Salam Kamunting,
“Hidangkanku secangkir kopi panas.” Begitu isteri saya memahami bahasa hati saya apakala saya memintanya secawan kopi. Ia mesti panas sepanasya.
Bila ia dihidangkan sempurna di atas meja tempat saya membaca, atau menulis, atau mungkin nanti saat saya menonton pasukan premier leaugue saya, Newcastle United menentang Manchester United Ogos ini, jemari saya akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia segera menyelinap ke dalam diri menerpa selera di lubuk dalam lalu membukanya. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri saya telah pun menikmatinya dengan rasa segar membangkit selera.
Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang – kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel – bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya.
Kopi tak panas itu jadi habuannya. Kebetulan ratu permaisuri saya ni suka minum kopi suam. Marah pun reda dan saya menikmati tegukan akhir kopi panas sepanasnya itu pada suhunya yang sudah suam atau langsung dah sejuk.
Aku harap Newcastle aku tak kalah pada Manchester pada perlawanan pembukaan nanti. Aku minat Owen budak baik itu. Sumbat Owen, jangan tak sumbat.
Tetapi sesetengah manusia tak memahami saya.
Bila saya kemukakan nas dan sirah serta praktikal gerakan Islam menghadamkan politik damai dalam perjuangan menuju keredhaanNya, teman yang menghujah saya itu membalas, yalah, nas itu satu hal. Tapi UMNO ni bla bla bla. Taring kemarahan saya segera menyeringai. Kalau tidak kerana saya cepat memacak tanda bodoh jahil di atas kepalanya, pasti saya ketuk kepalanya dengan cawan kopi panas di depan saya lalu berkata, ” Bodoh lebih baik daripada degil. Kamu ni degil.” Kawan saya ini hanya jahil.
Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.
Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.
Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata – mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.
Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.
Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.
Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.
Ingat, berani untuk berdamai!
Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.
Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.
Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?
Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.
Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..
Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.
Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir..


54 comments
Comments feed for this article
Julai 24, 2008 pada 3:05 pm
cikli
KAW!
bukan kopinya…tapi ayat-ayatnya macam cap kapal api…..
Julai 24, 2008 pada 3:32 pm
Afyan
Panas betul ustaz kali ini…
Julai 24, 2008 pada 5:28 pm
Ust Caa
Nas bukan kuli kita
Saya bertanya kepada seorang kawan, “awat tak berani tegoq Ustaz (MB)?”
“Payah, dia pandai berhujjah. Mesti ada nas punya, tak terkata apa kita. Tak lepaih kita nak berhujah dengan dia,” kata kawan itu dan saya pun tahu Ustaz itu memang dikenali jaguh berhujah. Saya dah kena. Tinggal lagi, saya tak mudah nak angkat bendera putih.
“Memanglah ada nas. Kena la pulak kita nilai sendiri… Nanti sat! Nanti sat dulu! Ni aku tak tuju kat dia la (Ustaz berkenaan). Ni cerita orang lain la pulak.
“Allah bagi kita akal. Kita dapat rasa dan memang pun, Allah Maha Pemurah dan kurniakan kita kemampuan untuk rasa. Kita dapat rasa adakah seseorang itu ambil nas terlebih dahulu, letak nas dalam jiwa raga dia serta di dalam pemikiran dia dan lepas tu bergerak, bertindak ikut nas.
“Kita juga dapat rasa adakah seseorang itu buat dulu apa yang dia syok nak buat, lepas itu heret nas untuk jadi kuli yang justify perbuatan dia”.
Julai 24, 2008 pada 6:14 pm
muqa-karah
huhuhu, hahaha. rasa sedih rasa suka rasa lucu = rasa tertipu
Julai 24, 2008 pada 6:37 pm
Ust Caa
Dipetik dari tranungkite
Wednesday, July 23, 2008
Muqabalah ganti muzakarah: belum selesai
Dari muzakarah jadi muqabalah. Itu perubahan dari sudut istilah. Tujuannya untuk hentikan cerita-cerita muzakarah PAS-UMNO yang meletup selepas Pak Lah dedahkan bahawa ada tiga pertemuan yang telah dilaksanakan.
Dijelaskan lagi bahawa PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat. Baguslah begitu. Rakyat tak lah pening takut-takut ada mainan politik opurtunis dari pihak PAS. Jika kemenangan yang diberikan rakyat dalam PRU12 baru-baru ni dibuat atas platform janji PR dan atas semangat membara untuk menghukum BN, maka amanah rakyat itu jangan dikhianati. Sekali mengkhianati, susah untuk dipercaya kembali.
Tapi masih ada beberapa persoalan yang belum terjawab. Selagi belum jelas, selagi itu rakyat belum yakin 100%. Pak Lah kata ada 3 kali pertemuan- bila pertemuan tu diadakan? Yang didedahkan pertemuan pertama yang melibatkan Timbalan Presiden, Pengarah Pilihanraya dan YB Khalid. Yang dua lagi, siapa yang terlibat dan siapa pula wakil UMNO?
Khabarnya pertemuan pertama dihadiri untuk melengahkan UMNO dari menghalang penubuhan kerajaan PR Selangor. Dan PAS hadir sekadar untuk mendengar. Jadi, apa pula tujuan pertemuan kedua serta ketiga? Apa tujuan ia diteruskan?
Khabarnya juga dalam pertemuan pertama, UMNO menawarkan PAS untuk tubuh kerajaan bersama dan mengkhianati rakyat dan rakan sekutu. Jika betul, kenapa tidak tolak dengan tegas dan tutup pintu rundingan. Buat apa lagi berunding jika itu tujuan UMNO ajak berunding? Kenapa masih sedia penuhi jemputan rundingan kedua dan ketiga?
Jika pertemuan pertama itu berbentuk tawar menawar politik, bukan untuk kebaikan rakyat secara langsung, serta bukan untuk survival Islam dan juga bukan untuk melancarkan kerjasama antara kerajaan-kerajaan negeri PR dan kerajaan persekutuan, kenapa PAS perlu melayan UMNO untuk hadir pertemuan kedua dan ketiga?
Saya percaya tawar menawar politik dengan UMNO buat masa ini bukan satu pilihan bijak. Jika PAS lakukan sekarang PAS akan dianggap pengkhianat rakyat dan rakan. Tapi tawar menawar politik dengan UMNO bukan selama-lamanya tidak boleh. Ia akan kelihatan baik dan wajar jika berlaku sesuatu yang besar dalam landskap politik negara contohnya:
1. Jika kerajaan BN meninggalkan semua kejahatannya secara jujur dan nyata dengan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan segala macam kebobrokannya sehingga diyakini sekalian rakyat yang selama ini menentangnya. (Andaian ini kelihatan hampir mustahil)
2. Jika rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP berubah menjadi jahat: rasuah, salah guna harta rakyat, menindas, menipu dan sejuta kejahatan sebagaimana kerajaan BN sekarang atau lebih jahat sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada mereka. (Andaian ini sukar untuk berlaku jika komunikasi dalam PR berjalan baik)
3. Jika kerajaan PR bertindak mengenepikan Islam dan Muslimin di dalam negara secara nyata sehinggakan kedudukan Islam di bawah PR lebih teruk dari kedudukan Islam di bawah BN. (Andaian ini dijadikan alasan sesetengah pihak–hakikatnya ia sukar untuk berlaku)
Maka, jika andaian diatas berlaku, ketika itu barulah rundingan tawar menawar politik dengan UMNO kelihatan wajar dan boleh diterima.
Buat masa ini. Semua di atas tidak berlaku dan kelihatan belum ada tanda-tanda ia akan berlaku. Maka rundingan politik PAS-UMNO untuk membuat pakatan adalah suatu yang hina dan memualkan.
Perubahan istilah muzakarah kepada muqabalah belum cukup. Perlu ada ketelusan dan komitmen yang jitu bahawa sebarang rundingan politik tidak akan berlaku lagi. Lebih baik jika mereka yang terlibat mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu. Biar terang dan bersuluh.
