Salam Kamunting,
Saya masih ingat, saya pernah bertanya ayahanda semasa saya di alam menengah persekolahan di hujung 80an dulu perihal ‘raja’. Maksudnya, apa pandangan Islam terhadap institusi beraja dalam pemerintahan Islam?
Yang mendorong saya nak tahu sangat jawabannya masa itu ialah bacaan saya terhadap buku al Allamah Abul A’la al Maududi mengenai sistem khilafah Islamiyyah yang bertunjangkan pemerintahan khulafa’ rasyidin yang empat itu. Saya rasa sedang membaca buku yang berat dan hebat sekali. Semestinya sistem khilafah jauh lebih hebat berbanding selainnya.
Kemudian, Kelantan pula masa itu ada krisis besar antara istana dan kerajaan yang memerintah yang berakhir dengan jatuhnya kerajaan BN pimpinan Tan Sri Mohamad Yaakob kepada kerajaan PAS pimpinan ayahanda dalam pilihan raya umum 1990.
Hujung jawaban yang saya mahukan ialah mungkinkah sultan atau raja boleh wujud jika PAS memerintah Malaysia? Malah, jika memerintah Kelantan, di mana istana dan sultan?
Itu soalan saya masa itu. Cukup jelas dan fitrah. Alam remaja yang bersih dan semulajadi dengan rasa ingin tahu dengan satu jawaban yang pasti tanpa belit – belit, putar – putar dan kabur yang dibayangi rasa takut dan berhati – hati.
Saya masa itu adalah seorang remaja muslim yang mahukan khilafah Islamiyah bertapak kembali di dunia dan di negara saya juga. Saya masa tu adalah seorang remaja yang menolak sistem pemerintahan demokrasi sekular untuk mengatur hidup umat Islam di Malaysia. Masa itu, saya penuh dengan idealisme seorang muslim yang lurus sekali.
Justeru, sistem raja berpelembagaan di negara saya ini sedikit mengganggu kelincahan aksi pemikiran saya masa itu menuju sistem khilafah yang unik itu. Bila dah kusut, saya jemba ayahanda dan bertanya, adakah raja boleh ada dalam Islam?
Ayahanda relaks menjawab, ” Kenapa tidak boleh? Sayyidina Muawiyah memulakannya di dalam Islam.”
Mudahnya jawaban. Ia adalah pangkal jawaban yang mula memperkenalkan saya dengan ketuanan para sahabat RasuluLlah radiaLLahu anhum di dalam membina sunnah kehidupan umat Islam sepanjang zaman dalam semua hal. Itulah sahabat di sisi Ahlu as Sunnah wal Jamaah.
Sayyidina Muawiyah, dengan arahannya agar anaknya, Yazid ditabal bagi menggantikannya sebagai khalifah Islam telah menamatkan era sistem khilafah yang dikira terbaik dan menepati pengajaran Islam yang sebenar. Arahannya terpaksa diterima dan diakuri secara terdesak oleh umat Islam termasuk para sahabat yang masih ramai pada masa itu.
Tindakan beliau bukanlah keputusan terbaik, lalu menambahkan nilai sisitem khilafah terdahulu atau menyinarkan sejarah umat Islam selepasnya. Bahkan, ia telah memalapkan sejarah Islam yang unggul di zamannya dan khulafa’ rasyidin sebelumnya. Di zaman pemerintahan anaknya itu, fitnah peperangan sesama umat Islam gagal dikawal kecuali dengan kekerasan yang menumpahkan darah yang haram ditumpahkan.
Tetapi sistem beraja itu diterima pakai oleh umat Islam. Ia berlarutan dan berkembang di dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh dunia. Para ulama menerimanya dan tiada yang memberontak melawannya dengan tujuan membatalkan sistem beraja dan mengembalikannya kepada sistem asal yang diamalkan oleh zaman sahabat yang pertama.
Raja digelar khalifah dan sistemnya digelar sistem khilafah juga. Umat Islam seluruh dunia disatukan di dalam satu pemerintahan khilafah. Apabila kesultanan Uthmaniyyah Turki jatuh di tangan bapa sekular, Kamal Ataturk yang menjadi sekutu kuat barat di awal abad 20, kita umat Islam mengisytiharkannya sebagai berakhirnya riwayat panjang ‘khilafah Islamiyah’ dunia Islam.
Sayyidina Muawiyah adalah hujah, tetapi beliau bukanlah satu – satunya hujah. Sejumlah hadis yang banyak daripada Baginda sallaLlahu alaihi wasallam yang menceritakan perihal aspek politik umatnya selepasnya adalah menggambarkan dan menegaskan kewujudan pemerintahan yang tidak berteraskan sistem khilafah rasyidah yang pertama itu. Lahir pemerintah yang adil dan lahir juga pemeritah yang zalim.
Baginda menuntut ketaatan umatnya ke atas pemerintah yang dibai’ah walaupun mereka melakukan kezaliman selagi mereka tidak melakukan bentuk kekufuran yang nyata dan terang. Baginda melarang pemberontakan ke atas pemerintah yang zalim yang boleh mencetuskan pertumpahan darah sesama umat Islam. Adalah sukar digambarkan kezaliman yang berterusan dan disabari di dalam pemerintahan yang dipilih oleh syura.
Ini menegaskan kesahihan kewujudan pemerintahan yang tidak dipilih secara syura sebagai mana ianya menjadi amalan mesti di dalam sebuah sistem khilafah rasyidah.
Allah sendiri menceritakan perihal kerajaan Nabi Sulaiman yang agung yang menaiki takhta pemerintahan yang diwarisi daripada ayahandanya Nabi Daud alaihimas salam. Dia memuji kebesaran kerajaan Balqis yang akhirnya tunduk sujud kepada tuhan Sulaiman. Dia menganugerahkan Nabi Yusuf alaihissalam dengan kedudukan tinggi di dalam kerajaaan Mesir waktu itu.
Asas pemerintahan khilafah Islamiyah ialah adil. Adil bermaksud taat kepada Allah dan al Rasul. Adil bermaksud mengambil al Quran dan al Hadis sebagai pedoman teratas. Selagi ketaatan kepada Allah dan al Rasul berlaku, di situlah keadilan dan di situlah khilafah Islamiyah walaupun dipenuhi kecacatan.
Kemudian, keadilan itu dipelihara dan dijamin sedari awal melalui pemilihan ketua dan khalifah secara syura oleh sekumpulan ulama yang diterima keilmuan dan keadilannya oleh umat Islam. Kemudian, keadilan itu juga dipelihara dan dijamin melalui bai’ah dan ketaatan ke atas khalifah itu oleh seluruh umat Islam. Selagi sistem syura dan nasihat berlaku, disitulah khalifah dipelihara dan terkawal daripada kecacatan dan kezaliman.
Justeru, sistem pemerintahan beraja atau kesultanan bukanlah suatu yang asing di dalam Islam dan sistem khilafah yang dibangunkannya. Ia diterima dengan sedikit kegelisahan terhadap unsur – unsur kegelinciran daripada keadilan yang agak longgar dan mudah berlaku.
Tetapi ia boleh menjadi teguh dan betul apabila pemerintahan itu menjadikan syura sebagai sistem terpakai di dalam pemerintahannya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pelopor yang membenarkan betapa keadilan Islami boleh tertegak di dalam sistem beraja. Baginda mengamalkan syura sepenuhnya dengan memilih ahlinya yang terbaik. Sejarah kerajaan Islam seluruh dunia juga membuktikan keadilan dan kesaksamaan sebagai mana tuntutan ugama terlaksana denan jayanya.
Ada raja adil dan ada juga raja yang zalim. Yang adil ditaati dan yang zalim dinasihati. Pemberontakan adalah haram selama mana tiada pemberontakan terhadap Allah dan al Rasul.
Di Malaysia ada dua bentuk pemerintahan. Satu sistem raja yang diwarisi daripada sejarah Islam terdahulu dan satu lagi sistem kerajaan rakyat yang ditiru daripada sistem demokrasi sekular barat. Kedua – duanya disatukan melalui sistem raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen yang saling mengikat kekuasaan antara keduanya.
Raja adalah payung ugama. Ia menjaga kedaulatan al Quran dan al Hadis. Kerajaan rakyat pula adalah pelindung perlembagaan sekular negara. Perlembagaan negara pula menaungi kedaulatan al Quran dan al Hadis. Ini menjadikan kedua – duanya tiada kedaulatan yang hakiki, bahkan langsung tiada kedaulatan. Islam itu tertinggi dan tiada yang boleh lebih tinggi daripadanya.
Inilah sistem raja berpelembagaan.
