Salam Kamunting,
Isu arak yang tengah panas di Selangor hendaklah difahami sebagai isu kawalan penjualan arak, bukan isu pengharaman arak. Arak adalah haram di sisi Islam. Meminum, menjual, mengangkat dan apa – apa yang bersifat menyokongnya adalah haram dan berdosa besarlah setiap muslim yang melakukannya.
Jika sebuah negara itu penduduknya Islam semuanya, maka tidak boleh ada satu pun kedai yang dibenarkan menjual arak. Undang – undang Islam mengenainya adalah ketat seketat yang dikehendaki Allah, tuhan yang menciptakan arak lalu mengharamkannya ke atas manusia.
Adapun jika sebuah negara umat Islam itu turut didiami bukan Islam yang menghalalkan arak dalam kehidupan mereka, maka hak untuk mendapatkan bekalan arak itu hendaklah diberikan. Oleh kerana wujud ketakutan ianya mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam, maka penjualan dan pengedaran arak di kalangan masyarakat bukan Islam hendaklah dikawal oleh kerajaan yang memerintah.
Oleh kerana hampir tiada negara umat Islam hari ini yang tegak tanpa minoriti bukan Islam, maka undang - undang pengawalan penjualan arak haruslah diterima pakai dan hendaklah sentiasa disemak agar ianya memberi dan menepati keadilan dan hak kepada semua rakyat.
Hikmat pengharaman arak adalah terlalu jelas. Allah menyebutnya di dalam al Quran agar ianya jelas dan menutup kekeliruan manusia terhadap pengharamannya. Tidak ada ugama yang tidak mengharamkan arak. Yang menjadikannya halal hanyalah penganut ugama masing – masing bergantung kekuatan mereka mengamalkan ugama mereka.
Di negara kita, arak adalah halal. Kerajaan menjadikannya hasil mahsul ekonomi negara. Sedikit kawalan ke atasnya oleh undang – undang negara adalah sekadar untuk mengesahkannya sebagai halal. Ia seperti undang – undang menyekat zina, riba dan rokok. Barang halal yang terkawal, bukan barang haram yang terkawal.
Justeru dalam Islam, ianya adalah isu menghalalkan yang haram. Ia satu dosa besar dan dibalas kehinaan, murka dan neraka tuhan. Ridha ke atas ketetapan ini juga adalah haram dan teramat besar dosa dan kehinaannya di sisi Allah. Justeru sebarang usaha, seruan dan sokongan ke atas pengharaman dan pengawalannya daripada melegari kehidupan umat Islam di negara kita adalah wajib dan diganjari ridha dan ganjaran Allah. Ia melepaskan kita daripada dosa yang dikembangkan oleh pemerintah Islam yang derhaka kepada Allah.
Ia bukan isu sensitiviti. Ia isu iman. Ia samada syurga atau neraka.
Undang – undang negara mengenai arak hari ini adalah menepati kehendak masyarakat bukan Islam yang langsung membuang hukum agama mereka berkenaan arak. Untuk mereka agama mereka. Tetapi ugama mereka bukan untuk kita. Malangnya, pemerintah negara kita yang mengaku muslim berlaku dan bertindak sebaliknya. Ia kemalangan yang menghinakan umat Islam di negara sendiri.
Oleh kerana PAS adalah gerakan Islam nasional yang berusaha menguasai politik dan kuasa demi pelaksanaan dasar dan polisi Islam yang lebih kukuh dalam negara, maka PAS dilihat mampu, bertanggung jawab dan mesti menggunakan kudratnya untuk memastikan penjualan arak di dalam negara menepati kehendak ugama.
Penguasaan PAS di negeri Kelantan selama hampir 20 tahun telah menyaksikan peraturan ke atas kawalan penjualan arak dilaksanakan. Orang Islam dilarang menjual arak, apatah meminumnya. Kebenaran menjual arak adalah terhad kepada sebilangan premis bukan Islam yang tertentu dengan syarat – syarat yang menjamin penyalah gunaannya yang boleh melibatkan umat Islam.
Selepas lebih 10 tahun perlaksanaan berjalan, masyarakat bukan Islam telah memohon supaya ditambah bilangan premis mereka yang dibenarkan menjual arak kerana bertambahnya kependudukan masyarakat bukan Islam terutama di bandar Kota bharu. Kerajaan telah menyemak balik dan akhirnya meluluskan penambahan koata selepas perundingan yang agak memakan masa kerana ketelitian termasuk soal – soal penyalah gunaan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Penguat kuasaan kawalan penjualan arak di Kelantan pada awalnya telah mendapat tentangan masyarakat bukan Islam yang bimbang hak dan kebebasan mereka dirampas. MCA pernah berhasrat menganjurkan pesta minum arak terbuka sebagai bantahan ke atas perlaksanaan enakmen tersebut, tetapi akhirnya dibatalkan apabila akur dengan tempelakan YAB Tuan guru yang tidak menghalang, malah menyuruh mereka berpesta minum sampai pecah perut. Ketegasan YAB Menteri Besar Kelantan yang mahukan perlaksanaannya berjalan akhirnya telah diterima baik dan berjalan lancar.
Malah, selepas perlaksanaan berjalan, YAB Tuan Guru menerima panggilan dan ucapan terima kasih dan tahniah yang banyak daripada masyarakat bukan Islam terutama golongan wanita yang mendakwa rumah tangga mereka lebih berseri tanpa arak dan judi yang menghantui suami dan keluarga.
Masyarakat Islam selamat daripada mendekati dan didekati arak dan masyarakat bukan Islam mula belajar budaya hidup sihat tanpa arak melampau dan mula memahami sensitiviti umat Islam terhadapnya. Yang lebih penting, mereka mula mengenali bahawa masyarakat Melayu yang mengharamkan arak adalah jauh lebih menyayangi mereka berbanding masyarakat Melayu ( baca UMNO ) yang menghalalkan arak.
Pengalaman saya sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menunjukkan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam telah menjadi begitu sensitif dan sering melaporkan kejadian – kejadian pelanggaran samada oleh orang Islam ( terutama remaja ) atau bukan Islam.
Pastinya arak bukan lagi punca dan ancaman besar kerosakan akhlak dan sosial di Kelantan.
Hari ini anda sedang mendengar isu arak kembali geger dan bising di negeri Selangor yang berada di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui PKR.
Anda berhak gusar dan bertindak balas. Tetapi dalam politik, adalah baik tarik tali itu terus berlangsung walau selama mana pun. Putus tali tidak menghasilkan keputusan baik yang dikehendaki.
PAS berhak mengkritik sebagai mana DAP juga. Apabila kita berada di dalam Pakatan Rakyat yang bersifat persefahaman di antara parti – parti yang mempunyai dasar yang berlainan, adalah perlu perselisihan sesama sendiri diselesaikan dengan baik.
Perlaksanaan nilai Islam oleh PAS dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan semudah di Kelantan, malah kesukarannya mudah pula dilihat. Justeru jalan terbaik ialah berusaha mengurangkan jurang selisih melalui perbincangan yang harmoni dan berterusan. Itu selagi kedua – dua pihak bersetuju begitu.
Mungkin wujud beberapa kesilapan bersifat teknikal daripada PAS. Ia boleh berlaku di mana sahaja dan bila – bila saja kerana kesilapan kecil adalah tanda kita ini manusia, bukan malaikat. MPKB – BRI pernah dicabar di mahkamah oleh pemilik premis muslim yang mencabar peraturan Islam yang dilaksanakan. MBKB-BRI kalah dan terpaksa membayar puluhan ribu ringgit. Tetapi PAS telah menang di dalam politik dan kesungguhan untuk melaksanakan kewajiban di atas pundaknya.
Daripada kesilapan yang diakuri, berapa banyak sejarah kejayaan yang sudah ditempa daripadanya.
DAP pula harus belajar untuk mengendurkan ketegangan yang tidak perlu. Akur bahawa kawalan penjualan arak adalah hak umat Islam yang terabai. UMNO menggadai dan menjual hak ini sekian lama demi kuasa yang telah menyesatkan mereka. UMNO menjual ugama semurah yang mereka mahu.
Kita akur bahawa banyak hak orang Islam dan hak bukan Islam telah dilenyapkan oleh warga BN selama pemerintahan mereka lebih 50 tahun sejak negara merdeka. Jika kita mahu bertahan lama dalam Pakatan Rakyat, tarik tali itu biarlah tidak putus. Kita sedang belajar untuk menunaikan hak.
Usaha PAS Selangor semestinya perlu disokong semua pihak. Jika ada parti politik merasakan ianya tidak menyebelahi mereka, ia bukanlah parti rakyat kerana kawalan penjualan arak adalah hak rakyat dan mengharmonikan rakyat. Arak bahayanya tiada yang menyangkalnya. Jika ada, sah dia UMNO ultra, tak kiralah dia PAS atau DAP.
