Salam Kamunting,
Minggu ini saya melalui beberapa perkara yang agak menyeronokkan. Ia menyegarkan diri dengan keazaman dan rasa syukur yang diimpikan setiap muslim. Setiap kita menginginkan kekuatan yang diperbaharui demi menampal dan menutup segala kelemahan dan kesalahan yang sentiasa tak lekang daripada diri yang lemah ini. Kita hanyalah seorang hamba abdi yang lemah walau apa pun kita.
Jumaat lepas saya bersama isteri tercinta menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur untuk terus ke Klang. Kami hanya berada di sana kurang lebih satu jam menyudahkan beberapa urusan tanda tangan dan tunjuk ajar awalan untuk terus keluar memasuki laluan besar bertol dan terus meluncur laju balik ke Kelantan dengan kereta baru PAS 17.
Saya mengahwini isteri saya, Puan Farah binti Abdul Fatah dalam usianya mencecah 17 tahun. PAS pula mengahwini saya dalam usia saya dilahirkan. Kami dikurniakan 7 orang anak dengan 5 putera dan 2 puteri. Semuanya handsome macam saya dan cute macam isteri saya.
Ini kali pertama selepas 13 tahun usia perkahwinan, saya berjalan jauh dengan kereta dengan hanya ditemani isteri. Ia sungguh menyenangkan dan menenangkan. Perjalanan jauh itu terasa dekat sekali. Dapatlah kami berangan – angan yang bukan – bukan dalam membina dan meniti kehidupan kurniaan tuhan yang penuh ujian ini. Tiada yang mengganggu perjalanan indah itu selain Pak Lah yang telah menaikkan harga minyak. Sialan punya PM!
Isteri yang solehah, kenderaan yang selamat, rumah yang luas dan jiran yang baik adalah antara pesanan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam untuk setiap kita agar kehidupan di dunia ini diberkati tuhan hendaknya. Isteri yang solehah sentiasa di tempat yang pertama.
Selang beberapa hari, saya menyambut kepulangan ayahanda bonda dan keluarga daripada menunaikan ibadat umrah di Mekah. Semenjak selepas pilihan raya 2004, ayahanda tidak keluar negara demi menumpukan perhatian kepada kerajaan Negeri Kelantan yang dihimpit kesukaran akibat kemenangan majoriti tipis yang cukup merimaskan semua pejuang kebenaran. Kemenangan besar kurnianNya dalam PRU ke 12 baru – baru betul – betul seperti mencabut duri – duri halus dalam diri. Dunia menjadi lapang kembali.
Ayahanda tampak ceria sekali. Beliau mensyukuri kesihatannya yang baik sekali semasa berada di sana. Antara yang menarik dan ringan – ringan ialah pertemuan kali kedua Amy Search dengan ayahanda di Masjid Nabawy. Nampaknya Amy Seach dah lupakan saya agaknya! Alam telah meyakinkan kita mesti kembali..
Ayahanda sentiasa menakjubkan. Keesokannya beliau terus masuk pejabat selepas menziarahi Yang Berhormat Dato TMB, Ustaz Ahmad bin Yaakob di rumahnya yang sedang berehat akibat serangan jantung sebaik sebelum ayahanda berlepas ke tanah suci. Ustaz Ahmad Yaakob adalah anak kepada seorang tuan guru yang menjadi timbalan dan pembantu kanan ayahanda selepas Dato Abdul Halim Abdul Rahman.
Ayahanda sering memuji keberkesanannya menjalankan tugas. Beliau seorang yang wara’ dan cukup berakhlak. Kita jarang menemui pemimpin yang dipuji akhlak dan sifat wara’nya oleh rakyat. Ustaz ahmad Yaakob menikmati kelebihan ini selepas ayahanda. Semoga Allah mengurniainya kesihatan yang baik untuk kekal membantu ayahanda dan menyumbang untuk perjuangan Islam.
Kemudian, semalam genaplah setahun saya menulis di laman ‘masanya memilih jalan yang lurus’ ini. Setahun sebagai ‘blogger’ adalah cukup mencabar juga. Maka saya jadi begitu berbesar hati atas kejayaan untuk terus istiqamah menulis di ruang blog ini.
