Salam Kamunting,
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI ) akan menyambut ulang tahun ke 3 perisytiharan bandar Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya Islam bersempena tahun melawat Kelantan 2008 bermula Ogos hingga Oktober 2008 ini.
Beberapa program besar dan menarik akan diadakan dengan tujuan memberi kesedaran dan menarik sokongan semua pihak ke arah menjayakan matlamat menjadikan Kota Bharu benar – benar memenuhi ciri – ciri sebuah bandar Islam menjelang 2015 akan datang.
Antara yang dicadangkan untuk hiburan dan kesukaan remaja terutamanya adalah konsert rock yang akan melibatkan beberapa artis terkemuka tanah air. Ella, Mas Idayu dan artis perempuan lain tidak akan dijemput untuk konsert terbuka ini.
Dalam mesyuarat jawatan kuasa induk Sekretariat Bandar Raya Islam yang dipengerusikan YB Dato Hj Takiyudin bin Hasan itu, saya menyokong cadangan tersebut yang disetujui sebulat suara oleh mesyuarat.
Saya tak tahu sangat apa rock rock ni. Yang saya tahu muziknya kuat, bising dan rasa celaru. Itu telinga sayalah. Tapi peminat rock mungkin lain. Sesetengah lagu nasyid pun saya rasa serabut.
Tapi, dengar ikut corong IKIM tu, ada beberapa lagu yang sungguh sedap sekali dihayati nyanyiannya. Saya tak tahu pula siapa penyanyinya. Garau macam Ramli Sarip atau M nasir. Kot Dhuat79 tak tahulah saya..
Saya sokong bukan kerana saya minat dan nak pergi tonton. Masa Mawi datang dulu, ayahanda pergi, saya tak pergi. Dia pergi ada mesej. Oleh kerana mesejnya sudah cukup, saya tak perlu pergi lagi apatah saya tak ada rasa minat pun. Jumpa Mawi, saya nak bersalamlah sebab dulu tak ketemuan..
Saya rasa confirm Amy Search dalam senarai pertama yang akan dijemput. Ini mungkin saya kena pergi sebab saya jemputnya datang ke Kelantan dulu. Paling tidak saya kena bersalam awal dengannya. Daftar diri untuk makluman.
Nak jemput siapa lagi? Ada cadangan daripada anda? Kalau boleh sebut lagu apa yang bagus – bagus..
Jika anda tak setuju konsert rock rohani ni, bolehlah nyatakan di sini. Saya pun rasa seriau semacam dengan nama ’rock rohani’ ni.. Rock jasmani mudahlah saya faham..


67 comments
Comments feed for this article
Jun 25, 2008 pada 3:38 pm
Moist
Salam,
Sebagai cadangan, kumpulan UNGU dari indonesia, dulu kumpulan ni nyanyi lagu biasa2 je, namun tak lama selepas itu, kumpulan ni dah berubah kepada lagu berbentuk keTuhanan dan Islamis. -antara lagu famous selepas dia berubah ni ialah lagu Andai Ku Tahu.. wslm
Jun 25, 2008 pada 3:40 pm
Mat belia KB
kopratasa: Tetamu senja
Blues gang: jangan pandang kulit
Hattan: kepada mu kekasih
Off couse Ramli Sarip, kumpulan Search dan M Nasir
Kalau badget cukup undang artis dari indonesia cam Ebeit G Ade, Iwan Fals, kumpulan Dewa dan kumpulan apa ntah yang nyanyi lagi ‘andai ku tahu’.
Jangan lupa undang RS Rendra untuk baca puisi
Jun 25, 2008 pada 4:59 pm
(U-HAH)
Salam NANA,
boleh tanya bro akil hayy, siapa yang elok dipanggil, ana cadang anta bawa masuk Opick dari Indonesia…dia ni pun dulu rocker juga jika tak silap lah..lagu dia…power!!!
Jun 25, 2008 pada 5:08 pm
ABECEQVO
BETUL KE..??? HEBAT TU KALAU EMY PUN DATANG……..TENTUNYA’Mentari merah d ufuk timur bersama Rabbani’
CAT STEVEN pun boleh..!!! OPIC jgn lupa…..minat bangat ustaz.
Jun 25, 2008 pada 6:55 pm
waruna
Opick byk lagu sedap
Jun 25, 2008 pada 8:20 pm
Muhtar Suhaili
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Semoga keterbukaan membuka jalan, tidak membuka fitnah. Saya doakan…
Wallahu a’lam.