Ustaz – ustaz UMNO sering menuntut ketaatan umat Islam ke atas pemerintahan BN. Menukar kerajaan BN yang diterasi UMNO adalah salah, derhaka, berontak dan batil. Betulkah?
Ada tiga jawaban mudah untuk dakwaan batil mereka itu:
Pertama, Adakah pemerintahan BN adalah khilafah yang ditaati? Jawabannya tidak. Sebab, perlembagaan sekular negara menaungi al Quran dan al Hadis. Ini bererti UMNO menolak ketaatan kepada Allah dan al Rasul. Ia mengenepikan kedua – duanya sedangkan itu adalah syarat utama sebuah khilafah yang ditaati. UMNO adalah payung sekular, bukan ugama.
Kedua, kerajaan rakyat yang dicedok daripada sistem demokrasi barat membenarkan pertukaran pemimpin dan pemerintahan melalui pilihan raya. Diangkat melalui pilihan raya dan diturunkan melalui pilihan raya. Mengapa pula hukum Islam dipakai untuk menjalankan sistem jahiliyah ini? Inikah Islamisasi? Inikah Hadhari?
Ustaz – ustaz UMNO ini, bukan setakat jahil, buat lawak bodoh pula.
Ketiga, adakah mereka menamakan penukaran pemimpin melalui pilihan raya sebagai pemberontakan yang terlarang itu? Jika begitu sebagaimana yang didakwa, ini menambahkan lagi kejahilan di dalam memahami hukum ugama.
Mereka harus faham bahawa pemberontakan bermaksud usaha menukar pemerintahan Islam secara keras menggunakan senjata yang mungkin mencetuskan pertumpahan darah. Sedikit pengenalan terhadap sistem pilihan raya sudah cukup menafikan dakwaan mereka.
Dalam pilihan raya negara kita, bukan kata darah, dakwat pun Tan Sri Rasyid takut nak sentuh…
Jika anda bertanya, jika UMNO menolak al Quran dan al Hadis, mengapa PAS tidak memberontak? Tidakkah UMNO bukan khilafah Islamiyah?
Saya jawab, ya. Pemerintahan UMNO bukan khilafah. Ia menolak al Quran dan al Hadis. Justeru UMNO menzalimi Allah, al Rasul dan seluruh umat Islam. Tetapi pemberontakan di dalam negara Islam hanya sah apabila pemerintah melakukan kekufuran yang nyata dan terang yang mungkin meruntun rakyat kepada kekufuran jua.
UMNO bukan jenis ini. Ia memperakui solat dan syahadah. Selagi ini, selagi itulah nasihat dan kesabaran.
Tidakkah PAS menegur, membantah, menasihat dan merawat? Tidakkah inilah dendangan ulama terdahulu terhadap pemerintah yang zalim?
Tidakkah PAS terus bersabar dengan penindasan, penipuan dan penghinaan? Tidakkah inilah hidangan ulama terdahulu daripada pemerintah yang zalim?
Bagaimana dengan raja kita?
Raja adalah payung ugama. Ia adalah institusi yang menjaga ugama Islam yang sudah diikat – ikat oleh perlembagaan sekular jagaan Pak Lah, Najib, Zaid, Ku Li, Masyitah dan lain – lain pahlawan UMNO.
Ia institusi pemerintahan yang lebih mulia dan lebih dekat dengan Islam berbanding UMNO. Ia menjadi harapan kekal umat Islam untuk mempertahankan Islam dan keadilan dari dulu sehingga kini.
Kesultanan Melayu Islam adalah paling berjasa kepada umat Melayu sepanjang sejarahnya.
Tidakkah Melayu sebelum Islam adalah Hindu dan tanpa petunjuk? Tidakkah Melayu menjadi Muslim setelah rajanya memeluk Islam? Tidakkah Islam memasuki Tanah Melayu dan jiwa raga Melayu tanpa peperangan? Tidakkah raja Melayulah yang memastikan Islam bertapak di Tanah Melayu tanpa pertumpahan darah?
Inilah jasa kekal kesultanan Melayu. Jika kita ingat, kita pasti mensyukuri kesultanan Melayu. Jika sultan ingat, sultan pasti terus mendaulatkan Islam.
Tinggalkan UMNO. UMNO tidak ada jasa untuk Islam. Jika ada saham, saham mereka hanya untuk MELAYU.
Kesultanan bukanlah sistem terbaik dan pilihan dalam Islam. Tetapi ia jauh lebih baik daripada sistem sekular yang menolak Islam. Kesultanan terdedah kepada keadilan dan kezaliman. Jika PAS diberi kuasa, sistem beraja pasti hidup dengan jaminan keadilan yang lebih baik.
Di sana Melayu bolehlah lena di Kelantan mahupun di Pulau Pinang. Islam menjaga mereka.


19 comments
Comments feed for this article
April 4, 2008 pada 10:39 pm
ummuhanah
salam untuk ustaz.
doakan keberkatan untuk saya…tetamu yang agak baru juga di blog ustaz,
hmmm…alangkah ’slow’nya saya ini..
saya begitu seronok membaca dan begitu asyik memahaminya.
tika bertemu kesukaran dalam makna, saya akan mengulangi membacanya sehingga saya benar-benar terasa…masyaAllah, ampuh jugak senjata ustaz muda ini.
benarlah ustaz, jiwa yang merdeka itu akan memiliki minda yang bebas dan sejahtera, sekalipun jasadnya terbelenggu di dalam penjara…..apatah lagi sekiranya jasad itu bebas kemana-mana, pasti kekuatan jasad dan mindanya akan berjalan seiring bersama…..antara kelebihan dan kehebatan seorang pendakwah…Allah akan memberi kekuatan pada kata-katanya
mungkin itulah ustaz pada pandangan saya…….tarbiyyah kemunting gamaknya !
teruskanlah berkarya…InsayaAllah akan ada lagi pengunjung slow seperti saya….tak pe lah, slow tak bermakna ketinggalan selamanya, cuma lewat sikit saja..
kalau kita yakin memimpin kebenaran
pasti ada jawaban pada setiap persoalan, cuma saya teringat pada pesanan imam Al-Ghazali yang mungkin boleh saya kongsi dengan pengunjung di sini .
katanya:
kamu diharuskan berbahas dengan seseorang sekiranya niatmu untuk menegakkan kebenaran, sedangkan yang berbahas denganmu itu sendiri jahil orangnya. Walau bagaimanapun niatmu itu mestilah mempunyai dua tanda:
a)kamu mengakui sesuatu kebenaran itu tidak kira kebenaran itu berada dipihakmu atau dipihak lain.
b) kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain.
ketahuilah bahawa orang yang jahil itu, tidak sihat hatinya. Manakala para ulama adalah ‘doktor’ yang dapat mengubati mereka.
ulama yang tidak lengkap ilmunya tidak dapat mengubati penyakit dengan baik. Ulama yang lengkap ilmunya pula tidak dapat mengubati segala penyakit. Ia hanya berupaya mengubati mereka yang mahu menerima rawatan dan mahukan kebaikan. Sekiranya penyakit tersebut sudah terlalu parah, atau mandul, atau yang sudah tidak dapat diubati lagi, maka doktor harus pintar untuk memberitahu pesakit mengenai perkara itu. Dengan ini tidak perlulah dibazirkan masa dan wang untuk cuba mengubatinya lagi.
antara jenis kejahilan yang tidak dapat diubati ialah :
” sesiapa yang menyoal dan mengkritik hanya kerana hasad dan marah”
setiap kali kamu menjawab soalannya dengan baik dia kan bertambah marah,malah semakin memusuhi dan membencimu.Oleh itu tidak usah kamu melayannya.
seorang penyair pernah berkata :
setiap permusuhan boleh terhapus kecuali permusuhan orang yang memusuhimu kerana hasad dan dengki
menurut hujjatul Islam ini – segala perbuatan orang yang berhasad dan dengki hanya akan menyalakan api yang membakar segala ilmunya. – wallahualam
memohon keizinan ( tapi dah buat dah) – ada artikel ustaz yang saya copy dan print untuk dikongsi dengan teman, harap tidak keberatan.
April 4, 2008 pada 10:50 pm
Mazli Ahmad
salam jihad,
apa komen ustaz tentang surat TG MB Kelantan kepada Datuk TG Presiden PAS yang dikatakan disiarkan di dalam akhbar Siasah?
April 5, 2008 pada 8:57 pm
bulanmasa
Ustaz yg saya hormati,
Apakah ukuran yg ustaz gunakan utk menilai baik atau buruk bila ustaz sebut “Kesultanan lebih baik daripada sekuler?” Adakah hukum syarak atau akal ?
