Salam Kamunting,
Tahun 2008 adalah tahun menang dan menang. Allah mengurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangkakan. Dia memberi kita melebihi apa yang kita harapkan daripadaNya. Apabila Dia mahu memberi, Dia tidak perlu merujuk kepada apa yang kita minta. Dia adalah Tuhan dengan kehendakNya yang bebas dan penuh kuasa.
Kemenangan adalah daripada Allah. Kemenangan Islam adalah demi hidayat dan taufik untuk manusia. Ia bukan kemenangan duniawi yang sementara dan penuh tipu daya iblis, bahkan ia adalah kemenangan yang benar dan hakiki. Di dunia kita gembira dan di akhirat kita bergembira. Tiada kemenangan kecuali kemenangan Islam dan tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.
Sahabat dari negeri Kedah menjemput saya bertandang ke negeri Kedah. Begitulah sahabat dari negeri Perak, apatah negeri Selangor Darul Ihsan yang di tengahnya adalah Wilayah Persekutuan yang menjadi jantung Malaysia. Di tanah kontang merekah itu, sudah ada oasis yang ditemui. Ia wahah yang subur dan nyaman.
Berjalanlah ke bumi Johor. Bukan hanya sahabat – sahabat di Johor yang menikmatinya, bahkan saya masih tercengang – cengang dengan keputusan yang dipersembahkan rakyat Johor untuk seluruh rakyat Malaysia. Jika saya sampai di sana, saya tidak mahu berceramah dan berkuliah dahulu. Saya hanya mahu mencium tangan orang Johor. Tahniah, hanya itu yang saya mahu lafazkan untuk rakyat yang berani mengubah persepsi, budaya dan adat lapuk demi Islam tercinta.
Saya hanya mengenali Paroi kerana di situ ada stadium tempat pasukan bola sepak Kelantan berkunjung menentang pasukan Negeri Sembilan dalam liga bola sepak Malaysia. Hari ini, sahabat saya YB Mohamad Taufek bin Abdul Ghani pasti menjemput saya untuk melaung kalimah takbir kemenangan di stadium itu. Tahniah orang Negeri Sembilan. Anda mengejutkan yang sedar dan yang tidur. Khairi terkejut beruk ( monyet )!
Dari bumi Kelantan yang kembali dengan seribu kekuatan sampailah ke bumi Johor yang mencipta kejutan, berjalanlah anda di bumi hijau tuhan. Allah mengurniakan kegembiraan buat seluruh pejuang dan pencinta Islam di seluruh dunia.
Apabila datang pertolongan dan kemenangan daripada Allah, lalu engkau menyaksikan manusia berbondongan datang kepada ugama Tuhan, maka bertasbihlah kepada Tuhan dengan menyucikan dan memujiNya serta pohonlah keampunan daripadaNya.
Kegembiraan mestilah dengan bersyukur kepadaNya. Bersyukur adalah dengan kembali mengingatiNya. Ingatlah Allah, Allah akan mengingati kita.
Jangan pendekkan kegembiraan dan kemenangan ini dengan leka dan lalai daripada mengingatinya.
Marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid dan istighfar. Teruskan bertakbir.. Allahu Akbar!


24 comments
Comments feed for this article
Mac 13, 2008 pada 11:44 am
Muhtar Suhaili
Salam Ustaz yang mulia;
Alhamdulillah. Allahu Akbar wa lillahil hamd!
Telah berkata Sheikh As-Shamsuddin kepada Sultan Muhammad Al-Fatih setelah baginda dengan gilang-gemilangnya berjaya menawan Kota Konstantinople:
“Walaupun hari ini engkau telah berjaya mencapai kejayaan yang paling besar, tetapi biarlah aku menjadi satu-satunya manusia yang terus mengingatkan engkau bahawa engkau adalah hamba kepada Allah SWT!”
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/03/11/muhasabah-pasca-pilihanraya-ihfadzillaha-yahfadzka/
Mac 13, 2008 pada 3:58 pm
bulanmasa
Salam,
Bang, amat jauh bezanya kejayaan pembangkang dgn kejayaan Muhammad al Fatih. Bila Muhammad al Fatih menakluk constantinople, beliau melaksanakan syariah di tempat tersebut.