Jun 25, 2008 pada 9:52 pm
zainulfaqar
Akhirnya, Kelantan juga akan mendahui fenomena muzik dan gerakan dakwah-Islah di Malaysia. Tahniah!
http://zainulfaqar.wordpress.com
Jun 25, 2008 pada 10:58 pm
izwan
tahniah.. saya rasa bakal menarik perhatian sasaran dakwah yang baru..
saya cadang jangan ramai sangat artis indonesia. kalau boleh tak ada langsung pun ok. sebab kita nak tarik artis dan peminat di malaysia. cadangan artis, amy, awie,aqil hay,ramli sarip, amuk pun ok(lirik lagu dia ada nasihat la bukan cinta cinta ni) aris ariwatan,hattan, ni antara rock yang ok la kot. Amuk tu ganas sikit. tapi mungkin menarik jika dia hendak ikut cara kita.
tapi dalam malaysia ni dua kumpulan rock kira lagenda ialah kumpulan search (amy) dan kumpulan wings(awie). Yang pasti biarlah mereka ikut cara kita.
Jun 25, 2008 pada 11:19 pm
jebat7
salam …..
dulu saya pun rock (dah mcm Ust Akhil plak)
lah nie dah tarak rasa la …….
saya sokong jer yg mana terbaik
Jun 26, 2008 pada 12:01 am
mohd yazid
Assalamualaikum..
saya cadangkan mel bekas anggota wings, kalu nak panggil awie pun ok jugak tapi make sure jaga penampilan, ia sebenarnya akan lebih membuka mata masyarakat bukan semua benda tak boleh di kelantan tapi ia boleh jika kena caranya.
Jun 26, 2008 pada 5:19 am
composer muda
aku ingat nak cadang diri aku je. tp aku study lg la. abes study nak wat album. nak tlg islam dlm hiburan. rock dan dakwah bleh bersatu.
Jun 26, 2008 pada 6:40 am
kebenaran_jelas
Ungu? Memang lagu dia bersifat ketuhanan..tapi tengok ahli kumpulan pakai subang, nanti membawa fitnah. Baik suruh orang lain bawak lagu dia.
Jun 26, 2008 pada 8:19 am
Mat
1)Ust Akil Hay
2)Ramli Sarip
3)kopratasa
4)M Nasir
pd pendapat saya,,nama konsert rock rohani tu ok,tp takut akan dimanipulasikan oleh pihak2 yg tertentu,,yg cuba buat2 tk paham…saya rasa lebih elok digantikan dgn nama yg lebih jelas..rakan2 lain bule bagi cadangan…
*hanya pendapat peribadi saya
Jun 26, 2008 pada 10:48 am
seff
Saya tak setuju konsert rock. rohani dan jasmani sama saja. Ingat mudah ke nak baiki gejala sosial remaja kini. Bagi saya, rock tak boleh jadi medium dakwah. Mana ada muzik gila-gila untuk dakwah.. ntah
Jun 26, 2008 pada 12:22 pm
abu razeen
ito, amy dan ramli sarip tu ok. m nasir ni ana musykil dari segi fikrah liberalnya sbb masa lakon dgn tiara dlm puteri gunung ledang(tengok iklan dlm akhbar- tak pergipun tapi kawan yg tengok kata betul) rapat sangat -toocloseforcomfort. Jadi takut pengaruhi remaja bahawa lakon maksiat boleh rock rohani pun boleh. Kecuali setelah ustaz nasihat m nasir comfirm tak lakon sebegitu lagi.
Jun 26, 2008 pada 12:58 pm
cikli
Salam..
Jemput je The Rock WWE tu……
Jun 26, 2008 pada 1:42 pm
Affuan
haha, jangan datang pakai cawat dah la kalo panggil the rock tu. hehe. saya sokong kalau bawak ramli sarip ke sini.
Jun 26, 2008 pada 2:31 pm
suealeen
assalamualaikum
saya pernah tengok ramli sarip & nash nyanyi live semasa family day company. ramli sarip tak kedekut lagu.. & suara gemersiknya menggetarkan jiwa!
suara ust asri ibrahim pun tak kurang ‘rock’nya… macam-macam genre dia pernah bawak. saya minat betul pada lagu epik tu. kisah perjalanan nabi Musa as.
muzik rock itu tak gila, penyanyinya yang kadang-kadang sket gila-gila.
