Salam Kamunting,
Walau apa berlaku, perhimpunan gerakan mansuhkan ISA adalah perhimpunan yang benar. Hasrat kita, niat kita dan matlamat kita sudah membenarkan apa saja yang akan berlaku esok seperti yang dirancang oleh pihak penganjur. Jika berlaku sebaliknya dan bukan daripada perancangan asal, bahkan jika ianya bertentangan, kita putuskan keputusannya esok.
Yang penting, niat kita sudah betul. Sesiapa yang menafikan niat agung kita ini, sesungguhnya dialah pembelot agama, negara dan bangsa!
Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.
Jika anda mahukan sebuah negara yang perkasa, anda mesti menjulang dan menatang kebenaran dan hak. Negara kita masih ditakuk lama. Rapuh pertahanannya, mandul kejantanannya, mudah diserang musuh, tiada perwira untuk diarah bertempur dan tiada jaguh untuk mencabar. Semuanya kerana rakyat dibina untuk menjadi penakut dan dayus. Semuanya kerana kebenaran ditindas dan ditutup. Pejuangnya dicampak ke jeriji ISA yang digunakan buat membunuh kebenaran dan pejuangnya.
ISA membantutkan kebijaksanaan, hikmat, kesarjanaan, keberanian, jati diri, kebenaran dan al haq. Negara kita terbantut kebangkitannya kerananya. ISA membiakkan H1N1 dalam politik negara, malah seluruh sektor kehidupan.
Jadi, pergi jahanamlah puak – puak pro ISA. Kamu pergi jahanamlah menjadi pejuang menyokong ISA. Apakah mata kamu sudah buta?! Telinga kamu telah pekak?! Atau, hati kamu telah keras pejal, mati untuk mendengar kesengsaraan, penderitaan dan kesedihan yang tak pernah dibela pemerintah?!
PPIM, kerja kamu mengharamkan yang haram. Hari ini, kamu berlagak untuk ‘berjihad’ menghalalkan yang haram!!? Bertaubatlah sebelum Allah meruntuhkan segala amalan baik dan terpuji kamu.
Ayuh anak – anak muda, kita bina Malaysia baru. Malaysia baru untuk kita dan generasi baru yang gagah berani bersaing di kelompok hadapan. Ayuh maju, kita runtuhkan tembok dan jeriji Kem Tahanan Kamunting!


23 comments
Comments feed for this article
Julai 31, 2009 pada 2:54 pm
zuraimi
DEMI ALLAH ! DEMI RASUL ! DEMI ISLAM!
Ogos 1, 2009 pada 8:32 pm
tok janggut
DEMI ALLAH, DEMI RASUL, DEMI ISLAM, DEMI NEGARAKU, DEMI KEAMANAN, DEMI KEHARMONIAN & KESEJAHTERAAN HIDUP, AKU MENYOKONG ISA. KENAPA TAKUT PADA ISA? YANG BERSALAH SAJA TAKUT PADA ISA. BANYAK NEGARA DALAM DUNIA INI MEMPUNYAI UNDANG2 ISA TERSENDIRI. LIHAT DI THAILAND. BAGAIMANA KEADAAN NEGARA TERSEBUT? SENTIASA DALAM KEADAAN HURU-HARA KERANA KETIADAAN ISA. LIHAT PULA DI SINGAPORE. KEADAAN SENTIASA AMAN & HARMONI DISEBABKAN NEGARA TERSEBUT MEMPUNYAI ISA NYA YANG TERSENDIRI. SAYA RASA UNDANG2 ISA DI SINGAPORE LEBIH KETAT DARIPADA DIAMALKAN DI MALAYSIA. SEBAB ITU NEGARA TERSEBUT AMAN & MAJU.
Julai 31, 2009 pada 3:13 pm
hisham
kita jumpa di sana….
Julai 31, 2009 pada 4:43 pm
syahadah
“sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira “- az zumar : 10
allah bersama-sama kita…insyaallah…
Julai 31, 2009 pada 6:04 pm
Mutiul Haq
Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak – anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda. – moga-moga ramai yang dapat baca & hadam ayat ni…apabila timbul soal praktikal, mula la nak beralasan & hanya mengharapkan tuah orang berjuang…manusia jenis apa ni, tak malu!
Julai 31, 2009 pada 7:11 pm
Singapore Travel
baek cari aman jak, puak….