Saya mula memberanikan diri memasuki dunia blog ini dengan ketakutan gagal untuk sentiasa up date blog ini. Anda akan dikunjungi dan anda akan mengecewakan jika gagal memberikan yang baru kepada pengunjung yang ‘klik’ ke blog anda. Saya nyatakan keresahan ini dalam tulisan pertama saya pada 12 Jun 2007 lepas di samping menggariskan beberapa matlamat yang saya impikan daripada pembinaan blog ini.
Terima kasih kepada saudara waejo jiwo kelate dan penarik beca yang menjadi pendorong utama saya untuk turut bergelar blogger. Terima kasih juga kepada sahabat bloggers yang lain yang telah turut menyumbang kepada pengenalan blog saya di dunia maya ini. Saya tidak mampu menyebut nama – nama mereka semuanya di sini. Semoga anda semua diganjari tuhan dengan sebaik – baik ganjaran.
Kini saya menikmati sokongan daripada pelbagai pihak. Hari ini blog saya dikunjungi antara 300 sehingga 500 orang sehari. Dua posting saya meletup sehingga dikunjungi hampir 2000 orang pada hari- hari pertamanya iaitu perihal lawatan muhibah hari raya saya dan beberapa sahabat pemuda PAS Pusat ke rumah Amy Search. Satu lagi adalah artikel terbaru saya pasal Ezam masuk UMNO.
Ia agak menarik dan unik kerana satunya adalah pasal hijrah insan dari dunia kelam seni suara menuju dunia cerah dan hidayat, manakala satu lagi adalah pasal hijrah insan harapan dari dunia cerah kepada dunia yang sentiasa kelam dan gelap pekat.
Sehingga kini, kira – kira selepas lebih setengah tahun berlalu, hampir setiap hari ada saja klik ke posting Amy Search itu. Ia telah dikunjungi oleh hampir 10,000 pembaca! Memang glamour sungguh ikon dunia galmour itu. Semoga Allah merahmati ‘kembali’ Amy Search.
Antara artikel yang cukup mengesankan dan mendapat sokongan dan takziah adalah perihal kekanda saya, Ustaz nik Adli, mangsa kekejaman akta ISA terlaknat itu. Saya menulis dengan air mata dan ramai memberitahu mereka membacanya dengan air mata juga. Artikel itu pernah disiarkan dalam akhbar Harakah sebagaimana beberapa artikel saya yang lain.
Agar perjuangan menghapuskan akta rimba ini kekal di benak pemikiran saya dan anda, saya abadikannya dengan memulakan artikel saya dengan ucapan ‘salam Kamunting’.
Ini adalah posting saya ke 88, hampir mencapai matlamat saya untuk menulis 100 artikel di tahun pertama ini.
Doakan semoga saya diberi kekuatan untuk berdakwah dan berhubung dengan anda semua melalui medium dakwah terbaru ini. Selagi blog ini mampu menyumbang untuk Islam, mengapa perlu kita keluar daripadanya.
Nampaknya saya menyempurnakan setahun bersama blog ini dengan merempuh angin lintang. Beberapa sahabat melenting nampaknya. Saya kena sudahkan komen saya pasal kumpulan Syiah yang ada di Malaysia. Kemudian mungkin kena tunggu lama untuk dengar komentar yang serius dan panas.
Tepatnya, saya menulis mengenainya selepas pilihan raya. Masa yang tepat untuk islah dalaman. Tak tulis, kena tulis. Tulis, panjang pula ceritanya.
32 comments
Comments feed for this article
Jun 13, 2008 pada 8:19 am
hasnida
wah…. lawa no plat kereta ustaz….. ada kenangan no 17 tu… tahniah la.
Jun 13, 2008 pada 8:23 am
waruna
saya terkejut anak tok guru mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan dengan gaya bahasa yang menawan dan memikat. Saya meula membaca blog ustaz EZAM MASUK UMNO… antara banyak2 blog saya baca…. ( saya minat membaca ) tentang tajuk ezam.. saya paling mengkagumi yang ustaz tulis…. sejak itu telah menjadi rutin saya menjenguk blog ustaz setiap hari tapi saya tak berani memberi komen hinggalah pagi ini saya memberanikan diri membiarka jari jemari saya melakar sesuatu di blog ustaz….
Jun 13, 2008 pada 10:39 am
Otairocker
Insyaallah..musafir yang sentiasa dijalan yg lurus akan sentiasa bersama mu..!