Jun 26, 2008 pada 6:05 pm
alisabki
assalamualaikum ustaz.
suka kiranya saya mewakili siratan darah anak-anak muda zaman sekarang untuk mencadangkan nama artis yang sesuai. Bukan artis rock, walhal dulunya pernah. Tapi dek kerana jauhnya perjalanan dan banyak pula krijoaan yang akan/perlu dilakukan untuk menjemput beliau ke mari, saya rasa tak perlulah. Tapi untuk perhatian ustaz, sekadar memenuhi finalis-finalis artis tersebut, saya cadangkan saudaraOpick dari seberang tanah air sebagai artis jemputan. Betapa lagu-lagunya sungguh beradab. Saya sendiri akui bahawa saya sangat suka dengar nasyid/lagu dari Opick bahkan didengari sehari-suntuk pon tak apa. Saya percaya ramai yang suka. insyaallah.~
Jun 26, 2008 pada 10:45 pm
xara
Assalamualaikum ustaz.
Saya cadangkan jemputlah kumpulan Mestica. Walaupun mereka kumpulan nasyid, tetapi beberapa buah lagu dalam album mereka berkonsep rock juga.
Lagu Badar 313 boleh didengari di:
http://www.imeem.com/eamz87/music/R3yrGuDK/mestica_badar_313/
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1881.0
Jun 26, 2008 pada 11:43 pm
Nawawi
as-Salaamu ‘alaikum, maaf mencelah…
Panggil je band amuk ke, metalasia ke, cromok ke, sil khannaz ke, ok gak… amacam?
Kalau dah namanya maksiat tu, maksiat jugak lah adhai PAS oh PAS…
Pi mai pi mai, tang tu jugak… jauh tak tumpah sama macam umno jugak…
- Nawawi
http://an-nawawi.blogspot.com
Jun 26, 2008 pada 11:55 pm
ABECEQVO
hee..heee ramai gak yang setuju dengan aku bawa Opic….memang lagu2 dia menusuk kalbu,UNGU pun ok gak…..
kalau MAS IDAYU & ELLA..?????????
Jun 27, 2008 pada 1:34 am
rashead
salam ustaz,
opick dr indonesia sedap ustaz…
lirik dan lagu kena dgn rohani…
boleh kalah semua artis ngarut kt malaysia ni bila dgr lagu opick..
lg satu,
muhammad al-husayyan dr kuwait..
dulu pernah datang kt malaysia
Jun 27, 2008 pada 2:17 am
kaki gunung jerai
Salam
Tak payah nak rock-rock la, kalau nak dakwah pun. Banyak kerja mudah yang kita sengaja tak mau buat, tak glamer agaknya. Ana pasti akan ada lagi poster kecam tok guru macam waktu jemput mawi dulu
Jun 27, 2008 pada 6:50 am
BusPilot
JANGAN BAWA MAWI SUDAH…!!!
Jun 27, 2008 pada 2:58 pm
abu wafi
Salam ustaz,
Tahniah atas keterbukaan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyajikan hiburan yang berkonsepkan Islam. Hiburan ini luas.terlalu banyak yang boleh dibincangkan.Cuma saya berpandangan nama konsert ROCK ROHANI perlu ditukar kepada nama lain yang lebih lunak.macam ustaz,saya pun seriyau(loghat utara) dengan pengisian konsert ini. Pastikan pengisian konsert ini tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu:-
1) Mempersembahkan hiburan alternatif yang sopan dan beretika serta selaras dengan prinsip-prinsip Islam;
2) Menekankan aspek pembangunan rohani melalui seni muzik yang jarang ditekankan oleh mana-mana pendakwah. Contohnya mungkin boleh diselitkan kaitan seni muzik dan tarannum al-quran seperti lagu soba,nahwan (yang dilagukan bacaannya bila membaca ayat-ayat tentang syurga dsbnya) dan lagu jiharkah (keras bila sampai ke ayat-ayat mengenai siksaan Allah dsbnya).Ini memandangkan lagu2 seperti lagu-lagu pop masa kini banyak mengambil contoh lagu2 atau tarannum dari Al-Quran; dan
3) Menggariskan aspek-aspek spiritual yang boleh diterapkan melalui konsert berkenaan kelak.
