Salam Kamunting,
Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.
Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.


47 comments
Comments feed for this article
Julai 16, 2009 pada 5:16 pm
hisham
lama ana menunggu komentar dari Ustaz.
kekalahan dimanik urai adalah tarbiah dari Allah secara direct kepada pejuang-pejuang islam, seperti mana tarbiah kepada sahabat RAsulullah saw ketika peristiwa perang uhud dan hunain
andai PAS tidak menjadikan prk MU sebagai pengajaran dan muhasabah kepada kesilapan dan kesalahan sendiri, malah menunding seratus peratus “kekalahan” kepada UBN, maka sia-sialah “tarbiah” yang Allah beri di MU ini.
Julai 16, 2009 pada 9:47 pm
BEBAS
Kekalahan tipis adalah disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Saya setuju dgn saudara hisham. Jadikan ia satu ikhtibar. Banyak kesilapan & kesalahan yg kita lakukan tanpa kita sedari. Dalam kempen ceramah lalu, kita banyak mencerca peribadi calon lawan. Di mana letaknya akhlak kita sebagai seorang muslim yg memperjuangkan ISLAM. Orang skrg semakin bijak pandai. Dpt menilai Halal & Haram dlm berbicara. Kpd mereka yg terlibat, dapatlah Muhsabahkan diri.
Julai 16, 2009 pada 5:24 pm
Tinta Ilmu
Sama2 muhasabah,insyaallah..
Insyaallah,kami anak muda akan cuba menilai apa yang berlaku,
Menilai kalam para ulama’ dalam memacu perjuangan yang penuh cabaran,
Alhamdulillah, dapat baca juga tulisan ustaz..:)
Julai 16, 2009 pada 7:13 pm
Hasanul Isyraf
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
-Teguran mengikut saluran lebih berkesan.
Julai 16, 2009 pada 7:16 pm
Hasanul Isyraf
Janganlah mudah kita menyedekahkan peluru utk Umno.
Julai 16, 2009 pada 8:42 pm
Ratusan Kuliah MP3
Pelbagai aspek rohani dan dalaman perlu diambil kira. Strategi hanya tuntutan Allah untuk kita melalukan ubudiah kpdNYa. Tanpa Roh yg Ikhlas, segala-galanya akan terkubur. Nampaknya Allah menolong kita di saat2 akhir
Julai 16, 2009 pada 9:13 pm
din halim
salam kebenaran….
di mana nilai agama?
Faktor kemerosotan undi yg diperolehi kita merosot disebabkan
1) Isu perpaduan ummah.
Kita menolak sama sekali perpaduan antara ummah sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Seluruh umat Islam tanah air mengharapkan perpaduan ummah menjadi kenyataan tetapi tersentak dengan kegagalan merealisasikannya.
2)Saya baru tersedar bahawa kemenangan tipis yang kita perolehi sebenarnya dari hasil fitnah-fitnah yang kita lemparkan kepada pihak lawan. Malulah kita kepada Allah. Tanpa fitnah itu mungkin kita kalah. Antara sedar tidak sedar pihak UMNO telah menang tanpa melakukan fitnah-fitnah. Mereka berkempen dan berceramah secara dedikasi dan menerangkan misi mereka untuk membangunkan ummah, sekelian lapisan masyarakat dan negara. Sedangkan kita menyampaikan fitnah-fitnah serta cercaan peribadi pihak lawan.
Ramai daripada kita sekarang bukan lagi jahil dalam pegangan agama. Sudah pandai menilai baik dan buruk.
Diharap kita semua dapatlah muhasabahkan diri kita sendiri.
Julai 17, 2009 pada 9:54 pm
tok janggut
Menolak perpaduan ummah bererti menolak tuntutan dalam Islam. Kerja baik kita tolak. Itulah di antara satu sebab kita hampir rebah. Tanda amaran dan kemurkaan dari Allah.
Julai 16, 2009 pada 9:40 pm
SidangFAQIR
Begitulah hakikat apabila daripada awal diperlihatkan strategi yang tersiratnya akan keasabbiyahan atas nama lokaliti dan nilai commercial yang tinggi , keangkuhan dan kesombongan membuta tuli , sikap masih lagi tidak berlapang dada menerima kesemua peringkat kepimpinan yang ada walaupun kepimpinan tertinggi atas semangat ukhuwah islamiyyah telah mematikan isu-isu kontroversi yang ada serta kurangnya meletakkan pergantungan mutlak kepada kudrat dan iradat Allah swt….maka keputusan yang tertera adalah satu ibrah dan amaran Allah swt kepada para Pejuang Islam yakni bersihkan lah niat dari lubuk hati kamu yang paling dalam agar pada masa akan datang jangan sekali-kali kamu berasa angkuh dan sombong dengan tidak merujuk kepada kehendak Al Quran dan Al Hadith dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besarnya dalam menyusun strategi perjuangan dalam apa suasana dan keadaan sekalipun dan jangan sekali-kali kehendak nafsu kamu , kamu dahulukan didalam membuat pertimbangan dan penilaian.
