Salam Kamunting,
Biarlah saya jadi seperti anda kalian para pembaca yang budiman, untuk mendengar, membaca dan memerhati, daripada dekat atau jauh, dalam atau luar, bagaimana kawan – kawan seperjuangan, juga musuh – musuh di medan juang memutuskan lalu bertindak dan mengurus segala kekalutan yang sedang berlaku kesan daripada ‘tsunami politik’ yang mengejutkan negara dalam pilihan raya umum ke 12 baru – baru ini.
Setiap hari saya, mungkin seperti anda juga, melompat – lompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain mencari – cari berita – berita dan ulasan – ulasan terkini dalam dunia maya internet ini melalui blog – blog yang kini sudah menjadi senjata ampuh untuk memecah tembok tebal yang dibina pemerintah bagi menghalang barisan pembangkang daripada sampai kepada rakyat.
Pertengahan 90an dahulu, sewaktu penggunaan internet mula popular di Malaysia, kami yang tengah belajar di al Azhar, Mesir turut menyertai perbahasan hangat mengenai baik buruk internet yang digambarkan dengan bermacam – macam unsur negatif yang mungkin merosakkan akhlak dan cara hidup rakyat Malaysia. Kebanyakan kami melihatnya sebagai kejayaan proses globalisasi barat yang bertujuan meruntuhkan kebangkitan dunia Islam.
Oleh kerana waktu itu negara Mesir masih jauh daripada penggunaan teknologi maklumat berbanding negara kita, kedatangan pimpinan PAS yang kerap mengunjungi para penuntut di sana telah banyak membantu meleraikan kekusutan perbahasan.
Internet adalah seperti tv. Ia baik dan ia juga buruk. Jika tidak kerajaan yang mengawalnya, anda boleh mengawalnya sendiri. Jika anda tahu menggunakannya, ia mempunyai sejuta kegunaan yang tiada diperolehi kecuali melaluinya. Begitulah lebih kurang jawaban para pimpinan PAS yang cuba menjelaskan bagaimana sikap dan pendirian parti mengenai kebebasan berinternet di Malaysia.
Saya banyak mendiam diri. Mendengar dan cuba memahami. Susah juga nak faham.
Pertama, saya masa tu baru saja pandai sentuh – sentuh komputer. Masa belajar di India, saya langsung jauh daripadanya. Saya belajar di universiti sistem pondok yang jauh sekali daripada tempias pembaharuan. Selepas reti sikit – sikit, saya dalam ceramah saya kepada mahasiswa dan mahasiswi Azhariyyin acap kali merangsang mereka untuk mahir berkomputer. Jika mahu membina jati diri seorang ustaz/ustazah, belajarlah komputer, kata saya. Akhirnya, ketika tiada lagi Azhariyyin yang buta komputer, saya masih lagi rabun komputer sampai sekarang.
Akulah guru yang membakar diri bagai lilin… he he. ( bolehlah suka – suka ya, sebab menang besarrr. Bodoh aku kalau tak borak besar – besar )
Kedua, dalam kepala saya masa itu, internet bererti wayang gambar kecil yang dibawa masuk ke rumah dengan gambar – gambar dan adegan – adegan lucah dan liar yang bersilang – silang menerjah masuk ke kepala saya. Masa tu saya tak tahu nak bezakan antara internet dan parabola. Kata orang, internet dan parabola tu adik - beradik saja. Kata orang politik sekarang, macam mertua dan menantu. Sama – sama tak boleh diharap!
Jadi, saya masa itu boleh kata samalah dengan kebanyakan ustaz – ustaz muda lain, dalam hati kata haram! Di luar kelu lidah nak kata haram.. Sebabnya, tak faham dan tak reti peranan internet.
Hari ini, tak ada lagi orang nak tanya hukum berlayar di internet. Tanya atau marah, ertinya jakunlah tu..
Tetapi Khairi Jamaludin pernah kata bloggers adalah monyet. Orang jakun biasalah bertempur dengan monyet di hutan berebut pisang. Orang tak jakun melihat bloggers sebagai pejuang kebebasan yang diimpikan manusia merdeka.
Ayahanda pula kata mana – mana yang lawan Islam dan pejuangnya ( termasuk islamic bloggers ) adalah orang utan!
Hari ini, internet menjadi pangkalan maya gerakan Islam untuk melancarkan dakwah Islamiyyah dan menangkis serangan musuhnya. Dari hari ke hari, medannya semakin luas dan tanpa sempadan.
