You are currently browsing the daily archive for Oktober 24, 2007.

Salam Kamunting,

Bahagian dua ( Bahagian 1 dan 2 disiarkan dalam Harakah terbaru, 1-15 November 2007 )

2) Bahawa mengundi di dalam pilihan raya adalah kewajiban ugama.

Islam, sebagaimana isi dan pengajarannya mestilah bersumberkan Al Quran dan hadis, maka begitulah jalan dan dakwah ke arah pelaksanaannya. Syurga adalah milik Allah dan begitulah jua jalan menuju syurga. Jalan yang dibina sendiri untuk merentas ke syurga adalah jalan sesat dan menuju neraka jua.

Manusia dari dulu sampai kini menguasai tampuk kekuasaan melalui dua cara iaitu secara keras atau secara aman. Ia samada melalui rampasan, penaklukan, peperangan dan pembunuhan, atau melalui perlantikan, penyerahan dan wasiat secara aman. Justeru Islam menggariskan jalan dan wasilah menuju tampuk kekuasaan. Ia samada secara keras iaitu jihad dengan senjata atau secara lembut dan berhikmah iaitu melalui dakwah lisan, pena dan sebagainya yang selain kekerasan bersenjata dan peperangan.

Keras adalah ketika menghadapi musuh yang memusuhi Islam daripada kalangan kuffar atau pemberontak Islam dalam negara. Ia samada golongan kafir yang memerangi dari dalam negara sendiri atau dari luar yang ingin menjajah negara Islam atau golongan pemberontak Islam bersenjata yang memberontak ke atas negara Islam.

Adapun golongan kafir yang menjanjikan keamanan untuk orang Islam di negaranya atau golongan munafikin atau penguasa Islam yang zalim terhadap rakyatnya, maka Islam melarang menggunakan kekerasan bersenjata untuk menentang dan memberontak. Bahkan ia hendaklah melalui dakwah dengan lisan, berhikmah dan bersenjatakan kesabaran yang tinggi menanti pelepasan dan kemenangan.

Malaysia adalah negara umat Islam yang diperintah oleh umat Islam dengan perlembagaan dan sistem sekular yang memisahkan ugama daripada pemerintahan. Ia menerima undang – undang barat dan menolak hukum Al Quran. Adalah jelas pemerintah negara telah memerintah secara zalim dengan melarang rakyatnya hidup di bawah panji – panji hukum Islam dan pengajarannya. Apabila pemerintah daripada kalangan umat Islam ini turut menindas dan menzalimi para pendakwah dan pejuang Islam dengan pembunuhan, pemenjaraan dan sebagainya, maka kezalimannya menjadi semakin bertambah – tambah.

Apakah daya dan kekuatan untuk melawan dan mempertahankan diri? Daripada ketetapan hukum di atas, jelas peperangan dan jihad bersenjata adalah salah dan terlarang oleh ugama. Begitulah ugama telah melindungi umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam daripada fitnah sesama sendiri. Justeru tukarannya adalah perjuangan dakwah secara lisan, pena, hikmah dan kesabaran.

Maka, dalam dunia demokrasi celupan barat yang diamalkan di negara ini, ruang kebebasan bersuara, berpendapat dan memilih hendaklah digunakan sepenuhnya untuk dakwah bil lisan ( lidah ), al Qalam ( pena ), al hikmah ( kebijaksanaan ) dan sebarang sekatan dan halangan di hadapan hendaklah diatasi dengan hikmah dan kesabaran.

Adalah bagai matahari yang terang – benderang bahawa kemuncak kepada kebebasan dan ruang yang diberikan  dalam sistem demokrasi negara untuk menuju tampuk politik dan pemerintahan Islam ( telah dihuraikan kewajibannya di atas ) ialah hak untuk menyertai dan memilih di dalam pilihan raya. Pilihan raya adalah jalan dan alat yang dibuka dan dibenarkan untuk menuju tampuk kekuasaan politik dan tiada jalan lain selainnya.

Ia bermaksud jika anda berceramah 360 hari setahun di setiap masjid dan ceruk rantau, tetapi anda tidak mengundi untuk apa yang anda ceramahkan dalam pilihan raya yang diadakan, maka sampai bila pun perlembagaan dan sistem politik yang ada tidak akan melorongkan anda ke tampuk pemerintahan. Ia bermaksud jika anda melakukan kebajikan dan kebaktian, membelanjakan harta dan melakukan kerja – kerja sosial serta turut menentang kemungkaran, rasuah, mengubati gejala sosial dan sebagainya 360 hari setahun demi kesejahteraan rakyat, tetapi anda tidak mengundi dan menyertai pilihan raya yang adakan, maka sampai bila pun anda tidak akan mampu menyampaikan Islam ke tampuk pemerintahan.

Oleh kerana Islam wajib memerintah dan tiada cara ke tampuk pemerintahan selain melalui proses pilihan raya, maka adalah wajib hukumnya secara syar’ie, mengundi dan menyertai pilihan raya.

Melalui kefahaman yang disebatikan ini, anda dapat mengandaikan bagaimana ahli dan penyokong Pas telah didoktrinkan dengan kefahaman yang tinggi mengenai nilai undi dan pilihan raya. Ia adalah satu hukum syar’ie bahawa mengundi di dalam pilihan raya adalah wajib dan berdosa mengabaikannya dalam konteks negara kita. 

Bayangkan jika yang keluar mengundi adalah mereka yang fasik dan melakukan dosa besar. Bayangkan jika yang keluar mengundi adalah penentang hukum Allah dan pejuangnya. Bayangkan jika yang mengundi adalah orang bukan Islam. Mereka semua keluar mengundi sedangkan anda tidak. Kepada merekakah anda serahkan negara dan masa depan agama anda?

Pendoktrinan hukum kewajiban mengundi ini oleh Pas ke atas  ahli dan penyokongnya telah melahirkan sekumpulan rakyat yang begitu mahir, tekun dan tegar penglibatannya di dalam pilihan raya. Pas mendahului kerajaan di dalam menyeru rakyat menyertai pilihan raya. Jentera Pas mengatasi jentera kerajaan, apatah Umno di dalam kesungguhan melaksanakan pendaftaran pemilih sepanjang masa.

Oleh kerana tulisan ini bertumpu kepada menjelaskan sumber kekuatan Pas dalam melangsungkan survivalnya melalui pendoktrinan hukum, saya tidak berhasrat menjawab beberapa kekeliruan yang diwujudkan untuk menafikan kewajiban menyertai pilihan raya oleh sesetengan pihak.

email saya

nikabduh@pas.org.my

taqwim hijri

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • Tiada
nuffnang_bid = "c431ebbac3805eca201f54b84f1026e1";

pengunjung semasa