Salam Kamunting,
Sudahkah anda membaca buku ‘Dari Beirut ke Jerusalem’, sebuah cerita benar oleh Dr Ang Swee Chai? Jika belum, saya segera menyarankan anda membacanya, samada dalam edisi asalnya, ‘From Beirut to Jerusalem’ atau edisi Bahasa Melayu yag diterbitkan oleh HARAKAH.
Saya menemunya di celah – celah lambakan buku di dalam kereta Toyota Unser Ustaz Riduan Mohd Nor semasa dalam perjalanan bersamanya memberi kuliah ugama di sekitar Lembah Kelang pada awal tahun ini. Ustaz Riduan yang baru sahaja menyiapkan dan menerbitkan buku barunya, ‘Makkal Sakhti’ yang beberapa kali dipunggah masuk ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur baru – baru ini dek lakunya adalah rakan seperjuangan saya yang telah banyak meghasilkan buku – buku Islami yang bagus – bagus.
Tak hairanlah semasa menaiki keretanya, saya terpaksa mengalih, membetul dan menyusun buku – buku yang berselerakan di dalam keretanya. Hari itu, pandangan saya hinggap di buku tebal lebih 400 muka surat itu.
Beliau memuji buku itu selepas saya menyatakan pandangan saya, sebaik membelek – belek helaiannya, bahawa buku ini mesti bagus isinya. Beliau yang belum habis membaca buku itu terus menyarankan saya membacanya juga. Saya menyeluk saku dan menghulurnya RM20 rasanya. “Anta beli lain. Tak cukup halalkan.” Beliau menjampuk, “Mampus aku!” Kereta meluncur laju dan saya terus menatap buku itu.
Ia sememangnya sebuah buku yang cukup menarik dan bagus untuk dibaca. HARAKAH menerbitkannya sempena 25 tahun tragedi pembunuhan beramai – ramai rakyat Palestin di kem Sabra dan Shatila yang menyayatkan. Ia menjadi parut yang menghantui umat Islam seluruh dunia dan menjadi lambang kekejaman dan kerakusan Yahudi di bumi Palestin yang terjajah.
Saya bercadang segera menulisnya di sini seusai membacanya. Tetapi Pak Lah memalu gendang perang, Islam vs Islam Hadhari. Saya segera memakai baju perang pilihan raya dan terus lupa menulisnya.
Dr Ang Swee Chai adalah seorang penganut Kristian yang lahir di Pulau Pinang sebelum berhijrah bersama suaminya ke England dari Singapura. Sifat perihatinnya kepada isu – isu kemanusiaan telah berkembang subur di dalam fitrah ciptaan Tuhannya, lalu melorongnya ke medan kebajikan dan kemanusiaan sejagat. Beliau dengan pelbagai anugerah keperwiraan adalah seorang wanita contoh untuk kehidupan hari ini yang penuh kezaliman, penganiayaan dan tanpa belas kasih.
Beliau memuji Islam dan penduduk Palestin, terutama pejuangnya yang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan Yahudi terlaknat. Apabila beliau memuji, tiada yang dapat memesongkan rasa ikhlas dan tulusnya. Berani adalah sifatnya yang hilang daripada jiwa umat muslim hari ini. Jika ada, ia adalah untuk pejuang Islam di bumi Palestin hari ini.
Saya beberapa kali menitiskan air mata. Semuanya menghibakan. Malu, rasa bodoh, rasa hina dan rasa bersalah menghantui diri. Saat membacanya adalah saat – saat jiwa menjadi hidup dan basah.
Jika ada rasa terkilan, maka ianya adalah untuk Dr Ang Swee Chai sendiri. Saya hanya berkata, jikalah beliau seorang muslim, pasti Allah tidak mensia -siakan kerja besarnya di dunia ini. Setiap kali terhenti membaca, saya memdoakan hidayah untuknya.
Bacalah. Saya akan membeli beberapa naskhah lagi sebagai hadiah buat teman terdekat.


25 comments
Comments feed for this article
April 18, 2008 pada 4:22 pm
bulanmasa
Salam,
Teringat sabda Nabi, hadis sahih, yg lebih kurang maknanya, akan senantiasa ada sekelompok dari ummatku yg sentiasa mendapat kemenangan, tidaklah menghalang mereka oleh penindasan org2 berusaha menyekat mereka, kecuali sedikit kesulitan, namun mereka tetap dlm keadaan demikian sehinggalah dtg keputusan dari Allah. Bila ditanya dimanakah mereka ya Rasulullah, lalu jawab Nabi, ” Mereka itu di Syam atau di sekitar Syam, atau dlm riwayat yg lain, mereka itu di Baitul Maqdis atau disekitar Baitul Maqdis.
