Salam Kamunting,
PAS menyertai pilihan raya dan aktif bergerak dalam sistem demokrasi barat acuan Malaysia hari ini dengan dua matlamat besar. Pertama adalah dengan matlamat islah atau memperbaiki kehidupan rakyat melalui islah politik dan pemerintahan terutamanya. Kedua adalah dengan matlamat menukar pemerintahan sedia ada dengan kerajaan baru yang lebih baik.
Matlamat yang kedua pula akan terhenti secara langsung jika matlamat pertama tercapai. Matlamat pertama dikira tercapai apabila pemerintahan sedia ada, seperti BN hari, telah secara jelas menunjukkan kesediaan dan keazaman untuk melakukan keadilan yang dituntut dan membuktikannya melalui gerakan islah ke arah itu.
Oleh kerana PAS memperjuangkan ketuanan Islam ( HakimiyyatuLlah ) secara mutlak dan murni, maka maksud keadilan itu hendak ditafsirkan secara Islam sebagaimana pengajaran junjungan besar Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Keadilan dalam Islam hanya berlaku dengan mengembalikan hak kekuasaan dan pemerintahan duniawi ini kepada Allah, tuhan pemilik semesta alam.
Justeru kerajaan BN hari ini dikira absah apabila ia bersedia menerima Islam sebagai cara hidup untuk negara Malaysia. Saat itu, tiada hujjah lagi untuk PAS dan semua umat Islam untuk meruntuhkan dan menukarkannya dengan kerajaan yang baru walaupun dengan alasan membentuk kerajaan ‘Islam’ alternatif yang lebih baik.
Dalam Islam, ketaatan kepada pemerintahan Islam adalah sesuatu yang besar. Ia di tempat ketiga selepas ketaatan kepada Allah dan al Rasul. Sebarang usaha menumbangkannya adalah jenayah besar yang dicela, bahkan berhak mendapat hukuman berat.
Jika matlamat pertama itu gagal dicapai iaitu apabila berlaku keingkaran berterusan daripada pemerintah sedia ada untuk berubah, bahkan berterusan melakukan kezaliman ke atas rakyat dan memuncak dengan penolakan terhadap sistem Islam sebagai cara hidup, maka matlamat kedua mestilah diteruskan. Kerajaan sedia ada tiada keabsahan untuk kekal memerintah umat Islam yang dimestikan untuk tunduk kepada kekuasaan sistem Islam yang diredhai Allah.
Ia adalah jihad dan perjuangan yang sah dan fardhu walaupun terpaksa menempuh kesukaran dan halangan serta menuntut pengorbanan ke atas nyawa, harta dan segenap kepunyaan. Perjuangan adalah tuntutan agama manakala ujian adalah sunnah Allah ke atasnya.
Di atas landasan inilah PAS bergerak. Ia jatuh bangun sebagai sebuah parti politik dan berjuang di medan politik yang luas capaiannya dalam sistem demokrasi negara. PAS tidak memilih untuk menjadi sebuah pertubuhan NGO yang agak sempit laluan dan capaiannya.
PAS melalui muqabalah dan muzakarah dengan pemerintah BN hari ini konsisten menawarkan penyelesaian yang lebih mudah. BN mesti bergerak ke arah islah diri yang dituntut agama. PAS pasti menghulur tangan. Tiada cela. Apa yang ada hanyalah pujian daripada syara’.
Tetapi BN yang diterajui UMNO hari ini, walau dalam cedera dan parah tetap konsisten di dalam memelihara kezaliman dan menternak dan memugarinya. Usah kata Islam, nak jaga demokrasi tajaan sendiri pun tak mampu ( meminjam kata ayahanda ). Muqabalah walaupun tiada hujungnya, tetapi ia telah berjaya menjulang Islam di dalam menegakkan hujahnya di hadapan kezaliman dan pemukanya.
