Salam Kemunting,
Dalam tulisan saya yang lepas mengenai jihad di bumi Palestin, saya telah mengaitkannya dengan jihad pilihan raya kecil di bumi Malaysia yang sedang berlangsung di Parlimen Kuala Terengganu selepas selesai proses penamaan calon 2 hari lepas.
Walaupun ada yang agak pesimis dan kurang senang, saya sebenarnya sengaja dan agak ‘berbelanja besar’ untuk menonjolkannya dan menempatkannya bersama pembacaan dan keprihatinan kita terhadap isu Palestin yang lebih bersifat sejagat dan qat’ie.
Sememangnya kedua – duanya adalah berbeza. Semua melihat perbezaannya dengan jelas sehingga gagal mencari persamaan di antara kedua – duanya. Justeru saya memilih untuk mengaitkan dan menghubungkannya demi menonjolkan kesamaannya yang kurang jelas di sisi kebanyakan.
Kewajiban jihad di bumi Palestin adalah jelas dalil dan tuntutannya. Ia sarat dengan nas, hujah dan keterangan yang membantu menguatkannya. Hanya yang sentiasa keliru adalah umat Islam sendiri yang di atas pundak merekalah pelaksanaan kewajiban itu. Komentar terbaru daripada ‘amir’ contohnya adalah gambaran tragis bagaimana sukarnya kewajiban jihad ini difahami pelaksanaannya di bumi suci tersebut.
[ Jika kita yakin Allah itu hidup tak mati dan sentiasa bersama hambanya yang bertakwa, mengapa perlu menunggu Imam Mahadi yang belum pun hidup dan datang lagi untuk berjihad? Sejak bila pula Allah tidak akan mematikan hamba yang disayangiNya? Tidakkah mati itu hadiah yang dikejar oleh para mujahid? Mengapa disamakan kumpulan yang menghidupkan jihad dengan penuh rasa taqwa dengan kumpulan nasionalis spesis UMNO Palestin yang solat mereka pun belum sempurna, apatah untuk berani berjihad?
Tidakkah Amir melihat betapa kumpulan nasionalis Fatahlah yang sentiasa menjadi talibarut Israel untuk menghapuskan pemimpin HAMAS dan mewujudkan fitnah sesama sendiri? Taqwa jenis mana lagi yang dituntut melebihi taqwa yang dihiasi cinta menemui tuhan melalui sebaik - baik kematian?
Palestin bukan soal hidup atau mati umat Islam. Ia soal hidup mati ugama Islam. Sesiapa yang mati kerana menghidupkan agama, jahillah mereka yang menganggapnya mati! Sungguh dia tidak membaca al Quran. Tiada yang paling bergembira hari ini selain asy syahid Dr Nizar Rayyan yang menjengah syurga tuhannya bersama keluarga besarnya serentak.. Keraslah hati mereka yang tiada menitis air mata 'kegembiraan' saat mendengar berita agung kesyahidannya. ]
Adapun pilihan raya, ia tidak sejelas cerita jihad di Palestin. Tiada nas yang qat’ie untuk memutuskan ia adalah jihad yang pasti. Justeru ia adalah medan pertikaian. Tidak semua sepakat menerimanya sebagai satu cabang jihad menegakkan ugama, walaupun ia hampir diterima kebanyakan golongan ‘al murabithun’ yang berada di medan perjuangan menegakkan ugama samada di medan siasah atau jihad bersenjata termasuk di Palestin.
HAMAS memasuki pilihan raya untuk berlawan dengan nasionalis UMNO Palestin. HAMAS mengangkat senjata untuk memelihara bumi Palestin daripada penaklukan Israel. Dengan pilihan raya ia menguasai Genting Gaza dan dengan senjata ia mempertahan Genting Gaza.
PAS menerima pilihanraya sebagai satu cabang jihad di bumi Malaysia. PAS menolak jihad bersenjata di bumi Malaysia. Asasnya adalah Malaysia dikuasai dan diperintah oleh umat Islam. Adalah jelas bahawa agama mengharamkan mengangkat senjata sesama muslimin walaupun terhadap penguasa yang zalim dan munafik. Justeru seruan jihad, amar makruf nahi mungkar, dakwah dan nasihat hendaklah secara aman yang tidak menumpahkan darah sesama muslimin.
Jihad dan dakwah terhadap penguasa yang zalim hendaklah dengan dua tujuan. Pertama, dengan tujuan agar mereka berubah dan bertukar menjadi kerajaan yang adil. Kedua, dengan tujuan mereka dijatuhkan dan ditukar dengan penguasa dan kerajaan baru yang adil. Ini jika mereka enggan dan menolak yang pertama.
Kedua – dua tujuan tersebut mestilah dengan cara, wasilah dan jalan yang aman tanpa senjata dan pertumpahan darah. Samada ianya secara lembut atau keras ( ghilzah ), ia adalah betul dan dalam makna hikmah. Keras tidak semakna dengan senjata secara mutlak. Lihat surah at Taubah:73, juga at Tahrim:9.
Pilihan raya adalah aman. Itu konsep dan tuntutan demokrasi. Kerajaan terbentuk dan terbubar mengikut perlembagaan yang dirangka sistem demokrasi negara. Oleh kerana ianya tidak bertentangan dengan Islam bahawa setiap kita berhak memilih pemimpin yag kita mahu, maka PAS menerima sistem pililhan raya sebagai wasilah dakwah secara aman di dalam menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Apabila keadilan paling utama adalah tauhid dan memenangkan ugama dan kezaliman paling utama adalah syirik dan menolak ketuanan ugama, manakala kerajaan BN pula sedang bergerak sebaliknya, lantas ia tidak menjalankan tugas khilafah yang dituntut, maka tugas PAS adalah menyeru kepada keinsafan agar pemerintah kembali kepada Islam atau jika enggan, mereka hendaklah ditukar dan diganti dengan pemerintahan baru yang menerima agama dan khilafah yang menjamin keadilan Islam.