Semoga Allah Swt memberi kekuatan kaum muslimin di Palestin, termasuk kelompok-kelompok muslim yg ada spt Hizbut Tahrir, Hamas, Jihad Islam, Fatah dll utk tetap bertahan mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah suci umat Islam.
Hanya dgn khilafah, ummat mampu mengembalikan semula seluruh wilayah Palestin kepangkuan Islam. Marilah kita sama-sama berjuang, menggerakkan pemikiran dan emosi ummat ke arah penubuhan negara khilafah.
Kita tak perlu takut atau bermuka-muka kpd org-org kafir utk menjelaskan prinsip dan pendirian kita, insyaallah Allah dan org2 beriman bersama-sama kita. Allahuakabar !!
April 18, 2008 pada 6:25 pm
muhammadridwanto
salam,
Wah, memang menginsafkan membaca kisah ini. Saya sudah menyambarnya lama dahulu…….
April 18, 2008 pada 11:11 pm
ummuhanah
salam untuk ustaz nik
saya ada beberapa buah buku tentang perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan al-aqsa…tapi saya belum ada buku yang ustaz maksudkan…cukup mengujakan ! saya pasti berusaha mendapatkannya…
ustaz
saya ada membaca satu tulisan..
Rejim zionis Israel begitu dahagakan darah seluruh umat palestin dan mahu memuaskan hati mereka dengan membebaskan bumi palestin dari bangsa Arab dan umat Islam…dendam kesumat dan kebencian yang membuak-buak inilah menjadikan mereka begitu ganas dan kejam.
Tiada jalan penyelesaian untuk meredakan kekejaman israel selain dari tindakan ketenteraan dari seluruh negara umat islam. Tindakan ketenteraan ini perlu dilakukan atas nama KERAJAAN UMAT ISLAM bagi mengerunkan musuh-musuh Islam…
ustaz..
perlukah kita mengenepikan furu’iyyah dan menyatukan saf perjuangan bagi membentuk satu tindakan untuk ‘mengajar’ rejim zionis itu ??
April 19, 2008 pada 8:10 am
bulanmasa
Salam,
Hanya ada satu kata buat Israel : JIHAD.
Demikian hukum syarak dalam isu penjajahan Yahudi itu. Pd hari ni, insyaallah, umat tidak kekurangan para pemuda yg cintakan syahid. Bahkan, jumlah umat Islam, ibarat kata, kalau semua umat Islam “kencing” akan banjirlah Israel.
Umat juga tidak kekurangan senjata dan amunisi kalau dilihat dari segi jumlah wang yg dikeluarkan negara-negara umat Islam hari ini utk membeli berbagai senjata dari negara2 Barat.
Lalu apa yg kurang ?
Yg kurang ialah keinginan politik dari kalangan pemimpin umat Islam utk menyelesaikan masalah ini menurut hukum syarak. Sebab, mereka hakikatnya adalah belaan Barat. Mudah kata, anjing tidak menggigit tuannya.
Dahlah tu, mereka ini juga menghalang umat Islam membantu saudaranya di Palestin.
Umat Islam perlu terus berjihad menentang rejim Zionis, bukan berdamai dgn mereka. Sementara itu, ada perjuangan yg lebih besar dari itu adlh MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM.
Ringkasnya, usaha mengembeling kekuatan umat Islam utk melancarkan jihad thdp Palestin bermula dgn menyatukan Umat didalam sebuah daulah KHilafah, baru efektif.
Apa yg dilakukan salahuddin al ayubi sebelum menjalankan misi pembebasan palestin ialah “menyatukan” umat Islam yg ketika itu agak terpecah belah. Cuma umat pd masa tu masih memiliki negara dan seorg khalifah. Hari ini, usaha menyatukan umat lebih berat, sebab, negara dan ketuanya juga sudah tiada.
Mahu tak mahu, penubuhan sebuah negara khilafah adlh tersangat penting. Usaha ini berat tetapi realistik. Sementara menyatukan “kekuatan umat” dalam kerangka sistem hari ini itulah yg sebenarnya mustahil.
Wallahualam.