Allah menyeru kepada muqabalah di antara Musa alaihissalam dengan Firaun laknatuLlah. Hasilnya adalah penentangan Firaun yang bertambah – tambah. Hasil yang diredhaiNya adalah tertegaknya hujah Musa di hadapan Firaun sebelum kehancurannya.
Justeru PAS mengekalkan arah perjuangannya menuju kedua – dua matlamat tersebut. Ia samada BN yang diterajui UMNO menerima dakwah Islam dan PAS, lalu PAS menghulur tangan ‘baiah’nya dan membangun bersama, atau BN diruntuhkan pemerintahannya dan dicabut kekuasaannya melalui sistem demokrasi negara yang menerima pemindahan kuasa secara aman dan saksama.
Lebih 50 tahun PAS berjuang, adakah PAS telah memperolehi kemenangan? Adakah kekuasaan sementara dan terhad di Terengganu dan terbaru di Perak adalah kemenangan yang dimaksudkan? Atau ianya satu kekalahan yang menandakan kesalahan PAS di dalam berjuang? Atau adakah itu hukuman Allah kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan Islam ideologinya? Kemudian adakah PAS sanggup menggadai prinsip agama demi kekuasaan?
Jika anda membaca dan mendengar perbahasan semasa, anda akan dipukul atau terpukul dengan persoalan – persoalan yang bersifat ‘tasykik‘ yang mencetuskan keraguan di medan perjuangan. Lebih pilu dan menyayatkan apabila ianya ditimbulkan oleh mereka yang turut menggelarkan diri sebagai pejuang Islam atau pengamat perjuangan Islam.


18 comments
Comments feed for this article
Februari 19, 2009 pada 7:37 am
Mohd Hazren
Teruskan memperjuangkan ketuanan Islam ( HakimiyyatuLlah ) …
Allahuakhbar !!
Februari 19, 2009 pada 11:37 am
globalmalau
Hulurkan tangan dan bantulah kerajaan sedia ada dengan cara berhemah…bukan kekerasan…
‘Kerajaan sedia ada tiada keabsahan untuk kekal memerintah umat Islam yang dimestikan untuk tunduk kepada kekuasaan sistem Islam yang diredhai Allah’.
Februari 19, 2009 pada 1:52 pm
amirul
Tahniah ust. dapat menjelaskan dengan baik sekali akan logik perjuangan kita kini. Ana faham dan memang betul itulah benda yang hendak dicapai ,sebab objektif perjuangan dalam Islam sudah termaktub dan jelas dan tidak siapa barani meraguinya sedangkan jalan untuk mencapainya tidakkah ianya sudah jelas…?.kalau kita guna logik akal memang betul dan patut apa yang kita dah lakukan sekarang tetapi disisi Allah.. adakah Allah suka…..ingatlah semua zaman dan keadaan telah Allah ceritakan dalam Al-quran..dengan perjuangan yang jelas dibawa oleh nabi2 dan rasul2 sama ada dalam keadaan ada pengikut atau tiada pengikut…perjuangan diteruskan dengan jalan yang dikehendaki oleh Allah. Dalam surah Yusuf Allah telah meminta Nabi SAW bagi tau umat ” katakanlah wahai Muhammad inilah satu2nya jalanku, seru (dakwah) manusia kepada Allah di atas jalan yang terang, aku dan pengikut2 ku”. Adakah di atara satu rasul dengan rasul yang lain mereka melaksanakan jalan perjuangan yang berbeza bila berhadapan dengan masalah umat yang berbeza ? dan akhir sekali adakah nabi kita melakukan jalan perjuangan yang berbeza dengan saudara2 baginda yang terdahulu walaupun jangkauan masa jauh ribuan tahun…..ingatlah sampai hari kiamat tidak akan datang lagi utusan Allah utk bagi tau kita bahawa kamu betul….puak kamu betul….hanya yang betul mereka yang mengikuti jln perjuangan orang2 terdahulu yang Allah sediri gembira dengan