Salam Kamunting,
AlhamduliLlah, saya selamat tiba ke tanah air dari perjalanan jauh lebih 24 jam yang meletihkan. Saya berlepas dari United Kingdom pada jam 1 tengahari, dua hari lepas ( jam 9 malam waktu Malaysia ) dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu jam 11.30 malam semalam. Perjalanan agak lama kerana transit di Dubai selama 8 jam.
Kerana jadual yang bertembung, saya terpaksa membatalkan tiket dan terlepas peluang bersama YAB ayahanda Dato MB ke negeri Kedah Darul Aman untuk menyertai perhimpunan besar rakyat Kedah meraikan kemenangan gerakan Islam PAS memerintah negeri Kedah dalam pilihan raya umum baru -baru ini.
Saya hanya mampu mengikuti perhimpunan itu secara live melalui internet bersama sahabat – sahabat di UK walaupun agak terganggu siarannya. Tahniah rakyat Kedah dan semoga Allah memudahkan jalan untuk umat Islam kembali kepada Islam yang menyelamatkan kehidupan manusia di bumi ini. Tiada erti kemenangan jika tiada hidayah dan inayahNya yang bertambah – tambah.
Saya seminggu di United Kingdom, negara yang menjadi impian saya untuk lawati. Pertama, saya belum pernah menjejak kaki di bumi Eropah. Kedua, saya ingin mengenali negara yang pernah menjajah negara saya beratus tahun sehingga berjaya memunahkan dan melahirkan anak Melayu yang menyanjungi barat sehingga menolak agama sendiri. Mereka kini bertompokan di dalam UMNO.
Saya banyak membaca mengenai barat, tetapi seminggu di sana melumatkan puluhan buku yang saya baca dan menjadikan saya lebih faham. Semestinya dua minggu adalah lebih baik dari seminggu untuk saya lebih memahami dunia barat. Saya harap akan terus memperolehi peluang ke sana lagi. Saya juga mengimpikan untuk sampai ke Amerika, negara boneka Yahudi itu.
Sentiasa kalah dengan kesejukan, saya sentiasa menggigil setiap kali keluar rumah, hotel dan kereta. Saya menumpang di rumah rakan – rakan yang bekerja di sana. AlhamduliLlah, saya mengenali sahabat – sahabat baru yang cukup baik dan mesra sehingga terus mengelopakkan rasa kasih dan sayang yang menghangatkan. Sebahagian mereka seusia saya lebih kurang dan sebahagian lagi jauh lebih muda sehingga saya mula ’sedar diri’, aku ni dah masuk kategori tua rupa – rupanya.
Semua mereka akan menjadi golongan profesional negara suatu hari nanti. Saya seronok sekali berkenalan setiap hari dan setiap kali menemui mereka. Mereka semua mencintai Islam dan begitu tinggi cita – cita dan perjuangan mereka untuk melihat Islam bangkit kembali di Malaysia. Di bumi Mat Saleh yang telah merosakkan otak orang – orang tua mereka, mereka hidup seperti ikan berenang di laut masin, cekal berpegang teguh dengan Islam yang menyelamatkan kehidupan di bumi.
Dengan berita kemenangan Islam di Malaysia yang masih terlalu segar, sudah pasti perbualan, perbincangan dan borak – borak kami menjadi begitu segar. Daripada yang bekerja dan belajar di Kota London, Manchester, Sheffield dan Dublin di Ireland sehinggalah Aberdeen dan Dundee di Scotland, saya belajar banyak sekali daripada mereka mengenai kebangkitan Islam dan tuntutannya. Mereka menjadi guru saya sebagaimana mereka sudi menamakan saya sebagai guru mereka semasa di sana.
Paling menarik, saya menemui ramai juga yang mengenali saya ( fikrah saya ) melalui blog saya ini. Saya perasan dan perasan itu menyeronokkan.. kan?
Paling menarik, saya sempat berlabuh di Newcastle ( Kota Bharu ). Saya bayar mahal juga untuk masuk dan mengopak habis stadium bola sepak Newcastle tempat Micheal Owen yang saya minati bermain. Kami diberi taklimat hampir dua jam sambil ditunjuki pelbagai bilik dan tempat yang cukup mengkagumkan bagaimana mereka mengurus sukan bola sepak yang kini sudah menjadi ugama baru dunia barat yang kontang.