Sekiranya TIADALAH DOA dari para pejuang Islam yang sentiasa ikhlas berdoa demi Perjuangan Islam YANG BERADA DI MANEK URAI mahupun YANG BERADA DI LUAR MANEK URAI DAN DIMAKBULKAN SECARA KUDUSNYA PADA SISI ALLAH SWT DAN BUKANNYA DENGAN di nilai sebagai NILAI ” COMMERCIAL YANG TINGGI ” yang kejahilan kamu letakkan dalam istilah strategi bangkrap kamu…SUDAH TENTULAH kamu wahai mereka yang angkuh dan sombong itulah yang SEBENARNYA menjadi hijab mengapa bantuan Allah swt tidak sampai sepenuhnya kepada kemenangan Islam yang lebih menyeluruh di Manek Urai.
MUHASABAH LAH DIRI KAMU KESEMUANYA… .jangan nafsu ammarah bis-su’ menguasai keimanan kamu.
Julai 16, 2009 pada 9:46 pm
jebat
salam perjuangan …
kembalilah berjuang dgn dasar perjuangan ISLAM yg sebenar …
jgnlah terlalu terikut rentak-tari musuh & kawan yg melalaikan
biarlah kekalkan kemenangan dgn prinsip2 ISLAM bukan dgn pakatan yg membawa rebah ………
wallahu alam
Julai 17, 2009 pada 12:22 am
abe jo
slm..ustaz ..ana duk tggu jugak komentar dari ustaz…komentar berhubung prk MU ana setuju…dalam jangkaan ana bila sahabat bertanya ana peluang prk MU..ana jawab 50-50..jika menang maj sikit…kalah maj sikit…ana ada pandangan yg hampir sama dgn ustaz..
1- Kita memberi peluru pada musuh dlm isu dalaman contoh..sidang media pengarah PR bila ditnya soalan kenapa ust nasa x dtg MU….jwp..’malu mata’
2- Pengundi Atas pgar kita gagal …mereka ini perlukan kemudahan di kg mereka selain Islam itu sendiri…kerajaan Islam kelantan perlu ambil cakne hal ini..
3- Sikap ‘kekelantanan ‘ terlampau di jaga sehingga shhga lupa bahawa kita berjemaah dlm setiap tindakan/ keputusan.
4- Sifat ‘Ujud’ tmbul krn kita telah lama agak memerintah kelantan..
Muhasabah utk semua peringkat….
Julai 17, 2009 pada 2:09 am
AbouAzri
Salam Ustaz, Sudah lama saya menunggu Komen Ustaz. Saya memang suka membaca komen ustaz. Suatu Pandangan yang “SOLID”. Umum mengetahui “Kegagalan” PAS mengekalkan Majoriti sebelum ini adalah suatu yang mengejutkan. Pada pandangan saya (sebagai seorang professional) Setelah saya mendapat SMS dari sahabat di Malaysia tentang keputusan PRK MU, secara “Automatik” terlintas di benak fikiran mungkin inikah “Balasan” dan “Pengajaran” Allah azzawajalla kepada pendokong perjuangan Islam. Suka atau tidak, PAS sebenarnya telah di “racuni” oleh suatu pemikiran “Professional PAS” yang perasan mereka lebih hebat daripada Ulama. Mereka sebenarnya yang telah memecah belahkan Jemaah kita dengan berhujah mengikut kefahaman mereka yang (“mendalam”??) dalam bab agama dgn memandang sinis kepada pimpinan ulama. Saya secara peribadi amat takut akan golongan “professional” yang menunjukan sifat yang tidak wala’ kepada pemimpin dan cuba “membuktikan sesuatu” yang tidak di perlukan di dalam PAS. Saya harap professional ini memainkan peranan untuk berdakwah bersama ulama demi menegakkan syariah bukannya memberi pandangan yang boleh meruntuhkan jemaah. “Saya ingin nyatakan mereka terang-terangan menyindir presiden dan negeri presiden”. Tahukah mereka akan keperibadian Presiden??? Pada saya ini mungkin salah satu sebab “kegagalan” PAS mengekalkan majoriti dan yang menang sebenarnya agama ALLAH. walahu a’lam
Julai 17, 2009 pada 10:05 am
ra'yi
teguran yang terbuka, sesuai untuk kesalahan secara terbuka. biar semua ambil pengajaran.
Julai 17, 2009 pada 10:29 am
abu iqbal
hasanul isyraf – Teguran mengikut saluran lebih berkesan….
teguran..ke…ibrah..ke… bukan hanya untuk pemimpin sahaja…. tapi untuk semua muslimim….kalau buat ikut saluran… sesama pemimpin sahaja… macamana ana,,,, orang biasa nie… nak ambil ia sebagai pengajaran….
saya doakan ustaz terus buat teguran yg benar….dengan terbuka…jujur dan ikhlas…. kerana Allah…. sebab kalau ada pemimpin yg tak ingin mengambilnya sebagai pengajaran…. harap2 org biasa macan ana dapat sedikit pengajaran….
