Salam Kamunting,
Lama saya tak menulis. Semuanya kerana saya yakin baik saya tak menulis untuk sementara waktu. Hari ini saya fikir sudah masanya saya menulis lagi. Ombak besar sudah kurang memukul, tanda amaran tsunami sudah tiada kelihatan dan suasana kini sudah agak tenang. Bolehlah saya turun mandi..
Bulan ini masuklah tahun ketiga saya menulis di blog saya, ‘masanya memilih jalan yang lurus’. 2 tahun berlalu, blog ini naik dan turun. Naik kerana saya rajin menulis dan turun kerana saya malas menulis. Naik kerana saya menulis yang panas dan turun bila tulisan saya sejuk dan dingin.
Maknanya, pengunjung laman – laman blog sentiasa menagih blog yang sering diperbaharui dan sentiasa gian yang panas – panas. Dua – dua itu saya gagal. Ramai juga sahabat dan kenalan yang marah dan menegur. Itu tanda sayang dan tanda sokongan.
Ada juga yang tak sayang. Jika ada pilihan raya blog, mereka tidak akan undi blog saya. Saya mungkin senasib ’Penarik Beca’ yang ramai peminat dan ramai juga musuh walaupun jumlah peminat dan musuhnya jauh lebih banyak berbanding saya. Bakaq Haq adalah antara pendorong utama yang menggesa saya menulis blog 2 tahun lepas.
Makanya, saya jaga dia sebagaimana dia jaga saya. Bahasa Bakaq Haq kata, thiqah dan wala’ tahap gaban!! He he..
Menulis adalah minat saya sedari awal. Ia hampir mati seketika semasa saya belajar di India. Saya hanya membaca dan tidak menulis sebab jumlah kami yang belajar di sana tak ramai. Semasa di Maahad Muhammadi dulu, saya sering menulis dalam makalah badan dakwah sekolah. Biasalah, mula – mula teragak – agak dengan tulisan sendiri, tapi bila kawan – kawan puji dan kata baik, saya jadi bersemangat.
Saya masih ingat seorang guru perempuan Bahasa Melayu di Tingkatan 6 yang memeriksa kertas karangan BM kami sekelas memuji tulisan saya. Dia kata tulisan saya adalah terbaik dan paling seronok dibaca. Cuma dia bagi markah rendah saja sebab tulisan saya lari tajuk dan tak pun masuk tajuk! Hu hu..
Hari ini anda tak perlulah puji saya untuk saya rajin menulis. Hentam pun saya tulis..
Puji adalah senjata utama membina keyakinan anak – anak. Pujilah anak – anak dan murid – murid anda. Paling tidak anda akan lihat hidung mereka jadi mancung, taklah kemek lepek kepek macam anda..
Blog telah mengembalikan dan menyuburkan kebolehan dan keinginan saya untuk menulis. Saya berhasrat menulis yang ringan – ringan yang memberi nasihat, menyeru kepada kebaikan dan menyintai kebenaran. Saya hanya ingin bersantai – santai dan rehat – rehat dalam tulisan saya. Itu hasrat awal saya dan begitulah jadinya himpunan tulisan awal saya.
Tetapi saya tidak lagi seperti yang saya sangkakan. Saya fikir saya mampu kekal seperti dulu, tetapi kehidupan memindahkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Atau, kita terpaksa berpindah dari kehidupan lama kepada kehidupan yang baru.
Kehidupan penuh dengan tuntutan dan desakan. Ia dipenuhi paksaan demi kehidupan yang lebih benar. Dunia ini seperti filem. Palsu tetapi memberi pengajaran. Ada orang meminati filem dan ada orang menyunting pengajaran daripada filem itu. Anda tahu siapa yang beruntung daripada kalangan mereka.
Saya akhirnya diheret untuk menulis yang berat – berat juga. Bermula dengan menulis idea – idea yang agak sukar difahami anak – anak muda yang mula berjinak memahami kehidupan Islami, kemudian mula mengkritik dan menegur figura – figura dan tokoh – tokoh kehidupan sampailah akhirnya saya menembak dan melibas apa saja yang saya fikir perlu dilibas.
Membaca tulisan sendiri adalah seperti taaruf terhadap dalam diri yang sukar dijiwai sesiapa. Tulisan sendiri adalah kawan yang terlalu benar. Tulisan adalah lebih benar dari lidah dan anggota badan. Anda merasai kehebatan diri, juga kebodohan diri.
