Salam Kamunting,
1)
Semasa kecilnya, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan ras, dengan penuh rasa bangga mengiringi pemergiannya dengan doa dan harapan kejayaan untuknya moga dia berjaya pula di masa depannya mengukir nama negara di mata dunia sebagai seorang anak Malaysia yang cemerlang dan terbilang.
Pesan itu pula berkata, jika seluruh manusia berkumpul dan mencipta segala usaha dan doa untuk menyampaikan manfaat apa-apa kepadamu, nescaya mereka pastikan gagal kecuali dengan izinNya jua. Jika pula seluruh manusia berkumpul dan mencipta segala usaha dan doa untuk menyampaikan mudharat apa-apa kepadamu, nescaya mereka pastikan gagal kecuali dengan izinNya jua.
Hari ini dia rebah dan tercampak di lembah hina, di luar kotak usaha, doa, impian dan jangkaan. Doa dan harapan kita tersasar daripada kehendakNya. Siapalah kita?
Adakah kita membalasnya dengan sumpah seranah terhadapnya, atau kedua ibu bapanya, atau persekitarannya pula agar kita pun seiring kehendakNya itu?
Ketahuilah, kehendakNya tiada yang mampu memintas. KehendakNya adalah bebas dan tanpa batas. Kita lemah menekaNya kecuali sering terbabas daripada lurus jalanNya.
Kembalilah kepada doa. Doa adalah ikhtiar jua. Doa adalah penyerahan dan iman. Doa adalah kesukaanNya bahawa hambaNya mengenaliNya dengan sesungguhnya.
Doa bukanlah tali buat menariknya keluar dari lembah hina. Doa hanyalah nyanyian tasbih dan puji-pujian seorang hamba atas segala sarat kehendakNya. Doa hanyalah siulan rasa syahdu seorang hamba di hadapan agung inginNya.
Semoga Allah membuka dan mendepa rahmatNya ke atasnya dan kita jua.
2)
Semasa gagahnya, dialah pahlawan dan dialah jagoan menentang Islam, apatah pejuangnya. Jasanya untuk negara adalah besar sedang balanya untuk negara adalah lebih besar.
Kerananya banyak sekolah ugama ditutup dan ditinggalkan. Kerananya ramai pejuang kebenaran disumbat ISA dan dikerjakan. Kerananya pembaziran wang negara menjadi hidangan mata sang marhaen.
Kini, dia telah tua. Esok dia akan mati. Dia masih juga tunjuk gagah. Dia terus menyerang sebagai mana dulunya. Dulu menyerang rakyat, kini menyerang pemimpin pengganti pilihannya dulu.
Dulu, dunianya dipenuhi kebencian terhadap Islam dan pejuangnya. Dunianya mengikatnya daripada mengukur diri di hadapan tuhannya.
Kini, dia telah tua. Esok dia akan mati. Tetapi duniawinya terus mengikatnya dan membelitnya. Dia terus bercakap untuk membaiki dan merawat UMNOnya.
Kita doakanlah untuknya, bukan untuk UMNO. Jika UMNO segar kembali, kuatlah permusuhannya terhadap Islam. Banyaklah balanya menimpa umat.
Kita doakanlah untuknya agar dia diberi hidayat. Agar dia tahu masanya kini adalah untuk kuburnya yang menanti. Masanya kini adalah anugerah dariNya agar dia kembali kepadaNya menyuci diri daripada segala karut marut perbuatannya menghambat pejuang Islam di bumi ini.
Tuhanku, leraikan belitan duniawi yang memagari dirinya daripada menginsafi hidupnya. Tiada rakyat Malaysia kecuali menginsafi jasanya untuk negara. Sejukkan hatinya yang kepanasan itu dengan simbahan hidayat dan nur Mu di bumi yang gelap tanpa cahaya Mu ini.
3)
Mereka marahkan PAS kerana babi itu. Mereka marahkan PAS kerana mahu membenarkan babi itu hidup lebih selesa sebelum dimakan oleh pemakannya.
Mengapalah UMNO ini? Semua kehidupan menjadi hina di sisi mereka. Membela si marhaen miskin pun dimarahi. Membela babi pun dimarahi. Adakah kemuliaan hidup hanya dengan membongkok diri menyokong UMNO?
Adakah babi menjadi hina hanya kerana kita dilarang memakannya?
Jika begitu, hinalah wanita yang haid hanya kerana kita dilarang mendekatinya?