Ogos 1, 2009 pada 8:51 am
ummi
salam…
‘meremang’ bulu romaku membaca kata2 keramat dari al-ustaz nih….kalau ader kat tanahair sure pegi…..kita runtuhkan tembok dan jeriji tahanan KAMUNTING!!!
takbirrrrrrr!!!!
runtuh!!!runtuh!!!!runtuh!!!!runtuh!!!!
hancur!!!!hancur!!!!hancur!!!!hancur!!!
ISA!!!!
semoga Allah memberi kekuatan kepada insan2 yang pergi berjuang hari esok!!!Aameen…
Ogos 1, 2009 pada 10:33 am
FAQs on ISA «
[...] views of former ISA detainee Nik Abduh (Tok Guru Nik Aziz’s [...]
Ogos 2, 2009 pada 12:34 am
hilmyrajit
politik tu…saya sudah cuak mendengarnya…syukurlah kita masih menang di manik urai walaupun mereka bermain dengan politik wang dan ‘rasuah jambatan’ tetapi akhirnya kemenangan tetap berpihak kepada PAS walaupun tanpa janji yang mencurah-curah ..berhenti merungut dan bersyukur dengan apa yang ada… dan mari buat kerja… kita asyik-asyik suka bincang politik, hukum hudud dan lain-lain perkara yang membuatkan palpitation kepada jantung dan menyebabkan adrenalin bertambah naik..apakata kita cuba tumpukan kepada kerja kebajikan??? Saya perhatikan persatuan kebajikan dari gereja dan tokong semakin aktif dan mereka membantu tanpa syarat dan tanpa mengharapkan balasan..itu sepatutnya peranan kita tetapi telah digantikan oleh umat yang lain…huu sedih.. banyak rakan/saudara seagama kita terperangkap dengan masalah hutang,along,kemiskinan,masalah sosial, tiada pendidikan profesional dan adalah diketahui penguasaan pendidikan umat kita adalah di tahap minimum sekali. Ingin saya cadangkan agar PAS berjihad memerangi semua masalah ini dengan lebih serius..semua masalah ini adalah disebabkan dasar ekonomi kerajaan yang terlalu menekan rakyat… biarlah Parti Pas menubuhkan satu badan dengan mengumpulkan wang semua umat Islam di seluruh Dunia /Malaysia supaya membantu meringankan beban ini(inilah cara Islam pemimpin dan rakyat berganding bahu selesai maslah bukan harap kerajaan jak). Biarlah Pas menubuhkan kelas tuisyen untuk mengajar agama/matematik dan sains serta lain-lain matapelajaran secara murah untuk umat Islam supaya tidak ada lagi orang Islam membaca Al-Quran seperti mengomel kerana tak faham apa yang dibaca dan biarlah anak-anak didik PAS ini menerima hadiah nobel kerana tidak ada istilah ilmu dunia/akhirat semua ilmu adalah kepunyaan Allah …buktinya banyak fakta Sains yang terkandung dalam Al-Quran mengisyaratkan kita belajar semua ilmu itu…semua ilmu yang baik adalah ilmu akhirat(rujuk buku keajaiban Al-Quran oleh Harun Yahya dan buku Bibel Quran dan Sains karya Maurice Bucaile.)Alangkah baiknya apabila kita melihat buku teks Sains anak-anak kita dimulai denagn bismillahirrahmanirrahim dan satu fakta sains diterangkan oleh penemuan saintis dalam masa yang sama diterangkan juga oleh ayat Al-Quran yang bersesuaian.. Sudah sampai masanya PAS menunjukkan role model Islam sebenar,sudah sampai masanya kita keluar dari kejahilan dan kejumudan dan sudah sampai masanya kita membuka fikiran kita dan bersatu dalam Islam tanpa mazhab…(islam tetap Islam dan tidak ada nama lain lagi selepasnya)
Nasihat saya sebelum diadakan Hudud tubuhkan satu badan yang dapat mendakwah masyarakat agar menerima Islam kalau boleh biar orang cina/india beramai-ramai masuk Islam…tetapi hal ini agak sukar.Maka saya cadangkan orang melayu yang telah berubah menjadi fasik(mungkin dah kafir) harus didakwah dahulu dan jangan sama sekali tunjuk kekerasan dalam hal ini…ingat!!! Jangan berlaku keras sebagai contoh ulama-ulama yang berceramah di TV suka berceramah sampai suara melengking macam anjing melolong…
Saya juga suka meminta bantuan PAS untuk menubuhkan badan kesedaran Islam di negeri saya Sabah kerana gerakan PAS disini agak pasif dan masyarakat Islam Sabah tenggelam dalam dunia material dan tahyul kerana hanya ustaz-ustaz sahaja yang pandai agama dan orang awam hanya dengar ceramah jak laa…menafsir,menghafal ayat dan memahami Al-Quran jauh sekali..seperti kat HAMKA janganlah para ulama menganggap agama ini hak milik mereka sahaja sedangkan agama adalah hak milik semua orang(jangan macam hindu) dan selalunya alasan mereka orang awam tak minat belajar.Bukankah Nabi SAW dulu mendakwah sesuatu yang orang tidak minat mendengarnya tetapi denagn semangat yang kuat Nabi SAW mengejar orang-orang itu dan mendakwahnya sehingga menjadi pengikut setia baginda.saya merayu pada anda semua agar kembangkan sayap di Sabah walau betapa susah risiko yang bakal ditanggung…apabila dakwah dan kesedaran memuncak saya jamin gelombang hukum hudud Allah pasti tidak dapat ditahan lagi insya Allah..
