( Saya teruskan ringkasan buku bacaan saya ini selepas terhenti seketika disebabkan kesibukan menghadapi pilihan raya umum baru - baru ini. Semoga ia menjadi ilmu yang segar untuk dihayati pembaca di blog ini. )
Bab Kedua
Hubungan antara agama dan politik di sisi ulama Islam dan golngan sekular
Apabila kita telah pun memahami maksud ad din dan as siasah sebagaimana di atas, maka bolehlah kita memahami hubungan antara kedua -duanya.
Adakah kedua – duanya saling bertentangan sehingga tak boleh bersama, atau saling berkaitan sehingga tak mungkin dipisahkan antara kedua – duanya, atau lebih merupakan hubungan persefahaman dan persepakatan sebagaimana berpakatnya dua individu yang berbeza fahaman untuk saling hidup bersama?
Pandangan golongan sekular
Golongan ini tidak melihat selain pertentangan dan pemisahan. Agama satu perkara, manakala politik adalah musuhnya. Sumber, tabiat dan tujuan saling berbeza. Agama itu daripada Allah, manakala politik adalah daripada manusia. Agama adalah suci manakala politik adalah kotor. Maka sayugialah ugama dibiarkan untuk ahlinya manakala politik untuk ahlinya jua.
Mereka menolak pemikiran kesyumulan dan kesempurnaan Islam. Mereka mahu akidah tanpa syariat, ibadat tanpa muamalat, dakwah tanpa daulah dan kebenaran tanpa hak.
Mereka ini akhirnya telah membentuk kesan pemikiran dan tindakan bahkan terus menjadikannya tumpuan mereka, antaranya:
1) Mengingkari fikrah kesyumulan Islam.
2) memisahkan ugama daripada politik dan begitulah sebaliknya.
3) Mencerca para pendakwah kepada pelaksanaan syariah Islamiyyah dengan tohmahan dan gelaran ‘Islam politik’.
4) Mendakwa ugama mengikat politik dengan teks nas – nas yang tidak selari dengan maslahat dan kepentingan umat. Justeru umat akan hilang kebaikan yang banyak.
5) Menumpukankan perbahasan mengenai politik antara kejumudan dan kemajuan.
Kita akan membincanginya pada fasal seterusnya, insya Allah.


4 comments
Comments feed for this article
Mei 16, 2008 pada 3:16 am
Mohd Nurul Afira
Assalamualaikum,
Ustaz..
Salam Perjuangan..
semoga ustaz sentiasa dianugerah kesihatan yang baik..
Alhamdulillah, satu bentuk penulisan dan penerangan yang amat amat
diperlukan kepada umat sekarang..
alhamdulillah, ustaz telah memberi penerangan yg terbaik bagi saya..
Cadangan saya,
harap semua yang melayari blog ustaz ini dan semua yg membaca
penulisan ustaz ini jangan hanya diukir didalam jiwa kita seorang sahaja..
ukirkan pada jiwa jiwa sahabat2 kita diluar sana yg masih belum tahu tentang blog ini..
ramai lagi antara mereka yang masih kabur..
sama2 kita berjuang dan berdakwah dengan ustaz..
untuk kita menulis penerangan yang hebat seperti begini sememangnya mustahil.. oleh itu sebarkanlah tulisan ustaz ini ke seluruh pelusuk negara..
kalau tidak ianya akan menjadi seperti blog blog lain atau tulisan tulisan lain yang hanya terperap didalam blog..
salam perjuangan..
Mei 26, 2008 pada 2:28 am
Cikgu UTM
Sejarah sekularisme bermula apabila Dizaman Gelap, Eropah diperintah golongan gereja (kaisar) dan raja. Mereka menggunakan agama sebgai alat untuk memeras, menganaiya dan menghisap darah rakyat. Bertolak dari itu tercetus pergolakkan yang amat sengit dan akhirnya menimbulkan kebangkitan golongan falsafah dan cendiakawan. Mereka berpendapat:
“Agama hanya diberi kebenaran mengatur hubungan manusia dengan Tuhan iaitu dalam masalah ibadah dan urusan spritual sahaja. sedangkan urusan manusia dengan manusia, manusia sendirilah yang berhak mengaturnya kerana manusia lebih tahu masalah manusia.”
Berbekal pendapat itu mereka memisahkan agama dari negara. segala urusan negara diatur berlandaskan akal manusia semata-mata. segala undang-undang dibentuk berasaskan pendpat majoriti didalam parlimen. inilah yang disebut sebgai demokrasi. Sementara agama hanya berlegar didalam ruang lingkup ibadah dan aktiviti kerohanian shaja.
inilah yang dikatakan sebgai sekularisme memisahkan agama dari kehidupan. Para penjajah eropah mula membudayakan idea sekular ini di malaysia bermula 1876 apabila raja musyi abdullah di perak diperdayakan british dimana peranan sultan hanya dibataskan dalam urusan ibadah dan adat istiadat melayu yang kekal sehingga sekarang. sementara urusan pemerintahan baik ekonomi mahupun politik residen sebgai penasihat. ketika malaysia memohon kemerdekaan rundingan diadakan pihak british bersama Tuanku Abdul Rahman yang telah menerima pendidikan dalam jurusan LAW di London. Hasil Rundingan satu suruhanjaya lord reid yang merangka perlembagaan di Mlaysia yang tetap membudayakan sekularisme dimana undang tidak menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebgai sumber. Undang2 dirangka berasaskan suara majoriti didalam parlimen. Suara majoriti lebih besar berbanding kalamullah dan sabda rasulullah.
untuk itu saya menyeru kedapa mereka2 yang terlibat didalam parlimen/ demokrasi agar berfikir..bagaimana munglkin anda ingin membudayakan Islam didalam parlimen sedangan perlembagaan kini meletak suara majoriti lebih besar daripada al-quran dan as-sunnah dan terdapat kepala2 kufur dari parti2 DAP dan PKR adakah mereka ingin menjadikan al-quran sebgai sumber? Hukum Allah tidak perlu undian, tidak perlu suara majoriti tetapi hanya cukup dalil2 yang qait’i untuk diterjemahkan kepada masyarakat. tiada konsep mengislamkan sekular dengan hanya berserban/berkupiah/ berjubah didalam parlimen yang dianggap suci bagi mereka yang jahil dan terjerat dengan pemikiran barat…perlu disedari bahawa Islam adalah fikrah dan thariqah …ketika mana islam mengadakan hukum kewajipan dan islam juga mengadakan hukum cara perlaksanaan hukum yang dibebankan…demokrasi/ sekularisme bukan thariqah islam untuk meraih islam atau mengadakan islam didalam negara….saya jamin diatas nama Allah dan Rasulnya…bersatu menegakkan Khilafah dengan dakwah…Sabda Rasulullah: “sesungguhnya islam datngnya asing dan akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang asing”…Kebiasaan masyarakat bukan bukti kebenaran…
Jun 1, 2008 pada 8:17 am
nikabduh
Salam Kamunting,
Mohd nurul Afira,
Selamat mengunjungi blog saya. Anda boleh turut menyumbang saran. TK
cikgu UTM,
al Qaradhawi sentiasa hebat fikrahnya.
Jun 26, 2008 pada 4:20 pm
chaenaz
sy meminati pandanga Dr Yusuf..