mereka….Allah bukan sahaja merakamkan jalan perjuangan mereka bahkan perkataan yang digunakan oleh setiap rasul juga adalah sama, betapa Allah gembira dengan seruan mereka….wahai saudaraku telitilah baik2 Al-quran ia adalah panduan sepanjag zaman. Sahabat baginda SAW ramai yang buta huruf. ramai org miskin, kelas bawahan dlm masyarakat, terhina sebelumnya tetapi mereka telah dimuliakan oleh Allah dengan jln perjuangan yg ditunjuk ajar sendiri oleh baginda…..baginda tidak dirikan sekolah atau madrasah..baginda tidak tubuh badan politik, NGO, persatuan, kelab dan sebagainya tetapi mereka disatukan dengan dua kalimah tauhid…setiap drp mereka sentiasa melihat apa kehendak Allah dan rasul…..240 ribu sahabat hanya 10 ribu shj kubur mereka di bumi hijaz…kemana mereka? … mereka bukan dapat pangkat datok, tun, tan sri, datuk sri tapi….sahabat dapat pangkat RA… siapa bagi ? dikurniakan oleh pemerintah sekelian alam dunia dan akhirat iaitu Allah SWT. Nabi kata ” sahabatku umpama bintang2 di langit, sesiapa yang mengikuti mereka akan berjaya ” adakah pesanan nabi ini tidak lagi relivan ? Wahai ust. yg dikasihi … teruskanlah perjuangan kito..tapi ingat apa yang ust perjuangkan dan ana juga perjuagkan apa yang ust dan tok guru perjuankan hanyalah tak lebih dari keperluan semasa sahaja…tuntutan keperluan adakalanya wajib, adakalanya sunat ,adakalanya makruh, adakalanya harus dan adakalanya haram……dan saya pun setuju dengan keperluan kepada pemimpin di kalanganorg Islam yang baik juga wajib diperjuangkan ….tetapi….ambo tetap yakin ianya bukan satu torikoh..bukan sunah tullah atau sunahturasul…..usaha yang sebenar….tidak pernah lenyap dan ia akan terus kekal sehingga ke hari kiamat kerana Allah SWT sendiri yg mengambil tanggungjawab menjaga dan memeliharanya …ianya sedang bergerak seluruh alam sebagaimana maksud baginda SAW dihantar utk seluruh alam…tapi sayang ia tidak popular dan iapun tidak mengharapkan populariti..hanya org2 yg daif dan naif shj menjunjungnya sehingga sekarang suluruh dunia org mula mengenali Islam kembali kpd ajaran Islam, mengenali sunah nabi SAW krn adanya golongan minoriti umat ini begerak dengan melapangkan harta, diri, masa sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah SWT. mengalirkan air mata memohon kpd Allah agar umat ini kembali mengambil tanggungjawab yg telah ditinggalkan oleh baginda Muhammad SAW . Mereka bukan orang dakwah..mereka bukan org tabligh..mereka bukan org pas..bukan umno..bukan abim..bukan arqam… bukan….bukan..bukan…tetapi mereka adalah orang yang mencintai bginda Muhammad SAW..mereka adalah umat yang satu..yg berkasih sayang..hati yg lembut..yg sentiasa mendoakan umat mendapat hidayat..yg sentiasa belajar meminta dan mengarapkan petolongan Allah SWT…..mereka bergerak ke seluruh alam yang mana di belakang mereka kerajaan Allah SWT….Allah sendiri mengambil tanggungjawab menjaga diri mereka…keluarga mereka. Dengan ilmu ustaz yang luas, ust boleh sahaja untuk berhujah tidak menyetujui saya tapi ingat wahai saudaraku… Allah SWT tidak ada apa2 perhubungan waris dengan sesiapa. Sayang setelah berlalunya zaman yang penuh gemilang melebihi 1400 tahun…sejarah sebenar pejuangan Islam dipesungkan. penulis2 sejarah, kitab2 dan sebagainya menyangjung tinggi ahli2 ibadat