Sementara kejayaan pembangkang di Malaysia tidaklah mengubah hakikat pelaksanaan ideologi kufur di Malaysia. Tidakkah semua parti , baik pembangkang mahupun BN semuanya berikrar utk komited dan setia pd ideologi kufur : DEMOKRASI ??
Jadi, kemenangan pembangkang baru-baru ini tu adakah kemenangan Islam atau kemenangan demokrasi ?
Ringkasnya, apakah hukum penguasa muslim bersengkongkol samada dgn org kafir mahupun sesama muslim utk melaksanakan hukum kufur ?
Tidakkah ianya HARAM. Rasulullah SAW pernah ditawarkan utk menjadi raja @ pemerintah, tetapi baginda dgn tegas menolaknya, bahkan baginda lebih rela mati dan binasa kerananya, walhal ketika itu jamaah Nabi masih “lemah” dan “kecil”.
Nasihat ini bukan bermakna saya benci kpd PAS mahupun ahlinya. Semoga ada dikalangan ahli PAS yg terbuka dan ikhlas mendengar nasihat @ pandangan dari muslim yg lain.
Yelah…..kalau thdp org kafir spt DAP , PAS begitu “lembut lidah”, takkan dgn geng Islam yg lain PAS layan spt org kafir pulak….
HIDUP UNTUK ISLAM
BERJUANG UNTUK ISLAM
MATI UNTUK ISLAM
Mac 13, 2008 pada 9:50 pm
zahrah
HIDUP UNTUK ISLAM
BERJUANG UNTUK ISLAM
MATI UNTUK ISLAM
kalau slogan itu yang anda guna tp masih tak yakin dengan pemerintahan Islam yang semakin berputik ini tak usahlah mendabik dada anda sahajalah yang betul…anda sahajalah yang hebat….anda sahajalah yang layak menilai kemenangan BA di Malaysia(kononnya anda mengatakan adakah kemenangan islam atau kemenangan demokrasi?)
anda memamg tidak layak…ya saya sedang ‘menghukum’ anda…anda MEMANG TIDAK LAYAK digelar PENDAKWAH!!-kerana menunjukkan akhlak yang baik di depan orang kafir adalah juga merupakan akhlak Rasul S.A.W tetapi anda kononnya cintakan Rasul, tapi setiap akhlak dan peribadi Rasul anda nafikan…ya jika anda mengatakan PAS bersengkokol dengan DAP itu salah…bermakna anda nafikan akhlak Rasul pernah mempamerkan peribadi yang mulia apabila ada orang kafir yang menabur duri, membaling najis dan sebagainya terhadap Rasulullah dan Rasulullah membalas dengan menziarahi beliau ketika sakit!!itu ape??anda nak kata Rasul bersengkokol dengan kafir….tapi ketahuilah….kafir itu akhirnya masuk ISLAM!!Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH!!
anda masih belum sedar rupanya…saranan saya agar anda lebih banyak membaca…membaca…dan membaca, tidak anda endahkan….jangan mudah menilai tanpa menyelidiki terlebih dahulu kerana sikap sebegitu adalah sikap taghut yang menuduh tanpa cukup bukti!!
rupa-rupanya memberi nasihat kpd anda lebih teruk daripada LIM KIT SIANG!! Dato’ Lim pun boleh terima dan meminta maaf atas kesilapannya kerana tidak setuju perlantikan MB Perak itu…menunjukkan sedikit sebanyak akhlak pejuang2 Islam PAS yang membalas dengan muka manis dan berbaik sangka memberi hasil yang baik!!pimpinan PAS tak mudah melatah dengan kenyataan Lim Kit Siang tu…tapi anda….???!!!nampaknya macam tak puas hati gelombang kebangkitan Islam menyinar di bumi Malaysia!!seperti yang ustaz Nik Abduh katakan dlm tulisannya…
“Apabila datang pertolongan dan kemenangan daripada Allah, lalu engkau menyaksikan manusia berbondongan datang kepada ugama Tuhan, maka bertasbihlah kepada Tuhan dengan menyucikan dan memujiNya serta pohonlah keampunan daripadaNya”.