Mereka seminggu sekali akan masuk stadium menggantikan gereja. Tuhan mereka adalah pemain pujaan mereka, tidak lagi Nabi Isa al Masih.
Sekejap tadi saya terbaca cadangan oleh pengganti Datuk Khir Toyo yang menerajui negeri termaju di Malaysia untuk menjadikan bola sepak Selangor diurus secara yang begitu profesional. Hah, sampai beginikah Barisan Alternatif? Satu persatu nak kena ajar dan baiki kerosakan di zaman BN.
Nampaknya kita sudah terlalu lama dibekukan otak oleh BN. Sampailah masa kita berubah dengan berani.
Musafir itu meletihkan, tetapi letih lagi perjuangan ini. Musafir itu menyeronokkan, tetapi seronok lagi perjuangan ini.
Perjuangan adalah kehidupan seorang musafir di bumi Tuhan.


18 comments
Comments feed for this article
Mac 29, 2008 pada 8:50 pm
orang US
salam ustaz
seronok baca cerita ustaz ni.kalau ustaz nak dtg USA, jgn lupa bagitahu saya.
blh saya tumpangkan ustaz kat rumah saya dan bwk ustaz jalan-jalan sekitar Chicago.tp kena sorok-sorok la.nanti diekori SB upahan AMENO plk.susah saya nanti.huhu
Mac 30, 2008 pada 8:40 am
anjang1458
Ustaz , bicara atas mata kasar & pendirian sendiri .Tak semua mudah berpengaruh dengan alam sekeliling mahu pon budaya barat . Saya berniaga ber urusan dengan Orang2 UK dan menetap lama di Singapore masih mengulur bantuan dan memajukan kampong halaman di- N9 . Lebeh baik betul kan diri sendiri dan kaum kerabat terdekat dulu perlahan menjalar jauh ke lain pula .
Mac 30, 2008 pada 3:25 pm
Muhtar Suhaili
Salam Ustaz;
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Sekadar satu perkongsian Catatan Kembara Muhandis ke United Kingdom: http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/03/03/catatan-kembara-muhandis-ke-united-kingdom/
Wallahu a’lam.
Mac 30, 2008 pada 5:37 pm
OgheKlate
Komen utk anjang1458
Cermin diri dulu sebelum komen ustaz Nik. Hang tu blaja sampai mana. Berapa bijik kitab yang hang habis. berapa orang tok guru yang hang bertalaqqi, berapa orang anak didik hang. Cakap sedap mulut aja. Kalo sapa2 tok guru jumpa hang mesti makan penampar…. aku pon geram jugak neh…huhu…
Mac 31, 2008 pada 11:55 am
rijal05
Salam epilog semua,
Ustz, Syukran atas perkongsian siri epilog perjalanan .
Satu perkongsian & pandangan yang menarik,sebagai gambaran umum keadaan dunia disebelah sana.
Insyallah jika dipermudahkan….sy pun berkeingin merantau kedunia sana
” Jauh Perjalanan Luas Pandangan”
Mac 31, 2008 pada 2:44 pm
Bulanmasa
Salam,
Ustaz, ummah kini sangat memerlukan khilafah & syariah. Inilah persoalan vital yg perlu diselesaikan utk menyelesaikan berbagai masalah ummah hari ini. Pengembaraan yg jauh semoga membuat ustaz merasakan lagi bahawa tanahair bahawa umat Islam adlh sejauh perjalanan ustaz tsbt. Wilayah ini, yg terbentang dari timur (Malaysia & Indonesia) sehinggalah Sepanyol adalah wilayah yg satu dan pernah bersatu. Bayangkan Eropah 50 tahun lalu adlh eropah yg saling bergaduh antara satu sama lain, tetapi selepas bbp dekad memutuskan utk bersatu. Maka, umat yg SATU KIBLAT ini pasti lebih mudah utk bersatu.
Semoga ustaz bersama-sama dgn jutaan umat Islam di seluruh dunia yg tiada henti berkerja utk mengembalikan khilafah agar syariah dapat dilaksanakan, agar penderitaan ummah dpt diakhiri dan agar Islam kembali menguasai dunia.
