Salam Kamunting,
Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.
Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.
Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.
Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.
Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.
Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.
Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.
Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.
Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.
Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.
Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.
Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.
Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.
Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.
Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.
Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.
Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.
YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.
Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?
Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.
Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.
Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.
Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”
Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..
Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.
Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.
Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.
Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.
Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.
Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.
Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.
Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.
Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.
Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?
Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.
Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?
Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.
Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.
Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.
Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.
Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.
Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.
Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.
Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.
Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.
Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”


89 comments
Comments feed for this article
November 25, 2009 pada 7:37 pm
Misi Alam
Salam. aku membaca dengan penuh perasaan. Mainan ayat susunan kata Nik Abduh menyebabkan aku semakin ralik untuk menghabiskan sehingga hujungnya. Walaupun waktu solat dah lama diazankan.
Kekadang mata ku merah digenangi air (bukan air bah dimusim tengkujoh) tetapi hati dan perasan tersentuh oleh ayat-ayat lembut yang kekadang mencegkam pemikiran bagi orang yang mahu berfikir.
Aku tidak mampu berkata…tetapi aku masih mampu bertasbih kepada Allah. Apakah kata-kata dan ungkapan Nik Abduh sebelum ini (Penasihat Jahat) di sisi ayandanya masih mau menerkam rakan sendiri dan berselindung di jubah seorang Menteri Besar bergelar Tok Guru? demi untuk mengapai cita-cita nafsunya??
Di awal pemerintahan Tok Guru, semasa menyampaikan ucapan aluan di majlis perasmian Kota Sultan Ismail Petra oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan. Tok Guru menyebut, jika Allah mahukan raja yang baik, akan diberikan pembantu yang baik. Jika raja lupa, pembantu akan mengingatkan dan jika raja ingat, pemabatu akan melaksanakan cadangan raja.
Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak mempunyai pembantu sebagaimana yang dimaksudkan dari ucapan aluan Tok Guru di awal pentadbiran dulu.
Kalaulah Selama hampir 20 tahun Tok Guru gagal melahirkan pembantu -pembantu yang amat cerdik bukan untuk sahaja Kelantan bahkan Malaysia, sebagaimana komen kepada wartawan tempohari. Sebenarnya adalah amat malang kepada proses pentarbiyyahan oleh Tok Guru.
Dan bertambah malang lagi apabila pembantu yang dianggap maha cerdik itu dengan tangan kanan mengosok tok guru tetapi dengan tangan kiri juga mencakar Tok Guru.
November 25, 2009 pada 7:51 pm
Bahtera Merdeka
Aku dah lama menunggu :
Nik Abduh menulis setelah lama menyepi. Dah lama ku tunggu apa yang akan didedahkan dari serabutan dan kecerian yang bermain di kepalanya.
Aku dah tau :
Soal adik iparnya, bagi aku satu mainan dalam merebut peluang. Kalau dulu orang ini telah dicadang untuk diangkat sebagai GM Air Kelantan, tetapi dihalang oleh keluarga sendiri. Diangkat lagi ke PMBK sebagai Pegawai untuk mengurus projek Pembangunan Tunjung dan seterusnya di lantik sebagai COO PMBK, walaupun (aku hayati ayat) Nik Abduh tidak berapa senang hati.
Dan Aku Di Beri Tau :
Di angkatnya lagi sehingga CEO – PMBK. Apabila berada dipuncak kemasyuran dan kedudukan. Maka amat mudah untuk dijatuhkan kebawah.
Aku percaya:
tangan yang sama akan mengangkatnya kembali ke puncak kebahagian bagi menyucikan diri.
Dan aku Yakin :
Bukan saja Kelantan, bahkan malaysia akan menyanjung kehebatan dan kemuliaan ku
Dan aku akan kata : Tok Guru puji lagi…………………….
November 25, 2009 pada 7:53 pm
hasanhusaini
Salam..lama benar us tak menulis..akhirnya terbit juga artikel emas us..namun, susah benar nak faham tulisan kali ini..banyak benar majaznya..tiga kali baca belum tentu boleh buat kesimpulan…Alangkah baik kalau jelas, terang dan nyata…Apapun, terima kasih us atas penjelasan…
November 25, 2009 pada 8:33 pm
mail
salam kemunting,telah saya lama menunggu tulisan saudara tentang hal ini,saya lebih mempercayai bog saudara berbanding blog lain lebih banyak menggunakan emosi dalam tulisan mereka.saya setuju dengan anta tentang orang itu yg banyak merosak jemaah dalam parti .orang ni selalu menggunakan oranglain untuk capai misinya.saya terus menyokong anta dalam bidang ceburi.teruskan penulisan untuk memastikan pas terus kukuh dan menjauhkan penasihat2 tokguru makin maharajalela dlm pertadbiran kerajaan negeri.ingatlah…sekiranya pas kelantan runtuh nescaya pas negeri lain akan ranap.
November 25, 2009 pada 9:18 pm
ibnu mahyuddin
Maaflah, Si Tanggang yg cuba masuk bakul angkat sendiri.
November 25, 2009 pada 10:19 pm
kapalselam
“Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!””
aiseh si bodoh tu Nik Abduh lah
apa yg diucapkan itulah yang akan dicerminkan semula kepada pembicaranya…
berlagak pandai tapi kantoi di pintu neraka.
November 26, 2009 pada 7:44 pm
Orang Sarawak
Kapal selam la bodoh. Jgn nk tau kata org bodoh,bagi aku Nik Abduh mmg hebat!
November 25, 2009 pada 10:27 pm
azli
salam
syabas ustaz
sebenarnya ramai yang emnanti rekasi ustaz dalam hal ni. sekarang saya secara peribadi berpuas hati kerana sekurang-kurangnya ada juga dari kalangan yg rapat dengan tok guru bersuara.
saya harap semua pihak diluar keluarga tok gru juga sedar siapa dalang di sebalik semua ini. tok guru tidak bersalah, cuma ada yang bermain jahat mengambil kesempatan.
sama ada arifahmi bersalah atau tidak biarlah sprm menyelesaikan.
tetapi bagaimana kickdfela dan mentornya? ternyata banyak peluru boleh dihambur tetapi dia bernasib baik kerana yang tahu rahsia buruknya adalah dari kalangan yang mempunyai adab sopan akhlak islamiyah yang ditarbiyah dalam pas
November 25, 2009 pada 10:40 pm
Moga Awan Berarak Pergi… « Pinkturtle
[...] http://www.nikabduh.wordpress.com [...]
November 26, 2009 pada 5:32 pm
zullina
kapalselam,
Orang yang boleh dipanggil bodoh tu adalah saudara, tiada siapa yang paksa saudara baca blog ini…bodohla saudara
November 25, 2009 pada 10:41 pm
pnsue
Salam…
Ana terasa bayangan pancaran ketulusan n kesabaran TGNA dalam diri ustaz! Semoga kepenatan TGNA akan berbuahkan ganjaran pahala yang dihajatinya untuk bertemu Rabbul Jalil di syurga.
Ya Allah, Kau muliakanlah orang yang patut Englau muliakan, kerana yang pasti tidak akan termulia orang yang Engkau hinakan!
November 25, 2009 pada 10:42 pm
GMC
salam ustaz
ana dengarl syed azidi pegang jawatan ceo di syarikat global media. penjawat awam tp ceo di sykt lain.banyak benda yang tak kene di sykt gmc..tuan arif pun peranan azidi di sykt gmc terutama semasa menghasil kan majalah QIADAH edisi pertama
November 25, 2009 pada 11:07 pm
aku bersamamu
ada sedikit tambahan ustaz.ini yg ana selalu dengar dari mulut kickdefella;setiap apa kerja yg dia lakukan,mesti dia akan kaitkan dgn bosnya…ana pernah bertanya sape suruh buat ni?jwb kickdefella;ambo telah menerima wahyu dari “salor”angkuhnya dia…tp masa tu…ipar ustaz pun dibawah naungan wahyu salor.
November 25, 2009 pada 11:40 pm
noor
Semoga keluarga tuan guru dalam perlindungan Allah. Janji Allah itu benar. Biar yang membuat fitnah akan mendapat balasannya.
November 26, 2009 pada 12:17 am
ummuabbas
Alhamdulillah, dalam keluh kesah mengharungi fitnah-fitnah yang sengaja ditabur ini… dan menunggu-nunggu Ustaz bersuara, akhirnya Ustaz bersuara juga. Moga-moga ia menjadi sempadan yang ampuh, insya Allah dalam mempertahankan integriti dan maruah seorang Tok Guru dan keluarganya. Allahuakbar! Allah senantiasa bersama orang yang ikhlas dan sabar.
Kesedihan adalah makanan orang mukmin agar tiada lagi air mata di akhirat kelak.
Dengarkan doa Nabi Yaakub, ” Asykuu baththii wa huzni ilallah”
dan lewat aduan Nabi Muhammad s.a.w, ” Wal huznu rafiiqii ”
Lambat laun, akan pecah empunya kebusukan yang sedang membusung. Allah takdirkan sesuatu sebagai sebab kepada takdir yang lain. Bagaikan Allah biarkan Aisyah r.a difitnah untuk menelanjangkan siapakah Abdullah bin Ubai.
Wallahua’lam.
November 26, 2009 pada 12:24 am
PemudaGombak
Salam Tuan Ustaz,
Kami ahli-ahli bawahan keliru dengan apa yang terjadi di atas sana.
Namun kami percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Cuma agak sukar untuk menerangkan kepada ahli-ahli lain.
Semoga Islam akan memimpin perubahan di Malaysia!
November 26, 2009 pada 12:56 am
ROSLAN BIN MOHAMED
Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda. Alhamdullih ustaz orang itu dah tak nak menjadi MB, syukur..