Apa-apa pun ustaz, saya berharap dan berdoa semoga niat murni MPKB ini akan tercapai dan matlamat konsert ini akan tercapai.Yang penting redha Allah kita perolehi dalam menganjurkan konsert ini. Satu lagi, konsert ini kelak boleh kita jadikan sebagai BENCHMARK atau penandaaras kepada kerajaan negeri selangor dan kerajaan2 negeri lain yang diterajui Pakatan Rakyat dalam mengetengahkan hiburan alternatif yang mendidik rakyat ke jalan yang diredhai Allah dan sama sekali tidak melalaikan dari mengingatiNYA.
ABU WAFI, Putrajaya
Jun 27, 2008 pada 8:12 pm
senyum
Saya sokong konsert ini. Apa kata jemput Ramli Sarip, kopratasa, M Nasir. Yang lain pun boleh dijemput, tapi dengan penampilan yang menarik. Saya harap ustz meneruskan usaha ini untuk membuka mata masyarakat bahawa Islam juga ada altenatif “berkonsert”.
Jun 27, 2008 pada 9:04 pm
RinG
waah, best btol kelate gni.. tp sedikit terkilan, bkpo buat time bdk2 U TGH BLAJA? sokmo2 jd gni.. sy hok jenis blaja luar klate sedih la, slalu xsempat nk join activity PAS nih.. kurang-kurangnya, biar la anak muda di perantauan balik dluu.. biasanyo, ank2 muda hok g mendo gni.. wallahua’lam
Jun 27, 2008 pada 9:10 pm
anonimes
nk jgk dengar ramli sarip azankan solat isyak.. pastu kita jemaah la samo2 sblom konset start.. biar pemuda dan pemudi pergi dgn bersopan, bukan seperti nk gaduh, spt remaja kat negeri lain, asal nk gi konsert je, mesti imej nk gaduh, bajet tunjuk kuat.. jd, saya harap kat kelate tidak seperti ini la.. sekian
Jun 28, 2008 pada 5:53 am
nasaie
ustaz..muzik rock skrg hanya mat indon sahaja yg suka..anak muda kita tak minat mana.. kalau konsert rock yg kerap buat di stadium merdeka setahun 3 atau 4 kali tu pun, 80 peratus penontonnya indon..tu tara KL..kalau buat di KB, sapa nak p dengar..lbih baik, tanya yang mengetahui (ust akil, ust duan bleh juga kut)
slm dimasyq
Jun 28, 2008 pada 5:54 am
nasaie
opss..lupa..bleh tanya juga ustaz zul black metal, ketua pemuda pandan rasanya..dia ada pengalaman…
Jun 28, 2008 pada 10:22 am
ahmad al fawani
saya dulu minat kumpulan amuk… sebab lagu die berbentuk nasihat, walaupun terpaksa dengar betul2 apa yang amuk nak sampaikan..try la beli album pertama amuk… ehee..
ramli sarip, ramai peminat yang mempunyai lagu berbentuk puisi… selain tu, panggil a. samad said bleh tak? pembaca puisi pada waktu selang…
Jun 28, 2008 pada 3:19 pm
dhuat
Konser rock rohani(amal maaruf) mungkin sesuai untuk semua rakyat jelata.
Ana terfikirkan sebuah konser rock rebel(nahi mungkar) disertakan juga.
Dah tepu lagu ‘amal maaruf’ ni. Kembarnya si ‘nahi mungkar’ pun kena turut serta.
Contoh rock rebel adalah dari Iwan falls(Galang rambu Anarki, belalang tua), M Nasir(duit duit) ….
Hmnn barulah adil amal maaruf dan nahi mungkar disatukan.
Sekadar idea sahaja.
Jun 28, 2008 pada 5:36 pm
ihya
salam ustaz..
Cadangan yang diberi oleh para sahabat bloggers semuanya baik. Mengenai siapa saja artis yang mahu hadir ke konsert rock rohani,pastikan mereka ini berdisplin atau datang dari profil yang dahulunya kelam dan bertaubat selepasnya. Ini akan menjadi tarikan dan contoh yang baik dalam persembahan konsert itu nanti. Tak di nafikan ramai artis sekarang banyak menyanyikan lagu lagu kompilasi mereka dengan menyatukan kumpulan mereka dengan kumpulan atau ahli nasyid,ini sebagai gimik album sahaja. Saya tahu DPP dan kerajaan negeri boleh mencari siapakah yang dimaksudkan. Tak ramai kumpulan rock dan ahlinya seperti yang saya maksudkan. Apapun buatlah yang terbaik,seni muzik jangan dipinggirkan..
solla alan nabi..