Jun 13, 2008 pada 12:11 pm
yasser
Salam Kamunting kembali.
Syukur saya panjatkan kepada Ilahi kerana menemukan saya pada blog saudara. Tahniah juga buat saudara atas perjuangan yang istiqamah dalam penulisan bolg ini. Semoga usaha ini membawa kejayaan dunia dan akhirat kepada saudara.
Sepagi melayari blog saudara di pagii Jumaat ini dan membaca sebilangan tulisan-tulisan saudara yang termampu amat mengasyikkan. Jelas terpancar kebenaran, seperti ceramah-ceramah ayahanda saudara yang amat saya kagumi.
Setiap kali selepas menunaikan solat Jumaat, akan saya singgah di gerai buku di hadapan masjid Mujahedeen (Selangor) untuk membelek-belek buku-buku tulisan ayahanda saudara dan juga VCD2nya yang terbaru. Sebagai pemastautin dan anak negeri ini, amat sukar untuk mengikuti kuliah-kuliah beliau di Medan Ilmu,KB atau di Pulau Melaka.
Sesungguhnya hati saya sering memberontak untuk mengenali agama anutan saya yang saya peluk secara warisan ini (melalui kedua ibu-bapa saya). Sehinggalah saya mengahwini isteri saya yang berasal dari Pasir Hor. Setiap kali pulang beraya, pasti saya mencari kaset-kaset terbaru ayahanda saudara. Sehinggalah saya yakin dengan sebenarnya-benarnya dan berpuas hati dengan agama yang saya anuti ini.
Begitu juga untuk memangkah parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam yang tercinta ini. Tauladan ayahanda saudara dalam aspek kehidupan telah membuatkan saya mengenali Pencipta saya dan sangat merindui Rasululluah S.A.W.
Begitu juga dengan tulisan-tulisan saudara di blog ini. Keyakinan saya semakin bertambah dan semakin rakus dengan ilmu-ilmu baru yang belum saya ketahui.
Semoga perjuangan saudara yang berterusan ini mendapat ganjaran yang besar daripda ALLAH! Amin.
Jun 14, 2008 pada 6:31 am
alberangque
Assalam mu alaikum wr wbt, Ustaz Nik!!
Tahniah buat ustaz, meratakan setahun jadi blogger, saya belum sampai setahun lagi (alberangque.wordpress.com), Saya bukan orang politik tapi saya faham politik. Insya Allah akan jadi orang berpolitik apabila pencen dari jawatan kerajaan. Next year.
Ustaz nampaknya antara anak Tuan Guru yang kedepan dalam politik PAS, Oleh sebab saya kenal PAS sejak lama dulu, saya kenal Tuan Guru sejak saya di Universiti lagi maka saya berdoa agar Allah jadikan ustaz pewaris kehebatan Tuan Guru.
Alhamdulillah, tulisan ustaz memukau. Hanya ceramah ustaz belum sempat saya dengar. Ustaz ada datang ke tempat saya berceramah tapi saya tak sempat nak gi.
Semoga ustaz terus istiqamah dengan penulisan ini.
Jun 14, 2008 pada 2:11 pm
Ali Madad
Salam..
