Salam Kamunting,
Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul – betul berang dan marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul – betul berang dan marah dengan tulisan saya.
Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua, sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.
Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang merungkai.
1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?
Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh. Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.
Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan yang di nanti.
Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti. Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-65 ).
Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.
Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru. Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti. Jikalah kita pemilik undi kualiti..
Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang bertaqwa.
Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah. Allah memegang hati setiap manusia.
Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu. Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.
Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di dalam perjuangan baginda. Di dalam negara kita, akan ada sekelompok bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam sendiri.
Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.
Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Samada mereka mendaftar sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS. Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.
Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.
Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada didekati adalah tuntutan sepanjang masa.
Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong pemikiran mereka.
Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini. Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99% adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.
2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP sendiri?
Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya? Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah dengan hanya menjauhinya? Sedang anda memerlukan orang UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.
Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?
Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali – kali. Adakah kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?
UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam. Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti. Saya kata, DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka berkuasa?
Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati – matian bertempik – tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan ( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?
Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang – orang yang beriman.”
Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan.
Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang – panjang.
Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah? Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran, ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian ) memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?
Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas, insya Allah. Sekarang saya malas.
Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.
Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik perang? Nak tak nak? Hah..?
Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada pelajaran.
Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti demi perjuangan yang lebih suci.
Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku HAMAS semakin kuat.
Begitu politik damai!
PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik buat semua pejuang Islam.
Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai – pandailah pemimpin kita bawa diri. Struktur parti PAS gagah untuk membuat keputusan. Saya yakini.
UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS untuk bukan Islam juga.
3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat? Kita pengkhianat rakyat?
Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam. Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.
Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha – usaha membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya ( maqasid ).
Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu penegasan semula atas jaminan sebelumnya.
Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan. Di dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.
PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.
Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.
Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.
4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?
Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud persefahaman, saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku, saya tak tahu.
Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.
5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS – UMNO berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?
Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya? PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli bangkit melawan.
Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda bila datang keredhaan.
Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang memahami perjuangan.
Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.
72 comments
Comments feed for this article
Julai 21, 2008 pada 11:52 am
DoWell
Salam ustaz,
Alhamdulillah ana mungkin yang pertama beri komen dalam post terbaru ustaz ni. Maaf jika ana kurang beradab. Penjelasan ustaz terang dan jelas. Terima kasih ustaz. Bagi ana yang jahil ini ana berpendapat yang UMNO memang perlu diberi peluang untuk bermuzakarah dengan PAS selagi pokok perbincangan tidak lari dari persoalan akidah dan perjuangan bangsa. Biarlah apa orang nak kata, mereka ada lidah dan akan dipertanggungjawab dengan apa yang mereka katakan di hadapan Allah nanti di hari Mahsyar.
Namun ana agak terkeliru sedikit dengan maksud yang cuba disampaikan oleh ayahanda ustaz dalam wawancara dengan Harakah baru-baru ini. Tok Guru Mursyidul Am seolah-olah ingin mengambil jalan yang lebih selamat dengan tidak mengadakan apa-apa rundingan dengan UMNO. Begitu yang ana faham kot.. Namun dalam temuramah dengan Tuan Guru Presiden pula menjelaskan lagi apa yang ustaz cuba jelaskan.
Saya masih terlalu mentah untuk memahami dan menghadam isu ini. Apa yang pasti ana menyokong seratus peratus tindak tanduk pimpinan yang pasti berlandaskan al Qur’an dan As Sunnah. Bukan berkitabkan Lord Reid dan bertunjangkan Ammarah.
Sekian.
Julai 21, 2008 pada 11:54 am
infogue
artikel anda :
http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/politik_damai
promosikan artikel anda di http://www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler.salam blogger!!!
Julai 21, 2008 pada 1:06 pm
saifudin
Sebelum PAS dihumban oleh UMNO pada pertengahan 1970an, mungkin beginilah hujah untuk kita mengadakan perundingan dengan UMNO. Mungkin kerana ini YAB Tuan Guru Mursyidul Am memberi amaran keras untuk TIDAK berunding dengan UMNO. Bagi saya, untuk UMNO faham dengan Islam, mungkin boleh dengan hilangkan kuasanya. Mungkin ini cara yang terbaik. MUNGKIN selagi mana ia belum hilang dengan kuasanya, selagi itulah tembok kefahaman Islam tidak dapat terjun ke diri mereka
Sejahat2 DAP mungkin ia tidak merelakan kezaliman berleluasa di Malaysia. Tetapi sebaik2 UMNO, ia merelakan Islam dikhianati.
Bagi ana, daripada kita sibuk ‘memanjakan’ diri dengan UMNO, lebih baik kita ‘memanjakan’ diri dengan DAP. Jauhnya Islamaphobia dari DAP, mungkin akan menjadikan Islam & PAS lebih kuat.
Bagi ana DAP ini JAHIL, Tetapi UMNO ini DEGIL.
Setakat semalam, Pak Lah telah berjaya memberi kekeliruan kepada ahli-ahli PAS mengenai para pimpinan.
Bukan masalah boleh atau tidak perundingan dengan UMNO. Tetapi bagi ana, ana bersetuju dengan pandangan Suhaizan (dalam tranungkite semalam) yang mencadangkan supaya muzakarah UMNO-PAS diperbesarkan dengan menamakan “Majlis Perundingan’ yang melibatkan beberapa parti dan NGO-NGO. Malah ia lebih nampak telus jika ia benar2 untuk kepentingan Islam & Melayu.
Julai 21, 2008 pada 1:11 pm
Tok Guru
Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Jul 20, 08 | 8:58:52 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.
Membidas kenyataan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar harian hari ini, Exco kerajaan negeri Kelantan itu mengulangi penegasan bahawa PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Perdana Menteri mendapatkan ‘keldai’ korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.
Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin PAS yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin ‘decision-makers’ PAS telah tiga kali menemui beliau?
“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya.
Presiden Umno itu, kata Husam, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers’ – ‘pembuat keputusan’, walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu.
“PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah,” tegas beliau.
Selain memecahbelahkan PAS, Husam menjangka, antara matlamat politik jangka pendek yang hendak dicapai Perdana Menteri dengan pengumumannya itu ialah mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008 dan menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.
“Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan ‘Negara Islam’ yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004,” katanya.
Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan ummat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.
Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.
“Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional,” tegas beliau.
Sambil menyifatkan Perdana Menteri sudah pun mencapai maksud yang diharapkan pada darjah yang tertentu yang belum parah, Husam mengingatkan tugas utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.
“PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula,” kata beliau.
PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.
“Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji,” tegas beliau.
Jika PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk Umno menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan Umno dengan faham sekularnya yang merosakkan itu, katanya.
“Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama,” katanya lagi.
Tetapi itu tidak penting bagi Perdana Menteri, kata Husam, kerana dalam ketidaktentuan sebelum Disember ini, beliau memerlukan segala dahan yang ada untuk berpaut.
Pada waktu kepercayaan kepada kepimpinannya berada pada titik yang paling rendah, keupayaan pengurusan ekonomi yang hampir sifar, hala tuju negara yang amat kabur, keyakinan terhadap kemampuan membawa keharmonian pelbagai kaum yang amat rendah, kehilangan keyakinan terhadap institusi utama seperti kehakiman, polis dan jabatan Peguam Negara, Husam menyifatkan Perdana Menteri memang memerlukan PAS.
“Jawatan kerajaan yang mungkin ditawarkan oleh Abdullah kepada PAS tentulah bukan segala-galanya,” tegas beliau. _
Julai 21, 2008 pada 1:31 pm
rusly_islam
Ana sokong dengan kenyataan ustaz….mslh ada sesetengah org yang tak faham…tapi ana ingat ustaz, perjanjian hudaibiah dulupun ramai sahabat yang tidak setuju secara pribadi
Julai 21, 2008 pada 1:43 pm
chepirate
SALAM……
Ana rasa lebih jelas sekarang,pandangan positif ana mengena walau pun ada tersasar tapi tklah jauh sangat…..alhamdulillah!!!
inilah masa dan peluang yang pas boleh gunakan dan bagi ana inilah perjuangan,kerana perjuangan beriringan dengan ‘pengorbanan’
masaalahnya sekarang kita di momokan dengan pelbagai andaian,Antaranya
“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya.
Presiden Umno itu, kata Husam, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers’ – ‘pembuat keputusan’, walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu.
“PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah,” tegas beliau.
Selain memecahbelahkan PAS, Husam menjangka, antara matlamat politik jangka pendek yang hendak dicapai Perdana Menteri dengan pengumumannya itu ialah mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008 dan menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.
sepatutnya beliau(Husam)tidak mengeluar kenyataan begini yang boleh mengelirukan penyokong2 PAS(MACAMANA PRISIDEN BERCANGGAH DENGAN NAIB PRISIDEN……………di bimbangi ada semacam AGENDA lain,WALLAHUA’LAM)
Julai 21, 2008 pada 1:53 pm
chepirate
SALAM USTAZ,
Ana tak paham dengan saudara Saifudin,berpolitik umpama mengetat skru tayar ,jangan terlalu kuat sehingga tak buleh buka,dan jgnlah terlampau longgar sehingga merbahaya………….DAP & UMNO ADA BEZA
Julai 21, 2008 pada 2:41 pm
mazwandi
Ustaz. Janganlah malas tulis panjang2. Boleh ustaz lanjutkan lagi tafsir ayat 61 dan 62 al-Anfal.
susulan dari ayat 60 dan 63 al-Anfal, sebab2 penurunan dan cara2 penurunan, ustaz panjang lebarkanlah ilmu kepada kami semua. Baguih tu kami semua nak tahu.
Julai 21, 2008 pada 3:52 pm
saifudin
Ana cukup bersetuju dengan pandangan dan pendirian Tok Guru. Walapun mungkin tidak disetujui oleh beberapa orang, tetapi sekurang-kurangnya kita menghormati beliau selaku Mursyidul Am PAS.
Sekarang Presiden PAS telah buat kenyataan rasmi semalam. Bukan masanya kita nak katakan yang mana betul, yang mana salah. Serah bulat2 kepada pimpinan untuk menentukan.
Setahu ana, mesyuarat PAS Pusat yang telah dihadiri oleh Tok guru pada 26 @ 27 Jun telah memutuskan untuk MENIDAKKAN perbincangan dengan UMNO. buat apa dok kalu-kalu lagi. ikut keputusan. teruskan gerak kerja.
Eratkan pakatan rakyat. jika DAP tak faham, kita kena bagi dia faham, kerana mereka sememangnya JAHIL. tetapi UMNO ni bukan tak faham, tetapi DEGIL. Ya, itulah bezanya UMNO & DAP.
Julai 21, 2008 pada 4:08 pm
cikli
Salm..
Soalan dari saya yang jahil…
1. Adakah kita nak bermuzakarah untuk mencari penyelesaian isu2 orang Islam?
2. Adakah kita bermuzakarah untuk cari ruang2 berpolitik dalam BN?
3. Muzakarah tu apa?
4. Sama ke makna dengan dialog?
5. Boleh tak kita anjur debat (mcm baru2 ni) dulu dengan umno. Kalau ada titik pertemuan bolehlah bermuzakarah.
6. Atau debatpun sebahagian daripada muzakarah?
7. Atau muzakarah ni sebahagian dakwah kita kepada umno dan bn?
8. Kenapa muzakarah yang PAS selalu ajak UMNO sebelum ni orang tak bising dan sokong sepenuhnya tetapi tidak yang ini?
Maafkan saya yang jahil.
Julai 21, 2008 pada 5:46 pm
azmi
salam
satu ulasan yang amat baik oleh ustaz nik abduh
Namun begitu, apa yang membuatkan saya,rakan-rakan dan ramai lagi diluar saya merasa kecewa akan perjumpaan PM dgn pemimpin PAS ialah
1. Ustaz Nasha begitu menafikan adanya perjumpaan dgn BN malah ingin menyaman seorang penulis blog secara terangan.
2. Mengapa beberapa pemimpin PAS seolad tidak mengetahui adanya perjumpaan ini?Malah TGNA pun seolah tidak dimaklumkan secara detail?
3.Mengapa penafian demi penafian oleh pemimpin PAS dibuat mengenai perjumpaan tersebut, selepas Paklah mengumunkannya sendiri, baru TGHH baru mengaku???
4. Tidakkah dirasakan Paklah seolah ingin menggunakan PAS mendapatkan political mileage selepas mengumunkan perjumpaan tersebut di TV & media?
Ulasan beberapa pemimpin PAS yang tidak condong menyokong perjumpaan tersebut yang diadakan secara sembunyi-sembunyi menyerlahkan bahawa ada yang tidak kena di kalangan para pemimpin!
Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk tujuan muzakarah ini, apatah lagi dengan DSAI sedang berusaha/bekerja penat lelah untuk menjatuhkan BN ini, mencapai kerusi Putrajaya.
Yang lebih afdal, bukankah patut PAS bersama DSAI lebih aktif menjadikan cita-cita memerintah Malaysia dengan gabungan Pakatan Rakyat?
Betul di dalam Pakatan Rakyat adanya DAP, tetapi pernahkah ahli/pemimpin DAP membunuh Islam yang lain?Lupakan peristiwa Memali?Lupakah adanya adun PAS dibunuh di Bangunan Jafar Rawas dulu?Operasi Lalang?ISA?Islam yang lebih giler dari kafir UMNO ini!!!
Boleh nak muzakarah atau mengadakan perbincangan dgn BN/UMNO ini, tetapi tidakkah ianya lebih menarik berlaku apabila PAS sudah menjadi salah satu komponen dalam pentadbiran negara?Ketika PAS sudah mempunyai pemimpin yang menjadi Menteri, ketika PAS sudah mempunyai kuasa?
Ini tidak, ketika UMNO lemah, mereka ingin berbincanglah, bermuzakarah lah?Kenapa tidak sebelum pilihanraya?PAS ini mungkin disepak-sepak sahaja kiranya PRU12 baru-baru ini UMNO/BN mencapai kemenangan besar?
