009 pada 10:46 pm
HATI2
taniah , nik abduh kerana berani bercakap benar..mana anak tak sayang bapa…..kekadang pemimpin tak sedar apa yang dilambong olih pebantu2ni,tulah akhir zaman ALLAH DAH BERFIRMAN GULONGAN MUNAFIKLAH YANG AMAT BAHAYA DARI ORANG2 KAFIR,KAFIR DAH TENTU MUSUH KITA,ORANG MUNAFIK KITA BELUM PASTI…….DAN BERJAGA PUAK INI DAH MULA MASUK……DALAM PAS
Mei 10, 2009 pada 10:55 pm
dinderaman
salam perjuangan,
Meskipun kalah dalam pertandingan, istiqamahlah dalam perjuangan. Bila matlamat perjuangan menjadi sasaran, takhta dan harta bukanlah buruan. Bila harta dan takhta menjadi buruan, perjuangan akan tersasar dari matlamat…..selamat berjuang…masih banyak kerja yang belum selesai!!!
Mei 15, 2009 pada 10:22 am
khairi ali
assalamualaikum Ust.,
Banyak bersabar ya! Tak kan ust percaya bahawa ulamak sebesar TGNA dan TGHA pun boleh dipermainkan… oleh orang-orang yang bodoh pulak tu!
Sabar ya Ust. Saya nampak ust ni ada potensi, punyai niat jujur, kental nak tegakkan Islam. Betul la tu… tapi jangan tulis ketika marah. Saya tak apa, sebab saya tak ada apa-apa… Orang marah ke, saya marah ke, tak ke mana semuanya.
Saya sanjung Ust kerana anak TGNA. Percikan ulamak tu pasti ada. Tapi pandai-pandai la bawa diri. Ambil yang baik dan buangkan yang buruk. Tak salah tu. Bahkan itulah sifat ulamak, tahu pilih yang baik dan boleh buang yang keruh…
Barangkali dalam politik ni tak gitu pulak… mesti senantiasa tegas, berani, walau pun terpaksa berkasar sikit.
Walau apa pun, apa yang sebenarnya berlaku? Pening la member-member saya semo. Kejap terima Government Unity, kejap tolak. Ai, Jun dah tak berapa hari lagi… Besar perjudian government unity ni(ni berdasarkan maklumat yang saya terima la)
Mei 19, 2009 pada 11:04 am
HATI2
Ustadz,
Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. TERUSKAN MEMANDU DAN MEMIMPIN AYAHNDA TGNA AGAR TIDAK DIPERMAINKAN OLEH PEMBANTU BELIAU YANG BERKEPENTINGAN. Maklumlah, PAS sekarang sudah mula mendapat perhatian rakyat.
Mei 19, 2009 pada 12:38 pm
abu huzaifah
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja – kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
La Tahzan Ya Ustaz
Saudara lbih memahami ayanda saudara
Jun 17, 2009 pada 11:42 pm
hamba
Salam… semoga Allah memberkati ustaz sekeluarga… Kami akan terus menyokong & mempertahankan para ulama… menyokong & mendokong para pewaris nabi ini… mereka tetap dihati-hati setiap kami.. Semoga mereka yg menabur benih-benih perpecahan segera bertaubat atau nyah segera..
“Kesejukan kasih sayang-NYA semoga selalu menerangi hari-hari anda dengan kebahagian”
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Jun 25, 2009 pada 12:26 pm
bidukberlalu
aku nak tanya: siapakah yang maksum? haa, tahuu, hanya rasulullah sahaja. pastinya sesiapa pun boleh buat silap, kesilapan, silap mata dan kesalahan. kadang kadang pendapat kita hari ini elok, tapi belum tentu elok dan benar esoknya… so, kalau ada orang menggesa dan mengajak kepada perpaduan, kebaikan, pemuafakatan, salahkah menerimanya? oo di kira mereka yang ajak itu kufurkah/kafirkah/zalimkah makan kita wajib menolaknay. kemudian apabila kita dalam suasana lain, tertentu misalnya perang, huruhara, kita akan jilatbalik penolakan itu kerana sangat benarlah berpadu, berbaik, bersangkabaik, berpikiran lapang….
haa. bagi ana lah … budaya hanya kita yang benar, lebih benar , benar hanya kita yang betul, islam, muslim, orang lain musuh kita semua kafir/kufur, jahat bangat, bahkan tidak ada satupun kebaikan pada orang lain, hanya kerana mereka musuh kita.
aku tahu semasa aku di form 6, aku sering menghadiri kuliah di masjid rusila , hari jumaat… entah bagaimana,,,, aku ternampak… semasa nak solat tu ada sorang saudaralah menegur aku supaya buang darah pada baju aku… akupun segere pi basuh.. akuambil wuduk semula,.. aku ternampak 3 orang berpakaian seperti orang berpakaina ihram, secara bertiga, di saf / tempat tinggi, dibelakang tuanguru hj hadi, turut bersolat… selain itu mereka bertiga mengenakan biji tasbih yang besar sebesar biji bola membelit tengkok mereka. siapakah mereka,, orang biasakah, para syeikh, khadam, jin islam, atau siapa? aku tertanya siapa lagi yang melihat? atau semua orang tahu itu? atau aku sorang sahaja yang tahelah terlihat/ diberikan penglihatan itu?
Oktober 23, 2009 pada 3:28 pm
penjaga cc
Salam..
Ustaz, hati saya benar-benar gelisah dengan statement terbaru Tok Guru Nik Aziz. Adakah kerja-kerja bodoh ini telah bermula kembali?