November 26, 2009 pada 1:24 am
hafizan
Salam….saya begitu terpesona dgn kata2 yg ditulis drpd Ustaz Nik Abduh..saya juga turut merasakan betapa susah dan peritnya dengan permasalahan yg berlaku sekarang ini…ada yg berlakon baik ttp jahat disebaliknya..apapun dlm perjuangan ini cukup memerlukan strategi yg betul2 ampuh utk berlawan..Tahniah kpd keluarga Tok Guru krn berjaya mengharunginya..smoga diberi ketabahan dlm perjuangan..Yakinlah bahwa msih ada perasaan syang yg amat kpd tok guru dan perjuangan PAS..Truskan..
November 26, 2009 pada 1:30 am
waliku
tulisan ini yang ditunggu2 oleh saya dan ramai lagi.. ada hikmah yang amat besar dari isu ini… saya baca kedua2 blog ustaz dan kidfella.. saya puas hati dengan penjelasan yang penuh tersirat dan mendalam ini.. bagi yang tak faham dan salah faham atau buat2 x faham fitnah baru yang akan wujud. bagi yang faham tulisan ini adalah antara ubat dan penawar dalam isu ini…. saya sokong tulisan ini..
November 26, 2009 pada 1:47 am
Omar
Salam.
Memang sukar mengharungi perjuangan jika kesedihan sentiasa menghambat langkah-langkah juang. Tersalah langkah terbuang. Terlaju bicara terpasung…oleh andaian dan anggapan separuh sedar, setengah masak.
Langkah perlu diteruskan, biar sengsara hati menanggung bebanan dari kanan, dari kiri…menghujani bumi merekah, lagaknya. Air sentiasa ditagih,namun rekahan itu dihempap butiran air yang menyakitkan.
Mungkin lagak ustaz sentiasa perlu begini. Terus mencerahkan, walau sentiasa dihantui bisikan herdikan dan cuitan kiri kanan yang kurang faham, kurang sedar dan kurang santun.
Jauh di sudut hati ayahanda, anakanda adalah warisan ayahanda. Bukan sentiasa warisan perjuangan, tetapi sudah tentu warisan jiwa dan hati.
Jiwa dan hati itulah yang membawa perjuangan…
November 26, 2009 pada 3:03 am
Nikjoe
tiada terpesona, tiada indah dalam berkata-kata. apa yang mahu dicari hanyalah kebenaran sahaja. siapa berdusta buruk padahnya.
November 26, 2009 pada 3:43 am
guanoghu
Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk mengatakan sesuatu setelah sekian lama aku hanya menjadi pemerhati dan pembaca setia keatas kekalutan yang berlaku. Tak ku sangka begini teruk jadinya. Untuk pengetahuan semua aku merupakan salah seorang warga kerja PMBK yang sama-sama cuba untuk memberikan sumbangan yang terdaya untuk merealisasikan hasrat dan matlamat penubuhan PMBK itu sendiri. Aku terpanggil untuk join PMBK setelah dimaklumkan ada iklan diakhbar PMBK sedang mencari pekerja.
Aku telah melalui 2 sesi interview, sebenarnya aku tidak bersedia langsung untuk di interview, aku ke PMBK hanya bersandarkan degree dan pengalaman kerja aku ada. Aku langsung tidak dikenali oleh boss PMBK pada masa tu, nak kata aktif dalam politik pun aku tidak langsung. CEO pada masa itu ialah Pn. Fadhilat, menemuduga aku dalam bahasa Inggeris, aku agak mengelabah disebabkan aku lama sangat berkhidmat di Kelantan sehingga loghat English aku dah tah kemana-mana dah. Soalan killer ditanya pada aku pada masa tu siapa MB Kelantan, mmg ler aku boleh jawab…siapa lagi yg awak kenal org politik di Kelantan? Aku jawab TMB…Ustaz Mad…tu jer? a’aa..jawab aku. Aku ada gak kata, bukankah yang penting undi tu kan? Yang pastinya aku tahu siapa yang aku undi dan Allah menjadi saksinya…Alhamdulilah.. mungkin rezeki aku, aku diterima masuk PMBK.
Selama aku di PMBK aku kenal secara langsung 2 individu yang hangat diperkatakan disini iaitu Ariffahmi & Syed Azidi aka Kickdefella. Aku tiada masalah dengan kedua-dua mereka ini, beza antara mereka ialah Ariffahmi bertungkus lumus cuba memperkasakan PMBK dan seorang lagi tu saya sendiri pun tak tahu apa sumbangannya kepada PMBK walaupun gajinya dibayar oleh PMBK. Bukannya untuk menuduh tetapi anda semua mungkin boleh menjadi juri dalam kes ni…siapa yang setia dengan PMBK. Kiranya aku salah, maafkan lah sbb aku pun tak tahu isikandungan surat perlantikannya dan tujuan apa dia diletakkan di PMBK. Mungkin untuk memperkasakan parti pemerintah…itu hanyalah persepsi aku..Terserahlah kepada tafsiran anda semua…
setelah membaca cetusan Nik Abduh, saya merasa teramat sedih sekali sehingga menitiskan air mata…begitu teruk dugaan, fitnah & cemuhan yang dialami oleh keluarga Tok Guru…berat mata memandang…berat lagi bahu yang memikulnya..puncanya satu sahaja…akibat daripada rasa iri hati, dengki dan tidak setia kepada jemaah, mereka2 ini sanggup menjadi petualang menabur fitnah, menyerang menikam membabi buta…apakah tujuannya??? untuk membetulkan keadaan bukan ini caranya….banyak lagi pilihan yang boleh dibuat tapi nampaknya cara ini yang lebih sensasi…memberikan kesan yang parah dan mendalam…begitulah kisahnya apabila garapan ini diolah oleh orang yang berpengalaman dalam bidangnya….Aku dan sebilangan warga PMBK sekarang tekad akan meneruskan agenda-agenda yang ditinggalkan dan diamanahkan oleh pengurusan kami…harapan yang ingin dicapai, segala perancangan akan cuba dilaksanakan sebaiknya. Kami di PMBK akan sentiasa peka dengan kehendak rakyat kerana adanya kami disini kerana untuk membantu mereka.
Doakan kami agar apa yang kami sumbangkan disini akan diberkati olehNya kerana itulah di niatkan oleh aku ketika aku mengambil keputusan berhijrah dari KL ke Kelantan kerana aku rasa negeriku amat memerlukan tenaga kerja seperti aku dan lain2 untuk Membangun Bersama Islam. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami di PMBK agar segala usaha kami sentiasa di redhai olehNya. Kau tetap dan kukuhkan tekad kami agar jalan kami sentiasa diterangi oleh hidayahMu. Kau permudahkan usaha kami dan tunjukkanlah kami jalan kebenaran. Kau musnahkan musuh2 kami yang sentiasa menghalang kami dalam melaksanakan seruanMu. Akhirkata, aku memohon maaf sekiranya aku terlalu emosi dalam hal ini kerana aku dan ramai lagi di PMBK sayangkan apa yang kami bina kerana itulah kederat yang boleh kami sumbangkan demi Islam.
Ayuh, lupakanlah segala persengketaan…janganah disebabkan kepentingan, tamakkan kuasa, pangkat dan wang, kita mengorbankan mereka yang tidak bersalah dan menyalahi tuntutan yang dipertanggunjawabkan ketas diri kita….niat kita semua adalah sama….mengabdikan diri kita kepada kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya. Semoga apa yang berlaku ini menjadi sejarah dan berarak pergi jauh meninggalkan kita. Semoga ada sinar di keesokkan harinya…buat keluarga Tok Guru, Allah sentiasa berada di pihak benar…kebenaran akan terserlah jua akhirnya…Yang buruk itu daripada diri saya yang lemah ini…dan yang baiknya daripada Allah SWT. Wassalam
November 26, 2009 pada 4:20 am
radzi
Anda menulis:
”
1.Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan.
2.Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.
3.Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya
4.Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.
5.Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.”
-> Takziah saya ucapkan kepada saudara sekeluarga atas apa yang berlaku. Mehnah & tribulasi adalah liku-liku perjuangan dalam meningkatkan lagi maqam dan kedudukan hambaNya. Makin tinggi sabar dan tawakkal, makin dekatlah kedudukannya kepada Allah.
Melalui tulisan anda, zahir & nyata sekali siapakah individu yang dimaksudkan anda walaupun namanya tidak disebutkan…
Jika benar dialah penyebab segala kekusutan dan kelam kabut dalam situasi ini serta pemecah belah parti, mengapa tidak ceritakan sahaja keburukannya kepada ayahanda anda? Ikhtiarkan sedikit waktu untuk berbicara hati ke hati dengan ayahanda anda.
Mungkin anda akan katakan bahawa kerana husnuzzhan ayahanda anda, pasti beliau tidak akan mempercayainya. Namun, saya berharap anda bongkarkan segala-galanya kepada ayahanda anda melalui maklumat2 yg anda dapati. Selain merungkai kekusutan, pasti juga akan menautkan kembali ukhuwwah dan wala’ pada parti. Dan Kelantan juga tidak akan terus menerus berkontroversi. Oh ya, namakan juga pembongkar2 maklumat anda. Pasti ayahanda anda akan terus membuang kemuncup2 yang menggangu perjuangannya kerana maklumat ikhlas anda pasti tidak bias dan tiada sebarang kepentingan.
saya menanti-nanti jawapan ayahanda anda. Sebagai insan yang menyanjungi beliau, saya mempercayai pertimbangannya. saya juga amat2 berharap perbincangan saudara ini menjadi realiti dan pertimbangan serta buah fikiran ayahanda saudara dikongsi, supaya tidaklah saudara juga mencetus spekulasi seperti di atas ini.
November 26, 2009 pada 5:19 am
ceranamas
Saya fikir saudara masih mentah, belum masak melihat senario sebenar apa yang mendung terutama Pas Kelantan.
Bahasa saudara memang lunak tetapi tidak menggambarkan ketinggian akal budi yang masih lemah dalam mengupas isu ini.