Nak ke jadi UMNO?


67 comments
Comments feed for this article
Ogos 9, 2009 pada 8:15 pm
Allahuakbar
tak nak jadi UMNO!!! tobat lahom..!!
Ogos 9, 2009 pada 9:48 pm
azma
Syukran atas tulisan yang saya nantikan ini. Lega rasa.
Ogos 9, 2009 pada 11:07 pm
looes74
Kita memang respek dengan Nik Aziz. Tetapi kena ingat, komposis di Selangor berbeza dengan Kelantan. Tambah pula ada Kilang Carlsberg di Selangor.
Perbuatan Hassan Ali telah menyebabkan ketegangan di PR. Bahkan dia langsung tak menhormati rakan seperjuangannya. Kena ingat DAP & PKR bukan MCA & Gerakan. Kesemua parti di PR merupakan “equal partner”. Dengan itu, kata2 nak Ronnie resign kah. Buat Press statement sebelum adanya perbincangan langsung tak selaras dengan Islam
Kalau Saladin, seorang raja pahlawan yang berkuasa di Timur Tengah masih sangguh bermuafakat dengan King Richard yang membolehkan kaum kristian, yahudi & islam memasuki Jerusalam tanpa halangan. Apatah lagi dengan PAS? PAS bukan parti dominant di PR.
Lupakan lagi UG dengan syaitan UMNO. Bapa anda tahu rasanya. Nak adalah wacana. Wacana dengan DAP lebih baik. Tambah pula, Tindakan Hassan Ali tidak dipersetujui oleh segolongan PAS Selangor termasuk Khalid Samad. Apa kata Hassan lebih beriman daripada Khalid Samad
Ogos 11, 2009 pada 12:44 pm
anakbapak
Keputusan ini bukan keputusan peribadi Dato Dr Hassan Ali, ini keputusan yang dibuat setelah dimesyuaratkan, tahukah saudara tentang kesabaran PAS dalam mana-mana mesyuarat majlis Pakatan Rakyat bila tuntutan PAS soal kawalan penjualan arak dipandang sepi..?? mahukah PAS terus dituduh “BISU” dalam memperjuangkan Islam dengan “sedikit” ruang yang ada di Selangor. Ini bukan soal Hassan Ali atau Khalid Samad, apakah Khalid Samad kerana seorang sahaja yang tidak bersetuju maka dikira semua tidak setuju..??? Di belakang keptusan ini adalah dewan harian yang ada pula di dalamnya ketiga-tiga dewan penting parti, ‘ulamak, pemuda dan muslimat..keptusan ini diambil setelah melihat kepada beberapa perkara..ini soal usaha memelihara aqidah dan ahklak manusia muslim bukan soal penama hassaan ali atau khalid samad..atau cuba nak timbulkan ketegangan dan ke”haru-biru’an terhadap PAS Selangor…!!!
Ogos 11, 2009 pada 10:50 pm
asgaf
looes74, aku rasa kau ni minum arak ni… komen pun demi politik bukan demi agama. malulah sikit
Ogos 10, 2009 pada 2:08 am
antiSIS
Saya setuju PAS terus menggandakan usaha pemahaman terhadap bahaya dan perlunya kawalan ke atas penjualannya kepada masyarakat terutamanya bukan Islam.
Amerika pernah mengharamkan arak walaupun tidak berjaya kerana ketagihan rakyatnya yang tak terbendung. Malaysia tidak di tahap itu dan jangan biar sampai tahap itu.
Ada beberapa pemimpin masyarakat dan bijak pandai daripada bukan Islam telah menyetujui usaha membendung dan mengawal pengedaran arak dalam masyarakat. PAS boleh mengheboh – hebohkan pandangan positif ini gar ianya menjadi pandangan massa, bukan PAS atau umat Islam sahaja.
Bagus sekali cerita Kelantan di ketengahkan kerana Kelantan dihormati bukan Islam kerana TG nik Abdul Aziz.
Jika kita bijak, isu ini akan mengukuhkan PR, bukan melemahkannya. Pandai – pandailah menari dan menyanyi..
Ogos 10, 2009 pada 8:48 am
Komdo
Salaam,
Tipikal la, artikel pemimpin PAS, tanam kebencian pada orang2 UMNO.
Dalam masa seorang pemimpin DAP mencarutkan agama saudara Ridhuan Tee, pemimpin PAS boleh lagi berkata lembut dengan DAP tetapi bersikap keras penuh kebencian pada sesama Islam.
Ogos 12, 2009 pada 9:52 pm
shahnizat
setuju bang.
Ogos 10, 2009 pada 9:39 am
imammuda
ya, ana amat setuju dengan tindakan PAS di selangor. indakan Dr Hassan Ali wajar disokong bagi membuktikan Islam adalah agama suci dan tertinggi dari agama-agama lain.
Ogos 10, 2009 pada 1:50 pm
muhy
jika arak nak diharamkan penjualannya di kawasan lebih 80% muslim, tak ada beza komposisi agama antara kawasan-kawasan tersebut dengan kelantan
janganlah jadikan alasan demografi kelantan dan selangor yang berbeza untuk terus tidak mengawal gejala arak yang semakin berleluasa
Ogos 10, 2009 pada 6:43 pm
Hafiz
Assalamualaikum,
Saya melihat tindaktanduk sebahagian anggota PR amat tidak menyenangkan hati saya selaku seorang Muslim. Kebanyakan penyumbang undi PAS dalam PRU12 yang lalu (yang saya tanya) menyuarakan keresahan mereka dan mula mencongak untuk berubah undi. Saya harap pendekatan berdiam diri pihak tertinggi PAS dalam permasalahan kepentingan Muslim khasnya dan Melayu amnya diubah. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu menyatakan dalam sidang DUN, dapat lah ia disiarkan dalam Harakah supaya Muslim melihat PAS sebagai bukan penyokong DAP. Saya melihat PAS umpama tidak mampu bersuara dan menyatakan pendapat mereka tentang banyak perkara yang kebanyakannya lebih menyebelahi DAP dari PAs. Dan PAS tidak pula menyuarakan atau menjadi hero Muslim seperti yang kami harap-harapkan. Kami amat dahaga untuk melihat kepentingan Muslim diperjuangkan PAS walau terpaksa bertentang dengan komponen PR sendiri. Malangnya kami belum melihat PAS sebagai hero kami. Kami mahu Islam, kami dahagakan syiar2 Islam dan kami mahu Ia diperjuangkan secara terang-terangan, bukan soksek2. Rakyat mahu mendengar. Bersuaralah….sekian.
Ogos 10, 2009 pada 7:11 pm
Hafiz
Assalamualaikum,
Tuan Guru,
Di bawah adalah petikan yang saya petik dari http://zul4kulim.blogspot.com/ (Saudara ZULKIFLI BIN NOORDIN) dari kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com (telah pun dipadamkan) yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Saya selaku Muslim tidak redha dan tidak boleh terima. Kepada Allah saya berserah diri. Saya amat berharap tuan dapat berbuat sesuatu, atau sekurang-kurangnya bersuara bagi pihak Muslim yang kehilangan hero ini.
“Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan”
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
“What sort of fucking Dr. r u”
(Dr pu… apa awak ni);
“Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)”
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu… awak itu);
“R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims”
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
“They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born”.
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
“U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive”.
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
“As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history”.
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, “saya tidak tahu siapa pu… datuk saya. Beliau adalah pu… yang telah memalukan keluarga”. Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
“If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters”.
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada……?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
….terus terang saya tidak mampu menbaca kesemuanya….darah saya mendidih dan bertempik akhirnya hanya merintih, “MANA HERO KAMI!!!!!!!!…..MANA PEMIMPIN KAMI!!!!…TOLONG LAH BERSUARA ….”
Allah…..Allah…..Allah….Maha Suci Allah…ampunkan dosa kami….
Ogos 10, 2009 pada 8:08 pm
Umar al-Faruqy
Moga perbincangan, diskusi dan rundingan antara PKR, DAP dan Pas mengenai isu arak ini dapat diselesaikan dengan baik.. benar kata ustaz, tarik tali..tapi jangan sampai putus…MOGA ISLAM BERDAULAT, RAKYAT SEJAHTERA..
Ogos 10, 2009 pada 9:21 pm
mat rempit
assalamualaikum ustaz, apalah yang ustaz mengarut ini sebenarnya. Asyik nak salahkan UMNO aja kerja ustaz dan manusia seperti ustaz. Sebagai umat Islam, saya sedih dengan pemikiran macam ini. Mengapa nak salahkan UMNO, kata UMNO gadai agama dan sebagainya. Mana ustaz dalam isu Selangor. Di mana suara jihad puak dan pemimpin Pas. Mana penempik “Allahuakbar” yang kononnya nak berjuang Islam. Kalau setakat jadi hamba DAP dan ikut apa yang DAP hina Islam, siapa yang jual maruah agama ini ustaz. Plssss ustaz, jujurlah dalam berkata-kata. Harap ustaz matang sikit. Jangan bila kena batang hidung, maka kata itu kesilapan yang Allah berikan kepada manusia. Bila nampak Umno lemah, kata UMNO jual maruah Islam. Apa ni ustaz. Inilah bahaya bila ada ustas politik…. cukuplah tu.