p/s berpalinglah daripada mereka yang bodoh itu dan mari kita sambung kerja nabi SAW dan para sahabat ra
Jom buat keja….
‘Ya Allah aku bersyukur dengan kemenangan PAS di Manek Urai dan kemenangan ini agak ajaib bagi umat Islam kerana kami menang tanpa janji dan hadiah yang hebat.Walaupun majoriti yang dianggap kecil tetapi bagiku kemenangan ini adalah salah satu kurniamu yang ajaib Ya Allah.Syukur kepadamu kerana membantu kami menumbangkan musuh yang mempunyai perlengkapan yang lebih baik dari kami Amin Ya Rabbal Alamin’
Ogos 2, 2009 pada 12:36 am
hilmyrajit
Tolong anjurkan juga perhimpunan yang sama di Sabah
Ogos 2, 2009 pada 2:11 am
SmallBro
Kesian bangsa Melayu ni….tgk bangsa lain…ada peluang melabur dlm saham2 baru dgn PNB…berduyun2 mereka datang berhimpun dan beratur. Ofis tak buka lagi mereka ni dah beratur diluar PNB dan bank2.
Keluarga ISA yang dah ada skrg pun tak terbela oleh PAS…sekarang nak tambah pulak lagi.
Apakah dgn kejatuhan BN nanti Islam akan tegak di Malaysia???? Apakah DAP akan mengalu2kan? Apakah PKKR akan bersegera?
Sanggup kau orang porak-peranda kan negara demi nak menang kuasa!
Tak boleh ke tunggu PRU13?
Memang dah taksub kau orang ni sampai tak ternampak betapa kecewanya orang Melayu sekarang. Ingatkan bila diberi undi kepada PAS dan PKR….sesuatu perubahan yg baik akan berlaku. Tapi kau orang ni lebih sibuk untuk menjatuhkan bangsa sendiri malah memeluk pulak bangsa lain…demi sekeping undi yang belum tentu akan mengIslamkan Malaysia……keluar lah berapa byk ayat Quran utk justifikasi kan tindakan kau orang…tapi jawab satu soklan mudah….Islam kah Malaysia dengan kemenangan PR? Bodoh taksub dan jumud.
Ogos 3, 2009 pada 12:59 am
hilmy
Dear small bro,
Sepanjang BN memerintah melayu ada berjaya ka??? Islam terbela ka??? Kalo setakat tengok berita TV3 ngan RTM jak jangan temberangla…pi main jauh2… dari RMK-1 dan mungkin sampai RMK-1000 jgn harap kita mo maju ke depan…. setakat pembangunan begini kerajaan komunis china pun bole buat lebih hebat… PAS bukan untuk melayu sahaja dan INGAT BRO bukan hanya melayu sahaja yang berhak memeluk Islam… Kenapa bangsa melayu tak berduyun-duyun melabur dalam PNB? sebab dasar kerajaan laaaa nak kaya sesama kroni… perlu ko ingat kerajaan langsung takda duit sebenarnya tapi rakyat yang bagi duit…rakyat berhak memecat kerajaan sebab rakyat yang bagi gaji…ini tak, sudah kita bagi gaji kita cium tangan lagi sedih btolll…
PAS bekerjasama ngan DAP,PKR adalah lebih mulia berbanding ngan kerajaan BN kerjasama ngan ketua kongsi gelap,kaki fitnah,kaki kroni,tauke judi,kontraktor tamak, kaki rasuah, dan bla bla bla(kerjasama ngan MCA/ MIC tu apa?)… pelaksanaan undang-undang Islam mudah jak bro…sila baca PIAGAM MADINAH… undang-undang Islam hanya dikenakan ke atas orang Islam dan orang-orang non muslim bebas memakai undang-undang mereka sendiri yang penting semua bersama-sama
menjaga keselamatan negara…
Seperkara lagi cuba perhatikan janji UMNO ketika mula-mula bertapak di Sabah tahun 1998 kalo tak silap(my state):
1.Rumah baru sorang satu
2.Kadar kemiskinan 0%
3.Kadar buta huruf 0%
4.Pengangguran 0%
Sekarang dah tahun berapa haaaaaaa????!!!!!!!