“Allah akan menghantar golongan yang mencintai Islam…Allah mencintainya dan dia mencintai Islam…
Anda hebat!!anda memang hebat!!hebat bermain kata2 menggunakan hujah2 yang boleh mematahkan semangat pejuang Islam untuk terus merasa kemanisan dalam perjuangan PAS kerana belum pun panas PAS dan BA merasa angin kemenangan anda telah menghukum mengatakan akan berlaku perlaksanaan ideologi kufur di MAlaysia??siapa anda??tok wali??dengan mudah menggunakan lidah dan tangan yang Allah kurniakan dengan menuduh sedemikian rupa…
INSAF…INSAF…INSAF…JANGAN SUKA2 NAK MEMBERI KOMEN DALAM BLOG USTAZ NI HANYA NAK MENDABIK DADA NAMA ANDA TERTERA DIRUANGAN KOMEN!!
SLOGAN SAYA:
“TERUSKAN WAHAI ANSARULLAH…KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR”
“BERJALANLAH DIBUMI HIJAU DENGAN SELAMAT DAN ATAS KEREDHAAN-NYA”
TAKBIRR!!ALLAHUAKBARR!!
Mac 14, 2008 pada 9:59 am
nuriman
Salam alaik….
ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR…
biar apa orang nak kata ttp ana rasa bersyukur sangat2 di atas kemenangan yang tidak di jangka ini. Kata abang ana kalu Kedoh tu doh di jangko Pah menang..tp kalu lain-lain negeri tu tok sangko katonya. Ana sebagai anak jati Kelate dan anak orang PAS sedari nenek moyang rasa banggo sangat syukurlah pada Allah….ana kelik hari tu rasa macam nak naggis pun ada kerana ayah ana yang uzur masih lagi bersemangat…penuh bendera PAS di kawasan rumah hijau di pagari bulan purnama. Abang ana biarpun dalam tentera menjadi pegawai atas tp masih pangkah PAS…nak takut apa kena pecat sebab tahun depan dah pencen dah. Maaflah ustaz datang merapu ana bukannya reti nak bagi komen kalu rasa salah tu maaflah ya…..
Mac 14, 2008 pada 10:10 am
nuriman
sorilah ustaz silap type..pembetulan nangis bukan “naggis”..tu lah pakai main hentak aje keybod nie…………
Mac 14, 2008 pada 10:51 am
bulanmasa
Kak Zahrah,
Tidakkah begitu banyak dalil yg menegaskan keharaman berhukum dgn hukum kufur !!
Tidakkah Rasulullah saw selain menunjukkan akhlaq yg mulia, Rasulullah juga menunjukkan sikap yg tegas bila menyangkut persoalan prinsip. Kalau tak takkan Rasulullah Saw kata, andai diletak matahari dan bulan dikedua tangannya, dan Baginda akan binasa kerananya, baginda lebih rela daripada menerima tawaran org kafir utk “berkongsi” kuasa ?
Berakhlaq wajib disertai dgn kepatuhan thdp hukum syarak. Contohnya, mematuhi ibu adlh wajib, tetapi bila kepatuhan tersebut dalam perkara maksiat, maka ianya adalah salah.
Kita perlu menunjukkan akhlak yg baik, tetapi tidak bermakna kita perlu kompromi berkaitan hukum syarak. Kita jelaskan prinsip dan hukum syarak dalam masalah politik Islam serta leraikan prejudis mereka dgn menunjukkan akhlak yg mulia.
Akhir ssekali, Kak zahrah perlu mencontohi sikap Umar al Khattab…..seorg sahabat yg dijamin masuk syurga, yg terkenal dgn sikap tegas, yg Nabi kata kalau ada Nabi selepasku Umarlah orgnya.
Pernah dalam suatu majlis, beliau ditegur oleh seorg wanita ttg masalah hukum syarak…..apakah sikap Umar. Adakah Umar berkata, wahai wanita mu tak tahu ke aku sahabat Nabi yg dekat dgn Nabi, mesti aku lebih faham, mu siapa…..lebih baik mu diam.
Tapi Umar TIDAK demikian. Ketaqwaan Umar mengatasi egonya…..bagi Umar hukum syarak di atas segala-galanya dan benar atau salahnya suatu hukum berdasarkan NAS bukan berdasarkan siapa yg menyebutnya. Dgn penuh ketaqwaan Umar berkata, ” Wanita itu benar dan Umar salah !!