Tercermin kedangkalan ilmu seperti mana dengan kupasan-kupasan isu besar lain yang dicoret di halaman ini.
Cuma terlindung dengan sedikit emosi kekeluargaan dan parti atas dasar perikemanusiaan dan Islam.
Saya fikir elok saudara tidak melihat ayahanda sebagai bapa tetapi sebagai guru yang sentiasa memberi teladan bersumberkan ilmu.
Arif. Itulah rasanya perkataan yang baik buat saudara sebagaimana ayahanda saudara memakainya.
November 26, 2009 pada 7:20 am
Mencari Kebenaran
Salam,
Saya tidak terkejut jika ust. mengambil sikap mempertahankan ayahanda dan adik ipar ust kerana memang begitu patutnya mempertahankan maruah keluarga…
Saya juga bersetuju jika dalam masa terdekat ini ayahanda ust. mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai MB..mungkin ada baiknya Tuan Guru manfaatkan umur yg berbaki sebagai Tuan Guru mengajar rakyat yang dahagakan ilmu agama…biar orang PAS, PKR, DAP,UMNO sekalipun sudi hadir ke kuliah pengajian Tuan Guru…cuma saya gusar siapakah yang akan diangkat menggantikan Tuan Guru?
Saya agak keberatan untuk mendengar komen Tuan Guru apabila ditanya pemberita soal politik kerana saya yang cetek ilmu ini akan tertanya kenapa apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk nama Allah dan Rasul saw menjadi sandaran..saya harap tanggapan saya ni diperbetulkan dan jika saya benar harap ust dapat berbincang dgn ayahanda ust. agar lebih berhati2 dgn mainan media..
Saya sedar ramai yang cuba mengambil kesempatan disebalik istilah ‘Tok Guru’…bermula dari jus tok guru, wallpaper tok guru, tshirt tok guru, stciker tok guru, banner tok guru, jam dinding tok guru, pembantu tok guru dan lain-lain lagi….sehingga tenggelamnya keagungan Allah melebihi tok guru dimanipulasikan oleh orang yang berkepentingan dari sudut bisnes dan politik…
Mungkin imej yang tercalar pada tok guru demi memperbetulkan persepsi orang ramai bahawa niat kita hendaklah ikhlas kpd Allah dan bukannya Tok guru…Tok Guru adalah manusia penyambung lidah Rasul untuk menuju kpd Allah..kasih dan sayang kpd Tok Guru krn Allah bukan kerana Tok Guru seorang MB atau yang lainnya..
Akhir kata marilah kita sama2 menghayati makna surat Al-Fatihah yang meminta kita memohon kpd Allah agar tunjukkan kita jalan yang ‘lurus’
Wassalam..
November 26, 2009 pada 7:55 am
martinpalermo
salam.
saya pun menanti tulisan ustaz
sekadar mengingat, membela keluarga yang melakukan kesalahan, di atas dasar keluarga semata adalah ASSABIYYAH.
membela keluarga yang dizalimi, ia jihad terpuji.
berbahagialah orang yang mengikut petunjuk.
November 26, 2009 pada 8:16 am
abunaem
Salam kamunting Ustaz, saya ralek membaca madah pujangga isi hati anta, bait-baitnya nya penuh makna, tajam menghiris luas membongkar… saya mengikuti banyak tulisan blogger kebanyakkan mereka menulis berdasarkan persepsi dan nafsu gejolak… anta bermain dengan hati dan jiwa tetapi….masih terselit dendam kesumat mendalam…. saya sayang kepada semua pemimpin pas semua mereka meyumbang untuk perjuangan islam…mereka fokus apabila berdepan dengan musuh yang nyata ubn.. tetapi sayang hilang pedoman tidak keruan apabila berdepan dengan saudara dan rakan seperjuangan… tidak mahu berdepan tetapi menghentam menikam ….di maya … Ya Allah berilah kekuatan kepada mereka ini supaya terbuka hati terbuka jiwa untuk duduk semeja merungkai segala terbuku dihati …. hujjjah limanid daa dan Yamin bagi yang engkar itu kaedah islam dalam menegakkan kebenaran….kenapa ini tidak diamalkan oleh pimpinan kita ….Ustaz dalam tulisan anta menyerlahkan diri sebagai seorang yang suka berdepan menyatakan kebenaran gunakanlah ini untuk berdepan dengan saudara kita seperti Husam bukannya galak menikam dengan badik yang tersembunyi ditangan … macam Kickdefella yang lebih suka memecah dari mengekah …
Jangan dinafikan kebaikan orang lain hanya kerana dia musuh kita.. jangan nafikan sumbangan orang lain hanya kerana dia tidak belajar bersama kita di bumi kinanah… Bersemukalah, berdepanlah demi kesinambungan Perjuangan ini … JANGAN DIROBOHKAN MASJID ISTANA YANG DIBANGUNKAN OLEH TOK GURU…..SALAM PENGORBANAN DEMI ISLAM
Kawanmu bersama dibumbung Maahad
Abunaem Kuala Kangsar … InsyaAllah Kita Berjumpa di MADU raya keempat nanti…
November 26, 2009 pada 8:35 am
Budak Ipoh Timor
Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?
….
Ustaz…kalau dibaca sebaliknya pula, kenapa ustaz tidak berbicara secara terbuka dihadapan tuan empunya badan yang ustaz siniskan itu?
kenapa ustaz tidak mahu menerangkan hal sebenar terus kepada ayahanda ustaz?
Kenapa perlu dijelaskan perangai sifolan kedalam blog ustaz ni?
Adakah adil untuk berbuat demikian?
Seharusnya ustaz menjadi contoh kepada Kickdefella tu.
Aku yakin selepas ini isu yang kelihatan makin reda ini akan dihangatkan kembali oleh pihak media yang pastinya akan memetik ulasan ustaz ini?
Adakah ini yg ustaz mahu? Agar satu Malaya dapat membaca perangai buruk pendamping ayahanda ustaz itu?
Kenapa ustaz?… Mohon perjelas sikit
November 26, 2009 pada 5:54 pm
zullina
budak Ipoh timor, mu pi tanya ayahmu terangkan sejelasnya pada mu apa yang ditulis oleh Uztaz tu. Ambo bukan orang politik pun bile paham. Mu sekolah tak habis ke?
November 26, 2009 pada 9:02 am
cikgunik
Politik itu kuasa. dan sangat halus. dia tak kisah sangat soal emosi. Emosi adalah senjata sementara saja.Dia akan menikam orang yang paling dikenalinya. Tanpa kasihan. Membiarkan kita menagis. dia pun boleh tumpang menangis, sebelum menendang kita semula.
Memang dah macam tu sifatnya. Yang penting kita harus hati-hati. Ilmu saja tak cukup tanpa kebijaksanaan dan sedikit helah. kalau tak Saydina Ali ra (sebagai gedung ilmu)tak akan kalah pada Saydina Muawiyyah ra.
Salam
Buat Ustaz Nik daripada Cikgu Nik. Kenangan dalam BADATI masih segar.
November 26, 2009 pada 9:35 am
jelan
Salam ustaz…
Ambo ambik pendekatan macam ni dalam kes ni…
1-tak de angin,pokok tak bergoyang (untuk kes arifahmi)
2-jika betul memang Arif suci (tahniah kepada Kickdefella kerana mencipta fitnah yang dahsyat)
3-Jika benarlah ini semua fitnah ambo pasti semua yang terlibat akan mererima balasan (insyaAllah doa orang alim pasti dimakbulkan)
4-Jika semua tuduhan ini benar, ambo buleh kata janganlah meumpang keberkatan tok guru..ingat “iman tak dapat diwarisi” tapi perlu dicari,dipelajari dan diamalkan….
Wassalam…
November 26, 2009 pada 9:40 am
arrazzi alhafiz
Ya…agak lama juga saya menanti tulisan rasa dari ustaz. Keluh kesah, resah gelisah membelit akal budi.
Moga tenang dalam goncang. Sempit yang menyempat.
Satu kata untuk dikongsi bersama, katakan benar walau pahit dirasa
November 26, 2009 pada 9:48 am
ezy2ureload
Saya boleh merasai betapa gundahnya keluarga Tuan Guru Mursyidul Am menghadapi fitnah gelora yang melanda.Puncanya di mana dan siapa yang mengejutkan fitnah tersebut?…
Adakah isu tajaan pergi Haji?
Adakah isu perlantikan Arif fahmi?–kes ni dah selesai setelah di siasat oleh SPRM
Adakah Kickdefella yang kejutkan isu ini?kalau benar Siapakah dibelakang kickdefella? Mana mungkin dia seorang diri…dia tidak ada kepentingan…
sama2lah kita jawab persoalannya ..danjawapannya ada dalam tulisan Ustaz Nik Abduh ini..
November 26, 2009 pada 10:15 am
Nik Bahrum
Well said….
November 26, 2009 pada 11:10 am
aizuddin
nampak benar Ust dah lama tidak menulis! ALlah lindungi TG dan keluarga!
November 26, 2009 pada 11:42 am
aizuddin
kickdefella respon.
http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/26/sudah-terlewat-untuk-nik-aziz-berundur/
November 26, 2009 pada 11:44 am
salman
Salam,
hanya ustaz mengenali arifahmi dan tok guru,
hanya uztaz dapat makan bersama dgn arifahmi dan tok guru
hanya ustaz dapat ‘berbicara face to to face’ dgn arifahmi dan tok guru
hanya ustaz ada slot ‘masa’ utk memberi kritikan/pandangan kpd arifahmi dan tok guru
dgn semua channel itu ustaz akan ditanya ‘nanti’ dihadapan Allah swt,
ustaz pon ada blog ,berhak menulis mengikut pemikiran ustaz…
tetapi gaya ustaz ‘attack’ sheih dan husam agak berselindung!!
kenapa arifahmi ’senyap’ dianggap mulia, husam senyap dipertikai…
kenapa sekarang mepertikai kehadiran sheih di pmbk ,
bukan 2-3 tahun lepas…
utk record , saya rasa ’sheih’ ada menyumbang sdikit sebanyak utk kelate dan parti….
jangan diaibkan sheih selepas apa yg berlaku…kerna trackrecord, siapa sheih sebelum ini ustaz tahu…
inilah bahana mengambil ‘musuh menjadi kawan’!
sepatutnya beringat ‘jgn tido dale perut dio”kato org tua…
sheih berperangai sebegitu ambo tidok pelik, jiko kito tahu sapo dio sebelum ini…
dio ‘kaki maksiat ko ‘…TAPI KALU DIO BERTAUBAT DOH DI ATAS segalo doso dio…
BUKANKAH USTAZ telah mulo membuat fitnah ke atasnya…….