Pilihan raya umum ke 12 2008 kali ini dilihat cukup berbeza berbanding sebelumnya. Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dan kegagalan mereka di sepanjang tempoh kempen dilihat berpunca daripada senjata baru yang digunakan pembangkang. Internet dan bloggers adalah antara senjata utama mereka. Ia melumpuhkan peranan besar televisyen dan akhbar yang dikuasai pemerintah untuk memikat dan memukau rakyat.
Rakyat sudah celik. Kerajaan masih buta. Saya rabun komputer saja.


12 comments
Comments feed for this article
Mac 18, 2008 pada 10:53 am
mudin001
Rabun ok lagi, boleh pakai spek. Jangan buta atau buat-buat buta dahLah.
Mac 18, 2008 pada 11:28 am
kadetpencen
Salam Ustaz,
Semenjak sebelum PRU11 ana dah mengajak ramai sahabat sahabat untuk turut mempergunakan alam maya sebagai satu dari medan dalam perjuangan; namun ketika itu ramai yang mencemuh ana – tidak dapat ana salahkan mereka kerana sewaktu itu belum lagi ramai pengguna seperti sekarang ini. Dan walau sehingga hari ini pun, masih ramai yang menharap sambungan Internet di pejabat, tempat kerja ataupun cybercafe untuk mendapatkan berita sebenar.
Maaf, tujuan ana menulis ini bukan untuk mendabik dada mengenai sumbangan ana, hanya untuk berkongsi pengalaman.
Hampir setiap malam selama 6 tahun ana menghantar berita sendirian sehingga emel asal ana telah digodam dan dipadamkan oleh pihak tertentu. Ketika itu, emel asal itu mempunyai potensi pembaca lebih dari 100,000 setiap malam. Maka ana terpaksa memulakan semula mencari groups yang pernah hantar dahulu dan alhamdulillah, kini potensi pembaca mencecah semula 100,000.
Ana menggunakan perkataaan ‘potensi’ kerana bukan semua yang membaca, malah ada yang terus delete sahaja apabila timbul nama ana. Dan seperti sahabat seperjuangan lain di alam nyata, ana juga menerima cacian dan maki hamun dari mereka yang tidak sukakan berita hantaran ana – ada yang dari pihak musuh, namun ada juga dari yang tidak mahu langsung mengambil peka mengenai politik! Namun alhamdulillah, dengan kuasa Dia Yang Maha Esa, sekurangnya 3 dari pembaca yang membenci ana pada mulanya, kini telah mengaku masuk perjuangan. Nasihat ana kepada yang telah ataupun ingin turut berjuang di medan alam maya ini:
1. Ambil berita yang sahih sahaja dan dari laman yang boleh dipercayai.
2. Jangan mem’forwardkan’ sahaja berita tanpa usul periksa.
3. Permudahkan keselesaan pembaca – yakni, ambil copy and paste berita sahaja dan buangkan segala lain yang tak berkenaan.
Bayangkanlah, seandainya satu berita itu telah diforwarkan sebanyak 10kali, dan berita yang nak dibaca pula tidaklah sepanjang list nama nama yang telah diforward, bukankah lebih ramai yang akan fed up dengan berita sebegitu dan terus delete sahaja, sedangkan niat kita agar berita itu dibaca?
4. Hormati pendapat mereka yang reply bertentangan dengan berita kita dan jaga kesopanan bahasa.
5. Jangan terikut rentak lawan bila berdebat, atau sepaling eloknya, jangan menjawab langsung kepada reply reply yang diterima walaupun ia menyakitkan hati: tugas kita hanya untuk menyampaikan dan tiada daya kita melainkan kuasa Nya untuk lebih dari itu.
Ana memohon maaf kepada semua terutama Ustaz kerana terlebih panjang pula menulis.
Mac 18, 2008 pada 11:47 am
Muhtar Suhaili
Quote: “Khairi Jamaludin pernah kata bloggers adalah monyet”.. Kini beliau sendiri mempunyai blog: http://www.rembau.net
Sekadar renungan: Allah SWT berfirman di dalam Surah As-Shaff: “Hai orang-orang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.”
Wallahu a’lam.
Mac 18, 2008 pada 9:14 pm
bulanmasa
Ustaz,
Kaedah fiqh oleh Syeikh Taqiyyuddin berbunyi ;
1. Hukum asal PERBUATAN terikat dengan hukum syarak.
2. Hukum asal BENDA adalah MUBAH sehingga ada dalil yg meng HARAMkanya.
Adapun internet, ianya adalah benda, maka, kedua boleh di-apply, dgn demikian hukum guna internet adalah mubah sahaja hukumnya.
Hal ini berbeza dengan demokrasi, kerana demokrasi bukan benda. Ianya adalah suatu hadharah, suatu konsep dan sistem tentang pemerintahan. Oleh itu, utk mengetahui apakah hukum demokrasi, perlulah di fahami dgn jelas apakah konsep demokrasi sebenarnya, then baru kita dapat faham.
