Salam Kamunting,
Saya suka sesuatu yang jelas. Jelas adalah jalan dakwah kepada Allah. Berlapik – lapik sampai orang jadi tak faham, keliru dan rasa tertipu pula bukan jenis dakwah yang bil hikmah namanya. Dalam Al Quran, Allah namakannya ‘ala bashirah ( dengan keinsafan bahawa firmanNya tak dibenar dieja dengan rumi ) yang membawa maksud jelas. Di atas kejelasan yang nyata. Begitulah dakwah paling berhikmah.
Bila saya menulis, tiba – tiba ada yang tak faham, saya pun jadi keliru. Aku tak jelas ke atau pembaca tak jelas. Bila saya baca balik apa yang saya tulis, sah saya jelas dan memang sesetengah pembaca tak jelas. Bukan kerana mereka juga, tapi kerana saya memang menulis dalam menggigil. Hati saya menggigil, bukan tubuh saya. Menggigil kerana takut tak hormat pimpinan. Akhirnya saya menulis penuh hati – hati. Akhirnya tak pelik ada yang kurang faham dan tak jelas.
Berhikmah memang susah. Cuma kebanyakan kita perasan berhikmah dan suka kritik itu ini sebagai tak berhikmah. Belum pun menyatakan hikmahnya, caranya mengkritik pun dah tak berhikmah. Allah berfirman, ” Barang siapa dikurniai HIKMAH, maka sesungguhnya dia telah dikurniai kebaikan yang banyak.”
Jadi, perhati dulu sebelum kritik. Memerhati itu hikmah.
Anda tak boleh baca maksud saya? Ah, tiba – tiba tuan presiden boleh baca maksud saya.
Oh, tidak. Saya telah membaca maksud tuan presiden. Tahniah tuan presiden! Maksud presiden adalah maksud saya. Jika anda tak faham dan keliru apa yang saya tulis, fahami sahaja komentar tuan presiden. Apa yang Tok Guru Hj hadi sebut dalam temuramahnya dengan wartawan Harakah, itulah yang menerangkan apa yang saya maksudkan dalam tulisan saya, ‘ apa alternatif PAS? ‘.
Indahnya jelas. Jelas adalah hikmah. Jelas menyapu dan mencuci kekaburan dan sarap sampah.
Tulisan saya bermaksud buka dan jangan tutup. Buka semua yang boleh dibuka dan jangan tutup tanpa sebab.
Tapi bila saya kata perbincangan dengan UMNO hendaklah dibuka, sesetengah anda memahami lewat komentar anda bahawa saya menyeru ditutup perbincangan dengan PR. Laa, buat apa buka bilah pintu kiri dengan menutup bilah pintu kanan? Cerahnya jadi samalah. Saya mahu yang lebih cerah. Buka dua – dua. Udara jadi lebih segar untuk PAS. Tidakkah kata – kata Dato presiden begitu menyegarkan? Macam menghirup udara bersih nyaman di tanah tinggi Lojing!
Saya tulis, kita mengharapkan kerajaan baru yang lebih adil dan lebih baik terbentuk. Itu harapan semua kita. Kerajaan UMNO-BN adalah sudah tua dan korup sudah. Tetapi, saya mengharapkan kekuatan PAS dijelmakan melalui jaminan Islam difahami dalam PR secara jelas.
Islam adalah mentaliti dan otak orang PAS. Orang PAS ni, sikit – sikit Islam, sikit – sikit Islam. Biar orang kata begitu kerana itulah kita dan itulah yang nabi kita mahu daripada kita umatnya sallaLlahu alaihi wasallam.
Langsung ke tak langsung, wujud usaha meminggirkan PAS dari tempatnya yang layak. Saya mengingatkan kerana saya tahu dan mendenyuti rasa itu. Seperti kata tuan pesiden, ” Orang PAS bukan bodoh!”
Saya harap pemimpin PAS sedar bahawa ulama membaca dalam hati – hati. Ulama alim dan tahu politik akhirat. Sesiapa yang alim politik akhirat dia akan lebih alim politik duniawi daripada ahli politik duniawi. Dunia ini penuh syaitan iblis yang menipu daya. Tiada yang lebih mengenali syaitan iblis selain ulama akhirat. Bukan ulama jenis Masyitah dan sapa lagi?
PAS adalah untuk akhirat manusia. Tiada kehidupan selain akhirat. Kuasa adalah racun berbisa. Jangan pegang kuasa kecuali anda adalah seorang lelaki akhirat! Pencinta akhirat, bukan pencinta wanita! No Altantuya no rosmah rosmah..