Apabila PAS memasuki pilihan raya, ia tidak bererti PAS semata – mata mahu kerajaan BN tumbang. Pilihan raya sama ada memberi tekanan agar BN berubah menerima keadilan cara Islam atau BN runtuh kerana kebenaran dan keadilan mengasaknya ke tepi untuk diganti dengan pemerintahan yang adil mengikut konsep Islam.
Itulah PAS. Tidakkah anda dalam tahu bahawa Tuan Guru ayahanda selalu berkata, jika UMNO terima Islam dan keadilannya, PAS bubar dengan sendirinya.
Saya meringkaskan hujahan bagaimana asas penerimaan sistem pilihan raya sebagai cara pelaksanaan jihad menegakkan ugama oleh ulama berlaku. Jika anda mengikuti penghujahan mereka secara lebih detail, anda akan melihat bagaimana kaedah -kaedah fiqhiah dan pengistidlalan telah diguna pakai secara harmoni dan kemas sekali.
Anda mungkin boleh merujuk kepada tulisan saya sebelum ini yang lebih detail walaupun ianya juga adalah sebuah khulasah yang tidak sedetailnya. Sila klik di sini, sini, sini dan di sini. Nak panjang lagi, baca buku..
Jihad di Palestin adalah untuk menegakkan ketuanan ugama Islam dan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi yang kufur. Jihad di Malaysia adalah untuk menegakkan ketuanan Islam dan membebaskan umat daripada kongkongan fahaman nasionalisme dan sekularisme BN yang syirik.
Jihad bersenjata di bumi Palestin adalah syar’ie dn qat’ie dalilnya. Penentangan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap Yahudi adalah ibarat matahari yang menyinari perjalanan umat Islam menuju al Aqsa. Jihad pilihan raya secara aman di Malaysia adalah ijtihad yang disepakati hampir keseluruhan ulama ‘al murabithun’ yang berjuang di medan siasah dan juga medan bersenjata. Ia jalan aman paling mendekati kuasa untuk Islam.
Ia dua padang yang berbeza dengan permainan yang berbeza tetapi dengan tujuan yang sama. Darah bersimbah di bumi Palestin sebagaimana ianya telah lama bersimbah dan mengalir semenjak jihad RasuluLlah menentang Yahudi di Madinah dan diluarnya. Kita aman di Malaysia sebagaimana RasuluLlah aman berhadapan munafikin Madinah yang sentiasa melakukan makar dan tipudaya memerangi baginda dan Islam. Jika darah mengalir di Malaysia, ia adalah di bumi Memali. Memali bukan angkara kita dan kita tidak pernah bertindak balas selain sabar dan bertahan. Memali adalah angkara pemerintah yang zalim.
Begitulah sunnah sepanjang zaman berjuang menentang kezaliman pemerintahan umat Islam yang zalim.
Adapun bukti – bukti kezaliman pemerintahan BN selepas najis sekularisme, anda bolehlah berlayar dan hinggap di mana – mana akhbar dan blog politik yang begitu berperanan menjelaskan bukti. Tahniah untuk anda para bloggers politik dan Islam.
Adapun hujahan mereka yang menolak pilihan raya sebagai wasilah jihad dan dakwah, nantilah. Saya akan menulisnya kemudian, insya Allah.
Selamat berjihad di bumi Malaysia. Selamat ribath di Kuala Terengganu. Allahu akbar wa liLlahil hamd..


21 comments
Comments feed for this article
Januari 9, 2009 pada 12:01 am
jebat7
salam …..
[surah HUD; ayat 112]
semoga KITA akan berjaya …..
Januari 9, 2009 pada 7:42 am
Jundullah
Meruntun rasa
Januari 10, 2009 pada 12:33 am
Ezwan
assalamu’alaikum ustaz,
makhluk ciptaan Allah SWT semuanya boleh berubah, kecuali syaitan.
umno/bn tak mahu berubah maka mereka adalah seangkatan dengan syaitan.
insyaAllah kita akan berjaya di KT.
takbir!
sekian, wassalam.
Januari 10, 2009 pada 6:07 pm
senyum
Adakah salah sekiranya seseorang merasa jihad pilihanraya di Malaysia dan jihad di Palestin tiada beza dari segi semangatnya??. Syahid di sana dengan letupan, syahid di sini dengan penindasan.
Januari 11, 2009 pada 2:50 am
amir
Terima Kasih byk2 pada penulis blog ini kerana menganggap komen sy sebelum ini adalah sesuatu yg besar sehingga diulas sedikit dalam tajuk ini pula.. Minta maaf byk2 jika aa yg terasa dgn komen sy itiu.. Sy suka nak dengar pendapat orang lain.. Sy tidak mahu bergaduh, tidak mahu berhujah.. cuma nak melihat pandangan2 orang lain juga. Saya bukan org UMNO, Bukan org PAS dan juga bukan org yg nak membuat kacau atau menghasut. Cuma sy nak berkongsi pandangan saya berdasarkan ilmu yg sy pelajari.
Bagi sy, Nak dapat syahid itu bukan mudah.. byk syaratnya2 dan bagi sy orang palastin yg terbunuh kerana berlawan dgn ISrail skrg bukan mati Syahid, Syarat utk seseorg itu mati syahid sgt ketat. Niat pun diambil kira, adakah mereka berbuat betul2 kerana Allah atau kerana marah pada yahudi? marah kerana tanah mereka diambil, marah kerana ada saudara mereka yg mati, marah kerana tak cukup makan? itu semua tak layak utk mati syahid, itu belum lagi di kaji ttg solat mereka dan perkara2 lain.