Begitulah saya setelah 2 tahun di dalam media baru ini. Saya menulis dan anda membaca saya sesudah membaca tulisan saya. AlhamduliLlah, penjengok laman saya semakin bertambah untuk memuji, mengkritik dan menghentam. Semoga semuanya mendapat pahala dari amal perbuatannya. Setidaknya pahala beristighfar daripada keterlanjuran menghentam dan menggodam, juga memuji dan memuja.
Hari ini blog ini dikunjungi oleh purata 1000 pengunjung sehari atau lebih. Selepas hampir sebulan tidak up date, masih ada lebih 500 pengunjung yang sudi dan tak jemu menjengoknya. Saya mohon maaf kerana mengganggu masa emas anda.
Terima kasih atas sokongan.


40 comments
Comments feed for this article
Jun 30, 2009 pada 10:14 am
muhammadridwanto
Salam ustaz,
teruskan menulis
Jun 30, 2009 pada 10:21 am
mujahid al-jundi
salam ust nik..
bersyukur pd Allah yg tlh bg kelebihan kpd saudara. teruskan saudara mnulis demi perjuangan yg suci… nasihatlah skiranya ada shbt sperjuangn tersilap, kritiklah skiranya mlampau, terangkanlah sejelas2nya kalau ada yg blum faham atau buat2 x faham. Kita sama2 tegakkan kebenaran yg brlandaskn iman&islam walaupun org2 kafir dan MUNAFIK tidak mnyukainya…
Jun 30, 2009 pada 10:52 am
mumtazah
Terima kasih kerana menulis
Jun 30, 2009 pada 10:59 am
bakaq a.k.a. ~penarik beca
Assalamu’alaikum wr wb
Saya masih dengan keinginan untuk melihat Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz menjadi Tok Guru yang menjadi tempat bernaung semua orang. Memang kita tak mampu menghambat sikap partisan dalam hati kita. Tetapi Ustaz lagi pandai bab tawazun.
Bangang sangat la aku ni kalau nak ajar Ustaz Nik Abduh bab tawazun; bagai gagak kotor nak mengajar merak kayangan tentang penampilan yang indah.
Thiqah dan wala’ memang diajar Tuhan. Jahat teramat jahat saya ni kalau saya menolak dan melawan pesan Tuhan dan Rasul-Nya yang suci tentang thiqah dan wala’.
Saya hanya melawan thiqah dan wala’ yang berubah atau diubah menjadi candu masyarakat.
Salam kasih untuk kesemua ummatan wasatan.
Jun 30, 2009 pada 11:42 am
hamba
Salam…
gembira melihat ustaz kembali menulis.. selamat kembali Ustaz! hehehe.
suka dengan pernyataan ustaz diatas “ombak besar kurang memukul,… bolehlah saya turun mandi”
patutnya, inilah yg patut dilakukan dulu oleh semua org…
tapi ada jugak dulu yg nak buat renangan kuak lentang + kuak dada.
moga ustaz sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt.
“Kesejukkan kasih sayang-Nya semoga selalu menerangi hari-hari anda dengan kebahagiaan”
Jun 30, 2009 pada 11:52 am
smartmedic
Salam ustaz,
Teruskan menulis. Memang nampak tenang sikit sejak reda isu kerajaan perpaduan ni.
Pendapat peribadi saya memang tidak perlu dibincangkan lagi, apatah lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat sedang membina kekuatan yang mungkin menjana kemenangan besar dalam PRU13 nanti. Sesak nafas dibuatnya.
Namun perjuangan PAS tetap utuh selagi bernaung dibawah kepimpinan ulamak, insyaAllah. Takbir!
Jun 30, 2009 pada 11:56 am
abuqutaibah89
salam ustaz..
doa ana untuk ustaz..
teruskan menulis. ana yakin ramai lagi di luar sana yang menanti tinta ilmu dan amal dari ustaz. semoga perjuangan pemuda Islam akan sentiasa bersemarak dengan tulisan-tulisan pendokongnya. mungkin kami tidak mampu mendekati pimpinan setiap masa, namun tulisan-tulisan pimpinan menanam rasa sayang pada pimpinan, perjuangan dan Islam.
insyaAllah..
Takbir!!!
Jun 30, 2009 pada 1:10 pm
umaralfateh
teruskan ustaz.
setia menanti belaian halus terhadap iman di jiwa.