mereka berani berjanji dan berani juga memungkiri…jelaslah ini tanda munafik…kami di sabah tak kisah hasil bumi kami diambil 95% untuk kebaikan bersama tetapi yang menyedihkan cuma kroni dan mereka yang rapat ngan YB tertentu jak mendapat habuannya……orang melayu di semenanjung pun masih ramai yang susah…
Bro pusing keliling dunia dan tengaok la malaysia…mereka selalu bandingkan kita ngan negara berperang tapi jika kita juga diancam peperangan mungkin pengurusan negara kita lebih kucar kacir dari palestin…
Jika nak tubuh negara Islam yang kaya dan hebat hapuskan pengampu spt small bro… hapuskan materialistik spt small bro,tanpa materialisme negara islam maju dan kaya tapi dengan materialisme empayar Islam semua hancur berderaii… baca sejarah empayar Islam dan ciri-ciri kehidupan rakyat dan pemimpin kita sekarang sama seperti pemimpin pra kejatuhan Islam…
PAS tak bole buat apa-apa sebab kerajaan persekutuan dah sekat peruntukan….ingat lagi janji kerajaan di manek urai??? kalo menang dapat jambatan kalo tak menang paham-pahamlah.. Kami orang di sabah banyak pengalaman tentang taktik mereka… sebab tu beri la PAS majoriti lebih 2/3 barulah kita nilai cara pentadbiran mereka…selagi jadi pembangkang di Malaysia bermakna sengsara…(macam cerita dajal akhir zaman la)- semua orang tau fakta ni kecuali orang kampung yang hanya tau tengok RTM ngan TV3 macam small bro
Satu lagi small bro,
Kita memang dah porak peranda pun…kakitangan kerajaan hidup dalam kemiskinan..scale diploma cuma menerima USD500 sebulan…. kadar jenayah orang Islam champion(ini fakta) kes rogol anak orang kita jugak yang experienced, kes dera,gay,punk,grunge,mat fit,black metal,kena ugut along, fanatik mazhab, ajaran sesat(sebab ulama kerajaan tak mampu menarik perhatian), ustaz tampar murid, penceramah berteriak melolong, rasuah(kisah benar kawan saya ramai kontraktor), yang herannya jumlah kita dalam hal-hal ini jauh mengatasi kaum-kaum lain(tak seimbang…) atau mungkin bagi saudara hal ini adalah keamanan(Hellboy pun takut nak dengar) Inilah buktinya bangsa kita melayu adalah bangsa dayus disebabkan didikan parti pujaan saudara….. pengampu adalah punca dan bapa segala pendayus-pendayus ini
When ya visit Aussie one day just watch how their mayor doing their job and how their figure out the community problem… they dont need bunga manggar or whatever stupidity like our country…too much ass licker same like you…(my aussie folks also said like dat- doncha feel ashamed?)
In church also they dont have any VIP row
That’s why majority of orang putih leader doing their part professionally… that’s why they rule the world and before them Rasullullah saw and all his apostle also doing the same( the way how their doing their part and accept critisisme…) Rasullullah also prohibited all his apostle stand up while he came… But that was Islam before today….just history
p/s- I just like the way they manage their country, i’m just interested to Aussie way how they threat their leader… not over the limit… just that… doncha ever think I’m interested to their religion and ideology……
Think about it small bro… we need you to joint us…please
Assalamualaikum wbt
Ogos 3, 2009 pada 1:50 am
Azmizam
Takbir…
Ogos 3, 2009 pada 6:05 pm
fendifly
assalamualaikum ustaz!
apa komen ustaz mengenai exco Ronnie Liu yang marah pasal MBSA angkut beer dr 7/11?
mm..ambo harap ustaz boleh bg sikit2 pendapat ustaz mengenai ini, sebab dalam website RPK, ramai yg tgh komen dlm web tu, kebanyakkannya marah n x puas hati tindakan MBSA, seolah Islam ni boleh diperlekehkan oleh mereka..
sedih, kecewa n frust ambo bila org bukan Islam bercakap pasal Islam tapi sebenarnya mereka xtau pasal Islam.Ambo rasa di Malaysia ni jarang kita dgr orang Islam bercakap pasal agama lain, tapi terlalu ramai yg bukan Islam cakap pasal Islam.