Sy tak setuju kalau kita nak tegakkan kan Islam dgn cara pilihanraya. Nak berjihad melalui pilihanraya katanya, tapi adakah itu yg sebenar2nya dikehendaki oleh Allah dan Islam? Cuba lihat akibat jika terjebak dgn sistem yahudi.. Bagi sy, pilihanraya ini adalah sistem yg dicipta oleh Yahudi. Bagaimana kita nak tegakkan Islam melalu cara dan sistem yg dicipta oleh Yahudi dan Barat? Lihatlah pada PAS sendiri, bilamana PAS terlibat dgn politik, PAS terpaksa menggadaikan byk perinsip. Sedangkan pejuang Islam tak boleh menggadaikan perinsip. PAS nampak byk tunduk pada desakan2 politik, tunduk pada parti2 politik yg sama2 mahu berebut kuasa walaupun berlainan fahaman. Jadi demi nak dapat kuasa, PAS sanggup gadai perinsipm adakah itu cara Allah yg sebenar? adakah itu cara Islam? Cinta dunia itu bukan hanya cinta duit, cinta harta dan kekayaan, cinta dunia itu juga termasuk cinta jawatan dan cinta kuasa. Bagaimana nak pilih pemimpin dalam Islam, adakah betul dgn cara pilihanraya? saya buat contoh beginilah, jika ada 8000 pengundi di Kuala Tganu, ada 3calon yg bertanding. Calon yang menang dapat 3000 undi, 2org lagi calon yang kalah masing2 dapat 2500 undi setiap sorg. Jadi yg menang tentulah yg dapat 3000undi, tapi cuba kita fikir, sebenarnya Calon yg menang itu kalah, dia kalah kerana org yang tak suka dgnya di Kuala terengganu ada 5000 org. tapi 5000 undi itu dah terpecah dua, jadilah sedikit. tapi bila digabungkan keduanya, lebih byk dari 3000 itu.. Jadi adakah adil dgn cara itu utk memilih pemimpin? rasanya cara itu tak betul, Islam bukan pilih pemimpin dgn cara itu.. Dimanakah Jihad jika membantu PAS dipilihanraya Kuala Terengganu? sedangkan pilihanraya utk memilih pemimpin pun dibuat bukan dgn cara Islam. Adakah dikira jihad jika buat sesuatu dgn cara yahudi dan barat? Jihad hanya jika dibuat kerana Allah dgn cara Islam.. nak buat sesuatu perkara yang betul kenalah dgn cara yg betul. matlamat tak menghalalkan cara… Nak capai satu2 matlamat, kena buat dgn cara yg betul..contoh beginilah, Adakah boleh jika sy nak bersedekah duit pada org miskin dgn cara sy curi duit org lain dan beri pada org miskin? nak bersedekah itu baik dan betul, tapi cara juga kena betul, mana boleh beri duit haram pada org.. Matlamat tak menghalalkan cara.. Tak perlulah kita bahaskan ttg UMNO sbb UMNO bukan parti silam dan mereka memang sudah sedia karut.. fikir2kanlah..
p/s: sy rasa pilihanraya kuala Tganu ni PAS akan menang..
Januari 11, 2009 pada 3:16 am
amir
Cuba jelaskan, siapa sebenar2nya pemimpin PAS skrg? Maksud disini, semua ahli2 PAS akan taat pada seorg Pemimpin itu shj? pemimpin2 lain dalam PAS semua akan tunduk dan taat padanya? Apa yg Nik aziz kata tu betul, jika UMNO terima Islam dan keadilanya, PAS akan bubar dengan sendirinya. Rasanya itu hanya pendapat Nik Aziz sorg, adakah pemimpin2 PAS lain nak ikut begitu? Mereka sanggup PAS dibubar dan dan mereka sanggup tiada jawatan dan kuasa? Andai betul PAS akan bubar, adakah semua pemimpin dan ahli PAS boleh terima mcm Nik Aziz? Kalau Nik Aziz sudah tiada nanti, adakah penggantinya juga begitu? Rasanya dalam PAS byk kepala sendiri, berpuak2 dan byk yg fanatik pada pemimpin2 tertentu.. Adakah itu satu jemaah ISlam yg sbenar2nya seperti yg dikendaki oleh Allah? Kalau Nik Aziz nak bubarkan PASm bukahkah itu akan membawa perpecahan kepada PAS, akan tumbuh byk lagi parti2 politik serpihan PAS yg menggunakan nama Islam…
1 perkara lagi, Minta supaya PAS jgn politikkan isu Hudud. Hudud adalah hukum Allah. Hukum Allah mana boleh dipoltikkan, mana boleh dibahaskan, mana boleh digunakan sebagai alat utk meraih undi. Hudud itu adalah hukum Allah, tidak perlu didebatkan dgn UMNO. disebabkan PAS selalu polimikkan isu hudud, akhirnya DAP juga merasakan hudud itu adalah isu politik, jadi mereka pun turut mengulas dan mempermain2kan hukum Allah itu. Mungkin DAP ingat isu hudud ini sama macam isu politik2 lain seperti isu ISA, isu rumah setinggan nak roboh, isu kroni dan projek. HUDUH ADALAH HUKUM ALLAH!!!! DAP bukan tahu apa, jadi mereka ingat itu juga isu politik. Patutnya hukum Allah itu tak boleh dibincang2 secara main2. Sy rasa PAS berdosa besar dan kena bertanggungjawab dihadapan Allah kelak kerana mempolitikkan hukum Hudud.
p/s:walaupun PAS mungkin menang di Kuala Tganu, tapi sampai bila2 pun PAS takkan dapat mentadbir negara ini. walaupun sampai pilihanraya umum akan datang. ini adalah kenyataan! Allah hanya akan membantu orang yang benar2 buat keranaNya n mengikut caranya. Niat semua kena betul, bukan niat NIK Aziz sorg je kena betul.. bagaimana dgn niat pemimpin2 dan ahli PAS lain??????
