Salam Kamunting,
Ada dua isu politik menarik yang perlu diberi perhatian hari ini. Pertama, usaha terkini PAS menaik tarafkan Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang menghimpunkan masyarakat bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS yang ditubuhkan sekitar lima tahun lalu menjadi sebuah sayap parti secara rasmi.
Perkembangan terbaru kini seakan mengesahkan bahawa PAS telah betul – betul bersedia menerima perubahan besar dalam struktur dan binaan partinya. Mungkin kerana ianya tampak akan memberikan impak yang agak besar, maka ia telah mengambil masa yang agak lama untuk diputuskan.
Kedua, usaha menjadikan Pakatan Rakyat ( PR ) sebagai sebuah pakatan politik berdaftar sebagaimana BN. Cadangan ini menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk daripada kalangan golongan ulamak dalam PAS yang sering dilihat lambat atau lebih tepat, terlalu berhati – hati.
Walaupun cadangan ini masih baru berbanding cadangan menjadikan KPP sebagai sayap rasmi PAS, kesan positifnya pasti akan menjadi pemangkin kepada usaha – usaha seterusnya untuk menjadikannya sebuah kenyataan.
Secara ringkas, saya akan kemukakan beberapa kesan yang akan melonjakkan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjaya insya Allah, hari ini dan akan datang.
1) Membuka lembaran lebih luas untuk PAS melumati fiqh kedudukan non muslim di dalam sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai murni dan sejati Islam.
Anda sedang melihat bagaimana langkah pertama, iaitu menjadikan KPP sebagai sebahagian binaan PAS telah agak memakan masa. Ia berpunca daripada perbincangan hukum yang diteroka secara lebih mendalam berbanding sebelumnya. Mungkin langkah – langkah seterusnya akan berjalan lebih laju dan meyakinkan. Ini memaksa para bijak pandai dan sarjana Islam untuk bertungkus lumus memecahkan isu – isu tertunda yang mesti disegerakan jawabannya. Ini baik untuk kemajuan Islam dalam negara.
2) Memecahkan tembok yang memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. BN membina tembok ini atas dua perkara. Pertama, mengelakkan PAS daripada mendapat tempat di kalangan masyarakat non muslim, seterusnya meminggirkan PAS daripada arus perdana. Kedua, tradisi politik perkauman dalam BN dan negara telah menjadikan PAS yang memperjuangkan Islam dan tanpa identiti kaum gagal mendapat tempat di hati non muslim.
Dengan wujudnya sayap non muslim di dalam tubuh PAS tidak lama lagi, tembok pemisah yang telah mula runtuh secara perlahan melalui ‘engagement’ dengan non muslim semenjak dulu lagi akan segera ranap dan mencetuskan fenomena politik baru yang semakin menarik dan menguntungkan rakyat Malaysia.
3) Meruntuhkan ideologi kebangsaan dan perkauman yang menerasi kemerdekaan dan demokrasi negara secara lebih berkesan. BN dengan kekuatannya sebagai penguasa negara telah berjaya menanam ideologi salah ini sehingga menjadi darah daging yang sukar dibuang daripada jiwa rakyat dan negara. Usaha PAS memahamkan rakyat, samada Islam atau bukan Islam bahawa ideologi tersebut akan merosakkan negara tampak begitu sukar, bahkan PAS pula dituduh punca perpecahan.
Dengan wujudnya sayap rasmi non muslim dalam parti PAS, ia sudah pasti akan menjadi senjata utuh untuk menolak sistem politik warisan penjajah barat tersebut, lalu sistem yang lebih adil akan mula dibentuk. Penerimaan kaum non muslim terhadap Islam dan sistemnya adalah jawaban dan jaminan benarnya seruan rakyat ke arah sistem hidup yang lebih adil dan saksama dilaksanakan di dalam negara kita yang berwajah majmuk.
Runtuhnya ideologi kebangsaan bermaksud runtuhnya UMNO dan sekutunya.
4) Gerakan dakwah Islamiyah menjadi lebih terbuka dan berkesan. Salah satu faktor utama yang melambatkan suara dakwah Islam adalah wujudnya sekatan yang menghalang manusia mendengar dan memahami Islam daripada sumbernya yang sebenar dan asli. Justeru agama menyifatkan sekatan itu sebagai sebahagian daripada ‘fitnah’ yang lebih besar dan dahsyat daripada membunuh. Manusia tanpa iman adalah mati.
Sayap non muslim dalam PAS bukan bererti non muslim dimestikan masuk usrah dan mendengar sebagaimana ahli PAS mendengar Islam, tetapi ia bererti tiada lagi halangan untuk mereka mendengar, memahami, bahkan menerima Islam sebagai cara hidup di dunia ini.