Teruskan usaha mewujudkan persefahaman antara komponen dalam PR. Oleh kerana PKR mendahului, saya ingatkan bahawa PAS jangan leka kerana PAS adalah harapan lebih baik umat Islam, bahkan harapan bukan Islam juga. PAS mesti bersedia dengan alternatif sendiri dan mencadangkannya demi kebaikan Islam dan negara.
UMNO adalah parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah. UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah apa menolak al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah. Jadi, tugas PAS menyeru ahli UMNO keluar UMNO masuk PAS. Buat apa Ahlus Sunnah duduk dalam kerangka ‘Ahlus Sesat’?
Ahli UMNO adalah sasaran dakwah yang utama selepas diri sendiri dalam PAS. Jika ditutup perbincangan, bagaimana mendekati mereka? Nak berceramah dari PUTIK? Itu menjauhi namanya, bukan mendekati. Suara kita memanggil jauh dari PUTIK sebab UMNO tak izin kita mendekati mereka sebelum ini.
Hari ini, saat mereka terdesak dan ketakutan, mereka menjemput kita berbincang pasal macam – macam. Pasal Melayu, pasal Islam dan pasal apa lagi? Tiba – tiba kita tutup. Ah UMNO, bila terhantuk baru tengadah. Ya, begitulah manusia. Dihantuk tuhan supaya mereka sedar diri. Anda kata, UMNO penuh tipu daya. Saya kata, ambil firmanNya, “ Dan jika kiranya mereka condong ke arah perdamaian, maka condonglah kamu juga ke arah itu dan bertawakkallah kepada Allah..”.
Allah lebih tahu musuh tak datang menuntut perdamaian kecuali ketika susah. Saat itu mereka datang dengan segala kemungkinan strategi menyusun kekuatan. Allah mahu kita buka! Buka untuk perdamaian jika mereka mahu. Kamu takut? Allah kata, bertawakkallah kepadaKu.
Ah, orang PAS bukan bodoh untuk bergabung lagi dalam BN. NO for dipatuk kali kedua. Perjanjian Hudaibiyah, adakah RasuluLlah masuk BN Mekah untuk berdamai?
Berbincang, berdamai dan berkerja sama itu luas. Ia jalan Allah. Allah sukakan perdamaian antara manusia. Pimpinan PAS lebih cerdik daripada UMNO. Kerana itu mereka pilih PAS, bukan UMNO. Memilih UMNO itulah bodoh dan kebodohan. Jahil dan kejahilan.
Perjanjian damai agung pertama dalam sirah nabawiyyah itu membuka jalan yang lebih luas untuk ar Rasul mengembangkan dakwahnya ke serata alam.
Dengarlah, jika hubungan PAS-UMNO tidak lagi tegang, ia pasti membuahkan hasil lebih baik. Saya yakin umat Islam di Malaysia dalam semua sektor kehidupan akan gembira dan tabik kepada keterbukaan PAS.
PAS tak rugi dan UMNO tak rugi. Dengan demikian, umat Islam beroleh keuntungan.
Adakah perbincangan ini akan meminggirkan PR? Bagaimana dengan PKR dan DAP sebagai kawan semasa susah dulu?
Saya kata, buka perbincangan. Di sana pasti ada temuan yang belum ditemui. Jika dunia politik menjadi lebih sihat, siapa yang akan rugi? Tiada dalam PR komponen yang mahu berjuang dalam sistem demokrasi kotor sebagai mana hari ini.
Politik adalah kehidupan. Kehidupan dipenuhi tipu daya dan kezaliman. Apa pelik dunia politik penuh tipu daya dan kezaliman. Kita terpaksa mendepaninya kerana kita adalah sama. YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN. Biar kita hidup suci. Suci dalm debu.
Mengingati Isra Mikraj di bulan Rajab, RasuluLlah dibelah dadanya, lalu dibuang debu – bebu duniawi demi dilancarkan perjalanan agung baginda merentas alam duniawi menuju alam malakut yang suci tanpa debu.
Demikian, politik ar Rasul adalah kesucian. PAS memandu kepada politik ISlam yang suci, dengan izinNya.


31 comments
Comments feed for this article
Julai 12, 2008 pada 6:33 am
adam
assalamualaikum. terang and jelas. tahniah tuan guru presiden dan tahniah ustaz nik abdul. alhamdulillah… kurang sikit gusar di hati ini
Julai 12, 2008 pada 9:23 am
Tok Guru
Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah – Nik Aziz
KOTA BHARU: 27 Jun – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.
“Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.
“Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.
“Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
Menurutnya mesyuarat itu akan membuat keputusan berhubung dakwaan kononnya akan berlaku kerjasama PAS dengan Umno.
“Masalah besar iaitu perpecahan dalam PAS sebagaimana sebelum ini akan berlaku akibat kerjasama seperti yang dijalinkan suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Sedangkan kata beliau tokoh-tokoh Umno Kelantan telah menyertai PAS sebelum pilihan raya umum yang menggambarkan PAS kini semakin mendapat sokongan semua pihak.
Tambah beliau rakyat Kelantan di luar negara juga turut menyatakan sokongan terhadap PAS kerana mereka yakin terhadap perjuangan parti itu.
Bagaimanapun katanya, pertemuan individu di antara pemimpin PAS dan Umno tidak akan dihalang dan ia terbuka bila-bila masa.
“Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar,” katanya.
//harakahdaily
Julai 12, 2008 pada 9:24 am
Tok Guru
Setelah kita mengeluarkan kenyataan rasmi atas isu fitnah kerjasama kepimpinan PAS dan UMNO, pada 2 minggu yang lalu, mutakhir ini kita menyaksikan media arus perdana dan juga media internet sekali lagi memainkan isu ini sekaligus menimbulkan kecurigaan dan kebimbangan kepada umum khususnya kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat atas isu yang sama.
PAS cukup sedar usaha-usaha ini telah mencetuskan kegelisahan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. PAS amat sedar mengapa UMNO/BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi.
PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan UMNO/BN. Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.
PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa 5 buah negeri di bawah Pakatan Rakyat. PAS akan bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menggerakkan inisiatif politik bagi terus membela kehidupan dan kepentingan rakyat yang kian ditindas dan terbeban oleh polisi-polisi kerajaan UMNO/BN.
Sehubungan dengan ini PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggembling usaha-usaha politik dengan semua pihak untuk membawa perubahan dan peralihan kuasa kepimpinan negara. Sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya akan kami rumuskan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat dan harapan rakyat.
Oleh itu PAS mengalu-alukan sokongan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan usaha Pakatan Rakyat bagi menyelematkan negara serta rakyat daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat dari polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggungjawab
Sekian
Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS
Julai 12, 2008 pada 11:01 am
mawie
Saya faham dan insya Allah akan terus memahami
yang tak fahamnya…
“UMNO adalah parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah. UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah apa menolak al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah. Jadi, tugas PAS menyeru ahli UMNO keluar UMNO masuk PAS. Buat apa Ahlus Sunnah duduk dalam kerangka ‘Ahlus Sesat’?” –
mungkin kesilapan
Julai 12, 2008 pada 1:33 pm
Bumisabah
Parti Ummat ISlam = umat islam yg duduk dlm UMNO
UMNO = Dasarnya yg bertentangan dgn Ahlus Sunnah Wal Jmaah
Sekadar akal yg dangkal ini…
Julai 12, 2008 pada 1:53 pm
jebat7
salam …..
tahniah Presiden, Ust & sahabat2 yg lain …
bagi saya message KITA dah sampai, tak kira dari mana arah …
dari bawah ke atas @ sebaliknya
saya tetap dgn kepimpinan Ulama
Julai 12, 2008 pada 2:52 pm
mr.pirates
salam……..
kalau jenis tk paham,sampai bila pun tkkan paham,
“UMNO adalah parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah. UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah……agaknya tang sini yang agak keliru sikit(betul tak Mawie)……………jawab jgn tk jawab
Julai 12, 2008 pada 7:58 pm
alberangque
Assalam mu alaikum wr wbt. Ustaz!!
“UMNO adalah parti umat Islam. (memang ahli UMNO ramai yang mengaku beragama Islam) Mereka Ahlus Sunnah (memeng mereka mengaku mereka bermazahab Shafie, mazahab Ahlus Sunnah) UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah apa menolak al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah. Jadi, tugas PAS menyeru ahli UMNO keluar UMNO masuk PAS. Buat apa Ahlus Sunnah duduk dalam kerangka ‘Ahlus Sesat’?”
Tetapi jenis UMNO ni tak nak kepada Quraan dan Hadis, mereka ikut otak mereka sahaja. Agaknya ikut buku Hikayat Hang Tuah. Sebab itu mereka selalu merujuk kepada kata-kata Hang Tuah “Tak kan melayu hilang didunia” UMNO ni tak ada panduan hidup, apa kata pemimpin mereka itulah yang jadi ikutan. Kalau pemimpin baik, baiklah mereka. Kalau pemimpin mereka korup maka koruplah mereka.
