Salam Kamunting,
Kepada semua pembaca budiman, saya mohon banyak kemaafan atas kelewatan untuk up date blog ini. Ya, hampir sebulan dan rasanya tempoh rehat terpanjang selama berblog. Antara sengaja dan tidak, dua – dua betul.
Tak sengaja kerana sibuk yang menghalang saya mengurus masa untuk jengok internet. Dah sekitar dua minggu tak berlayar jauh di laptop, hanya kekadang bermain di pesisir hand set. Satni baru approve lebih 30 komentar pembaca. Maaf ya. Sengaja pula kerana agak terkejut blog santai saya ni tiba – tiba meletup – letup. Kalau ada yang tak terkejut dengan letupan, sah dia tuli tu!
Semuanya gara – gara kebelakangan ini saya komen jauh pasal politik. Ini jarang saya lakukan, walaupun saya orang politik. Biasanya saya selang – selikan dengan isu – isu ugama yang lain. Semuanya agar blog saya terus santai – santai saja macam santap petai cicah budu. Almarhumah nenek saya pernah pesan, kalau makan ulam cicah budu, jangan bising – bising. Kenapa, itu pantang larang orang tua – tua katanya. Tak ada nas apa pun.. bukan bid’ah apa?
Rupa – rupanya isu muzakarah memanaskan. Jadi, saya kena sejukkan. Ayahanda pada tahun DSAI difitnah Tun Mahathir dengan isu liwat versi pertama dulu pernah dengan penuh sugul menasihatkan rakyat Malaysia agar menghindari fitnah buruk itu di bulan Ramadhan tahun tersebut. Ramadhan terlalu buruk untuk disambung cerita fitnah di dalamnya.
Rasanya sekarang blog saya dah kembali sejuk dan normal. Taklah sehingga pernah mencecah 3 ribu hitnya sehari. Hari ini dah tak sampai seribu dah. Kalau masuk tabligh pun, dah bukan kerana kecewa dengan politik dah. Masuk tabligh secara normal yang macam dulu – dulu. Cuci jiwa yang berdosa, bukan cuci jiwa daripada kemelut politik. Politik adalah medan jihad yang tetap.
Saya baru balik dari Mesir. Keluar 7 hari cara PAS. Moga dapat pahala macam keluar cara Tablighi Jamaat. AlhamduliLlah, kami pulang bersama 2 orang qari Mesir yang akan bersama rakyat Kelantan berterawih di dataran stadium di ‘Qaryah Ramadhan’ anjuran MPKB-BRI sempena kedatangan Ramadhan al Mubarak tahun ini, juga sempena tahun melawat Kelantan 2008. Ramadhan adalah bulan kesembilan kalendar hijriyyah. 1 September adalah 1 Ramadhan, insya Allah. Sejuk hati menyaksikan mukjizat tuhan mengatur perjalanan bulan dan matahari. SubhanaLlah..
Kepada semua pembaca budiman, saya ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini adalah terbaik untuk kita daripadaNya. Lawatilah laman – laman yang menghormati Ramadhan dan bacalah tulisan – tulisan yang bergugusan pahalanya. Insya allah, saya akan terus menulis di bulan mulia ini.
Oh ya, takut terlupa.. Selamat Hari Raya Idil Fitri. Advance sikit.. he he
Isteri saya dah berleter dah, baju raya tak pergi potong lagi. Ooo perempuan..


28 comments
Comments feed for this article
Ogos 30, 2008 pada 2:51 am
Snowflake
Assallamualaikum
Ustaz, hari hari saya jengok blog ustaz. Terkata juga dihati, mana pergi nya Ustaz ni? Tapi kali ini saya jengok, ai.. macam dapat award pulak.
Snow ingin mengucapkan salam menyambut bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan kepada ustaz serta keluarga dan kalau tidak keberatan untuk ustaz sampaikan salam Ramadhan saya kepada ayahanda ustaz. Harap beliau didalam keadaan yang sehat.
