Salam Kamunting,
Jika Malaysia hari ini adalah negara Islam, bolehkah pilihan raya diadakan dengan umat Islam diberi pilihan untuk memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selain Islam? Jawaban adalah mudah. Umat Islam tiada pilihan itu. Memilih selain Islam adalah keluar daripada Islam samada secara rasmi atau tidak.
Jika begitu, mengapa negara Malaysia hari ini mengadakan pilihan raya dengan memberi peluang kepada umat Islam memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selainnya yang sekular? Jawaban adalah mudah. Malaysia bukan negara Islam. Malaysia tidak terikat dengan hukum di atas. Pemerintah tidak pernah merasa bersalah melanggar hukum tersebut kerana itu hanyalah hukum untuk setiap muslim, masyarakat muslim dan negara yang muslim. Adapun Malaysia, hukum itu tidak mengikat kerana Malaysia bukanlah negara Islam.
Islam adalah pilihan Allah yang satu. Maka setiap muslim terbatas pada pilihan Tuhannya itu. Dia tidak boleh memilih lagi selain Islam. Memilih selainnya adalah mengingkari, menderhaka dan melawan pilihan dan kehendak Allah. Maka dia telah keluar daripada Islam. Samada disahkan atau tidak, di sisi Allah dia telah murtad daripada Islam.
Ini adalah jelas dan muhkam dalam kenyataan al Quran, al Hadis dan kitab – kitab para ulama yang muktabar. Ia adalah ijma’ seluruh umat Islam.
Pilihan raya untuk memilih Islam atau selainnya dalam masyarakat Islam adalah tertolak dan salah. Ia ganjil bahkan mengarut. Justeru ia langsung mengesahkan Malaysia hari ini bukan negara Islam. Ia hanyalah negara umat Islam yang diperintah oleh pemimpin umat Islam yang sakit akhlak di zahirnya dan sakit akidah di batinnya. Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpinnya yang sakit akan turut sakit. Sakit akhlak an sakit akidah. Sakit akidah membawa kepada murtad yang ditakuti.
Allah menamakannya Islam, sedang mereka menamakannya Islam Hadhari.
Allah menyuruh kepada Islam dan al Quran, sedang mereka menyuruh kepada sekular dan barat.
Allah memuliakan ulama, sedang mereka pula memerangi para ulama.
Mereka pula mahu merawat Kelantan, sedang yang sakit adalah mereka sendiri.
Mereka menawarkan Dato Awang Adek untuk Islam di Kelantan, sedang Kelantan sudah pun dipimpin seorang Tuan Guru untuk Islam di Kelantan.
Tidakkah ini terbalik?
Justeru pilihan raya di negara kita untuk umat Islam bukanlah pilihan untuk memilih yang mana satu. Ia buka pilihan, bahkan penegasan untuk menerima dan menonjolkan Islam di mata umat yang sedan sakit.
Oleh kerana hanya PAS yang menawarkan Islam untuk umat dan negara, maka ia adalah pilihan raya untuk mengundi PAS demi menegaskan keyakinan dan penerimaan kita kepada Islam dan penolakan kita terhadap sistem jahiliyah yang ada di bumi Malaysia. Pilihan selepas itu adalah sekular yang ditolak Islam. UMNO sekular dan pemerintah hari ini adalah sekular dasar mereka.
Kita diminta untuk memilih dalam pilihan raya ini antara Islam dan sekular. Tidakkah ini keceluparan terhadap Allah dan penghinaan terhadap RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam?
Sebab itu mengundi PAS adalah wajib. Hanya PAS yang berani memerangi kebodohan ini secara langsung dan berdepan.
Kenali PAS cintai PAS sokong PAS undi PAS.


13 comments
Comments feed for this article
Mac 2, 2008 pada 3:30 am
Ali Sabki
Setelah saya baca tulisan ustaz ni, saya rasa cukup kagum dan rasa darah macam menyelirap ke seluruh tubuh. Tak pernah saya jumpa pemikiran yang sangat baik saya rasa. Ringkas tapi sangat bermakna.
Untuk apa UMNO meletakkan calon Menteri Besar yang saya rasa jauh panggang dari api bezanya dengan Tuan Guru yang sedia ada. Nauzubillah. Mereka perangi Islam Ustaz. Mereka perangi Allah yang menciptakan mereka.