Oleh itu PAS yang ada kelebihan, ada Ulama’ sebagai pemandu jalan perlu mendekati UMNO melalui jalan dakwah. Duduk semeja dengan UMNO bukan untuk mengikut mereka tetapi untuk berdakwah kepada mereka agar mereka kembali memahami Quraan dan Hadis mengikut kefahaman ahlus Sunnah. Keep it up pemimpin dan hali PAS, UMNO perlu diselamatkan kejalan Allah, jalan yang lurus. Sekian TQ
Julai 13, 2008 pada 12:30 am
MIE
TAHNIAH USTAZ..
BERJAYA MEMBUKA PERBINCANGAN DEMI ISLAM…
Julai 13, 2008 pada 1:06 am
mr.pirates
salam……nape senyap semua ni,ayuh pejuang-pejuang semua kita bermuzakarah di sini.
“Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.
Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan ‘engagement’ yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita……….
amacm semua……boleh kee??????
Julai 13, 2008 pada 11:05 am
dhuat79
Assalamualaikum Ustaz,
Bagus artikel ini.
Manfaat (keyword yang saya dapat tangkap) ialah:
ISLAM ZAHIR BATIN (AWAL AKHIR)
KETERBUKAAN
MESYUARAT
PATUH 1)Pimpinan 2)keputusan mesyuarat
Saya dapat faham pun setelah diberi pemahaman
Yang tak tahu tu, tanyalah pada yang tahu.
-Saya akan terus bertanya….sekarang ini tiada soalan lagilah…
Julai 13, 2008 pada 11:13 am
whereha
Julai 12, 2008 pada 11:01 am
mawie
Saya faham dan insya Allah akan terus memahami
yang tak fahamnya…
“UMNO adalah parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah. UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah apa menolak al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah. Jadi, tugas PAS menyeru ahli UMNO keluar UMNO masuk PAS. Buat apa Ahlus Sunnah duduk dalam kerangka ‘Ahlus Sesat’?” –
mungkin kesilapan
Buat sahabat saya Mawie:
Tak faham tak apa. Memang kita manusia harus terus belajar. Saya pun agak keliru pada mulanya. Tapi setelah berulang kali diteliti, kesimpulan saya berbunyi begini:
“UMNO parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah.” – Ahli UMNO dianggotai oleh rata-rata orang Islam berbangsa Melayu. Orang Islam adalah Ahlus Sunnah, kerana mereka terima Quran dan Sunnah.
“UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah.” – ‘Jenis’ yang dimaksudkan mungkin berkaitan dengan dasar parti yang nasionalis, dan bukannya dasar Islam. Mereka adalah umat Islam, Ahlus Sunnah yang sepatutnya mendokong Quran dan Sunnah, tetapi sebaliknya mereka mendokong dasar nasionalis, yang bererti bukan Quran dan Sunnah. Dasar nasionalis ini membantutkan rencana Quran dan Sunnah, kerana Islam itu global, manakala nasionalis itu sempit kepada satu2 bangsa. Dalam kes ini adalah bangsa Melayu. Jadi jenis UMNO ialah Ahlil Melayu, bukan Ahlus Sunnah. Bila Ahlil Melayu, maka samalah ia kepada Ahlus Sesat. Kerana tiada yang sebenar-benarnya di sisi Allah melainkan Quran dan Sunnah.
Begitulah mengikut kefahaman saya. Jadi janganlah keliru. Mungkin ada sahabat2 yang lain boleh memperjelaskan lebih baik daripada saya.
Wallahua’lam.
Julai 13, 2008 pada 2:27 pm
LANUNTUA
salam…….
bagilah ruang pada pimpinan untuk menentukan hala-tuju i
Islam/umat melayu di malaysia………..
kalau nk harapkan UMNO makin jahanamlah……
“Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar,” kata Tokguru
kali ini UMNO wajib meyertai PAS DEMI ISLAM DAN MELAYU
Julai 13, 2008 pada 11:07 pm
Nasron al-Jauhari
umno dah terbukti tak relevan untuk terus dihidupkan dan diperjuangkan… ibarat kapal yg banyak sangat rosaknya… lebih praktis dan safety kalau pindah kapal sahaja… kapal lama itu dah tak boleh nak direpair… lebih layak dilupuskan sahaja!
Julai 14, 2008 pada 3:13 pm
pemandu teksi
Salam ustaz..