Wassallam
Ogos 30, 2008 pada 9:38 am
globalmalau
hari ini saya berada dikg.tgk maklumat melalui hset.selamat beribadat.berpuasalah aku esok hari menahan hawanafsuku zahir bathin kerna allah…salam
Ogos 30, 2008 pada 9:50 am
shurim
alhamdulillah…akhirnya kmbali ana menikmati tulisan ustaz….jgn merajuk ye…hihihih..gurau je…..ana sagt tertarik bab HIKMAH tu…sgt menarik..mg2 dapat manfaat…terusa berusaha
Ogos 30, 2008 pada 1:06 pm
tamu pulau melaka
salam ramadhan almubarak.
moga hadirnya yg membawa berkat, keampunan dan penjauhan dari azab neraka itu memandu kita semua ke arah keinsafan dan menambah taqwa.
ya subhanallah…
1 ramadhan = 1 september.
sama2 bulan ke sembilan dalam kalendar hijriah dan masehi.
tidak ada ‘kebetulan’ dalam iradat Allah. semuanya kehendakNya yg Maha Mengetahui da Maha Bijaksana. Al’AliimulHakiim.
syukur kita masih dikurnia usia dan kekuatan oleh Allah untuk mengingati-Nya, beribadah kepada-Nya dan menggapai kebajikan pada malam qadar yang melebihi amalan baik seribu bulan. moga Allah menerima seluruh amalan kita.
Ogos 30, 2008 pada 1:15 pm
ummuhanah
lama tak titipkan komen…tak per…sesekali saya tetap menjengah.
Bagus kalau blog yang jenis sejuk panas ni. kalau panas memanjang kita bisa terbakar, tapi kalau asyik sejuk ajer….kita mungkin beku.
Tahniah, beruntung jamaah yang bertarawih di dataran stadium nanti kerana mendapat imam qari yang didatang khas dari mesir.
tapi ucapan selamat hari raya idil fitri tu awal sangat kut …ramadhan ni pun belom tentu selamat ustaz weh….
Terasa getar kebimbangan, tatkala terkenangkan sepotong hadis yang berupa amaran dari baginda Rasulullah saw
” Celaka bagi seseorang, apabila masuk Ramadhan lalu Ramadhan meninggalkannya dan Allah tidak mengampunkan dosanya ”
Bayangkan, memang celaka kita…Ramadhan yang Allah bukakan segala pintu rahmat dan keampunan, tapi kita tetap gagal memasukinya.
salam Ramadhan untuk ustaz sekeluarga dan pejuang Islam di mana saja berada.
Ogos 30, 2008 pada 6:07 pm
asran
assalamualaikum………
bila lak ustaz nak komen pasal kewujudan kerajaan PAKATAN RAKYAT..
hehehehe…
selamat berpuasa.
oH yA..
isu muzakarah dan muqabalah dah selesai..
pimpinan pun dah bersetuju akan kekal dalam PR dan ruangan ini pernah jadi panas untuk seketika..
harap2 ustaz dapat minum kopi radix dan kopi to’guru dengan senang
TahnIaH
Ogos 30, 2008 pada 6:12 pm
ana di benua lain
assalamu’alaikum wbt
kali pertama ana komen di sini.. nak ucap selamat berpuasa juga untuk ustz dan keluarga..
Ramadhan Kareem, ALlahuAkram..
semoga terus istiqamah dengan perjuangan islam yang suci..
AllahuAKbar!
Ogos 30, 2008 pada 7:50 pm
ikebilihikejerung
salam…
nak tanya ustaz bab bayar fidyah dan cara bayar fidyah…
adakah kita kena bayar fidyah selepas tidak qadhakan puasa lepas sebab haid,nifas dan wiladah hinnga masuk bulan ramadhan yang baru…dan kepada siapa fidyah kita kena bayar…majlis agama atau terus kepada orang miskin…cara yang sepatutnya fidyah dibayar…betul ke kenyataan yang dibawah..dipetik dari al-ahkam.net…..
permasalahan tidak qadha’ puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;
1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.
Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan ABu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.
Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti’ oleh uthaimin 6/451.
TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.
Ogos 31, 2008 pada 1:51 am
abdul malek nordin
ana salah seorang peminat blog anta.patut lama tak dengar berita.assalamualaikom.
Ogos 31, 2008 pada 12:01 pm
M Syukri M Nazar
Assalamu’alaikum,
Syukran atas taujihat yang ust bagi kepada kami masa datang ke Mesir baru ni…Jazakallahu Khaira.. doakan kami semua istiqamah dalam kebaikan dan istiqamah meninggalkan apa yang dilarangNya sepanjang berada disini..Doakan kami diberi ilmu yang bermanfaat..Selamat Berpuasa, Semoga Ramadhan kali ini kita semua dilimpahi keberkatan dan kerahmatan dariNya serta mampu mengecapi nikmatnya Lailatul Qadar..Amin…
Anak Terengganu, Mesir
September 1, 2008 pada 2:31 am
haris
Assalamualaikum Ustaz,
Selamat berpuasa…jangan tinggal lama sangat ustaz
September 1, 2008 pada 1:37 pm
nuriman
salam alaik ustaz, selamat berpuasa. Sayapun selalu jenguk blog ustaz, tetapi macam biasa tak tinggalkan komen. Salam ramadhan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas.maaf zahir dan batin.