Seruan yg jelas, tegas dan berani mampu menusuk jauh ke dalam hati ummah utk segera bangkit mengembalikan semula kehidupan Islam.
Tiada keadilan selain daripada syariah Islam,
Tiada perubahan selagi sistem kufur masih terus bercokol ditengah-tengah ummah,
…dan bukan kemenangan selagi Demokrasi tidak berjaya dihapuskan….
Akhirkata,
perjuangan menegakkan daulah Islam adalah perjuangan pemikiran, politik dan tanpa kekerasan.
Mac 31, 2008 pada 5:02 pm
fendi
Salam ustaz…..
saya adalah stdent dr klantan dan pengundi d dun chetok..kira2 rakyat bwh jagaan ust halim…adun chetok…
ustaz..sy nk mintak jasa baik st n juga sbg cadangan..apakata ust kongsi kt blog ni gambar2 yg menarik kt cni utk tatapan pengunjung site ini…cthnya gambar kt uk tu ke…harap d peertimbangkan..
Mac 31, 2008 pada 8:25 pm
ummuhanah
sedih membaca tulisan bulanmasa…..
begitu jauh dia berkelana……membawa jasad dan jiwanya……mencari tuju cintanya……teraba-raba pula dia pada laluannya…….mungkin kabur pandangan matanya……..jesteru bicaranya begitu lemah, lesu, menderita dan kecewa……saya terasa begitu kasihan…….Ya Allah! berilah bantuan.
tiada keadilan selain daripada syariah Islam…ya ini benar
tiada perubahan selain sistem kufur terus bercokol di tengah ummah.. ini juga benar….
bukan kemenangan selagi demokrasi tidak berjaya dihapuskan…..ini pun memang benar saudaraku
Menurutmu perjuangan menegakkan daulah islam adalah perjuangan pemikiran, politik dan tanpa kekerasan……lalu caranya bagaimana wahai saudara ?? mungkin saudaraku boleh memimpinku kepada persoalan ini kerana bagiku sudah tentu islam itu kuatnya bukan sekadar pada bicara..tapi yang utamanya usaha, bekerja yang melaksana dengan segala kemampuan fizikal yang ada…
saudaraku,
‘ jikalau anda menyaksikan kezaliman terjadi di sesuatu tempat, atau anda mendengar jeritan manusia yang teraniaya, kemudian anda tidak pula menemui umat islam di situ yang bangkit menentang kezaliman itu, maka anda bolehlah berprasangka begini – wujudkah islam atau umat islam di situ??atau yang ada sekadar pondan-pondan yang hanya mampu menggelengkan kepala atau sekadar berkata ‘ astaghfirullah’
Ini kerana adalah manjadi suatu hal yang mustahil bagi hati-hati yang menjadikan Islam sebagai benteng aqidahnya, akan rela menerima ketidakadilan, kezaliman dan pendustaan sebagai suatu sistem yang bermaharajalela di depan mata.
saya pernah terbaca tulisan As-syahid Sayid Quthub ” jika Islam itu ada/wujud, maka ia beerti perjuangan melawan ketidak adilan tidak akan pernah berhenti, jihad menentang kebuasan tidak akan pernah putus, dan mencari syahid dalam menegakkan kebenaran, keadilan dan persamaan tidak pernah akan hilang. Jika islam itu tidak ada/tidak wujud maka ini bererti pada waktu itu yang terdengar hanyalah kumat-kamit doa-doa, bunyi tasbih yang diputarkan ditangan, dan golongan yang berhati-hati dengan mentera perlindungan, kepasrahan dengan harapan agar langit menghujankan rezeki dan kebaikan ke atas muka bumi atau langit menghujankan kemerdekaan bersama keadilan.’
Bacalah pada kalam Allah dalam surah Ar-Ra’du : 11 . Islam tidak pernah membangunkan sebuah hati, lalu hati itu dibiarkan menyerah pasrah tanpa memberikan reaksi apa-apa terhadap kezaliman yang dihadapinya sendiri atau yang dihadapi oleh sekumpulan manusia walaupun dimana, dan di bawah kekuasaan mana pun jua…
lalu saya kira Islam itu sebenarnya ada keras dan ada lembutnya……mungkin saudara dan saya perlu sama-sama mencari rahsia….Islam itu kerasnya di mana?? atau lembutnya itu bagaimana???