Jika muqabalah mahu diadakan, perlu detailkan apa terma perbincangan. Apa pula terma yang tidak boleh dibincangkan. Perlu nyatakan dengan tegas bahawa terma berbentuk pakatan politik yang membelakangkan rakyat dan rakan tidak akan dibenarkan.
Saya amat setuju dengan pendapat pemimpin PAS yang mengatakan bahawa rundingan politik ini adalah perangkap UMNO ke atas PAS. Tapi, yang menghairankan, kenapa ada yang tidak boleh membaca ancaman ini sehingga terjebak dalam semua masalah yang tidak sepatutnya berlaku ini. Saya fikir, ada seseorang yang perlu meminta maaf bagi merungkaikan kekeliruan ini.
Julai 24, 2008 pada 10:09 pm
abu razeen 2
“nas bukan kuli kita”. Ini statement puak yg tak tahu bezakan antara ulama Umno dengan ulama Pas. Umno cari nas yg seakan akannya membenarkan apa saja tindakannya seperti ayat taatkan ulil amri dan ayat jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan.
Ulama haraki yg ikhlas (memang ikhlas itu Allaah shj yg tahu tapi kita yg ikhlas dan tidak khianat boleh kenal ulama yg ikhlas dgn basirah dari Allaah dan amal ulama itu ) tidak ada dlm kamus mrk utk gunakan nas sebagai kuli.
“menatang apa muqabalah itu”. Ini satu lagi luahan isi hati yg sekian lama terpendam dari org yg tak tahu beradap berbicara tentang statement seorang tuan guru yg murshid. Kita masih belum lupa angkara buku org ini iaitu ……Kisah Tiga Abdul.( tak berapa ingat tajuknya).
Ana lihat dari sudut positifnya isu Pas bincang dgn Umno antara lain dapat bersihkan dan dedahkan elemen bughah dan khawarij dalam Pas dan dapat buka tembelang penulis siber yg …….. entahlah apa sebenar sikap mrk kpd Pas sebagai harakah Islam.
Lihat juga ulasan ana dlm Politik Damai.
Julai 25, 2008 pada 1:56 am
zulazhan
Hebat anta menulis syeikh. Ana tak sangka anta pandai menulis gini. Hujah yang kuat, tambah dengan tulisan (pemilihan perkataan, olahan ayat …) yang hebat begini akan memperkasakan idea. Tidak hairanlah kenapa Ibnu Taimiyyah digelar Syaikhul Islam, antara sebabnya ialah gabungan hujah berNAS dan penulisan yang hebat.
Credit to you ustaz!
يا ابن الكرام ألا تدنو فتبصر ما **** قد حدثوك فما راء كمن سمع
سيأتي يوم تكون أنت فيه أهلا لمنصب كان أبوك أهله فأرجو أن أكون أنا لك مؤيدا وناصحا
سر عل بركة الله والسلام
Julai 25, 2008 pada 1:57 am
antiamno
saya yakin tok guru telah menerima maklumat terkini daripada majlis syura. Gambaran tok guru semakin jelas. Dengan kehadiran tokoh tokoh besar seperti ketua ulama, Muhammad Daud Iraqi, Dato Harun Din, timbalan tok guru, Presiden dan timbalannya yang terlibat secara langsung di samping kehadiran Us Ahmad Awang yang juga Pesuruh Jaya Perak, saya yakin tok guru melihat kesepakatan syura.
Tok guru adalah ketua syura. Anak buahnya mengerumuninya demi mempertahankan tindakan presiden yang telah diberi mandat. Saya yakin tok guru telah berubah pandangannya.Nyata tok guru, dengan penukaran istilah muzakarah kepada muqabalah telah memilih untuk lebih lembut dan terbuka. Saya yakin ia telah difahamkan bahawa tiada pun wujud sebarang sangsi bahawa pertemuan dengan Pak Lah adalh untuk join bn.
Saya ada maklumat dalaman dari Kota Bharu ( tak boleh nak sahkan ) bahwa tok guru diberi faham bahawa pemimpin Pas yang mengadakan pertemuan dengan Umno adalh untuk masuk bn dengan tawaran jawatan.Atas maklumat inilah tok guru naik angin dan tutup pintu. Semacam betul begitu. Bila jelas, tok guru berubah dan jadi lebih lembut.
Melihat konsisten us Nik Abduh, saya perasan Us tahu ini dan berusaha meyakinkan bahawa ayahnya tidak sekeras yang dijangka. Ternyata Us Nik sedang bergembira dengan kejayaan majlis syura menjelaskan keadaan sebenar pada ayahnya.
Orang kata us Nik selalu bertembung dengan Dato Husam Musa. beliau nampak begitu menentang pertemuan presiden. Adakah us Nik bertembung lagi di sini? saya agak begitu. Apakah konflik dalaman dikelantan telah menular kekl?
saya doakan Pas selamat.. seperti kata us Nik, janagn dibenci tok guru. semua tok guru.
Julai 25, 2008 pada 2:04 am
sha
salam ustaz
blh x nak minta tlg sikit..
ustaz thu x nas dalam Al-Quran yg menerangkan tntng keselamatan n kesihatan pekerja mengikut pandang Islam..
tlg ye ustaz..
Julai 25, 2008 pada 2:22 am
chepirates
salam………
Muzakarah vs muqabalah…….siapa jadi mangsa?
pening sejenak umpama mabuk laut,chepirate tak kan mabuk memang kerja aku,dan aku yang membuat orang MABUK & PENING……KA..KA..KA…
APE KE BENDA TU PULAK USTAZ ‘MUQABALAH’………..??
Kalau yang dah paham tu,Alhamdulillah….yang tak paham macamana?
atau buat-buat tak paham kerana nak pertahankan hujah yang ‘BODOH’
ATAU kerana terikut-ikut gendang salah sorang ahli ‘rombongan’ yang merapu tah ape-ape.!!!!( KERANA DIALAH ,ORANG LAIN JADI KELIRU DAN BODOH )
Kepada sahabat2 yang rasa TERtipu dengan kenyataan2 bahawa PAS AKAN MEYERTAI UMNO segeralah sedar,selama ini kita dihidangkan dengan kopi pra-campuran(bukan Radix ye…….ianya tetap ‘KAW’ DI KERONKONG AKU’)dan bukannya kopi asli………kau orang jangan jadi ‘KOPI SEGERA’ yang mudah di kacau bila-bila masa,dimana-mana,
Itu lah bila kita menerima cerita yang belum tentu kebenarannya……..kita melatah.,,,,
http://chepirate.blogspot.com
Julai 25, 2008 pada 3:43 am
chepirates
MUZAKARAH vs MUQABALAH…….part i
Siapa tertipu dan siapa menipu.?
http://chepirate.blogspot.com
Julai 25, 2008 pada 10:07 am
zuraimi
manchester united menang … nyer lah….. kuikukikui,…..
Julai 25, 2008 pada 10:14 am
Muslimun
Assalamualaikum Ustaz Nik dan ikhwan sekalian..
Sekadar pandangan dari hamba yang iftiqar ilahi..
Wujudnya PAS adalah untuk pejuangan Islam. Itulah dia teras yang paling teras. Sekiranya PAS tiba-tiba condong kepada pengaruh individu tertentu samada dalam PAS atau di luar PAS atau berubah strategi pada zahirnya seperti meninggalkan kebiasaan tertentu, ianya adalah untuk kepentingan perjuangan Islam itu atau dalam erti kata lainnya mengambil hikmah-hikmah politik. Bukannya disebabkan kesan daripada pengaruh sesuatu makhluk.
PAS mempunyai Majlis Syura yang dianggotai oleh Ulama yang terdiri daripada kalangan yang terbaik daripada ahli-ahli PAS sendiri. Sistem itu adalah cukup baik untuk memastikan kepentingan perjuangan Islam itu tidak terancam dimana dasar-dasar yang diputuskan adalah selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu ianya untuk memastikan strategi semasa tidak merugikan perjuangan Islam.