Julai 21, 2008 pada 5:58 pm
melayutara
salam saifuddin,
itu pandangan anda mengenai dap tidak bagi sesetengah umat islam yang lain. memang berbeza bagaimana umno dan dap terhadap dap. umno adalah sebuah parti dan ahli2nya beriman kepada rukun yang 6. anda hanya kenal dap sebgai musuh umno dan pas baru 4 bulan lebih bersahabat dgn dap sudah membuat keputusan yang mutlak. hampir keseluruhan riwatat hidup dap menentang penubuhan islam dan menolak keistimewaan melayu dan dalam masa 4 bulan mengenali dap anda telah membuat keputusan mempertaruhan perjuangan menegak syiar islam anda.
salam ustaz nik,
saya terharu dgn ulusan ustaz tetapi tidak sampai mengalir air mata tentang bagaimana pandangan ustaz terhadap umno. bagaimana melayu umno turut memberi sumbangan dalam mempertahan kedaulatan islan dan melayu. setidak2 ahli2 umno tidak merasa diri mereka hina dimata sesetengah para ulamak dan cendikiawan pas. penerimaan muzakarah oleh pas bukan sekadar untuk kepentinagn kedua2 perjuangan parti, tetapi saya lihat bagaimana hubungan diantara ahli2 dikedua-dua belah parti dapat dijalin.
Julai 21, 2008 pada 6:22 pm
IAT
salam.
dalam politik apa pun boleh berlaku. pimpinan PAS cuba berfikir, kenapa SEKARANG baru pak lah umumkan pertemuan dengan pimpinan PAS, kenapa tidak dulu masa UMNO menang besar? kenapa tak adakan rundingan isu orang melayu ketika umno menang besar?
KERANA ancaman bagi pentadbiran pak lah sekarang ialah PKR (anuar)dengan strateginya nak ambil alih pemerintahan dengan cara lompat parti. jadi INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK UMNO ‘GONCANG’ PAKATAN RAKYAT.
akhirnya ‘Pakatan Rakyat’ berpecah dan beri advantage kepada UMNO.
bijak..bijak…bijak UMNO.
Julai 21, 2008 pada 6:25 pm
saifudin
Salam.
TQ melayutara. benar, ana tidak mengenali DAP sepenuhnya. setakat ana tahu, yang totok menentang negara Islam ialah generasi tua DAP iaitu Lim Kit Siang & Karpal. Untuk generasi muda DAP, mereka beranggapan sebaliknya, malah lebih baik dari orang UMNO yang faham Islam, tetapi x nak pada Islam. Ana ulang sekali, jika kita nak nak berdakwah dengan UMNO, hilangkan kuasanya dulu, insyaAllah mereka akan faham Islam sebenarnya.
Satu lagi, kerapkali kita difitnah terutama hubungan PAS dan DAP di Perak. tetapi bagi ana, yang paling tahu situasi di Perak ialah Ust Ahmad Awang.
Ana ‘paste’kan tulisan beliau dari blognya :
UMNO Gunakan Badan NGO
Setelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)
Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.
Geran Kekal 999 Tahun?
Tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat terutama orang-orang Melayu di negeri Perak ialah mengenai tawaran geran pemilikan tanah Kampung-kampung Baru di negeri Perak yang diberikan taraf Pemilikan Kekal selama 999 tahun. Kononnya kerajaan Perak membuat keputusan sedemikan adalah kerana desakan DAP. Perkara seperti ini memang sangat mudah dipermainkan apabila media perdana terus mewarwarkannya, jangankan orang-orang biasa, pemimpin PAS pun ada yang ikut terbawa-bawa dengan propaganda UMNO ini. Ramai orang terkejut apabila Dato’ Mustafa Ali dalam catatan awalnya dalam blog beliau pada bulan lalu secara terbuka menegur Menteri Besar Perak tentang perkara ini. Padahal beliau boleh bertanyakan kepada saya atau memberikan pendapatnya terus tanpa perlu mencatat dalam blognya.
Sebenarnya, cadangan pemberian geran milik kekal kepada Kampung-kampung Baru dan Kampung-kampung Tersusun bukannya datang dari DAP tetapi perkara itu adalah sebahagian dari sepuluh tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam PRU Ke-12 yang lalu. Semestinya untuk memenuhi janji BA, perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh DAP. Tidak timbul sama sekali hanya Kampung Baru sahaja yang berhak mendapat geran milik kekal, tetapi Kampung Tersusun juga sama berhak. Bahkan kerajaan juga bersetuju menawarkannya kepada perkampungan Orang Asli. Apapun, tawaran geran milik kekal iaitu pegangan bebas (freehold) itu adalah ditawarkan secara pilihan (option) kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30 atau 60 atau 99 tahun. Kesemuanya bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.
Bagaimanapun, jika diandaikan kesemua penghuni Kampung-kampung Baru menerima tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas, maka kawasan Kampung Baru itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira-kira 6,000 ekar) sedangkan Kampung Tersusun yang kini keluasannya kira-kira 7,000 ekar boleh bertambah bila dibuka lagi Kampung-kampung Tersusun pada masa akan datang. Kampung-kampung Tersusun ini hampir seratus peratus penghuninya adalah orang-orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sangat mengetahui perkara ini sebab pada zaman mereka memerintah 50 tahun itulah terbangunnya Kampung-kampung Tersusun sedangkan Kampung Baru wujud pada zaman penjajah semasa darurat kerana ancaman komunis. Dalam hal ini saya sukalah mengingatkan semua pihak khasnya orang Melayu bahawa sepanjang UMNO/BN berkuasa di Perak, mereka telah mengorbankan puluhan ribu ekar Tanah Rizab Melayu untuk kepentingan golongan tertentu atas nama pembangunan. Sebagai satu contoh, kira-kira 7,000 ekar Tanah Rizab Melayu di kawasan Beruas telah dikorbankan untuk membangun Gula Perak Berhad. Hari ini apa sudah jadi dengan syarikat itu, adakah ia mati tanpa kubur? Inilah yang patut rakyat tanya pimpinan UMNO seperti Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli.
UMNO Mencipta Fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’
Fitnah terbaru ialah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang direka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menimbulkan pelbagai fitnah lagi, samada untuk tujuan memecahbelahkan antara PAS dengan rakan Pakatan Rakyat atau untuk menimbulkan keresahan atau pertelingkahan di antara pimpinan PAS dengan ahli-ahli grassrootnya. Untuk menegakkan fitnah ini seolah-olah satu fakta yang benar, UMNO Perak terpaksa mendapatkan pandangan seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan UMNO yang dianggap sebagai pakar iaitu Dato’ Seri Rais Yatim yang juga Menteri Luar. Padahal pakar undang-undang mereka inilah yang bertanggungjawab melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana tidak berjaya menegakkan hujah Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Padanlah Malaysia kalah, kerana dalam fitnah yang direka UMNO inipun beliau memberikan pendapatnya berasaskan andaian semata-mata seperti yang beliau sendiri sebutkan. (rujuk Utusan Melayu 9 Julai 2008)
Ada pula di antara pemimpin UMNO mengatakan perjanjian itu dimeterai di Pulau Pangkor di antara Hj Nizar dan DAP (masyaAllah!). Inilah bukti yang menunjukkan mereka meraba-raba di dalam mencipta fitnah tersebut. Ke sana-sini mereka mewarwarkan bahawa kerana ‘Perjanjian Pangkor II’ itu Menteri Besar Haji Mohammad Nizar tidak boleh menyebut perkataan-perkataan Islam dan istilah Islam seperti hudud, qisas dan seumpamanya. Terlampau dangkal nampaknya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO mencari modal untuk membuat fitnah. Mereka cuba menggambarkan PAS Perak kononnya mengkhianati perjuangan dan jihad menegakkan Islam. Fitnah ini turut dijual dalam ceramah-ceramah kursus-kursus BTN kepada peserta-peserta dari kalangan guru-guru agama SMABK baru-baru ini.
Begitu juga dalam suatu perhimpunan belia di Padang Rengas baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mereka memperalatkan seorang abang kepada Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Kedah. Beliau menuduh adiknya Dato’ Seri Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kononnya sentiasa tunduk kepada DAP akibat dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang didakwa oleh UMNO.
Demikianlah UMNO terus memfitnah dan mengharapkan dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka reka-rekakan itu akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka agak kecewa apabila lontaran fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka permainkan di tengah-tengah rakyat, ianya begitu mudah ditendang keluar padang oleh Menteri Besar dan Pengerusi DAP Perak apabila kedua-duanya menafikan kewujudan perjanjian yang UMNO fitnahkan itu. Realiti yang disaksikan oleh rakyat dalam tempoh 3 bulan Menteri Besar menerajui Pakatan Rakyat, beliau tidak pernah lupa menyebut ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Islam samada dalam ucapan rasmi atau dalam ceramah umum. Bahkan setiap kali Mesyuarat Exco pun, beliau memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan tahmid serta salawat. Tidak pernah mana-mana Exco DAP membantah atau persoalkannya. Bukan itu sahaja, malah saya sendiripun ketika mempengerusikan mesyuarat di antara ketiga-tiga parti, berbuat demikian juga dan menutup mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-‘Asr. Tiadapun sebarang masalah.
Kononnya Menteri Besar tidak berani menyebut istilah syariat Islam seperti hudud dan qisas. Saya fikir eloklah pemimpin UMNO cermin muka mereka dulu. Bukankah UMNO yang paling keras menentang hudud dan qisas yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Bercakap fasal kedudukan Islam dan kepentingannya di negeri Perak, saya kemukakan pertanyaan kepada UMNO, bukankah kerajaan UMNO/BN yang membunuh Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak? Bahkan Sekolah Agama Negeri yang hanya ada dua buah (Izzudin dan Raja Ta’yah) itupun telah diputuskan oleh kerajaan UMNO/BN Perak yang lalu untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Alasannya kerajaan negeri Perak tidak mampu membiayainya. Nasib baik kerajaan Pakatan Rakyat sempat menarik balik keputusan itu sebelum penyerahan rasmi dilakukan. Kini hanya tinggal beberapa buah Sekolah Agama Rakyat di Perak yang terselamat. Baru-baru ini juga Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. DAP tidak teragak-agak menyokongnya.
Sementara itu pelbagai perancangan sedang disusun oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan. DAP tak bangkang pun. Begitu juga pemilihan Ketua-ketua Kampung seramai lebih dari 700 orang secara demokrasi yang hampir seratus peratus terdiri dari orang Melayu, pun tidak dipertikaikan langsung oleh DAP.
Satu perkara yang UMNO patut tahu bahawa DAP sebagai rakan sepakat dalam kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menerima keputusan yang dibuat secara syura (konsensus) oleh pemimpin ketiga-tiga parti pakatan. Sebagai contoh, jawatan Datuk Bandar Ipoh dipersetujui secara syura supaya jawatan tersebut dipegang oleh penjawat awam, bukan ahli politik seperti yang dihasratkan oleh DAP. Pemimpin DAP menerima dengan senang hati keputusan ini. Bahkan semenjak awal-awal perlantikan Menteri Besar tiga bulan yang lalu, pimpinan DAP tidak bermasalah menerima keputusan syura kami supaya tidak diwujudkan jawatan Timbalan-timbalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Melayu yang pernah diura-urakan oleh DAP.
Inilah sebahagian daripada realiti yang menjadi bukti bahawa fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ itu adalah rekaan yang memakan diri UMNO sendiri.
Julai 21, 2008 pada 6:26 pm
Mohd Nurul Afira
Salam Melayutara,
Mohon Maaf terlebih dahulu kepada semua, izinkan ana beri komen dalam blog ini. Izinkan ana memberi pendapat kepada saudara Melayutara dgn sejelas jelasnya tanpa berselindung.
Bagi ana perhubungan antara PAS dan DAP adalah perjuangan dakwah ISLAM kepada DAP. dan Perhubungan antara PAS dan UMNO adalah perjuangan menegakkan ISLAM dalam UMNO.
Dan, hubungan ( Tahaluf ) antara DAP dan PAS adalah utk memperjuangkan ISLAM kepada UMNO,
Walau bagaimana hubungan pun
samada sepakat atau menentang tapi matlamat kita adlah Memperjuangkan ISLAM kepadanya, memperjuangkan ISLAM dimata Dunia.
memperjuangkan ISLAM bukan sahaja sesama ISLAM yang tidak menerima ISLAM sepenuhnya tapi juga kepada bukan ISLAM yg tidak menerima ISLAM sebagai agama.
jika DAP berbaik dgn kita utk menentang UMNO itu adlah peluang kita utk menyelitkan ISLAM kepadanya.
rasulullah berdakwah kepada yang menentang ISLAM dan yang boleh menerima ISLAM ( GLOBAL ) bukan meninggal mana yang susah dan buat yang senang sahaja.
Julai 21, 2008 pada 6:44 pm
Afira
Salam saudara saifudin,
mengulas tentang ulasan saudara,
Allah S.W.T menerangkan bahawa jikalau kita mengembalikan seorang ISLAM kepada ajaran ISLAM yang sbenar nisbahnya sama dengan kita mengislamkan 10 orang bukan islam.
terbukti utk menerangkan ISLAM kepada orang ISLAM sendiri kadang2 terlalu payah berbanding nak ISLAMkan orang bukan ISLAM.
itulah hikmahnya Allah S.W.T menggandakn pahala..
Julai 21, 2008 pada 8:40 pm
Ikhwanukum
Assalamulaikum Ustaz Nik Abduh dan lain-lain.
Izinkan saya mencelah.
1. Saya melihat isu muzakarah ini timbul sebagai hasil satu ‘reaction’ terkejutnya segolongan dalam PAS terhadap beberapa peristiwa seperti kejadian Protes Turun di Kelana Jaya, Konsert Mas Idayu dan Ella serta penajaan syarikat arak untuk perlawanan bola sepak. Beberapa peristiwa yang lain juga turut berkaitan (walaupun dipertikaikan) seperti perjanjian Pangkor 2, pegangan tanah 999 tahun, dan lain-lain.
2. Ambil satu “sample” kes Carburrator Dung itu.. walaupun PAS sebagai penganjur ianya masih berlaku. Apa yang berlaku itu adalah satu keperitan kepada pejuang-pejuang Islam, tetapi bagi yang lainnya ianya adalah kesilapan protocol majlis sahaja. (Saya lihat Ustaz Nik Abduh masih terasa peritnya).
3. Pandangan saya.. untuk PAS berjaya dalam PR ia perlu berperanan semacam UMNO di dalam BN. Tidak boleh tidak. Walaupun kata-kata seperti “..tiada sesiapa yang menjadi ketua dalam PR..” kelihatan seperti “fair to all” tetapi hakikatnya PAS perlu sedar, perjuangannya adalah berplatformkan politik begitu juga parti2 lainnya. Apa hakikatnya politik itu? Politik adalah untuk kuasa. Untuk KUASAlah wujudnya PKR, DAP, UMNO dll. Oleh itu kelalaian sedikit sahaja di pihak PAS akan diambil kesempatan oleh “kawan” atau “lawan”. Hakikatnya seseorang didalam PR telah mengambil kesempatan itu.