Begitukah ilmu Islam yang difahami UMNO?
Padanlah. Kehidupan sentiasa hina di sisi UMNO kecuali apabila membongkok diri pada UMNO sahaja.
( Penternakan babi secara tradisional merosakkan kehidupan manusia dan alam sekitar. Kalau pun keselesaan hidup babi itu tidaklah mendesak, tetapi umat Islam lebih terdesak untuk hidup selesa tanpa ancaman penternakan babi yang merosakkan.)
Inilah kepingin saya sejak dahulu. Penternakan babi mestilah dimodenkan demi keselesaan hidup di negara tercinta.
Lebih baik menghina manusia berperangai babi daripada menghina babi yang memang babi.

19 comments
Comments feed for this article
April 11, 2008 pada 12:39 pm
albazrah
Kheir ustaz… saya akan terus mendoakan kerana doa juga ikhtiyar. moga2 yang tersasar kembali ke jalan lurus.
April 11, 2008 pada 3:19 pm
smallvillage
Salam ustaz,
Isu babi ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat awam, ia juga mengundang kemarahan dari pejuang-pejuang PAS sendiri. Ustaz boleh tengok kat link: http://penarikbeca.blogspot.com/2008/04/sensitivity-stupid.html
ambe ambil sedikit coretan dari blog tersebut:-
“”Ai bakaq, isu babi ni berat ni. Kita berat ni. Bukan setakat puak-puak Umno sahaja yang dok buat isu, middle class yang dok sokong kita dok persoal ni,” begitu kata seorang pemimpin PAS di Gombak ni kepada saya ketika beliau menelefon saya tadi.”
Jika orang PAS sendiri tidak yakin apa yang pemimpin dia buat, ambe khuatir ia boleh menimbulkan krisis keyakinan pengundi-pengundi yang baru mendekati PAS khususnya orang melayu.
April 12, 2008 pada 9:25 am
nuriman
salam alaik
semoga dia kembali kepangkal jalan…
April 12, 2008 pada 11:10 am
mzmn
“Apabila kamu telah berusaha dan berikhtiar, maka bertawakkal kepada Allah”
“Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Pemberi Pertolongan”.
Yakin lah bahawa setiap niat yang baik pasti ada jalan penyelesaiannya di sisi Allah SWT. Sedangkan anjing yang juga haram bagi ummat Islam boleh membawa ke syurga jika menolongnya untuk hidup…(rujuk pada sirah Nabi SAW) Apa bezanya dengan Babi ? Usah beremosi dengan pendapat sendiri.Fikir2kanlah yang terbaik…!
April 12, 2008 pada 2:33 pm
asran
assalamualaikum……..
pejuang2 islam yang telah mendapat kemuliaan haruslah memikirkan bagaimana untuk memuliakan orang lain pula.
isu babi bukanlah satu isu yang perlu diperdebatkan baik yang islam dan bukan islam.
pada pendapat saya, isu babi ini hanyalah lakonan umno bagi menutup segala kesilapan yang telah berlaku semasa pilihanraya kali ke 12.
dengan timbulnya isu babi, kemuliaan orang umno akan lebih terjamin kerana mampu menyelamatkan malaysia daripada jatuh ke tangan DAP. kalau diharapkan kepada PAS dan Keadilan, nescaya Malaysia akan jatuh ke tangan DAP. isu babi adalah merupakan satu topeng yang sengaja dipakai oleh orang umno bagi memburukkan lagi hubungan PAS dan DAP. pada pandangan saya, lebih elok pimpinan PAS tidak menggunakan isu babi sebagai isu utama dan EXCO PAS di selangor janganlah memberikan kenyataan yang mana akan diputarbelitkan oleh media.
perlu dingat bahawa babi bukan sahaja sensitif dikalangan orang islam tetapi juga sentitif bagi golongan yang bukan islam yang yang mengamalkan (vegetarian) dan sesetengah penganut agama budha dan sami2. kebanyakan mereka ini juga tidak makan babi. jadi saya berharap biarlah mereka2 yang selain PAS sahaja yang bercakap pasal isu-isu seperti ini.