Hanya dengan mengundi Pas barulah Malaysia boleh dikenali sebagai Negara Islam.
Mac 3, 2008 pada 5:14 pm
cakapaje
Assalamu’alaikum Ustaz,
Jemput, tonton video terbaru mengenai ayahanda Ustaz di blog ana: http://talkonly.blogspot.com/2008/03/lie-half-truths-and-truth.html. Jemput juga semua sahabat dan tolong sebarkan video itu. Terima kasih.
Mac 4, 2008 pada 5:52 am
bulanmasa
Justeru itulah kenapa pilihanraya kat Malaysia ni haram. Hukum Allah bukan untuk diundi.
Pilihanraya hukum asalnya cuma mubah sahaja. Tetapi dalam konteks yg diamalkam malaysia, pilihanraya adlh untuk memilih wakil ke DUN dan Parlimen. Apakah DUN Parlimen ? Jawapannya…badan legislatif ataupun badan pengubalan undang-undang. Di dalam Islam, hanya Allah yg buat undang2. Manusia tidak berhak. Sesuatu yg membawa kepada haram adalah haram !!
Adakah jika semua kerusi yg PAS bertanding menang, negara Islam akan tertegak. Mengutip kata-kata Tn Guru Hj Abd. Hadi lebih kurang maknanya…….dgn jumlah kerusi 60 sahaja, negara Islam tdk menjadi isu !tu pun kalau menang semua. Biasanya sangat susah PAS nak menang besar di Parlimen walaupun hanya sepertiga, sebab pilihanraya ini berlansung secara tdk adil. Bayangkan BN dan UMNO sewenang-wenangnya guna TV dan org depa jugak yg buat sempadan kawasa pilihanraya. Kalau kat kampung ana, elok-elok majoriti melayu……aik…..komuniti cina nun jauh dibandar boleh masuk ke kwsn kampung ana.
Menghilangkan ISLAM, negara & syariah dalam manifesto ibarat RAHMAT bagi UMNO. Dgn menghilangkan Islam kerana nak ambil hati org kafir, PAS boleh diserang mudah oleh umno.
Jom tagak khilafah…….bacalah SAUTUN NAHDAH, BULETIN POLITIK MINGGUAN, boleh dptkannya melalui internet.
Mac 5, 2008 pada 10:06 am
zahrah
salam…
saper kate pilihanraya kat Malaysia tu haram??!!
ape sebenarnyer tujuan dan matlamat asal hidup anda wahai saudaraku si bulanmasa??!!sekadar untuk meng’argue’ dan perli-memperli sajer..(MCM PUAK UMNO PLK)…ape yang PAS cuba nak lakukan demi kepentingan Islam, anda menjadi orang pertama membantah!!ape ni??!!anda jelas ke tak jelas dengan perjuangan PAS ni??!!kalau raser kabur…lebih baik anda banyak membaca tentang sejarah perjuangan PAS dan banyak bertanya kepada yg lebih tahu….
Islam memang dah lama sempurna dan cantik sejak nabi Muhammad S.A.W membawa dan menyebarkan Islam…tapi dlm konteks sekarang…Malaysia masih tak tertegak negara islam…so menjadi keWAJIPan bagi orang Islam yang PAHAM Islam untuk mendirikan daulah ini di MALAYSIA..kenapa enta tak yakin dengan Islam??kenapa mempersoalkan “jika semua kerusi yg PAS bertanding menang, negara Islam akan tertegak”??kenapa??kenapa??menang atau kalah bukan alasannya…yang penting Allah tengok usaha…USAHA….ditegaskan disini USAHA….bagi orang2 yang PAHAM Islam ini untuk mendirikan daulah Islamiyyah dibumi Malaysia…tak kira la letak 60 kerusi ke beraper kerusi ker…walaupun UMNO buat mcm2 sekatan dan usaha jahat nak menjatuhkan Islam…tapi yakinlah Allah ada…Allah Maha melihat….
yang penting kita kena yakin 100% dengan kepimpinan Islam!!jangan goyah walau secinci dengan Islam kerana Islam akan MENANG!!
sebenarnya ana rasa komen2 enta…yang asyik ragu2 dengan kemenangan PAS ni…akan meragukan juga kepada sesiapa yang membaca nak2 pulak pada orang yang masih baru dlm perjuangan Islam ini…
nasihat ana….YAKIN DENGAN ISLAM DAN PAS!!