4. Seawal pembabitan PAS dalam PR sendiri sudah ada pendapat yang mempersoalkan keberkesanan PAS di dalam PR. Apa yang telah berlaku menguatkan hujah yang mengatakan pembabitan PAS dalam PR merugikan perjuangan Islam itu. Atau setidak-tidaknya ianya telah mula kelihatan seperti itu!
5. Hujah yang mengatakan UMNO itu lebih kafir harbi daripada DAP adalah satu hujah yang paling daif dan tidak berasas sama sekali. Sama pula dengan hujah yang mengatakan DAP itu lebih Islamik berbanding UMNO. DAP itu adalah satu parti yang jelas manifesto politiknya. Tidak kira apa manhaj pun yg digunakan garang macam singa atau lemah lembut macam sotong, sebab wujudnya DAP itu tidak akan berubah. SEKULAR.
6. UMNOlah yg boleh berubah, dgn itu muzakarah untuk kepentingan Islam dan Melayu (kaum yg bertanggungjawab pada Islam itu di Malaysia) adalah penting. Jika dilihat sejarah Datuk Asri dgn UMNO dulu mungkin boleh jadi satu bad record, tapi jika diperhatikan suasana sekarang agak berlainan. Muzakarah pula bukanlah tiba-tiba untuk membincangkan pasal kuasa politik seperti percantuman dll. Harus kepentingan Agama dan Bangsa itu diutamakan seperti sikap kedua-dua pihak terhadap isu2 tertentu.
Wallahua’lam
Julai 21, 2008 pada 10:14 pm
abu razeen 2
Dalam harakahdaily 21 July Salmah Mat Husain melaporkan Murshidul Am ibaratkan seperti kera sumbang…….sekiranya meneruskan muzakarah dgn pemimpin Umno. Juga azam beliau utk melenyapkan Umno. Nampak bercanggah sungguh Murshidul Am dgn anakndanya Nik Abduh dan malahan dgn Presiden. Inilah bila cara reporting dibuat begini.
Ana rasa lebih adil jika ucapan Murshidul Am disalin semula dari A sampai Z tanpa olahan dan tafsiran pemberita.
Al an pandangan ana. Ustaz betul, Presiden betul dan Murshidul Am betul. Murshidul Am minta Pas berhati hati dengan perangai Umno yg tradisinya suka khianat ( masa Pas gabung dlm BN dulu), menipu ( tarikh pilihanraya dan naik harga minyak dsb), menzalimi (ISA dan kes Memali) dan munafiq ( halang hudud dan jauhkan remaja dari Islam dgn hiburan melampau yg diberi lesen).
Presiden pula bicarakan perbincangan dgn Umno dalam keadaan Pas kini begitu kuat bargaining powernya hingga tak timbul Pas melutut dan mohon concession dari Umno(seperti yg cuba diwar warkan oleh setengah blogger). Apatah lagi utk Pas masuk BN. Bahkan Pas berbincang dgn Umno utk memertabatkan Islam dan Melayu yg ditakdirkan jadi teras di Malaysia ini(baca: Islam dulu baru Melayu).
Sekadar pandangan.
Julai 21, 2008 pada 11:44 pm
Ibnuwalid
Tak payah lah nak berangan-angan umno akan mengikut kehendak PAS bila berlaku muzakarah. Sejarah dah membuktikan pelbagai kerenah umno terhadap PAS. Masihkah kita nak merayu-rayu pada umno untuk berbaik-baik?. Kenapa tidak pujuk DAP?. Kenapa tidak sokong Anwar Ibrahim betul-betul?
Ingat! PAS naik ketahap ini hasil sokongan dan usaha keras Anwar Ibrahim dan sokongan dan dokongan ahli dan penyokong bawahan. Sila jaga baik-baik ahli dan penyokong marhaen ini jika hendak kekal lama!! Apatah lagi TG Nik Aziz juga tidak menyenangi usaha muzakarah ini.
Kalau kita kata nak tarik sokongan melayu dalam umno terhadap Islam, berapa keratkah yang akan bersama kita? kalau penyokong umno nakkan Islam dah lama mereka menyokong kita atau keluar menyokong PKR.
Bagi saya kita tahu umnolemah sekarang, jadi kenapa tidak kita biarkan umno terus lemah sehingga tumbang!. selepas itu kita tarik penyokong mereka? Kenapa nak tolong ampu umno yang dah nak jatuh?
SILAP-SILAP AMPU KITA YANG REBAH BERSAMA MEREKA!!
Julai 22, 2008 pada 12:56 am
saifudin
Salam saudara Afira,
Ya…. kerana itulah kita kena fahamkan Islam kepada UMNO, tetapi bukan dengan bermuzakarah (kononnya). Untuk UMNO faham Islam & sedar ialah dengan menghilangkan KUASA yang ada pada mereka. Kerana KUASAlah mereka sekarang menjadi ‘sesat’. Insya Allah ketika saat itu, pastinya PAS yang menjadi sandaran mereka.
Yang penting, saat ini, kefahaman dan cuba memahamkan DAP mengenai Islam amat-amat penting…..
Julai 22, 2008 pada 1:05 am
salamat
Saya fikir cara Ust Nik berhujah tak difahami ramai. Ust guna hujah ugama sedangkan saya tengok yang mengkritik hanya bercakap denganhujah emosi. Maka apa yang disebut tak difahami.
Saya tak faham mengapa bengisnya penyokong PAS denagn perbincangan PAS-UMNO. Kalau hanya berhujah dengan pengalaman lepas dan sejarah UMNO yang penuh zalim, maka tiadalah perdamaian di dalam Islam kerana sememangnya musuhlah yang akan memungkiri janji, bukan umat Islam. Maka ayat di atas nak letak pakai di mana.
Kerana marah dan emosi, mereka kecam apa yang Ust nik pun tak kata. Susah. Paling jelas, PAS tak akan bergabung denagn BN.
Bagi saya, jika begitu, apa salahnya berunding? Saya pu jadi tak faham. Bukan pada Ust Nik, tapi para pengkritik mebuka tuli.
Harap Ust Nik bersabar.
Julai 22, 2008 pada 1:09 am
Tok Guru
Fahami betul-betul kenyataan Mursyidul Am kita ni…
“Itu perangkap namanya” Nik Aziz
Oleh Salmah Mat Husain, Harakahdaily
Selasa, 22 Julai 2008
KB: PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.
Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.
“PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.
“Itu perangkap namanya,”katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.
Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.
“Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.
“Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia…sepatutnya begitu,” ujarnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.
Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.
“Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.
“Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,”ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.
Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.
“Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.
“Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka,” ujarnya.
Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.
Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.
“Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.
“Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,”ujarnya.
Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.
Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.
“Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.
“Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,”ujarnya.
Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.
Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan.
Julai 22, 2008 pada 1:41 am
Afira
Salam pada Ustaz dan semua sahabat,
izinkan ana memberi secebis lagi pendapat tentang isu ini..
Bagi ana keputusan mursyidul kita merupakan keputusan yg tepat dan terbaik,
bagi ana juga yg menjadi isu antara kita semua adalah tentang kebimbangan kesan dari muzakarah PAS dengan UMNO nanti..
keputusan mursyidul : mursyidul hanya setuju bermuzakarah secara peribadi dan bukan atas nama parti.
Keputusan mursyidul itu jikalau kita lihat dan mengkajinya ianya merupakan satu cara dan jalan terbaik bagi masa depan PAS dan masa depan UMNO dan masa depan Malaysia.
Dan ianya juga merupakan satu jalan yang selamat bagi PAS.
Ana percaya andaikata muzakarah secara peribadi itu dipersetujui UMNO dan dilaksanakan muzakarah dengan cara tersebut kesannya kesatuan antara dua pihak akan terjalin dan jalanya pasti merupakan jalan yg terbaik utk UMNO menyelesaikan masalahnya dan jalan yg terbaik utk PAS terus melebarkan sayap perjuangannya.
Itulah kesannya andaikata muzakarah dilaksanakan seperti yg dicadangkan oleh mursyidul dan presiden. Ianya memberi kebaikan kepada semua sekiranya dilaksanakan tanpa kepentingan Parti.
Bagi ana juga kita tidak perlu membuang masa, ruang dan peluang ini dengan menimbulkan sesuatu yg baru yg memeningkan dan menambahkan kecelaruan.
Sepatutnya kita terus mengambil idea @ keputusan pucuk pimpinan itu dan berpegang dengannya.
seterusnya mempastikan keputusan itu terlaksana secepat mungkin dan sebaik mungkin seperti yg diputuskan dan yang dikehendaki itu.
bagi para pejuang dan pendokong dalam PAS itu merupakan assignment dan matlamatnya.
Dan bagi para rakyat dan khususnya orang dalam UMNO keputusan mursyidul itu merupakan satu rule @ guide @ asas yg perlu diikuti bagi menyelesaikan masalah yang ada kini.
keputusan itu sudah tentu dicadangkan dengan mengambil kira tentang sejarah yg telah berlaku sebelum ini dan mengambil kira tentang masalah yang berlaku kini.
kerana mursyidul dan pucuk pimpinan tentu lebih mengerti dan lebih maklum dengan apa yg telah terjadi sebelum ini dan lebih maklum tentang masalah yg ada kini.
Saya setuju dengan kata kata ustaz ” pandailah pemimpin kita bawa diri”
Persoalan andainya selepas muzakarah dan diputuskan kita kan bersatu dengan UMNO, bagi ana ianya tidak perlu kita bimbangi.
persoalan yang PAS akan dianggap mengkhianati Keadilan dan DAP dan rakyat bagi ana ia tidak timbul.
bagi ana kita perlu menyokong keputusan itu dan secara automatik akan memberi semangat dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pimpinan PAS.
” Kerana sokongan yang padu dan jitu akan membuatkan pimpinan lebih berkeyakinan dan dapat berfikir dengan lebih sempurna dan luas dan seterusnya lebih berwibawa dalam membawa masa depan PAS dan perjuangannya.”
ayat diatas mungkin bagi setengah pihak merupakan satu ayat yang biasa ( macam dalam karangan budak SPM ) tapi sebenarnya itulah asas kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Julai 22, 2008 pada 2:14 am
Afira
Salam pada ustaz dan para sahabat,
izinkan ana memberi pandangan ini..
Saudara saifudin,
saya bersetuju dengan saudara Saifudin, kita perlu memberi kefahaman kepada orang bukan ISLAM
itu merupakan tugas kita orang ISLAM..
Bagi ana sebenarnya PAS telah meluaskan syiar ISLAM kepada yang bukan ISLAM.
klu kita lihat kebelakangan ini pendedahan ISLAM kepada bukan ISLAM adalah amat ketara.
Saban hari kita melihat dan menerima berita tentang sokongan kaum India dan CIna terhadap dasar yg dibawa oleh PAS.
Saban hari kita melihat kaum Cina dan India bertemu Ulamak kita..
Ada diantara mereka yang menjadikan tokoh ISLAM sebagai Idolanya.
dan yang paling penting mereka bersetuju bekerjasama dengan kita.
Ini menunjukkan yang mereka senang dan suka dengan Dasar,Matlamat dan Cara yang kita bawa yang mana ianya menuruti AL quran dan Sunnah.
kerana ISLAM merupakan agama Syumul.. sistem pemerintahanya sistem ekonominya dan sistem ukhuwah sesama kaum adalah sesuai kepada semua kaum..
tapi adakah kita mengkaji Asbab mengapa mereka mendampingi kita..
tidak lain adalah kerana seperti yg diulaskan oleh ustaz Nik Abduh dlm ulasan yg lepas
‘Bil Hikmah’.
Dakwah memerlukan pendekatan @ cara yang berhikmah..
Berdakwah kepada orang ISLAM memerlukan cara yg tertentu..
Berdakwah kepada orang bukan ISLAM memerlukan cara yg tertentu..
kesemuanya menjadi matlamat kita..
jangan yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat…
andai dipikirkan memang rumit.. tapi jikalau betul caranya mengikut yang dilunaskan ianya tidak menjadi masalah..
Julai 22, 2008 pada 10:18 am
saifudin
Salam saudara Afira.
Setakat ana tahu, mungkin boleh check dengan sesiapa. PAS Pusat dah buat keputusan dalam mesyuaratnya pada 26 @27 jun, untuk TIDAK mengadakn kerjasama dengan UMNO.
Semalam, penegasan Tok Guru Mursyidul Am seperti enggan pula muzakarah setelah melihat, reaksi Pak Lah ‘membocorkan’ pertemuan beberapa individu PAS dengan pimpinan piminan UMNO. Malah YB Khalid samad, antara individu awal terlibat dengan pertemuan juga (dalam blog siasah) mengatakan “keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini”. Inilah UMNO, baru sekerat jalan sudah mula mengkhianati dan mahu memecah belahkan PAS.
Ya… tetapi cukupkah dengan setakat mana yang kita laksanakan itu? cepatnya kita berpuashati. dengan DAP pula, kita baru sahaja bersama, malah tak sampai setahun jagung. banyak fitnah yang di lemparkan mengenai DAP di perak. AlhamduliLlah dengan penjelasan Ust Ahmad Awang adalah sebaliknya.
Jangan kita suka berteori tanpa melihat kepada realiti. Hormatilah Tuan guru Mursyidul Am. beliau mempunyai pengalaman yang cukup perit ketika PAS dihumban keluar dari BN dulu…
Ana ulang sekali lagi, jika keputusan dari PAS pusat untuk tidak mengadakan kerjasama dengan UMNO…. buat apa lagi kita sibuk2 untuk mermunahkan keputusan tersebut?