Mac 18, 2008 pada 9:17 pm
bulanmasa
Muhtar suhaili nasihat anta mampu membuat hati dan jiwa ini gementar . Masyaallah !!
Mac 19, 2008 pada 1:01 pm
Artikel dari Nik Abduh « Globalmalau
[...] waqafaat (jeda) - 1 [...]
Mac 20, 2008 pada 10:27 am
nuriman
salam alaik ustaz…sayapun rabun It jugak..tp nasib baik tak rabun mata alhamdulillah……..sayapun baru jugak kenal dunia IT ni..tp tu lah kalau tak tau kita belajar la…walau apapun saya juga seorang juga menjadi musafir dari satu blog ke satu blog untuk mencari info terkini…….
Mac 23, 2008 pada 11:32 am
rajamongrel
Here is the latest blog created by my conscience …
RAJA MONGREL @ http://rajamongrel.blogspot.com/
Creating An Absolute Monarchy In Malaysia Based On Royal Supremacy
Hear me confess: My Lies, My Plots, My Hypocrisy … Things that you can never find at my official site @ Malaysia-Today.net
Yours truly,
Raja Petra bin Raja Kamarudin
URL: http://rajamongrel.blogspot.com/
Mac 26, 2008 pada 11:50 am
rijal05
salam epilog semua,
Hari ini pemerintah mengakui ttg kehebatan alam maya yg rata2 di pelopori & perintah oleh rakyat…….
Jadi pasti cabaran di hadapan menantikan perubahan yang besar akan berlaku terutama dalam arus alam maya ini.Proses mengemudi Persiapan peperangan alam maya telah diatur,hacker2 dan monyet2 perosak pasti akan lancar untuk melemahkan sistem yang dibina para pendokong reformasi & kebenaran…
Syabas buat semua bloggers ..kita telah menang dalam jihad ini.
April 6, 2008 pada 8:19 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
mudin001,
Tok mudin lagi lagilah tak boleh rabun. Naya anak Malaysia nanti..
Kadetpencen,
Terima kasih kongsi pengalaman. Semoga anda diberkati Allh dengan usaha yang bik tu. Sebab pun e mail ana masuk berita2 politik dari yang tak dikenali. Ada ’sindiket’ jenis ini rupanya.. Semoga ditiru oleh pejuang saiber lain untuk kebangkitan bangsa Melayu kita
Muhtar,
Acap dan ramai sangat rakyat Malaysia marahkannya, dia pun setuju jadi monyet, ganti bloggers lain. Alahai.. Kasihan pula saya padanya. Orang kata, cepat naik, mudah jatuh sebab tak belajar cara nak turun dulu..
Bulanmasa,
Kamu betul – betul musuh demokrasi. Tahniah!
Nuriman,
Saya harap tak bazirkan masa depan internet ni. Tapi kadang – kadang rasa macam bazir waktu juga bila kerja banyak tertangguh.. Banyak sangat berita dalam internet. Tak nak baca, tajuk tajuk tu macam sedap je.. kena tipu juga kita
rijal05,
Syabas untuk semua bloggers yang baik – baik..
April 8, 2008 pada 12:13 pm
globalmalau
Tidak yang indah melaikan kata kata…gitulah kiter…setiap perkataan kita paham bersama…setiap tulisan ada erti seakan sama…cuma membezakanya ialah ilmu yang dimanafaat dan diamal setiap masa..baru lah boleh kita menulis tanpa putus putus ilham rasa…macamana loading filem camtulah ilhammasuk dalam hati kita yang diterjemahkan oleh jarie jemarie kita…begitulah dengan penulis penulis jauh…ana akan melihat dam membaca dan cuba memahami dengan hatisanubari eksesnya kepada tuhan yang ada dimana mana (terambil kata kata Student sesat 19 hari kat hutan banjaran titiwangsa)…kalau boleh Tuan Nik Abduh tolong perjelaskan perasaan itu…betapa manusia yang lemah boleh berjaya dengan Pertolongan tuhan NYa…Kadang kadang Kata kata “Allah dimana²membuat hati tersentak dan mengurai airmata merasai keagungan nya…kabarkan kepada manusia Tuhan menolong bukan memegang tangan tetapi Tuhan menolong…macamana tuan Nik abduh…perjelaskan atau sambung terus
Ogos 22, 2008 pada 12:04 am
hilmi_unitamal
jadikan internet sebagai pengerat ukhuwah…ustaz,saya selalu dapat jumpa ustaz…tapi tak pernah dapat salam….mudah2an kita dapat berjumpa,bersalam dan bersembang2 kelak..