Sistem Majlis Syura juga berperanan untuk memutuskan pendapat sekiranya terdapat perbezaan pandangan dengan hujah-hujah tersendiri. Sekiranya dilihat kepada keanggotaan Majlis Syura kini, ianya adalah gabungan terbaik dengan latarbelakang masing-masing dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang duniawi dan ukhrawi. Keputusan Majlis Syura adalah “ijmak”, dan seharusnya di taati oleh ahli-ahli yang ikhlas dan setia.
Saya setuju dengan Ustaz Nik, Nas sudah jelas, Musyawwarah pula adalah sunnah, susunlah strategi dan bertawakallah. Janganlah kita terikut-ikut dengan cakap-cakap yang membelakangkan system Syura yang diguna pakai samada cakap orang dalam yang dipengaruhi pengaruh luar atau orang luar itu sendiri yang cuba mempengaruhi haluan jamaah.
Wallahua’lam
Julai 25, 2008 pada 11:42 am
idzham
setelah menghadiri program usrah yang diadakan semalam di putik. sy mendapat gambaran sebenar keadaan yg berlaku..
tahniah pucuk pimpinan.!!!!
tahniah pemuda pengkalan chepa.!!!!
tahniah ustaz..!!!!
bersama kita teruskan perjuangan… TAKBIR !!!!!
Julai 25, 2008 pada 12:07 pm
Ust Caa
Ramai bertanya apa beza muzakarah dan muqabalah? Keputusan Majlis Syura semalam dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz di Kota Bharu semalam masih cuba dikelirukan oleh media. Pada hal ia cukup jelas.
Perbincangan atas dasar parti antara PAS-UMNO atau lebih dikenali sebagai muzakarah tidak dipersetujui. Ini bermakna, tidak ada lagi isu muzakarah.
Pertemuan atas dasar peribadi pemimpin PAS dengan pemimpin tertinggi UMNO di bolehkan. Namun Majlis Syura berperanan memberi pandangan hukum. Pertimbangan politik samada hendak izinkan atau tidak adalah semata-mata pertimbangan politik, kecuali yang terserempak di mana-mana sudah tentu tidak menasabah untuk diambil kira.
Jawatankuasa PAS Pusat harus dirujuk samada perjumpaan peribadi seperti itu boleh diteruskan kerana pertemuan peribadi tidak perlu dikaitkan dengan parti.
Oleh itu saya berharap, ahli dan semua penyokong parti termasuk pengedar harakah dari kaum India yang bertindak berhenti menyebarkan harakah sehari dua ini dapat menarik nafas lega.
Tiada sebarang perjanjian, samada terbuka atau secara tertutup. Jadi mengapa perlu ada pertemuan
- YB Dato’ Husam Musa
Julai 25, 2008 pada 12:12 pm
Anak Murid
Salam kepada semua pejuang Islam. Kerana Kalian semualah yang dapat menegakkan Islam di mana-mana bumi yang dipijak.
Satu pertanyaan kepada Ust. Nik dan sahabat pengomen sekelian.
Kenapa yee, geng-geng Ulamak dalam PAS ramai yang sokong Muzakarah @ muqabalah dengan UMNO tanpa was-was???
Tetapi golongan Profesional pulak ramai yang tidak bersetuju dengan Muzakarah @ Muqabalah????
Apakah dalam kamus Islam tidak ada istilah perundingan atau persemukaan???
Julai 25, 2008 pada 3:25 pm
IAT
apa benda PAS ni, dulu bukan main laung dan menjerit jerit mancabar UMNO untuk bermuzakarah, sekarang UMNO dah bukak gelanggang ayuh.. tunggu apa lagi. atau itu hanya retorik dan polimik PAS sahaja.
ada mursyid (mursyidul am) tak di jadikan rujukan dalam kes ni, three stooges pegi senyap senyap atau dua TG selalu tak datang mesyuarat? sebagai TG mesyuarat kena pegi tak leh miss, ini lah jadi bila sekolah pemikiran dan ’senget’. bagi contoh melalut. tawalli je ada tabari tak de.
ade ke punya hujjah orang yang merampas hak seseorang itu di anggap sama nilainya dengan ‘yang kena rampas’ kesian tgk enta ya ustaz.
Julai 25, 2008 pada 3:56 pm
chepirates
OOiiiiii……..
Mana nak tarok kau orang punya muka ooii,
dulu berkeras tak nak ‘Muzakarah’ sokong pendirian Nik Aziz.
sekarang kau orang nak cakap apa pulak,????
Bila Nik Aziz dah faham maksud sebenar dan merestui perbincangan tetap di teruskan.
Dimana pemimpin PAS yang bersikap bermuka-muka tu……..
Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.
Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?
Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.
Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..
Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.
‘JANGAN TERUS-TERUSAN MEMBODOHKAN DIRI KAMU,KELAK KAMU AKAN DI PERBODOHKAN SELAMA-LAMANYA’……….pesanan ikhlaz dari Pirate United
Julai 25, 2008 pada 4:12 pm
hj anuar
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
If I were to get caught in a hotel room with another woman who is not my wife, I will be arrested and charged. If there are three women with me and we are having a foursome I would probably escape though, as it appears like it becomes a crime only if I am alone with one woman.
I can shout and scream that we did nothing wrong. I can insist that we did not have sex and demand that they get a doctor to examine the woman to prove that there are no signs of recent penetration and that there are no traces of semen either in her front, back, mouth, nose or ears. Nevertheless, I will still be arrested and charged — and if the woman is a Muslim as well then she too would suffer the same fate.
My ‘crime’ would not be for having illicit sex but for close proximity. I would be arrested and charged not for penetrating the woman but for being alone with her. That is how it works.
If I were to grumble and complain and profess my innocence, I would be told that in the first place I should not have done anything that will arouse suspicion. When you are alone with another woman behind locked doors then this could lead to only one thing, sex. The fact that there was never any intention to indulge in sex does not matter. It is my action of being alone with her that is the issue, not what my ultimate intentions were. It is perception and not reality that counts.
In fact, I should not even be seen entering the hotel with another woman who is not my wife, they would argue. What if someone who knows me, or the woman, saw us entering the hotel? Would that not look suspicious? I would be blamed for inviting suspicion and thereby causing others to have suspicions about me. Those who saw me may gossip and the gossip would pass from one to another.
Gossiping is a serious crime and a major sin in Islam. But people are now gossiping about me because of the suspicious manner in which I have acted. So, I am to blame for the sin of gossiping that others have committed. If I had not acted suspiciously then there would not have been any gossiping. But, because of me, many people are now gossiping. It is perception and not reality that counts.
Yes, Islam asks us to guard what we do lest we ‘force’ people to gossip. If people gossip because of our suspicious acts then we are to blame, not them. Sure, it is wrong for them to gossip. But they are only doing so because we have been careless and have given them reason to gossip.
So, it is not enough that we take gossipers to task. If they are gossiping because of what we have done and because of the suspicious manner in which we have acted then we are to blame for it. Islam is very clear on this. It is perception and not reality that counts.
Now can the PAS people understand what they have done? They have committed ‘close proximity’ with Umno. And that is a crime in Islam. Okay, maybe they did not strip naked and bugger Umno, or allowed Umno to bugger them. It is not the buggering that people are concerned about. It is the crime of close proximity with Umno that is the issue. And any secret rendezvous with Umno, not once but many times mind you, is what concerns us. If it had been an open meeting in full view of the public then that would be another thing altogether; although still troubling enough.
There are those who say that there is nothing wrong in PAS having ‘Malay unity’ talks with Umno. Malay unity is not un-Islamic, they argue. In fact, they further argue, Islam demands unity of the Ummah. So PAS is absolutely Islamic in agreeing to these Malay unity talks, they try to convince us.
Okay, let us dissect this argument. PAS agrees that there should be Malay unity. Malay unity against whom? Malays can only be united if it is against non-Malays. Are they arguing that Malays must unite against non-Malays? What would be the reason for Malays to unite other than to unite against non-Malays?