Sdr Yasser, kaji sedalam-dalamnya tentang Islam yang sebenarnya. Anda akan temui kebenarannya. Kata Imam Ali (as), “KENALILAH KEBENARAN NESCAYA ANDA AKAN KENAL AHLINYA”. Tok guru Nik Aziz bukan ukuran kebenaran. Imam Ali (as) adalah ukuran kebenaran. Kata Rasulullah (saw) kepada Imam Ali (as), “WAHAI ALI ! KALAU TIDAK KERANA ENGKAU, NESCAYA TIDAK AKAN DIKENAL ORANG MUKMIN SELEPASKU”. Allah ciptakan alam semesta demi kecintaanNya kepada Rasulullah (saw) dan AHLUL BAITnya…Ali Madad…
Jun 14, 2008 pada 4:06 pm
Ali Madad
Ust Nik Abduh,
Ana tak tahu nak ulas apa pasal nombor plat kereta anta, PAS 17, ana tahu anta berhak tapi sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam, ana rasa kurang wajar nombor plat kereta turut menjadi keutamaan dalam hidup anta. Selama ni ana lihat ramai penceramah2 PAS yang menghentam pemimpin2 UMNO kerana sering merebut untuk memperoleh nombor plat kereta yang menarik meskipun terpaksa membayar harga yang tinggi. Rupa2nya pemimpin PAS pun 2 X 5 aje. Ana mendapat maklumat, ramai pemimpin2 PAS Kelantan termasuk EXCO yang turut berebut untuk mendapat nombor plat kereta yang glamour. Antaranya Datuk Taqiyuddin Hasan. Ana juga tahu bahawa anta dari kem Datuk Taqiyuddin untuk kekang kemaraan Datuk Husam Musa menjadi MB Kelantan. Ana rasa anta patut belajar untuk menjadi seperti Tuan Guru Nik Aziz yang warak ,merendah diri dan bersikap terbuka. Jauhilah segala godaan duniawi seperti CINTA HARTA dan CINTA KUASA. Semoga Allah mengampunkan segala dosa, kesilapan dan kelalaian kita.Ilahi ! Amin….Ali Madad…
Jun 14, 2008 pada 11:11 pm
albazrah
Assalamu’alaikum ustaz. Sejuk nya baca entri ni. Saya yang kerdil ni akan terus mendoakan ustaz sekeluarga di sana dan juga Bumi Serambi Mekah yang sentiasa di hati saya. Keberkatan Serambi Mekah tertempias sedikit ke negeri saya Kedah.
Jun 15, 2008 pada 9:55 am
Abang Long
Assalamu’alaikum wahai Ustaz.
Salam ukhuwwah.
Jun 15, 2008 pada 2:46 pm
pemuda pkln chepa
Assalamualikum……..KP
pemudapc.blogspot.com merakamkan ucapan tahniah kepada nikabduh.wordpress.com sempena genap setahun blog ini berlegar di alam maya
semoga menjadi blog yang paling ‘HEBAT’
Jun 15, 2008 pada 8:38 pm
roslansms
Assalamualaikum
Tahniah dan terus menyumbang, saya mengimpikan peranan lebih besar bagi Sdr diwaktu mendatang dalam jamaah ini.
Jun 15, 2008 pada 11:43 pm
Do Well
Assalamualaikum ustaz,
Tahniah ustaz atas kejayaan ustaz. InsyaAllah moga tercapai target yang diimpikan. Ana terkilan dgn Ali Madad. Memang hamba Allah tue kuat Syiah.
Ana bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang anak jati Kelantan dan sebagai salah seorang yang bernaung di bawah naungan pemerintahan Islam yang dipimpin oleh ayahanda ustaz.
Walaupun ana bukanlah penyumbang yang mantap dalam saf perjuangan Islam tapi sekurang-kurangnya ana harap tidak menjadi orang-orang yang terlepas dari saf perjuangan ini. InsyaAllah. Takbir…Allahuakbar.
Jun 16, 2008 pada 11:37 am
budokfelda
salam kamunting kembali.. teruskan perjuangan ustaz! peminat setia sentiasa menantikan sesuatu baru dr ustaz.
Jun 16, 2008 pada 3:18 pm
gelli geman
salam……………..
Tahniah lah di atas kejayaan ustaz,kami sentiasa menanti posting yang baru dan hangat……
Jun 16, 2008 pada 9:57 pm
Topengperak_Xinwugi
Assalamu’alaikum…
untuk perhatian pihak tuan…moga dapat dipanjangkan pada pihak yang berkenaan(protes & geramm)
http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/cadangan-bodoh-rally-10-juta.html
Jun 16, 2008 pada 11:07 pm
Mohd Aminul Habibi
Assalamualaikum ustaz….