Sheikh Taqiyuddin an Nabhani, di dalam kitabnya Nizomul hukmi fil Islam atau terjemahan kitab tsbt dlm bahasa melayu : Sistem Pemerintahan Di dalam Islam menjelaskan daulah Islam adalah negara yg ;
1. Sistem perundangannya adlh sistem Islam
2. Jaminan keamanannya ditgn Islam
Kedua-dua elemen di atas wajib ada sekaligus. Jika hanya satu shj yg ada, ia bukan lagi daulah Islam.
Selanjutnya beliau menjelaskan, rukun sistem politik / pemerintahan Islam iaitu ;
1. Kedaulatan ditgn syarak
2. Kekuasaan milik ummat
3. Adanya seorg khalifah yg memimpin seluruh kaum muslimin
4. Hanya khalifah yg berhak mentabanni hukum menjadi undang-undang negara.
Semua hukum di atas berdasarkan nas al quran, sunnah, ijmak dan qiyas. Ianya berdasarkan hujjah yg kuat.
Kenapa kita mahu bertaqlid kpd muawiyyah. Kenapa tidak mencontohi Rasulullah dan Khulafah ar Rasyidin. Tidakkah Rasulullah & ijmak para sahabat adalah rujukan kita dlm berhukum kdp hukum Allah.
?
Adapun yg menjadikan kekhilafahan era Bani Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah sah menurut syarak sbg negara Islam kerana negara tsbt memenuhi syarat hukum syarak sbg sebuah negara Islam.
Antara lain, contohnya adlh salah ketua negara berdasarkan keturunan, namun bila ianya dibaiat oleh kaum muslimin, maka pengangkatannya sah menurut syarak.
Dan kerana itu juga ianya tidak boleh disamakan dgn sistem kerajaan yg ada pd hari ini.
Dan lagi, ketua negara tak boleh ada lebih dari satu, lalu antara lebih dari 50 negara umat Islam hari ini, ketua negara yg mana satu yg mahu ditaati ?
Penerangan lanjut, saya ambil petikan daripada artikel mingguan HT minggu lalu (mykhilafah.com);
Jenis-jenis Sistem Pemerintahan Di Dunia
Di dalam Sautun Nahdhah (SN)111 “Menegakkan Daulah Khilafah Adalah Wajib” dan juga SN161 “Struktur Daulah Khilafah”, kami telah pun menerangkan dengan nas-nas yang qath’i bahawa sistem Pemerintahan Islam yang diwajibkan oleh Tuhan semesta alam ke atas manusia adalah sistem Khilafah. Di dalam sistem Khilafah ini, Khalifah diangkat melalui bai’at berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya untuk memerintah sesuai dengan apa yang Allah kehendaki. Dalil-dalil tentang perkara ini amat banyak yang diistinbath (digali) dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga dari Ijmak Sahabat. Amat naiflah pandangan mereka yang menyatakan bahawa Islam tidak merincikan bab pemerintahan sehingga manusia boleh mengambil atau memilih mana-mana sistem pemerintahan yang mereka suka atau yang mereka fikirkan sesuai. Pandangan seperti ini hanyalah dikeluarkan oleh mereka yang jahil sahaja atau oleh mereka yang telah terbius dengan pemikiran kufur-Barat atau pun oleh mereka yang sombong, bongkak dan angkuh dari kebenaran.
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan agama ini melalui RasulNya sehingga tidak ada satu perkara pun yang tidak disempurna dan dirincikan oleh Islam, apatah lagi di dalam bab pemerintahan.
Sistem pemerintahan Islam (Khilafah) berbeza dengan seluruh bentuk pemerintahan yang ada di seluruh dunia ketika ini, baik dari segi akidah sebagai asas yang mendasarinya, dari segi pemikiran, pemahaman, maqayis (standard/piawai) mahu pun hukum-hakam yang mengatur berbagai urusan. Berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada di seluruh dunia Islam saat ini, ia sama sekali berbeza dengan sistem pemerintahan Islam (sistem Khilafah) dan tidak ada satu negara pun di dunia ketika ini yang boleh mencerminkan Daulah Islam, walaupun pemerintah beberapa negara mendakwa negara mereka adalah negara Islam.
Sistem pemerintahan Islam bukan sistem kerajaan (monarki). Islam bukan sekadar tidak mengakui sistem monarki, malah sistem pemerintahan Islam juga sememangnya tidak menyerupai sistem monarki. Hal ini kerana dalam sistem monarki, seorang anak raja (putera mahkota) akan menjadi raja/pemerintah kerana perwarisan. Manakala umat Islam pula langsung tidak memiliki kekuasaan di dalam pengangkatan raja. Adapun dalam sistem Khilafah, tidak ada soal pewarisan. Akan tetapi, bai’at dari umatlah yang menjadi tariqah (metode) untuk pengangkatan Khalifah. Sistem monarki juga memberikan keistimewaan dan hak-hak khusus kepada raja yang tidak dimiliki oleh seorang pun dari individu rakyat. Hal ini menjadikan raja berada di atas undang-undang. Di sesetengah negara, raja hanya menjadi simbol bagi rakyat, yakni ia menjawat sebagai raja tetapi tidak memerintah. Dalam sesetengah negara pula ia menduduki jabatan raja sekali gus memerintah untuk mengatur negeri dan penduduknya sesuai dengan keinginan dan kehendak hawa nafsunya (monarki mutlak). Raja tetap tidak boleh disentuh oleh undang-undang meskipun ia jelas-jelas melakukan kesalahan dan kezaliman. Sebaliknya dalam sistem Khilafah, Khalifah tidak diberi kekhususan dengan keistimewaan yang menjadikannya berada di atas undang-undang sebagaimana seorang raja. Khalifah juga bukanlah simbol bagi umat dalam pengertian seperti raja dalam sistem kerajaan. Akan tetapi, Khalifah merupakan wakil umat dalam menjalankan pemerintahan dan kekuasaan menurut Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Ia dipilih dan dibai’at oleh umat untuk menerapkan hukum-hukum syariah atas mereka. Khalifah sendiri terikat dengan hukum-hukum syariah sebagaimana rakyatnya.
Sistem pemerintahan Islam juga bukan sistem imperium (kekaisaran/caesar). Sesungguhnya sistem kekaisaran itu sangat jauh dari Islam. Sistem Khilafah, meskipun rakyatnya berlainan bangsa dan warna kulitnya, dan pemerintahannya dikembalikan kepada satu pusat, ia adalah amat berlawanan dengan sistem kekaisaran. Ini adalah kerana sistem kekaisaran tidak menyamakan pemerintahan di antara bangsa-bangsa di wilayah-wilayah dalam kekaisaran tersebut. Akan tetapi, sistem kekaisaran memberikan keistimewaan kepada pemerintahan pusat kekaisaran, baik dalam hal pemerintahan, harta, mahupun perekonomian. Tariqah Islam dalam memerintah adalah menyamakan seluruh rakyat yang diperintah di kesemua wilayah di dalam Negara. Islam menolak berbagai sentimen primordial (kebangsaan). Islam memberikan pelbagai hak pelayanan dan kewajiban kepada non-Muslim yang memiliki kewarganegaraan sesuai dengan hukum syariat. Mereka memiliki hak dan kewajiban yang sama dengan kaum Muslimin secara adil. Bahkan lebih dari itu, Islam tidak menetapkan bagi seorang pun di antara rakyat di hadapan pengadilan (tidak kira apa pun mazhabnya) sejumlah hak istimewa yang tidak diberikan kepada orang lain, meskipun ia seorang Muslim. Sistem pemerintahan Islam, dengan adanya kesamarataan ini, jelas berbeza dari kekaisaran. Dengan sistemnya yang tersendiri, Islam tidak menjadikan berbagai wilayah kekuasaan dalam Negara sebagai wilayah jajahan, bukan juga sebagai wilayah yang dieksploitasi, dan bukan pula sebagai ‘lembu perah’ yang diperas untuk kepentingan pusat sahaja. Akan tetapi, Islam menjadikan semua wilayah kekuasaan Negara sebagai satu kesatuan meskipun jaraknya berjauhan dan penduduknya berbeza-beza bangsa dan keturunan. Semua wilayah dianggap sebagai bahagian integral dari tubuh Negara. Seluruh penduduk wilayah memiliki hak seperti penduduk pusat atau wilayah lainnya. Islam menetapkan kekuasaan, sistem dan peraturan pemerintahan adalah satu/sama untuk semua wilayah.