Yang kedua pula pasal orang tua yang tidak pandai berhenti bercakap dan merendahkan pemikiran orang. pusingan orang tua belum cukup lagi sebenarnya. beliau juga pernah menangkap penjuang islam dan menahannya di ISA, beliau juga pernah cuba untuk buang perkataan agama ISLAM di dalam PAS, beliau juga telah menutup banyak sekolah agama rakyat di Malaysia tapi tidak berjaya. Pada zaman beliau juga, UMNO pernah diharamkan dan diberi nyawa yang baru, pada zaman beliau jugalah sistem kehakiman dipergunakan untuk kepentingan peribadi. Beliaulah MAHAFIRAUN, MAHA bagi segala kejahatan “perkataan ini amat popular di pentas ceramah”. kemuncak kejatuhan beliau telah dirancang secara terancang DSAI namun tidak berjaya dan DSAI telah dibuang daripada TPM. Arwah Fadhil Noor juga menjadi musuh ketat beliau kerana arwah adalah orang yang pernah berdebat dengannya secara terbuka. pada masa tersebut, UMNO juga diambang kejatuhan.
jadi ingatlah wahai pejuang islam dan keadilan, belialulah yang akan menghancurkan UMNO yang beliau sendiri tubuhkan. Gunakanlah kesempatan orang tua ini sebelum beliau mati supaya UMNO yang ditubuhkan kembali diharamkan di pentas politik Malaysia.
sengat puyu
April 12, 2008 pada 9:45 pm
Muhtar Suhaili
Itulah yang dilihat sehari-hari..
Apa yang ramai ialah..
Wajah-wajah dan hati yang pandai berpura-pura
Wajah-wajah dan hati yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja
Wajah-wajah dan hati yang gilakan wang dan harta!
Wajah-wajah dan hati yang mengejar nama!
Wajah-wajah dan hati yang telah hilang keluhurannya!
Semoga mereka (dan KITA) berubah..
Mudah-mudahan mereka (dan KITA) taubat nasuha!
April 13, 2008 pada 10:48 am
globalmalau
Salam dulu dari global…babi pada zaman kapal Nabi Nuh adalah makhluk yang memberi perkhidmatan kepada manusia tidak berbelah bagi…jangan hina nya walaupun haram dimakan…dan soal pemimpin yang memimpin, kita dah buat silap pilih pemimpin…sebenarnya pemimpin yang betul yang membaca alQuran sebelum subuh…awal awal berjamaah…dan terukir diwajah nya cahaya keimanan…dan kita malu berkata kata kerana rasa terasing dan jauhnya mertabat dengan pemimpin itu…Apapun rentetan sejarah sedang dilalui sekarang ini menampakkan pemimpin yang ada tidak bermutu tinggi dan banyak menimbulkan masalah…
April 13, 2008 pada 3:44 pm
video politik Malaysia
kenapa plak soal babi yang diperbesar-besarkan
April 13, 2008 pada 10:15 pm
ummuhanah
isu babi dimana-mana….
semua pakat cerita pasai babi….cerita babi dimana-mana
glamernya babi….jelesnya saya..
rumah mertua saya dekat kampung siam di kedah.
selalu le tengok babi-babi melenggang kot tepi jalan tu….selamba rock je.
bezanya babi siam hitam, babi cina pula….pink colourrr….lawo le skit!
saya rasa elok le tu kerajaan selangor up datekan kandang babi..bagi duduk tempat selesa, tertutup, najis kitar semula, tiada lagi meninggalkan aroma untuk hidung kita…rumah besor… air condition pula…..ewwaah hebat tu!! babi mesti gelakkan saya …. rumah saya pasang kipas je….jaga kau babi!! eksyen ye
manusia lagi hebat sebenarnya…depa bukan sahaja ‘berkisahkan’ hal manusia je…hal babi pun depa cakna….
Ali Rustam suruh orang cina berhenti makan babi dan gantikan dengan daging lembu…ada chinese kat tranungkite cakap kat pak ali…berhenti makan daging lembu gantikan dengan daging babi…haaa camna rasa??
apa-apa pun …isu babi isu kita bersama…..ya en.videopolitik mesia!!
2) Ada kesayuan sebenarnya bila menyoroti mata seorang tua. Di situ tersimpan kisah suka duka yang diheretnya sepanjang usia melewati masa. Saya terkenang arwah nenek (tok wo) yang perginya ketika usia seratus tahun lebih.Dia sungguh tua tetapi rajin berkata-kata..terutama dengan cucu-cucunya.Ajaklah dia berbicara pasti tidak kering dgn idea dan cerita. kadang kita jemu mendengarnya kerana cerita itu sudah berkali-kali diulangnya…aduhai nenek tua kesayangan hamba…orang tua memang suka berkata-kata
tok wan ex-pm saya ni pun sudah tua.Kalau boleh biarkan lah dia berkata-kata…sampai bila-bila selagi dia suka…kesian dia kerana dia sudah tua…..biarlah dia berkata-kata sepuas hatinya …Pasti nanti ada le tu orang yang akan ‘renovate’ sajak ciptaannya -
” melayu mudah lupa…dan…. nyanyok pula”…
mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah padanya..pemimpin beragama islam di malaysia.