Julai 17, 2009 pada 11:13 am
shafifah
MAJLIS ILMU & ISRA’ & MI’RAJ HUJUNG MINGGU INI
TARIKH : 17 JULAI 2009
JAM : 7.00PM
TEMPAT YAYASAN SOFA, N. SEMBILAN
PENCERAMAH: HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD
TARIKH : 18 JULAI 2009
MASA 7.30PM
TEMPAT: MASJID BAITUL AMAN
TARIKH :19 JULAI 2009
MASA: 6.00PM
TEMPAT : MASJID TAMAN TAR
PENCERAMAH :HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD
Keterangan lanjut klik : http://pondokhabib.wordpress. com
Julai 17, 2009 pada 11:37 am
kamal
ASKM… maaf saya nak beritahu … dlm PRK MU ni saya lansung tak berdoa…entah mengapa… khususnya isu gambar TGHH tidak dinaikkan….pastu Timb. Pres. tidak ‘diundang’ di MU … inilah menyebabkan saya rasa tak bersemangat utk turun ke MU … pada kali ini hati saya begitu malas utk mendoakan kemenangan MU… Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah …. Ya Ghofuur ….Ya Ghofuur …. Ya Ghofur
Julai 17, 2009 pada 12:36 pm
kassim
apa pendapat ustaz tentang isu perpaduan yg dimainkan sepenuhnya di manik urai dimana pihak UBN telah mengatakan tgna dan pimpinan tidak mahu melayu/islam bersatu ada yg mengeji teruk ayahanda ustaz sendiri.
malah isu ini dimainkan di merata tempat pada org melayu.
soalnya yg sering di bangkit adalh punca isu ini dan tgna dr mula kata jangan sebut tapi kedegilan pres dan pembantu2 nya tidak serik lalu jadila pekara ini.
pada ana dan ramai lagi ini berpunca dr pres,tim pres,su dan pimpinan spt nya.
jika di adakan pr dun perak, ramai berpendapat pas akan kalah teruk kerana punca isu ini. target ubn adalh gologan atas pagar dan ahli pas yg pro UG…bukan PAS adalah parti politik so kenapa pihak ini tidak pandai2 berpolitik spt tgna.
tolongla jgn ceritakan pas bukan hanya parti politik semata2 bla bla bla..itu kami semua tahu pasall itu kami join pas sejak dulu lagi.ini cerita kematangan politik.
Julai 17, 2009 pada 2:42 pm
pokleh
salam sy pun sama jgk mcm kamal,tk tahu knapa jd macam kecewa dgn sikap pimpinan pas sekarang…..moga allah ampunkan kami,moga diselamatkan jmaah ini,moga di beri hidyah kepada mereka2 yang berkenaan,moga dinyahkan daripada jamaah mereka2 yang tidak ikhlas,moga dihancurkan musuh2 islam…..
Julai 17, 2009 pada 4:16 pm
budak kecil
sejak awal lagi sedih dengan cara pimpinan pas (kelantan) membawa rentak di manek urai.tapi diri yang kerdil ini masih lagi tetap berdoa untuk kemenangan.mujur perancangan Alah lebih hebat dari segala-galanya.kalau tak diambil pengajaran juga, cukup beballah kita.
Julai 17, 2009 pada 4:21 pm
helmi
entah la…
dalam PAS mmg ada penyokong fanatik TGHH dan Nasharuddin
ana pulak tetap sokong TGNA dan Husam
oleh itu ana harap TGHH ambik la balik Nasharuddin bertanding di Trengganu
dalam PRU ke 13 nanti…
Kalau TGNA nak juga org luar bertanding di Bachok, ambik saja Tuan Ibrahim Tuan Man, lagi OK pada Nasharuddin tuuu…
Julai 17, 2009 pada 4:24 pm
budak kecil
salam, satu lagi, mungkin formula beri gula kacau, beri kain ambik sudah tak boleh dipakai, bila semakin banyak diterima, ia menyebabkan hati lama-lama jadi ugoh, bukankah ia rasuah?
Julai 17, 2009 pada 9:25 pm
sabil
Kamulah punca kemerosotan PAS.
Sehari sebelum pilihanraya, Berita Harian melaporkan kata-kata kamu di dalam akhbarnya. Menjadi pengundi keliru! Kamu Si Tanggang yang menghancurkan jemaah.
Anak Nik Aziz yakin Pas, Umno boleh bersatu
Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegas dan lantang menolak kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, anaknya, Nik Mohamad Abduh sebaliknya mempunyai pendapat berbeza apabila yakin kedua-dua parti itu boleh bersatu.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, walaupun mungkin sukar untuk melaksanakannya, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.
“Pas dan Umno boleh bersatu tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan (Mufti Perak) Tan Sri Harussani (Zakaria). Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik Melayu tertentu,” katanya yang dipetik daripada blognya.
Penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyaksikan krisis hubungan antara Nik Abdul Aziz dan orang nombor dua parti, Nasharuddin Mat Isa.
Menteri Besar Kelantan itu yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan Timbalan Presiden Pas itu menyokong cadangan berkenaan sebagai sampah.
Malah beberapa penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Nasharuddin daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada Ahli Parlimen Bachok itu.