Januari 11, 2009 pada 3:24 am
amir
Pendapat saya, Bantu PAS pilihanraya di Kuala Terengganu bukan Jihad.. Cuba huraikan maksud sebenar Jihad menurut ISlam???? Tak perlu tafsir2 lagi, Adakah membuat sesuatu dgn cara yg salah itu dianggap Jihad? Cuba huraikan dan jelaskan dulu maksud sebenar jihad menurut Islam???
Pilihanraya dan politik itu adalah cara Yahudi dan barat.. Takkan nak tegakkan Islam guna cara Yahudi dan barat.. Matlamat tak halalkan cara.. PAS yg tertipu dgn agenda Yahudi dan barat.. kesian PAS.. Akhirnya PAS juga yg memburukkan nama ISlam.. cuba fikir dan renungkan kata2 sy ni betul2.. dalam maksudnya..
Januari 11, 2009 pada 4:01 am
amir
Kalau benar2 PAS mahu bantu Palestin dan nak tunjukkan rasa marah kepada Yahudi dan barat, Suruh Nik Aziz dan Hadi Awang buat arahan kepada semua ahli2 PAS dan pengundi2 yg nak megundi PAS, Berhenti hisap rokok segera. Sesiapa yang merokok, tidak boleh jadi Ahli PAS dan tidak boleh mengundi PAS. Jika PAS benar2 PArti Islam, nak tegakkan ISlam dan ada perinsip dan Maruah, keluarkan arahan itu segera, biar kalah pilihanraya, tapi menang disisi Allah. Buktikan yg PAS bukan gila kuasa dan cinta dunia, buktikan PAS benar2 parti Islam dan nak tegakkan Islam. Jika Nik Aziz sanggup keluarkan arahan itu, maka benarlah Nik Aziz pemimpin ISlam tulin.. Sedarkah kamu semua bahawa setiap jenis rokok itu adalah kepunyaan barat dan yahudi, mereka mendapat untung yg sgt banya dari rokok, sebulan je berjuta2 RM.. dengan duit rokok itu, mereka beli senjata dan peluru, mereka bom dan hancurkan Palestin.. Memang sudah jelas Yahudi yg dibelakang semua rokok2 didunia ini. Untung rokok memang sangat banyak, jadi duit itulah yg mereka gunakan utk beli senjata dan hancurkan negara2 ISlam.. Kalau kita faham, sebenarnya ahli PAS byk sumbang duit kepada yahudi dan barat untuk mereka beli senjata dan serang ummat Islam di Palestin. Ramai ahli PAS dan pengundi PAS hisap rokok.. Tak perlulah buat demontrasi, tak perlu bakar bendera, tak perlu terjerit terpekik, tak perlu berhimpun kat mana2.. Pemimpin PAS hanya perlu keluarkan arahan supaya tidak boleh jadi ahli PAS jika hisap rokok dan tak boleh undi PAS jika Hisap rokok.. Sebenarnya ahli PAS dan pengundi2 PAS juga byk bagi saham dalam membunuh ummat Islam di Palestin.. Betul tak? terimalah hakikat itu.. Tak payahla cakap banyak nak bela Palestin, nak bantu Palestin.. itu semua pura2 politik je.. Kalau PAS Islam yg sebenar dan betul2 nak bela saudara di palestin, buatlah syarat begitu pada ahli.. Setiap bulan Berjuta RM ahli PAS beri duit kepada Yahudi, Israil dan barat untuk mereka beli senjata dan bunuh ummat islam.. tak nampak lagikah? PAS hanya bermain politik juga dgn isu Palestin.. Bukan betul2 nak bantu Palestin.. Sbb itu sy cakap sebelum ini, politik bukan jalan nak tegakkan Islam. Cara itu tak betul.. itu bukan cara Islam.. PAS sama je dgn UMNO dan parti politik lain.. PAS hanya pandai bermain politik… Sy nak sgt kalau ada org PAS boleh komen atau ulas tulisan sy ni.. apa padangan org PAS pula….
Januari 11, 2009 pada 4:14 am
amir
KALAU BETUL2 PAS PARTI ISLAM, NAK TEGAKKAN ISLAM, DAN PAS ADALAH PARTI YG BERPERINSIP, KELUARKAN ARAHAN KEPADA SEMUA AHLI PAS DAN SEMUA PENGUNDI, SESIAPA YG HISAP ROKOK TAK BOLEH JADI AHLI PAS DAN TAK BOLEH UNDI PAS, KERANA DARI DUIT2 ROKOK ITULAH YAHUDI, ISRAIL DAN BARAT BELI SENJATA DAN PELURU UTK MEMBUNUH UMMAT ISLAM DI PALESTIN. SEMUA ROKOK DIDUNIA INI ADLAAH SAHAM YAHUDI, ISRAIL DAN BARAT.. KALAU PAS TAK BERANI KELUARKAN ARAHAN INI, PAS BUKANLAH PARTI ISLAM YANG TULIN, PAS SAMA SAHAJA MACAM UMNO DAN PARTI2 POLITIK LAIN.. HANYA GUNAKAN POLITIK UTK KUASA, JAWATAN, KEKAYAAN, CINTA DUNIA DAN PENGARUH. KALAU BETUL2 BUAT KERANA ALLAH DAN DEMI ISLAM, SANGGUP TEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN HILANG AHLI DAN HILANG UNDI.. BETUL TAK???