September 1, 2008 pada 2:17 pm
hilmi_unitamal
Alhamdulillah ana dapat ikut program dengan ustaz di ampang baru2 ni…munajat perdana di padang ampang jaya… Ustaz, teruskan lah istiqamah dalam perjuangan… Marilah kita sama2 menghayati ajaran al-quran…bak kata ust…buku ust ridwan mat nor jauh macam langit dengan bumi kalo nak banding dengan al-quran punye pengajaran yang terkandung di dalam nya…Allahuakbar!!
September 1, 2008 pada 5:41 pm
ToyolJgnGanggu
pasal PAKATAN RAKYAT ada strategi yg x boleh didedahkan. HARAP MAKLUM. Jika musuh tau ia akan jadikan isu.
September 3, 2008 pada 3:40 am
che'pirate
salam Ramadhan……
JOM KITA PENUHI DATARAN STADIUM,BERTERAWIH……..sdap weh tok ime taun ni…….SYABAS MPKB(Tok Ime hok ustaz pilih d mesir blako ni,rugi kalu dok gi)
September 3, 2008 pada 8:30 am
Kumkum
Salam Ramadhan,
Say no to NWO, say no to republic Malaysia!!
Islam is the highest!!
Allahuakbar!!
September 4, 2008 pada 6:58 pm
aizuddin
dah lama tak ber’ramadhan’ di Serambi Mekah.
makin damai rasanya di sana.
Salam Ramadhan Kareem ya Ustaz!
September 4, 2008 pada 8:17 pm
zahrah
salam ramadhan..
buat ustaz dan family, bestnyer ramadhan kat kelate(2 tahun lepas…hu..hu…rindunyer nak make budu denge ulam pucuk jagus@gajus) pastu sahur dengan nasi panas/telur masin pastu tutup ngan timun(tembikai kalau bahasa peraknyer…bahasa suami sayer timun ler kan…)
masyaAllah bulan2 puasa ni dok ingat make pulok doh…
btw, selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya…
Ramadhan kareem…
September 5, 2008 pada 11:55 am
monoja68
Sambung kembali zikrayat kedua. jangan lupa untuk tentukan tarikh berbuka ikpa. i-khidmat tetap ikut serta ikpa.
September 6, 2008 pada 8:22 pm
sisyahid
salam syeikh, khamis – jumaat lepas ana ada bermalam di qaryah ramddhan. Alhamdulillah, sungguh hebat program ini….
Satu perkara yg menyedihkan AJK mereka tidak ada adab dengan tetamu seperti saya, mereka ajk adalah dikalangan Ustaz-ustaz belaka.
Saya menyangka saya dapat bersahur bersama-sama dengan yang lain memandangkan terpampang dikain rentang ’sahu jamie’. tapi apabila tiba waktu sahur, saya keluar dari khemah bersam-sama pelajar tahfiz yg relay quran utk brsahur, malang sekali makanan disediakan utk pelajar tahfiz sahaja, sedangkan para musafir dan tetamu yg bermalam di sini langsung tak dilayan…walau kurma sebiji atau air seteguk. sudahlah tak dilayan, ajk mereka terrkunyah-kunyah makanan didalam bilik khas mereka.. sy lihat banyak kotak air mineral tetapi sy lihat ada isyarat ajk yg tak benarkan kotak mineral dibuka sngguh menyedihkan.
Alhamdulillah mujur ada insan mulia, seorang jaga di “medan” bagi sy murtabak dua biji kp saya..saya kongsikan mrtabak seramai lima org yg lain yg tak de rezeki utk brsahur tatkala ajk sedang seronok mengunyah…hampeh betul mpkb-bri
September 7, 2008 pada 7:19 pm
hilmi_unitamal
Mari lah kita sentiasa ambil semangat tabligh untuk diserapkan dalam jemaah pas…Lihat kepada orang2 tbligh…mereka cukup berkorban demi perjuangan yang mereka yakini…mereka sanggup korban ape jer…masa, anak bini dan lain2…Semangat mereka itu adalah sesuatu yang patut kita contohi…Kita mesti mengambil sesuatu yang baik dari mereka…Allahuakbar!!! Seandainya kebanyakan orang pas sanggup berjuang dan berkorban macAm orang tbligh,saya yakin PAS boleh berjaya mendaulatkan Islam…InsyaAllah…Amin..