Saya fikir, Kak Zahrah perlu menghayati akhlak yg ditunjukkan oleh Umar tersebut. Yelah…Kak zahrahkan pendakwah…..saya cuma org biasa, sekadar mengingatkan.
Mac 14, 2008 pada 10:58 am
bulanmasa
Kak Zahrah,
Kak Zahrah juga perlu banyak membaca, terutama berkaitan dgn ideologi kapitalisme, pemahaman serta sistem-sistem di dalamnya.
Nanti Kak Zahrah akan jelas bahawa Malaysia yg meng”adopt” ideologi kapitalisme. Demokrasi, sistem ekonomi, konsep matawang, kontrak, mahkamah, penal code, akta keterangan dan berbagai-bagai lagi akta tu, saling tak tumpah atau pelanduk dua serupa atau bagai pinang dibelah dua dgn sistem dan undang-undang yg ada di India, Australia, negara-negara commonwealth yg, negara2 Eropah dan US.
Mac 14, 2008 pada 7:29 pm
haliq
pahtu gak bulanmasa,
nak ber pere ko??
taksey guna demokrasi nak guno gapo??
kita ni kalo nak so so mugo tu keno sabar,
tokleh pakai redoh gtu jah…
doh melaysia ni guna sistem demokrasi, guna la siatem demokrasi, narat nak boikot pilihanraya?
bila pas sudoh mene melaysia, baru la buleh buat hudud ko, pendidikan mengikut acuan islam ko, perbankan islam ko,apo2 lg la…
tu la pentingnyo KUASA….
Mac 15, 2008 pada 5:47 pm
ANW
salam ust,
Nak minta bantuan ust segera. untuk makluman, saya beberapa hari ni mencari no hp ust. masalahnya camni, saya baru mendapat anak pompuan 3 hari lepas. terkenang kebangkitan pas dlm pru kali ni, nak minta jasa baik ust, saya berharap ayahanda tuan guru dapat memberikan nama untuk anak saya ni. harap dapat menyampaikan hajat saya ni melalui emel saya… mudah2an ada keberkatan untuk anak ini.
Mac 16, 2008 pada 3:56 am
ore_PAS
to bulanmasa
could you pls stay away from tis site(or at least no to comment anything)(well i dun haf any right to command such thing…tp series, malas nak bace komen2 anda la, we got the point already that you are a member of HT and hate democracy)
plus, i would like to suggest to you to read The Islamist by Ed hussein, may be it can open ur eyes on what is Hizbu tahrir alll about or book Who speak for Islam so you can learn what majority think…or open up your mind bace tulisan tariq ramadhan ker…haih, dh lame dh geram kt komen2 anda
(sorry ustaz, tak tahan…i’ve been silent reader all this while, tp skrg rase nak burst out jek bace komen bulanmase..astaghfirullah)
Mac 16, 2008 pada 4:07 pm
dhuat
Mohon iklan
– ada jodoh kita jumpa dan saya belanja Ustaz soup GEAR BOX
Untuk mendengar lagu terbaru dhuat, sila ke http://kaset79.blogspot.com terima kasih
Mac 16, 2008 pada 6:59 pm
senyum 2
bulanmasa,
sedikt sebanyak ana bersetuju dengan kak zahrah. ana pernah diajar tentang tahaluf siyasi., yang mana sejarahnya berlaku pada zaman rasulullulah, ada satu pakatan yang mana dalam istilahnya adalah dipanggil tahaluf siyasi. rasulullah pernah bertahluf dengan kaum musyrikin memerangi golongan yang tolak Islam. dan syarat bertahaluf itu dibenarkan berkerjasama dengan golongan bukan Islam selagimana mereka mnghormati kita dan kita tidak melantik mereka mnjadi ketua kita seandainya kerjasama kita berjaya. PAS telah ada strategi yang tersendiri untuk melaksanakan Islam. dan kekuatan harakah islamaiyyah itu sendiri adalah pertama perencanaan kedua pengikut. ana tgok PAS mempunyai strategi tersusun untuk mencapai matlamT. KITa perlu ada strategi, bukan hanya bertindak ikut sedap hati. nta mungkin nampak luaran sahaja. nta tidak bersama2 mereka untuk mencapai matlamat. nta mnghukumtanpa mengkaji atau bertanya apa yang mereka buat.