Mac 31, 2008 pada 10:20 pm
zahrah
salam,
ustaz syukran jazillan….
April 1, 2008 pada 6:48 am
bulanmasa
Salam buat ustaz, khususnya buat ummuhanah,
Berkata as Syahid Syed Qutb di dalam kitabnya, al ma’alim fit thariq, “Barangkali manusia berpandangan, Rasulullah bolehlah untuk awalnya menggunakan seruan nasionalisme Arab. Apalagi bangsa Arab ketika itu tersepit antara dua peradaban besar Rom dan Parsi. Tentu hal ini lebih mudah utk org2 Arab menerimanya. Lalu, apabila manusia sudah menerimanya, kemudian bolehlah Rasulullah saw sedikit demi sedikit menonjolkan Islam yg sebenar. Akan tetapi Allah tidak menghendaki cara-cara yg demikian. Sedari awal lagi, Rasulullah menyeru kepada seruan Rabbani, yg tiada sebarang campurtangan manusia di dalamnya….”
Demikian tulisan Syed Qutb di dalam kitab yg membawanya ke tali gantung. Barangkali penerangan tersebut utk menjelaskan hadis bagaimana baginda menolak tawaran “perkongsian kuasa” oleh pemimpin Quraish kpd Baginda saw.
Tetapi Baginda menegaskan bahawa beliau tetap tidak akan pernah berhenti daripada menyeru kepada Islam SERTA menyerang kepercayaan dan amalan jahiliyyah. Bagi Rasulullah, hanya ada dua pilihan, samada beliau menang atau binasa (mati) kerananya.
Ada org berkata, cara menegakkan negara Islam kabur dan tidak jelas. Lebih teruk lagi, ada ke Islam ajar cara utk menegakkan negara Islam ?
Benarkah bahawa cara utk menegakkan negara Islam tidak diajar oleh Rasulullah sehingga kita bergantung kpd thaghut utk menegakkan Daulah Islam ?
Atau cara Baginda tsbt tidak jelas dan kabur sehingga kiata TIADA pilihan sehingga terpaksa meminjam konsep diluar Islam utk menegakkan Islam ?
Sdraku Ummuhanah,
SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW TELAH MEMBERI PETUNJUK JELAS KPD UMMATNYA BAGAIMANA THARIQAH UNTUK MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA ISLAM.
Kaedah yg ditempuh oleh Rasulullah perjuangan pemikiran / intelektual dan politik serta tanpa kekerasan. Dan Nabi saw tidak melakukannya bersendirian, tetapi dalam sebuah jamaah/kutlah @ parti politik.
Secara ringkas, dakwah Nabi utk menzahirkan agama Allah ini boleh dibahagi kpd 3 fasa. Bagaimana ?
Mula-mula, Rasulullah Saw MEMBENTUK SEBUAH KELOMPOK / PARTI. Hal ini dilakukan secara diam-diam selama lebih kurang 3 tahun, bermarkas di rumah al arqam bin abi arqam. Contact dakwah dilakukan secara personal dan sesiapa yg menerima Islam, akan dilakukan pembinaan selanjutnya dalam pembinaan yg lebih intensif @ halaqah / usrah.
Setelah terbentuk sebuah kelompok yg solid dan mantap, Rasulullah saw kemudian menerima arahan utk berjuang secara terang-terangan. Firman Allah swt, “Dan sampaikan olehmu secara terang-terangan segala apa yg diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah kamu dari org2 yg musyrik.”(Surah al Hijr ayat 94)
Target dakwah dalam fasa kedua ini adalah utk menyiapkan masyarakat bagi pelaksanaan sistem Islam @ penegakkan negara Islam. Utk itu MASYARAKAT PERLU DIFAHAMKAN TENTANG ISLAM. Utk memahamkan Islam, kelompok ini perlu menerangkan Islam disamping mengkritik/menyerang kepercayaan dan amalan kufur/salah. Ini yg membuat masyarakat jahiliyah tidak tahan. Keadaan ini lebih panas lagi apabila target kedua dlm fasa kedua dakwah ini ialah MEMUTUSKAN WALA’ masyarakat thdp pemimpin yg sedang berkuasa.