Ir arifahmi ustaz memae kenal doh ,ore juruh, bukan ‘kaki maksiat’
tapi kenapa dia difitnah sebegini rupo!
jika memae arifahmi ‘bersih’ itu adalah ujian Allah swt utk dio…
buat arifahmi banyak bersabar,zikir banyak, masa terluang tu banyak kan dekat dgn tuhan…
setiap apo yg berlaku ada hikmat disebaliknya …hanya Allah swt yg tahu …
ambo dok sokong sapo-sapo…husam ko, sheih, ko arifahmi ko ….
ambo sokong PAs, undi pas
November 26, 2009 pada 11:54 am
ore pasar
Saya sokong pendedahan ustaz!!!!
November 26, 2009 pada 11:55 am
abuadil
kes kickdefella berjaya menduduki jawatan strategik tak seharusnya berlaku dan semestinya tak boleh berlaku dalam jamaah islam, kecuali dibawa masuk oleh orang yang sifar fikrah harokah islamiyyah yang kita rasakan mereka itu telah hadham fikrah kita. bacalah mana2 tulisan tentang taqyim(penilaian) atau syurut attadh’if wattausiq, tak ada ulama membenarkannya berlaku kecuali dalam keadaan dhoruroh. sedangkan adhoruroh tuqoddar biqodariha. hatta orang yang tidak mempelajari fiqh addakwah, tetapi sekadar memahami ilmu aljarh watta’dil dalam ilmu hadis pun boleh memahaminya. begitu juga amalan “tapisan keselamatan” yang digunakan oleh mana2 organisasi tidak membenarkannya. soalnya bagaimana boleh berlalu dalam pas?
menudung jari, sudah tentu bukan penyelesaian, kerana ianya akan meningkatkan suhu amarah setengah pihak dalam jamaah.
Saya tetap berpenderian dari dulu bahawa penyelesaiannya ialah merubah pas dari sebuah organisasi politik kepada organisasi politik, dakwah dan tarbiyyah. Gagasan presiden ini mudah diungkapkan, tetapi sukar dilaksanakan menurut setengah pendapat. bagi saya, kita tidaklah selemah itu untuk melaksanakannya. bahan2 tarbiyyah, tulisan2 tentang fiqh dakwi, fiqhutta’mir, fiqh siasi dsb banyak diperpustakaan dakwah. hanya kita tak pernah atau malas mencarinya di rak2 perpustakaan tersebut. Tak salah buat peringkat awal kita gunakan tulisan2 ulama ikhwan, sementara kita sendiri berusaha menyediakannya sendiri.
..dan pemudalah yang mesti memulakannya dulu. saya percaya dalam 2 penggal kepimpinan tontowi, pas akan mambu menyediakan pelopor kearah perubahan ini. marilah kita berkerja…
November 26, 2009 pada 12:05 pm
nawi
Salam Abe Duh..
1. Kelihatan jelas Ustaz telah tidak bersetuju dengan pelantikan Ir. AAF sejak dari awal untuk apa jua jawatan. Dan sekarang jelas difikiran saya, ustaz TERPAKSA mempertahankan apa yang tidak sepatutnya ustaz pertahankan. Ini lah bab yang paling menyedihkan… sooo sad..
2. Kenapakah PIMPINAN JEMAAH PAS jadi seperti ketika ini? Ustaz menyatakan kickdefella tidak gentleman kerana seperti menikam dari belakang. Adakah ustaz bersikap adil & educative kepada kicdefella dengan mengecam secara sinikal “ORANG2 TERTENTU/PEMBANTU2 TGNA”? Saya tidak faham dengan kata2 ustaz didalam komen diatas yg sebenarnya akan menjadi PELURU SESAT yang akan lebih mencederakan lebih ramai org.
3. Ustaz berbicara soal keluarga dan segalanya. Apakah PENGORBANAN umat Islam ketika HIJRAH DARI MEKKAH KE MADINAH tidak dijadikan kayu pengukur? YANG MANA LEBIH PENTING, Keluarga atau umat Islam yang dahagakan JEMAAH PAS yang berkualiti ?
4. Saya tidak mahu bicara soal manusia, sikap manusia kerana ia akan tetap sama. Yang beza hanyalah warna kulit dan nama sahaja. Saya telah mendapat maklumat 1st hand dari rakan2/org kampung yang pernah terlibat dengan kerja yang melibatkan Ir. AAF. Sesungguhnya saya amat kecewa kerana KEROSAKAN YANG TELAH BERLAKU AMAT TERUK, dan menjadi buah mulut serata masyarakat..SEHINGGAKAN MUSUH JEMAAH PAS ( mereka2 yang tidak memperakukan ISLAM & POLITIK adalah sedaging ) SUDAH MAMPU BERKATA UMNO & PAS SAMA SAHAJA.
5. Apakah ustaz fikir dengan status Ir. dan MBA, seseorang itu sudah layak untuk dipertahankan seperti seadanya sekarang ini. U need more than that bro… Dan kegagalan ustaz memujuk ayahnda ustaz, mengesahkan lagi bertapa konsep Mesyuarah dalam PAS sudah hampir2 PUPUS!!
6. PERSETANKAN kickdefella jika benar dia adalah seorang yg bobrok dan tidak berguna. Sama saja org itu!! – itu pon jika kita merasakan kita sudah cukup suci..
7. How on earth TGNA terjerat dengan tajaan rm65K? Siapa punya angkara yang boleh mengiyakan benda syubhah sedemikian??
InsyaAllah saya akan tetap mengundi di PRU13.. mungkin kertas undi itu saya akan bawak balik sahaja.. Jangan risau saya tidak mengundi di Cempaka atau Pengkalan Chepa.
Jual lah MPV ustaz, carilah yg lebih sederhana dan tidak eksklusif.. cthnya HONDA STREAM… lebih baik rezeki yg lebih diwakafkan kepada Sek Darul Anuar… itu yang terlebih baik. Jadilah contoh kepada umat manusia. Jangan hanya memandang Kelantan sahaja.. seperti negeri lain itu tidak ada aper2 harga..
Salam.
November 28, 2009 pada 3:26 pm
jenggo
Cerita TGNA di sponsor menunaikan haji ni dah lama la, bukan baru. dah belas tahun at least. aku ingat masa aku study 20 thn lepas pun dah dgr cerita ni. bukan cerita baru la
November 26, 2009 pada 12:10 pm
FAM
aku dah lama xsuka kickdefella ngn mentornya..gila kuasa semua..berpadulah balik PAS.jgn biarkan anasir2 UMNO n PKR mengawal perkembangan jemaah Kita
November 26, 2009 pada 1:48 pm
‘Jangan larang Nik Aziz letak jawatan’ « Harakah Islam & Politik – Malaysia
[...] jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan,” tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya [...]
November 26, 2009 pada 2:13 pm
Wahai si bodoh! ‘Jangan larang Nik Aziz letak jawatan’ « spy rakyat blog
[...] jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan,” tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya [...]
November 26, 2009 pada 2:17 pm
Ahmad
Tatkala apabila musibah berlaku kepada orang yang bertaqwa. Allah Taala sebenarnya mahu mengangkat martabat seseorang itu kepada makam yang tertinggi. Saya yakin dan percaya bahawa Allah sangat sayang kepada Tuan Guru Nik Abd. Aziz. dan inilah ujiannya. Begitu juga disaat Nabi Muhammad S.A.W memerlukan ibunya, Allah Taala mentaqdirkan ibu baginda mati disaat baginda memerlukanya. Yakinlah dan Fahamilah bahawa adakah seseorang yang mengatakan dirinya beriman tidak boleh diuji. Maka disini ujian yang Allah berikan adalah suatu ujian yang mampu dan boleh ditangani oleh individu atau klompok yang diuji. Moga berbahagialah wahai Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas apa yang Tuan Guru usahakan, Moga Allah memberkati dan merahmati untuk sekelian alam. Wallahua’lam
November 26, 2009 pada 2:22 pm
spy rakyat
Assalamualaikum,
TGNA masih diperlukan sebagai rujukan untuk mengimbangi pemimpin muda Islam yang masih baru yang tentunya mereka ini belum teruji sepenuhnya didalam mengharungi helah politik.
November 26, 2009 pada 2:53 pm
NurHafiz
Salam, kenapa ustaz menyerang Husam Musa dengan kata2 “Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda”
Sedangkan Husam mengambil tindakan bersabar. Saya tidak nampak kewajarannya kerana Allah yang menetapkan ini berlaku. dan kenapa ustaz tidak sebut yang bersalah Allah kerana menggerakkan hati membawanya ke kelantan?
maaf jika analogi saya tersilap, saya memang tidak bersetuju dengan cara ustaz.
November 26, 2009 pada 3:01 pm
Hasanul Isyraf
Assalamualaikum,
Kakanda Nik Abduh.