hukum fiqh menetapkan tidak akan terlaksana sesuatu yang wajib melainkan dengannya (sesuatu perkara itu) maka ia mnjadi wajib.
syaratnya ia tidak melanggar hukum Islam.
kalu dengan demokrasi barulah parti gerakan Islam boleh melaksanakn syariat pemerintahan Islam, maka nak tak na dgn cara itu kita boleh merampas, dgn syarat tidak melanggar apa yang Allah tetapkan.
jangan hanya apabila melihat sesuatu bahtera itu rosak kita hanya melihat dari jauh sahaj. sepatutnya kita yang membantu membaiki bahtera itu agar pelayarannya mencapai destinasi.
wallahu a’lam
Mac 16, 2008 pada 7:18 pm
senyum 2
bulan masa
Tahaluf adalah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu bagi menghadapi pihak lawan . Tahaluf mengikut rentetan :
Half al-Fudhul selepas Peperangan al-Fijar
Penyatuan Aus dan Khazraj di Madinah al-Munawwarah
Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah
HUKUM TAHALUF
Diizinkan syariat berdasarkan syarat-syaratnya . Pemahaman terhadap syarat-syaratnya perlu didahului dengan kajian perbezaan antara tahaluf yang diterima dan ditolak Rasulullah SAW
SYARAT – SYARAT TAHALUF
- Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
- Hubungan Rasulullah dengan Abu Talib
- Hubungan Abu Bakar dengan Ibn Daghnah
Contoh maslahat yang diizinkan :
- Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya
- Menentang kezaliman , penyelewengan dan keruntuhan moral
- Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
- Penangguhan tahaluf dengan Bani Syaiban
- Pembatalan cadangan bertahaluf dengan Bani ‘Amir
- Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
- Muwada’ah ( perjanjian sementara )
- Isti’anah ( meminta bantuan )
- Mereka menolong kita
- Kita menolong mereka
KESIMPULAN
Pembahagian tahaluf :
- Peringkat pembentukan kerajaan
- Kepimpinan oleh orang Islam
- Pengiktirafan terhadap Negara Islam
- Penerimaan terhadap Perlembagaan Islam dan syariatnya
- Tanpa pembentukan negara
- Sebagai maslahah mengahadapi musuh yang lebih besar
- Bersama menentang kezaliman dan penyelewengan
- Berlindung sementara ketika lemah
- Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Gerakan Islam
Perhatian :
- Jangan terikat dengan janji yang akan menghalang prinsip
- Utamakan persefahaman dengan kumpulan Islam yang berpengaruh dan mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang dipercayai
- Mempunyai syakhsiah yang dapat menunjukkan perbezaan dengan pihak lain serta memahamkan perbezaan Islam dan ideologi moden
- Ikatan persefahaman yang longgar dengan kumpulan bukan Islam
- Kenyataan-kenyataan yang dibuat harus memikirkan kesannya terhadap hubungan tahaluf
- Berwaspada terhadap tipu daya mereka dan bergantung kepada Allah
PENUTUP
Nas-nas yang dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan dan juga menghadapi isu-isu atau situasi- situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat tahaluf
boleh dapat penjelasan yang detail dengan ustaz2 yang tidak meninggalkan harakah islamiyyah.
Mac 16, 2008 pada 7:19 pm
senyum 2
itu hanyalah ringkasan.
Mac 16, 2008 pada 7:22 pm
senyum 2
dringkaskan dari tulisan dari salah seorang pakar SIRAH-NABAWIYYAH, Syaikh Munir Muhammad al-Ghadhban dalam kitabnya At-Tahalluf As-Siyasi fil Islam, yang membeberkan bagaimana Nabi SAW dalam hadits-hadits shahih telah melakukan berbagai Kompromi dan Koalisi Politik dengan Non-Muslim sekalipun, sepanjang tujuannya adalah memperkuat kedudukan gerakan Islam yang masih lemah.