ana tgh bersedih, membaca malaysikini terkini, http://www.malaysiakini.com/news/84553
di mana letaknya Islam…. ditolak oleh “kawan”… sementelah itu, hanya pemuda PAS sahaja yg ingin berhimpun menentang konsert rock dan dangdut di selangor… dimana “kawan”??? kenapa perlu hanya PAS sahaja yg bertolak ansur??? bukankan niat DPPP itu baik, inginkan melihat islam itu berkembang??? sebagai salah seorang yg kanan dalam dewan pemuda, diharap ust dapat memberi komen berkenaan hal ini…. minta tolong juga ustaz tenangkan kesedihan hati ini, samaada melalui email atau entry ust di blog ini…
salam perjuangan dari insan kerdil ini
Jun 17, 2008 pada 8:36 am
ummu solihin
assalamualaikum ustaz, ana mengikuti tulisan anda dan terpikat dengannya, anak ana ramai dahbelajar di yik semuanya alhamdulillah, bagus tetapi yang lelaki seorang ni sekarang berusia 10 tahun ana bercadang nak hantar kedarul anuar,pulau melaka kemadrasah anda,ana nak ana anak ana belajar disana,dekat dengan semua orang yang ana kagumi. insaallah…
Jun 17, 2008 pada 11:20 am
globalmalau
ana tak sempat lihat semua…nanti jab lagi
Jun 17, 2008 pada 3:24 pm
dhuat
MUBAREKO!
Hmnn cukup 2 tahun, terbitlah buku blog Uztaz.
Tulis, jangan tak tulis…
Kalau tak tulis, tulis…
Tulis 🙂
p/s:Tulis ke taip?
Jun 17, 2008 pada 4:07 pm
saharman
Saya pun dah setahun hari ni sebagai blogger , tapi untuk blog anak saya laaa blog peribadi yang tak ramai pengunjung .
Jun 18, 2008 pada 1:06 pm
jebat7
tahniah ust …..
saya baru jer jumpa blog nie – minyak naik
kemudian menjelajah satu persatu kesemuanya hebat2 belaka
yg amat menusuk kalbu saya – nik adli & dari beirut ke jerusalem
semoga ust akan teruskan perjuangan ini demi islam utk membantu para2 perjuang yg sedang mencari seperti saya
Jun 18, 2008 pada 4:50 pm
ab lah
ramai aHLI PAS bercakap di belakang-belakang dan di kedai kopi bertanya bagaimana ustaz boleh beli kereta yang begitu mahal. 240 k dan harga tender nombor PAS 17 sahaja sudah berpuluh ribu ringgit. maka berlakulah tuduh menuduh, dakwaan dan fitnah. ada yang mengatakan kereta tersebut ada yang orang sponsor. ada yang mengatakan duit beli kereta dari sumber yang tidak jelas dan haram.
jadi timbul pelbagai fitnah di atas pembelian kereta itu. oleh itu sebagaimana Saidina Umar Alkatab menjelaskan pertanyaan seorang ‘dari mana kamu mendapat kain yang dipakainya ( oleh kerana umar berbadan besar ), UMar dituduh mengambil lebih dari satu helai kain daripada peruntukkan baitul mal. Umar lantas memanggil “di mana Abdullah bin Umar. Abdullah lalu menerangkan bahawa ianya dari bahagian kainnya yang diberikan kepada umar. cerita lanjut sudah diketahui umum.
jadilah Umar! wahai Nik Abduh dan jelaskan serta padamkan api fitnah dengan bukti-bukti kukuh darimana dapat duit beli kereta Honda MPV mewah tersebut.
Jun 18, 2008 pada 5:29 pm
ambo.nih
mungkin masih tak terlambat untuk ana ucap tahniah ko Ust. Semoga terus istiqomah menulis disini.
Sama juga dgn Md Aminul, jiwa ana bergelora dengan tindak tanduk puak yang phobia dengan Islam. Mungkin Ustaz akan menulis juga tentang isu ni.
Jun 19, 2008 pada 7:19 pm
dhuat79
Para sahabat semua.
Kita yang hati bersih ni(insyaallah) tidak akan kisah jikalau sahabat kita mempunyai bunglowkah, MPV kah atau apa jua harta kah.
Bahkan kita tumpang gembira.
Segalanya dari ALLAH jua.
Ooo kalau orang punya kereta besar sebok nak tanya itu ini.
Kalau orang ditindas diISA, sebok pula memencilkan diri, nyorok kat belakang.
Maaf terOVER…
Jun 20, 2008 pada 1:21 am
star921
slm tahniah buat us dan semoga terus istiqamah berdakwah di medan dunia-tanpa-sempadan ini. Alhamdulillah,ana tmpg gembira dgn kereta br us…,setuju dgn sedara dhuat.