Ketika saya masih kecil (sekitar umur 9-10 tahun). Setiap hari jumaat Ayahanda saya selalu bawa saya ke Dewan Zulkifli untuk mendengar kuliah Tok Guru. Setelah habis kuliah, Ayahanda bersama saya ke kedai buku Jaafar Rawas. Kebetulan Tok guru ada disitu, jadi mereka berdua bersembang-sembang. Sambil mereka bersembang, Tok Guru mengusap kepala saya. Heh.. Heh.. (Masa tu saya tidak tahu bahawa tangan yang mengusap kepala saya akan menjadi orang yang ke42 paling berpengaruh didunia islam)
Dulu semasa saya berumur 13, sempatlah juga saya berlari-lari disekeliling Pondok Pulau Melaka. Teringat saya disuatu pagi jumaat, sedang berlari bergurau senda dengan rakan-rakan sepondok, Tok Guru mempelawa saya dan rakan naik kerumahnya untuk bersarapan pagi bersamanya. Jadi kami pun bersarapan bersama-sama Tok Guru. Apa yang lebih manis, Tok Guru sendiri hidangkan sarapan pagi untuk kami.
Selepas solat maghrib, diwaktu Tok Guru keseorangan, sempat juga saya membaca Al-Quran disebelahnya dengan harapan supaya Tok Guru mengajar sendiri saya mengenal ayat-ayat Allah. Ternyata, Tok Guru tidak menghampakan saya.
Masih ingat diwaktu selepas solat asar, dimana rakan-rakan telah turun dari masjid sebelum berwirid (saya pun memang berniat nak turun juga kerana lorat nak gi main bola). Kemudian Tok Guru marah dan memberi nasihat kepada kami. Sedang beliau memberi nasihat, seorang pak cik mengarahkan saya menutup suis kipas, saya pun terus menutup suis. Tiba-tiba suara Tok Guru tidak kedengaran kerana microphone itu dimatikan oleh saya secara tidak sengaja kerana tertukar dengan suis kipas. Saya menjadi malu dan menangis keseorangan dibawah suis kipas tersebut.
Kakanda Nik Abduh,
Kita berdua pun pernah berjumpa di rumah Dr. Hayati dan selalu juga minum teh tarik mamak taqwa.
Kakanda Nik Abduh,
Jika Tok Guru tersenyum, saya bergembira, jika Tok Guru sedih, saya pun turut bermuram. Saya kira saudara sekeluarga lebih-lebih lagi terasa apa yang Tok Guru rasa. Saya amat bersimpati dengan Tok Guru dan saudara sekeluarga.
Kakanda Nik Abduh,
Saya kira dalam situasi sekarang, adalah lebih elok Kakanda berdiam diri seperti Kakanda menasihati saudara Ariffahmi. Ambe berasa bimbang dan gusar ia akan mengeruhkan lagi suasana.
Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya saat indah kejernihan suasana kehidupan Kakanda sekeluarga senantiasa dirahmati Allah. Amin
Hasanul Isyraf
November 26, 2009 pada 3:51 pm
AJK pemudapas pasir puteh
salam ukhuwwah fillah untuk saudara.
saudara,
saya mohon supaya perkara macam ni jgn didedahkan di dalam blog.cuba kita selesaikan d peringkat dalaman parti.tulisan saudara ini menyebabkan saya menitis air mata kesal dengan tindakan saudara yang mengenetepikan kepentingan parti..minta saudara padamkam segera artikel ini..mintak tolong sangat saudara ku sebelum menjadi mainan media umno
November 26, 2009 pada 4:54 pm
wmsuhaimi
Insyaallah apa yang pahit itu telah berlalu,kita mesti belajar dr pengalaman yang lepas..pengalaman sentiasa mematangkan kita dan seharusnya melonjakkan kita kepada kedudukan yang lebih baik disisi Allah dan manusia.
November 26, 2009 pada 5:14 pm
Sunan Hayat
Uthman bin Affan R.A. adalah orang yang disebut Nabi sebagai insan yang paling tulus dan sopan santun..
Tetapi oleh kerana melantik terlalu ramai pegawai kerajaan dari kalangan ahli keluarganya, maka tercetus fitnah yang kemuncaknya adalah nyawa beliau sendiri tercabut dgn kejam..
Tulisan2 sejarah yang benar telah mengungkapkan semua rasional tentang keputusan beliau melantik sebegitu ramai ahli keluarganya, termasuklah dari aspek kelayakan., tetapi yang benar dari aspek itu, belum tentu betul dari aspek politik..
Ambil lah pengajaran..
Menjauhi fitnah lebih baik dari keyakinan diri menggalas tanggungjawab..
Bukan kamu/dia/aku seorang sahaja yang layak membantu TGNA..
Akan tetapi orang lain yang layak itu tidak menggalas risiko fitnah..
November 26, 2009 pada 5:26 pm
‘Jangan larang Nik Aziz letak jawatan’ – Malaysiakini « BERITA MALAYSIA KINI
[...] jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan,” tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya [...]
November 26, 2009 pada 5:33 pm
salim
Bahasa yang memang ada kelas. Dalam lembut masih melibas. Tetapi apakah ini akan membaiki keadaan, Tuan? Atau adakah ini akan lebih mengeruhkan keadaan? Tak bolehkah Tuan Ustaz bersemuka dengan semua pihak yang terlibat untuk mencari penyelesaian dengan baik? Kalau di Tadika kita ajarkan anak-anak supaya bersemuka, kenapa kita pula memilih jalan bengkok untuk menyampaikan mesej.
Saya yang bukan ahli Pas tetapi menyokong Pas pun dah keliru.
November 26, 2009 pada 5:40 pm
saifful
ayahanda tuan hamba sukar dicari peggantinya, tapi jika itu kehendak ayahanda tuan hamba kami menurut aje kerana tahu akan kesihatan ayahanda tuan hamba. sad but true
November 26, 2009 pada 6:33 pm
muhaiminsulam
sukar untuk memaafkan tapi sukar lagi melupakan. luka itu terus membarah.
November 26, 2009 pada 6:37 pm
inamadia
Salam. Terima kasih Ustaz di atas penjelasan. Kepada Budak Ipoh Timur, anda harus fahami, kebanyakkan blog terlalu dipengaruhi oleh skrip kickdefella. Ia berjaya mempengaruhi PERSEPSI orang muda. Lantas pada saya, Ustaz Nik Abduh WAJAR menulis artikel ini sebagai MEMPERTAHANKAN AHLI KELUARGA YANG MEMANG BERADA DI PIHAK YANG BENAR. BIAR IA KEMBALI PANAS, YANG PENTING, RAKYAT MESTI TAHU TENTANG KEBENARAN! Bukankah PAS memperjuangkan ISLAM kerana hanya ISLAM membawa manusia ke JALAN KEBENARAN?
November 26, 2009 pada 6:56 pm
org kampung ada masterje!
saudara nik abduh,
saudara tetah GAGAL,
1.Gagal nasihatkan ayah saudara supaya jangan mengamalkan dasar kronisme yang selalu diamalkan oleh pemimpin umno.
2.Gagal mengesan keganjilan kepemimpinan adik ipar saudara.Anda buat apa!Sepatutnya anda boleh mengesan angin yang bertiup kencang!
3.Anda masih menuduh orang yang menegur sebagai orang jahil!Apa anda dan keluarga, MAKSUM!
4.Adakah segala dugaan ini sebagai balasan ALLAH pada orang yang selalu mengafir dan mengemunis sesama ISLAM.Sekarang zaman ALLAH membayar tunai terhadap apayang kita lakukan!
5.Baca lah kitab-kitab lama,terutama kita Al-Ghazali,bimbingan mukminin,bab terpedaya.
6.Sedih melihat gambar-gambar Haji Nik Aziz,dipermaikan dalam blog.
November 26, 2009 pada 7:00 pm
Seorang Pemuda dari Gelang Patah
Salam Ustaz,
Lama benar ustaz tak menulis, insyaAllah, Allah swt sentiasa bersama2 org yang benar.
Selagi ustaz dipihak yg benar, saya akan SENTIASA menyokong ustaz.
November 26, 2009 pada 8:53 pm
mustaffa ma
wahai saudara ku…
setiap kawah ada pengacaunya…
kadang-kadang kawah terbalik – [jarang-jarang]
kadang-kadang pengacau patah – [selalu]
siang dan malam… ah… berkasih rupanya mereka.
… mereka menerima satu sama lain..
… memahami TUGAS dan TANGGUNGJAWAB masing-masing..
… tak sempat bersama lama hanya seketika dikedua-dua hujung..
… tak pulak merajuk apatah lagi meninggalkan TUGAS..
… kesabaran mereka memberi menafaat kepada alam..
… sehingga.. tidak terbanding KETEGASAN mereka…
November 26, 2009 pada 10:08 pm
ChandraSuria
Ini pertama kali saya mengunjung blog Tuan Nik Abduh, menuju kesini setelah membaca artikel Malaysiakini pada hari ini, bertajuk “Don’t stop dad from quitting, says Nik Aziz’s son”, yang telah mengejutkan saya.
Saya amat terharu membaca tulisan Tuan: prosa yang menghampiri puisi. Pembukaan dada yang amat telus. Inilah yang dapat mendefinisikan “transparency”. Dan saya sokong, serta menyanjung, usaha tuan mepertahankan integriti dan maruah ayahanda, Tok Guru.