Deal-deal serta koalisi politik yang dilakukan oleh Nabi SAW ini jelas-jelas tercatat dalam sejarah, dan dilakukan periode Fathul Makkah (penaklukan kota Makkah). Oleh karenanya sepanjang koalisi tersebut dilakukan dengan niat yang ikhlas dan dengan tujuan yang jelas menguntungkan bagi bargaining-position gerakan islam dan tidak melanggar koridor-koridor syar’i maka tidak dilarang untuk dilakukan. Untuk selanjutnya mari kita simak penuturan Syaikh Al-Ghadhban yang disusun secara runut, ilmiah dan didasarkan pada nash-nash syar’i yang kuat dan shahih serta dengan pembahasan yang mendalam dan tidak asal memvonis, berikut ini…
Mac 16, 2008 pada 7:23 pm
senyum 2
DEFINISI
1. Secara bahasa Arab (lughah) at-Tahaluf (kompromi) berasal dari kata al-Hilfu yang artinya perjanjian untuk saling menolong, ia berasal dari kata halafa-yahlifu-hilfan. Dalam bentuk kalimat dikatakan hilfuhu fulan fayakunu halifuhu (Fulan berjanji dengan fulan maka ia menjadi sahabatnya). [1].
2. Secara syara’ maknanya pun sama, dalam hadits nabi SAW disebutkan dari Ashim ra:
“Aku berkata kepada Anas bin Malik : Apakah telah sampai kepadamu bahwa nabi SAW bersabda: “Tidak ada hilfu dalam Islam.” Maka jawab Anas ra: “Bahkan Nabi SAW telah mengambil sumpah suku Quraisy dan Anshar dirumahku.” (HR Bukhari bab Laka al Adab, hal 78 dan bab al-Ikha wa Halaf juz 8/26, cet Dar asy-Syatibi).
PERJANJIAN-PERJANJIAN JAHILIYYAH DIMASA SEBELUM KENABIAN YANG DIDUKUNG OLEH NABI SAW
1. Perjanjian Muthayyibin, yaitu perjanjian antara kabilah Bani Abdud Dar, Bani Jamah, Bani Salim, Bani Makhzum dan Bani Adi, yaitu untuk tidak saling berebut kekuasaan atas Ka’bah yaitu dengan memasukkan masing-masing tangannya ke dalam mangkok berisi minyak wangi dan mengusapkannya ke Ka’bah sehingga dinamakan Muthayyibin (orang-orang yg memakai minyak wangi). Tentang ini nabi SAW bersabda:
“Aku menyaksikan berlangsungnya al-Muthayyibin, aku tidak ingin membatalkannya walaupun aku hanya diberikan kekuasaan atas binatang ternak.” (HR Ahmad dalam al-Musnad, juz-I hal 190 dan 193).
Dan ketika nabi SAW menaklukkan Makkah (fathul Makkah) dan sedang duduk di Masjidil Haram, Ali ra berkata:
“Wahai RasuluLLAH, kita telah menguasai kunci Ka’bah dan air zam-zam.” Lalu nabi SAW berkata: “Dimana Usman bin Thalhah? Ini kuncimu, ambil kunci ini selamanya dan tidak akan merebutnya kecuali orang yang aniaya.” (Sirah an-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam, juz-II, hal. 412)
2. Perjanjian Fudhul, yaitu perjanjian antara Bani Hasyim, bani Muthalib, bani Asad bin Abdul ‘Uzza, bani Zuhrah bin Kilab dan bani Taim bin Murrah untuk tidak membiarkan kezaliman di kota Makkah baik terhadap penduduk pribumi maupun terhadap pendatang (Sirah an-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam, juz-I, hal 133-134). Tentang ini nabi SAW bersabda:
“Aku telah menyaksikan perjanjian Fudhul di kediaman AbduLLAH bin Jad’an, perjanjian yang tidak akan aku batalkan walaupun aku hanya diberi kekuasaan atas binatang ternak. Dan sekiranya perjanjian itu dilaksanakan pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya.” [2]
Referensi:
[1] Mu’jam Maqayis al-Lughah, Ahmad bin Fariz bin Zakaria, BAB ha, lam, fa; juz-2 hal 97-98.
[2] Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq (seorang tsiqat tapi tadlis) dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir (tsiqat) dari Thalhah bin AbduLLAH bin Auf (tsiqat) seorang tabi’in. Hadits ini mursal tapi ketadlisan Ibnu Ishaq tidak melemahkannya, karena Ibnu Ishaq tidak tadlis dalam hadits ini hanya menyebutkan sanadnya. Dan juga telah diriwayatkan melalui jalur lain dari Humaidi dari Sufyan dari AbduLLAH dari Muhammad dan AbduRRAHMAN, keduanya anak dari Abubakar ra.
