Salam Kamunting,
Sekarang, apa yang anda fikir mengenai Pakatan Rakyat, masa depannya sesudah kejadian ‘dah dijangka’ oleh sesetengah pihak yang telah mencemarkan program himpunan sejuta rakyat di Kelana Jaya itu?
Saya hadir bersama rombongan daripada pemuda PAS Pengkalan Chepa. Kami sampai jam 12 tengahari dan balik jam 2.30 petang. Belum sempat buka pintu kereta, dua orang berbaju merah ‘PROTES’ yang saya tak kenali terus protes lewat cermin kereta.
“Kami nak balik. Ramai yang dah angkat kaki. Macam karnival minyak naik.” Keluh mereka, menyesal dengan perjalanan program yang diprotes ramai, terutama daripada penyokong PAS.
Dari luar stadium saya memerhati. Bila kawan – kawan ajak balik, saya akur. Tubuh dan hati saya tak kepingin untuk masuk stadium. Saya rasa serba lemah. Sepatutnya saya kena kuat hari itu seperti orang lain.
Antara orang yang lebih kuat sedikit ialah Ustaz Riduan Mohd Nor. Tapi kuatnya macam orang lemah juga sebab biasanya dia mesti terlalu kuat untuk program sebegini. Dia nampak terkial – kial mencari rentak jihadnya di luar stadium. Tak masuk line. Akhirnya, kami keluar bedal nasi arab kat Jalan Ampang.
Selepas menghantar beliau balik ‘berehat’ seketika di rumahnya di Gombak, kami terus pulang. Dalam perjalanan, saya menghubungi kawan – kawan yang lain. Huh, semuanya mendahului saya, balik lebih awal lagi. Paling teruk, Ustaz Norazli Taliban. Belum saya sampai, beliau dah cau..
Sekarang, apa anda fikir mengenai Pakatan Rakyat?
Saya rasalah, kita semua sedang membaja tanda soal dalam kepala masing – masing. Adakah hari esok untuk Pakatan Rakyat? Cerahkah hari esok untuk Pakatan Rakyat?
Semasa saya memerhati dari luar stadium, sesuatu yang telah lama membengkak di jiwa saya semacam pecah hari itu. Ia menjadi bengkak kerana saya lama menahan dan menyembunyikannya. Mahu cakap, tapi tak tercakap. Mahu tulis, tapi tak tertulis.
Semuanya kerana saya mahu berhikmah dalam berdakwah. Saya fikir, hikmah adalah pada menahan dan menyembunyikannya.
Kejadian protes terhadap ‘PROTES’ di sebelah petang hari itu memuncak di hati saya. Saya baru tadi melihat rakaman kejadian tersebut di ‘YouTube’. Dalam kecoh dan baling – membaling itu, saya dengar laungan takbir dengan jelas. Tiba – tiba air mata saya bertakung di kelopak. Saya tahu mereka marah kerana Allah. Mereka marah kerana agama mereka dicabar dari tempat yang tinggi. Dari atas pentas yang dibina untuk protes kezaliman dan keangkuhan.
Anda mahu berfikir pasal hikmah dalam berdakwah? Sebelum anda merumus, saya yakin pahala telah mencurah – curah untuk mereka itu. Yakin pada janji tuhan saya.
Selepas pilihan raya lepas, beberapa pemimpin PAS mencanang amaran kepada mana – mana individu atau kumpulan dalam parti agar menjauhi perbincangan dengan UMNO untuk berkerja sama atau membentuk pakatan antara PAS-UMNO. Paling berat, mereka mungkin dipecat!
Alasan utama, kita jangan mengkhianati rakyat. Rakyat mahu kita tumbangkan UMNO-BN dan pemerintahannya. Berkerja sama dengan UMNO adalah jenayah terhadap kehendak rakyat. Atau, bagi sesetengahnya, kehendak dan hukum ugama juga!
Semua akur nampaknya. Saya pun akur. Tetapi, rupanya ia membengkak di hati. Akhirnya, di luar stadium di Kelana Jaya hari itu ia pecah. Pecah saja, taklah meletup. Bila pecah, baru saya sedar, sebenarnya saya tidak akur, atau hanya akur dalam terpaksa. Dipaksa oleh rasa hikmah dalam berdakwah.
Begini, saya tuliskan untuk anda. Kemudian, anda fikirlah sendiri. Sendiri fikir, kalau anda jenis pemalas untuk bincang – bincang. Apa jawaban yang anda mampu berikan?
1) Betulkah perbincangan dengan UMNO perlu ditutup? Mudahnya, UMNO adalah musuh Islam. Adakah kita dilarang berbincang dengan musuh?
2) Adakah berbincang dengan UMNO hanya bererti masuk BN? Maka ia jadi haram dan dipatuk kali kedua dari lubang yang sama? Tak mungkinkah perbincangan PAS-UMNO berlaku tanpa perlu PAS masuk BN?
3) Betulkah membelakangi kehendak rakyat adalah mengkhianati rakyat?
4) Antara strategi mengumpan musuh untuk melompat parti dan strategi memperkukuh kekuatan Pakatan Rakyat mana lebih penting sebenarnya? Anda dapat segera ketika anda lemah atau anda dapat lewat tetapi dalam gagah, mana lebih perlu diutamakan?
5) Kedudukan Islam dalam Pakatan Rakyat. Betulkah telah lumat dibincangkan? Atau, kita bincang kemudian selepas Pakatan Rakyat ambil alih kuasa melalui aksi lompat?
Untuk yang pertama, anda akan berhadapan dengan keizinan Allah untuk berbincang dan berdamai dengan musuh ketika mereka datang melukut dalam lemah. Anda akan ditanya, mengapa menutup apa yang dibuka oleh Allah?
Jika anda lemah memahami maksud izinNya itu, jangan mudah menghukum orang sebagai khianat!
Untuk yang kedua, bagaimana jika perbincangan PAS-UMNO menghasilkan natijah yang lebih menguntungkan Islam dan dakwahnya berbanding tawaran untuk Islam dalam Pakatan Rakyat? Anda akan ditanya, Mana lebih menyelerakan iman, Islam atau Pakatan Rakyat?
Jika anda fikir tawaran PR untuk Islam ‘confirm’ lebih baik dari tawaran lawannya, anda pasti kena fikirkan kembali, sebab jaminan untuk Islam didalamnya adalah ‘belum jelas’ hebatnya, sementara tawaran dari UMNO untuk Islam belum pun diusahakan lagi lantaran ditutup terus perbincangannya..
Jika anda kata, UMNO sah penipu, anda akan ditanya, adakah penipu mesti menipu selamanya dan adakah Pakatan Rakyat belum pun menipu sesama sendiri?
Untuk yang ketiga, anda akan ditanya, adakah mengkhianati rakyat bererti mengkhianati ugama? Adakah PAS akan membuat pilihan yang lebih bodoh daripada rakyat? Dulu PAS bebas berkeputusan. Adakah kini PAS membiar diri diikat rakyat dan kehendaknya.
Anda akan ditanya, PAS untuk Allah atau PAS untuk rakyat. Yang pertama adalah demokrasi cara Islam, manakala yang kedua adalah demokrasi barat jahiliyyah. Adakah PAS kembali kabur?
Rakyat kena akuri PAS atau PAS kena akuri rakyat? PAS penjulang kebenaran atau rakyat penjulangnya?
Untuk yang keempat, anda akan berhadapan kata – kata hikmat Melayu ini, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Pakatan Rakyat ‘confirm’ dapat lima negeri dan ‘confirm’ belum memiliki Malaysia.
Anda akan diasak dengan pertanyaan, adakah 5 negeri ini dijamin kekal dan stabil selama – lamanya sehingga anda jadi beriya – iya menanti – nanti kerajaan menanti Pakatan Rakyat? Adakah sejarah di Terengganu tak mungkin berulang lagi? Adakah negeri – negeri Pakatan Rakyat hari ini telah lebih gagah daripada negeri Terengganu hari itu?
Untuk soalan kelima, anda akan ditanya, tidakkah Islam dalam kerajaan menanti telah tercermin dalm kerajaan Pakatan Rakyat hari ini? Jika begitu, nampaknya perjalanan masih jauh.
Jika masih jauh, bererti ia masih belum boleh selesai dengan mudah. Perjuangn Islam terus berjalan tanpa hujung masa yang pasti lagi. Jika begitu, mengapa meminggir musuh yang tak pun dipinggir oleh ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada hari perjanjian Hudaibiyah itu?
Saya lakarkan 5 persoalan dan klunya yang perlu diperhatikan.
Adakah anda fikir saya menyalahi kepimpinan PAS?
Saya kata tidak! Jika ayahanda menolak PAS menyertai BN, saya yang pertama menyokongnya. UMNO masuk PAS, ya.
Persoalan saya adalah fundamental. PAS perlu sentiasa gagah dengan kebenaran. Kebenaran adalah jamaah walau kita berseorangan. Kebatilan adalah dagang walaupun dikerumuni sejuta manusia.
Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula.
Perbincangan dan perdamaian adalah jalan Islam. Menutupnya atas sangkaan adalah jahil.
Kita mengimpikan kerajaan baru yang lebih baik terbentuk. Tetapi kerajaan baru 5 negeri sedia ada perlu mantap persefahamannya. Tempoh bulan madu sentiasa manis, tetapi masanya akan berakhir jua. Saat itu, ujian getir adalah lumrah walau tidak didamba kehadirannya.
Usaha mengail, mengumpan dan membuat galah melompat adalah daripada PKR. PAS mengekori seolah – olahnya. Jika berjaya, ya. Jika gagal, PAS perlu tunjukkan alternatifnya pula. Bukankah PAS adalah alternatif untuk tamadun manusiawi seluruhnya?
Bersediakah PAS dengan alternatif lebih baik?


84 comments
Comments feed for this article
Julai 9, 2008 pada 10:19 am
primer
Alangkah indahnya jika semua umat islam bersatu membina kerajaan Islam di bumi Malaysia ini……
Takbir
Takbir
Takbir
Allahuakbar…..!!!!
Julai 9, 2008 pada 10:35 am
saifudin
Salam
1. Saya rasa isu kekecohan di Kelana Jaya akan memberkan ruang untuk kita lebih tegas untuk mendamaikan perbezaan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan ‘test’ yang telah berlaku, pasti ada ruang untuk kita bersuara dalam pakatan rakyat. samada kita bersuara atau tidak, itu salah kita.
2. Kenapa membuka semula ide perbincangan dengan UMNO di saat kita perlu perkukuhkan pakatan rakyat? Apa jaminan jika kita bersama UMNO, kita & Islam akan kuat? Sekafir2 DAP, mereka belum meruntuhkan surau, tetapi sebaik2 UMNO ia telah meruntuhkan surau.
3. Mengapa kita sampai pening2 kepala untuk memikirkan supaya diadakan perbincangan dengan UMNO, tetapi kita tidak pening2 kepala untuk memahamkan Islam dalam pakatan rakyat?
4. Parti PAS adalah parti dakwah. puashatikah kita berdakwah kepada DAP tentang indahnya Islam. Atau kita tidak pernah berdakwah untuk memahamkannya. Justeru untuk lebih senang, kita terus berbincang dengan UMNO yang mungkin lebih faham Islam dari DAP, tetapi UMNO ini DEGIL. Begitukah cara kita berdakwah?
Julai 9, 2008 pada 11:24 am
IAT
salam.
sekadar satu pandangan. Pada awal kemerdekaan kita di pimpin oleh TAR seorang yang di katakan proksi penjajah, kemudian di warisi oleh UMNO BN yang juga membawa agenda penjajah. (penjajah baca sebagai kuasa besar dunia sekarang iaitu British, Amerika dan zionis) sehinggalah sekarang.
apabila kita bicara soal politik maka kita tidak boleh tidak terlepas dari ‘pandangan’ atau ‘jelingan’ kuasa politik dunia atau lebih tepat sekiranya saya katakan zionist yang cuba mengusai dunia. zionist juga cuba melenyakan islam dari muka bumi ini.
kajian sains politik menunjukan satu teori bahawa satu-satu parti politik yang memerintah hanya akan bertahan selama 50 tahun. maka umno bn sudah menjangkau usia 50 tahun pemerintahan, maka jika di ikutkan teori dan kajian ini maka umno bn akan berkubur.
yang menjadi persoalannya ialah : apakah kuasa politik dunia akan berdiam diri dan mengambil sikap tidak campurtangan dalam urusan politik malaysia yang menunjukan proksi mereka iaitu umno bn akan berkubur? pasti mereka tidak akan diam dan pasti mereka akan menyusun strategi untuk memastikan AGENDA mereka terus berjalan. di malaysia PAS satu wadah politik islam bagaikan mengancam agenda mereka. maka satu gerak kerja yang teliti di lakukan bagi memastikan ‘kuasa’ mereka tetap utuh.
apa yang mereka lakukan? penjenamaan semula. siapa yang di jenamakan semula? jawapannya PKR.
kajilah perkara ini wahai sdra sekalian. rajin2lah cari maklumat yang berbentuk sejarah, kumpulkan dan buat satu analisa.