Saya tidak ingin menyentuh isu-isu etika tajaan haji dan rasuah, PMBK dan kroni, atau tata-tertib Kickdefella yang blognya baru-baru ini begitu lancang sekali. Perlu saya terangkan di sini bahawa saya bukan orang Melayu dan bukan beragama Islam. Sebagai anak Kelantan dan rakyat Malaysia, saya memegang kepada prinsip-prinsip yang dapat memperbezakan antara konsep-konsep kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan ketaatan kepada “kerajaan” atau, nama lainnya yang lebih tepat: pemerintah. Sayogia diingatkan, wahai ahli-ahli politik PAS, bahawa kalaulah kebanyakan penduduk bandar di Kelantan yang bukan beragama Islam telah memberi undi kepada PAS dalam kedua pilihan raya yang lalu, itu tidak bermakna mereka sokong bulat-bulat kesemuanya dasar-dasar parti PAS. Mereka telah memangkah Bulan kerana mereka percaya pemerintah PAS mungkin akan mempraktikkan pentadbiran kerajaan negeri secara lebih adil. Kemurnian nilai-nilai Islam tidak susah diterima oleh orang yang bukan Islam, tetapi mereka awas bahawa bukan semua pemimpin PAS, atau pengikut mereka, atau kakitangan di bawah kerajaan (pemerintahan) PAS sekarang di Kelantan, mempunyai sifat-sifat kejernihan dan kebersihan yang sedia ada pada Tok Guru. Di sini benarkan saya mengulangi ayat tuan: “Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil.” Di beberapa kali pertemuan dengan Tok Guru, saya perlu menahan diri dari memeluki beliau sebagai tanda hormat dan sayang.
Jangan tergesa-gesa mengejutkan rakyat Kelantan dengan kata-kata Tok Guru hendak meletak jawatan. Memang, dengan takdir tuhan dan pertambahan umurnya, Tok Guru akan menyerahkan teraju kepada pemimpin lain pada suatu masa nanti, TETAPI saya harap waktu itu belum sampai. Sebelum sampai, dan apabila sampai waktu itu, saya berharap Tok Guru dan pemimimpin PAS yang lain akan memilih seorang yang juga mempunyai sifat kebersihan dan kejernihan seperti Tok Guru.
The serenity of Tok Guru will be hard to replicate, but you must at least seek someone as honest, intellectually and spiritually, to be your succeeding leader.
Sekian.
ChandraSuria
November 27, 2009 pada 10:59 am
HJ RAHIM -IPOH
Askum Ustaz
Saya terharu membaca tulisan ChandraSuria diatas yang bukan seorang muslim.Tulisannya begitu jelas mengambarkan kejernihan hati dan minda beliau.saya menyokong penuh pandangan yang beliau berikan dan kita mengharapkan Barisan Pimpinan Pas kelantan akan mengambil kira pandangan dan persepsi orang luar yang begini.
To Chandra thank u for writing ini this blog.your comment is very well written and keep to your principles.
November 26, 2009 pada 10:55 pm
ore kita
salam,, PAS adalah parti untuk pejuang islam walaupun tak de jawatan,, diharap PAS lebih berhati2 supaya isu2 yg timbul tidak kedegaran lagi,, bagi kita ore pas mungkin fitnah tapi bagi yg atas pagar akan percaya,, ape dilihat pemimpin PAS sekarang sudah wujud istilah puak, kroni n rasuah,, ini lah jalan terbaik untuk PAS hancur,, ingat bagi ore pas ni semua mungkin fitnah tapi bagi yg baru nak bjinak2 dgn pas bpandangan sebaliknya..
November 26, 2009 pada 11:05 pm
Hasan Ahmad
Kroni gila ko ni Nik Abduh.
Ko sendiri jadi ALP PMBK betul tak? Ko backing ariffahmi sebab dia ipar ko. Ko memang kroni. Macam ni ke perjuangan Islam. Lepas tu ko sulami dengna ayat-ayat sastera macam kat atas.
Ko lah bodoh. Ada hati nak ganti ayah ko. Tapi ko sendiri akhlak macam syaitan. Ayah ko punya zuhud, tapi ko kereta tukar dua,tiga kali setahun. Lepas tu, jadi ALP PMBK.
Oooo, ko punya senang ye, nik aziz jadi MB. Disebabkan ko nama ayah ko jadi busuk. Ariffahmi yang tak reti bekerja tu, ko backing. Sebab dia ipar ko. Itu aje sebabnya. Pertahankan spesis sendiri. Itu aje taraf ko ni. Mentang-mentang la husam tu bukan kaum kerabat ko, ko maki dia dalam blog. Ustaz benda ko ni. Asobiyyah teruk daripada umno lagi. Mampus cepat lagi bagus.
November 29, 2009 pada 11:11 am
Drdooms
menyamar nampak… jangan menyamar kalu berani terus tere … guno namo sendiri..mu tu mapos lagi baik la… ado dio kato nok gati ayoh dio.. aklak mu tu terok lagila…gilo apo mu ni hassan ahmad..
November 26, 2009 pada 11:15 pm
sepakn terajang politik
Salam
saya terpanggil utk memberi komen lantaran isu terkini yang dimainkan oleh media arus perdana akhir-akhir ini, masaklan pokok bergoyang tiada angin. namun begitu ada pokok bergoyang tapi dikocak oleh beruk(maaf penggunaan bahasa agak kasa sedikit) . oleh itu isu ini adalah angkara manusia yang tidak puas hati dan dendan kesumat yang membara. Jadi harapan agar isu ini sudah selesai Arifahmi dah letak jawatan maka bergumbiralah beruk (maaf penggunaan bahasa agak kasa sedikit) tadi yang telah mengocak pokok sehingga bergaoyang.
November 26, 2009 pada 11:22 pm
ustaz syed bakri - IPOH
tulisan ustaz memang sangat baik..mengambarkan banyakkanya mehnah ujian yang menimpa keluarga ustaz..InsyaAllah..jika bersandarkan ayat ke 2 surah Al-Mulk kita dapat lihat bagaimana ujian semasa hidup dan mati itu adalah untk menilai sejauh mana amalan..atau kerja buat kita d dunia ni..bagi ana, segala apa yang menimpa adalah lumrah bagi org berpolitik.cuma tetapkan pendirian istiqmah dalam perjuangan..InsyaAllah..
فصبر جميل
November 27, 2009 pada 12:32 am
Ghafar Hj Yahya
Ghafar Yahya.
Salam utk Ustaz, Arif dan para jundullah. Buat Ust dan keluarga, ana yakin Allah melimpahkan Rahmat dan Nikmat di sebalik mehnah dan fitnah, buat Arif…kawan serumah di KL waktu bujang dulu tetap mendoakan yang terbaik buat anda, Ujian Allah sebagai ukuran ke Imanan kita padaNYA.
Untuk kita yg di bawah2…doakan agar Jamaah kita dalam perliharaan Allah, pemimpin di beri hidayah agar memandu pengikut dengan Jalan Iman dan Taqwa. Ayuh…kita hentikanlah ‘peperangan’ siber ini demi kebaikan Jamaah.
Wassalam.
November 27, 2009 pada 12:47 am
RAMLE BUJANG
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).At-Taubah(24)
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Al-Furqaan(63)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya Al-Furqaan(72)
November 27, 2009 pada 1:19 am
Lapuria
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Ana amat simpati diatas ujian yang menimpa keluarga TGNA dan tahniah kepada pimpinan tertinggi PAS dalam mengatasi kemelut yang melanda, dan tidak membiarkannya kesaorangan ditinggalkan oleh bembantu-pembantunya selama ini. alhamdulillah.
Semuga ustaz sentiasa dapat memberikan pandangan terbaik kepada TGNA untuk menyelamatkannya dari pembantu-pembantunya yang sering memberi gambaran salah dan buruk yang boleh menjejaskan nama baiknya.
Teruskanlah menulis. Allah bersama hamba yang taay kepadanya.
November 27, 2009 pada 3:32 am
rebana_ubi
Surat Untuk Nik Abduh
Salam. Saya kira belum tahapnya untuk menggelarkan saudara ustaz kerana saya bukan pemikiran kampung yang menadah sahaja dari mulut seorang yang berbangga dengan gelaran ustaz. Ustaz harus memiliki ilmu yang tinggi, seni kehidupan yang tangkas. Bukan gelaran daripada murid-murid yang baru mengenali alif ba ta.
Tulisan saudara perlihatkan ceteknya ilmu yang dikendong dan bersifat emosional. Ianya menggambarkan mewakili golongan konservatif yang masih berfikiran tidak mesra dengan tuntutan perkembangan ilmu dan ketamadunan dunia. Sehingga kini memberi ruang kepada musuh menembak ayahanda saudara daripada peluru anaknya sendiri. Sama seperti tulisan sebelum ini berkenaan Kerajaan Perpaduan. Bunyinya lunak membuai rasa tetapi terkandung inti yang tidak sama sekali menepati perjuangan ayahanda saudara.
Kenapa saya katakan begitu? Ada tiga persoalan besar di sini.
1. Perlantikan dan Perletakan Jawatan Arif Fahmi.
TGNA melantik menantunya sebagai harapan terakhir menjaga sebuah khazanah penting di bawah Menteri Besar. Tetapi standad Arif Fahmi tidak menepati piawaian TGNA. Bukan soal kroni, kerana TGNA sedia maklum sejak dari awal lagi. Apabila didapati (setelah lama percaya pada standad Arif Fahmi) ada yang tidak mengikut lunas, seperti pentadbiran TGNA di Kota Darul Naim, maka TGNA segera menarik balik perlantikan dahulu.
Saya percaya pendedahan Kickdefella ada kebenarannya walaupun sedikit dari semua. Dan Kickdefella pun bukanlah seorang yang betul sangat. Jika mendapat surat layang, apakah saudara mencari keburukan sipembuat surat layang atau mencari kebenaran surat layang tersebut? Dalam soal ini saudara seperti mencari keburukan sipembuat surat layang lantas membuat kesimpulan surat layang itu palsu. Tetapi kefatanahan TGNA mencari kebenaran surat layang walaupun pembuat surat layang itu penzina sekalipun. Inilah tamadun dunia hari ini, berlawanan dengan pemikiran konservatif.
2. Serangan Terhadap Husam Musa.
Husam adalah seorang cerdik politik dan mahir dalam pentadbiran. Aliran yang sama dalam pemikiran dan tindakan TGNA. Husam melampaui ahli-ahli politik konservatif yang masih di tahap Pas zaman Asri. TGNA sendiri memuji Husam dalam dua kenyataan: 1. Husam cerdik kerana banyak membaca buku sama seperti TGNA yang juga banyak membaca. 2. Husam dilahirkan cerdik bukan sahaja untuk rakyat Kelantan tetapi juga untuk rakyat Malaysia.