Jangan pulak ana dapat berita enta tak mengundi!!kalau tak mengundi…mohon maaf ana ingin nyatakan disini….entalah salah seorang PEROSAK….!!!!!kalau nak dirikan negara islam…undilah parti Islam dulu…later on…pimpinan PAS tahu lah nak buat mcm mana…thiqah sikit pada pimpinan…
pesanan: ana sedih dan terharu bila baca setiap komen enta…asyik mempersoalkan “PAS BOLEH MENANG KER??, KENAPA PAS TUKAR DARI NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN??”, MEMPERSOALKAN MANIFESTO BA LAH…”MACAM2…sudah-sudahlah wahai adikku…disaat pejuang2 Islam di Malaysia akan ber’perang’ pada 8 Mac ini, enta sepatutnya memberi semangat bukan mempersoalkan strategi dan tindakan pimpinan PAS selama ini…insaflah!!
ALLAHUAKBARR!!HIDUP ISLAM!!
Mac 5, 2008 pada 4:52 pm
nuriman
Sebagaimana yang tercatat dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 iaitu”
Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanya berfirman ” jadilah” maka terjadilah ia. Maha suci Allah yang memilik dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadanya-Nyalah kami dikembalikan.”
Moga2 negeri qlateku akan kekal di bawah kepimpinan tok guru dan Allah akan memberi kemenangan untuk PAS. ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR….
Mac 5, 2008 pada 6:32 pm
mat sabun
aku harap orang2 kelantan yg tinggal di negeri BN bole berambus balik kelantan..sbb negeri2 BN tidak diperintah ikut Islam PAS..jd buat pe nak cari makan kat sini..
Mac 5, 2008 pada 10:27 pm
rimau malaya
Bumi ini bumi Allah, anda tidak adahak untuk menghalau sesiapa dari mencari rezeki di mana-mana saja, di China, di Rusia bukan negara Islam…tapi orang Islam ada di sana mencari rezeki,… bodohlah mat sabun…tarak hotak
Mac 5, 2008 pada 10:31 pm
rimau malaya
ini bukannya bumi kau sorang aje mat sabun…bodolah…Ini bumi Allah, dan Allah menyuruh semua manusia pergi ke merata dunia untuk mencari rezeki, ini bukan Bumi BN, ini bumi hak mutlak Allah subhanahuwataala,…bodolah mat sabun
Mac 7, 2008 pada 2:24 pm
ichiro
LAFAZ NIAT MENGUNDI
sahaja aku undi BARISAN sebab tidak rela naik ROKET menuju ke BULAN kerana di sana tiada keADILan
Mac 8, 2008 pada 8:49 am
rimau malaya
Jangan lupa nak pergi mengundi, nanti kena baca niat. Niatnya berbunyi:
“Sahaja aku keluar barisan untuk menuntut keadilan naik roket pergi kebulan”
Mac 12, 2008 pada 10:03 am
globalmalau
Salam dulu
Duniya Zilfikri
Globalmalau
Malam PasKedah menang…10 mlm Pintu Wisma Negeri…dipenuhi dengan FRU dan orang ramai yang ingin melihat dari dekat…MB baru kedah dan Ketua POlis kedah dengan relahati berucap diatas TRAK FRU(atas bumbung)
April 2, 2008 pada 10:53 pm
nizam
ada orang ajar saya, dia kata kalau nak bantuan Allah apa2hal kena penuhkan masjid dulu.
Sembahyang berjemaah 5 waktu kat masjid.Banyak aktiviti keagamaan kat masjid.baru kita dapat bantuan Allah.
Harap2 lepas ni Ustaz2 suma buleh la masukkan perkara ni dalam ceramah politik nanti.
Nabi Muhammad kata sapa yang sembahyang fardhu kat rumah (malas pegi masjid) patut dibakar je rumahnya tu (lebih kurang maksud).
September 2, 2008 pada 10:48 am
hilmi_unitamal
Allahuakbar!! Jangan pandai2 kata pilihan raya haram tanpa berlandaskan pimpinan para ulama dan tuk2 guru… mereka lebih tahu hukum agama dari kita… TG nik aziz,TG hj hadi adalah orang yang layak untuk mengeluarkan ijtihad dan mereka mengatakan mengundi pas adalah wajib…tentu mereka ada nas2 yang syarie…. Demi mendaulatkan hukum Allah….