Jun 21, 2008 pada 12:40 am
bakhtiar
A’kum saudaraku Abduh…
Maaf tak sempat memberi respon kpd fikrah2 saudara… serta lama dah juga tak bersua slps kat airport pchepa 3 bln lps.
Pertama… usah biarkan pemikiran2 yg kabur serta songsang merajai dunia blog… lontaran pemikiran saudara serta sebahagian bloggers yg berhati suci adalah perlu mewarnai serta mencorak kembali jalan pemikiran peminat bloggers yg disongsangkan.
Kedua… tahniah krn Allah swt tlh mengurniakan sudah 7 cahayamata buat Abduh. Semoga kelahiran dr golongan pejuang akan menguatkan sinar Islam di bumi Kelantan kita. InsyaAllah
Teruskan usaha saudaraku Abduh…
Jun 25, 2008 pada 2:32 am
nikabduh
Salam Kamunting,
Hasnida, waruna, otairocker, alberangque, albazrah, abang long, pemudapc, do well, budofelda, ummu solihin, gelli geman, dhuat, saharman, jebat7, ambonih, star921..
Terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda. Sokongan adalah sebahagian nikmat kehidupan, apatah ianya datang beriringan keikhlasan. Semoga kita semua menikmati dan mensyukuri segala petunjuk daripadanya.
Memang kunjungan anda semua dan yang lain merangsang ‘mood’ saya untuk terus menulis. Sykur dan terima kasih banyak – banyak.
Yasser,
Gembira membaca berita gembira hidayah Allah kepada anda. Doakan saya sentiasa diberi petunjuk dalam penulisan dan ucapan dakwah ke jalanNya.
Ali Madad,
Rasanya nasihat anda tu, walaupun betul, tapi tidak kena untuk sdr Yasser. Saya yakin Yasser dah faham benar itu. Kalau dia berguru dengan ayahanda tuan guru, dia pasti jelas perihal itu.
Pasal no plat;
1) Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11. Kerana yakin dengan niat dan matlamat saya bahawa saya dengan nombor plat itu telah kempen 24 jam untuk sebuah jamaah Islam, maka saya membayar untuknya.
Saya ada Savvy dengan plat PAS 7667, no di motorsikal saya dulu semasa berulang alik ke Maahad Muhammadi. Hadiah daripada ayahanda.
Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS 1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS 13 di mercnya dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya.
Ayahanda tanya beberapa hari lepas, dari mana dapat nombor cantik ini? Saya jawab, dari KL.
Jangan larang setiap hambaNya untuk berseronok dalam minat masing-masing, apatah jika berniat ibadah.
Perihal saya dalam kem Dato Takiyuddin, saya rasa anda silap. Setahu saya dia dalam kem saya. Yang dalam kem saya, dia dalam kem ayahanda saya. Saya di belakang ulama, ayahanda, TG Hj Hadi, Muhammad Dau Iraqi dan semua ulama.
Siapa masuk kem ulama, dia selamat daripada faham hadhari sesat Pak Lah.
Saya nasihatkan anda untuk masuk kem juga agar anda tak keseorangan.
Ali Madad, tinggalkan pra sangka. Banyakkan tapisan, pasti keluar yang jernih dalam kehidupan.
abang roslan sms,
Rasa bangganya anta komen di sini. Teruskan perjuangan membela PAS untuk Allah.
Mohd Aminul Habibi, ambo.nih,
Jangan rasa hina dan jangan rasa sedih, sedang kamulah yang tertinggi jika kamu seorang mukmin.. Biasakan dengan kritikan keras dantak berguna. Itu asam garam dakwah di jalanNya.
Saya telah komen perihal itu dalam entry saya. Harap menyenangkan..
Ab Lah,
Harga yang anda letakkan untuk kereta dan nombor tu hampir 100k lebih mahal daripada harga yang saya bayar. Saya bimbang ia meninggalkan noktah hitam di hati sesetengah pembaca, lalu saya dicurigai lewat fitnah ( yang anda naqalkan ) seperti ini.
Jikalah anda seberani orang yang meminta penjelasan Umar, janganlah pula berani juga menyebar yang tak jelas berbau fitnah.
Dari mana wang saya sebanyak itu? Maybank Islamic bagi pinjam selama 9 tahun. Dari mana saya bayar bulanan, tanyalah ayahanda saya. Mungkin dia lebih memuaskan hati anda bahawa ia dari sumber halal.
