You are currently browsing the daily archive for Oktober 21, 2007.

Salam Kamunting,

Artikel saya ini memanjang sehingga 4 siri. Bagus juga jika anda tidak keberatan memberi komentar. Saya berharap dapat melihat dari ruang pandang yang lebih luas agar kupasan saya mudah difahami. Pilihan raya dah dekat ni. Miqat dah dekat, pakai dan niat ihram cepat – cepat.

Bahagian pertama: ( Bahagian 1 dan 2 disiarkan dalam Harakah terbaru, 1-15 November 2007 )

Pas adalah sebuah badan politik berdaftar di dalam negara kita  yang bergerak cergas memahamkan rakyat mengenai politik Islam. Keistimewaan ini telah meletakkan Pas sebagai sebuah parti yang dilihat tidak akan mati dan berkubur. Hayatnya pada pandangan Islamnya dan matinya adalah apabila ia meninggalkan Islam.

Dalam pengajaran Islam pula, yang kekal hanyalah kebenaran atau al haq, manakala kebatilan tidak akan kekal. Sebabnya al haq adalah daripada Allah dan Allah kekal selama – lamanya, manakala kebatilan adalah daripada syaitan dan sekutunya dan  semuanya tidak kekal dan bersifat sementara walaupun kelihatan gagah dan hebat.

Oleh kerana Islam datang daripada Allah, maka Islam adalah al haq atau kebenaran. Apabila Allah hanya mengiktiraf agama Islam sahaja sebagai ugama di sisinya, maka semua ugama, ideologi dan fahaman selain Islam adalah kebatilan kerana ia bukan daripada Allah. Maka Islam bersifat kekal manakala selainnya adalah bersifat sementara yang menunggu keruntuhan. 

Daripada kejelasan tadi, Pas yang bergerak di dalam masyarakat dengan menyeru kepada Islam dan pemakaiannya di dalam seluruh aspek kehidupan memiliki tahap keyakinan yang tinggi dan ampuh bahawa mereka akan mencapai kemenangan dan akan memegang tampuk pemerintahan negara  pada masanya dan tidak akan kalah kecuali ianya hanya bersifat sementara. Bagi Pas, belum menang adalah sunnah perjuangan, manakala kalah adalah sekadar perjalanan menunggu kejatuhan dan kematian kebatilan yang pasti dan mesti berlaku.

Ini adalah keyakinan yang hebat. Ia adalah kekuatan yang sukar dilumpuhkan kerana ia tegak daripada keyakinan yang bersumberkan Islam dan kebenaran.  Pakatan Barisan  Nasional yang diketuai parti Umno yang telah memerintah negara dan tak pernah kalah semenjak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas telah melihat dan menjadikan Pas sebagai musuh utamanya yang cukup menggerunkan. Dalam tempoh itu, dengan pelbagai senjata dan jentera kekuasaan yang digunakan oleh mereka untuk menghancurkan Pas secara jahat dan rakus, mereka sepatutnya telah menguburkan Pas dalam lubang yang dalam dan kelam, tetapi mereka gagal dan mereka telah pun berputus asa selain terpaksa menerima Pas sebagai kekuatan yang sangat bersedia untuk mencabar kekuasaan mereka, seterusnya menguburkan mereka pula.

Bagaimana Pas membina kekuatannya adalah menjadi perkara pokok yang perlu dilihat dan diteroka jika anda cuba berusaha memahami dan mendalami kejayaan Pas untuk terus kekal di persada politik negara ketika parti – parti politik pembangkang lain, terutama parti – parti politik Melayu terus tersembam tumbang satu persatu atau tidak diyakini kekekalan dan kekuatannya untuk menghadapi tekanan dan kezaliman Umno yang memerintah negara secara tidak demokratik.

Memahami kekuatan yang mengakar umbi dalam Pas sejak sekian lama akan banyak membantu anda untuk memahami falsafah dan hala tuju perjuangan Pas dalam kancah politik negara, bahkan akan memanjangkan ufuk minda di dalam memahami erti perjuangan Islam yang sedang meriah berkembang di seluruh dunia. 

Saya melalui tulisan ini akan hanya menengahkan kepada anda satu kekuatan yang besar dan jitu yang telah ditanam dan dicernakan oleh Pas dengan jayanya di dalam memastikan kelangsungannya sebagai parti yang akan terus hidup segar di dalam kancah perjuangan politik negara yang sukar dan penuh kebobrokan ini.