Mac 17, 2008 pada 2:09 pm
Sham @ Shamsuddin
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t atas keizinannya PAS dapat kemenangan besar pada PRU 12. Marilah kita bersama berjuang kejalan yang satu iaitu KERAJAAN ISLAM yang telah terbukti keberkesanannya di bumi Kelantan. Janganlah kita alpa dengan kemenangan yang telah dianugerahkan kepada kita, kuatkan jentera kita untuk merialisasikan Negara Islam Malaysia yang lebih gemilang. Tahniah sekali lagi kepada pengundi-pengundi yang telah memilih PAS untuk kesejahteraan umat sejagat.Allahhuakhbar………
Mac 17, 2008 pada 2:32 pm
bulan masa
Salam,
Senyum 2 agak rasional…saya hormati pandangan saudara dan bagi saya masa utk studi. Cuma, secara ringkas komen saya setakat ini ialah : TUJUAN TIDAK MENGHALALKAN CARA !!
ore_PAS ni (catatan : bukan orang PAS), macam org BN pulak, tak suka kepada perbezaan pendapat, katanya menghormati kebebasan bersuara dan mengidolakan demokrasi. Bagaimana kalau pandangan kritikal di tulis oleh org DAP, adakah saudara akan kata perkara yg sama? Salahkah membenci demokrasi ? Salahkah membenci ideologi kufur ? Benar atau salah bukan kerana ulamak itu dan ini dan bukan juga kerana PAS mahupun Hizbut Tahrir. Benar atau salah berdasarkan nas. Kalau pandangan saya salah, mohon diperbetulkan. Kalau apa yg saya kata betul, terimalah dgn hati terbuka. HT pernah menasihati FIS, Refah mahupun HAMAS. Dan pd hari ini…tidakkah apa yg dinasihati tsbt terbukti benar ? Tidaklah mudah utk menasihati org lain, ada kalanya membuat kita dibenci atau disalah fahami. Tapi kebenaran & nasihat sangatlah berguna kpd org mukmin. Berkata benar walaupun ianya pahit.
Haliq, siape kate kite kene pere untuk establish islamic state. Even though kite pakat tolok demokrasi, tok bermakne kita pakat pere. Sebagai oghang berimang, kite terikat dgn hukum syarok dan caghe dakwoh Nabi adalah hukum syarok bagi kite bagaimane kita berdakwoh menegakkang negare Islam. Nabi kite, tok gune demokrasi dang tok gune caghe kekerasang. Dakwoh Nabi adalah berbentuk pemikirang, politik dang tanpa kekerasang. Persoalangnye, guane gok caghe dakwoh nabi, apakah thoriqohnye dan ape uslubnye ? Insyaallah kite ceghite pade mase yg laing.
Berhukum dgn hukum kufur adalah Haram dan menegakkan Islam secara keseluruhan adalah suatu kewajiban. Atas dasar inilah “generasi pengasas” PAS keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik Islam yg berjuang utk menegakkan Islam. Malangnya pd hari ini kesilapan yg sama dilakukan oleh UMNO dilakukan oleh po alif sin. Bila dikritik, jawapan yg sama spt yg diberikan oleh “ulamak Islam Hadhari”.
Seperti kata Pak Lah & Lim Kit Siang, keputusan pilihanraya kali ini menunjukkan KEJAYAAN ” proses demokrasi” di Malaysia.
Mac 18, 2008 pada 10:16 am
globalmalau
Demokerasi…ciptaan manusia diguna pakai sampai sekarang…sebagai contoh…Demokerasi itu padang Bola,
parti bertanding tu adalah pasukan yang berlawan, menang itu akan tubuh kejayaan(kerajaan) berbeza dengan maksud Kerajaan Islam bukan sekadar padang bola tetapi alam semesta ini…itulah hakikat sebenar kerajaan islam…Apapun oleh kerana sistem awal dinegara kita dah tak betul…payah lah kita nak betulkan sistem yang ada tu melainkan kita delete sajer…dan bina negara baru…camtulah pahaman saya…apapun islam dimana²
Mac 18, 2008 pada 10:48 pm
ahmedbadri
assalamualaykum. saya kalau blh nak dapatkan emel saudara.
ada bebrapa soalan yg berminat say tanyakan
Mac 28, 2008 pada 8:50 am
Yaz Okulu
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
Mac 30, 2008 pada 6:07 pm
el
matlamat tidak halalkan cara?
err… kalau darurat… sesetengah yang haram tu, bertukar hukum jadik halal bukan?