Ogos 3, 2009 pada 9:32 pm
jebat
salam perjuangan …..
bila plak nak buat pasal arak nie …….
Ogos 4, 2009 pada 6:49 pm
Syabab
Mengapakah PAS berada dalam ketaksuban sehingga yang haq dan yang bathil juga bercampur..Allah SWT akan hukum perjuangan PAS lebih dhsyat dari kefasiqan UMNO kerana PAs telah di’celik’kan Allah dengan kefahaman Islam tapi mula menjadi munafiq, menjadi syaitan bisu kepada rakan PR yang terang2 anti ISLAMM….ALLAH MAHA BERKUASA..WAMAKARU WAMAKARALLAH..WALLHUKHAIRUL MAAKIRINN!!
Jangan kamu ingat perancangan kamu itu benar dan diredhoi Allah sedangkan kamu sedang hancurkan umat Islam seluruhnya..kamu gunakn ’siyasah’ sebagi matlamat bukan siyasah syar’iah untuk mendekatkan manusia kepada Allah..meneggakkan hukumnya..kamu hanya beretorik untuk jatuhkan UMNO..bukan hendak tegakkan ISLAM..kalu kamu ikhlas dengan perjuangan Islam dimana sahaja ada ruang dan kuasa yg kamu ada akan digunakan sehabisnya untuk da’wah, ma’ruf wan nahi mungkar!!..
Tapi..kamu beria dalm hal ISA yang masih khilaf..kamu diam dalam isu Melayu yang melambangkan Islam..kamu nafikah hikmah kejadian Allah yang menjadikan kaum Melayu..kamu hanya beretorik dengan kalimah Toibah..kalimah TAKBIRR untuk kepentingan duniawi..
KAMULAH MUNAFIQ SEBENAR WAHAI PAS!! WAHAI PENDOKONG PAS..ALLAH AKAN HUKUM KAMU KERANA MEMESONGKAN RAMAI MANUSIA!!!!!
Ogos 4, 2009 pada 7:00 pm
Syabab
Kamu salahkan UMNO seluruhnya atas kerosakan umat Islam di Malaysia..UMNO juga tidak terlepas dan kamu juga tidak terlepas.. Kamu menggunakan ceramah sebagai medan politik sekular..kamu tidak gunakan ruang itu untuk berda’wah menerangkan lagi dan lagi kepada manusia supaya dekatkan diri pada Allah..taat perintah Rasulullah..sebaliknya kamu gunakan ruang untuk main politik sepuas hati..kamu gunakan label ‘derma jihad’ untk kaburkan pengikut ta’sub kamu yang tidak berilmu..
Kami semakin hampir kepada syirik pd Allah apabila hanya yakin pd perancangan kamu mengikut logik akal kamu..untuk tegakkan Islam kena tumbangkan UMNO.??? adakah itu benar?? Jadi siang dan malam kamu akan habiskan bersama para taksuban kamu untuk tumbangkan UMNO..pada masa yang sama syaitan berjaya sesatkan kamu..sehingga ahli2 kamu jauh dri akhlak Islamiah..kamu tertipu dengan bayang2 UMNO..kerana setiap kekalahan, kemungkaran kamu salahkan UMNO..maka kamu ditipu syaitann…
akhirnya kamu diperbodohkan oleh manusia kuffar, munafiq dan fasiq dalam Pakatan Rakyat kamu..kamu angkuh dengan Allah..kamu angkuh sesama manusia..kamu tinggal Sunnah Rasullullah..kamu hany ambil sebahagian yang sesuai dengan siasah kamu dan kami tinggalkan 3/4 yang Rasullullah sampaikan..
Ya Allah..terlalu banyak kerosakan umat Islam di negara ini..tetapi kamu masih bergembiran dengan pakatan Toghut kamu..kamu masih ada masa untuk berdemo sedangkan betapa ramai penyokongmu..pendokongmu yng dhoif Islam..
Allah SWT pasti akan balas segala kejahatan kamu menggunakan kalimah NYA untuk kepentingan kuasa dan nafsu kamu..!!!!