Utk mendapatkan kuasa, baginda melakukan THALABUN NUSRAH, iaitu meminta sokongan dan dokongan dari pihak yg memiliki KEKUATAN dalam masyarakat utk menegakkan sistem Islam.
Akhirnya sekelompok org2 Madinah mahu menerima Islam, yg kemudian membawa kpd tertegakkanya Daulah Islam. Dgn demikian dakwah Islam telah memasuki fasa yg ketiga.
Dalam fasa ketiga, syariat dilaksanakan dan jihad keseluruh alam dilakukan tanpa henti. Inilah yg membuat Islam menjadi ideologi yg DOMINAN @ menang ke atas semua agama/pemikiran.ideologi. Jutaan manusia berbondong-bondong masuk Islam.
Demikianlah thariqah dakwah Rasulullah saw dalam menzahirkan Islam dimuka bumi ini. Sesungguhnya methode Rasulullah saw adalah jelas dan terang, bagi sesiapa yg berfikir dan mahu mengambil pelajaran darinya. Namun, methode tsbt akan kelihatan kabur dan gelap, apabila kita cuba dan berusaha mengadunnya dgn pemikiran-pemikiran diluar daripada Islam, yg bertentangan dgn aqidah dan syariah.
Methode Rasulullah adalah methode yg datang dari langit dan terbukti telah berjaya. Manakala eksperimen menggunakan idea yg diceduk dari org kafir terbukti sebaliknya, walaupun hanya selangkah menuju kekuasaan atau bahkan ketika kekuasaan tsbt telah pun berjaya dipegang. Apa yg berlaku kepada sdra kita di Algeria, Turki & Palestine seharusnya memberi pengajaran kpd kita semua.
Seruan kpd Islam perlu disampaikan dgn jelas, terang dan berani. Berani bukan bermaksud berani menggunakan kekerasan, tetapi berani menyampaikan kebenaran walaupun semua org membencinya.
Yg diperlukan oleh ummah, bahkan manusia seluruhnya adalah kembalinya semula sebuah kehidupan Islam. Kehidupan yg diatur berdasarkan hukum-hukum Islam, yg dilaksanakan melalui sebuah negara Khilafah.
Pada saat ini, seruan kepada penubuhan negara Khilafah telah bergema keseantero dunia. Gemanya semakin hari semakin lantang dan kuat. Dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Afghanistan, Xinjiang, Turkemenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan,Uzbekistan, Russia, wilayah2 Arab sehinggalah ke Denmark dan London, seruan kepada Khilafah membuat Bush konco2nya spt Donald Rumsfeld, Dick Cheney, Putin dsbgnya, berulang kali mengingatkan bahawa kekalahan di Iraq atau umumnya “war on terrorism” akan memberi jalan kpd tertegaknya “Caliphate” dari “Spain to Indonesia.”
Bayangkan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia bersatu menuntut penubuhan negara Islam iaitu khilafah, ianya pasti membuat kecut perut.
Dan pasti, ianya akan berlaku.
Semoga Allah memberi kekuatan kpd hamba-hambaNya yg lemah lagi kerdil ini, utk terus menyampaikan kebenaran Aqidah dan Syariah sehingga tampak jelas pd pandangan ummat, bentuk dan gambaran sistem kehidupan Islam.
Juga semoga Allah memberi kekuatan dan keberanian, utk membongkarkan kebusukan pemikiran dan sistem kufur, walaupun pemikiran-pemikiran kufur tsbt amat disayangi dan disanjungi oleh umat manusia.
Amin.
BULANMASE
April 2, 2008 pada 11:20 am
dhuat79
Bestnyer…
Bila nak mai sini?
April 3, 2008 pada 12:28 am
fahmi
Ustaz,
Ana rasa tak sedap hati tentang Chelsea nak datang Malaysia bulan Jun nanti. Khairy/FAM dah ‘endorse’ bagi lampu hijau dan Najib kata akan review kemasukan Avrant Gram dan Tal Ben-Haim. Dua-dua keturunan Yahudi. Bahaya ni, bila Pemuda PAS nak keluar kenyataan rasmi. T.kasih.