Dua kenyataan itu sudah cukup membuktikan bahawa Husam Musa mempunyai keupayaan membawa negeri dan negara ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau bukan semata-mata beretorik dan ‘bua’ di kedai kopi menghentam orang itu dan orang ini. Buat kerja untuk parti dan rakyat. Tentu saudara boleh perincikan kejayaan beliau dalam parti dan kerajaan. Inilah yang TGNA mahukan. Memberi untuk rakyat semata-mata tanggung jawab bukan minta balasan undi. Atau saudara marahkan Husam yang menggagalkan cita-cita saudara dalam Pemuda Pas? Kalau itu jawapannya, maka memang patut saudara kalah kerana aliran konservatif berbanding Ketua Pemuda sekarang.
Memanglah Husam tidak disukai petugas parti kerana sikap dan alirannya yang sama sekali berbeza dengan kumpulan yang saudara wakili. Koservatif. Saya pun kadang-kadang meluat dengan sikapnya tetapi hasil kerjanya saya salute. Tetapi inilah hakikat yang ada dalam Pas Kelantan, masih membawa corak pemikiran politik Melayu. TGNA sedar, dia pun Melayu tetapi Melayu yang sudah berdarah daging dengan Islam. Ingat; Islam adalah pembawa perubahan dan pembaharuan. Bukan Konservatif.
Saya setuju dengan Husam yang tidak ingin menjadi Menteri Besar Kelantan. Husam tahu halangan utama ialah Konservatif di pelbagai peringkat parti dan jentera kerajaan. Kalau di Kuala Lumpur sudah lain kerana kami sudah lama meninggalkan pemikiran konservatif. Saya percaya Husam sudah mengenal erti perjuangan. Bukan pangkat tetapi nama yang sentiasa harum membelah badai sejarah. Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Inilah sebenarnya darah berjuangan. Bukan menuntut hak yang nampak di mata.
3. Perletakan Jawatan TGNA
Bingunglah dengan exco dan ADUN Pas Kelantan. Sudah 19 tahun TGNA memberi tazkirah masih belum menghadam sepenuhnya. Sedangkan kami di luar faham benar dengan perjuangan TGNA. Saudara sendiri gagal memahami isi hati ayahanda walaupun tinggal sebumbung. TGNA pernah mengatakan dia tidak akan letak jawatan sebagaimana Nabi mati semasa masih dalam perjuangan. Berjuang sudah menjadi darah daging TGNA tanpa rasa letih walaupun usia yang lanjut. Amat dangkal kalau saudara mengatakan TGNA ingin meletak jawatan. Sungguh dangkal. Tidak benar-benar memahami perjuangan Nabi tetapi hanya melihat seorang Melayu tua yang harus berehat sahaja di rumah.
TGNA tidak memandang isu besar soal penggantinya. Hanya remeh sahaja. Tetapi itulah yang dibesar-besarkan oleh orang yang gilakan pangkat tanpa menghadam perjuangan sebenar Nabi dan para sahabat. Saya yakin selagi tiada orang yang lebih tinggi akal politik dari TGNA maka selagi itulah TGNA akan berkeras dengan jawatannya. Sekarang ini hanya TGNA dipuncak bahkan sebagai negarawan. Kalau dulu Mahathir Mohamed. Apakah saudara fikir Pas Kelantan sudah selamat dari badai UMNO sehingga sanggup TGNA menyerahkan. Di saat UMNO mengatur langkah kita pula berebut harta rampasan perang.
Sudahlah saudara. Berhenti dahulu menulis. Seperti ayahanda saudara juga yang gemar membaca buku, saudara bacalah buku walaupun seribu buah sekalipun. Saya cadang pelbagaikan bacaan, jangan berkisar tentang agama sahaja. Saudara pemimpin masa depan kami yang tidak mahu berpolitik. Jenguklah karya-karya besar dan penulis-penulis tersohor. Bacalah The Prince – Machiavelli, atau Mukaddimah-Ibn Khaldun, atau Animal Farm. Novel Shakespere, Hemingway atau A. Samad Said. Banyak yang kita pelajari di sana sambil jari kekal membilang tasbih. Dunia sentiasa bergerak ke hadapan. Buang tempurung dunia saudara. Jadilah seperti ayahanda “Hati mengadap Ilahi. tangan menggoncang dunia” walaupun di tangga 42. Satu lagi – kurangkan tengok bola, hanya daki dunia.
Ikhlas
Jiran yang jauh
November 27, 2009 pada 7:15 am
kopiahim
Salam sejahtera.
Semua org ada perspektif sendiri mengikut di mana dirinya berada, dalam kelompok mana dia bergaul, dengan siapa dia bergaul, latar belakang pendidikan, siapa kawan n lawannya dan yang pasti siapa yang disayangi n dibenci.
Sy melihat isu-isu yang timbul dalam jamaah adalah berpaksikan kepada percanggahan pendapat, tindakan dan kurangnya komunikasi. Disamping itu, kepercayaan juga hilang.
Tulisan ustaz tidak mungkin menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah, bahkan mendorong kpd perpecahan. Pembaca pastinya memilih pandangannya sendiri, samada menyokong tulisan ustaz maupun mengutuk. Ini menyebabkan perpecahan yg pastinya mengundang perpecahan yang merugikan Islam.
Apa sebenarnya perjuangan kita?
Panggil semua yg terlibat dgn sesuatu isu, perjelas kpd awam. Jgn ego n bangga diri.
November 27, 2009 pada 7:48 am
jamadudin
Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Perjuangan Islam wajib diteruskan dan kita harus jujur dalam perjuangan ini. Jangan bawa diri turut terjerat mainan kehancuran.
November 27, 2009 pada 10:17 am
Bala…. Altantunya dan Dot… Dot… Dot… « Dewan Pemuda PAS Sarawak
[...] Saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk memberi pandangan tulisan Sdra Nik Abduh Nik Aziz yang tersiar di blognya bertajuk “abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu”. [...]
November 27, 2009 pada 10:44 am
HJ RAHIM -IPOH
ASKUM USTAZ
TERIMALAH UJIAN INI SEBAGAI UJIAN DARI ALLAH UNTUK MEMANTAPKAN LAGI KEKUATAN KITA.ANA PERCAYA ALLAH AKAN MEMBERI KEKUATAN KEPADA ANDA DAN KELUARGA INTUK MENGHADAPI UJIAN2 INI.AMBIL IKTIBAR SUPAYA KITA TIDAK LAGI DENGAN SENANG MEMPERCAYAI MEREKA YANG MENYUSUP MASUK DALAM JAMAAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN MENGHENTAM JEMAAH BILA TIDAK ADA KEPENTINGAN LAGI
November 27, 2009 pada 2:07 pm
aku bersamamu
aku nk jwb yg hasan ahmad kata atau tuduh…mula2 aku nk tanya sape yg bg maklumat kat kau ni?jika tuduh menuduh mcm ni berlarutan tunggu lah akibatnya,aku ni nak perbetulkan keadaan…aku tak salahkan kau…mungkin kau jahil dlm bab ini..Nik Abduh takde kena mengena dgn PMBKaku ni staff pmbk maka aku lebih tahu…aku bukannya apa,cuma takut mu ni berdosa jah dan orang lain pun turut berdosa kerana membaca tulisan ;barua; mu ini.org mcm mu ni lah yg mudah kena tipu.org mcm ni lah suka menabur fitnah.lain kali jika tak tahu tanya,siasat…kan allah bg mulut kat mu…supaya dapat berkata2…allah bagi telinga untuk mendengar benda yg elok2…allah bg mata kat mu…untuk mu melihat benda yg berfaedah…allah bg otak kat mu nak suruh mu berfikir…so lengkap huraian aku ni…supaya mu berhenti dari kerja menabur fitnah…aku hrp mu ni ada intergeriti…jgn jd pencacai org…bertaubatlah di atas tuduhan mu ini kerana ianya betul2 fitnah.
November 28, 2009 pada 7:38 pm
Pemuda Machang
Salam. Mu tak sah dok nak bela Nik Abduhlah. Mu napok hak orang respon jah. Mu tak napok hok Nik Abduh tulis tu. Penuh dengan sangka buruk ke orang. Apa dia tak berdosakah bila tuduh dan buat fitnah ke orang?
Satu lagi, aku dok tengok, apa yang Nik Abduh tulis ni bukan koho comel tapi makin teruk. Nak bela keluarga tapi parti yang yang menerima padahnya. Katalah PAS kalah dalam PRU akan datang ni.. kerna benci kepada PAS, apakah Nik ABduh tak salah?
Akhir jangan kita rasa kita jah hak betulnya. aku nak ko orang check pasal Ariff Fahmi tu..betul ke dia tu IR sebagaimana dia dok royat ke tok guru dia IR. Tok Guru dan keluarga termasuk Nik Abduhpun dok caya hak tulah sebab tu lantik dia sebagai CEO.
Ada ke nama dia dalam list tu. Aku dengar kabar memang dia tu tak ada nama dalam list tu. kalu benar maka Arifflah yang menipu keluarga Tok Guru, PAS dan Kerajaan Kelantan.
Mupun hok dok di PMBK kena tipu jugok.
mari kita check!
November 29, 2009 pada 11:22 am
Drdooms
List mano pulok tu.. link list tu kat ni.. aku nok tengok jugok.. Kalu tak dok jage buat fitnah.. Ir tu buke ijazoh la bodo.. Gelare ko Jurutero mace Dr jugok…. Klau dio ado ijazah jurutero tu… de berdaftar dio adolah gekare Ir tu… Alo la mu ni…
November 27, 2009 pada 3:22 pm
Dr MMAR
Di manakah arah dan matlamat perjuangan? Adakah ia untuk kepentingan peribadi atau untuk apa? Kalau ada perselisihan, rungkainya agar cepat terlerai. Anda seharusnya lebih berjiwa besar kalau memasang impian menjadi pengganti TGNA apatah lagi ‘menakluk’ Kelantan.