Nik Mohamad Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, walaupun isu perpaduan Islam sering dibincangkan akhir-akhir ini, Pas dan Umno tetap sebagai parti kawan dan lawan.
Katanya, kedua-dua parti itu adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan barat.
“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” katanya.
Julai 21, 2009 pada 2:08 pm
nawi
ambo agok2 stuju ngar demo.. kito kecek nok mantapkan jemaah, tapi kito dalae kaba tok kaba.. duk sedekoh peluru sor jabir sor jabir ko musuh… pah lagu manor??
Julai 22, 2009 pada 1:04 pm
ibnuabbas
Hebat, hebat…Ada org yg lebih hebat drp seluruh jawatankuasa JPN Kelantan dan Pusat. Belum pun lagi hasil postmortem didedahkan, saudara sabil sudah tahu keputusannya. Kemerosotan itu diletakkan atas bahu Nik Abduh seorang. Ya Allah, engkau jauhkan aku dari org2 sebegini. Hati2 bila menyalahkan org krn dibimbangi terjerumus ke lembah fahaman sesat dlm soal af’aalullah(perbuatan Allah). Ust Nik Abduh cuma ajak semua org bermuhasabah atas kemerosotan. Ia fokuskan kpd isu kesatuan(wehdatul amal dan fikri) antara pejuang kebenaran.
Saya sokong tulisan Nik Abduh 200%. Ingat Allah mengingatkan kita tentang konsep ” Azillatin ‘alal mu’minin dan a’izzatin ‘alal kafirin…” Sila teliti balik konsep tahalluf siasi yg diajar dlm gerakan Islam. Apa yg boleh dan apa yg tidak….
Julai 17, 2009 pada 10:32 pm
shamsuleffendey
Aku rasa PAS kalah sebab C. Ronaldo tu dah blah ke Real Madrid. C. Ronaldo tu leh la umpamakan pengundi PAS yang terpedaya dengan tawaran lumayan Real Madrid (UMno) tuh.
Yang pasti duit tidak boleh membeli iman. Bukankah RasuluLLah turut mengajar kita berdoa antaranya agar kita tergolong dari golongan orang yang sedikit. Kerana yang benar itu sedikit.
Mungkin itulah yang terjadi di MU ketika ini. Agak senang untuk membetulkannya bagi menghadapi PRU akan datang. Harap² post mortem bukan hanya mengkaji sikap pengundi di MU sahaja, malah diseluruh Kelantan, insyaALlah.
WALlahua’lam
p/s-meh la skong MU ustz
Julai 18, 2009 pada 9:31 am
md
>>>Google Earth Proofs a Miracle of Prophet Muhammad, israk n mi’raj dll
http://alambumi.blogspot.com/2009_05_01_archive.html
Julai 18, 2009 pada 11:53 am
mamado
Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya berpecah sepertimana berlaku di negara kita sekarang ini. Sekiranya salam persahabatan telah dihulurkan alangkah baik ianya disambut dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya Allah akan memimpin golongan yang baik & benar. Islam itu benar, oleh itu tunjukkan kebenaran yang dicari itu dengan keredhaanNya.
Ana rasa inilah masanya jalan menuju kegemilangan Islam negara kita sekiranya 2 parti umat Islam terbesar di negara kita bergabung tenaga menjadi khalifah unggul memandu umat ini menuju keredhaan Ilahi. Sejahat Umar Al-khatab setelah dibimbing oleh Baginda menjadi antara yang terbaik. Lapangkan lah dada, permudahkan urusan umat sesungguhnya akhirat kelak kita semua akan dipersoal tentang urusan kita semua didunia ini. Wallahi
Julai 18, 2009 pada 12:56 pm
salman faris
salam,
menang sikit pon menang gok!!
isu tak selesai,gerak kerja tak mantap…
ceramah kita mantap…rumah-ke rumah kita tak maksimum…
patut TGHA, ustaz nasa buat rumah kerumah,bukannya ceramah…
kalu TPM buleh rumah ke rumah, datuk pa buleh naik moto ke hulu ke hilir…mana pemimpin kito , setakat lepak kat ceramah,kat markas induk
itu bukan gerak kerja namanya …
rakyat dapat bergambar dgn sharizat pon ‘bangga’!
tapi kalu dapat semayae jemaah dgn pimpinan lagi ngam,
Julai 18, 2009 pada 1:08 pm
asranlap
Assalamualaikum..
Tulisan yang hebat dan komen juga amat membina.
satu sahaja dalam PRK MU
P: PAS dan POLIS
R: Rakyat dan Rasuah
K: Kepimpinan dan Kehinaan
M: Muka2 dan Membantu
U: Unity Goverment dan Ukhwah Gowernment
Pas sebenarnya dah hilang arah tuju. Tarbiah ahli kurang disematkan. Dulu marah kata orang tetapi sekarang PAS dah mula kata dekat orang.
Baru nak berjinak dengan KEPIMPINAN PAS.
Julai 18, 2009 pada 2:08 pm
Mohd.Rizal
Assalam wbt.