April 3, 2008 pada 2:58 pm
bulanmase
Ustaz,
Ana rasa tak sedap hati tentang penubuhan Pakatan Rakyat. Lim Kit Siang kata, beliau setuju dgn penubuhan tsbt dan Karpal Singh kata no way for islamic state . Kedua-dua org tsbt ekstrimis sekuler. Bahaya ni, bila pemuda PAS nak keluar kenyataan bahawa PAS komited thdp pelaksanaan syariah 100% dan Islamic state adlh pendirian PAS.
April 3, 2008 pada 11:12 pm
fahmi
Salam buat Ustaz,
Saya rasa Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat Malaysia pasca PRU 12 dan perlu kita hormati. Betapa begitu kuat orang2 PAS menolak untuk berdamai dengan DAP tetapi kalau itu yang rakyat mahukan PAS memang tiada pilihan. Kalau dalam Islam kita memahami setiap perkara yang berlaku tidak kira sama ada buruk ataupun baik adalah yang terbaik diberikan Allah. Tidak salah kita berlapang dada dan cuba menyulam setiap perkara yang berlaku dengan panduan yang Allah berikan. Sudah 50 tahun kita hidup bergaul baik dengan orang Cina dan India. Orang Cina banyak membantu meningkatkan ekonomi di pantai barat dan masyarakat India juga tidak ketinggalan membantu. Malaysia milik kita bersama. Pasti ada hikmahnya kemerdekaan tidak diberikan 100% kepada orang Melayu. Budaya yang paling perlu untuk kita terapkan ialah budaya saling hormat-menghormati perbezaan pendapat. Malah kemenangan rakyat dalam PRU12 banyak dibantu kaum Cina dan India. Kalau mereka sanggup sama-sama berjuang untuk selamatkan Malaysia kenapa perlu orang Melayu menolak.
April 6, 2008 pada 7:55 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
orang US,
Terima kasih, harap – harap saya dapat ke sana. Kata orang, nak masuk US lebih susah berbanding UK. Saya ada kawan SB Malaysia. Tp,setengah kata jangan percaya mereka. Susah juga ya.. Mereka semua dijadikan kutu oleh UMNO. Kalau PAS, mereka adalah elit pejuang Islam..
Anjang1458,
Tak berapa faham maksud.. baguslah anda, semoga terus berjaya. Dulu yang berpendidikan barat jauh daripada ugama, tetapi kini keadaan berubah. Msing – masing memilih jalan yang ada di depan. Kesian cerita Sufiah. Kalaulah ia bukan cerita benar… Saya takut mengulas mengenainya.
Muhtar Suhaili,
Kamu ni betul – betul kaki tulis. Layaklah jadi kaki jalan.. Ada tahi lalat kat kaki ke?
Bagaimana nak ingat nama2 tempat dilawati dengan mudah? Saya hanya ingat nama bandar. Elok juga kamu jadi novelis macam FT.
ogheklate,
demo pehe ko dia kato gapo tuh? betol ko dio behe ambo?
rijal05,
kena pergi umrah dulu elok.. ada duit lebih, bolehlah ke sana. Seronok juga.
Bulanmasa
Anda ‘hardcore’ HT nmapak gayanya.
Teruskan menulis dan menjawab rintangan di depan. Saya sentiasa baca komen anda tuh. Tak de blog? Rugi tak dokumentasi n arkibkan. Ada peluang saya komen nanti.
Pasal pakatan, insya Allah. Ulama PAS akan lebih berhati – hati. PAS ada pengalaman. Selagi Allah dijaga, Allah akan terus menjaga PAS. Doakan..
Fendi,
Gambar – gambar di UK ada kat pemudapc.blogspot.com . Ke sanalah. Cuma, kawan saya tu minat bola. Gambar kat NC saja banyak ditayang. Semala Owen saya sumbat gol lagi. Cantik…
ummuhanah,
hati – hati lawan hardcore tu..