Jun 30, 2008 pada 1:10 am
archeologist
salam ustaz Nik Abduh..
ito lara, ramli sarip, kopratasa, amy search+rabbani, akhil hayy….
m.nasir tak payah la ustaz,
mgkin blh buat penampilan khas Opick dari Idonesia…karyanya mendodoi iman…
insyaAllah.
Jun 30, 2008 pada 10:28 am
globalmalau
Walaupun global jauh beribu batu tapi jangan lupa dan jangan keliru…global ingin bertanya untuk apa dibuat seperti itu…adakah ini trend masakini untuk mengintai masyarakat yang haus dengan hiburan…bukan contra tanda tak setuju tapi global nak tau jugak sebabnya…munkin diminda kita katakan rock itu sebagai hati batu…batu keras yang perlu dilembutkan…elok jugak kalau berpandangan konsep hati batu rock nih…kita kombainkan …kita keluarkan kelembutan dari batu keras itu…umpama lagu batu itu samalah dengan Hati kita perlu di bantai dengan sesucinya agar tidak dilekati batu batu rock halus itu…walaupun sekadar hiburan sedarilah sendiri…bapa syaithan ibu syaithan tok syaitan…anak anak syaitan ibu segala nafsu…jiwa amarah pasti hanyut dan dibimbangi akan menjadi majlis hiburan anak anak syaithan Khannas…meresap masuk kedalam jiwa dan dengan sendirinya menjadi habuk halus dan melekat dihati kita…lama lama kelamaan hati akan menjadi terawang²dan gelap lalai dengan sendirinya …demekian lah kata hamba…salam untuk semua…
globalmalau:
Julai 1, 2008 pada 11:09 am
shamsuleffendey
aku cadang nama Faizal tahir. Ok dia tu. Walaupun Dr. Asri kata dia ada masalah identiti (sekejap nak jadi manusia, sekejap nak jadi Superman) tapi inilah masanya nak tarik dia balik dari terus hanyut dengan krisis identitinya tu. Nak harapkan Mawi dah x leh jalan skang. Gosip x tentu hala.
Pastu mintak anta tolong komen sekali pasal program Protes GERAMM 6 julai ni. Ada konsert artis R.O.B, Carburetor Dung, The Pipps…tu suma kumpulan yang aku tau rosak akhlak. Xde ke Pemuda Pusat nak bantah??? Mas Idayu ngan Ella leh bantah, xkn yang ni x berani? Kalau diteruskan jugak, apa hukumya bagi aku dan kenkwn ni? Rasa cam dah jadi benda lagha Protes GERAMM klu ada benda² konsert ni.
WALlahua’lam
Julai 1, 2008 pada 1:26 pm
alias
assalamu’alaikum
saya berpandangan
1) artis dari luar tidak perlu atau satu-dua sahaja
2) artis yg dijemput biarlah yg mempunyai siasah dan lagu yg baik pada pandangan umum, juga dikenali ramai misalnya
- ramli sarip
- m nasir
- ito
- saleem
- search
- wings
- kopratasa
- lefthanded
- akil hayy
Julai 2, 2008 pada 7:16 pm
mujaheedmuda
Yassin x-brothers dan Faizal Tahir x-Mirwana … mana tau
Julai 3, 2008 pada 3:01 pm
Hafizi
Kepada An-nawawi tu yang menyifatkan UMNO sama dengan PAS kerana sama-sama menganjurkan konsert, saya harap anda ni celik sikit mata dan bukaklah sikit minda tu.
Dalam-dalam anda menyifatkan PAS tak ubah seperti UMNO kerana dikatakan menganjurkan maksiat, anda sendiri bagaimana ? Langsung tidak pernah mendengar muzik ke ? Kenal pulak anda dengan metalasia , cromok , sil khannaz ni ?
Kami orang PAS tak pernah dengar pun siapa mereka tu ?
Julai 3, 2008 pada 3:14 pm
Cintakelantan
Bila sebut rock ustaz, yang pasti muziknya keras dan bingit, inilah yang perlu diteliti. Jangan sampai ia melanggar batasan hiburan dalam Islam.
Mengimbas kembali Konsert Bandaraya Islam dahulu, konsert di padang perdana, alhamdulillah, suatu yang cukup-cukup menjadikan PAS sebagai contoh dalam mengendalikan hiburan mengikut syariat.