Sistem pemerintahan Islam bukan sistem federasi. Dalam sistem federasi, wilayah-wilayah dalam negara terpisah antara satu sama lain dengan memiliki kuasa yang tersendiri, dan mereka dipersatukan dalam masalah pemerintahan (undang-undang) yang bersifat umum. Malaysia merupakan contoh terbaik dalam model ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan bersifat federasi. Malaysia terbentuk dari 13 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya). Dari segi sejarahnya, Malaysia merupakan gabungan dari negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan negeri-negeri Selat. Walaupun telah berlaku penggabungan, namun setiap negeri mempunyai kuasa autonomi dalam beberapa bidang tertentu dan mereka menjalankan aktiviti kenegeriannya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, semua peraturan atau undang-undang yang berlaku di dalam negeri tidak boleh melangkaui kuasa atau undang-undang persekutuan [Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan]. Dari aspek pemerintahan berparlimen, Malaysia sebagai negara bekas jajahan kuffar British (dan ahli Commonwealth) menerima pakai sistem pentadbiran yang dikenali sebagai sistem Westminster. Ia merupakan sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh parlimen di United Kingdom. Sistem Westminster menggariskan beberapa siri kuasa yang juga berkonsepkan ‘kuasa kolektif’ di mana ketua Eksekutif (Perdana Menteri) berkuasa mengagih kekuasaannya kepada beberapa ahli jemaah menteri di peringkat nasional, manakala di peringkat negeri atau sub-nasional, kuasanya diagihkan kepada ketua eksekutif negeri yang dikenali sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri. Berdasarkan sistem Westminster inilah (bukan berdasarkan sistem Islam), Malaysia mempunyai dua dewan Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mana segala perbincangan, perbuatan dan perkataan yang berlaku dalam Parlimen adalah ‘kebal’ dari sebarang tindakan undang-undang.
Sistem federasi bukan dari Islam. Sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan di mana tidak ada perbezaan dari apa jua segi, khususnya undang-undang, di antara pusat dan negeri dan mana-mana wilayah kekuasaan Islam sekalipun. Administrasi kewangan seluruh wilayah dianggap sebagai satu kesatuan dan bajetnya juga satu, yang diambil dan dibelanjakan untuk kemaslahatan seluruh rakyat tanpa memandang wilayahnya. Seandainya satu wilayah pendapatannya tidak mencukupi keperluannya, maka wilayah itu akan dibiayai sesuai dengan keperluannya (bukannya menurut pendapatan dari wilayahnya).
Sistem Pemerintahan Islam bukan sistem republik. Sistem republik pertama kali muncul sebagai reaksi terhadap penindasan sistem kerajaan (monarki). Ini adalah kerana raja memiliki kedaulatan dan kekuasaan sehingga ia memerintah dan bertindak atas negeri dan penduduknya menurut hawa nafsunya semata-mata. Hasil ketidakpuasan hati rakyat, lalu muncul sistem republik, kemudian kedaulatan dan kekuasaan dipindahkan kepada rakyat dalam apa yang disebut dengan demokrasi. Rakyatlah yang kemudian membuat undang-undang, bukan lagi raja, rakyatlah yang menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela, baik dan buruk. Di bawah sistem pemerintahan ini, pemerintahan berada di tangan presiden dan para menterinya, dalam sistem presidential republic dan di tangan kabinet dalam sistem parlimentary republic. Contoh pemerintahan di tangan kabinet juga wujud dalam sistem monarki yang kekuasaan pemerintahannya dicabut dari tangan raja di mana raja tinggal menjadi simbol (wujud institusi raja, tetapi tidak memerintah). Dalam sistem presidential republic, seorang presiden memiliki bidang kuasa sebagai seorang ketua negara sekali gus sebagai seorang Perdana Menteri manakala dalam sistem parlimentary republic, bidang kuasa pemerintahan berada di tangan Perdana Menterinya, bukan di tangan presiden.
Islam berbeza sama sekali dengan sistem republik demokrasi di mana dalam Islam, kekuasaan untuk membuat hukum (udang-undang) bukan berada di tangan rakyat, tetapi ada pada Allah Azza wa Jalla. Tidak ada seorang manusia pun dibenarkan menentukan halal dan haram. Islam memandang bahawa memberi kuasa untuk membuat udang-undang kepada manusia merupakan kemaksiatan dan dosa yang besar. Allah berfirman, “Mereka telah menjadikan para pembesar mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” [TMQ at-Taubah (9):31]. Ketika turun ayat ini, Rasulullah menjelaskan bahawa sesungguhnya para pembesar dan para rahib telah membuat hukum, kerana mereka telah menetapkan status halal dan haram bagi masyarakat, lalu masyarakat mentaati mereka. Sikap demikian dianggap sama dengan menjadikan para pembesar dan para rahib itu sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Ini adalah sebagaimana penjelasan Rasulullah kepada Adi Bin Hatim dalam menjelaskan ayat tersebut, “…Benar, mereka tidak menyembah para pembesar dan para rahib itu. Akan tetapi, ketika para pembesar dan para rahib itu menghalalkan sesuatu bagi mereka, mereka pun menghalalkannya, dan jika para pembesar dan para rahib itu mengharamkan sesuatu, mereka pun mengharamkannya” [HR Tarmizi].
Pemerintahan dalam Islam juga bukan dengan model kabinet, yang mana setiap kementerian memiliki kekuasaan dan kewangannya yang tersendiri. Keuntungan satu kementerian/jabatan tidak akan dipindahkan ke kementerian/jabatan yang lain kecuali dengan mekanisme yang panjang. Hal ini mengakibatkan banyaknya halangan untuk menyelesaikan pelbagai kepentingan rakyat, kerana banyaknya campur tangan dan birokrasi yang meletihkan, walaupun untuk mengurus satu kepentingan rakyat sahaja. Padahal seharusnya berbagai kepentingan rakyat itu dapat ditangani oleh satu struktur administrasi yang mudah sahaja. Dalam Islam tidak terdapat kementerian/jabatan yang memiliki autoriti tersendiri atau mempunyai kekuasaan pemerintahan secara keseluruhan (menurut bentuk demokrasi). Akan tetapi, segala autoriti terpusat kepada Khalifah yang akan diagih-agihkan kepada struktur-struktur pemerintahan yang lain, tanpa adanya autonomi penuh pada struktur tersebut.
Sistem pemerintahan Islam bukan sistem Demokrasi. Menurut pengertian hakiki demokrasi, kekuasaan membuat hukum (undang-undang), menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela ada di tangan rakyat. Rakyat juga bebas berbuat apa sahaja (selama mana tidak mengganggu orang lain) tanpa adanya keterikatan dengan hukum-hukum syariat, atas nama kebebasan. Inilah pengertian hakiki demokrasi. Orang-orang kafir benar-benar memahami bahawa kaum Muslimin tidak akan pernah menerima demokrasi dengan pengertiannya yang hakiki ini. Kerana itu, negara-negara kafir penjajah (khususnya AS) berusaha memasarkan demokrasi ke negeri-negeri kaum Muslim dalam versi yang boleh diterima oleh umat Islam. Mereka bersungguh-sungguh berusaha memasukkan demokrasi itu ke tengah-tengah kaum Muslimin melalui jalan penyesatan (tadhlil) dengan menyatakan bahawa demokrasi merupakan alat untuk memilih pemimpin/penguasa. Inilah yang mereka war-warkan. Kita boleh melihat bahawa mereka mampu melembutkan, memukau dan menghancurkan perasaan kaum Muslimin dengan seruan demokrasi ini, dengan memfokuskan kefahaman bahawa demokrasi hanyalah sekadar alat untuk memilih pemimpin. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang menyesatkan kepada kaum Muslimin, yakni seakan-akan perkara yang paling mendasar dalam demokrasi adalah pemilihan pemimpin/penguasa. Orang kafir berjaya mengambil peluang ini disebabkan kedudukan di negeri-negeri kaum Muslimin sendiri saat ini yang sedang ditimpa pelbagai penindasan, kezaliman, tekanan dan tindakan ganas, termasuk pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa diktator yang sekular, baik mereka yang berada dalam sistem yang disebut kerajaan mahupun republik. Sekali lagi kami katakan, oleh kerana negeri-negeri umat Islam sekarang ini (setelah jatuhnya Khilafah) mengalami semua kesengsaraan tersebut, maka kaum kafir dengan mudah memasarkan idea demokrasi di tengah-tengah negeri kaum Muslimin dan memperbesar-besarkan (demokrasi) hanya sebagai satu alat atau aktiviti memilih penguasa.