Ogos 11, 2009 pada 12:18 am
hilmyrajit
saya sbg penyokong setia PAS merayu agar diadakan sidang tegempar PR kerana isu DAP sudah keterlaluan… jangan plak sudah terang lagi bersuluh… jangan pula kerana DAP itu member PR PAS tidak berani bersuara… ideologi DAP terus terang saya katakan adalah salah sama sekali kerana mereka langsung tidak menghormati agama Islam dan kaum melayu… mereka sebenarnya lebih bertuah berbanding kaum mereka di negara lain di dunia,, cuba lihat adakah kaum india/cina dll menduduki kerusi parlimen di Australia, Canada,rusia, UK,USA .. walaupun pun sudah lama mereka bermastautin di sana kerusi parlimen pun tak dapat duduk… malah di malaysia sekolah jenis kebangsaan pun disediakan… Allah sudah memerintahkan agar ditunaikan hak-hak kaum dan individu begitu juga dengan melayu dan peribumi dan kita sebagai orang Islam wajib membela nasib kaum pribumi samada muslim atau tidak kerana tugas membela keadilan diamanahkan Allah untuk kita sebagai Umat yang terbaik(tapi kita hancurkannya)
Mereka sudah mendapat lebih dari sepatutnya tetapi dengan kurang ajarnya tidak ada sekelumit pun rasa terima kasih dari mulut mereka kepada bangsa pribumi yang telah memberikan mereka kuasa politik.
PAS, tunjuklah bukti anda mampu mengawal DAP atau tinggalkan saja PR dan bergabung bersama BN.. adalah lebih baik bergabung dengan materialis Islam demi kekuatan umat daripada bergabung dengan musuh dalam selimat..
Sudah diberi betis nak peha……
ps: jika ideologi DAP diguna pakai kita akan menjadi red indian di malaysia dan kemungkinan besar pemakaian tudung akan diharamkan di bangunan pendidikan seperti di Singapore…..
Tolonglah umat Melayu wahai PAS kami sudah lama menderita dihina dan dicabul tanah kami…sudah banyak bangsa kami dibuli oleh mereka terutamanya tauke-tauke besar…
Tidak akan tegak Islam di Malaysia jika melayu yang majoritinya Islam cuma diperlekehkan dan tidak dihormati… tunjukkan ketegasan anda
kami merayu pada anda
Ogos 11, 2009 pada 12:41 am
hilmyrajit
jika PAS bertegas dan sanggup meninggalkan PR jika DAP masih berdegil ngan ideologinya(ala-ala singapore) maka PAS adalah pejuang sejati… jika tak nak gabung ngan UMNO pun biarla berjuang sendirian…
Tapi jika PAS guna pakai idea DAP dan terlalu berlembut maka PAS adalah Parti yang lebih bacul dari UMNO
Larangan arak hanya untuk Muslim beserta premisnya sekali dan biar kita amalkan peraturan Allah swt tanpa adanya busy body… kalo diorang nak minum puas-puas dan kalo mereka senang hati keluarga mereka alcoholic biarkan itu hak mereka….jadi apa lagi masalah, mereka nak gado ka???
Inila masa rakyat malaysia menilai keberanian atau kedayusan Parti PAS
Ogos 28, 2009 pada 3:59 am
Truth
Biar DAP tinggalkan PR. Bukan PAS tinggalkan PR.
Ogos 11, 2009 pada 1:55 am
pembaca
Salam ustaz,
nasib baik ada pencerahan dari ustaz dalam hal ini.
inshaAllah sedikit masa nanti, yg benar akan terserlah dan yg duk mengata akan ternganga. Selagi Pas berjuang mengikut prinsip yng jelas spt dlm Quran dan hadith, selagi itu akan bergerak atas landasan yg benar.
org bukan Islam pun juga makhluk Allah taala. Mereka hidup dan hirup udara dari bumi yang Allah ciptakan. Undang2 Allah paling sesuai utk mereka tetapi mereka tak ingin akur pd pencipta mereka yg sebenarnya.
jgn sebagai orang Islam pula, kita pula yg sangsi terhadap apa yg jelas haram dan halal di sisi Allah taala.
Ogos 12, 2009 pada 12:00 am
hilmyrajit
salam pembaca,
jika kita sayangkan PAS janganlah terlalu memuji………. sebagai penyokong yang baik kita perlu betulkan kelemahan pimpinan PAS dan begitu juga dengan diri kita hanya orang lain boleh membaca kekurangan kita. Jika anda syang PAS tekan pemimpin jemaah kita untuk bergerak dan kurangkan gado-gado dan jangan terlalu menjaga perasaan DAP yang membenci kita…. biarla parti ini kalah dengan berprinsip ,jangan pula kita berkuasa melalui PR prinsip kita gadaikan……..
(Sebenarnya DAP sangat perlukan PAS… cuba ancam/gertak sikit nak keluar dari PR..kelam kabut diorang tu…….)
Ogos 14, 2009 pada 10:43 am
Hafiz
Saya setuju dgn tuan…biar kalah PRU, tak mengapa, jgn kalah sambil menggadai Islam. Saya pangkah PAS bukan untuk dia dengar cakap org2 DAP. SAYA nak PAS menangkan Islam dalam segenap aspek tidak seperti UMNO yg asyik mengalah dgn desakan komponen2 BN. Apa agaknya dalam hati pemimpin terringgi PAS nih..kalau macam ni la caranya…susah untuk saya meletakkan undi pd PAS. Untuk UMNO sekurang2nya dia jaga kepentingan Melayu, sambil2 tu terjaga juga lah Islam. PAS ni sekarang, dahlah tak jaga kepentingan Melayu (kat situ dah kalah satu isu) taknak pula bela Islam yg dicerca hina. …sekian.
Ogos 11, 2009 pada 9:28 am
shafifah
Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
Tarikh : 11 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.
http://pondokhabib.wordpress. com
Ogos 11, 2009 pada 11:59 am
mamatumnokarat
assalammualikum!
kalau dah UMNO karat tu tak payah nak kata apa
Ogos 11, 2009 pada 12:46 pm
nawi
Assalamualaikum whb Abe Nik…
Tahniah kerana jalan2 tertentu dalam bandar kota bharu dah diorientasikan menjadi jalan sehala.. Tapi sebagaimana biasa, kena buat adjustment la sikit.. Ambo menawarkan diri membantu, hubungilah jika khidmat ambo diperlukan, atau patutkah saya terus saja menemui Mr. Ahmad Nasim b Ahmad Maher..? hubungilah.. pandangan dari yg berada diakar umbi amat penting..
ISU KAWALAN JUALAN & PENGGUNAAN ARAK
Ambo pernah mengutus email kepada YB HUSAM berkenaan perkara diatas sejurus selepas 8 MAC 2008.
Sekali lagi ambo menyatakan secara ringkas.. Laksanakanlah konsep KAWALAN JUALAN & PENGGUNAAN ARAK dinegeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Anjurkan majlis makan2 yang disulami dengan sessi penerangan tentang konsep tersebut. Kelantan telah berjaya dan patut dilaksanakan juga dinegeri lain. Kita mahu umat manusia yg berada dibawah pemerintahan kita terdiri dari manusia yang sihat, keluarga yg sihat dan masyarakat yg sihat.
Ambo pasti, tiada yg akan menentang kerana KESEJAHTERAAN RAKYAT itu penting dan KEBAJIKAN RAKYAT itu bukan hanya soal memberi, ia juga melibatkan kawalan… ya kawalan.. sebagaimana anak2 kita.. ada kalanya kita melepaskan mereka berlari mengejar pelangi, berlari dalam hujan, tetapi bila musim banjir-kita mengawal mereka dengan penerangan dimana yg boleh bermain, dimana tidak boleh bermain..
Ambo amat pasti, tiada pimpinan yg mahu meletakkan rakyatnya berada dalam keadaan yg merosakkan diri sendiri.. mungkin ada yg marah dengan KAWALAN TERSEBUT.. tapi percayalah.. benda baik akan timbul juga sirnanya selepas hilang mendung dilangit..
PENERANGAN DIPERINGKAT PIMPINAN & SETERUSNYA DIPERINGKAT AKAR UMBI AMAT PENTING..
Islam itu indah, jgnlah dihuduhkan Islam itu disebabkan tingkah laku kita yg penuh totok dan cacat cela… Hikmah..
terima kasih.. teruskan perjuangan..