Dengan pengasingan lelaki dan perempuan, dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan kuliah maghrib dan Solat Isya berjemaah. Sesudah itu barulah diadakan Konsert. Di pintu masuk pula, petugas-petugas mengedarkan risalah-risalah Islam.
Namun, keesokan harinya di Stadium Mohamad ke IV, amat dikesali kerana kawalan tidak ketat, berlaku juga percampunan antara lelaki dan wanita di tempat duduk, pekerja2 MPKB tidak tegas dalam memerintahkan pengasingan, tidak sebagaimana petugas2 Unit Amal di padang perdana.
Dan di Stadium ini juga, tidak diadakan Solat Isya Berjemaah, dan yang amat-amat mengejutkan ialah, pemilihan lagu untuk dinyanyikan mawi juga tidak teliti. Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu yang muzik dan iramanya umpama irama di Disko-disko dan pusat-pusat hiburan. Orang ramai juga sudah mula tidak terkawal dengan suasana muzik kuat dan bingit ini. Amat-amat dikesali, MPKB tidak mencontohi apa yang telah dilakukan di Padang Perdana….
Harapnya Ustaz dapat mengemukpakan perkara supaya ia tidak berulang lagi…..
Saya petik kata-kata muhtar suhaili…
Semoga keterbukaan membuka jalan, tidak membuka fitnah..
Wallahua’lam
P/s : cadang pd YB Dato’ takiyuddin hassan supaya mengundang SAMI YUSUF
Julai 4, 2008 pada 11:37 am
Syahiran
Salam,ust, ana baru je terbaca artikel ust.
saya mewakili persatuan pembimbing pelajar islam kelantan (PPIK) menyokong aje apa-apa daripada kerajaan asalkan ia tidak memberi tanggapan yang salah oleh orang luar,
sy cdg kan ia di berin penjelasan dahulu kepada masyarakat luar. Rock ni mmg besar pengaruhnya ust, kdg2 ust2 pun ada minat rock.
lagi pun ia boleh, tarik penyokong2 kerajaan kelantan yang tidak berimejkan islamik. kalo boleh ia diberi penjelasan seterang2 nya agar maklumat ni boleh difahami oleh rakyat kelantan yang tinggal di luar negeri. labih2 lagi pelajar2
Julai 6, 2008 pada 9:08 pm
wanis311
salam ukhwah,
Jika sudah diteliti dari semua aspek, oklah tapi jika belum harus diteliti dengan terperinci baik buruknya. Saya tidak menentang muzik tetapi jika rock…setahu saya tak ada yang baiknya. Harap pihak penganjur membuat penelitian dan kajian . Rohani tu sesuatu yang baik mana ada – dan + dapat bersama….tapi kalau nama mybe boleh kot ” rock rohani” sesuai ke?
Julai 7, 2008 pada 5:05 am
nasaie
PENGAJARAN PROTES HARI NI.. TAK PAYAH BUATLAH KONSERT ROCK ROHANI DI KB TU… TAKUT BERTAMBAHNYA LAGI FITNAH2…
Julai 7, 2008 pada 10:37 am
shamsuleffendey
xpe bro…Program PROTES bukan kita yang menguasai. tu pasal main hentam je pilih peserta yang buat persembahan. Kelantan kita menguasai. Kita boleh tunjukkan bukti bahawa ISLAM itu boleh.
Julai 7, 2008 pada 12:28 pm
karya
syabas dan tahniah…asalkan tidak bertentangan dengan hukum segalanya boleh dilakukan atas muka bumi ini.
Julai 7, 2008 pada 4:45 pm
najmuddin
dulu masa muda….ana peminat muzik carburator dung…lani xda dah.. minat muzik hijjaz lak.. yg bertanggung0-jawab adalah hisyam rais…sensitif langsung…syok diaje. konsert mawi boleh lepaih. kiraok le konsert jasmani.
Julai 8, 2008 pada 1:19 pm
bdk sik
Bro shamsuleffendy..
gua sokong lua..
Julai 8, 2008 pada 11:15 pm
xamray
penyanyi rock boleh, lagu rock pun boleh, tapi jangan guna musik yg berat2 dan melalaikan jiwa. Cuba guna alat music yg diguna Raihan tu, tenang, harmoni dan barulah betul2 rohani. Eloknya, panggil Raihan saja
Julai 9, 2008 pada 11:01 am
nikabduh
Salam Kamunting,
Mungkinlah ini entry saya paling banyak menerima komen daripada pembaca.