PAS semuga PENGALAMAN mengajar kalian agar bergerak dengan lebih berhati-hati dan bijaksana.
wassalam
Julai 9, 2008 pada 11:33 am
salamat
Ustaz bermain api.. he he. Tapi nampak bagus isi soalnya. Hanya budak – budak dilarang bermain api. Saya budak -budak ni. Takut nak komen.
Julai 9, 2008 pada 12:04 pm
ABECEQVO
salam…
ana PALING setuju dengan pandangan ustaz,sebab ana rasa PAS macam di budak-budakan dalam PR,Tapi tk berani nk komen la.dalam hal PROTES ni…ana pegi jgk ustaz tapi sampai je terus balik………..(DALAM HATI KATA PAS DAH KENA KENCING DGN PKR DAH….AKU DAH AGAK DAH) Dan betull ah tulisan yang di tulis oleh ust nasarudin Tantawi…………..JANGAN KITA HAIRAN KALAU SATU HARI NANTI UMNO MASUK PAS..!!!!!
TAQBIR,TAQBIR,TAQBIR
http//mrpirates.blogspot.com
Julai 9, 2008 pada 12:42 pm
annasru
UMNO organ yang sakit. PAS adalah doktornya. Itu kata Tok Guru
Julai 9, 2008 pada 12:57 pm
saifudin
Tok Guru sendiri yang kata x yah bincang nga UMNO. Cara rawat buikan dengan berbincang atau bergabung dengannya. tetapi rawat yang paling baik ialah dengan menghilangkan kuasanya. insyaAllah UMNO xleh hidup dengan kuasa. Ketika itu, PAS mesti cepat2 mendampinginya.
Julai 9, 2008 pada 2:34 pm
cikli
Salam semua…
Dalam PR pernah PAS istihar dan “draw the line”? Sebab dah banyak kali “line” kita dipijak dan dilangkau.
Tak perlu nak tunjuk kita yang dah terbuka lebih terbuka. Tak perlu nak menyokong yang membawa rebah.
Dalam PAS yang saya faham dari dulu….. kalah dapat pahala, menang dapat pahala. Hadiahnya besok di akhirat.
Julai 9, 2008 pada 3:08 pm
gopenghagen
ustaz, hati aku terlalu sakit dengan tindakan PKR, apatah lagi komen DAP. kita kdng2 terlalu menjaga hati kawan, sehingga hati anak-anak sendiri disakiti. ustaz, hati aku terlalu sakit ustaz….
Julai 9, 2008 pada 3:49 pm
Wala kepada Kepimpinan
Isu kerjasama PAS dan Umno
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat | Jun 28, 08 | 11:02:27 am MYT
Setelah kita mengeluarkan kenyataan rasmi atas isu fitnah kerjasama kepimpinan PAS dan Umno pada dua minggu yang lalu, mutakhir ini kita menyaksikan media arus perdana dan juga media internet sekali lagi memainkan isu ini sekaligus menimbulkan kecurigaan dan kebimbangan kepada umum khususunya kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat atas isu yang sama.
PAS cukup sedar usaha-usaha ini telah mencetuskan kegelisahan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
PAS amat sedar mengapa Umno/BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi.
PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.
Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.
PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa lima buah negeri di bawah Pakatan Rakyat.
PAS akan bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menggerakkan inisiatif politik bagi terus membela kehidupan dan kepentingan rakyat yang kian ditindas dan terbeban oleh polisi-polisi kerajaan Umno/BN.
Sehubungan dengan ini PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggembling usaha-usaha politik dengan semua pihak untuk membawa perubahan dan peralihan kuasa kepimpinan negara.
Sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya akan kami rumuskan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat dan harapan rakyat.
Oleh itu PAS mengalu-alukan sokongan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan usaha Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan negara serta rakyat daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat dari polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggungjawab./wann _
Julai 9, 2008 pada 4:21 pm
abu razeen
Bertuahnya Tok Guru dapat anak yang antaranya berjuang cari syahid dlm jihad qital dan seorang lagi sentiasa cakap, tulis dan lontar idea atas paksi syariat. Setakat yg ana faham tentang Islam, ana setuju 110 0/0 dgn ustaz. Teruskanlah….ana ma’aka. Seperti Tok Guru, ana sayang PAS tetapi ana lebih sayangkan Islaam.
Julai 9, 2008 pada 4:57 pm
mawie
Entahlah tak tahu nak cakap apa …dalam dilema…
nak bersama PR ataupun berbincang dengan UMNO… tapi rasanya lebih baik PAS dengan cara PAS.. kita mengatakan tentang yang hak dan mencegah yang mungkar kita dapat pahala, kita lawan BN dapat pahala, kita ni berdakwah.. dan sudah pasti akan dapat pahala… hatta sehingga kita syahid pun lagilah dapat pahala… serta balasan syurga…
apa yang penting dasar kita jelas dipegang.. walaupun bersama siapa kita, PR ataupun BN.
Dengan PR bermacam permainan, permintaan dan dugaan yang kita terima… sabar ajelah (ada had), dengan BN sebaiknya kita buat baik kerana kita parti dakwah biar semua rasa bahawa PAs ini penting bagi mereka masing-masing. PR perintah Malaysia kita tak tahu macamana lagi karenahnya… yang 5 negeri pun masih kelam kabut… BN kita dah tahu mereka suka sangat roboh masjid… tapi itu kerana mereka jahil… kalau boleh kerja kita ialah mengurangkan jahil mereka… itu yang susahnya…
Apa-apa pun Pas sudah berada dihadapan… sejarah 50 tahun lampau sukar digugat dan di permainkan oleh orang lain… terutama yang masih baru tak sampai 10 tahun…
Tahniah Anggota Unit Amal kerana telah berjaya menjunjung dasar-dasar dan pegangan kita (dasar Islam)… Perhimpunan BERSIH dulu orang sanjung Unit Amal kerana berada dibarisan hadapan, sekarang orang kagum kerana PROTES kamu… syabas…
Julai 9, 2008 pada 5:26 pm
smallvillage
Tiada perkataan yang mampu terkeluar lagi selain:-
“Dr. Hatta, sila letak jawatan. Sesungguhnya anda telah memalukan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)”
Julai 9, 2008 pada 6:07 pm
smallvillage
Syabbas Unit Amal dan Dewan Pemuda PAS. Saya kagum dengan kalian semua.
Dr. Hatta, saya kira anda sudah tidak boleh memimpin PROTES lagi. Anda tidak mampu mengurus kepelbagaian dengan syariat Islam. Saya sudah hilang keyakinan dengan pimpinan PAS mutakhir ini. Apa yang mereka perjuangkan? Rakyat atau Islam?
Penyataan ini bukan bermakna saya sudah membenci PAS tapi saya cukup terkilan, menangis keseorangan memikirkan Parti mana lagi yang harus saya dokong.
Begitu mudah hati saya berpaut dengan UMNO sehari dua ini. Sekurang-kurangnya mereka tidak menganjurkan Konsert Jilat Tunjuk Seluar Dalam.
Maaf dipohon kepada penyokong PAS, hati saya telah melihat UMNO berjaya mengurus kepelbagaian dalam memerintah berbanding PAS. Saya kira cara UMNO lebih pandai mengurus negara majmuk disamping ia juga berjaya memartabatkan Islam sebagai agama rasmi.
Kalau undang-undang Islam PAS boleh laksanakan, sekurang-kurangnya luluskan di DUN negeri PAKATAN RAKYAT dulu. Kalau beralasan PAS tidak berkuasa secara mejoriti di negeri tersebut, dan PAS kena menjaga hati PAKATAN. Begitu juga dengan UMNO dalam memerintah negara, sama saja. Sama-sama menjaga hati perpaduan puak masing-masing. Yang pasti, UMNO telah berjaya.
Bagi saya PAS sesuai di Kelantan sahaja. Sebagai negeri check and balance kepada Kerajaan Pusat.
Wallahuaklam.
Julai 9, 2008 pada 6:14 pm
gonggong
Salam, sekadar berkongsi pandangan. PAS hanya perlu mengikut apa yg haq dlm segala bidang. insya Allah selamat, Islam tidak tertegak dengan kuantiti tetapi tertegak dgn kualiti & iman.
Julai 9, 2008 pada 8:22 pm
bdk sik
salam ustaz …..
saya rasa PAS perlu kaji semula dalam PR….
psal PROTES …saya setuju pandangan smallvilagge
“Dr. Hatta, sila letak jawatan. Sesungguhnya anda telah memalukan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)”
apakah dr. hatta sahabat karib HISHAMUDDIN RAIS…
siapakah HISHAMUDDIN RAIS… sebenarnya …adakah dalam kepala beliau masih lg 100 % gaya hidup tempat buangan dulu….
Julai 9, 2008 pada 8:41 pm
saifudin
Jangan kocakkan persaudaraan 4 bulan ini. Masing masing sedang belajar mengenal satu sama lain. Yang sedihnya, kita mudah bernafsu untuk bersama dengan musuh setengah abad menghancurkan Malaysia.
Julai 9, 2008 pada 8:46 pm
bdk sik
cik din …
bkn maksud sy nak soalkan bab persaudaraan dlm PR . tp sejak akhir ini bnyak saranan / teguran / nasihat seperti tidak di endahkan . mcm kita nie second clas pla dlm PR .
Julai 9, 2008 pada 9:19 pm
mr.pirates
aku sokong ngan kau orang budak sik/smallvillage kita ada maruah la…..taqbir…(aku bimbang kalau PAS hilang arah dengan puak2 ni)
Julai 9, 2008 pada 9:24 pm
saifudin
Sejak akhir ini….?
bila teguran kepada DAP atau PKR dibuat? teguran diberi secara luaran @ dalaman? tetapi jika teguran dibuat secara lontaran umum, ana rasa tidak betul
Julai 9, 2008 pada 9:35 pm
ahmad effendy
salam, fikirkan, jgn terlalu ikut emosi. kita memang perlu menjaga hati rakan-rakan dalam PR kerana negeri2 PR hanya kelantan dan kedah sahaja majoriti melayu islam. kalau nak buat undang2 islam secara drastik tgk apa jadi terengganu. baru KES PROTES dah sesuka hati suruh orang letak jawatan. biar Protes jadi iktibar kepada semua PR.
HAKIKATNYA kekuatan UMNO membolehkan melayu islam mendapat semua keistimewaan seperti biasiswa, hak beragama dll. apa dah jadi sekarang kenapa PAS tak jadi pencelah dalam kes MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DI SABAH berbanding dengan konsert seluar dalam. saya cabar semua wakil PAS menjadi pencelah dimahkamah atau membuat demo menentang PIHAK KRISTIAN mendapat hak menggunakan nama ALLAH AZZAWAJALLAH. Kalau setakat kecoh boikot PROTES, anak kecil saya pun boleh pi. janganlah jadi hipokrit dengan nama agama ALLAH. wassalam
Julai 9, 2008 pada 10:20 pm
jebat7
salam …..
hati ini sakit dan masih terasa ketika ini ……. seperti kata gopenghagen
kepada smallvilage & bdk sik ….. tidak perlu jatuhkan hukum kat Dr Hatta & rakan2 PAS ….. ini masalah khianat
ikutkan hati … mati
pada saya … PAS cuma bertegas dlm PR nie …….
terlalu byk makan hati dari sebelum PRU13 lagi
buat masa nie saya masih tetap menyokong UST …
mati syahid cita2 KAMI
Julai 9, 2008 pada 10:28 pm
whereha
Saya setuju dengan Ahmad Effendy.