Julai 22, 2008 pada 10:49 am
melayutara
salam ustaz nik & rakan2,
jikalau bercakap dari segi politik dgn mengenakan tekanan terhadap pkr dan keadaan anuar(pendamai dalam pr) yang tidak menentu boleh mengugat ketenangan di dalam pkr. harus diingat sultan2 pun sudah mula bersuara mengenai kedaulatan melayu dan islam yang boleh memberikan isyarat yang jelas terhadap masyarakat bukan melayu. keadaan politik yang tidak stabil sehingga sedikit sebanyak telah menjejas keadaan ekonomi sehingga menyebabkan ada dikalangan rakyat bangsa yang memegang kuasa ekonomi negara resah. malahan peralihan kuasa antara pak lah dan najib telah diikat janji. semua ini menjadi penyumbang kepada keputusan pru13 akan datang. sejauh mana anda semua pasti pr akan menang atau mungkin bn akan terus berkuasa dgn majoriti yang lebih kecil.
jadi kenapa umno begitu lantang menyuarakan penyatuan bangsa melayu walau tidak sempat setahunpun pemerintahan musim pru12 ini. adakah umno begitu terdesak ataupun hak orang melayu yang terdesak walaupun tidak diperingkat nasional bagaimana pula diperingkat negeri iaitu perak, selangor dan pulau pinang.
secara peribadi kekalahan umno pada pru12 yang lalu bukan sekadar mengecewakan saya tetapi menakutkan saya, takut akan kuasa orang melayu akan hilang sudahla kuasa ekonomi tidak mampu dikuasai oleh orang melayu. tetapi saya mengatakan pada diri ini tidak apa pas ada kerana dia akan mengimbangi kuasa politik dap, pkr usah cakap separuh adunnya adalah bangsa bukan melayu malah lebih kepada sosialis. tetapi dimana pas kemajuan sekarang tidak perlu saya jelaskan rakan2 sendiri boleh menilai. apa yang jelas pada zahirnya pas tidak lagi seperti dahulunya.
sebelum ini saya memang aktif memberikan komentar di blog ahli pkr yang boleh dikatan aktif, dan ada salah seorang rakan pkr mengatakan berilah peluang kepada pr memerintah pada musim pru12 ini. saya katakan kepada dia memberi ruang kepada pr seolah-olah memberi ruang kepada dap dan para sosialis pkr mengagadaikan maruah bangsa melayu dan mempertaruhkan islam. itu tidak akan saya lakukan dan tiada ruang untuk coba-cobaan.
saya harap rakan2 harus berfikir secara realistic. bahawa kedudukan pas didalam pr tidak sama seperti kedudukan umno didalam bn. dari segi suara pas tidak dominan dari segi undi pun pas tidak majoriti malahan pas adalah minoriti diperingkat nasional. sekiranya mimpi anuar menjadi kenyataan pada bulan september nanti (undi pas semakin mengecil) hakikatnya daplah(bangsa bukan melayulah) yang menjadi kuasa dibelakang pentadbiran kebinet negara. mungkin ada yang merasakan diri mereka puas kerana umno jatuh walaupun tidak tersungkur. harus diingat untuk menganak-tirikankan bangsa melayu atau menyamataraf islam dgn agama lain tidak perlu diubah perlembagaan. sebagai contoh:-
1)ruang2 kebebasan yang lebih untuk agama lain disebarkan melalui televisyen dan akbar2 atas nama kebebasan beragama.
2)peruntukan kewangan yang sama rata untuk agama2 walaupun kita ini agama kristien mendapat tajaan yang begitu besar untuk berlaku.
3)mara mungkin dimansuhkan kalau tidakpun peruntukannya dikurangkan
4)penempatan penjawat awan dan glc dari bangsa bukan melayu mengikut kuota nibah kaum sehingga menyebabkan ramai orang melayu menganggur, seperti sedia maklum penerimaan jawatan profesional syarikat cina adalah amat membimbangkan.
5)pemilikan tanah dan petukaran hak milik tanah kepada yang kekal.
6)dll.
mungkin ada yang beranggapan saya terlalu prejudis terhadap dap, sebegitulah juga bagaimana prejudisnya rakan2 terhadap umno. mungkin ada beranggapan saya terlalu hipotesis sebegitulah juga bagaimana tumbangnya 4 buah negeri kepada pakatan rakyat. adakah semua ini boleh dijadikan sebagai coba-cobaan, sepertimana saya katakan tadi tidak perlu mengubah perlembagaan untuk menganaktirikan melayu dan islam ditanah akhir sendiri, tidak perlu 50tahun bagi mereka untuk memerintah cukup dgn semusim untuk mengaut segalanya hak kita. Adhamdullih saya bersyukur kehadardt illahi kerana ada dikalangan pucuk pimpinan tinggi pas termasuk ustaz nik yang sedar tentang masa depan bangsa dan agama. Paling penting nilai kedudkan pas dalam pakatan rakyat adakah sama seperti umno didalam barisan nasional. Berapa lama masakah pas perlu mnggadaikan Melayu dan Islam sebelum Dap menerima wadah perjuangan Islam.
Julai 22, 2008 pada 10:49 am
IAT
salam.
syabas “tok Guru’ antum dapat lihat perkara ini secara political view. sdra saifudin, azira dan semuanya, PAS adalah satu gerakan islam yang pasti menyampaikan dakwah islamiyah mereka, itu tak perlu di bimbangi.
isu muzakarah adalah isu PERANGKAP POLITIK. lihat sekarang ini DAP dan PKR iaitu sekutu dalam Pakatan Rakyat yang juga di sertai PAS telah mula MENCURIGAI tindakan PAS yang berjumpa UMNO tanpa berbincang atau memaklumkan kepada ahli sekutu yang lain. dalam ‘dunia’ politik pasti ini menimbulkan ketidak selesaan diantara pakatan, kerana ‘mengkhianati’ dalam politik sering berlaku. apa kata orng PAS atau pimpinan PAS sekiranya PKR pergi berjumpa UMNO membincangkan ‘sesuatu’ tanpa berbincang atau memaklumkan terlebih dahulu dengan PAS dan ahli bersekutu laib iaitu DAP?
isu nya sekarang KENAPA media me war war kan pertemuan PAS-UMNO dan berkali-kali mengulanginya PERTEMUAN SEBANYAK TIGA KALI? pertemuan tersebut disebar luas bahawa pimpinan tertinggi PAS yang berjumpa dengan pemimpin tertinggi UMNO, bila sebut PEMIMPIN TERTINGGI maka pasti ada ‘isu besar’ di perbincangkan.
maksud saya cuba kita letak yang diri kita ini adalah pemimpin keadilan atau DAP. mereka pasti tertanya-tanya mengapa jumpa UMNO dan paling tak syoknya KENAPA tidak di maklumkan kepada ahli pakatan lain. atau kalian PAS ada pakatan lain dengan UMNO. ini barang kali bermian dalam kotak fikiran ahli bersekutu lain. tidak kah ini adala bibit perpecahan.
fikir semua UMNO mempunyai think tank yang juga terdiri darinya amerika dn zionist. mereka pakar dalam ‘menjarum halus’ bagi menanam bibit bibit perpecahan.,
wassalam
Julai 22, 2008 pada 10:55 am
IAT
salam melayu utara : UMNO pun perosak bangsa dan agama juga. semasa UMNO perintah, apa yang depa dah buat, tanah rezab melayu pun sapu bersih, orang melayu pulau pinang sudah merempat.
Julai 22, 2008 pada 11:23 am
melayutara
salam untaz nik dan rakan2,
untuk pengatahuan semua, majoriti ahli umno tidak takut dgn pas, tidak takut dgn islam dan tidak takut hudud dan kami menolak sekular yang dibawa oleh kamal attartuk. Sebagaimana pas pada masakini merasakan perlunya penerimaan bukan islam menerima hudud begitulah juga umno. malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokasi bukannya syura mahupun beraja. Rakyatlah yang menentukan sesiapa yang memerintah negara ini. sekiranya kerajaan melakukan sesuatu sehingga menyababkan bangsa melayu menolak kerajaan maka tidak akan wujudlah kerajaan bn yang dikuasai umno. begitulahlah jua haikikatnya juga pas ingin memerintah negara yang 40% penduduknya bukan melayu dan islam.
majoriti ahli umno yang meyokong dan menjadi ahli setia umno tidak melihat sebagai umno menolak hudud tapi terpaksa menangguhkan hudud sehingga diterima oleh islam. malah ada yang mengatakan masyrakat cina tidak mengundi bn kerana pak lah yang terlalu melebihkan melayu dan islam seperti perlaksaank islam hadhari, dan peruntukan kewangan yang banyak untuk menyerap sekolah agama ke bawah kementerian dan program j-qaf yang menyerap beribu-ribu guru sekolah agama dan lepasan dari timur tengah. malahan keputusan menaikkan gaji kakitangan kerajaan yg tinggi juga meresahkan masyrakay cina. ada melihat semua ini dari sudut kepentingan politik. tetapi hakikatnya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan sesuatu apa akan jadi kepda lepasan timur tengah yang menganggur dan sekolah agama yang terbiar tanpa peruntukan yang mengcukupi. sedangkan bukan semua pegawai2 kerajaan dan guru2 sekolah agama yang menyokong umno alangkah lebih baik wang tersebut dibelanjakan kepada sesuatu yang boleh membodek masyarakat bukan melayu. Lupakan tetang politik, fikirkan faedah2nya kepada bangsa melayu dan agama islam…..
Fikir2kanlah…
salam
Julai 22, 2008 pada 11:32 am
melayutara
salam iat,
umno bukan perfect dan bukannya maksum dari melakukan kepincangan. tetapi masih ada ruang untuk berubah pemimpin datang pergi silih berganti dgn harapan menuju sesuatu yang deredhai Allah. terlalu hebat kuasanya umno sehingga lupa akan jalan yang lurus lalu diturunkan ujian Allah sehingga terpatahnya satu sayap sebagai satu ingatan jangan lupakan hak Allah ketika kamu ke dalam kesenangan.
kita sudah melihat bagaiman gerakan bn memerintah penang kini giliran dap pr menunjukkan belang.
salam
p/s: saya dari penang
Julai 22, 2008 pada 1:55 pm
Muzakarah PAS dan UMNO « AMIN AL-KALANTANI
[…] https://nikabduh.wordpress.com/2008/07/21/politik-damai/ […]
Julai 22, 2008 pada 2:05 pm
chepirate
salam ust.nik & semua …..
Aku setuju dengan ‘selamat’kenapa orang PAS begitu fobia dengan UMNO ?KADANG-KADANG ianya tidak mencerminkan perjuangan islam.
Jangan lah kita menilai kejahatan UMNO itu sebagai asas kepada tidak melakukan perbincangan,….(apatah lagi umno adalah musuh kepada pas)
Lupakah kita dimana asas /panduan perjuangan PAS itu sendiri?..Bukankah kepada Al-Quran/Hadis,kenapa kita tidak berpadukan kepada sandaran ini……..adakah kita lupa atau kerana nafsu yang menguasai kita.
Lupakah kita pada sirah-sirah Rasul lullah,Perjuangan Baginda dimana di lihat di situ ada berlaku berbagai-bagai perjanjian……
Kenapa kita tidak merenung aspek-aspek ini……
Aku amat BERSETUJU dengan pandangan dan KETERBUKAAN pimpinan terhadap isu ini.
Dimana ruginya PAS.?
mARILAH KITA RENUNGKAN HADIS INI
sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati – matian bertempik – tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan
“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang – orang yang beriman.”
http://chepirate.blogspot.com
Julai 22, 2008 pada 2:20 pm
krasi
salam una,
saya cukup cukup terkilan dan terkesan knp ayahanda una, tok guru nik aziz x setuju dgn muzakarah ini..harap tok guru nik aziz dpt memahami tulisan anakandanya ini..insyaallah
Julai 22, 2008 pada 4:32 pm
Pak Ngahnya
salam…
“untuk pengatahuan semua, majoriti ahli umno tidak takut dgn pas, tidak takut dgn islam dan tidak takut hudud dan kami menolak sekular yang dibawa oleh kamal attartuk. Sebagaimana pas pada masakini merasakan perlunya penerimaan bukan islam menerima hudud begitulah juga umno. malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokasi bukannya syura mahupun beraja. Rakyatlah yang menentukan sesiapa yang memerintah negara ini. sekiranya kerajaan melakukan sesuatu sehingga menyababkan bangsa melayu menolak kerajaan maka tidak akan wujudlah kerajaan bn yang dikuasai umno. begitulahlah jua haikikatnya juga pas ingin memerintah negara yang 40% penduduknya bukan melayu dan islam.” – melayutara
komen melayutara .. kenapa pula perlunya penerimaan bukan islam menerima hukum hudud?.. hukum hudud hanya dijalankan ke atas org islam tetapi bukan ke atas org bukan islam.. komen melayutara seperti seolah-olah anda ahli pas yg memahami perjuangan PAS
“majoriti ahli umno yang meyokong dan menjadi ahli setia umno tidak melihat sebagai umno menolak hudud tapi terpaksa menangguhkan hudud sehingga diterima oleh islam”- melayutara.
islam yg manganjurkan hudud, knp pula dikatakan umno menolak hudud sebab islam tk menerima hukum hudud?
Julai 22, 2008 pada 4:35 pm
Ikhwanukum
Assalamualaikum..
Saya terfikirkan begini. Dalam satu situasi, seorang perempuan cantik yang datang menggoda seorang pemuda. Pemuda itu ingin menjaga dirinya dan tidak mahu terjerumus dalam kemusnahan akibat godaan itu. Bila diperhalusi terdapat dua unsur yang utama memainkan peranan.
1. Godaan.
Dari pihak penggoda, dalam fizikal perempuan cantik atau dalam bentuk jawatan, bahagian perkongsian kuasa yang menarik.
2. Keinginan untuk menerima godaan.
Dari kelemahan orang yang digoda. Kelemahan iman atau keinginan nafsu yang membuak-buak gagal ditangani dengan baik.
Apabila pemuda itu tergoda dengan godaan, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan? Perempuan itukah atau diri sendiri.
Maksud yg saya ingin sampaikan, muzakarah ini bukanlah sesuatu yang negatif, pada asalnya, perkataan MUZAKARAH itu sendiri sememangnya konsep Islam dan dianjur oleh Sunnah Nabi. Ianya sendiri telah menjadi strategi PAS sejak dulu. PAS sentiasa cuba bermuzakarah dengan UMNO walaupun UMNO menolak.
Tapi kenapa tiba-tiba ianya menjadi negatif??? Sebab UMNO yg meminta? Sebab UMNO licik? Takut diperangkap? UMNO memang terer membuat makar?
Sedangkan sekiranya PAS itu sendiri sememangnya kuat (kuat iman untuk menolak godaan) sudah tentu PAS dengan sendirinya dapat menolak godaan itu. Menggariskan dengan jelas apa yang perlu diperbincangkan. Menolak isu-isu yang tidak berkaitan dengan tegas. Membicangkan isu-isu yang relevan semata-mata untuk Islam dan Ummah (Majoritinya Melayu). Dapat membuahkan hasil daripada perbincangan untuk keuntungan Islam dan Ummah.