Januari 12, 2009 pada 9:52 am
norman
Derma utk Palestin bukan jihad sebenar
Tapi derma utk PAS jihad sebenar
Apa cite nie anak tok guru???
Kalau iyapun nak duit, tap payahlah keluarkan kenyataan yang menyakiti hati penduduk Palestine.
SILA TARIK BALIK KENYATAAN ANTA!!!
Januari 12, 2009 pada 2:59 pm
kana
Dari Nik Abduh
Salam Jihad,
Norman dan semua yang kurang jelas..
Nampaknya ada yang kurang jelas ayat pertama yang saya tulis. Mungkin saya perlu menjelaskan agar salah faham itu tidak menolak kepada kesesatan yang lebih jauh dngan kemarahan dan kebencian yang tidak perlu.
Saya bermaksud bahawa menderma wang kepada Palestin adalah bukan sekadar derma atas kesian belas dan sedekah sunat dek melihat penderitaan rakyat Palestin.
Ia adalah soal kewajiban! Samada penduduk itu menderita, mati, senang atau susah, wang mesti disalurkan demi pembebasan al Aqsa. Itu kefardhuan yang telah dinaskan!
Derma wajib bukan bermusim, bahkan berterusan. Tiada yang mengetahui dan menghayatinyanya kecuali hati – hati yang ada taqwa. Justeru tulisan saya mendorong ke arah setiap kita berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa. Wang adalah umpan untuk saya menarik perhatian kepada taqwa yang lebih utama..
Baca petikan ayat yang segera saya bawakan selepas ayat pertama itu.. Itu nas umum yang menjelaskan maksud jihad.
Kemudian baca ungkapan demi ungkapan yang saya tulis demi mengelak salah faham itu, lalu menyokong maksud tulisan saya.
Baca dari awal sampai akhir. Itu akan terus membantu bahkan menjadikan anda menjadi insaf dengan kesilapan kita dalam memahami isu Palestin.
Saudara Norman agak malang kerana tertekan dan terdesak dengan perbezaan pandangan dengan saya dalam isu politik di Malaysia sehingga begitu mudah keliru dan sumbang dalam memahami tulisan saya di atas.
Saya cadangkan saudara Norman membacanya sekali lagi dengan penuh rasa insaf..
Alhamdulillah, posting saya ini telah dibaca ribuan pembaca dan telah di’link’kan ke banyak blog sebagai tanda sokongan. Adakah mereka setuju jika saya mengatakan derma Palestin tak perlu? Tidakkan? Ertinya mereka memahami maksud saya sebaiknya..
Lihat komen ‘mujahideen’ dan ‘dowell’ yang cuba menjelaskan maksud tulisan saya itu. Itu usaha yang baik. Terima kasih
Januari 14, 2009 pada 10:50 am
RIRK
Ustaz, saya ingin mengingatkan ustaz berkenaan hadis berkaitan pemimpin yg tidak melaksanakan Islam. Para sahabat bertanya….kita perangi sahaja ya Rasulullah ? Nabi saw kmdn berkata,” Tidak…kecuali kalin melihat pemimpin tersebut melaksanakan kekufuran terang-terangan !”
Berdasarkan apa yg keluar dari mulut kedua-dua Tuan Guru…..jelas UMNO melaksanakan kekufuran, hukum kufur. Bukan suatu yg tuduhan palsu bahawa sesetengah ahli PAS beranggapan atau pernah beranggapan bahawa org UMNO adalah kafir kerana melaksanakan undang-undang warisan British.
Jadi di mana kedudukan hadis di atas ?
Kenapa pula ustaz berkata “kita tidak mengganngkat senjata kerana pemerintahnya muslim”……sedangkan hadis di atas tidak mensyaratkan pemimpin kaum muslimin menjadi kafir dulu utk diperangi…cukup bahawa mereka melaksanakan kekufuran….maka layak mereka diperangi ?
Ataukah ustaz sendiri sudah menganggap politik Malaysia sekarang menurut kacamata ustaz….sudah Islamik ? Atau mengiktiraf keberadaan “negara Islam (Hadhari) Malaysia?”
Manakala menurut syarak, perkataan jihad di dalam kitab-kitab para imam muktabar mendefinisikan jihad sebagai qital / perang, samada jihad ofensif mahupun jihad defensif. Oleh itu perjuangan utk menegakkan daulah Islam bukanlah jihad.
Dgn kata lain, paradigma berfikir bagi membangun hujjah ttg methode dakwah ala ustaz tampak bercelaru.
Bagi saya…alasan kenapa kita tidak mengangkat senjata dalam usaha mengembalikan hukum syarak adalah kerana Rasulullah tidak menggunakan cara jihad (perang/ mengangkat senjata) utk menegakkan negara Islam. Bahkan Rasulullah tidak menggunakan demokrasi pun. Akan tetapi Rasulullah berjuang secara politik dan pemikiran. Nabi saw bergerak sebagai sebuah jamaah, menerangkan Islam kpd masyarakat, menyerang kepercayaan dan ideologi kufur, memutuskan wala’ masyarakat terhadap sistem politik sedia ada dan meminta sokongan politik dan ketenteraan bagi tegaknya sistem Islam.
Wallahulam.
RIRK
Januari 14, 2009 pada 12:08 pm
ainohikari
Salam
Ana ternanti-nanti, bilakah saudara amir akan tonjolkan dirinya yang sebenar. Paling kurang pun, tunjukkanlah link website atau blog saudara, maka dari situ orang ramai boleh menilai.
Komen panjang saudara tidak menampakkan keluasan ilmu saudara dalam mengkaji dan meneliti sesuatu hal. Bahkan ana rasakan hujah saudara tidak perlu dijawab oleh Ustaz Nik Abduh, kerana budak universiti pun boleh jawab insyaAllah.