September 8, 2008 pada 1:58 pm
susu kambing
Assalamuaalaikum ustaz, saya amat tertarik dengan penegasan oleh dewan ulama PAS mengenai pandangan Mat Sabu. Saya rasa itulah yang sebaik-baiknya. Mat Sabu memang tak layak diberi apa-apa jawatan dalam PAS. Dalam diri dia ada cinta Syiah…segala tindakannya dan kata-katanya tidak boleh dipercayai sama sekali. Berbohong adalah amalan Syiah. saya tak kata mat sabu syiah…kalau benar pun nak apa pun tak leh.
September 9, 2008 pada 6:16 pm
seri
ustaz..ana ada kemusykilan besar dalam ramadhan ni…ana byk baca2 blog2 nih. Tetiba baca isu pasal DSAI puji Salman Rushdie sbg profound writer..dan kita (PAS) macam tak terusik pun pasal dia sebut salman rushdie laknatulah tu profound writer..ana rasa persoalan ni tak terjawab di benak ana kerana lemahnya ilmu..mtk ustaz tolong bagi sedikit panduan..ana pon hampir jadi macam kawan ustaz,nak masuk tabligh…alhamdulillah, sempat baca blog ustaz nih…Allah bagi saya hidayah disini..
September 10, 2008 pada 3:31 pm
zam
Sekali lagi tuan terkeliru. Tabligh adalah sifat nabi. jadi takde apa-apa jika nak masuk tabligh atau keluar tabligh dua-dua nya sama. Orang yang buat usaha dakwah itu bertabligh. Buat ustaz, kalau tak setuju dengan cara dakwah tabligh pun tak payahle nak letak dalam blog. dah memang Orang yang buat usaha dakwah tabligh tak mahu terlibat dengan politik buat apa ustaz sibuk2 nak komen dalam politik. Biarkan saja le, Orang tabligh pun ada hujjahnya dan PAS pun ada hujjahnya. Jika hujjah masing2 kuat amal ikut hujjah masing2 le. Apa yang susah sangat ni ustaz….
September 11, 2008 pada 2:37 am
che'pirate
salam sheikh…….
Hebat sungguh puasa di serambi mekah……………….
jom tengok gambar di…..
http://pemudapc.blogspot.com/
September 11, 2008 pada 6:50 am
hilmi_unitamal
Ya Allah…Selamatkanlah kami dari puak2 munafik yang berpura2 bersama kami tapi sebenarnya akan menikan kami dari belakang…sejak isu muzakarah…muqabalah…ana dapati ramai sekali tidak menghormati lagi kepimpinan ulama…ramai yang mahu ulama diketepikan…pendapat mereka diperlekehkan..keilmuan mereka dipersenda…mereka ni tak tau ker ulama ni pewaris para nabi…Allah sendiri mengiktiraf ulama ini saja yang takut kepada Allah…kenapa mereka tak nak iktiraf ulama?? Sedangkan mereka ini adalah dalam jemaah pas…kalo tak nak pimpinan pas….sila masuk Umno atau parti2 lain…kami tak memerlukan anda yang tidak mahu taat pada pimpinan ulama pewaris nabi…Mudah2an Allah akan bersihkan pas dari puak2 erdogan ini…Semoga pas terus mara dengan kepimpinan ulama…kami tak mahu kepimpinan Jim,kepimpinan profesional,..kepimpinan orang2 yang wala/taatnya pada anwar ibrahim…kami mahu kepimpinan ulama..pewaris nabi SAW…dan saya harap Ust nik abduh lah yang layak sebagai PM pada masa akan datang…lebih layak dari calon2 yang orang2 lain sebut…insyaAllah mudah2an Allah akan membantu mengabulkan doa saya demi Islam berdaulat di seluruh muka bumi ini…
September 11, 2008 pada 10:48 am
DoWell
Assalamualaikum ustaz,
Rasenye ana belum terambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada ustaz dan seluruh isi keluarga. Semoga Ramdhan kali ini membawa keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah kepada kita semua.
p/s: Salam Aidlifitri jugak buat ustaz sekeluarga.
September 18, 2008 pada 12:08 pm
globalmalau
Sekalisekala masuk balik nengok komen…yang best nya citer ttg Tabligh…dari pnulisan memang dijangka zam pernah bertabligh..tahniah.Didalam tbligh kita diajar berusaha supaya cukup sembahyang 5 waktu berjamaah…bertabligh adalah beramal…rasanya lagi indah dari berpolitik tanpa amal…salam dan selamat berpuasa