April 19, 2008 pada 9:34 am
zamry
Hehe, teringat Unser us Ridhuan bila ustaz sebut kat sini…
Saya pasti akan beli buku ni
April 19, 2008 pada 2:01 pm
Dowell
Assalamualaikum ustaz,
Rindu rasanya untuk menatap blog ustaz setelah beberapa hari terhalang dek kerana final exam yang ana kena tempuh sekarang, Alhamdulillah. Sememangnya roh persaudaraan Islam makin luntur dalam jiwa kebanyakan orang Islam sekarang. Pelik dan aneh sekali apabila orang yang belum mendapat Hidayah Allah yang lebih prihatin terhadap nasib sesama manusia. Ana pernah tersua sekali dengan buku itu. Tetapi mungkin kerana kesedaran diri yang masih tipis di saat itu memagari perasaan ana untuk membacanya. InsyaAllah. Takbir…Allahuakbar.
April 19, 2008 pada 10:53 pm
Khairul Azzam
Boleh didapati di Kedai Jaafar Rawas, harganya dlm RM25 kalau tak silap….
Satu lagi buku mengenai Palestin utk pengetahuan Ust.Nik ialah Buku Terbitan JIM Media, karangan Dr.Mohd Hafidzi bertajuk BIARKAN AKU JADI ORANG PALESTIN.
Ini ulasan dr. saudara muhtar suhaili mengenai buku ini
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/04/11/promosi-buku-biar-aku-jadi-orang-palestin/
April 20, 2008 pada 2:10 pm
globalmalau
Sebenarnya mana mana kuasa yang menguasai Baitul Muqaddis akan menjadi pemerentah dunia…Apa benar saudaraku nikabduh…hamba cuma mendapat maklumat ini dari kengkawan saja…tidak dapat penjelasan ilmiah…salam dari hambo
April 21, 2008 pada 7:36 am
bulanmasa
Salam,
Dakwah Islam ( politik + pemikiran) – ideologi Barat = Khilafah
Khilafah = Daulah Islam = Kesatuan Ummah
Ummah Kuat = Bebas Palestin
…Khilafah = Bebas Palestin
Khilafah = Bebas Palestin = REDHA ALLAH
TQ
April 21, 2008 pada 7:37 am
bulanmasa
oppps, terlupa satu benda,
Kesatuan Ummah = Ummah Kuat
April 21, 2008 pada 12:01 pm
ibnmumtaz
ibnmumtaz: kirim salam ya pada ayahanda nik razi(ana anak Allahyarham ustaz mumtaz ,maahad.MUHAMMADi)
Ayahanda Nik Razi tu pengetua ana di maahad.
April 21, 2008 pada 1:36 pm
annasru
Dalam usrah halaqat kb awal bulan baru2 ni naqib ust Yeh dan orang kanannya ust. Ja tak ada. Jadi analah jadi naqib bidan terjun. Terlanjur bercakap ana sebut isu DAP di Pulau Pinang 1) kita tidak sewajarnya mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum pimpinan 2) kerjasama dengan matlamat membela rakyat dan melawan kezaliman sewajarnya dipersetujui 3) Jika mereka jelas isyatiharkan perang terhadap islam, maka kita tiada kompromi
Lalu ada ust yang respon Umno kapir, DAP kapir! tiada beza, tiada kerjasama!
Lalu ana balas……..Oklah kalau kita andaikan kedua-duanya kapir mana lebih kapirnya. DAP kapir tetapi jelas dan dijelaskan kekafurannya. Sedang Umno kafir tetapi menzahirkan keislamannya. Lalu di akhirat kelak di mana posisi2 mereka? Tok Guru sebut untuk islam kerjasama dengan syaitan pun boleh inikan pula seorang yang bukan islam mengeluarkan kenyataan “saya mau perintah macam Umar Abd Aziz”…….
Konklusinya kita plan program masuk kampung gempur kuliah maghrib. Isu dicadangkan tahaluf siasi…elok dipersepakati dulu noktah-noktah huraiannya..
April 22, 2008 pada 1:02 pm
dhuat79
Si dhuat ni tak habis -habis promosi lagu dia hehe
(Ye la, ye la, tak lama lagi aku nikahla insyaallah… doakan yer Ustaz)
Berkenaan palestina, silalah dengar sebuah lagu dari kami yang tak seberapa ini.