Akhir kata (cilop ayat ustaz),
Selamat berjihad di bumi Malaysia. Selamat ribath di Kuala Terengganu. Allahu akbar wa liLlahil hamd..
Januari 15, 2009 pada 12:51 am
agas
Ketika rakyat Malaysia bergelut menghadapi krisis kewangan, segelintir elit dilihat mula menyerkap jaring ke atas peluang-peluang ekonomi yang masih berbaki. Sekiranya peralihan kepimpinan berjalan lancar seperti yang di war-warkan, tiada siapa yang mampu menghalang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Menyusuri cita-cita itu Najib mula membariskan rangkaian ahli-ahli perniagaan yang terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai, yang bersedia untuk meratah setiap khazanah yang ada.
Keputusan Kerajaan yang menyambut baik cadangan untuk menjual Institut Jantung Negara(IJN) kepada Sime Darby Bhd. sememangnya mengejutkan. Pengendaliannya yang dibuat secara tergesa-gesa, selepas tamatnya Sidang Parlimen bagi tahun 2008, turut membangkitkan bermacam kecurigaan. Dalam tempoh 24jam (18 December) selepas penyerahan kertas cadangan pembelian IJN kepada kerajaan, Menteri kewangan Najib Abdul Razak mengalu-alukan cadangan tersebut lantas memberi lampu hijau berkenaan cadangan tersebut. Mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa mahu menjual IJN? Itu yang kita tidak ketahui, lebih-lebih lagi apabila institut kesihatan jantung utama negara dan terulung itu tidak dlanda masalah kewangan.
Blogger Kadir Jasin mencadangkan kemungkinan penjualan itu dibuat adalah untuk membantu Sime Darby Bhd, Syarikat ciptaan Nazir Tun Abdul Razak melalui CIMB hasil penggabungan 3 Konglomerat Perladangan Milik PNB (Guthrie Bhd. + Golden Hope Plantation + Sime Darby).
Pada November 2006, CIMB Investment Bank Berhad, dimana Nazir merupakan CEO membiayai pewujudan ‘Entiti Tujuan Khas’ atau Special Purpose Entity (SPE) iaitu Synergy Drive Sdn Bhd. Nazir, dengan sokongan abangnya, kemudiannya menggerakkan penggabungan Golden Hope Plantation, Guthrie Corporation dan Sime Darby melalui Synergy Drive, sebelum menukar nama entiti itu kepada Sime Darby Bhd. Kini, Sime Darby Bhd ( Synergy Drive ) ciptaan Nazir ini membentuk syarikat perladangan terbesar di dunia. Bahkan, ia turut melebarkan sayapnya ke sektor-sektor lain khususnya perubatan dengan pembelian Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC). Selaku Menteri Kewangan baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Najib mempunyai keupayaan untuk melicinkan penjualan UN, lebih-lebih lagi apabila syarikat induk iaitu UN Holdings merupakan entiti milik Kementerian Kewangan sepenuhnya.
Nazir Abdul Razak CIMB
Nazir Abdul Razak merupakan Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Kumpulan Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB), institusi perkhidmatan kedua terbesar di Malaysia. Nazir menyertai Jabatan Penasihat Korporat CIMB pada 1989, dan memegang pelbagai kedudukan dalam kumpulan tersebut sebelum dijadikan Ketua Eksekutif pada 1999. Di bawah skim CEO, Nazir diberi 42 juta saham CIMB, bersamaan lima peratus dari jumlah keseluruhan modal berbayar. Aset CIMB bernilai RM155 bilion, dengan market capitalisation meningkat kepada RM33 bilion dibelakang Public Bank dan Maybank.
Ahmad Johari Abdul Razak
Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Ancom Berhad yang meliputi pelbagai sektor seperti kimia pertanian & industri, minyak & gas, kejuruteraan, perkapalan, polimer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Peguam berumur 52 tahun ini juga memegang jawatan Pengerusi di Courts Mammoth Bhd dan Daiman Development Bhd, Timbalan Pengerusi di Nylex (Malaysia) Bhd, dan Pengarah Hong Leong Industries Bhd, Daiman Golf Bhd dan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd.
Ahmad Johari Abdul Razak juga menerima 7.2 juta saham pemilikan bumiputera dari Kementerian Kewangan menerusi Tekala Corporation Bhd.
Mohamed Nizam Abdul Razak
Mohamed Nizam Abdul Razak berkhidmat di Lembaga Pengarah di Kumpulan Kamdar (M) Bhd, Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Synergy Track Bhd, Kumpulan Winitex Holdings Bhd, Kumpulan Wah Seong Corporation Bhd serta beberapa lagi syarikat swasta. Beliau juga pemegang amanah di Yayasan Noah, Yayasan Dana PendidikanTan Sri Khalil, Yayasan Rahah dan Yayasan Hong Leong, serta Board of Governors di Nilai College.
Mohamed Nazim Abdul Razak
Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) ini juga merupakan salah seorang dari pengarah di OYL Industries Bhd dan terkenal sebagai pengarah yang paling mahal dibayar di Malaysia – sekitar RM2,250,001 hingga RM2,300,000. Arkitek berumur 44 tahun ini juga merupakan Pengarah di HLG Capital Bhd, HL Berhad dan ING. Selain itu, Nazim juga dilantik ke Lembaga Pengarah HLIB, dan merupakan Pengarah Urusan Nr -Associates Sdn Bhd dan Pengerusi Bandar Tasik Semenyih Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang terkenal di Lembah Klang.