Ogos 4, 2009 pada 7:50 pm
hilmyrajit
oi syabab bahlul…sebab tu la kami berdemo sebab tu la kami jadi pembangkang… sudah berapa tahun kami bagi peluang ngan BN….. sejak tahun 1957!!!!!!!!!!! Hari-hari cukai dibayar..hari-hari duit masuk cukai kereta pun 300% bapak indon pun bole mati kena heart attack.. mcm mana PAS nak laksanakan dasar kalo jadi pembangkang sepanjang masa…….sejak tahun 1957…mahkamah syariah cuma jadi mahkamah kelas 2… orag melayu tak kenal apa itu agama…majoriti melayu..majoriti!!!!!!!!!!!! beb!!!!!!!!!!!! jadi perogol penjenayah…kalo sorang dua bole kita kata silapindividu..tapi kalo dah jadi macam ni salh sapa.. sejak tahun 1957….. aku org sabah lebih mengetahui tentang halpenipuan BN hasil bumi kami dirath 95% tapi taraf pembangunan lebih rendah tahap dari negara komunis… harta kami hak kami… Jiran kami Brunei bernasib baik sbb tak jadi masuk malaysia.. rakyatnyapun senang tak jadi melukut tepi gantang mcm kaum peribumi… ko tahu mana betol mana salah.. semua perjuangan kebenaran memerlukan konflik spt mahatma gandhi,nelson mandela dan mana-mana tokoh perubahan…
melayu adalah satu kaum yang mempunyai hak istimewa ke atas tanah melayu itulah hakikatnya sedangkan islam adalah agama berbilang kaum… ko ambil hadis yang mana ha??? bebal… nabi sudah menetapkan agama ni utk smua manusia jgn ko pandai-pandai masukkan idea mengampu ko tu
ok la penat gue crita ngan anjing sebab sekali biasa makan sampah makan sampah la anjing tu selamanya… sudah bangsa kita melayu tak kira dr smnjung sbh srwk mmg dimaklum bermasalah…
BN yang memegang teraju memrintah sejak merdeka PAS plak ko salahkan…tahun brapa PAS jd krajaan pusat… bye bye
Ogos 4, 2009 pada 7:54 pm
hilmyrajit
syabab cuba ko baca PIAGAM MADINAH waktu awal hijrah.. kerjasama antara kaum yg berlainan agama penting… undang2 islam utk org islam agama lain ada undang2 sendiri jgn kaco!!!! Untuk PAS plak bertagas sikit ngan DAP dan fahamkan mereka supaya tiada lagi salah phm
Ogos 5, 2009 pada 4:27 pm
syabab
hilmyrajit..
Kamu adalah manusia sekular bertopengkan agama Allah!! kamulah manusia celaka yang akan Allah laknak kerana kamu gunakan segala hujah bodoh, fitnah, menggunakan nafsu politik puak kamu untuk apa?? untuk agama?? Kamulah yang bahlul muraqab!! kamu tahu tak kamdungan piagam Madinah itu apa??? Kamu tahu tak di mana kedudukan kaum Muslimin, Kaum yang berhijrah bersama Rasulullah, kaum tempatan?? kaum yahudi??? Adakah kamu semkain bahlul tidak memahami hikmah perjanjian Hudaibiah??? Kamu amat bodoh dlm linkup politik sekular..PAS=UMNO=PKR=DAP!!!
Rasulullah memberikan kelebihan kepada penduduk tempatan Muslimin beberapa hak daipada kelebihan penduduk berhijrah asalkan Islam itu tunggak utama dan menerima Rasulullah ke bumi Madinah..dalam konteks Malaysia kamu jangan jadi celaka seperti kafir harbi DAP yang ditungganggi oleh kamu..kerana bangsa Melayu itu ada hikmahnya setiap bangsa Allah jadikan ada hikmah dan kelebihan masing2nya..selagi ia tidak mengatasi hukum Allah!! selagi tidak melebihi syari’atNYA..habis itu kamu dijuburi oleh DAP yang amt rasis..amt perkaauman terhadap bangsa CINA?? CINA harbi?? menunggu masa untuk jatuhkan UMNO BN dan tegakkan MALAYSIAN country..ISA diahpuskan?? Kamunisme atau sekulrisme di nobatkan?? Kamu org2 taksub PAS hanya sami’na wa atoq’na wal mugkar..??? kamu pengecut..kamu kata UMNO jahat tapi kamu takut pada UMNO..UMNO tidak kuat mana tapi kamu itu yang lemah lagi bahlul..Islam itu indah dan amat syumul..tapi kamu yang kecilkn ikut kepala hotak pemimpin kamu yang juga TOGHUT dan Munafiqunn!!
Maka kamu juga adalah benih2 menufiq yang subur dalam PAS!! PAS adalah celaka besar dan ujian buat umat Islam Melayu kerana pesongan yang amat jahat menggunakan sisihan dalam Islam.. Hdud dijana sebagai modal politik..syaraiat di permainkan untuk modal undi…ALLAH MAHA BERKUASA..SEMOGA ALLAH HANCURKAN PAKATAN TOGHUT!! PAKATAN RAKYAT!!! SERTA PARTI CELAKA DAP-PAS-PKR ini ALLLAHHHUAKHBARRRRR!!!
