Salam Kamunting,
Kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan UMNO itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.
Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah YB Tuan Haji Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.
Saya bayangkan itu adalah kemuncak ‘pencarian’ beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama – sama menumpang orang – orang hebat sepertinya.
Adapun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti. Dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada UMNO.
Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku ‘Risalah Usrah’nya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua – duanya bagi saya adalah betul belaka.
Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh. Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini. Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.
Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru – baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman. Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.
Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam UMNO. Dia budak baik, bagi saya.
Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif ‘islah’ Pak Lah membaiki negara yang nampak betul -betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.
Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh – sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru – baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji – janji UMNO.
Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata – mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.
Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.
Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru – baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini.
Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato Seri Anuar Ibrahim. Dan kepada orang – orang tertentu, Ezam seperti ‘membongkar’ apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anuar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit.
Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah – sudah berjuang mempertahankan ‘hak’ bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu.
Ezam masuk UMNO kerana mahu menghalang Dato Seri Anuar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.
Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim.
Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai ‘terjunan maut’ terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah UMNO hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi UMNO dengan lompatan bergalah.
Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.
Berjayakah Ezam, kita nantilah. Tak salah kita menanti.
Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.
Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik. Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu.
Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini.
Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama – lamanya.
Ezam telah berjuang habis – habisan untuk Dato Seri Anuar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato Seri tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.
Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada DSAI itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi.
Mengapa?
Allah berfirman, ” Dan orang – orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan – jalan Kami.”
Banyak – banyak jalan tuhan, UMNO ‘confirm’ jalan thaghut.
Bila Ezam pilih UMNO, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan UMNO. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.
14 comments
Comments feed for this article
Mei 30, 2008 pada 2:24 am
kasihislam
salam
ust telah menulis,
Allah berfirman, “ Dan orang – orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan – jalan Kami.”
Banyak – banyak jalan tuhan, UMNO ‘confirm’ jalan thaghut.
Bila Ezam pilih UMNO, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan UMNO. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.
ust,
tok guru penah berkate dlm ceramahnye : mana mungkin org tu tolak ISLAM akan mendapat hidayah ALLAH..
sedangkan ezam masuk umno bermakna menyokong parti yg menolak ISLAM sebagai dasar perjuangan…
sebagaimana firman ALLAH di atas…
bagaimana ALLAH akan turun rahmat pd ezam sedangkan dia memilih utk menyokong parti yg tolak ISLAM..!
cume nk tanye ape pandangan tok guru dlm isu ezam masuk umno?????
Mei 30, 2008 pada 11:25 am
ummuhanah
salam ustaz…beberapa hari tak ke sini kerana berkursus, rupanya banyak cerita yang mashuk…tak sempat saya menghayati satu persatu..
cerita ezam saya tahu…sahabat baiknya kenalan saya …cuma saya tak mahu lebih-lebih bersuara…tanpa bukti yang nyata, kita akan cenderung menjadi penfitnah…
tapi apa-apa pun kebenaran itu kuat sifatnya….ia akan timbul juga akhirnya
selepas p/raya, pas dilihat paling bodoh dipermain dan dibohongi anwar…itu kata teman saya itu……janjinya….pas suatu hari akan menampar-nampar pipi sendiri kerana bodohnya bersekongkol dgn anwar…katanya lagi padan muka pas….Pas akan kenal SIAPA ANWAR…
saya geram dgn segala ceritanya….tapi dia optimis betol…..
beberapa hari sebelum ezam umumkan masuk UMNO saya dah terima confirmation dari teman saya itu….lucunya, mengapa UMNO yang dipilihnya….
saya dijanjikan peristiwa besar bakal mewarnai senerio politik negara….tungguuuu..kata teman saya itu….
ramai menyebut ezam budak baik….sangat baik…
tapi ukuran kebaikan manusia tak sama dengan ukuran kebaikan dari Allah swt
…ukuran kebaikan di sisi Allah…hakiki sifatnya….yang utama, kebaikan itu memberi nilai kepada masa depan kita terutama ketika bertemu dgn Allah kelak….
….biarlah Allah yang menilainya manusia Ezam ini yang dikatakan akan melakukan satu kebaikan…
cuma saya teringat firman Allah dalam surah Al-Angkabut :69
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Allah, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik ”
wallahualam..
Jun 2, 2008 pada 7:06 pm
hasnida
saya teringin nak dengar jawapan dari ezam tentang persoalan yang ustaz tinggalkan untuknya…
Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.
Berjayakah Ezam, kita nantilahm tak salah kita menanti.
Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.
dan yang paling saya turut setuju dengan ustaz ialah ayat ini:
“Ezam budak baik yang tersesat lagi”
Jun 2, 2008 pada 10:52 pm
farish
Ustaz Nik,
Kelihatan seperti ustaz berasa kecewa dengan kemasukan Ezam ke dalam UMNO.
Mungkin ramai yang hairan kenapa tokoh reformasi seperti Ezam masuk kembali ke dalam UMNO.
Ramai yang labelkan UMNO sebagai parti yang sesat, sekular dan sebagainya.
Sehingga ada negeri yang mengharamkan konsep Islam Hadhari walhal pada masa yang sama meneruskan kilang arak, pusat judi dan projek ternakan babi.
Cuba renungkan selama lebih 50 tahun UMNO terus diizinkan-Nya memerintah negara ini.
Cuba renungkan..Pak Lah yang datang entah dari mana dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan ada orang lain yang selangkah lagi daripada jawatan tersebut tidak berjaya dan hanya mampu menanggung kecewa.