Golongan kuffar ini berusaha menutup dan menyembunyikan bahagian mendasar dari demokrasi itu sendiri, yakni sebuah sistem yang menjadikan kekuasaan untuk membuat hukum (undang-undang) serta menetapkan halal dan haram berada di tangan manusia, bukan di tangan Tuhan manusia. Inilah hakikat sebenar demokrasi yang kufur ini. Bahkan sebahagian besar aktivis Islam, termasuk di antaranya adalah para ulama dan syeikhul kabir, terpukau, termakan dan menerima tipuan ini, baik dengan niat yang baik mahupun buruk. Bagi mereka yang berniat baik, jika kita bertanya kepada mereka tentang demokrasi, mereka akan menjawab bahawa demokrasi hukumnya boleh dengan anggapan bahawa demokrasi adalah alat untuk memilih penguasa dengan cara majoriti. Adapun mereka yang memiliki niat buruk yang sudah lari dari Islam dan kasihkan sekular, mereka hanyalah pengekor Barat yang sudah terkontaminasi pemikirannya dengan pemikiran Barat, maka mereka cukup mengagumi sistem demokrasi ini dan mengambilnya sebagaimana yang diambil dan dikehendaki oleh Barat. Bagi mereka, demokrasi bermakna kedaulatan ada di tangan rakyat (malah mereka berbangga dengannya) yang berkuasa membuat hukum sesuai dengan kehendak mereka berdasarkan suara majoriti, menghalalkan dan mengharamkan serta menetapkan status terpuji dan tercela. Dalam demokrasi, setiap individu memiliki beberapa kebebasan dalam segala perilakunya, bebas berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendaknya, bebas meminum khamar, berjudi, berzina, murtad, mengambil riba, membuka aurat, berdua-duaan dan pelbagai lagi dengan dalih kebebasan individu. Inilah realiti, makna dan pengertian hakiki demokrasi. Lalu bagaimana mungkin seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul mengatakan bahawa demokrasi hukumnya boleh atau bahawa demokrasi itu berasal dari Islam?
Adapun cara (kaifiyat) umat Islam memilih penguasa/pemimpin, hal ini merupakan perkara yang telah lama selesai dalam Islam dan dinyatakan dengan jelas di dalam nas-nas syarak. Bai’at dari rakyat kepada Khalifahlah yang merupakan satu-satunya tariqah (metode) untuk menjadikan atau mensahkan seseorang sebagai Khalifah. Sungguh, pemilihan pemimpin (Khalifah) telah dilaksanakan secara praktis di dalam Islam di waktu sebahagian besar negara di dunia masih hidup dalam kegelapan, kediktatoran dan kezaliman para raja. Sesiapa yang mendalami tatacara pemilihan Khulafa’ Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali), maka ia akan dapat melihat dengan jelas bagaimana sejak dahulu lagi telah sempurna pembaiatan kepada para khalifah tersebut oleh ahlul halli wa al-‘aqdi dan para wakil kaum Muslimin. Dengan bai’at itu, masing-masing dari mereka menjadi Khalifah yang ditaati oleh kaum Muslimin. Ijmak Sahabat di dalam memilih pemimpin inilah yang wajib kita ikuti (dan merupakan satu-satunya hukum syarak yang benar) dan haram bagi umat Islam mengikut yang selainnya (dalam memilih pemimpin), apatah lagi mengikut sistem demokrasi yang di bawa oleh kafir Barat. Ringkasnya, demokrasi adalah sistem kufur yang wajib dijauhi oleh umat Islam. Demokrasi bukanlah alat untuk memilih penguasa (sebagaimana dilaungkan oleh Barat), tetapi hakikat sebenar demokrasi atau perkara yang mendasar dalam demokrasi adalah ianya merupakan sebuah sistem pemerintahan yang menjadikan kekuasaan membuat hukum (undang-undang) berada di tangan manusia, bukan di tangan Allah, Tuhan alam semesta. Firman Allah, “Menetapkan hukum itu hanyalah milik Allah” [TMQ Yusuf (10):40].
Khatimah
Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Tsunami politik yang melanda Malaysia dengan keputusan pilihan raya lalu nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Ada pihak yang selama ini begitu angkuh dengan kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki kini sudah mengaku kelemahan dan cuba membaikinya. Ada pula pihak yang diberi oleh Allah peluang untuk memerintah beberapa negeri dan kita masih tidak tahu sama ada mereka akan memikul amanah ini sebagaimana yang dikehendaki Allah atau tidak. Tidak kurang juga sejumlah pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk menuju puncak kekuasaan. Namun, apa yang kami ingin ingatkan dan tegaskan kepada kalian semua adalah segala perubahan yang kalian nampak berlaku pada hari ini hakikatnya sama sahaja dengan hari semalam. Kita masih diperintah oleh ‘sistem’ yang sama, walaupun memang terdapat beberapa ‘orang’ baru dalam pemerintahan. Sebagaimana kami nyatakan di awal kalam, Perlembagaan Malaysia masih yang itu, yang itu juga, begitu juga dengan undang-undang yang diterapkan atau yang bakal diterapkan, masih undang-undang yang sama, masih melalui proses yang sama, masih berdasarkan sistem demokrasi-kufur yang mana undang-undangnya dibuat dan diluluskan oleh manusia dengan suara majoriti. Satu hal yang juga langsung tidak berubah dari hari semalam adalah ‘sistem pemerintahan’ yang diterapkan. Sistem Federasi yang bukan dari Islam masih dikekalkan dan baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, pemerintah yang baru juga masih mempertahankan bentuk sistem pemerintahan yang sedia ada dan tetap tidak berubah kepada sistem pemerintahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Sedarlah wahai kaum Muslimin, hanya dengan kembali kepada Sistem Pemerintahan Khilafah sahajalah, perubahan yang benar-benar dituntut oleh Islam akan terealisasi, dan sistem ini boleh diwujudkan jika pemerintah yang sedia ada menginginkannya. Namun, jika mereka tidak menginginkannya, maka Allah Maha Berkuasa untuk menggantikannya dengan kepimpinan lain di mana Allah akan mengangkat dan memuliakan pemerintah ini dengan kekuasaanNya.
April 6, 2008 pada 12:01 am
ummuhanah
alahai! panjang benor tulisan ustaz bulanmasa…
harap-harap bukan ustaz buangmasa…he..hee
Apalah nasib orang slow macam saya…asyik pening kepala saja
nampak gaya tulisan ustaz bulanmasa betoi2 buat saya pening kepala daa
dia ni pun macam tak boleh dipimpin kemana-mana…
dari hari tu asyik berpusing-pusing dan berkeliling di tempat yang sama,
bila nak sampainya..berbelit-belit ustaz, kita ni tak kemana…sampai bila-bila lah ustaz bulan oiii..
alahai kasar pulak rasanya saya ni…..tu lah manusia hawa ni dalam slow pun kekadang ‘brutal’ jugak noo…..minta maaf ler..
kan Malaysia ni bukan negara Islam, mana nak ada sistem khilafahnya..sistem pemerintahan Islam tak wujud lagi kat sini.Sekiranya ingin menubuhkan negara islam, demokrasi barat mesti diruntuhkan…mesti kita gantikan dengan negara ketuhanan. Hanya Allah penggubal undang2 yang sebenar.
Tapi kat malaysia kita ni ,depa pegang demokrasi sekular barat yang berlandas pada kekuasaan rakyat. Dalam sistem ni kuasa mutlak membuat undang2 dan menentukan nilai-nilai terletak ditangan rakyat.mereka berhak menggubal undang walaupun undang-undang itu tidak menepati agama dan akhlak.mereka juga berhak membatalkan/mansuh walaupun undang2 itu adil dan benar. Inilah bengongnya demokrasi.Sedangkan Islam mengasaskan sistem politiknya kepada kekuasaan Allah dan tugas manusia sebagai khalifah….tu memanglah ambo paham ustaz….tapi ceritanya demokrasi sebagai satu falsafah dan demokrasi sebagai satu amalan organisasi adalah berbeza. Sebagai amalan demokrasi Islam ada sistemnya tersendiri.Kerajaan yang memerintah sebuah negara islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah. Sekiranya ia melanggar undang2 yang diturunkan oleh Allah perintahnya tidak lagi wajib ditaati…malah kita kena tentang orang macam ni.
Tetapi demokrasi sebagai satu falsafah, Islam dan demokrasi barat sama sekali berbeza dan bertentangan. haa ni la yang kita dok perang dengan UMNO dan demokrasi depa…takkan lah nak biarkan depa menggubal undang2 atas kekuasaan pribadi..lepas tu memaksa pulak rakyat tunduk pada kuasa depa..bukankah kuasa itu hak Allah?