Kenneth Eswaran, (kawan baik Najib)
Meskipun beliau merupakan orang baru dalam arena korporat, Kenneth Eswaran seorang yang berpengaruh di Institut Strategi & Kepimpinan Asia (Asli) dan Institut K aji an Strategik & Antarabangsa (Isis).
Presiden Malaysian Associated Indian Chamer of Commerce & Industry (MAICCI) ini juga memiliki Benta Plantations Bhd melalui apa yang disebutkan sebagai reverse-takeover, dengan membeli 31 peratus saham syarikat ini dan 28.1 peratus dari Mun Loong Bhd.
Benta Plantations Bhd kemudiannya menukar nama kepada Best World Land Bhd dan pada 1994, Eswaran dilaporkan berminat mendapatkan konsesi balak seluas 250,000 hektar di Selatan Laos selama tempoh enam hingga tujuh tahun. Nilai pelaburan dalam konses ini mencecah RM60 juta, dan Eswaran juga diiaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat baru bagi tujuan tersebut, dengan Best World Land dan Mun Loong masing-masing melabur 55 peratus dan 45 peratus dalam syarikat baru itu. Pada 1995, Best World menjual ekuitinya di Mun Loong Bhd, dan tidak diketahui samada Kenneth berjaya dalam konsesi Laos itu.
Kenneth Eswaran disiasat atas tuduhan manipulasi saham dan insider trading di Best World Construction Group. Kenneth merupakan pemegang saham di Best World Gaming & Entertainment Corp, dan turut disiasat adalah pemegang saham terbesar syarikat itu Jose Victor JV” Ejercito, anak kepada bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, Pengarah BestWorio Francis Ablan. Best World Gaming diberi satu-satunya kuasa untuk mengusahakan judi bingo online oleh syarikat kasino milik Manila, Philippine Amusement & Gaming Corp, selama 10 tahun pada Disember 1998.
Januari 15, 2009 pada 8:44 am
zam
Salam, ainohikari tidak boleh mengesyorkan ust untuk tidak menjawab hujah amir. Sebagai tanggungjawab ust kena jelaskan. Sepatutnya kita berlapang dada bila adanya perbezaan pendapat begini, inilah cara terbaik untuk kita lebih memahami sesuatu perkara terutamanya pemahaman terhadap islam.
kita seolah-olah ingin memberitahu kepada semua bahawa apa yang kita lakukan adalah terlebih baik dari apa yang orang lain lakukan. Jihad yang kita lakukan adalah lebih utama dari jihad saudara kita yang lain ( itu anggapan saya saja ). Apa yang saya nampak kita di bumi Malaysia terutamanya saudara seislam yang berada didalam jemaah PAS, UMNO dan apa saja jemaah politik hanya berani berjihad sesama sendiri. Adakah ini tuntutan islam. Adakah begini yang islam ajar untuk kita menegakkan kalimahnya dibumi ini dan terhadap sesama saudara satu kalimah walaupun berlainan pemahaman terhadap islam?
Januari 15, 2009 pada 5:37 pm
amir
terima kasih ainohikari, apa perlunya saya tunjukkan diri saya? adakah apabila saya tak tunjukkan diri saya maka apa yg saya perkatakan itu adalah salah? Samaada saya tunjukkan diri atau tidak, saya rasa apa yg diperkatakan saya itu adalah benar. Adakah nak tunggu ainohikari dan ustaz nik abduh kata saya punya tulisan itu benar belaka barulah ianya menjadi benar? kalu kamu semua mengatakan tulisan itu tak betul dan salah pun, ianya tetap akan menjadi benar kalau ia memang benar… Kebenaran itu bukan perlu diiktiraf oleh musuh.. Contohnya beginilah, adakah kamu nak tunggu orang kafir mengiktiraf agam Islam itu benar, maka diwaktu itu baru kita akui yg Islam itu agama yg benar?? Islam tetap agama yg benar walaupun semua orang kata Islam tak benar.. Soal kebenaran itu bukan perlu tunggu orang lain akuinya.. Benar tetap benar.. pendapat saya, ainohikari pun sebenarnya tercabar dgn tulisan saya dan hati kecil dia mengakui kebenaranya, tapi kerana ego dan malu, jadi dia cakap begitu.. Saya rasa ramai yg akui tulisan saya itu byk betulnya dan byk persoalan yg perlu dijawab.. sbb itu tak ramai yg menjawab atau mempertikaikan tulisan2 saya itu.. Jadi eloklah kita sama2 tunggu jawapan yg sebenar dari sesiapa yg sudi.. Saya bukan nak berbalah atau mencetuskan huru hara.. Saya hanya nak tahu apakah jawapanya, mungkin ada orang boleh memberi penjelasan yg jelas.. Tapi nampaknya setakat ini tak ada.. mungkin Nik Abduh sedang berkira2 untuk menjawab, terima kasih… Buat pengetahuan saudara, saya baru tamat pengajian dari Jordan, saya seorg yg mengkaji ttg Islam, tg jemaah Islam supaya saya tidak tersilap dalam mengikut mana2 kumpulan islam yg sekarang ini byk kumpulan Islam menipu atas nama Islam…. Ayah saya kawan rapat kepada Almarhum Ustaz Fadil Nor. Tak perlulah nak tunggu saya ada blog atau website baru nak jawab persoalan yg saya timbulkan.. adakah jika saya tak ada blog atau website itu tandanya tulisan saya tak betul???cukuplah kita bersatu didalam satu blog, kenapa perlu byk blog jika blog ustaz nik abduh ini sudah boleh dimanfaatkan.. KAlau kata budak university pun boleh jawab tulisan saya.. Ha! jawablah… Saya minta maaf jika ada yg terasa dgn tulisan2 sy ini.. Tak perlu tunggu blog sy untuk menilai tulisan2 saya ini.. jika ainohikari org yg cerdik, dgn tulisan yg begini pun dia boleh menilai saya.. Saya hanya nakkan jawapan dari pihak yg benar… soal umno karut tu, tak perlulah kita perbahaskan lagi, itu sudah semua sedia maklum..