Betul tu………banyak pihak yang perlu dimuhasabahkan…….tidak kira kita siapa, apa jawatan kita dan apa peranan kita…….keputusan di MU ini memerlukan ‘post-motem’ yg menyeluruh, semua yg terlibat tidak terlepas dari dipertanggungjawabkan…….agar keadaan genting seperti ini tidak akan berulang lagi lebih-lebih lagi di Serambi Mekah ini! Bukan sahaja di pihak PAS, dirasakan pihak BN juga telah membuat bedah siasat mereka secara terperinci…………nampaknya lebih sengit lagilah nanti…….apabila kedua-dua pihak sudah tahu dimana salah dan silapnya……….Wallahu’alam.
Julai 18, 2009 pada 10:50 pm
Pak Su Din
Saya rasa ustaz yg kena muhasabah diri ustaz dulu…..ustaz rasa betul ke yg ustaz buat tu.
Julai 19, 2009 pada 12:45 am
manek urai: ibrah dalam syukur « jangan mengalah…
[...] SUMBER : [...]
Julai 19, 2009 pada 8:31 pm
antiSIS
Sabil,
Saudara salah menduga. Ustaz Nik Abduh menulis sesuatu yang jelas bahawa UMNO – PAs sentiasa bertentangan sehinggalah mereka kembali kepada Islam. Dia menafikan kesatuan boleh berlaku jika sekadar atas nama Melayu. Ini ajaran Pas dan ayahnya dari dulu sampai kini.
Akhbar hanya memetik yang umum untuk kepentingan mereka. Jelas Ustaz Nik Abduh dizalimi oleh akhbar. Adapun perpecahan dalaman senagja dimainkan oleh pimpinan pas dalam PRK MU adalah jelas dan sengaja. Tiada siapa mempertikaikannya. Disinilah solan beliau.
Mengapa saudara begitu mudah menuduh Nik Abduh? Lagipun akbhar itu menyiarkannya sehari sebelum pengundian. Untuk pengetahuan saudara sabil ia tidak diulas langsung selepas itu dan pengundi MU bukan pembaca akhbar atau blog. MU adalah pendalaman.lagipun siapa nik Abduh sampai boleh menukar undi dalam sekelip mata. Adillah saudaraku sabil!
Saya juga hairan denan blogger alhusseyn di http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/07/nik-abduk-menepuk-air-didulang.html yang yang memetik komen sabil dari blog ini sedangkan saya tidak mendapatinya kecuali harin ini. Ustaz Nik Abduh hanya terbitkan komen itu hari ini sedangkan alhusseyn copynya sehari lebih awal dan mendakwa ianya dari anonymous, sedangkan ianya dari saudara sabil??
What a shame!!
Julai 20, 2009 pada 2:09 am
hasanhusaini
salam..lambat benar sy mninggalkan nota ditulisan us kali ini… pd sy, para pendokong pas perlu duduk bermuhasabah, sharpen the saw…kenapa serangan mereka terhadap musuh semakin tumpul…padahl, di kubu kuat pas, kelantan tambah pula di mu.
jgn ayik menyalahkan UBN, kelak nnt kita akan malas memperbaiki diri..lbh baik meneliti kesilapan sendiri…benar kata us, uhud dan hunai sebaikny kita ambil ‘ibrah…
1 lg, sy cb utk mengajak semua pnyokong dan pendokong pas agar tidak menjumudkan fikiran dengn menyokong dan mempertahankan figur idola masing-masing.
kita sokong pas bukan kerana TGHH..bukan juga kerana TGNA atau mana2 figur dalam pas..tp sy sokong pas kerana syumulnya pas dengn tasawur sebenar islam.
perbuatan menyokong figur akan menyebabkan parti pecah-belah.
perbuatan menyanjungi batang tubuh figur melebihi ilmu dan kredibiliti mereka akan menjadikan kita cendrung ke arah yg lbh buruk.
sy menhormati TGNA dan TGHH bukan kerana btg tbuh beliau atau pangkatnya, tp krana ilmu dan amalnya yang begitu hebat.
Menyayangi pemimpin melebihi parti menjadikan kita berperangai sperti penyokong UBN.
Menyanjungi fizikal pemimpin melebihi spiritual merek membawa kita berperangai seperti mereka yang jahil..
maaf andai terkasar dan tersasar..wallahua’lam.
Julai 20, 2009 pada 10:42 am
pokleh
salam…..helmi,kami bukan fanatik mana2 pemimpin dlm pas,sebenarnya kami amat fanatik dgan pas,sebab tu kami kecewa dgn gelagat pimpinan,yang seolah olah tak sehaluan,yang jd mangsanya ahli bawahan…helmi kita sebagai ahli dlm stu jamaah,tk sepatutnya menzahirkan menyokong mana2 pemimpin dlam jamaah ni,ini akn menimbulkan perpecahan dalam jamaah kita….kalau kita sayangkan jamaah kita jgn lh kita menzahirkan yang di atas….
Julai 20, 2009 pada 2:19 pm
arik krai
Salam,
Ni saya ambik daripada salah satu komen di blog Kadir Jasin dan saya rasa ini juga menyumbang kepada kurangnya majoriti PAS di MU. Selebinhnya..sy memang setuju dengan Ustaz…semua kena muhasabah diri….dari peringkat tertinggi hingga kepada penyokong…ok ni dia komen tersebut.