sebenarnya seorang pemimpin islam yang hebat memiliki kompas.
kompas adalah alat bantuan dalam perjalanan supaya tidak terbabas atau tersesat. Taqwa adalah kompas bagi hati seorang mukmin agar perjalanannya sentiasa terpandu dan tepat mengikut syariat.
Dr. Danial mengatakan kompas hati inilah yang dimiliki Raja Zulkarnain…raja yang hebat. Walaupun hebat menguasai dunia timur dan barat, tapi timur dan barat tidak pula mampu menguasai baginda…bahkan petunjuk Allah lah yang menguasainya. Itulah kehebatan Zulkarnain yang kisahnya dapat kita temui dalam surah Al-kahfi …mudah-mudahan kita ketemu pemimpin sehebat zulkarnain dibumi yang bertuah ini..Allahuakhbar
April 14, 2008 pada 12:26 am
bulanmasa
Bercerita ttg babi, saya teringat pengalaman bbp tahun laluu,
Saya dikehendaki “melawat” tempat ternak babi. Dua tempat di dua daerah di sebuah negeri……kedua-dua tempat tu juga ternak ayam. Seminggu saya tak makan ayam. Uweek…….
Pada pendapat saya, kita tak perlu ternak babi. Kalau ada org berahi sangat makan babi, kita import je. Lembu & kambing kita import, apa masalahnya babi pun kita import.
Tapi kalau tak bagi ternak babi apa pula kata DAP. Yelah, kan majoriti ahli DAP penggemar babi. Tak kiralah masak lemak cili apike, gulai kari ke, masak kicap ke atau hanya goreng kunyit…..pokoknya mereka suka babi.
Cinta baru berputik,
Biarlah ia mekar dulu,
Jinak-jinak merpati,
Ingatkan jinak tapi bila dekat lari,
Tapi….apakah pandangan hukum syarak ttg masalah ni.
Boleh atau tidak industri ternak babi dilakukan dalam daulah islam.
April 14, 2008 pada 5:09 am
akmal
Babi itu adalah harta kepunyaan orang bukan Islam,
kerana orang bukan islam itu makan babi,
maka Hukum syarak mengatakan wajib memelihara harta rakyat (bukan islam) walaupun pada pandangan Islam ia adalah haram
Dengan pensyaratan berdasarkan waki’ dan keadaan negeri@negara tersebut
Dalilnya bertanyalah pada alim ulama.
April 14, 2008 pada 3:47 pm
zamry aka Indhibat
Salam alaik,Ustaz
moga sentiasa sihat
lama tak meninggalkan komen walau setiap hari membuka laman ni, maklumlah blog ni dah menjadi semakin popular berbanding dulu
cuma nak inform, indhibat.net dah bertukar ke http://www.zamry.com
Moga terus istiqamah dengan penulisan blog ni
April 16, 2008 pada 12:01 am
Robert Manurung
Salam persaudaraan dari Indonesia,
aku sangat bersimpati pada perjuangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kebebasan dan keadilan.
aku baru saja memposting artikelm”Anwar Ibrahim Bebas Berpolitik, Badawi Panik”
bagi yang mungkin berminat sila baca di http://ayomerdeka.wordpress.com/
Salam Reformasi
RM,Jakarta, Indonesia
April 19, 2008 pada 8:46 pm
bulanmasa
Robert,
Aku lebih simpati lagi sama rakyat Indonesia.
Gi mana ya, dulu katanya, pokoknya reformasi deh,
Walau apa pun, pak harto harus dilengserkan,
Nanti kalo pak harto sudah dilengserkan, pasti kondisinya lebih baik,
Tapi kenapa ya ? Kok sampe sekarang masalahnya kok enggak selesei ? Emangnya masalahnya apa sih ?
Ternyata kebebasan enggak ada ertinya kalo harus mengemis setiap hari ! Lah iya, apa ertinya kalo sekadar kebebasan mengemis ?
Gini aja Robert, selagi sistem Islam tidak diterapkan, pasti masalah manusia tidak akan pernah terselesaikan. Justeru sistem kapitalis inilah yg menyebabkan jutaan rakyat indonesia mengemis.