Kenapa sebahagian dalam PAS bersikap seolah-olah telah membayangkan “syahidnya” pihak PAS yang menyertai perbincangan akibat dibunuh oleh nafsu yang tidak dapat menahan godaan.
Wallahua’lam
Julai 22, 2008 pada 4:35 pm
ahli biasa
Inul akan mengadakan persembahan tarian erotiknya di Stadium Bukit Jalil beberapa hari lagi, kita tengok dimana ikhlas dan seriusnya umno nak kembali kepada Islam dan nak kepada penyatuan dengan PAS.
Kalau perkara maksiat ini pun dibiarkan dan dianggap remeh…lupakan sajalah pertemuan ini…
Bagi umno, yang sedang nazak sekarang ini ialah MELAYU, MELAYU DAN MELAYU…..Islam bagi mereka tak pernah nazak, mereka tak penah nampak yang agama islam ini sedang dipijak, sedang dihina……
UMNO tersempit bukan kerana bimbang dengan isu murtad, bimbang dengan gejala sosial, bimbang dengan seks bebas dan pembuangan bayi……ini tak pernah menjadi agendanya….dia tersempit kerana kuasa politiknya makin terhakis….
Jelas sekali, umno cuma nak menyelamatkan melayu dan kroni2nya, dalam isu-isu agama, contohnya baru-baru ini di selangor melibatkan konsert ella dan mas idayu, ada umno yang kononnya melayu islam cuba menyokong PAS dari belakang disaat PKR dan DAP membisu….lebih teruk lagi mereka menyerang PAS.
Apapun, sekiranya pertemuan ini adalah terbaik dan ini adalah keputusan yang diambil PAS, maka ia wajib ditaati…..apa yang dijelas oleh Tok Guru Haji Hadi perlu diterima dan apa yang dibimbangi oleh Tok Guru Nik Aziz juga perlu diambil kira…
Julai 22, 2008 pada 4:47 pm
Mior Isfandy
Assalamu’alaikum wrt wbt..Al-Fadhil ustaz..
Saya jelas dengan pendirian ustaz. Cuma ada beberapa perkara yang saya mahukan sedikit kepastian dari ustaz.
1) Dalam soal muzakarah ini, PAS dan UMNO membincangkan soal survival Islam dan Melayu di Malaysia. Adakah mungkin intipati muzakarah itu dipublishkan? Supaya dapat mengelakkan kekeliruan dan lebih mencapai ketelusan.
2) Saya merasakan, ahli dan penyokong berharap muzakarah ini adalah perbincangan dan platform nasihat secara gentleman kepada UMNO dan bukan soal PAS ingin menyertai UMNO dalam kerajaan hari ini (power sharing).
3) Sekiranya UMNO menawarkan kepada PAS jawatan-jawatan dalam kerajaan, adakah PAS akan menerimanya dan dalam masa yang sama PAS sudah berada dalam PR?
4) Atau, PAS bermuzakarah dengan UMNO untuk menjemput UMNO menyertai PR..sepertimana pelawaan TGNA kepada SAPP?
Julai 22, 2008 pada 5:40 pm
mazwandi
Pada ana, ini bukan tidak menghormati tuan guru Nik Aziz dan juga bukannya berburuk sangka kepada tuan timbalan presiden dan tok guru presiden. Ini hanyalah masalah khilaf antara pemimpin nampak gayanya.
Ana menasihati kepada semua yang menulis di dalam komen blog ini, agar ingat kepada siapa kita tegur. teguran kita ini adalah kepada kepimpinan. Bukannya rakan-rakan AJK Cawangan atau Kawasan atau negeri. Jadi, berhemahlah wahai rakan2 yg pro atau kontra.
Sebenarnya, semuanya betul, dan jika salah, maka yang salah itu insyaAllah dapat pahala kerana ini adalah perkara berbeda pendapat. Perlu juga diingat, perkara berbeda pendapat ini jangan diungkit2 sehingga memecah-belahkan jemaah. Tolonglah. Hancurnya Islam kerana inilah. Terlebih-lebih berkomen2 tentang pembedaan pendapat ini yg sebenarnya, kedua-duanya adalah betul.
Oleh itu, wahai rakan2, beristighfarlah dan tolong jangan taksub sangat dengan perkara2 ini. Ana secara peribadi sudah takut melihat ahli2 jemaah semacam hilang kawalan berinteraksi antara satu sama lain. Tolonglah. Kita berjuang adalah kerana Islam. Yang pro kerana Islam, dan yang kontra pun adalah kerana Islam.
Julai 22, 2008 pada 8:28 pm
Tok Guru
Tulisan yang baik dari YB Iskandar, mengenai hubungan PAS-DAP-PKR di selangor.
PAS KETINGGALAN?
Puas saya memikirkan dari sudut mana.
Kalau dari segi kerusi yang dimenangi memang benar tetapi itu bukan salah Pakatan Rakyat. PAS hanya menang 8 kerusi walhal PKR mendapat 15 dan DAP 13.
PAS telah bertanding 20 kerusi, PKR 20 dan DAP 15. Adakah PAS akan memenangi lebih kerusi jika tidak berada di dalam Pakatan? Adakah salah Pakatan yang membuat PAS gagal mendapatkan sebarang kerusi di Sabak Bernam, Tg. Karang atau Sg. Besar?
Dalam kerajaan pula bagaimana? PAS dengan 8 kerusi mendapat 3 orang Exco sama dengan DAP yang ada 13 kerusi. Fikirkan!
Ahli majlis dalam PBT? Memang benar PAS ketinggalan berbanding dengan DAP dan PKR. Tetapi menurut rakan-rakan lain dalam Pakatan, ini sepadan dengan kerusi yang dimenangi. PAS sudah tentu akan berkata mereka mempunyai jentera yang lengkap, mempunyai ahli di setiap ceruk negeri Selangor oleh itu wajar diberikan jumlah ahli majlis yang lebih. Mungkin ada benarnya hujjah ini kerana jumlah ahli-ahli majlis dari NGO lebih dari PAS yang merupakan komponen Pakatan. Mungkin kalau begitu jika hendak mencari PACA, mintalah tolong dari NGO bukan dari PAS lagi.
Dari segi Exco pula bagaimana? PAS ada 3 Exco tapi jika ada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemilihan mereka (ada yang mengatakan mereka “orang Hasan Ali”) maka mereka sudah tentu akan mengatakan PAS tidak mempunyai sebarang Exco!
Di negara-negara maju, portfolio-portfolio terpenting di dalam kerajaan selalunya adalah kesihatan, perumahan dan pendidikan (Health, Housing & Education). Di Selangor, dua dari tiga portfolio ini dipegang oleh PAS. Saya menjaga perumahan dan Dr. Halimah pula pendidikan.
Tetapi yang paling penting, hal ehwal agama di bawah PAS. Tetapi ada yang mempertikaikannya kemajuan agama Islam di bawah Pakatan, walaupun baru 4 bulan lebih di bawah Pakatan. Walaupun yang mempertikaikan itu dapat berceramah atau mungkin juga berkhutbah di masjid dan surau. Sesuatu yang mustahil sebelum 8 Mac.
Kemenangan 8 Mac telah membebaskan surau dan masjid walaupun kebanyakan DUN-DUN yang dimenangi mempunyai majoriti bukan Islam. Ada yang berkata masjid dan surau dibebaskan oleh orang-orang Cina dan India. Mungkin ada yang marah kepada mereka yang bercakap begini tetapi ini realitinya. Di DUN saya kita kalah di kampung Melayu tetapi menang besar di kampung baru Cina.
Implikasi kemenangan ini adalah :
1. Penceramah-penceramah yang sebelum ini dilarang memberi kuliah di masjid dan surau boleh berbuat demikian sekarang walaupun perlu mendapat tauliah dahulu.
2. Para jemaah tidak lagi tidur ketika khutbah Jumaat akibat dari khutbah-khutbah yang tidak bermaya dan mengampu kerajaan Barisan Nasional.
3. Peranan masjid dan surau telah diperkasakan. Tidak lagi sepi kecuali waktu-waktu solat tetapi telah diadakan pelbagai program seperti program-program kesihatan dan motivasi.
4. Banyak masjid dan surau telah memberi ruang kepada AJK-AJK baru yang cenderung kepada perjuangan Islam.
5. Zakat tidak lagi dikuasai oleh golongan-golongan tertentu tetapi benar-benar dimanfaatkan untuk rakyat. Saya terkejut begitu cepat duit zakat dapat dikeluarkan apabila telah berlaku kebakaran di Kg. Pandan, RM38,000 tunai dalam masa kurang dari 24 jam.
Ini berlaku di saat dan ketika belum ada lagi arahan untuk menukar jawatankuasa masjid dan surau. Mungkin ini berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai wakil rakyat tetapi dengan kerajaan negeri milik Pakatan, tidak ada sebab kenapa ahli-ahli PAS tidak bertindak dengan lebih pro-aktif bagi kawasan-kawasan yang kita kalah. Di kawasan-kawasan yang PAS kalah, kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Islam, usaha-usaha dakwah ini patut dilipat ganda. Tumpukan kepada peluang-peluang yang terbuka kepada kita bukan kepada perkara-perkara yang belum lagi kita perolehi.
Jadi ketinggalan macam mana? Berbalik kepada PAS tidak dapat apa-apa, apa sebenarnya yang diperolehi PKR dan DAP?
Apa yang DAP dapat lebih dari PAS? Kilang haram? Tokong yang lebih besar? Belum ada lagi keputusan.
Apa yang PKR dapat lebih dari PAS? Memang benar pengurus pasukan bolasepak Selangor diberikan kepada orang PKR tetapi adakah itu yang dikejar? Pengarah-pengarah GLC? Belum ada lagi perlantikan walaupun ianya patut disegerakan sebelum puak-puak UMNO di dalamnya melelong segala hartabenda.
Memang benar terdapat perkara-perkara yang mengguris hati ahli-ahli PAS. Tetapi adakah sebab itu kita lari kepada UMNO? Bukankah UMNO juga pernah menaja konsert lebih merosakkan dari Mas Idayu dan Ella? Bukankah UMNO yang meluluskan segala lesen-lesen arak di seluruh Negara?
Kita peringkat negeri Selangor terdapat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 4 orang ahli dari setiap parti. Saya tidak berada di dalamnya.
Di dalam jawatankuasa ini, semuanya sama taraf. Menurut DAP, tidak ada gelaran “YB”, semuanya “Saudara”. Jawatankuasa ini yang menentukan polisi kerajaan atau menentukan agenda kerajaan.
Tetapi mentadbir negeri bukan seperti mentadbir Kawasan atau Cawangan. Ianya terlalu luas. Terdapat begitu banyak jentera kerajaan dan pegawai kerajaan yang terlibat. Kita baru empat bulan. Sepertimana Kelantan ketika baru empat bulan memerintah, banyak cabaran yang perlu dihadapi
Hanya diperlukan sedikit kesabaran. Bukan dari orang Selangor tetapi dari seluruh warga PAS dari seluruh negara. Walaupun susah sebab tahap kesabaran kita berbeza-beza, contohnya orang Kelantan memang penyabar manakala orang Terengganu, menurut isteri saya yang berasal dari Terengganu, agak gopoh.
Saya amat berharap pimpinan PAS tidak akan bertindak berdasarkan laporan-laporan yang tidak tepat dari Selangor. Saya bimbang jika laporan-laporan ini diberikan oleh mereka yang sememangnya cenderung kepada UMNO, maka yang baik juga dikatakan buruk. Saya takut sebab laporan yang tidak tepat dari Selangor, PAS di peringkat tertinggi akan membuat keputusan untuk mendekati UMNO dan BN.
Saya mohon maaf jika penilaian saya ini tidak tepat. Saya hanya mempunyai pengalaman berada di kerajaan Pakatan Rakyat. Adakah kedudukan PAS lebih baik di dalam BN? Itu saya tidak ada pengalaman. Tanyalah mereka yang pernah berada di dalam kerajaan BN seperti Dato’ Mustafa Ali yang pernah menjadi Timbalan Menteri ketika PAS berada di dalam BN.
22 Julai 2008
Julai 23, 2008 pada 2:52 am
chepirates
allo brader sume….
kenapalah dah jadi semakin ‘berserabut ni’
dah semakin tak paham-paham ni????
PAS BUKAN NAK MENYERTAI UMNO,stop!!!!!
TETAPI……Ingin/akan berbincang dengan UMNO(dia ni PEMERINTAH).
ISUNYA- ISLAM & MELAYU
setakat ni paham ke tidak????
Oiiiii Khir Toyo dah jadi orang PAS.!!!!!
KENAPE TAK PECAYE.???
Chepirate ade criter la……..
Julai 23, 2008 pada 6:18 am
Tok Guru
Antara isi pertemuan 3 kali yang dikatakan Si Dollah tu, UMNO bersetuju untuk memberikan jawatan MB Selangor kepada PAS, MB Perak & 6 orang exco kepada PAS……
Jika PAS terima, adakah in bermakna PAS bykan menyertai BN? Pastinya jika PAS terima, ia menandakan terkeluarnya PAS dari PRkan?
Muzakarah Pas-Umno untuk bincang kepentingan Melayu-Islam. Sedap sekali bunyinya. Tuntutan NGO Melayu yang pro Umno dan Umno Johor dalam persidangan Umno berkaitan dengan memartabatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan pun Umno tidak layan. Inikan pula muzakarah Umno-Pas.
Umno buatlah yang baik untuk bangsa dan agama. Pas wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Tak ada orang Melayu yang akan menentangnya.
Pas buatlah islam dalam PR, Umno wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Kalau DAP dan PKR tentang, masa hadapan mereka hendak perintah Malaysia, tidak akan tercapai. Baru ada sebab Pas dan Umno boleh berkawan pada pilihanraya akan datang.
Bila Umno dah hampir hilang kuasa, baru minat muzakarah. Itu tanda TIDAK IKHLAS.
Entahlah. Orang politik jumpa orang politik, mesti kerana kepentingan kuasa. Atas nama bangsa dan agama, bagi sedap mulut aja.
Julai 23, 2008 pada 9:22 am
mazwandi
Wahai tok guru. Cukuplah setakat itu untuk kita berbincang tentang muzakarah-muzakarah ini. Tenangkan fikiran dan beristighfar banyak2 dan tolonglah berbaik sangka dengan jemaah lain yg berbeda pendapat lebih2 lagi dengan kepimpinan.