Semoga saling memberi faham antara kita pejuang Islam. Saya harap blog saya dikongsi oleh pencari kebenaran, bukan perseteruan. Komen kak pun bagus juga.
zahrah,
Tak ajak saya makan nasi di rumah..
dhuat79,
Bila nak pi? bila anta kawin kot… dah buat lagu2 jiwang tu, kawin2 le. Kawin tu sedap. Sedap dari pergi UK..
Fahmi,
I have no comment. DPP Pusat tak komen. Mungkin ianya melibatkan individu, bukan sebuah entiti Israel seperti pasukan kriket Israel dulu.. WaLlahu a’lam. Saya tak suka buat komen kontroversi.. Cukup ayah saya.
Komen anda pasal penyatuan sangat baik. Ya, Cina India banyak membantu membangun negara. Dalam negara Islam, mungkin mereka boleh lebih kaya lagi sebagaimana Melayu turut kaya dalm dan luar. Hari ini yang kaya adalah UMNOputra saja.
April 9, 2008 pada 12:04 am
azizi
Assalamualaikum wbt
Kepada Penyokong PAS
Pertama kali sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengendali blog ini kerana memberikan peluang catitan saya ini dibaca.
Untuk makluman pembaca-pembaca blog yang saya hormati, saya sedang berusaha untuk membina sebuah perniagaan berkebajikan. Projek Pertama saya adalah mengumpul dana untuk pembelian buku untuk Rumah Anak Yatim.
(Saya masih belum lagi menamakan Rumah Anak Yatim yang akan saya dermakan kerana ingin memberikan peluang kepada pembaca untuk menyatakan cadangannya dib log saya).
Untuk makluman, saya adalah ahli MIBO yang boleh mengedarkan beberapa produk telekomunikasi seperti Streamyx, Celcom (Pakej Korporat dan Celcom Broadband), VOIP (Penjimatan Bil Telefon Untuk Syarikat), SmartCall (Juga produk penjimatan bil telefon Syarikat, hanya boleh dilanggan selepas anda menggunakan VOIP selama 3 bulan terlebih dahulu), TM Line untuk rumah dan syarikat, IZZI dan Astro serta MBF juga.
Untuk keterangan lanjut pls clik pada nama saya. Saya memerlukan bantuan pembaca supaya saya dapat merealisasikan sebuah perniagaan berkebajikan yang saya contohi daripada usahawan-usahawan Islam yang berjaya. Nasihat dan pandangan juga diperlukan kerana saya amat mentah lagi.
Sekian, Terima kasih.
http://www.teman-islam.blogspot.com
April 11, 2008 pada 12:35 am
hilal
Kata Muhammad Abduh “Aku melihat Islam (di Paris), meski tidak ada orang Islam; Aku melihat orang Islam di Kairo, tetapi tak melihat Islam di sana”.
Kata saya “Saya melihat Islam di mana-mana baik di UK, Ireland di utara mahupun New Zealand di selatan meskipun mereka bukan orang Islam, Saya melihat orang Islam merata-rata di Malaysia, namun tiada Islam di sana”.
Saya sangat tersuluh dengan pesan seorang teman ini.. “Bo banyok kecek, tapi lekas bertindak” Banyak rupanya kerja yang kita kena buat di Malaysia ni ye. Selamat bekerja semua
April 22, 2008 pada 7:45 pm
lepat
terima kasih kpd us dan rombongan kerana sudi singgah diteratak kami, walaupun tak sempat bermalam seperti tg kami hajati.Bak kata orang “tumpang tuah” org2 yang terlibat dalam usaha menegakkan Islam.
Teringat kisah sekumpulan perompak yang singgah bermalam di rumah seorang penduduk yang memiliki anak yang cacat.siang hari mereka mencuri malam mereka bermalam semula di rumah penduduk tadi. Hari terakhir mereka dapati anak tadi tidak lagi cacat.Tuan rumah memberitahu dia sering berdoa agar dengan keberkatan tetamu pejuang Allah agar anaknya sembuh.(begitulah lebih kurang ceritanya…)
Tapi yang datang singgah rumah kami bukanlah perompak atau pencuri, sebaliknya pejuang sebenar yang bergelumang di medan. Moga Allah merahmati kita semua dan diberi kesempatan bertemu lagi dilain masa. dari kami di UK.