“Salam Dato’ KJ
Kami anak perantau beranggapan bahawa PRK MU ini bukanlah banyak memberi kesan besar pada corak pentadbiran negeri yg mengusai secara mutlak. Hajat kami pulang kerana merasakan inilah ketika yg sesuai mengukur longgok intan serta emas yg cuba dijanjikan oleh TS Muhyiden. Namun kesepakatan yg tersemat dalam hati masing2 secara senyap hampir menjadi, kalau tak kerana lintasan dan kecelaruan jiwa tatkala memegang pensil untuk melakukan undi. \
Memang bagi sesiapa yg hati tidak kering, akan berpeluh dan menggigil bila berhadapan situasi yg sebegini. Ya la, perkara yg tak pernah dibuat, maka susah untuk dibuat2. Dalam jiwa sayangkan TGNA, tapi saat ini inginkan melihat juga benarkah kami di MU ini akan betul2 atau benar2 akan menjadi anak emas sebagaimana yg dijanjikan saban hari itu.
Kami memang sepakat sepanjang perbualan dari KL sehingga Kuala Kerai. Sampai di Kuala Krai, kami jumpa rakan2 sebaya kami di kg. Bagi kami, apabila rakan sebelah pihak lagi mengajak kami menguburkan UMNO, sedangkan kami telahpun berbicara panjang lebar sepanjang perjalanan jauh itu, kalau tak kerana PRK disini pun UMNO akan berkubur juga, itulah pemikiran kami, pemikiran setiap anak kelantan.
Kami pengundi, kami penduduk, maka itu kami tetap akan tetap meneruskan hidup seperti biasa, kalau ada offer yg lebih itu lebih baik. Tapi kalau ‘rasuah pilihanraya’ yg dilihat tidak menjejaskan mandat yg telah diberikan pada PRU12 atau menggugat kekuatan TGNA, kami bersedia berkompromi. Tapi itulah seperti yang yg saya katakan tadi, bukan semua hatinya kering, maka itu kita lihat yg kalah tidak besar, manakala yg menang tidaklah teruk. Cuma mesej yg cuba kami himpunkan ialah jgn sampai kami lupakan terus UMNO sebagaimana UMNO melupakan janji yg ditabur itu. Sebab kami tahu, kalaupun UMNO menang, jambatan itu bukan dibina menggunakan wang dari tabung UMNO. Maka apabila disebut dari mulut org besar KL, maka bajet untuk itu memang ada, kalaupun ianya tidak diadakan juga maka kami tahu dan sekelian rakyat khususnya anak2 muda yg peka ini boleh merumuskan bahawa perjuangan UMNO bukanlah untuk rakyat, tapi bajet itu sebagai alat untuk survival politik.
Saya akui kami bukanlah peminat UMNO, tapi kami tetap undi Tuan Nik atas konsep persahabatan serta dlm fikiran kami merasakan bahawa keputusan ini tidak menjejaskan sedikit pun kakuatan pentadbiran negeri yg diterajui TGNA. Untuk moral? persetankan moral, kami tahu apa yg kami lakukan dan kami tahu apa yg akan kami akan terjemahkan apabila saat PRU13. Terus terang juga bahawa kami tidak berganjak dari menghormati TGNA. Muktamad. Itulah ikrar anak kelantan. Maaf kami anak2 perantau kelantan. Kami masih cerdik dan bukan bodoh pun. Kami tahu sepatutnya kami ini sebenarnya ‘anak kandung’ kerajaan Malaysia bukannya anak angkat atau anak emas.
Seperkara lagi, kami tahu juga hak2 yg diperuntukan dlm perlembagaan apa yg hak dan apa yg bukan hak. Kami tahu pun yg SPR itu sepatutnya di’sepak’ atau kasar lagi d’ludahi’ sebab menyusahkan kami perantau untuk balik mengundi apabila diletakkan ditengah minggu dan ditengah bulan. Suara SPR ialah suara kerajaan pusat, kami tahu juga itupun. Kerjaan mana pun tak akan susahkan rakyatnya kcuali kerajaan BN juga kami sedar. Tapi kami rasa taklah susah sesangat sebab kesusahan digantikan dgn duit tambang. Ketika PRU12 dulu kami juga balik kg, tapi kami tong2duit minyak. Tapi kali ini tak perlu tong2 lagi. Sapa tak mau balik free dah tu musim durian plak. Kami pun bukan suka pun UMNO. Kami tetap balik dan bersumpah wallahidan sebagainya ketika pungut duit tambang dari parti yg penuh ‘kemampuan’ itu untuk beri undi. Kami juga takut langgar sumpah, biar duit tu berkat apabila kami anggapnya upah perkhidmatan. Kalau kami tipu tak undi UMNO, mana tau ianya dikira dosa, kalu undi parti yg disifatkan ‘rasuah undi’ hanya dikatakan syubhah. Itu yg kami faham.
Sekali lagi kami anak2 rantau mohon maaf untuk PRK saja. Maafkan kami TGNA.