Akhir kata, saya tak nak tulis lagi disini jika tak perlu, yg saya tunggu hanyalah jawapan.. harap ada yg tampil untuk menjawab tulisan2 saya, kalau jawab secara ringkas pun rasanya saya boleh faham.. saya tulis lagi nipun kerana ainohikari mcm nak penjelasan dari saya.. tak elok kita biarkan org tertanya2…. terima kasih semua, terutama ustaz yg empunya blog ni..
Januari 16, 2009 pada 12:22 pm
amir
Kenapa komen saya semalam dipadam? Jgnlah begitu.. Saya hanya sorg yg mahukan jawapan saja, jika segala persoalan yg saya timbukan dapat diungkai, mungkin saya juga akan menulis dan menyeru orang ramai menyertai PAS. Tapi persoalan yg saya timbulkan bukan sahaja tak dijawab, bahkan komen sy yg terbaru pun dipadam.. Takkan kita mahu org memuji kita saja, bila ada org beri pandangan yg berbeza, terus padam. Itu tidak adillah, bagaimana pejuang Islam bersikap begitu? nak jidah bagaiman, berbeza pandapat sikit pun tak boleh sedangkan dalam Islam dibenarkan berbeza pendapat dan ia kalau dgn cara yg betul, boleh mendapat rahmat.. Bukankah jika ada org boleh menjelaskan tulisan2 sya itu akan membawa kebaikan pada PAS? harap berlaku adillah.. Kalau kita hanya mahu org memuji kita sahaja, kita tak layak digelar pejuang. Pejuang itu byk ujian dan halanganya.. KIta perlu berjiwa besar jika mahu berdepan dgn masyarakat.. Pemimpin perlu berjiwa besar, perlu berani.. Berani kerana Allah.. Jika berani kerana Allah, apa perlu takut dgn tulisan2 saya? apa perlu takut dgn komen2 saya.. saya pun hanya mahu jawapan, bukan mahu buat huru hara.. saya bukan nak tulis byk2 kat sini… harap semua faham.. Harap saudara ustaz penulis blog faham.. Jgnlah tindakan saudara akan menampakkan kelemahan saudara, lebih2 lagi saudara anak Nik Aziz yg dikenali ramai. Adakah saudara mahu terus bersandar atas nama besar ayah saudara.. Saudara perlu berdiri atas kemampuan sendiri… Kan lebih baik jika anak Nik Aziz dapat mewarisi kehebatan Nik Aziz.. Org Hormat dan sanjung Nik Abduh kerana dia ada wibawa sendiri, bukan kerana Nik Aziz.. nampak skrg ni org lebih tunduk dan puji kerana bersandarkan nama Tok Guru… Minta maaf byk2 jika tulisan atau komen saya ini membuat sesetengah pihak tak senang dan rasa takut… harap berilah penjelasan sewajarnya… Terima KAsih…
Januari 17, 2009 pada 10:24 pm
nikabduh
amir,
Saya tak padamkan, cuma belum approve lg sbb 3 hari d KT. Tulislah Amir.. Kita akan belajar daripada tulisan kita sendiri sebelum tulisan orang lain. Semoga Amir terus berusaha mencari.
Ingat Rasulullah bersabda? “Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah itu menjadi tertinggi, maka dia fi sabiliLlah.”
Payah Amir? Apabila itulah yang lahir dari mulut mereka, katakanlah, mereka itu telah syahid di jalan Allah. Adapun hatinya, itu milik Allah dan Allah saja maha mengetahui. Ada jika mulut mereka berkata sebaliknya seperti kebanyakan pejuang nasionalis Fatah di sana, maka disitulah kesukarannya.
Pejuang HAMAS syiar mereka adalah Allahu akbar! Itu lidah mereka dan itulah jalan mereka.
Mengapa memayahkan apa yang Allah mudahkan untuk kita? Jalan syurga terbuka luas di hadapan pejuangnya..
Amir, ada sesuatu yang anda hilang daripada Jordan. ” Mudahkan dan jangan payahkan..” Amir ambil ini untuk memahami ugama.
Januari 18, 2009 pada 12:56 am
the7
Assalamualaikum
Hmm….Sy kira saudara Amir agak Emo.Pndangan sy,masih banyak yg perlu saudara Amir belajar dan baiki, baik dlm penulisan mahupun dlm berhujah.
Tenang Us Amir,
Belajar untuk Tenang itu Indah
Belajar untuk Sabar juga Indah
Cubalah untuk~ memahami ~.Sy yakin dgn ilmu yg saudara Amir miliki,rasanya tidak susah untuk saudara memahami apa yg telah Us nik abduh nukilkan ~ mudahkan & jgn payahkan ~
Takbir!
Januari 19, 2009 pada 4:01 pm
ad
semoga perjuangan kita mendapat keredhaan-NYA..
Januari 20, 2009 pada 1:01 pm
nur Islam
saya hy mahu berkata2 disini………..Kemenangan PAS di Terengganu buat saya bangga sangat……..Kerana saya Tinggal Di Kuala Terengganu. Hentikan pemerintahan BN di Terengganu…..ia begitu menyakitkan. cukuplaH. Sy tak tahu airmata kegembiraan tiba2 turun menandakan Allah swt mendengar doa sy selama ini. Alhamdulillah, syukur padaMU. PAS menang! TAK NAK BN……….Kembalikan PAS di bumi Terengganu.
Manisnya Islam……Indahnya PAS sentiasa di hati.
airmata anak ganu kiter….