Jun 30, 2009 pada 2:30 pm
zai
salam ustaz,
teruskan menulis dan menyampaikan ilmu yang ustaz ada kepada semua muslimin dan muslimat..
Jun 30, 2009 pada 3:13 pm
pokleh
salam,alhamdulillah terubat sikit rindu di hati ini bila ustz kembali menulis,teruskan ustaz kami sentiasa menyokong mu…
Jun 30, 2009 pada 4:38 pm
al-aman
Salam.
Saya sentiasa menunggu-nunggu tinta emas daripada ustaz. Teruskan menulis. Redha manusia merupakan matlamat yg tidak akan dicapai, maka berusahalah untuk mencapai redha Tuhan manusia!
Hayyu Asyier,
Ardhul Kinanah.
Jun 30, 2009 pada 6:25 pm
wan faiz
Salam ustaz. Berkata benar biar pun pahit.. Allah sentiasa bersama orang2 yang benar.. Insyallah satu masa lagi saya yakin ustaz akan menggantikan Ayahanda Ustaz… Klu ada peluang jemputlah berceramah di Surau Ar-Rahmah Sec 8 Shah Alam.. http://www.arrahmahs8.com/
Jun 30, 2009 pada 6:30 pm
ihsan
us telah menuls, maka tugas kita untuk membaca dengn nama Allah yang telah mengajar dengan Qalam….membaca dan mengkaji..baca dengan hati..
Julai 1, 2009 pada 7:34 am
amdang81
salam ustaz…
Kalu Tsunami kat laut, kat parit masih boleh main-main air. Cuma ada la nanti yang tanya kenapa tak ke laut. Itu jer.
Apapun, selamat ulang tahun ke 2 untuk ‘masanya memilih jalan yang lurus’.
Julai 1, 2009 pada 9:31 am
tarantella
Alhamdulillah memang seelekonya mencari jalan yang lurus. saya berharap sangat agar saudara dapat menjengah ke isi blog ini. http://awekzbukitgantang.blogspot.com/2009/07/luahan-hatifikir-fikirkanlah.html
Julai 3, 2009 pada 2:47 pm
ammer bin hasan
Assalamualaikum,
Ustaz, bila ustaz dah lama tak menulis, satu kehilangan lak buat saya sbb bbila saya baca tulisan ust yg santai..gelak pulak saya..sbb tak ramai ust yg buleh cerita pasal bola sambil beri tazkirah..
Saya setuju sgtlah dgn pandangan ust..sebagaimana saya setuju ngan tulisan2 kekanda sdr Roslan SMS..kekadang kita bergiat dlm perjuangan ini memerlukan sedikit ilmu kiasan politik kerana memang kita tak tendang kaki org..tapi lawan kita yg selalu terjah kita..so kenalah tahu stail mengelak…kalu tak..patah kaki..
Contohnya..isu pasal kerajaan perpaduan..yang ana nampak, ada segolongan ahli/pimpinan yg tak buleh terima DSAI sbg pimpinan utama jika PR memrintah..sbb kita sbg ahli PAS yang ditarbiah/didik oleh PAS..sentiasa wala’ kpd pimpinan dan percaya pimpinan kita yg selayaknya memimpin negara. Atas sbb2 spt itu yg mereka cuba melambat2kan/ melonggarkan ikatan PR..kerana percaya PAS buleh memimpin/mengetuai PR..ana bukan nak kata pd Tuan Guru Hj Hadi.sbb dia adalah idola ana..dan nama anak ana yg ke3 pun ikut nama TGHA..kerana ana percaya TGHA melontarkan idea..tetapi puak2 inilah yg menggunakan idea ini utk kepentingan mereka..
ana sebaya dgn ust…tapi bukan aliran agama..jadi saya hanya buleh mengulas secara ’surface’ jer..
Wassalam..
Julai 1, 2009 pada 3:34 pm
jimat cermat
Assalamualaikum ustaz..
moga ustaz terus menulis
saya dan sahabat2 sentiasa ternanti2 posting baru ustaz
Julai 1, 2009 pada 5:02 pm
Tinta Ilmu
Salam, siiruu ‘alaa baarakatillah..