Memang manusia difitrahkan untuk berhibur dalam memenuhi naluri hidupnya. Di sana nanti, janji tuhan adalah berhibur 24 jam di syurgaNya.
Berhibur mendorong kelekaan. Kelekaan adalah senjata syaitan. Maka berhibur jadi tempat tumpu syaitan.
Justeru Islam mengamati hiburan agar ianya diberkati. Maka lahirlah hukum. Boleh dan tidak boleh.
Para ulama sentiasa baru pandangan mereka mengenai hiburan kerana hiburan berubah – ubah dari semasa ke semasa, tempat ke tempat.
Saya lihat ada yang nampak begitu bermudah di sebalik ada juga yang nampak begitu payah dan teliti. Teliti itu sentiasa baik.
Segala cadangan daripada anda saya akan sebutkan dalam perbincangan kami di MPKB. Semoga yang jadi adalah yang diberkati, insya Allah.
Terima kasih semua.
Julai 9, 2008 pada 6:33 pm
seri
Assalamualaikum ustaz. saya ada cadangan ttg konsert ni. Saya cadangkan kita jemput OPICK dari Indonesia. Lagunya TOMBO ATI (UBAT HATI) sangat menyentuh hati. Rasa terhibur dan menenangkan.setiap kali mendengar rasa insaf. Dalam You Tube pun ada klu ustaz belum pernah dgr.
Julai 9, 2008 pada 11:41 pm
jembalang
Assalamualaikum ustaz..saya cadangkan bawak rockers yg dah tak rock lagi..macam Ustz Akhil Hayy,Ramli sarip,Nash lefthanded,Mel ,ofcourse Amy,artis indonesia rasa tak payah la…buat abih duit je.Rasa perlu jugak hiburan ni,tapi kena pastikan caranya..Bilamana tengok anak muda berhibur tanpa pengisian,rasanyer perlu bimbing mereka untuk berhibur tanpa kelalaian dan lupakan tuhan.Masa muda ana adalah peminat metal,black/death metal..Tapi bagi ana itu hanyalah entertainment…mungkin org rasa metal tu ganas,tapi apa bezanya gusti?ganas dan seksi jugak..Alhamdulillah,sekarang dh tinggalkn benda2 tu suma..Rasa yang paling penting didikan agama.Syukran jazilan kepada arwah ayah yang bagi didikan agama..walaupn dengar muzik berat..Tapi masih boleh menjaga solah waktu tu.So,dapat menilai yg mana baik buruk.Cuma bilamana tengok gitar yg berbungkus tu,terkadang rasa gak nak main…walaupn tertahan..panjang sangat dah ni,lari tajuk plak tu..apa2 pn lakukan hanya utk keredhaan Allah s.w.t.Ilal iqa’,Maassalamah..Syukran.
Julai 10, 2008 pada 7:52 am
binjairian
bawak jek mai mane2 penyanyi yg bersahsiah baik.
pastu time konsert kurangkan bunyi musik latar, lebihkan vocal penyanyi utk menyampai isi lirik lagu.
background music tu just kasi penyedap sket2 dah la. tak payah nak wat sampai sakit telinga. ingatkan la kepada artis2 yg bakal datang tu bahawa yg akan hadir nanti bukan nak hiburan sangat. mereka just nak dengar artis2 nie berdakwah lebih dr menghiburkan mereka.
itu pada pendapat saya la.
assalamualaikum
Julai 10, 2008 pada 4:43 pm
afnan Anuar
salam…
saya cadang ramli sarip-(bukan kerna nama,nyanyian serambi, Kau yang satu. dan perjalanan hidup)
pastu yg lain tu ustaz akil n amy search pun boleh jugak…
semoga konsert ini mendekatkan lagi hubungan PAS dgn artis…
TAKBIR
Julai 10, 2008 pada 8:19 pm
mamat rantau panjang
UNGU!!!!!
band dari indonesia
lagu2 sek2 dio mmg sesuai di kelate kito neh
-andai ku tahu
-surgamu
-doa
-para pencariMU
-sembah sujudku
-Sesunguhnya
-surga Hati
-Tuhanku
OPICK pun best gakk..
Julai 15, 2008 pada 12:02 pm
abuarifi
kalau konsert rock…
jangan lupa bekas penyanyi rock d’riyadh
ustaz akhil hayy
carburetor dung nak jemput tak?..