Sebelum pintu rundingan dengan umno dibuka, pintu minda para pemimpin pas haruslah dibuka terlebih dahulu. Saya hanya khuatirkan provokasi yang bakal dimainkan oleh media umno sekiranya rundingan dengan mereka berjalan. Apa yang paling menakutkan jika rancangan umno hendak mengadakan rundingan tersebut hanyalah sekadar untuk melemah dan memecahbelahkan kekuatan saf dikalangan pemimpin dan ahli-ahli pas serta kerjasama kerajaan PR. namun Allah jua lebih mengetahui segala-galanya.
Julai 14, 2008 pada 7:41 pm
smallvillage
Saudara sekelian,
Daripada dok berserabut, cadangkan saja Nik Aziz jadi pemimpin.
http://smallvillage.wordpress.com/2008/07/14/daripada-berserabut-cadangkan-saja-nik-aziz-jadi-pemimpin/
Julai 14, 2008 pada 10:00 pm
penditaputra
Jangan sekali-kali percaya dengan Umno. Dasar sesat mereka harus dikuburkan.
Julai 15, 2008 pada 2:54 am
LANUNTUA
Umno menyambut baik cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam……..Bernama
Kan aku dah habaq kat hang smua,Bincang dulu jgn dk kalut,biaq depa bincang elok2(orang PAS bukannya bodo)
Julai 16, 2008 pada 8:20 am
abdul muhyi
pada pandangan saya,
PAS sampai bila2 pun tidak akan dapat memerintah Malaysia atas sebab2 berikut:
1. nama ‘Parti Islam’ amat menakutkan masyarakat bukan islam.
2. kehendak umat kebanyakan yg kelihatan tidak mahu kepada islam ala-PAS setelah umat didik dgn pembangunan oleh BN selama lebih 50 tahun yg lalu.
3. PAS tidak dpt membina kerjasama yg utuh dgn parti2 bukan islam.
4. Selagi mana BN masih wujud, PAS tak akan memerintah (kecuali Kelantan). kerana parti BN dapat memberi keyakinan utk mewakili semua kaum.
5. PAS selama ini masih tidak dpt memahami geografi masyarakat Malaysia yg berbilang kaum sesuai dgn gerak kerja PAS.
mengapa PAS dpt perintah Kelantan selama ni?
pendapat saya kerana:
1. latar belakang masyarakat yg kuat berpegang kpd ajaran islam sejak zaman dulu.
2. sedikitnya bilangan masyarakat bukan melayu di Kelantan.
3. perpaduan kaum melayu yg cukup utuh di kalangan. (jiwa gedebe kelate)
bagaimana islam dan memerintah Malaysia kalau begitu?
Islam hanya dapat memerintah Malaysia dgn segala hukum-hakam perundangannya hanya dengan cara reolusi dan kekuatan sahaja sepertimana di Iran.
selagimana PAS terus bermain politik dgn cara demokrasi, maka PAS akan terus diperkotak-katikkan oleh kelompok politik yg bagi mereka ‘matlamat menghalalkan cara’. PAS jujur, tidak mengikut mereka, maka di sini PAS sudah tewas.
perlu diingat PAS menang pilihanraya bukan sebab masyarakat Msia nak sgt dgn islam bawaan PAS, tapi kerana pemerintah terlampau zalim.
islam tidak akan memerintah Msia melainkan dgn kekuatan dan reolusi sahaja. mengapa?
yg paling utama ialah kerana kehendak masyarakat secara keseluruhan yg tidak cenderung kpd islam bawaan PAS.
dlm pilihanraya masyarakat akan pilih siapa yg mereka ‘nak’ dan tolak siapa yg mereka ‘tak nak’.
maka setelah kerajaan kembali kukuh dan pemerintah zalim itu jatuh, secara logiknya adakah masyarakat yg tidak dididik dgn asas2 islam dan jauh pula dari penghayatan dan cinta kepada islam akan kembali ‘nak’ kepada PAS?
sebelum kita bertanya bila PAS nak memerintah Msia, tanya dulu diri sendiri ke mana arah masyarakat kita pada masa kini? bagaimana muslim kita di Msia.
sepanjang kemerdekaan kita selama 50 tahun ini, saya sering bertanya apakah sumbangan sebenar PAS kpd umat Melayu islam di Msia ini yg boleh utk kita lihat dgn mata dan kita hargai? adakah selama ini PAS hanya pandai mengkritik dan akan terus mengkritik sampai hari kiamat?
sesesat-sesat al-Arqam yg kita kata sesat itu pun, mereka telah banyak memberikan sumbangan kepada org Melayu dlm bidang ekonomi.