Ogos 11, 2009 pada 2:20 pm
keyman
Kat Kelantan semakin ramai remaja yag minum arak terutamanya kat kampung2. Begitu juga dengan judi, kat kampung2 ada agen2 ni jual nombor. Nak harap tok ngulu ambik tindakan jangan harap…. Harap Kerajaan negeri gerakkan sikit para tok2 ngulu. Sesetengah tok ngulu PAS hanya tau tambah bini aje..
Ogos 11, 2009 pada 11:49 pm
hilmyrajit
Keyman, anak-anak kita takda jati diri dan sudah tidak bangga menjadi islam lagi disebabkan ulama kita sibuk gado……… ceramah yang disampaikan kadang-kadang tidak menarik minat org ramai dan kadangkala diselang-selikan ngan cerita dongeng keramat wali-wali yg diambil daripada kitab selain Al-Quran dan Al-Hadith.
Maka anggapan muslim jahil mengenai agama ilmu sains dan pengetahuan ini adalah ajaran Islam samalah seperti dongeng santa claus……….
Sebenarnya ajaran kita adalah lebih moden daripada daripada agama-agama lain…
Sudah sampai masanya ceramah mengenai mukjizat saintifik Al-Quran disampaikan bagi membuatkan anak-anak bangga menjadi Islam…
Saya dulu adalah seorang pengikut punk yang fanatik dan menganggap semua agama sudah dicampur dengan kekarutan tetapi setelah membaca buku karangan Maurice Bucaile bertajuk Al-Quran,Bible dan Sains dan karangan Harun Yahya bertajuk Keajaiban Al-Quran dan dpt juga menerima kewujudan Allah secara saintifik beserta kejadian malaikat dan Jin barulah saya bangga menjadi Islam………
Islam adalah saintifik (ilmu)…tetapi ramai para ustaz dan ulama yang mencampurkan khayalan daripada kitab lama.
Islam adalah lebih moden daripada mana-mana ideologi di seluruh dunia …
(rujuk juga cerita nabi Ibrahim a.s dalam mencari Tuhan sebenar di dalam Al-Quran sekiranya anak-anak muda bertanya soalan yang sama mungkin dah ditampar ustaz-bukan penjelasan yang menuju cahaya malah penampar yang dapat huhuhu sedihhhh………..nak salahkan siapa???)
Kurangkan politik…….. tambah gerakan dakwah insya Allah sekiranya semua kaum memeluk Islam di Malaysia nescaya PAS akan berkuasa dengan mudah nescaya rahmat Allah akan turun
Jangan terlalu memaki hamun kerana itu hanya menimbulkan kejelekan..
Jangan hanya tahu berpolitik tapi kerja dakwah dilupakan……berapa ramai orang memeluk Islam hasil dakwah PAS dalam setahun?
Saya mengkritik bukanlah beerti saya menentang PAS tapi hanya bertujuan agar PAS lebih profesional dalam menegakkan Islam
Dan tujuan saya yang utama PAS mampu berkuasa menggantikan UMNO tanpa idea-idea jumud……..
Islam agama kita dan PAS sebagai pemimpin…….. sekiranya bukan orang awam yang lebih tahu selok belok kehidupan masyarakat siapa lagi mampu menegur anda???
Semoga PAS akan berkuasa AAAAAAAAAAmmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnn!!!!!
Ogos 12, 2009 pada 10:58 am
nawi
abe keyman.. ” semakin ramai remaja” yang macam mana yang saudara maksudkan?
lihatlah realiti, bila mengundi pilihanraya, kita akan lihat.. JEMAAH PAS yg bertungkus lumus selama ini mendaulatkan Islam dan kesejahteraan umat manusia hanya mendapat undi tidak lebih 70% dinegeri kelantan.. ( hanya anggaran ) jadi.. semestinya akan ada kedapatan sesetangah manusia yg masih bongkak ingin menidakkan bahawa 1hari nanti dia akan dihisabkan..
in short.. mungkin kerajaan negeri perlu mula mendapatkan lebih ramai sokongan input dari ahli profesional & teknikal, agar setiap ceramah atau penerangan kepada rakyat akan lebih segar dan menghibur serta berinformasi.. ya.. berkaitan H1N1.. contohnya, patutnya KERAJAAN NEGERI kena bawak doktor2 yg pakar dan membuat sessi penerangan disepelusok negeri dalam masa SECEPAT MUNGKIN.. sessi penerangan secara DIGITAL PRESENTATION… guna kan istilah2 mudah difahami..
ini juga berbalik kepada soal2 lain.. banyak sebenarnya yang boleh dibuat.. cuma antara mahu atau tidak mahu..
Ogos 12, 2009 pada 11:40 am
apai mogong
Assalamualaikum
Tahniah kepada Sdr yang telah memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai isu arak. Semua penjelasan menunjukkan yang benar adalah PAS yang salah adalah UMNO. PAS seolah maksum manakal UMNO pembuat dosa. Kebenaran menjual arak di Kelantan kerana memenuhi keperluan bukan Islam adalah mengikut Islam. Apabila UMNO membenaarkan penjualan arak kepada bukan Islam dikecam kerana bertentangan dengan Islam dan dituduh menghalalkan arak. Memang begitulah sifat orang Islam masa kini mengagungkan bukan Islam tetapi memijak2 orang Islam. Sanggup bertengang leher dan mengkafirkan orang Melayu Islam tetapi bersekongkol dengan kefir yang terang2 menentang Islam.
Orang Islam sendiri yang membawa kemusnahan kepada umat Islam. Contohnya di Iraq, Saddam Huusein dianggap zalim Bush dipuja2. Tetapi apa kesudahannya adakah Iraq lebih aman selepas Saddam dibunuh.
Begitu juga dengan parti anutan tuan, bersekongkol dengan DAP, PKR dan Hindraf adakah Syiar Islam terus berkembang. Tiada apa pun malah mengurangi seperti membenarkan penjualan arak. Di mana kehebatan PAS, di mana pejuang-pejuang Islam PAS dan di mana ulama-ulama PAS. Hanya duduk berteleku menunduk muka menggigil ketakutan. Mereka hanya berahi menghina, mencaci, mencarut, mengkafir dan membodohkan umat Melayu UMNO yang beragama Islam.
PAS melalak apabila negara kecoh dengan kematian Teh Beng Hock tetapi membacul apabila Dr. Ridhuan Tee dikutuk, dihina, dicarut dan macam2 lagi. Apa pembelaan PAS apabila Islam dan orang Islam dihina sikafir. TIADA …. hanya kebaculan saja yang ada.
Kepada penyokong fanatik PAS …. guna akal fikiran untuk menilai dan membicarakan sebarang isu bukan ketaksuban yang melampau.
DULU TAKBIR …. KINI TAKE BEER’
Ogos 12, 2009 pada 2:45 pm
shafifah
Pengaiian Ilmu oleh Tok2 Guru(15-16 Ogos 2009)
Pengajian Bulanan Bersama Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam di Bandar Baru Salak Tinggi
Pengajian Bulanan Bersama al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi (Khatam kitab Kiamat Hampir Tiba)
Tarikh: 25 Sya’ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi – 12 tengahari
Tempat: 15, Jalan Vista 2/1, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi
Kitab: Kiamat Hampir Tiba
Maklumat lanjut sila hubungi Pak Su Ridwan 019-6689885.
Ceramah: Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fathoni (Pondok Seligi, Kelantan)
Muslimin dan muslimat dijemput untuk mengikuti ceramah oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Haji Daud al-Fathoni (Baba Mid, Pengasas Pondok Seligi, Pasir Puteh, Kelantan)bertajuk AQIDAH DAN PERJUANGAN.
Tarikh: 25 Sya’ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana 4
Pengumuman: Perubahan Tempat Pengajian Syaikh Nuruddin Dari Masjid Wilayah ke Masjid Negara
24 Sya’ban 1430/15 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Negara, Kuala Lumpur
http://pondokhabib.wordpress. com
Ogos 12, 2009 pada 2:49 pm
Isu Pengawalan Jualan Arak (kepada Orang Islam) di Selangor « Wanita Kelantan Setelah Tahun 1990
[...] link [...]
Ogos 12, 2009 pada 3:08 pm
ibnu Putra
salam perjuangan ,semoga Allah membantu pejuang2 nye yg menegakkan hak
Ogos 12, 2009 pada 5:36 pm
Mencari Kebenaran
Assalamualaikum,
Ada komentar yang pro dan ada komentar yang kontra…semuanya ada hujah-hujah yang tersendiri…
Apa kata PAS keluar dari pakatan rakyat dan bergerak atas sebuah parti Islam secara bersendirian..saya percaya Kelantan tidak mudah jatuh ke tangan BN..begitu juga Kedah…cuma untuk menguasai kerajaan pusat mungkin agak sukar jika PAS bergerak bersendirian…
Walaupun begitu..saya rasa tindakan ini lebih afdhal dpd berada dlm Pakatan atau masuk ke dalam BN…isu berkaitan Islam, PAS yang akan memperjuangkannya….bercakap hanya perkara yang HAQ seperti mana ajaran Al-Quran dan Hadis..siapa yg ikut selamat dan siapa yang tolak..nasibya hanya Allah swt berhak menentukan…
Wallah’ualam..