seperti wali2 sehingga umat ini lupa kepada pengorbanan para sahabat dan tabiin kerana kisah mereka dilenyapkan..yang dibincangkan di pusat2 pengajian tinggi adalah kelemahan2 mereka..kelemahan pemerintahan saidina osman, kelemahan khalifah Ali dan sebagainya…..berapa org yang tau penderitaan sahabat dan sahabiah kerana agama…bahkan nama merekapun begitu asing bagi kita….yg diceritakan dimasjid2 bab sembahyang, puasa, belajar tasauf..tak boleh buat amal nak pahala, nak syurga…hati kena baik sangka..biarlah hari ke hari umat semakin jauh dengan agama peduli apa asalkan hati aku baik tak kacau org cukup…..orang2 kafir orentalis begitu takut jika umat ini bangkit dengan semangat sahabat nabi…mereka guna pelbagai cara untuk melemahkan umat… sehingga hari ini umat tidak merasakan kerja dakwah adalah tgnjawab mereka bahkan mereka membenci usaha dakwah yang dilakukan dan yang paling parah mereka juga membenci org yang buat usaha dakwah.pernah tak kita baca kisah bagaimana khalifah umar mengambil baitulmuqadis di tangan org yahudi dan nasrani…bagaimana saat abi wakas berhadapan dengan panglima rustam di parsi…bagaimana sahabat menjatuhkan kerajaan rom…..dan banyak lagi. Adakah dalam perjuangan kita hari ini kita bena semangat seperti mereka ini….kalaulah nak tinggalkan rumah, kerja untuk sembahyang jamaahpun 5 kali sehari kita takut… bagaimana nak tegakkan Islam dengan nyawa. Ana pernah dengar YB Tok Guru kata dalam satu pengajarannya lama dahulu ” kita orang yang memperjuangkan agama ni kalau malas bangun malam utk sbhg tahajut to’ sah lah ..belawak belaka (tipu sahaja atau pura2)……” kalu tak caya tanya ayahnda demo..tak taulah kalau sekarang dah tak valid lagi……gunalah ilmu sebaiknya untuk meletakkan sesuatu perkara itu disuatu tempat yang betul….kalau tidak kita akan meyesatkan banyat orang dengan anggapan yang salah …dan ianya akan menjadi lebih parah kalau kita membuat umat menyimpang daripada masud asal mereka sebagai umat baginda Muhammad SAW…….
Februari 19, 2009 pada 6:11 pm
izzat aziz
PAS berjue betul doh.. kawe setuju sangat.. tapi kawe takut.. katake InsyaAllah kerajee bn jatuh.. pakate rakyat naik… tengok2 pkr dgn dap jadi po BN.. PAS keno lawe demo tu lok.. sapa bilo nok gitu.. takut jadi gitu jah..
Februari 20, 2009 pada 8:56 am
saupiazran
Perjuangan menegak kebenaran dan mencegah kebatilan tak akan tamat sehinggalah berakhir hayat dunia ini.
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; [al-Haj 22 : 40-41]
Februari 20, 2009 pada 11:42 am
Pak Dak
Salam ! Jangan terlampau syok sendiri… kebenaran atau kebatilan perjuangan bukan terletak pada banyak atau semua orang kata kita betul atau salah, tetapi sejauh mana kita mengikut lunas-lunas yang menepati syarak! Kenali akan kebenaran itu dahulu baru kamu tahu mereka yang membawa kebenaran. Allahuakbar !
Februari 21, 2009 pada 9:21 pm
jebat7
salam sahabat-sahabat …
Malaysia menuju Al Aqsa …..
[surah AL Hajj: 38-39]
semoga dimudahkan segala urusan
Februari 22, 2009 pada 10:08 pm
Zoyak
Assalam mu alaikum wr wbt.
Tahniah Ustaz. Satu penjelasan yang baik dan bermakna. Tapi satu masalah berlaku, berapa orang yang faham hal ini? Kalau ahli PAS sendiri tak nak ke usrah atau majlis perbincangan susah juga nak berikan kefahaman kepada mereka.