Maka wujudlah suasana yang segar di dalam penyebaran Islam di dalam negara. Tiada paksaan daripada PAS dan tiada sekatan daripada BN.
5) PAS bukan lagi dianggap milik orang Melayu. PAS adalah milik semua kaum yang menerima Islam sebagai cara hidup, samada mereka menganutinya sebagai ugama atau tidak.
Persepsi bahawa PAS adalah milik Melayu begitu sukar dihilangkan walaupun PAS telah lama menerima keahlian daripada semua kaum atas sifatnya sebagai parti agama, bukan kaum. Tetapi oleh kerana PAS masih tidak membuka keahliaannya kepada bukan Islam, maka persepsi PAS adalah Melayu terus kekal sehingga begitu sukar untuk dinafikan walaupun setelah terbentuknya Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang telah menerima semua keahlian tanpa mengira kaum, agama dan warna.
Dengan terbentuknya sayap bukan Islam dalam PAS, ia dengan sendirinya mengubah persepsi masyarakat negara yang berbilang kaum terhadap PAS. PAS akan lebih mudah didekati dan difahami.
6) Membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatan Islam. Ia adalah tiga ’aset’ penting bagi sesebuah parti politik untuk bertapak di dalam dunia demokrasi liberal hari ini. Dengan persembahan dan penayangan Islam yang lemah dalam kehidupan, PAS sentiasa berdepan dengan cabaran membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatannya untuk memimpin negara. Selagi pembuktian praktikal kekal lemah, selama itulah PAS berada di dalam igauan cabaran tersebut.
Pembentukan Pakatan Rakyat yan berdaftar dan penerimaan sayap bukan Islam untuk menjadi sebahagian binaan parti PAS pasti menjadi bukti yang kukuh dan cukup signifikan terhadap keterbukaan dan kesejagatan PAS yang akan menarik sokongan seluruh lapisan rakyat kepada PAS.
7) PAS diterima sebagai parti perpaduan. Isu utama negara kita adalah perpaduan kaum. Perpaduan rakyat yang majmuk adalah faktor besar kesejahteraan ekonomi negara. Justeru parti – parti politik negara terdesak sekali untuk membuktikan diri masing – masing sebagai peneraju perpaduan negara.
Walaupun PAS telah banyak membuktikan dalam sejarah dan politik semasa bahawa mereka adalah sebuah parti yang menyeru kepada perpaduan kaum, kelahiran sayap bukan Islam sebagai organ penting parti dan gabungan parti PAS dalam Pakatan politik berdaftar pastinya mempunyai impak yang terlalu besar ke arah penerimaan seluruh rakyat terhadap wibawa dan kesungguhan PAS memperteguhkan perpduan kaum. PAS akan dilihat paling mampu memberi jaminan keselamatan dan perpaduan.
Memudahkan usaha menyelesaikan pergeseran di dalam Pakatan Rakyat. Ia adalah keuntungan semasa yang terlalu dibutuhkan. Sesuatu pergeseran dalam apa jua bentuk memerlukan medium perdamaian yang berwibawa yang boleh mencetuskan sikap saling mempercayai dan toleransi di antara kumpulan yag bertelagah.
Samada pembentukan Pakatan Rakyat yang berdaftar atau pun sayap rasmi bukan Islam dalam PAS, kedua – duanya pasti menjadi pemudah cara yang akan membantu merapatkan jurang di antara parti – parti pakatan pembangkang ke arah merealisasikan kemenangan yang diimpikan.
9) Melenyapkan ketakutan terhadap tuduhan kaitan PAS dengan kumpulan pengganas. PAS pernah dicop sebagai agen dan dikaitkan dengan rangkaian keganasan antarabangsa. Walaupun ianya terbukti salah dan bersifat tuduhan liar, tetapi sifat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mempunyai rangkaian antarabangsa yang sesetengahnya dikaitkan dengan keganasan seperti HAMAS menjadikan PAS terus berdepan kemungkinan dicop sekali lagi sebagai pengganas.
Wujudnya keahlian dan sayap bukan Islam dalam PAS akan menjadi benteng utama menolak dakwaan yang tidak berasas itu. Apatah jika PAS mempunyai wakil bukan Islamnya di parlimen nanti.
10) Idea dan sumbangan PAS kepada negara menjadi lebih gagah. Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan bukan Islam di dalam memajukan negara terutama di dalam bidang ekonomi, politik, pembangunan dan lain – lain. Walaupun sering dinafikan peranannya, parti politik pembangkang sering menyumbang idea dan pendapat yang akhirnya diterima pakai oleh pemerintah dan negara.