Janganlah kita berbising-bisingan tentang perkara khilaf ini. Ana yakin, kedua-duanya adalah betul.
Tolonglah jangan sebut-sebut perkara ‘jika’, kerana pokok ‘jika’ tidak akan tumbuh sehingga kiamat. UMNO hendak beri ‘rasuah’ pada PAS, dan alhamdulillah, PAS tolak. Bermaksud apa? Ianya adalah muzakarah dan PAS telah ambil keputusan bersama PR, kan? Jadi, apakah masalahnya?
Dan jika boleh, tok guru kenalkanlah diri anda kerana tulisan enta menunjukkan seperti enta ada kedudukan di dalam kerajaan PR Selangor. Jangan berselindung di sebalik nama samaran, kerana tahap kepercayaan terhadap tulisan tok guru akan menurun kerana kami tidak tahu siapakah yg menerangkan tentang kerajaan PR di Selangor ini di dalam komen enta.
Selamat berjuang semua dan rapatkanlah kembali saf. Taatlah kepada kepimpinan dan perkuatkanlah iman.
Julai 23, 2008 pada 9:40 am
mehmeh...
akum..
iala.. cakap senang la..
itu la ini la..setakat tulis aku pun boleh..
hang nk tau tkselama ini aku sokong pas sebab apa sebab dakyah hampa la tiap2 malam kutuk umno camtu camni la.. sekarang hampa nk jilat balik kahak yang hampa ludah silakan la…. aku nak tgok setakat mana.. hampa ingat nnti semua cakap hampa umno akan ikut? tkkn pecahlagi hati hampa yg bengkaka tu.. apa pun aku ucap selamat berjaya la.. mana tau hang boleh jd senataor ke menteri ke maklumla anak tok guru tu… tp betul kata raihan iman tk dapat dijual beli.. anak ulamak ke cucu ulamak ke emmm sama je…
Julai 23, 2008 pada 12:56 pm
Hamba Allah
Salam untuk semua. Samada ahli PAS, Penyokong PAS, pengundi PAS atau pembenci PAS.
bagi hamba ini, perlu kita kembali kepada ISLAM. Persoalannya adakah HARAM jika pimpinan PAS mengadakan MUZAKARAH dengan UMNO??? atau mana lebih HARAM jika PAS TIDAK BERMUZAKARAH dengan UMNO atas dasar ummah dan Agama. Carilah hujah dan dalil dalam Al-Quraan bukannya cari dalam akhbar,
Seingatan Hamba yang dah tua bangka ini,
Tok Guru Nik Aziz ada menyebut dengan Syaitan pun kita nak berkawan…….. (Isu ketika wartawan tanya mengenai hubungan dengan DAP masa PRU10 /1999). Ingatkan..atau dah lupa macam hamba yang dah tua ni. (maaf Ustaz Nik Abduh terpaksa ulangsebut ‘fatwa’ ayahda)
OK kalaulah ingatan masih sempurna…Apakah salah? apakah berdosa kita ? jika hanya bermuzakarah dengan Syaitan jenis UMNO (Yang orang PAS sentiasa berzikir UMNO syaitan, iblis, jahat dan sebagainya) Syaitan jenis UMNO ini bersahadah macam orang PAS juga. Syaitan yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz mungkin tak reti mengucap atau tak boleh dilihat dengan mata kasar.
Kalaulah Saifuddin jijik melihat UMNO, hamba juga begitu, kalau semua loya, mual, nak muntah. Hamba pun begitu, melihat kepada UMNO sejak 6o tahun lebih ni.
Tetapi kita kena ingat, macam mana dakwah kita untuk nak disampaikan kepada UMNO kalau kita tak masuk rapat. Kalau nak ajar mengucap sekali pun pada orang yangsedang nazak, perlu hampirkan bibir mulut kita dengan telinga si nazak tersebut. Tak mungkin nak laung dari jauh luar jendela.
Kalaulah Tok Guru Nik Aziz mengatakan kita dah serik kena tipu oleh UMNO pada tahun 70’an dulu. dan tak mahu masuk lubang kali kedua. Itu sebenarnya tidak berjiwa besar. SEBAB. uuntuk kali ini jangan UMNO tipu kita, KITA mesti terlebih dahulu tipu UMNO, baru betul. Ini nak muzakarah dah serik.
Bagi hamba ini kenyataan Tok Guru yang cakap sekarang tak sama dengan yang pernah cakap dulu, hanya membaca sebuah skrip yang telah ditulis oleh sesaorang yang sedang mengilai tahtanya dalam sebuah Kerajaan Kelantan. Hamba berharap Tok Guru teruskan dengan membaca kitab, bukan hanya membaca skrip…..
Julai 23, 2008 pada 1:23 pm
tamu pulau melaka
Salam. segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah
Ana selaku ahli Pas tua ambil masa meneliti pandangan anta semua dan menatap satu persatu. bagus dan bernas alasan dan bukti. rasa berkembang pemikiran ana yg sebelum ni serabut juga dengan hal2 nak muzakarah ni. ana cuba buat rumusan ringkas:
1. kita ada pemimpin yg selama ini kita hormati bukan kerana pangkatnya, tetapi kerana kealimannya. org alim ada kelebihannya, warathatul-anbia. kita jangan lupa tu. kadang2 mereka nampak apa yg belum kita nampak.
2. mereka sudah semestinya berfikir ke arah yg benar melebihi kita dan insya Allah diberi pertunjuk oleh Allah sentiasa. mereka jelas ikhlas, sebab itu kita lantik mereka dgn ikhlas juga. kita kena kenali pemimpin kita.
3. isunya ialah baru nak muzakarah, bukankah lama dah pihak kita mencabar umno untuk bermuzakarah dgn niat utk menyebarkan kebenaran yg kita perjuangkan secara berdepan. tak pernah jadi2 sebelum ini. muzakarah, mujadalah dsbnya. tentu ada hikmahnya. wajaadilhum billati hia ahsan. kita bukan sekali2 nak masuk BN.
4. paklah dah buka /dahulakan maklumat ttg 3 kali pertemuan ni pun ada hikmahnya. dia pula yg beriya2 mahu dan beriya2 menyebut maklumat itu. tandanya dia semacam ada ‘ura2’/plan utk memecahbelahkan org2 Pas dan antara Pas-Pkr. dia telah khinati suasana. kita kena kenali musuh kita.
5. jangan mudah celaru dengan keduniaan, tindak tanduk musuh yg mirip kerja syayatiin hendak pecah-belahkan org2 beriman dan merosakkan keyakinan merka.
6. bertawakkallah dan berdoalah semoga kita dan para pemimpin kita terus bertaqwa. ‘ya Allah jadikan pemimpin2 kami dari kalangan org2 yg bertaqwa’.
Julai 23, 2008 pada 2:05 pm
Afira
Salam pada ustaz dan rakan,
Terima kasih saudara Saifudin,
Dengan keputusan mursyidul dan para pimpinan kita itu jelas menunjukkan pimpinan kita tahu mengemudi bahtera yg besar ini.
kesimpulannya UMNO ingin bermuzakarah kerana berlandaskan PARTI.. bukan secara peribadi..
jadi mursyidul dah bagi guide sebelum ni.. jadi senanglah utk kita menilai muzakarah tersebut. klu tak menepati kriteria kita hentikan. klu menepati kita teruskan..
Julai 23, 2008 pada 2:40 pm
Afira
Salam ustaz, rakan dan melayu utara.
hanya sedikit jawapan ringkas kepada saudara melayutara..
(nickname pun dah menunjukkan perjuangan bangsa)
Sepanjang2 masalah2 yg ditimbulkan oleh saudara itu sebenarnya hanya satu penyelesaian.. TOLAK PERJUANGAN BANGSA SAMBUT PERJUANGAN ISLAM.
Apabila semuanya berasaskan bangsa inilah yg menyebabkan bangsa2 yg ada saling bertindak menjatuhkan bangsa lain. kerana timbul semacam keadaan fight ditengah2..
cuba saudara fahami betul2 apa yg saya maksudkan..
saya respect saudara kerana prihatin dengan masalh2 org Melayu..
tetapi dengan cara itu semakin dijuang semakin berusaha ianya akan bertambah parah..
bertambah jurang antara bangsa…
tidakkah saudara nampak akan itu..?
tentang kebimbangan saudara di Pulau Pinang.. antaranya kewangan samarata pada semua agama..
Saudara Saifudin.. jangan kita jadi kabur.. bagi ana itu ‘Adil’
yang saudara saifudin bimbang kristian akan lebih berkembang dengan pembahagian kewangan begitu sebenarnya tidak timbul..
sebab agama Islam pun dapat banyak tu juga.. kan samarata..
yg menjadi masalah nya ialah penganut mereka tidak sayang duit menderma kepada agama mereka? kalau Lim Guan Eng tak naik pun Kristian tetap ada duit kan? sebab sumber utama mereka bukan dari dana tersebut tapi dari personal penganut mereka, dari syarikat penganut mereka..
utk melawan keadaan tersebut.. kita kena perjuangkan agama kita juga..
kita kena alirkan duit pada perjuangan agama kita.. bukan pada perjuangan bangsa..
mengapa nak salahkan Pakatan Rakyat.. khususnya PAS..
mengapa tak salahkan UMNO sebelum ini kerana tempat tersebut boleh jatuh pada DAP?
Pulau Pinang masih milik kami bagi orang melayu PAS dan Keadilan.. Kami masih boleh menentukan keadaan di Pulau Pinang kerana kami mempunyai hubungan rapat dengan Lim Guang Eng dan ahlinya..
kami masih boleh berbincang dgn mereka, mereka hormati tok guru mereka hormati kami.. dan kami hormati mereka dan kami bagi hak mereka..
tapi Pulau Pinang sudah bukan lagi milik orang Melayu UMNO..
UMNO tidak boleh menentukan nasib Melayu Pulau Pinang..
saudara nampak tak..?
Mengapa? semuanya kerana perjuangan bangsa!
saudara Saifudin kami semua amat berterima kasih klu saudara Saifudin cuba membaca satu pesanan dari Tuan Guru Nik Aziz baru baru ini dan cuba membaca tulisan2 ustaz Nik abduh sebelum ini..
semoga saudara Saifudin diberi jalan yg betul oleh Allah S.W.T dalam menentukan nasib bangsanya.. InsyaAllah.
Julai 23, 2008 pada 3:03 pm
Afira
Salam ustaz dan rakan dan MelayuUtara,
Izinkan saya mengulas tentang ulasan saudara melayu utara tentang apa yang saudara katakan sebab orang bukan Islam tidak mengundi Pak Lah kerana terlalu melebihkan kepada agama Islam kerana melahirkan ISLAM HADHARI..
satu soalan pada Meleyu Utara.. mengapa ISLAM yang dilaksanakan di Kelantan menjadi pilihan ramai masyarkat CIna dan India.. Terbaru hampir setiap minggu masyrakat Cina dan India melawat Kelantan dan mendengar kuliah Jumaat Tok Guru.. duduk bahagian depan tuu..
Undian bukan ISLAM terhadap PAS pd PRU baru ini..? mengapa mereka sokong dasar ISLAM yg dibawa dalam PAS..?
mengapa? apa beza ISLAM yang dibawa dalam PAS dan ISLAM yang dibawa UMNO khususnya Pak Lah..?
itulah yang kami perjuangkan sebelum ini..
itulah sebab kami tentang ISLAM HADHARI sebelum ini..
kerana ianya bukan ajaran ISLAM sebenar dr AlQuran dan Hadis..
jangan tengok negatif dan mengatakan orang bukan ISLAM tidak suka ISLAM..
mereka semua dari Allah S.W.T…
yang menjadi maslahnya cara kita berdakwah pada mereka..
klu bawak mende yg betul dari Allah bukan kata manusia, binatang dan Alam pun boleh terima…
Julai 23, 2008 pada 3:05 pm
Afira
maaf saudara Saifudin,, ana tersilap taip nama saudara saifudin tadi.. sebenarnya nak taip nama saudara Melayu Utara..
Julai 23, 2008 pada 3:07 pm
Afira
saudara Melayuutara kami semua amat berterima kasih klu saudara Melayutara cuba membaca satu pesanan dari Tuan Guru Nik Aziz baru baru ini dan cuba membaca tulisan2 ustaz Nik abduh sebelum ini..
semoga saudara Melayutara diberi jalan yg betul oleh Allah S.W.T dalam menentukan nasib bangsanya.. InsyaAllah.
Julai 23, 2008 pada 4:48 pm
melayutara
Salam Afira,
Pertama sekali terima kasih di atas kesudian afira membaca coretan peribadi saya. Ingin saya katakan di sini, saya tiada masalah dgn bangsa cina malahan pengurus tempat saya berkerja pun adalah berbangsa cina, sudah hampir 6 tahun saya berkerja di bawah dia dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan dari serendah jawatan sehingga kejawatan yang saya ada sekarang.
Yang menjadi masalah kepada saya masyarakat cina yang tidak mengiktiraf kedudukan istimewa islam dan melayu di tanah air kita. Saya faham afira tidak mahu bersikap prejudis terhadap bangsa cina. Saya tidak setuju bila dikatakann memperjuangkan bangsa maka wujudnyanya sikap tindas menindas diatas bangsa yang berbilang kerana walaupun bangsa yang sama tapi agama yang berbeza pun boleh berlaku pergaduhan seperti di India, Belfast di sesetengah negara Afrika. Perasaan tidak puas hati boleh wujud diantara negara yang berbilang agama mahupun bangsa apabila ketidak adilan berlaku. Ketidak adilan bukan bermaksud setiap pihak harus mendapat sesuatu yang sama rata tetapi mengikut hak yang sepatutnya mereka dapat. Anda mungkin lebih arif tentang Islam daripada saya, setujukah apabila saya katakan dalam Faraid pihak lelaki mendapat lebih bahagian daripa pihak perempuan dan dalam Munakahat si suami yang boleh menceraikan si isteri dan si isteri dan keluarganya mempunyai hak penjagaan anak bukan si suami.
Begitulah juga bagaimana maksudnya keadilan diantara bangsa dan agama di Malaysia. Perlembagaan telah menetapkan hanya orang melayu dan islam sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri dan Menteri Besar. Sekadar menjadi Islam tidak cukup melayakkan anda memegang jawatan tersebut. begilah juga dengan keistimewaan yang lain. Dengan ini fahamilah, adalah menjadi tanggungjawab semua umat islam memperjuangkan syiar Islam seperti mana seruan afira kepada saya tapi harus disusuli dangan tanggung jawab kita kepada bangsa dan jangan lupa kepada negara.