It appears like PAS is now subscribing to the Malays versus non-Malays concept. PAS has to now make it very clear what its stand is. Does it stand for Ketuanan Melayu or Ketuanan Islam, or both? Tell the non-Malays and non-Muslims, now, what PAS stands for and then forever hold your peace. Then we will know what to do come next general election. Come next general election we will send PAS into the ranks of the political has-beens.
This was what the PAS President said in his interview with Karim Raslan:
“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”
The PAS President may be a graduate of the universities of Cairo and Medina and he may be able to speak Arabic more fluent than an Arab. Nevertheless, I am still going to challenge him on this one.
Is there such a thing as swearing on the Quran? We are told to obey the Quran and follow the example of the Prophet. In that case is this swearing on the Quran something that the Quran or the Prophet teaches us or is it an invention of misguided Muslims? The Quran, in the form that we know today, did not exist until after the Prophet died. It was Osman, the Third Caliph, who ordered that the Quran be compiled into a book form. Prior to that it was mostly etched in the heads of those who had memorised the Quran and on bits and pieces of bark and animal skin scattered all over the Arabian Peninsular.
Osman was worried about two things. First was that many of those who had memorised the Quran were dying in the many wars they were engaged in and there was a danger that the Quran would ‘die’ together with those who were dying. Secondly, many variations of the Quran were beginning to emerge so they had to come out with an approved version of the Quran and all the other variations would have to be destroyed.
A committee was set up to sieve through the different variations plus ‘interview’ those who had memorised the Quran to finally arrive at the approved version, which was then compiled into book form. They destroyed what they viewed as contradicting variations and sent this new book-form Quran to all the reaches of the Islamic empire and, today, that is the Quran we are using.
So how could the Prophet have asked us to swear on a Quran that never existed in his time the way it exists today? And whom would Anwar be following if he chose to swear on the Quran? Prophet Muhammad or some deviant who came along long after the Prophet had died and invented this ‘put your right hand on the holy book and left hand in the air and swear after me………..’?
Have we forgotten that ten years ago Anwar did swear an oath in Permatang Pauh that he did not sodomise Azizan, his wife’s driver? Did that do any good? In fact, Azizan also testified in court under oath, THREE TIMES, that Anwar never sodomised him. In spite of that they still convicted Anwar and sentenced him to 15 years jail on charges of abuse of power and sodomy. Did it do Anwar any good that he swore an oath in the name of Allah that he never sodomised Azizan? Did it do any good that Azizan too testified in court under oath, three times, that Anwar never sodomised him?
Julai 25, 2008 pada 5:16 pm
Zam
Bila yang berilmu mengertak dengan hujjah yang sohih yang berlandaskan nas terasa tergoncang hati ini merasa ketakutan kepada pencipta, betapa bersalahnya diri ini. Si alim pun kena ingat bahwa ini adalah permulaan untuk banyak lagi kejahilan yang perlu di banteras dengan hikmah. Disinilah baru ku sedari betapa banyak sungguh keperluan agama yang perlu disahut, banyak lagi ummat yang lalai dari ketaatan. Jika dalam jemaah pun terdapat golongan yang sedemikian apatah lagi di luar sana…maka perdamaian adalah lebih elok dipilih dari jalan perang
terima kasih
Julai 25, 2008 pada 5:58 pm
melayutara
salam,
apa2 terjadi jgn kita mengikut nafsu amarah dan dendam dalam mempertahan sesuatu. Ijtihad yang dipengaruhi oleh sifat buruk ini pasti terkesan ke arah yang bertentangan. Begitulah juga dgn nas..
wallhualam..
Julai 25, 2008 pada 6:43 pm
Nasron al-Jauhari
cakap pusing2… banyak bunga… makin ramai la yg tak paham… huhuhu
Julai 25, 2008 pada 8:05 pm
DoWell
Assalamualaikum ustaz,
Ana rase nak tumbuk jer ‘Ust Caa’ ngn ‘IAT’ nie. woi..kalo tak paham pegi main main jauh2 lar..Menyibuk kat depan rumah orang buat ape.
Ana, walau pun masih kurang jelas tapi ana setuju lagi dengan pendapat ustaz. Biarkan mereka yang bengal bingal itu, ketuk dengan cawan keluli lagi baik….
Syukran.
Julai 25, 2008 pada 11:25 pm
Snowflake
Assallamualaikum
Ustaz, pertama kali saya menyinggah kesini selepas ke tranungkite.net. Saya sungguh menghayati tulisan ustaz yang memang penuh bermakna. Tulisan yang begitu “subtle” dan sungguh senang difahami dan dapat diteraskan kedalam minda yang kadang kadang bercelaru.
Saya setuju sangat dengan pendapat ustaz. Kita berbuat sesuatu hanyalah kerana Allah dan jika ada yang ingin terpesong, apa yang perlu dirisaukan, terpesonglah mereka dengan seizin Allah s.a.w. Politik dan permainan Allah s.aw. jangan dipersoalkan dan diragukan, aniaya kita dibuatnya. Diakhiri dengan memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa.
Wassallam
Julai 26, 2008 pada 12:51 am
amir
PAS-UMNO-PKR adalah sama…
Sebenarnya PAS dari awal sudah silap, PAS nak menegakkan Islam, tapi caranya sudah salah.. Adakah menegakkan Islam melalui Politik? Ingat wahai pemimpin2 dan ahli PAS semua, Tuhan tidak pandang perjuangan anda jika ada diantara ahli2 anda yg membuat mungkar. Cuba lihat sendiri pada keluarga Pemimpin2 PAS dan Ahli2 PAS, adakah mereka sudah mengamalkan syariat Islam yg sebenar, sebelum nak didik masyarakat Malaysia, nak islamkan Malaysia, lihat dulu pada keluarga ahli2 PAS.. Adakah mereka mengamalkan ajaran Islam yg sebenar? Allah tidak akan datangkan bantuan kpd satu jemaah yg ada dikalangan ahlinya yg buat mungkar. PAS tidak akan menang dgn cara berpolitik. Politik bukan cara ISlam, jadi PAS, UMNO dan PKR adalah sama… PAS terjerat dgn sistem musuh.. Kalau PAS nak tegakkan Islam, PAS kena buat sistem sendiri.. sistem Islam.. Bukankah politik itu diujudkan oleh Yahudi.. berapa ramai pemimpin PAS hisap rokok? berapa ramai ahli PAS hisap rokok? Setiap hari beratus2 ribu ahli PAS membeli rokok, kilang2 rokok itu milik yahudi, Jadi yahudi mendapat untung dari rokok, dgn duit rokok yg dibeli oleh pemimpin dan ahli PAS itu, yahudi gunakan utk beli senjata, bom dan bunuh umat Islam di palestine dan Lubnan… Inikah jemaah yg nak tegakkan Islam? ahli2nya melakukan mungkar secara terang2an.. bagaimana nak mendapat bantuan Allah.. PAS, jgn mimpilah kamu nak mendapat negara Islam.. Beranikah Nik Aziz dan Hadi awang meletakkan syarat, siapa yg nak jadi ahli PAS mesti org yg benar2 mengikut syariat Islam.. Berapa ramai anak ajli2 PAS yg tak tutup Aurat? berapa ramai anak ahli2 PAS yg tak solat? pernahkan Nik Aziz dan Hadi awang ambil tahu ttg semua ini? Lebih baik lihat pada diri kamu sendiri sebelum lantang nak memperkatakan ttg Islam.. Islam bukan hanya pada nama.. Islam adalah adalah agama Tuhan.. Jgn kamu gunakan agama Tuhan utk kepentingan politik kamu wahai PAS… Ingatlah PAS, Tuhan akan timpakan bala’ pada org2 yg mempergunakan agamaNya utk kepentingan politik.. PAS tak ada sistem tersendiri.. Kelantan negeri yg ditadbir oleh PAS selama bertahun2, tapi kenapa terlalu kotor dan org2nya pengotor? itulah tanda hinaan dari Tuhan terhadap Kelantan yg dikatakan negeri Islam.. kesian, Tuhan hina ummat Islam hari ini kerana dosa2 yg kamu buat… Lihat negara2 yg menggunakan Islam utk politik, Tuhan hina. Pakistan, Bangladesh. itu semua contoh negara ISlam, tapi kotor dan org2nya kuat penipu.. Tuhan tak bela ummat Islam hari ini kerana mereka menggunakan agama Tuhan utk politik… Ketahuilah bahawa, masyarakat undi pembangkang pada Pilihanraya baru ini adalah kerana mereka benci kpd UMNO, bukan sebab mereka suka kpd PAS, Suka kpd PKR… mereka hanya melepaskan geram shj kpd UMNO, jgn kamu sangka kamu sudah menang wahai PAS.. Sedarlah, sebenarnya kamu akan dihina… Saya cabar NIK Abduh menjawab tulisan saya ini… Jawab semua persoalan yg telah saya timbulkan.. Jelaskan wahai Nik Abduh…. yg penting sekali, beranikah Nik Aziz dan Hadi Awang meletakkan syarat, ahli PAS hanya utk org yg mengamalkan syariat sepenuhnya dan utk org yg tidak merokok… jika tak berani, itu tandanya Nik Aziz dan Hadi Awang takut kehilangan undi.. dan jika kehilangan undi, mereka tak berkuasa.. Jadi mereka gunakan Islam adalah utk kepentingan politik mereka… sila jawab semuanya…..