PAS perlu konsisten. Hari ini PAS tenggelam dalam arus perjuangannya. Contoh, isu yang dikemukan oleh saudara Ahmad seolah-olah tiada pembelaan (sebenarnya ada tapi sekelumit), dan tenggelam begitu saja menyebabkan PAS dilihat tidak konsisten. Tiada lagi parti yang menjuarai isu-isu berkaitan Islam.
Kekuatan PAS adalah proses tarbiyyahnya. Pas perlu gandakan usahanya untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam. Perlu gandakan, perlu gandakan, perlu gandakan. Biar masyarakat faham dengan perjuangan Islam, biar masyarakat faham dengan keadilan Islam. Barulah PAS mendapat sokongan seterusnya KEKUATAN.
PAS lupakan sejenak politiknya, tumpukan perhatian pada dakwah, fokus kepada dakwah, kena fokus kepada dakwah, wajib fokus pada dakwah. Gunakan masa ini, setelah mempunyai peluang dakwah di negeri PAKATAN. Terapkan semangat dakwah ini seolah-olah PAS baru bermula, dipenuhi dengan semangat, semangat yang membara. Namun begitu, melupakan politik seketika tidak bermakna tidak berpolitik, tapi dijadikan prioriti sekunder.
whereha.wordpress.com
Julai 9, 2008 pada 11:27 pm
Straight Path Anyone? » A Particle of Boredom
[...] membaca komen Sdr Nik Abduh (sila klik sini), saya juga dapat merasakan apa yang beliau rasa. Perenggannya yang terakhir mempunyai makna yang [...]
Julai 10, 2008 pada 3:50 am
hilfi ipoh
salam ustaz..
sy setuju sgt dgn pandangan ustaz ni..
PAS sentiasa terbuka utk semua makhluk Allah yg mahukan Islam..
berdepan dan berbincang dgn musuh bukannya melanggar syariat Allah..
biarkan UMNO sertai PAS.. dari kita dianak tirikan dlm PR.. ana yakin, suatu hari nanti pasti Allah tolong kita utk berdiri di atas kaki sendiri..
xkan sampai bila2 kita perlu bergantung kpd makhluk selain Allah..
pasal Dr Hatta tu, ana agak kurang bersetuju dgn seruan sahabat2 supaya beliau meletak jawatan..
ana kira, sbg manusia biasa, kita tidak dpt lari dari melakukan kesilapan..
moga apa yg terjadi, ada hikmahnya..
tapi, minta agar pimpinan PAS lebih berhati2 dlm membuat keputusan especially hal ehwal dalaman PR..
wallahu a’lam..
Julai 10, 2008 pada 8:29 am
cikli
Salamm..
Jgn terlalu menghukum peribadi. Betul Dr Hatta perlu buat muhasabah….tapi tak perlulah suruh dia letak jawatan. Jawatan dia dalam parti dilantik.
Kami org Kuala Krai bermatian mengangkat Dr Hatta dalam PRU12 kerana kami tahu dia seorang yang komited dan boleh buat kerja dan diperlukan. Dalam sejarah hidup kita biasa berlaku sedikit gangguan. Itulah TAPISAN…
Cari kawan bukan buat musuh….
Julai 10, 2008 pada 8:49 am
bdk sik
salam….
etikel nie sy copy dari blog ustz deris kita …..
bkn sy ngan kwan lain je yg kecewa psal PROTES tu , ust deris pun sama .
hayati tulisan beliau pd akhir ….. ” Pengajaran demo protes 6hb Julai 2008 lain kali biarlah pas yang kontrol semua. Kalau setakat jadi pengerusi kita tidak boleh kontrol buat habis beras saja ”
oleh Ustaz Idris Ahmad
Tengok poster memang gerun himpunan sejuta rakyat untuk protes kenaikan harga minyak. Saya dok agak kalau datang 10 ribu pun dah ok lah tu. Beza sangat dari segi persiapan kalau hendak banding dengan himpunan bersih. Penyusunan begitu tersusun dengan road show seluruh negara.Pertemuan dengan semua pimpinan kawasan. Masa dan tarikh ditentukan awal hampir 6 bulan. Masa dan tarikh tak berubah. Saya tengok awal lagi dah pelik tarikh mula 12/7/08 ubah pada 5/7/08 ubah lagi 6/7/08. Mula-mula buat di padang dekat Amcorp kemudiah buat dalam stadium kelana jaya.
Saya tidak terlibat dalam jawatankuasa protes. Saya tanya pada saudara kamaruzaman ketua pemuda wp. Macam mana atur cara program protes. Dia cerita memang asal ada konsert tapi beliau bangkang dan ugut tidak akan bagi kerjasama kalau buat juga. Atas kompromi pemuda boleh terima kalau nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik. Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan pemuda dan unit amal boikot. Tahniah pada adik-adik ku pemuda dan unit amal.
Kononnya kalau buat macam itu akan ramailah orang akan turun. Habis semua akan turun. Ibarat kata kaki disko dan kelab malam bercuti kerana berada di demo protes. Hari itu tauke kelab malam merungut rugi kerana kaki disko pakat pergi sertai demo belaka. Apa yang berlaku sebaliknya. Berapa banyak pelajar pondok daripada kedah boikot daripada awal lagi tidak mahu hadir kerana dengar demo ala melenium baru ada demo. Demo orang datang dengan roh bukan hendak bersukaria. Kalau hendak suka ria bukan demo itu program sure heboh. Sepanjang pemerhatian saya yang datang 70% orang Pas.
Saya pagi itu bertolak awal dengan Dr ismail saleh exco kerajaan kedah, saudara awang salahudin dan dua sahabat lagi yang tidur di rumah saya. Kami keluar rumah ambil jalan jauh sedikit takut jem. Maklumlah himpunan sejuta. Satu road blok pun tidak ada. Sehingga sampai di kelana jaya baru ada road block unit amal.
Sampai di sana saya duduk dengan orang ramai ada petugas suruh saya naik ke atas pentas. Saya berkeras tidak mahu lebih selesa duduk di bawah. Allah selamatkan saya. Kalau tidak payah juga hendak jawab dengan anak buah kita. Ustaz bersekongkol sama dengan program macam ini ka. Alhamdulillah.
Waktu jam 12.30 tengahari saya keluar berbual dengan ahli-ahli di luar. semuanya merungut dan dah hendak kumpul orang untuk bersiap balik. Ada yang kata tak boleh pahala datang hari ini ustaz, buat habis duit dan masa. Dah minyak mahal, beras mahal.
Memang banyak kawan-kawan tak bagi saya pergi. Tapi oleh kerana ini adalah keputusan untuk menyempurnakan tuntutan rakyat. Sepatut saya ada program tarbiah dengan badan perhubungan johor. Saya minta tangguh. Maklumlah kita kaki demo. Tapi itulah demo yang paling aman di dunia.
Pengajaran demo protes 6hb Julai 2008 lain kali biarlah pas yang kontrol semua. Kalau setakat jadi pengerusi kita tidak boleh kontrol buat habis beras saja. Banyak demo yang kita buat berjaya tidak haru biru macam demo protes 6hb sep 2008. Kalau ulang lagi demo macam ini untung secupak rugi seguni.
Julai 10, 2008 pada 8:56 am
Zam
Bismillah, Dalam dakwah kepada Allah dan rasul tidak ada pintu yang seharusnya ditutup. Kita dilahirkan untuk manusia seluruhnya, tidak kira ia kafir, munafik atau yang beriman. Cuma cara pendekatan saja yang berbeza. Menutup terus pintu dakwah seolah-olah kita telah lari sepertimana larinya nabi Yunus a.s. Dan jika perkara ini terjadi maka tidak hairanlah kita akan ditelan dan diluahkan dalam keadaan longlai. Jika PAS menganggap diri sebagai pejuang agama, maka bangkitlah berjuang untuk semua. Jangan dipinggirkan walaupun seorang. Biarkanlah apa yang hendak mereka rancang untuk menghancurkan PAS, yang pasti rancangan Allahlah yang lebih besar. Jika PR tidak dapat memberi manfaat untuk kemajuan agama apa yang hendak ditunggu lagi. blah sajalah. Tapi jika perkara yang berlaku dapat mengubah keadaan menjadi baik maka seharusnya PAS terus mendidik rakan-rakan yang terpesong itu. Mengembalikan saudara seislam supaya dapat mengamalkan islam semula adalah lebih baik dari dari mengislamkan 10 orang kafir. dan jika dapat mengislamkan seorang kafir sudah memadai untuk kita selamat dari neraka apakah lagi yang hendak kita risaukan. Semoga asas ini dapat dijadikan didalam membentuk PR lebih diberkati.
Julai 10, 2008 pada 8:59 am
mawie
Tak perlu letak jawatan, tak perlu desak letak jawatan kalau kita orang PAS atau penyokong PAS, kita faham tentang suasana yang berlaku mereka adalah pimpinan PAS yang menjadi wakil PAS dalam AJK Protes didalam sana ramai lagi dari parti lain yang keras kepala dan masih merasa syok sendiri dengan kemenangan dalam PRU 12 baru ini… mereka jadi besar kepala….
Dr. Hatta mungkin tak berupaya nak mencorakkan program tersebut… lainlah kalau Protes itu PAS yang gerakkan….
PAS tetap konsisten didalam perjuangannya cuma mungkin sedikit lambat didalam menjelaskan pendiriannya dalam satu-satu isu… mungkin ada hikmahnya… kalau cepat sangatpun nanti cepat keletihan…
Baru 100 hari kita bersama… usah diukur tempoh itu… kambing dan biri-biri pun kalau diletak dalam satu kandang lama kelamaan pasti dapat makan bersama…
Dalam Bersih dulu pengeraknya adalah Dr Hatta, Abg Mat Sabu dan lain-lainnya… tak terdengarpun ada nama Hishamudin Rais, Skuad AMK lagi-lagi Curberator Dung. Dulu masa belum menang sekarang ni semua nama muncul… nak tunjuk muka… biasalah dah menang… kemudian cuba-cuba nak anjur Protes… lain cara… dan begitulah jadinya…
Saya pun tak tahu mengapa tak ada rasa ‘raaa’ langsung nak pergi, rasa tak kena sesuatu… tak macam Bersih dulu…
Sorry KP lari sikit dari tajuk asal…
Julai 10, 2008 pada 9:47 am
smallvillage
Salam,
Kebanyakkannya menentang saranan saya. Saya akur, saya juga amat bersimpati apa yang berlaku khasnya Dr. Hatta. Dia seorang yang istaqamah dan tawadduk dalam berurusan. Sebelum ini, saya adalah seorang pengkagum semangat beliau. Namun begitu, beberapa hari ini, saya sedikit emosi. Dr. Hatta, teruskan perjuangan!
Walaubagaimanapun kejadian 678 boleh dijadikan kayu pengukur PAS, dalam menterjemah perjuangan dimasa sekarang dan akan datang. PAS harus bersedia untuk menjadi kerajaan. Kepelbagaian antarabangsa menanti kita disana nanti. Kebijaksanaan diperlukan. Ilmu pengetahuan perlu ditingkatkan. Kerohanian perlu diperkuatkan. Bersedialah wahai pemimpin-pemimpin muda.
Julai 10, 2008 pada 10:10 am
saifudin
Tulisan Ust Hasrizal (saifulislam.com)
Adalah tidak mudah untuk PAS memainkan peranannya secara optimum pada suasana dan cabaran yang ada hari ini. Ujiannya pelbagai. Usahkan mahu mendidik rakyat, mahu menyebarkan nilai positif di kalangan sesama rakan DAP dan PKR pun, masih merupakan suatu proses yang panjang. Proses memperbaiki pendekatan PAS, bukanlah terjadi hanya dengan kertas kerja dan baca buku. Ia harus datang dari percubaan praktikal, pengalaman malah mungkin kesalahan dan kesilapan. Maka tindakan-tindakan PAS yang dirasakan tidak tepat, seharusnya menjadi bahan analisa untuk penambah baikan. Bukannya bahan untuk menghentam, mengutuk atau mencaci hina. Kecualilah oleh pihak yang meletakkan dirinya sebagai MUSUH kepada PAS. Jika yang menghina kesilapan PAS itu ialah MUSUH, maka janganlah dimarah anjing menyalak bukit kerana itu memang bahasanya dia. Dia musuh, what do we expect?
Maka, janganlah digusarkan insiden-insiden yang telah, sedang dan akan terjadi. Selagi PAS komited dengan prinsip keadilan, kejujuran dan terus menjunjung cita-cita mendaulatkan Syariat Allah, ia akan terus berada dalam kebaikan.