Makanya, yg kita perlukan tidak asal bebas. Yg benar adalah bebas dari tunduk terhadap hukum buatan manusia kepada tunduk kepada hukum buatan Allah. Nah…ini baru yg dikatan bebas.
TQ.
Bulanmasa
April 19, 2008 pada 9:39 pm
ummuhanah
ya ampuuunnn..ah yang bener ni….sememangnya kita sekarang dimana ya?…jakarta atau surabaya? tiba-tiba saja terjumpa ustaz bulanmasa edisi Indonesia…ya ampuuun..
…maaf ya…tumpang lalu skit…
April 20, 2008 pada 7:54 am
bulanmasa
Salam,
Ijazah saya di Yogya…..
Yogya Berhati Nyaman
TQ.
April 20, 2008 pada 6:47 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
albazrah, nuriman, muhtar suhaili
Perjuangan Islam adalah untuk setiap manusia mengecapi hidyah tuhannya. Tiada dendam dan permusuhan. Doa adalah pemutih jiwa.
smallvillage,
Saya suka baca penarik beca. Adalah 3 4 kali seminggu. Beliaulah yang suruh saya bangunkan blog saya ini. Dalam 10 artikelnya, adalah satu dua yang saya tak berapa berkenan.
Tak perlu bimbang jika ada kalangan orang PAS yang tak yakin keputusan pimpinan. Tidakkah ahli PAS ramai dan pelbagai peringkat. Mereka berhak mengkritik. Saya suka penarik beca mengkritik. Betul - betul kutu. Tak hirau kepala siapa dihinggapnya.
Cuma saya tak suka kritikan berbentuk atau berbau dengki dan permusuahan. Setengah ahli PAS perlu peningkatan jiwanya.
mzmn,
Ya. Semua makhluk setaraf di sisi tuhan. Buat apa menghina makhluk sedang kita pun makhluk. Kita dimuliakan bukan untuk menghina yang lain.
asran,
Islam mendepani isu. Babi adalah isu negara. UMNO tak menyelesaikannya lebih awal kerana mereka meremehkan babi. Perasan suci diri konon… Akhirnya mereka tak tahu pun nak selesaikan setelah ianya membarah.
Allah maha kuasa menentukan sebab musabbab UMNO hancur.
globalmalau,
Kita di dunia terlalu mendambakan pemimpin yang menjadi qudwah. Begitulah Islam hidup kekal gagah dalam diri. Semoga rakyat Malaysia menyedari bahaya membiar pemimpin yang korup akhlak dan agama.
ummuhanah,
Bagusnya jika semakin tua semakin menjadi taqwanya.
bulanmasa,
Ternak babi, buat arak dan apa - apa yang jadi hak bukan muslim dibenarkan dalam negara Islam. Tugas kita mengawalnya agar tidak mencemar sekitar, zahir dan batin. Tidakkah setiap yang haram itu kotor sebenarnya. Non muslim tahu arak dan babi bukanlah maruah mereka, hanya sekadar nafsu..
akmal,
ya, terima kasih.
zamri,
Selamat menulis di laman anda. Jangan lupa tegur ana jika jumpa.
Robert Manurung,
Terima kasih menjenguk ke sini. Salam reformasi untuk Indonesia. Gunakan kebebasan di sana sebaik - baiknya demi keadilan sejati. Bangkit Indonesia!
bulanmasa,
Kerdip cahaya di kejauhan adalah harapan menuju sudah yang pasti. Selepas reformasi, Islam semakin kuat dan terbuka dakwahnya. Semoga perjuangan Islam terus menyubur di sana.
Mei 6, 2008 pada 9:29 pm
MOhd Nurul Afira MOhamad Umpandi
Salam pada ustaz NIk Abduh..
Ustaz,
moga sentiasa sihat dan bersemangat,
semoga Allah memberi kekuatan kepada ustaz utk terus berjuang..
Mei 6, 2008 pada 9:33 pm
MOhd Nurul Afira MOhamad Umpandi
ketahuilah oleh anda,
bahawa anda adalah idola @ ikon kepada saya dan beribu lagi pejuang2 muda di Malaysia ini..
kami sentiasa merindukan anda kami sentiasa menyanjungi anda..
walau kami semua tak pernah bersua muka dengan ustaz namun kami
tetap menyokong ustaz,
kami ingin sama2 berjuang dengan ustaz….