Ogos 12, 2009 pada 11:49 pm
Umar al-Faruqy
Alhamdulillah…
sekarang 90 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan berhimpun dan berbengkel menyelesaikan masalah yang timbul.. diharapkan Islam kembali diterima oleh semua Pakatan Rakyat…
Kepada golongan munafik, jangan nak laga-lagakan pakatan rakyat!!!
golongan munafik memang berada di “patak nerako”…
Ogos 12, 2009 pada 11:52 pm
Umar al-Faruqy
Kepada semua yang ikhlas nak perjuangkan Islam..
belajarlah ilmu agama, matangkan ilmu anda dari segenap segi ilmu.
terutamanya ilmu akidah dan perjuangan..
g la blajar dengan baba mid pondok sligi nuh…
dia tok guru ambo..!!!
Ogos 13, 2009 pada 11:14 pm
hilmyrajit
Umar faruqy,
janganla sombong, ilmu bole didapati drp mana-mana sumber dan setiap guru ada kelebihan masing-masing……..ingatlah kata syaitan (iblis) yang mengaku bahawa dia lebih baik drpd adam a.s- adakah ko mo contohi sifat ni secara tak sedar…………. dalam PR hanya PAS yang berimejkan Islam…saya penyokong PAS tapi tidak ada salahnya kita tegur menegur seperti sunnah para sahabat r.a…………….dan sahabt-sahabat mulia tersebut paling tidak suka dengan pujian(bukan macam budaya kita sekarang…….)
Semulia-mulia orang yang berilmu adalh belajar melalui teguran orang walaupun daripada budak tadika………
PAS menjadi negatif kerana adanya orang yang berperangai sombong sama seperti ulama-ulama kerajaan yang sering memakai hadis ulama adalah pewaris para nabi…
Sedangkan Umar r.a sahabat rapat nabi yang lebih tinggi darjatnya daripada semua ulama sekarang.diulangi lebih tinggi tarafnya menerima teguran wanita orang awam berkenaan kesalahan fatwa beliau , menerima teguran awam dan tidak pernah sesekali mulut sahabat mengatakan dia lebih pandai lebih beragama sebenarnya.
Ilmu bukanlah untuk dihafal tetapi kefahaman itulah penting……….
Para sahabat bukanlah sekadar menghafal Al-Quran tetapi juga memahami…
Dan menghafal serta memahami adalah 2 perkara berbeza
Umar,
jika anda sayangkan PAS bukalah mata baiki kelemahan dan pastikan PAS tidak tundukl kepada DAP……..
Jika anda nak melihat PAS hancur pujilah sampai hari kiamat seperti amaln pemimpin BN GILA PUJI
September 3, 2009 pada 9:03 pm
tres
tak pernahnya pas tunduk kepada dap…dan pas pun taknak dap tunduk kepada pas…yg penting sesama hormat prinsip memasing…
Ogos 13, 2009 pada 12:14 am
Dino Yap
Saya bukan ahli UMNO atau ahli PAS. Saya bercakap atas keupayaan saya sendiri sebagai org Islam. Isu arak yang di bangkitkan oleh pihak2 yang bertelagah nampak seumpama tidak reda.
Allah mengharamkan arak kerana arak mendatangkan mudarat kepada semua manusia, tidak kira Islam atau bukan Islam.
Hujah PR membolehkan penjualan arak kononnya menghormati ‘budaya’ masyarakat cina yang meminum arak adalah tidak langsung bertepatan dengan kehendak Al Quran ataupun logic akal. Sebagai pemerintah Islam, seharusnya kita kena mengakui arak membawa padah kepada semua yang meminumnya dan patut langsung2 diharamkan penjualan, pembuatan, pengedaran dan peminuman tidak kira di kawasan cina atau india atau melayu.
Ogos 15, 2009 pada 12:09 am
hilmyrajit
Sedangkan Nabi saw pun menghormati cara hidup agama lain ko plak nak lebih-lebih saadon…..
Semakin kita memaksa dan berkeras maka semakin benci org kpd kita……
Kaum kafir di Malysia adalah jahil disebabkan kaum kita (melayu) yang bersifat perkauman dan menganggap Islam tu milik melayu saja malah statistik org memeluk islam bukan melalui jalan perkahwinan terlalu rendah…
Orang jahil bermakna dakwah/seruan belum disampaikan kepada mereka sedangkan org kafir bermakna dakwah dan seruan sudah sampai kepada mereka dan mereka menolak walaupun hati mereka membenarkannya
TANYA DIRI SENDIRI………..SUDAHKAH KITA MENJALANKAN PERANAN KITA??
Bagi saya strategi yang paling ampuh adalah:
1)Gerakan dakwah islamiah diaktifkan dan diluaskan kepada kaum lain
2)Pengharaman kelab-kelab malam/karaoke di Malaysia (kaum apa yang mengamalkan budaya kelab malam???DAP jangan banyak alasan)
3)Sesiapa yang menjual arak kepada orang Islam disebat 80 kali (dan penjual mesti menandatangani perjanjian bagi kelulusan menjual)
4)Sekiranya orang Islam menjadi Majoriti dengan kemasukan beramai-ramai kaum lain… maka pengharaman secara total adalah perlu…. dan bagi pihak yang menentang pengharaman arak pihak kerajaan bersetuju memindahkan mereka dengan harta mereka sekali ke Las Vegas umpamanya supaya mereka tidak tertekan akibat pengharaman arak…
Ogos 15, 2009 pada 12:11 am
hilmyrajit
Bukan saadon….Dino Yap
Ogos 13, 2009 pada 5:39 pm
Saadon
Salam,
Xnk cite byk la..sedey tgk Islam gaduh xabis2.kaum lain lu owg xpnh marah plak,ngn kaum sendri kutuk kaw2.
Ustaz!bkn xnk respek tp sbg Islam & manusia ade akal,spatutnya yg baik didahulukan!
Jgn krn nfsu amarah,suatu itu trus dpndg sinis kecuali ada agenda tsendri!
Sy Ketua Pemuda UMNO Cawangan tp xpnh menjatuhkan mne2 parti Islam!.
Fisabilillah.
Ogos 13, 2009 pada 9:26 pm
PerakMan
Hari ini bapa ante sudah kasi satu fatwa baru. “mana org bukan islam yg tak faham tentang islam oleh hina islam” … semoga Allah membuka pintu hati ayah sdra utk kembali kepada ajaran sebenar. Mengucap panjang dgn kata2 ayah sdra. Harap esok beliau akan keluarkan kenyataan itu semua mainan media atau kerja umno. Jln melepas diri terbaik.
Takbirr
Ogos 14, 2009 pada 11:46 am
Hafiz
Assalamualaikum Tn.
Saya bersama Dr Hassan Ali dalam isu Arak. DAP tidak sepatutnya bertindak terburu2 dalam hal berkaitan Islam. Jika mereka punya ideologi tersendiri, begitu juga PAS yg menjadi pilihan saya dalam PRU12. Kenapa kita tak boleh suarakan ideologi kita?. Tapi jika PAS mula lembik, saya tidak teragak2 akan lari sejauh2nya dari PAS kerana buat apa sokong yang membawa rebah bukan?. Sekurang2nya saya tidak kehilangan kepentingan Melayu, jika Islam tidak lagi diambil kira. Saya harap Tn Nik. faham dan terus bersuara menegakkan kepentingan Islam bukan hanya dalam urusan agama, tapi juga urusan kehidupan, perniagaan, pekerjaan dan kekeluargaan orang2 Islam. Itulah perjuangan yg pengundi2 mahu PAS tegakkan. Kami mahu PAS harus memenangkan kami orang2 Islam ini. sampai bila kita nak toleransi. Zaman dulu hingga ke zaman Dr.M dah toleransi, kini lagi lembik tengkuk kata org Kelantan. Tak berdaya nak bantah. Sampai anak2 kita tak tau lagi mana satu Identiti Melayu. Ye lah, dulu kita orang Melayu bawa identiti Muslim, kini tidak lagi. Kena hina sampai dah takde perasaan nak melawan. Kalah sebelum perang. Hanya Dr Hassan Ali dan sdr Zul pengubat jiwa. Biar kalah berperinsip. Saya nak beri ingatan, perasaan rakyat amat mudah tersentuh. walau hanya satu isu kecil boleh mengubah keputusan PRU. Jadi terus berusaha menjaga Islam seperti dalam manifesto ……saya masih berharap percaya pada PAS. Ya Allah, aku berserah diri segala-galanya hanya padaMU…padaMU lah pengharapan diletakkan…
sekian.