Julai 10, 2008 pada 11:51 am
DoWell
Assalamualaikum ustaz,
Salam kamunting,
1. Tindakan Unit Amal tepat dan kena pada masanya.
2. PAS tidak mungkin mengorbankan prinsip dan asas perjuangannya.
3. Islam pasti akan tetap dibela selagi wujudnya pejuang-pejuang Islam seperti ustaz.
Takbir…Allahuakbar.
Julai 10, 2008 pada 12:12 pm
melayutara
Assalamualaikun Ustaz,
Pertama sekali biar saya berterus terang bahawa saya adalah ahli UMNO. Sebagai permualaan kata, percaya bahawa PAS tidak akan berjaya merubah pendirian DAP dan PKR dalam menerima Islam sebagai wadah perjuangan PAS.
Pada pandangan saya sepatutnya PAS mengambil peluang pada musim PRU12 ini dengan mengenakan beberapa syarat UMNO sebagai balasan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Antara syarat yang saya rasakan boleh memberi keuntungan kepada perjuangan PAS adalah:-
1)Menteri Besar Perak kekal dari PAS, manakala Exco 3/5 dari UMNO dan 2/5 dari PAS. Bilangan exco PAS meningkat dari pada 1 dan memberi sedikit kelebihan kepada PAS. PAS diberi kuasa dalam hal2 melibatkan keagaaman.
2)Selangor, Menteri Besar diberikan kepada UMNO dan Exco dibahagikan kepada 50:50.
3)Kedah. Menteri Besar dikekalkan kepada Kedah dan Exco dibahagikan kepada 50:50.
4)Peringkat Parlimen.
a)Kementerian Melibatkan Hal2 Keagamaan Diberikan Kepada Pas.
b)Minta diwujudkan satu Jawatan Kuasa Audit Khas yang terdiri dari Pelbagai Parti bagi mengaudit Syarikat-Syarikat GLC Kerajaan.
Kelebihan Kepada PAS,
a) Pas diberikan satu ruang yang lebih bebas untuk menyuarakan pandangan atau melaksanakan perkara berkaitan Islam kerana suara MIC dan MCA di dalam Barisan Nasional adalah lemah akibat kegagalan mereka pada PRU12.
b)Pas mempunyai ruang untuk memperbaiki masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana berada di dalam kerajaan dan mempunyai kuasa tertentu tidak seperti yang sebelumnya di atas syarat-syarat yang dikenakan.
c)Di dalam keadaan politik sekarang, UMNO lebih menumpukan kepada perpaduan Melayu kerana kajian menunjukkan kekalahan BN adalah disebabkan oleh kekurang undi dari bangsa Cina. Pada pendapat saya Cina tidak mengundi BN bukan di atas sebab faktor kebajikan tetapi mereka mempunya peluang terbuka untuk memperjuangkan kesamarataan melalui DAP dan orang Melayu iaitu Anuar Ibrahim sendiri menjadi orang tengah kepada hasrat mereka.
Risiko-risiko yang harus di ambil berat oleh PAS:-
Penyatuan di antara UMNO dan PAS akan memberi isyarat jelas kepada masyarat Cina mengenai perpaduan Melayu dan Keistimewaan Melayu dan Islam tidak patut dipertikaikan oleh mereka. Ini memberi kelebihan kepada MCA dan MIC dalam menarik semula masyarkat bukan Melayu. Sekiranya ini berlaku suara MCA dan MIC kembali kukuh di dalam BN dan menenggelamkan suara PAS.
Kenapa Pas harus mengambil peluang untuk bersatu dengan BN?
1)PAS tidak mungkin berjaya memperjuangkan dasar-dasarnya di dalam Pakatan Rakyat.
2)DAP terang-terang menolak negara Islam.
3)PKR bukan parti melayu dan lebih bersikap liberal malahan sanggup meggadaikan Islam dan Melayu.
4)Pas beraggapan mampu merubah DAP melalui dakwah yang hikmah sebaliknya dengan memberi tekanan kepada Barisan Nasional peluang PAS lebih cerah.
5)Sekiranya PAS bertidak sebagai parti bebas, PAS akan kehilangan kuasa dan di Negeri dan juga Parlimen.
6)Selagi bangsa Cina masih menaruh harapan kepada DAP atas dasar kesamarataannya selagi itulah PAS mempunyai kuasa pengimbang dalam Barisan Nasional.
7)Keadaan politik sekarang tidak sama pada masa keadaan politik ketika PAS dijatuhkan oleh UMNO.
Secara peribadi saya lebih suka PAS menyertai Barisan Nasional kerana boleh bertindak sebagi kuasa VETO bagi pihak rakyat. Pada saya BN bukanlah baik-baik semuanya tapi ketika ini BNlah yang terbaik. Fikir-fikirkanlah.
Salam
Julai 10, 2008 pada 2:09 pm
nasaie
salam.. budak sik, apa alamt blogg ustaz derih ahmad tu?
Julai 10, 2008 pada 2:14 pm
gonggong
Salam,
apa kata kita semua applykan pengajaran dalam perang uhud untuk ke PROTES ni….kesnya berbeza tapi kesannya agak sama…ada hikmah tu….mintak petunjuk ALLAH…
Julai 10, 2008 pada 2:30 pm
annasru
Segala yang jahat itu adalah daripada Umno. Ya, itu adalah motto saya apabila setiap kali menyebut kalimah Umno. Sewaktu saya berkhidmat di sekolah dahulu bila budak datang lewat saya katakan “Hah! Sebab Umnolah mu datang lewat nih!”
Soalnya
1. Adakah pintu perbincangan dengan Umno selamanya tertutup(perbincangan bukan lagi ke tahap kerjasama)
2. Rasulullah tidak pernah menutup perbincangan dengan non muslim. Arab Badawi yang tak kenal agama. Yahudi yang bersifat selamanya tidak redha. Kafir Quraiysh yang cukup anti Islam. Hatta munafiqin yang talam dua muka. Masalah resolusi dan plan tindakan soal lain.
2. Sekilas kenyataan Tok Guru lewat analogi demi Islam kerjasama dengan Iblis pun boleh!
* Sejarah tidak melupakan dosa besar Umno. Nabi Musa pernah ditegur oleh Allah kerana tidak memperkenankan ampunan wanita yang berzina, lalu membunuh anaknya. Wahai Musa tahukah kamu bahawa ada lagi dosa yang lebih besar daripada itu. Apalkah dia? Tinggal solat!
Julai 10, 2008 pada 2:40 pm
Salman faris
SALAM,
bincang,runding dgn UMNO!! jangan….UMnonie hanya buleh gi kenduri kahwin anak dia, tahlil, ziarah kubur kalu pemimpim dia mati je….
tentang kuasa memerintah malaysia, kito punyo polisi senang je…
kalu segala dalam perlembangaan parti pas di buat oleh UMNO, kita bubar pas !!! tak perlu lagi main politik….tak perlu PR pon…
tu pasal kita masuk piliharaya bukan untuk menang, hanya amanah menegakan amal maaruf nahi mungkar….ganjaran di akhirat….
jika ditanya apa sumbangan untuk islam…
PAS wadah perjuangan.
PR baru 3 bulan, dgn media sebegini adalah tidak adil untuk kita mengatakan PAS adalah budak suruhan, bonekadan
Julai 10, 2008 pada 3:09 pm
butahati
Sila hayati yg ni sblum mrah
Adakah anda fikir saya menyalahi kepimpinan PAS?
Saya kata tidak! Jika ayahanda menolak PAS menyertai BN, saya yang pertama menyokongnya. UMNO masuk PAS, ya.
Julai 10, 2008 pada 3:57 pm
bdk sik
Salam Bro nasaie………..
blog ustz deris..http://idrisahmad.wordpress.com/
Julai 10, 2008 pada 4:04 pm
bdk sik
salam Bro-Bro aku semua …
copy dari harakah baru lg ( Dok panas – panas lagi )
kpd Bro – Bro aku yg lebih arif dan luas pengalman mari kita komen ckit untuk sama – sama mencari kebaikan Rakyat ……….
Pertemuan PAS Terengganu dan Ahmad Said, 15 Julai
Suhaimi Taib
Thu | Jul 10, 08 | 2:50:17 pm MYT
Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said, nampaknya bersedia menerima kunjungan anggota Dewan Harian PAS negeri itu bagi membincangkan isu royalti petroleum dan gas yang dikembalikan semula ke negeri itu baru-baru ini.
Serentak itu PAS negeri menyambut baik usaha berkenaan yang dijangka akan diadakan 15 Julai ini, lapor Buletin Online.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai tempat pertemuan itu diadakan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri itu, Haji Yahaya Ali pula berkata, parti itu menyambut baik ‘respons’ Dato’ Ahmad dan sikap terbuka untuk duduk semeja membincangkan isu tersebut demi kebaikan rakyat negeri berkenaan.
Justeru beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar itu atas kesudiannya menemui pemimpin PAS negeri berkenaan.
Sebelum itu Dato’ Ahmad mengakui beliau bersedia menemui pemimpin PAS Terengganu untuk tujuan murni itu.
“Kita akan adakan pertemuan dengan Dewan Harian PAS dan perbincangan demi kepentingan rakyat, Kita akan jelaskan untuk kebaikan bersama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang,
“Pertemuan itu antara Dewan Harian PAS dengan Menteri Besar dan bukan antara parti PAS dengan Umno…tidaklah,” Dato’ Ahmad Said berkata kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.
Beliau berkata pertemuan tersebut dijangkakan akan diadakan pada 15 Julai ini antara Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dengan Menteri Besar Terengganu.
Keputusan Ahmad mengejutkan kerana sebelum ini, beliau pernah menolak tawaran PAS Terengganu untuk bersama ‘duduk semeja’ dan berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
Ketika itu Ahmad bukan sahaja menolak tawaran ikhlas pemimpin PAS Terengganu, bahkan menuduh PAS cuba bermain politik.
Bahkan Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.
Persoalan timbul ialah sejauh mana keberkesanan pertemaun itu belum dipastikan lagi khususnya untuk melihat royalti itu dimanfaatkan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan parti.
Sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini agak bias dalam pembahagian kekayaan negeri cukup jelas apabila rakyat yang menyokong pembangkang agak terpinggir untuk mengecapi hasil tersebut.
Dengan sikap terbuka sedemikian rupa soal meminggirkan pihak pembangkang dalam apa jua pengagihan kekayaan negeri tidak lagi menjadi masalah utama.
Yang penting ketelusan dan keadilan perlu mewarnai semua kepentingan rakyat termasuk dalam soal pemerolehan kontrak kerajaan dan peluang-peluang perniagaan terbuka luas kepada rakyat negeri itu tanpa mengira parti.
Jika ada lagi benteng (wall) ini, selepas pertemuan tersebut, sudah pasti ia tidak mencapai matlamat yang dikehendaki.
Konsep tender terbuka dengan mengikut terma dan kondisi yang ditetapkan adalah satu konsep yang telus tanpa ditokok tambah dengan syarat yang tidak dinyatakan secara tersurat termasuk perlu meminta kelulusan wakil rakyat BN atau tertentu terlebih dahulu, barulah permohonan tersebut boleh dibuat.
Ataupun latar belakang parti pemohon perlu diketahui terlebih dahulu oleh Exco Kerajaan berkenaan untuk meluluskan projek. Jika diketahui pemohon ternyata penyokong pembangkang, bukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman dan rekod kerjanya, permohonan tersebut ditolak mentah-mentah.
Ini satu lagi tindakan yang tidak memberi apa-apa erti walaupun rundingan diadakan di antara pihak-pihak terbabit beberapa kali.
Dasar kerajaan Terengganu perlulah benar-benar terbuka atau bukan kerana sebab-sebab politik tertentu pertemuan itu diadakan tetapi ianya ikhlas untuk kebaikan rakyat negeri itu seluruhnya.
Bagaimanapun pertemuan itu perlu disokong dan penghasilannya perlu diketahui umum jika untuk kepentingan umum dan mungkin ada sesuatu yang rahsia dibincangkan, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS dan Menteri Besar untuk memutuskan sesuatu yang bermakna untuk rakyat negeri itu.
Yang penting hak rakyat negeri Terengganu perlu dimanfaatkan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan parti.
Julai 10, 2008 pada 4:18 pm
saifudin
salam untuk an-nasru.