Ogos 6, 2009 pada 4:22 pm
hilmyrajit
Itula kamu tak paham apa tu perjanjian hudaibiyah cuba perhatikan :
Isi Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
NAMPAK BERAT SEBELAH YA???
Apakah makna kerjasama ke arah kebaikan wahai syabab??? Buta ke kamu selama ni??? tidak kah kamu tahu bahawa pemimpin UMNO terutamanya dalam BN telah mengumpul banyak kekayaan tapi gajinya taklah seberapa sangat?? Dimana Osu Sukam dapat duit untuk melabur dalam kasino sampai hutang 7 juta pound/dolar lupa plak??? Perjuangan PR adalah untuk menghapuskan kroni UMNO yang tamak tapi tidaklah melibatkan kumpulan/puak UMNO yang betul-betul jujur. Bagaimana tertegaknya sebuah negara super power kalau pusingan harta untuk rakyat tidak disalurkan sepenuhnya.. Tidakkah anda melihat wahai Syabab.. atau ko hanya ditaksubkan ngan idea lurus bendul ko tu. Adakah PAS sudah megisytiharkan bahawa perjuangannya untuk membina negara Islam batal sama sekali sejak menyertai PR… Adakah anda bingung Syabab?? So mcm mana lagi??? bubarkan PR dan kita hanya diam dan tunggu?? OK la kalo gitu… Kuasa politik untuk Islam adalah tujuan utama bagi membetulkan masalah kroni ni..keturunan mereka dah memegang kuasa bertahun-tahun.. bukankah Islam memperjuangkan keadilan??? Untuk DAP pula memang ianya parti bersifat sekular tapi harus diingat apabila bekerjasama untuk memerangi kejahatan itulah yang lebih baik sedangkan dengan kafir musyrikin rasullullah saw boleh bertoleransi apatah lagi ngan ahlul kitab yang majoriti berada dalam DAP.. Tetapi saya berharap PAS menunjukkan ketegasan dalam hal ini dan Raja melayu harus campur tangan membela Islam apabila berkuasa.. Perjanjian Madinah membenarkan orang kafir zimmi menggunakan undang-undang sendiri.. bagaimana orang kafir mendekati kita jika kita asyik berkeras dan tak mahu bertoleransi..tahukah saudara sikap keras menjauhkan orang dari kita dan Allah swt pun menasihatkan agar kita bersikap lembut agar orang mendekati kita yang penting hak muslimin untuk mengamalkan undang-undang Islam tidak dicabul dalam perundangan..sekiranya DAP berani mengganggu perundangan kita maka adalah tidak teragak-agak lagi parti PAS yang mengamalkan undang-undang Islam boleh menghalau mereka(buang negeri) sepertimana umat Yahudi ketikA mengkhianati perjanjian…sekiranya boleh gunakan campurtangan askar melayu sekiranya hal ini berlaku jika PR berkuasa..
Hei syabab..tak payah la tunjuk yang ko tu pembela.. baca buku dulu…bukan sekadar baca macam ‘nerd’ tapi fahamkan dan satu lagi tidak semua cina kafir malah ada Islamnya lebih baik dari bangsa sendiri… itulah ertinya ko tu buta sebelah mata takdak fikiran dan hanya tahu ikut perasaan jak Assalamualaikum wbt kalo salah pendapatku janganlah dikata kafir kerna Allah sudah menyatakan manusia mempunyai beberapa tingkatan pemikiran harap anda tidak buta lagi
P/S KO LAWAT Sabah la ada banyak harta keluarga Mahathir sana Marina resort, Marina Appartment bla bla bla dan ada sorang tu jadi antara 5 keluarga terkaya lagi huhuhu
Ogos 7, 2009 pada 8:58 pm
bakokelate
wahai saudara ku sekalian…….bermuhasabah lah demi kepentingan agama ISLAM…..balik ke pangkal jalan…….lakukan amar ma’ruf nahi munkar…..mahu atau tidak dalam setiap hal, kita kena kembali kepada ajaran ALLAH SWT…….tidak kemana jika hanya membela nasib melayu tapi ugama kita gadaikan……ugama yang membezakan seseorang, bukannya bangsa……dan jangan lupa bukan semua melayu adalah panganut ISLAM…..dan bukan semua cina dan india penganut ajaran kafir……fikir2kanlah…..TAKBIRRRRRR………………………….