Wujudnya sumbangan, buah fikiran dan kepakaran yang baru dan bernas daripada orang – orang Cina, India dan lain – lain bangsa di dalam PAS pasti akan menaikkan imej PAS di mata rakyat sebagai parti yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran daripada semua sudut.
11) Jaringan antara bangsa PAS menjadi lebih luas. Jika sebelum ini PAS hanya dikenali dan diraikan oleh gerakan dan parti Islam di peringkat antara bangsa dan oleh negara – negara Islam sahaja, maka kewujudan sayap bukan Islam di dalam PAS pastinya akan melebar luaskan jaringan antarabangsanya kepada parti – parti dan negara – negara bukan Islam juga.
Ini akan membuka laluan lebih besar kepada PAS untuk memainkan peranan politik yang penting di peringkat antara bangsa.
12) PAS layak menerajui negara. Inilah impian semua parti politik. Yang paling bagus dan meyakinkan, itulah yang paling layak menerajui negara.
Cabaran politik baru yang diharungi dengan berani oleh PAS hari ini sudah pasti akan memberikan kesan positif ke arah PAS yang lebih ideal dan diterima. Walau bagaimana pun, kesan – kesan positif di atas hanyalah akan diperolehi jika persekitarannya juga adalah positif. Justeru PAS mestilah juga memugar dan memelihara persekitarannya yang baik dan kondusif.
Jika sebaliknya, paling tidak, kita gagal memetik buah yang diimpikan. Saya akan menukilkan beberapa cabaran yang perlu dilepasi di dalam tulisan akan datang, insya Allah.


15 comments
Comments feed for this article
Oktober 24, 2009 pada 8:28 am
anaksengat
mengharap sentuhan ustaz isu EGM…. mungkin ada yang bakal mengegar… namun kemelut di muara terlalu keruh kini…. moga setiap kita mampu menjernihkannnya
Oktober 24, 2009 pada 8:52 am
antisis
satu artikel yang jelas dan mudah difahami. Tetapi isu terkini yang terlebih panas ialah isu EGM. Mampukah ustaz mengulasnya? Atau sekadar berkata, jika saya adalah Anuar Bakri, saya meredakan, bukan menyalakan bara.. Angin di luar seperti membenarkan apa yang pernah ustaz sebut, tuan guru memerlukan pembantu yang benar – benar berkesan.
Oktober 24, 2009 pada 4:06 pm
imammuda
salam ustaz,
dalam banyak artikel ustaz, ana mudah bersetuju dgn idea ustaz,
asif, untuk artikel kili ini ana tak setuju sebab nampaknya PAS sudah nampaknya semakin mencair hingga boleh menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin dalam negara,
ana setuju jika bukan melayu yang Muslim memerintah, tetapi jika orang kafir yang akidah nya jelas2 ditolak, tak mungkin ana dapat menerima..
sebagai bukti keyakinan ana dalam isu ini, ana tak mengundi di Ipoh kerana DAP lawan MCA.
ustaz, bolehkah ustaz berikan dalil dan musabab kenapa dan haruskah kita melantik orang kafir menjadi pimpinan sedangkan dalam Qur’an jelas menolak pemimpin dikalangan orang bukan Islam.
mohon penjelasan enta…
Oktober 26, 2009 pada 3:42 pm
nawi
i’m sorry.. i’m not Us. Nik.. tenae gak abe.. jangae duk loghak sangak gak.. pikir wi abih dulu.. cayyo gak ko Leader2 kito… kae kito doh nok masuk 20thn doh di Kelate.. time to clean the shelf..
Oktober 24, 2009 pada 10:52 pm
bangbobtut
Peranan ustaz amat penting dalam menenangkan TG Nik Aziz. Bagi saya TG Nik Aziz juga adlah manusia biasa yang mungkin tertekan dengan kritikan pihak luar terhadap PAS. Saya tidak bermaksud merendahkan ilmu TG Nik Aziz… tetapi dalam soal politik tindakan beliau dilihat agak luar biasa. Kemarahannya terhadap isu kerajaan perpaduan ini sangat berbahaya. Dalam usia sebegini beliau stressnya agak memuncak secara tiba-tiba (tetapi belum nyanyuk) namun perlu ada orang yang meredakan nya bukan mempergunanya untuk menghentam. Kemelut EGM ini dilihat perlu disuarakan pada SYURA bukannya diluahkan didalam blog kerana ianya dikira sebagai kerahsiaan @ sir …
Oktober 25, 2009 pada 6:04 am
cucutoknor
jangan ditebuk kapal,walaupun nampak macam di atas bersenda loka..
cuba jenguk sat,mana tau rupanya mereka gundah gulana..
jangan campak ke laut sedangkan mereka juga boleh berada di bawah..dan mereka juga pernah diturunkan ke bawah…
tapi tunggu muktamar tahunan!!!!
ini juga ketetapan muktamar yang lepas.