Ogos 14, 2009 pada 3:27 pm
Rock
yeah.. kebencian adalah hakikat..
Ogos 14, 2009 pada 8:51 pm
Umar al-Faruqy
Hehahahaha….
lawak pulak rasa bercakap dengan orang yang kurang ilmu ni.. kan ustaz kan… susah betul. apa pun ustaz, biarlah dulu… mungkin dia ni tak dapat sumber rujukan yang tepat kot.. tak pun mereka ni belajar tak abis kot… tak pun mereka ni tak belajar sampai bab perjanjian hudaibiyah kot….
dalam perjanjian hudaibiyah… syarat jelas memihak kepada golongan arab quraisy, walaupun begitu..nabi tetap menerima perjanjian tersebut. APAKAH REAKSI PARA SAHABAT… ada para sahabat yang menentang, ada para sahabat yang tidak bersetuju…. tapi, bila Nabi itu pemimpin mereka, mereka yakin akan adanya hikmah disebalik keputusan tersebut… akhirnya kota mekah dapat ditawan kembali oleh tentera Islam.. Allah mengilhamkan sesuatu kepada pemimpin… PEMIMPIN YANG MACAMANA????? PEMIMPIN YANG BERTAQWA… seperti Kalau zaman nabi seperti nabi, bukan seperti abu jahal….!!!! kalau sekarang di Malaysia, seperti Tok guru NAANM, TGHAHA… Bukan seperti NAJIB RAZAK… NAJIB tak bertaqwa…
Ogos 14, 2009 pada 9:00 pm
Umar al-Faruqy
begitu juga dengan isu ARAK… PR dan DAP besetuju berjanji tidak akan mengeluarkan lagi lesen arak selepas ini. itu dah cukup baik buat permulaan.. cara mendidik. adalah hikmahnya….
Saya nak persoalkan..!!! Kenapa semasa UMNO memerintah lesen arak sentiasa bertambah ??? SAYA CABAR KERAJAAN BN MALAYSIA SUPAYA MENGARAHKAN KILANG ARAK DITUTUP SELURUH NEGARA!!!!! Sebab kerajaan Pusat Berkuasa BESAR DALAM MALAYSIA…
Ogos 14, 2009 pada 9:04 pm
Umar al-Faruqy
wahai orang2 yang beriman…. taatlah kamu kepada Allah, Rasul, dan pemimpin dikalangan kamu.. JIKA BERLAKU PERSELISIHAN, KEMBALILAH KAMU KEPADA ALLAH DAN RASUL… (kembalilah kepada Al-Quran dan al-sunnah..)
harap2 orang2 munafik yang berniat buruk yang meninjau blog ni faham….
Ogos 14, 2009 pada 9:06 pm
Umar al-Faruqy
Satu lagi… tolong beradab dengan Ustaz…. kalau tak, kamu semua menyesal di akhirat nanti….
Ogos 16, 2009 pada 10:44 pm
hilmyrajit
Umar Faruqy…
Rasanya perjanjian hudaibiyah tu perjanjian gencatan senjata antara muslimin dan musyrikin…. saya rasa untuk PR Piagam Madinah adalah lebih sesuai lagi…..
Jika perkembangan pemimpin PR begitu syukurla…… alhamdulillah itu kemenangan untuk kita
Tapi sedih sekali ada juga orang berfikiran jumud mcm saudara….. kita tak bole taksub ngan ustaz… taksub adalah haram kecuali untuk Allah dan Rasul dan kita perlu beradab dengan semua orang bukan semestinya untuk org pangkat ustaz saja…
Tegur menegur itulah adab… tapi puji melangit adalah sepertimana orang nasrani mendewakan paderi mereka…
Janganla pula tiru style ulama kerajaan… contohilah sahabat 4…. So kalo kita nak cadangkan sesuatu dan pendapat kita salah atau betul dan akibatnya semua pangkat ustaz sakit ati masuk neraka la????
Sahabat empat pun terima teguran bacalah mana-mana buku sejarah Nabi saw dan sejarah sahabat 4…. hormat menghormati amalan Islam, tegur menegur budaya Islam dewa-mendewakan budaya kafir…
Sombong dan merasa diri sendiri lebih pandai dan Mulia budaya Iblis laknatullah…
Mcm mana pun saya masih yakin majoriti orang PAS tak sombong cuma mereka yang biasa dengan budaya melayu ala UMNO menjadi begini secara tak sedar….
dan pembetulan untuk Umar Faruqy, jawablah dengan jawapan yang berkaitan dengan topik, jawapan seperti KAMU TAKDA ILMU,KAMI LEBIH PANDAI, DAN TOLONG HORMATI BLA BLA BLA
adalah jawapan yang tidak memuaskan hati dan tidak berilmu cubalah jawab seperti….
SAYA TIDAK SETUJU NGAN JAWAPAN ANDA SEBAB BLA BLA BLA BUKTINYA BLA BLA BLA… kalo org tu salah dia akan sedar dan berfikir… tapi cara ko tu menunjukkan ko suka bergaduh..HAL INI AKAN MENGGELAPKAN DAKWAH…menghalau jauh org dari kita
saya rasa posisi ustaz tak sesuai untuk ko… jadi tentera atau ahli gusti mungkin ngam.
Maafkan hamba yang jahil ni sebab saya bersemangat untuk membantu PAS dengan memberikan idea-idea mengikut kemampuan saya… kalo salah pun janganla menegur sambil menyombongkan diri dan mengeluarkan idea taksub… hal ini akan meghancurkan kita sendiri.
JANGAN SEPERTI PEMIMPIN BN ,CIUM TANGAN YB……
Ogos 15, 2009 pada 10:21 pm
abu razeen 2
zul4kulim.blogspot.com/ (Saudara ZULKIFLI BIN NOORDIN) dari kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com (telah pun dipadamkan) yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Saya selaku Muslim tidak redha dan tidak boleh terima. Kepada Allah saya berserah diri. Saya amat berharap tuan dapat berbuat sesuatu, atau sekurang-kurangnya bersuara bagi pihak Muslim yang kehilangan hero ini.
“Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan”
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
“What sort of fucking Dr. r u”
(Dr pu… apa awak ni);
“Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)”
laknat Allaah keatas makhluk yg celupar hina Islam.
laknat Allaah keatas makhluk dan sistem dan siapa sj yg berdiam diri tak ambil peduli Islam di keji.
Ogos 15, 2009 pada 10:45 pm
abu razeen 2
Laporan Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]
YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) telah mengemukakan satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menafikan segala tuduhan dan penipuan yang tidak berasas yang telah tersebar di beberapa laman blog dan SMS yang menyatakan bahawa beliau telah menghina Islam dan DYMM Sultan Perak.
Beliau ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa DAPSY mahupun beliau sendiri pernah membuat kenyataan yang menghina Islam ataupun institusi DiRaja. Perkara tersebut merupakan satu penipuan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjejaskan imej DAP dengan menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. YB Loke yang ditemani oleh ADUN Teratai Jenice Lee, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang penyokong telah hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar jam 2 petang tadi bagi membuat laporan.
Berikut merupakan laporan polis beliau:
-Pejabat YB Khalid Samad-
LAMPIRAN LAPORAN POLIS
Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.
Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.
Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.
Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.
Sekian laporan saya.
tk kpd yb yg jelaskan perkara sebenar yg berlaku.
semoga Allaah balas musuh2 yg melaga2kan PR yg kini berusaha
jatuhkan umno dan bn yg korup.
Ogos 16, 2009 pada 11:09 pm
hilmyrajit
Dan saya adalah penyokong PAS cuma di Sabah PAS tak aktif… harap-harap ada langkah untuk mengaktifkan PAS di Sabah…
Orang Sabah masih baru dalam hal PAS jangan disebabkan kesombongan dan ketaksuban kamu menjauhkan diri kami dari anda dan salah sangka trhdp PAS.
Dan jangan sangka orang Sabah tak berilmu… cuma ramai yang tak menonjol dan jumlahnya amat minoriti sekali… yg tau mengaji jak ramai la..
Dtgla ke mari dan jgn pandang kami sebelah mata . Hidup PAS
Ogos 17, 2009 pada 12:15 pm
shafifah
Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009
Klik :
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/scan1_cr.png
Ogos 18, 2009 pada 4:22 pm
Abdullah
Belum ada sejarah sejah zaman Nabi Adam sehingga kini Iman dan islam tertegak dengan kaedah demokrasi jika pas berjaya menegakkan Iman dan Islam dengan kaedah demokrasi maka ia merupakan sejarah alam yang pertama. kih!kih!kih!….
Ogos 28, 2009 pada 4:01 am
Truth
Betul. Mungkin boleh dengan demokrasi. Tapi jangan hipokrasi. Jangan flip-flop.