WAN MAD”
Julai 20, 2009 pada 3:17 pm
amirkma
Salam….
ana pun srupe macam komen kamal, Frust ngan pimpinan PRK MU. leh sampai boikot gmbar presiden & royak…, petugas luar tak perlu……Semoga menjadi pengajaran pada kita sume…..
Julai 20, 2009 pada 5:00 pm
tarantella_z
kenapa ditanya mengapa pengundi banyak beralih ke BN. Kerana ramai hipokrit agama di dalam PAS. Sebagai contoh, sila klik di sini
http://www.selamatkanperak.com/2009/07/nizar-wajib-bertaubat-dipetik-dari-blog.html
Julai 20, 2009 pada 9:38 pm
khannu
Salam semua…
Soalnya siapa pencetus isu perpaduan? Kalau tiada pencetus maka tiada ia menjadi isu. Kemerosotan undi di Manek Urai banyak faktornya. Nasib baik kita menang lagi walaupun tipis…
Andaikata isu perpaduan tak dihentikan sebelum prk MU, ia terus menjadi isu, pada ana bukan saja menang tipis..mungkin kita kalah besar. Jadi fikir lah baik2 apa yang baik demi islam.
Julai 21, 2009 pada 2:41 pm
Hiz al-Basri
Assalamualaikum.
Alhamdullillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para auliya, para ulama, para pemimpin dan sekalian muslimin muslimat.
Ustaz Nik Abduh, kiranya baik semua umat Islam yang tinggal di Malaysia ini bersatu dan tidak berkelompok sepertimana yang berlaku sekarang sehingga memudahkan musuh-musuh Islam yang terang dan jelas menanam benih-benih perpecahan dan fitnah di kalangan umat Islam di Malaysia. Kewujudan perlbagai parti Melayu yang beragama Islam di Malaysia sebenarnya tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya memberi banyak impak buruk ke atas umat Islam.
Politik demokrasi yang dibawa oleh Barat dan sekutunya merupakan salah satu senjata pemusnah besar-besaran yang akan menghancurkan perpaduan dan kegemilangan umat Islam. Cuba Ustaz Nik Abduh baca dan renungkan zaman kegemilangan Islam dulu, tidak wujud kalimah ‘politik demokrasi’ di dalam kerajaan Islam. Kerajaan Islam ketika zaman keemasan dahulu bersatu di bawah satu khalifah yang dibantu oleh penasihat-penasihat dan cendikiawan yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Tetapi kini hampir keseluruhan negara Islam mengamalkan politik demokrasi yang mana amat jelas membawa terlalu banyak keburukan dan fitnah. Mana tidaknya, UMNO menuduh PAS dengan sesuatu yang tidak baik manakala PAS pula menuduh UMNO dengan sesuatu yang amat buruk. Inilah hasil politik demokrasi yang diinginkan oleh Barat dan sekutunya.
Mesej kemenangan PAS dengan undi yang merosot teruk ialah hampir kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam inginkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silatur-rahim sesama Islam. Masyarakat sekarang lebih bijak berfikir dan menilai berbanding pemimpin dan anggota parti politik. Sebab itu masyarakat sekarang kerap menunjukkan perasaan dan pemikiran melalui undi protes. Masyarakat sekarang sudah sedar dan dapat mengenali yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan menganggap masyarakat sekarang masih boleh diperbodohkan seperti dahulu kala. Kenapa UMNO-BN gagal sejak kebelakangan ini? Hal demikian adalah disebabkan ketidakupayaan UMNO-BN memahami kehendak masyarakat dan menyelami apa yang berlaku di dalam komuniti masyarakat setempat.
Jadi janganlah pula PAS mengikut fenomena UMNO-BN ini jika tidak mahu mendapat kesan buruk pada masa akan datang.
Silalah selami keadaan masyarakat setempat, fahami apa yang diinginkan oleh masyarakat setempat, dan melaksanakan apa yang telah dikatakan.
Last but not least, perjuangan PAS sekarang semakin jauh daripada matlamat dan hala tuju asal kewujudan PAS. Semakin jauh PAS daripada matlamat dan hala tuju asal semakin kurang undi dan kepercayaan masyarakat terhadap PAS dan pemimpin-pemimpin PAS.
Sila betulkan perjuangan PAS.
Sila kembalikan matlamat dan hala tuju asal kewujudan PAS. PAS tidak sepatutnya bersekongkol dengan musuh-musuh Islam hanya semata-mata untuk mendapatkan takhta dan hak keduniaan. Ingatlah hak akhirat itu lebih penting walaupun ada keperluan untuk mengimbangi di antara keduanya.
Ilahi anta maqsudi wa ridhaka mathlubi.
Salam.
Sekian.
Julai 22, 2009 pada 6:53 pm
qhazanah
Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran..