Kan Umar minta anaknya jawab.. Saya, ayah sayalah yang jawab. Baru masuk line..
Bakhtiar,
Elok juga selalu komen di sini. sejuk hati saya kawan lama bagi sokongan. Sihat ke?
Ogos 22, 2008 pada 12:38 am
hilmi_unitamal
teringin juga jadi kawan ust…InsyaAllah nanti satu hari jumper jugak…Saya unit amal wilayah…kadang2 bertugas tapi tak sempat bersalam..dapat tengok muke ustaz jer…insyaAllah satu hari nanti…amin…
Mac 19, 2010 pada 5:27 pm
PAS12 dan PAS17 – no plat Presiden dan anak Mursyidul Am PAS « Ustaz Moden’s Weblog
[…] pembaca yang disalin dari blog Nik Abduh, tuan punya kereta di atas […]
April 30, 2010 pada 8:26 am
acip
Hiduplah dengan jiwa kerana disitu ada kasih sayang Tuhan
Jangan hidup dengan perasaan kerana disitu ada syaitan
Walaupun kedudukan kita dengan Tuhan itu terlalu jauh tetapi perhubungan kita dengan Tuhan terlalu dekat dan amat hampir.
Manusia itu adalah rahsia Tuhan kerana hanya manusia sahaja yang dicipta atau dibentuk diatas rupa wajah Tuhan itulah sebab kenapa jasad manusia (adam) dicipta dilangit dengan segala ciri ciri ketuhanan pada manusia.
Manusia diberi keistimewaan dan penghormatan oleh Tuhan hidup di dunia dan akhirat dan dilantik sebagai khalifah dan dipilih menjadi kekasih Tuhan.
Sekalian alam dan makhluk dicipta oleh Tuhan dan begitu serius Tuhan memberi sesuatu yang terbaik untuk manusia.
APAKAH PEMBALASAN MANUSIA KEPADA TUHAN
Kufur, Syirik, Munafik,meninggalkan segala suruhan Tuhan,melanggari setiap peraturan Tuhan, membunuh sesama manusia, berzina, minum arak, bercakap bohong, tidak solat, meninggalkan solat, melupakan Tuhan didalam kehidupannya, bergaul bebas lelaki dan perempuan, menolak Al Quran, menolak hukum, membuat hukum dan peraturan sendiri, mempercayai sesuatu selain Tuhan, menjadikan syaitan sebagai teman, menyembah sesuatu selain Tuhan, bersekutu dengan iblis dan syaitan memusuhi Tuhan.
APAKAH PEMBALASAN TUHAN KEPADA MANUSIA
Disiksa di alam barzakh sampai kiamat, diperhitung setiap perbuata di padang mahsyar dengan matahari sejengkal selama 400,000 tahun dan meniti titian sirat ke Neraka Jahanam buat selama lamanya.
BERTAUBATLAH SEKARANG
Sebelum perkara ini terjadi, segeralah kita bertaubat, menyesallah sekarang dan tinggalkanlah kejahatan kamu, kembalilah ke pangkal jalan dan jadikanlah diri kamu hamba Tuhan yang soleh, beriman , beragama dan bertaqwa.
AKHIR KATA
Allah itu Tuhan kita, kasihilah Ia dan cintailah Ia.
YANG BENAR
Kalam Allah
Julai 22, 2010 pada 4:56 pm
Honda
saya ada honda C70 petak no plet PAS 7812,sesiapa yang berminat untuk memilikinya,boleh tinggalkan no tel kat sini.Harga RM5000 termasuk tukar nama,insuran dan penghantaran keseluruh malaysia.Motor cantik,cat baru warna hitam.Sesuai untuk ahli PAS pergi masjid atau pergi kemajlis ilmu/ceramah politik.
Jun 11, 2012 pada 9:30 am
ANWAR IBRAHIM
salam..
wah3..
bbangga ngn harta dunia nmpak..
memang la zaman Rasul dlu ade org kaya
tp sekaya2 beliau
XDE LA SMPAI NK MENUNJUK2
beliau selalu mendermakan hartanya
nie ape TUJUAN PAS17 nie?
nk MENUNJUK??
wallahualam
HAYNA ALLAH SAHAJA YANG TAHU