Adakah tidak dinamakan khianat untuk berunding dengan UMNO ketika saat kita masih lagi dalam Pakatan Rakyat? Saya difahamkan Anwar 3-4 kali diajak berjumpa dengan Pak Lah, tetapi Anwar menolak kerana ingin menjaga perpaduan Pakatan Rakyat.
Selagi kita masih mempunyai pemuafakatan dengan Pakatan Rakyat, saya masih menganggap pintu perbincangan dengan UMNO perlu ditutup. Sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Presiden.
Julai 10, 2008 pada 4:51 pm
saifudin
Sedikit petikan dari harakahdaily hari ini, oleh YAB Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS :
Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.
Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.
Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.
Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.
Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.
Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama?, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.
Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.
Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.
Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.
Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.
Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.
Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 ? 2004, misalnya, tidak berunsur politik?
Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.
Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.
Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.
Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.
Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!
Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.
Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.
Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.
Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.
TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008.
Julai 10, 2008 pada 5:14 pm
pemuda rasa
Pegang erat-erat dengan Islam, InsyaAllah selamat dunia akhirat. Perlu ingat, tujuan asal jemaah Islam, menegakkan khalifah Islam yang satu di bumi Allah.
84 tahun, usia yg baru muda hilangnya khalifah. Jangan kita terlupa perjuangan ini.
Julai 10, 2008 pada 5:33 pm
melayutara
salam,
bacalah satu sinar harapan….
Jangan kesampingkan peranan PAS – Ustaz Hadi
Azamin Amin
Thu | Jul 10, 08 | 5:08:29 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – PAS tidak sekadar menyampaikan mesej Islam kepada ahli parti semata-mata malah secara menyeluruh kepada semua pihak termasuk Umno.
Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh malah sasaran Islam ialah kepada seluruh manusia dan bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS sahaja.
“Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita.
“Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?,” katanya sewaktu ditemubual oleh Harakah di pejabat pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Beliau dengan jelas menyatakan bahawa pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam di samping memberi penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah.
“Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri.
“Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam,” katanya ketika ditanya wartawan berhubung wujudnya pertemuan PAS dan Umno berkaitan politik negara mutakhir ini.
Rumusan daripada pertemuan itu, kata Ustaz Hadi ialah kepentingan perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan malah sehingga kini PAS masih menunggu respons daripada Umno dan rakyat.
“Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya,”katanya.
Beliau memberi contoh, demokrasi sihat yang dimaksudkan antaranya ialah bukan sahaja pembangkang boleh membangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh melakukan tindakan yang sama namun malangnya wakil rakyat kerajaan di negara ini yang bertindak membangkang akan dikenakan tindakan disiplin.
Berkaitan rundingan yang berlaku antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat, Ustaz Hadi menyatakan bahawa PAS juga mempunyai hak yang sama untuk membuat rundingan.
“Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan.
“Kalau KeADILan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya,” katanya membidas pihak yang mengkritik PAS.
Tambahnya,atas dasar Islam PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak malah sehingga kini tidak ada sesiapa yang menjadi Ketua Pakatan Rakyat.
“Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita,”jelasnya lagi.
Dalam pada itu Ustaz Hadi menjelaskan peranan ahli-ahli PAS pada pilihan raya umum ke-12 yang bersedia bekerja bagi pihak parti lain,yang mana membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
“Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya,”katanya lagi.
Di samping itu, beliau juga menasihatkan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi. – mks.
(Ikuti kupasan lanjut dan pandangan tajam Ustaz Hadi berhubung politik negara di dalam keluaran Harakah terbaru 10 Julai yang berada di pasaran kini) _
Julai 10, 2008 pada 7:02 pm
tukangfitnah
pas perlu lebih berhati2 agar tidak masuk dalam jerat fitnah bn.
Julai 10, 2008 pada 9:18 pm
bdk sik
salam Bro…….
nie satu lagi komen ORG KUAT KITA psal isu PROTES .. sama – sama kita baca dan kita pakat komen n bincang kat cnie..SAYA NIE AHLI BIASA JE TIAP2 THN BAYAR YURAN……
‘Protes bukan untuk si warak, wali’
Jimadie Shah Othman | Jul 10, 08 8:41pm
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu “bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan”.
Mengulas kontroversi persembahan penyanyi Carburetor Dung, exco kerajaan Kelantan itu menambah walaupun kumpulan pemuzik dianggap mempamerkan aksi tidak senonoh, mesej yang cuba disampaikan mereka kritikal terhadap kerajaan.
Menulis di blognya, Husam berkata jika seseorangan mendengar semula lirik lagu-lagu kumpulan punck rock itu “ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.”
“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya semalam.
Tindakan penyanyi Carburetor Dung memalingkan punggung ke arah penonton sehingga menampakkan seluar dalam menimbulkan kecaman meluas banyak pihak, termasuk pemimpin dan penyokong PAS.
Ahad lalu, tindakannya itu menyebabkan mereka diserbu sekumpulan penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya sehingga penyanyinya Alak mengalami cedera ringan.
Husam bagaimanapun meminta semua pihak tidak menyalahkan aksi kumpulan itu semata-mata tetapi wajar menilai mesej dalam lagu-lagu mereka, antaranya Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu di negara ini dan kebergantungan kepada kontrak.
“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula seni kata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,” kata Husam.
Julai 10, 2008 pada 9:20 pm
bdk sik
SALAM…….
saya minta ustaz tlg ulas ckit kenyataan org no 3 kita tue…..
Julai 10, 2008 pada 9:25 pm
mr.pirates
salam……
kita bincang dengan umno,bukan bererti kita menyertai BN….Medan nya luas…..bro-bro smua
1) Betulkah perbincangan dengan UMNO perlu ditutup? Mudahnya, UMNO adalah musuh Islam. Adakah kita dilarang berbincang dengan musuh?
2) Adakah berbincang dengan UMNO hanya bererti masuk BN? Maka ia jadi haram dan dipatuk kali kedua dari lubang yang sama? Tak mungkinkah perbincangan PAS-UMNO berlaku tanpa perlu PAS masuk BN?
‘ADAKAH KITA MENERIMA KALAU UMNO MOHON MENYERTAI PAS’……..sedangkan kita tau UMNO Jahat..???????
Julai 11, 2008 pada 1:43 am
cookies
hurmm ape salahnye klu umno sertai pas…baguslah… maaflah mr.pirates, mmg ar kte tau umno tuh x baik…tp x de sape antare kite yg tau ape kesudahan mereke… mane la tau…dengan hidayah Allah, klu diorg msk pas, diorg dapat pendedahan islam yg lebey baik, n sape tau klu diorg jd lebey baik dr kite… hidayah tu milik Allah…same2 lah kte doakan saudare2 sesame islam kte yg tertipu dgn agenda umno tuh agar diberi hidayah oleh Allah…rasenye itu lebey baik… kite sbgai org yg menyedari ttg islam niyh ptt lebey bijak berfikir..bukan ikot perasaan .. saye menginagtkan diri saye n diri org laen….rsenye kte sniri kena sedar, tanye blk diri kita, sbgi ahli pas n sbgi muslim… ape yg kte dah buat dlm membantu jentere islam niyh… komen sahaje x cukop kot… cubelah kte niyh tambah ag usehe kte nih sniri utk bantu usaha dakwah islam utk rakyat… x ley ar nak harap pimpinan2 pas je yg bergiat… nway, muhasabah blk diri kte…ape sumbangan kte utk islam, n sbagai ahli pas khususnya, ape sumbangan anda dlm membantu kepimpinan pas yg sdg berusehe tegakkan islam… rasenye rmi ag org umno yg kat luar tuh yg masih blom tol2 phm ttg perjuangan islam yg sebenar…slamatkanlah mereke….
maaflah klu tersilap kata…yg baik itu dr Allah…yg buruk itu dr kelemahan diri ana sniri….
wallahu a’lam
Julai 11, 2008 pada 9:05 am
smallvillage
Salam Ustaz,
Saya bersetuju dengan pandangan Melayutara yang berterus terang dia sebagai ahli UMNO.
Cuma saya cadangkan satu lagi.
Jika PAS mahu menyertai BN, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi juga harus diambil kira.
Julai 11, 2008 pada 9:07 am
smallvillage
Di Kementerian Kewangan sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.
Julai 11, 2008 pada 10:59 am
cikli
Salam…
Saya rela bayar minyak mahal daripada merelakan anak bangsa Islam kita melalak melolong, mencarut, menonggeng punggung di khalayak ramai.
Julai 11, 2008 pada 11:02 am
otai
salam..
ana sukakan pendekatan ust Azizan di Kedah.. tiada permusuhan dengan kerajaan umno lama. tutup kes, tak payah nak buka balik.. kita bergabung dengan sesiapa yang nak majukan islam dan rakyat… siap bagi lagi ahli majlis 82 pada pas dan 65 pada pkr, walaupun pkr menang x byk.. tapi atas dasar orang pas dah mengenali dan faham Islam, kita bantu mereka yang baru nak kenal Islam bantuan kerana nak bersama dengan kita…
jadi kita berbaiklah dengan semua orang.. memerintah sebagai satu wadah berdakwah agar semua orang senang dengan kita tak kira PR atau BN.. muslim atau non muslim… cuma ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menjadi sedemikian.. adakah kita mempunyai kesabaran yang cukup… wallahua’lam… dan tak semuanya dalam pas ni baik2.
Julai 11, 2008 pada 11:44 am
saifudin
Salam
Berunding untuk mengajak ahli UMNO bersama PAS/ PR adalah betul. tetapi berunding dengan UMNO sehingga kita keluar dari pemuafakatan Pakatan Rakyat ana merasakan tidak betul.
Julai 11, 2008 pada 11:51 am
saifudin
salam
petikan dari tulisan YB Iskandar Abdul Samad
Hatta Ramli akan dicincang lumat …
Posted on Thursday, July 10 @ 19:28:41 MYT by reformis
Oleh Iskandar Abdul Samad
Ketika kita cemas dengan Mas Idayu dan Ella, rupa-rupanya ada yang lebih mencemaskan malah turut mengancam. “Ratu Rock” dan “Ratu Dangdut” yang hadir sebelum satu perlawanan bolasepak 6 Julai lepas amat dibimbangi akan menghanyut umat Islam. Menjadikan mereka memaksikan hidup mereka kepada hiburan dan akan menjauhkan diri dari agama. Melahirkan masyarakat yang subur dengan pelbagai gejala sosial yang ditahap terkini sudah membimbangkan kita.
Tetapi insiden di protes “Turun Minyak” pada hari yang sama, hanya beberapa kilometer darinya, menunjukkan bertapa banyak tentang negara kita yang kita tidak tahu. Londehan seluar oleh seorang ahli kumpulan “underground” Carburetor Dung membuat Ella dan Mas Idayu kelihatan begitu sopan.
Tentu sekali selepas ini pimpinan PAS yang terlibat secara langsung di dalam perhimpunan itu seperti Dr. Hatta Ramli akan dicincang lumat-lumat di dalam blog-blog dan laman-laman web yang lain. Muktamar PAS yang akan berlangsung bulan depan juga akan menyaksikan para pemidato menunjukkan kehebatan mereka mengupas insiden londehan itu dan menyembelih mereka yang terlibat.
Bukan tujuan saya untuk mempertahankan apa yang telah terjadi tetapi saya menganggap peristiwa yang berlaku akan terus berlaku apabila kita berjaya melebarkan sokongan kita kepada setiap golongan rakyat. PAS bukan lagi berlegar-legar di kalangan “orang baik-baik” sahaja. Kita berhadapan dengan seribu satu jenis manusia.
Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita mestilah berupaya mengawal keadaan. We must be in control. Memang mudah untuk mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran atau fatwa-fatwa Yusuf Al-Qardhawi ketika berceramah, berkuliah atau mencoret di dalam blog tetapi tugas yang dihadapi oleh pimpinan kita seperti Dr. Hatta yang terpaksa berhadapan dengan kepelbagaian ketika menganjurkan protes itu adalah bukan tugas yang mudah.
Bagi ramai orang PAS yang saya temui, protes itu gagal kerana ia berbentuk carnival. Mereka mahu protes jalanan yang kata mereka lebih serius. Dihambat dan disembur. Mesejnya tidak sampai kata mereka jika tidak ada insiden kejar mengejar.
Sebalik terdapat yang berpendapat protes berbentuk karnival itu efektif kerana ia boleh melibatkan setiap lapisan masyarakat tanpa merasa takut sekiranya akan dihambat FRU. Di Jakarta, Bangkok atau Manila, protes berbentuk karnival ini pernah berjalan berhari-hari.