Saya tak nampaklah pulak pas gembira menjulang demokrasi kufar tu. Selama Pas mengambil demokrasi adalah bagi mendapatkan kepercayaan untuk bersuara dan berperanan bagi menghapuskan kemungkaran dan mengajak manusia kepada kebaikan. Untuk tujuan itu kuasa politik digunakan mengikut keperluan semasa, dan semua jenis taktik propaganda dan seruan akan digunakan bagi mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menjauhi kejahatan…takkan kita nak dok masjid je ustaz, berkuliah, berceramah,memberi penerangan pengajaran bagi menguasai pemikiran manusia. Orang kafir lagi advance berdakwah kat kita. …rancangan jahat depa tu camano kita nak handle ???kita tak de kuasa ustaz….haa tu lah kena ambik kuasa!!!
lagi satu..salah ke berkongsi kuasa???Rasulullah menolak perkongsian kuasa oleh pemimpin Quraish kerana baginda diminta meninggalkan agama…confirm lah tak leh.Tapi Pas berkongsi kuasa tanpa perlu menggadai agama malah kita masih bebas memperjuangkannya…kan macam lain keadaannya tu…
mai le masuk Pas ustaz bulanmasa weh!!
minta maaf ustaz nik..gatai pulak saya tolong menjawabnya..
saja le….sekali skala nak try jugak walaupun nampak bodo je saya..
maaf jugak untuk ustaz bulanmasa..kalau kasaq bahasa saya…chow luu
April 6, 2008 pada 7:06 pm
ibnmumtaz
mabruk ya syeikh!sampaikan salam ana dari jauh kepada ayahanda ust nik razi!wassalam. jihad!
April 6, 2008 pada 9:02 pm
egypt_medik
salam ustaz, maaf saya peljar medik dan saya memang agak berminat ngan sahsiah Islamiah ni..
“Kedua, kerajaan rakyat yang dicedok daripada sistem demokrasi barat membenarkan pertukaran pemimpin dan pemerintahan melalui pilihan raya. Diangkat melalui pilihan raya dan diturunkan melalui pilihan raya. Mengapa pula hukum Islam dipakai untuk menjalankan sistem jahiliyah ini? Inikah Islamisasi? Inikah Hadhari?
Ustaz – ustaz UMNO ini, bukan setakat jahil, buat lawak bodoh pula.”
maaf ustaz, saya x faham la pasal paragraph ni..
kan dulu ustaz ada kata yg islam menerima segala perkara itu selagi tidak bercanggah dengan Islam, kan?
antara sifat Islam tu sendiri, FLEKSIBLE ,kan??
so, kenapa ustaz kata kita guna sistem jahiliah yang macam bercanggah dengan Islam plak.. harap ustaz dapat jelas kan kekeliruan saya ni..
saya x nak join politik ikut2an.. saya mahu masuk atas dasar kefahaman.. bukan semangat yg xde kefahaman..
maaf ,kalau saya terkasar bahasa…
salam
April 7, 2008 pada 10:33 am
Raja « Globalmalau
[...] waqafaat (jeda) – 2: raja kita [...]
April 8, 2008 pada 9:30 am
bulanmasa
Salam,
Adik egypt_medic, cara berfikir ideologi sekuler, iaitu ideologi yg dominan hari ini, menjadikan realiti sebagai sumber hukum. Baik dan buruk dinilai berdasarkan sejauh mana manusia mendapat maslahat daripadanya. Bila terjadi pertikaian, lalu pandangan majoriti dijadikan pandangan “resmi” yg mengikat.
Pd hari ini, cara berfikir yg salah ini menular kedalam pemikiran ummat. Ringkasnya, dari sini muncul kaedah berfikir seperti, Islam itu fleksibel, jadi hukum Islam boleh berubah mengikut zaman. Atau kaedah berfikir spt, tidak dpt dielak perubahan Islam kerana perubahan zaman. Cara berfikir spt ini hakikatnya ;
1. Menjadikan realiti sebagai sumber hukum….lalu dicari-cari dalil utk menjustifikasikannya
2. kalau diperhatikan betul-betul….disini akal pd asalnya digunakan utk memutuskan baik atau buruk, kemudian baru dicari dalil.
Satu-satunya ukuran yg layak utk menilai segala sesuatu adlh hukum syarak. Apabila syarak mengatakannya haram, sampai bila-bila ianya haram dan sebaliknya. Kaedah berfikir Islam adalah dimana ada hukum syarak, disitu pasti ada maslahat.
Walhasil, maslahat atau tidak dilihat kpd hukum syarak. Jika disitu dilaksanakan hukum syarak, maka pasti disitu ada maslahat, walaupun seluruh manusia memandangnya sebagai mudarat.
Tentang isu demokrasi ni, nasihat saya kepada adik egypt_medic dan kak UMMUHANAH ialah ;
1. Fahami betul-betul hakikat pemikiran demokrasi. Bukan apa yg kita sangka, tetapi kenyataan sebenar ttg demokrasi, dari mana ianya lahir, akalkah atau wahyu, bagaimana pula prinsip-prinsipnya, spt manusia yg berhak menetapkan hukum, bukan tuhan, adakah ianya bertentangan atau tidak dgn aqidah & syariat Islam.
2. Kenapa US dan Eropah bersungguh-sungguh memperjuangkan demokrasi. Bahkan sebab Afghanistan dan Iraq diserang adlh kerana Barat mahu menegakkan demokrasi di situ.
3. Tanpa mengurangi rasa hormat kpd sesama muslim, eksperimen demokrasi, spt yg berlaku kpd FIS di Algeria, Refah di Turki dan Hamas di Palestin menjadi pengajaran kpd kita.
4. Kenapa kita mesti MEMBELENGGU kita dgtn demokrasi. Kita dimomok-momokkan kalau tidak demokratik, kita guna kekerasan. Padahal, cara Islam utk menubuhkan daulah Islam bukan menggunakan kekerasan sekalipun tidak guna demokrasi.
Kajilah sirah Rasulullah,kajilah sistem hidup Islam, pasti didalamnya banyak petunjuk.
Wallahulam.
April 8, 2008 pada 12:27 pm
globalmalau
kalau kira slow kiter pun slow…tak per sebenarnya kita lebih dari laju…kita sebenarnya merobek berita sana sini untuk nak cari yang benar…Yang tak benar memang banyak dipasaran…Disinilah kita kawan…jadi penulis sendirian…jadi orang bebas….bebas menulis asalkan benar…sambil kita mencari pejuang pejuang yang benar yang ada dimana mana di bumi tuhan ini…Salam dari hambo
gloooobalmalau
April 8, 2008 pada 2:22 pm
dowell
Salam kamunting kembali,
Syukran ustaz. Dapat tambahkan ilmu ana.
April 9, 2008 pada 5:02 pm
el
syabas kerana ustaz berjaya halang pemergian kakitangan mpkb untuk berhibur-hibur di indonesia, yang tentunya tidak mendatangkan manfaat pun… beberapa kali dengar cerita mereka yang pegi, lepas balik.. bukan makin baik pun kerja… setakat pergi untuk shopping.. tak de guna… menghabiskan duit yang sepatutnya digunakan untuk rakyat saja…
suka juga nak cadang, agar, dapat diubah undang-undang, agar pesalah yang buang sampah merata-rata dalam negeri kita ni, dibawak ke mahkamah, dan dihukum denda menyapu sampah sekitar kota bharu… selain dari menjadi pengajaran kepada meraka, dan juga orang lain… dapat juga menjimatkan kos nak bersihkan bandar, dan bandar jadi bersih… tak tahan dah dengan sikap pengotor orang kita…
kalau yang degil… tambahkan saja jumlah hari kepada seminggu ke… dan yang penting, penguatkuasaan dan jangan lah ada lagi sikap.. ahh.. orang kita… lepas lah… tak nak ada pilih kasih… saman… tetap saman….
April 10, 2008 pada 5:05 pm
bulanmasa
Salam,
Al quran menyebut, barangsiapa yg mencari selain Islam sebagai din (cara hidup), maka ianya (din tsbt) tertolak.
Dengan demikian, saya ingin mencadangkan agar pemilik bank-bank di “negeri kita” di hukum dgn hukuman yg berat kerana menjalankan transaksi yg bertentangan dgn hukum syarak spt riba’ dsbgnya.
Begitu juga dgn pihak mahkamah yg menjalankan trial serta menjatuhkan hukuman berdasarkan hukum kufur, dijatuhkan hukuman yg berat krn ianya terang-terangan bertentangan dgn hukum syarak.
Saya rasa ini lebih utama krn ianya membabitkan hukum halal dan haram.