Penjelasan Sdra Amirul yang panjang lebar juga satu peringatan kepada semua pembaca. Kena ambilkira apa yang beliau kata.
Dalam perjuangan Islam memang banyak onak dan duri. Banyak mehnah dan fitnah. Sekiranya berjaya melaluinya berbahagialah pejuang itu. Apakah kamu mengira kamu telah beriman kepada Allah sebelum kamu di uji? Jadi ujian seperti yang dilalui di Kelantan, Terangganu dan Perak itu adalah untuk memilih yang mana betul-betul pejuang atau penumpang atau petualang. Lihat peristiwa israk dan mairaj, itu ujian keimanan kepada pengikut Rasulullah.
Dekat sekolah pun ada ujian nak buktikan murid belajar atau tidak.Inikan pula melalui hidup didunia yang sementara. Ujian pasti ada!!
Februari 24, 2009 pada 8:07 am
hanafirazali
alhamdulillah… saya berharap sambungan artikel ini disiapkan secept mungkin… syukran ustaz atas penerangan, namun saya juga bersetuju sangat dgn tulisan saudara amirul td… ia menunjukkan jalan memperjuangkan kalimah Allah (hakimiyatullah) ini bukan hanya tanggungjwb pas… ia tanggungjwb mereka yg memahami kewajipan dakwah ni…namun kita juga mesti bersama2 menyokong antara satu sama lain… jangan berjuang nafsi- nafsi… ape yg sy nampak sekarg ni… jemaah berjuang nafsi2… anggap hanya jemaah sndiri yg betul… yg lain hampeh dn tidk diterima… selagi kita mengamalkan berlapang dada antara jemaah…( bukan dgn UMNO)… I’Allah… kemenangan akan menjadi milik kita jua…
Februari 24, 2009 pada 10:13 am
Muslimun
Salam,
Nak besekongkol dengan DAP lantaklah, bukan perskongkolan itu menjadi isu, tetapi tanggungjawab ketika bersekongkol dengan DAP itu jangan dilalaikan.
Kita lihat DAPlah yang bergitu gigih melakukan tarbiyyah dalam segenap penjuru dalam PR dan bukannya PAS. DAP juga gigih menyediakan macam2 program dan PAS hanya melihat dan kadang-kadang participate. DAPlah yg tukang buat modul kalau ada demonstrasi dan PAS hanya tukang jerit. Contohnya ketika demo turun harga minyak di sesetengah tempat, PAS hanya hantar orang tolong pegang banner sambil menjerit2. DAP yg buat kira-kira mengenai kadar tuntutan harga minyak yg minta diturunkan. Saya kira amaun yang diminta oleh DAP pada ketika itu sangat tidak logik dan bakal merugikan pengusaha stesyen minyak. Tapi harga DAP itulah yg menjadi asas demo tersebut dan saya yakin puak2 PAS yg turun demo pada ketika itu tidak faham significant tuntutan mereka berdasarkan harga minyak DAP itu.
Kita lihat dalam kes melompat parti, DAP juga yang mengharamkan perbuatan tersebut sehingga meminta seorang melayu Islam supaya bertaubat.
Kes Elizabeth, DAP mengambil pendekatan offensive, dimana LKS menyeru semua orang Malaysia melihat Elizabeth sebagai sesuatu kematangan politik yang diperlukan dalam suasana Malaysia. (mesejnya dalam negara yg maju dan moden, perlakuan seks sebegitu adalah satu kemajuan walaupun melibatkan lelaki Islam dan wanita bukan Islam.) Tetapi PAS hanya mengambil pendekatan defensive, ala-ala tutup lubang yg kununnya bagi tujuan maslahah siasah.
PAS juga sanggup membisu dalam penggunaan nama Allah dalam bible kerana inginkan menjaga masalahat politik.