Saya sudah baca dan mendengar pesaan dari TGNA. Juga telah membaca dan mendengar pemimpin2 pas lain. Saya berharap pas tetap bersatu teguh dan mengelakkan terjadinya pergolakkan sebagaimana berlakunya pada Umno. Seperti saya katakan mulakan langkah dgn muzakarah untuk perpaduan ummah, islam dan melayu. Semoga terbuka hati saudara/i afira menerima wadah penyatuan ummah demi agama dan bangsa, insyallah.
salam
Julai 23, 2008 pada 5:13 pm
melayutara
Salam Afira,
Mengenai undi banyak yang diterima Pas pada PRU12 yang lalu. Saya rasa Ustaz Nik ada menerangkan serba sedikit berkaitan undi kualiti dan kuantiti. Dimana kita harus melihat apakah tujuan sebenar undi itu diberikan.
1)Adakah kerana wadah perjungan Islam yang dibawa oleh Pas?
2)Adakah kerana faktor kebajikan dan janji2 menarik sekiranya PR menang pada PRU12 yang lalu?
3)Adakah kerana peluang masyakat bukan melayu yang terbuka luas untuk memperjuangkan kesamarataan kaum dan agama “konsep malaysian” kerana ada bangsa melayu dan umat islam sendiri yang merelakan keistimewaan mereka ditarik?
4)Adakah kerana masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang tidak selesai?
5)Adakah kerana ingin menggulingkan kerajaan barisan nasional?
Jika dipaksa memilih satu dari jawapan2 di atas, jawapan saya adalah 3. Jika dibenar memilih lebih daripada satu, jawapannya adalah 2 sehingga 5. Saya pasti nombor 1 bukan pilihan majoriti bukan Melayu. Jangan lupa pada PRU12 yang lalu pas bukan lagi bertanding dibawah kapitisi individu sebaliknya dibawah kapasiti Pakatan Rakyat. Sekiranya ketika PRU12 lalu yang bertanding adalah BN, PR dan PAS di sesuatu bahagian, anda pasti bukan Melayu mengundi pas? Begitulah juga jadinya sekiranya Umno bertanding diluar Barisan Nasional.
Semoga anda dapat menilai semua pandangan anda, bagaimana tahap penerimaan sebenar masyarakat bukan melayu terhadap Pas dan Islam. Dari situ anda dapat meletakkan dimana progress pas pada ketika ini menegak syiar Islam di Malaysia.
Fikir2kanlah. Salam.
Julai 23, 2008 pada 5:31 pm
Ikhwanukum
Assalamualaikum..
Saya sokong muzakarah membabitkan Islam dan Melayu..
Tentang perjuangan “bangsa” ni saya lihat begini. Realitinya pejuang-pejuang bangsa ni akan wujud. Tak kira apa jua bangsa sekalipun. Dalam PAS pun ada yang mementingkan “melayu”. Saya rasa tak salah sekiranya ianya tidak mengambil hak kaum lain. Perbincangan mengenai Melayu ini adalah sebab peranan Melayu itu sendiri dalam pemerintahan Islam di tanah Melayu itu sendiri.
Memanglah yang paling utama itu adalah Islam itu sendiri.. tetapi siapa yang bertanggungjawab kepada Islam itu di Malaysia kalau bukan bangsa Melayu?
Islam itu benteng..
Melayu itu benteng..
Janganlah kita terikut rentak kuffar yang berhasrat merobohkan benteng-benteng pertahanan daulah. Dengan itu muzakarah pada pandangan saya mestilah meliputi perbincangan Islam dan Melayu. Mungkin akan adanya muzakarah Islam sahaja tapi sesi lainlah.
Julai 23, 2008 pada 6:45 pm
Saifudin
Dipetik dari mstar.com.my
PAS tolak muzakarah Umno-PAS
23-07-2008 06:18:51 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN
(Mutakhir) PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin PAS hari ini sebulat suara menolak syor supaya diadakan muzakarah Umno-PAS.
Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan lebih dua jam di Kota Bharu
Dalam pertemuan yang diadakan lebih dua jam itu pemimpin-pemimpin PAS sebaliknya mencadangkan diadakan muqabalah jika memerlukan pertemuan empat mata antara Umno-PAS.
Dengan perkembangan ini, jelas menunjukkan PAS menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu sebentar tadi.
Hadi mengetuai rombongan empat wakil Majlis Syura menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menerangkan isu muzakrah tersebut.
Julai 23, 2008 pada 8:05 pm
cetusan
Assalammualaikum pada semua,
Disini izinkan saya memberikan sedikit pendapat tentang isu muzakarah …
1) Saya sangat bersetuju dengan pendapat dan hujah TGNA. Bagi saya
‘hentikan muzakarah dengan umno’ kerana tiada faedahnya selain mengelirukan & memerangkap perjuangan islam tulen yang telah lama diperjuangkan selama ini. Jelas sekali isu ini telah menunjukan realitinya iaitu perpecahan dikalangan pencinta islam.
2) ‘ Hentikan muzakarah dengan umno ‘ kerana jelas sekali sikap mereka tetap sombong dan terus bongkak, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau menambil pengajaran dari keputusan PRU yang lalu. Jelas mereka terus memperjuangkan hadhari, mereka terus menunjukan sikap membazir dan rasuah dalam mengurus amanah rakyat, mereka
tetap dengan sikap bebal dan dendam dengan kerajaan pakatan rakyat dengan membangkitkan pelbagai kekeliruan dengan tujuan yang jahat. Dari isu DEB, Isu Babi, Zippy, Balak, kedaulatan sultan dan raja, projek dan pembagunan belia dan sukan, hatta royalti yang sudah dikembalikan dan pelbagai lagi, saya tidak nampak satu pun keiklasan yang lahir dari kerajaan BN yang dikepalai UMNO ini. Tidakah kita nampak ini ?
3) Jangan terperangkap dengan Isu PROTES ataupun Chelsea ataupun Ella serta Mas Idayu atau pun INUL yang bakal menggoyang selepas ini .. ini bukanya sama bila TGNA bertemu PM satu masa dahulu untuk memujuk beliau menerima dan mendaulatkan Islam dalam perlembagaan. Sikap protes dan memurandum Pemuda saya sokong, namun ia perlulah turut sama dan disertai dengan pertemuan, penjelasan, perbincangan yang
berhikmah. Saya percaya MB atau sesiapa saja dalam pakatan adalah sangat terbuka tentang pekara ini. Kita perlu tanamkan sikap saling hormat – menghormati. Saya ulangai sekali lagi, jangan kita ambil sikap bebal dan gelabah. Ia adalah dari kelemahan kita sendiri. Kita yang tidak bijak menjuarai bahang dan isu semasa.
4) Muzakarah boleh dilakukan tetapi bukan secara ‘direct’, antara UMNO dan PAS. Sebagaimana yang pernah diutarakan TGNA, perlu ada orang tengah, ataupun diadakan satu Majlis muzakarah, Majlis permaufakatan yang ada penganjurnya yang bersikap terbuka tidak menyebelahi mana-mana pihak. Muzakarah untuk mencari satu kata putus dan permaufakatan bersama tentang satu – satu isu. Muzakarah hanyalah pekara – pekara dalam mencari kata putus yang bertujuan mendaulatkan Islam. Kerana hanya Islam bisa meyatukan. Muzakarah hendakanlah datang dari semua pihak, parti, ngo individu. dll..
Majlis adalah sebagaima ASEAN atau PBB. Duduk bersama dalam mencapai satu – satu keputusan. Muzakarah secara terus sukar meyatukan kerana masing – masing akan ada sikap meyebelahi ideologi masing – masing.
Wassalam …
Julai 24, 2008 pada 1:01 am
chepirates
salam semua……..
Sebenarnya ini yang SEBETULNYA,kenapa kita d kelirukan?
kenapa ada di antara pimpinan yang sama pergi BERMUQABALAH sanggup memutar belitkan perkara sebenar,
di mana sifat amanah,di mana sifat pemimpin yang telah di TARBIYAH dengan perjuangan ISLAM…………..
KATA TG PRESIDEN macamni
Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.
Kalau PAS mempunyai pemimpin seperti ini (memang ramai pun spesis macam ini)PAS jangan menyalahkan UMNO yang merosakan Agama & Bangsa,tetapi sikap dalaman PAS sendiri yang perlu di PERBAIKI.
Julai 24, 2008 pada 8:19 am
Ikhwanukum
Assalamualaikum..
Kalau taknak Muzakarah.. Muqabalah pun jadilah..
Asalkan apa pergerakan menuju kepada kebaikan seluruh ummah..
Saya sokong Muqabalah bagi kebaikan Islam dan Ummah Melayu..
Julai 24, 2008 pada 8:37 am
Ikhwanukum
Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah – Mursyidul Am
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).
Kenyataan TGNA
“Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
“Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,”katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di’geger’kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).
Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.
Kenyataan TGHA
“Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.
“Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,”katanya
Kenyataan TG Harun Din
“Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.
“Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa,” katanya.
Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
“Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu,” ujarnya.
Suntingan dari …..
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015963&Itemid=85
Ulasan : Alhamdulillah.. Saya melihat muqabalah ini sebagai satu rahmat dan penuh dengan kebaikan.
Julai 24, 2008 pada 9:20 am
melayutara
Salam rakan2,
Alhamdulillah, saya setuju. Mungkin masalah istilah yang menjadi isu pertikaian.
Julai 24, 2008 pada 12:09 pm
ahli biasa
Kata Melayu Utara
“Sekadar menjadi Islam tidak cukup melayakkan anda memegang jawatan tersebut. begilah juga dengan keistimewaan yang lain. ”
Inilah masalahnya, Nabi kata, angkatlah pemimpin yang bertaqwa di kalangan kamu hatta dia dari bangsa habsyi berkulit hitam yang rambutnya seperti anggur.
Adakah UMNO setuju dengan sabdaan Nabi ini ?
Tok Guru Nik Aziz pun pernah isytihar yang cina boleh jadi menteri besar sekiranya dia seorang yang bertaqwa….
Dalam kamus nasionalis umno, hanya melayu yang layak jadi pemimpin, tak kiralah melayu itu fasik atau munafik.
Macam ni nak berkongsi kuasa dengan UMNO ? Silap-silap UMNO menggunakan perlembagaan persekutuan untuk ‘njaa’ ( terajang ) PAS sekali lagi…..
Ingat sikit, bukan Al-Quran yang ada kuasa dalam Malaysia ni, tapi Perlembagaan Lord Reid, sebab tu lah si zaid ibrahim tu nak saman hudud.
Julai 24, 2008 pada 12:34 pm
Hamba Allah Terpuji
Syukur Alhamdulillah.
Sebenarnya ada segelintir pemimpin dalam PAS yang bercita-cita besar, tapi berjiwa Kecil mengambil langkah yang tidak bermoral dengan kaedah berjamaah.
Dalam kesempatan ini, mereka menjadikan Tok Guru Nik Aziz sebagai perisai, tempat berlindung. Hakikat sebenarnya mereka ini telah ada deklarasi. Sering kali di lihat TGNA dijadikan perisai., dalam semua segi apabila ada kepentingan. Hentikanlah perbuatan buruk dan bercanggah dengan konsep berjamaah.
Kepada mana-mana ahli PAS yang katan macam-macam kepada pimpinan khususnya kepada Tok Guru, minta bertaubatlah secara senyap-senyap.
Kerana kita kena ingat ada segelintir daripada orang duduk atas kita mempunyai cita-cita besar.
Julai 24, 2008 pada 12:41 pm
Pak Muda Berek 12
Walaubagaimanapun
BERMUZAKARAH DAN BERMUQABALAH lah kita semua rakyak Malaysia. jangan BERBALAH.
berbincang dan bertemu, (kena bertemu dulu baru berbincang)
Bertemu (bertemu ada yang tidak berbincang) begitulah kira-kira mahfun dua kalimah tersebut.
Julai 24, 2008 pada 11:54 pm
zamriy2k8
Saya sokong sangat2 pandangan TGNA untuk tidak bermuzakarah dengan UMNO. Dalam mengulas isu ini ustaz kena faham bahawa ada beza antara parti UMNO dengan ahli dan penyokong UMNO. Walaupun masih ramai melayu dalam UMNO tidak bererti PAS kena bermuzakarah untuk membawa ahli dan penyokong UMNO masuk ke kapal PAS. Pembaharuan demi pembaharuan dan juga kebaikan yang dilakukan oleh PAS selama ini sudah cukup untuk membawa perubahan kepada UMNO dan penyokongnya jika mereka mahu berfikir. Bagi saya ini adalah politik semata-mata umpama orang yang lemas (UMNO), apa-apa saja yang ada dihadapan akan digapai supaya dia tak tenggelam. Kita yang hendak menolong perlu tumbuk dia dulu bagi pengsan, baru bawa dia ke daratan. Kalau tak dengan kita-kita ikut lemas..
Julai 25, 2008 pada 9:18 am
melayutara
salam ahli biasa,
saya bercakap dalam konteks perlembagaan dan perundangan di negara kita. sekiranya anda bercakap tentang agama, sistem demokrasi itu sendiri bukanlah sistem yang perkenalkan oleh islam sebaliknya oleh barat. mampukah anda mengubahnya terutamanya dalam komposisi agama dan bangsa yang berbeza dinegara kita. tgna bercakap yang benar dan betul dari segi agama. sebelumnya bakal mb islam bukan melayu anda dipilih dia harus melalui proses pengundian (demokrasi) dan mendapat persetuan sultan melayu kelantan. tidak lupa perlembagaan dan akta juga harus diubah. diharap kita semua dapat membezakan diantara idealistic dan realistic.
“Dalam kamus nasionalis umno, hanya melayu yang layak jadi pemimpin, tak kiralah melayu itu fasik atau munafik”.