Julai 26, 2008 pada 3:47 am
nikIPOH
GAMABAR PIMPINAN TERTINGGI PAS dHINA http://n32.blogspot.com/
Julai 26, 2008 pada 10:19 am
bakaq a.k.a. ~penarik beca
Posting saya “Nas bukan kuli kita” disalin tampal di sini. Posting itu tidak ada kena-mengena dengan apa yang pernah atau telah Ustaz tulis. Rujukan saya sama sekali yang lain.
Saya baca posting ini pun selepas saya tulis posting itu.
Mula-mula saya tak kuasa nak jelaskan. Lantak pi lah. Tapi, ada pula kawan kata, kenapa biarkan battleground terbuka luas dengan orang yang hang tak ada hajat nak berlaga dengan dia?
Saya tiada hajat nak berlaga dengan Ustaz Nik Abduh. Bukan kerana dia anak Tok Guru Mursyidul Am yang saya kasihi. Tak kisah anak siapa pun. Tetapi, kerana saya tiada sebab yang kuat.
Saya tidak kata salin tampal posting saya itu di sini adalah tindakan untuk menjadikan saya berlaga dengan Ustaz Nik Abduh. Saya bukan ayam laga. Tapi, tak eloklah…
Julai 26, 2008 pada 12:37 pm
IAT
dowell…dowell mai la kalu nak tumbuk, nak alamat buleh sya bagi. sy bagi kritik benda yang betul. pi la tanya TG selalu datang ka selalu miss meeting. dalam gerakan islam mana buleh selalu tak pi meeting. tak pi meeting so macam2 boleh berlaku. kesan daripada tak pi meeting.
tokoh dan hujjah 2 perkara yang berbeza.
baca bakaq aka punya komen…nanti hang tau pi blog dia.
Julai 26, 2008 pada 2:08 pm
Aamanu
Salaam semua..
Sy x puas ati ngan statement ‘self denial’ dr artikel TKO ni…..
“3. Jika kerajaan PR bertindak mengenepikan Islam dan Muslimin di dalam negara secara nyata sehinggakan kedudukan Islam di bawah PR lebih teruk dari kedudukan Islam di bawah BN. (Andaian ini dijadikan alasan sesetengah pihak–hakikatnya ia sukar untuk berlaku)”
Sukar untuk berlaku.. hehehe.. dh mcm ni pun boleh kate sukar utk berlaku.. dah berlaku tu nanti tak tau macam mane pulak kerosakannya..
Lepas tu kate UMNO tgh lemas.. PAS tu yg lemas kat dlm PR.. Silap-silap dengan pejuang2 Islam and perjuangannye pun lemas.. yg tinggal hanyalah memori perjuangan..
Sy x nampak pun lagi hasilnya utk Islam dari masuknya PAS kedalam PR.. indikatornya mudah.. bermula sahaja PAS berperanan sebagai UMNO dalam BN masa tulah baru nampak hasilnya. Itulah kuncinya..
Selagi x berperanan mcm tu, sampai bila2 la PAS akan bercakap2 dan menghamburkan kutukan, maki hamun dan carutan kepada orang UMNO. Sdgkan “member PR” PAS tu dalam gelak2 mengukuhkan tapaknya dlm PR dan… dah mula mendtgkan hasil pun..
Alim ulamak dalam PAS dlm senyap2 dahpun diperkenalkan dgn konsert Gig underground yg dulu jadi caci makian PAS kpd UMNO dgn tuduhan gagal menyelamatkan akhlak anak muda. Kalau dah konsert GIG boleh.. takat Mas Idayu, Ella, penganjuran Heineken tu apelah sangat. Hal kecik jerr..
Ahli-ahli “instant” PAS yg masuk PAS dgn nawaitu mengidolakan DSAI pula tanpa segan silu mencaci maki Ulama-ulama PAS atas alasan gagal memahami hasrat rakyat untuk mengangkat DSAI ke tempat paling tinggi.
Disini saya mengingatkan ahli2 PAS.. sebagaimana kenyataan Ustaz Nik Abduh sendiri.. UMNO ni memerintah dah lama.. dah terbukti.. dalam jahil2nya orang UMNO dan tanpa tarbiyyah yg sistematik pun setiap 5 waktu akan terdengar azan di Television. Dalam pemerintahan UMNO, tak pernah “member” BN ni ungkit pasal azan nih.. Ni kalau silap langkah kat Selangor bunyi azan dah diperkecilkan, tu baru step one..
Sejahil2 dan sebodoh org UMNO ni pasal Islam.. cuba juga dengan konsep Islam Hadhari yg disokong oleh member2 dlm BN dan siap hujah pertahankan dlm parlimen sekali..
Sepandai-pandai dan setinggi-tinggi maqam PAS mengenai Islam.. boleh dok diam senyap sunyi bila 2 org ketua DAP terus terang minta PAS melupakan perjuangan Islam.. bila PAS bersuara bukannya penjelasan berhikmah atau kata-kata dakwah yg keluar, tapi kutukan, maki hamun dan carutan kepada orang2 UMNO.
Kita buleh tgk LKS dlm blognye selamber je pertikai Selangor diberikan pada Islam dan Melayu.
Sy bukanlah nak kutuk PAS.. tapi menyuarakan kritikan membina.. sebab PAS ini kan mendakwa Islamnya lebih berkualiti drpd UMNO. Nak cerita kekurangan UMNO tu sampai kiamat pun tak habis. Daripada kutukan, maki hamun dan carutan yg diwiridkan PAS itu lebih baik buat “action!!” Buktikan ckp itu..
Sedarlah.. PAS kini yang tengah lemas dalam PR. Ubatnya hanya satu.. peranan ketua dalam PR..
selamat beramal..
Julai 27, 2008 pada 1:30 am
kelepek
hallo….hallo
mana Saifudin ni,
takkan dah senyap kot…….
kita hanya ‘BERMUQABALAH’ SHJ.
BIA BBBERI OTAK SIKIT!!!!!!!!
Julai 27, 2008 pada 10:31 am
globalmalau
menyayangi kerana Allah …sayang kerna Allah
sayang ali sayang abu bakar sayang omar sayang othman
tidakah mereka itu pengikut rasulullah…
Contoh pemimpin terbaik rasululah…
Julai 27, 2008 pada 4:38 pm
saifudin
Salam
Ana mudah sahaja. berhujahlah. tetapi bila pimpinan dah buat keputusan, kita terima. X timbul bberi atau tidak bberi otak. yang pasti kita mesti bertindak dengan realiti, bukan teori semata-mata.
InsyaAllah, difahamkan satu mesyuarat khas PAS pusat akan dibuat hujung minggu. pastinya pertimbangan politik diambil kira. serah pada pimpinanlah. Islam itu mudah!