Ketika menjadi pembangkang dulu, kita marah apabila kita tidak dapat menggunakan stadium. Kita kata kerajaan tidak adil, berat sebelah. Kita mencabar kerajaan supaya membenarkan kita menggunakan Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan stadium-stadium utama yang lain. Tetapi apabila kita boleh menggunakannya kerana pihak berkuasa tempatan berada di bawah kawalan kita, kita pula kesal telah mengadakan protes tertutup. Mahu protes terbuka.
Berbalik kepada kepelbagaian, kita hendaklah memahami kepayahan yang dihadapi oleh mereka yang terpaksa menangani dan berhadapan dengan kepelbagaian ini. Terdapat di antara mereka yang bersama- kita mengaku sebagai Marxist. Ada pula yang mengaku sebagai Maoist. Kita terpaksa hidup bersama mereka walaupun sudah tentu kita sama sekali tidak akan meredhai mereka. Atau kita boleh mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan mereka dan berkubu di Kelantan atau Kedah.
Tidak semua orang boleh atau mahu duduk di barisan hadapan untuk melakukan “engagement” tetapi ramai yang sedia menghentam mereka yang duduk di hadapan. Usaha-usaha nampaknya lebih ditumpukan kepada mencari kesalahan dan bukan untuk membantu agar tugas yang dilaksanakan itu berjaya. “Engagement” semasa menjadi pembangkang pula berlainan dari “engagement” ketika berkerajaan. Kita juga mungkin mempunyai terlalu ramai “pengulas-pengulas kerusi empuk” yang mungkin berada di dalam persekitaran yang begitu selesa dan “idealistic” maka gagal memahami apa yang berlaku di luar atau di bawah.
Julai 11, 2008 pada 12:22 pm
melayutara
dahulu pas mengatakan umno rela menggadaikan islam kerana inginkan undi mca dan mic, tapi kini pas lebih dari itu malah lebih liberal dari umno hanya kerana semangat pakatan. apagunya kita hebat mengangkat syariah islam di dikalangan atau d dalam kompisisi pas tetapi gagal menterjemahkannya secara lantang di kalangan ahli2 pakatan.
mengatakan umno tidak memperjuang islam sebaliknya lebih kepada melindungi kepentingan parti, tapi kini dimana kepentingan pas mendahului hasrat menjatuhkan bn melalui pakatan haram dengan menangguhkan perjuangan islam. dendam dan perjuangan islam mana yang lebih utama
fikir2kanlah
Julai 11, 2008 pada 1:00 pm
smallvillage
“apagunya kita hebat mengangkat syariah islam di dikalangan atau d dalam kompisisi pas tetapi gagal menterjemahkannya secara lantang di kalangan ahli2 pakatan”
saya amat bersetuju dengan statement ini. terima kasih melayutara selaku ahli umno dari seorang penyokong pas.
Julai 11, 2008 pada 1:01 pm
pas pencen
Salam semua,
Pas kena belajar banyak dengan Iran dan Hizbullah. Lihat bagaimana Hizbullah yang mendapat tarbiah direct dari kepimpinan ulama’ Iran berjaya menguasai keadaan dan negara Lubnan w/pun Amerika dan juak-juaknya cuba mengganggu gugat.
Masalahnya Pas ikut separuh-separuh. Kepimpinan ulama’pun ulama’ separuh masak. dalam Pas pulak banyak ulama’ Taliban. Yang pemuda pula tak faham usub dakwah. Paling payah sekali orang PAS termasuk ulama’nya ramai yang tak membaca. taksub buta. Mementingkan simbol dan slogon daripada substance.
Julai 11, 2008 pada 1:17 pm
mr.pirates
SLAM ….
AKU TK PUN TK PAHAM APA YG ORG NO 3 HABAQ NI……….
Tolong jelaskan sikit Usaz.
apakah kita sanggup mengadaikan prinsip……..kerana mengejar PUTAJAYA.?? (kalau LANUN boleh la…..)
Julai 11, 2008 pada 4:06 pm
bdk sik
salam Bro…
Bro Mr. pirates………. aku copy lg skali statmen org no 3 kta ….
jangan kata ko bro..aku pun dok fikir pe isi n pe matlmat dia bg statmen cam tue… apa2 pun aku setuju ngan statmen YB. Is.pasti dan memang pasti Sdr. YB . Dr. Hatta akan di cincang dlam muktamar nanti…..pe yg aku arapkan bro biar ada di kalangan pewakilan dri DPP akan menutarakan 1 mesej pd pimpinan agar spya lain kali jangan pisang berbuar EMPAT KALI…..
BRO…….. TEPUK DADA TANYA…….?
BRO………TEPUK DADA BKN TANYA SELERA ,,,
TEPUK DADA TANYA IMAN KITA…..
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu “bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan”.
Mengulas kontroversi persembahan penyanyi Carburetor Dung, exco kerajaan Kelantan itu menambah walaupun kumpulan pemuzik dianggap mempamerkan aksi tidak senonoh, mesej yang cuba disampaikan mereka kritikal terhadap kerajaan.
Menulis di blognya, Husam berkata jika seseorangan mendengar semula lirik lagu-lagu kumpulan punck rock itu “ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.”
“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya semalam.
Tindakan penyanyi Carburetor Dung memalingkan punggung ke arah penonton sehingga menampakkan seluar dalam menimbulkan kecaman meluas banyak pihak, termasuk pemimpin dan penyokong PAS.
Ahad lalu, tindakannya itu menyebabkan mereka diserbu sekumpulan penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya sehingga penyanyinya Alak mengalami cedera ringan.
Husam bagaimanapun meminta semua pihak tidak menyalahkan aksi kumpulan itu semata-mata tetapi wajar menilai mesej dalam lagu-lagu mereka, antaranya Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu di negara ini dan kebergantungan kepada kontrak.
“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula seni kata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,” kata Husam.
Julai 11, 2008 pada 4:47 pm
melayutara
salam semua,
UMNO dikatakan menolak Islam kerana tidak menerima hudud sebagai perundangan islam, bagaimana pula Pas yang tidak melaksanakan hudud
setelah dapat memerintah di lima buah negeri. Politik Pas sekarang tidak seperti dahulu kerana Pas tahu untuk menguasai kerajaan sama negeri atau parlimen perasaan masyarakat cina harus diambil kira. Saya rasa Pas pun bersikap realistic di dalam hal ini dimana perlaksanaan hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya mojoriti masyarkat cina dan india boleh menerimanya dgn hati yang terbuka.
Idea mengatakan Umno masuk Pas, harap lebih bersikap realistic berbanding idealistic. Mana mungkin Umno parti yang besar dibubarkan untuk untuk menyertai Pas. Mengatakan Umno masuk Pakatan Rakyat adalah tidak mungkin kerana Umno tidak sedasar dgn DAP dan PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia dan bermatlamat menghapuskan kedaulatan Islam dan Melayu.
Sebaliknya kerjasama Umno dan Pas lah yang paling realistic dan memberikan peluang kepada kedua pihak untuk melaksanakan matlamat perjuangan masing2. Yang penting kedaulatan Islam dan Melayu sentiasa terjamin. Pada saya isu utama Pas dalam menghapus kan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisma dapat dilaksanakan dengan meletakkan syarat dan dasar tertentu sebelum kerjasama dijalinkan. Pas lebih berpeluang besar untuk melaksanakan perlaksanaa syariat Islam. Sekiranya ketika ini Pas yakin dgn cara hikmah Pas bolah meyakin DAP yang lebih pro kecinaan berbanding MCA untuk menerima syariaat Islam kenapa tidak dilaksanakan di dalam barisan nasional. Sekiranya Pas berjaya memujuk majoriti masyrakat bukan Islam boleh menerima syariat Islam dan UMNO MASIH JUGA TIDAK MENERIMA SYARIAT ISLAM SAYA SETUJU MNGATAKAN UMNO KHAFIR DAN DENGAN NAMA ALLAH SAYA AKAN KELUAR DARI UMNO DAN MASUK PAS.
“Kata saifuddin – Adakah tidak dinamakan khianat untuk berunding dengan UMNO ketika saat kita masih lagi dalam Pakatan Rakyat? Saya difahamkan Anwar 3-4 kali diajak berjumpa dengan Pak Lah, tetapi Anwar menolak kerana ingin menjaga perpaduan Pakatan Rakyat.”
Terus terang saya katakan Umno tidak akan menerima anuar kembali, sekiranya anuar masuk dalam umno, saya akan sendiri keluar Umno masuk Pas. Bukan kerana kes liwatnya, tapi kerana sanggup menggadaikan maruah islam dan melayu kerana politik.
Fikir-fikirkanlah
Salam…
Julai 11, 2008 pada 4:50 pm
annasru
> Gunakanlah sumber wahyu ketika berhujah
> Sirah adalah petunjuk paling tepat dan berkesan
* Ketika Mawi diwarwarkan akan datang ke Kelantan usrah kami ( jalan lurus groupe) antara yang mengambil sikap sedikit kontra. Kemudian..sebahagian daripada kami juga yang jadi urusetia!
* Ketika pimpinan PAS menghadiri pogram pertama Tun Mahathir sayalah antara orang paling tidak senang
>>Namun selepas merujuk kepada pimpinan kami akur bahawa itu adalah keputusan dan keputusan pimpinan
<<< Mawi sudah tidak diundang… Mahathir?? Masih dengan sikapnya masih seperti dahulu terhadap PAS
Bagaimana dengan Umno???
Saya masih dengan prinsip….SERAHKAN KEPADA KEBIJAKSANAAN PIMPINAN. Bukanlah seorang pemimpin kalau tidak bertindak dengan bijak
Guano Saipu??
Julai 11, 2008 pada 5:09 pm
melayutara
annasru,
setujukah saya katakan pas menerima mahathir kerana boleh dikambing hitam untuk menghentam dan melemahkan Umno.
bolehkah menerima yang hitam sebagai sahabat untuk menghentam yang hitam lain.
atau, menerima yang hitam tetapi telah diputihkan untuk menghentam hitam lain.
adakah mahathir sudah putih pada mata Pas? atau sekadar dorongan politik yang menguntungkan.
salam
Julai 11, 2008 pada 5:14 pm
MUHIB ALI
Salam…
Yang paling parah mengenai PAS dan kepimpinannya :
1- Mereka meninggalkan wasiat Rasulullah (saw) supaya berpegang dengan AHLUL BAIT atai KELUARGA NABI.
2- Mereka selalu perasan bahawa Islam versi mereka adalah yang paling benar.
3- Mereka hanya bersifat terbuka kononnya bila berhadapan dengan UMNO tapi bila berhadapan dengan pengikut mazhab Ahlul Bait, semua keterbukaan menjadi sirna. Mereka akan menjadi manusia yang paling tertutup mindanya. Sama macam WAHABI.
*PAS WAJIB mengkaji tentang keabsahan mazhab AHLUL BAIT. Sudah banyak pihak yang membangkitkan isu ini namun hanya dijawab sambil lewa oleh para Ustaz termasuk pemilik blog ini.
Julai 11, 2008 pada 6:02 pm
NS
Orang umno adalah ahlussunnah waljamaah. pengasas islam hadhari. tak mau laksana islam dalam pemerintahan. adakah mereka ini lebih baik dari ahli shiah yang sudara tak faham tu?
Julai 11, 2008 pada 6:15 pm
smallvillage
melayutara,
Bab hudud tu. PAS dan UMNO boleh bekerjasama memperkenalkan hudud kepada masyarakat. Contoh, Kerajaan Kelantan telah mengadakan hari hudud tiap-tiap tahun untuk tujuan menyedarkan masyarakat. UMNO yang mempunyai access media perdana, boleh juga memperkenalkan melalui medium tersebut.
Bukan Islam pasti menolak, kerana mereka tidak faham. Sebenarnya hukum Allah ini dilaksanakan untuk orang Islam sahaja. Ust. Nik Abduh boleh terang lebih detail.
Saya berpendapat isu hudud, PAS dan UMNO perlu bersatu nescaya masyarakat bukan muslim akan akur. Seperti mereka akur dengan hak-hak yang lain. Yang penting, sama-sama kena memberi kefahaman kepada masyarakat.