Saya bersetuju dgn kenytaan melayu yang fasik atau munafik tidak layak menjadi pemimpin. Tetapi tidak setuju dgn kenyataan asal pemimpin itu dari Umno mereka itu semunya fasik dan munafik termasuk ahli2nya. Adakah anda benar yakin dan pasti semuanya semunya begitu dan tanpa ragu2. Diharap saudara menjatuhkan hukam tersebut tanpa sedikit sifat amarah di dalam diri saudara. Saya sentiasa berdoa agar kita semua dijauhkan dari sifat2 tersebut. Insyaallah.
wasalam
Julai 27, 2008 pada 10:29 am
Dr Ahmad Muhammad
Tak banyak yang saya mampu komen. Hampir bertahun saya dan beberapa orang sahabat menjalankan misi mengIslamkan pemikiran rakan-rakan bukan Islam. Pelbagai usaha telah kami jalankan bagi membuka minda dan hati mereka untuk bersama dengan PAS. Alhamdulillah sedikit sebanyak apa yang kami lakukan itu telah membuatkan hasil ketika PRU Ke 12 yang lalu. Mereka bertungkus-lumus berjuang bersama PAS kerana mereka yakin dengan PAS dan mereka benci, menyampah dan meluat dengan UMNO-BN. Alih-alih timbul cerita PAS bertemu dengan UMNO atas dasar muzakarah tentang perpaduan Melayu dan Islam.
Memang isu ini merupakan isu mainan media milik UMNO-BN tetapi kita tidak boleh menjadikan “mainan media” senagai hujah untuk menenangkan gelora di hati kami semua.
Rakan-rakan bukan Islam ini menyokong PAS kerana mereka yakin PAS adalah PAS tetapi apabila PAS duduk semeja dengan UMNO, apa lagi yang mereka mampu buat selain daripada berpandangan sesama sendiri?
Cukup-cukuplah berunding. Jangan gadaikan prinsip perjuangan Islam yang telah dihadam sepenuhnya oleh para pejuang PAS. Politik Islam tidak mengajar kita untuk mengkhianati rakan seperjuangan. Politik Islam tidak mengajar kita untuk mengambil kesempatan. Sesungguhnya matlamat tidak mungkin menghalalkan cara.
drahmadmuhammad@yahoo.com
Julai 28, 2008 pada 1:57 am
Baca Cetak Edar 28 Julai 2008 « Direktori Blog Kelantan
[…] Cetak Edar 28 Julai 2008 Nik Abduh: Politik Damai Nik Abduh: hidangkanku secangkir kopi panas Maghfirah: Pas Tidak Pernah Menggadaikan Prinsip! […]
Julai 30, 2008 pada 10:54 pm
ibnu_waqafan
assalamualaikum,,,,
bagaimana ust klu kita rujuk ayat 58 hingga 65 surah nisa?ana terbaca pagi tadi…..selepas mlmnya ana baa entri ust…..tima ksih
Julai 31, 2008 pada 4:51 am
Anak Malaysia
Astaghfirullah….
“Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru.”
Kata siapa? Mengapa memperkecilkan rakyat? Undi rakyat adalah satu amanah yg x boleh di”sodomi” dgn begitu saja, terutamanya apabila kuasa kerusi ADUN dan PARLIMEN telah berada dlm genggaman! Adakah perjuangan PAS juga akan jadi seperti UMNO yg akan berpolitik mengikut kesesuaian? Boleh berbohong? Boleh pecah amanah? Adakah PAS sebuah parti tg memperjuangkan dasar2 ISLAM atau pun PAS hanyalah sebuah parti yg sanggup memperlacurkan maruah dan prinsip ISLAM hanya semata2 kerana politik? Boleh diguna pakai mengikut kesesuaian?
Mengapa jadi bodoh? Perjuangan Islam perlu melalui cara yg berhemah. Perjuangan Islam perlu bertertib, tidak ada kaedah yg meng”halal”kan cara diluar batas2 yg telah ditentukan. Perjuangan Islam perlu mengikut Sunnah. Perjuangan Islam perlukan Istiqomah. Btw, boleh ker kita menjamin yg golongan “tuan guru” nie boleh masuk syurga berbanding dgn seorang “Carburetor Dung”? Dont be stupid and most importantly, dont be arrogant!
“Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu.”
Inilah kenyataan paling “Bodoh”, “Bangang”, “Biadab” dan paling x bertanggung-jawab. If you call yourself an “ustaz”, then obviously you DON’T deserved it…..
Kekuatan Islam kerana Melayu? Kerana Bangsa? Bodoh…
Alhamdulillah, aku telah pun menjejakkan kaki ke bumi arab dan disinilah aku mulai faham akan pesanan Rasulullah (saw) dlm khutbah terakhir;
iaitu tidak ada kemuliaan atas dasar bangsa kecuali atas dasar Taqwa dan melakukan amalan yg baik (piety and good action); serta memegang teguh kpd Quran dan Sunnah… X pernah sesekalipun aku dgr baik dpd Quran atau pun dpd ajaran Rasulullah sendiri yg meng”halalkan” perjuangan Islam atas dasar bangsa?
Kekuatan Islam hanyalah pada “amalan” ajaran Islam yg MESTI DIPRAKTIKKAN oleh org2 Islam itu sendiri! Kalau hanya setakat teori, aku boleh kata yg ramai org2 bukan Islam di luar sana yg mempunyai akhlak yg cukup baik, malah lebih baik dpd org2 Melayu Islam PAS atau pun UMNO. Cuma sayang, mereka belum diberikan hidayah oleh Allah.
Sedarlah…
Siapa yg plg bnyk sangat makan rasuah?
Siapa yg plg bnyk sangat menyalah gunakan kuasa?
Siapa yg plg bnyk menimbulkan “fitnah”?
Siapa yg plg bnyk memburuk2kan Islam?
Siapa yg plg bnyk “beromen”, “berkhalwat”, “berzina” di tempat terbuka?
Siapa yg plg bnyk pergi ke konsert2 Akademi Fantasia @ Sure Heboh?
Siapa yg plg bnyk jadi “bohsia”?
Siapa yg plg bnyk menagih dadah?
Siapa yg plg bnyk membuat dakwaan palsu ttg “liwat”?
Siapa yg plg bnyk menangkap dan menghumban rakyat kedlm “ISA”?
Siapa yg plg bnyk membuang anak?
Siapa yg plg bnyk melakukan kes sumbang muhrim?
Siapa yg plg bnyk jd mat dan minah rempit?
Siapa yg plg bnyk memper”lacur”kan ugama demi kepentingan peribadi?
Bukanker semua nie dilakukan oleh golongan Melayu yg “konon”2nya berugama Islam! Cubalah kata pd golongan nie, yg perbuatan mereka itu jelas HARAM! Yg perbuatan mereka itu boleh membawa mereka menjurus kpd MUNAFIK, FASIK atau pun KAFIR! Mesti semua akan melenting marah, habis merah padam satu muka menahan marah! Habis nak kata apa lagi? A spade is a spade! Betulkan…?
Kepada PAS. Jangan TAKBUR! Jangan merasa yg diri dah cukup SEMPURNA! Jangan bermain sandiwara dgn POLITIK. Jangan MAIN BELAKANG dan membelakangkan SHURA (ini juga sebahagian dpd tertib)! Jangan jadi BODOH dan jangan MEMPERLACURKAN ugama demi POLITIK seperti UMNO! Dan tiada yg plg penting bagi PAS melainkan utk berhenti “MENARI” mengikut rentak “GENDANG TARI” UMNO, setiap kali gentak tari dimainkan…
Betul, kita bertawakkal kepada Allah. Tetapi Allah x mengurniakan Akal Fikiran kepada kita semata2 supaya kita boleh berfikir! Kalau org suruh kita makan taik, x kan nak tawakkal dan lepas tu makan? Ada mata, pandanglah… Ada telinga, dengarlah… Ada hati, maka halusilah…. Ada akal, maka fikir2kanlah….
PANTUN BUAT UMAT MELAYU “ISLAM”:
PRU yg lepas UMNO dah kalah,
UMNO yg lemah mula berhelah,
Tabuh dipukul UMNO bermadah,
Demi melayu kita bermuzakarah…
Jika hendak seribu daya,
Jika x hendak seribu dalih,
Sekiranya melayu masih mahu percaya,
Mudahlah UMNO mengambil alih…
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana bangsa kerana ugama,
Inilah fitnah sebagai umpan…
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Bangsa dan ugama hanyalah helah,
Agar berpecah belah Pakatan Bertiga…
Indah kata Dato’ Laksamana,
Takkan Melayu hilang didunia,
Andainya UMNO terus berkuasa,
Melayu x hilang, cuma layu di”sodomi” UMNOPUTRA…
Dagang pak malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu,
Dagang UMNO hanya bertempat,
Buat diri, anak, isteri, menantu dan kroni, semuanya atas nama melayu…
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
UMNO dah dapat gading bertuah,
Bangsa dan ugama x berguna lagi…
Limau purut lebat di pangkal,
Sayang selasih condong uratnya,
Hanya UMNO masih berdangkal,
Perjuangan utk bangsa dan ugama…
Raja adil Raja disembah,
Raja zalim Raja disanggah,
Sedarlah melayu, bacalah sejarah,
UMNO ttp UMNO mana mungkin berubah…
Tuai padi antara masak,
Besok jangan layu-layuan,
Sekiranya melayu masih x nampak,
Habislah Melayu terus diperkudakan…
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dah tiga orang mantan Perdana Menteri,
Tinggalkan UMNO si kaki temberang…
Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Perjuangan untuk ugama, bangsa atau hanya diri sendiri,
Wahai UMNO jawablah sendiri…
Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan,
UMNO masih dibuai mimpi,
Hingga x nampak melayu dah bosan…
Masak kari ikan sembilang,
Boleh dimakan di hujung minggu,
Semoga Malaysia kan terus gemilang,
Punyai rakyat yg benar2 bersatu…
PESANAN BUAT PAS:
Buah delima tingalnya satu,
Tempat bersarang semut dan kerengga,
Wahai PAS muhasabahlah selalu,
Perjuangan teras bangsa atau dasar ugama…
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Belajarlah dari sejarah terdahulu,
Agar PAS tidak sesekali “leka” di masa hadapan…
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Janganlah PAS memandang sepi,
Bersama2 rakyat harus berjuang…
Hamba bukan menggantung walang,
Cuma terniang bunyi senandung,
Amanah rakyat harus digalang,
Bukan landasan mengambil untung…
Dua tiga kucing berlari,
Mana kan sama si kucing belang,
Jangan khianati amanah yg diberi,,
Ingatlah kepada Allah jua kita kan pulang…
Air mata jatuh tertumpah,
Ibarat padi dalam sekam,
Jangan berpolitik hingga tergadai maruah,
Diri sendiri, bangsa dan juga Islam…
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Inilah masa bagi PAS bergerak,
Mengharungi fitnah dalam perjuangan…
Sesungguhnya Islam itu mudah,
Janganlah kita menjadikannya susah,
Jika benar perjuangan kerana Allah,
Lupakankan UMNO, ikutlah Sunnah…
Ogos 1, 2008 pada 11:51 am
Khoja Nadim
Taat kpd pimpinan, rapatkan saf sememangnya sedap didengar dan senang diucap. Soalnya dlm PKR, adakah PAS memimpin, dipimpin atau ditunngangi?
Ogos 5, 2008 pada 3:34 pm
Puyot
Ada pro and con dalam kes muzakarah UMNO-PAS. Semua ada hujah masing-masing. Bagus la tu. Tu ertinya kita ambil pusing dan sayang akan negara kita ni. Pronya: memberi ingatan dan amaran jelas kepada kawan2 di dalam PR akan kuasa yang ada pada PAS. Connya: memberi gambaran buruk (sebab tak dimaklumkan dulu) kepada para ahli dan penyokong atas pagar.
Pada hemat aku, bukan sekarang masanya nak muzakarah. Sebab? Membuka pintu fitnah. Fitnah kepada Islam dan perjuangan berlandaskan Islam. Api fitnah ni ibaratnya seperti api yang memakan daun dan ranting kering di musim kemarau. Cepat merebak.
Untuk jangkamasa yang terdekat ni, UMNOlah yang patut mai mintak muzakarah, bukan PAS. Sebabnya, bila diteliti daripada kekuatan parti, PAS paling kuat sokongan ‘grassroot’ berbanding PKR dan DAP. Orang sokong PR sebab tiada pilihan lain untuk tunjuk undi protes kepada BN.
Jatuhkan dulu kerajaan BN sebab susah nak berurusan dengan para munafik. Dah jatuh, baru kita muzakarah dan tarbiah. Tapi, proses menjatuhkan BN kenalah pandai. Jangan sampai tergadai maruah Islam tu sendiri akibat perlakuan buruk dan ketidakcerdikan umat Islam.
Dan untuk pimpinan PAS, janganlah buat kerja yang mengelirukan orang bawahan. Sebab yang bekerja bagai nak gila tu orang bawahan. Kena terang dan jelaskan dulu tindakan yang perlu, sedang dan hendak diambil kepada orang bawah. Barulah tak timbul fitnah.
Lagipun, toksah la percaya pada media arus perdana, Pak Lah dan konco2nya. Depa tu CekDet sendiri cakap kata kaki putaq alam.
Ogos 22, 2008 pada 8:48 am
creeps
Salam Ustaz,
Walau apa bentuk perbincangan antara PAS dan Ameno yang akan berlangsung nanti, saya tetap sokong waima kalau sampai ada orang PAS nak pindah rumah pegi ke Ameno , pun akan saya sokong. Yalah, buat apa nak menyibuk dalam PAS kalau hati tu menggelitik nak join the rich and famous kan?
Tapi, dalam posting Ustaz kali ni saya tak dapat nak sokong pernyataan bahawa Bangsa MELAYU yang akan memenangkan ISLAM di Malaysia sebab BUKAN semua melayu itu Islam dan BUKAN semua melayu Islam itu mahukan kemenangan Islam. Mungkin pandangan peribadi saya ini akan disanggah oleh golongan “ultra” melayu, biarlah, ataupun mungkin pandangan saya begini sebab saya memang buta kayu pasal politik di Malaysia. Mungkin.
September 5, 2008 pada 3:06 pm
hilmi_unitamal
Kami tetap menyokong apa jua usul yang diputuskan oleh dewan ulama dan majlis syura ulama….kalian lah yang akan membimbing kami ke jalan keredaan NYa…apa2 jua pertikaian, kita kembalikan kepada Allah dan rasul NYa…tak gitu ustaz?? Ulama adalah pewaris para nabi… Sesungguhnya yang betul2 takut kepada Allah hanya lah ulama… Jadi kita serah saja kepada ulama tanpa sebarang komen… Jangan menentang…yang penting kita mesti beradab dengan ulama…mintak penjelasan sesuatu isu yang timbul…bukan menentang sambil memberi alasan2 berdasarkan logik akal semata2…