Ogos 18, 2009 pada 10:21 pm
Mencari Kebenaran
Salam,
Isu terbaru perihal TGNA…
Dari sumber media, TGNA kata “ahli UMNO tk masuk syurga”
Saya mengambil sikap tidak mahu komen…memang dari dulu lagi kenyataan TGNA perlu kepada penerangan…seperti katanya”berkawan dgn syaitan…Tuhan Samseng….isu syurga dan neraka dan sebagainya..
Maka UMNO akan menafsir agar ia mendapat sokongan politik…begitulah jugalah PAS akan memberi penerangan supaya PAS tidak akan hilang sokongan politik.
Saya membaca akhbar Utusan…dan Utusan memberi tafsirannya sendiri…saya bersangka baik TGNA sebenarnya tidak bermaksud demikian…cuma lebih molek jika TGNA memberi penerangan yang lebih jelas iaitu dasar UMNO, PKR dan DAP tidak secocok dengan dasar Islam…
PAS berpakat dgn PKR dan DAP hanya dari segi strategi politik dan tak lebih dari itu….maka perjuangan PAS hanyalah untuk memperbetulkan fahaman dasar UMNO dan bukannya untuk melenyapkan kuasa umat Islam (Islam masih didominasi oleh orang Melayu) di bumi Malaysia dan berbangga dgn konsep keadilan dan samarata yg disalahtafsirkan oleh sesetengah pemimpin…Qulhuwallahuahad…tiada ugama selain Islam…takbir!!..
Ogos 19, 2009 pada 1:01 pm
Pandekar
Salaam,
Saya tak kisahlah kalau orang PAS taknak registerkan saya masuk dalam list ahli syurga dalam pakej anjuran PAS.
Tapi musuh yang menghina Islam itu berada di dalam PR, mereka dari dalam DAP. Percakapan mereka jelas, mission mereka jelas, mereka tak pernah kompromi dengan pendirian mereka. Itu bagi mereka sangat clear dan dicanangkan pada ahli-ahli mereka dan sesiapa berjuang dengan mereka pagi siang petang dan malam.
Kalau PAS berhikmah, mereka pun berhikmah, tu sebab ada PR. Masing2 berhikmah dalam memperjuangkan ideologi dan matlamat perjuangan masing-masing. Ibarat dalam filem koboi, 2 koboi yang bermusuhan terpaksa bekerjasama menembak musuh-musuh yang ingin membunuh mereka, apabila musuh semua telah ditewaskan, tibalah masanya untuk 2 koboi tadi untuk menyelesaikan masalah masing-masing (tembak lagi).
Kalau benarlah ianya “berhikmah”, apakah sampai melakukan penggadaian maruah dan orang Islam lain terbabit sama. Antara PAS dengan DAP siapa yang mendahului dalam “berhikmah” tersebut? Tahukah anda team DAP telah membincangkan untuk memahami konsep “taqiah” (mereka sudah menjangkakan PAS akan mengunakannya) sebelum terbentuknya PR lagi.
Katakanlah anda mengetahui perkara itu.
Ogos 25, 2009 pada 11:02 am
hilmyrajit
kalo nak tahu jawapan jangan tlalu banyak menonton media perdana…. adakah media itu memberi kesempatan utk TGNA memberi penjelasan di TV atau radio???? Kalo ada bila??? ketidakadilan sudah terang so if anybody prefer continuous support for dictatorship and cruelty dont worry because a lot of rooms still available at Hell Hotel…..
ideologi berlainan memang wujud sejak manusia wujud dan itu tidak boleh dielakkan tetapi adalah tanggungjawab semua manusia untuk memerangi ketidakadilan dan kezaliman…
Sekiranya BN mempunyai ideologi yang sama itu adalah bohong terbesar dalam sejarah manusia dan hanya wujud dalam khayalan…
Adakah MCA tiada keinginan peribadi??? begitu juga MIC??? semuanya mahu menaikkan taraf kaum masing-masing… cuma pemimpin mereka kini tidak lagi mempedulikan nasib bangsa mereka sepertimana UMNO….
Kalo ko nak tahu sepanjang pemerintahan BN bangsa apa yang terkaya??
Cari sumber sendiri
Ogos 26, 2009 pada 10:08 am
Pandekar
kalau saya membenarkan semua yang saudara hilmyrajit katakan itu pun, masih isu yang saya ungkitkan itu menjadi persoalan. Fahamikan apa yg saya cuba sampaikan. Cerita koboi itu dah mempermudahkan. Selamat berpuasa.
Ogos 26, 2009 pada 3:40 pm
hilmyrajit
memang ada benarnya cerita koboi saudara itu dan saya puji keupayaan saudara menggambarkan senario politik sekarang dengan cara mudah….
sama seperti umat Islam di Madinah dulu yang mana pihak yahudi mengkhianati perjanjian dengan muslimin seperti yang termaktub dalam piagam madinah…
Pada masa itu koboi muslimin menang dan orang yahudi dihukum kerana mengkhianati perjanjian dan meletakkan seluruh rakyat madinah dalam keadaan bahaya…
Apa yang diharapkan oleh penyokong PAS ialah PAS menjadi parti no 1 dalam PR dan sekiranya PAS tunduk kepada DAP maka tanggungjawab semua penyokong PAS meninggalkan parti…
Tapi setakat ini PAS masih bertegas dengan prinsip dan tidak mengganggu kehendak agama lain, sama seperti ketika Nabi saw mentadbir Madinah dulu.
Memang PAS masih banyak kelemahan tetapi hanya parti ini sahaja yang bangun untuk menegakkan hukum Allah… tidak seperti UMNO dan ulama-ulama kerajaan… mereka lebih takut kehilangan kerja dan takut kepada boss berbanding takut kepada Allah…
Jika benar mereka takutkan Allah saya cabar semua pekerja Jabatan Agama meletak jawatan sebagai tanda protes sehingga Hukum Al-Quran ditegakkan…
Apabila sebuah parti bangun untuk keadilan dan untuk menegakkan hukum maka saya memilih parti itu berbanding parti perdana yang allergik ngan hudud…padahal hukuman civil adalah lebih kejam daripada hudud…
apabila 2 puak muslim bertelagah perangilah yang zalim sehingga mereka bertaubat….
Setujukah saudara apabila saya katakan individu yang menentang hukum Allah dan menidakkan perintah yang terang-terang ditulis dalam Al-Quran adalah kafir?
Selamat berpuasa untuk anda juga…nice to know you…
Ogos 27, 2009 pada 9:34 am
Pandekar
Salam,
“sama seperti umat Islam di Madinah dulu yang mana pihak yahudi mengkhianati perjanjian dengan muslimin seperti yang termaktub dalam piagam madinah…”
Ok. Cuma hati-hati dengan qiyas begini. Memerlukan seseorang yang gifted dengan miqyas untuk membaca situasi sebenar pada even yang dimaksudkan. Boleh jadi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Seperti maksud Ali RA. “kebatilan yang bersistematik itu mampu mengalahkan kebenaran”. Mungkin dalam PAS sudah ada orang macam ini. Apa sudah dikenalpasti?
“Apa yang diharapkan oleh penyokong PAS ialah PAS menjadi parti no 1 dalam PR dan sekiranya PAS tunduk kepada DAP maka tanggungjawab semua penyokong PAS meninggalkan parti…”
Kenapa tidak “..maka tanggungjawab PAS meninggalkan PR…” . Ada sesuatu yang pelik dalam parti? Saudara insider maka lebih maklum. Saya outsider hanya mampu berkias cerita koboi.
“Setujukah saudara apabila saya katakan individu yang menentang hukum Allah dan menidakkan perintah yang terang-terang ditulis dalam Al-Quran adalah kafir?”
Sekiranya penentangan itu sifatnya hakiki, maka kafir. Sekiranya faktor lain, belum tentu, Allah lebih Mengetahui apa yang didalam hati manusia. Pada saya sendiri ini non-issue, saya tidak ada masalah dengan hukum Allah. Sebab saya bukan PAS sudah tentu saya mengambil approach bersangka baik. Iradah itu satu isu, qudrah satu isu dan haulah itu satu.
Apa-apa pun kita semua umat Islam, berharap pada kesudahan yang baik.
Ogos 21, 2009 pada 11:48 pm
Firdaus
Salam ustaz Abduh, salam Ramadhan. jangan nakal2 ye..hehe
Ogos 22, 2009 pada 9:05 am
sot
Nak ambik hati non-muslim, tak habis-habis. Let’s put our sense of responsibility & authority for once. Arak ni haram & semua pun faham ia membawa mudharat e.g. salah satunya drunk driving. Agama lain pun melarang minum arak ni. Tapi takpalah manusia ini benda yang tak elok itulah yang lagi dicarinya. Cumanya patut sangat kita control, kalau 7-11 kat area melayu contohnya berdekatan surau al-islah AU2 keramat tu elok lah di sekat penjualan araknya. Aku ingat tak bankrup pun 7-11 kat situ. Ambik la hati orang muslim sama. Boleh tak kita semua ni ikhlas mengatakan yang haq? Janganlah cerdik, berpangkat, dan kaya di dunia tapi bodoh, bangang dan muflis di akhirat.