April 10, 2008 pada 6:11 pm
ummuhanah
haaa…..betol tu..saya setuju dengan ustaz,
tapi camano nak hukum pemilik bank negeri ke, mahkamah negeri ke……apa-apa le…kena ada kuasa jugak le nampaknya…kena masuk pilihanraya negeri ke parlimen ke………jadi PM dan perintah satu malaysia ni ….baru le ‘order’ kita ada harga…..ingat senang ke nak hukum orang dalam sistem perundangan Malaysia warisan penjajah ni….silap-silap kita pulak yang berumahtangga dalam lokap…adeh..deh
Ustaz mesti bertanding pilihanraya dan saya mesti kempen punya!! jangan lupa simbol bulan kita ya….kita gempur UMNO dengan undang-undang rimbanya…Allahuakbar!!
hee..hee jangan marah ustaz bulanmasa…saya melawak je! tapi sungguh ni, saya sedih sebab berkongsi rasa dengan ustaz dalam membenci demokrasi, tapi tak berkongsi cara dalam menentang demokrasi..adeh..deh…
April 10, 2008 pada 9:15 pm
bulanmase
Salam,
Tak suka, tapi tak tolak……eemmmm…..mungkin dalam bab lamar melamar bolehlah dipakai kaedah macam ni. Kalau dalam bab menegakkan daulah Islam dan menentang kekufuran, ada kaedah lain yg perlu dipakai.
Rasanya sdra “ibu-kpd-hanah” @ ummuhanah tentu hafal hadis bahawa nabi berpesan kalau kita nampak kemungkaran, cegahlah dengan tangan atau lisan. Kalau tidak sanggup, cukuplah dgn hati tetapi itu selemah-lemah iman.
Nabi juga memberi motivasi kpd kita dgn hadisnya iaitu penghulu para syuhada ialah hamzah bin abd mutallib dan pemuda yg berdiri dihadapan penguasa yg zalim dan menyuruhnya berbuat makruf serta melarang kemungkaran, lalu dia dibunuh.
Sebenarnya kita tiada pilihan selain terikat dgn hukum syarak dan meninggalkan kemungkaran. Taqwa ialah seseorg yg begitu berhati-hati agar tdk sampai melakukan perkara yg dimurkai dan sentiasa terikat dgn hukum syarak.
Kita ada pilihan selain daripada demokrasi. Malangnya, kita sendiri, maksudnya sdra ummuhanah sendiri yg membelenggu diri dlm kandang demokrasi.
Islam perlu kuasa utk memerintah, namun tujuan tdk menghalalkan cara.
Okey, biarlah apa yg sudah berlaku…dgn kuasa yg sudah berada ditgn, dalam surah al maidah, lupa lak ayatnye….yg maksudnya dan putuskanlah diantara mereka (rakyat) menurut apa yg telah diturunkan oleh Allah, dan jangan kamu turuti hawa nafsu mereka yg mahu memalingkan kamu dari apa yg telah turunkan.
Sdra ibu-kpd-hanah, saya ada soalan kpd sdra;
1. Apakah hukum melaksanakan hukum kufur ?
2. Apakah hukum mencampur adukkan pelaksanaan hukum Islam dan hukum kufur ?
3. Bolehkah kita memilih-milih hukum Islam yg kita nak amalkan dan yg lain kita tak mahu amalkan dulu ?
4. Bolehkan seorg yg baru masuk Islam mohon solat hanya 3 waktu sahaja utk sementara waktu, ingin mengurangkan minum arak dari tiap hari kpd sekali seminggu sahaja ?
Sekian,
Bulanmase
kzugm@yahoo.com.my
April 10, 2008 pada 9:46 pm
el
kalau nak berperang, pegi lah tubuh sebuah kumpulan sendiri… bawak lah pengikut-pengikut tu berperang… semuga berjaya lah…. pas rasa nya, masih cuba mendapatkan kuasa melalui jalan demokrasi buat masa ni…
April 11, 2008 pada 12:22 am
bulanmasa
Salam,
el, Rasulullah menegakkan daulah Islam bukan dgn cara berperang dan bukan dengan cara demokrasi.
Mungkin el tak sedar, demokrasilah yg mengajar el bahawa kalau tidak demokrasi maka caranya adalah berperang.
Walhal selain demokrasi dan berperang, ada lagi cara-cara yg lain.
Dalam banyak-banyak cara utk dptkan kuasa, hanya cara Rasulullah yg kita kena ikut.
Jadi, fahamilah cara Nabi.
April 12, 2008 pada 12:17 am
ummuhanah
Salam untuk Ustaz nik
Salam untuk Ustaz Bulanmasa
Memang memeningkan kepala…kerana berpusing dan berkeliling ditempat yang sama…masih tak kemana saya….dah terpengaruh agaknya dengan ustaz bulanmasa….sahabat cyber kesukaan saya !…tak sangka… asyik jugak rupanya mencari makna dan jawapan pada sesuatu perkara…InsyaAllah keyakinan masih tetap ada kalau sentiasa merayu pimpinanNya
Niat memang tidak menghalalkan cara……dalam Islam selain niat cara juga perlu dijaga supaya menepati syariat. Syariat menentukan samada tindakan itu hak ataupun batil, halal ataupun haram, sah atau pun batal, wajib ataupun harus dan sunnah maupun bidaah. Bukankah ini menandakan kecantikan dan kemudahan Islam untuk penganutnya.
” ketika berhadapan dengan dua kemudaratan diharuskan mengambil kemudaratan yang lebih ringan”
Ia bermaksud, apabila setiap tindakan yang bakal diambil pasti mendatangkan kemudaratan, ketika itu tindakan yang paling wajar adalah melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan paling ringan.
Keadaaan seperti ini pernah berlaku pada zaman nabi semasa menandatangani Perjanjian Hudaibiah. Pada masa itu pemuka2 Quraish meminta digugurkan kalimat”Rasulullah” dan “Ar rahman Ar rahim” yang terdapat dalam perjanjian itu, maka nabi memadamkan kalimah-kalimah itu kerana baginda lebih mementingkan isi perjanjian dan memberi peluang kepada penyebaran dakwah Islam…Baginda lakukannya demi mencapai maslahat yang lebih besar.
Dalam Islam mengapa individu diharuskan memakan sesuatu yang haram bagi menyelamatkan nyawa?? memakan suatu yang haram ada mudaratnya tetapi kebuluran sehingga membawa kepada maut adalah lebih berbahaya. Pilihanraya memang tidak menepati kehendak agama, namun mendiamkan diri dan membiarkan orang-orang fasik memimpin manusia adalah jauh lebih teruk dan memudaratkan. Umat Islam perlu rasional . Dengan berpandukan syariat yang betul, mesti jelas dalam mengambil keputusan…kerana perkara yang paling penting akhirnya adalah untuk mendaulatkan agama Allah .
Kita telah lama berkerja, mengajar agama, bersyarah, berdiskusi dan berceramah mengajak manusia kepada Allah . Usaha murni ini perlu kita utuhkan lagi dengan penguatkuasaan peraturan dan undang2….kalau tidak, ia akan hanya menjadi seperti asap yang berkepul-kepul sekejap, kemudian hilang di bawa angin yang berhembus.
Saya pernah terdengar satu sirah Rasulullah ..yakni Rasulullah pernah memanfaatkan perhimpunan musim haji tajaan golongan jahiliah, dengan mengambil kesempatan daripada perhimpunan tersebut untuk bertemu dengan mereka yang menunaikan haji di rumah-rumah mereka di Ukkaz, Majannah dan Zul Majaz bagi mendapatkan bantuan dan sokongan. Rasulullah memanfaatkan suasana aman yang wujud, dengan institusi2 yang sesuai pada masa itu untuk menyebarkan dakwah.
Sama seperti musim haji pada zaman jahiliah, pilihanraya dilihat sebagai kesempatan untuk bertemu manusia, bekerja mendapatkan sokongan, mendidik dan melakukan dakwah…bukankah ini kesempatan yang perlu dimanfaatkan??
Nampaknya saya kena mengaji lagi ni tentang hukum ‘rukhsah’ dan ‘azimah’ ….kerana takut tergoyah keyakinan saya dengan ustaz bulanmasa….lagipun saya manusia yang lahir dari pendidikan sekular…..sudah pasti banyak lemahnya !!mmmmm…bahaya ni
Apa pun dihati saya Pas masih wadah perjuangan yang tepat untuk meruntuhkan sistem kuffar di bumi Malaysia. Biar pun sukar, kita akan tetap mengusahakannya…Allahuakbar!!
P/S : apakhabar nik amalina dan ariffahmi ?…kawan saya di UTM dulu ni…besor mana le keluarga depa sekarang…kalau tak malu nanti kelik klate saya ziarah deh!! tapi tak jamin le, nanti pecoh pulok rahsio ambo…he..he..