Julai 27, 2008 pada 4:40 pm
saifudin
AlhamduliLlah, sekurang2nya penegasan oleh tok Guru, kita tidak akan buat kerjasama dengan UMNO. InsyaAllah muzakarah antara Pakatan Rakyat akan lebih baik daripada sekarang.
Julai 27, 2008 pada 9:14 pm
One
From : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16030&Itemid=1
“Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh.
“Bagi Dewan Ulamak kami bersetuju memberi mandat kepada pemimpin parti seperti presiden, timbalan, naib dan setiausaha bermuqabalah dengan Umno,” katanya.
Tak faham la..
Julai 28, 2008 pada 1:45 am
Hamba yg lemah
http://drmaza.com/
Nostalgia Dikenang, Masa Depan Dipandang
Posted on Jul 27, 2008 under Isu Semasa, Artikel |
Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya.
Jam sudah 3.00 petang. Biasanya saya menulis ruangan ini pada pagi Sabtu sehari sebelum rencana ini disiarkan. Hari ini agak lewat. Hanya beberapa jam untuk diserahkan. Saya masih berfikir tentang perundingan UMNO-PAS yang agak panas diperkatakan dimedia.
Saya tidak kisah samada hendak dipilih perkataan muzakarah, atau muqabalah atau hiwar, atau munaqasah, atau musyawarah atau apa sahaja. Selagi tidak menunjuk petanda yang negatif, pilihlah. Walaupun jika saya diberikan peluang memilih, mungkin saya memilih perkataan musyawarah yang berasal daripada syura. Ini kerana ia disebut dalam al-Quran. Namun itu tidak penting.
Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya. Jika kuasa-kuasa dunia yang berbagai; Amerika, Eropah, Rusia dan selain mereka boleh duduk semeja –sekalipun berbeza aliran- untuk menentukan masa depan umat Islam dan negara-negara Arab, mengapa pula kita tidak mampu?
Jika mereka yang mempunyai hasrat buruk untuk melanyak Umat Islam sanggup melupai perbezaan antara mereka, apakah kita umat Islam tidak dapat melupai perbezaan antara kita buat seketika demi memastikan masa depan umat Islam dalam negara ini selamat dan terjamin?!. Saya yakin pemimpin-pemimpin kedua parti lebih tangkas dan tulus dalam memikirkan hal ini.
Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui pertemuan antara dua parti tersebut. Justeru, saya kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.
Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.
Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabah yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum trajedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.
Kata al-Qa’qa’: “Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.
Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.
`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selapas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.
Seterusnya `Ali menegaskan: “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.
Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.
Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata: “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”. Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.
Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.
Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.
(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh politik bukan musuh dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan umat Islam mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara umat ini.
Walaupun parti-parti politik yang ada itu tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.
Setakat ini para pemimpin utama kedua parti politik tersebut telah menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab yang patut dipuji. Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk kedua parti ini untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan umat. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.
Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memperak-perandakan kita sekali lagi.
Ya memang benar, rekod pertarungan politik antara UMNO dan PAS ini bukan sedikit. Entah berapa banyak keperitan yang dirasai oleh PAS dek tindakan Umno, begitu juga sebaliknya. Serang menyerang peribadi, tuduh-menuduh dan pulau-memulau telah mencemar hubungan yang sepatutnya antara kedua parti ini. Inilah hasil daripada demokrasi ala Barat yang dalam banyak keadaan meminggirkan prinsip-prinsip syura dalam Islam.
Bagi saya, ketegangan yang menghalang untuk mereka duduk semeja selama ini, bukanlah sangat soal dasar. Tetapi ia lebih menyentuh soal perasaan, persepsi dan soal hati yang terluka. Juga mungkin kerana telah terlepas cakap, atau jaga hati pengikut atau kepentingan tertentu. Buktinya UMNO boleh duduk dengan MCA, MIC dan lain-lain parti yang amat berbeza antara mereka. PAS boleh duduk dengan Semangat 46, DAP, PKR yang ternyata amat berbeza antara mereka dari segi dasarnya. Namun, apabila adanya kepentingan yang sama, semua mereka dapat duduk semeja.
Hari ini kepentingan umat Islam lebih besar dan utama untuk dihayati sebagai kepentingan bersama PAS dan UMNO. Memang banyak sejarah pahit antara kedua parti itu. Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.
Kita bawa sejarah pahit sebagai bekalan pengajaran, untuk kita menghadapi cabaran. Melainkan jika ada penipuan secara jelas, atau mesyuarat yang ternyata tidak tunduk kepada kaedah dan peraturan, atau jelas dari awal kesannya hanya keburukan untuk umat, maka tentu tidak wajar diteruskan.
Namun, telah ternyata umat di kala ini amat memerlukan kesefahaman antara mereka dalam saat yang sebegini untuk kepentingan semua, yang termasuk dalamnya kedua parti itu sendiri. Maka mereka mesti menelan jika ada kepahitan pun demi masa depan yang lebih baik.
Parti-parti ini mesti jadi seperti seorang ibu yang sanggup menanggup keperitan perasaan dan kesedihan silam demi masa depan anak-anaknya yang terus membesar. Kadang-kala seorang ibu terpaksa bersabar dengan kehidupan yang tidak selesa untuknya, tetapi demi hari esok yang bahagia untuk anaknya, dia telan jua.
Para pejuang juga begitu. Betapa banyak mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup, tohmahan, ejekan, makian, penghinaan, sangkaan buruk dan berbagai lagi hanya semata untuk membawa obor cahaya agar menerangi perjalanan orang lain. Hanya yang harapkan atas pengorbanan itu syurga Allah di Hari Akhirat kelak.
Para pemimpin yang ikhlas juga terpaksa menanggung perkara yang tidak disukai, demi kebaikan pengikut mereka. Allah berfirman kepada Nabi s.a.w: (maksudnya): “Maka dengan sebab rahmat daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari mendampingimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. (Surah Ali ‘Imran: ayat 69).
Dalam ayat ini jelas Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w agar janganlah kesalahan dan kesilapan pengikut baginda itu menghalang baginda untuk terus bermusyuarat dengan mereka dalam perkara-perkara yang wajar untuk diperbincangkan bersama. Begitulah sepatutnya kita semua.
Jika para pemimpin kedua-dua itu nanti berunding dan berbincang agar mereka dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah, tentulah perundingan itu mendapat berkat dan rahmat. Jika ada yang berunding untuk menjaga kerusi dan pengaruh dalam politik, maka itulah nanti akan menjadi punca kegagalan. Walaupun mereka ada perbezaan dan perasaan yang tersimpan, namun memang nostalgia itu dikenang, tapi masa depan hendaklah dipandang.
Julai 28, 2008 pada 10:32 am
zahash
saya bukan nak komen apa…cuba nak tanya ‘Ustaz Amir’ kat atas tu…di zaman rasulullah dulu…ada tak sahabat yang berzina? mencuri? dan buat dosa-dosa besar, dan yang buat dosa kecil?….. nak tahu jawapannya..jawabnya ada. tentu pulak ada yang kata saya hina sahabat. tidak kah kita ingat bahawa ada sahabat yang pergi jumpa Nabi mengaku berzina dan minta supaya di jatuhkan hukuman kepadanya, Rasulullah saw suruh balik dan beranak dulu…hingga hujung kisahnya…kesimpulannya bahawa sahabat yang pergi jumpa nabi tu pernah lakukan zina.
Soal cabar-mencabar ni..bagi sayalah orang yang mencabar tu kena tengok diri kita dulu…. bukan saya nak bahas masalah rokok halal atau haram…..tapi perbahasan kita hari ini ialah perbahasan berkenaan dengan DASAR, dasar PAS, dasar UMNO, dasar PKR, itu tajuk perbahasan dan perbincangan. OK Ustaz Amir tak leh terima dasar PAS dia kata PAS, PKR, UMNO serupa aje…baik.. minta berfikir dalam ketiga-tiga tu yang mana paling dekat dengan Islam itu pun kalau tidak mahu menerima dasar PAS sebagai Islam.