Oktober 26, 2009 pada 12:13 am
Admin
sila masuk tgk info terbaru..
http://ntvirus.wordpress.com/2009/10/25/kestabilan-politik-perak-perlu-dikembalikan/
Oktober 26, 2009 pada 9:16 am
Abuya
Ustaz,
Sebagai anak pada TGNA, melihat tulisan ust. ni terutama dlm isu UNity Goverment seolah ust. tak boleh baca pendirian ayah sendiri. Ayah ust. sendiri mau kan EGM tukag TGHH dan 2/3 kerat pimpinan PAS yg suka buat kacau pasal UG ni. Harap ust. jumpa ayah sendiri bertanya dia betul ka dia mau kepimpinan yg macam mana. Kalau boleh ust. dok bertenggek lama sikit dgn ayah ust. dan muzakarah betul2 dan sedalam2 nya pasal apa ayah ust. mau saf kepimpinan yg baru. Lepas tu ust. baru tulis sodap la sikit den bacanya. Kalau setakat ust. menulis atas dasar firasat ust. terhadap ayah ust. je tak sodap la membacanya….
Wallahua’lam.
Oktober 26, 2009 pada 12:16 pm
Nur
Wahai Abuya, siapa yang buat kacau dalam isu UG? Bukankah selepas pertemuan Tok Guru dengan Ust Nasha ianya sudah dianggap selesai. Selepas itu cuma ada seorang pimpinan PAS yang membangkitkannya, iaitulah Dr Dzulkifly dalam Harakahdaily. Kemudiannya tulisan beliau ditarik balik. Lain-lain pimpinan tidak ada yang membangkitkannya selepas itu.
Oktober 26, 2009 pada 2:12 pm
Abdullah
mengundi adalah kaedah mejoriti untuk menentukan keputusan, manakala minoriti dikira kalah walaupun benar, ini tidak selari dengan adap mesyuarah malah tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat2. cuba fikir jika mejoriti merupakan pemutus keputusan, sekiranya mejoriti berfikiran mengikut hawa nafsu maka keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan kehendak hawa nafsu bukan kehendak Allah. tambahan lagi jika orang yang diundi dari golongan sekular setiap undi ia bererti akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat jika tersilap undi. orang yang meraih minta diundi pula boleh berubah2 perkataan mengikut selera para pengundi. jika kena gertak sikit oleh golongan2 tertentu mulalah sanggup melongarkan kepentingan agama. mereka tidak ada kekuatan yang teguh hanya meletakkan kepentingan agama sahaja di hadapan. Oleh yang demikian iman mereka berada pada posisi rapuh untuk menegakkan dan menegaskan yang benar sahaja. jika ini berlaku maka hilanglah bantuan Allah dan mereka dibiarkan oleh Allah.
Adap mesyuarat secara ringkasnya untuk memilih pemimpin atau apa jua keputusan.
-Ahli jemaah memberikan syor(cadangan) yang baik dan tidak menekan syor atau mempengaruhi orang lain agar menyokong syor yang diberikan.
-kehendak Allah dan agama di dahulukan berbanding kepentingan diri.
-jika syor diterima banyakkan istikfar khuatir syor yang diberikan mendatangkan mudharat.
-jika syor ditolak ucapkan Alhamdulillah.
-Amir tidak terikat kepada mana2 syor.
-Amir tidak tertakluk kepada mejoriti atau minoriti.
-semasa amir hendak putuskan makmum handaklah tawajuh dengan berselawat mohon Allah berikan ilham yang baik kepada amir.
-setelah amir membuat keputusan semua makmum taat dan menanggap ia keputusan bersama.