Julai 23, 2009 pada 1:15 pm
hanafirazali
salam ukhuwah… syukrn ats perkongsian ustz… saya bersetuju dgn pndpt ustaz… walaupun kita di bwh pakatan rkyt dgn DAP… kita masih membawa mesej dakwah dn mesej islam kpd semua manusia… jgn membiarkan pas seolah2 tunduk pd DAP… tp kita kene pastikan DAP menuruti cara islam…
Julai 25, 2009 pada 2:57 pm
Rizal
Alhamdulillah…pos motem ustaz yg bagus…
Julai 28, 2009 pada 8:48 am
Wim
Salaam,
politik pun politik jugak, dakwah pun dakwah jugak, asyik nak tembak org2 UMNO dan cari kesalahan mereka saja tapi sesama PR tak sedar dalam puak tu pun ada org Melayu juga. kena tengok juga. jgn pulak bila mereka ada buat kesalahan, contohnya ikut upacara org2 kafir sampai tunduk2 kepada pada alat2 upacara dan gambar, buat2 tak tau saja. (ada yg hampir rukuk tu!)
takut kalau diceritakan kebenaran nantu ibarat sedekahkan peluru pada UMNO, oleh itu kebenaran pada waktu itu mesti dibisukan. kebenaran ini hanya boleh diperjuangkan apabila UMNO buat salah saja.
satu lagi jgn lupa Islam ya’lu wal yu’la alaih.. jauh lagi tu..
Julai 28, 2009 pada 8:54 am
inamadia-anak Perak
Salam….
Ustaz, Tahniah dan syukran atas pandangan dan kritikan yang membina untuk membina kekuatan rohani ahli-ahli PAS.Saya berdoa agar semua pimpinan PAS agar bersikap begini juga. Memang terus terang saya cukup kecewa dengan ramai pimpinan PAS Kelantan. Seoalah pimpinan PAS Kelantan ketika pilihanraya MU dah terkena penyakit UJUB. Terus terang saya sendiri berdoa pada Allah, andainya kekalahan PAS itu lebih baik di MU untuk mengembalikan pimpinan-pimpinan dan ahli-ahli PAS kepada asas sebenar perjuangan PAS iaitu ISLAM, berilah kekalahan. Isu kerajaan Perpaduan, sebenarnya saya nampak, dimulakan oleh media, dan dari pemerhatian saya, antara yang pandai menimbulkan isu sampai meletup, MALAYSIAKINI. Berhati-hati la dengan berita MALAYSIAKINI, saya melihat berita-berita mereka banyak ke arah untuk menghapuskan Islam dengan propaganda sulit (menimbulkan kekeliruan).Yang peliknya, ramai sungguh ahli termasuk pimpinan PAS percaya kat Malaysiakini hampir 100%.Dan selepas tu, media perdana sambung menyalak je.Itulah yang terjadi, fitnah yang dijalankan ke atas Ustaz Nasharuddin.Tapi selepas pimpinan menyelesaikan krisis itu, hati saya sedikit lega, saya tarik balik doa sebelum ni, minta Allah bagi balik kemenangan untuk pilihanraya di MU.Saya memang jelas kecewa dengan pimpinan PAS di sekitar TGNA. Semoga dapat buat post-mortem, muhasabah diri, jangan sampai PENYAKIT UJUB MENGUASAI diri. Ingat balik kata-kata Saidina Umar Al-Khattab kepada pasukan pejuang Islam sebelum pergi berperang, “Aku tidak khuatirkan tentang kekuatan musuh tetapi aku khuatirkan tentang dosa yang kamu lakukan kerana Allah memberi kemenangan bukan kerana besar atau kuatnya pasukan kita tapi kerana kuatnya keimanan kita kepada Allah”. Tolong betulkan saya Ustaz, kalau tersilap sikit.
Saya pun naik sakit hati bila pimpinan PAS Kelantan terlalu memuji melangit pada TGNA.Saya tidak pula nak junjung terlalu tinggi TGHH. Yang pasti saya hormat dan sayang keduanya kerana keimanan dan ketaqwaan mereka sehingga ke hari ini. Satu perkaar kita kena ingat, asas PAS adalah Islam,oleh itu bukan PAS yang perlu pada pimpinan dan ahli tapi pimpinan dan ahli lah yang memerlukan PAS kerana PAS perjuangannya adalah ISLAM!
Julai 30, 2009 pada 11:35 am
hanafirazali
salam… saya menyokong penuh tulisan dan pandangan inamadia-anak perak… pas bukanlah perjuangan berdasarkan individu… TGNA dan TGHA juga manusia yg suatu hari akan menempuh kematian… Kita mesti menyokong PAS atas dasar Islam yg dibawa… bukan atas dasar individu yg memimpin gerakan ini… WallahuA’lam
Julai 31, 2009 pada 8:06 am
ikebilihikejerung
http://freedocumentaries.org/
salam…
ana ex-smuda 94-98 sama dgn angah along,mat gua muse,mat pine dan lain2 lagi…masa tu zaman gemilang smuda sbb ramai yang dtg belajar dari serata malaysia…ana sempat ber’ustaz kan dgn ustaz,ustaz raja,ustaz hamzah,ustaz kekanda nik adli,mudir,ustaz osman deraman, dan sebagainya…
mcm2 ana dengar dan saksikan jatuh bangun SMUDA sepanjang 94-98…
ana senyum saja bila org cakap2 pasal SMUDA…