November 27, 2009 pada 4:21 pm
siberangan
YBhg Ustaz Abduh,
Saya sanjung Ustaz kerana bersifat saorang yang suka memberi nasihat serta membina kebaikan demi kebahgiaan keluarga.
Berulangkali saya lawati kembali blog Ustaz ini dan komen2 berikutnya.
Mulanya saya ingin lihat jika ada apa2 komen selanjutnya mengenai blog Ustaz atau ada apa2 jawapan kapada komen saya mengenai blog Ustaz ini.
Sebabnya, semalam, satelah selesai saya tulis saya submit. Saya nampak komen saya ada bersama2 komen orang lain. Tiba2, hari ini bila saya lawati kembali, komen saya tiada. Saya kesal Ustaz.
kEMUNCAK KOMEN SAYA, KENAPA USTAZ MEMBIARKAN AYAHNDA USTAZ MENYENGUTUI ANGKATAN BERSAMA ANUAR IBRAHIM DAN DAP UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM DINEGARA INI?. ITU SAJA.
SEDANGKAN SAYA BELUM LAGI MENYEBUT MENGENAI HASRAT MURNI AYAHNDA USTAZ NAK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD, TAPI DISANGGAH OLEH KARPAL SING YANG MANA BELIAU MENYATAKAN ‘LANGKAH MAYAT DIA DULU SABELUM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DINEGARA INI’.
Adakah kerana komen saya yang seharusnya memberi sadikit kesedaran kapada sesiapa atau Ustaz sendiri supaya kembali kapada perjuangan asal PAS, maka komen saya dihilangkan dari blog Ustaz?.
Sepatutnya ikutilah apa saja komen rakyat, walau pun ianya pedas, kerana hasrat rakyat memberi komen adalah bertujuan membina.
November 27, 2009 pada 5:14 pm
nawi
Salam ustaz
saya respek TGNA.. ayahnda ustaz..respek giler..but obviously i did not respek ustaz.. u r such a low class human being. ustaz terlalu dayus & hina dimata saya. Tetapi of kos ustaz akan kata, suci disisi Allah swt lebih penting… dan tiliki lah diri ustaz sendiri.. such a low class human being
masih ingat ISU LOJING.. lihat bagaimana Kerajaan Negeri diserang dan Kerajaan Negeri menyerang balik.. bila kejujuran dan kebenaran itu ada, kita akan berdiri menongkat langit yang akan runtuh. nilaikanlah sendiri.. ustaz kan seorg yg suci dan khasyaf.
Ustaz saya akan tetap mendokong dan menjadikan Islam pegangan hidup saya. Saya tidak menyokong individu. Manusia akan mati, yang tinggal adalah pegangan dan nilai perjuangannya..
Maafkan saya.. saya fikir, ustaz tidak seharusnya mempertahankan diri disini.. pertahankanlah diri didepan khalayak ramai.. ANDA TELAH MEMBERI BERPETI2 PELURU BERPANDU UNTUK UMNO GUNAKAN DIMASA DEPAN.
TQ
November 27, 2009 pada 5:17 pm
antipas
org Pas ke org UMNO ke tak lari dari buat silap. silap besar bila sebahagian org Pas terlalu taksub pada Nik Aziz. Saya tau kemungkinan besar komen ini tak akan disiarkan tapi sekurang kurangnya dibaca oleh moderator
November 28, 2009 pada 10:16 am
sot
Saya doakan TGNA sihat walafiat dan dapat menangani segala kemelut yg melanda. Kita hanya merancang namun perancangan Allah maha hebat. Dulu ada yg kutuk TM kerana memberi peluang kpd anak2nya dlm bisnes, walaupun TM juga menjelaskan bahawa anak2nya ada qualification dan berhak juga untuk cari makan dsb, namun ramai masih mengganggapnya kroni. Maka tidak pelik lah jika ada yg was2 dgn perlantikan kroni TGNA dlm sesuatu kepentingan terutamanya di kelantan. Jadi dari satu sudut perletakan jawatan Arifahmi ini satu kebaikan jua. Betulkah dalang nya Husam Musa? Kalau betul, elok juga kerana masalah kroni ini selesai jua. Husam pun tak mau jawatan MB. Selesai jugak masalah. TMB skrg boleh ganti TGNA bila masanya tiba. Husam nak jadi PM, maka bagi lah peranan di peringkat pusat kepadanya. Perkasakan PAS dan perjuangan Islam di Kelantan dan Malaysia. Usahlah kerana nyamuk, tak dak kelambu ubat nyamuk dibakar… he he.
November 28, 2009 pada 6:37 pm
sinbad
Jangan kata nik abduh saja yang serang. Husam dakwa ada konspirasi menjatuhkan beliau. nama anak tok guru (confirm nik abduh) disebut sebagai cintoh secara terang dalam tv dan akhbar. Ertinya sebelum nik abduh menyerang, Husam serang kepimpinan Pas Kelantan dulu, sedangkan mereka senyap atau tidak menyatakan secara jelas.
Jadi, jika Nik Abduh serang, apa salah. Yang penting kepimpinan pas kelantan jelas tak suka Husam. Pembodek. Husam dengan kelebihannya sepatutnya bekerja bersama – sama, bukan bersama tok guru sahaja. Ia merosakkan perjalanan sistem dalam parti dan kerajaan.
Contoh, japnapari, depu dan padi organik, mengPA SYIK HUSAM NAIK NAMA? bukankah itu bukan potfolio beliau. yang pasti, ramai exco berkecil hati. Tiada semanagat bersama. Kalau tanya Husam, dia kata, exco lembab.
Bagi aku. Dua – dua salah sebab berbalah tak boleh selesai. Bukan dua – dua salah, semua salah. Tak pandai handle dengan baik.
Aku sokong tok guru berhenti. Memerintah dunia perlukan kekeuatan duniawi, tubuh yang sihat. Tok guru suda lanjut usia dan sedang menuju ke alam yang lebih mulia. Jika dia berhenti kemuliaannya takkan padam, bahkan semakin hebat,insya Allah.
November 28, 2009 pada 8:01 pm
org kampung ada masterje!
Adaka,anak kelantan yang berkelulusan doktor perubatan,al-hafiz Al-Quran!Jika ada,dia adalah calon yang paling sesuai jadi Menteri besar Kelantan.
November 29, 2009 pada 12:50 pm
mat debe
kepada sesapa yang nak beri komen tu bagi lah komen yang baik-baik,membina dan mengunakan ayat atau bahasa yang elok-elok… kalu nak memaki hamun tu buatlah blog sendiri …maki sampai malam pun tak apa, pasal sendiri punya k
November 29, 2009 pada 8:02 pm
azizurrahman
assalamualaikum
buat ustaz nik abduh…
terkadang kita perlu sedar bahawa …masih ada rakan
rakan yang terus berjuang dengan semangat juang…tanpa
adanya ruh…dan ada yg mengkritik dengan begitu hebat….tanpa
perlunya adab….tetapi itulah Istilah guru yang perlu kita pelajari
moga dipertemukan kembali…..
November 30, 2009 pada 7:12 am
nikabduh
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memberi komentar yang penuh tanggung jawab. Terima kasih kepada yang menyokong dan menyerang. Sokongan dan serangan anda meyakinkan saya bahawa saya telah membantu saudara Ariffahmi mempertahankan dirinya. Mucung senapang yang dihalakan kepada saya telah mengurangkan bebanan beliau. itulah yang saya mahukan.
Mungkin saya harus memohon maaf kepada anda kerana telah membawa anda ke kamar yang belum anda betah, lalu anda mengingkarinya. Manusia adalah musuh kepada apa yang mereka jahili. Saya menikmati apa yang saya tulis dan itulah keyakinan saya buat anda jika anda mengetahuinya di masa hadapan.
Doakan untuk kesejahteraan keluarga tuan guru. Saya doakan untuk anda dan keluarga anda semuanya. Semoga kita terus belajar mencintai kebenaran dan berani selalu.
Disember 11, 2009 pada 4:28 pm
ummuhanah
salam,
ariffahmi dan isterinya…keduanya sahabat saya, walaupun mungkin tidak serapat mana, saya mengenali mereka dan menghormati terutama arif yg dikenali semasa sebelum menjadi menantu tok guru. Dia mmg seorang yg optimist ketika dlm msk (markaz siswazah kelantan) dulu..
saya membaca tulisan ustaz ini dan membaca surat amalin di blog kickdefella.Cemburu rasanya, anda semua begitu teguh menahan getirnya fitnah dan ujian yg mencalar maruah ini. Saranan supaya bersabar mungkin tidak berupaya mengubat pedihnya luka, saya sekadar mampu berkirimkan doa agar Allah memuliakan anda semua dengan balasan pahala yg tidak terkira.
Disember 25, 2009 pada 6:19 pm
Hamba Allah
…bagi aku sume pemimpin tak kira parti maner sumer ada salah dan silap… yang penting dalam hati nak mengaku kesilapan atau tidak… bercakap macam maner pun di khalayak ramai bahawa kita ini benar.. tapi kita tak akan dapat menipu perasaan di hati sendiri jika kita sentiasa berfikir dan muhasabah diri… kita sentiasa akan menyokong sesuatu yang kita rasa benar… itu adalah hakikat… kalau benar apa yang kita fikir maka benarlah walaupun ianya salah… kesimpulannya.. hidup kat dunia ini sementara… baikilah diri sebelum terlewat… kita akan ditanya di hadapan Allah nanti… mapukah kita menjawabnya… subhanallah.. bersedialah…