apa sumbangan PAS selama ini kpd org2 Melayu sejak merdeka hatta kpd ahli2 PAS sendiri? janganlah bercakap nak memerintah negara jika pelaburan Kohilal utk ahli2 PAS sendiri pun rugi 6 juta oleh Hasan Shukri. jika Kohilal pun tak mampu nak urus, apakah lagi sebuah negara berbilang kaum?
org2 melayu lebih memetingkan periuk nasi dan perut. mereka tak peduli sangat dgn islam yg dilaung2kan oleh PAS. utk PAS, ambil berat dulu periuk nasi org2 Melayu, usahakan kegiatan ekonomi utk org2 melayu.
kemudian baru bercakap pasal nak memerintah.
kelompok yg ingin jadi pemerintah mesti sentiasa berada di hadapan dgn penuh kekuatan dan kekuasaan. mesti mampu utk menundukkan kesemua kawan dan lawan.
bagaimana kedudukan PAS dlm Pakatan Rakyat pada waktu ini?
ramai merasakan bahawa PAS telah menjadi ‘kera sumbang’ dlm pakatan rakyat.
jangan bercakap nak memerintah di hari esok kalau hari ini kita terumbang-ambing.
langkah yg banyak itu bermula dgn langkah yg pertama, tapi jika langkah pertama kita pun sudah banyak yg pincang. bagaimana dgn langkah2 yg keseterusnya.
berkenaan dgn fahaman syiah yg dibangkitkan oleh ustaz nik abduh. saya mencadangkan ustaz pergi berjalan dahulu ke Iran. kemudian balik baru bercakap pasal syiah.
Julai 16, 2008 pada 9:08 am
abdul muhyi
mengikut sejarah dari arkib PAS sendiri, PAS telah diasaskan oleh Sheikh Abdullah Fahim, yg kemudiannya Sheikh AF sendiri masuk UMNO. asal-usul PAS juga adalah dari Biro Agama UMNO. hakikatnya UMNO adalah abang kepada PAS. dan disebabkan kebodohan dan kelurusan PAS, PAS akan terus dibelasah dan diperalatkan oleh UMNO sampai bila-bila.
bilamana PAS terus menyalak bukit, nasib org2 Melayu tetap tak berubah, org2 kampung macamtu jugak. mendengar pemimpin2 PAS terus mengkritik pemerintah, hakikatnya kambing jiran saya selsema pun tak. (maksudnya tak da kesan langsung dan tak boleh ubah apa2)
dari veteran PAS yg diyakini sumber yg sahih, suatu ketika dahulu seseorang pernah bertanya kepada Sheikh Abdullah Fahim mengapa beliau memilih UMNO, maka SAF menjawab:
“UMNO melayu yg ada kuasa, sedangkan PAS melayu yg tiada kuasa. perubahan hanya dapat dibuat oleh org2 yg ada kuasa”
hakikatnya skrg, dlm Pakatan Rakyat sendiri pun PAS kelihatan sudah kehilangan kuasa. dlm keadaan pakatan belum memerintah Msia lagi PAS dan jadi ‘kera sumbang’ dan dipinggirkan. agaknya nanti macamana kalau pakatan dah dpt memerintah? silap2 senang2 PAS kena buli.
bagi saya setelah menyedari keadaan PAS itu, sbb itulah presiden PAS baru meluahkan ‘orang PAS bukannya bodoh’. biasanya kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh seseorang yg terasa hati dgn perbuatan oleh lain keatasnya. mungkin presiden baru sedar yg PAS dipinggirkan. PKR dan DAP pandang PAS sebelah mata sahaja. mungkin kita sahaja yg merasakan kita ini terlampau cerdik sedangkan pihak2 lain meremehkan kita dan tak pandang kita walau sebelah mata.
mungkin dlm hati mereka berkata: ‘ah, PAS tak payah layan sangat, lebai2 bodoh semua tu. lembab lagi jumud’
apa yg saya kelemahan utama PAS yg saya lihat selama ini ialah seringkali tiada kesepakatan di kalangan pemimpin2 PAS sendiri. selalunya pemimpin2 tinggi PAS akan keluar kenyataan yg berbeza2.
inikah gaya orang nak jadi pemerintah. tiada kesatuan dan kesepakatan dalam sesuatu isu. presiden selalu bercanggah dgn yg di bawah2.
hakikatnya skrg ini PAS kelihatan kehilangan arah, tiada pendirian, ragu2 dan serba salah. lihat sahaja situasi2 PAS di selangor dan perak. di mana kuasa PAS?
dlm isu rundingan dgn UMNO, saya lebih bersetuju dgn pendirian Tok Ayoh Zik apabila kelihatan mengambil sikap waspada dan berhati-hati dlm isu rundingan dgn UMNO. jangan nanti pakatan entah ke mana, UMNO entah ke mana. akhirnya segala yg ingin dibina menjadi sia-sia.