Saya rasa saudara pun faham, perlembagaan persekutuan tidak membenarkan undang2 tersebut melalui fasal2 tertentu. Nak ubah, kenalah 2/3. UMNO + PAS cukupkah 2/3? kalau cukup, Alhamdulillah. Kalau tak cukup, maka kena beri penjelasan pada bukan muslim bahawa undang-undang ini tidak menjejaskan mereka. Memang sukar, tapi usaha memberi kesedaran pasti kena buat. Pokok pangkalnya pasti kena bersatu.
Saya yakin undang-undang Islam adalah penyelesaian masalah kini. Masakan tidak, ini kerana undang-undang dari Pencipta, yakni yang mencipta kita sendiri dan seluruh makhluk. Tapi kita kena akur, untuk melaksanakan dalam negara demokrasi mesti guna kebijaksanaan.
Saya difahamkan akhir2 ini, Wilayah Persekutuan ada peruntukan Qazaf, iaitu dari hudud (betul ke ustaz?) apa yang saya tau (kalau salah tolong perbetulkan) hukumannya setakat 6 sebatan. Sedangan hudud 80 sebatan. Saya kira kalau 80 sebatan pun, ia sedikit pun tidak menimbulkan kemarahan bukan muslim. Tapi kenapa tidak ikut hudud 100%, undang2 persekutuan membatasinya (kalau salah betulkan). Untuk pinda kena 2/3 bukan? Jadi kena bersatu.
Kesimpulannya adalah “soal bersatu”. Boleh ke?
Minta Ust. Nik Abduh dengan melayuutara tolong jawab. Sebab saya dah celaru sekarang ni.
Julai 12, 2008 pada 5:31 am
Abdul Rahman
Saya terkejut sgt2 tentang tulisan ini. Apakah hanya kerana satu insiden yang dianggap sebagai kesilapan dan penganjur pun telah minta maaf, maka kita sudah bersedia untuk mungkir janji dan bekerjasama dengan UMNO?
Di mana kematangan kita? Apakah kita lupa UMNO juga anti Islam seperti parti2 yang lain? Apakah kita lupa bahawa ISlam di Malaysia ini gagal dijalankan bukan sebab DAP, atau PKR, atau Hishamuddin Rais, tetapi UMNO?
BAgaimanakah dgn bekerjasama dgn UMNO skrg ini dapat kita menjalankan ISlam di Malaysia?
Apakah mudah sungguh penilaian kita, wahai ahli2 PAS?.
Lupakah kita bahawa sejurus kita masuk UMNO, kita akan hilang sokongan dari 50% dari rakyat Malaysia. Kita selepas itu terpaksa bergelut untuk mendapat sokongan dari 50% rakyat Malaysia yang lain? Dlm keadaan ini, bagaimanakah kita akan dapat menjalankan Islam sekiranya UMNO tidak mahu?
Di kala itu, kita tiada pilihan dan jalan melaikan mengikut apa yang UMNO kehendaki kerana di kala itu, pilihan yang kita ada hanya satu: yakni keluar dari Barisan Nasional dan hidup sendirian.
Orang bukan Islam, pada masa itu, sudah tidak akan mendengar lagi suara kita kerana kita telah menipu mereka hidup2. Adakah kita mahu ditipu UMNO hidup2 sekali lagi?
Julai 12, 2008 pada 5:37 am
Abdul Rahman
Pengalaman saya dengan DAP menyatakan bahawa DAP adalah pragmatik. Mereka boleh menyokong perlaksanaan syariat Islam sekiranya masyarakat Cina dan India dapat diyakinkan.
Dengan penglibatan kita dlm PKR dan manifesto Negara Berkebajikan, kita mampu untuk menghampirkan diri dengan masyarakat bukan Islam sekaligus menyakinkan mereka akan keadilan Islam.
Usaha kita akan lebih cepat mendapat laba memandangkan syariat Islam hanya akan dilaksanakan kepada Orang Islam sahaja.
Seharusnya kita memikirkan cara bagaimana hendak menyampaikan masej Islam kepada orang bukan Islam, bukannya melalak dan meraung di atas satu insiden yang terasing ini.
Apakah begini tidak matang ahli2 dan setengah2 pimpinan PAS?
Julai 12, 2008 pada 5:46 am
Abdul Rahman
KEnyataan Husam itu memang betul. Majlis tersebut adalah untuk semua jenis manusia yang wujud dalam negara Malaysia.
Suka atau tidak suka ianya adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh mana2 pihak.
Tindakan Unit Amal menarik diri adalah betul kerana kita telah ditipu oleh Hishamuddin Rais dan juga kerana kelemahan pihak penganjur di dalam melaksanakan program yang telah dipersetujui.
Walaubagaiamanapun, tindakan mempersoalkan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat serta mencadangkan kerjasama dgn UMNO hanya kerana insiden ini adalah satu tindakan kebudak-budakan dan tidak matang.
Apa ingat bila bekerjasama dengan UMNO, tiada lagi konsert dan persembahan yang akan dijalankan? Segala aktiviti hiburan akan dibenteras?
Cubalah berfikiran matang sedikit.
Julai 12, 2008 pada 6:11 am
Abdul Rahman
Kenapa Mudah Melatah? Di Mana Kematangan Kita?
Saya telah membaca banyak posting dari berbagai pihak. Antaranya, saya ambil dari Ustaz Nik Muhammad Abduh. Di antaranya tulisan Ustaz Nik Muhammad Abduh yang bertajuk “Apa Alternatif PAS?”.
Saya kepingin untuk bertanya kepada Ustaz Nik Muhammad Abduh, mengapa perlu bertanya sedemikian? Bukankah kita tiada alternatif melainkan menyempurnakan komitmen kita kepada Manifesto Negara Berkebajikan yang kita janjikan kepada rakyat Malaysia pada PRU 2008?
Saya juga hairan, adakah kerana satu insiden di mana penganjur progam telah ditipu oleh Hishamuddin Rais dan sebenarnya kelemahan pihak penganjur berbanding perkara lain?
Maka kita hendak mengkaji semula hubungan kita dalam PAkatan Rakyat?
Kita hendak memulakan langkah bekerjasama dengan UMNO? Lupakah bahawa UMNO juga amat galak di dalam menganjurkan konsert dan program hiburan? Adakah kita anggap bahawa dengan bekerjasama dengan UMNO, maka program2 hiburan serta konsert akan terhenti?
Lupakah kita di kala kita keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan menyertai UMNO/BN, maka 50% dari rakyat Malaysia akan menolak kita bulat2. Yakni rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam.
Di kala itu, PAS hanya dapat mengharap sokongan dari 50% lagi rakyat Malaysia sahaja. Dan di kala itu juga, PAS terpaksa bergantung harap dengan UMNO. PAS sudah tidak ada apa-apa pilihan lain. DI kala itu, sekiranya UMNO hendak menganjurkan program hiburan dan konsert, apa yang PAS boleh buat?
Di kala itu kiranya PAS keluar, PAS sudah tidak akan diberikan kepercayaan lagi oleh orang bukan Islam dan bukan Melayu dlm Negara ini. Orang Melayu pula tidak perlu lagi menyokong PAS kerana UMNO sudah kuat dan dominan.
Hasilnya, PAS akan jadi parti “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”, seperti parti yang “lebih kuah dari sudu”, seperti parti yang “hidup segan mati tak mau”. Sekiranya tidak, maka ingatlah, itulah yang telah berlaku kepada PAS selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 satu ketika dahulu. Adakah kita hendak dipatuk pada satu lubang dua kali?
Lupakah kita bahawa PAS pernah ditipu dan dikhianati oleh UMNO. Lupakah kita bagaimana pahitnya pengalaman ditikam dari belakang hanya kerana di waktu itu UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan apa2 lagi pergantungan dan sokongan dari mana-mana pihak?
Apakah setengah2 pimpinan PAS begitu yakin bahawa UMNO akan menerima Islam secara menyeluruh? Begitu “naïve” sekali setengah2 pihak ini.
Lupakah kita bahawa UMNO lah penghalan perlaksanaan Islam selama ini. Sekiranya UMNO menerima perlaksanaan Islam, nescaya Islam sudah terlaksana di Malaysia. Apa jaminan bahawa UMNO akan mengota janji mereka, selepas kita melompat ke kandang mereka?
Pakatan Rakyat Memberi Peluang Dakwah Kepada Non Muslims
Lupakah kita kemenangan kita baru2 ini memberi peluang kepada PAS untuk menyampaikan keadilan dan kecantikan Islam kepada mereka yang tidak beragama Islam. Lebih-lebih lagi kita tidak mahu melaksanakan syariat Islam ke atas mereka yang tidak beragama Islam.
Sekiranya mereka dapat melihat betapa adil dan saksama pemerintahan Islam, nescaya mereka tidak menentang perlaksanaan syariat Islam ke atas orang Islam di Malaysia ini.
Apa yang dikehendaki oleh orang bukan Islam hanyalah sebuah pemerintahan yang dapat menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka.
Pengalaman saya dengan Parti Tindakan Demokratik DAP menyatakan bahawa mereka adalah sebuah partai yang pragmatik. Sekiranya perlaksanaan syariat Islam tidak menggangu tahap sokongan rakyat bukan Islam terhadap mereka, nescaya mereka tidak menghalang.
Lupakah kita pada satu masa, DAP pernah menganjurkan forum dan dialog untuk PAS menerangkan konsep Negara Islam kepada orang Cina dan India? MAlangnya, kita pada masa itu gagal menyakinkan mereka dan hasilnya orang CIna dan India menolak PAS dlm PRU 2004 secara total menyebabkan kita kalah di banyak negeri.
Seharusnya sekarang ini difikirkan secara serius bagaimana hendak menggunakan kebebasan yang kita nikmati di lima negeri ini bagi menghilankan ketakutan orang bukan Islam terhadap perlaksanaan syariat Islam.
Bukannya melatah dan membuat cadangan yang hanya akan merugikan PAS dan perjuangan Islam.
Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com
Julai 12, 2008 pada 7:37 am
Abdul Rahman
smallvillage,
Adakah kau bermimpi di siang hari? Kau kata UMNO nak laksanakan hudud dgn bekerjasama dgn UMNO? Undang2 Keluarga Islam WP 2004 Pak Lah halang hanya kerana Nori Abdullah dgn Zainah Anwar tak suka. Sampai skrg undang2 tu tak dilaksanakan.
Lepas tu kalau Najib naik, adakah Najib nak laksanakan hukum hudud? Silap2 dia yang kena rejam????
Kau kena realistik la smallvillage. Duduk dgn tenang dan fikir apa kau cakap.
Julai 12, 2008 pada 4:22 pm
tanpa nama
aku sokong penuh kenyataan ust. nik Abduh ni;
…….Untuk yang ketiga, anda akan ditanya, adakah mengkhianati rakyat bererti mengkhianati ugama? Adakah PAS akan membuat pilihan yang lebih bodoh daripada rakyat? Dulu PAS bebas berkeputusan. Adakah kini PAS membiar diri diikat rakyat dan kehendaknya.
Anda akan ditanya, PAS untuk Allah atau PAS untuk rakyat. Yang pertama adalah demokrasi cara Islam, manakala yang kedua adalah demokrasi barat jahiliyyah. Adakah PAS kembali kabur?Rakyat kena akuri PAS atau PAS kena akuri rakyat? PAS penjulang kebenaran atau rakyat penjulangnya?
fikir fikirlah
Julai 12, 2008 pada 8:31 pm
ajip
alamak ahli pas
kenapa la konsep islam tu terlalu sempit buat korang
aku rasa hishammudin rais tu lebih islam dari ahli pas kebanyakkannya terutamanya yang hipokrit
Julai 12, 2008 pada 9:54 pm
Che Guevara Muslim
pendapat saya yang bernilai dua sen ini :
1. berbincang tidak salah walau dengan siapa pun untuk menilai perspektif mereka. politik = peperangan. strategi adalah penting. Rasulullah sentiasa berstrategi. dalam situasi yg saudara huraikan, kita kena tahu & pandai seperti bermain layang-layang. ada ketika kita lepaskan, ada ketika kita tarik. sehingga kita punya cukup kekuatan untuk berdiri sendiri. sila rujuk kembali strategi Rasulullah, Sun Tzu Art of War, 36 Chinese Strategm. dan jangan lupa prinsip berjemaah yg ada dalam Islam yg pastinya memberikan kekuatan 27kali ganda. dan ada ketikanya kita kena menegur Imam & bermufarakah. kita kena tahu maksud, makna & tujuan setiap perbuatan kita. gembelingkan semua ini utk mendapat resepi yang terbaik.