Semoga dapat timba ilmu dan pengalaman dari tulisan ustaZ
Julai 1, 2009 pada 11:21 pm
pie
salam perjuangan ustaz..
teruskan jika kita berada dipihak yg benar
Julai 1, 2009 pada 11:23 pm
khairul
salam ukhwah.. semoga terus thabat
Julai 2, 2009 pada 8:55 am
zuraimi
salam… ustaz..
teruskan dengan tinta emas ustaz…
Julai 2, 2009 pada 10:43 am
salman faris
salam,
tulis laa ustaz…kawe tiap-tiap hari buko , tapi hampo ,,,tak update …
update laa sekali sari …tiada idea gak ,,bubuh hadis ko tafsir quran ko …
lapar tazkirah nie….
Julai 2, 2009 pada 11:15 am
ummuhanah
menulis bukan kerana nama …
menulis mencari redhaNya sekalipun dihina manusia
menulis untuk menyatakan yang benar-benar belaka
dan berbuat kebaikan kepada manusia
jesteru perkataan yang benar dan perbuatan yang baik itu adalah mententeramkan jiwa…
jadi anda menulislah,
yang benar dan mendatangkan kebaikan…
ia boleh mententeramkan jiwa…
salam juang !
Julai 2, 2009 pada 12:41 pm
chekamala
tulis jgn tak tulis…
Julai 2, 2009 pada 1:01 pm
sebal
Salam,
Wah lama utz tak menulis..dlm sebal and geram issue mee celup..dulu..rasa rindu juga dgn tulis utz..yg kali..ini amat menyenangkan and menyejukan…oklah..sekarang masa utk bekerja bukan masa utk berbalah..semoga bekerja terus .
Julai 2, 2009 pada 9:09 pm
izaiyah
Alhamdulilah. Rindu juga dengan tulisan ustaz. Apa pun syabas saya ucapkan semoga ustaz setiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam menghasilkan penulisan yang membina kefahaman terutama dalam politik islam yang nampaknya tak difahami terutama oleh org islam sendiri. Jika sudi singgahlah ke blog saya http://izaiyah.wordpress.com, harap ustaz beri tunjuk ajar pada yang baru nak bertatih.
Julai 3, 2009 pada 6:16 am
kibrit merah
salam ustaz.
alhamdulillah, dapat lagi menatap bingkisan pedang berbisa daripada Ustaz. Teruskan menulis, pena kini adalh senjata yang punya kuasa yang lebih berbisa.
Julai 3, 2009 pada 3:45 pm
Usamah
salam….
penulisan ustaz memang bagus sehingga saya tersenyum sendiri tika membaca tulisan ustaz ni. he…he…
Julai 3, 2009 pada 3:53 pm
BARAN
Salams ustaz. kali pertama singgah ke blog ustaz. sangat bagus untuk menjadi santapan minda. saya dulu juga bekas pelajar di Maahad Muhammadi Perempuan. terlalu rindukan sekolah lama. semoga ustaz tidak putus-putus berdakwah di alam maya ini.
Julai 4, 2009 pada 2:51 am
kain kapan
tiLooong baca…dan tolong kaji la ape yg ustaz tulis ni…jgn rasa je…
Julai 4, 2009 pada 3:14 am
muhd najid
lama menunggu tulisan terbaru ustaz. Akhirnya… penantian menjadi kenyataan. next entry…? sentiasa menunggu
Julai 4, 2009 pada 8:30 am
Rizal Radzi
Alhamdulillah…pendapat peribadi saya, ustaz lebih mantap berceramah daripada menulis, tapi tulisan ustaz tetap baik,cumanya saya ter’compare’ dengan tulisan ayahanda ustaz yg lebih baik…huhu
Julai 4, 2009 pada 1:14 pm
rosnanie
salam..berharap sangat ada yang bakal menggantikan TGNA apabila dia tiada nanti, walaupun mungkin tidak setanding dan walaupun iman tidak dapat diwarisi
Julai 5, 2009 pada 3:33 pm
nawi
Salam..
sedikit saja ulasan yang aku fikir patut dikemukakan disini..
1. Sangat janggal apabila kita sebagai org yang terpelajar dalam jurusan ilmu masing2 ( semua ilmu datang dari Allah SWT) boleh mengatakan kita tidak tahu yang kehidupan kita akan berubah/naik dari satu tahap ketahap yang lain. Bongok dan cakduh lah kita kalo evolusi dalam kehidupan pun kita tidak faham. Dan semestinya, kita bukanlah org yang mampi Istiqomah jika soal evolusi dalam kehidupan pun kita tak dapat jangka/lihat/asuh dan pertahankan. Memang bongok dan membongokkan.