Ia adalah satu perintah dan hukum bersifat syar’ie dan aqli yang diterap sedalamnya di dalam hati sanubari kalangan ahli dan para penyokong Pas bahawa mengundi Pas adalah wajib hukumnya di sisi agama. Wajib agama bererti tak mungkin ditinggalkan dan bukan bersifat pilihan dan main – main. Ia bererti Pas mesti diundi, mesti didukung, dengan terpaksa dan dengan sesungguhnya. Ia bererti, di sisi agama, adalah salah untuk tidak mengundi Pas dan amat bersalah jika mengundi parti yang menentang Pas.

Dengan pengarahan berdaya hukum agama ini, ahli Pas mencerap kefahaman yang jitu bahawa perjuangan politik Pas adalah perjuangan ugama yang merupakan sambungan rantaian perjuangan suci dan bersifat samawi yang telah dibawa oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dan para rasul sebelumnya.

Bagaimana pula Pas memberi pengajaran ini daripada sudut hujjah dan dalil sehingga masyarakat Islam telah menerimanya sebagai satu hukum yang benar dan tanpa pilihan? Saya menjemput anda meneliti ringkasan penghujahan berikut:

1) Bahawa memilih Islam dalam politik bernegara adalah wajib.

Islam adalah ugama yang bersifat syumul dan menyeluruh. Maka Islam perlulah diterima secara menyeluruh  sebagaimana asalnya. Menerima, mengamal dan menyeru kepada Islam yang bersifat juz’ie, terpecah – pecah dan terhad adalah ditolak bahkan satu jenayah berat di sisi Allah yang menjanjikan kehinaan di dunia dan azab yang pedih pada hari akhirat. Ini kerana ia secara langsung merosakkan kesempurnaan ugama dan melorong ke arah terjadinya fitnah dan salah faham terhadap agama Allah.  

Justeru umat Islam wajib menerima Islam di dalam setiap sektor kehidupan di dalam membina syakhsiah diri sebagai seorang hamba Allah yang taat. Oleh kerana kehidupan seorang hamba Allah itu tersirat di dalam kejayaannya melaksanakan peranannya sebagai  khalifah Allah yang menjaga muka bumi ini daripada kerosakan dan penderhakaan, maka sektor politik adalah antara sudut yang paling menyerlah yang disentuh oleh Islam.  

Melalui Al Quran, Allah menengahkan kisah – kisah pertentangan para anbiya’ dengan penguasa dan ketua negara masa itu. Begitulah kisah rasul – rasul Ulul ‘Azmi menghadapi kekuatan Namrud, Firaun dan selainnya. Begitulah juga payah jerih perjuangan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda menolak tawaran kompromi oleh penguasa Mekah masa itu untuk bernegara dengan pakatan sistem jahiliyyah dan Islam, terpaksa berhijrah ke Madinah, melancarkan jihad, mematahkan pakatan jahat politik tentera Ahzab, memasuki kembali Mekah dengan panji kemenangan politik dan terus – menerus sampai wafatnya mengagendakan perluasan dan pembukaan Islam di seluruh Tanah Arab dan luarnya.  

Maka jelaslah betapa Islam datang untuk memerintah dan bernegara bahkan menyatukan politik manusiawi. Dengan kejelasan inilah Pas menggerakkan kefahaman di kalangan rakyat tentang hakikat politik Islam yang wajib diterima dalam kehidupan bernegara secara agresif dan berterusan.   

Melalui kefahaman hukum yang bersebati ini, anda pasti dapat merasakan bagaimana para ahli dan penyokong Pas telah didoktrinkan dengan kefahaman politik yang tinggi. Ia adalah satu hukum agama bahawa berpolitik adalah wajib dan memilih Islam untuk politik dan pemerintahan adalah wajib jua.

Pendoktrinan hukum ugama ini telah berjaya melahirkan rakyat yang tegar acuan politik Islamnya. Ia juga  meninggalkan Umno jauh ke belakang di dalam memahamkan rakyat dengan kewajiban berpolitik. Politik Umno adalah bersifat duniawi, sekular, merebut peluang dan sekadar satu kerjaya.

Justeru lahirlah dalam Pas ahli dan penyokong yang istiqamah, tekun memahami politik, tidak mudah berpaling tadah, bahkan hidup matinya adalah untuk cita – cita politik Islam. Maka, bagaimana boleh dibayangkan ajal dan kubur untuk Pas?

email saya

nikabduh@pas.org.my

taqwim hijri

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • Tiada
nuffnang_bid = "c431ebbac3805eca201f54b84f1026e1";

pengunjung semasa