Mac 30, 2008 pada 9:37 pm
ummuhanah
ngeri juga mengikuti perbincang alim ulama dalam blog ni…kita yang sempit ilmu ni terasa kerdil untuk turut tampil bercit-cit di sini….setakat menyelit sikit-sikit boleh kot no!…..apa yang bulanmase bangkitkan di sini sudah lama menjadi topik dan isu dalam usrah kami…bagi saya sendiri, sudah maklum jawapannya dari ustaz dan naqib saya …dan setakat ni saya tenang dengannya…..InsyaAllah Pas berjalan selari dengan Syariaatnya….itu keyakinan saya..
tujuan menghalalkan cara????saya kira ia bergantung pada tujuannya…dan kemaslahatan terutama untuk Islam yang kita cinta.Saya pernah terbaca satu sirah tentang Kaab bin al asyraf. Beliau seorang pembesar Yahudi bani Nadhir yang terlalu memusuhi Islam dan selalu mencela Rasulullah s.a.w dalam syairnya, bahkan beliau cuba sedaya upaya mewujudkan permusuhan sesama muslim . ketika Rasullulah bertanya siapakah yang akan menghapuskan Kaab Al Asyraf ??Muhammad bin Maslamah Al anshori Al Ausi berkata ” adakah kamu mahu aku membunuhnya?Baginda menjawab Ya.. ..kemudian Muhammad berkata kepada baginda Rasul “Izinkan aku menyebut kepadanya ( Ka,ab) perkara yang membolehkan aku melaksanakan tugas ini.( berbohong/tipu muslihat).Maka Rasulullah mengizinkannya. Demokrasi walaupun ciptaan kafir tapi itulah hakikat yang ada didepan mata..bukan segala dari kafir itu mentah-mentah ditolak semua…saya ingat nikabduh pernah mencontohkan tentang saranan menggali parit oleh Salman Al Farisi dalam peristiwa perang khandak dan rasulullah menerimanya..walhal kaedah gali parit itu adalah dari orang parsi penganut agama majusi…rasanya saudara juga lahir ke dunia sama seperti saya yakni sistem demokrasi dah jadi amalan politik di malaysia…adakah saudara akan duduk dan menonton sahaja sambil banyak-banyak berdoa agar suatu hari nanti semua manusia berfikiran sama seperti saudara….maka pada masa itu barulah boleh kita semua bekerja dan berpolitik kerana jamaah sudah kuat????apa usaha kita untuk menjadikan jamaah itu kuat dan Sistem politik islam boleh dipraktikkan di depan mata orang2 Islam…..biarlah saudara terjun dengan buah labu saudara kiranya itu keyakinan saudara……tapi ini keyakian kami dan keyakian Pas selama kami terpaksa terjun dalam demokrasi….bukan kemenangan atau ketewasan yang diukur Oleh Tuhan…tapi usaha yang berterusan dengan penuh keikhlasan dan sanggup berhadapan dengan apa jua kesakitan…..
Mei 5, 2008 pada 2:07 pm
globalmalau
Sistem Khalifah…elok diguna pakai…ada lagi sekarang ini didunia…cuba perhatikan perjalanan rohaniah dari zaman nabi sampai
sekarang…amalan wirid(zikir berterusan didalam hati)yang diperturunkan oleh Jibrael di gua hirok kepada rasulullah ketika bersendirian (bersuluk)…adakah kita pernah mendengarnya atau kita sendiri tak tau…penerima penerima wirid wirid ini berterusan sehingga kehari ini…mengikut susunatur dari dulu sampai sekarang…Team inilah yang dicari Yahudi kerana mereka mereka ini adalah penerima baiaah terus dari guru guru mursyid yang diambil dari guru guru terdahulu sehingga sampai kepada Khalifah 4(penerima awal baiah tsbt…)