2. Jika aku ini hanya seorang lelaki yang tidak punya apa2 selain keluarga utk dijadikan contoh oleh mereka, maka setiap kesilapan atau ketidakbijakan aku mungkin hanya dianggap kesilapan kecil, dosa kecil. Tapi bagi individu yg menjadi tatapan/pujaan org, pastinya kesilapan/ketidakbijakan itu dianggap dosa paling hampeh. Soalnya berapa kali kita pulang semula keasal, bercerita pada isu2 asas?
3. Kita mungkin antara segolongan manusia yang mampu membaca banyak hasilan kitab/ilmu yg jarang dibaca org. Tidak semestinya org kebanyakan mampu memahami apa yg kita faham kerana mereka masih bergelumang dengan soal amik air sembahyang dan darah haid/nifas.
4. Evolusi.. apakah sudahnya sumbangan golongan muda kalao sekadar bercakap penuh retorik tampa mahu meneliti evolusi yang lebih penting dalam perjuangan.. EVOLUSI PERKHIDMATAN KEPADA SELURUH MANUSIA!!
5. Sedih, kita bercakap mengenai itu dan ini, tetapi kita tidak sedar, sebelum itu dan ini penuhkan dulu dada2 manusia dengan ILMU YANG BERMANAFAAT.. salah satu bahagian yang akan kekal dibawa ke alam barzakh..
cukuplah.. Ustaz anak org ternama.. tapi belum tentu ustaz akan mewarisi jatidirinya.. hiduplah.. bernafaslah dengan Al-Quran dan Hadith.. jika benar itu yang kita mahukan..
Julai 5, 2009 pada 10:03 pm
SmallBro
Dah lah tu. Takan dok termakan pujian jer….2 ke 3 tahun ke….itu tak penting skrg. Make your stand….nak bermuqabalah ke…nak debat ke atau nak apa? Rakyat mencari halatuju dari ulamak.
Adakah PAS akan menjadi parti menyimpan dendam atau PAS akan menjadi ulamak pewaris nabi…pembawa obor keamanan.
Apa salahnya duduk berbincang utk menerapkan Islam dari duk berdebat mengangkuhkan diri siapa lebih Islam.
UMNO lemah skrg…hulurkan tgn tetapi dgn bersyarat….tgk MCA…tgk DAP….depa pun tahu UMNO lemah dan tgk macamana depa tekan UMNO dgn sokongan bersyarat….satu2 roboh kepentingan Melayu. Jgan jadi bodoh berpolitik. Kadang2 mengkudakan musuh yg lemah lebih baik dari menghapuskan mereka.
Julai 6, 2009 pada 1:05 am
soul survivor
islamic daa’wah will go on with us whatever,wherever,however we are!bloggings or any other cyberworld mediums are indeed another Allah’s creation for His ummah to use or misuse.in this present world (or rather towards the end of the world) of FITNAH,the duty to impart the work of reminding the ummah (amar maaruh,nahi mungkar or daa’wah) becoming crucial by the seconds.with the enemies attacking Islam from all angles and means,our duty to protect and propagate His religion is paramount in our lives.ust nik,being a selected leader,yr writing is NEVER just a passing time but rather something that shall be accounted in the day of Judgement.Pas in particular and the ummah in general need every bits of yr guidance in the form of yr writings.i kind of observe people ‘within’ and to me yr writings have always been from ‘within’.be presevere,coz the work of islam is full of tribulations….and Pas is going thru one!KEEP WRITING and it is not about sejuk or panas BUT TRUTH and FALSE!!Jazakumullah.
Julai 7, 2009 pada 9:11 am
greenismycolour
Memang tulisan kita adalah luahan dari hati yang terdalam. Oleh itu sukar untuk dijangka isi kandungan atau kekerapan luahan itu. Dan sememang ada kalanya kita perlu berdiam diri.
Apapun….welcome back, Ustaz!
Julai 7, 2009 pada 1:58 pm
abuhanif-kedah
Salam..ustaz nik teruskanlah perjuangan dlm dunia tulisan…-anak muridmu..ngaji tafsir di rmh kelantan th 1997-2000
Julai 9, 2009 pada 8:08 am
Hafizan
Salam,
Ustaz saya sentiasa mengikuti perkembangan tulisan ustaz…truskan…semoga dengan usaha ini dpt memberi perubahan kpd sebuah negara dlm kebaikan…
Julai 14, 2009 pada 4:46 pm
Radzhi
Maknanya selama ni belum jumpa jalan yang lurus???