Demokrasi merupakan kaedah yang diilhamkan oleh golongan yang berfahaman bahawa untuk menentukan kepimpinan ditentukan oleh rakyat, suara ramai rakyat yang berkehendak corak tertentu itulah yang akan terpilih. Orang yang beriman kepada Allah telah ada kaedah tersendiri untuk menentukan barisan kepimpinan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. mengapa tidak di ikuti? Amat malang setelah negara mencapai kemerdekaan penjajah meningalkan fahaman demokrasi yang terus dituruti walaupun sudah lebih setengah abad namun masih belum dapat mengubah kembali ke landasan sebenar. bagaimanakah bantuan Allah boleh diperolehi jika tidak mengikut sunnah dalam perjuangan. mereka hanya mengunakan kekuatan kudrat tenaga fizikal yang ada, mengunakan akal tercari2 teknik dan tektik untuk menang. jika tektik dan teknik menjadi berkemungkinan menanglah namun ia bukan kemenangan mutlak kerana pihak yang kalah akan mencari tektik dan teknik juga untuk mengalahkannya dimasa akan datang 4 hingga 5 tahun lagi dalam pilihan raya anjaran golongan sekular. bila sudah berpolitik baik macammana sekali pun mahu tak mahu tak banyak sikit akan hentam menghentam, jatuh menjatuh, cucuk mencucuk, lobi melobi, tarik sana tarik sini, hilang fikiran waras, ini bukan yang dikehendaki oleh Allah.
Sistem beraja walaupun bukan terbaik namun ia lebih baik dari sistem demokrasi jika raja tidak zalim terhadap rakyat. sistem ini juga sukar hendak ganti dalam tempoh penggal akan datang kerana rakyat tidak berpeluang mengundi raja/pemimpin yg baru. sepatutnya jika raja benar2 beriman dan bertakwa ia meletakkan diri dalam menyuarah layak atau tidak untuk jadi raja dan sanggup turun tahta jika ada insan lain yang lebih layak dan lebih takwa kepada Allah. dalam sistem demokrasi cukup sukar untuk mendahulukan kehendak dan larangan Allah baru ura-ura hendak mengharamkan penjualan arak heboh satu negara seolah-olah dunia nak kiamat. mengambil contoh negara-negara pemerintahan beraja jika arak diharamkan daripada di jual kepada semua rakyat walaupun rakyat ada yg bukan islam mereka akur dan jika mereka menentang suara mereka tidak kemana 4 atau 5 tahun akan datang tiada peluang bagi mereka untuk menjatuhkan kerajaan. raja pun merasa senang hati tak takut tergugat kedudukannya dan berani terus teguh menguatkuasakan tanpa tarik tali macam orang yang mengamalkan sistem demokrasi. sistem demokrasi memang tidak sesuai dengan ajaran islam dengan sistem itu ramai orang islam jadi rosak.
kuasa yang dipilih melalui mesyuarah sukar ditumbangkan oleh pihak2 lain melainkan dikalangan mereka berlaku khianat berebut kuasa dan tamakkan dunia. dalam sistem demmokrasi 4 atau 5 tahun lagi rakyat mejoriti berpeluang untuk menumbangkan kerajaan yang ada sama ada kerajaan yang ada dalam kebenaran atau sebaliknya. namun hasilnya sukar diramal bahawa hanya kerajaan yang benar di sisi Allah sahaja akan berkuasa ia bergantung mejoriti kehendak rakyat ketika itu samaada dangdut, rock, dondang sayang, rap, entah apa rentak lagi.
amat penting dalam perjuangan mendapat petunjuk dan bantuan Allah. jika tiada bantuan Allah dalam perjuangan alangkah ruginya perjuangan itu.
Oktober 26, 2009 pada 3:47 pm
nawi
Marilah kita sama2 berdoa agar Jemaah ini senantiasa dirahmati ALLAH SWT dan dikuatkan fikrah & rohani pemimpin2 kita untuk membersihkan Jemaah ini dari ulat2 beracun yg mulutnya manis tapi hati seperti serigala..
Oktober 26, 2009 pada 4:31 pm
muslim
ramai yg kata ustlah dalang penulis blog ayah nik
Oktober 26, 2009 pada 11:08 pm
UST MAD PENANG
BOIKOT PRODUK TOK GURU……….JUS , AIR AS SYIFA’….BUKAN KELUARAN TOK GURU NIK AZIZ
Oktober 27, 2009 pada 1:39 pm
nuri
salam ustaz, kepit chong sebelah kanan,kepit mutu sebelah kiri, ajak depa mengucap! boleh? jgn lebih sudu daripada kuah ustazzzzzz. jgn harapkan mereka untuk kemenangan undi di dunia. renung mata anak ustaz di rumah. cuba bayangkan masa depannya bersama Islam. isytirgfarlah byk2.
Oktober 27, 2009 pada 10:34 pm
insafdiri
pemimpin skang nie lg byk yg membohong ahli, dah jadi wirid harian, Quran hanya utk umno jaa, pas takpa semuanya maksum…… renung2lah ustat mgkn dunia kita lepas tp kita akan hidup slps mati nati, dpn ayanhanda kita boleh bohong tapi dihadapan maha pencipta natii………..