Isu instusi Raja, adakah PAS sedar serangan kafirun utk menjatuhkannya dan kesannya?
Terkini di Pulau Pinang, DAP bereksperimen dengan penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama. Significantnya akan menyamaratakan kesemua agama termasuk Islam. Dimana org Islam sekiranya hendak melaksanakan satu dasar Islam perlu berunding dengan agama2 lain dan mendapat persetujuan mereka. Adakah PAS akan berlepas tangan dalam hal ini? Adakah PAS akan bersikap defensive atas alasan bahawa Majlis tersebut hanya seperti mesyuarat orang bukan Islam dengan bukan Islam dan agama Islam tidak terjejas?
Ini adalah sedikit daripada banyak perkara lain yg telah menjejaskan atau berpotensi menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia. Janganlah puak2 PAS ni hairan sekiranya ada pejuang2 yang terpaksa bergerak secara gerila akibat kecewa dengan apa yang berlaku.
Februari 24, 2009 pada 10:19 am
Muslimun
typo
Majlis tersebut hanya seperti mesyuarat orang bukan Islam dengan org Islam
kepada
Majlis tersebut hanya seperti mesyuarat orang bukan Islam dengan org Islam
Februari 25, 2009 pada 4:54 pm
aliaysm
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato’ Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
Februari 25, 2009 pada 10:21 pm
hanafirazali
salam, ustaz nik, minta ustaz terangkan pndapat ustaz berkenaan dgn majlis perundingan antara agama…
Februari 26, 2009 pada 9:20 am
haikal
Muslimun kata:
1.Kita lihat DAPlah yang bergitu gigih melakukan tarbiyyah dalam segenap penjuru dalam PR dan bukannya PAS.
KOMEN: Untuk makluman sdr PAS lebih berminat untuk menumbangkan UMNO dan mendapatkan kuasa. Itu saja…apa nak jadi lepas tu, bukan urusan dia …
2.Kita lihat dalam kes melompat parti, DAP juga yang mengharamkan perbuatan tersebut sehingga meminta seorang melayu Islam supaya bertaubat.
KOMEN: PAS adalah parti politik yg bertugas untuk memantau akhlak pemimpin BN sahaja.
3.Kes Elizabeth, DAP mengambil pendekatan offensive, dimana LKS menyeru semua orang Malaysia melihat Elizabeth sebagai sesuatu kematangan politik yang diperlukan dalam suasana Malaysia. (mesejnya dalam negara yg maju dan moden, perlakuan seks sebegitu adalah satu kemajuan walaupun melibatkan lelaki Islam dan wanita bukan Islam.) Tetapi PAS hanya mengambil pendekatan defensive, ala-ala tutup lubang yg kununnya bagi tujuan maslahah siasah.
KOMEN: PAS juga tak ada masalah untuk menyokong perbuatan lebih terkutuk daripada itu, asalkan mereka adalah sekutu politiknya. Kalau UMNO yg buat begitu…, salah, keji, jijik. TAPI kalau sekutunya, tak jadi masalah.
4. PAS juga sanggup membisu dalam penggunaan nama Allah dalam bible kerana inginkan menjaga masalahat politik.
KOMEN: PAS perlu korbankan semua untuk buat negara Islam.
Mac 2, 2009 pada 1:01 pm
hanafirazali
aliaysm… syukran atas penerangan tadi… kita tidk akan tahu cerita2 mcm ni kalau tk ade mulut yg menceritakannya… nak harapkan media… huh, jauh sekali, lagi diputar belit isu… ade lah…
Mac 10, 2009 pada 12:31 am
fia_rindui
salam..tahniah atas tulisan yang menarik..
Mac 22, 2009 pada 12:49 pm
Hj Hisham bin Mohd Noor
Alhamdulillah,sangat menarik tulisan saudara
Mac 25, 2009 pada 7:02 pm
abu tamim
Assalamualaikum Ust, mahukan komen ust, jazakALlah khair..
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/politik-vs-syura.html