Berbalik kepada sistem yang di pertikaikan oleh Ustaz Amir, bagaimana pula dengan Halful Fudhul yang di gubal di zaman Jahiliyyah tetapi masih lagi di gunakan oleh Rasulullah saw di zaman jahiliyyah, apakah kita nak kata bahawa Rasulullah saw pun mengikut sistem jahiliyyah, atau mungkin saya ni ilmu dangkal kot istimbat hukum kurang pandai berbanding Ustaz Amir.
OOOO negeri kelantan, pakistan dan mana-mana negara Islam pengotor, tentu bala dari tuhan, maka tentunya negara eropah, amerika dan semua negara kafir yang bersih tu mendapat rahmat Allah sebab bala lawannya rahmat, Ustaz Amir nampaknya tak leh beza lagi antara dasar dan furu’, negara dan individu, di zaman Saidina Ali negara Islam masa itu di anggap kucar kacir dan Islam berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil, ada yang di fatwakan fasik, ada yang di fatwakan kafir dan berbagai lagi, adakah kita boleh kata ‘apalah Ali ni tak pandai memerintah berpecah habis semua rakyat jelata, Islam porak peranda’ boleh ke cakap begitu, negara kotor ke rakyat yang suka penipu itu adalah kegagalan individu tersebut beramal dengan Islam, mungkin kalau semua rakyat yang berperangai macam ustaz amir bersih negeri dan baik rakyatnya ( kita doakan kearah itu)
Akhir sekali kalau kita syaratkan hanya orang yang ikut syariat sahaja yang masuk PAS, tentu rasulullah hanya menerima yang yang ‘berjuruh’ sahaja yang memeluk Islam, macamana dengan tahi arak yang masih minum arak ketika memeluk Islam, bagaimana dengan kaki perempuan yang masih lagi minta izin dengan Rasulullah untuk berzina walaupun hati sudah terbuka untuk Islam, kalau kita ambil kira sifir ustaz Amir, agaknya Islam takkan sampai pada kita, sebab kena pilih dan tengok dulu orang yang nak masuk Islam.
Akhir sekali saya nak minta maaf dengan ustaz nik Abduh sebab tolong jawab….betul ke tak saya tak tahu…kalau salah tolong betulkan, pada Ustaz Amir…nak tanya satu….belajar mana dulu?
Julai 28, 2008 pada 11:10 am
Hamba yg lemah
Salam semuanya disini….
Saya suka tulis beliau…. Penuh dengan isi untuk dijadikan doronangan kepada semua pihak…. Harapan semoga UMNO-Pas@Pas-UMNO lebih ikhlas dalam menyatukan ummah.
Impian saya:
UMNO selaku peneraju pentadbiran sekarang dapat melakukan perubahan dalam sistem pentadbirannya dengan menjadkan Islam sebagai rujukkan utama… Perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit tetapi kosisten supaya masyarakat bukan Islam dapat menerimanya dengan baik.
Pas pula harus memberi sokongan dan galakkan yang berterusan tanpa syak was sangka yang menebal…
Masa depan anak bangsa diukir dari sekarang. Semoga corakkan ini memberi kesan yang baik pada masa akan datang…
Sokong untuk kebaikkan ummah….
UMNO… Dulu Kini dan Selamanya – Semoga Hari ini lebih Baik dari Semalam, dan Esok lebih Baik dari Hari ini……
Pas perlu kembali kepada perjuangan asal iaitu sebagai Penasihat Agama Islam kepada Pentadbiran Negara….
Amin….
Julai 28, 2008 pada 11:47 am
annasru
Saudara-saudara baca tulisan terbaru sdr Hanifa Maidin??
Saya juga boleh akur dengan hati dan perasaan beliau yang terlalu sayangkan jamaah. Semua orang menaruh kebimbangan berdasarkan sejarah kebobrokan Umno. Namun saya ahli PAS yang berstatus marhean tidak berani memberi komen apabila suatu keputusan dibuat oleh kepimpinan tertinggi.
Walaupun ia kontra dengan prinsip asal kita tetapi demi kerana wala’ prinsip boleh kita korbankan. Saya yakin pimpinan yang diterajui oleh ulama membuat keputusan bukan berlandas nafsu mereka. Siapalah saya terutamanya, hendak dibandingkan dengan TG Presiden dan TG al Mursyidul Am. Istikharah adalah rutin mereka. Mereka bertindak berpandukan ilham Allah jua. Bukan bermasud mentaqdis sesiapa. Pimpinan manusia biasa, ada cacatnya juga. Kalau kita yang setakat mengguna hujjah akal semata, saya rasa lebih baiklah kita tunggu dan lihat dahulu.
Kita ada forum Mukatamar Agung yang tidak berapa lama lagi akan dilangsungkan. Gunakanlah sebaik dan sehikmah mungkin platform syura agung itu untuk menyelesaikan kekusutan. Kalau pun ia dianggap kusut dalam benak fikiran kita.
Sewaktu saya mengenali jamaah ketika belajar lagi, saya meletakkan wala’ dan kepatuhan sepenuhnya kepada jemaah walaupun beberapa kali saya menitis airmata kerana terpaksa mengorbankan prinsip saya. Namun kerana ia keputusan jemaah, saya mesti menerimanya dengan terbuka. Bukan bermakna tidak boleh menegur kepimpinan, apatahlagi apabila melibatkan suatu kemungkaran. Apakah bermuqabalah dengan Umno satu kemungkaran??
Julai 28, 2008 pada 2:19 pm
Salman faris
Salam,
masuk politik untuk menegakan islam. bukan untuk jawatan politik…tak guna jadi MB, Timbalan MB even PM kalu islam entah kemana?
dulu PAS pon asal umno …tapi umno tak nak islam, PAS hadir…masuk PRU dah 12 kali…menang kalah bukan nawaitu ….janji ganjaran akhirat..malaikat akan tanya apa sumbangan semasa hayat untuk islam..
Tapi kalu menang dan dapat memerintah macam di kelantan, dakwah islam tertegak….setakat yang termampu….
umno nie kan ada yg ahlinya adik-beradik kita,pak saudara, mak saudara sepupu kita…
dari dulu lagi ada masa kita bincang,depat dgn ahli umno ….
saya memang tak setuju debat ke, muzakarah ke dgn umno pada peringkat atas…
Biar UMNO mampuss,terkubur.
selagi umno dia akan tetap umno…kalu nak bincang, bincang macam bincang dgn SEMANGAT 46 DULU, KINI PKR…..semua nie adalah org umno yg dah keluar umno, otak dia tak sama macam umno , at least.
selagi namanya umno akan ada mudarat pada PAS.
Julai 28, 2008 pada 2:35 pm
Afira
Salam ustaz dan rakan2,..
Subhanallah.. cantik, jelas dan tegas..
memang cap kapal api..
Allahuakbar!
betul sememangnya betul..
tapi ader lagi saudara Amir ni..
Amir, klu tak paham kita kena bertanya pada yg lebih paham..
bukan mencabar org tersebut..
Amir, terserlah KEJAHILAN kamu..
malu saya sebagai saudara ISLAM kamu..
kamu dah baca Ad Din wa As Siasah tulisan ustaz NIk Abduh yg dipetik dari SYeikh Yusuf Qaradawi..?
Kamu dah baca Artikel ustaz NIk kat atas tu..?
baca dulu Amir.. pahami dulu.. buka petikan dan ulasan ustaz NIk yg sebelum ni..
semua tu diambil dari Al Quran As Sunnah dan jumhur Ulamak..
tapi dari mana pendapat anda tu..?
anda tinggalkan AlQuran ke Amir?
Anda tinggalkan hadis ke Amir?
ANda tinggalkan Ulamak ke Amir?
apa Nas yg kamu bawa utk membuktikan politik bukan cara ISLAM..
Ustaz dah membuktikan 9 siri Ad Din wa As Siasah ( Agama dan POlitik) dalam BLOG ni.. baca dulu..
- “Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.
Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.
Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata – mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.”-
Cari NAS amir, Ustaz NIk Abduh dah kemukan bermacam NAS sebelum ni..
dia dah jawab kamu amir.. tengok balik siri Ad Din wa AS Siasah sebelum ni..
kamu yg belum baca..
Saya nak cabar kamu kemukan NAS atas pendapat kamu itu..
mana NAS amir? mana NAS Amir?
Saya org biasa yg baru umur 27 kelulusan SPM jer nak cabar kamu AMIR supaya kemukakan NAS tentang pendapat kamu.. mana?
klau kamu org ISLAM dan bukan KAFIR mana NAS kamu?
Julai 28, 2008 pada 4:32 pm
smallvillage
Bukan cap kapal api daaaa….. Kopi Tok Guru memang kaw punya
Julai 28, 2008 pada 5:40 pm
Afira
ops.. lupa.. kaw mcm kopi tok guru..
Julai 28, 2008 pada 6:31 pm
Afira
Amir,
satu pesan dr Imam Ghazali ;
Agama itu adalah Asas, Kerajaan itu adlah pengawal,
sesuatu yg tiada asas akan tumbang, sesuatu yg tiada pengawal akan hilang …
Julai 28, 2008 pada 6:43 pm
Nik Fandani
Penah dengar perang Mu’tah? nabi pesan agar Zaid Haritsah jadi panglima perang, sekiranya gugur, diganti Jaafar Abi Talib, sekiranya gugur juga, diganti oleh Abdullah Rawahah, sekiranya gugur juga…
“pilihlah dikalangan kalian” (kamu pakat2 mengundilah antara kamu)
akhirnya mereka mesyuarat mencalonkan antaranya Thabit Bin Arqam dan Khalid Ibnu Walid…lantas mereka sepakat mengundi Khalid…
demokrasi & mngundi takde dalam islam????!!!!…..
Kepada ‘Amir’,
jgn terperangkap dlm tempurung sebuah fahaman hizbi yg emosi…sedangkan nabi yg kita sayang dah ajar kita byk perkara melalui sirah baginda
kalu nak komen ustaz2 pas yg haraki jugak, datangkan hujjah quran, sunnah, sirah dan segala rujukan islam yg muktabar….sbb ustaz2 kami yg haraki merujuk semua tu sblm membuat sesuatu tindakan….kita kan sama2 pejuang islam?!, wadah je berbeza..
satu lagi, biar saudara pandai membezakan antara ahli biasa sebuah parti politik dan pejuang gerakan islam (PAS ialah parti politik yg diperkudakan oleh para pejuang gerakan islam utk mencapai ‘iqomatuddeen wa siasatud dunyabih’- tegak islam dan perintah dunia dgn agama.
Jgn asal pakai kopiah, serban & jubah, terus dikatakan org pas….
jgn bila dengar org kutuk umno dan sokong pas terus dikatakan sbg org pas…
bagaimana jika ada seorang ‘kaki botol’ yg tidak mendaftar mana2 parti pun, tapi menyokong hizb tuan….adakah adil wadah yg tuan sertai dicop sbg ‘wadah yg salah’??..
saya menyeru diri saya & semua org yg cintakan islam, marilah kita cari titik pertemuan dlm perbezaan fahaman kita, usah cari titik perpecahan dalam titik pertemuan (islam) yg kita perjuangkan…
Julai 28, 2008 pada 9:27 pm
Awe sprong....
Alhamdulillah…..Ust.
Nampaknya kita semua sudah faham keadaan semuanya,hentilkanlah segala ketidak puasan hati,kembali kita kepada tujuan asal…..
Bukankh QURAN di turunkan sebagai panduan untuk kita semua ?
Jika berlaku apa-apa masaalah,kita kena rujuk kpd Quran,bukan rujuk kepada surat khabar…..Masaalahnya kita lebih percaya kepada surat khabar dari Quran……….
kepada pimpinan hentikanlah beri kenyataan yang mengelirukan,Rakyat sudah ‘benggong dah’.
Julai 29, 2008 pada 10:05 am
nikjoe
nak belajar gaya menulis dengan ustaz boleh tak? Sambil kita belajar sambil minum kopi sambil tengok bola. Ana sokong Arsenal, tapi ana sokong Kelate, sebab ada nuar muse.
kuikuikui….
Julai 30, 2008 pada 6:04 pm
Aamanu
Salaaman..
Saye x tgk bola sangat tapi anti M.U. Ade 1 sebab je..
Bermuqobalah lah.. Bermuzakarahlah.. bawak berbincang.. sejak bila la berbincang ni jadi satu yang tak berkat.. InsyaAllah baik jadinya..
Julai 30, 2008 pada 7:01 pm
Melayu-Kini
Saudara, gunakanlah agama kejalan yang benar, bukan mempergunakan agama untuk merealisasikan matlamat politik.
http://www.pewarismelayu.blogspot.com
Julai 30, 2008 pada 7:35 pm
budak milo
Salam ustaz…….
BO..BO..LA crito pasa muqabalah,koho banyak bice pun kalu jenih ‘keng’ tatap dengan ‘keng’..(azabbbbbbbb)
Mari kita bkecek pasa bola plk,
1.Chelsea main nga Malaysia….
2.Kelate make asap doh,mapuh ujong
pilh la tajuk-tajuk ni…..(wat ile srabut smeta)
Julai 31, 2008 pada 10:28 am
melayutara
salam rakan2,
sebagai renungan,
“jika kita bersangka buruk sedangkan suasana orang-orang baik, kita menzalimi orang lain; tapi jika kita bersangka baik sedangkan suasana orang-orangnya buruk, kita memperbodohkan diri kita.” – Imam Ali
Julai 31, 2008 pada 9:19 pm
abu razeen 2
” and if you differ in anything amongst yourselves, refer it to Allaah and arRasul IF you BELIEVE in Allaah and in the last day ( AnNisaa’ 59).
” But no, by your Lord, they can have NO FAITH, until they make you ( O Muhammad ) judge in all disputes between them, and find in themselves no resistance against your decisions, and accept (them) with full submission AnNisaa’ 65).
Sila baca juga ulasan ana sebelum ini dlm blog ini (topik ini) dan blog sanggahtoksago ( topik Murshidul Am dikatakan sinis tentang isu muzakarah- dan ana tak setuju dgn andaian tersebut).
Ogos 1, 2008 pada 3:58 pm
Aamanu
Assalamualaikum..
Pas kena jadi tunjang dalam PR. Kena ambik position mcm UMNO dlm BN. Islam ya’lu wa la yu’la alaih. Kalau samarata habislah nasib perjuangan Islam. Melayu pun habislah.. jadi S’pore la..
Macamana pun kena usahakan. Mana boleh samarata mcam tu.. ni kalau betul jadi republik lagi susah nak berjuang.. masa tu dah takde masa nak nyesal dah..
Ogos 2, 2008 pada 1:39 pm
iswarahijau
ustaz,
saya setuju dgn pandangan ustaz,lebih mudah berdakwah dgn umno daripada mengharapkan Lim guan eng,karpal singh dan teresa kok lebih bertolak ansur dgn perjuangan Islam.
apapun Majlis Syura dan AJK pusat dah buat keputusan.
mungkin itu keputusan terbaik berdasarkan keadaan semasa, tapi tak mustahil penyatuan umat Islam dan melayu akan berlaku juga suatu hari nanti.
Ogos 2, 2008 pada 1:42 pm
zahrah
Allahuakbarr!!
alhamdulillah penjelasan dari pimpinan2 PAS dan kebersamaan serta kesatuan kita dalam jemaah islam tidak menggoyahkan kita untuk terus wala’ dan yakin dengan perjuangan ini!
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13528&mode=thread&order=0&thold=0
**ana pun suker kopi suam2 gak ustaz, makan/minum yang panas2 boleh menyebabkan cepat ‘panas’ kalau makan/minum yang suam2 tak sampai sejuk baru boleh ‘cool’…hi…hi…sekadar gurauan setelah hati gumbira+bahagia bila tetap thabat dlm perjuangan…
salam-you kay-biler ustaz nok mari bawak zaujah pulok?