Kita balik kepada rukun Iman. Kita percaya pada qada dan qadar.
Pas di Kelantan kekal memerintah kerana Tuhan redha.
UMNO dan BN kekal memerintah kerana masih ada pemimpin yang berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman di dalamnya.
Darjat seseorang di sisi Allah adalah pada iman dan takwanya. Jangan kita terlalu menghukum.
Jun 3, 2008 pada 12:25 pm
arwenmh
Salah satu ukuran kebaikan adalah dalam keikhlasan. Ikhlaskah Ezam? Ikhlaskah Ezam menjilat balik segala ludahnya dengan kembali ke parti yang asasnya lagi adalah konsep yang paling korup?
Apakah GERAK hanya satu sandiwara mengaburi mata kita padahal UMNO adalah fokus Ezam sebenarnya?
Farish, kami bukan menghukum…kami teramat kecewa dengan langkah saudara Ezam yang pernah kami kagumi.
Jun 3, 2008 pada 4:28 pm
fitri
salam….betullah tu…siapa yg berjuang bukan kerana islam ,ALLAH tak akan pandang usaha mereka,kat akhirat lagilah rugi.Moga ALLAH melindungi kita dari memilih jalan taghut……
Jun 3, 2008 pada 11:17 pm
Nik Abduh Nik Aziz ; contoh teladan atau sempadan ? « Pedang Alif Ba Ta
[…] Banyak-banyak jalan tuhan, Umno ‘confirm’ jalan thaghut. “ ( artikel asal […]
Jun 4, 2008 pada 8:49 am
nuramin
salam teman2 sekalian..sekadar menyapa di angin lalu..
tak sangka ust begitu cantik dalam penulisan..singgahan pertama di blog ust memikat saya..
cuma isu ezam ni saya berpendapat..ezam melawan dalam era reformasi dahulu kerana Tun Mahathir dan kerana isu rasuah..bila zaman pak lah ni dia sejuk kembali dengan janji2 yang dinyatakan oleh paklah terutama dalam isu rasuah ini..
cuma apa yang menarik hati saya kata2 ustaz dan byak lagi ulama lain juga
Allah berfirman, “ Dan orang – orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan – jalan Kami.”
kalau benar ezam budak baik dan betul2 berjuang dilandasan dia..sebelum ini..tak mungkinkah Allah tunjukkan dia dengan jalan yang betul iaitu buat masa ini jalan yang terbaik bagi dia adalah Umno..Inilah persoalan yang bermain di minda saya sekarang….
Jun 14, 2008 pada 6:01 am
alberangque
Salam Ustaz Nik!
Memang satu artikel yang menarik. Satu kupasan santai yang memikat. Kali pertama membaca secara fokus kepada blok ustaz. Tahniah. Memang ramai mengharapkan Ezam terus berjuang dijalan yang sah memperjuangkan Islam tapi dia koner baring. Sabar ajelah. Kita doakan agar Allah pertemukan jalan yang baik.
Kepada Tuan Farish!
Ingat, lama memerintah tidak semestinya tanda Allah redha. Firaun memerintah lagi lama, Namrud Memerintah lagi lama… Allah redha ke?
Rasulullah memerintah tak sampai pun 12 tahun, Umar Ibnu Aziz memerintah tak sampai pun tiga tahun, apa Allah tak redha ke?
Fikir jangan tak fikir.. Jangan buat generalisasi (itlakan) terlalu mudah untuk mengiakan UMNO..
Jun 19, 2008 pada 4:34 pm
cikli
salam..
back in 2003, hampir saja saya namakan puteri ke2 saya Bahirah sempena nama isteri Ezam kerana kagum dengan Ezam (dari jauh..mcm ustaz juak)
Hari ni…mujurlah kunamakan puteriku Syahidah Afifah….Nur Syahidah Afifah. Semoga menjadi pejuang Islam. InsyaAllah.
September 2, 2008 pada 10:40 am
hilmi_unitamal
ana sokong maner2 yang terbaik…alangkah bagusnya kalo ezam memilih perjuang islam PAS… Pas adalah yang paling terbaik untuk perjuangan jihad mengikut lunas2 syarak yang diyakini…
Januari 4, 2009 pada 11:17 am
Abu Bakar
Salam, Nak tanya ustadz, kalau UMNO Taghut…, Yazid b. Muawiyah macam mana? Ubaidillah macam mana? Shimir macam mana? Mereka ni semua terlibat dalam pembunuhan ketua pemuda syurga Saidina Hussain.
Ana rasa lebih baik ustadz guna perkataan yang lebih halus. Mereka tu kan mad’u kita. Macam mana mereka nak dengar perkataan kita kalau mereka diherdik setiap masa. PAS kita nie pun belum konfirm lagi tuhan redha, cuma kita aje yg rasa begitu.
Kalau kita kata ezam sesat sebab join UMNO, kita nie apa cite? Tak sesatke join PKR dan DAP???
Januari 4, 2009 pada 1:00 pm
nazmi salleh
sesat dalam cahaya…memang tak guna mamat ni…belasah jah…ini lah manifestasi abdullah ubai abad ini!!!
dia memang tali barut khairy dari awal lagi…
apa nak dihairankan…
mahathir pun cakap,dia benci pada saya…bila saya kluar…dia masuk la balik…
kalau pejuang islam,takkan lah nak joint anwar dlm pkr…
Januari 4, 2009 pada 4:26 pm
nomad
ternyata UMNO sesat..