April 12, 2008 pada 1:25 am
bulanmasa
Kpd Ustaz
Dan kpd Sdra ibu-kpd-hanah,
Saya menghormati sdr sbg muslim dan sdra dlm perjuangan menegakkan Islam. Namun izinkan saya utk berbeda pendapat tanpa perlu menghancurkan jalinan ukhuwwah Islamiyah.
Amal yg baik mestilah disertai dgn niat yg ikhlas dan sesuai dgn hukum syarak. Kalau tidak, ianya menjadi asap. Nabi berpesan, selepas keburukan tsbt akan ada kebaikan tetapi diselaputi asap. Sahabat bertanya, apakah maknanya. Lalu jawab Nabi, golongan yg ingin mencari kebaikan tetapi merujuk kpd selain drpd kitabullah.
Sejauh yg saya yg dhoif ini tahu, kaedah memilih “mudarat yg lebih kecil” dibanding “mudarat yg lebih besar” boleh kita guna tapi ada batasannya. Kita guna kaedah tsbt dalam perkara yg mubah @ harus sahaja.
Tetapi jika kita menggunakannya secara umum termasuk ke atas perkara yg hukum asalnya haram, ia akan menjadi ; TUJUAN MENGHALALKAN CARA.
Dgn demikian, baru kita tidak confuse dgn kaedah tsbt.
Bagaimana dgn HUKUM RUKHSAH. Tidakkah Allah memberi keringanan kpd hamba Nya dlm perkara yg tidak mampu ditanggung hamba Nya ?
Benar, Allah memberi rukhsah. Namun perlu kita ingat, ada pra syaratnya. Dalam hal ini, kalau “benci” dgn kitab-kitab HT atau Syeikh Taqiyuddin, bolehlah merujuk kpd kitab-kitab ulamak muktabar yg lain spt kitab-kitab Imam Syafie, Malik, Ibnu Taimiyyah dsbgnya. Di situ akan jelas kpd kita keadaan / syarat bila keringanan tsbt diberi iaitu ;
1. Bila ianya membabitkan persoalan / pilihan hidup atau mati ;
2. Diancam dgn kecacatan yg kekal.
Adapun dlm persoalan dakwah & perjuangan, kita diberikan keringan apabila diancam dgn 2 pilihan di atas, namun Allah & Rasul menegaskan, pilihan yg lebih utama dibanding pilihan keringan di atas adlh memilih utk mati / menanggung derita. Sebab itu, sebahagian sahabat memilih pilihan yg utama tsbt sehingga syahidlah wanita pertama dlm Islam, Sumaiyyah.
HIDAYAH ada tiga bentuk ;
1. Hidayah yg secara semulajadi ada dlm diri kita iaitu manusia secara semula jadi kita cenderung kpd perkara2 yg baik.
2. Berupa wahyu, samada al quran atau hadis. Jadi nak cari hidayah, carilah al quran & hadis. Rujuk al baqarah ayat 2.
3. Hidayah taufiq iaitu petunjuk dari Allah, yg diberikan kpd hambanya-hambanya yg mencari hidayah. Tetapi kalau hambanya tidak cari, Dia pun tdk memberinya. jadi, hidayah taufiq ini, sekalipun ia dtg dari Allah ianya tetap terkait dgn usaha kita. Oleh itu, kita tak leh dakwa Allah di akhirat kenapa Dia tdk memberi hidayah taufiq, sebab ianya terkait dgn pilihan kita. Org kafir, jika dia dgn akal sihatnya mencari hidayah, pasti Allah akan memberi petunjuk kpd Islam. Begitu juga org beriman, jika mencari petunjukNya, pasti Dia akan memberi jalan bahkan mempermudahkannya. Lihatlah usaha ulamak hadis berjalan ribuan batu mencari petunjuk kesahihan hadis. jadi perlu usaha.
Semoga sdra ummuhanah tidak jemu mengembara mencari petunjuk Nya. Saya pasti ianya tidaklah sejauh yg sdra sangkakan.
Bulanmasa
kzugm@yahoo.com
April 17, 2008 pada 5:56 am
nikabduh
Salam Kamunting,
Ummuhanah,
Terima kasih atas pujian dan juga sedikt petikan tazkirah daripada imam al Ghazali itu. Setiap kita berdepan penyakit. Dengki dan permusuhan adalah seburuk – buruk penyakit. Semoga Allah babaskan daripada kita.
Juga, komen komen panas dan hangat buat bulanmasa. Teruskan memahami PAS dan perjuangannya. Semakin faham, semakin yakin, insya Allah.
MAzli Ahmad,
Saya tak tahu nak komen. Saya tak tanya pun ayah saya apa tujuannya? Mungkin, jika dengan izinnya untuk keluar siasah, dia rasa ada yang semua orang perlu tahu. WaLlahu a’lam.
Bulanmasa,
Anda bacalah sekali lagi tulisan saya itu. Jawabannya ada di sana dan mudah dicerap. Mungkin dalam kegalakan anda menghujah dan menumpu kejahiliyahan demokrasi, anda jadi mudah keliru dengan tulisan saya.
Saya baca juga artikel HT yang panjang itu. Tiada beza kecuali pada perkara yang tiada kaitan dengan tulisan saya di atas.
Islam perna diserang fahaman falsafah jahiliyah yang merosakkan pemikiran umat Islam dalam mengenali Allah dan Islam. Pemerintahan Islam masa itu goyah jadinya. Ulama sukar diawalnya untuk menangani kerana sistem pemikirannya yang agak janggal berbanding cara fikir umat Islam awalan.
Kebangkitan adalah setelah ulama menguasai falsafah dan menghujah secara falsafah juga dengan pembaikan ilmu falsafah Islam. Sehingga hari ini, falsafah Islam terus hidup. Pastinya ia menumpang lahir dari tamadun pemikiran manusia dahulu yang diperbaharui secara Islam.
Saya menyebut ini sekadar mengheret anda untuk memahami bahawa demokrasi adalah pemikiran terbaik jahiliyah moden untuk kehidupan. Ia baik untuk jahiliyah hari ini tetapi buruk sekali untuk Islam dan wawasannya.
Fahami dan gunakan demokrasi yang diperbaharui secara Islam untuk menentang demokrasi jahiliyah. Ia adalah mudah hari ini sebagaimana
ia agak sukar diawal pertembungan.
Ulama gerakan Islam sudah di depan mendepani demokrasi. Anda dan HT tidaklah perlu menongkah sesuatu yang tidak mesti.
Perjuangan HT akhirnya berkisar pada perihal yang terlalu khilafiyyat pada mengasingkan Islam dan kufur.
Saya tidak teruja langsung denagn komen HT terhadap keputusan pilihan raya lepas. Ia telah difahami PAS sejak sekian lama. Ia terlalu basic dalam PAS.
ibnmumtaz,
Nak bagi salam macam mana tak kenal tuan? ibn mumtaz ni ramai rasanya..
egypt-medik,
Begini, saya mengajak anda bermain bola sepak, tetapi anda keras nak main ragbi. Ketika saya memintas anda, anda mensyaratkan tak boleh pakai tangan sebab main bola sepak hanya guna kaki.
Saya kata, kenapa dalam ragbi nak pakai hukum bola sepak?
Begitulah, kenapa dalam ‘main’ demokrasi barat nak pakai hukum Islam? Kenapa hukum demokrasi ‘boleh’ jatuhkan pemimpin melalui pilihan raya
ditolak, lalu dipaka hukum Islam ‘tak boleh’ jatuhkan pemimpin Islam kerana ‘dalam Islam’ itu derhaka pada pemimpin yang besar dosanya?
Beginilah UMNO mempermainkan hukum Allah.
Kedua,
Demokrasi barat adalah jahiliyah pada asas dan dasarnya. Boleh rujuk artikel HT di atas untuk kemudahan. Tetapi pada cabangannya, ada yang tiada bersalahan dengan Islam.
PAS semasa menyertai dan menelusuri sistem demokrasi sedang memperkenalkan asas demokrasi secara Islam kepada pemabuk demokrasi jahiliyah. Ini pemikiran PAS dan inilah cara gerakan Islam yang menyertai pilihan raya seluruh dunia.
Bila kita ada sekelumit kuasa, sekelumit itulah tumpuan kita untuk menukar dan menambah baik.
Globalmalau,
Well done!
dowell,
Suka jika anada terus membaca. Semoga kita bersama
el,
kerja MPKB ke? Jangan kata semua lawatan itu membazir ya? Jika ianya betul tujuan dan prosedur, semua layak. Beli belah itu adalah sebahagian bercuti. Cuti sambil belajar.