2. berbincang dengan UMNO tidak bererti masuk BN. dan secara peribadi saya menentang keras jika PAS mahu bersama UMNO & BN. ini kerana sudah jelas dan terbukti selama 50tahun bagaimana sikap munafik UMNO terhadap Islam. sekiranya UMNO berjanji apa saja pun kepada PAS, amatlah diragui selagi mereka masih berada dalam kepimpinan. oleh itu mereka perlu dijatuhkan dan parti UMNO perlu dibubarkan kerana ia adalah kanser yg tak dapat disembuhkan. rasuah telah menjadi budaya disebabkan UMNO. rasuah adalah punca kepada segala masaalah ekonomi. mahukah PAS mentadbir negara bersama-sama munafik-munafik & perasuah-perasuah yang bermaharajalela disetiap peringkat pentadbiran & jabatan kerajaan? jangan sampai dipatuk dua kali dari lubang yang sama.
3. membelakangi kehendak rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat atas dasar memperjuangkan keadilan adalah mengkhianati rakyat. apakah sebenarnya intipati kepada hukum “Hudud” dan dasar-dasar Islam yang ingin diperjuangkan oleh PAS? tidak lain dan tidak bukan adalah ‘keadilan’ dan ‘kebenaran’. rata-rata yang menyokong Pakatan Rakyat inginkan perkara tersebut yang mana UMNO & BN telah gagal memberikannya. malah menodainya dgn rakus.
4. bagi saya, walaupun kita dalam keadaan lemah sekiranya berada dalam Pakatan Rakyat, ia lebih menguntungkan kerana dasar Pakatan Rakyat adalah jelas, iaitu keadilan. ini pasti lebih memberikan ruang yang lebih luas untuk kita bergerak berdakwah & membina kekuatan dan menyampaikan mesej Islam. kebanyakan mereka yang berada didalam Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah tidak suka kepada Islam disebabkan kejahilan mereka. jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan, mendidik dan menyedarkan mereka tentang Islam. BN & UMNO perlu ditumbangkan dgn segera kerana mereka adalah musuh yang merbahaya dan jelas lebih membawa mudharat. jika tidak sudah pasti pada pilihanraya akan datang pelbagai taktik yang lebih kotor akan dilakukan. jadi pilihlah sesuatu yang kurang mudharatnya jika kita hanya punya dua pilihan.
5. seperti yg telah dihuraikan diatas tadi. sementara kita tidak punya kekuatan, kita kena tahu menggunakan kesempatan. ini adalah strategi. pilih yang kurang mudharat antara dua. jangan sampai dipatuk dua kali. apakah ruang kita lebih luas dibawah BN & UMNO? atau dibawah Pakatan Rakyat yang mana dasarnya adalah keadilan untuk semua? tepuk dada tanya Iman & Ilmu dan bermunajat kepada Allah agar ditunjukkan pilihan yang terbaik.
wallahu’alam bissawab.
semoga Allah memberikan kita semua petunjuk & hidayah.
Julai 14, 2008 pada 4:10 am
mr.pirates
salam……bro semua,
betul lah apa yang di katakan,Tapi adakah kita yakin apa yang PAS perjuangkan selama ini akan tercapai bersama PR,..??
kalau lah berlaku perubahan”Insyaalah” TAPI boleh kah dilaksanakan cita2 PAS selama ini?
Berapa kerusi PAS ada kalau lah di campur dgn Adun Melayu(ISLAM) dalam PKR.
Berapa kah kerusi ISLAM/MELAYU “KALAULAH” PAS dengan Umno???
sama2 kita fikirkan..!!!!
sila ke http//:mrpirates.blogspot.com
Julai 14, 2008 pada 1:41 pm
smallvillage
“Adakah kau bermimpi di siang hari? Kau kata UMNO nak laksanakan hudud dgn bekerjasama dgn UMNO? Undang2 Keluarga Islam WP 2004 Pak Lah halang hanya kerana Nori Abdullah dgn Zainah Anwar tak suka. Sampai skrg undang2 tu tak dilaksanakan.
Lepas tu kalau Najib naik, adakah Najib nak laksanakan hukum hudud? Silap2 dia yang kena rejam????
Kau kena realistik la smallvillage. Duduk dgn tenang dan fikir apa kau cakap.”
—————————————————————————————
Saudara Abdul Rahman,
-Harapan saya supaya PAS dan UMNO membincangkan kepentingan Islam secara keseluruhan termasuk undang-undang Islam (hudud).
-Pak Lah sudah membuka pintu perbincangan, mengikut laporan utusan:-
“PETALING JAYA 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, UMNO sedia berunding dengan Pas demi kepentingan Islam dan orang Melayu.
Beliau berkata, dalam beberapa isu, UMNO dan Pas harus mempunyai kesefahaman bagi memastikan dua kepentingan itu tidak terjejas. – Utusan”
Bagaimana dengan PAS?
-Realiti logiknya, cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam secara kesuluruhan akan menjadi mimpi indah sahaja, jika tidak mendapat sokongan mejoriti yang bermacam-macam latarbelakang.
Wallahuaklam.
Julai 14, 2008 pada 6:10 pm
Inilah Malaysiaku… « abudarwis.wordpress.com
[...] Saya baru membaca artikel terbaru Ustaz Nik Abduh di weblognya.. Apa alternatif PAS? [...]
Julai 15, 2008 pada 1:40 am
mr.pirates
Umno setuju dialog dengan PAS
Jul 14, 08 6:30pm
Umno menyambut baik cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.
Presiden Umno berkata parti itu sedia berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan yang berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan, lapor Bernama.
“Jika ada persefahaman, maka kuranglah satu masalah yang melibatkan orang Melayu,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan Abdul Hadi, Jumaat lalu.
allo bro…………
aku bukan nk kata la,kalau macam ni la,ianya satu perkembangan yg baik pemimpin kena paham masalah yang berlaku kpd umat ISLAM/MELAYU sekarang….tak rugi pun kalau dok berbincang dulu elok2
LANUN NAK MENYAMUN PUN PAKAI AKAI DULU,strategi kena ada….brader..!!!
Julai 21, 2008 pada 10:04 pm
khairi
aku sokong 100% bro abd rahman dan che guevara muslim…ape jaminan kita yg pas akan dilayan permintaannya klu masuk BN??sedang nyata kita ditipu berkali2 sebelum ini oleh BN especially UMNO..kita dah tgk pencabulan dlm sistem kehakiman, sistem keselamatan, pentadbiran, rasuah yg berlambak2 dan kita masih naif nk pecaya umno akan beri ruang untuk pas laksanakn ape yg pas percaya??
benar pas spt dianaktirikan dlm PR tetapi ia adalah pakatan yg berusia 4 bulan, ruang2 muzakarah sesama ahli PR yg perlu diutamakan bukan muzakarah dgn BN..ia pengkhianatan kpd ahli2 pas (sekurang2nya kpd aku) sekiranya pas bermuzakarah dgn UMNO tentang pekongsian kuasa. klu muzakarah ttg islam dan bangsa melayu bole la dimaafkan wpun sakit hati..sebab kita sudah ade wadah iaitu PR tetapi membelakangkan ia..sedangkan pimpinan pas perlu lebih bijak dlm menonjolkan peranan pas dlm PR. pas perlu memulakan langkah pertama dlm penubuhan sekreteriat PR dlm peringkat nasional mahupun negeri.. ini tak, tgu jugak anwar ibrahim yg cdgkan, lepas tu mula terasa hati sebab nampak mcm anwar pulak ketua PR.PAS yg perlu terkehadapan dlm hal ini.
akhirnya, kita semua pikir le elok2. tp sebelum tu aku mmg kesal sgt yg sebenarnya pas da muzakarah dgn UMNO sebelum tanya pendapat ahli. tau2 je mustapa ali da pg jumpe kepimpinan umno. ini bole cetuskn perbalahan dlm PR sebab kita tau sebelum ini ustapa ali direct je sound khalid ibrahim. aku hrp pas pandang serius bab ni sebab klu x, pas akan berpecah belah, akhirnya usaha nk tegakkn islam dlm malaysia dgn UMNO xdpt, parti pulak pecah belah. w/bagaimanapun aku sokong penuh kepimpinan tuan guru hj hadi dan tuan guru nik abd aziz. semoga pas satu hari dpt perintah malaysia mcm yg kita semua impikan.
Julai 25, 2008 pada 7:37 pm
tanpa nama
adakah salah untuk berfikiran berani cam ustaz nik abduh ni.sebelum menuduh, cuba baca jelas jelas dulu dulu kenyataan beliau.
Memetik kata kata ust. nik Abduh;
Adakah anda fikir saya menyalahi kepimpinan PAS?
Saya kata tidak! Jika ayahanda menolak PAS menyertai BN, saya yang pertama menyokongnya. UMNO masuk PAS, ya.
Persoalan saya adalah fundamental. PAS perlu sentiasa gagah dengan kebenaran. Kebenaran adalah jamaah walau kita berseorangan. Kebatilan adalah dagang walaupun dikerumuni sejuta manusia.
Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula.
Perbincangan dan perdamaian adalah jalan Islam. Menutupnya atas sangkaan adalah jahil.
Ogos 18, 2008 pada 10:30 pm
hilmi_unitamal
Saya sokong penuh aper jua cdgn untuk dakwah demi untuk Islam…Tiada harapan lain selain pas..pkr,dap,umno,bn,semuanya pada saya tidak berapa boleh pakai….telah terbukti dlm perhimpunan protes…dalam pkr sendiri…wujud puak2 sosialis dan komunis macam hisyamudin rais…sesuka hati mengutuk tg hj hadi yang kami sayangi dalam akhbar keADILan…jadi pas kena wat sesuatu…jadi saya menyokong sepenuhnya tg hj hadi yang mengatakan kalo Islam tak dominan selepas kerajaan baru dibentuk…pas akan keluar PR…allahuakbar…beramal kerana Allah..
Ogos 28, 2008 pada 8:20 pm
hilmi_unitamal
Teruskan perjuangan tanpa perlu mengharap reda manusia…. Ambil kembali kata2 tg harun din…Majlis syura ulama tidak perlu tunduk kepada mana2 pihak untuk buat keputusan..Majlis syura ulama mesti suci dari pemikiran dangkal manusia yang tidak berlandaskan syara… Mereka telah putuskan bahawa kita muqabalah dengan umno…tak kira sesiapa pun setuju atau tidak,…maka keputusan nya adalah muktamad kerana rujukan nya adalah al-quran dan sunnah rasul SAw…Bukan rakyat, ahli pas,bukan PR,PKR,..apatah lagi si hishamuddin rais keparat tuh…Allahujakbar!!!! Islam mesti ditegak dan didaulatkan walaupun seluruh umat menentangnya kerana Islam lebih penting dari manusia….
Oktober 30, 2009 pada 12:30 am
Edwonton Ong Cheng Chuan(0164535184)
Banyak,kenyataan diberikan dalam pendapat saya harus berpendirian dan ditegakkan oleh Allah supaya tanpa penyelenggaran yang sahih.Tetapi,makhruf Nahi Mungkar boleh membawa muafakat bagi orang lain terutamanya sesiapa ingin mengamalkannya.Komitmen terhadap Allah itu penting kalau sesiapa ingin menghayatinya selama-lama ini.Parti Bebas tetap mempunyai strategik kukuh nak mentadbir kalau sesiapa harus tahu rahsia mereka.Islam membawa orang jalan yang benar tanpa kepalsuan yang dibuat.Tetapi,kita kena berjasa kepada Parti Islam Theokratik dan Parti Islam yang bebas penting buat semua orang kalau kita menegakkan usaha kita buat semua orang yang membentuk ke arah kejayaan serta peranan sebagai muktamar yang telah disumbangkan oleh pemimpin yang membina rohani dan jasmani yang tinggi supaya boleh dijadikan sesuai bagi masyarakat yang berkaliber.Allah akan meninggikan pencapaian usaha membina umrah yang tinggi dan soleh.Walaupun,semua kenyataan adalah muktamad kalau kita mahu di sebalik pangkal jalannya.
Oktober 30, 2009 pada 12:33 am
Edwonton Ong Cheng Chuan(0164535184)
Retorik BN dan UMNO bukan secara Islam harus ditolak oleh rakyat kerana menggunakan taktik secara birokratik dalam hidup mereka tak berguna langsung.