Komposer:Ahmad ‘the Dhuat’
Lirik:Cpol ‘the Dhuat’
Vokal:Ahmad
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Jurutera Bunyi:Romeo
Penerbit:Ahmad Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati
Tahun Produksi:2008
http://odeo.com/audio/17671013/view
Verse
hanya sekadar rasa
tak mampu meroboh tembok sengsara
mana kan bisa merawat luka
sekujur tubuh tersisa
Bridge
bidadari pun hiba
menanti selamanya (di pintunya)
rijal tersungkur bukan di sempadan
tetapi di tilam empuknya
Chorus
Palestina…
(salam yang tiada balasnya)
Palestina…
(saban hari menghitung syuhada)
Palestina
(rindu yang belum menjelma)
Palestina
(keringat, darah dan air mata)
Nota dari Cpol:
Palestin, di situlah qiblat pertama, di situ letaknya maruah ummah, Palestin itu adalah cerminan kepedulian kita. Palestin itu terus berduka dan terluka, managih simpati saudara seagama, sekurang-kurangnya untuk berkongsi rasa.
Namun, kamus dunia tidak punya istilah belas, apatah lagi untuk menceritakan erti keadilan. Segala rintihan itu sekadar sia-sia.
Apatah lagi, tatkala umat Islam sudah diulit kemewahan, harta (maddiyyah) sudah menjadi fikrah. Siapakah yang ingin menanggalkan gelang emas di tangan, semata-mata untuk menyalutinya dengan nanah dan darah? Siapakah insan waras yang sanggup meninggalkan mahligainya demi bernaung di bawah pasir dan debu? Siapakah bangsawan yang sanggup menjadi bangkai tanpa nama di hujung senjata? Siapa…?
Cukuplah dengan dendangan leka yang saban hari bermain di telinga. Cukuplah dengan segala takrifan manja tentang jihad dan dakwah, cukuplah dengan hanya berlipurlara tentang nasib ummah di layar perak. Cukuplah dengan segala slogan dan kata-kata. Selama mana kita sanggup menipu diri sendiri demi menjadi warga kelas pertama di mata dunia, walhal kita adalah barua yang hina di sisi Allah?
Bukankah tangisan mereka juga seharusnya mengalir di pipi kita?
Renunglah saudara, andai kalam ini masih belum bisa mengetuk kepedulianmu, pasti ada sesuatu yang telah mengalingi nuranimu.
Saya menulis kerana diri yang lupa ini perlu sentiasa diingati, bahawa kita masih punya misi membebaskan kota suci itu, sebelum dijemput ke alam abadi.
April 22, 2008 pada 4:20 pm
globalmalau
Dunia bergerak berpusing seperti kehendaknya…tidak lari dari jalan nya…camtulah yahudi mereka sedang bergerak meratah manusia yang tidak mahu mengikut mereka…bangsa ini sudah jelas kezaliman nya…Allah telah menjelaskan bahawa mereka ini adalah manusia zalim…tidak mensyukuri rezeki ilmu yang melimpah…cuma kita kena berhati hati kerana saraf yahudi telah masuk ke malaysia sudah lama…dan kita belum pasti siapa sebenarnya wakil yahudi di malaysia…cuma titik merah telah wujud di asia tenggara kata Gus dur…
April 24, 2008 pada 10:03 am
fahmi
Ustaz,
Ana ada tengok dalam tv ada cerita pasal Amy Search buka restoran masakan cina. Bila ustaz, ustaz ridhuan dan ustaz norazli musa nak pekena chinese food kat situ. Nanti kalau pergi sana boleh upload foto-foto menarik untuk tatapan kami semua. Kena pergi ustaz tanda sokongan kepada Amy Search. Terima kasih.
April 24, 2008 pada 1:07 pm
ibnuabuakhi
Ana pun sudah habis ‘khatam’ buku yg ditulis Dr Ang Swee Chai ni. Pengalaman yang dilalui beliau sememangnya suatu benar-benar menginsafkan kita. Walaupun seorang Kristian yang cukup bencikan rakyat ‘Filistin’, tapi atas nama kemanusiaan dan hak-hak rakyat Palestin yang tertindas, beliau mengorbankan masa, wang, hatta nyawanya sendiri untuk membantu rakyat Palestin.
Sepanjang pembacaan buku ini, sememangnya ana kagum dengan sikap dan kesungguhan beliau. Sewajarnya kita aktivis dan pejuang gerakan Islam mencontohi sikap beliau ini, apatah lagi yang ditindas di Palestin sana adalah saudara seIslam kita sendiri!!