September 12, 2009 pada 1:10 pm
ade
pada pendapat saya jangan terburu-buru utk memperbetulkan kesilapan lampau…kalau kite cube utk memperbaiki akhlak seorang anak kita yang sudah jauh dari akhlak islam,mamang agak sukar.inikan pula untuk membentuk kembali rohani rakyat yang selama 52 tahun di dodoi oleh kelazatan dunia oleh pemerintah sebelum ini.untuk mengharamkan arak bukan sesuatu yang mudah.baik dari sudut penguna bukan islam atau pengguna melayu.arak mamang sudah sebati dangan hidup mereka.bila tukar pemerintah terus nak halang.pasti mereka marah.nak larang kena berhikmah.arak tidak haram untuk orang bukan islam.jika mahu mereka boleh minum.islam tidak larang.yang menjadi masalahnya ialah orang melayu yang minum arak.itu haram.jadi agak mustahillah untuk kerajaan baru yang baru memerintah untuk terus menghukum secara terang-terangan.harus ada hikmah.alhamdulillah.ada sebhagian kedai 711 di kawasan bangi tidak menjual minuman keras.ini satu permulaan.islam tersebar bukan dalam masa 1 thn.malah usha penyebaranya masih berlanjutan hinnga kini.sama-sama kita berdoa agar Allah sentiasa merahmati bumi malaysia dan memberi taufik dan hidayah kepada penduduknya.
September 3, 2009 pada 11:45 pm
mriezal
salam,
sy terpanggil utk memberi sedikit pendapat..bukan nk sebelah mana2 pihak, hilangkan sekejap sikap ego dan emo yg tak henti2 tu..iblis dan syaitan seronok melihat kita sesama umat Muhammad (s.a.w) duk dlm keadaan haru biru..kembalilah pd fitrah kita..(islam)..ada tempat kita perlu berlembut begitulah sebaliknya..kembalilah kita kpd al-quran dan hadis..tak malu ke kita menghirup udara..menggunakan semua anggota badan..tinggal di dalam dunia ciptaanNya secara total percuma tak kena bayar walau sesen pun..tapi bila diminta utk kembali kpd Allah, memakmurkan bumi sebagaimana yg disyariatkan Allah, buat apa yg Allah suruh, tinggal apa yg dilarang..kita masih lg engkar terhadapNya..
Tak payah tengok org lain, tengok diri kita sendiri..mana kedudukan kita. Sy heran, kenapa org kita ni (melayu islam) masih degil..x nak tegakkan hukum Allah, masih tak percaya pd Allah ke? Tak percaya pd Nabi Muhammad (s.a.w). apa yg susahnya utk menggubal undang2 perlembagaan y dicipta oleh manusia, kita merdeka sudah lebih 50 tahun..masih tak cukup lg ke cerdik pandai kita utk menggubal dasar supaya Hukum Allah terlaksana di bumi Malaysia ni? Tepuk dada, tanya iman..jangan tanya selera, binasa kita….
September 10, 2009 pada 9:25 pm
ummi
Salam… saya akan mengundi PAS jika PAS keluar dari PKR,..kalau PAS betul2 nak berjuang Islam, PAS kena keluar dari PKR…sbb KEADILAN n DAP tidak memperjuangkan Islam..matlamat perjuangan PAS sebenar telah mula tehakis disebabkan oleh mahu menjaga hati rakan dalam PKR..PAS mesti yakin dgn perjuangan nya yang ALLAH akan menyebelahinya ,jika PAS betul2 memperjuangkan Islam..disebabkan oleh PAS berada dlm PKR,kesucian Islam telah ternoda di bumi Malaysia…kalau PAS keluar dari PKR dan berjuang secara solo,PAS boleh meletakkan semua calonnya di semua kawasan ketika mengundi…dan InsyaALLAH kalau lah betul PAS berjuang kerana ALLAH untuk menegakkan Islam, InsyaALLLAH PAS akan menag dan cita2 PAS untuk memerintah Malaysia dengan cara Islam insyaALLAH tercapai..Cuma ,bersediakah PAS sekarang memerintah Malaysia secara Islam? sbb dkt 20 thun PAS memerintah Kelantan,tetapi PAS belum berjaya memerintah Kelantan secara Islam..inikan pula Malaysia yg lebih besar lagi…
Pada pendapat saya ,Islam kan dulu di Kelantan…dgn menekankan ilmu fardhu ain kepada semua rakyat Islam kelantan…dan bangunkan fardhu kifayah sebanyak mungkin di Kelantan.Fardhu kifayah hanya terlepas jika mengikut syarat2 yg ditentukan oleh syariat Islam…kalau pemiliknya org Islam, tapi tidak ikut syarat2 syariat,tak sempurna lagi fardhu kifayah di sesuatu kawasan itu. Dalam untuk menegakkan syariat Islam, kita jangan suka salahkan orang kalau kita tak boleh tegakkan hukum hakam Islam di negeri kita…sbb nanti di akhirat ,kita lah (MB) yang akan disoal oleh ALLAH selama kamu memerintah,apa yang telah kamu buat untuk menegakkan syariat Islam..Oleh itu..saya harap, fikir2kanlah dgn masa yanag masih ada lagi ini…sebelum menghadap ALLAH …contohilah sahabat2 Nabi bagaimana beliau memerintah negara. Bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dan menjadi contoh kepada pemimpin2 di negeri lain…Kalaulah Kelantan sudah boleh dan berjaya ditadbir dgn cara Islam, saya rasa semua negri2 lain mahukan Islam…Kita sekarang ini tak ada lagi contoh negara Islam..jadi,saya sangat berharap semoga negeri Kelantan menjadi contoh hukum Islam dilaksanakan di negeri kelantan…Untuk permulaan …kita memberi peluang kepada pesalah ..yang bersalah..samaada mahu kan hukum dgn hukum ALLAH (hudud) atau hukum dunia…tapi pemerintah hendaklah menyediakan dahulu frasarana untuk menjalani hukum hudud ( hakim yang adil dan taqwa,tukang sebat yg bertaqwa dan sebagainya) lama kelamaan masyarakt akan dapat menilai akan kemulian hukum islam…dan masyarakat akan terbuka hati dan fikiran untuk menerima hukum Islam..kalau tak boleh memeritah Malaysia pun ,perintah lah dulu Kelantan secara Islam ..kalu berjaya di Kelatan,InsyaAllah lepas itu dapat di praktikkan di Kedah pula.
Saya ingin tekan kan sekali lagi,kalau ingin tegakkan negara Islam, keluarlah dari PKR .Kalau duduk dalam PKR pun macam melukut di tepi gantang,ini memenunjukkn kehinaan ALLAH pada PAS yang bersekongkol dengan orang yang tidak mahu memperjuangkn Islam (KEADILAN) dan org kafir(DAP) Berhukumlah dgn hukum ALLAH dan BERJUANGLAH kerana ALLAH.Bukan kerana dendam,marah,pangkat ,wang ringgit dan dunia,biarlah betul2 mencari keredhaan ALLAH,kalau tak dapat apa yg diperjuankn di dunia,insyaLLAAH mendapt balasan syurga ALLAH di akhirat nanti..Untuk membolehkan kita berhukum dgn hukum Allah,kita janganlah bersikap fanatic dgn parti kita dan pemimpin kita,barulah fikiran dan hati kita terbuka untuk melihat yang salah itu salah walaupun dilakukan oleh ahli kita sendiri.Dan yang betul itu betul walaupun dilakukan oleh musuh kita . Sekian,yang baik datang dari ALLAH dan yang lemah dtg dari diri ini .Maa zahir batin…wassalam…
September 15, 2009 pada 10:47 pm
hasnul
btul jugak
September 16, 2009 pada 4:53 pm
Jeler Tere
penuhi ilmu politik dulu, baru cerita….Kerajaan kelantan lain: kerajaan Mesia lain…????? blur punya rakyat mesia, 50 tahun merdeka tapi kow lom merdeka…..
September 17, 2009 pada 3:17 pm
roslisalem
Dah jelas halal dan haram kes arak ni.
Tak perlu ribut-ribut.
Kalau dah sekian lama dibiarkan, maka inilah
masanya dikawal semula.
Biasala, bila bebudak biasa meliar, kena kawal
memang bising la..
Apa pun, PAS perlu teruskan usaha ..
Bukan apa hasil yang nak dikira, tapi apa
usaha yang dibuat..
Kalau nak dilayan bebudak yang bising tu, tak
kesudahanla jadinya..
(baca budak : ahli umno, pas, dap atau sesiapa
sahaja yang terbiasa hidup dlm maksiat)