Julai 15, 2008 pada 5:22 pm
anak murid anta
al halalu bayyin, al haramun bayyin
Julai 15, 2008 pada 5:25 pm
anak murid anta
salam… ana nak ingatkan anta n ana sdri…. cuba kita muhasabah diri semula… jgn lekakan manusia dgn hiburan… klu dorg nak hiburan, mereka bleh cari sendiri… pd pndpt ana perbanyakkan aktiviti yg bleh meniupkan semangat jihad……. semoga diberi hidayah utk kita semua.. amin
Julai 16, 2008 pada 7:58 pm
mr.pirates
salam semua…….
KALAU KITA BINCANG PASAL TAJUK PULAK AMACAM.?
BUKAN ‘ROCK ROHANI’ PILIH NAMA2 SESUAI YG BOLEH MENARIK MINAT ORG RAMAI.
Aku ingat tak sesuai la tajuk konsert tu……
Julai 17, 2008 pada 3:36 am
mr.pirates
salam……abuarifi.
KALAU CABURETOR DUNG,…….
BAIK PANGGIL SAID & WOK YOH.
DAH TENTU’ GONG’
Julai 20, 2008 pada 11:00 pm
islam
salam…ustaz,saya nk kemukakan sedikit pendapat…pasal konsert2 rock ni,bagi saya tak berapa stuju lah..sebab ianya tiada faedah bagi umat islam di negeri kelantan melainkan hanya untuk bersukaria bahkan kadang2 ianya boleh membawa kepada perkara mungkar..di antaranya akan berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan walaupun kita cuba mengasingkan..konsert mawi dahulu telah membuktikan bahawa perkara ini tak boleh di kawal..golongan2 muda sudah tentu akan hadir beramai-ramai..adakah pihak MPKB/BRI telah bersedia untuk menghadapi gelombang maksiat yang bakal berlaku??masa mawi datang dulu,saya hadir dan saya melihat ianya tidak terkawal walaupun pihak berkuasa telah cuba mengawal..bagi saya,kita gagal menyekat maksiat ketika konsert mawi dulu walaupun nampak macam berjaya..ustaz boleh duduk di bahagian belakang bila konsert tu di buat nanti dan ustaz akan tau apa yang terjadi kat belakang…pihak kerajaan hanya melihat pada sudut yg lain tapi tidak melihat keseluruhan yg berlaku..jadi,lebih baik kita mengambil jalan menutup terus segala pintu2 maksiat daripada kita mengawal..harap ustaz pertimbangkan…
Julai 21, 2008 pada 10:52 am
Umar_Farouk
iwan fals
-Ebiet G. Ade
-Akhil hayy
-M.Nasir
-ramli sarip
-Search
-Wings
-Mel Ex Wings
-Radhi OAG
-Kopratasa
-Zubir Ali
sape2 lagi yang boleh mengikut peraturan konsert
yang penting etika mau jaga haa..
sape londeh seluar lagi kita campak dalam sungai Golok tu..
Julai 22, 2008 pada 1:36 am
mahadir
why not panggil sakti xso7?..ajak cat steven sekali…dewa19 ke..hehehe
September 4, 2008 pada 1:39 pm
hilmi_unitamal
Emm… Marilah kita tarik seramai mungkin anak2 muda bersama2 kita… Seperti di indonesia yang dibuat oleh PKs yang membuat pelbagai konsert2 amal… Demi tujuan dakwah kepada anak2 muda,…Allahuakbar!! Kita jangan terlampau ekstrim tapi jangan pula terlampau terbuka….
November 24, 2008 pada 4:02 pm
pemudaislam
berhibur xsalah tp kena la ada batas dan tata susilanya
apa2 pn buat la yg terbaik dan semoga Allah meredai
xpayah la rock rohani…rasanya cukup la dengan nama konsert rohani
dan artis2 tu jemput la yg penampilan elok, xpayah la yg rambut panjang, pastu rebonding lak. lagi satu selidik la dulu artis tersebut
semoga mendapat rahmat dan bukannya laknat dari Allah
Disember 6, 2008 pada 8:16 pm
Adnin Naim
Ada cadangan nama lain selain nama Konsert Rock Rohani?
saya rasa agak catchy…
Jun 23, 2009 pada 4:33 pm
Brutal
panggil xpdc pun o.k juga sebab muzik mereka pun ada unsur ketuhanan walaupun ‘keras’ didengar.