April 25, 2008 pada 6:42 pm
ilmto
kepada nikabduh,
tahniah kepada pembangkang kerana menang besar pada pilihanraya lalu, memang x diduga pembangkang dapat menyapu 5 negeri pilihanraya lalu. blog memang berkesan dalam membasuh pemikiran pengundi yang duduk atas pagar.
persoalan saya apa yang pas akan buat lepas menang besar dalam pilihanraya lepas . buat kandang babi. secara rasionalnya saya setuju jika kandang babi di buat secara moden dan besar-besaran supaya segala najis tidak masuk kedalam sungai . dan kandang babi haram segera di robohkan . buat hanya satu kandang babi di malaysia yang lain perlu di haramkan .itulah cadangan saya.
tapi apa yang saya kesalkan kepada pembangkang pas dan pkr, kenapa kedua parti senyap tidak buat apa2 tindakan bila islam di hina . filem fitna adalah salah dari nya . mana pergi semangat islam yang lama di canang ketika pilihan raya bulan lepas . kenapa umno,pas,pkr tidak duduk semeja membincangkan tentang islam di perkotak katik di dunia luar. kenapa benda ini berlaku . sudah-sudahlah menegakkan benang yang basah. kita sama-sama islam , sama-sama melayu. perlu bersatu. terus terang saya cakap parti anda tidak akan tahan lama jika hanya menegakkan satu bahagian falsafah. pemikiran melayu mempunyai 3 bahagian falsafah. nak tahu apa dier sila baca tulisan saya dalam blog saudara “kenapa perlu mengundi pas bahagian 3″ jika tidak pasti parti anda akan kembali mengecil seperti tahun 2004. percaya lah . ingat , umno dapat bertahan selama 50 tahun memerintah di sebabkan kesatuan ini. dulu anda boleh kata umno akan kalah , tapi sekarang jika ia sudah sedar akan kesilapannya , parti anda pasti akan susah. apa2 po saya sangat kesal pas pandang enteng tentang filem fitna ini. kata menegakkan islam, tapi islam di hina , buat tak nampak begitu juga pkr.
kata nak buat negara kebajikan. tak dapat tawan semua, jadi buat kat kedah dan kelantan sahaja lah . janji mesti di tunai. kata islam.
pengundi marah kat kerajaan sebab harga barang dan minyak naik. hanya cadangan : buatlah solat hajat ramai2 ajak anuar, nik aziz, hadi awang supaya harga minyak turun dan negara lagi aman . semoga anda sihat selalu.
Ps : nantikan tulisan blog saya yang di jangka tahun 2009.
April 26, 2008 pada 8:09 am
ummuhanah
ilmto…fuyyoo blog anda 2009???…laaamaaa lagi tu…saya akan beruban menunggunya..
jom le pi blog saya dulu..minum kopi ke..makan cekodok ke…jom
http
/khamleng.wordpress.com
April 27, 2008 pada 2:13 am
norjimi
assalamu alaikum….
nak buat iklan sikit…
http://www.laptopfesyen.com
(sarung kat laptop kalau sayang kan laptop…)
(baru nak buat bisnes nie…
Mei 2, 2008 pada 8:48 am
chuanwei
========
========
KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
(Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)
========
========
ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik
Mei 5, 2008 pada 1:56 pm
faisal
bagus ust..ust try masuk blog kawan ust..ust riduan
http://riduanmnor.blogspot.com
satu lagi syarikat dia
http://jundi-resources.blogspot.com
Mei 6, 2008 pada 12:01 am
Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : April dan apa yang aku TAK baca
[...] ialah buku Dari Beirut ke Jerusalem oleh Ang Swee Chai. Sudah banyak yang dibaca tentang buku ini. Ustaz Nik Abduh juga menyarankan agar ia dibaca segera. Naskhah untuk kamu belum tiba ya Cik Khairyn. [...]
Mei 12, 2008 pada 2:05 am
cikgu UTM
Manusia dan islam itu sendiri hanya boleh dimuliakan dengan islam kerana islam adalah adalah fikrah (pemikiran) dan thariqah(metod) ;
contoh
fikrah : Islam mewajibkan solat
Thariqah : Cara melaksanakan solat
Gabungan pemahaman kewajipan solat (fikrah) dan pelaksanaan solat seperti yang ditunjukkan oleh islam (metod) barulah nampak islamnya. sekiranya seseorang itu hanya mengambil kewajipan solat sedangkan cara solatnya tidak seperti yang dinyatakan islam maka tidak nampaklah islam pada seseorang itu. justeru pendek kata;
FIKRAH ISLAM + THARIQAH (METODE) ISLAM = barulah hadirnya Islam
FIKRAH ISLAM + THARIQAH BUKAN ISLAM = TIADA ISLAM.