Tok Ayoh Zik lebih lama dlm PAS dan lebih berpengalaman dgn tipu daya politik. ustaz nik abduh masih kurang pengalaman, lembut dan lebih emosional. ust nik adli lebih tegas dan tenang. maka tak hairan ust nik adli boleh jadi komander mujahidin dan begitulah sepatutnya kekuatan jiwa seseorang yg ingin jadi pemerintah dan pemimpin. kekuatan ialah pada dirinya, bukan bergantung kpd org lain.
di mana PAS dlm memperjuangkan nasib org2 melayu selama ini?
UMNO islam PAS pun islam. tapi UMNO dan PAS dari dulu smp skrg bercakar dan berselisih. sedangkan saya tak pernah dengar persatuan2 dan parti2 kaum cina berselisih sesama mereka. sbb tu org cina terus maju. dan melayu terus mundur sbb suka bertelagah. akhirnya melayu dan islam yg rugi.
saya seorang anak muda yg menilai keadaan tanah air dlm pandangan pemuda hari ini yg akan jadi pemimpin di hari esok.
alumni smuda
timur tengah
Julai 16, 2008 pada 9:22 am
abdul muhyi
assalamualaikum wbt,
saya dengan ini meminta maaf banyak2 kepada semua pembaca jika anda terasa hati dgn kata2 saya. kata2 saya didorong oleh rasa cinta kepada melayu, islam dan tanah air yg keterlaluan dan tak mahu Msia, islam dan PAS yg kita sayangi ini rosak binasa. saya memohon banyak2 kemaafan kepada tok guru ust hj hadi dan ust nik abduh.
pengalaman saya di perantauan lebih 5 tahun selama ini telah membuatkan saya banyak berfikir ttg nasib umat melayu islam dan tanah air yg saya sayangi ini di kemudian hari.
sabda nabi: “cinta tanah air sebahagian dari iman”
harapan kami semoga setiap keputusan PAS memberi kemengan kepada melayu dan islam. kami para pelajar islam di luar negara terutama pendukung2 islam di kemudian hari sentiasa mengikuti perkembangan tanah air.
airmata teman paling rapat seorang pejuang.
assalamualaikum.
Julai 16, 2008 pada 12:47 pm
umi_abqari
apa komen anta ttg debat DSAI vs Datuk Shabery Cheek mlm td????
Julai 17, 2008 pada 12:39 am
asran SMUDA99
assalamualaikum..
tahniah atas kebijakan idea kelunakan pendapat..
pas vs umno
saper yg untung?????
pr vs bn
saper yg untung??
begitu juga sebaliknya dengan situasi di atas!!!!!!!!!!!
saya bersetuju pas debat ngan umno mengenai mslh melayu dan malaysia..
bukannya perbincangan sulit yg mana akan membimbangkan rakyat termasuk saya..
jalankan debat atau muzakarah ilmiah supaya masalah ini bleh dibincangkan bukan ditentang..
setiap masalah ada cara penylesaiannya tp kaedah yg berbeza2
Julai 17, 2008 pada 3:32 am
mr.pirates
komennya…… bebueh mulut pun,tapi apa pun tadakkkkkk……..apa punya MENTERI la.
Rosak MELAYA macam ni punya menteri(menteri penyerangan)
Lanun pun tk macam tu…..!!!!!!!
Julai 18, 2008 pada 2:56 am
Tanda tanya
Assalamualaikum?
PAS dan UMNO perlu berbincang dengan cara yang baik bagi menyelesakan masalah Islam dan Melayu.
Kenapa PAS boleh duduk semeja dengan PKR dan DAP dalam membentuk PR tapi berasa curiga terhadap UMNO untuk membencangkan isu Melayu dan Islam?
Saya hanya melihat PAS saja yang mempertahankan banyak perkara dalam PR tapi PKR dan DAP hanya mendapat untung darinya…..
Apa yang PAS dapat dari PR?
Adakah dengan hanya mahu menjatuhkan kerajan BN, PAS sanggup menuruti kehendak PKR dan DAP?
Bukankah PAS dan PR sama seperti UMNO dan BN? Cuma UMNO lebih berkuasa dari lain-lain parti didalam BN… Tapi PAS dalam PR siapakah ketuanya?
Adakah mereka ini boleh terima Islam sebagai teras perjuangan PAS itu sendiri? Apakah jaminannya?
Julai 20, 2008 pada 1:16 am
Tertanya-tanya
Assalamualaikum? Saya harap sangat-sangat Ustaz dapat menjawab pertanyaan saya ini.