Ogos 8, 2009 pada 12:12 pm
nkama31
http://www.israelshamir.net/Contributors/Meyssan.htm
“CIA AND IRAN” (It is happening in Malaysia already) .
In a book by Webster Griffin Tarpley entitled “Obama: The Postmodernn Coup”, he described in pg. 261, that as far back as 1967, Dr. Fred Emery, then Director of Tavistock Istitute, specified that the then new phenomenon of “swarming adolescents” found at rock concerts could be effectively used to bring down the nation-state by the end of 1990’s. The British Military created the Tavistock Institute as its psychological warfare arm following World War I.
The new techniques of warfare include the use of both lethal (violent) and nonlethal (nonviolent) tactics. Both ways are conducted using the same philosophy, infrastructure, and modus operandi. It is what is known as Cyber war.
For example, the tactic of swarming is a fundamental element.
In November 1989, In Ohio began a series of conferences to review progress towards that strategic objective. This was reported in “Human Relations” in 1991. There, Dr. Howard Perlmutter, professor of “Social Architecure” and a follower of Dr. Emery, stressed that “rock video in Katmandu” was an appropriate image of how states with traditional cultures could be destabilized, thereby creating the possibility of “global civilization”.
The creation and deployment of coups of any kind requires agents on the ground.
The main handler of these coups on the “ street side” has been the Albert Einstein Institution, formed in 1983, specialising in “non-violence as a form of warfare”.
The group is funded by Soros and the National Endowment For Democracy (NED).
Albert Einstein’s President is Col. Robert Helvey, a former US Army Officer with 30 years’ experience in South East Asia. He has served as case officer for youth groups active in the Balkans, Eastern Europe and Southe East Asia since 1999. Col. Helvey had created a series of youth movements in Serbia, Georgia and Ukraine. At least one of the books by the Albert Einstein Institution was supported by George Kennan, the founder of the CIA’s Operations Division.
By 1985, seminars were given at Harvard entitled “Civilian-based Defense and The Art of War”.
In page 267 of Tarpley’s book, he wrote, : During the seminar, the Serbian students received training in such matters as to how to organize a strike, how to communicate with symbols, how to overcome fear and how to undermine the authority of a dictatorial regime”The principal lecturer was Helvey.( Of course, the term “dictatorial” in US terms usually means any state that does not conform to its needs.)
Helvey emphasized how to break the people’s habits of subservience to authority, and also how to subvert the regime’s “pillars of support” ie the police and armed forces. (This “teaching is against the fundamental teaching of Islam.(Quran….).)
Movements cannot succeed without funding. The opposition group in Serbia got funding from Freedom House in the US. NED, Internaitonal Republican Institute (IRI) financed by US government. US Agency for Internaitonal Devlopment (USAID) sponsored materials like T-shirts and stickers.
Even a training manual was developed to “train future Trainers” as part of the opposition insurgency methodology, and distributed in workshops. This reflects how systemic the insurgency mechanism is.
Stickers, spray paints and websites are the young activists’ weapons (pg. 268, Tarpley).Street comedy mocking the regime was also a method in puncturing public fear and enraging the powerful.
Once the “opposition group” succeeeds, pro-US President Saakashvilli was installed.
Another method is “…organizing massive and colorful protests that drew crowds who never previously had the courage to oppose the …former Yugoslav President (Milosevic). Carbon copies of such rallies can be seen in Ukraine, Belarus, Iran, Thailand(?) and Malaysia, with one purpose, to undermine a legally elected government, before installing a puppet regime.
Dr. Gene Sharp said, “Strategic Non-violent struggle is all about political power. How to seize political power and how to deny it to others”. Excerpts from his book was developed into a ‘training manual” for use by opposition groups in Eastern Europe.
In page 277 of the same book, the Myanmar government described how the Western powers have been aiding certain organizations under the GUISE OF democracy and human rights by giving them assistance in both cash and kind.
Another strategy taught by Col. Helvey to insurgent groups was to use all sorts of subversive acts so that people will have wrong impressions of the Government and lose their respect on it; and so disturbances and upheavals will break out in the country.(pg 278.) .
(This scenario is well illustrated in the never-before seen deliberate tussle scenario in Perak, Malaysia. and recent events in KL) .
A strategy that is deliberate and purposeful, for one aim and ONE aim only…to install a “puppet” Prime Minister who has been trained and closely liaised with the actors of the NEW WORLD ORDER in Washington and New York. Data is numerous on his liaisons there. who? You figure it out.
nkama31@yahoo.com