Mei 12, 2008 pada 2:26 am
cikgu UTM
untuk itu tiada kemuliaan dalam masyarakat kita kerana tiada islam memandangkan cara masyrakat diurus tidak berdasarkan thariqah(metode) Islam…iaitu sistem pemerintahan Khilafah, sistem sosial islam, sistem uqubat, sistem ekonomi islam dan lain-lain..
Umat diatur secara sistem kapitalisme sama ada dalam pemerintahan, pendidikan, sosial dan lain-lain maka yang hadir dalam kehidupan adalah kapitalisme…kesannya konsep2 untuk menyelesaikan masalah umat islam di ambil daripada sistem kapitalisme sebagai contoh orang islam bergabung dengan dengan orang kafir dalam satu parti untuk menegakkan keadilan buat umat islam…walhal rasulullah melarang umat islam menyelesaikan maslah islam melibatkan orang kafir..sehinggakan belum pernah dalam catatan sejarah islam orang kafir dibenarkan memegang jawatan dlam pemerinthan untuk memerintah negara islam..
Jun 1, 2008 pada 8:01 am
nikabduh
Salam Kamnting,
MuhammadRidwanto,
Baguslah anta telah membacanya lebih awal. Bagitahulah di sini buku – buku yang bagus. Boleh ana beli, insya Allah.
UmmuHanah,
Ya, perihal furu’iyyah jika menjadi alasan kita berjauhan, sampai bila pun kita akan gagal bersatu. Kehebatan yang dicari hari ini ialah seseorang yang mampu meleburkan rasa kikir diri untuk menerima orang lain. PAS mesti ‘lead’ ke arah penyatuan. Jika tidak sukarlah sebab PAS menguasai massa.
Itulah yang diharapkan daripada pemimpin PAS terutama golongan muda. Lempar ke tepi cabang cabang khilaf yang tak bermanfaat itu demi kejayaaan yang lebih besar.
Bulanmasa,
Bersatu saja pada titik yang diterima ulama Islam yang haraki/muslih. Berkeras pada fikrah istimewa yang sukar diterima apa manfaatnya. HT baik, tetapi ekslusif fikrahnya. Perhatikan.
Dowell,
Hidayah itu mahal. Hanya Allah memegang kuncinya. Mujurlah kita dimudahkan. Cina India talah menerima keadilan duniawi Islam di negara kita, tetapi hidayah untuk menerima Islam belum. Begitulah Dr Ang Swee Chai.
Globalmalau,
Ya, begitu lebih kurang. Bumi Palestin adalah rebutan ugama besar sepanjang sejarah manusia. Perangnya takkan terhenti kerana perihal hari – hari fitnah tanda kiamat berkisar di sini.
Ada masa saya tulis pasal Palestin, insya Allah.
Ibnumumtaz,
Oh anta. Allahuyarham Ustaz Mumtaz cukup baik dengan ana. Datang lewat sekolah pun tak marah, he he. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atasnya. Anak yang soleh adalah permatanya yang memancar. Selallah berdoa untuk kebahagiaan mereka di alam sana.
Salam ana untuk keluarga.
Annasru,
PAS tidak mengeluarkan ketetapan yang jelas mengenai DAP dalam pilihan raya baru – baru ini. Samada ahli PAS mengundi DAP atau tidak, ia ijtihad yang diharapkan ketepatannya.
Undi UMNO haram.
Fahmi,
Ya, ana ada hasrat nak pi restoran Amy Search. Ayah ana dah pi dulu. Itu markah besar buatnya. A1.
Ibnuabuakhi,
Ya, semoga kita dilahirkan dengansemangat juang lebih hebat daripadanya. Tahniah kemenangan besar ayahanda anta. Kirim salam. Lama tak ceramah dengannya. Mungkin lebih sukar dan sempit masanya kini.
ilmto,
Bukan senang menyatukan ummat. Biasanya yang jauh daripada Islam akan ingkar dan lebih egonya. Lihat susahnya panyatuan HAMAS-FATAH atau lihat di Lubnan juga. Begitulah penyatuan ummat di negara kita sepatutnya UMNO yang ketuai, tetapi lihatlah UMNO dan labu labinya kini.
faisal,
Tahniah Ustaz Riduan Mohd Nor. Dah lama ana suruh dia jadi blogger. Nanti ana linkkan di sini.
cikgu UTM,
Kawan bulanmasa ke anta?