1. PAS adalah untuk akhirat manusia. Tiada kehidupan selain akhirat. Kuasa adalah racun berbisa. Jangan pegang kuasa kecuali anda adalah seorang lelaki akhirat! Pencinta akhirat, bukan pencinta wanita! No Altantuya no rosmah rosmah
a} Kenapa {PAS adalah untuk akhirat manusia} sedangkan PAS hanyalah sebuah parti politik duniawi? Sebetulnya ISLAM adalah untuk akhirat manusia. Apa Komen Ustaz? PAS hanyalah sebuah Jenama semata-mata… Samalah dengan ISLAM (HADHARI} Apakah isinya menyimpang dari ISLAM sebenar? sila jelaskan…
b} {Jangan pegang kuasa kecuali anda adalah seorang lelaki akhirat} Apakah Wan Azizah seorang Lelaki? (Ketua PR} Mana perginya pemimpin Lelaki Akhirat PR?
2. UMNO adalah parti umat Islam. Mereka Ahlus Sunnah. UMNO pula bukan jenis Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah apa menolak al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah. Jadi, tugas PAS menyeru ahli UMNO keluar UMNO masuk PAS. Buat apa Ahlus Sunnah duduk dalam kerangka ‘Ahlus Sesat’?
a} Soalan mudah…. Apakah PAS telah menyeru ahli PKR menyertai PAS? Adakah PKR menerima al Quran dan Hadis yang menjadi syarat utama mazhab Ahlus Sunnah? Sekiranya ada sila buktikan.. ini tidak termasuk DAP lagi…..
Inginkan penjelasan…..
Wassalam…
Julai 20, 2008 pada 2:31 pm
mr.pirates
Setelah puas membaca artikel-artikel dari blogers yang aku ziarahi di alam maya ini baik pihak kerajaan BN atau kerajaan PR,AKU tersilau satu artikel yang menyentap jantung ini.
Apakah benar artikel ini Wallahuallam,mudah-mudahan tidak benar tetapi kalaulah ianya menjadi satu kenyataan?……………….Aku termenung(bagaimana nasib genarasi ku selepas ini….Ahhh,tak mungkin ini terjadi.!!!!!!)
SILA KE http://mrpirates.blogspot.com
Julai 21, 2008 pada 2:34 am
mr.pirates
Orang PAS ni kalut skit kalau sebut ‘UMNO’………..Dah macam FOBIA dgn UMNO..
aku sokong Presiden ,pak lah dah gelabah sekarang,masa ni kita nak……………….
Orang PAS kena ‘BERANI”
Julai 21, 2008 pada 3:08 am
chepirates
Aku dah tukar nama skrng,(nak nampak baik skit la konon2………….Lanun jadi baik dah, dan selamanya)
http://chepirate.blogspot.com
Julai 22, 2008 pada 2:01 pm
insyirah08
Takbir!!! (3X)
Syabas Sdr Nik Abduh dan Sdr Roslan.
Satu pandangan yang amat tajam dan bernas. Pelajaran dan pengajaran daripada sirah Nabawiyah yang ramai di antara kita samada tahu, x tahu atau terlepas pandang.
Rasakan seperti sirah ini perlu di bawa semula dalam usrah semua peringkat. Perlu dimunaqasyahkan jika perlu.
Satu tindakan tajdid yang perlu dilaksanakan. Anda BERSEDIA? Wahai mereka yang cintakan Islam. Baik kaum Melayu PAS mahupun UMNO. Adakah ini dikira Assobiyyah?.
UMNO mempersendakan PAS bukan kerana Melayu tetapi kerana Islam yang PAS perjuangkan dan habuan duniawi. PAS menerima UMNO bukan kerana Melayunya semata tetapi kerana Islam yang bakal didokongnya jua dan habuan akhirat yang dikejarnya bersama.
Sekiranya kita meletakkan Islam , Alquran dan Sunnah didepan selamat dan terpeliharalah semua tak kira bangsa dan agama. Baik rakyat jelata, Hatta Kedaulatan Raja jua.
Percaya dan yakinlah pertolongan Allah akan datang. Awalan, keikhlasan sedalamnya perlu diletakkan sebagai maharnya.
Ogos 21, 2008 pada 7:08 pm
hilmi_unitamal
Sokong semua saranan yang perlu demi dakwah…Tak semestinya Umno tak terima Islam untuk selama2nya…bukalah ruang yang perlu untuk bermuzakarah insyaAllah…keputusan majlis syura telah pun membuka ruang ini..